pengurusan gerko

26
PENGURUSAN GERKO TAJUK- SENI KHAT PREPARED BY : NUR DIYANA BINTI SHAIFUL BAHRI NUR SYAFIQAH BINTI JASNI WAN NUR AISYAH BINTI WAN OMAR WAN NUR ASHIKIN BINTI WAN ROSLAN

Upload: deluxe-dinni

Post on 12-Jun-2015

1.490 views

Category:

Education


4 download

DESCRIPTION

Seni tulisan khat

TRANSCRIPT

Page 1: Pengurusan Gerko

PENGURUSAN GERKOTAJUK- SENI KHAT

PREPARED BY :NUR DIYANA BINTI SHAIFUL BAHRI

NUR SYAFIQAH BINTI JASNIWAN NUR AISYAH BINTI WAN OMAR

WAN NUR ASHIKIN BINTI WAN ROSLAN

Page 2: Pengurusan Gerko

PENGENALAN • Khat bermaksud garisan. • Seni khat = garisan indah yang membentuk tulisan. • Ia juga bermaksud tulisan-tulisan (kitabah) yang terikat

dengan peraturan dan kaedah yang telah dikaji dan ditentukan oleh mereka yang terlibat dengan kemajuan seni.

• Tulisan-tulisan Arab pula mempunyai nilai dan kaedah tertentu yang mempunyai estetika yang tinggi.

• Seni khat bukan sekadar wacana penyampai maklumat tetapi

mengandungi nilai-nilai abstrak yang disimpulkan dengan kehalusan, kelembutan, kesinambungan, perhubungan, pergerakan, keharmonian dan sebagainya.

Page 3: Pengurusan Gerko

SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN KHAT

• Amiera_NS :• "Seni adalah jiwa dan jiwa adalah seni. Jiwa

yang tidak berseni dan seni yang tidak berjiwa adalah seni yang mati dan jiwa yang mati"

• Dr Venetia Porter :• “Tulisan merupakan antara elemen terpenting

untuk menyampaikan sesuatu maksud sebagai gambaran pelbagai kejadian yang berlaku.”

Page 4: Pengurusan Gerko

• Sistem tulisan Arab – wadah yang mengungkap maknawi bahasa Al-Quran menjadi pengikat ukhwah dan penglahiran perasaan mengagungkan Maha Pencipta. Keistimewaan sistem tulisan Arab (jawi) ini penentu ciri kesenian Islam yang melampaui batasan dan sempadan.

• Tulisan-tulisan Arab ini dizahirkan kepada bentuk yang seni oleh seniman Islam. Objek penglahirannya berlegar disekitar kosmos alam yang bersangkutan dengan keagungan Tuhan. Bertitik tolak dari inilah muncul kesenian seni kaligrafi Islam yang telah dimulai dari sejak Islam lahir ke muka bumi ini.

Page 5: Pengurusan Gerko

Pertumbuhan khat dan tulisan Arab

• Pada zaman jahiliah :• Khat yg berbentuk tawqifi’• Khat al-Musnad yg dikenali juga

Khat Humairi• Berkembang hasil drp khat Nibti

Page 6: Pengurusan Gerko

Zaman rasulullah dan sahabat

• Penulisan yg digunakan utk menulis ayat-ayat suci al-Quran

• Baginda memerintahkan para sahabat merakamkan semua maklumat dengan tulisan dan mewasiatkan mereka memelihara tulisan tersebut.

• Digunakan dalam pentadbiran negara dan kemudahan perniagaan berdasarkan sistem muamalat.

Page 7: Pengurusan Gerko

Zaman pemerintahan Bani Umaiyah

• Bentuk tulisan lebih lembut dan mempunyai nilai estetika yg sgt tinggi.

• Perkenalan tanda baris dan titik mula diperkenalkan.

