pengenalan edit

Upload: amar-nazirul-haziq

Post on 07-Feb-2018

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/21/2019 Pengenalan Edit

    1/19

    EDU 3083ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

    PENGHARGAAN

    Syukur ke hadrat Illahi kerana atas kurnia dan kudrat yang diberikan dapatlah saya menyiapkan

    tugasan yang diberikan ini. Walaupun jangka masa yang diberikan untuk menyiapkan tugasan

    ini terlalu pendek dan kekangan masa akibat tugas utama yang perlu dipikul, alhamdulillah

    akhirnya tugasan ini dapat disiapkan.

    Ucapan jutaan terima kasih diucapkan kepada Encik Rosli Bin Mohamadkerana di atas tunjuk

    ajar yang diberikan dalam menyiapkan tugasan ini. Mudah-mudahan dengan sedikit ilmu yang

    ada dapat kita kongsikan bersama demi memajukan pendidikan anak bangsa dan juga sebagai

    menambah ilmu pengetahuan tentang Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru

    yang kita gunakan sekarang.

    Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat,

    baik secara langsung atau tidak kerana tanpa bantuan kalian mustahil tugasan ini dapat

    dijayakan.

    Sekian. Terima kasih.

  • 7/21/2019 Pengenalan Edit

    2/19

    EDU 3083ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

    ISI KANDUNGAN

    TAJUK

    PENGHARGAAN

    ISI KANDUNGAN

    PENGENALAN

    BIDANG TUGASAN PENGURUSAN

    KEMAHIRAN-KEMAHIRAN / NILAI-NILAI PROFESSIONALISME

    CADANGAN PROGRAM PERKEMBANGAN PROFESSIONALISME

    REFLEKSI

    PENUTUP

    RUJUKAN

  • 7/21/2019 Pengenalan Edit

    3/19

    EDU 3083ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

    A. PENGENALAN

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan (1989), di Malaysia menekankan bahawa:

    Pendidikan sebagai usaha berterusan untuk memperkembangkan potensi individu

    secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan

    harmoni dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan social berdasarkan kepercayaan

    kepada tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

    pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan untuk mencapai

    kesejahteraan diri serta Negara.

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) ini jika dihayati sepenuhnya

    menunjukkan bahawa guru telah diamanahkan bagi memikul tanggungjawab yang

    sangat berat. Seorang guru perlu berwibawa, peka kepada perubahan dan bijak

    menangani masalah terutama masalah disiplin pelajar. Secara amnya, guru dianggap

    sebagai pakar dalam segala bidang (Shamsudin Haron, 2002).

    Dalam konteks pendidikan moden hari ini, guru adalah golongan professional

    yang melaksanakan tugas kearah mencapai matlamat dan hasrat pendidikan negara

    untuk merealisasikan dan mengembangkan ilmu pengetahuan kepada pelajar dan

    masyarakat bagi membina negara yang bertamadun tinggi. Dalam usaha untuk

    merealisasikan sistem pendidikan itu, beban tugas dan tanggungjawab guru-guru di

    Malaysia telah menjadi sebuah isu yang perlu diambil kira dan tidak dipandang sebelah

    mata oleh semua pihak.

    Perkembangan dalam bidang pendidikan banyak bergantung kepada

    pengalaman yang dicurahkan oleh guru. Walau bagaimanapun beban tugas yang

    diamanahkan kepada guru ini dapat dilaksanakan atau tidak adalah bergantung kepada

    individu guru itu sendiri, selaras dengan perkembangan sistem pendidikan sekarang ini

    seperti persediaan pengajaran dan pembelajaran (pdp), kegiatan kokurikulum, dan juga

    tugas-tugas yang berkaitan dengan perkeranian. Guru juga perlu memastikan

    kelancaran program sekolah yang telah dirancang samaada pada peringkat sekolah,

    daerah, negeri mahupun kebangsaan.

  • 7/21/2019 Pengenalan Edit

    4/19

    EDU 3083ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

    Begitu juga setiap kali perubahan kurikulum berlaku yang didasarkan oleh pihak

    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) maka setiap perubahan yang berlaku itu juga

    mencabar kewibawaan dan menambahkan lagi bebanan seorang guru. Dalam keadaan

    ini akan menyebabkan ramai guru menghadapi tekanan emosi akibat daripada

    perubahan dan pertambahan beban dan tugas tersebut. Penambahan beban tugas ini

    sudah tentu akan membawa kesan yang negative kepada mutu dan kualiti pengajaran

    guru dalam bilik darjah (Abd. Rahim, 1997).

    Pembahagian kerja merupakan perkara yang penting dalam aspek kawalan dan

    pengurusan bagi menganalisis tugas dan pembahagian kerja secara terperinci,

    kemudian membandingkan dengan kemampuan seorang pekerja untuk

    melaksananakan tugas itu dengan terperinci. Gabungan antara tugas dan kemampuan

    bertujuan mewujudkan kecekapan (Abdullah Shukur Abdullah, 1991).

    Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlaku beban tugas dalam

    kalangan guru yang digariskan oleh Daeng Ramli Akil (1993). Di antaranya ialah:

    a) Pengagihan tugas yang tidak seimbang antara guru-guru dalam setahun.

    b) Sikap pentadbir yang suka pilih kasih dan bersikap tidak adil terhadap guru-guru

    tertentu.

    c) Tugas sampingan yang dibebankan dibahu guru-guru oleh pihak atasan.

    d) Tugas sampingan yang diberikan secara mendadak kepada guru.

