penilaian ppbk

Upload: dato-aim-boing-boing

Post on 06-Jul-2015

7.252 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

http://asnizamusa.tripod.com/ge6663tug3.html 1.0 PENGENALAN Penilaian merupakan suatu aktiviti yang berlaku secara berterusan sepanjang proses pembangunan sesebuah perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK). Setiap perisian PPBK yang dibina harus dinilai terlebih dahulu untuk memastikan penggunaannya berkesan dan menepati objektif penghasilannya. Penilaian melibatkan pengumpulan maklumat bagi mendapatkan keputusan yang lebih tepat mengenai sesebuah perisian PPBK yang dibangunkan. Proses penilaian akan membentuk pengadilan mengenai kualiti sesuatu aspek yang dinilai berasaskan kepada kriteria-kriteria tertentu. Ia juga merupakan pelengkap kepada pendidikan dan syarat kepada rekabentuk pembangunan dan pembinaan perisian PPBK yang berkualiti. atas

2.0 RANCANGAN PENILAIAN Aktiviti penilaian perisian PPBK Mahir MS Access dilaksanakan menggunakan dua bentuk penilaian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Ini adalah bersesuaian dengan saranan Tom Boyle (1997) berkenaan dengan penilaian bahan multimedia. Penilaian formatif merupakan proses penilaian yang dilaksanakan sepanjang proses pembangunan perisian PPBK ini. Penilaian ini dijalankan dengan tujuan menjamin pembangunan perisian PPBK ini memenuhi citarasa pengguna serta memenuhi objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. Menurut Flagg (1990), penilaian formatif ialah koleksi maklumat yang sistematik dengan tujuan membuat keputusan bagi merekabentuk dan memperbaiki sesuatu produk. Maklumat yang diperolehi melalui penilaian formatif merupakan maklum balas yang mempengaruhi proses pembangunan seterusnya. Penilaian sumatif pula dikendalikan pada penghujung proses pembangunan perisian PPBK bagi menentukan sama ada perisian PPBK yang dibangunkan berjaya menepati keperluan dan matlamat yang telah ditetapkan. Kedua-dua bentuk penilaian ini saling berkaitan dan bertujuan, khususnya untuk menilai keberkesanan dan kebolehgunaan perisian PPBK Mahir MS Access yang dibangunkan. Keberkesanan perisian PPBK ini bergantung sama ada ia mencapai objektif pembelajaran atau tidak. Kebolehgunaan pula merujuk kepada keselesaan pembelajaran dan keselesaan penggunaannya. Dalam melaksanakan proses penilaian formatif dan penilaian sumatif terhadap pembangunan perisian PPBK Mahir MS Access, pemilihan kaedah bagi tujuan penilaian dibuat dengan mempertimbangkan perkara-perkara berikut :i. ii. iii. iv. perisian PPBK Mahir MS Access dibangunkan adalah untuk tujuan pembelajaran; peringkat dalam pembangunan perisian yang akan dilakukan penilaian; faedah kos dari segi masa, sumber-sumber yang digunakan untuk penilaian; kesesuaian pergabungan pelbagai kaedah.

Kaedah penilaian yang diperlukan adalah berbeza mengikut fasa-fasa pembangunan sesebuah perisian PPBK. Penilaian formatif pembangunan perisian PPBK Mahir MS Access ini akan dijalankan pada menggunakan kaedah pemerhatian dan temubual. Menurut Tom Boyle (1997), maklumat lebih berkesan diperolehi apabila kaedah pemerhatian dilaksanakan dan disusuli dengan temubual. Instrumen bagi kedua-dua kaedah ini berbentuk senarai semak. Senarai semak ini juga berfungsi sebagai garis panduan sepanjang proses pembangunan perisian kelak. Penilaian sumatif pula dikendalikan menggunakan kaedah tinjauan yang menggunakan instrumen berbentuk soal selidik. Soal selidik yang dibina menggunakan skala jawapan "ya" atau "tidak" di samping ruangan "catatan" untuk penjelasan bagi mana-mana item yang berkaitan. atas

3.0 PENILAIAN FORMATIF

Sebagaimana yang telah dimaklumkan, penilaian formatif dilakukan sepanjang proses pembangunan perisian PPBK ini. Penilaian formatif merujuk kepada pelbagai aktiviti termasuklah menilai halangan yang tidak dijangkakan semasa proses pembangunan, perubahan kehendak pengguna, masalah yang dihadapi oleh pengguna dalam menggunakan perisian dan sebagainya. Semua aktiviti ini dijalankan menggunakan rekabentuk yang tertentu. Penekanan yang diberikan dalam penilaian formatif perisian PPBK ini ialah terhadap pengumpulan dan penganalisaan data serta kajian semula. Terdapat tiga fasa yang akan dilaksanakan dalam penilaian formatif iaitu:i. ii. Penilaian individu (seorang dengan seorang) Penilaian lapangan

iii. Penilaian pakar atas

3.1 Penilaian Individu dalam Penilaian Formatif Penilaian secara individu dilaksanakan dengan tujuan untuk mandapatkan maklumat berkenaan dengan kekuatan dan kelemahan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Teknologi Maklumat KBSM dalam aspek Sistem Pengurusan Pangkalan Data (Database Management System -DBMS) pada masa sekarang. Sebarang kelemahan yang wujud bermakna perlu melalui proses pembaikpulih. Penilaian pada peringkat ini melibatkan seramai tiga orang pelajar yang mewakili tiga aras pencapaian iaitu baik, sederhana dan lemah. Setiap pelajar akan ditemubual berdasarkan kepada senarai semak yang mengandungi item-item berikut :i. kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan sekarang. ii. persepsi terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan sekarang. iii. jenis bahan bantu mengajar yang digunakan guru. iv. persepsi terhadap kesesuaian bahan bantu mengajar yang digunakan guru. v. perkaitan kemahiran baru dengan kemahiran sedia ada. vi. persediaan kemahiran untuk melaksanakan projek. vii. kesesuaian isi pelajaran dengan peruntukan masa untuk belajar pada masa sekarang. viii. proses penilaian yang digunakan sekarang. Segala maklum balas yang diberikan dikumpulkan dan direkodkan. atas

3.2 Penilaian Lapangan dalam Penilaian Formatif Penilaian lapangan adalah berkaitan dengan kontek pembelajaran. Penilaian lapangan melibatkan satu sesi pembelajaran yang terdiri dari satu kelas pelajar iaitu seramai 30 orang. Pemerhatian dibuat terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran aspek DBMS menggunakan perisian MS Access. Kriteria yang diberi tumpuan semasa pemerhatian disenaraikan dalam bentuk senarai semak. Maklumat yang diperolehi melalui pemerhatian direkodkan pada senarai semak ini. Item-item senarai semak untuk tujuan pemerhatian ini adalah seperti berikut :i. ii. iii. iv. v. vi. tindak balas pelajar semasa proses pembelajaran berlangsung. cara guru menarik perhatian pelajar. ciri-ciri pengajaran guru yang menyukarkan pelajar memahami proses kerja. kaedah guru mengendalikan bahan bantu mengajar. cara guru menilai kefahaman pelajar. reaksi pelajar terhadap contoh aplikasi kemahiran yang dipelajari.