• Penggunaan kertas Syami• Memberikan kedudukan istimewa kpd penulis

khat• Mengembangkan tulisan khat

Page 8: Pengurusan Gerko

Zaman pemerintahan Abbasiyah

• Terdapat 11 jenis khat pada zaman ini:1. Khat Al-sijillat2. Khat Al-Jalil3. Khat Al-Dibaj4. Khat Al- Tumar5. Khat Thuluthain6. Khat Zanbur7. Khat Al-mufattah8. Khat Al-Mudammirat9. Khat Al-Uhud10. Khat Al-Qasas11. Khat Al-kirfaj

Page 9: Pengurusan Gerko

KERAJAAN FATIMIYAH• Pada tahun 259-566 Hijrah, pelbagai usaha telah dijalankan

untuk meningkatkan kehebatan seni khat melalui pendekatan pengindahan pada istana-istana, singgahsana, peralatan rumah, hadiah atau barang-barang antik mereka.

• Pusat seni khat di Mesir atau dikenali sebagai Dewan Insya’ di ketuai oleh seorang penulis yang handal dan diberikan gelaran sebagai ‘Dastus-Syarif’.

• sentiasa memberikan perhatian kepada seni khat terutamanya pada zaman Kerajaan al-Ayubi dan kerajaan Mamluki.

Page 10: Pengurusan Gerko

Zaman Pemerintahan Kerajaan Turkilangkah-langkah yang diambil oleh kerajaan Turki untuk memperindah dan

mengembangkan seni khat ialah :

1. Masyarakat memberikan penilaian yang tinggi kepada seni khat, kerana penulis khat berperanan menulis al-Quran, menyalin penulisan sastera dan syair dengan indah berilhamkan ayat-ayat al-Quran dan Hadis.

2. Kerajaan Turki telah menggunakan pelbagai jenis khat dalam pentadbiran kerajaan, urusan diraja dan ketenteraan. Dalam kurun kesebelas hijrah umpamanya, terdapat lebih kurang 30 jenis tulisan.

3. Kerajaan Uthmaniyah menonjolkan seni khat sebagai satu ciri publisiti untuk mengukuhkan dasar pemerintahan terhadap rakyat. Di masjid agung Bursyah, Turki umpamanya terdapat slogan berbunyi “Sultan adalah bayangan Allah s.w.t di muka bumi”, dengan ukuran empat meter persegi. Demikian juga terdapat pelbagai slogan di dalam masjid yang lain di Istanbul bertujuan sebagai publisiti kepada sultan. Antaranya ungkapan “pemerintahan yang memberi ilham”, “doa sultan sumber keampunan”, dan lain-lain lagi

Page 11: Pengurusan Gerko

5. Pemerintahan Kerajaan Turki amat menyanjungi tokoh khat dan seni khat. Ini terbukti apabila penulis buku Mira’tul-Haramain (Cermin Dua Tanah Haram) mengatakan: “Penulis khat sultan mendapat gaji sebanyak 400 lera emas Uthmaniyah sebulan”.

6. Gereja-gereja banyak dihiasi dengan patung-patung dan gambar-gambar, lalu kerajaan Uthmaniyah menampilkan imej Islam melalui pendekatan menghiasi masjid-masjid dengan tulisan khat. Tulisan khat juga diabadikan untuk memperindah tembok-tembok istana, kolam mandi, bangunan di perkuburan, air pancutan, peralatan, barang-barang kemas dan pakaian.

7. Islam menolak penggunaan bentuk tulisan dan gambar. Ini memberikan cabaran kepada mereka yang mempunyai bakat seni dalam dirinya untuk menggambarkan aspirasinya. Dengan ini membuka ruang yang luas kepada seni khat mengambil alih tugas tersebut.

Page 12: Pengurusan Gerko

TOKOH-TOKOH ANTARABANGSA

• Syeikh Mohd. Sami Afandi• Syeikh Hamid Al- Amidi• Syeikh Abd Aziz Afandi Ar-Rafa’ie• Syeikh Hashim Mohd. Al- Ba’dadi• Syeikh Muhammad Abdul Qadir

Page 13: Pengurusan Gerko
Page 14: Pengurusan Gerko

• Sheikh Muhammad Sami Afendi dilahirkan pada 1838M

• Beliau mempelajari seni khat Thuluth daripada Boshnaq Usman Afandi, Rejai Afandi, Qabrasizada Ismail Haqqi Afandi manakala Khat Diwani daripada Naseh Afandi. Kemahiran beliau dalam khat dianggap sangat bermutu tinggi terutamanya dalam Khat Thuluth Jali sehingga beliau digelar sebagai Mustafa Raqim kedua.

