kaedah penilaian

22
Kaedah Penilaian. Perubahan dalam reka bentuk kurikulum juga telah membawa kepada perubahan kaedah penilaian Semasa KBSR, penilaian dikendalikan guru di sekolah adalah secara formatif dan sumatif. Penilaian berpusat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia pula adalah secara sumatif iaitu melalui UPSR. Penilaian sumatif adalah amat ditekankan semasa KBSR berbanding pernilaian formatif. Penilaian KSSR pula berbeza dengan penilaian dalam KBSR. KSSR menekankan penilaian formatif yang bertujuan menilai perkembangan proses pembelajaran murid. Penilaian dilakukan secara berterusan sepanjang tempoh pembelajaran murid. Dalam KSSR, guru-guru menilai murid melalui komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di mana melibatkan proses mengumpul maklumat yang autentik dan boleh diharap secara formatif dan sumatif. Pentaksiran ini adalah penilaian yang dilakukan di peringkat sekolah seperti kerja praktikal, tugasan bertulis, ujian, kajian dan lain-lain tugasan. KSSR kurangkan tekanan peperiksaan, bina modal insan berkesan 2011/01/30 KURIKULUM Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang bermula tahun ini adalah transformasi dilakukan Kementerian Pelajaran bagi memastikan sistem pelajaran negara setanding piawaian global. KSSR menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang dilaksanakan sejak 1993 mempunyai beberapa penambahbaikan dengan menjadikan kurikulum negara maju sebagai rujukan. Antara pembaharuan dilaksanakan adalah menerapkan elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Fokus 3M iaitu membaca, menulis dan mengira yang dilaksanakan sejak KBSR ditambah dengan satu lagi aspek iaitu menaakul menjadikannya 4M.

Upload: mary-sharpe

Post on 15-Sep-2015

604 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

kaedah penilaian

TRANSCRIPT

Kaedah Penilaian.

Perubahan dalam reka bentuk kurikulum juga telah membawa kepada perubahan kaedah penilaianSemasa KBSR, penilaian dikendalikan guru di sekolah adalah secara formatif dan sumatif. Penilaian berpusat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia pula adalah secara sumatif iaitu melalui UPSR. Penilaian sumatif adalah amat ditekankan semasa KBSR berbanding pernilaian formatif.Penilaian KSSR pula berbeza dengan penilaian dalam KBSR. KSSR menekankan penilaian formatif yang bertujuan menilai perkembangan proses pembelajaran murid. Penilaian dilakukan secara berterusan sepanjang tempoh pembelajaran murid. Dalam KSSR, guru-guru menilai murid melalui komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di mana melibatkan proses mengumpul maklumat yang autentik dan boleh diharap secara formatif dan sumatif. Pentaksiran ini adalah penilaianyang dilakukan di peringkat sekolah seperti kerja praktikal, tugasan bertulis, ujian, kajian dan lain-lain tugasan.KSSR kurangkan tekanan peperiksaan, bina modal insan berkesan2011/01/30KURIKULUM Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang bermula tahun ini adalah transformasi dilakukan Kementerian Pelajaran bagi memastikan sistem pelajaran negara setanding piawaian global.

KSSR menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang dilaksanakan sejak 1993 mempunyai beberapa penambahbaikan dengan menjadikan kurikulum negara maju sebagai rujukan.

Antara pembaharuan dilaksanakan adalah menerapkan elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Fokus 3M iaitu membaca, menulis dan mengira yang dilaksanakan sejak KBSR ditambah dengan satu lagi aspek iaitu menaakul menjadikannya 4M.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Maluri, Saadun Kasim, berkata KSSR masih mengekalkan prinsip KBSR dengan mempunyai penambahbaikan iaitu menggunakan pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan sama rata untuk semua murid serta pendidikan seumur hidup.

Beliau yang juga Yang Di Pertua Majlis Guru Besar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, berkata kurikulum itu turut bersandarkan enam tunjang iaitu komunikasi, perkembangan fizikal dan estetika, kemanusiaan, keterampilan diri, sains dan teknologi serta kerohanian, sikap dan nilai.

Pembaharuan lain diperkenalkan KSSR adalah Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) dengan matlamat mengurangkan tekanan peperiksaan awam, memperkukuh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), memperbaiki pembelajaran murid, pentaksiran holistik dan berterusan serta membina modal insan dengan lebih berkesan.

Ada lima kaedah pentaksiran dilaksanakan melalui SPPK iaitu pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum, pentaksiran sekolah, pentaksiran psikometrik, peperiksaan pusat serta pentaksiran pusat.

Di bawah pentaksiran sekolah, setiap sekolah bertanggungjawab melaksanakan sistem pentaksiran sendiri yang dirancang dan diperiksa guru membabitkan murid, ibu bapa dan organisasi luar yang dipecahkan kepada dua iaitu pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif.

Pentaksiran formatif membabitkan proses sepanjang pembelajaran murid menggunakan pelbagai kaedah dalam melapor maklumat selain membuat penilaian sama ada bertulis atau verbal mengenai cara meningkatkan pembelajaran murid.

Guru tidak dibenar membandingkan murid serta meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan mereka seperti digunakan sebelum ini.

Pentaksiran sumatif dilakukan pada hujung pembelajaran dengan membuat pertimbangan dan penilaian prestasi murid dalam meneruskan pembelajaran.Maklumat itu dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif mengikut standard ditetapkan sekolah.

