penilaian gst

17
1.0 Pengenalan Ibnu Khaldun dalam Muqadimmah, 400 tahun lebih awal berbanding bapa ekonomi dunia iaitu Adam Smith telah menyebut tentang sistem percukaian terhadap barang-barang di kota yang dikenakan oleh pemerintah sebagai sumber pendapatan dalam negara (Mohamad Iqbal, 2012). Hal ini menunjukkan bahawa terdapat persamaan peristiwa yang ditulis oleh ilmuwan terkemuka ini yang berlaku secara lumrahnya dalam sejarah peradaban dengan konteks semasa hari ini. Usaha kerajaan dalam memperkenalkan Good and Services Tax (GST) atau Value Added Tax (VAT) merupakan salah satu alternatif bagi menjana pendapatan negara dengan lebih cekap dan teratur. Sistem ini pertama kalinya dilaksanakan di Perancis pada tahun 1954 oleh Maurice Laure bagi menggantikan sistem percukaian lama yang tidak menentu dan kurang berkesan. Sehingga kini, sebanyak 146 buah negara telah melaksanakan GST. Namun, di negara Asean, hanya Malaysia, Brunei dan Myanmar sahaja yang masih belum melaksanakan sistem percukaian ini. Apa yang menariknya, Indonesia dan Filipina menjadi antara negara terawal di Asean dalam melaksanakan sistem GST pada tahun 80-an berbanding Singapura yang memperkenalkan GST pada tahun 1994 (Abdul Aziz Awang, 2012). Kini, Malaysia masih lagi mengamalkan sistem Sales and Services Tax (SST). Sistem ini dikatakan kurang efisien dan mengurangkan hasil pendapatan negara. Oleh yang demikian, penggantian SST kepada GST dikatakan dapat meningkatkan jumlah kutipan hasil kerajaan dan membolehkan lebih banyak projek pembangunan dapat dilaksanakan. Walau bagaimanapun, terdapat juga isu yang berbangkit apabila pihak kerajaan ingin melaksanakan GST dalam negara. Persoalan yang timbul, adakah perlaksanaan GST ini akan menyebabkan 1

Upload: amaru147168

Post on 24-Jul-2015

549 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penilaian GST

1.0 Pengenalan

Ibnu Khaldun dalam Muqadimmah, 400 tahun lebih awal berbanding bapa ekonomi dunia

iaitu Adam Smith telah menyebut tentang sistem percukaian terhadap barang-barang di kota

yang dikenakan oleh pemerintah sebagai sumber pendapatan dalam negara (Mohamad Iqbal, 2012).

Hal ini menunjukkan bahawa terdapat persamaan peristiwa yang ditulis oleh ilmuwan terkemuka ini

yang berlaku secara lumrahnya dalam sejarah peradaban dengan konteks semasa hari ini.

Usaha kerajaan dalam memperkenalkan Good and Services Tax (GST) atau Value Added

Tax (VAT) merupakan salah satu alternatif bagi menjana pendapatan negara dengan lebih cekap dan

teratur. Sistem ini pertama kalinya dilaksanakan di Perancis pada tahun 1954 oleh Maurice Laure

bagi menggantikan sistem percukaian lama yang tidak menentu dan kurang berkesan. Sehingga kini,

sebanyak 146 buah negara telah melaksanakan GST.

Namun, di negara Asean, hanya Malaysia, Brunei dan Myanmar sahaja yang masih belum

melaksanakan sistem percukaian ini. Apa yang menariknya, Indonesia dan Filipina menjadi antara

negara terawal di Asean dalam melaksanakan sistem GST pada tahun 80-an berbanding Singapura

yang memperkenalkan GST pada tahun 1994 (Abdul Aziz Awang, 2012). Kini, Malaysia masih lagi

mengamalkan sistem Sales and Services Tax (SST). Sistem ini dikatakan kurang efisien dan

mengurangkan hasil pendapatan negara. Oleh yang demikian, penggantian SST kepada GST

dikatakan dapat meningkatkan jumlah kutipan hasil kerajaan dan membolehkan lebih banyak projek

pembangunan dapat dilaksanakan. Walau bagaimanapun, terdapat juga isu yang berbangkit apabila

pihak kerajaan ingin melaksanakan GST dalam negara. Persoalan yang timbul, adakah perlaksanaan

GST ini akan menyebabkan peningkatan harga pada setiap barangan dan perkhidmatan yang

disediakan yang sekali gus meningkatkan kadar inflasi dalam negara.

