pengambilan kursus perguruan lepasan ijazah sekolah rendah (kpli-sr) j-qaf ambilan jan 2012

Upload: mohd-adha-mohd-zain

Post on 07-Apr-2018

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Pengambilan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) J-QAF Ambilan Jan 2012

    1/10

    1

    Pengambilan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah(KPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah

    (LPBS) Ambilan Januari 2012.

    A. IKLAN PERMOHONANKementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan,berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Kursus Perguruan LepasIjazah Sekolah Rendah (KPLI-SR)j-QAFMod Latihan PerguruanBerasaskan Sekolah (LPBS) di Institut Pendidikan Guru(IPG), KPM.

    1. KETERANGAN PROGRAM

    1.1Nama Program :Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF

    Mod Latihan : Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)TempohPengajian : 1 1/2 Tahun (18 Bulan)

    2. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN ASAS

    Calon-calon hendaklah:

    2.1 Warganegara Malaysia.

    2.2 Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.

    2.3 Berumurtidak melebihi35 tahun pada 1 Januari 2012 iaitu lahirpada atauselepas 1 Januari 1977.

    2.4 Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang PengajianIslam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yangberkaitan yang setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luarnegara yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pemohon

  • 8/3/2019 Pengambilan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) J-QAF Ambilan Jan 2012

    2/10

    2

    perlu merujuk laman sesawang JPA di alamat berikut :http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp

    2.5 Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau SPM(V) serta lulusujian lisan atau Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM.

    3. KEUTAMAAN

    3.1 Calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 2.75 ke atas.

    3.2 Calon yang memiliki ijazah yang bertepatan dengan bidangpengkhususan.

    3.3 Calon yang memiliki pengalaman mengajar dalam bidang pendidikan .

    3.4 Calon yang aktif dalam kegiatan kokurikulum.

    3.5 Calon yang bersedia dilatih di mana-mana kampus IPG, KPM danbersedia ditempatkan di mana-mana sekolah termasuk di kawasan

    pedalaman seluruh negara.

    4. CALON TIDAK LAYAK MEMOHON

    4.1 Calon yang telah memiliki kelayakan ikhtisas perguruan seperti IjazahSarjana Muda dengan Pendidikan, Diploma dengan Pendidikan, DiplomaPendidikan, Diploma Perguruan atau Sijil Perguruan.

    4.2 Calon yang masih terikat dengan Kontrak Perkhidmatan AgensiKerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan LepasIjazah Mod Latihan Perguruan Kursus Dalam Cuti (KDC) atau ModLatihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) kelolaan KementerianPelajaran Malaysia.

    4.3 Calon yang pernah meletakkan jawatan dalam perkhidmatan kerajaan.

    4.4 Calon yang pernah dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalamproses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan atau dalamlatihan.

    4.5 Calon yang pernah atau sedang disabitkan dalam kesalahanpenyalahgunaan dadah atau jenayah.

    5. BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN

    Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR)j-QAF ModLatihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)

  • 8/3/2019 Pengambilan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) J-QAF Ambilan Jan 2012

    3/10

    3

    5.1 Bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut:

    (i) Bahasa Arab

    (ii) Pendidikan Islam

    (iii) Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran j-QAF)

    6. CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

    6.1 Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) denganmelayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat:http://www.moe.gov.my mulai 26 September 2011 mulai jam 9.00 pagi.

    6.2 Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan NomborPengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional(BSN) di seluruh negara dengan bayaran RM6.00 (Ringgit Malaysia Enamsahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan

    Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking). Pembelian nomborPIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan SistemMaklumat Ringkas (SMS Banking) adalah bagi pemohon yang mempunyaiakaun dengan Bank Simpanan Nasional.

    6.3 Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang :http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidangpengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuatpermohonan.

    6.4 Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.

    6.5 Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat

    pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiranpermohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelumtarikh tutup permohonan.

    6.6 Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkanpermohonan ditolak.

