perbadanan insurans deposit malaysia...

13
PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION KERTAS RUNDINGAN MENGENAI CADANGAN PINDAAN KEPADA AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005 YANG MELIBATKAN TRANSAKSI KEWANGAN TERTENTU Tarikh Dikeluarkan : 30 Jun 2010 Tarikh Tutup : 30 Julai 2010 © Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2010

Upload: trinhhanh

Post on 15-Mar-2018

233 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA …pidm.gov.my/downloads/consultation_paper_pidm_act_amendments...MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION ... PIDM tidak mengeluarkan kenyataan

PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION

KERTAS RUNDINGAN MENGENAI CADANGAN PINDAAN KEPADA

AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005 YANG MELIBATKAN TRANSAKSI KEWANGAN TERTENTU

Tarikh Dikeluarkan : 30 Jun 2010 Tarikh Tutup : 30 Julai 2010

© Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2010

Page 2: PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA …pidm.gov.my/downloads/consultation_paper_pidm_act_amendments...MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION ... PIDM tidak mengeluarkan kenyataan

ISI KANDUNGAN

1. PENGENALAN …................................................................................................................ 3

1.1 LATAR BELAKANG ........................................................................................................ 3 1.2 KERTAS RUNDINGAN JULAI 2007 DAN MAKLUM BALAS ….......................................... 5

2. KAJIAN SEMULA AKTA PIDM YANG KOMPREHENSIF DAN RUNDINGAN ........................... 5

3. CADANGAN PINDAAN BERKAITAN INSTITUSI ANGGOTA ................................ 6

3.1 SEKSYEN 76 DAN 80 AKTA ........................................................................................... 6 3.2 CADANGAN PINDAAN SEKSYEN 80 – TRANSAKSI KEWANGAN YANG DITETAPKAN …. 8 3.3 CADANGAN UNTUK MEMBENARKAN PENANGGUHAN SEMENTARA PEMAKAIAN

PERUNTUKAN PENAMATAN PENJELASAN BERSIH….................................................... 9 3.4 HAK PIDM UNTUK MENAMATKAN ............................................................................ 10

4. “ORANG TERJEJAS” ....................................................................................................... 10

4.1 SEKSYEN 27 DAN JADUAL KETIGA AKTA – LATAR BELAKANG ……………..................... 10 4.2 CADANGAN PINDAAN................................................................................................ 12

5. MAKLUM BALAS ............................................................................................................ 13

Page 3: PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA …pidm.gov.my/downloads/consultation_paper_pidm_act_amendments...MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION ... PIDM tidak mengeluarkan kenyataan

1. PENGENALAN 1.1 Latar Belakang 1.1.1 Mukadimah Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2005 (“Akta”) menyatakan,

antara lain, bahawa:

“…kestabilan sistem kewangan adalah penentu utama pembangunan ekonomi dan kemakmuran Malaysia; …”; dan “.. peruntukan khas diperlukan demi kepentingan awam untuk memberi kuasa kepada Perbadanan melaksanakan dengan segera tindakan resolusi yang dinyatakan dalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan…”.

1.1.2 Objektif Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (“PIDM”) di bawah seksyen 4 Akta

adalah untuk:

(i) mentadbir suatu sistem insurans deposit di bawah Akta; (ii) menyediakan insurans terhadap kehilangan sebahagian atau kesemua deposit

institusi anggota; (iii) menyediakan insentif bagi pengurusan risiko yang wajar dalam sistem kewangan;

dan (iv) menggalakkan atau menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan.

1.1.3 Dalam mencapai objektifnya seperti yang dinyatakan di perenggan 1.1.2(ii) dan (iv) di

atas, PIDM hendaklah bertindak dalam apa-apa cara bagi meminimumkan kos kepada sistem kewangan.

1.1.4 PIDM boleh melaksanakan mana-mana atau semua kuasanya di bawah Akta termasuk

yang berikut:

(i) Institusi anggota (bank-bank berlesen). PIDM mempunyai kuasa mengambil alih kawalan keseluruhan atau sebahagian aset, liabiliti, perniagaan dan hal ehwal sesebuah institusi anggota, termasuk menjalankan urusan perniagaannya, mengurus aset dan liabiliti dan melupuskan asetnya, atau melantik mana-mana orang untuk berbuat demikian bagi pihak PIDM, sebaik sahaja PIDM menerima notis daripada Bank Negara Malaysia (“BNM”) bahawa institusi anggota tersebut tidak lagi berdaya maju atau berkemungkinan tidak berdaya maju 1.

