penilaian portfolio.doc
TRANSCRIPT
PENGENALAN
Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang tertentu.
Portfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur. Ia memerlukan perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang teliti. Proses pembelajaran dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga ke akhir.
KANDUNGAN PORTFOLIO
Kandungan portfolio boleh ditentukan oleh pelajar atau guru atau secara kolaborasi oleh kedua-dua pihak. Kandungan boleh terdiri daripada
bahan bukti pembelajaran (learning evidences) yang releven dan dihasilkan oleh pelajar sendiri - spt. esei, laporan, latihan, lembaran kerja, grafik organiser (cetakan, diskette, CD, rakaman audio/video dll.)
bukti prestasi pelajar seperti kertas ujian yang telah disemak, penilaian rakan sebaya,penilaian kendiri atau penilaian guru
bahan-bahan rujukan, refleksi pelajar yang dibuat dari semasa ke semasa sehubungan tugasan, aktiviti /pengalaman pembelajaran yang dilalui (sama ada dengan menggunakan grid refleksi atau format bebas) dan lain-lain yang releven.
JENIS PORTFOLIO
Terdapat 3 jenis portfolio :-
1. Portfolio Kerja Harian (Working Portfolio)
Koleksi bahan bukti pembelajaran dan tugasan harian yang dikumpul dalam satu jangka waktu (satu semester/satu tahun). Bahan dipilih oleh pelajar.
2. Portfolio Dokumentari (Documentary Portfolio)
Portfolio jenis ini mempunyai bahan bukti pembelajaran yang dikumpul selaras/releven dengan objektif/hasil pembelajaran untuk sesuatu tugasan tertentu (task based) . Proses menghasilkan bahan tugasan perlu ditunjukkan dengan jelas (dari bentuk deraf hingga hasil akhir). Penilaian portfolio jenis ini adalah secara formatif dan sumatif.
3. Portfolio Hasil Terbaik (Show Portfolio)
Bahan bukti pembelajaran untuk portfolio jenis ini dipilih dari hasil yang terbaik di dalam portfolio kerja harian. Penilaian adalah penilaian sumatif. Proses menghasilkan tugasan tidak penting, yang lebih penting adalah hasil akhir yang terbaik
KEGUNAAN PORTFOLIO
Guru amalkan penilaian holistik.
· Pelajar diberi peluang mengawal dan memantau perkembangan diri, menentukan matlamat diri dan menanam rasa bangga dengan hasil pencapaiannya.
· Pelajar berpeluang menilai dan membuat refleksi kendiri.
· Guru boleh memantau perkembangan pelajar secara menyeluruh (kognitif, afektif dan psikomotor).
· Mempelbagaikan bukti penilaian (rekod pemerhatian, penilaian rakan sebaya, penilaian kendiri dll).
· Membolehkan pihak yang berminat selain guru untuk memantau perkembangan pelajar dengan mudah.
PERANCANGAN PORTFOLIO
Sebelum membuat portfolio, beberapa perkara penting mesti diambil kira.
a. Menentukan tujuan dan seterusnya jenis portfolio.
b. Menentukan isi kandungan portfolio.
c. Menentukan siapa yang akan memilih isi kandungan, bahan/sumber portfolio dan bagaimana?
d. Menentukan bagaimana portfolio dinilai
CARA MEMBINA PORTFOLIO
Setelah memahami peringkat dan strategi pembinaan portfolio, catatkan dalam ruang aktiviti cara bagaimana anda akan merancangkan setiap peringkat itu berdasarkan satu pelajaran anda.
Ada 5 peringkat dalam menentukan cara membina portfolio :-
1. Menentukan tujuan portfolio.
2. Menentukan kandungan portfolio.
3. Menentukan pemilihan cara pengendalian portfolio.
4. Menentukan apa yang akan dinilai dan criteria penilaian.
5. Menentukan kaedah membuat anggaran perkembangan pembelajaran pelajar.
PENILAIAN PORTFOLIO ?
Terdapat 3 peringkat dalam menilai portfolio
1.Penilaian Awal
Mengambil kira ciri-ciri penting misalnya draf pertama perancangan portfolio.