Pembaharuan lain ialah segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian dan peperiksaan disimpan dalam portfolio. Dokumen itu merekodkan kegiatan dan pencapaian murid sepanjang sesi persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa.

Portfolio adalah kaedah pengumpulan hasil kerja murid yang sistematik dan menjadi bukti perkembangan murid sepanjang tempoh pembelajarannya.

Dokumen ini dibahagikan kepada dua iaitu portfolio perkembangan dan pameran.

Portfolio perkembangan menunjukkan perkembangan pembelajaran murid dari semasa ke semasa, membantu guru memantau perkembangan dan membuat pentaksiran serta membolehkan murid melakukan penilaian kendiri dalam menetap matlamat yang hendak dicapai.

Dokumen itu turut membolehkan semua pihak termasuk ibu bapa menilai perkembangan pembelajaran anak dengan tepat, mengesan kekuatan atau kelemahan murid secara berterusan serta mengenal pasti bakat dan minat murid.

Portfolio pameran mempamerkan tahap penguasaan dan pencapaian murid pada akhir tempoh pembelajaran mereka selain sebagai bahan bukti untuk rujukan dan penilaian akan datang, memberi maklumat aptitud murid kepada guru yang akan mengajarnya pada tahun berikutnya serta dijadikan penilaian untuk pemberian penghargaan.

Guru Penyelaras PBS SK Taman Bukit Maluri, Cheong Oi Lai, berkata pendekatan baru ini membolehkan guru menilai murid dengan lebih berkesan dan teratur.

Katanya, portfolio memudahkan guru menyemak rekod pembelajaran murid serta mengetahui kelemahan mereka dan cara mengatasinya.

Pengukuran tahap pembelajaran murid kini dapat dilakukan menerusi standard prestasi yang berupaya menentukan tahap penguasaan mereka mengikut band bermula dari satu hingga enam.

Setiap band memiliki penilaian bermula band satu bermaksud murid tahu, band dua (tahu dan faham), band tiga (tahu, faham dan boleh buat), band empat (tahu, faham dan boleh buat dengan beradab), band lima (tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpuji) serta band enam (murid tahu, faham dan boleh buat dengan beradab mithali, katanya.

Beliau berkata, band satu peringkat paling asas dan menjadi kayu ukur sama ada murid berjaya menguasai sukatan pembelajaran atau tidak sebelum beralih ke band berikutnya.

Ia memberi ruang kepada guru untuk mengetahui dengan lebih mendalam kebolehan murid mengikuti pembelajaran dalam kelas dan mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi kelemahan mereka.

Guru Besar SK Bukit Damansara, Zarina Jamil, berkata walaupun ujian bertulis masih dijalankan seperti dulu, proses penilaian KSSR mengambil kira kemahiran insaniah dan kebolehan yang ditonjolkan murid dalam kelas.

Guru perlu memahami etika perguruan, jujur dalam tugas dan tidak boleh melebihkan murid tertentu demi kepentingan peribadi, katanya mengulas mengenai kaedah penilaian murid.

Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Bukit Damansara, Datuk Mohd Nadzli Othman, berkata, oleh sebab sebahagian proses penilaian dilakukan oleh sekolah, murid akan berusaha untuk bersaing dengan rakan lain untuk menunjukkan prestasi yang terbaik di samping meningkatkan pencapaian mereka.

Katanya, mereka akan bersaing dengan murid lain untuk menunjukkan prestasi yang terbaik di samping meningkatkan pencapaian mereka.

Kesimpulannya, pengenalan KSSR menggantikan KBSR bermula tahun ini membabitkan murid Tahun Satu adalah inisiatif memperkasa modal insan negara.

Hak Cipta Terpelihara 2010 - Berita Harian Sdn. Bhd.Emelkami sebarang maklum balas. Kembali ke atasResolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024x768.

Aspek Pengurusan Bilik Darjah KBSR

Bilik darjah KBSR telah diperkenalkan di Negara kita pada tahun 1982 di beberapa buah sekolah rendah sebagai percubaan manakala bilik darjah KBSM pula diperkenalkan apabila pelajar dari sekolah rendah tadi meneruskan pengajian ke sekolah menengah pada tahun 1988. Bilik darjah jenis ini mempunyai perbezaan yang begitu ketara jika dibandingkan dengan bilik darjah tradisi.Dari segi susunan fizikal,kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kaedah kumpulan. Ini kerana program KBSR menekankan aktiviti pembelajaran secara berkumpulan dan interaksi antara guru dengan pelajar serta pelajar dengan pelajar sangat ditekankan. Dari segi strategi pengajaran,pendekatan yang digunakan lebih bersifat berpusatkan pelajar dan pengelibatan mereka secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat digalakkan.Dari segi bentuk dan kemudahan,di dalam bilik darjah KBSR disediakan ruang pembelajaran untuk memudahkan pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran. Selain itu bahan pengajaran dan hasil pembelajran juga diletakkan di ruang tersebut. Hal ini menimbulkan suasana bilik darjah yang menarik dan merangsang proses pengajran dan pembelajaran

Ciri-ciri bilik darjah KBSR

1) Kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kumpulan2) Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan tertentu berdasarkan kobolehan tersendiri3) Menggalakkan pengelibatan pelajar secara aktif4) Menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar5) Kerap melaksanakan interaksi antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar6) Hasil kerja yang dipamerkan memperlihatkan suasan pembelajaran yang kondusif7) Pelajar sentiasa berada dalam keadaan aktif.

