modul bmk2103m kpli kdc interim ipg kampus pendidikan teknik

179
1.1 SINOPSIS Tajuk 1 memaparkan aspek pengenalan komunikasi kepada para pelajar iaitu definisi, konsep, proses, kategori, komunikasi berkesan dan cara-cara meningkatkan kemampuan komunikasi. 1.2 HASIL PEMBELAJARAN Para pelajar dapat menerangkan definisi, konsep, proses, kategori, komunikasi berkesan dan cara-cara meningkatkan kemampuan komunikasi. 1 PENGENALAN KEPADA KOMUNIKASI TAJUK 1

Upload: hy-leong

Post on 25-Oct-2015

316 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

TRANSCRIPT

Page 1: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

1.1 SINOPSIS

Tajuk 1 memaparkan aspek pengenalan komunikasi kepada para pelajar iaitu

definisi, konsep, proses, kategori, komunikasi berkesan dan cara-cara meningkatkan

kemampuan komunikasi.

1.2 HASIL PEMBELAJARAN

Para pelajar dapat menerangkan definisi, konsep, proses, kategori, komunikasi

berkesan dan cara-cara meningkatkan kemampuan komunikasi.

1.3 KERANGKA TAJUK

1

PENGENALAN KEPADA KOMUNIKASI

T A J U K 1

Pengenalan Komunikasi

Definisi dan Konsep

Proses Komunikasi

Kategori Komunikasi Komunikasi Berkesan

Cara-cara Meningkatkan Komunikasi

Page 2: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

1.4 Pengenalan Komunikasi

Dalam kehidupan seharian, komunikasi adalah sangat penting dan menjadi elemen

asas kehidupan bermasyarakat. Komunikasi wujud apabila bermulanya

ketamadunan manusia dan seterusnya berkembang seiring dengan peradaban

manusia. Kejatuhan dan kecemerlangan tamadun manusia dicorakkan oleh amalan

komunikasi yang digunakan. Tanpa komunikasi, ketamadunan manusia tidak akan

tercipta.

1.5 Definisi dan Konsep Komunikasi

Perkataan komunikasi berasal dari perkataan “communiatus” yang membawa

maksud berkongsi sesuatu. Komunikasi mampu memberi kesan kepada proses

kognitif manusia seperti yang dijelaskan oleh Sillars (1988) dalam bukunya Success

in Communication, iaitu komunikasi memberi kesan kepada pemikiran manusia.

Komunikasi ialah proses penyampaian maklumat dan idea dari satu pihak kepada

pihak lain melalui keadaan saling mempengaruhi antara kedua-dua pihak.

Pada umumnya, aktiviti komunikasi dilakukan dengan cara lisan yang dapat difahami

oleh penyampai dan juga penerima maklumat. Apabila tidak ada bahasa verbal yang

dapat difahami, proses komunikasi masih boleh berlaku dalam bentuk paralinguistik

(bahasa tubuh, bahasa isyarat, sentuhan, gerakan mata) dan bahasa tulisan.

Komunikasi melibatkan proses pemindahan maklumat, perasaan, idea atau fikiran

daripada satu pihak (individu atau kumpulan) kepada pihak (individu atau kumpulan)

yang lain melalui pelbagai saluran. Semasa berkomunikasi, proses interaksi akan

berlaku kerana terdapat dua pihak atau lebih akan terlibat dalam komunikasi

tersebut. Dalam proses interaksi, perbuatan menghantar maklumat dan proses

bertukar-tukar maksud akan berlaku. Konsep komunikasi dibentuk oleh 5 komponen

asas iaitu:

Penyampai

Mesej

2

Page 3: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

Penerima

Saluran

Maklum Balas

Rajah 1: Komponen Komunikasi

1.6 Proses Komunikasi

Kelima-lima elemen tersebut terlibat dalam proses komunikasi yang bermula apabila

sesuatu mesej (maklumat) daripada penyampai dipindahkan melalui alat atau

saluran khas kepada. Penerima akan memberi maklum balas (mengekod dan

mentafsir penerima) terhadap mesej tersebut dengan mengembalikan isyarat sama

ada mesej tersebut difahami atau tidak difahami (Sulaiman Md Yassin, et al., 2002).

