langkah – langkah mengatasi stress

14
LANGKAH – LANGKAH MENGATASI STRESS Oleh: A’FIFAH BINTI ABDULLAH NUR AMIRUL AZIMA BINTI SHAMSUDDIN NURUL NAJIHAH BINTI OMAR SITI SAFIYYAH BINTI GHAZALI

Upload: brick

Post on 22-Jan-2016

256 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

LANGKAH – LANGKAH MENGATASI STRESS. Oleh : A’FIFAH BINTI ABDULLAH NUR AMIRUL AZIMA BINTI SHAMSUDDIN NURUL NAJIHAH BINTI OMAR SITI SAFIYYAH BINTI GHAZALI. DEFINISI STRESS Stress secara mudah adalah bebanan mental dan fizikal individu . KEPENTINGAN MENANGANI STRESS - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: LANGKAH – LANGKAH MENGATASI STRESS

LANGKAH – LANGKAH MENGATASI STRESS

Oleh:A’FIFAH BINTI ABDULLAHNUR AMIRUL AZIMA BINTI

SHAMSUDDINNURUL NAJIHAH BINTI OMARSITI SAFIYYAH BINTI GHAZALI

Page 2: LANGKAH – LANGKAH MENGATASI STRESS

DEFINISI STRESSStress secara mudah adalah bebanan mental dan fizikal individu.

KEPENTINGAN MENANGANI STRESS

Stress perlu diatasi kerana ia melibatkan kesihatan mental individu terlibat

Page 3: LANGKAH – LANGKAH MENGATASI STRESS

Langkah 1 – Fahami Punca Stress- Selidik punca yang menyebabkan stress terjadi kepada anda.- Cari masalah dalam diri satu persatu.- Cuba mengubah rutin dan kebiasaan yang dilakukan sehinggamenyebabkan ketegangan.

LANGKAH MENGATASI STRESS

Langkah 2 – Letakkan Keutamaan- Senaraikan keutamaan untuk dilakukan.- Jangan melakukan semua pekerjaan tanpa memberi keutamaan kepada yang lebih penting.- Bertindak mengikut keutamaan untuk mengelakkan kita tidak membuang masa dan melakukan sesuatu yang merugikan.

Page 4: LANGKAH – LANGKAH MENGATASI STRESS

Langkah 3 – Selesaikan Masalah Satu Persatu.- Selesaikan masalah kecil sebelum ia menjadi lebih besar.- Cuba selesaikan masalah yang ada pada waktu yang sesuai.- Dapatkan interaksi dan komunikasi yang lebih berkesan kerana ia boleh menyelesaikan pertelingkahan dan masalah.

Langkah 4 – Menangis- Titisan air mata dapat menjadi teman dan menceritakan seribu masalah.- Menangis merupakan amalan yang sihat dan dapat melapangkan tekanan minda dan jiwa.- Wanita lebih mudah menzahirkan emosinya melalui tangisan berbanding lelaki yang lebih kerap memendam perasaan dan menganggap menangis adalah sesuatu yang mengaibkan.

Page 5: LANGKAH – LANGKAH MENGATASI STRESS

Langkah 5 – Ketawa- Dapatkan masa untuk duduk bersama sahabat handai yang pandai berjenaka dan berhiburlah bersama mereka.- Ketawa membantu meningkatkan keupayan pernafasan dandenyutan jantung, kegiatan otot-otot dan suhu badan juga dapatdiaktifkan.- Proses ketawa boleh membantu membuang toksid di dalam badan dan darah dapat berjalan dengan lebih lancar.Langkah 6 - Bersenam Atau Beriadah- Bersenam tidak hanya mencergaskan fizikal, bahkan mental juga lapang setelah berpeluh.- Ketegangan jasmani dapat dielakkan dengan kerana peredaran darah berjalan lancar kerana otot-otot digerakkan.- Bersenam juga boleh membakar lemak yang boleh membawapenyakit di dalam badan.

Page 6: LANGKAH – LANGKAH MENGATASI STRESS

Langkah 7 – Menyanyi, Menari Dan Menjerit.- Anda boleh melepaskan stress dengan menyanyi dalam bilik air tanpa mementingkan sangat senikata lagu tersebut sambil menitiskan airmata.- Pasang lagu yang rancak dan sesuai untuk menari sepuas hati sehingga berpeluh.- Menjerit. Cari tempat yang sunyi dan jeritlah sekuat tenaga. Anda juga boleh mendapatkan tempat yang bising seperti di tapak pembinaan ataupun di dalam kebisingan waktu hujan dan di mana-mana mengikut kreativiti anda.

Page 7: LANGKAH – LANGKAH MENGATASI STRESS

Langkah 8 – Curahkan Perasaan Dalam Diari- Bila anda merasa tertekan akibat marah, sedih, kecewa dansebagainya, tulislah segala-galanya di dalam diari.- Tidak perlu mencatakan secara detail perasaan anda. Cukup sekadar sedikit catatan. Simpan diari di tempat rahsia anda.- Kebiasaanya kita akan tertawa apabila membaca semula catitan kita itu di lain masa kerana selalunya ianya terlalu remeh tidak seperti apa yang digambarkan didalam diari.

Page 8: LANGKAH – LANGKAH MENGATASI STRESS

Langkah 9 – Luahkan Pada Sahabat Karib- Mungkin anda melihat masalah itu terlalu berat, tetapi mungkin tidak pada sahabat karib anda.- Luahkan kepada sahabat anda itu perasaan anda kerana ia dapat mengurangkan bebanan stress.- Kemungkinan masalah anda akan selesai dengan pendapat dan pandangan sahabat anda itu.