• Kemahiran beliau seterusnya diwarisi kepada Sheikh Abdul Aziz Rifa’i, Umer Wasfi, Muhammad Amin Afandi, Ahmad Kamil Afendi, Khulusi Afandi, Nazeef Bey dan Najm-ud-Din Afandi.

• Sepanjang kariernya sebagai Khattat, beliau meraih beberapa anugerah antarabangsa ketika itu antaranya ialah Darjah Mutamayaz dalam seni khat Turki, tempat Pertama pertandingan Sinf-el-Awwal, pertama dalam Rutba-e-Majeedi, anugerah Taghma-e-Iftikhar dan anugerah seni Kaligrafi Jang Yunan.

• wafat pada 1912M. Beliau dimakamkan di kawasan Jami’ Al-

Fateh, Istanbul, Turki.

Page 15: Pengurusan Gerko
Page 16: Pengurusan Gerko

• Sheikh Abdul Aziz Affandi Al-Rifa’ie dilahirkan di Qasbah, Terabezon, Turki pada tahun 1871M (1288H). Ketika berusia lima tahun beliau telah berpindah bersama bapanya Abdul Hamid Afandi menuju ke Istanbul.

• Kecenderungannya terhadap seni khat jelas kelihatan ketika beliau masih lagi menuntut di sekolah kanak-kanak di kampungnya. Disebabkan kecenderungan ini, Sheikh Abdul Aziz Al-Rifa’ie telah diserahkan sendiri oleh ayahnya kepada penulis khat tersohor ketika itu bernama Baqqal Arif Afandi untuk mempelajari khat. Beliau mendalami Khat Thuluth dan Nasakh daripada Sheikh Baqqal manakala Khat Thuluth Jalli dan Ta’liq dipelajari daripada Sheikh Sami Affandi.

 •              Pada tahun 1922M, beliau berhijrah ke Kaherah,

Mesir di atas jemputan Raja Fuad I, iaitu Raja Mesir pada masa itu untuk menulis Mushaf baginya

Page 17: Pengurusan Gerko

• Kemudian beliau terus menetap di Mesir dan menjadi tenaga pengajar seni khat di Institut Diraja Tahsin Al-Khutut Khalil Agha, Kaherah dan di sekolah Al-Syeikh Salih selama 11 tahun. Sepanjang tempoh itu beliau membantu mengasaskan dua buah sekolah yang bermatlamatkan mengindahkan khat-khat Arab. Beliau telah menjadi pengetua dan guru khat bagi kedua-dua sekolah itu. Sepanjang tempoh itu juga banyak buku-buku dan tulisannya dicetak serta masih lagi digunakan hingga kini. Di Mesir, seluruh penulisannya dikembangkan dalam segenap bentuk.

 •             Setelah berada di Mesir sehingga dalam lingkungan

umur 70an, beliau kembali ke negara asalnya di Turki dan seterusnya pada 1934M (1353H), beliau meninggal dunia dan jenazahnya dikebumikan di Perkuburan Adranah Qabi, di Istanbul, Turki. Jasa Sheikh Abdul Aziz Al-Rifa’ie amat besar dalam pembangunan kesenian Islam. Beliau telah menulis sebanyak 12 mushaf, helaian-helaian kesenian khat, mencipta kertas Al-Ibro dan mencipta pelbagai motif seni hiasan. Seni penulisannya amat berpengaruh di Mesir dan namanya sentiasa dijulang

Page 18: Pengurusan Gerko
Page 19: Pengurusan Gerko

• Khattat Hamid Al-Amidi dilahirkan pada tahun 1309H (1891M) di salah sebuah kota lama di Tenggara Turki, dahulunya dikenali dengan nama Amid, sekarang Diyar Bakr. Nama asal Hamid Al-Amidi ialah Al-Syeikh Musa Azmi. Beliau mulai terpaut dengan seni khat sejak masih kecil lagi. Beliau mempelajari seni khat dan lukisan semasa menuntut di sekolah rendah dan menengah di bandar Amid dari khattat-khattat terkemuka di kampungnya. Kemudiannya beliau datang ke Istanbul 1324H (1908M) untuk menyambung pelajaran di Sekolah Undang-undang dan seterusnya di Sekolah Seni-seni Bernilai. 