1 Seksyen 70 dan perenggan (c) subseksyen 71(1) Akta.

Page 4: PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA …pidm.gov.my/downloads/consultation_paper_pidm_act_amendments...MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION ... PIDM tidak mengeluarkan kenyataan

(ii) “Orang terjejas”. PIDM mempunyai kuasa melantik seorang konservator untuk

mengurus orang terjejas (sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta) sekiranya

PIDM berpuas hati bahawa:

(a) orang terjejas utama tidak berupaya atau berkemungkinan tidak berupaya untuk membayar hutangnya, atau tidak berupaya atau berkemungkinan tidak berupaya untuk memenuhi kewajipannya kepada pemiutangnya;

(b) kemandirian orang terjejas utama dan keseluruhan atau mana-mana

bahagian asetnya sebagai usaha berterusan boleh tercapai; (c) penghasilan aset orang terjejas utama yang lebih menguntungkan boleh

tercapai selain suatu penggulungan; atau (d) pelantikan itu boleh mencapai penghasilan yang lebih menguntungkan

atau penyelesaian yang lebih cepat terhadap suatu kewajipan atau liabiliti yang terhutang oleh mana-mana orang kepada PIDM atau mana-mana subsidiari PIDM.2

1.1.5 International Swaps and Derivatives Association, Inc. (“ISDA”), yang mewakili peserta dalam industri derivatif diniagakan secara tertutup atau di kaunter, mendapat pandangan undang-undang daripada peguam Malaysia mengenai kebolehkuatkuasaan peruntukan undang-undang di Malaysia yang berkaitan dengan:

(i) penjelasan bersih atau penjelasan bersama berdasarkan kedudukan pihak-pihak

yang berurusan; (ii) akses segera kepada cagaran; dan (iii) penutupan atau penamatan kedudukan dengan segera tanpa tertakluk kepada

penggantungan undang-undang yang berpanjangan; (secara kolektif, “peruntukan penamatan penjelasan bersih”) yang terkandung dalam perjanjian ISDA.

1.1.6 Peguam Malaysia berpendapat bahawa, secara amnya, peruntukan penamatan

penjelasan bersih boleh dikuatkuasakan, tertakluk kepada batasan tertentu dalam Akta Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 1998 (“Akta Danaharta”) dan Akta.

2 Subseksyen 27(1) Akta.

Page 5: PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA …pidm.gov.my/downloads/consultation_paper_pidm_act_amendments...MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION ... PIDM tidak mengeluarkan kenyataan

1.1.7 Peruntukan dalam Akta yang memberi impak kepada peruntukan penamatan penjelasan

bersih ialah seksyen 27, 76, 80 dan Jadual Ketiga. Isu yang terbit daripada Akta

Danaharta tidak akan dibincangkan dalam kertas rundingan ini.

1.1.8 Oleh itu, Malaysia tidak dianggap sebagai mempunyai status “bidang kuasa mesra

penamatan penjelasan bersih” oleh ISDA akibat peruntukan statutori yang dinyatakan di

atas.

1.2 Kertas rundingan Julai 2007 dan maklum balas 1.2.1 PIDM mengeluarkan suatu kertas rundingan pada 23 Julai 2007 (“Rundingan Julai”)

mengenai cadangan untukmencapai kebolehkuatkuasaan peruntukan penamatan penjelasan bersih di Malaysia, khususnya di bawah Akta.

1.2.2 Berikutan Rundingan Julai itu, PIDM telah mengeluarkan Peraturan-Peraturan

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Perjanjian Dan Transaksi Kewangan Di Bawah Perenggan 80(h) Akta) 2008 yang berkuat kuasa pada 30 Oktober 2008 (“Peraturan-Peraturan tersebut”). Peraturan-Peraturan tersebut telah melanjutkan senarai transaksi kewangan yang dinyatakan dalam seksyen 80, mengikut senarai yang telah disediakan oleh ISDA. Senarai transaksi kewangan itu dikecualikan daripada peruntukan penggantungan di bawah seksyen 76 Akta. Menurut Peraturan–Peraturan tersebut, kewajipan penamatan dan penjelasan bersih di bawah transaksi kewangan tersebut tidak dihalang oleh peruntukan penggantungan dalam Akta ketika pengambilalihan kawalan sesebuah institusi anggota di bawah Akta.