vii. sifat kerjasama sesama pelajar semasa menyelesaikan tugas yang diberi. viii. kesan strategi pengajaran yang digunakan. atas

3.3 Penilaian Pakar dalam Penilaian Formatif Penilaian pakar akan melibatkan penilaian ke atas kandungan mata pelajaran, rekabentuk pengajaran dan pembelajaran serta kebolehlaksanaan sistem sekarang. Jadi, penilaian pakar melibatkan guru mata pelajaran atau pakar mata pelajaran dan pakar pengaturcaraan. Pakar-pakar ini meramalkan masalah yang dihadapi oleh pelajar berdasarkan sistem P&P yang diamalkan sekarang. Hasil dari temubual yang dijalankan direkodkan pada senarai semak yang disediakan. Item-item senarai semak adalah berbeza antara setiap pakar. Item senarai semak guru mata pelajaran adalah seperti berikut :i. ii. iii. iv. v. vi. vii. kaedah pengajaran dan pembelajaran pada masa sekarang. bahan bantu mengajar yang digunakan. tugasan yang diberikan kepada pelajar. penilaian kefahaman dan kemahiran pelajar. pemantauan projek pelajar. kesesuaian isi pelajaran dengan peruntukan masa belajar pada masa sekarang. motivasi di kalangan pelajar berkenaan.

Item senarai semak pakar pengaturcaraan :i. perisian komputer untuk memanipulasikan grafik dan imej. ii. perisian komputer untuk penyuntingan audio dan video. iii. rekabentuk persembahan yang sesuai untuk pembelajaran. iv. rekabentuk interaksi yang sesuai pembelajaran. v. spesifikasi perkakasan komputer. vi. spesifikasi perisian komputer. atas

3.4 Penilaian Formatif dalam Fasa Rekabentuk Dalam fasa rekabentuk perisian PPBK, beberapa langkah kerja perlu dilaksanakan. Penilaian formatif yang dijalankan pada fasa rekabentuk adalah bertujuan untuk memastikan setiap langkah yang dilaksanakan adalah memenuhi matlamat dan objektif yang telah ditetapkan. Senarai semak digunakan sebagai panduan kepada pengkaji semasa proses rekabentuk. Senarai semak yang yang akan digunakan semasa proses rekabentuk adalah seperti berikut : i. Matlamat dan objektif kajian

Perisian PPBK yang dibina dapat membantu pelajar mengendalikan perisian MS Access sebagai perisian Sistem Pengurusan Pangkalan Data secara berkesan dalam mata pelajaran Teknologi Maklumat KBSM. Objektif Kajian :y y Perisian PPBK Mahir MS Access yang dibina boleh menarik minat pelajar. Perisian PPBK Mahir MS Access yang dibina mengandungi arahan yang mudah difahami serta ringkas.

y y

Perisian PPBK Mahir MS Access yang dibina menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan. Perisian PPBK Mahir MS Access yang dibina memenuhi kehendak unsur kemahiran mengendalikan sistem komputer bagi kurikulum TM KBSM.

ii.

Kelebihan menggunakan komputer dan pelaksanaan perisian PPBK y y y Terdapat elemen-elemen multimedia yang terdiri dari teks, grafik, audio, video dan animasi. Penggunaan hyperteks bagi tujuan penerokaan interaktiviti. Menjimatkan masa pembelajaran dan kos sumber.

iii.

Strategi penggunaan perisian y y y Perisian PPBK digunakan sebagai bahan bantu mengajar mata pelajaran Teknologi Maklumat KBSM. Pengajaran berpusatkan pelajar di mana pelajar boleh belajar MS Access bantuan guru yang minimum. Pembelajaran mengikut kemajuan pelajar iaitu pada kadar kendiri dan terarah kendiri.

iv.

Sumber sokongan perisian y y y Panduan pengguna yang mudah diikuti disediakan dalam perisian PPBK. Perisian dalam bentuk fail pelaksana, boleh dilaksanakan tanpa fail sumber. Panduan untuk melakukan proses installasi lengkap dan mudah diikuti.

v.

Kandungan perisian y y y y y y y Kandungan berlandaskan kepada Sukatan Pelajaran TM KBSM. Kandungan disepadukan dengan mata pelajaran lain. Kandungan dikaitkan dengan pengetahuan sedia pelajar. Menggunakan Bahasa Melayu. Istilah komputer dikekalkan tetapi disertakan dengan terjemahan untuk mengelakkan kekeliruan. Bebas dari kesilapan ejaan. Mengandungi contoh yang realistik.

vi.

Aspek pendidikan dalam perisian y y y y y y y y y Matlamat perisian PPBK selari dengan matlamat pengajaran dan pembelajaran TM KBSM. Membantu mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran TM KBSM. Mengandungi unsur kemahiran mengendalikan perisian sistem pengurusan pangkalan data yang betul. Mengandungi unsur penerapan nilai murni menghargai sumbangan dan bekerjasama. Mengandungi unsur kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Mengandungi unsur-unsur motivasi. Mengandungi pendekatan pengajaran dan pembelajaran "belajar tentang komputer". Mengandungi pendekatan pengajaran dan pembelajaran "belajar dengan komputer". Mengandungi penilaian yang berkesan. Gaya persembahan y y y Rekabentuk skrin menarik dan konsisten. Teks jelas dan boleh dibaca dengan mudah. Grafik kelihatan dengan jelas.

vii.

y y y y y viii. y y y y y y atas

Penggunaan grafik, animasi, audio dan video adalah menarik dan berkesan. Penggunaan grafik, animasi, audio dan video adalah bersesuaian. Grafik, animasi, audio dan video membantu pembelajaran. Panduan yang diberikan adalah jelas. Panduan (help) boleh dilihat bila-bila masa dan boleh dihindarkan jika tak perlu. Pendekatan navigasi dan arahan Struktur navigasi mudah diikuti. Arahan navigasi jelas dan mudah difahami. Ikon mudah difahami dan konsisten. Boleh keluar program bila-bila masa. Boleh mula semula ditempat berhenti. Membenarkan penerokaan keseluruh perisian.