    Oleh yang demikian, isu ini seharusnya perlu diatasi dan ditangani oleh pihak

    KPM bagi membantu guru-guru di Malaysia dikurangkan beban dan tugas seterusnya

    mereka dapat menumpukan perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran dalam

    bilik darjah. Hal ini penting dalam merealisasikan semua hasrat KPM dan juga FPK.

  • 7/21/2019 Pengenalan Edit

    5/19

    EDU 3083ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

    B. PERANAN DAN TUGAS GURU DI SEKOLAH

    Kejayaan perlaksanaan pembelajaran di sekolah amat bergantung kepada

    budaya kerja seluruh komuniti sekolah. Dalam persekitaran pembelajaran, guru menjadi

    sebagai pemudahcara pembelajaran, pemimpin pedagogi yang inovatif, pencetuspemikiran pelajar, dan pembimbing yang sentiasa berada disisi untuk memandu

    pembelajaran pelajar. Di samping itu, guru perlu lebih mendekatkan diri mereka

    kepada pelajar dan menjadi pengganti kepada ibu bapa mereka semasa berada di

    sekolah. Bertindak sebagai agen perubahan, agen sosial dan seterusnya perlu

    membentuk tingkah laku pelajar supaya benar-benar menjadi manusia yang akhirnya

    dapat menjadi aset berharga kepada negara. Semua guru dipertanggungjawabkan

    untuk menjadi Pembina modal insan seperti yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan. Oleh yang demikian, pelbagai tugas harus dilaksanakan oleh guru bagi

    menggalas amanah yang di berikan agar aset negara yang berharga ini tidak rosak

    ditelan arus pembangunan Negara yang pesat tanpa adanya ilmu pengetahuan dan

    akhlak yang tinggi dalam diri pelajar akibat tiadanya bimbingan dan dorongan daripada

    semua pihak terutamanya guru dan ibu bapa.

    Peranan dan tugas guru yang paling utama ialah guru sebagai tenaga pengajar.

    Tugas utama guru sememangnya mengajar di dalam kelas. Guru perlu merancang dan

    mengajar dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik bagi

    melahirkan pengajaran yang baik dan berkesan. Bahan bantu mengajar ini boleh

    dipelbagaikan dengan penggunaan pelabagai bahan dan sumber yang boleh diubah

    dan diolah agar ianya menjadi menarik untuk diguna pakai dalam proses pengajaran

    dan pebelajaran. Contohnya surat khabar lama boleh diguna semula untuk membuat

    bingkai gambar, bekas meletak alat tulis dan pelbagai lagi. Selain guru dapat mengajar

    pelajar menggunakan bahan yang boleh dikitar semula untuk menghasilkan sesuatu

    bahan baru, guru juga dapat menjana minda pelajar kearah pembelajaran yang lebihkreatif.

    Semasa pengajaran berlaku guru juga perlu berinteraksi dan berkomunikasi

    dengan pelajar tanpa mengira gender, bangsa ataupun agama. Guru hendaklah

    memberi hak yang sama rata terhadap semua pelajar semasa mengajar mereka, tidak

    wujud sikap pilih kasih terhadap sesetengah pelajar sahaja. Guru juga perlu memimpin

  • 7/21/2019 Pengenalan Edit

    6/19

    EDU 3083ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

    pelajar yang mengalami masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya

    pelajar ini tidak ketinggalan jauh dari apa yang kita ajarkan. Guru juga bertindak

    sebagai pemudahcara kepada pelajar ketika di dalam kelas dan memberi bantuan

    kepada mereka sekiranya mereka mengalami masalah. Selain itu, guru juga boleh

    mencipta sesuatu inovasi yang berasaskan teknologi mahupun cara-cara terbaru yang

    bertujuan melahirkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bermakna.

    Menurut Dick & Reiser (1989) menyatakan pembelajaran berkesan adalah

    pembelajaran yang menyeronokkan.

    Selain itu, guru juga bertindak sebagai pembimbing pelajar di sekolah. Menurut

    Crow dan Crow (1983), di bawah konteks pendidikan, bimbingan merujuk kepada

    pemberian bantuan atau pertolongan yang betul kepada pelajar. Bimbingan merupakan

    satu proses untuk menolong pelajar memahami pengalaman, nilai, sikap, dan perlakuan

    yang sesuai dengan kehendak masyarakat. Pelajar yang memerlukan bimbingan

    adalah pelajar yang mempunyai masalah dari segi intelek, rohani, emosi, ataupun

    sosial. Dalam proses bimbingan pelajar berkenaan akan diberikan panduan dan nasihat

    oleh guru yang boleh membantu mereka menyelesaikan masalah tertentu.

    Proses bimbingan merangkumi aspek-aspek seperti orientasi, inventori,

    penempatan, kaunseling, tunjuk ajar, nasihat juga tindakan susulan. Secara umumnya

    bimbingan diadakan oleh guru adalah bertujuan untuk mengembangkan inisiatif,

    tanggungjawab, arahan kendiri, dan bimbingan kendiri pelajar serta mengelak,

    mejangka dan mencegah krisis daripada bermula dalam kehidupan pelajar. Seterusnya,

    dalam proses memberi bimbingan, peranan guru sebagai pembimbing adalah seperti

    mengenal pasti terlebih dahulu pelajar yang bermasalah dan kemudian membuat

    rujukan kepada pihak tertentu seperti ibu bapa, pakar kesihatan dan sebagainya.

