gerko futsal
Embed Size (px)
TRANSCRIPT

GERKO FUTSALSEJARAH FUTSAL
PERATURAN FUTSAL
DISEDIAKAN OLEH :
MOHD FARIS B ISMAILMOHD HAFIZ B ADUKA
PPISMP SEM 2 PS/BI/BM

SEJARAH FUTSAL Futsal adalah satu bentuk permainan bola
sepak dalaman yang terletak di bawah naugan FIFA yang dimainkan di seluruh dunia oleh lebih kurang 25 juta pemain
Istilah FUTSAL adalah satu istilah antarabangsa
Futsal adalah permainan 5 sebelah yangdimainkan secara dalaman di atas permukaan gelanggang yang berbagai

Asal permainan ini bermula pada tahun 1930 di Montevideo, Uruguay, apabila Juan Carlos Ceriani memperkenalkan bola sepak 5 sebelah untuk pertandingan belia YMCA
Disebabkan versi permainan ini membentuk kemahiran, tindakbalas pantas,hantaran tepat dan cekap minda, ia merupakan permainan yang menyeronokkan dan mencabar bagi kanak-kanak mahupun dewasa

Pemain-pemain terulung seperti Pele, Zico dan Ronaldo membesar dengan cara ini dan terhutang budi kepada Futsal
Futsal dimainkan dengan hantaran bola rendah, memerlukan pemain menggunakan kemahiran bukan hanya daripada hantaran dan hala tuju bola itu sendiri

PERALATAN DAN KEPERLUANGELANGGANG
Gelanggang Futsal adalah versi mini bola sepak sebesar gelanggang bola balingan dan boleh disesuaikan
Permukaan gelanggang biasanyamenggunakan rumput sintetik,alas sintetik, lantai parquet atau simen yang boleh menyerap lantunan

Bola Futsal
• Dibuat dari kulit atau bahan sintetik• Size 4 untuk dewasa• Size 3 untuk junior• Berat : lebih ringan dari bola sepak biasa 400
– 440 gms.• Cirri Khas : Daya lantunan 30% kurang dari
bola sepak biasa.

Kasut Futsal dan Penghadang Kaki (Shinguard) Kasut Futsal disebut juga “Futsalor”,
Tapaknya dibuat daripada bahan getah supaya sesuai dengan semua permukaan gelanggang untuk cengkaman yang kuat
Diperkuat dengan salutan kulit atau fabrik kanvas di tepi dan hujung kasut
Penghadang Kaki (Shinguard) adalah kemestian bagi setiap pemain untuk mengelak dan mengurangkan kecederaan

Bahan dan mutu kasut atau shinguard selalunya terdiri daripada jenama terkemuka seperti Nike, Adidas, Topper, Puma, Jordan, Converse dan lain-lain
Ia dibuat daripada kepingan plastik disaluti penebat seperti getah atau span dan bahan fabrik yang sesuai

Gawang Gol serta Ukuran Tinggi tiang gol 2 meterLebar 3 meter
0.75m 3m
2m
1 m

BAGAIMANA FUTSAL DIMAINKAN DANUNDANG-UNDANG PERMAINAN
BOLA SEPAK FUTSAL
Bola Saiz 5 Bola Saiz 4 dengan daya lantunan dikurangkan 30%
11 pemain 5 pemain
3 gantian Tidak terhad-dengan pemain gantian dipanggil “flying
Balingan ke dalam Sepakan ke dalam
Pengadil Utama dan 2 PengadilGarisan
Pengadil utama dan pembantu pengadil dengan kuasa yang sama
Masa permainan dijaga olehpengadil utama
Masa dijaga oleh penjaga masa

BOLA SEPAK FUTSAL
45 minit separuh masa 20 minit separuh masa dengan 1 “time-out” untuk setiap pasukan setiap separuh masa
Tendangan Gol(Goal Kick) • Balingan oleh Penjaga Gol (Goalkeeper Throw)• Tiada tindakan untuk pergeseran bahu atau tekelmelunjur (shoulder charges or sliding tackle)• Peraturan 4 saat untuk mula main
Undang-undang offside Tiada undang-undang offside
Kesalahan tidak terhad 5 had kesalahan dan tiada tendangan bebas dengan barisan “wall”
Penjaga Gol tidak boleh memegang bola yang ditendang semula kepadanya
Penjaga Gol tidak boleh memegang bola yang dihantar balik padanya dengan apa cara sekalipun termasuk dengan kepala atau dada.

