buku panduan insurans deposit

19
Buku Panduan Insurans Deposit

Upload: vananh

Post on 18-Jan-2017

259 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buku Panduan Insurans Deposit

Buku Panduan Insurans Deposit

Aras 12, Quill 7, No. 9, Jalan Stesen Sentral 5,Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur.Telefon : 603-2173 7436 Faks : 603-2173 7527 / 2260 7432Talian Bebas Tol : 1800 88 1266Laman Web : www.pidm.gov.my

Page 2: Buku Panduan Insurans Deposit

PENGENALAN

SISTEM INSURANS DEPOSIT DI MALAYSIA

KEAHLIAN

PERLINDUNGAN

Siapayangdilindungi

Produkyangdilindungi

Hadperlindungan

AkaunkonvensionaldanIslam

Akaunbersama

Akaunmilikantunggal,perkongsian, praktikprofesionaldansyarikat

Akaunamanah

Penggabunganinstitusikewangan

PEMBIAYAAN

PEMBAYARAN KEPADA PENDEPOSIT

PERUNTUKAN MAKLUMAT MENGENAI INSURANS DEPOSIT

MAKLUMAT LANJUT

2

3

8

10

10

11

12

16

17

18

19

23

24

26

28

33

KANDUNGAN

Page 3: Buku Panduan Insurans Deposit

2 Buku Panduan Insurans Deposi t 3

Insurans deposit adalah sistem yang melindungi pendeposit daripada kehilangan deposit yang diinsuranskan sekiranya berlaku kegagalan bank. Sebagai komponen penting dalam jaringan keselamatan kewangan, insurans deposit menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan negara.

Insurans deposit diperkenalkan buat kali pertama di Amerika Syarikat pada 1933 berikutan peristiwa Kemelesetan Ekonomi Besar (Great Depression). Sejak itu, insurans deposit telah dilaksanakan di lebih 100 negara, termasuk Kanada, Perancis, Jepun, Filipina, Korea Selatan dan Taiwan.

Di Malaysia, sistem insurans deposit diberi mandat menerusi undang-undang dan ditadbir oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM), sebuah badan berkanun yang ditubuhkan pada 2005. PIDM dipertanggungjawabkan mentadbir sistem itu dengan efisien dan efektif demi kepentingan pendeposit dan pemegang kepentingan utama lain.

Sistem insurans deposit nasional itu dibentuk khusus bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia. Antara ciri-ciri uniknya ialah perlindungan bagi kedua-dua deposit konvensional dan deposit Islam (diuruskan berlandaskan prinsip-prinsip Syariah) di bawah sebuah organisasi.

Sejajar dengan perkembangan antarabangsa, had dan skop perlindungan di bawah sistem insurans deposit nasional itu telah diperluaskan dengan enakmen Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Akta PIDM). Ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk memantapkan perlindungan konsumer kewangan di negara ini.

1. Apakah Insurans Deposit?

Insurans deposit ialah satu sistem yang ditubuhkan oleh Kerajaan bagi menyediakan perlindungan kepada pendeposit terhadap kehilangan deposit diinsuranskan yang disimpan di bank-bank ahli, sekiranya

berlaku kegagalan bank1. Sistem ini diperkenalkan di Malaysia pada 1 September 2005.

Insurans deposit secara umumnya ialah skim yang ditaja oleh kerajaan. Sistem ini tidak disediakan atau berkaitan dengan atau diurus oleh mana-mana syarikat insurans am atau hayat. Di Malaysia, sistem insurans deposit ditadbir oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM).

2. Apakah PIDM?

PIDM ialah agensi Kerajaan yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Akta PIDM). PIDM ditubuhkan pada 2005 untuk mentadbir sistem insurans deposit nasional yang disasarkan untuk melindungi pendeposit. Mulai 31 Disember 2010, peranan PIDM telah diperluaskan untuk mentadbir Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans bagi menyediakan perlindungan kepada pemilik sijil takaful dan polisi insurans. PIDM juga menyediakan insentif bagi pengurusan risiko mantap dalam sistem kewangan, serta menggalakkan dan menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan di Malaysia.

PIDM juga dikenali di peringkat antarabangsa sebagai Malaysia Deposit

Insurance Corporation (MDIC).

PENGENALAN SISTEM INSURANS DEPOSIT DI MALAYSIA

¹ Sila rujuk kepada bahagian “Keahlian” dalam Buku Panduan ini.

Page 4: Buku Panduan Insurans Deposit

4 Buku Panduan Insurans Deposi t 5

3. Apakah mandat PIDM?

Di bawah Akta PIDM, objek berkanun PIDM adalah untuk: (a) mentadbir sistem insurans deposit dan sistem perlindungan manfaat

takaful dan insurans di bawah Akta PIDM; (b) menyediakan insurans terhadap kehilangan sebahagian atau kesemua

deposit di bawah tanggungjawab bank ahli dan menyediakan perlindungan terhadap kehilangan sebahagian atau kesemua manfaat takaful atau insurans di bawah tanggungjawab ahli penginsurans;

(c) memperuntukkan insentif bagi pengurusan risiko yang wajar dalam sistem kewangan; dan

(d) menggalakkan atau menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan.

Dalam mencapai matlamatnya di bawah perenggan (b) dan (d), PIDM akan bertindak dengan cara bagi meminimumkan kos kepada sistem kewangan.

4. Apakah fungsi-fungsi utama PIDM?

• Mentadbir Sistem Insurans Deposit dan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans di Malaysia.

• Mentaksirkan dan memungut premium daripada institusi ahli yang merangkumi bank, serta pengendali takaful dan syarikat insurans.

• Mengurus enam kumpulan dana yang berasingan dan berbeza – dua bagi insurans deposit dan empat bagi perlindungan manfaat takaful dan insurans.