1

Page 2: Penilaian GST

Justeru itu, tugasan ini akan membincangkan tentang tiga isu yang berbangkit dalam

perlaksanaan sistem percukaian ini dari sudut struktur percukaian, adakah ia akan menjadi lebih

cekap dan berkesan bagi menjana ekonomi negara. Dari sudut pentadbiran pula, adakah pelaksanaan

GST ini secara menyeluruh dapat dilaksanakan oleh setiap organisasi yang terlibat dalam kutipan

cukai dan seterusnya akan membincangkan berkenaan isu kemanusiaan, sama ada pelaksanaan ini

akan menekan golongan miskin dan sederhana kerana peningkatan terhadap barangan dan

perkhidmatan.

2.0 Menilai impikasi perlaksanaan GST terhadap struktur cukai

Bahagian ini akan membincangkan tentang struktur sistem cukai GST dan membincangkan

impikasi yang akan berlaku jika sistem GST ini dilaksanakan. Kadar cukai GST terdiri

daripada tiga kategori iaitu:

I. Berkadar seragam iaitu barangan dan perkhidmatan yang dikenakan cukai 4

% dan peniaga boleh menuntut balik cukai input.

II. Berkadar sifar iaitu barangan dan perkhidmatan yang dikenakan cukai 0 %.

III. Barangan yang dikecualikan daripada GST.

Bagi barangan dan perkhidmatan yang berkadar sifar, peniaga dibenarkan menuntut

kembali GST yang dikenakan ke atas input perniagaan, manakala bagi barangan dan

perkhidmatan yang dikecualikan daripada GST, peniaga tidak dibenarkan menuntut kembali

GST yang dibayar ke atas input perniagaan. Konsep, GST yang dikenakan ke atas nilai

ditambah dengan barang-barang atau perkhidmatan oleh setiap pemproses berasingan dalam

rantaian pengeluaran dan pengedaran. Ini dapat dilihat dalam contoh yang mudah di bawah.

2

Page 3: Penilaian GST

Rajah 1.1 : Struktur GST

Sebagai contoh, pengilang menjual produk kepada pemborong dengan harga RM100. Jika

GST sebanyak 4% dikenakan bermakna kos belian adalah RM104 dengan mengambil kira

GST yang dikenakan adalah sebanyak RM4.00. Pemborong pula akan menjual kepada

peruncit dengan harga RM125.00 sekiranya meletakkan margin keuntungan sebanyak

RM25.00. Jika GST 4% dikenakan, maka kadar GST adalah sebanyak RM5.00, oleh itu

harga jualan oleh pemborong ialah RM130.00.

Oleh kerana GST yang dikenakan kepada pemborong sebanyak RM4.00 boleh

dituntut kembali manakala GST yang dikenakan di peringkat ini adalah sebanyak RM5.00,

maka nilai bersih GST yang diperolehi hanyalah RM1.00. Daripada contoh ini didapati,

nilai ditambah yang terbit daripada aktiviti antara pengilang dengan pemborong adalah

RM25.00. Berdasarkan kadar GST yang dikenakan sebanyak 4%, maka GST ke atas nilai

ditambah ini adalah RM1.00. Oleh sebab itulah kaedah percukaian ini juga dikenali sebagai

cukai nilai ditambah (value added tax) iaitu jumlah GST yang dapat dikutip akan bersamaan

3

Page 4: Penilaian GST

dengan peratusan cukai ke atas nilai ditambah. GST juga merupakan cukai yang berkesan

kerana ia dikutip disetiap peringkat sebagai diagram di bawah:.

