pengenalan bm

15
PENGENALAN Globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat pada masa kini telah member kesan terhadap bidang pendidikan Bahasa Melayu. Kementerian Pelajaran Malaysia pula telah membuat beberapa perubahan terhadap kurikulum, pedagogi, penilaian dan pengurusan pendidikan bagi menghadapi cabaran pada abad ini. Perubahan semasa memerlukan guru bahasa mempunyai pengetahuan bahsa dan pedagogi yang mantap untuk digunakan di dalam bilik darjah. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang baik adalah yang berpusatkan murid di samping penyerapan kemahiran bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir dan teknologi maklumat serta komunikasi di dalam dan di luar bilik darjah. PENGENALAN Perkataan psikolinguistik itu terbentuk daripada gabungan dua disiplin ilmu, iaitu Psikologi dan linguistik. Jadi, psikolinguistik ialah ilmu yang mengkaji aspek-aspek yang berkaitan dengan bahasa dan akal budi manusia. Dalam matapelajaran Pedagogi Bahasa Melayu ini, membicarakan mengenai bahasa yang diperjelas menggunakan teori-teori tertentu seperti dalam teori huraian bahasa Yang teori huraian bahasa terbahagi kepada empat aliran pemikiran teori huraian bahasa iaitu Teori Tradisional (Panini) iaitu Kajian bahasa dibuat terhadap bentuk-bentuk tulisan. Teori Struktural (Bloomfield) bahasa merupakan Kajian tentang fonem dan morfem serta kaitan antara fonem,

Upload: leticia-davis

Post on 27-Dec-2015

14 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

sd

TRANSCRIPT

PENGENALAN

Globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat pada masa kini telah member

kesan terhadap bidang pendidikan Bahasa Melayu. Kementerian Pelajaran Malaysia pula

telah membuat beberapa perubahan terhadap kurikulum, pedagogi, penilaian dan

pengurusan pendidikan bagi menghadapi cabaran pada abad ini.

Perubahan semasa memerlukan guru bahasa mempunyai pengetahuan bahsa dan

pedagogi yang mantap untuk digunakan di dalam bilik darjah. Kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang baik adalah yang berpusatkan murid di samping penyerapan kemahiran

bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir dan teknologi maklumat serta komunikasi di dalam

dan di luar bilik darjah.

PENGENALAN

Perkataan psikolinguistik itu terbentuk daripada gabungan dua disiplin ilmu, iaitu

Psikologi dan linguistik. Jadi, psikolinguistik ialah ilmu yang mengkaji aspek-aspek yang

berkaitan dengan bahasa dan akal budi manusia.

Dalam matapelajaran Pedagogi Bahasa Melayu ini, membicarakan mengenai bahasa

yang diperjelas menggunakan teori-teori tertentu seperti dalam teori huraian bahasa Yang

teori huraian bahasa terbahagi kepada empat aliran pemikiran teori huraian bahasa iaitu

Teori Tradisional (Panini) iaitu Kajian bahasa dibuat terhadap bentuk-bentuk tulisan. Teori

Struktural (Bloomfield) bahasa merupakan Kajian tentang fonem dan morfem serta kaitan

antara fonem, morfem dan ayat, Teori Tranformasi Generatif (Chomsky) Bahasa adalah

sistem tentang rumus-rumus bahasa.dan Teori Fungsional (Halliday) Kajian tentang

perubahan yang berlaku pada struktur bahasa ketika seseorang berkomunikasi.

Terdapat pelbagai teknik, kaedah, pendekatan, dan strategi untuk memperoleh

bahasa atau mengajarkan bahasa. Hal ini berlaku kerana wujudnya pelbagai teori

pemerolehan bahasa. Teori pemerolehan bahasa ini terbahagi kepada empat iaitu teori

pemerolehan bahasa aliran Behaviurisme yang diasaskan oleh Ivan Pavlov dan

dikembangkan oleh B.F.Skinner, E.L. Thondike dan B. Watson, teori pemerolehan bahasa

aliran mentalis dipelopori oleh Piaget, Robert Glazer, John Anderson., teori pemerolehan

bahasa aliran konstruktivisme, teori pemerolehan bahasa aliran interaksionalis yang

dipelopori oleh Halliday.