4.0 PENILAIAN SUMATIF Penilaian sumatif dijalankan bagi memastikan perisian PPBK Mahir MS Access yang dibangunkan berjaya menepati matlamat dan keperluan yang telah ditetapkan. Terdapat dua fasa dalam penilaian sumatif iaitu :i. ii. fasa penilaian pakar fasa penilaian lapangan

Fasa penilaian pakar adalah untuk menentukan sama ada perisian PPBK ini memenuhi potensi keperluan pengajaran atau tidak. Fasa penilaian lapangan pula untuk menentukan sama ada penggunaannya berkesan dan menepati objektif penghasilannya. atas

4.1 Fasa Penilaian Pakar dalam Penilaian Sumatif Sesuai dengan tujuan fasa penilaian pakar untuk mengesahkan potensi perisian PPBK Mahir MS Access ini memenuhi keperluan pengajaran yang telah ditentukan iaitu penerapan unsur kemahiran mengendalikan sistem komputer bagi kurikulum TM KBSM, maka aktiviti yang akan dijalankan ialah :i. ii. iii. iv. v. menilai secara khusus di antara kehendak pengajaran guru dengan perisian PPBK; menilai kesempurnaan dan ketepatan perisian PPBK; menilai pendekatan pengajaran dalam perisian PPBK; menilai kebolehgunaan perisian PPBK; menentukan sama ada pengguna sasaran berpuashati dengan perisian PPBK.

Penilaian pakar ini melibatkan empat peringkat analisa iaitu :-

i.

Analisa kongruen yang melibatkan perbandingan penerapan unsur-unsur kemahiran ini dalam pengajaran biasa dengan potensi perisian PPBK yang dibangunkan. Analisa ini dilaksanakan oleh pakar mata pelajaran Analisa kandungan untuk meninjau sama ada kandungan perisian yang dibangunkan menepati matlamat dan kemahiran yang ditetapkan. Analisa ini dilaksanakan oleh pakar mata pelajaran. Analisa rekabentuk untuk menentukan sama ada rekabentuk yang yang digunakan menepati prinsip pengajaran dan pembelajaran yang ingin dicapai. Ini termasuklah strategi pengajaran, penerokaan dan interaktiviti serta antara muka yang digunakan. Analisa ini dilaksanakan oleh pakar grafik.

ii.

iii.

iv. Analisa kebolehlaksanaan untuk mendapatkan hubungan perisian PPBK dengan situasi penggunaannya. Analisa ini dilaksanakan oleh guru mata pelajaran itu sendiri. Untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk tujuan penganalisaan, borang soal selidik diedarkan kepada pakar-pakar yang telah dikenalpasti. atas

4.2 Fasa Penilaian Lapangan dalam Penilaian Sumatif Fasa penilaian lapangan melibatkan perlaksanaan perisian PPBK mengikut perancangannya yang sebenar. Tujuannya ialah untuk mengesan kebaikan dan kelemahan perisian, menentukan sebab-sebab kebaikan dan kelemahan serta merekodkan setiap kebaikan dan masalah yang wujud. Fasa ini dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu : i ii. Analisa hasil Analisa pengurusan

Analisa hasil ialah analisa yang berkaitan dengan pengaruh perisian PPBK ke atas pencapaian kemahiran dan sikap pelajar. Fasa penilaian lapangan dalam penilaian sumatif ini melibatkan seramai 30 orang pelajar yang mengambil mata pelajaran Teknologi Maklumat KBSM. Pengukuran pencapaian kemahiran dan sikap pelajar dilakukan dalam bentuk soal selidik. Analisa pengurusan adalah untuk menentukan sama ada arahan telah dilaksanakan sepertimana yang telah dirancang dan perlaksanaan serta pengurusan adalah memuaskan dari berbagai perspektif. Ia dilakukan dengan cara y y y y y atas mengesahkan tahap perubahan tingkah laku pelajar; mengesahkan kemahiran dan pengalaman guru; mengesahkan waktu mula, waktu arahan dan waktu selesai; menentukan sesi penilaian dijalankan serta proses pemantauan dilaksanakan; bertanya secara langsung kepada pelajar.

4.3 Borang Soal Selidik Penilaian Sumatif 4.3.1 Penilaian Pakar UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENDIDIKAN

Borang Soal Selidik Penilaian Perisian PPBK bertajuk Mahir MS Access Penilaian Pakar

Bahagian A Arahan : Lengkapkan maklumat di bawah. Nama Penilai : ______________________________________________ _______________________ Jawatan : ___________________________________ ______________________ Tarikh :

E-Mail :

Alamat : ____________________________________________________________________________________ ____

____________________________________________________________________________________ ___ Jenis PPBK : __________________________________________

Bahagian B Arahan : Bulatkan jawapan anda dan beri penjelasan yang berkenaan pada bahagian CATATAN.

SOALAN Isi Kandungan 1. Isi kandungan sesuai dengan sukatan pelajaran TM KBSM 2. Isi kandungan yang disampaikan adalah tepat 3. Isi kandungan disepadukan dengan mata pelajaran lain 4. Isi kandungan dikaitkan dengan pengetahuan sedia pelajar 5. Isi kandungan disusun dengan teratur 6. Contoh yang diberi adalah realistik 7. Bahasa penyampaian menggunakan Bahasa Melayu 8. Bahasa penyampaian adalah mudah 9. Terjemahan istilah adalah tepat 10. Tiada kesilapan ejaan Strategi Pengajaran

CATATAN

Ya Ya Ya Ya Ya Ya Ya Ya Ya Ya

Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak

_____________________ _____________________ _____________________ _____________________ _____________________ _____________________ _____________________ _____________________ _____________________ _____________________

1. Rangka isi kandungan adalah jelas 2. Objektif pengajaran ditulis dengan jelas 3. Objektif pengajaran boleh dicapai 4. Objektif pengajaran tercapai 5. Kaedah mengajar adalah sesuai dengan tajuk 6. Penyampaian isi pelajaran teratur dan senang diikuti 7. Penyampaian isi pelajaran sesuai dengan gaya pembelajaran kebanyakkan pelajar 8. Penyampaian menarik minat pelajar 9. Perisian ini memudahkan pelajar untuk belajar mengendalikan perisian MS Access 10. Perisian ini menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif 11. Terdapat unsur-unsur nilai murni menghargai dan bekerjasama 12. Pengguna diberi peluang menguji kemahiran Rekabentuk Persembahan 1. Rekabentuk skrin perisian menarik dan konsisten 2. Teks jelas dan mudah dibaca 3. Grafik dan imej menarik dan berkesan 3. Warna yang digunakan dalam perisian ini sesuai dan berkesan. 4. Audio yang digunakan berpatutan dan tidak mengganggu tumpuan pelajar terhadap isi pelajaran. 6. Animasi yang digunakan membantu pembelajaran 7. Masa tindak balas sesuai 8. Kedudukan teks, grafik dan animasi adalah konsisten 9. Perisian ini lengkap dengan arahan dan panduan bagaimana menggunakannya 10. Ikon yang digunakan dalam perisian ini mudah dikenalpasti fungsinya 11. Tiada gangguan teknikal berlaku semasa persembahan Rekabentuk Interaksi 1. isi 2. 3. 4. 5. Pelajar boleh mengawal kelajuan persembahan