• Mengendalikan resolusi sesebuah institusi ahli yang tidak berdaya maju. • Membuat pembayaran balik deposit kepada pendeposit sekiranya

sesebuah bank ahli mengalami kegagalan atau membuat pembayaran terhadap tuntutan manfaat yang layak bagi pemilik sijil takaful dan polisi insurans sekiranya berlaku kegagalan ahli penginsurans.

• Mematuhi prinsip-prinsip Syariah berkenaan deposit Islam, manfaat takaful serta kumpulan dana insurans deposit Islam dan perlindungan takaful.

• Melaksanakan inisiatif kesedaran awam dan program pendidikan bagi memantapkan pemahaman mengenai Sistem Insurans Deposit, Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans serta peranan PIDM.

5. Siapa yang mentadbir PIDM?

PIDM ditadbir oleh Lembaga Pengarah yang diketuai oleh Pengerusi bukan eksekutif. Ahli lain termasuk dua ahli ex officio, iaitu Gabenor Bank Negara Malaysia dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, seorang pengarah daripada sektor awam, seorang pengarah lain daripada sektor awam atau mempunyai pengalaman dalam sektor awam, dan empat pengarah daripada sektor swasta dengan salah seorangnya mempunyai pengalaman berkaitan sektor perbankan dan kewangan. Pengerusi dan semua ahli bukan ex officio dilantik oleh Menteri Kewangan.

Seorang Ketua Pegawai Eksekutif bertanggungjawab bagi pengawasan dan pengurusan operasi harian PIDM. Peranan pengurusan Ketua Pegawai Eksekutif disokong oleh Ketua Pegawai Operasi dan Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif yang diwakili oleh Ketua-Ketua Bahagian dalam PIDM.

Maklumat selanjutnya mengenai tadbir urus PIDM boleh dirujuk di www.pidm.gov.my.

6. Apakah kelebihan insurans deposit kepada pendeposit?

• PIDM melindungi pendeposit yang menyimpan deposit diinsuranskan di bank-bank ahli.

• Perlindungan insurans deposit disediakan secara automatik tanpa caj kepada pendeposit.

• Sekiranya berlaku kegagalan bank ahli, PIDM akan membayar balik deposit diinsuranskan kepada pendeposit dengan segera.

Page 5: Buku Panduan Insurans Deposit

6 Buku Panduan Insurans Deposi t 7

7. Apakah kelebihan insurans deposit kepada sistem kewangan?

• Menggalakkan keyakinan awam terhadap sistem kewangan Malaysia dengan melindungi pendeposit terhadap kehilangan wang deposit.

• Memperkukuh dan melengkapkan rangka kerja pengawalseliaan yang sedia ada dengan menyediakan insentif bagi pengurusan risiko mampan dalam sistem kewangan.

• Meminimumkan kos kepada sistem kewangan menerusi penyelesaian kos terendah bagi mengendalikan resolusi bank ahli yang tidak berdaya maju.

• Menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan menerusi pengendalian resolusi bank ahli yang tidak berdaya maju dengan pantas dan membuat pembayaran balik kepada pendeposit secepat mungkin.

8. Dengan pelaksanaan sistem insurans deposit, apakah perbezaan antara peranan PIDM dengan Bank Negara Malaysia (BNM)?

BNM ialah pengawal selia utama sistem kewangan dan terus bertanggungjawab bagi mengekalkan kestabilan sistem kewangan. PIDM bekerjasama rapat dengan BNM dan melengkapkan peranan BNM dalam menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan dengan mentadbir sistem insurans deposit dan memupuk pengurusan risiko berhemat oleh bank-bank ahli.

Hubungan kerja kami diberi mandat dalam Akta PIDM dan diperincikan

dalam Perjanjian Perikatan Strategik. Perkongsian kami dengan BNM memastikan pertukaran maklumat yang sewajarnya berkaitan institusi ahli dan kerjasama dalam semua aktiviti penting.

9. Bagaimana PIDM menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan?

PIDM melengkapkan rangka kerja pengawalseliaan yang sedia ada dengan menyediakan insentif kepada bank-bank ahli untuk melaksanakan amalan pengurusan risiko mantap. PIDM diperkasakan dengan pelbagai instrumen perundangan yang meluas bagi membolehkan intervensi lebih awal agar mengurangkan atau mengelakkan kerugian kepada sistem kewangan.

Di bawah Akta PIDM, kuasa intervensi dan resolusi PIDM adalah meluas dan termasuk kuasa untuk memperoleh aset daripada bank ahli, membuat pinjaman atau pendahuluan kepada bank ahli, memperoleh saham bank ahli, dan mengambil semua tindakan yang perlu untuk mengurangkan kos kegagalan kepada sistem kewangan. Sebaik sahaja BNM memaklumkan kepada PIDM bahawa sesebuah bank ahli tidak lagi berdaya maju, PIDM mempunyai bidang kuasa lain, termasuk kuasa untuk mengambil alih kawalan bank ahli, menubuhkan institusi perantaraan dan menstruktur semula atau membubarkan bank ahli dalam melaksanakan penyelesaian kos terendah.

Page 6: Buku Panduan Insurans Deposit

8 Buku Panduan Insurans Deposi t 9

1. Bank-bank yang manakah merupakan institusi ahli PIDM?

Bank-bank ahli PIDM ialah semua bank perdagangan berlesen di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan dan semua bank Islam berlesen di bawah Akta Bank Islam, termasuk bank asing yang beroperasi di Malaysia. Keahlian adalah wajib mengikut peruntukan di bawah Akta PIDM.

2. Bagaimana cara mengenal pasti sesebuah bank sebagai institusi ahli PIDM?

Satu senarai bank yang merupakan institusi ahli PIDM (juga dikenali sebagai "bank ahli") boleh diperoleh sama ada dengan menghubungi PIDM di talian 1-800-88-1266 atau menerusi laman web PIDM di www.pidm.gov.my.

