penilaian pemerhatian

28
KAEDAH PENILAIAN BAHASA MELALUI PEMERHATIAN KUMPULAN 1

Upload: nadiahmy

Post on 30-Sep-2015

152 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Penilaian P&P

TRANSCRIPT

  • KUMPULAN 1KAEDAH PENILAIAN BAHASA MELALUI PEMERHATIAN

  • PENGENALANPenilaian melalui pemerhatian dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan, bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan.Dapatan dari proses ini boleh membantu guru dan pelajar membuat refleksi terhadap prestasi masing-masing.

  • Meliputi aspek kognitif , afektif dan psikomotor.Boleh guna senarai semak, rekod anekdot, dan rekod profil.Pemerhatian berlaku antara guru, dan antara pelajar dengan pelajar.Pemerhatian juga dibuat oleh guru terhadap keberkesanan bahan dan komunikasi pelajar dengan bahan dan pelbagai situasi persekitaran.

  • panduan dalam menggunakan kaedah pemerhatian

    1. Fahami asas kepada pemerhatian menyedari keadaan sekelilingmembezakan di antara tingkahlaku yang subjektif dan objektifmembezakan di antara deskripsi dan membuat inferensprasa soalan yang menghadkan pemerhati memerhati tingkahlaku yang maujud dan zahir

  • 2. Bersedia untuk membuat pemerhatian dengan :

    membuat keputusan tentang jenis tingkahlaku, tindakan, dan kemahiran yang ingin diperhatikanmembuat keputusan tentang siapa yang akan menjadi pemerhatimembuat pelan sampelmenyediakan borang pemerhatian untuk merekod kekerapan sesuatu tingkahlaku, tindakan, dan kemahiran itu timbulmelatih pemerhati

  • 3. Memerhati dan merekod bagaimana pelajar melakukan tingkahlaku tersebut. Prosedur pemerhatian ini boleh dalam bentuk formal ataupun tidak formal

  • 4. Buat ringkasan atau rumusan kepada hasil pemerhatian dengan jelas dan berguna sebagai satu "feedback" kepada setiap pelajar dan kumpulan; dan bantu pelajar dalam menganalisa data pemerhatian dan membuat refleksi tentang bagaimana; tahap efisien pembelajaran merekamereka boleh membantu rakan mereka belajarmereka boleh mencapai tahap yang lebih efisien

  • Perkara yang perlu diambil semasa dibuatpemerhatian;

    1.Kualiti Pemerhatian2.Bentuk perancangan3.Merekod penilaian pemerhatian4.Jenis Pemerhatian5.Strategi pelaksanaan6.Fungsi penilaian melalui pemerhatian.

  • 1. Kualiti Pemerhatian

    Pengetahuan mendalam dalam bidang tugasnya dan prihatin dengan persekitarannya.Guru perlu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan.

  • Yakin dengan keputusan yang dibuat dan keputusan yang diambil.Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil terhadap sesuatu.Tekal dan stabil dalam penilaiannya

  • 2. Bentuk Perancangan

    Menyediakan alat yang releven dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya.Menetukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor.Merangka tindakan susulan yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang dijalankan daripada pemerhatian.

  • 3. Merekod Penilaian Pemerhatian

    Rekod pemerhatian harus menggambarkanperubahan tingkahlaku secara tersusun dari segi:

    1. Pendekatan, kaedah individu atau berkumpulanSemasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas

  • 2.Menjalankan TugasanCara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat .3. Cara merekodkan dapatan dan rumusanDapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.4. Tindakan SusulanRekod pemerhatian hendaklah juga jelaskan tindakkan susulan hasil yang akan dicapai.

