pengenalan - pidm.gov.my · insurans deposit diperkenalkan buat kali pertama di amerika syarikat...

22

Upload: trinhtuyen

Post on 11-Jul-2019

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PENGENALAN

SISTEM INSURANS DEPOSIT

KEAHLIAN

PERLINDUNGAN

Siapa yang dilindungi

Produk yang dilindungi

Had perlindungan

Akaun konvensional dan Islam

Akaun bersama

Akaun milikan tunggal, perkongsian, pengamal profesional dan syarikat

Akaun amanah

Penggabungan institusi kewangan

PEMBIAYAAN

PEMBAYARAN KEPADA PENDEPOSIT

PERUNTUKAN MAKLUMAT MENGENAI INSURANS DEPOSIT

MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI

2

3

8

10

10

11

13

18

19

20

21

25

26

29

31

36

KANDUNGAN

JIKA BANK MUFLIS

32 Buku Panduan Sistem Insurans Deposi t

Insurans deposit merupakan suatu sistem yang melindungi simpanan di bank1 dan akan membuat pembayaran balik dengan segera terhadap simpanan di bank yang dilindungi tersebut sekiranya bank ahli2 menjadi muflis. Sebagai sebahagian daripada jaringan keselamatan kewangan, insurans deposit menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan negara.

Insurans deposit diperkenalkan buat kali pertama di Amerika Syarikat pada tahun 1933 berikutan peristiwa Zaman Meleset (Great Depression). Sejak itu, insurans deposit telah dilaksanakan di lebih 100 buah negara untuk menangani kegagalan bank, termasuk Kanada, Perancis, Jepun, Filipina, Korea Selatan dan Taiwan.

Di Malaysia, Sistem Insurans Deposit diberi mandat menerusi undang-undang dan ditadbir oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM), sebuah badan berkanun yang ditubuhkan pada tahun 2005. PIDM diamanahkan untuk mentadbir sistem ini dengan cekap dan berkesan bagi meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap sistem kewangan.

Sistem Insurans Deposit Malaysia direkabentuk khusus bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia. Antara ciri-ciri uniknya ialah perlindungan untuk kedua-dua deposit konvensional dan deposit Islam (diuruskan berlandaskan prinsip-prinsip Syariah) di bawah sebuah organisasi.

1. Apakah itu Sistem Insurans Deposit?

Sistem Insurans Deposit telah ditubuhkan oleh Kerajaan untuk melindungi pendeposit3 bank. Dengan adanya Sistem Insurans Deposit ini, simpanan bank yang dilindungi di bank ahli akan dibayar balik sekiranya sebuah bank ahli menjadi muflis. Sistem ini telah diperkenalkan di Malaysia pada 1 September 2005.

Sistem Insurans Deposit merupakan sebuah skim tajaan kerajaan. Ia tidak disediakan atau berkaitan dengan atau diuruskan oleh mana-mana syarikat insurans am atau hayat. Di Malaysia, Sistem Insurans Deposit ditadbir oleh

PIDM.

2. Apakah itu PIDM?

PIDM ialah agensi Kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 2005 di bawah Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Akta PIDM). PIDM mentadbir dua sistem perlindungan konsumer kewangan, iaitu Sistem Insurans Deposit untuk melindungi pendeposit bank dan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans untuk melindungi pemilik sijil takaful dan polisi insurans. PIDM juga menyediakan insentif bagi pengurusan risiko wajar dalam sistem kewangan, serta memperkukuh dan menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan Malaysia.

Untuk butiran lanjut mengenai PIDM dan Perlindungan Manfaat Takaful dan

Insurans, sila rujuk laman web PIDM melalui www.pidm.gov.my

PENGENALAN SISTEM INSURANS DEPOSIT

3 Pendeposit bermaksud penyimpan wang di bank

1 ‘Simpanan di bank’ atau ‘simpanan’ merujuk kepada wang yang disimpan di bank-bank ahli dalam akaun deposit yang layak dilindungi seperti akaun simpanan, akaun semasa dan akaun simpanan tetap

2 Lihat Bahagian "Keahlian" dalam Buku Panduan ini.

5

JIKA BANK MUFLIS

PIDM akan membayar baliksimpanan bank anda sehingga

dengan segera.

4 Buku Panduan Sistem Insurans Deposi t

3. Apakah mandat PIDM?

(a) Mentadbir dua sistem perlindungan konsumer kewangan – Sistem Insurans Deposit dan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans;

(b) Menyediakan perlindungan terhadap kehilangan simpanan di bank ahli; dan kehilangan manfaat takaful atau insurans yang ditanggung oleh ahli penginsurans;

(c) Menyediakan insentif bagi pengurusan risiko wajar dalam sistem kewangan; dan

(d) Menggalakkan atau menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan.

4. Apakah fungsi utama PIDM?

• Mentadbir Sistem Insurans Deposit dan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans.

• Menaksir dan mengumpul premium atau levi daripada institusi ahli yang merangkumi bank, serta pengendali takaful dan syarikat insurans.

• Mengurus enam kumpulan dana yang berasingan dan berbeza – dua bagi insurans deposit dan empat bagi perlindungan manfaat takaful dan insurans.

• Mengendali resolusi sesebuah institusi ahli yang tidak berdaya maju.

• Membuat pembayaran balik simpanan bank kepada pendeposit sekiranya sesebuah bank ahli menjadi muflis atau membuat pembayaran terhadap tuntutan manfaat yang layak kepada pemilik sijil takaful dan polisi insurans sekiranya ahli penginsurans menjadi muflis.

• Mematuhi prinsip-prinsip Syariah berkenaan kumpulan dana deposit Islam dan perlindungan takaful.

• Melaksana inisiatif kesedaran awam dan program pendidikan bagi meningkatkan pemahaman mengenai Sistem Insurans Deposit, Sistem

Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans serta peranan PIDM.