Di bawah Peraturan-Peraturan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Peruntukan Maklumat Mengenai Insurans Deposit) 2011, semua bank ahli dikehendaki mempamerkan tanda keahlian ini di pintu masuk semua cawangan.

3. Adakah deposit di cawangan dan anak syarikat bank-bank domestik di luar Malaysia dilindungi?

Tidak, tetapi deposit itu mungkin dilindungi oleh skim perlindungan atau insurans deposit yang beroperasi di negara tersebut.

4. Adakah bank pelaburan, institusi kewangan pembangunan [seperti Bank Simpanan Nasional, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank), dan lain-lain] atau bank Islam antarabangsa institusi ahli PIDM?

Pada masa ini, institusi tersebut bukan institusi ahli PIDM. Justeru, deposit yang disimpan di bank pelaburan, institusi kewangan pembangunan dan bank Islam antarabangsa tidak dilindungi di bawah sistem insurans deposit yang ditadbir oleh PIDM.

KEAHLIAN

Semenanjung Malaysia

Sabah Sarawak

Page 7: Buku Panduan Insurans Deposit

10 Buku Panduan Insurans Deposi t 11

Siapayangdilindungi 1. Adakah perlindungan insurans deposit disediakan kepada semua

pendeposit?

Ya, semua pendeposit – individu dan entiti perniagaan – menikmati perlindungan insurans deposit asalkan mereka memiliki akaun deposit yang layak dilindungi dengan sesebuah bank ahli.

2. Adakah deposit yang disimpan di bank ahli oleh bukan pemastautin

atau pemastautin Malaysia yang menetap di luar Malaysia dilindungi?

Ya, kewarganegaraan dan tempat tinggal pendeposit tidak menjejaskan perlindungan insurans deposit. Deposit yang disimpan di bank ahli akan dilindungi sehingga RM250,000 bagi setiap pendeposit di setiap bank ahli.

3. Adakah pendeposit perlu memohon atau mendaftar bagi mendapatkan perlindungan insurans deposit?

Tidak, pendeposit tidak perlu memohon atau mendaftar bagi mendapatkan perlindungan insurans deposit. Insurans deposit disediakan secara automatik bagi akaun deposit layak yang disimpan di bank-bank ahli.

Produkyangdilindungi 1. Apakah jenis deposit yang dilindungi?

Deposit yang layak dilindungi termasuklah: • Deposit simpanan; • Deposit semasa atau permintaan; • Deposit tetap; • Deposit mata wang asing; • Produk berstruktur konvensional dijamin prinsipal; • Akaun deposit Islam seperti akaun simpanan wadiah dan deposit

pelaburan Mudharabah; dan • Draf bank, cek, arahan atau instrumen pembayaran lain yang dibuat

terhadap akaun deposit.

PIDM boleh meluluskan instrumen kewangan lain, dari semasa ke semasa, sebagai layak untuk perlindungan insurans deposit.

2. Apakah jenis produk yang tidak dilindungi?

Produk berikut tidak layak mendapat perlindungan insurans deposit: • Deposit berstruktur konvensional yang tidak dijamin prinsipal • Deposit yang tidak boleh dibayar di Malaysia • Deposit pasaran wang • Instrumen deposit boleh niaga dan deposit pembawa lain • Perjanjian pembelian semula • Amanah saham, stok dan saham • Produk atau akaun pelaburan berkaitan emas

PERLINDUNGAN

Page 8: Buku Panduan Insurans Deposit

12 Buku Panduan Insurans Deposi t 13

3. Bagaimanakah pendeposit boleh mengetahui sama ada deposit mereka layak mendapat perlindungan insurans deposit?

Bank ahli dikehendaki memaklumkan kepada pendeposit sama ada sesuatu produk deposit layak atau tidak layak bagi mendapatkan perlindungan insurans deposit oleh PIDM sebelum mereka menyimpan wang mereka. Semua produk deposit yang layak dilindungi disenaraikan dalam satu daftar senarai oleh setiap bank ahli dan daftar ini disediakan secara percuma bagi rujukan orang awam.

Syarat-syarat ini adalah sejajar dengan Peraturan-Peraturan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Peruntukan Maklumat Mengenai Insurans Deposit) 2011 bagi memastikan bank ahli menyediakan maklumat yang tepat, relevan dan terkini mengenai perlindungan insurans deposit.

Butiran lanjut disediakan dalam bahagian “Peruntukan Maklumat Mengenai Insurans Deposit” dalam Buku Panduan ini.

Hadperlindungan 1. Apakah had perlindungan insurans deposit?

PIDM melindungi deposit layak sehingga RM250,000 bagi setiap pendeposit di setiap bank ahli. Had RM250,000 itu termasuk amaun prinsipal deposit dan faedah/pulangan. Had itu juga terpakai secara berasingan kepada deposit Islam dan konvensional.

2. Mengapa had perlindungan ditetapkan pada RM250,000?

Had itu ditetapkan berdasarkan satu kaji selidik yang menunjukkan bahawa 99% daripada semua pendeposit akan dilindungi sepenuhnya oleh PIDM pada had itu.

3. Bolehkah saya beli perlindungan tambahan sekiranya amaun deposit saya melebihi RM250,000?

Tidak. Insurans deposit tidak boleh dibeli kerana perlindungan ini bukan seperti produk insurans am atau insurans hayat. Insurans deposit disediakan secara automatik oleh Kerajaan dan ditadbir oleh PIDM bagi manfaat pendeposit.

4. Bagaimanakah sekiranya seseorang pendeposit mempunyai beberapa akaun deposit dalam bank ahli yang sama?

Semua akaun deposit yang disimpan oleh seseorang pendeposit akan dijumlahkan dan dilindungi sehingga RM250,000.

Pemegang Akaun Jenis Akaun Amaun (RM)

Anita Simpanan 100,000

Semasa 100,000

Deposit tetap 80,000

Jumlah deposit 280,000

Dilindungi oleh PIDM 250,000

Contoh

Page 9: Buku Panduan Insurans Deposit

14 Buku Panduan Insurans Deposi t 15

5. Bagaimanakah sekiranya akaun pendeposit dalam sesebuah bank ahli berjumlah kurang daripada had perlindungan RM250,000?

