pentadbiran pemerintah kerajaan mamluk bahri

1

Upload: ezad-azraai-jamsari

Post on 19-Jan-2017

77 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pentadbiran Pemerintah Kerajaan Mamluk Bahri

Dr. Ezad Azraai JamsariPensyarah Kursus Sejarah Pemikiran Politik IslamJabatan Pengajian Arab Dan Tamadun Islam ,UKM.

PPPJ2463 Sejarah Pemikiran Politik IslamJabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam,Fakulti Pengajian Islam,UKM, 43650 Bangi, Selangor

Nurul Huda Binti Mansor (A144982)

Nur Azleyfah Binti Jaafar (A144974)

Sultan Zahir al-Baybars (658H/1260M-675h1277M)• al-Zahir Baybars telah menyusun semula pentadbiran dan memperkemaskan lagi struk-tur sistem ketenteraan Mamluk.• Sultan al-Zahir Baybars juga berusaha untuk memperluaskan lagi kekuasaan Mamluk di Syria, selatan Mesir dan barat Libya.• Beliau juga menjalinkan hubungan diplomatik dengan pihak-pihak yang tidak mem-bahayakan kedaulatannya menerusi perjanjian dengan Constantinople, Mongol Golden Horde dan juga pemerintah di Pulau Sicily.• Sistem pemerintahan dinasti Mamluk bersifat oligarki militer.• Bagi pemerintahan dalam negeri, Baybars mengangkat anggota militer sebagai golon-gan elit politik.• menghidupkan semula sistem Khilafah dengan membaiah dan melantik Abu al-Qasim Ahmad b. Muhammad sebagai Khalifah ‘Abbasiyyah yang pertama di Kaherah.• Menjadi sultan pertama di Mesir yang menghimpunkan empat orang kadi yang me-wakili empat mazhab di Mesir• Membuka hubungan dagang dengan Perancis dan Itali melalui jalur perdagangan dan mengembangkan sektor pertanian dan perindustrian.• Beliau juga telah menjadikan perhubungan laut dan komunikasi darat semakin lancar dengan menggali beberapa buah terusan, dan pelabuhan.

Sultan Mansor Sayf al-Din Qalawun (678H/1280M)• Meneruskan semua polisi yang pernah dilaksanakan oleh Zahir al-Baybars• Qalawun mengubah dengan melakukan pergantian sultan secara turun- temurun (monarki).• Melaksanakan polisi mengehadkan peluang dan ruang pekerjaan kepada golongan 'dhimmi' dlm jabatan kerajaan.•• mengambil usaha melaksanakan gencatan senjata dengan pihak Kristian dan menjalin-kan hubungan diplomatik dengan beberapa negara Kristian.• Sultan Qalawun telah membangunkan pelbagai kemudahan infrastuktur pada zaman pemerintahannya seperti membina sebuah hospital yang canggih dikenali sebagai al-Bi-maristan al-Mansuri di Kaherah.• Sultan al-Nasir Muhammad Qalawun paling menonjol dalam pelbagai polisi dan dasar pemerintahan bersesuaian dengan era pemerintahnya yang panjang berbanding para pe-merintah Mamluk lain di Mesir.

Sultan al-Nasir Mohamad (692-708H/1293-1309M)• Sultan al-Nasir Muhammad merupakan pemimpin Mamluk yang paling lama memer-intah iaitu lebih kurang 43 tahun.• Pemerintahan dikatakan unik kerana berlangsung sebanyak tiga kali iaitu pada 692-693H/1293-1294M, 697-707H/1298-1308M dan 708-741H/1309-1340M (Hitti, 1970: 679).• Berlaku berikutan pemberontakan dan rampasan kuasa yang berlaku di kalangan kumpulan-kumpulan Mamluk untuk merebut takhta Sultan.• Sultan al-Nasir Muhammad telah menggerakkan ekspedisi ketenteraan untuk berh-adapan dengan kuasa Mongol yang menyerang kepentingan kerajaan Mamluk• Membeli kumpulan hamba baru untuk dilatih dan dijadikan pasukan tentera yang dapat menjaga kepentingan mamluk dikenali sebagai Mamluk al-Nasiri• Melaksanakan polisi yang lebih bertoleransi dengan penduduk yang beragama Kris-tian serta Yahudi bagi menyenangkan kehidupan golongan Dhimmi namun ditentang.

Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif men-erusi kaedah kajian sejarah dan analisis kandungan. Pengumpulan data diperoleh dengan meneliti sumber primer dan sekunderdan artikel jurnal yang berautoriti berkaitan sistem pemerintahan kerajaan Mamluk. Bagi menganalisis data-data yang dikum-pulkan kaedah tematik dan deduktif digunakan.

i) Meneliti pentadbiran yang dilaksanakan oleh pe-merintah dalam Kerajaan Mamluk Bahri (648H-792H/1250-1390M).

Sarjana David Ayalon (1994:9) dalam bukunya “The Military Reforms of Caliph al-Mu’tasim: Their Background and Consequence” menyatakan bahawa Khalifah al-Mu‘tasim (218-227H/833-842M) yang menggantikan Khalifah al-Ma’mun untuk menerajui kerajaan ‘Abbasiyyah merupa-kan individu pertama yang telah memperkenalkan golongan Mamluk dan bertanggungjawab membawa mereka ke dalam sistem pentadbiran negara menerusi sistem ketenteraan.