Rajah 1.2 : Pengiraan Kadar GST

Sebagi contoh, diperingkat pengilang GST yang dikutip ialah RM4.00 sekiranya

kadar GST yang dikenakan sebanyak 4%. Sekiranya pemborong mengenakan margin

keuntungan sebanyak 20%, nilai barangan tersebut ialah RM120.00. Jika GST dikenakan

sebanyak 4%, maka jumlah GST ialah RM4.80. Oleh sebab pemborong akan menuntut

kembali GST sebanyak RM4.00, maka nilai bersih GST yang dapat dipungut ialah sebanyak

RM0.80 (RM4.80 – RM4.00). Sekiranya peruncit pula mengenakan margin keuntungan

sebanyak 30%, maka nilai barangan tersebut menjadi RM156.00. Jika GST dikenakan

sebanyak 4%, maka jumlah GST yang dikenakan ialah sebanyak RM6.24. Oleh sebab GST

yang dikenakan kepada peruncit sebanyak RM4.80 akan dituntut maka nilai bersih GST

yang dapat dikutip ialah sebanyak RM1.4 (RM6.24 – RM4.80). Oleh itu, pada setiap

4

Page 5: Penilaian GST

peringkat pengedaran akan terdapat cukai GST yang akan dikutip oleh Kerajaan menjadikan

kaedah ini lebih berkesan.

Kaedah GST mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan SST. Pelaksanaan

GST akan meningkatkan jumlah kutipan hasil Kerajaan dan seterusnya membolehkan lebih

banyak projek pembangunan dilaksanakan. Pada masa ini, pergantungan kepada sumber

hasil berasaskan petroleum seperti cukai pendapatan petroleum, duti eksport, dividen dan

lain-lain adalah tinggi iaitu kira-kira 40% daripada jumlah hasil Kerajaan. Ini merupakan

keadaan yang kurang sihat kerana Malaysia tidak boleh bergantung selamanya kepada

sumber pendapatan berasaskan petroleum memandangkan bahan tersebut lama kelamaan

akan susut. Oleh itu pelaksanaan GST mampu mengatasi masalah ini.

SST juga mempunyai banyak kelemahan seperti pengenaan cukai berganda dan

cukai bertingkat. Misalnya, jika sesebuah syarikat korporat mengambil perkhidmatan

kejuruteraan bebas untuk melaksanakan kerja-kerja untuk mereka, maka kos yang

dikenakan akan dilepaskan kepada pengguna. Oleh itu, cukai perkhidmatan syarikat tersebut

merupakan nilai yang telah dinaikkan kerana telah pun termasuk elemen cukai yang

dikenakan kerana mengambil perkhidmatan kejuruteraan bebas. Ini menunjukkan

berlakunya cukai berganda yang terpaksa ditanggung oleh pengguna akhir. Rajah di bawah

menunjukan dengan lebih lanjut tentang masalah cukai bertingkat yang dihadapi dalam

sistem SST.

5

Page 6: Penilaian GST

Rajah 1.3: masalah cukai betingkat dalam sistem SST

Dalam rajah 1.3 di atas, pengilang dikenakan cukai jualan sebanyak 10%. Jika kos

produk adalah sebanyak RM100.00, maka jumlah cukai yang dikutip ialah sebanyak

RM10.00. Di peringkat pemborong, sekiranya dimasukkan margin keuntungan sebanyak

20%, bermakna kos produk kini ialah RM132.00(RM110.00 + RM22.00). Oleh itu dalam

kes ini terdapat elemen cukai sebanyak RM10.00 yang diambil kira dalam margin

keuntungan (20%) iaitu sebanyak RM2.00 namun tidak dapat dikutip oleh Kerajaan.

Jika diambil kira peringkat pengedaran seterusnya maka akan bertambah jumlah

cukai yang tidak dikutip oleh Kerajan. Ini merupakan antara kelemahan kaedah SST

berbanding dengan kaedah GST yang lebih cekap, telus dan berkesan. Oleh itu pelaksanaan

GST akan memberikan kesan positif kepada sektor industri dan ekonomi Negara secara

keseluruhannya.