Akaun deposit akan dijumlahkan dan dilindungi sehingga amaun sebenar yang disimpan oleh pendeposit tertakluk kepada had perlindungan maksimum RM250,000.

Pemegang Akaun Jenis Akaun Amaun (RM)

Melissa Simpanan 5,000

Semasa 5,000

Deposit tetap 15,000

Jumlah deposit 25,000

Dilindungi oleh PIDM 25,000

Contoh

6. Bagaimanakah sekiranya seseorang pendeposit mempunyai akaun deposit mata wang asing dan juga akaun deposit mata wang Ringgit Malaysia di bank ahli yang sama?

Bagi tujuan insurans deposit, sekiranya seseorang pendeposit menyimpan deposit mata wang asing dan juga deposit Ringgit Malaysia dalam bank ahli yang sama, amaun deposit akan dijumlahkan dan pendeposit akan menikmati perlindungan sehingga RM250,000.

Pemegang Akaun

Jenis AkaunAmaun (Mata Wang Asing)

Amaun (RM atau bersamaan RM)

Liza Simpanan 100,000 300,000

Semasa 100,000

Deposit tetap 80,000

Jumlah deposit 480,000

Dilindungi oleh PIDM 250,000

Contoh

Andaian: 1 unit mata wang asing = RM3.00

8. Bagaimanakah sekiranya seseorang pendeposit mempunyai jenis

akaun berbeza di bank ahli yang sama?

Pendeposit menikmati perlindungan berasingan bagi akaun Islam dan

akaun konvensional. Akta PIDM memperuntukkan had perlindungan

berasingan RM250,000 bagi setiap pendeposit yang memegang jenis

deposit berikut:

• Akaun individu

• Akaun bersama

• Akaun amanah

• Akaun milikan tunggal, perkongsian, praktik profesional dan syarikat

Pemegang Akaun

Jenis Akaun Cawangan Amaun (RM)

Jeffrey Simpanan Kuala Lumpur 80,000

Semasa Ipoh, Perak 150,000

Deposit tetap Kuching, Sarawak 80,000

Jumlah deposit 310,000

Dilindungi oleh PIDM 250,000

Contoh

7. Bagaimanakah sekiranya seseorang pendeposit mempunyai beberapa akaun deposit di cawangan berbeza bank ahli yang sama?

Semua akaun deposit yang disimpan oleh seseorang pendeposit di cawangan berbeza bank ahli yang sama akan dijumlahkan dan dilindungi sehingga RM250,000.

Page 10: Buku Panduan Insurans Deposit

16 Buku Panduan Insurans Deposi t 17

9. Jika saya mempunyai deposit di beberapa bank ahli, adakah semua deposit saya akan dijumlahkan bagi tujuan insurans deposit?

Tidak, deposit dalam bank ahli berbeza dilindungi secara berasingan. Had perlindungan RM250,000 itu terpakai bagi setiap pendeposit di setiap bank ahli.

AkaunKonvensionaldanIslam 1. Adakah deposit Islam dan konvensional di bank ahli yang sama

dilindungi secara berasingan?

Ya, deposit Islam dan konvensional layak bagi had perlindungan berasingan RM250,000.

Jumlah perlindungan insurans deposit Zita ialah RM500,000 terdiri RM250,000 bagi deposit konvensional dan RM250,000 bagi deposit Islam.

Pemegang Akaun

Jenis Akaun Bank Amaun (RM) Dilindungi (RM)

May Simpanan X 200,000 200,000

Semasa Y 300,000 250,000

Deposit tetap Z 80,000 80,000

Jumlah deposit 580,000

Dilindungi oleh PIDM 530,000

Contoh

Pemegang Akaun Jenis Akaun Amaun (RM) Dilindungi (RM)

Zita Simpanan konvensional 150,000

Semasa konvensional 150,000

Jumlah konvensional 300,000 250,000

Simpanan Islam 275,000 250,000

Jumlah deposit 575,000 500,000

Contoh

Jumlah perlindungan insurans deposit adalah sebanyak RM640,000 terdiri daripada:

• Perlindungan RM50,000 bagi akaun individu Daniel • Perlindungan RM100,000 bagi akaun bersama Daniel dan isteri • Perlindungan RM250,000 bagi akaun bersama Daniel, isteri dan anak

lelaki • Perlindungan RM240,000 bagi akaun bersama Daniel, isteri dan anak

perempuan Bagi akaun bersama, deposit layak bagi mendapat perlindungan insurans

deposit berasingan dengan syarat: • akaun deposit disimpan sebagai akaun bersama; • deposit itu disimpan dalam akaun deposit boleh diinsuranskan; dan • Butiran terperinci setiap pemegang akaun bersama didedahkan dalam

rekod bank ahli termasuk nama, alamat dan nombor kad pengenalan atau nombor pasport.

Akaunbersama 1. Adakah akaun bersama menikmati perlindungan insurans deposit

berasingan?

Ya, deposit yang dimiliki bersama dilindungi secara berasingan daripada jenis akaun deposit lain. Selain itu, akaun bersama yang disimpan bersama pemegang akaun bersama berbeza menikmati perlindungan berasingan. Bagaimanapun, perlindungan maksimum bagi akaun bersama ialah RM250,000 secara kolektif dan bukan RM250,000 bagi setiap pemegang akaun bersama.

