penilaian autentik

40
Penilaian autentik adalah satu bentuk penilaian di mana pelajar diminta untuk melaksanakan tugas-tugas dalam dunia sebenar yang menunjukkan penggunaan pengetahuan dan kemahiran yang penting. ( Mueller, 2014 ). Tugasan yang memberi tumpuan kepada keupayaan pelajar untuk menghasilkan produk yang berkualiti atau prestasi tinggi. (Wiggins) 3) Tugasan yang bermakna di mana pelajar perlu belajar dengan cara cemerlang. (Wiggins) 4) Cabaran yang memerlukan pengetahuan dalam penggunaan yang baik dan pertimbangan yang baik. (Wiggins) 5) Penglibatan aktif pelajar untuk merungkai tugasan berdasarkan standard. (Wiggins) MENGAPA MENGGUNAKAN PENTAKSIRAN AUTENTIK Guru biasanya akan menggunakan kedua-dua pentaksiran iaitu pentaksiran tradisional dan pentaksiran autentik utnuk tujuan yang berbeza. Kenapa guru memilih untuk menggunakan pentaksiran autentik dan menjadi semakin popular mutakhir ini. 1. Pentaksiran autentik adalah pengukuran langsung (sebenar) 2. Pentaksiran autentik merangkumi pembelajaran secara semulajadi 3. Pentaksiran autentik mengintegrasikan pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran PENTAKSIRAN AUNTENTIK DALAM PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) Semua kaedah penilaian yang dinyatakan di atas, sukar untuk diseragamkan bagi keseluruhan murid dalam sistem pendidikan dan ianya lebih efektif melalui PBS kerana guru lebih mengetahui, mengenali dan paling hampir dengan murid dan tahu apa yang sepatutnya dinilai daripada murid. Melaui PBS, guru diberi ruang dan peluang untuk menentukan bentuk dan kaedah penugasan kepada murid yang berkaitrapat dengan objektif pembelajaran murid berdasarkan kepada kebolehan, keupayaan, kemampuan dan

Upload: farzana-zana

Post on 23-Dec-2015

3.143 views

Category:

Documents


137 download

DESCRIPTION

penilaian

TRANSCRIPT

Page 1: Penilaian autentik

Penilaian autentik  adalah satu bentuk penilaian di mana pelajar diminta untuk melaksanakan

tugas-tugas dalam dunia sebenar yang menunjukkan penggunaan pengetahuan dan kemahiran

yang penting. ( Mueller, 2014 ).

Tugasan yang memberi tumpuan kepada keupayaan pelajar untuk menghasilkan produk yang

berkualiti atau prestasi tinggi. (Wiggins)

3)  Tugasan yang bermakna di mana pelajar perlu belajar dengan cara cemerlang. (Wiggins)

4) Cabaran yang memerlukan pengetahuan dalam penggunaan yang baik dan pertimbangan

yang baik. (Wiggins)

5) Penglibatan aktif pelajar untuk merungkai tugasan berdasarkan standard. (Wiggins)

MENGAPA MENGGUNAKAN PENTAKSIRAN AUTENTIK

Guru biasanya akan menggunakan kedua-dua pentaksiran iaitu pentaksiran tradisional dan

pentaksiran autentik utnuk tujuan yang berbeza. Kenapa guru memilih untuk menggunakan

pentaksiran autentik dan menjadi semakin popular mutakhir ini.

1. Pentaksiran autentik adalah pengukuran langsung (sebenar)

2. Pentaksiran autentik merangkumi pembelajaran secara semulajadi

3. Pentaksiran autentik mengintegrasikan pengajaran, pembelajaran dan  pentaksiran

PENTAKSIRAN AUNTENTIK DALAM PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Semua kaedah penilaian yang dinyatakan di atas, sukar untuk

diseragamkan bagi keseluruhan murid dalam sistem pendidikan dan ianya

lebih efektif melalui PBS kerana guru lebih mengetahui, mengenali dan

paling hampir dengan murid dan tahu apa yang sepatutnya dinilai daripada

murid. Melaui PBS, guru diberi ruang dan peluang untuk menentukan

bentuk dan kaedah penugasan kepada murid yang berkaitrapat dengan

objektif pembelajaran murid berdasarkan kepada kebolehan, keupayaan,

kemampuan dan persekitaran murid yang sebenar. Ciri penting dalam PBS

adalah pertimbangan atau “judgment” guru terhadap tugasan yang

dihasilkan oleh murid yang bersifat subjektif. Penilaian yang bersifat

subjektif memberikan pelbagai kemungkinan tafsiran daripada seorang guru

dan ianya akan membangkitkan tahap kesahan dan kebolehpercayaan

terhadap penilaian guru. Oleh yang demikian, PBS dilengkapi dengan

pentaksiran rubrik atau Band sebagai rujukan dan panduan untuk guru

Page 2: Penilaian autentik

dalam menilai hasil kerja murid mengikut kriteria yang telah ditetapkan

dalam setiap tahap Band.enilaian guru adalah berpandukan perbandingan antara skor yang diperolehi murid dengan Band yang telah ditetapkan.Semua murid berpeluang mencapai tahap Band tertinggi atau dianggap menguasai objektif pembelajaran dengan memperoleh skor minimum atau tahap kompetensi minimum. PBS adalah berkonsepkan pembelajaran masteri atau menguasai pembelajaran dalam satu julat skor yang telah ditetapkan. Perbezaan skor yang diperoleh dalam julat Band yang sama tidak membezakan tahap penguasaan murid sebagai contoh tahap skor minima ditetapkan bagi Band 6 adalah 80% hingga 100% , sekiranya murid X memperoleh skor 85%, murid Y memperoleh 81% dan murid Z memperoleh skor 95%, kesemua murid dianggap telah menguasai pembelajaran dengan memperoleh Band 6.

Pentaksiran kerja kursus atau portfolio – Kerja pelajar direkodkan dalam koleksi bahan-bahan

yang dipersetujui oleh pelajar atau guru, menjangkaui tempoh masa, yang menggambarkan

proses pembelajaran pelajar, perkembangan, dan pencapaian dalam cara yang teratur dan

sistematik.

Kepelbagaian Bentuk  Perlaksanaan Pentaksiran Autentik.

Gambaran yang lebih baik terhadap pengajaran dan pembelajaran dapat diberikan dengan

menggunakan pelbagai pentaksiran dalam bilik darjah.

  Pentaksiran prestasi – Pelajar dikehendaki untuk mencipta sesuatu produk atau merumuskan

tindak balas yang menunjukkan penguasaan dalam kemahiran atau kefahaman tentang proses

atau konsep. Lazimnya, pentaksiran prestasi autentik kerana distrukturkan berdasarkan

sesuatu masalah atau situasi sebenar.

  Pemerhatian guru – Guru memerhatikan pelajar-pelajar yang terlibat dalam pelbagai tugas

atau aktiviti dengan menggunakan senarai semak, skala kedudukan, dan sebagainya untuk

merekodkan prestasi pelajar dalam mencapai satu penanda aras yang tertentu.

  Persidangan – Guru dan dialog pelajar, menilai kemajuan pelajar untuk mencapai satu atau

lebih matlamat yang tertentu.

  Pentaksiran kendiri – Pelajar memikirkan dan menilai kerja mereka sendiri dengan kriteria

taksiran yang dibangunkan oleh guru atau pelajar.

  Pentaksiran rakan sebaya- Pelajar menilai kerja antara satu sama lain dengan kriteria

penilaian yang dibangunkan oleh guru atau pelajar-pelajar.

Page 3: Penilaian autentik

  Pentaksiran kerja kursus atau portfolio – Kerja pelajar direkodkan dalam koleksi bahan-

bahan yang dipersetujui oleh pelajar atau guru, menjangkaui tempoh masa, yang

menggambarkan proses pembelajaran pelajar, perkembangan, dan pencapaian dalam cara

yang teratur dan sistematik.

Definisi Pentaksiran Autentik

Pentaksiran adalah perkataan Latin yang bermaksud ”duduk bersama” antara

pentaksir dengan pelajar dan mengesahkan apa yang dilaksanakan oleh pelajar. Melalui

pentaksiran yang berterusan ini, guru dapat membuat penilaian berdasarkan kepada tahap

pencapaian pelajar dari masa ke masa melalui pengumpulan maklumat dan data dan

menganalisis maklumat mengenai tahap kemajuan sesuatu sama ada berbentuk program,

individu dan lain-lain. Menurut Payne (2003) pentaksiran dirujuk sebagai integrasi proses

mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau memberiki nilai kepada maklumat

itu dan membuat keputusan berdasarkan maklumat tersebut.

Pentaksiran autentik ialah suatu bentuk penilaian yang berlainan daripada formal

seperti penilaian formatif dan penilaian sumatif yang boleh digunakan oleh guru dalam bilik

darjah. Penilaian ini kurang memberi penekanan kepada penggunaan kertas dan pensil

sebagaimana yang digunakan dalam penilaian tradisional. Penilaian jenis ini lebih kepada

penggunaan / amali terhadap sesuatu tugasan seperti yang dilakukan dalam kedaan

sebenarnya (Bhasah, 2007).

Pentaksiran Autentik lebih kepada penggunaan  atau amali terhadap sesuatu tugasan

yang menghampiri kepada tugasan yang dilakukan dalam keadaan sebenar. Dalam konteks

bilik darjah, aplikasi pentaksiran autentik memerlukan murid melakukan sesuatu tugasan

yang agak kompleks tetapi bererti, berasaskan pengetahuan awal, pembelajaran semasa dan

kemahiran yang relevan untuk menyelesaikan masalah sebenar berlaku.

Ciri-ciri Pentaksiran Autentik

Page 4: Penilaian autentik

1.Pentaksiran adalah berdasarkan kepada prestasi dan memerlukan murid menunjukkan         

penguasaan terhadap  kemahiran tertentu. Semakin hampir sesuatu tugasan kepada keadaan

sebenar   semakin tinggi darjah autentik pentaksiran tersebut.

2. Bentuk pentaksiran yang dijalankan menyerupai situasi sebenar dalam aspek konteks dan

attitude 

   professional serta kecekapan.

3. Pentaksiran yang dijalankan adalah sejajar dengan  kehendak hasil pembelajaran,

kandungan 

    kurikulum dan  maklumat kerjaya masa hadapan.

4. Menekankan kepada proses pembelajaran , bukan hanya kepada markah peperiksaan

5. Dapat menarik minat murid dan memberi motivasi kepada murid dalam menyelesaikan

tugasan, 

    menyeronokkan, mencabar dan boleh diselesaikan oleh murid

6. Memberi peluang kepada murid untuk membina pemikiran kritikal dan kemahiran

menyelesai 

    masalah dalam situasi profesional   

7. Memberi evidens yang kukuh  membuktikan bahawa murid telah mencapai kehendak hasil 

    pembelajaran.

