pengurusan stress

6
Pengurusan stres 1. Apa itu Stres? Stres atau tekanan adalah tindakbalas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan 2. Adakah stres sesuatu yang bahaya? Tidak Graf Stres Hans Selve Bila stress rendah, hasil kerjanya juga rendah kerana kurangnya motivasi dan tumpuan kepada kerja. Bila stress berada di peringkat tinggi , seseorang itu akan mengalami tekanan dan menunjukkan tanda-tanda stres Stres diperingkat sederhana adalah yang paling baik kerana ia akan meningkatkan motivasi dan perkembangan hidup seseorang itu. 3. Adakah anda mengalami stres? Untuk mengetahuinya, anda boleh mencuba ujian yang dikenali sebagai Ujian Stres. Jumlah markah Maklumat Nasihat Kurang dari 10 Anda mempunyai ketahanan diri Syabas! Namun anda boleh mempelajari fakta-fakta dan

Upload: alip-pg

Post on 14-Nov-2014

1.122 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Pengurusan stress

Pengurusan stres

1. Apa itu Stres?

Stres atau tekanan adalah tindakbalas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan

2. Adakah stres sesuatu yang bahaya?

Tidak

Graf Stres Hans Selve

Bila stress rendah, hasil kerjanya juga rendah kerana kurangnya

motivasi dan tumpuan kepada kerja. Bila stress berada di peringkat tinggi , seseorang itu akan mengalami

tekanan dan menunjukkan tanda-tanda stres Stres diperingkat sederhana adalah yang paling baik kerana ia akan

meningkatkan motivasi dan perkembangan hidup seseorang itu.

3. Adakah anda mengalami stres?

Untuk mengetahuinya, anda boleh mencuba ujian yang dikenali sebagai

Ujian Stres.

Jumlah markah

Maklumat Nasihat

Kurang

dari 10

Anda mempunyai

ketahanan diri

Syabas! Namun anda boleh

mempelajari fakta-fakta dan

Page 2: Pengurusan stress

terhadap stres teknik pengurusan stres yang

baik. apa yang perlu saya lakukan untuk

mengurangkan stres

10 - 20 Anda menunjukkan

tindakbalas yang normal terhadap stres

Anda boleh memanafaatkan

dengan mempratikkan teknik-teknik pengurusan stres.

apa yang perlu saya lakukan untuk

mengurangkan mendapat stres

30 to 50 Anda mudah

mengalami stres

Anda perlu mengambil langkah-

langkah yang berkesan dengan mempratikan teknik-teknik

pengurusan stres. apa yang perlu saya lakukan untuk

mengurangkan mendapat stres

Lebih

dari 50

Anda mengalami stres

yang tinggi

Anda perlu melakukan perubahan

dalam amalan cara hidup anda. Sila mempratikan teknik-teknik

pengurusan stres. apa yang perlu saya lakukan untuk

mengurangkan mendapat stres

Tanda & Gejala

4. Bagaimana saya tahu, saya mengalami stres?

Fizikal

Gementar

Berpeluh Rasa Seram sejuk

Tangan dan kaki rasa sejuk Sakit kepala atau rasa mual/nak muntah

Bernafas laju Kering mulut

Kerap buang air kecil Kerap buang air besar

Cirit Birit Kurang selera makan

Mudah dapat serangan penyakit: o Asma

o Sakit belakang badan o Masalah penghadaman

Page 3: Pengurusan stress

o Sakit kepala o Gatal-gatal

Masalah hubungan kelamin contoh kurang minat melakukan hubungan seksual

Sakit-sakit badan Cepat letih

Psikologikal

Kebimbangan Keliru dan kurang daya tumpuan

Sukar kawalan diri Perubahan emosi:

o Tekanan perasaan o Kekecewaan

o Mewujudkan permusuhan o Rasa tak berdaya

o Kurang sabar dan cepat marah o Lemah Semangat

Susah nak tidur Mudah terpengaruh mengambil bahan yang terlarang seperti dadah

dan arak

Gangguan Fikiran

Sukar membuat keputusan Kurang minat terhadap aktiviti harian

Tidak merasa tercabar terhadap situasi yang sukar Pemikiran positif terganggu disebabkan

Sering berfikiran negatif

Kurang memberi perhatian

Hilang keyakinan diri

Hilang tumpuan Penurunan kekuatan mental dalam menghadapi perasaan bingung,

takut, kecewa dan cepat marah

Tingkahlaku

Bercakap dengan cepat dan kuat

Menguap suka gigit jari, mengetap bibir, kerap mengerakkan jari, letih

Perasaan yang negatif: o Mudah tersinggung

Page 4: Pengurusan stress

o Terlalu bergantung kepada orang lain o Suka memberi komen dan kritik orang lain

o Boleh bertindak ganas o Bertindak secara tidak logik

o Bertindak keterlaluan dan terlalu beremosi Kurang Kecekapan diri:

o Mudah lupa o Selalu membuat kesilapan

o Sering terlibat kemalangan Kurang produktiviti kerja

Menindakkan keupayaan diri sendiri

5. Punca stres

a. Stres Ancaman (survival) :

Berlaku apabila anda berada dalam keadaan terancam samada dari segi emosi, fizikal dan perasaan seperti takut untuk mengatasi ancaman yang

sedang dihadapi.

b. Stres dalam diri sendiri:

Di mana anda adalah seorang yang mempunyai personaliti Jenis A iaitu

bercita-cita terlalu tinggi, berkehendakkan kesempurnaan dalam semua kerja, terlalu mementingkan kerja dan mengharapkan hasil yang tinggi. .