Menurut sarjana Guffey dan Almonte (2010); komunikasi adalah pemindahan

maklumat dan makna daripada penghantar kepada penerima. Proses komunikasi

yang dikemukakan mereka diringkaskan dalam rajah berikut:

3

PENYAMPAI

MAKLUM BALAS

PENERIMA

SA

LU

RA

N

MESEJ

Page 4: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

Komunikasi Linear

Komunikasi satu hala

Pengirim Penerima

Rajah 2: Proses Komunikasi

1.7 Model komunikasi

Model komunikasi terbahagi kepada tiga iaitu :

i. Model komunikasi linear (sehala)

Rajah 3: Model Komunikasi Sehala

4

Mesej akan dihantar melalui saluran komunikasi

Pengrim mengekodkan Idea dalam satu mesej

Penerima mendekod mesej tersebut

Pengirim membentuk idea

Maklum balas dihantar kepada pengirim

Page 5: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

Rajah 3 memberi gambaran tentang komunikasi sehala yang melibatkan pengirim

dan penerima. Gangguan komunikasi merupakan penyebab salah faham mesej

antara pengirim dan penerima.

ii. Model komunikasi interaksional (Komunikasi Dua Hala)

Pengirim dan penerima akan mengambil giliran menghantar mesej. Pengirim tidak

boleh menjadi penerima secara serentak.

Rajah 4: Model Komunikasi dua hala

iii. Model Komunikasi Transaksional

Kedua-dua pengirim dan penerima

boleh menghantar mesej, menerima

mesej atau membuat kedua-duanya

serentak. Komunikasi berterusan dalam

satu situasi komunikasi yang melibatkan

banyak pihak.

Rajah 5: Model Komunikasi Transaksional

5

Komunikasi Interaksional

Komunikasi Dua Hala

MESEJ

Pengirim/ Pengirim/Penerima Penerima

MAKLUM BALAS

Page 6: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

1.8 Kategori Komunikasi

Dibahagikan kepada dua, iaitu:

Interpersonal

Proses interkasi yang melibatkan individu dengan individu lain ataupun kumpulan

individu lain. Proses komunikasi ini memerlukan penyampai dan penerima saling

berinteraksi secara bersemuka atau menggunakan media teknologi seperti telefon,

video mahupun radio untuk bertukar-tukar mesej. Kualiti hubungan guru menerusi

komunikasi interpersonal menjadi faktor penting yang mempengaruhi proses

pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Intrapersonal

Komunikasi intrapersonal ialah proses komunikasi yang berlaku secara dalaman

pada diri individu itu sendiri. Komunikasi ini melibatkan kontemplasi, intuitif,

pemikiran (taakulan),meditasi (bercakap dengan diri sendiri serta refeksi kendiri.

Komunikasi intrapersonal berupaya memberi gambaran kepada guru berkaitan

proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di dalam kelas.

1.9 Komunikasi Berkesan

Komunikasi sememangnya bersifat

menyebarkan namun komunikasi yang

berkesan memberi penekanan kepada

perkongsian makna dan maklum balas

Komunikasi bekesan merupakan satu

proses penyampaian maklumat

daripada penyampai kepada penerima

yang akan menghasilkan maklum

balas dan tindak balas seperti yang

diharapkan serta berupaya mengubah

pemikiran dan tingkah laku seseorang.

6

Page 7: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

Ringkasnya, komunikasi berkesan berlaku apabila mesej yang disampaikan oleh

penyampai dapat diterima dan difahami dengan jelas oleh penerima. Jika maksud

penyampai disalah tafsir oleh penerima, maka timbul konflik di antara kedua-dua

individu tersebut. Komunikasi berkesan amat penting bagi menjamin pengajaran dan

pembelajaran yang efektif. 