6

Page 7: Penilaian GST

Dalam kaedah GST, masalah ini tidak akan berlaku kerana GST merupakan cukai

kepenggunaan yang dikenakan pada setiap peringkat pengagihan dan pengedaran. Peniaga

pula dibenarkan menuntut kembali GST yang dibayar ke atas input perniagaan. Oleh sebab

itulah GST dijangka menarik minat sektor perniagaan untuk berdaftar sebagai syarikat GST

walaupun jumlah jualan tahunan syarikat tersebut lebih rendah daripada trashold yang

ditetapkan.

Tidak dinafikan, pelaksanaan GST memberi kelebihan terutamanya kepada kerajaan

dalam meningkatkan aliran pendapatan yang kemudiannya boleh digunakan bagi

melaksanakan projek-projek untuk manfaat seluruh rakyat. Asas percukaian yang lebih

meluas serta yang dikenakan pada satu kadar akan memudahkan kerajaan mengurus dan

mentadbir sistem tersebut. Ia juga mudah difahami oleh rakyat berbanding cukai yang

dikenakan pada kadar berbeza bagi perkhidmatan dan barangan yang berlainan

(http://pmr.penerangan.gov.my).

Selain itu, menurut Abdul Aziz Awang (2000), GST tidak akan memberikan

bebanan kepada pengguna kerana ia menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada

yang kini dikenakan sebanyak antara 5% hingga 10%. GST merupakan langkah kehadapan

bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Oleh sebab GST menggantikan

cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada, maka pelaksanaan GST dijangka tidak akan

menyebabkan berlakunya kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, melainkan jika kadar

cukai yang dikenakan adalah lebih tinggi daripada kadar cukai jualan dan perkhidmatan

yang dikenakan pada masa ini.

7

Page 8: Penilaian GST

Selain itu, menurut Low S.P. dan Carol P.W.L (1994), sistem pencukaian GST

mempunyai beberapa kelebihan antaranya adalah :

I. Menggalakkan simpanan dan pelaburan, disamping dapat menjana ekonomi negara.

GST tidak sama dengan cukai lain seperti cukai pendapatan korporat kerana tiada

cukai dikenakan ke atas pelaburan dan simpanan. Ekoran daripada itu, ia dapat

menggalakkkan lagi untuk melakukan aktiviti pelaburan dan penyimpanan.

II. Mengekalkan daya saing sesebuah negara. Ini kerana GST hanya penggunaan dalam

negara dan proses menghasilkan eksport akan dikenalpasti terdahulu sebelum

dilaksanakan. Oleh itu, daya saing sesebuah negara boleh dikekalkan.

III. GST adalah cukai yang cekap untuk mentadbir kerana ia menggunakan polisi

sendiri. Jika dibandingkan dengan cukai pendapatan, ia tidak menggunakan polisi

sendiri. Ekoran daripada itu, ramai pekerja yang bekerja sendiri untuk

mengurangkan pembayaran ke atas cukai pendapatan mereka walaupun pekerja

bergaji tidak dapat berbuat demikian.

IV. GST merupakan sumber pendapatan yang lebih stabil untuk Perbendaharaan. Jika

dibandingkan dengan cukai harta yang tertakluk kepada turun naik pasaran hartanah

dan korporat serta cukai pendapatan peribadi yang berbeza-beza dengan kitaran

ekonomi, GST adalah sumber pendapatan yang lebih stabil untuk Perbendaharaan.

V. Mengurangkan pergantungan kepada cukai langsung. Akaun cukai langsung adalah

60 peratus hasil cukai di Singapura. Lebih 73 peratus daripada cukai langsung

datang dari cukai pendapatan individu dan korporat. Cukai tidak langsung, yang

8

Page 9: Penilaian GST

membentuk 40 peratus daripada hasil cukai seperti kenderaan bermotor, petroleum,

minuman keras dan tembakau. Selain daripada mendatangkan hasil, ia juga dapat

mengurangkan kesesakan lalu lintas, tidak menggalakkan minum minuman keras

yang berlebihan dan mengurangkan bilangan perokok.