1.2.3 Berikutan maklum balas rundingan itu juga, PIDM tidak mengeluarkan kenyataan polisi

dengan transaksi kewangan orang terjejas. 1.2.4 Rundingan Julai telah menjelaskan bahawa PIDM merancang untuk menjalankan kajian

semula yang menyeluruh terhadap Akta. PIDM juga telah menyatakan bahawa ia akan mengkaji semula peruntukan yang terkandung dalam Akta serta langkah-langkah yang telah diambil bagi mencapai status “bidang kuasa mesra penamatan penjelasan bersih”. Kajian semula itu bertujuan memastikan PIDM memenuhi mandatnya secara berkesan dan efisien.

2. KAJIAN SEMULA AKTA PIDM YANG KOMPREHENSIF DAN RUNDINGAN 2.1 Kini, PIDM telah selesai mengkaji semula Akta secara menyeluruh. PIDM telah mengenal

pasti bidang yang berkenaan dengan transaksi kewangan sesebuah institusi anggota atau orang terjejas yang memerlukan pindaan perundangan.

Page 6: PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA …pidm.gov.my/downloads/consultation_paper_pidm_act_amendments...MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION ... PIDM tidak mengeluarkan kenyataan

2.2 Justeru, PIDM mengeluarkan, untuk rundingan, cadangan meminda peruntukan dalam Akta yang berkaitan dengan derivatif di Malaysia.

2.3 PIDM dengan ini mempelawa komen bertulis daripada pihak-pihak yang berminat mengenai cadangan dan isu-isu yang dibangkitkan dalam kertas rundingan ini.

2.4 Komen bertulis hendaklah dikemukakan kepada PIDM tidak lewat dari 30 Julai 2010

kepada:

Lim Lee Na/Lim Tai Ching Perbadanan Insurans Deposit Malaysia Peti Surat 13071 50798 Kuala Lumpur Pertanyaan: 03-21737436 E-mel: [email protected]

2.5 Komen anda mungkin akan disiarkan oleh PIDM secara awam. Sila nyatakan dalam maklum balas anda sekiranya anda tidak mahu mana-mana komen disiarkan.

3. CADANGAN PINDAAN BERKAITAN INSTITUSI ANGGOTA 3.1 Seksyen-seksyen 76 dan 80 Akta 3.1.1 Sebaik sahaja PIDM atau orang yang dilantik mengambil alih kawalan sesebuah institusi

anggota, seksyen 76 Akta memperuntukkan, antara lain, bahawa, dari tarikh pengambilalihan kawalan tersebut:

(i) tiada pemiutang institusi anggota mempunyai apa-apa remedi terhadap institusi

anggota atau asetnya; (ii) tiada pemiutang yang mempunyai apa-apa hak tolakan terhadap institusi

anggota, tetapi ini tidaklah termasuk penyatuan akaun yang biasanya disenggara bagi tujuan menyediakan perkhidmatan penjelasan dan penyelesaian atau perkhidmatan yang dinyatakan dalam seksyen 79 Akta; dan

(iii) tiada seseorang pun boleh menamatkan atau meminda mana-mana perjanjian

dengan institusi anggota atau menuntut suatu bayaran dipercepatkan di bawah apa-apa perjanjian sedemikian dengan institusi anggota hanya kerana—

(a) ketidaksolvenan institusi anggota;

Page 7: PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA …pidm.gov.my/downloads/consultation_paper_pidm_act_amendments...MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION ... PIDM tidak mengeluarkan kenyataan

(b) suatu keingkaran oleh institusi anggota dalam melaksanakan kewajipannya di bawah perjanjian itu, sebelum pengambilalihan kawalan di bawah perenggan (c) subseksyen 71(1) oleh PIDM atau orang yang dilantik, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkuat kuasa,; atau

(c) pengambilalihan kawalan di bawah perenggan (c) subseksyen 71(1) oleh

PIDM atau orang yang dilantik, mengikut mana-mana yang berkenaan, (secara kolektif, “penggantungan prosiding”).

3.1.2 Penggantungan prosiding tidak terpakai terhadap transaksi kewangan tertentu yang

disenaraikan dalam seksyen 80 Akta dan transaksi kewangan tersebut boleh ditolak atau ditamatkan mengikut terma-termanya.