Pemegang Akaun Jenis Akaun Amaun (RM) Dilindungi (RM)Daniel Individu 50,000 50,000

Daniel dan isteri Bersama (Simpanan) 50,000Bersama (Semasa) 50,000 100,000

Daniel, isteri dan anak lelaki

Bersama 260,000 250,000

Daniel, isteri dan anak perempuan

Bersama 240,000 240,000

Jumlah 650,000 640,000

Contoh

Page 11: Buku Panduan Insurans Deposit

18 Buku Panduan Insurans Deposi t 19

Jumlah perlindungan insurans deposit ialah RM680,000 terdiri daripada: • Perlindungan RM250,000 bagi akaun peribadi Maria yang disimpan

sebagai individu • Perlindungan RM250,000 bagi Maria, Leong & Co • Perlindungan RM180,000 bagi Maria Flowers and Gifts Sdn. Bhd.

Akaunamanah 1. Adakah akaun amanah menikmati perlindungan insurans deposit

berasingan? Ya, deposit dalam akaun amanah (termasuk akaun deposit pelanggan yang

disimpan oleh praktik profesional) dilindungi secara berasingan daripada deposit dalam jenis akaun lain.

Akaun amanah disimpan oleh pemegang amanah bagi manfaat seorang

atau lebih benefisiari. Benefisiari akaun amanah boleh menerima perlindungan insurans deposit

berasingan sekiranya akaun deposit amanah layak mendapat perlindungan insurans deposit, dan pemegang amanah mengemukakan kepentingan setiap benefisiari dan amaun berkewajipan kepada setiap benefisiari dalam rekod bank ahli.

Bagi butiran lanjut mengenai pengemukaan maklumat akaun amanah, sila rujuk kepada Peraturan-Peraturan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Keperluan Pendedahan bagi Akaun Amanah dan Akaun Bersama) 2007 yang boleh diperoleh di laman web PIDM (www.pidm.gov.my).

PIDM berhak untuk tidak melindungi mana-mana akaun amanah, sekiranya

mengikut pertimbangannya, amanah itu diwujudkan khususnya untuk mendapatkan atau meningkatkan perlindungan insurans deposit.

Pemegang Akaun

Jenis Deposit

Jenis Akaun

Amaun (RM) Dilindungi (RM)

Maria Individu Simpanan 300,000 250,000

Maria, Leong & Co (firma guaman)

Praktik profesional

Semasa 280,000 250,000

Maria Flowers and Gifts Sdn. Bhd.

Syarikat Semasa 180,000 180,000

Jumlah deposit

760,000 680,000

Contoh

Akaunmilikantunggal,perkongsian,praktikprofesionaldansyarikat1. Bagaimana dengan deposit yang disimpan oleh akaun milikan

tunggal, perkongsian, praktik profesional atau syarikat?

Deposit yang disimpan di bawah akaun milikan tunggal, perkongsian atau syarikat atau disimpan oleh seorang pendeposit yang menjalankan praktik profesional dilindungi secara berasingan, dengan syarat maklumat pemilikan itu didedahkan dalam rekod bank ahli.

Dalam hal perkongsian, praktik profesional atau syarikat, perlindungan maksimum bagi entiti tersebut ialah RM250,000 secara kolektif dan bukan RM250,000 bagi setiap rakan kongsi.

Page 12: Buku Panduan Insurans Deposit

20 Buku Panduan Insurans Deposi t 21

4. Bagaimana sekiranya beberapa pemegang amanah menyimpan akaun bagi seseorang benefisiari di bank ahli yang sama?

Benefisiari itu menerima perlindungan berasingan sehingga RM250,000 bagi setiap akaun.

Jumlah perlindungan insurans deposit ialah RM500,000 terdiri daripada RM250,000 bagi anak lelakinya dan RM250,000 bagi anak perempuannya.

5. Bagaimana sekiranya pemegang amanah menyimpan satu akaun bagi beberapa benefisiari dan gagal mendedahkan maklumat mengenai benefisiari?

Akaun itu akan dianggap sebagai akaun deposit biasa yang disimpan oleh pemegang amanah dan had perlindungan RM250,000 bagi setiap pendeposit di setiap bank akan terpakai.

Akaun ini hanya akan dilindungi sehingga RM250,000.

Akaun Benefisiari Amaun (RM) Dilindungi (RM)

1 Roy sebagai pemegang amanah

Anak lelaki 260,000 250,000

2 Roy sebagai pemegang amanah

Anak perempuan 260,000 250,000

Jumlah deposit 520,000 500,000

Akaun Pemegang Amanah Benefisiari Amaun (RM) Dilindungi (RM)

1 Ramli & Co. Andy 300,000 250,000

2 Chew & Co. Andy 300,000 250,000

3 Gopal & Co. Andy 100,000 100,000

Contoh

Akaun Pemegang Amanah

BenefisiariJumlah Amaun (RM)

Dilindungi (RM)

1 Ramli & Co. Tidak didedahkan

500,000 250,000

Contoh

3. Bagaimana sekiranya pemegang amanah menyimpan beberapa akaun bagi seseorang benefisiari di bank ahli yang sama?

Setiap akaun dilindungi secara berasingan sehingga RM250,000 dengan syarat kepentingan setiap benefisiari didedahkan dalam rekod bank ahli.

Contoh Roy mempunyai dua akaun deposit amanah bagi anak-anaknya dalam

bank ahli yang sama.

Akaun Benefisiari Amaun (RM)

1 Rena sebagai pemegang amanah Anak lelaki 50,000

2 Rena sebagai pemegang amanah Anak lelaki 50,000

Jumlah deposit 100,000

Dilindungi 100,000

2. Bagaimana sekiranya pemegang amanah menyimpan beberapa akaun bagi seseorang benefisiari dalam bank ahli yang sama?

Semua deposit akan dijumlahkan dan dilindungi sehingga RM250,000.

Contoh Rena mempunyai dua akaun deposit amanah bagi anak lelakinya dalam

bank ahli yang sama.

Page 13: Buku Panduan Insurans Deposit

22 Buku Panduan Insurans Deposi t 23

Penggabunganinstitusikewangan 1. Apakah yang berlaku kepada deposit diinsuranskan sekiranya dua

bank ahli bergabung?