BOLA SEPAK FUTSAL
Tiada gantian untuk pemain yang dibuang padang
Hanya sekali “tolak balik” atau “backpass” dibenarkan iaitu selepas bola melepasi garisan tengah atau telah disentuh pihak lawan
Tendangan sudut di garisan “arc” Pemain yang dibuang boleh diganti selepas 2 minit atau pihak lawan telah menjaringkan gol. Tendangan sudut betul-betul di sudut antara pertemuan garisangol dan tepi.

CARA PERMAINAN1. Memulakan Permainan Permainan dimulakan dengan melambung
duit siling Pihak yang kalah mestilah berada di
kawasannya sendiri.2. Bola Masuk / Bola KeluarBola dikira masuk sekiranya berada di dalam
kawasan permainan, kawasan“touchline” dan kawasan garisan gol
Bola dikira keluar jika berada di luar kawasan-kawasan tersebut

3. Jaringan
Dikira apabila bola melepasi garisan gol di antara 2 tiang gol dan di bawah palang gol

4. Faul dan kelakuan kurang sopan – Tendangan bebas terus diberikan pada pihak lawan jika dengan sengaja melakukan 10 kesalahan seperti berikut:
a. Menyepak atau cubaan menyepak pemain lawanb. Membentes pemain lawanc. Menerpa serta melompat ke arah pemain lawand. Menyerang pemain lawane. Menyerang pemain lawan dari belakangf. Menghadang pemain lawan dengan sengajag.Menolak pemain lawanh. Menerpa pemain lawan dengan bahu dengan
sengajai. Tekel menggelungsur – “sliding tackle” yang
membahayakanj. Memegang bola (kecuali penjaga gol)

5. Kesalahan dilakukan di dalam kawasan penalti tendangan bebas tak langsungdiberikan dari garisan 6 meter bagi 8 jenis kesalahan:
a. Permainan yang bahayab. Menghalang dengan sengajac. Menyerang / menerpa penjaga gol di dalam
kawasan penaltid. Penjaga gol membuat balingan terus
melepasi garisan tengah tanpa disentuh oleh mana-mana pemain
e. Penjaga gol memegang atau mengambil bola yang dihantar ke belakangkepadanya.

f. Penjaga gol memegang atau mengambil bola yang dihantar dari tendangan ke dalam dari rakan sepasukannya.
g. Penjaga gol mengawal bola dengan mana-mana bahagian anggotanya lebih dari 4 saat.
h. Penjaga gol menyentuh bola yang dihantar ke belakang dengan mana-mana bahagian anggotanya sebelum bola itu melepasi garisan tengah ataupun disentuh oleh pemain lawan.

6. Pemain boleh diberi amaran dengan melayangkan kad kuning dan pihak lawan diberi tendangan bebas tak langsung dari tempat kesalahan dari garisan 6 meter jika berlaku di kawasan penalti
a. Pemain gantian memasuki gelanggang dari tempat yang salah atau pemain yang diganti belum betul-betul meninggalkan gelanggang.
b. Seseorang pemain sentiasa melanggar undang-undang permainan.
c. Seseorang pemain tidak patuh dengan keputusan pengadil.
d. Berkelakuan tidak sopan atau kurang ajar

7. Pemain akan dibuang padang serta dilayangkan kad merah untuk kesalahan berikut:
a. Kesalahan permainan yang berat.b. Berkelakuan ganasc. Kesalahan menggunakan bahasa tercemard. Kesalahan atas kesalahan kedua (2 kad
kuning)e. Bertindak menghalang peluang jaringan gol
lawan dengan niat yang tidak professionalf. Menghalang peluang jaringan pihak lawan
didalam kawasan penalti dengan sengaja.

8. Peraturan Buang Padang
a. Seseorang pemain yang dibuang padang akan dikeluarkan terus sehinggakan tidak dibenarkan duduk dibangku simpanan
b. Pasukan di mana pemainnya dibuang padang boleh diganti selepas 2 minit permainan berjalan atau selepas pihak lawan menjaringkan gol yang mana terdahulu
c. Hantaran 2 minit akan dikira dan ditentukan oleh penjaga masa atau penolong pengadil jika penjaga masa tidak digunakan
d. Pemain gantian tidak boleh terus menggantikannya sehingga permainan diberhentikan serta mendapat kebenaran pengadil

9. Tendangan Bebas
a. Jenis : Tendangan bebas terus dan lawanan bebas tidak langsung.
b. Dinding “wall” – Sekurang-kurangnya 5 meter dari jarak bola yang akan disepak
c. Had masa – Tendangan mesti diambil dalam jangka masa 4 saat.