    Kemudian, mengumpul maklumat sebanyak yang boleh mengenai pelajar yang terlibat

    dalam proses bimbingan dan memberikan bimbingan secara individu atupun kelompok

    mengikut kesesuaian keadaan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut.

    Selain itu, dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pembimbing, terdapat

    beberapa pendekatan yang perlu diberikan pertimbangan oleh guru. Antara pendekatan

    tersebut adalah seperti bimbingan untuk perkembangan murid. Di mana guru

    menjalankan aktiviti yang memotivasikan pelajar untuk membentuk personaliti dan

  • 7/21/2019 Pengenalan Edit

    7/19

    EDU 3083ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

    konsep kendiri yang positif kearah mencapai prestasi diri yang lebih baik. Bimbingan

    pula diberi berdasrakan kepercayaan bahawa manusia mempunyai kebolehan dan

    kesanggupan yang tidak ada had. Pendekatan lain ialah bimbingan sebagai langkah

    pencegahan. Bimbingan dijalankan bertujuan untuk menyediakan satu sistem

    akauntabiliti bersama antara guru, pentadbir, ibu bapa, rakan sebaya dan ahli-ahli

    komuniti untuk mencegah dan menyekat kemungkinan berlakunya permasalahan dalam

    pembelajaran. Contohnya ponteng sekolah, penyalahgunaan dadah, buli, budaya lepak

    dan sebagainya yang kian menjadi satu permasalahan yang runcing dalam dunia masa

    kini. Akhirnya bimbingan untuk pemulihan juga merupakan satu pendekatan yang perlu

    dipertimbangkan oleh guru untuk membimbing iaitu bimbingan dijalankan untuk

    melaksanakan aktiviti pemulihan kepada pelajar yang lemah supaya mereka dapat

    meningkatkan prestasi diri dalam pencapaian akademik.

  • 7/21/2019 Pengenalan Edit

    8/19

    EDU 3083ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

    C. KEMAHIRAN-KEMAHIRAN PROFESSIONALISME

    Menurut Kamus Dewan (2003), pekerjaan profesional memerlukan pekerjaan

    yang memerlukan pendidikan tinggi dan ia mempunyai latihan khas. Oleh itu, nilai tara

    yang penting bagi menentukan sama ada suatu pekerjaan itu profesional atau bukanprofessional ialah sama ada ia memerlukan pendidikan yang tinggi dan latihan khas.

    Sekiranya sesuatu pekerjaan itu memerlukan pendidikan yang tinggi, latihan dan

    kemahiran khas, maka ia adalah profesional. Oleh yang demikian guru juga adalah

    merupakan satu bidang pekerjaan yang professional dan ianya bukanlah satu

    pekerjaan yang boleh dipandang rendah atau remeh. Hal ini kerana tanpa adanya guru

    maka tidak lahirlah generasi pada masa kini yang menjadi seorang doktor, peguam,

    akauntan, arkitek, dan lain-lain lagi jenis pekerjaan yang hebat-hebat.

    Sehubungan denga itu, dalam usaha untuk meningkatkan mutu pengajaran dan

    pembelajaran, seseorang guru hendaklah memperoleh beberapa kemahiran keguruan

    seperti kemahiran belajar, berfikir, merancang, menyediakan bahan pengajaran dan

    pembelajaran, mengajar, mengurus, menilai, membuat kajian, berkomunikasi,

    mengendalikan aktiviti luar, menjalinkan hubungan sesame manusia, menangani

    masalah dan berusaha kearah perkembangan kendiri.

    a. Kemahiran Belajar

    Kemahiran belajar merupakan kemahiran utama yang perlu ada dalam diri

    seorang guru yang professional. Guru hendaklah sentiasa berusaha melengkapkan diri

    dengan mengemaskini ilmu pengetahuan dan kemahiran dari semasa ke semasa.

    Oleh yang demikian, guru haruslah mempunyai kemahiran belajar agar dapat menerima

    ilmu pengetahuan dengan sempurna. Sekiranya seseorang itu telah memiliki pelbagai

    kemahiran dan pengetahuan hasil daripada pembelajarannya, maka dia akan dapat

    menyampaikan ilmu tersebut kepada orang lain khususnya kepada pelajar. Kemahiran

    belajar merupakan kebolehan untuk memperoleh ilmu pengetahuan secara cekap dan

    berkesan. Sebagai seorang guru profesional, guru perlu menguasai kemahiran ini agar

    dapat membantu pelajar untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang ada pada guru

  • 7/21/2019 Pengenalan Edit

    9/19

    EDU 3083ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

    tersebut. Dengan adanya kemahiran belajar seseorang individu dapat membaca,

    mendengar, membuat nota, mengingat, menggunakan bahan rujukan, mengumpulkan

    maklumat dan menyediakan jadual waktu secara berkesan. Dengan kata lain,

    kemahiran belajar dapat membantu seseorang pelajar meningkatkan pencapaian

    akademik dan seterusnya keyakinan diri menjadi lebih tinggi.