Sebaliknya, komunikasi yang tidak berkesan akan menimbulkan konflik dalam

masyarakat lebih-lebih lagi dalam konteks masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Kegagalam untuk mengamalkan komunikasi boleh membawa kepada masalah

perpaduan di dalam masyarakat, kegagalan organisasi untuk berfungsi dengan

cekap, keruntuhan institusi rumah tangga serta kegagalan dalam proses pengajaran

dan pembelajaran di dalam kelas.

1.10 Cara-Cara Meningkatkan Kemampuan Berkomunikasi

Ø Bersikap positif / percaya kepada orang lain

Ø Bersifat ramah dan mesra

Ø Hormat terhadap pandangan orang

Ø Ketahui latar belakang penerima (budaya dan status sosial)

Ø Pendengar yang aktif 

Ø Tunjuk mimik muka berseri 

Ø Guna bahasa yang mudah dan difahami

Ø Gunakan gerak fizikal, gerak isyarat dan mimik muka ketika memberi

penjelasan 

Membuat nota ciri-ciri komunikasi berkesan

Bincangkan dalam kumpulan halangan-halangan komunikasi yang mungkin berlaku di dalam kelas dan jelaskan cara-cara untuk mengatasi halangan-halangan tersebut.

7

Page 8: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

Latihan 1

Berdasarkan konsep komunikasi interpersonal dan intrapersonal yang dikemukakan

di atas,bincangkan perkara-perkara berikut:

a) Komunikasi guru dan murid amat penting dalam proses pengajaran dann pembelajaran. Sebagai seorang guru, bagaimana anda mengaplikasikan komunikasi interpersonal semasa di dalam kelas?

b) Bagaimana kaedah refleksi dalam komunikasi intrapersonal mampu membantu anda meningkatkan kualiti amalan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas?

Rehat

8

Page 9: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

Latihan 2

Berikan ulasan anda tentang definisi komunikasi mengikut pandangan tokoh-tokoh berikut:

Komunikasi merupakan proses pengiriman maklumat, pemikiran, sikap atau emosi daripada seseorang dengan menggunakan simbol-simbol.

komunikasi ialah satu perkongsian orientasi terhadap satu set isyarat maklumat.

Komunikasi ialah satu seni yang menyalurkan maklumat, idea-idea dan sikap-sikap dari seseorang kepada seseorang yang lain

Komunikasi bermula apabila satu mesej (maklumat) daripada pengirim (penutur, penulis) dipindahkan menerusi alat atau saluran tertentu kepada penerima (pembaca, pendengar) yang kemudiannnya memberikan maklum balas (merekod, mentafsir) mesej tersebut.

9

Theodorson & theodorson (1969)

Wilbur Schramn (1971)

Emery Ault & Agee (1997)

Sulaiman Masri (1997)

Page 10: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

BIBLIOGRAFI

Guffey dan Almonte (2010) dalam Khairuddin Mohamad (Editor). 2012. Bahasa Melayu Kontekstual. 2012: Oxford Fajar Sdn. Bhd

Khairuddin Mohamad, Maridah Aliad dan Faiziah Hj Shamsudin. 2012. Bahasa Melayu Komunikatif. Selangor: Penerbitan Multimedia

Khairuddin Mohamad (Editor). 2012. Bahasa Melayu Kontekstual. Oxford Fajar Sdn. Bhd

Schramm, W. (1971). The process and effects of mass communication (Rev. ed.). Urbana, IL: University of Illinois Press.

Sulaiman Masri. 1997. Komunikasi berkesan Jilid 2: Penulisanmemo, surat, iklan, laporan minit mesyuarat. Shah Alam: Fajar Bakti

Theodorson, S. & Theodorson, A. 1969. A modern dictionary of sociology. New York:Cassell Education Limited.

10

Page 11: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

2.1 SINOPSIS

Tajuk ini menjelaskan perihal komunikasi lisan dalam bahasa Melayu kepada pelajar,

iaitu definisi dan konsep, ciri-ciri komunikasi lisan, bentuk komunikasi lisan sehala

dan dua hala.