Aspek pengujian dan penilaian dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

Ujian Diagnostik Darjah 3 telah digantikan dengan Penilaian Tahap Satu (PTS) yang dapat dijalankan selama tiga tahun sebelum dimansuhkan.Penilaian Darjah 5 pula telah digantikan dengan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk murid-murid KBSR, tahun 6.

Antara jenis ujian lain yang terdapat dalam kurikulum baru ialah

Penilaian Menengah Rendah(PMR) pada tingkatan tiga, Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) atau Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia(SPVM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM). Aspek penilaian dalam KBSR pula menekankan penguasaan tiga kemahiranyang perlu dikuasai dan diuji iaitu kemahiran lisan, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Murid yang tidak dapat menguasai kemahiran ini akan diberikan pemulihan.Daripada aspek penilaian pula, kurikulum ini memberikan kenaikan darjah secara automatik tetapi murid yang lemah diberi peluang untuk mengulang darjah atau mengikuti kelas pemulihan yang dijalankan.

Dari aspek bentuk penilaian yang dilaksanakan guru adalah secara formatif dan sumatif. Penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan di akhir sesuatu matapelajaran. Contohnya adalah seperti ujian akhir tahun, dan ujian bulanan. Penilaian formatif pula ialah penilaian yang dijalankan secara berterusan seperti kuiz dan soal-jawab.Bagi merialisasikan FPK dan menghadapi globalisasi pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengambil langkah proaktif memperkasa sekolah-sekolah kebangsaan melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (PIPP) 2006-2010. Dalam konteks ini, seseseorang guru bertanggungjawab untuk meningkatkan prestasi murid dalam pelajaran dan menghasilkan modal insan kelas pertama. Justeru, guru hendaklah mempelbagaikan strategi dan kaedah pengajaran semasa sesi pengajaran dan pembelajaran ( P&P). Pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarik dan berkesan sekiranya guru menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid (Mohamad Johdi, 2007).

Terdapat empat strategi pengajaran pembelajaran yang perlu difahami dan dikuasai oleh seseorang guru (Noriati A. Rashid ,2009). Pertama, strategi pengajaran berpusatkan guru di mana guru mengawal keadaan dan berperanan sebagai ketua. Dengan kata lain,guru bertanggungjawab sepenuhnya menentukan objektif pembelajaran, merangka tugasan pembelajaran dan memilih sumber pembelajaran bagi muridnya.

Strategi yang kedua adalah strategi pengajaran yang berpusatkan murid. Strategi ini memberi tumpuan kepada perkembangan pembelajaran murid dan memberi peluang kepada murid untuk menentukan jenis pengetahuan dan meneroka sesuatu ilmu yang baru.

Ketiga, strategi pengajaran berasaskan bahan yang mana guru menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan banyak bahan seperti buku,blok-blok binaan,komputer dan lain-lain bagi meningkatkan pemikiran kritikal dan mental.

Strategi keempat ialah pengajaran berasaskan tugasan. Dalam strategi ini, guru melibatkan murid dalam aktiviti atau tugasan yang memberikan peluang kepada murid untuk mengaplikasikan apa yang dipelajarinya. Dengan kata lain, strategi ini menekankan kolaborasi antara guru dan pelajar dalam mempelopori sesuatu perkara atau topik secara penyempurnaan projek atau tugasan.

Sehubungan dengan itu, diharapkan semua guru sentiasa memilih strategi dan kaedah pengajaran pembelajaran yang sesuai untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan. Dengan cara ini, ia dapat membantu murid untuk mendapat pencapaian yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga dalam kehidupan sehariannya. Secara tidak langsung, ia dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan seterusnya dapat merealisasikan Wawasan 2020.Bagi mengetahui dengan meyeluruh tentang strategi pengajaran pembelajaran, dua strategi akan dikupas dan dibincangkan dalam tajuk berikutnya iaitu strategi pengajaran berpusatkan murid dan strategi pengajaran berasaskan tugasan.

2.0 STRATEGI PENGAJARAN BERPUSATKAN MURID

Dewasa ini, strategi pengajaran berpusatkan murid telah banyak digunakan oleh para guru semasa meyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran bahkan telah menjadi tren utama dalam inovasi kurikulum seluruh dunia.

Noriati (2009) mendefinisikan strategi pengajaran berpusatkan murid sebagai pengambil alihan tugas atau tanggungjawab daripada guru oleh murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Strategi ini melibatkan murid secara aktif dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan seperti yang dinyatakan oleh (Orlich et al.,2007) dalam Noriati (2009).

Dalam strategi ini, guru hendaklah memastikan murid-murid belajar sesuatu dan membina pengetahuan mereka sendiri melalui aktiviti yang dilakukan. Esah (2003) menyatakan bahawa guru hendaklah mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran semasa menyediakan aktiviti untuk mereka.

Selain itu, strategi ini juga dapat meningkatkan penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan kemahiran berfikir, menambahkan keyakinan diri, menggalakkan murid menghasilkan idea dan memberi pendapat, menggalakkan murid membina ilmu dan mewujudkan suasana kerjasama dalam kalangan murid (Shahabuddin,2007).Strategi pengajaran berpusatkan murid mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Antaranya adalah seperti yang dinyatakan oleh Noriati (2009) iaitu murid lebih minat dalam pelajaran, melibatkan komunikasi dua hala, kepimpinan bercorak demokratik, membina kreativiti murid dan pembelajaran bercorak pengarahan kendiri.