    7. MAKLUMAN DAN PERHATIAN

    7.1 Calon yang memenuhi syarat-syarat kelayakan asas untuk mengikutiKursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF ModLatihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) ini diwajibkan mendudukiUjian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teacher Selection Test

    MTeST) dan menghadiri temu duga yang akan ditetapkan olehKementerian Pelajaran Malaysia.

    7.2 Keutamaan akan diberi kepada calon yang mempunyai ijazah yang tepatdan bersesuaian dengan bidang yang dipohon. (Sila rujuk senaraikesesuaian ijazah di Bahagian Kesesuaian Ijazah KESESUAIAN

  • 8/3/2019 Pengambilan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) J-QAF Ambilan Jan 2012

    4/10

    4

    IJAZAH DENGAN BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKANuntuk maklumat lanjut).

    7.3 Calon yang dipanggil menduduki MTeST dikehendaki mencetak TiketPanggilan Ujian daripada laman web Kementerian Pelajaran Malaysia dandibawa bersama semasa ujian.

    7.4 Calon yang layak dipanggil temu duga dikehendaki mencetak SuratPanggilan Temu Duga, Lembaran Pernyataan Hasrat, dan BorangButiran Diri daripada laman sesawang. Borang Butiran Diri dan LembaranPernyataan Hasrat yang telah diisi dan dilengkapkan hendaklah dibawabersama-sama dengan dokumen-dokumen lain pada hari temu duga.Bahagian Pendidikan Guru tidak akan mengeluarkan makluman secarabersurat kepada calon.

    7.5 Calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia atau badanberkanun dikehendaki membawa Surat Pengesahan Ketua Jabatansemasa temu duga.

    7.6 Calon yang berjaya ditawarkan kursus akan menerima surat tawaranrasmi semasa melaporkan diri di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan.

    7.7 Calon adalah dinasihatkan supaya terlebih dahulu membuat semakankepada status kelayakan ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan denganmelayari portal di alamat berikut :http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp

    7.8 Maklumat permohonan yang tidak lengkap atau tidak benar, bolehmengakibatkan permohonan ditolak.

    8. PENDAFTARAN

    Calon yang ditawarkan mengikuti kursus ini akan mendaftar di InstitutPendidikan Guru yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia padatarikh yang akan ditetapkan. Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerimasebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran diInstitut Pendidikan Guru dianggap tidak berjaya. Bahagian ini tidak akanmengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon.

    9. IKATAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

    Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru adalahtertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telahditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetujudan patuh dengan kontrak perjanjian untuk dilatih di mana-mana kampusIPG, KPM dan bersedia ditempatkandi mana-mana sekolah termasuk dikawasan pedalaman seluruh negara seperti yang diarahkan oleh pihakkerajaan setelah tamat berkursus.

  • 8/3/2019 Pengambilan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) J-QAF Ambilan Jan 2012

    5/10

    5

    10. TARIKH TUTUP PERMOHONAN

    Permohonan bagi Ambilan Januari 2012 ditutup pada 9 Oktober 2011(AHAD).

    11. ALAMAT BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARANMALAYSIA

    Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitanpermohonan :

    BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAARAS 3, BLOK E13, PARCEL EKOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAANPERSEKUTUAN62604 PUTRAJAYA( u.p : Unit Pengurusan PengambilanPelajar )

    NomborTelefon :

    03-8884126003-8884125403-8884125903-8884128003-88841256

    BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUCawangan Sabahd/a Institut Pendidikan Guru Kampus

    GayaPeti Surat 1049188805 Kota Kinabalu, Sabah

    Nombor

    Telefon : 088236804

    BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUCawangan SarawakJalan College93259 Kuching, Sarawak

    NomborTelefon :

    082 258045

    B. KESESUAIAN IJAZAH DENGAN BIDANG PENGKHUSUSAN YANG

    DITAWARKANBerikut adalah kesesuaian ijazah dengan bidang pengkhususan yangditawarkan:

  • 8/3/2019 Pengambilan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) J-QAF Ambilan Jan 2012

    6/10

    6

    1. Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF ModLatihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)