    Kemahiran belajar ini penting dan membawa pelbagai faedah antaranya guru

    dapat melatih pelajar supaya belajar dengan cara yang bijaksana. Dimana pelajar di

    ajar cara-cara untuk belajar sesuatu ilmu pengetahuan itu mengikut kepentingan yang

    tertentu. Tidak membuang masa dengan belajar sesuatu perkara atau topik yang tidak

    penting dan bukan menjadi subjek peperiksaan. Pelajar hendaklah bijaksana dalam

    pengurusan jadual pembelajaran mereka dengan memilih subjek atau topik utama dan

    sukar untuk diberikan tumpuan yang lebih berbanding dengan subjek sampingan yang

    lain. Masa diperuntukkan dengan lebih banyak untuk membuat rujukan dan mengumpul

    maklumat serta membuat latihan secukupnya bagi subjek yang lemah kepada diri

    pelajar agar mereka dapat memperbaiki kelemahan yang ada seterusnya membantu

    diri mereka mencapai kecemerlangan yang seimbang dalam semua subjek mata

    pelajaran yang mereka ambil.

    b. Kemahiran Komunikasi

    Komunikasi merupakan proses penyampaian mesej, samaada secara lisan atau

    bertulis. Sekiranya mesej yang dihantar oleh penyampai dapat difahami maksudnya

    oleh penerima, maka komunikasi berkesan telah pun berlaku. Sebagai seorang guru,

    komunikasi lisan berlaku apabila guru sedang menyampaikan pelajaran atau arahan

    untuk menjalankan sesuatu kerja amali. Ketika guru menulis maklumat di papan putih

    untuk kegunaan pelajar, maka komunikasi secara bertulis telah berlaku. Dalam situasi

    demikian, jelas menunjukkan bahawa kemahiran berkomunikasi amat penting bagi

    seorang guru. Guru yang gagal memperoleh kemahiran berkomunikasi, samaada lisan

    atau bertulis, tidak akan berupaya menyampaikan isi pengajaran dan pembelajaran

    secara berkesan. Komunikasi yang berkesan juga penting demi menjamin

  • 7/21/2019 Pengenalan Edit

    10/19

    EDU 3083ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

    keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Lantaran itu, guru hendaklah mempelajari

    dan berlatih agar dapat berkomunikasi dengan sempurna.

    Selain itu, kemahiran komunikasi memainkan peranan penting kearah

    pembentukan budaya penyayang. Komunikasi berkesan dapat dijelmakan dengan carabertutur, penggunaan bahasa badan, penulisan dan juga penggunaan alat-alat tertentu

    seperti komputer, telefon dan sebagainya. Guru yang mahir berkomunikasi dengan

    murid, biasanya dapat menghasilkan suasana pembelajaran yang dinamik,

    pembentukan akhlak, kemahiran tertentu dapat diterapkan dengan lebih mudah dan

    berkesan. Komunikasi berkesan menghasilkan motivasi berkesan, secara berhemah

    dan berhikmah, nilai murni yang yang hendak ditanam kepada murid melalui jalan

    mudah dan berkesan. Guru perlu memahami murid dan murid akan memahami guru. Ini

    bermaksud guru perlu menggunakan kecekapan kemahiran komunikasi untuk

    mempengaruhi muridnya mengekal tahap motivasi dalam pembelajaran. Interaksi

    dalam bilik darjah melibatkan individu dengan individu dan individu dengan alam

    sekitar. Sekiranya guru dapat menggunakan kemahiran komunikasi dengan berkesan,

    ini akan dapat menghasilkan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran dan dapat

    meningkatkan kecekapan dan meluaskan skop pembelajaran sekaligus dapat

    meningkatkan mutu pengajaran.

    c. Kemahiran Menggunakan ICT

    Masa kini ledakan ilmu telah membawa banyak pembaharuan dalam arena

    pendidikan. Dalam era teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) ini, guru seharusnya

    menimba ilmu dan kemahiran berkaitan dengan pengurusan ICT. Ini adalah sagat

    penting kerana masa akan datang kemudahan-kemudahan berikut akan didapati

    dikebanyakan sekolah dan sekiranya guru ketinggalan dalam ilmu ICT ini maka merekaakan keciciran dalam arus pembangunan negara seterusnya tidak dapat

    menyampaikan dan menggunakan maklumat yang jauh lebih moden kepada pelajar.

    Sejajar dengan agenda baharu pendidikan pada abad ke-21 iaitu meningkatkan

    kemampuan dan komitmen pemimpin pendidikan dan profesion keguruan ke arah

  • 7/21/2019 Pengenalan Edit

    11/19

    EDU 3083ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

    penggunaan ICT selaras dengan revolusi ICT dan reformasi pendidikan bagi

    menghadapi dan menyediakan Malaysia dengan kemajuan alaf baharu.

    Sehubungan dengan itu, salah satu kemahiran profesionalisme guru yang perlu

    ada ialah kemahiran menggunakan ICT. Guru perlu mempunyai kemahiran ini keranadengan menggunakan ICT, penggunaan dan penyebaran ilmu yang meluas ini dapat

    meningkatkan produktiviti dan daya saing bagi memperbaiki kualiti hidup. Pelajar perlu

    didedahkan dengan penggunaan internet, website, on-line, e-mel dan pendekatan

    dan kaedah berasaskan penggunaan komputer. Guru perlu bersedia melaksanakan

    tugas baharu bagi membangunkan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru

    harus memperbaharui pengajaran yang lama dengan menerapkan pembelajaran yang

    dinamik dalam konteks penggunaan teknologi maklumat. Pemikiran positif perlu wujud

    di kalangan pelaksanaan dasar penggunaan ICT di semua peringkat sistem pendidikan

    di negara ini bagi membolehkan ICT diadaptasikan dan diperluaskan dalam budaya

    pembelajaran. Gaya pembejaran tradisional yang menggunakan kapur dan papan putih

    pada masa akan datang sudah tidak releven lagi untuk digunakan. Oleh yang demikian,

    mempelajari dan meningkatkan penggunakan ICT dalam pengajaran dapat menjadikan

    pembelajaran lebih berkesan dan kini maklumat boleh diperolehi dengan mudah, jimat

    dan hanya dihujung jari sahaja.