Dalam menjalankan sesi pangajaran dan pembelajaran di dalam kelas, terdapat

empat cara yang dapat digunakan oleh seorang guru iaitu dengan menggunakan

pendekatan, kaedah, strategi dan teknik dalam pembelajaran. Terdapat banyak cara untuk

seorang guru mengguna pakai cara pembelajaran seperti yang disebutkan di atas untuk di

aplikasikan dalam pembelajaran dan mengaitkan cara pembelajaran dengan teori-teori aliran

bahasa seperti aliran behaviurisme, aliran kognitif, aliran interaksionalis, dan aliran

konstruktivisme.

‘ Haliday berpendapat bahawa kebolehan kognitif sahaja tidak menjelaskan perolehan

Bahasa kerana perkembangan kognitif hanya melengkapkan seseorang kanak –kanak

dengan kebolehan mentafsir makna, tetapi tidak menjaminkan pentafsiran ini boleh

dilahirkan dalam bentuk bahasa.Kanak –kanak peril didedahkan kepada interaksi

linguistik supaya mereka boleh mempelajari cara-cara menggambarkan makna

kognitif dalam bentuk-bentuk yang tepat’

(Juriah Long et. Al .1990)

Soalan 1. Bincangkan pemahaman anda tentang maksud penyataan di atas dan

perjelaskan dengan terperinci hubung kait Teori Interaksional Halliday dalam konteks

pengjaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

Berdasarkan penyatakan di atas boleh la di kaitkan dengan hubungan teori

Interaksional Halliday dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu .Teori

Interaksionalis ini telah dipelapori oleh Halliday dan mementingkan aktiviti komunikasi. Teori ini

juga melibatkan apa sahaja yang bersangkut paut dengan cara hidup satu kumpulan manusia atau

masyarakat . Selain itu teori ini juga berpendapat Manusia dapat bertindak balas secara peka

terhadap pengalaman. Dengan ini mereka dapat memperkembangkan kepercayaan mereka

terhadap dunia sekeliling mereka.

Dalam konteks pengajaran,aliran ini berpendapat sekolah ialah satu kumpulan sosial dan

pelajar harus mengembangkan kapasiti sosial mereka semaksima mungkin selain tu Berdasarkan

kenyataan di atas, pada pandangan ahli-ahli interaksionalis, kanak-kanak perlu didedahkan

kepada interaksi linguistik bagi menggambarkan bentuk linguistik yang jelas dan tepat.

Mereka juga menganggap bahawa penyampaian semantik (makna) adalah penting, dan

harus berjalan seiringan dengan struktur bahasa agar para kanak-kanak dapat

menggunakan sistem bahasa dengan betul.

Teori ini juga menyarankan supaya guru-guru memberi banyak latihan kepada

pelajar-pelajar. Prinsip-prinsip yang dicetuskan daripada pandangan-pandangan ahli-ahli

bahasa Interaksionalisme adalah seperti berikut:

Pertama, penyampaian makna adalah lebih diutamakan dalam komunikasi

bahasa. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, sama ada pembelajaran bahasa

pertama dan kedua, penyampaian makna adalah penting. Pembelajaran bahasa bukan

hanya mempelajari struktur itu tetapi apa yang lebih penting ialah belajar untuk interaksi.

Kedua, pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik. Dalam

pengajaran dan pembelajaran bahasa, bahasa yang dituturkan dan makna yang

dimaksudkan adalah Berhubung rapat. Interaksionalis mementingkan kedua-dua unsur iaitu

makna dan struktur bahasa.

Dan ketiga, pengajaran dan pembelajaran bahasa memerlukan penumpuan

terhadap tugas-tugas atau aktiviti-aktiviti yang bermakna. Jika guru itu dapat menyampaikan

pengajaran dalam bentuk aktiviti-aktiviti yang bermakna maka murid-murid berkemampuan

untuk menggunakan bahasa itu dengan lancar dan fasih.

Berdasarkan pemahanan mengenai teori Interaksionalis Halliday ini boleh la di

simpulkan yang ia amat sesuai untuk konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu

di dalam kelas terutamanya pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah . Ini kerana

dalam proses pembelajaran, pelajar dapat belajar dalam situasi dan konteks sosial yang

sebenar, yang memberi peluang mereka berinteraksi, kemahiran berkomunikasi,

bekerjasama, bertanggungjawab dan penuh keyakinan diri .