3.1.3 Sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 1.2.2 di atas, Peraturan-Peraturan

tersebut telah melanjutkan senarai dalam seksyen 80. Oleh itu, senarai transaksi kewangan yang tidak tertakluk kepada peruntukan penggantungan dalam seksyen 76 pada waktu ini adalah seperti berikut:

(i) perjanjian swap mata wang atau kadar faedah atau niaga hadapan atau opsyen; (ii) perjanjian semerta, niaga hadapan, hadapan atau pertukaran mata wang asing

lain atau kadar hadapan; (iii) swap komoditi atau asas; (iv) perjanjian belian semula; (v) mana-mana derivatif berkaitan bon atau sekuriti hutang yang lain atau mana-

mana ekuiti atau derivatif kredit; (vi) mana-mana derivatif, gabungan atau opsyen berkenaan dengan, atau perjanjian

yang seumpama dengan, suatu perjanjian atau transaksi yang dinyatakan dalam perenggan (i) hingga (v);

(vii) mana-mana perjanjian induk berkenaan dengan mana-mana perjanjian atau

transaksi yang dinyatakan dalam perenggan (i) hingga (vi); (viii) jaminan liabiliti di bawah suatu perjanjian atau transaksi yang dinyatakan dalam

perenggan (i) hingga (vii); (ix) derivatif ekuiti seperti swap ekuiti, swap indeks ekuiti, ekuiti hadapan, opsyen

ekuiti dan opsyen indeks ekuiti;

Page 8: PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA …pidm.gov.my/downloads/consultation_paper_pidm_act_amendments...MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION ... PIDM tidak mengeluarkan kenyataan

(x) derivatif berkaitan dengan bon atau sekuriti hutang yang lain atau indeks bon atau indeks sekuriti hutang yang lain seperti swap jumlah pulangan dan swap hadapan, opsyen dan opsyen indeks bagi bon atau sekuriti hutang yang lain;

(xi) derivatif kredit seperti swap keingkaran kredit, swap kumpulan keingkaran

kredit, swap jumlah pulangan dan opsyen keingkaran kredit; (xii) perjanjian untuk membeli, menjual, meminjam atau memberi pinjaman sekuriti,

atau gabungan aktiviti berkenaan, seperti perjanjian memberi pinjaman sekuriti dan perjanjian membeli-dan-menjual-balik sekuriti;

(xiii) perjanjian untuk membeli, menjual, meminjam atau memberi pinjaman

komoditi, atau gabungan aktiviti berkenaan, seperti perjanjian memberi pinjaman komoditi dan perjanjian membeli-dan-menjual-balik komoditi;

(xiv) perjanjian pindah hakmilik kolateral berkaitan dengan mana-mana perjanjian

atau transaksi yang dinyatakan dalam perenggan (ix) hingga (xiii) di atas dan perenggan 80(a) hingga (g) Akta; dan

(xv) mana-mana perjanjian dan transaksi, selain perjanjian dan transaksi yang

dinyatakan dalam perenggan (i) hingga (xiv) di atas dan perenggan 80(a) hingga (g) Akta, jika perjanjian, transaksi dan aset yang menjadi asas perjanjian dan transaksi itu mematuhi Syariah.

3.2 Cadangan Pindaan Seksyen 80 – Transaksi Kewangan yang Ditetapkan 3.2.1 PIDM mencadangkan untuk meminda seksyen 80 dengan memasukkan senarai derivatif

yang tidak tertakluk kepada seksyen 76 dalam Akta.3 3.2.2 PIDM mencadangkan pindaan kepada Akta bagi menjelaskan jenis-jenis derivatif dan

perjanjian kolateral yang dikecualikan daripada pemakaian seksyen 76 Akta. Ini bertujuan memastikan transaksi yang dinyatakan dalam seksyen 80 secara tidak langsung merangkumi perjanjian yang lain, seperti perjanjian penawaran, yang tidak akan dikeluarkan secara nyata daripada pemakaian seksyen 76. Pindaan yang dicadangkan adalah sejajar dengan peruntukan perundangan yang terdapat di bidang kuasa lain, seperti Kanada, yang mempunyai objektif yang sama.

3.2.3 PIDM juga mencadangkan untuk memberi takrif transaksi kewangan dalam seksyen 80

yang akan dipinda, sebagai “transaksi kewangan yang ditetapkan” dalam seksyen 2 Akta.