5. Siapa yang mentadbir PIDM?

PIDM ditadbir oleh lembaga pengarah yang mewakili sektor awam dan swasta, serta diketuai oleh seorang Pengerusi bukan eksekutif. Dua ahli lembaga adalah ahli ex officio, iaitu Gabenor Bank Negara Malaysia dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan. Pengerusi dan semua ahli bukan ex officio dilantik oleh Menteri Kewangan.

Ketua Pegawai Eksekutif bertanggungjawab bagi pengurusan operasi harian PIDM. Peranan pengurusan Ketua Pegawai Eksekutif disokong oleh Ketua Pegawai Operasi dan Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif yang diwakili oleh Ketua-Ketua Bahagian dalam PIDM.

Maklumat lanjut mengenai tadbir urus PIDM boleh didapati melalui

www.pidm.gov.my.

6. Apakah kelebihan insurans deposit kepada pendeposit?

• PIDM melindungi pendeposit yang mempunyai simpanan di bank ahli.

• Sekiranya bank ahli muflis, PIDM akan membayar balik simpanan yang dilindungi kepada pendeposit sehingga RM250,000.

• Perlindungan insurans deposit disediakan secara automatik dan tiada pembayaran diperlukan.

7

JIKA BANK MUFLIS

PIDM akan membayar baliksimpanan bank anda sehingga

dengan segera.

6 Buku Panduan Sistem Insurans Deposi t

7. Apakah kelebihan insurans deposit kepada sistem kewangan?

• Memperkukuh keyakinan orang ramai terhadap sistem kewangan Malaysia dengan melindungi pendeposit terhadap kehilangan simpanan bank mereka.

• Mengukuhkan dan melengkapkan rangka kerja kawal selia dan penyeliaan yang sedia ada dengan menyediakan insentif untuk pengurusan risiko yang mantap dalam sistem kewangan.

• Meminimumkan kos kepada sistem kewangan dengan mengenal pasti kos terendah bagi mengendalikan resolusi bank ahli yang tidak berdaya maju.

• Menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan menerusi pengendalian resolusi bank ahli yang tidak berdaya maju dengan pantas dan membuat pembayaran balik kepada pendeposit dengan segera.

8. Dengan pelaksanaan sistem insurans deposit, apakah perbezaan

antara peranan PIDM dengan Bank Negara Malaysia (BNM)?

BNM ialah pengawal selia utama sistem kewangan dan terus bertanggungjawab bagi mengekalkan kestabilan sistem kewangan. PIDM bekerjasama rapat dengan BNM dan melengkapkan peranan BNM dalam menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan dengan mentadbir sistem insurans deposit dan memupuk pengurusan risiko berhemat oleh bank ahli.

Hubungan kerja PIDM dimandatkan dalam Akta PIDM dan diperincikan dalam Perjanjian Perikatan Strategik. Perkongsian PIDM dengan BNM memastikan pertukaran maklumat mengenai institusi ahli tepat pada masa dan kerjasama

dalam semua aktiviti penting.

9. Bagaimana PIDM menyumbang kepada kestabilan sistem

kewangan?

PIDM melengkapkan rangka kerja pengawalseliaan sedia ada dengan menyediakan insentif kepada bank ahli untuk melaksanakan amalan pengurusan risiko mampan. PIDM diberi kuasa dengan pelbagai instrumen perundangan yang meluas bagi membolehkan intervensi lebih awal dijalankan untuk mengurangkan atau mengelakkan kerugian kepada sistem kewangan.

Di bawah Akta PIDM, kuasa intervensi dan resolusi PIDM adalah meluas dan termasuk kuasa untuk memperoleh aset daripada bank ahli, membuat pinjaman atau pendahuluan kepada bank ahli, memperoleh saham bank ahli dan mengambil semua tindakan yang perlu untuk mengurangkan kos kegagalan kepada sistem kewangan. Sebaik sahaja BNM memaklumkan kepada PIDM bahawa sesebuah bank ahli tidak lagi berdaya maju, PIDM mempunyai bidang kuasa lain, termasuk kuasa untuk mengambil alih kawalan bank ahli, menubuhkan institusi perantaraan dan menstruktur semula atau membubarkan bank ahli untuk melaksanakan penyelesaian kos terendah dan boleh memindahkan simpanan

bank ahli tersebut kepada bank ahli lain yang kukuh.

98 Buku Panduan Sistem Insurans Deposi t

1. Bank-bank yang manakah merupakan bank ahli PIDM?

Bank ahli PIDM ialah semua bank perdagangan berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan semua bank Islam berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, termasuk bank asing yang beroperasi di

Malaysia. Keahlian adalah wajib seperti diperuntukan di bawah Akta PIDM.

2. Bagaimanakah anda mengenal pasti bank ahli PIDM?

Senara i bank ah l i P IDM bo leh d idapat i me la lu i laman web PIDM www.pidm.gov.my atau hubungi PIDM di talian 1-800-88-1266.

Di bawah Peraturan-peraturan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Peruntukan Maklumat Mengenai Insurans Deposit) 2011 dan Peraturan-peraturan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Peruntukan Maklumat Mengenai Insurans Deposit) (Pindaan) 2019 (“secara kolektif dikenali sebagai Peruntukan Maklumat Mengenai Insurans Deposit”), semua bank ahli dikehendaki untuk mempamerkan logo atau tanda keahlian ini di pintu masuk semua cawangan, laman web, screensaver atau laman terminal layan diri mereka, dan laman media sosial mereka.

3. Adakah simpanan bank di cawangan dan anak syarikat bank-bank

domestik di luar Malaysia dilindungi?

Tidak, ia tidak dilindungi oleh PIDM tetapi ia mungkin dilindungi oleh insurans

deposit atau skim perlindungan yang beroperasi di negara tersebut.

4. Adakah bank pelaburan, institusi kewangan pembangunan (cth. Bank Simpanan Nasional, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Lembaga Tabung Haji, Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank) dll.), bank Labuan atau bank islam antarabangsa

merupakan institusi ahli PIDM?