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa, penguasaan bukan hanya

secara strukturalnya sahaja,  tetapi apa yang lebih penting ialah belajar untuk berinteraksi.

Teori Interaksionalis juga memandang pembelajaran bahasa sebagai alat interaksi dan

proses ini melibatkan mental dan liguistik. Teori ini turut menekankan pentingnya proses

pembentukan hipotesis mengenai undang-undang bahasa dalam sesuatu pembelajaran itu.

Seseorang kanak-kanak harus boleh menggunakan struktur-struktur bahasa dengan betul

terutamanya dari segi tatabahasa dan makna. Ini adalah penting bagi membolehkan mereka

berkomunikasi dalam masyarakat dengan baik dan berkesan. 

Dalam pembelajaran bahasa, guru-guru disarankan supaya memberi banyak latihan

secara lisan dan bertulis kepada murid-murid kerana pembelajaran bahasa merupakan

proses mental dan linguistik. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa,  bahasa yang

dituturkan dan makna  yang dimaksudkan mempunyai hubungan yang rapat. Teori

Interaksionalis ini mementingkan kedua-dua unsur iaitu makna dan juga struktur bahasa.

Selain sebagai satu alat berinteraksi yang ia melibatkan proses mental dan linguistik,

teori ini menekankan penumpuan terhadap aktiviti-aktiviti yang bermakna. Jika guru dapat

menyampaikan pengajaran dalam bentuk-bentuk aktiviti yang bermakna, maka para pelajar

akan dapat menggunakan bahasa itu dengan lancar dan fasih.

Guru perlu mementingkan proses pembentukan hipotesis mengenai undang-undang

bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran melalui lebih banyak latihan kepada murid-

murid dalam menggunakan struktur-struktur bahasa yang betul dari segi tatabahasa dan

makna. Janganlah menganggap penyampaian makna (semantik) penting malahan, struktur

bahasa perlu berjalan serentak. Ini membantu murid menggunakan sistem bahasa yang

dipelajari dengan betul

Antara prinsip-prinsip Interaksionalisme dalam pengajaran dan pembelajaran ialah

penyampaian makna kepada murid, kerana penyampaian makna amat bermakna dalam

komunikasi. Seperti yang telah ditekankan di atas, pembelajaran bahasa merupakan proses

mental dan linguistic dan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa perlu bertumpu

terhadap aktiviti yang bermakna.Kelebihan penggunan teori ini dalam pengajaran dan

pembelajaran ialah ia merupakan interaksi sosial harian.

Ia juga menggalakkan  Individu berinteraksi dengan individu yang lain untuk

mencapai motif dan sesuatu tujuan atau matlamat.Oleh kerana itu le teori ini amat penting di

dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu ini kerana ia dapat melatih para

pelajar kemahiran berkomunikasi yang merupakan salah satu komponen yang amat penting

dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu terutama di peringkat sekolah rendah .

Soalan 2: Dengan memilih pendekatan komunikatif dalam pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Melayu ,perjelaskan bagaimanakah pendekatan ini dapat mengembangkan potensi

murid dalam berbahasa .

Antara matlamat dan fokus Kurikulum Standard Sekolah Rendah terutamanya dalam

mata pelajaran Bahasa Melayu (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010) ialah untuk

membolehkan murid berkomunikasi secara lisan dalam kehidupan seharian mereka. Murid

diharap dapat menguasai kemahiran-kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur,

membaca dan menulis dengan memberi perhatian kepada kemahiran bertutur.

Bagi memastikan murid mampu berkomunikasi, peluang perlu diberikan kepada

mereka bertutur dalam kelas dengan menyempurnakan tugas komunikasi yang perlu

diselesaikan (Ab. Gani, 1993). Allwright (1984) berpendapat bahawa mempraktikkan

komunikasi dalam kelas sangat berguna kepada murid bagi membolehkannya menggunakan

bahasa-bahasa yang dipelajari semasa berada di dunia luar (luar kelas). Komunikasi di sini

bermaksud pertuturan sesama guru dan murid, sehingga mereka dapat bertukar-tukar

peranan sebagai penutur dan pendengar antara satu sama lain.