Ya Ya Ya Ya Ya Ya Ya Ya Ya Ya

Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak

_____________________ _____________________ _____________________ _____________________ _____________________ _____________________ _____________________ _____________________ _____________________ _____________________

Ya Ya

Tidak Tidak

_____________________ _____________________

Ya Ya Ya Ya

Tidak Tidak Tidak Tidak

_____________________ _____________________ _____________________ _____________________

Ya Ya Ya Ya Ya

Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak

_____________________ _____________________ _____________________ _____________________ _____________________

Ya Ya

Tidak Tidak

_____________________ _____________________

Ya kandungan dalam perisian ini. Persembahan isi pelajaran tidak berturutan Perisian ini banyak bercabang ke bahagian lain Pelajar tidak sesat semasa meneroka perisian Perjalanan persembahan isi kandungan mudah Ya Ya Ya Ya

Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak

_____________________ _____________________ _____________________ _____________________ _____________________

diikuti 6. Pelajar mudah untuk mencapai maklumat yang diperlukan 7. Pelajar boleh keluar dari perisian bila-bila masa 8. Perisian ini banyak meminta maklum balas dari pelajar 9. Maklum balas yang diminta dalam pelbagai bentuk (menaip jawapan, memadan rajah dan mengklik pilihan) Bahagian C Komen lain berkenaan perisian ini :

Ya Ya Ya Ya

Tidak Tidak Tidak Tidak

_____________________ _____________________ _____________________ _____________________

_________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________Terima kasih kerana sudi meluangkan masa menilai perisian ini atas

4.3.2 Penilaian Pelajar UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENDIDIKAN

Borang Soal Selidik Penilaian Perisian PPBK bertajuk Mahir MS Access Penilaian Pelajar

Bahagian A Arahan : Bulatkan jawapan anda dan beri penjelasan yang berkenaan pada bahagian CATATAN.

SOALAN Keselesaan dan Kesenangan Penggunaan 1. Perisian ini senang digunakan. 2. Saya tidak menghadapi masalah seperti kesesatan semasa meneroka perisian ini. 3. Saya boleh keluar dari perisian ini pada bilabila masa saya kehendaki. 4. Saya mudah untuk memahami maksud arahan yang diberikan oleh perisian. 5. Bahasa Melayu yang digunakan dalam perisian ini mudah difahami 6. Tiada kesilapan ejaan dalam perisian ini. Membantu Mempelajari MS Access 1. Perisian ini membantu saya untuk mempelajari cara membina jadual. 2. Perisian ini membantu saya untuk mempelajari cara membuat borang. 3. Perisian ini membantu saya untuk mempelajari cara menghubungkan jadual-jadual. 4. Perisian ini membenarkan saya mempelajari MS Access mengikut aturan pilihan saya sendiri. 5. Contoh-contoh yang terdapat dalam perisian adalah berkaitan dengan persekitaran saya. 6. Pengetahuan sedia ada saya digunakan

CATATAN Ya Ya Tidak Tidak _____________________ _____________________

Ya

Tidak

_____________________

Ya

Tidak

_____________________

Ya Ya

Tidak Tidak

_____________________ _____________________

Ya

Tidak

_____________________

Ya

Tidak

_____________________

Ya

Tidak

_____________________

Ya

Tidak

_____________________

Ya Ya

Tidak Tidak

_____________________ _____________________

semasa mempelajari MS Access melalui perisian ini, 7. Saya lebih cepat faham apabila mengunakan perisian ini. Kesesuaian Rekabentuk Antaramuka 1. Warna latar belakang dalam perisian ini adalah sesuai. 2. Tulisan yang terdapat di dalam perisian ini jelas dan mudah untuk dibaca. 3. Saya suka muzik latar dalam perisian ini. 4. Saya suka animasi kartun yang digunakan dalam perisian ini. Kesesuaian Rekabentuk Interaksi 1. Penyampaian isi pelajaran dalam perisian ini teratur dan senang diikuti. 2. Perisian ini sering memberi panduan cara menggunakannya dengan betul. 3. Ikon yang terdapat dalam perisian menggambarkan fungsinya. Motivasi 1. Saya seronok menggunakan perisian ini. 2. Perisian ini sering memberikan kata-kata semangat kepada saya untuk terus belajar. 3. Aktiviti pembelajaran dalam perisian ini menarik minat saya. 4. Saya ingin menggunakan perisian ini pada masa-masa lain sekiranya diberi peluang. Bahagian B

Ya

Tidak

_____________________

Ya Ya Ya Ya

Tidak Tidak Tidak Tidak

_____________________ _____________________ _____________________ _____________________

Ya Ya Ya

Tidak Tidak Tidak

_____________________ ____________________ _____________________

Ya Ya

Tidak Tidak

_____________________ _____________________

Ya

Tidak

_____________________

Ya

Tidak

_____________________

Arahan : Sila tuliskan pendapat anda berkenaan dengan perisian ini dalam ruangan yang disediakan. 1. Nyatakan bahagian yang paling anda minati mengenai perisian PPBK ini. Jelaskan.

_________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________

2.

Nyatakan bahagian yang paling anda tidak gemari mengenai perisian PPBK ini. Jelaskan.

3.

Berapa lamakah anda menggunakan perisian PPBK ini dari mula hingga selesai.

_________________________________________________________________________

4.

_________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________Terima kasih kerana sudi meluangkan masa menilai perisian ini

Komen lain berkenaan perisian ini :

atas

5.0 RINGKASAN PROSES PENILAIAN PERISIAN PPBK

PENILAIAN Penilaian Formatif

FASA PENILAIAN Penilaian individu (Pelajar TM)

KAEDAH Temubual

INSTRUMEN

CARA MENTADBIR

Tiga orang pelajar yang mewakili tiga aras pencapaian Senarai semak iaitu baik, sederhana dan lemah dipilih untuk ditemubual. Pemerhatian dibuat ke atas satu sesi pembelajaran yang terdiri dari satu kelas pelajar iaitu seramai 30 orang. Pemerhatian dibuat terhadap Senarai semak pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran aspek DBMS menggunakan perisian MS Access untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan sistem sekarang Guru mata pelajaran atau pakar mata pelajaran ditemubual untuk mendapatkan maklumat berkenaan masalah yang dihadapi oleh pelajar berdasarkan sistem P&P yang diamalkan sekarang. Pakar pengaturcaraan pula Senarai semak ditemubual untuk mendapatkan maklumat berkenaan spesifikasi perisian dan perkakasan pada masa kini yang menyokong pembelajaran pelajar. Item-item senarai semak adalah berbeza antara setiap pakar. 30 orang pelajar yang mengambil mata pelajaran Teknologi Maklumat KBSM menjawab soal selidik bagi mengukur kebolehgunaan dan kebolehlaksanaan perisian PPBK Dua orang guru mata pelajaran Teknologi Maklumat menjawab soal selidik bagi tujuan menilai aspek isi kandungan dan strategi pengajaran dalam perisian PPBK Seorang pakar rekabentuk perisian menjawab soal selidik bagi tujuan menilai aspek rekabentuk persembahan dan rekabentuk interaksi dalam perisian PPBK.