Menurut Amaljaya (2009), aktiviti yang dijalankan mengikut strategi pemusatan murid menjadikan murid lebih member fokus dalam proses pembelajaran. Strategi ini adalah lebih sesuai apabila maklumat tidak dapat disampaikan dengan berkesan melalui strategi pemusatan guru dan apabila matlamat pengajaran merangkumi kemahiran kreatif dan kritikal (Noriati,2009).

2.1 KAEDAH PENGAJARAN YANG BERSESUAIAN DENGAN STRATEGI BERPUSATKAN MURID SERTA TEORI-TEORI YANG BERKAITAN

2.1.1 Kaedah Pengajaran Perbincangan

Mengikut Gauthier (2001) dalam Noriati (2009), perbincangan merupakan satu proses aktif yang melibatkan guru dan murid dalam persekitaran pembelajaran. Bond (2001) menegaskan bahawa dalam perbincangan ini, murid akan menjadi lebih aktif (Noriati,2009).

Bagi menggalakkan penyertaan aktif murid dalam aktiviti pembelajaran, aktiviti berkumpulan perlu diadakan supaya murid dapat berinteraksi sesama mereka sewaktu perbincangan-perbincangan yang dijalankan (Shahabuddin et.al. , 2007).

Abd. Ghafar (2003) menjelaskan bahawa dalam kaedah ini, guru hendaklah memastikan murid sentiasa berminat untuk mengikuti pembelajaran. Guru-guru perlu menggalakkan para pelajar berfikir untuk lebih menghasilkan daya pemikiran yang lebih kreatif, inovatif dan menghasilkan idea yang bernas.

Kaedah pengajaran perbincangan kumpulan ini termasuk dalam model pembelajaran koperatif. Noriati (2009) menjelaskan bahawa pembelajaran secara koperatif yang dipelopori oleh Slavin (2005) adalah merupakan pembelajaran aktif yang berupaya mengubah suatu situasi pembelajaran yang pasif kepada suatu yang dinamis serta berpusatkan murid. Noriati (2009) menjelaskan bahawa terdapat empat prinsip pembelajaran koperatif iaitu kebergantungan positif, interaksi bersemuka, penglibatan seimbang dan akautabiliti individu.Arends(2001) dalam Noriati(2009) menjelaskan bahawa kaedah perbincangan digunakan oleh guru untuk mencapai tiga objektif pengajaran iaitu meningkatkan pemikiran dan membantu murid membina kefahaman kandungan; merangsang penglibatan; serta membantu murid menguasai kemahiran komunikasi dan proses pemikiran.

Menurut Noriati (2009) lagi, terdapat empat elemen penting yang perlu diberi penekanan sewaktu seseorang guru ingin menggunakan kaedah perbincangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu matlamat dan objektif P&P, saiz kumpulan, susunan bilik dan pemilihan topik yang ingin dibincangkan.

Terdapat 5 teknik utama dalam pembelajaran koperatif. Pertama, Penyiasatan Berkelompok (Group Investigation). Dalam teknik ini, setiap ahli kumpulan akan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah untuk mendapatkan maklumat. Ini memerlukan murid mengenalpasti suatu topik yang disiasat, merancang serta menjalankan penyiasatan. Semua maklumat yang telah diperolehi akan dianalisis dengan cara terperinci untuk dipersembahkan dalam bentuk yang kreatif dan menarik.

Kedua, teknik Student Team Achievement Division (STAD). Dalam teknik ini, murid-murid perlu berada dalam kumpulan kecil dan menggunakan lembaran kerja untuk menguasai suatu cabang pengetahuan. Mereka saling membantu antara satu sama lain melalui tutorial, kuiz atau perbincangan kumpulan.

Ketiga, teknik Jigsaw. Setiap kumpulan akan menghantar ahli untuk membentuk kumpulan pakar. Ahli-ahli dalam kumpulan pakar akan membincangkan sebahagian bahan akademik (yang telah disediakan oleh guru). Selepas itu, semua ahli kumpulan pakar tadi akan kembali ke kumpulan asal masing-masing untuk berkongsi pengetahuan mereka dengan rakan sekumpulan. Motif utama dalam Jigsaw ialah setiap murid dalam satu kumpulan akan menjadi pakar dalam topik tertentu dan bertanggungjawab memberi tunjuk ajar kepada rakan sekumpulan tentang apa yang telah mereka pelajari.

Teknik keempat ialah Team-Accelerated Instruction (TAI). Ia merupakan pendekatan secara menyeluruh di mana pelajar mempunyai kebebasan bertindak dan guru boleh membentuk kelas heterogeni. Pelajar yang mempunyai latar belakang yang berbeza ditentukan kepada kumpulan yang heterogenus. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada murid yang rendah pencapaian supaya dapat meningkatkan tahap pencapaiannya seiring dengan murid lain yang mempunyai pencapaian tinggi.

Teknik kelima ialah Team Games Tournament (TGT). Dalam teknik ini, guru perlu memberitahu pelajaran yang berkaitan sama ada dalam bentuk syarahan, demonstrasi atau pertunjukan visual. Pelajar berbincang mengenai bahan yang disampaikan oleh guru. Kemudian pelajar akan bekerja mengikut lembaran kerja yang disampaikan oleh guru untuk menguasai konsep. Pelajar akan bermain suatu permainan berbentuk pertandingan di dalam bilik darjah.