Enam Prinsip Pentaksiran Autentik Menurut Lois Bridges ( 1995 )

1.Pentaksiran autentik merupakan penilaian yang berterusan. Pelajar akan dimaklumkan mengenai    aspek pengajaran dan pembinaan kurikulum. Ini kerana pelajar terlibat dengan penilaian tersebut.

2.Pentaksiran autentik adalah merupakan sebahagian daripada kurikulum. kanak-kanak dinilai   manakala mereka terlibat dengan pengalaman pembelajaran di bilik darjah, bukan sahaja sebelum   atau selepas unit melalui ujian pra - atau –ujian pasca.

3.Pentaksiran autentik berkembang sesuai dengan budaya atau persekitaran.

4.Pentaksiran autentik fokus kepada keupayaan pelajar. Guru menilai bagaimana pelajar boleh    lakukan, pengetahuan, bagaimana mereka perlu belajar.

5. Pentaksiran autentik mengiktiraf penilaian yang paling penting ialah penilaian kendiri. Pelajar dan 

Page 5: Penilaian autentik

   guru perlu mengetahui apa yang mereka nilai dan dinilai agar dapat mencapai kejayaan yang    diharapkan.

6. Pentaksiran autentik menggalakkan kolaborasi di antara pelajar, guru, ibu bapa bersama untuk     memberi refleksi dan menilai pembelajaran.

Perbandingan antara penilaian tradisional dengan  penilaian autentik

Matlamat bagi penilaian autentik telah berfokus pada kefahaman dan membantu kemahiran

seseorang pelajar supaya dapat membiasakan diri dalam dunia sebenar. Ini merupakan satu

penilaian yang dijalankan semasa pengajaran dan akan dijalankan secara berterusan

berdasarkan prestasi tingkah laku. Pelbagai kemahiran akan dinilai semasa pengajaran dan

juga secara berterusan. Dalam penilaian autentik, ujian akan dijalankan secara kerap dalam

pelbagai format.

Penilaian autentik dapat memberikan nilai tambah kepada proses pengajaran dan

pembelajaran dengan pelbagai cara seperti :

a)      Kemahiran penilaian kendiri

b)      Kemahiran pemikiran reflektif

c)      Kemahiran metakognisi

d)     Kemahiran penyelesaian masalah dalam proses belajar

e)      Membina kefahaman baru

f)       Memupuk penerimaan kendiri, menghargai dan saling menghormati

g)      Empowerment dengan memberi keupayaan memilih

h)      Penambahan arahan

i)        Disiplin tanpa tekanan

j)        Disiplin kawalan tugas dan disiplin kawalan kumpulan

k)      Pendekatan yang lebih berpusatkan pelajar

l)        Kontekstual, konstruktivis, akses kendiri dan misteri

m)    Menambah baik pelaksanaan kurikulum

Penilaian tradisional

Penilaian tradisional lazimnya menguji IQ yang belum menggambar kecerdasan sebenar

seseorang. Matlamat bagi penilaian tradisional hanya berfokus pada gred dan tahap

pembelajaran seseorang pelajar. Ini merupakan satu penilaian yang dijalankan selepas

pengajaran. Kemahiran yang terhad hanya akan dinilai selepas pengajaran.  Dalam penilaian

tradisional, ujian hanya akan dijalankan sekali. Ia lebih formatif dan dalam bentuk bertulis.

Kesimpulan

Page 6: Penilaian autentik

Daniel Goleman (1995), menyokong pendapat ini dengan mengatakan hanya empat peratus

sahaja kaitan kejayaan dalam peperiksaan dengan prestasi seseorang di tempat kerja. Beliau

merumuskan bahawa kurang hubung kaitnya antara IQ dengan kejayaan seseorang dalam

kehidupan. Oleh itu, penilaian seharusnya direka  bentuk supaya lebih adil bagi menilai

pelbagai kecerdasan yang dimiliki oleh setiap pelajar. Ujian berdasar kriteria kecerdasan

tidak mengehadkan kepada ujian bertulis tetapi memberi peluang mengaplikasikan kemahiran

tertentu.

Penilaian autentik telah berubah daripada segi pendekatan, strategi, kaedah dan teknik

mengajar seterusnya strategi penilaian. Ia lebih memberi  makna, menyeronokkan dan

mampu mengembangkan potensi pelajar ke tahap optimum.

Perkaitan antara Pentaksiran Autentik dan Penilaian Berasaskan Sekolah {PBS}.Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven.Menurut Grace, (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. ‘Realistik’ dan ‘bermakna’ merupakan terma yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik.Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan pentaksiran yang dikendalikan di sekolah yang melibatkan peringkat sekolah yang melibatkan peringkat perancangan, pembinaan, pentadbiran, peperiksaan dan laporan guru di sekolah yang membabitkan pihak-pihak berkepentingan (stakeholder) seperti murid, ibu bapa, guru dan organisasi luar. Pentaksiran Berasaskan Sekolah melibatkan proses mengumpul yang autentik dan boleh diharap oleh guru secara formatif dan sumatif.PBS secara formatif adalah bertujuan untuk memperbaiki pembelajaran (assessment for learning) manakala PBS secara sumatif adalah untuk menilai tentang sejauh mana murid telah menguasai apa yang dipelajari (assessment of learning). PBS yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru akan dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya. Di samping itu kekuatan murid yang telah menguasai pula diperkukuh dan diperkaya. Melalui aktiviti tindakan susulan yang berkesan guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran Secara kesimpulannya, Pentaksiran Autentik dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah adalah satu pentaksiran yang sama sebenarnya. Kedua-dua pentaksiran mempunyai banyak persamaan iaitu kedua-dua pentaksiran menekankan kepada penilaian fomatif dan penilaian sumatif. Melalui kedua-dua pentaksiran ia membantu guru menjadikan pentaksiran sebagai indikator yang komprehensif mengenai kemampuan murid dan seberapa efektif kaedah yang diberikan

Page 7: Penilaian autentik

kepada murid yang dijalankan. Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat yang tepat boleh membantu pembuat danpenentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.

 Rubrik Penskoran

Rubrik merupakan satu bentuk skema penskoran yang ditetapkan mengikut kriteria. Ssekurang-kurangnya 2 tahap kriteria perlu ditetapkan seperti daripada menguasai dan tidak menguasai. Kriteria ini digunakan untuk membuat rangking atau pemeringkatan terhadap pencapaian murid. Rubrik terbahagi kepada dua iaitu rubrik analitik dan rubrik holistik.

Rubrik analitik merujuk kepada panduan pemarkahan yang selalunya digunakan untuk pengujian formatif. Maklumat lebih terperinci. Guru dapat melihat bidang (kriteria) yang dapat dikuasai oleh pelajar dengan baik dan bidang (kriteria) yang memerlukan pembaikan. Ia menyediakan maklum balas sepanjang tempoh pengukuran.Contoh pemarkahan bagi pendidikan seni menggambar. Terdapat markah atau gred dan kriteria seperti penyediaan alat, pengwujudan idea, gubahan dan interpretasi.

Rubrik holistik selalunya digunakan di dalam pengujian sumatif untuk melihat kepada pencapaian pelajar secara menyeluruh. Ia dapat membantu guru menyediakan markah yag lebih cepat. Mengandungi kriteria dan kualiti untuk menilai keseluruhan hasil kerja murid. ContohnyaRubrik memberikan penerangan tentang ciri-ciri kerja murid dengan jelas. Rubrik hendaklah dijadikan telus supaya murid boleh menganggar prestasinya. Kejelasan dan pemahaman tentang rubrik dapat meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan.

Kebaikan penilaian berasaskan rubrik

i)        Memberi gambaran yang lebih jelas tentang pencapaian yang dibuatii)     Guru mampu mengkhususkan garis panduan yang diharapkan dalam setiap aspek sesuatu       projekiii)   Pemahaman murid/pelajar lebih jelasiv)    Mengurangkan tekanan pelajar dan guruv)     Membantu guru memfokuskan perhatian terhadap aspek tertentu dalam penilaian dan       memendekkan separuh masa penilaian pelajar.

Kepentingan Pentaksiran Autentik Dan Pentaksiran Performance Based

 Menghendaki pelajar menggunakan pengetahuan dengan bermakna.

Page 8: Penilaian autentik

 Menghendaki pelajar mahir menggunakan pelbagai kemahiran (contohnya, penulisan,            penyelidikan, perdebatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir secara kritis)

Memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam memperoleh kejayaaan pada masa hadapan.

 Merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang ada dalam dunia sebenar.

TUGASAN 21.0  DEFINISI2.0  PERBEZAAN PENTAKSIRAN TRADISIONAL DAN AUTENTIK3.0  ASAS TEORI PENTAKSIRAN AUTENTIK (KONSTRUKTIVISME)4.0  PRINSIP PENTAKSIRAN AUTENTIK5.0  CIRI-CIRI PENTAKSIRAN AUTENTIK6.0  BENTUK-BENTUK PENTAKSIRAN AUTENTIK7.0  RUBRIK HOLISTIK DAN ANALITIK8.0  KELEBIHAN DAN KELEMAHAN PENTAKSIRAN AUTENTIK9.0  PENTAKSIRAN AUTENTIK DALAM PBS10.0        CONTOH-CONTOH PENTAKSIRAN AUTENTIK (VIDEO PENDIDIKAN KHAS & SEK MEN)11.0        CONTOH-CONTOH PENTAKSIRAN AUTENTIK (VIDEO SEK. REN & PRA SEK)

1.0        DEFINISI

Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang

merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan

menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu

tujuan. Pentaksiran dalam pendidikan di Malaysia ialah proses mendapatkan

maklumat tentang perkembangan individu serta keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal insan. Pentaksiran

terbahagi kepada beberapa jenis antaranya ialah pentaksiran autentik,

pentaksiran”performance based”, pentaksiran dan hasil pembelajaran, pentaksiran

berbantukan komputer dan pentaksiran  motivasi.

Menurut Pert (1990), pentaksiran autentik merupakan bentuk penilaian yang

berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik

darjah setiap hari. Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek

merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah,

kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran dan simulasi terhadap situasi dunia

sebenar. Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses

yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap

pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang relevan.

Pentaksiran autentik juga dikenali sebagai penilaian alternatif.

 Pentaksiran autentik juga didefinisikan sebagai pengevaluasian 

pengetahuan atau keahlian pelajar dalam konteks yang mendekati dunia sebenar

Page 9: Penilaian autentik

atau kehidupan nyata sedekat mungkin. Menurut Rudner & Boston (1994),

pentaksiran autentik adalah proses yang memerlukan kanak-kanak 

mendemonstrasikan pengetahuan,  kemahiran dan strategi dengan memberi

maklum balas atau hasilan dalam konteks atau realiti yang bermakna.