Penilaian Formatif

Penilaian lapangan (Sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas)

Pemerhatian

Penilaian Formatif

Penilaian Pakar i. Guru Mata Pelajaran ii. Pakar pengaturcaraan

Temu bual

Penilaian Sumatif

Penilaian Lapangan (Satu kelas pelajar)

Tinjauan

Soal selidik

Penilaian Sumatif

Penilaian Pakar Mata pelajaran / Guru mata pelajaran

Tinjauan

Soal selidik

Penilaian Sumatif

Penilaian Pakar Rekabentuk

Tinjauan

Soal selidik

atas

RUJUKAN Boyle, T. 1997. Design for multimedia learning. London: Prentice-Hall International. Flagg, B.N. 1990. Formative Evaluation for Educational Technologies. Hillsdale, NJ:Lawrence Erlbaum. Jamalludin Harun, Baharuddin Aris & Zaidatun Tasir. 2001. Pembangunan Perisian Multimedia Satu Pendekatan Sistematik. Kuala Lumpur : Venton Publishing. Rozinah Jamaludin. 2000. Asas-asas Multimedia dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Yusup Hashim. 1998. Rekabentuk pengajaran bersistem dalam pembinaan pengajaran berbantu komputer (PBK). Jurnal Pendidikan. 18: 1-14.

http://asnizamusa.tripod.com/ge6663tug1.html 4.0 Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) Seseorang guru mungkin menggunakan komputer untuk mempersembahkan pengajaran secara terus kepada pelajar. Dalam mod ini, komputer dilibatkan dalam aktiviti secara tradisinya berhubung dengan guru atau tutor. Ia mempersembahkan pengajaran , membekalkan aktiviti atau situasi pengajaran, kuiz atau dalam hal lain memerlukan interaksi dari pelajar, memberi maklum balas dan menentukan aktiviti penerusan.

4.1 Definisi Menurut Timothy J. Newby, Donald A. Stepich, James D. Lehman dan James D. Russell (2000), aplikasi yang menggunakan komputer untuk pengajaran selalunya dilabel sebagai computer-based instruction (CBI), computer-assisted instruction (CAI) atau computer-assisted learning (CAL).

Menurut Harold F. O'Neil, JR dan Judith Paris (1981), kosakata "computer-based" adalah mencakupi makna yang luas bagi mewakili pelbagai guna contohnya, seperti computer-managed instruction (CMI) dan computer-assisted instruction (CAI) manakala kosakata "instruction" adalah merujuk kepada arahan sama ada dari sudut pendidikan atau latihan. Selain dari akronim CBI, CAI dan CAL terdapat beberapa akronim lain yang juga menggambarkan penggunaan komputer dalam pembelajaran pelajar. Antaranya termasuklah : (i) Computer-Aided Instruction (CaI) (ii) Computer-Aided Learning (CaL) (iii) Computer-Based Learning (CBL) Alessi & Trollip (1985) mendefinasikan CAI sebagai penggunaan komputer untuk menyampaikan maklumat, membimbing, melatih dan menilai prestasi pelajar. Faharol Razi Hj. Shaari (1998) menyatakan bahawa istilah Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) adalah diambil dari istilah asalnya dalam Bahasa Inggeris iaitu Computer-Based Instruction (CBI) yang membawa maksud pengajaran terancang berasaskan komputer.

4.2 Objektif PPBK Projek PPBK mula dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun1994 di bawah Program Komputer Dalam Pendidikan (KDP) sebagai projek perintis yang melibatkan 15 buah sekolah rendah di negeri Selangor. Projek ini dilaksanakan dengan objektif :

(i) Untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar melalui penggunaan komputer dalam pembelajaran dan pengajaran; (ii) Untuk mempelbagaikan teknik pembelajaran dan pengajaran bagi meningkatkan mutu pendidikan; (iii) Mendedahkan pelajar kepada penggunaan komputer. 4.3 Kesesuaian Komputer Sebagai Media PPBK Komputer merupakan satu media pengajaran berbentuk multimedia yang menggabungkan pelbagai media yang ada. Keupayaan komputer dalam pendidikan adalah disebabkan oleh kecekapannya sama ada sebagai satu pengeluaran atau satu alat persembahan. Keupayaan ini menetapkan satu pemisahan komputer daripada format media yang lain. Media pengajaran berkomputer bagi guru dan pelajar boleh digunakan untuk : (i) meningkatkan kualiti bahan pengajaran menggunakan keupayaan elektronik komputer;

(ii) mengurangkan masa yang diperlukan untuk merekabentuk, menghasilkan dan menghasilkan semula bahan pengajaran; (iii) meningkatkan keberkesanan keseluruhan bahan pengajaran melalui peningkatan persembahannya; (iv) mengintegrasikan bentuk media grafik, video, audio dan teks kepada media tunggal;

(v) menyimpan dan mencapai dengan cepat sejumlah besar data dan maklumat; (vi) boleh berkomunikasi antara satu sama lain sama ada pada jarak yang dekat atau jauh; (vii) berfungsi sebagai pelajar di mana pelajar memprogramkan komputer untuk melengkapkan tugas atau menyelesaikan masalah; (viii) berfungsi sebagai pakar pengajaran di mana komputer membuat keputusan berkenaan tahap pelajar, mencadangkan media dan cara belajar kepada pelajar dan kemudian memilihnya. Pendek kata, komputer dapat menghasilkan pembelajaran yang memanfaatkan kesemua pancaindera kita. Satu lagi kelebihan komputer ialah tidak mempunyai emosi; komputer tidak pernah bosan dan tidak tahu marah. Walaubagaimanapun, komputer boleh menjadi seperti manusia yang boleh berfikir, mengingat, bersuara, melukis, mewarna, mengira, membuat keputusan, mengetahui masa dan lain-lain lagi. Berdasarkan kepada keupayaan dan potensi yang ditawarkan oleh komputer ini, manusia perlulah pandai menyediakan bahan yang sesuai dan berkesan untuk disampaikan oleh komputer. Oleh itu potensi komputer sebenarnya bergantung pada mutu bahan yang disediakan.