Dalam kaedah perbincangan, terdapat dua teknik yang boleh digunakan iaitu teknik Putaran Giliran (Round Robin) dan teknik Meja Bulat (Round Table). Dalam teknik Putaran Giliran, setiap ahli dalam kumpulan akan mengutarakan pendapat masing-masing secara lisan mengikut putaran giliran mereka Matlamatnya adalah untuk memberikan setiap ahli peluang mengemukakan idea masing-masing sambil menerima dan menolak idea yang lain secara diplomasi. Melalui teknik ini berlakulah proses bertukar-tukar idea dan pandangan agar idea yang diperuntukan itu akan menjadi lebih jelas dan bermakna.

Manakala teknik Meja Bulat pula, ahli kumpulan dapat berkongsi maklumat secara bergilir-gilir dalam mencurahkan idea yang dibincangkan. Setiap ahli memerlukan tambahan idea untuk melengkapkan tugasan. Aktiviti berkongsi maklumat ini dapat dilaksanakan oleh ahli dalam kumpulan agar perkara yang dibincangkan itu menghasilkan satu idea yang sangat bermakna. Melalui penurunan idea tersebut, setiap ahli digalakkan untuk membaca dan menyemak hasil tugasan mereka agar tugasan mereka mantap dan bermakna.

2.1.2 Aplikasi Kaedah Pengajaran Secara Perbincangan Dalam Subjek Bahasa Melayu Tahun 6.

Kaedah perbincangan kumpulan amat bersesuaian diaplikasikan dalam P&P bagi mata pelajaran bahasa Melayu terutamanya dalam bahasa Melayu penulisan untuk murid Tahun 6 di bawah tajuk penulisan karangan yang bertemakan isu alam sekitar.

Guru akan memulakan sesi pengajaran dengan memberikan set induksi yang dapat menarik minat murid-murid untuk meneruskan aktiviti P&P. Contohnya, selepas memberi salam, guru meminta murid-murid memeriksa sampah di bawah kerusi masing-masing dan meminta mereka mencuci dan membuang sampah yang berdekatan dengan mereka. Selepas itu, guru mengucapkan tahniah dan memberikan pujian kepada murid-murid atas kesudian mereka membuang sampah tersebut.

Kesannya, emosi murid akan berada dalam gembira dan bersemangat untuk meneruskan P&P. Menurut teori pelaziman klasik J.B. Watson (1878-1958) dalam Noriati (2009), emosi kanak-kanak dapat dibentuk melalui proses pelaziman. Jadi, pembentukan emosi yang positif sebelum memulakan P&P amatlah penting bagi memastikan murid-murid bersedia untuk meneruskan pembelajaran.

Seterusnya, guru mengaitkan perbuatan murid tadi dengan kepentingan menjaga alam sekitar serta menceritakan senario yang berlaku di Malaysia tentang masalah pencemaran alam sekitar.Kemudian, guru membentuk beberapa kumpulan kecil. Katakan guru membentuk 6 kumpulan kecil iaitu kumpulan A,B,C,D,E dan F. Setiap kumpulan perlu melantik seorang ketua kumpulan. Guru juga digalakkan untuk memilih ketua kumpulan kerana guru lebih tahu akan kebolehan murid-muridnya. Pembentukan kumpulan boleh dibuat melalui bulan kelahiran, saiz kasut, dan sebagainya.

Setiap ketua kumpulan diminta mengambil kad soalan daripada guru. Sebanyak tiga soalan yang berbeza dikemukakan dan ini bermakna dua kumpulan akan mendapat soalan yang sama.

Selain itu, guru juga membekalkan sehelai kertas mahjong dan dua batang marker pen bagi setiap kumpulan. Mereka akan mencatatkan segala isi perbincangan di atas kertas mah-jong tersebut dengan menggunakan pengurusan grafik seperti peta minda, jadual, carta alir dan sebagainya.

Dalam kad soalan tersebut, murid-murid dikehendaki membincangkan tentang punca-punca pencemaran, kesan-kesan pencemaran dan langkah-langkah yang yang perlu diambil bagi menangani masalah tersebut. Dalam kumpulan tersebut, murid-murid perlu menyumbangkan idea masing-masing. Mereka boleh menggunakan teknik Meja Bulat atau Putaran Giliran. Bagi memudahkan perbincangan kumpulan, guru boleh menetapkan teknik yang akan digunakan oleh setiap kumpulan.

Apabila murid berbincang dan mengemukakan idea, mereka biasanya akan mengeluarkan pendapat mereka berdasarkan pengalaman dan pengetahuan sedia ada mereka. Hal ini berkait rapat dengan teori pembelajaran konstruktivisme yang dipelopori oleh Jean piaget (yang dikenali sebagai Konstruktivisme psikologi/ individu/kognitif/kognitif)dan Lev Vygotsky (yang dikenali sebagai konstruktivisme sosial).

Menurut Lev Vygotsky dalam dalam Noriati (2009), dalam sesi perbincangan, hubungan sosial berjaya diwujudkan seterusnya individu saling membina pengetahuan baru. Penglibatan dengan orang lain member peluang kepada murid untuk menilai dan meningkatkan pengetahuan diri.Ketika sesi perbincangan, guru perlu bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain untuk menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan sentiasa menghala ke arah perkara yang betul. Dengan kata lain, guru bertindak sebagai fasilitator untuk membantu dan membimbing murid-murid untuk mengeluarkan idea masing-masing.