Institusi-institusi ini bukan institusi ahli PIDM. Oleh itu, simpanan bank yang disimpan di bank pelaburan, institusi kewangan pembangunan, bank Labuan dan bank Islam antarabangsa tidak dilindungi di bawah Sistem Insurans Deposit yang ditadbir oleh PIDM.

KEAHLIAN

1110 Buku Panduan Sistem Insurans Deposi t

Siapa yang dilindungi

1. Adakah perlindungan insurans deposit disediakan kepada semua

pendeposit?

Ya, semua pendeposit – individu dan entiti perniagaan – mendapat perlindungan insurans deposit sekiranya mereka memiliki akaun simpanan bank yang layak

dilindungi dengan sesebuah bank ahli.

2. Adakah simpanan bank yang disimpan di bank ahli oleh bukan pemastautin atau pemastautin Malaysia yang menetap di luar

Malaysia dilindungi?

Ya, kewarganegaraan atau tempat tinggal pendeposit tidak menjejaskan perlindungan insurans deposit. Simpanan di bank ahli akan dilindungi sehingga

RM250,000 bagi setiap pendeposit di setiap bank ahli.

3. Adakah pendeposit perlu memohon atau mendaftar bagi

mendapatkan perlindungan insurans deposit?

Tidak, pendeposit tidak perlu memohon atau mendaftar bagi mendapatkan perlindungan insurans deposit. Insurans deposit disediakan secara automatik

bagi akaun deposit layak yang disimpan di bank-bank ahli.

Produk yang dilindungi

1. Apakah jenis simpanan bank yang dilindungi?

Instrumen kewangan Islam dan konvensional dalam denominasi Ringgit Malaysia atau mata wang asing yang layak dilindungi termasuk:• Akaun simpanan; • Akaun semasa atau permintaan;• Akaun simpanan tetap; dan

• Draf bank, cek, arahan atau instrumen pembayaran lain yang dibuat terhadap akaun deposit.4

Dari masa ke masa, PIDM boleh meluluskan instrumen kewangan yang lain untuk layak dilindungi oleh insurans deposit.

2. Apakah jenis produk yang tidak dilindungi?

Produk Islam dan konvensional berikut tidak layak mendapat perlindungan insurans deposit:• Akaun atau produk pelaburan • Deposit yang akan dibayar di bank Labuan• Deposit yang tidak boleh dibayar di Malaysia • Deposit pasaran wang • Instrumen deposit boleh niaga dan deposit pembawa lain • Perjanjian belian balik dan perjanjian jual dan beli balik

• Unit Amanah dan produk pelaburan daripada Amanah Saham Berhad (ASB), stok dan saham

• Produk atau akaun pelaburan berkaitan emas dan perak• Bitcoin• Skim simpanan daripada Skim Simpanan Pendidikan Nasional

PERLINDUNGAN

4 ‘Akaun deposit’ adalah akaun di institusi kewangan yang membolehkan pemegang akaun membuat deposit atau mengeluarkan wang seperti akaun simpanan, akaun semasa, akaun pembayaran dan lain-lain.

1312 Buku Panduan Sistem Insurans Deposi t

3. Bagaimana pendeposit boleh mengetahui sama ada simpanan

bank mereka dilindungi PIDM?

Bank ahli perlu memaklumkan pendeposit sama ada sesuatu produk simpanan bank yang dilindungi atau tidak dilindungi oleh PIDM sebelum mereka membuat simpanan di bank ahli. Semua produk simpanan di bank yang dilindungi disenaraikan dalam “senarai deposit yang diinsuranskan” oleh setiap bank ahli dan senarai ini disediakan untuk rujukan awam.

Keperluan ini ditetapkan dalam Peruntukan Maklumat Mengenai Insurans Deposit untuk memastikan bank ahli menyediakan maklumat yang tepat, relevan, konsisten dan terkini pada masanya mengenai perlindungan insurans deposit kepada pendeposit bank.

Butiran lanjut disediakan di bahagian "Peruntukan Maklumat Mengenai Insurans

Deposit" dalam buku panduan ini.

Had perlindungan

1. Apakah had perlindungan insurans deposit?

PIDM melindungi simpanan bank yang layak sehingga RM250,000 bagi setiap pendeposit di setiap bank ahli. Had RM250,000 ini termasuk jumlah prinsipal simpanan bank dan faedah/pulangan. Had ini juga terpakai secara berasingan

kepada akaun simpanan Islam dan konvensional.

2. Mengapa had perlindungan ditetapkan pada RM250,000?

Kami kerap mengkaji semula had perlindungan untuk memastikan kecukupan perlindungan. Berdasarkan kajian terkini yang dijalankan pada 2018, 97% daripada semua pendeposit dilindungi sepenuhnya oleh PIDM pada had

tersebut.

3. Bolehkah saya membeli perlindungan tambahan sekiranya jumlah

simpanan bank saya melebihi RM250,000?

Tidak. Insurans deposit tidak boleh dibeli kerana ia bukan seperti produk insurans am atau insurans hayat. Ia disediakan secara automatik dan ditadbir oleh PIDM

bagi manfaat pendeposit.

15

JIKA BANK MUFLIS

PIDM akan membayar baliksimpanan bank anda sehingga

dengan segera.

14 Buku Panduan Sistem Insurans Deposi t

4. Semua akaun simpanan bank yang disimpan oleh seseorang

pemegang akaun akan dijumlahkan dan dilindungi sehingga

RM250,000.

Semua akaun simpanan bank yang disimpan oleh seseorang pemegang akaun

akan dijumlahkan dan dilindungi sehingga RM250,000.

Pemegang Akaun Jenis Akaun Deposit Amaun (RM)

Anita Simpanan 100,000

Semasa 100,000

Simpanan tetap 80,000

Jumlah 280,000

Dilindungi oleh PIDM 250,000

Contoh

5. Bagaimana jika akaun pendeposit di dalam bank ahli mempunyai jumlah kurang daripada had perlindungan RM250,000?

Akaun simpanan bank tersebut akan dijumlahkan dan dilindungi sehingga amaun yang disimpan oleh pemegang akaun, tertakluk kepada had perlindungan RM250,000.