4.4 Kategori PPBK Kaedah pengajaran secara tradisional dapat diperjelaskan sebagai format persembahan sepertimana kuliah dan perbincangan sahaja. Terdapat banyak bentuk PPBK dan banyak cara untuk meninjau peranan komputer dalam pendidikan. Dengan perisian dan pengetahuan kita tentang kemajuan pembelajaran manusia, kita mungkin boleh merekacipta kategori baru atau mengubah bentuk lama kepada bentuk baru yang lebih mencerminkan realiti di dalam kelas. Jadi, berdasarkan kepada kriteria kaedah pengajaran berasaskan komputer, PPBK biasa yang terkini boleh dikategorikan kepada lima iaitu :

(i) Latih tubi (ii) Tutorial (iii) Simulasi (iv) Pengajaran Permainan (v) Penyelesaian Masalah

Setiap kategori PPBK ini menawarkan kelebihan yang istimewa berbanding dengan kaedah pengajaran menggunakan media selain komputer. 4.4.1 Latihtubi Jika dibandingkan dengan latihtubi tanpa komputer, komputer menawarkan kelebihan dari segi : y y Interaktiviti. Komputer dapat mempersembahkan banyak masalah dan memerlukan pelajar memberi jawapan. Maklum balas cepat. Komputer dapat memaklumkan pelajar dengan segera sekiranya sesuatu jawapan itu betul atau salah. Dalam program yang direkabentuk dengan sempurna, komputer boleh memberitahu pelajar sebabnya. Banyak program latihtubi mengulang item-item yang tertinggal secara automatik sehingga pelajar mahir.

y y

y

Kesabaran tanpa had. Komputer bagi program latihtubi dapat boleh digunakan dalam jangkamasa panjang tanpa merasa letih atau marah. Pelbagai tahap kesukaran. Komputer dapat menyesuaikan tahap kesukaran. Ia mungkin ditetapkan oleh guru atau pelajar, atau program tersebut mungkin mengubahsuai secara automatik berdasarkan pencapaian pelajar. Motivasi. Menerusi penggunaan elemen cabaran dan permainan, atau hanya disebabkan oleh penggunaan komputer itu sendiri, komputer dengan program latihtubi mungkin lebih memberi motivasi kepada pelajar berbanding dengan latihan yang sama menggunakan kertas dan pensil.

4.4.2 Tutorial Dalam aplikasi tutorial, komputer dianggap peranan pengajaran awal bagi guru atau tutor. Ia mempersembahkan isi kandungan baru dan menaksir pembelajaran. Tutorial secara khususnya mengandungi pengetahuan utama yang terurus. Satu atau lebih laluan dibuat menerusi pengetahuan tersebut, objektif pembelajaran yang khusus dan ujian dalaman pembelajaran pelajar. Tutorial berasaskan komputer mempunyai kelebihan dari segi : y Soalan pelengkap. Sebagaimana komputer latihtubi, tutorial melalui komputer juga mempunyai kelebihan interaktiviti. Pelajar mesti memainkan peranan aktif dengan menjawab soalan pelengkap. Maklumbalas segera juga diberikan. Cabangan. Tutorial berkomputer juga bercabang secara automatik, yang mana menyesuaikan aturan persembahan kandungan, berpandukan jawapan pelajar terhadap soalan pelengkap. Pemulihan atau pengayaan boleh dibina secara dalaman bagi menemukan keperluan setiap individu pelajar. Persembahan dinamik. Komputer dapat mempersembahkan maklumat secara dinamik, seperti menyerlahkan teks penting pada skrin bagi menarik perhatian pelajar, atau melalui proses gambaran menggunakan animasi grafik. Komputer multimedia mungkin juga melibatkan audio dan video. Penyimpanan rekod. Tutorial b4erkomputer dapat menjaga rekod pelajar secara automatik, yang boleh digunakan untuk memaklumkan mereka kemajuannya.

y

y

y

4.4.3 Simulasi Simulasi menjadikan penggunaan keupayaan komputer secara terbaik secara: o Mengawal pelbagai pembolehubah. Komputer boleh mengurus pelbagai pembolehubah serentak. Hasilnya, ia dapat menggambarkan secara realistik fenomena yang kompleks, seperti pembangunan dan perubahan sesuatu bandaraya atau fizikal badan semasa bergerak. Pelajar boleh memanipulasikan pembolehubah ini untuk meninjau kesan ke atas sistem yang dimodelkan. Persembahan yang dinamik. Keupayaan komputer untuk mempersembahkan maklumat secara dinamik adalah sangat penting dalam simulasi. Penyusunan alatan bersimulasi boleh berubah seperti sebenar, dan proses seperti pembesaran tumbuhan dapat digambarkan secara grafik. Masa kawalan. Komputer dapat menetapkan atau mengubah masa bagi membolehkan pembelajaran sesuatu fenomena lebih perlahan (perkembangan populasi) atau lebih cepat (tindak balas kimia). Komputer juga boleh menggambarkan situasi sejarah. Kesan peluang. Kebanyakan simulasi memasukkan elemen peluang atau rawak supaya menjadikannya lebih realistik, membolehkan pelajar berinteraksi dalam keadaan berbeza pada ketika berbeza.

o

o

o

4.4.4 Permainan Pengajaran secara permainan memasukkan elemen menyeronokkan kepada PPBK. Dalam banyak kes, permainan adalah semata-mata diubah versi daripada jenis PPBK yang lain, seperti latihtubi atau simulasi, tetapi istimewanya dengan mempunyai kriteria berikut:

y y y

Motivasi. Kebaikan utama bagi permainan komputer ialah kepelbagaian elemen motivasi yang ditawarkan, termasuk pertandingan, kerjasama, cabaran, fantasi, pengiktirafan dan penghargaan. Struktur permainan. Struktur permainan bermaksud peraturan permainan dan matlamat akhir. Pertimbangan pancaindera. Permainan pada komputer selalunya dipertimbangkan melalui penggunaan grafik, animasi, bunyi dan penambahan pancaindera lain.

4.4.5 Penyelesaian masalah Kebanyakan aplikasi PPBK direkabentuk untuk mendidik pelajar dengan kemahiran penyelesaian masalah tetapi tidak dipadankan ke dalam kategori PPBK yang lain. Aplikasi penyelesaian masalah berkomputer mempunyai kelebihan tertentu: y y Fokus pada jenis masalah yang khusus. Program penyelesaian masalah yang khusus selalunya fokus pada kemahiran yang khusus. Kuantiti. Komputer dapat membekalkan pelajar dengan latihan sejumlah besar masalah dalam jangkamasa yang singkat, interaksi yang diperlukan dan memberi maklum balas seperti dalam PPBK bentuk yang lain. Kepelbagaian. Komputer berupaya mempersembahkan pelbagai masalah. Ini menolong pelajar untuk membuat generalisasi kemahiran menyelesaikan masalah.