Selain itu, menurut Grace di dalam buku Educational Assessment of Student

(1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan kanak-kanak

secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan

pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. Realistik dan bermakna merupakan

terma yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik. Pentaksiran autentik ini

menekankan kepada pengalaman terhadap dunia sebenar dalam kehidupan pelajar.

Ia juga bukan hanya melibatkan tahap kognitif  di peringkat pengetahuan dan

pemahaman malah  melibatkan tahap kognitif yang lebih tinggi iaitu peringkat

aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

Saptu & Said (2011) menjelaskan definisi pentaksiran autentik adalah ianya merujuk

kepada alternatif ke arah kepelbagaian ujian pencapaian yang standard. Menurut

Logsdon (2011), pentaksiran autentik mempunyai bentuk pentaksiran yang berbeza

di mana dapat menampung ketidakupayaan pelajar. Satu pentaksiran yang silih

berganti boleh mengurangkan kesan ketidakupayaan pelajar kepada keupayaan

untuk menunjukkan apa yang pelajar fahami. Pentaksiran autentik juga merupakan

penggunaan pendekatan bukan tradisional dalam menilai prestasi pelajar (Aurbach

& Associates, 2011).

            Pentaksiran autentik secara umumnya ditakrifkan sebagai kaedah penilaian

yang merupakan alternatif selain pentaksiran tradisional seperti ujian pensel-kertas.

Pentaksiran autentik menghendaki pelajar untuk menunjukkan kemahiran dan

pengetahuan yang mana tidak dapat dinilai dengan menggunakan ujian yang

ditetapkan masa seperti pentaksiran sumatif. Ia bertujuan untuk mendedahkan

kemahiran pemikiran kritikal dan mentaksir pelajar dengan meminta pelajar untuk

menyelesaikan tugasan terbuka yang mengambil tempoh lebih daripada satu kelas

untuk melengkapkannya (Companies, 2011).

            Jesteru itu, pentaksiran autentik adalah pentaksiran di mana pelajar

menghasilkan atau mencipta jawapan sendiri terhadap sesuatu persoalan, boleh

berbentuk esei atau lukisan, yang bertentangan dengan kaedah memilih daripada

jawapan yang telah diberikan, seperti yang lazimnya dilihat pada ujian aneka pilihan.

Pentaksiran autentik termasuk menjawab soalan pendek, esei, penilaian prestasi,

persembahan lisan, pameran, dan juga portfolio. Pentaksiran autentik ini

menyediakan peluang kepada pelajar untuk mengekspresikan diri secara kreatif

melalui pilihan pelajar sendiri. Pentaksiran autentik merupakan aktiviti pentaksiran

yang dijalankan tidak seperti pentaksiran yang menekankan konsep pensel-kertas

Page 10: Penilaian autentik

untuk menguji dan mengukur. Maka, pentaksiran autentik boleh dirujuk sebagai

pentaksiran formatif atau pentaksiran untuk pembelajaran.

            Menurut Bailey (1998), pentaksiran tradisional adalah secara tidak langsung

tidak autentik, one-shot, speed-based , dan rujukan norma. Law & Eckes (1995)

menggariskan isu yang sama dan menyatakan bahawa pentaksiran tradisional

adalah ujian – peristiwa tunggal (single-occasion)iaitu hanya mengukur apa yang

pelajar boleh lakukan pada suatu masa tertentu. Walau bagaimanapun, skor ujian

tidak dapat menunjukkan perkembangan pelajar tersebut. Selain itu, ia tidak dapat

menggambarkan kesukaran pelajar semasa melakukan ujian. Bailey (1998) juga

menyebut bahawa tiada maklum balas yang disediakan kepada pelajar dalam

pentaksiran ini. Law & Eckes (1995) menunjukkan kebanyakkan ujian yang seragam

mentaksir hanya kemahiran berfikir pelajar yang rendah. Manakala Dikli (2003)

menyatakan bahawa pentaksiran tradisional sering memberi tumpuan kepada

kemampuan hafalan dan melihat kembali pembelajaran, yang mana tahap

kemahiran kognitif yang lebih rendah. Sistem pentaksiran pada masa kini

berpandukan kurikulum yang hanya mencakupi kebolehan pelajar mengingat dan

kemahiran menghafal semata-mata. Kemahiran yang lain tidak diaplikasi, dianalisis,

disintesis dan dinilai dalam sesuatu penilaian ( Begum & Farooqui , 2008 ).

            Sebaliknya pentaksiran autentik, mentaksir kemahiran berfikir yang lebih

tinggi. Pelajar mempunyai peluang untuk menunjukkan apa yang mereka belajar.

Pentaksiran autentik memberi tumpuan kepada perkembangan dan prestasi pelajar

tersebut iaitu, sekiranya seorang pelajar gagal untuk melaksanakan tugas yang

diberikan pada masa tertentu, pelajar tersebut masih mempunyai peluang untuk

menunjukkan kebolehan pada bila-bila masa yang berbeza dan keadaan yang

berbeza.

            Pentaksiran autentik atau pentaksiran untuk pembelajaran adalah proses

pembelajaran secara berterusan. Pentaksiran autentik ini dijalankan untuk

memastikan setiap pelajar memahami dan dapat menterjemah kehendak tugasan.

Guru juga dapat menetukan apa yang boleh dibantu dalam meningkatkan prestasi

pelajar. Pentaksiran yang bersifat autentik adalah pentaksiran kerja kursus atau

portfolio, projek, persembahan, aktiviti jasmani, kokurikulum, sahsiah, budi pekerti

dan pembinaan jati diri pelajar dapat dilaksanakan, malahan proses pembinaan

modal insan yang holistik dapat juga diteruskan sejajar dengan saranan Timbalan

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (Khan, 2009).

Penilaian autentik  adalah satu bentuk penilaian di mana pelajar diminta

untuk melaksanakan tugas-tugas dalam dunia sebenar yang

Page 11: Penilaian autentik

menunjukkan penggunaan pengetahuan dan kemahiran yang penting. ( Mueller,

2014 ).

Penilaian autentik  adalah  sesuatu yang diuji untuk menunjukkankemahiran dan

kecekapan tertentu  untuk menunjukkan sama ada telah menguasai kemahiran serta

pengetahuan tersebut. (Stiggins, 1987)

Penilaian autentik juga dikenali sebagai penilaian alternatif dan penilaian prestasi

dan seringkali digunakan seiring. Penilaian autentik bermaksud penilaian prestasi

yang memerlukan pelajar untuk menjana idea dan  bukannya memilih jawapan yang

telah tersedia. (Worten, 1993).

Menurut perspektif ahli falsafah pendidikan  menyatakan bahawa Penilaian Autentik

bermaksud tugasan pelajar yang berbentuk amali yang berkaitan dengan pelajaran

agar penilaian boleh dibuat daripada hasil tugasan tersebut. (Burke, 2005)

Bagi lebih jelas, di bawah terdapat beberapa takrif daripada pakar dalam bidang itu

untuk menggambarkan penilaian autentik dengan lebih jelas.

1) Kaedah yang menekankan pembelajaran dan pemikiran, kemahiran berfikir aras

tinggi terutamanya seperti strategi menyelesaikan masalah. (Collin)

2) Tugasan yang memberi tumpuan kepada keupayaan pelajar untuk menghasilkan

produk yang berkualiti atau prestasi tinggi. (Wiggins)

3)  Tugasan yang bermakna di mana pelajar perlu belajar dengan cara cemerlang.

(Wiggins)

4) Cabaran yang memerlukan pengetahuan dalam penggunaan yang baik dan

pertimbangan yang baik. (Wiggins)

5) Penglibatan aktif pelajar untuk merungkai tugasan berdasarkan standard.

(Wiggins)

2.0  PERBEZAAN PENTAKSIRAN AUTENTIK DAN TRADISIONALBIL AUTENTIK TRADISIONAL

1. Berpusatkan murid Berpusatkan guru

2. Pelbagai jenis pentaksiran (esei, potfolio, eksperimen, persembahan, pameran)

Kaedah pentaksiran secara Ujian Bertulis, Ujian Lisan

3. Murid mengalami situasi sebenar dalam sesuatu perkara/ujian.

Tidak menunjukkan keadaan sebenar apa

yang murid tahu.

4. Penilaian akan memimpin kurikulum. Kurikulum memacu pentaksiran

5. Murid menganalis, sintesis dan menggunakan apa yang diperolehi dalam skop yang lebih luas

Murid akan mengingat kembali fakta atau

idea yang diperoleh dalam sesuatu ujian.

6. Soalan adalah bertumpu kepada aras Soalan adalah secara terus tanpa

Page 12: Penilaian autentik

tinggi. memerlukan pemikiran yang kompleks

7. Pentaksiran berterusan dari semasa ke semasa

Beroreintasikan peperiksaan, jadual.

8. Kriteria pemarkahan ditentukan, rubrik disediakan untuk mencapai keputusan yang terbaik

Pencapaian ditentukan melalui gred

9. Murid lebih aktif dan terlebih secara langsung dalam aktiviti.

Murid pasif dan mengikut arahan yang ditetapkan.

10. Bukti pencapaian murid secara langsung

Bukti pencapaian murid secara tidak langsung

11. Lebih kepada kaedah membina dan mengaplikasi.

Lebih kepada kaedah menghafal dan mengenalpasti.

12. Penilaian secara konteks kehidupan sebenar

Penilaian kepada konteks yang terkawal

13. Pelajar perlu melakukan tugasan Pelajar memilih respon / ayat pendek

14. Penilaian holistik dan bersepadu Berfokuskan pencapaian kognitif

15. Penilaian semasa proses pembelajaran dan produk akhir

Penilaian berasaskan produk/hasil akhir

16. Guru dapat merancang pengajaran berdasarkan kecenderungan dan keupayaan pelajar.

Kebolehan dan kecendurangan murid tidak dapat dikenalpasti secara langsung.

3.0  ASAS TEORI PENTAKSIRAN AUTENTIK (KONSTRUKTIVISME)

PERKAITAN  TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME DENGAN

PENTAKSIRAN AUTENTIK

Konsep pembelajaran konstruktivisme berkaitan  dengan bagaimana manusia

memperoleh ilmu . Pelbagai cara murid mendapatkan ilmu. Ia termasuklah melalui

didikan yang diterima oleh ibu bapa dan ahli keluarga, proses pembelajaran di

sekolah dan segala yang dilihat oleh mereka. 