    Secara kesimpulannya kemahiran-kemahiran yang dijelaskan di atas adalah

    sangat penting untuk seorang guru yang professional dalam melahirkan satu generasi

    yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan berkemampuan dalam semua

    aspek yang dapat membantu meningkatkan tahap serta taraf pendidikan dan

    pembangunan negara kita agar sejajar dan setanding dengan negara-negara luar.

  • 7/21/2019 Pengenalan Edit

    12/19

    EDU 3083ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

    D. CADANGAN PROGRAM PERKEMBANGAN PROFESSIONALISME

    Perkembangan profesional guru sepatutnya mampu membawa perubahan

    kepada organisasi sekolah dan meningkatkan sistem perguruan. Dalam menghadapi

    zaman yang teknologinya berkembang dengan begitu pesat dewasa ini, guru harusmempersiapkan diri mereka dengan profesionalisme diri supaya seiring dengan

    perkembangan zaman.

    Secara amnya, usaha-usaha kearah membangunkan modal insan seorang guru

    dapat dilaksanakan berdasarkan ciri-ciri dan nilai-nilai yang terdapat dalam 10 Prinsip

    Islam Hadhari (Abdullah Md. Zain, 2007). Diantaranya ialah dengan memperbetulkan

    dan memperkasakan pengetahuan umat Islam tentang Tasawwur Islam,

    memperkasakan ketakwaan dan keimanan umat Islam, mempertingkatkan usahapenguasaan ilmu secara meluas, berterusan dan besepadu antara ilmu fardhu ain dan

    fardhu kifayah, melahirkan lebih ramai pakar dalam pelbagai bidang dan menggunakan

    sepenuhnya kepakaran dalam membangunkan negara, menjadikan Malaysia sebagai

    pusat kecemerlangan ilmu dalam semua bidang, memperbanyakkan hasil kajian baru

    yang boleh dimanfaatkan semua manusia dan menonjolkan peranan ilmuan dan

    sumbangan mereka kepada pembangunan ummah serta berusaha menjadikan mereka

    sebagai role modeldalam masyarakat yang bertamadun.

    Di antara strategi khusus yang membolehkan perkembangan profesionalisma

    seorang guru dalam membangunkan modal insan mereka termasuklah aktiviti

    pementoran, melibatkan diri dalam latihan dalam perkhidmatan, kursus dan seminar,

    amalan refleksi, amalan penyelidikan tindakan, latihan profesional berterusan,

    perkembangan profesional online dan penglibatan dalam aktiviti Pusat Kegiatan Guru.

    Salah satu cara untuk meningkatkan profesionalisme di kalangan guru ialah

    sistem pementoran di sekolah. Sistem pementoran adalah suatu sistem dimanaseorang guru yang lebih berpengalaman bertindak sebagai role model,

    penasihat dan pembimbing kepada guru lain yang kurang berpengalaman untuk

    memindahkan perkembangan profesional dan peribadinya. Ini dilaksanakan

    secara bersahaja dalam suasana kasih sayang di sepanjang waktu (Anderson &

    Shannon, 1995). Proses pementoran melibatkan pengajaran, bimbingan,

  • 7/21/2019 Pengenalan Edit

    13/19

    EDU 3083ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

    memberi galakan, kaunseling dan membina persahabatan dengan guru yang

    lebih berpengalaman. Guru juga sepatutnya bertanggungjawab bukan sahaja

    dalam peningkatan profesional guru dibawahnya, malah sepatutnya peningkatan

    keseluruhan perkembangan guru tersebut. Pada kebiasaannya, seorang guru

    akan mempunyai seorang atau beberapa orang mentor untuk membimbingnya.

    Aktiviti-aktiviti dalam Lesson Study melibatkan pelajar, guru dan pensyarah

    dalam pembelajaran dan pengajaran matematik, skil kehidupan, aktiviti hands on

    dan pembinaan silibus. Objektif sebenarnya adalah untuk meningkatkan pendidik

    matematik dengan kegiatan pengajaran matematik yang betul (Hera, 2003). Di

    Jepun, Lesson Study dibuat dengan guru membina pelan pengajaran dan

    membina soalan-soalan dari perspektif pelajar matematik. Dengan menganalisa

    soalan matematik tersebut, guru dikatakan boleh membina soalan matematik

    yang lebih bagus. Ia ternyata dapat meningkatkan profesional guru dari segi

    pengajaran dan pelbagai metod pengajaran. Para pensyarah pula dapat

    mengetahui masalah yang dihadapi oleh guru dengan lebih jelas. Lebih dari itu,

    banyak bahan-bahan alat bantu mengajar telah dihasilkan oleh guru-guru dan

    pensyarah matematik (Marsigit, 2007). Dengan bertambahnya pelbagai bahan

    mengajar, ini akan menjadikan proses pengajaran dan pendidikan lebih efisien.