Hal ini. bermakna, komunikasi bahasa mestilah menjadi aktiviti di dalam kelas bahasa

Melayu. Guru perlu menyediakan peluang bagi menjadikan pengajaran bahasa sebagai

suatu yang hidup dan bukan hanya menghafaz tatabahasa dan perkataan

Prinsip Kaedah Bahasa Komunikatif

PRINSIP-PRINSIP

Membina satu perhubungan yang baik dengan pelajar

Bahasa adalah untuk komunikasi

Guru harus sensitif kepada tahap keupayaan pelajar dan jangan tidak berperikemanusiaan dengan membebankan mereka

Pelajar berasa selamat apabila mereka mengetahui had sesuatu aktiviti

Guru memberi kaunseling kepada pelajar. Hal ini menunjukkan kepada pelajar yang ia dapat memahami mereka

Bahasa natif pelajar digunakan untuk menjelaskan maksud yang lebih jelas. Mereka akan mudah faham

Guru harus memikul tanggungjawab dalam menstruktur aktiviti secara jelas dan tepat dan dijangka ditamatkan dalam masa yang ditentukan

Pembelajaran pada peringkat awal memerlukan bimbingan sepenuhnya

Guru menggalakkan pelajar supaya berinisiatif dan bebas bekerja sendiri

Memperkembangkan satu komuniti di kalangan ahli kelas kerana membantu meningkatkan kepercayaan pelajar

Dalam kumpulan, pelajar akan dapat merasakan perasaan kekitaan dan berada dalam komuniti. mereka akan belajar sesama sendiri juga dengan guru dan

bekerjasama

• Memperkembangkan satu komuniti di kalangan ahli kelas kerana membantu

meningkatkan kepercayaan pelajar

Bagi mencapai matlamat pengajaran bahasa Melayu, pelbagai pendekatan lazimnya

digunakan. Antara pendekatan yang sering digunakan adalah pendekatan komunikatif. Ia perlu

memandangkan pengajaran bahasa Melayu menerusi pendekatan aktiviti komunikatif jarang

dilaksanakan di dalam bilik darjah (Abd. Razak, 1978). Kajian mendapati, kebanyakan guru yang

mengajar mata pelajaran bahasa Melayu tidak mendapat latihan khas untuk mengajar bahasa, malah

terdapat guru-guru yang tidak mempunyai kemahiran dalam bahasa Melayu telah ditugaskan

mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dengan alasan mereka orang Melayu.

Dalam pengajaran dan pembelajaran, aktiviti komunikatif pula ialah aktiviti yang

menggunakan kemahiran komunikasi sepenuhnya ketika melakukan sesuatu interaksi. Semasa

aktiviti ini, guru perlu telah mendedahkan murid kepada latihan prakomunikatif dan menggunakan

kemahiran dan pengetahuan tersebut untuk berinteraksi.. Pendekatan Komunikatif dibentuk

berdasarkan teori fungsi bahasa yang diutarakan oleh M.A.K Halliday (1970). Berdasarkan

eksperimennya dengan kanak-kanak, Halliday telah membuktikan bahawa bahasa memainkan

beberapa peranan penting dalam kehidupan manusia.

Aktiviti-aktiviti komunikatif yang dijalankan oleh guru hendaklah berdasarkan

kumunikasi fungsian sebagaimana yang dicadangkan oleh Littlewood (1981) kerana focus

utama aktiviti jenis ini ialah aktiviti di dalam bilik darjah. Terdapat beberapa kriteria yang

boleh dijadikan garis panduan kepada guru dalam melaksanakannya dalam pengajaran dan

pembelajaran iaitu :

Hasrat komunikasi

Akitiviti hendaklah menimbulkan hasrat kepada murid untuk berkomunikasi. Murid akan merasakan mereka benar-benar perlu untuk bercakap dan berkomunikasi.

Tujuan komunikasi

Aktiviti yang melibatkan murid melakukan komunikasi sebenar dan bukan hanya untuk mempraktikkan bahasa sahaja. Oleh itu, perlu jurang maklumat atau idea antara murid yang berkomunikasi.

Kandungan dan bahan.

Dalam melaksanakan aktiviti, murid perlu menumpukan perhatian terhadap perkara yang mereka perkatakan, bukannya kaedah menyampai. Oleh itu, murid akan lebih tertumpu kepada mesej yang hendak disampaikan berbanding struktur bahasa yang digunakan.

Kepelbagaian struktur bahasa.