2.2 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, para pelajar seharusnya dapat:

1. menjelaskan konsep dan bentuk komunikasi lisan2. menghuraikan ciri-ciri komunikasi lisan3. membandingbezakan bentuk komunikasi lisan sehala dan dua hala

2.3 KERANGKA TAJUK

11

KOMUNIKASI LISAN

T A JU K 2

Komunikasi Lisan

Ciri-ciri Komunikasi

Lisan

Bentuk Komunikasi

Lisan Sehala

Bentuk Komunikasi

Lisan Dua Hala

Page 12: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

2.4 CIRI-CIRI KOMUNIKASI LISAN

Komunikasi verbal ataupun lisan mempunyai ciri-ciri tertentu iaitu:

Perbendaharaan Kata

Komunikasi lisan tidak akan efektif (berkesan) sekiranya disampaikan dengan kata-

katayang tidak dapat difahami kerana kekurangan kosa kata. Kerana itu kosa kata

menjadi sesuatu yang penting dalam berkomunikasi dengan individu lain

Kecepatan (Jeda)

Komunikasi akan lebih efektif dan berjaya apabila kelajuan berbicara dapat

diaturkandengan baik, tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat.

Intonasi suara 

Intonasi suara akan mempengaruhi erti pesanan secara dramatik sehingga pesanan

akan menjadi lain ertinya apabila diucapkan dengan intonasi suara yang berbeza.

Intonasi suara yang tidak konstekstual merupakan masalah dalam komunikasi.

Humor 

Dapat meningkatkan kehidupan yang bahagia. Dungan (1989), telah menulis dalam

tulisannya bahawa ketawa dapat membantu menghilangkan stress. Ketawa

mempunyai hubungan fizik dan psikologi dan haruslah diingat bahawa lawak jenaka

adalah merupakan satu-satunya selingan dalam komunikasi.

Singkat dan jelas

Komunikasi berkesan disampaikan secara singkat dan jelas, terus kepada

pokokpermasalahan sehinggakan mudah untuk difahami.

12

Page 13: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

Ketepatan Masa (Timing)

Masa merupakan sesuatu yang harus dijaga sewaktu berkomunikasi. Ini kerana

perhatian terhadap aspek ini dapat menyediakan ruangan yang cukup untuk berucap

dengan padat, ringkas dan jelas

2.5 Persediaan Sebelum Komunikasi Lisan

Sebelum seseorang itu bercadang untuk memulakan jalinan komunikasi lisan

dengan khalayak, audiens atau para hadirin, persediaan rapi perlu dilakukan. Antara

perkara yang perlu diberi perhatian ialah :

a. Analisis hadirin

Bertujuan untuk memahami demografi hadirin seperti lingkungan umur, jantina, jenis

pekerjaan, kumpulan etnik, orang bandar, desa, latar belakang agama dan asal usul

hadirin.Analisis hadirin juga merangkumi maklumat anggaran latar pendidikan

hadirin, sifat diri hadirin, tahap pemikiran, tahap sosioekonomi, latar belakang

sosiobudaya, minat serta pandangan atau sikap hadirin terhadap topik yang bakal

disampaikan. Maklumat ini akan membantu penceramah atau komunikator

menyediakan teks ucapannya dengan baik dan sesuai dengan tahap pemikiran

audiensnya.

b. Kajian mengenai topik yang akan disampaikan

Setiap pengucapan awam mempunyai topik yang terfokus. Adakalanya topik

ditentukan oleh penganjur. Topik untuk pengucapan awam hendaklah mengkhusus

kerana topik yang luas skopnya akan menyulitkan hadirin memahami maksud yang

disampaikan. Komunikator atau penceramah harus berkemampuan menguasai topik

yang diperkatakan. Buat penyelidikan untuk mengumpul maklumat daripada

pembacaan dan juga internet.

13

Page 14: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

c. Susunan bahan

Setelah kajian dilakukan dan pengumpulan data dan bahan sokongan diperoleh,

penceramah perlu menyusun bahan-bahan ini mengikut susunan dan berdasarkan

matlamat ucapan. Antara persediaan bahan yang perlu diambilkira ialah idea utama,

ata, bahan sokongan, sumber petikan dan alat bantu penyampaian bahan seperti

LCD, Komputer riba, wayar sambungan dll.

d. Pemilihan perkataan

Pemilihan perkataan atau bahasa yang sesuai dengan kumpulan sasaran Kemahiran

menguasai bahasa membantu meningkatkan keberkesanan pengucapan awam.