    Konsep belajar seumur hidup memberi peluang kepada guru membaca, menulisdan membuat penyelidikan tindakan. Ini dapat memahirkan guru, seterusnya

    dapat meningkatkan profesionalisme guru tersebut. Hanya dengan ilmu

    pengetahuan dapat menjadikan manusia bertaqwa dan mengagumi Tuhannya

    (Tajul Ariffin & Noraini, 2002). Dengan ilmu jugalah manusia mampu memikul

    tanggungjawab mengurus dan mentadbir alam ini. Dunia sekarang semakin maju

    dan teknologinya juga cepat berkembang. Kemajuan dalam bidang internet

    memungkinkan guru di Malaysia dapat berhubungan dan bertukar maklumat.

    Bukan itu sahaja, kini dengan konsep dunia tanpa sempadan, membolehkan ilmu

    dan pengalaman dapat sampai ke negara kita dengan cepat. Menurut Mohd

    Amin (2002), guru-guru bahasa Inggeris sangat bagus dengan dengan

    penggunaan internet sebagai contohnya ialah VirTEC (Virtual TeacherEducation

  • 7/21/2019 Pengenalan Edit

    14/19

    EDU 3083ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

    Center) telah berjaya merangsang guru dalam membina profesionalisme

    mereka.

    Bagi sesebuah negara, untuk mendapatkan pendidikan sesuatu subjek yang

    lebih baik mestilah dengan mendapatkan guru yang lebih baik. Pihak kerajaan

    seharusnya menyusun satu program yang canggih dan tersusun untuk melatih

    guru-guru secara berterusan seperti Kursus Pendek Kelolaan Maktab (KPKM)

    dan lain-lain kursus. Sepanjang latihan, guru akan didedahkan dengan

    kemahiran dalam subjek, mengembangkan kemahiran-kemahiran, memperkaya

    diri dengan pengetahuan dan trend-trend pengajaran dan pembelajaran. Setelah

    menghadiri kursus, guru yang pulang ke sekolah masing-masing sepatutnya

    menjalankan latihan dalaman untuk sekolah masing-masing agar guru-guru lain

    juga dapat pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tertentu seperti

    pembelajaran bestari, pengajaran matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris,

    teknologi maklumat dan komunikasi atau bimbingan dan kaunseling.

    Pihak sekolah dicadangkan membudayakan kerja berkumpulan di sekolah

    masing-masing. Satu kumpulan terdiri daripada 2 hingga 5 orang guru bekerja

    bersama untuk merancang, melaksanakan dan menilai aktiviti pembelajaran

    untuk sekumpulan pelajar yang sama. Guru dalam satu kumpulan itu sebaiknya

    berbeza dari segi subjek yang diajar, minat, perspektif dan tahap pembelajaran.Ini akan memberi kekuatan pada kumpulan dan perkembangan setiap ahli.

    Kelebihan cara ini ialah dapat meningkatkan prestasi pelajar dari sudut

    bertambahnya tanggungjawab terhadap pembelajaran. Pendedahan kepada skil

    dan pandangan dari lebih daripada seorang guru boleh membina kefahaman

    yang lebih matang. Pembelajaran juga akan menjadi lebih aktif. Ini boleh

    membawa pelajar mengarah kepada kerja berpasukan. Kajian mendapati

    bahawa pelajar telah menilai yang kerja berkumpulan benar-benar berkesan

    dalam pembelajaran mereka (Quinn et al., 1984).

    Pihak sekolah juga sepatutnya mengaktifkan program Bimbingan Rakan Sekerja.

    Ia adalah satu program untuk melatih guru yang dapat membantu guru lain

    disekolah melalui pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi melalui

    sokongan, perbincangan dan perkongsian amalan pengajaran. Ia juga boleh

  • 7/21/2019 Pengenalan Edit

    15/19

    EDU 3083ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

    dikatakan sebagai satu kaedah peningkatan profesional yang dapat

    meningkatkan mutu pengajaran. Ianya satu program dimana guru berkongsi

    kemahiran dan menyumbang kepada sokongan dan bantuan untuk belajar skil-

    skil pengajaran yang baru dan menyelesaikan masalah berkaitan pengajaran

    (Dalton, 1991). Ia juga dilihat sebagai satu strategi yang sangat baik untuk

    meningkatkan profesional seorang guru kerana melalui strategi ini guru dapat

    mengemaskini latihan pengajarannya dan meningkatkan pencapaian pelajar

    (Joyce et al., 1996). Diantara peranan program ini ialah ia dapat merangsang

    perkembangan peribadi dan profesionalisme, berkongsi strategi yang berkesan

    dalam proses pengajaran, memberi peluang untuk membina dan mengguna skil

    bimbingan dan akhirnya membantu dalam melibatkan diri dalam isu peribadi atau

    profesional.

    Kesimpulannya, jelaslah bahawa terdapat beberapa cadangan program atau

    langkah-langkah yang boleh diambil dalam meningkatkan perkembangan

    professionalisme keguruan di Malaysia. Profesion keguruan ini merupakan salah satu

    profesion yang professional dan menjadi nadi utama dalam sesebuah Negara bagi

    melahirkan individu yang seimbang dalam pelbagai aspek seperti jasmani, emosi,

    rohani, intelek dan sosial. Oleh yang demikian, semua guru haruslah melengkapkandiri dengan pelbagi kemahiran yang mampu meningkatkan profesionalisme keguruan

    selari dengan perkembangan dan kemajuan Negara kita pada hari ini.