Langkah 10 – Meditasi Atau Bertafakur- Melakukan penilaian semula terhadap pertuturan, perbuatan dan tingkahlaku yang telah dilakukan.- Secara bertafakur dan bertenang anda boleh membuatpertimbangan, di mana yang patut diperbaiki dan punca timbulnya masalah sehingga anda dapat ketegangan.- Pejamkan mata rapat-rapat dan lihatlah ke dalam diri, siapakah anda sebenarnya dan apa yang anda ingini.

Page 9: LANGKAH – LANGKAH MENGATASI STRESS

Langkah 11 – Tahu Had Kemampuan- Tahu bila bermula dan sepatutnya berhenti serta jangan terlalu memaksa diri.- Jangan terlalu membuang masa kepada perkara yang anda tidak lagi mampu ditanggung.- Serahkan sesuatu urusan itu kepada orang yang lebih layak atau mahir melakukannya supaya anda tidak terus-terusan tertekan.Langkah 12 – Berusaha Dan Berserah- Bertawakallah kepada Tuhan setelah kita berusaha dengan sehabis baik.- Banyakkan melakukan perbuatan mahmudah (baik) dan menjauhkan perbuatan mazmumah (jahat) serta tambahkan amalan-amalan sunat seperti puasa, sembahyang, zikir dan sebagainya.- Jangan biarkan hidup anda terus tertekan. Berusaha mendapatkan jalan keluar bagi setiap masalah.

Page 10: LANGKAH – LANGKAH MENGATASI STRESS

Langkah 13 – Bersantai- Setelah berusaha keras melakukan rutin, anda perlu mencari sedikit ketenangan seperti berekreasi di taman, berkelah di sungai atau di mana-mana tempat yang dirasakan sesuai untuk memanjakan diri dan minda.- Lakukan juga kegiatan yang tidak terlalu membebankan minda dan memberikan keseronokan- Rehatkan diri sebentar sebelum memulakan tugasan baru.

L angkah 14 – Ambil Mudah- Biar sebesar mana dugaan yang diterima anggaplah ia sesuatu yang mudah dan jangan terlalu membebankan fikiran.- Jika boleh dan sesuai, bawalah tugasan yang tidak boleh diselesaikan itu pada keesokkan harinya.- Jangan terlalu membebankan masalah anda sehingga hidup jadi tak keruan dan sukar tidur atau kurang selera makan dan sebagainya.

Page 11: LANGKAH – LANGKAH MENGATASI STRESS

L angkah 1 5 – Mengadu Kepada Kaunselor- Sekiranya anda tidak mampu menyelesaikan masalah anda, dapatkan kaunselor yang boleh membantu.- Kaunselor dapat membantu proses penyelesaian masalah dan tindakan yang perlu diambil.- Kaunselor dapat memberitahu apa yang mungkin anda tidak sedar mengenai diri sendiri.

L angkah 16 – Berurut- Berurut boleh membantu melancarkan perjalanan darah dan urat yang tegang serta keras dapat dikendurkan. Dapatkan mereka yang mahir dan bertauliah dalam teknik pengurutan.- Selepas berurut anda akan merasakan kelegaan pada tubuh badan.- Berurut walau kadangkala sedikit sakit, mampu menghilangkan ketegangan akibat bebanan stresss.

Page 12: LANGKAH – LANGKAH MENGATASI STRESS

L angkah 1 7 – Refleksologi Atau Akupuntur- Melalui refleksologi kaki, punca penyakit dapat dikenalpasti.- Akupuntur dapat melegakan kesakitan dan membantumenghilangkan tekanan yang ditanggung.- Cara ini sesuai untuk mengatasi masalah stress.

L angkah 18 – Hipnosis- Anda berhadapan dengan pakar yang membawa anda memasukisatu suasana yang indah.- Anda kemudian disuruh membayangkan masalah yang dihadapi,airmata keluar tanpa disedari dan seterusnya anda disuruhmelontarkan masalah tersebut jauh-jauh. Apabila tersedar andaberasa segar dan ringan tanpa masalah.- Teknik ini sebenarnya bermain dengan fikiran bawah sedar dengan membersihkan masalah yang menganggu tanpa disedari.

Page 13: LANGKAH – LANGKAH MENGATASI STRESS

L angkah 1 9 – Terima Keadaan Seadanya.- Jangan mengharapkan sesuatu keadaan berubah mengikutkehendak kita kerana tidak semua yang kita ingini akan menjadi kenyataan.- Dalam keadaan ini ada baiknya jangan terlalu mengharap sesuatu yang terlampau hebat supaya anda tidak merasa terlalu kecewa jika tidak memperolehinya.- Terima keadaan seadanya dan berbahagia dan menghargai apa yang ada tanpa membandingkan dengan apa yang orang lain dapat.

Page 14: LANGKAH – LANGKAH MENGATASI STRESS

L angkah 20 – Amalkan Sikap Dan Gaya Hidup Sihat- Bersikap terbuka dalam semua perkara dengan membuka minda dan anda sedia menerima sesuatu bencana.- Sedar dan mensyukuri bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan dari Allah Taala dan ada hikmah disebaliknya. Gunakan kelebihan fikiran yang dikurniakan Tuhan untuk mengatasi masalah mendatang.- Amalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan seimbangdan hidup secara teratur serta terurus dan jangan melakukan kegiatan yang tidak sihat dan merosakkan diri dan kehidupan.