3.0 Menilai impikasi perlaksanaan GST terhadap pentadbiran

Bahagian ini akan membincangkan mengenai masalah pentadbiran dalam pelaksanaan cukai

barangan dan perkhidmatan di Malaysia. Usaha kerajaan untuk memperkenalkan Good and

Service Tax (GST) atau Value Added Tax (VAT) merupakan salah satu usaha untuk

menjana pendapatan negara dengan lebih teratur dan efektif. Pengenalan GST melalui

pengurusan yang baik akan memberi impak yang besar kepada pendapatan negara melalui

peningkatan kadar pematuhan cukai dan lebih mudah untuk ditadbir urus berikutan sistem

pengurusan berasaskan kepada kaedah “self policing” (http://www.customs.gov.my).

Walau bagaimanapun, pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan di Malaysia

mencetuskan pelbagai masalah. Selain daripada masalah struktur, pelaksanaan cukai

barangan dan perkhidmatan ini turut melibatkan permasalahan dalam aspek pentadbiran.

Masalah pentadbiran merujuk kepada masalah yang dihadapi oleh pentadbir ketika

melaksanakan atau melakukan sesuatu tugas maka dalam hal ini, masalah yang dihadapi

oleh kerajaan dalam pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan. Antara masalah

tersebut ialah pemahaman masyarakat mengenai pihak-pihak yang terlibat dalam

pengurusan sistem pencukaian yang baru ini (http://www.treasury.gov.my).

9

Page 10: Penilaian GST

Masyarakat ingin mengetahui dengan jelas mengenai pihak-pihak yang

bertanggungjawab menguruskan sistem cukai barangan dan perkhidmatan. Keinginan

masyarakat untuk mengetahui pihak yang bertanggungjawab dalam mengendalikan sistem

pencukaian ini kerana mereka ingin menilai sejauh mana pihak tersebut mampu mentadbir

pengutan cukai tersebut. Oleh itu, pihak kerajaan seharusnya memaklumkan kepada

masyarakat bahawa pihak yang menguruskan sistem pencukaian ini ialah Jabatan Kastam

Diraja Malaysia. Seperti yang diketahui, Jabatan Kastam Diraja Malaysia merupakan

jabatan yang bertanggungjawab menguruskan pungutan cukai di Malaysia maka sudah

semestinya jabatan tersebut akan menguruskan sistem pencukaian tersebut dengan baik.

Selain itu, masyarakat harus dimaklumkan mengenai pihak yang terlibat secara tidak

langsung dalam proses pungutan cukai agar mereka tidak salah tafsir mengenai pelaksanaan

cukai barangan dan perkhidmatan ini. Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan ini

merupakan satu transformasi pencukaian negara di mana ia adalah cukai broadbased yang

mempengaruhi setiap orang, jabatan, badan berkanun, syarikat, organisasi sosial, politik

persatuan, kelab, badan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan kebajikan, koperasi dan

sebagainya. Ini menunjukkan bahawa pihak-pihak tersebut juga terlibat secara tidak

langsung dalam pelaksanaan cukai yang akan dilaksanakan di Malaysia ini

(http://www.customs.gov.my).

Seterusnya, kerajaan juga perlu memberi penjelasan yang jelas mengenai pihak yang

akan membantu kerajaan dalam memungut cukai barangan dan perkhidmatan ini dan

bagaimana kerajaan dapat memastikan bahawa pihak tersebut akan meremit jumlah yang

betul kepada pihak kerajaan. Justeru, masyarakat perlu dimaklumkan bahawa cukai

barangan dan perkhidmatan ini hanya akan dikutip oleh mereka yang telah berdaftar di

10

Page 11: Penilaian GST

bawah GST dan cukai tersebut perlu diremitkan kepada kerajaan mengikut tempoh yang

ditetapkan dan akan dipantau oleh pasukan audit GST yang bertanggungjawab mengesan

peniaga yang tidak jujur (http://www.customs.gov.my).