 Seterusnya  murid membina sendiri pengetahuan atau konsep  secara aktif

berdasarkan pengetahuan  dan pengalaman sedia ada tersebut. Pengalaman sedia

ada murid termasuklah bagaimana mereka menjalani kehidupan dalam keluarga

dalam kelompok keluarga, di sekeliling rumah, di sekolah dan dalam komuniti

setempat. Kemudian murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan

pengetahuan sedia untuk membina pengetahuan baru dan dapat digunakan dalam

aktiviti seharian atau pada masa akan datang.

Perkaitan  Penilaian Autentik dengan Teori Konstruktivisme amat jelas. Perkaitan

berdasarkan definisi iaitu Penilaian Autentik  melibatkan penilaian pencapaian

sebenar(realistik) & bermakna. Pelbagai bentuk pengukuran prestasi bagi mereflek

tahap penguasaan pelajar. Teori pembelajaran konstruktivisme  sebagaimana

Page 13: Penilaian autentik

diterangkan di atas merupakan teori tentang bagaimana manusia belajar. Meneliti

bagaimana manusia membina kefahaman & pengetahuan-melalui pengalaman

pembelajaran-membuat refleksi.

Dari segi prinsip  asas pula Penilaian Autentik  berdasarkan kurikulum dan

mengaplikasi dengan Integrasi kandungan instruksional.  Teori Pembelajaran

Konstruktivisme melihat kepada Model 4 fasa iaitu mencungkil idea, menstruktur

semula idea, mengaplikasi idea dan membuat refleksi.

Manakala dari segi tujuan  Penilaian Autentik  bertujuan ntuk mentafsir hasil

pembelajaran, proses dan objektif yang ingin dicapai. Dan Teori Pembelajaran

Konstruktivisme untuk menilai  input, proses dan kualiti produk  dan menilai 

tugasan   pelajar.

Format dan bentuk penilaian pula bagi  Penilaian Autentik  bersifat

Holistik,menggunakan rubrik  yang dirancang bersesuaian dengan kemahiran yang

ingin diuji.  Serta mengandungi pemarkahan dan open-minded . Sebagai contoh 

penilaian projek, penilaian portfolio, penulisan esei. Ini bersesuaian dengan Teori

Pembelajaran Konstruktivisme yang dilakukan secara berterusan, secara holistik

dan autentik seperti aktiviti berkaitan penyelesaian masalah, koperatif,inkuri

penemuan dan  eksperimen.

PERKAITAN TEORI BEHAVIOURISME DENGAN PENTAKSIRAN AUTENTIK

“Pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku kekal yang dihasilkan daripada

pengalaman atau latihan”

 ~ Williams & Anandam (1973)

Teori pembelajaran behaviorisme mengatakan bahawa pembelajaran merupakan

satu proses pelaziman,dimana hubungan diantara rangsangan luar dengan tindak

balas dapat dibina untuk menghasilkan perubahan tingkahlaku yang kekal.Tokoh-

tokoh mazhab behaviorisme adalah seperti Pavlov,Thorndike dan Skinner. Mereka

berpendapat bahawa pembelajaran merupakan suatu tingkah laku yang boleh

diperhatikan,dikawal dan diramal.

Menurut perspektif behaviourisme,pembelajaran hanya bermula apabila wujudnya

tindak balas terhadap suatu rangsangan yang diberi. Proses pembelajaran akan

diteruskan jika terdapat motivasi ekstrinsik yang sesuai sama ada peneguhan positif

atau peneguhan negatif. Pembelajaran akan berakhir apabila perubahan tingkah

laku dapat dibentuk dan dikekalkan.Teori behaviourisme merupakan satu

pendekatan pemikiran yang menekankan peranan pengalaman dalam mengawal

tingkah laku. Antara matlamat yang utama pemikiran ini ialah untuk menentukan

hukum-hukum atau prinsip-prinsip yang mengawal pembelajaran.

Secara amnya,sumbangan pemikiran ahli behaviourisme terbahagi kepada 2

kategori iaitu pelaziman klasik-Ivan Pavlov dan J.B Watson dan pelaziman operan-

Thorndike dan B.F.Skinner.

Page 14: Penilaian autentik

HUKUM LATIHAN

Perkaitan antara rangsangan dan gerak balas bertambah kukuh jika terdapat latihan

(contoh dalam pentaksiran ialah pengulangan dalam ujian akan menyebabkan murid

dapat memahami dengan lebih mendalam)

HUKUM KESAN

Ikatan antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika terdapat

kesan yang memuaskan iaitu ganjaran seperti pujian dan hadiah selepas sesuatu

gerak balas yang dihasilkan.Ikatan akan menjadi lemah sekiranya gerak balas diikuti

sesuatu yang tidak menyenangkan.

HUKUM KESEDIAAN

Sesuatu ganjaran itu akan berkesan hanya jika ada kesanggupan untuk

menerimanya secara psikologi.

HUKUMAN

Akan melemahkan kekerapan gerak balas. Terdapat dua jenis hukuman iaitu

Dendaan dikenakan ke atas sesuautu gerak balas menyebabkan gerak balas akan

dihentikan atau kekerapan menurun.

Sekatan daripadaa sesuaut yang disukai disebabkan sesuatu gerak balas yang

tidak disenangi

Teori Behaviorisme menumpukan perhatian kepada faktor persekitaran sebagai

faktor yang mempengaruhi tingkah laku. Ahli-ahli behavioris melihat perhubungan

antara persekitaran dengan tingkah laku dan kemudiannya menggunakan konsep

peneguhan dan dendaan untuk menjelaskan mengapa sesetengah tingkah laku itu

wujud atau tidak wujud. Mereka berpendapat kecenderungan-kecenderungan

tingkah laku termasuk trait-trait, bakat, nilai-nilai, kepercayaan–kepercayaan,

aspirasi dan lain-lain adalah dipelajari.

Antara andaian ahli behaviorisme ialah tingkah laku boleh diukur, diperhatikan dan

dianalisa dengan melihat gerak balas individu. Gerak balas bergantung kepada

peneguhan dan dendaan. Matlamat behavioris ialah melihat kaitan rangsangan

dengan gerak balas dan melihat bagaimana gerak balas ini boleh dikawal melalui

ganjaran dan dendaan. Ahli-ahli behaviorisme menggunakan konsep pelaziman

klasik dan pelaziman operan apabila menjelaskan proses pembelajaran

Satu aspek penting dalam memastikan keberkesanan pentaksiran untuk membantu

pengajaran dan pembelajaran ialah penggunaan maklumat pentaksiran oleh guru

untuk memberi respon atau maklum balas yang sesuai dan berguna kepada murid.

Maklum balas guru yang merujuk kepada pernyataan standard dan kriteria yang

jelas boleh disampaikan dalam bentuk pujian, teguran dan nasihat.  Selain

pengakuan guru sama ada hasil kerja murid itu boleh dikatakan baik, perlu dibaiki,

ada kemajuan atau sebagainya, murid perlu diberitahu kenapa kerja atau prestasi

Page 15: Penilaian autentik

mereka dinilai sedemikian. Murid juga perlu diberitahu apakah langkah-langkah yang

boleh dilakukan untuk menambah baik prestasi mereka.

Maklum balas yang berkesan ialah apabila guru memberi maklum balas yang tepat

tentang kekuatan, kesilapan, apa yang perlu diperbaiki, bagaimana untuk

memperbaiki dan bagaimana untuk membuat lebih baik. Maklum balas yang

diberikan dalam bentuk maklumat yang memberi makna (bukan dalam bentuk gred

semata-mata) boleh membantu murid lebih memahami tujuan dan perkembangan

pembelajaran mereka. Keadaan inilah yang memberi motivasi kepada murid untuk

mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka di masa akan datang. Maklum

balas yang segera, konstruktif dan tidak menggerunkan juga membuat mereka lebih

teruja untuk dinilai semula untuk mengetahui perkembangan mereka seterusnya.

4.0  PRINSIP PENTAKSIRAN AUTENTIK

Prinsip-prinsip Pentaksiran

Prinsip-prinsip pentaksiran adalah berkaitan antara satu sama lain. Contohnya

instrumen yang disediakan hendaklah sesuai dengan kumpulan murid yang ditaksir.

Ini adalah sangat penting kerana aras kognitif murid-murid adalah berbeza mengikut

tahun persekolahan. Oleh yang demikian, adalah amat tidak relevan sekiranya

kertas soalan tahun 5 diberikan kepada murid-murid tahun 3 dan sebagainya. 

Instrumen merupakan prinsip pentaksiran yang pertama. Ini disebabkan oleh,

pentaksiran tidak dapat dijalankan tanpa satu instrument atau pun satu alat untuk

menguji pencapaian dan pemahaman murid. Instrumen yang digunakan dalam

pentaksiran Bahasa Melayu adalah satu set kertas soalan yang telah disediakan

berdasarkan kepada Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang lengkap dan mencakupi

semua kemahiran yang hendak diuji.

Prinsip pentaksiran yang kedua ialah kumpulan yang ditaksir. Kumpulan yang

ditaksir merujuk kepada kumpulan murid-murid yang hendak diuji. Kumpulan yang

ditaksir ini perlu ditentukan dahulu dari segi tahun persekolahan mereka dan skop

pengetahuan mereka. Ini adalah sangat penting supaya instumen yang disediakan

adalah relevan dan menepati tujuan pentaksiran. Contohnya, sila rujuk situasi 1 di

bawah.

Prinsip pentaksiran yang keempat ialah kumpulan yang mentaksir. Kumpulan yang

mentaksir biasanya merujuk kepada guru-guru yang menyemak skrip jawapan dan

juga mereka yang menganalisis skrip jawapan atau pun respons-respons yang telah

diberikan oleh murid-murid. Sebaik-baiknya, kumpulan guru yang mentaksir skrip

jawapan ini terdiri daripada guru-guru neutral iaitu guru-guru yang tidak mengenali

kumpulan murid yang ditaksir. Dengan ini baru lah skor yang diperolehi itu adalah

Page 16: Penilaian autentik

lebih tepat dan menggambarkan keupayaan dan tahap penguasaan murid-murid

yang sebenar. 

Prinsip pentaksiran yang terakhir ialah skor. Skor merupakan data numerik yang

diperolehi daripada analisis respons-respons yang diberikan oleh murid-murid.

Dengan kata lain, hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Daripada skor

inilah guru dapat mengetahui pencapaian dan tahap penguasaan murid terhadap

satu-satu kemahiran atau tajuk pelajaran. Skor ini juga digunakan oleh guru-guru

untuk menganalisis secara lebih terperinci tentang pencapaian dan tahap

penguasaan murid-murid.

Lembaga Peperiksaan membekalkan format dan tugasan pentaksiran.

Tugasan berbeza setiap tahun.

Dilaksana di sekolah.

Tempoh masa pelaksanaan ditetapkan bagi mata pelajaran terpilih

dari kumpulan mata pelajaran teras dan wajib.

Ditaksiroleh guru matapelajaran.