3 Ini akan melibatkan pemansuhan Peraturan-Peraturan tersebut apabila senarai dalam Peraturan-Peraturan tersebut digabungkan dalam seksyen 80.

Page 9: PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA …pidm.gov.my/downloads/consultation_paper_pidm_act_amendments...MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION ... PIDM tidak mengeluarkan kenyataan

3.3 Cadangan Untuk Membenarkan Penangguhan Sementara Pemakaian Peruntukan

Penamatan Penjelasan Bersih 3.3.1 “Laporan dan Cadangan Kumpulan Resolusi Bank Rentas Sempadan” yang terakhir

daripada Bank of International Settlement telah dikeluarkan pada bulan Mac 2010

susulan rundingan sejak bulan September 2009 (“Laporan BIS”).

3.3.2 Cadangan 9 Laporan BIS menyatakan:

“Pihak berkuasa resolusi negara hendaklah mempunyai kuasa undang-undang untuk menangguh waktu pemakaian serta merta klausa kontrak penamatan awal secara sementara, bagi tujuan melengkapkan pemindahan kontrak pasaran kewangan tertentu kepada institusi kewangan lain yang kukuh, institusi kewangan perantara atau entiti awam lain. Sekiranya tiada pemindahan berlaku, pihak berkuasa hendaklah memastikan bahawa hak kontrak, untuk menamatkan dan memohon kolateral yang dicagar, dikekalkan. Perundangan yang berkaitan hendaklah dipinda, setakat yang perlu, untuk membenarkan penangguhan sementara pemakaian klausa penamatan sedemikian bagi tujuan menggalakkan kesinambungan fungsi pasaran”.

3.3.3 Sebagaimana yang dinyatakan dalam Laporan BIS4:

“Walaupun perlindungan semasa bagi pembatalan dan penamatan penjelasan bersih kontrak kewangan boleh mengurangkan risiko penularan pada pasaran biasa, sekiranya semua pihak yang terbabit (dengan sesebuah bank yang gagal) melaksanakan hak untuk membatalkan serta merta kontrak kewangan, menjelaskan pendedahan secara bersih dan melupuskan kolateral pada peringkat awal sesuatu langkah resolusi, ianya akan menggugat kestabilan kewangan dan mempercepatkan penularan ketika krisis melanda.”

Cadangan untuk membenarkan pindahan

3.3.4 Oleh itu, PIDM mencadangkan peruntukan perundangan yang sejajar dengan cadangan Laporan BIS. Ini akan membenarkan PIDM, ketika pengambilalihan kawalan sesebuah institusi anggota, memindahkan transaksi kewangan yang ditetapkan kepada “pihak ketiga yang ditetapkan” dalam tempoh tertentu. Sekiranya tidak dipindahkan, transaksi tersebut boleh ditamatkan mengikut terma-termanya.

4 Muka surat 42.

Page 10: PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA …pidm.gov.my/downloads/consultation_paper_pidm_act_amendments...MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION ... PIDM tidak mengeluarkan kenyataan

Pihak Ketiga atau Institusi Perantara yang ditetapkan 3.3.5 PIDM mencadangkan agar Akta mengandungi takrif “pihak ketiga yang ditetapkan”

dalam seksyen 2 Akta. Ini meliputi mana-mana individu yang memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh PIDM. PIDM menetapkan individu tersebut (sejajar dengan cadangan Laporan BIS) sebagai sebuah institusi kewangan yang kukuh atau sebuah entiti sektor awam atau sebuah entiti yang dijamin oleh PIDM. Kriteria tersebut akan disiarkan dalam Warta Kerajaan.

3.3.6 Peruntukan lain yang dicadangkan secara khusus akan membenarkan pemindahan

transaksi kewangan yang ditetapkan kepada institusi perantara.

Penangguhan sementara pemakaian serta merta hak penamatan awal 3.3.7 PIDM mencadangkan penangguhan sementara selama sepuluh (10) hari. Selepas

tempoh masa tersebut berakhir, pihak terbabit boleh melaksanakan haknya untuk menamatkan sesuatu transaksi sekiranya PIDM tidak memutuskan untuk memindahkan transaksi tersebut dalam tempoh masa tersebut.