  • 7/21/2019 Pengenalan Edit

    16/19

    EDU 3083ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

    E. REFLEKSI

    Bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya akhirnya dapat saya

    menyelesaikan tugasan EDU 3083 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional

    Guru ini. Banyak ilmu pengetahuan baru dan pengalaman baru yang saya perolehsepanjang menyiapkan tugasan ini.

    Pada mulanya saya merasakan sukar untuk menyiapkan tugasan ini kerana

    tugasan ini harus disiapkan pada masa yang sama saya menjalani program internship

    selama sebulan di sekolah. Hal ini kerana kekangan masa yang yang harus difokuskan

    ke sekolah menyebabkan tugasan ini sukar disiapkan. Oleh yang demikian saya telah

    mengambil langkah untuk membuat perancangan agar tugasan ini dapat diselesaikan

    pada masa yang telah ditetapkan.

    Perkara utama yang telah saya lakukan adalah mengumpul maklumat berkaitan

    tugasan ini. Saya telah membuat rujukan daripada beberapa sumber iaitu buku, internet

    dan jurnal. Maklumat ini sangat penting dalam memudahkan saya untuk menyiapkan

    tugasan ini. Melalui pencarian maklumat ini, saya telah mendapat ilmu yang baru

    berkaitan dengan isu-isu guru pada hari ini, profesionalisme keguruan dan lain-lain lagi.

    Melalui pembacaan bahan-bahan sumber ini saya dapati bahawa terdapat banyak isu di

    dalam professionalisme keguruan ini yang harus diambil serius oleh semua pihak.

    Tugsan ini memerlukan saya untuk menghuraikan peranan dan tugas

    pengurusan guru di sekolah. Pada hakikatnya terdapat banyak tugas dan peranan

    seorang guru di sekolah sehingga menyebabkan tugasa utama seorang guru adalah

    mendidik diketepikan. Antaranya adalah pengkeranian, pengelola program, penasihat

    persatuan, dan sebagainya. Tugas-tugas ini telah membebankan individu guru itu

    sendiri sehingga tugas utamanya diabaikan. Saya juga telah mengalami dan menimba

    pengalaman sepanjang 3 kali menjalani praktikum di sekolah. Oleh yang demikian, kitasebagai guru haruslah bersedia untuk menempuh segala rintangan dan cabaran

    mahupun bebenan agar matlamat pendidikan Negara kita dapat direalisasikan. Ilmu

    seperti ini sangat berguna kepada saya kerana ia menyedarkan saya untuk lebih

    bersedia untuk bergelar sebagai seorang guru.

  • 7/21/2019 Pengenalan Edit

    17/19

    EDU 3083ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

    Seterusnya adalah saya perlu menghuraikan kemahiran-kemahiran

    professionalism keguruan. Setelah membuat pembacaan, terdapat banyak kemahiran-

    kemahiran dan nilai-nilai dalam professionalisme keguruan seperti kemahiran belajar,

    kemahiran ICT, kemahiran komunikasi dan sebagainya. Kemahiran-kemahiran inilah

    yang harus dan perlu semua guru lengkapkan dalam diri mereka. kemahiran-kemahiran

    ini juga yang akan menjadikan profesion keguruan ini sebagai sebuah profesion yang

    yang professional. Oleh itu, saya akan melengkapkan kesemua kemahiran yang

    diperlukan dalam profesion keguruan untuk diaplikasikan apabila menjadi guru kelak.

    Tugasan seterusnya adalah memberi cadangan bagi meningkatkan

    perkembangan profesionalisme keguruan. Setelah mengumpul maklumat dari beberapa

    sumber, terdapat beberapa cadangan yang ingin saya cadangkan dalam meningkatkan

    perkembangan professionalisme keguruan ini. Antaranya ialah mewujudkan sistem

    pementoran di sekolah, mewujudkan budaya atau gaya bekerja berkumpulan dalam

    kalangan guru dan lain-lain lagi. Saya berharap walaupun cadangan ini tidak dapat

    dicadangkan pada pihak atasan, saya akan cuba aplikasikan ilmu yang saya peroleh

    melalui tugasan ini pada masa akan datang apabila saya bergelar guru kelak.

    Secara keseluruhannya, melalui tugasan kerja kursus pendek Asas Kepimpinan

    dan Perkembangan Profesional Guru ini telah memberikan banyak faedah dan ilmu

    pengetahuan kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia

    ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang

    bertanggungjawab dan melahirkan bangsa Malaysia yang bersemangat, tekun dan

    rasional.

    Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada

    pensyarah subjek, Encik Rosli Bin Mohamad, yang telah banyak memberikan tunjuk

    ajar dan bimbingan sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada

    rakan-rakan seperjuangan yang elah banyak memberikan sokongan dan dorang

    kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Semoga tugasan ini diterima dan

    mendapat markah yang cemerlang.

  • 7/21/2019 Pengenalan Edit

    18/19

    EDU 3083ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

    F. PENUTUP

    Secara keseluruhan, dapatlah disimpulkan profesion perguruan merupakan

    profesion yang tidak ditelan zaman dan kini kehebatannya tidak dapat dipersoalkan lagi.