• Kematian bapanya Zul Faqar Agha memaksa beliau mencari sumber rezekinya sendiri. Dengan itu beliau mula bertugas sebagai seorang guru khat dan lukisan di salah sebuah sekolah dan sebagai ahli khat di beberapa tempat berkaitan percetakan. Beliau mulai mempelajari Khat Thuluth dan Nasakh melalui Nazif Bek, namun kematian gurunya semasa awal pembelajarannya telah menghalang beliau daripada melanjutkan pengajiannya dalam pelajaran ini.  Beliau menghabiskan sebahagian besar daripada usianya dengan berkecimpung dalam seni khat serta pernah bertemu dengan ahli-ahli khat Istanbul yang masyhur seperti Kamil Afandi, Haqqi Bek, Kholusi Afandi dan lain-lain lagi.

Page 20: Pengurusan Gerko

• Dengan berbincang bersama-sama mereka beliau memperkembangkan tahap khatnya bukan sahaja dengan cara belajar daripada mereka tetapi dengan cara berbincang dan berdialog sehinggalah beliau dapat meningkatkan dirinya sebagai salah seorang guru khat di Istanbul yang pada masa itu merupakan tempat saingan ahli-ahli khat untuk menonjolkan kemahiran mereka.

           • Allahyarham Hamid Al-Amidi mempunyai kebolehan menulis di

dalam berbagai-bagai gaya bentuk khat yang dikenali. Beliau sangat tertarik dan mengilhami karya-karya khattat-khattat yang terkenal seperti Raqim dan Sami. Beliau terkenal dengan gaya-gaya tulisan Khat Thuluth, Nasakh dan Ta’liq. Selama 75 tahun berkecimpung di dunia seni khat, tahun-tahun cemerlang baginya ialah di antara tahun 1338-1385H/1920-1965M. Beliau telah menulis dua buah naskhah kitab suci Al-Quran. Banyak kubah-kubah dan dinding-dinding masjid dihiasi dengan ayat-ayat suci Al-Quran, umpamanya Masjid Abu Ayyub Al-Ansari. Hamid Al-Amidi meninggal dunia pada 24 Rejab 1402H (18 Mei 1982) dan dikebumikan di perkuburan Qarrah Jah Ahmad, Uskundar, Turki berhampiran dengan makam Sheikh Hamdullah, tokoh seni khat zaman Kerajaan Uthmaniah.

Page 21: Pengurusan Gerko
Page 22: Pengurusan Gerko

BAHAGIAN SENI KHAT

Page 23: Pengurusan Gerko

khat nasakh

Page 24: Pengurusan Gerko

KHAT RIQA’AH

bermaksud cebisan

kertas yang

ditulis.

direka cipta oleh orang-orang Turki

pada zaman Kerajaan

Uthmaniyyah. (850 H)

dicipta adalah untuk

menyeragamkan tulisan

dalam urusan rasmi.

ciri-ciri Khat Riqa’ah adalah :

•Mempunyai bentuk huruf yang kecil.•Lebih cepat dan mudah ditulis.

•Digunapakai dalam penulisan nota.

Page 25: Pengurusan Gerko

KHAT THULUTH

huruf menegakny

a ditulis dengan

mata pen yang

berukuran 1/3 dari

segi kelebarann

ya

digunakan dalam

menghias ruangan-ruangan dinding pada

masjid.

thuluth yang lebar

mata penanya melebihi

6mm dinamakan Thuluth Jali, manakala

yang melebihi

2mm ialah Thuluth

Aadi.

Contoh khat thuluth :

Page 26: Pengurusan Gerko

tujuan

•menulis semua keputusan dan pekeliling pentadbiran kerajaan dan surat rasmi.

ciri-ciri

• Mempunyai bentuk yang tersusun dan berbaris.

• Juga mempunyai bentuk yang bundar dan melengkung.

• Lebih mudah ditulisdan dibentuk.

KHAT DIWANI