3.3.8 PIDM telah mempertimbangkan tempoh masa yang dicadangkan dan berpendapat ianya

adalah perlu bagi membolehkan PIDM mengumpul dan menilai maklumat yang berkaitan serta membuat keputusan berdasarkan maklumat tersebut. Apabila mengambil alih kawalan sesebuah institusi anggota, PIDM memerlukan masa yang mencukupi untuk menentukan jumlah bilangan derivatif yang belum dijelas, strategi melindungi nilai institusi anggota, proses dan kawalan pemantauan aktiviti berkaitan derivatif, dan sama ada derivatif tersebut bersifat ringkas atau biasa, atau sebaliknya kompleks, serta menilai risiko utama yang terlibat.

Tiada pilih-memilih transaksi

3.3.9 Kuasa untuk memindahkan transaksi seperti yang dicadangkan oleh PIDM di sini tidak akan membenarkan sebarang pilih-memilih transaksi kewangan yang ditetapkan. Sama ada semua transaksi yang ditetapkan, yang melibatkan pihak yang sama, atau tiada satu pun transaksi tersebut yang akan dipindahkan melalui pelaksanaan kuasa sedemikian.

Novasi statutori

3.3.10 PIDM bercadang memasukkan peruntukan baru dalam Akta untuk membenarkan pemindahan transaksi kewangan yang ditetapkan (iaitu novasi) melalui “instrumen pemindahan” secara statutori.

Page 11: PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA …pidm.gov.my/downloads/consultation_paper_pidm_act_amendments...MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION ... PIDM tidak mengeluarkan kenyataan

3.4 Hak PIDM Untuk Menamatkan

Bagi mengelakkan situasi di mana pihak terbabit mempunyai hak untuk menamatkan suatu transaksi dengan sesebuah institusi anggota tetapi enggan melaksanakannya5

(dan PIDM menganggap penamatan sedemikian ialah satu tindakan yang wajar diambil), PIDM mencadangkan peruntukan perundangan yang memberi keupayaan untuk PIDM mengisytiharkan penamatan tersebut.

4. “ORANG TERJEJAS” 4.1 Seksyen 27 dan Jadual Ketiga Akta – Latar Belakang 4.1.1 Seksyen 27 dan Jadual Ketiga berkaitan dengan kuasa PIDM untuk melantik konservator

berkenaan dengan “orang terjejas” dan kuasa konservator.

4.1.2 Seksyen 2 Akta mentakrifkan “orang terjejas” seperti berikut:

(i) mana-mana syarikat yang mempunyai kewajipan atau liabiliti di bawah suatu kemudahan pembiayaan Islam atau kemudahan kredit konvensional kepada PIDM atau mana-mana subsidiari PIDM, sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontingen;

(ii) mana-mana subsidiari syarikat yang disebut dalam perenggan (i); (iii) mana-mana syarikat yang telah menyediakan jaminan bagi pelaksanaan atau

penunaian suatu kewajipan atau liabiliti yang terhutang oleh mana-mana orang kepada PIDM atau mana-mana subsidiari PIDM, sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontingen; atau

(iv) mana-mana syarikat yang sekurang-kurangnya lima peratus daripada modal

syernya telah digadaikan, disandarkan atau digadaijanjikan oleh mana-mana orang untuk menjamin pelaksanaan atau pelepasan suatu kewajipan atau liabiliti yang terhutang oleh mana-mana orang kepada PIDM atau mana-mana subsidiari PIDM, sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontingen;

Orang terjejas boleh terdiri daripada seorang peminjam suatu pinjaman yang telah

diberikan oleh institusi anggota atau seorang yang telah menyediakan cagaran untuk pinjaman tersebut (dan pinjaman tersebut diperoleh PIDM daripada institusi anggota).

5 Seperti yang dialami oleh sesetengah bidang kuasa lain, sebagai contoh, dalam kes Lehman Brothers.

Page 12: PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA …pidm.gov.my/downloads/consultation_paper_pidm_act_amendments...MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION ... PIDM tidak mengeluarkan kenyataan

4.1.3 Perenggan 4 dan 17(1) Jadual Ketiga Akta memperuntukkan moratorium apabila konservator dilantik terhadap orang terjejas. Oleh itu, perjanjian dengan orang terjejas tidak boleh ditamatkan tanpa persetujuan PIDM selepas pelantikan konservator, dan pelantikan konservator tidak dianggap sebagai memberi hak untuk menamatkan perjanjian.