    Ini ditambahkan lagi dengan setiap guru sebelum menjadi guru telah diberikan latihanyang secukupnya dalam bidang keguruan dan mereka didedahkan dengan pelbagai

    ilmu pengtahuan dan latihan khas untuk menjadi guru yang beribawa agar kualiti

    seorang guru itu sentiasa berada pada tahap yang membanggakan dan akan lahirnya

    guru yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan berguna untuk mendidik anak

    bangsa untuk menjadi insan yang berjaya. Selain itu, seorang ahli psikologi Barat

    pernah menganalogikan seorang guru yang pintar ibarat walking dictionary kerana

    peranannya memberi arah kepada orang yang ingin bertanya sesuatu. Namun begitu,

    seorang guru yang proaktif dan berfikiran terbuka lebih mesra dengan sikap

    keterbukaan dan kesediaannya untuk meningkatkan tahap profesionalisme masing-

    masing.

    Selain itu juga, profesion perguruan ialah satu profesion yang mempunyai

    cabarannya tersendiri dan sangat mencabar. Guru yang professional perlulah

    mempunyai taat setia terhadap perkhidmatannya serta mempertahankan martabat

    profesionnya dan berupaya membentuk perwatakan pelajar dengan pelbagai

    keteguhan nilai diri seperti bermoral, berakhlak mulia, berketerampilan dan pandai

    menyesuaikan diri dengan situasi tertentu. Guru juga perlu sedar bahawa mereka

    mempunyai tugas dan tanggungjawab yang besar dalam masyarakat antaranya

    tanggungjawab kepada pelajar, ibu bapa, dan negara. Justeru, guru perlulah menjadi

    pengamal ilmu pengetahuan serta penerap nilai-nilai murni kepada pelajar agar lahirlah

    modal insan yang berkualiti pada masa akan datang.

  • 7/21/2019 Pengenalan Edit

    19/19

    EDU 3083ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

    RUJUKAN

    Abd. Rahim Abd Rashid, 2005. Profesionalisme Keguruan Prospek dan Cabaran. Kuala

    Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Ee Ah Meng, 2006. Pendidikan di Malaysia III (Semester v).Selangor :Fajar Bakti Sdn.

    Bhd.

    Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Wong Kiet Wah, 2010. Siri Pendidikan Guru- Asas

    Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru,Kuala Lumpur : Oxford Fajar

    Sdn. Bhd.

    Omardin Ashaari 1998. Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Guru Di Sekolah, Kuala

    Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

    Perpustakaan Negara Malaysia 2002. Kamus dewan edisi ketiga. Kuala Lumpur:

    Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Rujukan internet :

    Saleh (2009). Konsep Kemahiran Profesional, Ciri Kemahiran Profesional Guru.

    Diperolehi pada 18, Ogos 2011 dari kulanzsalleh.com Artikel-Cached.

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Diperolehi pada 18, Ogos 2011 dari

    http:// www. upu.mohe.gov.my/portal/arkib/fpk.php -Cached

    http://www.google.com.my/url?url=http://kulanzsalleh.com/category/artikel/&rct=j&sa=X&ei=cMtlTtvDI4uIrAe4kfiDCg&sqi=2&ved=0CCMQ6QUoADAB&q=kemahiran+profesionalisme+guru&usg=AFQjCNGuL1-5RoBA8L8OyGrJ6rQ5CHYORQhttp://www.google.com.my/url?url=http://kulanzsalleh.com/category/artikel/&rct=j&sa=X&ei=cMtlTtvDI4uIrAe4kfiDCg&sqi=2&ved=0CCMQ6QUoADAB&q=kemahiran+profesionalisme+guru&usg=AFQjCNGuL1-5RoBA8L8OyGrJ6rQ5CHYORQhttp://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:E-0-tzLzPnkJ:kulanzsalleh.com/guru-dan-kemahiran-profesional/+kemahiran+profesionalisme+guru&cd=2&hl=en&ct=clnk&gl=myhttp://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:E-0-tzLzPnkJ:kulanzsalleh.com/guru-dan-kemahiran-profesional/+kemahiran+profesionalisme+guru&cd=2&hl=en&ct=clnk&gl=myhttp://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:WyxGM2GIstYJ:upu.mohe.gov.my/portal/arkib/fpk.php+falsafah+pendidikan+kebangsaan&cd=1&hl=en&ct=clnk&gl=myhttp://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:WyxGM2GIstYJ:upu.mohe.gov.my/portal/arkib/fpk.php+falsafah+pendidikan+kebangsaan&cd=1&hl=en&ct=clnk&gl=myhttp://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:WyxGM2GIstYJ:upu.mohe.gov.my/portal/arkib/fpk.php+falsafah+pendidikan+kebangsaan&cd=1&hl=en&ct=clnk&gl=myhttp://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:WyxGM2GIstYJ:upu.mohe.gov.my/portal/arkib/fpk.php+falsafah+pendidikan+kebangsaan&cd=1&hl=en&ct=clnk&gl=myhttp://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:E-0-tzLzPnkJ:kulanzsalleh.com/guru-dan-kemahiran-profesional/+kemahiran+profesionalisme+guru&cd=2&hl=en&ct=clnk&gl=myhttp://www.google.com.my/url?url=http://kulanzsalleh.com/category/artikel/&rct=j&sa=X&ei=cMtlTtvDI4uIrAe4kfiDCg&sqi=2&ved=0CCMQ6QUoADAB&q=kemahiran+profesionalisme+guru&usg=AFQjCNGuL1-5RoBA8L8OyGrJ6rQ5CHYORQ