Masalah lain aspek pentadbiran ialah masalah yang melibatkan kakitangan dan

pengkomputeran. Pelaksanaan dan penguatkuasaan GST perlu pentadbir yang terlatih untuk

mempunyai sistem pengkomputeran yang cekap yang dapat menjalankan tugas pemeriksaan

dan pengauditan hasil daripada GST (Abood Mohammad Salmeen Alebel, n,d). Oleh itu,

pentadbir perlu mempunyai kakitangan yang terlatih untuk mengendalikan sistem

pengkomputeran. Kakitangan juga perlu berpengetahuan yang mendalam mengenai GST

kerana kebanyakan masyarakat tidak begitu biasa dengan sistem cukai yang baru akan

memerlukan bimbingan tambahan dari pentadbir.

Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan kerajaan perlu membuat persedian

awal bagi memastikan pelaksanaan GST dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Bagi

memastikan kelancaran dan kecekapan pelaksanaan GST, kerajaan perlu membelanjakan

wang untuk membeli komputer dan juga melatih kakitangan yang akan mengendalikan

sistem pengkomputeran di samping menyediakan program pendidikan awam yang luas

(Abood Mohammad Salmeen Alebel, n,d). Pelaburan ini perlu dilakukan agar kerana

pengurusan GST mesti mempunyai sistem pengkomputeran yang cekap dan dapat berjalan

dengan berkesan

Selain itu, kerajaan berhadapan dengan masalah pemilihan kadar dan pengecualian

cukai. Dalam masalah ini, kerajaan perlu membuat pertimbangan yang tepat sama ada GST

akan dikenakan pada kadar satu atau kadar yang lebih tinggi terhadap produk tertentu yang

11

Page 12: Penilaian GST

dianggap sebagai produk mewah Hal ini kerana keputusan tersebut akan memberi kesan

kepada rakyat yang tidak berkemampuan atau miskin. Walaupun pada dasarnya,

pelaksanaan GST akan mengurangkan kos pentadbiran dan meningkatkan hasil kerajaan

namun kerajaan perlu mengambil kira aspek tersebut dan perlu memilih kadar yang paling

sesuai supaya beban cukai tidak akan menjadi terlalu agresif kepada golongan miskin dan

tidak pula mengurangkan hasil kerajaan (Abood Mohammad Salmeen Alebel, n,d).

Di samping itu, masalah lain yang terpaksa dihadapi oleh kerajaan dengan

pelaksanaa GST ini ialah kesan ke atas paras harga umum. Hakikat yang terpaksa dihadapi

oleh kerajaan ialah pada peringkat awal pelaksanaan GST akan memberi menaikkan paras

harga. Namun begitu, menurut Singh (2007) seperti yang dipetik dalam Abood Mohammad

Salmeen Alebel, n,d, pp 58, walaupun GST boleh membawa kepada peningkatan dalam

harga pengguna pada peringkat awal pelaksanaan, tetapi GST tidak akan mempunyai kesan

besar ke atas inflasi. Kenyataan ini turut disokong oleh James dan Zheshi (2004) seperti

yang dipetik dalam Abood Mohammad Salmeen Alebel, n,d, pp 58, menyatakan bahawa

apabila VAT telah diperkenalkan di China 1994, ia tidak menyebabkan berlakunya inflasi di

negara tersebut.

4.0 Menilai impikasi perlaksanaan GST terhadap nilai kemanusiaan.

Bahagian ini akan membincangkan tentang impikasi yang akan berlaku jika sistem GST ini

dilaksanakan terhadap nilai kemanusiaan. Perniagaan yang paling kecil tidak mempunyai

satu sistem yang sesuai untuk menyimpan rekod perakaunan.Tetapi pelaksanaan GST perlu

perniagaan untuk menyimpan rekod perakaunan dengan sewajarnya.ini adalah kerana

dokumentasi dan rekod-rekod perakaunan yang sepatutnya akan mempengaruhi dalam

12

Page 13: Penilaian GST

menentukan threshold pengecualian perniagaan.Dokumentasi dan rekod-rekod perakaunan

juga akan menjadi berguna apabila kerajaan mahu melaksanakan audit dan penyiasatan.