4.2 CADANGAN PINDAAN

Takrif “orang terjejas” 4.2.1 Orang terjejas sepatutnya merujuk kepada, sebagai contoh, seorang peminjam institusi

anggota. Skop takrif semasa “orang terjejas” di bawah Akta adalah luas dan boleh merangkumi institusi anggota6 walaupun ini bukanlah niat polisi PIDM untuk skop takrif tersebut.

4.2.2 Di bawah Akta, PIDM mempunyai kuasa sedia ada yang luas untuk menangani institusi

anggota yang bermasalah. Ini tidak bermaksud PIDM akan melantik konservator terhadap institusi anggota bermasalah dan menggunakan kuasa konservator yang diperuntukkan dalam Jadual Ketiga untuk campur tangan dalam atau menangani institusi anggota bermasalah.

4.2.3 Oleh itu, PIDM bercadang meminda takrif semasa “orang terjejas” dalam seksyen 2 Akta

dengan mengeluarkan institusi anggota secara nyata daripada skop takrif tersebut. Ini akan menyebabkan kuasa dalam seksyen 27 hanya terpakai terhadap institusi bukan anggota.

Cadangan untuk membenarkan pembatalan dan penamatan penjelasan bersih

4.2.4 Perenggan 4 Jadual Ketiga menyatakan bahawa pelantikan seseorang konservator tidak boleh diambil kira sebagai menganggap konservator atau orang terjejas melanggar atau ingkar di bawah mana-mana kontrak, atau diambil kira sebagai membangkitkan hak mana-mana orang untuk menamatkan, membatalkan atau mengubah suai suatu perjanjian.

4.2.5 Perenggan 17(1)(e)(iv) Jadual Ketiga menyatakan bahawa terdapat suatu moratorium

sepanjang tempoh pelantikan konservator dan tiada orang yang boleh menolak apa-apa hutang yang terhutang kepada orang terjejas dengan apa-apa tuntutan terhadap orang terjejas, kecuali dengan keizinan bertulis terlebih dahulu daripada PIDM.

6 Institusi anggota ialah bank komersial atau bank Islam. Ini merupakan syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965. Takrif semasa dalam seksyen 2 Akta boleh merangkumi suatu institusi anggota yang mengambil pinjaman daripada pihak ketiga atau menyediakan cagaran kepada pihak ketiga (dan pinjaman tersebut kemudiannya diperoleh PIDM).

Page 13: PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA …pidm.gov.my/downloads/consultation_paper_pidm_act_amendments...MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION ... PIDM tidak mengeluarkan kenyataan

4.2.6 PIDM bercadang membenarkan penamatan dan penolakan transaksi kewangan yang ditetapkan semasa pelantikan konservator, tertakluk kepada penangguhan sementara pemakaian serta merta peruntukan penamatan awal dalam perjanjian berkenaan.

Penangguhan sementara pemakaian serta merta peruntukan penamatan awal

4.2.7 PIDM mencadangkan kuasa yang sama semasa pelantikan konservator terhadap orang terjejas, sepertimana kuasa yang dibincangkan dalam perenggan 3.3 di atas ketika pengambilalihan kawalan sesebuah institusi anggota, kecuali PIDM (sekiranya ia memutuskan untuk membuat pemindahan) hanya memindahkan transaksi berkenaan kepada pihak ketiga yang ditetapkan dan bukan kepada institusi perantara.

4.2.8 Kesimpulannya:

(a) PIDM akan mencadangkan pindaan kepada Jadual Ketiga Akta, agar pihak terbabit boleh menamatkan transaksi kewangan yang ditetapkan, dengan syarat PIDM tiada memindahkan transaksi tersebut dalam tempoh sepuluh (10) hari dari tarikh pelantikan konservator.

(b) Pemindahan dibuat kepada pihak ketiga yang ditetapkan, iaitu orang yang

memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh PIDM, dan dengan menggunakan

mekanisme statutori iaitu “instrumen pemindahan”.

(c) Tiada pilih-memilih transaksi.

4.2.9 Seperti cadangan dalam perenggan 3.4 di atas, PIDM juga mencadangkan peruntukan perundangan yang membenarkan PIDM menamatkan transaksi kewangan yang ditetapkan jika pihak terbabit yang layak untuk menamatkan transaksi dengan orang terjejas, gagal besrbuat demikian.

5. MAKLUM BALAS

Pandangan dan komen pihak-pihak yang berminat adalah dialu-alukan berkenaan dengan cadangan-cadangan di atas.

-Tamat-