10. Tendangan Penalti
a. Diambil dari titik penalti di tengah-tengah garisan 6 meter
b. Semua pemain mesti berada di luar kawasan penalti sekurangnya 5 meter dari titik penalti.
c. Penendang tidak boleh memainkan bola pada kali kedua hanya setelah disentuh oleh pemain lain

11. Tendangan ke dalam
a. Digunakan untuk menggantikan balingan ke dalamb. Bola diletak di atas garisan “touchline” sebelum
menyepakc. Sebelah kaki pemain mesti berada di luar atau di atas
“touchline” kalau tidak tendangan ke dalam diberikan kepada pasukan lawan
d. Tendangan ke dalam mesti diambil dalam masa 4 saat – kalau tidak – tendangan ke dalam diberikan kepada pasukan lawan
e. Penendang tidak boleh memainkan bola kali kedua sebelum bola itu disentuh atau dimainkan oleh pemain lain – kalau tidak pasukan lawan akan diberikan tendangan bebas tak langsung dari tempat kesalahan
f. Pemain-pemain lawan mestilah berada 5 meter jauh dari tempat sepakan diambil.
g. Tidak dibenarkan menjaringkan gol terus dari tendangan ke dalam.

12. Membebaskan Kawasan Gol
a. Dilakukan menggantikan tendangan golb. Dari dalam kawasan penalti, penjaga gol
membaling bola untuk meneruskan permainan
c. Bola tidak diertikan sebagai dimainkan sebelum melepasi kawasan penalti. Jika tidak, bola diertikan masih belum dimainkan

13. Tendangan Sudut
a. Bola diletakkan di bucu dua garisan gol dan garisan tepi. Jika bola itu salah letak, tendangan sudut akan diambil alih oleh pihak lawan
b. Mesti diambil dalam masa 4 saat. Jika gagal bererti pihak lawan akan diberikan tendangan bebas tak langsung dari tempat sudut tersebut
c. Penendang sudut tidak boleh memainkan bola kali kedua. Jika tidak, pihak lawan akan diberikan tendangan bebas tak langsung dari tempat kesalahan tersebut
d. Pemain lawan mestilah berada sekurang-kurangnya 5 meter jauh dari tempat tendangan sudut dibuat
e. Gol boleh dijaringkan dari tendangan sudut

14. Tendangan Penalti
a. Pengadil utama menentukan gawang gol yang akan digunakan.
b. Undian dengan cara lambungan siling digunakan.c. 5 tendangan diambil oleh 5 orang pemain yang di pilih dari
setiap pasukan. Ketua pasukan masing-masing mengumumkan pemain-pemain yang telah dipilih kepada pengadil utama sebelum penalti dijalankan
d. Jika penalti terikat selepas 5 tendangan, tendangan tambahan akan diambil melalui “sudden death” oleh pemain-pemain yang belum melakukan tendangan penalti
e. Pemain yang dibuang padang semasa permainkan tidak boleh mengambil bahagian
f. Mana-mana pemain boleh mengambil tempat penjaga gol jika perlu
g. Semasa tendangan penalti dilakukan, semua pemain mesti berada di separuh gelanggang yang tidak digunakan. Penolong pengadil akan mengawasi kawasan ini

CADANGAN LATIHAN HANTARAN TEPAT

Dengan jarak 10 kaki, seorang pemain berada di tengah bulatan sambil menghantar bola bergilir-gilir secara statik dan kemudian diikuti dengan bergerak secara bulatan kepada semua pemain
Hantaran mestilah “grounder” atau meleret

KEMAHIRAN MENGGELECEK
Menggelecek bola menggunakan sisi kaki kiri atau kanan melalui tiang-tiang yang dipacak ke tanah
Menggelecek bola menggunakan kawan yang beratur statik tetapi boleh mengganggu gelecekan dari tempat di mana mereka berada sahaja.

KEMAHIRAN MENJARING DAN MENGAWAL GAWANG GOL

Menjaring dari posisi yang berbeza di sekeliling di kawasan penalti termasuk tendangan sudut
Galakkan tendangan leret atau “grounder”

SELAMAT MENCUBA???????????SEKIAN TERIMA KASIH………….