Skor berdasarkan Standard Prestasi yang dikeluarkan oleh

Lembaga Peperiksaan.

Pemantauan dan penyelarasan peringkat dalaman dan luaran

dilaksanakan bagi menjamin kualiti dan standard.

Pelaporan Pentaksiran Pusat dan Pentaksiran Sekolah digabungkan

akhir tahun persekolahan rendah dan menengah rendah.

      Menurut Ratcliff (1995) dan Reynolds (1982), menyatakan bahawa lebih muda

usia kanak-kanak itu, maka lebih cenderung untuk mereka membuat kesilapan

disebabkan kekeliruan atau kegusaran akibat suasana ujian. Secara tidak langsung

ini menjadikan keputusan serta kebolehgunaan sesuatu penilaian itu diragui.Di

samping itu, ramai pendidik merasakan ujian bertulis tidak menepati garis panduan

Amalan Bersesuaian Perkembangan (Bredekamp dll., 1992; Katz, 1997; Meisels,

1995; Mindes, Ireton & Mardell-Czudnowski, 1995).Walaupun ujian bertulis didapati

dapat meramalkan pencapaian kanak-kanak di prasekolah dan di tahap awal

pendidikan formal, penilaian seumpama ini dirasakan tidak betul-betul memenuhi

kehendak dan tujuan pentaksiran diadakan dalam pendidikan awal kanak-

kanak.Untuk itu, konsep pentaksiran autentik telah diunjurkan.

Situasi 1

"Cikgu Rahman ingin menjalankan pentaksiran terhadap murid-muridnya. Terlebih

dahulu Cikgu Rahman menentukan tahun persekolahan murid-muridnya iaitu tahun

4. Selain menentukan tahun persekolahan murid-muridnya, beliau juga perlu

menetapkan skop pengetahuan murid-muridnya iaitu apakah tajuk-tajuk yang telah

disampaikan dan apakah kemahiran-kemahiran yang sepatutnya telah dikuasai oleh

Page 17: Penilaian autentik

mereka untuk suatu tempoh persekolahan (pertengahan  semester, satu semester,

setelah satu kemahiran dan sebagainya)."

Prinsip pentaksiran yang ketiga ialah respons. Respons merujuk kepada hasil

pengujian iaitu jawapan-jawapan yang telah diberikan oleh murid-murid di dalam

kertas ujian mereka. Respons-respons murid memainkan peranan yang sangat

penting di dalam pentaksiran kerana respons-respons ini mengandungi data-data

atau pun maklumat-maklumat tentang pencapaian murid-murid untuk suatu tempoh

persekolahan; penguasaan murid-murid tentang satu-satu tajuk atau kemahiran; dan

juga keberkesanan strategi yang digunakan oleh guru.

Prinsip-prinsip Pentaksiran Pusat di peringkat rendah dan menengah rendah adalah:

5.0  CIRI-CIRI PENTAKSIRAN AUTENTIK

CIRI-CIRI PENTAKSIRAN AUTENTIKPentaksiran autentik merupakan cara untuk mengetahui apa yang pelajar tahu dan bertujuan untuk melaporkan perkembangan pelajar dan pengajaran terurus dikatakan sebagai satu alternatif kepada ujian tradisional.

Ciri-cirinya pentaksiran autentik ialah:1.  Berorientasikan proses     Membantu menunjukkan bagaimana murid dapat meningkatkan diri dan bukan hanya berdasarkan kedudukan sedia ada.

2. Bersifat dua hala    Guru dan murid mengambil tanggungjawab bersama, banyak perspektif diambil kira dalam penilaian yang dijalankan

3. Bersistematik    Merujuk kepada kriteria yang ditetapkan

4. Bersifat autentik    Berdasarkan aktiviti bilik darjah yang sebenar.5. Bersifat ujian terbuka    Lebih dinamik dan fleksibel

Ciri-ciri pentaksiran autentik menurut pandangan Wiggins, G

1.    Berstruktur dan logistikLebih sesuai untuk orang awam kerana melibatkan pendengar, barisan panel dan

sebagainya.Tidak dipengaruhi oleh  kekangan masa yang tidak realistik sewenang-wenangnya.Mengemukakan tugasan atau soalan yang diketahui dan bukan rahsia.Lebih berbentuk portfolioMemerlukan kolaborasi dengan orang lainBerulang-ulang dan sesuai digunakan untuk latihan atau raptai

Page 18: Penilaian autentik

Menjalankan penilaian dan memberi maklum balas kepada pelajar supaya jadual sekolah, struktur dan polisi dapat diubahsuai untuk menyokong mereka.

2.    Berbentuk intelektualPenting  iaitu tidak sewenang-wenangnya dibuat untuk mendapatkan gred.Bersifat memudahkan kerana dibentuk untuk membimbing pelajar ke arah

penggunaan pengetahuan dan kemahiran yang canggih.Bersifat kontekstual dan menguji mindaMelibatkan kajian dan penggunaan pengetahuan pelajar di mana “kandungan”

adalah maknaMenilai tabiat dan koleksi pelajar dan tidak hanya menguji kemahiran yang dibekal.Bersifat mencabar iaitu diwujudkan untuk kajian secara mendalamMenawan dan bersifat pendidikanMelibatkan tugasan atau masalah yang samar-samar

3.    Standard penskoranMelibatkan kriteria yang menilai kepentinganDigunakan untuk menunjukkan standard prestasi iaitu ujian rujukan kriteria dan

bukan ujian rujukan normaMembolehkan penilaian kendiri sebagai sebahagian daripada penilaian.Menggunakan sistem penskoran pelbagai aspek untuk menggantikan gred agregat.

4.    Keadilan dan kesamarataanMencungkil dan mengenal pasti kekuatan yang terpendam.Mendapatkan keseimbangan yang berterusan antara pencapaian dan kemahiran

sebelum latihan.Mengurangkan perbandingan yang tidak adil.Membolehkan pelajar menggunakan gaya pembelajaran dan minat tersendiri.

Ciri-ciri tugasan autentik merangkumi:1.    Tugasan autentik hendaklah relevan dengan dunia sebenar.

Penyediaan aktiviti yang bersesuaian dalam tugasan seperti dalam profesion sebenar yang lebih tepat berbanding dengan aktiviti dalam kelas biasa dan tidak konteks.

2.    Tugasan autentik adalah terbuka (ill- defined), memerlukan pelajar mengenal pasti sub-sub tugas yang diperlukan dalam menyelesaikan satu aktiviti.Penyelesaian masalah dalam tugasan yang diberikan bersifat terbuka kepada pelbagai anggapan dan kaedah, adalah lebih baik daripada mudah diselesaikan dengan penggunaan satu algoritma yang telah ditetapkan atau satu jenis penyelesaian yang sedia ada.

3.     Tugasan autentik mengandungi tugasan yang kompleks untuk dikaji oleh pelajar dalam tempoh masa atau jangka masa yang lebih panjang.Tugasan yang disiapkan dalam beberapa hari, minggu dan bulan adalah lebih baik daripada beberapa minit dan jam, memerlukan kajian atau penyiasatan yang lebih bermakna iaitu masa yang signifikan dan sumber yang benar dan berintelek.

Page 19: Penilaian autentik

4.    Tugasan autentik memberi peluang kepada pelajar untuk mengenal pasti dan mengkaji tugasan daripada pelbagai perspektif serta menggunakan pelbagai sumber.Tugasan autentik menyediakan peluang kepada pelajar untuk mengenal pasti penyelesaian masalah daripada pelbagai perspektif sama ada dari segi teoritikal dan praktikal, lebih baik daripada hanya merujuk kepada satu perspektif di mana pelajar perlu meniru untuk berjaya. Penggunaan sumber yang pelbagai lebih baik daripada rujukan yang terhad bagi membolehkan pelajar mengakses dan mengenal pasti maklumat yang relevan sahaja daripada timbunan informasi yang tidak relevan.

5.    Tugasan autentik memberi peluang kepada pelajar untuk berkolaborasi.Bekerjasama dan berkolaborasi adalah perlu dalam tugasan sama ada ketika dalam mengikuti kursus mahupun ketika di situasi dunia sebenar. Ia lebih baik daripada pencapaian kejayaan secara individu.

6.     Tugasan autentik memberi peluang untuk refleksiAktiviti yang disediakan memberi peluang kepada pelajar membuat pilihan dan refleksi semula ke atas pembelajaran mereka sama ada secara individu ataupun sosial.

7.    Tugasan autentik boleh diintegrasikan dan diaplikasikan meretas displin subjek dan mampu menjangkau lebih dari yang telah dispesifikasikanAktiviti menggalakkan perspektif dari pelbagai displin dan membenarkan pelbagai peranan serta kemahiran

8.    Tugasan autentik adalah integrasi menyeluruh bersama dengan penilaianPenilaian aktiviti adalah secara integrasi menyeluruh dengan tugasan yang lebih besar berkaitan dengan dunia sebenar atau realistik iaitu lebih baik daripada penilaian andaian atau anggapan menggantikan aktiviti sebenar yang berlaku.

9.    Tugasan autentik menghasilkan produk yang lebih bernilai dan bermakna dengan cara yang tersendiri, lebih baik daripada penghasilan hanya untuk memenuhi persediaan sesuatuAktiviti yang berakhir dengan produk akhir yang mempunyai makna atau berguna, lebih baik daripada penghasilan sesuatu produk sebagai latihan sahaja atau langkah-langkah penyediaan sesuatu.

10.  Tugasan autentik membenarkan penyelesaian yang bersaing dan kepelbagaian hasilAktiviti ini membenarkan kepelbagaian hasil penyelesaian iaitu secara terbuka yang semula jadi lebih baik daripada satu sahaja langkah penyelesaian atau satu sahaja tindak balas benar yang dihasilkan daripada satu aplikasi peraturan atau prosedur tertentu. 

Ciri-ciri pentaksiran autentik murid prasekolahPentaksiran prasekolah bertujuan untuk membantu pembelajaran. Ciri-ciri utama pentaksiran autentik prasekolah adalah seperti berikut:

1.    Mengambil kira psikologi dan sifat semula jadi kanak-kanak.2.    Lebih mementingkan proses

Page 20: Penilaian autentik

3.    Dijalankan secara tidak langsung, semula jadi, tidak formal dan dalam keadaan yang tenang.

4.    Dijalankan secara berterusan5.    Tidak membanding dan melabelkan murid6.    Bersifat diagnostik iaitu bertujuan mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan

keperluan.7.    Berfokus kepada tahap perkembangan murid.8.    Tugasan pentaksiran menyerupai situasi dan pengalaman murid.9.    Menepati standard pentaksiran yang ditentukan dalam dokumen Kurikulum Standard

Prasekolah Kebangsaan.