Sekiranya pendeposit mempunyai deposit di dua atau lebih bank ahli yang bergabung, deposit itu akan terus dilindungi secara berasingan bagi tempoh dua tahun sehingga kematangan atau pengeluaran penuh deposit, yang mana dahulu, selepas tarikh penggabungan atau pengambilalihan.

2. Apakah yang akan berlaku kepada deposit diinsuranskan dalam

penggabungan yang melibatkan institusi bukan ahli?

Sekiranya pendeposit mempunyai deposit di bank ahli yang diambil alih oleh institusi bukan ahli, deposit itu akan terus dilindungi bagi baki tahun tersebut, atau sehingga kematangan atau pengeluaran penuh deposit, yang mana dahulu, selepas tarikh penggabungan.

6. Apakah tanggungjawab seseorang pemegang amanah bagi memastikan akaun amanah diberikan perlindungan insurans deposit sewajarnya bagi setiap benefisiari?

Seseorang pemegang amanah bertanggungjawab mengemukakan maklumat berikut kepada bank ahli yang memegang akaun amanah tersebut:

• Satu kenyataan bahawa deposit itu ialah akaun amanah yang mempunyai benefisiari

• Nombor akaun amanah • Nama, alamat dan nombor kad pengenalan atau nombor pasport

setiap benefisiari • Butir-butir amaun atau peratusan kepentingan setiap benefisiari dalam

deposit itu pada 31 Disember tahun sebelumnya

Pemegang amanah itu tidak perlu mengemukakan nama dan alamat setiap benefisiari sekiranya pemegang amanah dilarang oleh undang-undang atau terma dan syarat amanah untuk membuat pengemukaan sedemikian. Sebaliknya, pemegang amanah boleh menggunakan kod alphanumerik berasingan atau pengenal pasti lain untuk mewakili setiap benefisiari dalam rekod pemegang amanah.

7. Bilakah pengemukaan maklumat akaun amanah dikehendaki?

Maklumat tersebut perlu dikemukakan kepada bank ahli pada 31 Mac setiap tahun berkaitan baki dalam akaun amanah pada 31 Disember tahun sebelumnya. Pengemukaan tahunan itu dibuat kepada bank ahli dan bukan PIDM.

Bagi maklumat lanjut mengenai pengemukaan maklumat akaun amanah, sila rujuk kepada Peraturan-Peraturan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Keperluan Pendedahan bagi Akaun Amanah dan Akaun Bersama) 2007 yang boleh diperoleh di laman web PIDM (www.pidm.gov.my).

Page 14: Buku Panduan Insurans Deposit

24 Buku Panduan Insurans Deposi t 25

4. Apakah yang berlaku kepada premium yang dibayar oleh bank ahli?

Premium yang dibayar oleh bank ahli digunakan bagi membiayai operasi PIDM dan membina rizab bagi memenuhi sebarang pembayaran kepada pendeposit sekiranya berlaku kegagalan bank ahli.

Oleh sebab sistem insurans deposit menyediakan perlindungan bagi deposit konvensional dan Islam, PIDM menyenggara dan mentadbir dua kumpulan dana insurans deposit berasingan:

• KumpulanDanaInsuransDepositIslam– terdiri daripada premium yang diterima oleh PIDM bagi perlindungan deposit diinsuranskan Islam dan pulangan yang diperoleh selepas memenuhi kos langsung mengendalikan sistem insurans deposit Islam.

• Kumpulan Dana Insurans Deposit Konvensional – terdiri daripada premium yang diterima oleh PIDM bagi perlindungan deposit diinsuranskan konvensional dan pendapatan pelaburan yang diperoleh selepas memenuhi kos mengendalikan sistem insurans deposit konvensional.

5. Bagaimana dana lebihan dilaburkan?

Dana lebihan dikumpul untuk membina rizab bagi memenuhi obligasi masa depan kepada pendeposit. Objektif polisi pelaburan PIDM adalah untuk memelihara modal dan menyenggara dana bagi memenuhi obligasi masa depan.

Polisi pelaburan terkini PIDM adalah sejajar dengan keperluan Akta PIDM dengan pelaburan dalam sekuriti Kerajaan atau Bank Negara Malaysia (BNM) dalam mata wang Ringgit berjangka pendek. Pelaburan yang dibuat daripada Kumpulan Dana Insurans Deposit Islam diuruskan berlandaskan prinsip-prinsip Syariah.

1. Bagaimana PIDM dibiayai?

PIDM dibiayai oleh premium tahunan yang dibayar oleh institusi ahli. Justeru, tiada kos langsung kepada pendeposit bagi perlindungan insurans deposit. Sekiranya PIDM dikehendaki membuat pembayaran balik deposit kepada pendeposit, dana PIDM akan digunakan untuk membuat pembayaran balik deposit diinsuranskan kepada pendeposit.

2. Bagaimana premium dikira?

Premium tahunan dikira dengan mendarabkan jumlah deposit diinsuranskan dengan kadar premium boleh diguna pakai yang ditentukan di bawah rangka kerja Sistem Premium Berbeza.

Premium tahunan = Jumlah deposit diinsuranskan* x Kadar premium ditetapkan

* kedudukan pada 31 Disember tahun taksiran sebelumnya

Kadar premium ditetapkan yang boleh diguna pakai terhadap bank ahli di bawah rangka kerja Sistem Premium Berbeza akan berdasarkan profil risiko bank ahli. Bank ahli dengan profil risiko lebih tinggi tertakluk kepada kadar premium lebih tinggi berbanding dengan bank ahli dengan profil risiko lebih rendah.

Bagi penjelasan lanjut, sila rujuk kepada “Garis Panduan Sistem Premium Berbeza” dan “Garis Panduan Jumlah Deposit Diinsuranskan: Pengiraan dan Penyiapan Borang Serahan” yang boleh diperoleh di laman web PIDM (www.pidm.gov.my).