Apabila anda terlalu mengharapkan kesempurnaan yang sukar dicapai. Lima harapan kesempurnaan yang tidak realistik oleh seseorang itu adalah:

o Anda mengharapakan orang lain mengkagumi dan menyayangi

anda o Anda menggagap diri anda kompeten setiap masa

o Anda mempercayai orang lain yang menyebabkan segala

kegagalan anda o Anda mengharapkan setiap kerja yang di hasilkan adalah

sempurna yang dikehendaki oleh anda dan orang lain perlu mengikut kata-kata anda

o Anda mempercayai pengalaman buruk yang lepas akan mempengaruhi masa depan anda

c. Stres persekitaran tempat kerja anda

o Stres disebabkan persekitaran Ruang tempat kerja yang sempit

Ruang dan keadaan kerja yang tidak sesuai

Bising Kawasan yang kotor dan tidak selesa

Page 5: Pengurusan stress

Pencemaran Pengurusan persekitaran yang tidak cekap

o Stres disebabkan bahan kimia dan pemakanan

"Caffeine" boleh menyebabkan hormon stres dalam badan anda meningkat, sukar hendak tidur dan menyebabkan

anda tidak selesa Peningkatan kandungan gula dalam darah dari

pengambilan makanan yang manis dan choklat boleh memberi tenaga berlebihan kepada diri anda dalam masa

yang singkat. Keadaan ini menyebabkan badan anda menghasilkan lebih banyak insulin bagi mengimbangi

kadungan gula itu . Ia boleh memberi kesan ke atas

penurunan tenaga yang mendadak selepas kenaikan kadar gula yang tinggi

Pengambilan garam yang berlebihan boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah dan meletakkan badan anda

mengalami stres disebabkan berlebihan bahan kimia. Stres disebabkan Cara Hidup dan Pekerjaan

Faktor yang menyumbang kepada stres jenis ini ialah:

o Beban kerja yang tinggi atau terlalu kurang o Dibebani oleh tanggungjawab di luar keupayaan dan

pengalaman anda o Menghadapi banyak rintangan yang tidak sepatutnya

diselesaikan oleh anda o Tekanan dari segi masa dan tarikh luput kerja yang perlu

disiapkan o Kurang kemampuan untuk mengikuti peredaran masa

o Perubahan dasar dan prosedur di tempat kerja o Kurang mendapat maklumat, nasihat dan sokongan yang

bersesuaian o Tidak jelas tentang objektif yang hendak dicapai

o Tidak jelas tentang kehendak ketua terhadap peranan anda

o Dibebani dengan tanggungjawab terhadap orang bawahan, sumber kewangan dan peralatan

o Tekanan perkembangan kerjaya seperti: Dalam tempoh percubaan, kecewa dan jemu terhadap

pekerjaan sekarang Kenaikan pangkat di luar kemampuan diri

Tidak jelas tentang perkembangan kerjaya pada masa akan datang

Tiada peluang kenaikan pangkat Tiada jaminan pekerjaan

o Tekanan daripada organisasi atau pelanggan seperti Tekanan dari pihak atasan

Page 6: Pengurusan stress

Campurtangan terhadap bidang tugas Tuntutan berlebihan daripada pelanggan

Gangguan terhadap perancangan kerja Ganguan telefon

o Tekanan atas diri sendiri dan keluarga seperti: Masalah kewangan

Masalah hubungan dengan keluarga Penyakit yang dialami

Perubahan hidup seperti kelahiran, kematian, perkhawinan dan penceraian

Komplikasi

6. Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tidak ambil berat masalah stres yang dihadapi?

Dalam jangka masa panjang, stres boleh memberi kesan yang teruk kepada

diri anda. Anda perlu mengambil tindakan untuk mengatasi masalah ini, sekiranya tidak, ia akan memberi kesan kepada diri anda seperti berikut:

Mudah keletihan dan cepat penat Kekecewaan

Hilang semangat ( "burn out" )

Pencegahan

Apa perlu saya lakukan untuk mengurangkan stres?

Anda perlu menerima kenyataan yang anda sedang mengalami stres Anda perlu kenalpasti punca yang menyebabkan anda stres

Pelajarilah teknik dan kaedah pengurusan stres. Sekiranya tiada perubahan dalam masalah stres yang anda hadapi

selepas tiga minggu anda amalkan teknik dan pengurusan stres yang disarankan ini, berjumpalah dengan pakar dan dapatkan bantuan

mereka