Pemegang Akaun Jenis Akaun Deposit Amaun (RM)

Melissa Simpanan 5,000

Semasa 5,000

Simpanan tetap 15,000

Jumlah 25,000

Dilindungi oleh PIDM 25,000

Contoh

6. Bagaimana jika pemegang akaun mempunyai akaun simpanan bank dalam mata wang asing dan Ringgit Malaysia di dalam bank ahli yang sama?

Bagi tujuan insurans deposit, jika pendeposit mempunyai simpanan dalam mata wang asing dan Ringgit Malaysia di bank ahli yang sama, amaun simpanan akan dijumlahkan dan pendeposit akan mendapat perlindungan sehingga RM250,000.

Pemegang Akaun

Jenis Akaun Deposit

Amaun(Mata Wang Asing)

Amaun(RM atau bersamaan RM)

Liza Simpanan tetap 100,000 300,000

Semasa 100,000

Simpanan 80,000

Jumlah 480,000

Dilindungi oleh PIDM

250,000

Contoh

Andaian: 1 unit mata wang asing = RM3.00.

Penentuan tarikh dan kadar penukaran simpanan semasa asing ke dalam Ringgit Malaysia bagi tujuan pembayaran kepada pendeposit sekiranya bank ahli mulis telah ditetapkan dalam Kaedah-Kaedah Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Penukaran Kepada Ringgit Berkenaan Dengan Deposit Mata Wang Asing) 2012. Kaedah penukaran sedang disemak oleh PIDM.

17

JIKA BANK MUFLIS

PIDM akan membayar baliksimpanan bank anda sehingga

dengan segera.

16 Buku Panduan Sistem Insurans Deposi t

9. Jika saya mempunyai deposit di beberapa bank ahli, adakah semua simpanan saya akan dijumlahkan bagi tujuan insurans deposit?

Tidak, simpanan di bank ahli berbeza dilindungi secara berasingan. Had perlindungan RM250,000 dikenakan bagi setiap pendeposit di setiap bank ahli.

Pemegang Akaun

Jenis Akaun Deposit

Cawangan Amaun

Zamri Simpanan Kuala Lumpur 80,000

Semasa Ipoh, Perak 150,000

Simpanan tetap Kuching, Sarawak 80,000

Jumlah 310,000

Dilindungi oleh PIDM 250,000

Contoh

7. Bagaimana jika seseorang pendeposit mempunyai beberapa

jenis simpanan di cawangan berbeza bank ahli yang sama?

Semua simpanan oleh pemegang akaun yang sama di cawangan berbeza bank ahli yang sama akan dijumlahkan dan dilindungi sehingga RM250,000.

8. Bagaimana jika pendeposit mempunyai beberapa akaun di bank

ahli yang sama?

PIDM menyediakan perlindungan berasingan sehingga RM250,000 untuk

pendeposit yang memegang jenis akaun-akaun berikut:

• Akaun individu • Akaun bersama • Akaun amanah • Akaun milikan tunggal, perkongsian, pengamal profesional dan syarikat

Pemegang Akaun

Jenis Akaun Deposit

Bank Amaun Protected (RM)

May Simpanan X 200,000 200,000

Semasa Y 300,000 250,000

Simpanan tetap Z 80,000 80,000

Jumlah 580,000

Dilindungi oleh PIDM 530,000 530,000

Contoh

19

JIKA BANK MUFLIS

PIDM akan membayar baliksimpanan bank anda sehingga

dengan segera.

18 Buku Panduan Sistem Insurans Deposi t

Akaun Konvensional dan Islam 1. Adakah akaun simpanan Islam dan konvensional di bank ahli yang

sama dilindungi secara berasingan?

Ya, akaun simpanan Islam dan konvensional dilindungi secara berasingan sehingga RM250,000.

Jumlah perlindungan insurans deposit Zita ialah RM500,000 yang terdiri daripada RM250,000 bagi simpanan konvensional dan RM250,000 bagi simpanan Islam.

Pemegang Akaun

Jenis Akaun Deposit

Amaun (RM)

Dilindungi (RM)

Zita Akaun simpanan konvensional

150,000

Akaun semasakonvensional

150,000

Jumlah konvensional 300,000 250,000

Akaun simpanan Islam 275,000 250,000

Jumlah 575,000 500,000

Contoh

Akaun bersama

1. Adakah akaun bersama dilindungi insurans deposit secara

berasingan?

Ya, simpanan bank yang dimiliki bersama dilindungi berasingan daripada jenis simpanan lain. Selain itu, akaun bersama yang dimiliki dengan pemegang akaun bersama yang berbeza dilindungi secara berasingan. Walau bagaimanapun, perlindungan maksimum bagi akaun bersama ialah RM250,000 secara kolektif dan

bukan RM250,000 bagi setiap pemegang akaun bersama.

Pemegang Akaun Jenis Akaun(Jenis Akaun Deposit)

Amaun (RM)

Dilindungi (RM)

Adam Individu 50,000 50,000

Adam dan isteri Bersama (Simpanan) 50,000100,000

Bersama (Semasa) 50,000

Adam, isteri dan anak lelaki Bersama 260,000 250,000

Adam, isteri dan anak perempuan Bersama 240,000 240,000

Jumlah 650,000 640,000

Contoh

Perlindungan insurans deposit berjumlah RM640,000 terdiri daripada: • Perlindungan RM50,000 bagi akaun individu Adam• Perlindungan RM100,000 bagi akaun bersama Adam dan isteri• Perlindungan RM250,000 bagi akaun bersama Adam, isteri dan anak lelaki• Perlindungan RM240,000 bagi akaun bersama Adam, isteri dan anak perempuan

Untuk akaun bersama, simpanan bank yang layak mendapat perlindungan insurans simpanan berasingan sekiranya:• akaun simpanan yang disimpan sebagai akaun bersama; • simpanan yang disimpan di dalam akaun deposit yang boleh diinsurankan; dan

• butiran mengenai setiap pemegang akaun bersama dikemukakan dalam rekod bank ahli termasuk nama, alamat dan nombor kad pengenalan atau nombor pasport.