  • Rekod anekdot

    Boleh digunakan untuk menialai kecekapan ataukecerdasan individu dalam bidang tertentuSeperti berikut:1.Kecekapan linguistik (bidang bahasa)2.Melihat kecekapan dalam bidang-bidang tertentu3.Muzik4.Kecekapan (body khanisthetic)5.Kecekapan intrapersonal6.Kecekapan interpersonal

  • Kecekapan LinguistikKeupayaan menggunakan bahasa untuk memperoleh sesuatu , untuk menambat hati, menyakinkan dan merangsang.Melihat Kecekapan dalam bidang-bidang tertentu.Keupayaan memanipulasikan objek atau simbol untuk meneroka corak, kategori dan perkaitan dan kebolehan membuat eksperimen secara terkawal dan terancang.

  • MuzikKeupayaan mencipta muzik dan mengubah lagu.Kecekapan (body khanisthetic)Berkemahiran sukan, seni lakon, seni tari atau seni lukis.

  • Kecekapan IntrapersonalKeupayaan memahami perasaan dan emosi diri.Kecekapan interpersonalKeupayaanmemahami dan bergaul dengan orang lain.

  • 4. Jenis Pemerhatian

    Mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan atau dinilai.Memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsian dan tanggapan. Melaporkan apa saja yang dilihat. Tafsiran bukan untuk penilaian semasa.

  • Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara berfikiran terbuka. Menilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang.Penilaian dalam bentuk sekuen.

  • 5. Strategi Pelaksanaan

    Secara berterusan mengikut keperluan yang telah dikenalpasti/ dirancang.Menggunakan senarai semak.Tindakkan susulan terhadap hasil pemerhatian

  • Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluanMaklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar.Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.

  • 6. Fungsi Penilaian Melalui Pemerhatian

    Penilaian melalui pemerhatian boleh:

    digunakan oleh guru untuk melihat perkembangan individu/ kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran. dibuat oleh pelajar ( individu/ kumpulan) untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran. dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek.

  • Penilaian melalui pemerhatian membolehkanguru/ pelajar merancang tindak susul yangsesuai dengan proses pembelajaran seperti:

    menjalankan aktiviti pemulihan/ pengukuhan.

    meningkatkan motivasi pelajar.

    mengatur aktiviti pengayaan dan penyuburan diri yang sesuai dengan minat dan keupayaan serta prestasi pelajar.

  • Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru membuat refleksi terhadap keberkesanan peranan sendiri sebagai penyampai maklumat, pemudahcara, pendidik dan mentor.

  • Pemerhatian yang terancang membantuguru:

    mengetahui sejauh manakah minat pelajar terhadap pelajaran dan apakah yang mendorong/ menolak minat tersebut.

    mengesan sama ada strategi pengajaran guru memberi kesan yang positif.

    mengesan kemampuan / tahap pemikiran pelajar.

  • mengesan tahap penguasaan bahasa pelajar.

    menyimpan rekod yang sistematik untuk rujukan dan perancangan.

    mendapatkan petunjuk untuk mengesan sikap pelajar terhadap pelajaran, rakan sebaya, dan diri sendiri.

  • Contoh Senarai semak Untuk Menilai Kerjasama KumpulanYang Dibuat Melalui Pemerhatian

    BilKriteria Tingkah Laku KerjasmaYa/tidak1.Selalu menetapi masa dalam apa jua aktiviti kumpulan yang dijadualkan2.Bersikap proaktif (memulakan kerja tanpa diarah)3.Suka berkongsi maklumat dengan rakan sekumpulan4.Menyumbang idea yang bernas kepada kumpulan5.Bersedia mendengar pendapat ahli lain dalam kumpulan6.Mematuhi/akur dengan segala peraturan yang ditetapkan oleh kumpulan7.Menunggu giliran untuk menyampaikan idea atau pendapat8.Berbudi bahasa dan menunjukkan tingkah laku yang sopan kepada ahli kumpulan9. Membantu menyelesaikan masalah kumpulan10.Mengambil kira pendapat orang lain dalam kumpulan11.Melaksanakan tugasan/aktiviti yang telah ditetapkan oleh kumpulan12.Menyempurnakan tugasan yang diberi oleh kumpulan tepat pada waktunya

  • SEKIANTERIMA KASIH