6.0  BENTUK-BENTUK PENTAKSIRAN AUTENTIK

Bentuk-bentuk Pentaksiran Autentik

Pentaksiran prestasi melalui pemerhatian guru

-          Sesuatu untuk mentafsir sikap, tingkah laku dan tindakan pelajar semasa proses

pembelajaran berlaku.

-          Instrumen yang diperlukan bagi pentaksiran prestasi ialah senarai semak dan skala

kedudukan (rubric holistik atau rubric analitikal)

Persidangan

-          Mendemonstrasikan hasil karya dalam pameran atau persidangan seperti di

Pameran Sains dan Pertunjukan Seni.

Pentaksiran Kendiri

-          Pelajar menilai diri sendiri.

Pentaksiran Rakan Sebaya

-          Memepersembahkan karya tulisan asli kepada rakan sebaya dan mendapatkan

maklum balas dari mereka.

Pentaksiran Kerja Kursus/Portfolio

-          Portfolio merupakan satu koleksi hasil kerja pelajar yang telah dipilih dan ditentukan

secara spesifik untuk melihat perkembangan pelajar  dan memberi peluang yang

besar kepada mereka untuk meningkatkan kemahiran pentaksiran kendiri (Mueller,

2004)

-          Portfolio merupakan koleksi evidens yang tersusun dan sistematik, digunakan oleh

guru dan pelajar bagi memantau perkembangan pengetahuan, kemahiran dan sikap

pelajar dalam bidang pembelajaran yang spesifik. (Vavrus, 1990).

Page 21: Penilaian autentik

Portfolio boleh dibahagikan kepada tiga jenis berdasarkan tujuan ia dihasilkan iaitu:

1.    Portfolio Perkembangan (Growth Portfolios)

-          Dihasilkan untuk menunjukkan perkembangan atau perubahan yang berlaku

sepanjang masa, membantu pelajar membina kemahiran proses seperti penilaian

kendiri dan penetapan matlamat, mengenal pasti kekuatan serta kelemahan, dan

mengesan pembangunan produk atau prestasi.

2.    Portfolio ‘Showcase’ (Showcase Portfolio)

-          Digunakan untuk melihat pencapaian pelajar pada hujung tahun atau semester,

membantu dalam menyediakan sampel hasil kerja terbaik untuk tujuan pekerjaan

atau kemasukan ke kolej, melihat persepsi pelajar dari segi kerja yang mereka

gemari, terbaik dan paling penting serta mengkomunikasikan kebolehan semasa

pelajar kepada bakal guru mereka.

3.    Portfolio Penilaian (Evaluation Portfolios)

-          Direka untuk mendokumentasikan pencapaian pelajar bagi tujuan menentukan

gred, mendokumentasikan kemajuan pelajar berdasarkan standard yang ditetapkan

serta menempatkan pelajar sewajarnya.

-          Dalam merekabentuk tugasan berbentuk portfolio, beberapa persoalan perlu

dikemukakan sebagai panduan kepada pelajar.

-          Antara persoalan tersebut adalah:

1.         Tujuan              : Apakah tujuan portfolio dihasilkan?

2.         Audien              : Untuk siapakah portfolio tersebut dihasilkan?

3.         Kandungan      : Apakah sampel hasil kerja pelajar yang perlu

                                        dimasukkan?

4.         Proses               :  Apakah proses yang terlibat dalam menghasilkan

                                         portfolio?

5.         Pengurusan        : Bagaimanakah masa dan bahan diuruskan dalam

                                           penghasilan portfolio?

6.         Komunikasi       : Bagaimana dan bila portfolio akan dikongsi bersama

                                           audien?

7.         Penilaian            : Sekiranya portfolio digunakan untuk tujuan penilaian,

                                          bila dan bagaimana ia akan dinilai? 

Page 22: Penilaian autentik

7.0  RUBRIK HOLISTIK DAN ANALITIK

1.0          RUBRIK DALAM PENTAKSIRAN AUTENTIK

               1.1          Pengenalan

Secara amnya, pentaksiran dapat didefinisikan sebagai suatu proses pembelajaran

yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan

menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan

tertentu (Lembaga  Peperiksaan Malaysia, 2000). Selain daripada itu juga,

pentaksiran juga dapat disama ertikan dengan proses pembelajaran yang

merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi  skor dan

menginterprestasi meklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu

tujuan. Oleh itu, maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki

kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya. Pentaksiran yang dibuat

adalah mengikut peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut.

Walau bagaimanapun, pentaksiran juga memerlukan pengumpulan bukti dan

data pencapaian murid dalam satu tempoh masa untuk mentaksir pembelajaran dan

pemahamannya. Bukti dan data ini dapat diambil dalam bentuk dialog, lembaran

kerja, portfolio dan beberapa jenis ujian seperti ujian diagnosis. Pentaksiran

bertujuan bagi mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam

pembelajaran.Selain itu juga, melalui pentaksiran guru dapat menilai aktiviti yang

dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya pelaksanaan

pentaksiran ini, guru boleh mendapatkan maklumat secara berterusan  tentang

pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan. Walau bagaimanapun, guru

juga harus peka terhadap pengajaran yang disampaikan kerana dengan

pelaksanaan pentaksiran ini, guru boleh memperbaiki kekurangan proses

pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

Menurut Dunn (1991) dalam Mohd. Salleh Abu & Zaidatun Tasir (2001),

pentaksiran ialah satu proses pengumpulan maklumat oleh guru tentang pelajarnya

dan oleh murid sendiri tentang kemajuan mereka. Dalam Kurikulum Bersepadu

(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998) pentaksiran ialah proses untuk mengesan

perkembangan, kebolehan, kemajuan, dan pencapaian pelajar secara menyeluruh

berasaskan matlamat kurikulum. Menurut Noraini Idris (2010), pentaksiran dirancang

dan dikendalikan oleh guru dan menjadi sebahagian daripada proses pengajaran

yang diharapkan dapat memperbaiki proses pembelajaran pelajar. Pentaksiran

dilaksanakan secara berterusan yang bersifat formatif melibatkan guru sepenuhnya

dan memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan penguasaan mereka dalam

Page 23: Penilaian autentik

kemahiran yang dipelajari, yang tidak boleh ditaksir melalui ujian bertulis. Kaedah

pentaksiran ini juga amat sesuai digunakan untuk mentaksir kemahiran murid.

Justeru itu, pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah  amat penting untuk

menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan

insan yang harmoni dan seimbang  yang menuntut komitmen yang tinggi serta hala

tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah dalam usaha untuk

memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap yang maksimum.

1.2       Pengertian Penilaian Rubrik

Rubrik merupakan salah satu sistem pemarkahan yang digunakan oleh guru guru.

Sistem ini berfungsi sebagai penunjuk (indicator)yang diperlukan untuk menilai tahap

pencapaian pelajar berdasarkan kepada kriteria yang jelas dan khusus. Penaksiran

secara subjektif dijalankan berdasarkan set kualiti yang dihasilkan dengan merujuk

kepada objektif pembelajaran. Kualiti dan tahap pencapaian pelajar ditaksirkan oleh

guru berdasarkan tugasan yang diberikan seperti tugasan bertulis, projek dan amali.

Rubrik juga adalah alat penilaian untuk penilaian subjektif. Ini adalah satu set

kriteria dan standard yang berkaitan dengan tujuan pembelajaran yang digunakan

untuk menilai prestasi pelajar pada kertas, projek, esei, dan tugas yang lain. Rubrik

membolehkan penilaian standard sesuai dengan kriteria tertentu, membuat penilaian

lebih sederhana dan lebih telus. Ini juga merupakan usaha untuk menggambarkan

kriteria penilaian yang konsisten untuk grading. Oleh sebab, kriteria umum, rubrik

membolehkan guru dan pelajar sama-sama untuk menilai kriteria, yang boleh rumit

dan subjektif. Rubrik juga menyediakan asas untuk penilaian diri, refleksi, dan peer

review. Hal ini bertujuan untuk penilaian yang tepat dan adil, mendorong pengertian

dan menunjukkan cara untuk meneruskan dengan belajar seterusnya

mengajar. Selain itu, rubrik merupakan panduan penilaian yang menggambarkan

kriteria yang diinginkan guru dalam menilai atau memberi tingkatan dari hasil

tugasan individu.  Tujuan dari penilaian rubrik adalah diharapkan secara jelas

memahami dasar penilaian yang akan digunakan untuk mengukur suatu tugas.

Rubrik dapat memberi panduan dan mampu menjadi pendorong atau motivasi bagi

individu.

1.3 Ciri-ciri rubrik yang baik

Rubrik yang mudah digunakan

Huraian maklumat berkenaan segala maklumat penskoran dinyatakan dengan

mudah dan jelas untuk dirujuk

Diskripsi tugasan yang jelas

Page 24: Penilaian autentik

Penjelasan kualiti bagi setiap kriteria dinyatakan dengan terperinci

Penggunaan bahasa yang jelas

Membantu dalam tujuan permarkahan

Mudah membezakan tahap kualiti respon calon

             Ciri-ciri umum berikut rubrik dapat dibezakan, menurut Bernie Dodge dan Nancy

Pickett (2007), tumpuan pada pengukuran tujuan lain (prestasi, perilaku, atau kualiti)

Menggunakan rentang untuk menilai prestasi. Mengandungi ciri-ciri prestasi tertentu

ditetapkan dalam tahap yang menunjukkan sejauh mana standard telah dipenuhi. 

Rubrik Scoring merangkumi satu atau lebih dimensi yang prestasi undian,

definisi dan contoh-contoh yang menggambarkan sifat (s) telah diukur dan skala

rating untuk setiap dimensi. Dimensi umumnya disebut sebagai kriteria, skala

penilaian sebagai peringkat, dan definisi sebagai deskriptor. Herman, Aschbacher

dan Winters (1992) membezakan unsur-unsur berikut dari sebuah rubrik skor iaitu

satu atau lebih ciri-ciri atau dimensi yang bertugas sebagai asas untuk menilai

respon pelajar, definisi dan contoh-contoh untuk memperjelas makna dari setiap sifat

atau dimensi dan skala nilai yang masing-masing untuk mengadar dimensi.

Standard keunggulan untuk tahap prestasi yang ditetapkan dengan model

atau contoh-contoh sejak 1980-an, banyak rubrik disediakan dalam format grafik,

biasanya tempat. Pengajian keberkesanan rubrik sekarang mempertimbangkan

kecekapan dari grid di atas, katakanlah, senarai berasaskan teks kriteria.

Rubrik biasanya dibuat dalam bentuk jadual dua lajur, iaitu kriteria dan kualiti.