y

atas

5.0 Perisian Kursus Perisian kursus merupakan komponen terpenting dalam menjayakan program PPBK. Kini terdapat perisian kursus dalam bentuk cakera padat yang dibina menggunakan pelbagai alat pengarangan bercirikan persembahan multimedia. Pelajar hendak mempelajari sesuatu tajuk hanya perlu memilih perisian kursus yang mengandungi tajuk yang dikehendaki. Seterusnya pelajar perlu menggunakan komputer untuk berinteraksi melalui aktiviti yang telah dirancang dalam perisian tersebut. 5.1 Takrif Perisian Kursus Sebagaimana yang kita ketahui, istilah perkakasan (hardware) adalah merujuk kepada alatan elektronik dan elektromekanikal yang membina, menghubung dan menjadi pengantaramuka dengan komputer manakala istilah perisian (software) pula merujuk kepada aturcara atau program yang memberitahu komputer apa yang sepatutnya dilakukan. Menurut Bunderson, C.V. (1981), perkembangan CAI memperlihatkan perbezaan antara perisian komputer yang menyokong fungsi perkakasan dengan perisian yang boleh disusun semula untuk menghasilkan interaksi dalam pengajaran dan arahan yang dipanggil perisian kursus (courseware). Jadi, istilah perisian kursus adalah berunsurkan definisi hasilan yang merujuk kepada bahan pengajaran yang mengandungi program aplikasi yang diuruskan oleh sistem penghantaran komputer termasuk alat bantu bagi pakej perisian kursus diluar talian. Jadi, pakej perisian kursus yang nyatanya ialah cakera magnetik atau cakera padat dan juga termasuklah video rakaman, slaid yang dikawal oleh komputer dan yang paling biasa ialah set bahan bercetak. Kini, perisian kursus boleh didefinisikan sebagai bahan pengajaran yang membentuk kesempurnaan hasil yang dijalankan menggunakan sistem penyampaian arahan berperantarakan teknologi. 5.2 Pembangunan Perisian Kursus Pendidikan Berdasarkan kepada definisi, perisian kursus didapati merupakan komponen terpenting dalam menjayakan program PPBK. PPBK direkbaentuk dan dihasilkan oleh Pasukan Rekabentuk Pengajaran (Instructional Design Teams). Menurut Yusuf Hashim (1998), pasukan

ini terdiri daripada tiga kepakaran iaitu :

(i)

Pengembangan PPBK yang terdiri daripada pakar-pakar matapelajaran (PM)

(ii) Pakar Pengaturcaraan (PP) atau Penerbit PPBK (iii) Jurureka Pengajaran (JP)

Setiap daripada mereka ini adalah pakar secara khusus. Apabila bekerja bersama-sama dan mengikuti prosedur yang dibangunkan oleh pasukan tersebut, mereka dapat menghasilkan arahan yang efisien dan efektif bagi pelbagai keputusan, pelajar, persekitaran dan media. PM biasanya terdiri daripada golongan guru akan menyediakan dan menguruskan isi kandungan pelajaran dan menentukan kumpulan sasaran yang terlibat. JP akan merancang dan merekabentuk pengajaran serta menerapkan teori-teori pembelajaran. PP akan menggabungkan pengetahuan serta kemahiran proses rekabentuk PPBK yang disumbangkan oleh JP dan PM dan menterjemhkannya ke dalam bahasa komputer mengikut keupayaan dan kemampuan komputer yang telah dipilih. Adalah sukar bagi seseorang guru menjalankan tiga peranan ini dan biasanya jika seseorang guru itu dikehendaki menghasilkan satu perisian PPBK yang berkualiti, ia memerlukan masa dan tenaga yang lebih. Terdapat dua cara untuk menghasilkan perisian kursus pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer:

(i)

Penghasilan menggunakan bahasa pengaturcaraan dalam bahasa komputer.

(ii) Menggunakan alat pengarangan.

5.2.1 Bahasa Pengaturcaraan

Bahasa pengaturcaraan ialah cara lama yang digunakan oleh orang yang membangunkan bahan perisian kursus. Seseorang yang ingin menghasilkan bahan kursus, terlebih dahulu mesti mahir dalam bahasa pengaturcaraan yang akan digunakan contohnya bahasa pengaturcaraan seperti BASIC atau PASCAL. 5.2.2 Alat Pengarangan

Alat pengarangan adalah satu perisian yang khusus untuk menghasilkan perisian kursus dengan cara mudah. Sistem pengarangan merupakan sebuah aturcara yang membenarkan seseorang menghasilkan bahan kurus PPBK secara langkah demi langkah. Alat pengarangan lebih mudah dipelajari berbanding dengan bahasa pengaturcaraan. Proses menukarkan sesuatu bahan pengajaran dari bentuk bertulis kepada bentuk komputer dengan menggunakan sistem pengarangan biasanya tidak

memerlukan seorang yang mahir bahasa pengaturcaraan. Pembangunan perisian kursus dengan alat pengarangan lebih menjimatkan masa kerana mempunyai ciri-ciri mesra pengguna. Contoh beberapa perisian alat pengarangan yang banyak terdapat di pasaran ialah Linkway, Language Plus, Scala, Toolbook, Authorware, dan ComIL. Keupayaan alat pengarangan tersebut berbeza antara satu sama lain. Terdapat beberapa alat pengarangan yang dapat digunakan untuk menyediakan grafik, menerima input audio dan video. Sebaliknya ada juga beberapa alat pengarangan yang tidak mampu berbuat demikian. Kemajuan dalam teknologi komputer membolehkan kebanyakan alat pengarangan yang baru muncul semakin maju. Kemajuan teknologi ini membolehkan perisian tersebut digunakan bersama-sama dengan beberapa peralatan lain seperti permain/perakam video, audio serta mesin pengimbas dan sebagainya yang digunakan untuk menghasilkan perisian kursus multimedia.

5.3 Model Penghasilan Perisian Kursus Bahan pengajaran yang dihasilkan seharusnya dibina dan direkabentuk mengikut pendekatan yang sistematis agar dapat menjamin satu proses pengajaran berkesan. Beberapa model pendekatan sistematis seperti Gagne's dan Briggs (1977), Dick dan Carey (1990) dan Leshin, Pollock dan Reguluth (1991) menekankan tahap proses rekabentuk yang sama melibatkan objektif pembelajaran dan penilaian terhadap objektif pembelajaran. Penghasilan perisian kursus PPBK melibatkan beberapa langkah seperti berikut. Ini dapat menentukan perisian yang dihasilkan memenuhi keperluan pelajar dan keberkesanannya. Berdasarkan model Dick dan Carey, tahap-tahap dalam proses rekabentuk sistematis adalah seperti berikut : (i) (ii) (iii) (iv) Mengenalpasti masalah, menganalisis pengajaran dan pelajar; Mempertimbangkan kesesuaian perantaraan; Membina strategi pengajaran dan pembelajaran; Merekabentuk dan menjalankan penilaian formatif.

3.0 BORANG PENILAIAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENDIDIKAN

Borang Soal Selidik Penilaian Perisian PPBK bertajuk Belajar MS Access Penilaian Teori dan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Bahagian A Arahan : Lengkapkan maklumat di bawah. Nama Penilai : ______________________________________________ _______________________ Jawatan : ___________________________________ ______________________ Tarikh :

E-Mail :

Alamat : ____________________________________________________________________________________ ____

____________________________________________________________________________________ ___ Jenis PPBK : __________________________________________

Bahagian B : Aplikasi Teori Pembelajaran

Arahan : Bulatkan jawapan anda dan beri penjelasan jika jawapan Tidak pada bahagian CATATAN.