21

JIKA BANK MUFLIS

PIDM akan membayar baliksimpanan bank anda sehingga

dengan segera.

20 Buku Panduan Sistem Insurans Deposi t

Perlindungan insurans deposit berjumlah RM680,000 terdiri daripada:• Perlindungan RM250,000 bagi akaun peribadi Maria yang disimpan sebagai

individu• Perlindungan RM250,000 bagi Maria, Leong & Co• Perlindungan RM180,000 bagi Maria Flowers and Gifts Sdn. Bhd.

Pemegang Akaun Jenis Akaun

Jenis Akaun Deposit

Amaun(RM)

Dilindungi (RM)

Maria Individu Simpanan 300,000 250,000

Maria, Leong & Co (Firma Guaman)

Pengamal profesional

Semasa 280,000 250,000

Maria Flowers and Gifts Sdn. Bhd.

Syarikat Semasa 180,000 180,000

Jumlah 760,000 680,000

Contoh

Akaun milikan tunggal, perkongsian, pengamal profesional dan

syarikat

1. Bagaimana dengan simpanan bank yang disimpan oleh pemilik

akaun milikan tunggal, perkongsian, pengamal profesional atau

syarikat?

Simpanan bank yang disimpan di bawah akaun milikan tunggal, perkongsian

atau syarikat atau disimpan oleh seorang pendeposit yang merupakan pengamal

profesional dilindungi secara berasingan, dengan syarat maklumat pemilikan

tersebut dikemukakan dalam rekod bank ahli.

Dalam hal perkongsian, pengamal profesional atau syarikat, perlindungan

maksimum bagi entiti tersebut ialah RM250,000 secara kolektif dan bukan

RM250,000 bagi setiap rakan kongsi.

Akaun Amanah

1. Adakah akaun amanah dilindungi secara berasingan?

Ya, simpanan bank dalam akaun amanah (termasuk akaun simpanan pelanggan yang dipegang oleh pengamal profesional) dilindungi secara berasingan daripada simpanan bank dalam akaun jenis lain.

Akaun amanah dipegang oleh pemegang amanah bagi manfaat satu atau lebih benefisiari.

Benefisiari akaun amanah boleh menerima perlindungan insurans deposit berasingan sekiranya akaun tersebut layak mendapat perlindungan insurans deposit, dan pemegang amanah mengemukakan kepentingan setiap benefisiari dan amaun berkewajipan kepada setiap benefisiari dalam rekod bank ahli.

PIDM berhak menafikan perlindungan ke atas mana-mana akaun amanah jika, pada pendapatnya, amanah itu wujud terutamanya untuk mendapatkan atau meningkatkan perlindungan insurans deposit.

23

JIKA BANK MUFLIS

PIDM akan membayar baliksimpanan bank anda sehingga

dengan segera.

22 Buku Panduan Sistem Insurans Deposi t

Jumlah perlindungan insurans deposit ialah RM500,000 terdiri daripada RM250,000 bagi anak lelakinya dan RM250,000 bagi anak perempuannya.

Akaun Benefisiari Amaun (RM) Dilindungi (RM)

1 Roy sebagai pemegang amanah

Anak lelaki 260,000 250,000

2 Roy sebagai pemegang amanah

Anak perempuan 260,000 250,000

Jumlah simpanan 520,000 500,000

3. Bagaimana jika pemegang amanah memegang beberapa akaun

bagi beberapa benefisiari di bank ahli yang sama?

Setiap akaun dilindungi secara berasingan sehingga RM250,000 dengan syarat

kepentingan setiap benefisiari dikemukakan dalam rekod bank ahli.

Contoh

Roy mempunyai dua akaun amanah bagi anak-anaknya dalam bank ahli yang sama.

Akaun Benefisiari Amaun (RM)

1 Rena sebagai pemegang amanah Anak lelaki 50,000

2 Rena sebagai pemegang amanah Anak lelaki 50,000

Jumlah simpanan 100,000

Dilindungi 100,000

2. Bagaimana jika pemegang amanah memegang beberapa akaun

bagi seorang benefisiari di dalam bank ahli yang sama?

Semua simpanan bank akan dijumlahkan dan dilindungi sehingga RM250,000.

Contoh

Rena mempunyai dua akaun amanah untuk anak lelakinya dalam bank ahli yang sama.

4. Bagaimana jika beberapa pemegang amanah memegang akaun

bagi seseorang benefisiari di dalam bank ahli yang sama?

Benefisiari itu menerima perlindungan berasingan sehingga RM250,000 bagi setiap akaun.

5. Bagaimana jika pemegang amanah menyimpan satu akaun

bagi beberapa benefisiari dan gagal mengemukakan maklumat

mengenai benefisiari?

Akaun itu akan dianggap sebagai akaun simpanan biasa yang disimpan oleh pemegang amanah dan tertakluk kepada had perlindungan RM250,000 bagi setiap pendeposit di setiap bank ahli.

Akaun ini hanya akan dilindungi sehingga RM 250,000

Akaun Pemegang Amanah Benefisiari Amaun Protected (RM)

1 Ramli & Co. Andy 300,000 250,000

2 Chew & Co. Andy 300,000 250,000

3 Gopal & Co. Andy 100,000 100,000

Contoh

Akaun Pemegang Amanah

Benefisiari Amaun (RM) Dilindungi (RM)

1 Ramli & Co. Tidak dikemukakan

500,000 250,000

Contoh

25

JIKA BANK MUFLIS

PIDM akan membayar baliksimpanan bank anda sehingga

dengan segera.

24 Buku Panduan Sistem Insurans Deposi t

6. Apakah tanggungjawab seseorang pemegang amanah bagi memastikan akaun amanah diberikan perlindungan insurans deposit sewajarnya bagi setiap benefisiari?