Patterson (1990) menunjukkan bahawa walaupun pemudahan cukai barangan dan

perkhidmatan yang diumumkan oleh kerajaan, tidak ada penyelesaian yang mudah bagi

perniagaan kecil.dokumen-dokumen ini akan membawa kepada peningkatan kos pematuhan

GST bagi firma-firma kecil yang mungkin jauh lebih tinggi kerana mereka kebanyakannya

adalah mempunyai kurang berpendidikan. Hakikat bahawa ia adalah sukar bagi firma kecil

untuk menyimpan rekod yang sesuai juga membayangkan bahawa mereka adalah pada

kelemahan dalam proses tawar-menawar dengan pemeriksa cukai.

Selain itu, menurut Singh (2007), ia adalah penting bahawa masyarakat umum dan

peniaga tertentu yang dimaklumkan secukupnya mengenai ciri-ciri GST dan syarat-syarat

prosedur sebelum perundangan GST mula berkuat kuasa. Ini adalah kerana perlu untuk

mengelakkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang tidak

munasabah.Pengetahuan mengenai GST akan tersebar kepada orang ramai terutamanya

kepada pihak-pihak perniagaan. Ini adalah untuk mengelakkan peniaga daripada menaikan

harga jualan yang pasti akan menjadi beban kepada pengguna akhir. Ini memerlukan satu

kempen pendidikan yang menyeluruh.kempen harus melibatkan pelbagai pihak yang

berkepentingan dan pengedaran pelbagai jenis bahan-bahan maklumat di seluruh negara dan

juga perlu diperluaskan kepada kesemua peniaga dan pelanggan.

Dalam sistem percukaian yang digunakan ketika ini misalnya, golongan

berpendapatan rendah tidak dikenakan cukai. Tetapi selepas pelaksanaan GST, mereka

bakal dikenakan cukai secara tidak langsung yang dipindahkan kepada perkhidmatan dan

13

Page 14: Penilaian GST

barangan. Bagi rakyat berpendapatan rendah, hakikat itu mungkin satu bebanan berbanding

dengan golongan kaya yang mendapat kelebihan kerana tidak lagi perlu membayar cukai

yang tinggi serta beberapa cukai yang dikecualikan. Rakyat juga bimbang pelaksanaan GST

akan menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang melambung tinggi. Ini

sememangnya berlaku di negara-negara yang mula melaksanakan dasar tersebut.

Gambaran-gambaran sebeginilah yang berlegar-legar di kalangan rakyat kebanyakan

menyebabkan ramai yang masih belum faham mengenai GST. Lebih malang, ia

dimanipulasi pula oleh sesetengah pihak untuk menghentam kerajaan meskipun mereka

mengetahui pelaksanaannya mampu memberi kelebihan kepada semua pihak.

(http://pmr.penerangan.gov.my).

Satu implikasi lain , berbanding sistem cukai langsung (direct tax) kepada badan

korporat dan individu , ialah GST juga dilihat sebagai sistem percukaian yang regresif iaitu

semakin tinggi pendapatan individu atau korporat semakin rendah bahagian dari pendapatan

itu disalur kepada membayar cukai. Sebaliknya lebih rendah pendapatan lebih besar pula

bahagian pendapatan itu yang perlu disalur kepada pembayaran cukai. Bermakna sistem ini

lebih memberi tekanan kepada golongan miskin dan berpendapatan kecil. Jaminan bahawa

golongan berpendapatan rendah tidak akan terbeban belum menyakinkan. Mekanisme GST

yang diumumkan belum jelas menghuraikan kesan yang sangat fundamental kepada

golongan berpendapatan rendah yang sangat sensitif kepada harga barangan dan

perkhidmatan ini.