3. Bilakah bank ahli dikehendaki membayar premium tahunan?

Bank ahli dikehendaki membayar premium tahunan pada 31 Mei setiap tahun taksiran.

PEMBIAYAAN

Page 15: Buku Panduan Insurans Deposit

26 Buku Panduan Insurans Deposi t 27

1. Dalam keadaan apakah pembayaran dibuat kepada pendeposit?

Sekiranya berlaku kegagalan bank ahli yang memerlukan pembayaran dibuat kepada pendeposit, PIDM akan membayar balik pendeposit sehingga amaun yang dilindungi. PIDM akan membuat pembayaran di bawah keadaan berikut:

• Pembayaranwajib– Jika perintah penggulungan telah dibuat berkenaan dengan sesebuah bank ahli, PIDM akan membayar balik deposit yang diinsuranskan secepat mungkin dan tidak melewati tempoh tiga bulan dari tarikh perintah penggulungan.

• Pembayaranbudibicara– dengan kelulusan Menteri Kewangan, jika: (i) Bank ahli yang memegang deposit tidak dapat membayar balik

deposit diinsuranskan kerana: perintah mahkamah; satu tindakan diambil oleh badan pengawal selia atau PIDM; atau satu tindakan diambil oleh pentadbir dan/atau pengurus harta

ketika bank berada di bawah pentadbir harta milik; (ii) Satu petisyen bagi penggulungan bank dikemukakan kepada

mahkamah; atau (iii) Keahlian bank sebagai bank ahli PIDM telah dibatalkan atau

ditamatkan.

2. Daripada dana-dana yang manakah deposit akan dibayar balik?

Pembayaran balik deposit konvensional (dan kos berkaitan) akan dibuat daripada Kumpulan Dana Insurans Deposit Konvensional manakala pembayaran balik deposit Islam (dan kos berkaitan) akan dibuat daripada Kumpulan Dana Insurans Deposit Islam.

PEMBAYARAN KEPADA PENDEPOSIT

3. Bagaimanakah dan bilakah pembayaran balik akan dibuat?

PIDM akan membuat pengumuman untuk memaklumkan kepada pendeposit cara dan masa pembayaran balik deposit diinsuranskan akan dibuat. PIDM juga akan menyediakan saluran komunikasi, termasuk Pusat Panggilan dan laman web, bagi orang awam yang ingin mengetahui kedudukan deposit diinsuranskan mereka.

4. Adakah pendeposit perlu mengemukakan tuntutan bagi pembayaran balik?

Tidak, mereka tidak perlu mengemukakan sebarang tuntutan. PIDM akan membayar balik kepada pendeposit berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada bank ahli berkaitan deposit diinsuranskan mereka.

5. Bagaimana pula dengan amaun deposit yang tidak diinsuranskan?

Jika berlaku pembubaran sesebuah bank ahli, pendeposit boleh mendaftarkan tuntutan kepada likuidator bank ahli bagi mendapat semula amaun yang melebihi amaun yang diinsuranskan.

Page 16: Buku Panduan Insurans Deposit

28 Buku Panduan Insurans Deposi t 29

1. Apakah Peraturan-Peraturan Maklumat Insurans Deposit?

Peraturan-Peraturan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Peruntukan Maklumat Mengenai Insurans Deposit) 2011, juga dikenali sebagai Peraturan-Peraturan Maklumat Insurans Deposit, memastikan bank-bank ahli menyediakan kepada pendeposit maklumat penting mengenai perlindungan insurans deposit termasuk had dan skop perlindungan yang disediakan oleh PIDM.

Peraturan-Peraturan ini membolehkan pendeposit mendapatkan semua maklumat yang mereka perlukan bagi membuat keputusan berdasarkan maklumat mengenai produk deposit yang ditawarkan oleh bank ahli. Bank ahli juga dikehendaki memaklumkan kepada pendeposit sama ada sesuatu produk deposit itu layak bagi perlindungan insurans deposit oleh PIDM sebelum mereka menyimpan dana mereka di bank tersebut.

2. Apakah objektif utama Peraturan-Peraturan Maklumat Insurans Deposit?

Peraturan-Peraturan itu memastikan bank-bank ahli menyediakan kepada pendeposit maklumat yang tepat, relevan dan terkini mengenai perlindungan insurans deposit dan perlindungan bagi produk deposit mereka.

3. Bagaimana Peraturan-Peraturan Maklumat Insurans Deposit memberi manfaat kepada orang awam?

Peraturan-Peraturan itu memupuk ketelusan di kalangan bank ahli dan memantapkan perlindungan konsumer kewangan. Pendeposit boleh membuat keputusan kewangan berdasarkan maklumat yang disediakan oleh bank ahli. Peraturan-Peraturan itu akan menberi kejelasan kepada orang awam mengenai kebolehinsuranan produk deposit.

PERUNTUKAN MAKLUMAT MENGENAI INSURANS DEPOSIT

4. Dengan penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Maklumat Insurans Deposit, apakah yang boleh didapati oleh pendeposit daripada bank?

Sebelum pendeposit menyimpan dana mereka dalam mana-mana produk deposit, bank ahli dikehendaki:

• Memaklumkan kepada pendeposit sama ada sesuatu produk deposit itu layak atau tidak layak bagi mendapatkan perlindungan insurans deposit daripada PIDM;

• Menyediakan kepada pendeposit brosur PIDM mengenai insurans deposit; dan

• Mendapatkan perakuan daripada pendeposit bahawa beliau mengetahui produk tersebut diinsuranskan atau tidak diinsuranskan oleh PIDM dan telah menerima brosur PIDM mengenai insurans deposit.

Selain itu, bank ahli harus merujukkan pendeposit kepada daftar senarai semua produk deposit yang layak bagi perlindungan insurans deposit.