Pemegang amanah yang bertindak untuk dua atau lebih benefisiari bertanggungjawab mengemukakan maklumat berikut kepada bank ahli yang memegang akaun amanah tersebut:

• nombor akaun amanah; • nama, alamat dan nombor kad pengenalan atau nombor pasport setiap

benefisiari atau sebarang pengenalan lain pemegang amanah yang boleh diterima oleh bank;

• nama dan alamat setiap benefisiari pada 31 Disember tahun sebelumnya; dan • amaun atau peratusan kepentingan setiap benefisiari dalam akaun amanah

tersebut pada 31 Disember tahun sebelumnya.

Pemegang amanah tidak perlu mengemukakan nama dan alamat setiap benefisiari sekiranya pemegang amanah dilarang oleh undang-undang atau terma dan syarat amanah untuk membuat pendedahan sedemikian. Sebaliknya, pemegang amanah boleh menggunakan kod alphanumeric berasingan atau pengenal pasti lain untuk mewakili setiap benefisiari dalam rekod pemegang amanah. Sekiranya pemegang amanah memegang beberapa akaun di dalam bank yang sama untuk seorang benefisiari, hanya satu kod atau pengenal pasti untuk benefisiari tersebut.

7. Bilakah tarikh akhir pengemukaan maklumat akaun amanah?

Pemegang amanah yang bertindak untuk dua atau lebih benefisiari dalam satu akaun amanah hendaklah mengemukakan maklumat tersebut kepada bank sebelum 31 Mac setiap tahun. Pendedahan tahunan akan dibuat terus ke bank dan bukan kepada PIDM.

Pemegang amanah akan menerima pemberitahuan dari bank mereka mengenai pengemukaan maklumat tahunan akaun amanah sebelum 31 Mac setiap tahun.

Pemegang amanah juga perlu mengekalkan rekod akaun amanah mereka yang benar kerana PIDM boleh meminta maklumat akaun amanah pada bila-bila masa, termasuk semasa resolusi bank ahli.

Untuk maklumat lanjut tentang pengemukaan maklumat mengenai akaun amanah, rujuk kepada Peraturan-Peraturan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Keperluan Pendedahan Bagi Akaun Amanah Dan Akaun Bersama) 2012 yang terdapat di laman web PIDM (www.pidm.gov.my). Keperluan pendedahan akaun amanah sedang disemak oleh PIDM.

Penyatuan atau penggabungan institusi kewangan 1. Apakah yang berlaku kepada simpanan bank yang diinsuranskan

sekiranya dua bank ahli bersatu atau bergabung?

Sekiranya pendeposit mempunyai simpanan bank dengan dua atau lebih bank ahli bergabung, simpanan bank tersebut akan terus dilindungi secara berasingan selama dua tahun atau sehingga matang atau pengeluaran penuh, yang mana lebih awal, selepas tarikh penggabungan atau pengambilalihan.

2. Apa yang berlaku kepada simpanan bank yang dilindungi dalam

penggabungan yang melibatkan institusi bukan ahli?

Sekiranya pendeposit mempunyai simpanan dengan bank ahli yang diambil alih oleh institusi bukan ahli, simpanan bank itu akan terus dilindungi untuk baki tahun tersebut, atau sehingga matang atau pengeluaran penuh, yang mana lebih awal, selepas tarikh penggabungan.

2726 Buku Panduan Sistem Insurans Deposi t

1. Bagaimana PIDM dibiayai?

PIDM dibiayai oleh premium dan levi tahunan yang dibayar oleh institusi ahli. Institusi ahli dilarang untuk memindahkan premium atau levi yang perlu dibayar kepada PIDM kepada pelanggan mereka. Oleh itu, tiada kos langsung kepada pendeposit untuk perlindungan insurans deposit. Pendeposit juga tidak perlu membayar untuk perlindungan ini. Sekiranya PIDM dikehendaki membuat bayaran kepada pendeposit, dana PIDM akan digunakan untuk membuat pembayaran balik simpanan yang diinsuranskan kepada pendeposit.

2. Bagaimana premium dikira?

Premium tahunan dikira dengan mendarabkan jumlah simpanan yang diinsuranskan dengan kadar premium boleh diguna pakai yang ditentukan di bawah rangka kerja Sistem Premium Berbeza.

Premium tahunan = Jumlah simpanan yang diinsuranskan* x Kadar premium ditetapkan

* kedudukan pada 31 Disember tahun taksiran sebelumnya

Kadar premium yang ditetapkan untuk bank ahli di bawah rangka kerja Sistem Premium Berbeza adalah berdasarkan profil risiko bank ahli. Bank ahli dengan profil risiko lebih tinggi akan tertakluk kepada kadar premium lebih tinggi berbanding dengan bank ahli dengan profil risiko lebih rendah.

Bagi penjelasan lanjut, sila rujuk kepada “Garis Panduan Sistem Premium Berbeza” dan “Garis Panduan Jumlah Deposit Diinsuranskan: Pengiraan dan Penyiapan Borang Serahan” yang boleh diperoleh melalui laman web PIDM (www.pidm.gov.my).

PEMBIAYAAN

3. Bilakah bank ahli dikehendaki membayar premium tahunan?

Bank ahli dikehendaki membayar premium tahunan pada 31 Mei setiap tahun taksiran.

4. Apa yang berlaku kepada premium yang dibayar oleh bank ahli?

Premium yang dibayar oleh bank ahli digunakan untuk membina rizab bagi memenuhi sebarang pembayaran kepada pendeposit sekiranya berlaku kegagalan bank ahli serta kos operasi lain.

Oleh kerana sistem insurans deposit menyediakan perlindungan bagi akaun simpanan Islam dan konvensional, PIDM menyenggara dan mentadbir dua kumpulan dana insurans deposit berasingan:

• Dana Insurans Deposit Islam – semua premium yang diterima oleh PIDM daripada ahli bank Islam atau ahli bank komersial yang menyediakan khidmat perbankan Islam dan pulangan yang diperolehi tolak kos mengendalikan Sistem Insurans Deposit Islam.

• Dana Insurans Deposit Konvensional – semua premium yang diterima oleh PIDM daripada bank ahli yang menyediakan khidmat perbankan konvensional dan faedah yang diperolehi tolak kos mengendalikan Sistem Insurans Deposit Konvensional.