SOALAN Teori Pembelajaran Tingkah Laku 1. Objektif pembelajaran ada dinyatakan 2. Penggunaan teks, grafik dan animasi sesuai untuk menarik minat pelajar. 3. Latihan berkenaan dengan maklumat yang dipersembahkan ada disediakan setelah tamat persembahan maklumat. 4. Latihan bersesuaian dengan objektif pembelajaran. 5. Maklumbalas terhadap jawapan pelajar ada disediakan. 6. Penghargaan ada diberikan kepada pelajar yang berjaya. 7. Kata-kata penghargaan bersesuaian dan memotivasikan pelajar. 8. Aktiviti pengayaan yang bersesuaian ada disediakan. 9. Dorongan ada diberikan kepada pelajar yang gagal. 10. Kata-kata dorongan bersesuaian dan memotivasikan pelajar. 11. Aktiviti pemulihan yang bersesuaian ada disediakan 12. Paparan skrin persembahan adalah konsisten Teori Pembelajaran Kognitif 1. Persembahan pengenalan ada mengaitkan dengan Ya Tidak Ya Tidak

CATATAN

_____________________

Ya

Tidak

_____________________

Ya

Tidak

_____________________

Ya

Tidak

_____________________

Ya

Tidak

_____________________

Ya

Tidak

_____________________

Ya

Tidak

_____________________

Ya

Tidak

_____________________

Ya

Tidak

_____________________

Ya

Tidak

_____________________

Ya Ya

Tidak Tidak

_____________________ _____________________

_____________________

pengalaman sedia ada pelajar. 2. Persembahan maklumat adalah tersusun. Ya Tidak _____________________

3. Penggunaan teks, grafik dan imej dapat menjelaskan maklumat yang disampaikan dengan betul. 4. Teknik persembahan maklumat dipelbagaikan.

Ya

Tidak

_____________________

Ya

Tidak

_____________________

5. Pelajar berpeluang untuk mengulang semula maklumat yang telah dipelajari. 6. Kuantiti maklumat atau kemahiran yang dipersembahkan dalam setiap tutorial adalah sesuai. 7. Langkah-langkah setiap kemahiran ditunjukkan dengan cara yang mudah difahami. 8. Latihan yang diberikan dapat mempertingkatkan ingatan pelajar terhadap kemahiran yang dipelajari. Teori Pembelajaran Konstruktivisme 1. Maklumat dalam perisian mudah diterokai.

Ya

Tidak

_____________________

Ya

Tidak

_____________________

Ya

Tidak

_____________________

Ya

Tidak

_____________________

Ya

Tidak

_____________________

2. Perisian membenarkan pelajar menentukan arah tuju pembelajaran mereka. 3. Perisian menggalakkan pelajar untuk meneroka maklumat yang terkandung di dalamnya. 4. Soalan latihan menggalakkan pelajar membina pengetahuan yang lebih mendalam. 5. Soalan latihan menguji kemahiran pelajar menggunakan perisian MS Access 2000. 6. Soalan latihan berkaitan dengan persekitaran seorang pelajar.

Ya

Tidak

_____________________

Ya

Tidak

_____________________

Ya

Tidak

_____________________

Ya

Tidak

_____________________

Ya

Tidak

_____________________

Teori Kepelbagaian Kecerdasan 1. Pelajar boleh memilih untuk belajar mengikut aturan topik demi topik yang dicadangkan atau aturan sendiri 2. Unsur teks, grafik, imej dan animasi ada disediakan untuk menerangkan maklumat atau kemahiran yang berkaitan 3. Unsur teks, grafik, imej dan animasi yang digunakan bersesuaian. 4. Perisian ini banyak meminta respon dari pelajar. 5. Respon yang diminta dalam pelbagai bentuk (menaip jawapan, memadan rajah dan mengklik pilihan) 6. 7. Muzik yang dimasukkan selesa didengar. Muzik boleh dimatikan jika tidak perlu.

Ya

Tidak

_____________________

Ya

Tidak

_____________________

Ya

Tidak

_____________________

Ya

Tidak

_____________________

Ya

Tidak

_____________________

Ya Ya

Tidak Tidak

_____________________ _____________________

8. Penggunaan perisian tidak terbatas kepada seorang individu sahaja.

Ya

Tidak

_____________________

Bahagian C : Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Arahan : Bulatkan jawapan anda dan beri penjelasan jika jawapan Tidak pada bahagian CATATAN.

SOALAN Strategi Pembelajaran Aktif 1. Penggunaan perisian PPBK ini memerlukan pelajar bertindak aktif sepanjang proses pembelajaran. 2. Perisian PPBK ini menyediakan aktiviti yang perlu dibuat oleh pelajar bagi membantu proses pembelajaran mereka. 3. Perisian PPBK ini menggalakkan interaksi dua

CATATAN

Ya

Tidak

_____________________

Ya

Tidak

_____________________

Ya

Tidak

_____________________

hala antara pelajar dengan perisian. Strategi Pembelajaran Anjal 1. Perisian PPBK ini sesuai digunakan di tempat selain dari bilik darjah. 2. Perisian PPBK ini sesuai digunakan pada bilabila masa. 3. Perisian PPBK ini sesuai digunakan mengikut tahap pembelajaran pelajar. 4. Pelajar bebas untuk beralih topik semasa pembelajaran. 5. Pelajar bebas untuk keluar dari perisian bilabila masa sahaja. Strategi Pembelajaran Reflektif 1. Perisian PPBK mengaitkan pengetahuan sedia pelajar 2.. Latihan disusun dalam bentuk memudahkan pelajar mengintegrasikan pengetahuan dan kemahiran lepas Ya Tidak _____________________

Ya

Tidak

_____________________

Ya

Tidak

_____________________

Ya

Tidak

_____________________

Ya

Tidak

_____________________

Ya

Tidak

_____________________

Bahagian D Komen lain berkenaan perisian ini :

_________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa menilai perisian ini

atas

RUJUKAN

Alessi, S. M. & Trollip, S.R. 1991. Computer-based instruction: Methods and development. Boston: Allyn and Bacon. Bigge, M. L. 1982. Learning theories for teachers. New York : Harper & Row, Publisher, Inc. Boyle, T. 1997. Design for multimedia learning. London: Prentice-Hall International. Edwards, J. 1995. Multiple intelligences and technology. Florida Information Resource Network. http://www.firn.edu/~face/about/dec95/mult int.html Kearsley, G. 1994. The theories into practice database. http://www.lincoln.ac.nz/educ/tip/1.htm Newby, T.J., Stepich, D.A., Lehman, J.D. & Russell, J.D. 2000. Instructional technology for teaching and learning. London: Prentice-Hall International.