2. Penilaian merentasi tugas bertulis mengikut kriteria dengan skala
Contoh:
Sangat Tinggi (5)
Tinggi (4)
Sederhana (3)
Rendah (2)
Sangat Rendah (1)
Kriteria penilaian:
- Pemikiran dan isi
- Struktur dan organisasi
- Strategi pengurusan
- Variasi isi yang sesuai
- Struktur ayat dan gaya bahasa untuk tujuan dan kumpulan sasar yang berlainan
3. Senarai ciri-ciri paling penting
Ini akan menentukan markah portfolio
4. Penentuan gred Mengambil kira markah yang diberi kepada tiap-tiap peringkat dan lain-lain bukti seperti nota anekdot dan refleksi pelajar.
Senarai Semak Portfolio - Penilaian Peringkat Perancangan
Ya Tidak 1. Adakah perbincangan dibuat untuk
menentukan topik/tajuk dan skop?
2. Adakah objektif pembinaan portfolio jelas dan tepat?
3. Adakah strateg mengumpul maklumat/data dipelbagaikan?
4. Adakah jadual fleksi dimasukkan dalam kontrak pelaksanaan kerja?
5. Adakah draf langkah-langkah pembinaan portfolio dibuat?
6. Adakah pendedahan kepada pelbagai penilaian portfolio mencukupi?
Peringkat Perkembangan/Proses
1. Adakah bimbingan perlu diberi secara berterusan?
2. Adakah semua aktiviti-aktiviti yang merentasi semua aspek penilaian dijalankan?
3. Adakah hasil aktiviti-aktiviti didokumentasikan?
4. Adakah maklumat atau bukti-bukti didapati dari lain-lain aktiviti pembelajaran?
5. Adakah catatan mengenai aktiviti-aktiviti
disalin dalam komputer/disimpan dalam portfolio?
6. Adakah analisis maklumat dibuat dengan menggunakan segala bahan/bukti terkumpul mengikut keperluan?
7. Adakah penilaian kendiri dibuat bagi tiap-tiap peringkat?
8. Adakah susunan maklumat/data/bukti
pembelajaran disusun secara urutan dan logik?
9. Adakah dokumentasi lengkap dimasukkan ke dalam komputer?
Peringkat Penilaian
1. Adakah kriteria-kriteria tertentu ditetapkan untuk penilaian portfolio?
2. Adakah penilaian memberatkan proses?
3. Adakah penilaian dibuat dengan menggunakan Peta Pembelajaran Pelajar?
4. Adakah hasil/bukti portfolio dinilai?
5. Adakah aspek-aspek sahsiah juga dinilai?
Peringkat Refleksi/Penutup
1. Adakah proses dan hasil mengikut objektif?
2. Adakah portfolio dihasilkan dalam jangka masa mengikut kontrak pelaksanaan kerja?
3. Adakah idea baru wujud dari penghasilan portfolio tersebut?
PORTFOLIO PENDIDIKAN SENI VISUAL
Pengenalan
Dalam Pendidikan Seni Visual, penyimpanan atau dokumentasi bahan bukti proses pembelajaran pelajar adalah digalakkan. Bahan bukti ini mengandungi pengetahuan, kemahiran dan pemikiran serta penyataan perasaan pelajar. Bahan ini dikumpulkan dan dipersembahkan secara terancang.