Guru perlu menetapkan masa perbincangan kumpulan bagi memastikan mereka tidak melakukan perbincangan dengan main-main dan berbual tentang perkara-perkara yang tidak berkaitan. Setelah tamat perbincangan guru hendaklah meminta setiap kumpulan untuk melaporkan isi-isi perbincangan. Guru memberi peneguhan positif melalui pujian kepada semua murid kerana memberikan komitmen sepenuhnya dalam perbincangan.

Peneguhan yang diberikan oleh guru ini termasuk dalam teori pelaziman operan B.F. Skinner. Mengikut Skinner, peneguhan boleh dibahagikan kepada dua iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Menurut Baldwin dan Baldwin (2001) dalam Noriati (2009), peneguhan positif menjadi rangsangan kepada tingkah laku seterusnya manakala peneguhan negatif ialah peneguhan yang diberikan memungkinkan tingkah laku diteruskan apabila rangsangan yang tidak selesa disingkirkan.

Hasil perbincangan boleh dicatatkan di papan tulis. Guru perlu membuat perbincangan semula dengan murid-murid bagi memilih isi-isi dan idea-idea yang bernas. Bagi mengakhiri P&P ini, guru mengarahkan murid-murid untuk menjalankan aktiviti penulisan karangan berdasarkan isi-isi yang telah dibincangkan. Murid boleh menyiapkan esei ini di rumah dan perlu dihantarkan pada keesokan harinya.

2.2 IMPLIKASI KAEDAH PENGAJARAN DENGAN PEMBELAJARAN

Kaedah ini memberi impak yang amat baik terhadap perkembangan pendidikan masa kini. Hal ini demikian kerana, kaedah perbincangan ini menekankan aspek penglibatan murid berbanding kaedah tradisional yang berpusatkan guru.

Kaedah perbincangan ini dapat merangsang minda murid-murid. Melalui kaedah ini, murid akan berusaha untuk memberikan idea dan pandangan serta melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran. Dengan kata lain, kaedah ini dapat mengubah diri murid daripada pasif kepada lebih aktif. Penglibatan murid-murid secara aktif dalam proses pembelajaran membolehkan minda mereka berkembang.

Pembelajaran secara koperatif dapat meningkatkan kemahiran sosial antara murid. Mengikut pendapat Shahabuddin et.al.(2007), kaedah koperatif ini dapat memupuk sifat penyayang, kerjasama, hubungan yang erat antara murid dan sebagainya. Kaedah ini menggalakkan murid-murid mengajar sesama sendiri dan bantu-membantu antara satu sama lain dalam kumpulan seterusnya dapat mengukuhkan hubungan persahabatan antara murid-murid.

Selain itu, kaedah perbincangan membolehkan pelajar meningkatkan kefahaman dan berkeupayaan untuk menyelesaikan masalah. Hal ini demikian kerana, murid-murid akan cuba membuat perbincangan yang rapi dalam kumpulan mereka. Apabila semua murid memberikan pandangan, maka pemahaman mereka terhadap sesuatu topik yang dibincangkan akan meningkat dan memudahkan untuk mereka meyelesaikan sesuatu masalah.

Implikasi yang negatif dalam kaedah ini adalah disiplin sesetengah murid menjadi tidak terkawal semasa sesi perbincangan. Hal ini dapat mengganggu murid-murid yang lain yang memberi fokus kepada isi perbincangan.

3.0 STRATEGI PENGAJARAN BERASASKAN TUGASAN

Menurut Sharifah (1986), strategi pengajaran berasaskan tugasan telah dikemukakan oleh Professor William Heard Kilpatrick ( 1871-1965 ) yang mana telah diubah suai daripada kaedah penyelesaian masalah John Dewey. Strategi ini merupakan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pesat berkembang dalam zaman moden ini.

Noriati (2009) menjelaskan bahawa dalam strategi ini, guru melibatkan murid dalam aktiviti atau tugasan yang memberikan mereka peluang untuk mengaplikasikan apa-apa yang dipelajari. Dalam menghasilkan aktiviti menggunakan strategi ini, guru perlu mengambil kira beberapa kriteria. Pertama, aktiviti yang dipilih mesti berfokus kepada matlamat utama topik yang ingin diajar. Kedua, guru perlu mempelbagaikan aktiviti berdasarkan matlamat pengajaran. Ketiga, guru hendaklah memastikan aktiviti yang dirancang membuka ruang dan peluang kepada murid untuk berinteraksi dan membuat refleksi. Keempat, guru perlu memastikan setiap aktiviti perlu dipersembahkan dan dipantau bagi menghasilkan P&P yang berkesan.

Kajian John Brodi (2008) menunjukkan strategi pengajaran berasaskan tugasan mampu meningkatkan keyakinan dan motivasi murid seterusnya menjadikan murid lebih aktif dalam P&P. Bagi menjadikan proses P&P lebih bermakna, guru perlu menegaskan tujuan-tujuan dan objektif-objektif pembelajaran berdasarkan aktiviti yang bakal dilakukan supaya murid-murid dapat melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Apabila murid mula melaksanakan aktiviti dan tugasan, guru boleh memantau kemajuan dan member bantuan jika perlu. Di akhir tugasan, guru perlu membuat sesi perbincangan dan refleksi dengan murid tentang tugasan yang telah dijalankan.

