penghargaan (autosaved)

2
GSA 1072 STATISTIK LYDIA YII JIA JIA, TAN YEN YIN, WONG CHIEW PING PPISMP MX 2014 PENGHARGAAN Kami amat bersyukur kepada Tuhan kerana dengan keberkatan dan perlindunganNya, kami dapat menyiapkan kerja kursus Statistik ini dalam tempoh yang telah ditetapkan. Pertama sekali, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran kerana memberi peluang kepada kami untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan menyediakan kemudahan seperti talian Internet untuk mencari maklumat melalui komputer dan juga perpustakaan yang memudahkan saya untuk mencari bahan rujukan yang berkaitan. Kami juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami, Encik Benny Kong Tze Loong yang telah memberi tunjuk ajar serta penerangan kepada kami sepanjang proses pelaksanaan kerja kursus ini. Tanpa tunjuk ajar dan bimbingan daripada beliau, kerja kusus ini tidak akan terlaksana dengan sempurnanya. Ucapan terima kasih juga ingin kami tujukan kepada kedua-dua ibu bapa kami yang banyak memberi sokongan kepada kami sepanjang proses pelaksanaan kerja kursus ini. Dengan bantuan daripada ibu bapa kami seperti dorongan dan sokongan moral serta meluangkan masa untuk membantu kami dalam proses penyediaan bahan yang diperlukan untuk menyempurnakan kerja kursus ini, akhirnya kami dapat menyempurnakan kerja kursus Statistik ini dalam tempoh yang ditetapkan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan dari dalam dan luar institut yang secara tidak langsung telah memberi banyak ilham kepada kami dalam pelaksanaan kerja kursus ini. Ucapan terima kasih kami ucapkan kepada mereka kerana sentiasa memberi sokongan dan berkongsi 1

Upload: wongcping

Post on 30-Sep-2015

220 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

fewsdf

TRANSCRIPT

GSA 1072 STATISTIK LYDIA YII JIA JIA, TAN YEN YIN, WONG CHIEW PING PPISMP MX 2014

PENGHARGAANKami amat bersyukur kepada Tuhan kerana dengan keberkatan dan perlindunganNya, kami dapat menyiapkan kerja kursus Statistik ini dalam tempoh yang telah ditetapkan. Pertama sekali, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran kerana memberi peluang kepada kami untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan menyediakan kemudahan seperti talian Internet untuk mencari maklumat melalui komputer dan juga perpustakaan yang memudahkan saya untuk mencari bahan rujukan yang berkaitan.Kami juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami, Encik Benny Kong Tze Loong yang telah memberi tunjuk ajar serta penerangan kepada kami sepanjang proses pelaksanaan kerja kursus ini. Tanpa tunjuk ajar dan bimbingan daripada beliau, kerja kusus ini tidak akan terlaksana dengan sempurnanya.Ucapan terima kasih juga ingin kami tujukan kepada kedua-dua ibu bapa kami yang banyak memberi sokongan kepada kami sepanjang proses pelaksanaan kerja kursus ini. Dengan bantuan daripada ibu bapa kami seperti dorongan dan sokongan moral serta meluangkan masa untuk membantu kami dalam proses penyediaan bahan yang diperlukan untuk menyempurnakan kerja kursus ini, akhirnya kami dapat menyempurnakan kerja kursus Statistik ini dalam tempoh yang ditetapkan.Tidak lupa juga kepada rakan-rakan dari dalam dan luar institut yang secara tidak langsung telah memberi banyak ilham kepada kami dalam pelaksanaan kerja kursus ini. Ucapan terima kasih kami ucapkan kepada mereka kerana sentiasa memberi sokongan dan berkongsi pengalaman dan ilmu dengan kami tentang tajuk yang berkaitan dengan kerja kursus ini agar kami dapat menghasilkan kerja kursus ini dengan sempurna.Akhir sekali, kami berharap agar dengan terlaksananya kerja kursus ini, banyak pengajaran, ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dapat dipelajari dan diaplikasikan bukan sahaja oleh diri kami sendiri tetapi juga semua guru pelatih di Institut Pendidikan Guru agar dapat menjadi seorang bakal pendidik yang bertanggungjawab, beretika dalam profesion sebagai seorang guru dan berdedikasi dalam mendidik generasi kita yang datang.

1