Rakaman Proses Pembelajaran
Rakaman proses pembelajaran ini merangkumi beberapa kecerdasan dan ia dikaitkan dengan alat penilaian benar. Melalui portfolio Pendidikan Seni Visual, semua pihak dapat melihat:
Himpunan rakaman urutan proses hasilan kerja pelajar
Contoh hasil kerja pelajar
Penyataan perasaan pelajar semasa proses pembelajaran Pendidikan Seni Visual berlaku
Hasil penulisan, ilustrasi atau gambar yang menjadi sebahagian peristiwa penting untuk dikongsi bersama pihak lain
Petunjuk keupayaan dan refleksi pelajar tentang proses kerja serta hasil kerja seni
Dari segi konsep, portfolio Pendidikan Seni Visual berasaskan kepada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, yang turut melibatkan proses penyelesaian masalah dan membuat keputusan. lni disebabkan portfolio Pendidikan Seni Visual, selain mendokumenkan urutan proses kerja, turut menuntut kemahiran mencetuskan idea secara kritis untuk melakukan penggubahan secara kreatif, sama ada melalui alat, bahan atau teknik tertentu. Pelajar patut dapat merancang proses kerja dengan memastikan masalah yang akan ditempuh sebelum dan sepanjang melakukan kerja dan berupaya pula menentukan keputusan muktamad dalam membuat pilihan bagi mendapat hasil kerja yang terbaik. Proses ini dirakamkan dalam portfolio supaya ia menjadi bahan bukti untuk tatapan dan mampu juga menjadi salah satu alat penilaian benar dalam proses pembelajaran pelajar.
Bentuk Portfolio
Portfolio Pendidikan Seni Visual lebih merupakan portfolio dokumentasi proses sepanjang kerja seni dilakukan dan bukan sekadar portfolio persembahan. Justeru, bentuk portfolio menampakkan kajian, perancangan, eksperimen dan penentuan berhubung dengan hasil yang hendak dibuat. Secara umumnya bentuk portfolio yang dicadangkan mengandungi 4 aspek:
I . Kajian
Pemerhatian dan pengamatan Koleksi bahan serta rekod daripada bahan rujukan yang sesuai dengan kegiatan
Rumusan dan pertimbangan dalam membuat pemilihan
2. Lakaran
Eksperimentasi melalui lakaran dan lukisan sebelum mendapat idea yang konstruktif Pewujudan idea
Perkembangan lakaran berkaitan tema atau tajuk
3. Rangka Sebenar
Merangka reka cadang atau model Menentukan alatan dan bahan
Prototaip (jika berkaitan)
4. Persembahan Portfolio
Ringkas, menjimatkan, menarik dan tepat
Mengikut urutan
Bersih, kemas dan mudah digunakan
Keempat-empat aspek yang meliputi kajian, lakaran, rangka sebenar dan persembahan boleh dihasilkan melalui sebarang bentuk, bergantung kepada keupayaan dan kemampuan fizikal pelajar, sekolah dan kemudahan yang ada. Kemungkinan besar pelajar akan menyediakan portfolio dalam bentuk seperti:
Jurnal
Diari
Laporan
Kompilasi catatan yang dijilid
Beberapa helaian kertas yang di kokot
Ataupun mungkin disket/cakera padat
Terdapat beberapa kegunaan portfolio secara umum. Antaranya:
Untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada hasil kerja dan pencapaian pelajar
Untuk membantu pelajar membuat refleksi terhadap hasil keria sendiri
Untuk membantu ibu bapa, pentadbir dan guru lain mengetahui
kemajuan pembelajaran pelajar
Memberi peluang kepada pelajar bersama mengusahakan hasil kerja sendiri
Menentukan kriteria bagi membandingkan hasil kerja seorang pelajar dengan pelajar lain atau dengan piawai tertentu
Cadangan Kandungan Portfolio
Kandungan portfolio seboleh mungkin dapat merakamkan beberapa kecerdasan, antaranya:
Kecerdasan linguistik seperti:
Catatan pra penulisan
Draf projek penulisan
Huraian bertulis tentang tajuk /tema/kajian
Proses Penyelesaian masalah
Kecerdasan ruang-visual seperti:
Lakaran, catan, cetakan, kolaj, montaj, gambar rajah, peta minda, carta aliran
Sampel gambar 2 dimensi dan 3 dimensi
Kecerdasan interpersonal seperti:
Maklum balas bertulis daripada rakan sebaya, guru dan pihak lain
Laporan rakan sebaya
Kecerdasan interpersonal seperti:
Catatan jurnal
Esei, senarai semak, kegiatan penilaian kendiri
Sampel latihan refleksi kendiri
Soal selidik
Carta kemajuan
Catatan refleksi tentang hasil kerja sendiri