3.1 KAEDAH PENGAJARAN YANG BERSESUAIAN DENGAN STRATEGI PENGAJARAN BERASASKAN TUGASAN SERTA TEORI-TEORI YANG BERKAITAN

3.1.1 Kaedah Simulasi

Kaedah simulasi adalah sesuai digunakan dalam P&P berteraskan strategi pengajaran berasaskan tugasan. Simulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu. Ia merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah-masalah yang benar-benar wujud atau menyediakan situasi-situasi yang benar-benar wujud di dalam keadaan yang terkawal.

Menurut Noriati (2009), untuk mencapai hasil pembelajaran, murid perlu melalui tugasan dalam simulasi serta membentuk konsep dan kemahiran yang diperlukan dalam pencapaian sesuatu aspek atau bidang.

Terdapat beberapa ciri kaedah simulasi. Pertama, simulasi merupakan satu pembelajaran melalui pengalaman. Murid belajar daripada kesilapan dan berpeluang untuk meningkatkan diri dalam situasi yang berikutnya. Kedua, dalam kaedah simulasi, peranan murid agak luas, kerana peserta bukan sahaja dikehendaki memegang peranan sebagaimana yang ditentukan tetapi mereka perlu berbincang dan memberi sumbangan kepada perserta-perserta bagi membuat keputusan. Ketiga, murid dikehendaki berinteraksi secara dinamis dalam sistem yang berkaitan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Menurut Joyce et al. (2002) dalam Noriati (2009), model simulasi mengandungi empat fasa iaitu orientasi, latihan peserta, proses simulasi dan perbincangan. Fasa orientasi merupakan fasa guru mengemukakan topik yang ingin diajar, menerangkan konsep dalam simulasi serta memberikan gambaran umum tentang aktiviti dalam simulasi.

Dalam fasa kedua, murid akan diperkenalkan tentang peraturan, peranan murid, prosedur, cara mendapat skor serta matlamat simulasi. Guru akan mengagihkan peranan kepada setiap murid supaya mereka mengetahui peranan mereka.

Murid-murid akan mula melakukan simulasi dalam fasa yang ketiga. Pada fasa ini, guru akan bertindak sebagai pengadil dan jurulatih. Guru juga boleh memberhentikan proses simulasi buat seketika bagi mendapatkan maklum balas daripada murid, menilai prestasi dan memperjelas salah tanggapan yang berlaku semasa proses simulasi.

Selepas murid-murid menjalankan proses simulasi, guru hendaklah membuat perbincangan bersama murid tentang hasil pembelajaran dan refleksi daripada hasil aktiviti yang telah dijalankan. Ini adalah merupakan fasa yang keempat.

3.1.2 Aplikasi Kaedah Simulasi Bagi Mengajar Subjek Bahasa Melayu Tahun 6.

Katakan seorang guru yang ingin mengajar subjek bahasa Melayu tahun 6 dalam tajuk penulisan karangan jenis cerita. Pertama, guru akan memberikan salam kepada murid-murid dan mengambil kedatangan murid-murid. Guru bertanyakan khabar dengan murid-murid dan meminta mereka bersedia untuk meneruskan pembelajaran.

Guru meminta semua murid untuk datang ke hadapan untuk mengambikkertas undian kumpulan yang terdiri daripada nombor 1 hingga 6. Kemudian, guru memberitahu murid supaya berada dalam kumpulan mengikut nombor yang mereka dapat. Cara pembahagian kumpulan ini membantu murid untuk berinteraksi antara satu sama lain bagi mencari ahli kumpulan masing-masing.

Kumpulan yang berjaya dibentuk dahulu diberi pujian dan hadiah oleh guru manakala kumpulan yang terakhir yang dapat dibentuk dikenakan denda untuk menyanyikan sebuah lagu. Melalui cara ini, murid akan bersemangat untuk meneruskan pembelajaran. Peneguhan dan hukuman yang diberikan oleh guru ini amat berkait rapat dengan teori pelaziman operan B.F. Skinner. Dalam teori Skinner, peneguhan dibahagikan kepada dua iaitu peneguhan positif dan negatif. Hukuman juga dibahagikan kepada dua iaitu hukuman beri dan hukuman tarik.

Hukuman beri mengurangkan kemungkinan tingkah laku diulangi hasil daripada rangsangan yang diberikan manakala hukuman tarik mengurangkan kemungkinan tingkah laku diulangi hasil daripada rangsangan yang selesa ditarik balik (Noriati, 2009). Dalam kes tadi, kumpulan terakhir yang dapat dibentuk dikenakan hukuman beri iaitu mereka terpaksa menyanyikan sebuah lagu.

Proses pengajaran diteruskan dengan perlantikan seorang ketua bagi setiap kumpulan. Pemilihan ketua kumpulan adalah berdasarkan tarikh lahir. Murid yang paling tua automatik dilantik menjadi ketua. Kemudian, ketua kumpulan diminta untuk mencabut kad tugasan daripada guru. Dalam kad tersebut tercatat situasi-situasi yang perlu dilakonkan oleh murid bagi setiap kumpulan.

Dalam masa yang ditetapkan, murid-murid perlu berbincang antara ahli kumpulan tentang watak-watak yang yang diperlukan. Guru perlu memastikan semua murid terlibat dalam aktiviti perbincangan ini.

Kemudian, setiap kumpulan diminta melakonkan situasi-situasi yang dikehendaki dalam kad tugasan tadi dalam bentuk simulasi. Kumpulan yang tidak terlibat semasa simulasi dikehendaki mencatat idea-idea yang dikeluarkan oleh kumpulan yang melakukan simulasi. Proses ini diulang kepada kumpulan yang lain pula.