Aktiviti mestilah membolehkan murid berpeluang menggunakan pelbagai bentuk atau struktur bahasa. Dengan itu, murid bebas untuk menggunakan apa juga bentuk bahasa yang diketahuinya.

Tiada penglibatan guru.

Semua aktiviti perlu delibatkan interaksi antara murid sahaja. Ini untuk memberi kebebasan kepada murid. Guru hanya memberi teguran dan pembetulan pada hasil aktiviti yang murid laksanakan. Penilaian pula adalah berdasarkan keberkesanan komunikasi murid, bukan penggunaan bahasa.

Selain itu menurut Kamarudin dan Siti Hajar (1999), pendekatan

komunikatif mempunyai beberapa prinsip tertentu yang menjadi landasan kepada

perancangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Prinsip-prinsip tersebut

adalah seperti:

Penguasaan tatabahasa penguasaan tatabahasa melambangkan kemahiran seseorang itu

menguasai aspek-aspek utama untuk bertutur. Kemahiran tatabahasa akan memudahkan

seseorang itu menguasai atau mempunyai pengetahuan tentang perbendaharaan kata,

morfologi, sintaksis, semantik dan fonologi.Kebolehan menguasai sosiobudaya

Bahasa mesti dituturkan dengan intonasi dan struktur yang betul dan ini menjamin proses

komunikasi yang berkesan dan sekiranya pengetahuan atau kecekapan sosiobudaya tidak

dimiliki oleh seseorang murid itu, akan wujudkan kesukaran dalam dirinya untuk menguasai

kemahiran berkomunikasi.Kebolehan menguasai wacana.Dalam konteks wacana,

komunikasi bermaksud kemahiran menggunakan ayat dengan baik dan berkesan serta

mudah difahami oleh pihak yang mendengar

Littlewood (1982) dalam Kamarudin (2001) telah memperlihatkan proses penting

yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa yang menunjuk arah belajar

komunikasi:

Peringkat pertama pelajaran dimulakan dengan penyampaian butiran bahasa iaitu struktur

dan fungsi diikuti dengan latihan terkawal. Latihan yang diberi mestilah bermatlamat

membina bahasa yang boleh digunakan untuk berkomunikasi bukan latihan struktur semata-

mata.

Peringkat kedua pula, guru menyediakan situasi yang membolehkan murid menggunakan

bahasa yang dipelajari pada peringkat pertama untuk berkomunikasi yang sebenarnya. Guru

juga perlu mewujudkan situasi yang membolehkan murid berkomunikasi. Guru boleh

mengadakan aktiviti komunikatif yang membanyakkan interaksi antara murid dengan murid

dan mengurangkan interaksi antara guru dengan murid.

Aktiviti komunikatif amat penting dalam membina kemahiran komunikasi adalah kerana

aktiviti tersebut:

a. Menolong menanam rasa yakin pada diri sendiri dalam kalangan murid

untuk menggunakan bahasa.

b. Membolehkan murid memperoleh atau mempelajari bahasa melalui

pendedahan kepada peraturan penggunaan bahasa kerana semasa

menyelesaikan tugasan, murid akan terdedah kepada bahasa sebenarnya.

c. Dapat menyediakan konteks atau suasana sesuai bagi pembelajaran

bahasa.

Peringkat kedua Aktiviti komunikatif

c. Aktiviti komunikatif yang

berfungsi

d. Aktiviti interaksi sosial

Peringkat pertama

Aktiviti prakomunikatif

a. Aktiviti struktur

b. Aktiviti ke arah komunikasi

d. Dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran bahasa kerana murid

terlibat dengan aktif dalam penggunaan bahasa.

Hal ini secara tidak langsung akan dapat membimbing murid-murid dalam mengembangkan

potensi murid dalam berbahasa .