Apa yang dikhuatirkan ialah bebanan akan bertambah kepada golongan miskin ,

daya saingan pengusaha kecil dan sederhana akan terhakis. Seorang penulis surat bernama

14

Page 15: Penilaian GST

Andrew Fan yang disiarkan dalam akhbar NST dengan sangat jelas menghurai persoalan ini

seperti berikut:

“Let me use his illustrations: An individual earns RM35,000 a year (RM2,916 a month). His income tax for that year is RM1,526 a year. That means his effective disposable income is RM33,474. Assume GST of five per cent is applied. Everything this individual buys will be more expensive by five per cent, causing his real disposable income to decline to RM31,880 (RM33,474 divided by 105 per cent). This means the GST cost to the in individual in real terms is RM1,595. Given this scenario for an individual, the government’s suggestion to lower the effective income tax rate to compensate for GST rings hollow. Even if income tax rates dropped to zero, it would not cover the GST cost.”

Berdasarkan pengiraan ini GST yang akan dikena keatas semua barangan dan

perkhidmatan tidak memberi manfaat kepada mereka yang berpendapatan sederhana kerana

ia mengurangan daya membeli dan akibatnya menjejaskan kualiti hidup. Pergiraan dia atas

juga akan lebih parah bagi individu setelah diambilkira faktor rebet , pemotongan cukai

pendapatan dan kadar cukai lebih rendah bagi mereka yang berpendapatan rendah.

Akibatnya jurang pendaptan akan bertambah luas. Hanya 15% dari tenaga kerja di negara

ini dikenakan cukai. Oleh itu pengurangan cukai pendapatan dinikmati oleh golongan yang

berpendapatan tinggi dan bukan membantu golongan berpendapatan rendah.

GST juga tidak baik untuk IKS. Kebanyakan IKS akan rugi dan hanya untung

sedikit pada awal ia beroperasi . Jadi IKS tidak dikenakan cukai korporat atau membayar

cukai korporat yang rendah ketika ia mula beroperasi. Namun GST, akan memberi kesan

kepada pengusaha kecil bermula hari pertama beroperasi.. Dari hari pertama lagi ia terpaksa

menggenakan pelanggannya dengan caj yang lebih ke atas barangan dan perkhidmatannya .

Akibatnya permintaan kepada barangan atau perkhidmatannya akan berkurangan.

15

Page 16: Penilaian GST

5.0 Kesimpulan

Kebanyakan orang awam masih tidak yakin tentang bagaimana cukai barangan dan

perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan. Kerajaan seharusnya menggalakkan cukai

barangan dan perkhidmatan menerusi media supaya orang awam bersedia untuk

menghadapi kesan-kesan yang akan berlaku disebabakan perlaksanaan GST. Tambahan

pula, disebabkan kekurang maklumat terhadap GST, orang awam akan mengandaikan

bahawa perlaksanaan GST hanya akan memberikan keburukan sahaja kepada mereka

berbanding kebaikan seperti kesan terhadap kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Pelaksanaan GST di negara ini merupakan satu langkah wajar memandangkan

kebanyakan negara lain telah melaksanakannya. Di samping itu, jaminan kerajaan untuk

mengecualikan cukai tersebut terhadap barangan dan perkhidmatan keperluan asas

bertujuan untuk tidak membebankan pengguna berpendapatan rendah di samping mengelak

berlakunya inflasi. GST hanya dikenakan kepada barangan atau perkhidmatan mewah yang

mampu dibeli oleh pengguna berpendapatan tinggi. Di samping itu perniagaan kecil juga

dikecualikan daripada GST.

Ada yang mengsyaratkan jika diuruskan dengan baik dengan kerjasama pelbagai

pihak, GST mampu meningkatkan hasil negara melalui peningkatan kadar pematuhan cukai.

Di samping itu, sistem ini juga dapat memastikan setiap perniagaan menyimpan rekod

kewangan dengan lebih sempurna. Walaupun pelaksanaan sistem GST dianggap mencabar,

tempoh yang selesa sebelum pelaksanaannya membolehkan setiap lapisan masyarakat diberi

pengetahuan mengenainya.

16