Selepas simulasi tamat, guru memberikan pujian bagi membangkitkan semangat murid-murid. Guru membuat refleksi bersama pelajar tentang aktiviti yang telah dijalankan.Di akhir pengajaran, guru meminta murid menulis satu karangan berbentuk cerita berdasarkan mana-mana simulasi yang telah dilakukan oleh setiap kumpulan. Guru menetapkan supaya murid-murid menyiapkan tugasan ini di rumah dan murid dikehendaki menghantar karangan ini pada keesokan harinya.Konsep PBS

1. Soalan: Apa itu PBS?

Jawapan: PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitumenilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor(jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan KurikulumStandard Sekolah Rendah (KSSR). PBS mentaksir bidang akademik dan bukanakademik

PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah secaraterancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran danpembelajaran.

Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat,Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan PentaksiranPsikometrik.

2. Soalan: Adakah konsep PBS ini sesuatu yang baru?

Jawapan: Konsep PBS bukanlah sesuatu yang baru, kerana pentaksiran inilahyang selama ini dilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja rumah, projek, kuiz,soal-jawab dan lain-lain). PBS yang dicadangkan ini merupakan penambahbaikankepada PBS yang telah sedia dilaksana dengan memperkenalkan pentaksiranmerujuk standard dan aplikasi Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) untuk membantuguru merekod pencapaian murid secara berterusan.

3. Soalan: Kenapa PBS perlu dilaksana sekarang?

Jawapan: Pelaksanaan PBS adalah seiring dengan program transformasi negarauntuk menghasilkan modal insan yang bertaraf dunia.

4. Soalan: Bila PBS mula dilaksanakan?

Jawapan: PBS dilaksanakan mulai Tahun 1 pada 2011 dan penambahbaikanUPSR pada 2016, mulai Tingkatan 1 pada 2012 dan penambahbaikan PMR pada2014.

5. Soalan: Apakah perbezaan antara PBS dengan pentaksiran sedia ada?

Jawapan:

PBS adalah lebih holistik dan memberi penekanan kepada kesemua aspekJERI iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek berbanding kepada pentaksiransedia ada yang lebih memberi penumpuan kepada pencapaian akademikmelalui peperiksaan. PBS akan mentaksir proses dan produk secara formatifdan sumatif iaitu mengamalkan konsep assessment for learning danassessment of learning manakala fokus utama pentaksiran sedia ada lebihkepada pencapaian akademik murid di akhir pembelajaran yang merupakanassessment of learning.

Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada,Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan StandardPrestasi untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaranserta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan prosesmendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan bolehbuat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataanstandard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian sepertiyang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorangmurid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajarandengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan (growth) muriddalam pembelajaran merujuk kepada pernyataan standard.

PBS juga memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untukmelaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. Iniakan dapat meningkatkan integriti dan kredibiliti profesion perguruan keranaguru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masing-masing kerana mereka:- boleh memantau perkembangan murid secara berterusan- boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikanpembelajaran murid- lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran danperkembangan murid- mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi

6. Soalan: Apakah standard prestasi?

Jawapan: Standard Prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkantentang pencapaian atau penguasaan seseorang individu dalam sesuatu bidangyang telah dilalui dalam satu tempoh pembelajaran berdasarkan satu penandaaras (benchmark) yang telah dikenal pasti. Standard Prestasi memandu pentaksirbagaimana aktiviti pentaksiran boleh dan dapat dilaksanakan secara adil danberfokus merujuk kepada standard yang ditetapkan.

7. Soalan: Bagaimana penjaminan kualiti PBS dapat dilaksanakan?

Jawapan:

Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS dapat dicapai melalui: Pementoran Penyelarasan Pemantauan Pengesanan

Pementoran PBS adalah proses membantu, memudah cara dan membimbingguru untuk melaksanakan PBS mengikut prinsip dan prosedur pelaksanaanyang ditetapkan.

Pemantauan ialah satu proses untuk mendapatkan maklumat danmemastikan pentaksiran dilaksanakan mengikut prosedur dan garis panduanyang ditetapkan agar mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan.

Penyelarasan PBS adalah proses penyeragaman skor merujuk kepadaStandard Prestasi yang disediakan atau berdasarkan rubrik sesuatu tugasan.

Pengesanan PBS adalah proses memastikan kekuatan dan keberkesananinstrumen pentaksiran dalam pelaksanaan PBS.

8. Soalan: Bagaimana ibu bapa mendapat maklum balas mengenai perkembanganpembelajaran anak-anak mereka?

Jawapan: Laporan deskriptif dan formatif dapat dibuat melalui SPPBS pada bila-bila masa sekiranya diperlukan. Sistem ini juga menyimpan maklumatperkembangan murid daripada Tahun 1 hinggalah ke Tingkatan 5 (life-time database).

9. Soalan: Bagaimana hasil pentaksiran berguna untuk murid?

Jawapan: Maklum balas yang diberi berdasarkan standard prestasi bolehmembantu murid mengenalpasti kekuatan, kelemahan, kesilapan dan apa yangperlu dibaiki, bagaimana perlu diperbaiki untuk memberi hasil yang lebih baik.

Maklum balas yang memberi makna boleh membantu murid tentang tujuan danperkembangan pembelajaran mereka. Keadaan inilah yang memberi motivasiuntuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka di masa hadapan. - See more at: http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2012/01/bab-9-dasar-kurikulum-item-baru.html#sthash.iT5DI8fv.dpuf