Kriteria merupakan yang utama. Kemudian diperincikan menjadi komponen-

komponen penting atau dapat pula komponen-komponen ditulis terus tanpa

disatukan dalam yang utama. Rubrik dapat bersifat menyeluruh atau berlaku umum

dan dapat juga bersifat khusus atau hanya berlaku untuk suatu topik tertentu. Rubrik

yang bersifat menyeluruh dapat ditunjukkan dalam bentuk holistic rubric. Rubrik

holistik adalah panduan untuk menilai berdasarkan kesan keseluruhan atau

kombinasi semua kriteria serta dapat pula dalam bentuk analytic rubric, rubrik

analitik adalah panduan untuk menilai berdasarkan beberapa kriteria yang

ditentukan dengan menggunakan rubrik ini dapat dianalisis kelemahan atau

kelebihan individu.

Rajah 1 ; Contoh rubrik holistikSkor Deskripsi

4 Respons terhadap tugas sangat spesifik. Maklumat yang diberikan tepat dan memperlihatkan pemahaman yang kukuh. Respons dikemukakan adalah asli. Jawapan ringkas dan menjurus kepada masalah yang diminta serta kesimpulan dan pendapat adalah secara logik. Secara menyeluruh, respons

Page 25: Penilaian autentik

Skor Deskripsilengkap dan memuaskan.

3

Respons menjawab soalan yang diberikan. Maklumat yang

diberikan tepat. Respons dikemukakan adalah asli, jelas tetapi

huraian panjang lebar.

2

Respons kurang memuaskan. Walaupun maklumat yang

diberikan tepat tetapi tidak ada kesimpulan dan pendapat serta

kurang logik.

1

Respons tidak menjawab soalan yang diberikan. Banyak

maklumat yang hilang dan tidak tepat. Tidak ada kesimpulan

atau pendapat.

Rajah 2 ; Contoh rubrik analitik

Skor Grafik Spesifikasi Rasional

4

Gambar dan

perkaitan tentang

grafik yang diberikan

benar

Semua spesifikasi

yang diberikan benar

Rasional yang

diberikan jelas.

3

Sebagian besar

gambar dan

perkaitan yang

diberikan benar

Semua spesifikasi

yang diberikan benar

Penjelasan

diberikan, tetapi

masih tidak jelas

2

Beberapa gambar

dan perkaitan yang

ditunjukan benar

Hanya sebagian

spesifikasi yang

benar

Rasional yang

diberikan tidak

lengkap

1

Gambar dan

perkaitan yang

diberikan sangat

terbatas dan hanya

sedikit yang benar

Spesifikasi yang

diberikan salah

Rasional yang

diberikan tidak benar

Page 26: Penilaian autentik

2.0          TUJUAN RUBRIK DALAM PENTAKSIRAN AUTENTIK

Tujuan pemarkahan berasaskan rubrik adalah Kebanyakan pakar berpendapat rubrik

boleh memperbaiki kerja murid dan meningkatkan pembelajaran kerana ia

menyediakan panduan yang eksplisit ( jelas dan terang ) bagi murid. Membantu para

pelajar memperbaiki kualiti kerja mereka dan seterusnya mempertingkatkan

pengetahuan mereka. Guru-guru boleh menggunakan rubrik untuk pelbagai aktiviti

dengan sedikit pengubahsuaian. Membantu guru menilai dengan tepat, tidak berat

sebelah dan konsisten di dalam pemarkahan. Ciri ciri umum rubrik menggunakan

skala dalam menentukan pencapaian tiap tiap bidang, mengandungi spesifikasi yang

spesifik tentang kriteria dan kualiti yang disusun mengikut tahap bagi menunjukkan

setakat mana kriteria dan piawai dicapai.adalah memfokuskan pengukuran

berasaskan kepada objektif dengan jelas,

Kebaikan penilaian berasaskan rubrik adalah akan memberi gambaran yang

lebih jelas tentang penilaian yang dibuat. Guru mampu mengkhususkan garis

panduan yang diharapkan dalam setiap aspek aspek sesuatu projek. Pemahaman

murid adalah lebih jelas serta mengurangkan tekanan pelajar dan guru. Selain

daripada itu, rubrik membantu guru memfokuskan perhatian terhadap aspek tertentu

dalam penilaian dan memendekkan separuh masa penilaian pelajar. Pihak penjaga

mengetahui tentang penilaian yang dibuat seterusnya meningkatkan standard

kredibiliti dan efektif. Selain itu, dapat meningkatkan komunikasi antara pelajar dan

guru. Mengalakkan percambahan idea dan tidak terhad apa yang dipelajari.

Kesimpulannya rubrik selalu digunakan sebagai kaedah alternatif untuk

mentaksir kebolehan dan pencapaian pelajar di dalam pembelajaran. Di dalam

mentaksir,rubrik direka untuk memberi maklum balas kepada guru mengenai tahap

kebolehan pelajar. Rubrik memberi fokus kepada hasil pembelajaran yang perlu

kepada pelajar kuasai di mana hasil pembelajaran akan digunakan untuk

menghasilkan ujian atau tugasan untuk dinilai setakat mana pengetahuan dan

pemahaman pelajar.8.0  KELEBIHAN DAN KELEMAHAN PENTAKSIRAN AUTENTIK

KEBAIKAN PENTAKSIRAN AUTENTIK KEPADA PELAJAR

Pentaksiran ini merupakan satu proses pengumpulan data yang

menerangkan sama ada aktiviti atau pengalaman yang disediakan telah memberi

kesan kepada mereka yang terlibat atau dalam kata lain, adakah hasil pembelajaran

pelajar itu mampu memberi perubahan kepada pelajar tersebut sama ada dari segi

kognitif, sosial, emosi dan sebagainya.Pentaksiran autentik memberi pelbagai

Page 27: Penilaian autentik

kebaikan kepada pelajar. Hal ini kerana, ia dapat memberi peluang kepada

pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang ada pada mereka

melalui cara yang berkaitan dengan kehidupan mereka dan tidak tertakluk kepada

kemahiran dan pengetahuan disekolah sahaja.

            Selain itu, Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai

aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian

masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap

situasi dunia sebenar. Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan

suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh

mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang

releven. Melalui pentaksiran autentik ini, dapat memberi peluang kepada  pelajar

untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari

masa ke semasa dalam memperoleh kejayaaan pada masa hadapan serta dapat

merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan,

kemampuan yang ada dalam dunia sebenar.

Hal ini dapat dilihat melalui aktiviti perbincangan secara berkumpulan dan

aktiviti pembentangan. Ketika aktiviti ini dijalankan, pelajar dapat berinteraksi dengan

rakan-rakan mereka bagi menyelesaikan persoalan yang dibincangkan serta

menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh rakan-rakan mereka dan

secara automatiknya, pelajar akan cuba menggunakan pemikiran kritis dan kreatif

mereka bagi menjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan.

Disamping itu melalui pentaksiran autentik pelajar dapat memahami

kehendak hasil pembelajaran dari guru kerana pentaksiran lebih konsisten dan telus

dimana murid dapat menentukan perkara yang terbaik untuk memperoleh hasil

pembelajaran yang terbaik seperti yang diinginkan. Hai ini secara tidak langsung

dapat mengungkapkan secara keseluruhan seberapa baik pemahaman akademik

mereka kerana mereka dapat menghubungkan pembelajaran dengan pengalaman

mereka sendiri, dunia mereka dan masyarakat luas.

6.0 KEBAIKAN PENTAKSIRAN AUTENTIK KEPADA GURU

Menurut Pert (1990) pentaksiran autentik merupakan bentuk penilaian yang

berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh pelajar  di dalam bilik darjah

setiap hari. Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek

merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah,

kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia

sebenar. Oleh hal yang sedemikian pentaksiran autentikmemberikan manfaat

kepada guru dalam bentuk maklum balas secara langsung bagi meningkatkan

pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar. Contohnya sekiranya seseorang

Page 28: Penilaian autentik

pelajar tidak menguasai sesuatu pengajaran dan pembelajaran guru boleh

melakukan intervensi untuk megatasi masalah tersebut melalui

memperbaikipenyediaan guru dalam proses pembelajaran dan

perkembangan.Maklumbalas yang diterima oelh guru boleh  membantu guru

menjelaskan semula perkara yg belum difahami pelajar.

            Selain itu, penggunaan teknik atau kaedah yang dijalankan semasa  pentaksiran

autentik contohnya melalui portfolio, pemerhatian, rekod anekdot dan pelbagai lagi

dapat disimpulkan bahawa, pentaksiran autentik ini adalah subset kepada alternatif

proses pentaksiran yang mana ia menggunakan spektrum yang lebih luas untuk

melihat perkembangan pelajar dengan lebih menyeluruh dan bukan hanya tertakluk

kepada ujian semata-mata. Spektrum yang luas ini merangkumi situasi

pembelajaran yang sebenar meliputi kehidupan seharian pelajar dan bermakna. Hal

ini secara tidak lansung, guru dapat melihat perkembangan pencapaian pelajar

melalui hasil kerja pelajar. Contohnya melalui portfolio guru dapat menyimpan hasil

kerja murid sebagai bukti peningkatan pencapaian pelajar terhadap sesuatu

pembelajaran dan pengajaran.

Disamping itu, melalui pentaksiran autentik juga guru dapat menilai

keupayaan pelajar dalam melakukan sesuatu atau menggunakan sesuatu

kemahiran dalam menghasilkan sesuatu yang baharu dan kreatif. Contohnya

keupayaan pelajar dalam menghujah, menganalisis hujah lawan, merancang dan

melaksana sesuatu persembahan, mereka cipta sesuatu yg berseni dan sebagainya.

Hal ini juga dapat memudahkan guru untuk membuat pentaksiran secara individu

berdasarkan pemerhatian yang berterusan sepanjang proses belajar.

9.0  PENTAKSIRAN AUTENTIK DALAM PBS

Sistem pendidikan di Malaysia yang berorientasikan peperiksaan kini bakal diubah

menjelang tahun 2010. Dengan ini, satu sistem pentaksiran baru akan diperkenalkan

yakni berbentuk holistik agar dapat memenuhi Falsafah Pendidikan Negara yang

memerlukan insan mulia sebagai peneraju generasi akan datang. Kini, ramai dikalangan

ibu bapa berpendapat bahawa peperiksaan atau ujian bertulis tidak sesuai lagi

digunakan dalam sistem pendidikan kita terutamanya dalam pendidikan awal kanak-

kanak. Ini adalah kerana, terdapat bias dari segi item ujian yang bersandarkan kepada

norma dan dan pengalaman kumpulan tertentu dalam masyarakat yang boleh

mempengaruhi kesahan sesuatu ujian (Stallman & Pearson, 1990).

        Pentaksiran autentik menurut Pert (1990) merupakan bentuk penilaian yang

berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik

Page 29: Penilaian autentik

darjah setiap hari. Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek

merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah,

kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia

sebenar.

Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang

melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap

pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven. Menurut

Grace, (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan kanak-

kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan

pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. ‘Realistik’ dan ‘bermakna’ merupakan

terma yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik. (Sumber: Buku Educational

Assessment of Students)Melalui pentaksiran autentik ini, ia dapat memberi peluang

kepada kanak-kanak untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang ada

pada mereka melalui cara yang berkaitan dengan kehidupan mereka dan tidak tertakluk

kepada kemahiran dan pengetahuan di prasekolah sahaja. Terdapat pelbagai kaedah

atau teknik yang boleh digunakan untuk menjalankan pentaksiran autentik ini contohnya

melalui portfolio, pemerhatian, rekod anekdot dan pelbagai lagi.

Dengan ini dapat disimpulakan bahawa, pentaksiran autentik ini adalah subset

kepada alternatif proses pentaksiran yang mana ia menggunakan spektrum yang lebih

luas untuk melihat perkembangan pelajar dengan lebih menyeluruh dan bukan hanya

tertakluk kepada ujian semata-mata. Spektrum yang luas ini merangkumi situasi

pembelajaran yang sebenar meliputi kehidupan seharian pelajar dan bermakna.

2.   PENTAKSIRAN PRASEKOLAH

Pentaksiran prasekolah adalah satu proses yang sistematik  untuk mengumpul

maklumat tentang perkembangan murid bagi membantu guru membuat  penilaian

terhadap mereka dengan tujuan mengenalpasti tindakan susulan yang sesuai untuk

membantu murid mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran  di prasekolah.

Proses dalam pentaksiran melibatkan aktiviti mengumpul, menganalisis dan

menginterpretasi maklumat yang diperoleh.

Pentaksiran adalah satu proses yang berterusan dan dijadikan sebahagian daripada

pengajaran dan pembelajaran. Dalam pentaksiran, guru boleh menggunakan pelbagai

kaedah untuk mendapatkan maklumat. Hasil pentaksiran terhadap murid membolehkan

guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru

Page 30: Penilaian autentik

memperkembangkan potensi murid sepenuhnya dalam domain kognitif, afektif dan

psikomotor  sebagai persediaan mereka untuk ke sekolah rendah.

Pentaksiran murid prasekolah bukan bertujuan melabel dan membandingkan murid

dengan murid yang lain, tetapi untuk meningkatkan pembelajaran murid berkenaan.

Istilah yang sering digunakan untuk pentaksiran seperti ini ialah Pentaksiran Autentik

atau Pentaksiran secara formatif (Formative assessment).

            Pentaksiran murid di prasekolah lebih menekankan kepada  usaha ke arah

penambahbaikan (improvement) serta perkembangan (development) dan bukan

pencapaian (achievement) semata-mata.  Maklum balas yang diberi semasa atau

selepas sesuatu aktiviti pentaksiran merupakan faktor penting dalam menjayakan

proses pentaksiran. Pertimbangan harus diberi ke atas keperluan kanak-kanak,

perasaan kanak-kanak, psikologi kanak-kanak, teori perkembangan kanak-kanak

semasa merancangkan proses pentaksiran.

3.   PENTAKSIRAN MERUJUK STANDARD

            Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang dilaksanakan di semua

prasekolah mulai 2010 disusunatur mengikut format Fokus, Standard Kandungan dan

Standard Pembelajaran. Fokus, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran

adalah perkara-perkara yang dirujuk semasa guru merancang dan melaksanakan

pengajaran dan pembelajaran..

            Fokus adalah bidang pembelajaran yang ingin dikembangkan dalam diri murid.

Semasa merancang pentaksiran, Fokus boleh dirujuk untuk membina Konstruk.

Konstruk adalah perkara yang akan ditaksir. Setiap Fokus dinyatakan melalui beberapa

Standard Kandungan. Standard Kandungan merupakan pernyataan spesifik tentang

perkara yang patut murid tahu dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan.

Ianya ditulis meliputi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Setiap Standard

Kandungan diperincikan lagi kepada beberapa Standard Pembelajaran. Standard

Pembelajaranmerupakan satu penetapan kriteria atau indikator pencapaian dalam

bentuk objektif tingkahlaku (behavioural) yang boleh diukur, untuk memastikan

penguasaan setiap Standard Kandungan.

            Seiring dengan kurikulum prasekolah yang berasaskan standard, pentaksiran di

prasekolah adalah sesuai dilaksanakan dengan merujuk kepada standard. Pentaksiran

Merujuk Standard bermaksud apa yang ditaksir dan tahap perkembangan dan

Page 31: Penilaian autentik

penguasaan murid mesti dirujukkan kepada Standard Prestasi yang jelas, realistik,

boleh difahami dan lebih memberi makna. Kerja, respons dan tingkah laku (proses dan

produk) yang dihasilkan atau dipamer oleh murid merupakan evidens (juga dipanggil

bukti) yang akan dirujukkan kepada standard prestasi yang ditetapkan.

            Standard Prestasi (Performance Standard) merupakan satu set kriteria umum yang

menunjukkan tahap-tahap prestasi yang perlu murid pamerkan sebagai tanda bahawa

sesuatu perkara itu telah dikuasai murid. Ianya memberi definisi kepada ”kejayaan” dan

bagaimanakah hasil kerja dan tingkah laku yang dikatakan cukup baik (indicator of

success) atau sudah mencapai objektif pembelajaran. Tujuan diadakan standard

prestasi ialah untuk mengenal pasti di manakah tahap penguasaan pengetahuan,

kemahiran atau pengamalan nilai seseorang murid itu.

                       Standard Prestasi memperihalkan kualiti penguasaan sesuatu perkara atau hasil

kerja mengikut hierarki. Standard Prestasi tidak menjelaskan secara spesifik tentang

teknik atau kaedah untuk mencapai hasil yang dikehendaki. Standard prestasi bukan

saja patut diketahui oleh pentaksir (guru), malah ibu bapa dan murid sendiri.

            Standard Prestasi dinyatakan dalam bentuk kriteria dan skor.Kriteria merupakan

pernyataan yang menjelaskan tentang kualiti sesuatu kerja atau perkara yang dikuasai.

Kriteria yang ditulis mesti mudah, ringkas, tidak mengelirukan dengan mengambil kira

perbezaan antara individu. Ianya menjadi rujukan bagaimana prestasi murid ditaksir dan

diberikan skor. Pernyataan kriteria yang ditulis pada setiap tahap penguasaan mestilah

dapat memperihalkan setakat mana kualiti kerja yang ditunjukkan oleh murid. Kriteria

yang khusus dibina bagi setiap konstruk yang dinilai dalam pentaksiran prasekolah. 

Bagi memastikan kesamaan kualiti antara kesemua kriteria khusus, satu standard dan

kriteria teras (core) digunakan sebagai panduan.

             Dalam   konteks   pentaksiran   prasekolah   di   Malaysia,   Skor   bermaksud   apa   yang   digunakan   untuk menandakan tahap penguasaan murid. Di prasekolah, skor yang diberi bukan sekadar berbentuk gred (A, B, C, ...) atau markah (1, 2, 3, ...) yang hanya boleh dijumlah dan dipuratakan, seperti yang digunakan dalam ujian pencapaian di peperiksaan awam. Skor dalam bentuk markah dan gred semata-mata tidak boleh  memberi  maklumat   tentang apa  yang murid  boleh   lakukan.  Untuk  menjadikan  pentaksiran   lebih bermakna di  prasekolah, skor mestilah dapat menjelaskan di   tahap manakah murid berada berbanding standard prestasi yang hendak dicapai. Contoh skor yang boleh digunakan dalam pentaksiran prasekolah ialah   Belum  Menguasai   (),   Sedang  Maju   ()dan   Telah  Menguasai   ().   Tiga   skor   ini  mewakili 

penguasaan pada tahap Tahu sahaja,  Tahu dan Boleh Buat dengan bimbingan, Tahu dan Boleh Buat dengan Baik dan dengan Sendiri, seperti ditunjukkan dalam Jadual 1. Jadual 2 memberi satu lagi contoh Standard Prestasi.

Page 32: Penilaian autentik

PORTFOLIO

Portfolio merupakan satu koleksi hasil kerja pelajar yang telah dipilih dan ditentukan secara spesifik untuk melihat perkembangan pelajar  dan memberi peluang yang besar kepada mereka untuk meningkatkan kemahiran pentaksiran kendiri (Mueller, 2004)

Portfolio merupakan koleksi evidens yang tersusun dan sistematik, digunakan oleh guru dan pelajar bagi memantau perkembangan pengetahuan, kemahiran dan sikap pelajar dalam bidang pembelajaran yang spesifik. (Vavrus, 1990)

          Portfolio boleh dibahagikan kepada tiga jenis berdasarkan tujuan ia dihasilkan iaitu:1.     Portfolio Perkembangan (Growth Portfolios) – Dihasilkan untuk menunjukkan

perkembangan atau perubahan yang berlaku sepanjang masa, membantu pelajar membina kemahiran proses seperti penilaian kendiri dan penetapan matlamat, mengenal pasti kekuatan serta kelemahan, dan mengesan pembangunan produk atau prestasi.

2.       Portfolio ‘Showcase’ (Showcase Portfolio) – Digunakan untuk melihat pencapaian pelajar pada hujung tahun atau semester, membantu dalam menyediakan sampel hasil kerja terbaik untuk tujuan pekerjaan atau kemasukan ke kolej, melihat persepsi pelajar dari segi kerja yang mereka gemari, terbaik dan paling penting serta mengkomunikasikan kebolehan semasa pelajar kepada bakal guru mereka.

3.       Portfolio Penilaian (Evaluation Portfolios) – Direka untuk mendokumentasikan pencapaian pelajar bagi tujuan menentukan gred, mendokumentasikan kemajuan pelajar berdasarkan standard yang ditetapkan serta menempatkan pelajar sewajarnya.

Dalam merekabentuk tugasan berbentuk portfolio, beberapa persoalan perlu dikemukakan sebagai panduan kepada pelajar. Antara persoalan tersebut adalah:

1.       Tujuan : Apakah tujuan portfolio dihasilkan?2.       Audien : Untuk siapakah portfolio tersebut dihasilkan?3.       Kandungan : Apakah sampel hasil kerja pelajar yang perlu dimasukkan?4.       Proses :  Apakah proses yang terlibat dalam menghasilkan portfolio?5.       Pengurusan : Bagaimanakah masa dan bahan diuruskan dalam penghasilan portfolio?6.       Komunikasi : Bagaimana dan bila portfolio akan dikongsi bersama audien?

7.       Penilaian : Sekiranya portfolio digunakan untuk tujuan penilaian, bila dan bagaimana ia akan dinilai?