Dana PIDM telah mencapai tahap biaya diri operasi. Pendapatan pelaburan telah menjana hasil yang mencukupi untuk menampung kos operasi PIDM.

2928 Buku Panduan Sistem Insurans Deposi t

5. Bagaimana dana lebihan dilaburkan?

Dana lebihan dikumpul untuk membina rizab bagi memenuhi kewajipan masa depan kepada para pendeposit. Objektif polisi pelaburan PIDM adalah untuk mencapai modal terpelihara dan mengekalkan dana untuk memenuhi kewajipan masa depan.

Polisi pelaburan semasa PIDM adalah selaras dengan keperluan Akta PIDM dan kami membuat pelaburan dalam sekuriti Kerajaan atau BNM dalam mata wang Ringgit berjangka pendek yang mempunyai tempoh matang berbeza. Pelaburan yang dibuat daripada Dana Insurans Deposit Islam diuruskan mengikut prinsip-prinsip Syariah.

1. Dalam keadaan apakah pembayaran dibuat kepada pendeposit?

Sekiranya bank ahli muflis dan memerlukan pembayaran dibuat kepada pendeposit, PIDM akan membayar balik kepada pendeposit sehingga had amaun yang dilindungi. PIDM akan membuat pembayaran di bawah keadaan berikut:

• Pembayaran wajib – Jika perintah penggulungan telah dibuat berkenaan dengan sesebuah bank ahli, PIDM akan membayar balik simpanan bank yang diinsuranskan secepat mungkin dan tidak melewati tempoh tiga bulan dari tarikh perintah penggulungan.

• Pembayaran budi bicara – dengan kelulusan Menteri Kewangan, jika: (i) Bank ahli yang memegang simpanan bank tidak dapat membayar balik

simpanan diinsuranskan kerana: perintah mahkamah; satu tindakan diambil oleh badan pengawal selia atau PIDM; atau satu tindakan diambil oleh pentadbir dan/atau pengurus harta ketika

bank berada di bawah pentadbir harta milik; (ii) Satu petisyen bagi penggulungan bank ahli dikemukakan kepada

mahkamah; atau (iii) Keahlian bank sebagai bank ahli PIDM telah dibatalkan atau ditamatkan.

2. Daripada dana-dana yang manakah simpanan bank akan dibayar balik?

Pembayaran balik simpanan bank konvensional akan dibuat daripada Kumpulan Dana Insurans Deposit Konvensional manakala pembayaran balik simpanan bank Islam akan dibuat daripada Kumpulan Dana Insurans Deposit Islam.

PEMBAYARAN KEPADA PENDEPOSIT

3130 Buku Panduan Sistem Insurans Deposi t

3. Bagaimanakah dan bilakah pembayaran balik akan dibuat?

PIDM akan membuat pengumuman awam untuk memaklumkan kepada pendeposit bagaimana cara dan masa pembayaran balik simpanan bank yang diinsuranskan akan dibuat. PIDM juga akan menyediakan saluran komunikasi, termasuk Pusat Panggilan dan laman web untuk orang ramai yang ingin mengetahui status simpanan bank yang diinsuranskan. Pendeposit dinasihatkan untuk mengemaskini butiran akaun bank yang terkini mereka, seperti nombor telefon, alamat surat-menyurat, dan alamat e-mel.

4. Adakah pendeposit perlu mengemukakan tuntutan bagi pembayaran balik?

Tidak, pendeposit tidak perlu mengemukakan sebarang tuntutan. PIDM akan membayar balik pendeposit berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada bank ahli berkaitan simpanan diinsuranskan mereka.

5. Bagaimana pula dengan amaun simpanan bank yang tidak diinsuranskan?

Jika berlaku pembubaran sesebuah bank ahli, pendeposit boleh mendaftarkan tuntutan kepada pelikuidasi bank ahli bagi mendapat semula amaun yang melebihi amaun yang diinsuranskan.

1. Apakah Peraturan-Peraturan Maklumat Insurans Deposit?

Peraturan-Peraturan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Peruntukan Maklumat Mengenai Insurans Deposit) 2011 dan Peraturan-peraturan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Peruntukan Maklumat Mengenai Insurans Deposit) (Pindaan) 2019, juga dikenali sebagai Peraturan-Peraturan Maklumat Insurans Deposit, memastikan bank ahli menyediakan maklumat penting kepada pendeposit mengenai perlindungan insurans deposit termasuk had dan skop perlindungan yang disediakan oleh PIDM.

2. Bagaimana Peraturan-Peraturan Maklumat Insurans Deposit memberi manfaat kepada orang ramai?

Ia memupuk pendedahan yang konsisten dan ketelusan di kalangan bank ahli dan meningkatkan perlindungan pengguna kewangan. Ia membolehkan pendeposit mempunyai maklumat yang mereka perlukan untuk membuat keputusan kewangan mengenai produk simpanan bank yang ditawarkan oleh bank ahli. Ia juga memberikan penjelasan kepada orang ramai sama ada sesuatu produk simpanan bank yang dilindungi atau tidak dilindungi oleh PIDM.

3. Apakah tanggungjawab bank ahli kepada pendeposit?

Bank ahli dikehendaki menyediakan maklumat yang benar, betul, dan lengkap mengenai insurans deposit kepada pelanggannya, tentang perkara berikut –

(a) statusnya sebagai ahli PIDM. Butiran lanjut mengenai bagaimana bank ahli menandakan keahliannya boleh didapati di bahagian "Keahlian" dalam buku panduan ini;

(b) produk simpanan bank yang dilindungi dan tidak dilindungi, menggunakan penyataan pendedahan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Soalan 4 di bawah; dan

(c) maklumat insurans deposit berkaitan.

PERUNTUKAN MAKLUMAT MENGENAI INSURANS DEPOSIT

33

JIKA BANK MUFLIS

PIDM akan membayar baliksimpanan bank anda sehingga

dengan segera.