    BilKod Bidang

    PengkhususanBidangPengkhususan

    Kesesuaian Ijazah

    1 Aqidah dan Dakwah2 Aqidah dan Falsafah

    3 Bachelor Of Economics (Honours)UIAM

    4 Bachelor Of Human Sciences (History& Civilization) (Honours) UIAM

    5 Bachelor Of Human Sciences (PoliticalSciences) (Honours) UIAM

    6 Bachelor Of Islamic RevealedKnowledge And Heritage (Honours) &

    Bachelor Of Economics (Honours)UIAM

    7 Bachelor Sastera (Bahasa Asing) UPM

    8 Bahasa Arab

    9 Bahasa Arab dan Peradaban

    10 Bahasa Arab dengan Pendidikan

    11 Bahasa dan Kesusasteraan Arab

    12 Dakwah dan Pembangunan Insan

    13 Dakwah dan Pembangunan SumberManusia

    14 Dakwah dan Pengurusan

    15 Fakultas Dakwah & Ilmu Komunikasi(UNIVERSITAS ISLAM NEGERISULTAN SYARIF KASIM RIAU)

    16 Fiqh Dan Pengajian Islam

    17 Fiqh Dan Usul Al-Fiqh

    18 Hadis

    19 Ijazah Sarjana Hukum Islam (S.H.I)Dalam Bidang Jurusan AhwalSyakhshiyyah (INSTITUT AGAMAISLAM NEGERI SUNAN AMPEL)

    20 Ijazah Sarjana Hukum Islam (S.H.I)Dalam Bidang Perbandingan MazhabDan Hukum (INSTITUT AGAMAISLAM NEGERI SULTHAN THAHASAIFUDDIN JAMBI)

    1. Bahasa Arab

    PendidikanIslam

    PendidikanKhas (MasalahPembelajaran j-QAF)

    A210A0000LA215A0000L

    A217A0000L

    21 Ijazah Sarjana Muda Sains GunaanDengan Pengajian Islam (AlamSekitar) (Kepujian) UM

  • 8/3/2019 Pengambilan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) J-QAF Ambilan Jan 2012

    7/10

    7

    22 Ijazah Sarjana Muda Sains GunaanDengan Pengajian Islam (Bioteknologi)(Kepujian) UM

    23 Ijazah Sarjana Muda Sains GunaanDengan Pengajian Islam (Ekologi Dan

    Biodiversiti) (Kepujian) UM24 Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan

    Dengan Pengajian Islam (Genetik DanBiologi Molekul) (Kepujian) UM

    25 Ijazah Sarjana Muda Sains GunaanDengan Pengajian Islam (TeknologiMaklumat) (Kepujian) UM

    26 Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial(Antropologi Dan Dakwah) DenganKepujian (UNiSZA)

    27 Ilmu Wahyu

    28 Ilmu Wahyu Dan Warisan Islam

    29 Pendidikan Islam

    30 Pengajian Al-Quran Dan As-Sunnah

    31 Pengajian Al-Quran dan Qiraat

    32 Pengajian Arab & Tamadun Islam

    33 Pengajian Dakwah & Kepimpinan

    34 Pengajian Islam

    35 Pengajian Islam (Dakwah)

    36 Pengajian Islam (Syariah)

    37 Pengajian Islam (Usuluddin)

    38 Pengajian Islam dan Bahasa Arab

    39 Pengajian Islam dan PendidikanBahasa Arab

    40 Pengajian Islam dan Pengajian Melayu

    41 Pengajian Islam dan Sejarah

    42 Pengajian Islam dengan TeknologiMaklumat

    43 Pentadbiran Muamalat (USIM)

    44 Perbandingan Mazhab Dan Hukum

    45 Perundangan Islam/Syariah

    46 Qiraat47 Sarjana Sosial Islam (S.Sos.I)

    (UNIVERSITAS ISLAM NEGERISULTAN SYARIF KASIM RIAU)

    48 Siasah Syariyah (Syariah Politik)

    49 Syariah Dan Ekonomi

    50 Syariah Dan Pengajian Islam

  • 8/3/2019 Pengambilan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) J-QAF Ambilan Jan 2012