5. Apakah perlambangan yang perlu dibuat oleh institusi ahli bagi menunjukkan keahliannya dalam PIDM?

Semua bank ahli dikehendaki mempamerkan tanda keahlian PIDM di pejabat, laman web dan pelindung skrin (screensaver) atau halaman utama mesin teler automatik (ATM). Pendeposit perlu memerhatikan tanda keahlian ini bagi mengesahkan sama ada bank tersebut ialah bank ahli PIDM.

Senarai bank ahli boleh diperoleh sama ada dengan menghubungi PIDM di talian 1-800-88-1266 atau mengakses laman web PIDM di www.pidm.gov.my.

Semenanjung Malaysia

Sabah Sarawak

Page 17: Buku Panduan Insurans Deposit

30 Buku Panduan Insurans Deposi t 31

6. Adakah Peraturan-Peraturan Maklumat Insurans Deposit ini terpakai kepada kedua-dua produk deposit konvensional dan Islam?

Ya, Peraturan-Peraturan ini terpakai kepada kedua-dua produk deposit konvensional dan Islam.

7. Apakah jenis pendedahan bagi kebolehinsuranan produk?

Terdapat dua jenis pendedahan:

• Pendedahan positif yang menyatakan sesuatu produk itu diinsuranskan oleh PIDM.

• Pendedahan negatif yang menyatakan sesuatu produk itu tidak diinsuranskan oleh PIDM.

8. Di manakah boleh saya dapatkan maklumat tersebut? Maklumat akan disiarkan dalam “instrumen” deposit, seperti perjanjian

atau dokumen yang dikeluarkan oleh bank ahli kepada pelanggan mereka. Bagaimanapun, slip bank, cek, draf bank, kad dan sebarang bentuk pengesahan lain sementara atau rakaman urus niaga kewangan dikecualikan daripada Peraturan-Peraturan ini.

9. Adakah pendedahan sedemikian diperlukan bagi produk deposit jenis gabungan?

Ya. Produk atau deposit hibrid dikehendaki menyiarkan pernyataan yang menunjukkan perbezaan jelas antara komponen deposit diinsuranskan dan deposit tidak diinsuranskan. Bagi produk hibrid, perbezaan jelas perlu dibuat antara komponen deposit diinsuranskan atau deposit tidak diinsuranskan dan komponen produk bukan deposit.

Deposit hibrid mempunyai komponen kedua-dua deposit diinsuranskan dan deposit tidak diinsuranskan, manakala produk hibrid mempunyai komponen kedua-dua deposit diinsuranskan dan tidak diinsuranskan, dan produk bukan deposit.

10. Adakah skim saham amanah dilindungi oleh PIDM?

Tidak. Apabila menjual saham amanah, bank ahli dikehendaki mendapatkan perakuan daripada pelanggan bahawa mereka mengetahui yang skim saham amanah tidak dilindungi oleh PIDM.

11. Bagaimana pula dengan pengeluaran wang daripada deposit diinsuranskan bagi pembelian saham amanah?

Sebaik sahaja pendeposit mengeluarkan wang daripada akaun deposit untuk membeli saham amanah, amaun yang dikeluarkan itu tidak lagi layak mendapat perlindungan insurans deposit. Bank ahli wajib mendapatkan perakuan daripada pendeposit yang menunjukkan mereka mengetahui wang sedemikian tidak lagi dilindungi oleh PIDM.

12. Di manakah pendeposit boleh mendapatkan brosur mengenai insurans deposit?

Brosur PIDM disediakan secara percuma di semua bank ahli serta di laman web bank ahli atau di laman web PIDM di www.pidm.gov.my. Bank ahli juga dikehendaki menyediakan kepada pendeposit brosur PIDM sebelum mereka menyimpan dana mereka dalam mana-mana produk deposit.

Brosur itu terdapat dalam enam bahasa, iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun. Pendeposit boleh menghubungi PIDM untuk meminta salinan brosur dalam bahasa pilihan mereka.

Page 18: Buku Panduan Insurans Deposit

32 Buku Panduan Insurans Deposi t 33

13. Bagaimanakah pendeposit boleh mendapatkan senarai produk deposit diinsuranskan?

Bank-bank ahli dikehendaki mempamerkan daftar produk deposit diinsuranskan dengan jelas di pejabat cawangan yang menjalankan urusan pengambilan deposit atau di laman web masing-masing. Pendeposit boleh meminta sesalinan daftar itu dan bank ahli dikehendaki menyediakannya kepada pendeposit.

14. Adakah pendeposit perlu membayar bagi mendapatkan daftar tersebut?

Tidak, sesiapa sahaja boleh meminta sesalinan daftar itu secara percuma.

15. Adakah Peraturan-Peraturan Maklumat Insurans Deposit terpakai kepada cawangan luar negara bank-bank ahli?

Tidak, Peraturan-Peraturan itu terpakai hanya di Malaysia bagi bank ahli PIDM.

Bagimendapatkanmaklumatlanjut:

•HubungitalianmaklumatbebastolPIDM:1-800-88-1266

dari8.30pagihingga5.30petang(IsninhinggaJumaat)

[email protected]

•LayarilamanwebPIDMdiwww.pidm.gov.my

•TuliskepadaPIDMdialamatberikut:

Bahagian Komunikasi dan Hal Ehwal Awam

PerbadananInsuransDepositMalaysia

Aras12,Quill7

No.9,JalanStesenSentral5

KualaLumpurSentral

50470KualaLumpur

Atau:

P.O.Box13071

50798KualaLumpur

No.Tel:+603-21737436

No.Faks:+603-21737527/22607432

MAKLUMAT LANJUT

Page 19: Buku Panduan Insurans Deposit

Buku Panduan Insurans Deposit

Aras 12, Quill 7, No. 9, Jalan Stesen Sentral 5,Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur.Telefon : 603-2173 7436 Faks : 603-2173 7527 / 2260 7432Talian Bebas Tol : 1800 88 1266Laman Web : www.pidm.gov.my