32 Buku Panduan Sistem Insurans Deposi t

4. Bagaimana saya hendak mengetahui jika sesuatu produk simpanan bank dilindungi oleh PIDM atau tidak?

Terdapat dua jenis penyata pendedahan yang menunjukkan sama ada produk yang dilindungi atau tidak:

• Pernyataan pendedahan yang menyatakan bahawa produk simpanan dilindungi oleh PIDM sehingga RM250,000 bagi setiap pendeposit.

• Pernyataan pendedahan yang menyatakan bahawa produk simpanan tidak dilindungi oleh PIDM.

5. Bilakah saya akan mendapat maklumat sedemikian?

Maklumat tersebut hendaklah disediakan oleh bank ahli dalam situasi berikut:

(a) peringkat pengumpulan maklumat oleh pelanggan melalui iklan bank ahli; (b) semasa pembukaan akaun deposit baharu; dan (c) ketika dan selepas pembukaan akaun deposit baharu.

6. Apakah tanggungjawab bank saya kepada saya apabila saya membuka akaun simpanan baharu?

Apabila pendeposit membuka akaun simpanan baharu, sama ada melalui cawangan, internet, aplikasi mudah alih atau perbankan telefon, bank ahli adalah dikehendaki:

• memaklumkan pendeposit sama ada akaun tersebut dilindungi atau tidak dilindungi oleh PIDM;

• menyediakan pendeposit dengan brosur PIDM mengenai insurans deposit; dan • meminta pengesahan daripada pendeposit bahawa dia mengetahui bahawa

akaun sedemikian dilindungi atau tidak dilindungi oleh PIDM, dan telah menerima brosur PIDM mengenai insurans deposit.

Pendeposit juga boleh merujuk kepada "instrumen" simpanan, yang dikeluarkan oleh bank ahli, yang memaparkan penyataan pendedahan yang menyatakan sama ada akaun deposit dilindungi atau tidak dilindungi. "Instrumen" termasuk salinan buku simpanan bercetak atau elektronik, sijil deposit tetap dan penyata akaun. Walau bagaimanapun, slip bank, cek, draf bank, kad, borang pembukaan akaun, lembaran terma, lembaran pendedahan produk, lembaran sorotan produk, borang pemindahan telegraf dan apa-apa komunikasi yang menandakan pengesahan sementara, dikecualikan daripada keperluan ini.

7. Adakah produk bukan simpanan (seperti skim unit amanah) yang didapati daripada bank ahli PIDM dilindungi?

Tidak, produk tersebut tidak dilindungi oleh PIDM walaupun dibeli daripada bank ahli PIDM.

35

JIKA BANK MUFLIS

PIDM akan membayar baliksimpanan bank anda sehingga

dengan segera.

34 Buku Panduan Sistem Insurans Deposi t

8. Bagaimana pula dengan wang yang dikeluarkan daripada produk simpanan yang dilindungi untuk menyimpan ke dalam produk yang tidak dilindungi atau produk simpanan bank bukan ahli (seperti akaun simpanan dengan Lembaga Tabung Haji atau skim simpanan daripada Skim Simpanan Pendidikan Nasional) di bank saya?

Apabila pendeposit mengeluarkan wang dari akaun simpanan untuk membeli produk yang tidak dilindungi atau produk simpanan bank bukan ahli, jumlah yang dikeluarkan tidak lagi dilindungi oleh PIDM. Bank ahli perlu mendapatkan pengakuan dari pendeposit bahawa dia mengetahui bahawa produk tersebut tidak dilindungi oleh PIDM dan wang yang dikeluarkan untuk mendapatkan produk tersebut tidak lagi dilindungi oleh PIDM.

9. Bagaimana pula dengan wang yang dikeluarkan daripada simpanan yang dilindungi untuk mendapatkan produk takaful atau insurans dengan bank saya?

Bank ahli perlu memaklumkan kepada pendeposit untuk menghubungi PIDM secara langsung untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans. Bank ahli boleh memberikan pendeposit satu salinan brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans yang termasuk butiran hubungan PIDM.

10. Apa yang boleh saya lakukan jika saya ingin mengetahui lebih lanjut mengenai insurans deposit dan perlindungan untuk akaun simpanan saya?

Pendeposit boleh merujuk kepada brosur PIDM mengenai insurans deposit dan "senarai simpanan bank yang diinsuranskan" untuk semua produk simpanan bank yang ditawarkan oleh bank ahli yang dilindungi oleh PIDM.

11. Di manakah pendeposit boleh mendapatkan risalah mengenai insurans deposit?

Risalah PIDM mengenai insurans deposit boleh didapati secara percuma di semua bank ahli serta di laman web mereka atau di laman web PIDM di www.pidm.gov.my. Bank ahli juga dikehendaki memberikan risalah PIDM mengenai insurans deposit kepada pendeposit semasa pembukaan sebarang akaun simpanan bank.

Risalah ini boleh didapati dalam empat bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Pendeposit juga boleh menghubungi PIDM untuk meminta salinan risalah.

12. Bagaimana pendeposit boleh mendapatkan salinan senarai simpanan yang diinsuranskan daripada bank?

Bank ahli dikehendaki memaparkan senarai simpanan yang diinsuranskan melalui laman web mereka. Pendeposit boleh meminta salinan senarai tersebut dan bank ahli perlu memberikannya apabila diminta, tanpa sebarang pembayaran.

3736 Buku Panduan Sistem Insurans Deposi t

Untuk maklumat lanjut:

• Hubungi talian maklumat bebas tol PIDM: 1-800-88-1266 pada Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

• Emel kepada [email protected]

• Layari laman web PIDM www.pidm.gov.my

• Alamat surat-menyurat PIDM:

Bahagian Komunikasi dan Hal Ehwal Awam Perbadanan Insurans Deposit Malaysia Aras 12, Menara Axiata No. 9, Jalan Stesen Sentral 5 Kuala Lumpur Sentral 50470 Kuala Lumpur

MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI: NOTA

38 Buku Panduan Sistem Insurans Deposi t

NOTA