Menurut kamarudin (2001), strategi pendekatan komunikatif untuk

sesuatu pengajaran itu diperlihatkan seperti berikut:

Murid-murid akan berlatih mengembangkan persepsi mereka dengan melibatkan imaginasi

dan proses transformasi. Bahan rangsangan yang disediakan akan menyebabkan murid-

murid mengaitkan pengalaman mereka dengan tajuk yang ditetapkan. Pelbagai pendapat

Menimbulkan rangsangan

Persepsi

- Imaginasi

- Transformasi

- Perlambangan

Perancangan dan kemahiran

Penghayatan kendiri

Tugasan

- Mendengar,

pertandingan atau

perbincangan

Berpasangan atau

kumpulan

Perbincangan

- Berpasangan atau

kumpulan

- Kertas panduan

Bentuk komunikatif

- Melapor,

mengiklan,

bercerita, berdialog

dan sebagainya

Penilaian dan kejituan

- Kumpulan / guru

Gu

ru s

ebag

ai sum

ber

dan pandangan akan diperkatakan oleh murid dan mereka mula melihat dengan rasional dan

kreatif. Mereka juga diberi peluang untuk berbincang, bertukar-tukar idea, maklumat, dan

pengetahuan. Guru akan menilai dan menarik perhatian murid kepada aspek-aspek yang

kreatif. Guru seharusnya dapat mengemukakan aspek-aspek yang positif dan

memberangsangkan seperti motivasi dan galakan yang sepenuhnya berbanding

mengemukakan idea yang negatif.

Dalam membuat penilaian, penekanan haruslah dilakukan kepada kelancaran,

kecekapan dan kejituan. Kejituan didefinisikan sebagai ketepatan seseorang murid

menggunakan bahasa dan bercakap dengan jelas dan tepat dan tidak terkeluar dari konteks.

Kecekapan pula ditakrifkan sebagai berupaya menunjukkan kebolehan secara kreatif dan

imaginatif dalam penggunaan bahasa.Dalam penilaian, murid-murid sendiri digalakkan untuk

melakukannya melalui kumpulan kecil. Murid-murid akan belajar dengan lebih selesa jika

rakan-rakan mereka sendiri memberikan pendapat mengenai hasil kerja mereka.

Dengan aktiviti yang telah diterangkan di atas tadi secara langsung dan tidak langsung boleh

melatih murid berkomunikasi dengan baik .

REFLEKSI TUGASAN BMM 3117

YUSRI BIN ABU BAKAR

810329095039

Melalui tugasan ini, ia banyak memberikan implikasi kepada saya dalam pengajaran

dan pembelajaran Bahasa Melayu, pendidikan guru, dan penyediaan bahan pengajaran.

Pengetahuan baru ialah interaksi dalam kelas kebiasaannya adalah dikendalikan oleh guru

tetapi ia tidak bermakna guru mendominasi pengajaran dan pembelajaran.Walaupun saya

bukan dari guru yang berlatarbelakangkan opsyen Bahasa Melayu dan tidak mempunyai

pengalaman mengajar Bahasa Melayu . Dengan melakukan tugasan ini sekurang –

kurangnya saya telah di dedahkan kepada pengetahuan dan kefahaman mengenai konsep –

konsep ,strategi ,pendekatan ,kaedah dan teknik pengajaran yang betul dan tetap .

Secara keseluruhannya di dalam proses saya pelajari pengajaran melalui aktiviti

komunikatif didapati telah membantu murid meningkatkan keupayaan bertutur dan

berinteraksi. Aktiviti yang dijalankan kepada murid telah memaksa mereka untuk berinteraksi

antara satu sama lain sesuai dengan tujuan dan fungsi komunikasi yang telah diberikan oleh

guru. Kepelbagaian strategi yang digunakan oleh guru dapat menambahkan lagi kelancaran

pembelajaran yang aktif. Hal ini terbukti dalam apabila guru berjaya melakukan pengajaran

Bahasa Melayu berasaskan aktivitiaktiviti, kriteria-kriteria, pendekatan dan strategi strategi

yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.Ini telah

memberikan satu gambaran kepada saya sebenarnya untuk mengajar subjek Bahasa

Melayu ni sebenarnya amat sukar walaupun pada mula saya beranggapan mudah untuk

mengajar Bahasa Melayu .

Di dalam menyiapakan tugasan ini juga saya telah di dedahkan dengan cara

menyediakan satu rph pengajaran Bahasa Melayu KSSR yang mengaplikasikan segala

kemahiran Bahasa dan juga mengintegrasikan unsur-unsur komunikatif .Akhri sekali saya

ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada En Mohd Shafie bin Hassan selaku

pensyarah BMM 3117 ini yang telah banyak membantu dari segi nasihat dan bahan rujukan

di dalam proses saya menyiapakan tugasan ini .

Sekian Terima Kasih