    8/10

    8

    51 Syariah dan Pengurusan

    52 Syariah dan Politik

    53 Syariah dan Undang-Undang

    54 Tafsir

    55 Tafsir dan Hadis

    56 Tafsir dan Ulum Quran

    57 Tafsir Hadis (Usuluddin) (INSTITUTAGAMA ISLAM NEGERI SUMATERAUTARA, MEDAN)

    58 Tahfiz Al-Quran dan Qiraat

    59 Takhasus Qiraat

    60 Tarbiah

    61 Usuluddin

    62 Usuluddin & Falsafah

    63 Usuludin dan Perbandingan Agama

    C. STRUKTUR PROGRAM

    KPLI-SR j-QAF MOD LPBS

    1. Tempoh Pengajian

    Tempoh pengajian bagi program ini ialah lapan belas bulan iaitu tigasemester. Calon yang berjaya terpilih akan ditempatkan di mana-manaIinstitut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia di seluruh negara.

    2. Komponen dan Mata Pelajaran

    Komponen dan mata pelajaran KPLI j-QAF Mod LPBS Ambilan Januari 2012adalah seperti berikut:

    KOMPONEN MATAPELAJARAN

    1. Bahasa Melayu Komunikasi

    2. Bahasa Inggeris Komunikasi

    3. Seni Dalam Pendidikan

    4. Pengurusan Sumber

    Pengajian Asas

    5. Penyuburan Diri Insan Guru

    Pengajian Profesional 6. Ilmu Pendidikan

    7. Major

    8. Minor 1Pengajian KurikulumPersekolahan

    9. Minor 2

  • 8/3/2019 Pengambilan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) J-QAF Ambilan Jan 2012

    9/10

    9

    Kokurikulum 10. GERKO

    Praktikum 11. Latihan Amali

    D.KALENDAR AKTIVITI PERMOHONAN KPLI SEKOLAH RENDAH (KPLI-SR)

    j-QAF MOD LPBSAMBILAN JANUARI 2012

    Bil Aktiviti Tarikh

    1Iklan akhbar permohonan KPLI-SR j-QAF Ambilan Januari2012.

    25September

    2011

    2Permohonan secara online dibuka & Nombor PIN boleh

    didapati di Bank Simpanan Nasional seluruh negara.

    26September

    2011

    3Permohonan ditutup.(Pindaan atau perubahan maklumat permohonan boleh dibuatsehingga tarikh tutup).

    09 Oktober2011

    4Semakan online nama calon yang berjaya menduduki UjianMTeST.

    18 Oktober2011

    5 Ujian MTeST seluruh negara (Sila bawa Tiket Panggilan Ujian).22 Oktober

    2011

    6

    Semakan online nama calon berjaya temu duga.(Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan

    Temu Duga, Borang Butiran Diri dan Helaian PernyataanHasrat melalui Internet).

    04 Disember

    2011

    7

    Temu duga KPLI-SR j-QAF Ambilan Januari 2012.(Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga , BorangButiran Diridan Helaian Penyataan Hasrat yang dicetakmelalui Internet yang telah dilengkapi).

    12 hingga 16Disember

    2011

    8

    Semakan Tawaran calon berjaya ke Institut Pendidikan Guru(IPG).(Calon boleh mencetak surat tawaran sementara melaluiinternet. Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapordiri di IPG).

    17 Januari2012

    9

    Pendaftaran calon di Institut Pendidikan Guru.(Calon yang melapor diri boleh mendapatkan Surat TawaranBerkursus di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan selepasmendaftar).

    30 Januari2012

    Perhatian : Aktiviti dan Tarikh yang dinyatakan tertakluk kepada perubahansemasa.

  • 8/3/2019 Pengambilan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) J-QAF Ambilan Jan 2012

    10/10

    10

    APLIKASI PERMOHONAN ON-LINE KPLI-SR j-QAF AMBILAN JANUARI2012http://apps.moe.gov.my/kpli/mohon_kpli_jqaf2012/

    MAKLUMAT TERKINIhttp://myadha.comhttp://gurukpli.webs.com/

    September 2011