Bahasa yang baik memudahkan penyampaian idea di samping dapat menarik

perhatian pendengar. Ketepatan istilah yang jelas, mudah difahami dan tidak

mengelirukan. Gunakan perkataan yang berhemah, lemah lembut meskipun

bernada tegas. Gunakan frasa penyambung dan bahasa pengulangan untuk

menekankan isi penting.

e. Penyediaan penutup

Penutup pengucapan awam adalah sama pentingnya dengan pembuka ucapan.

Kedua-duanya harus meninggalkan rasa kepuasan kepada hadirin. Penutup harus

dapat menyakini audiens supaya bersetuju dengan topik yang dikemukan. Lazimnya

perkataan yang menjadi penutup ucapan adalah seperti kesimpulannya, akhir kata,

akhir sekali, sebagai penutup bicara. Sebelum itu, pengucap harus menekankan

beberapa perkara penting dengan mengimbas semula perkara yang disebutkan

dalam ucapannya. Misalnya, “Sebelum saya mengakhiri ucapan, izinkan saya

menekankan sekali lagi .....” Pengucap boleh mengakhiri ucapan dengan memetik

kata-kata hikmah, peribahasa atau pantun.

14

Page 15: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

2.6 Bentuk Komunikasi Lisan

Menurut Zawiyah Mohammad Yusof (2009:170), menjelaskan bentuk komunikasi

yang lazim wujud dalam masyarakat ialah penyampaian berbentuk penerangan,

mendidik dan penyampaian berbentuk memujuk, meyakinkan dan mempengaruhi

khalayak supaya bersetuju dengan apa yang disampaikan oleh komunikator.

Penyampaian berbentuk penerangan atau mendidik contohnya kuliah dan ceramah.

Kuliah dan ceramah biasanya memberi maklumat semasa, maklumat baharu atau

ilmu untuk meningkatkan serta mengukuhkan ilmu yang sedia ada.

Dalam ucapan penerangan atau informatif, audiens belajar tentang perkara baharu

atau mengetahui maklumat baharu tentang kursus yang diikuti. Kenyataan informatif

lazimnya dirumuskan untuk menekankan pengetahun atau keupayaan audiens. Ada

tiga cara mengkategorikan ucapan informatif, iaitu melalui format, kandungan dan

tujuan. Ucapan informatif boleh dibahagikan kepada dua berdasarkan

kandungannya. Ada ucapan tentang proses, peristiwa dan konsep. Jenis-jenis

ucapan informatif juga boleh dikenal pasti bergantung kepada maksud pengucap.

Ini termasuklah penjelasan, huraian dan arahan, Perkara yang diucapkan

seharusnya baru bagi audiens.

Penyampaian berbentuk memujuk, meyakinkan atau mempengaruhi dikenali juga

sebagai ucapan berpengaruh. Ucapan berpengaruh bertujuan untuk mengubah sikap

perlakuan kepercayaan atau mengukuhkan sikap hadirin di samping mendorong

hadirin mengambil bahagian dalam pengundian dan sebagainya.Terdapat tiga

kategori ucapan jenis ini. Tiga kategori itu ialah pernyataan fakta, pernyataan nilai

dan pernyataan polisi.

Pernyataan fakta merupakan isu yang terdapat dua atau lebih pembuktian yang

bercanggah yang memerlukan audienss memilih sendiri apa yang benar. Misalnya

jurujual yang memujuk orang ramai untuk membeli barangannya, peraih undi yang

15

Page 16: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

mempengaruhi orang ramai untuk menyokong calon yang dikehendaki dan orang

yang memberi semangat kepada orang lain dan mempengaruhi orang untuk

mengubah pemikiran dari yang lama kepada yang baharu seperti amalan kitar

semula barangan terpakai dan sebagainya.

Pernyataan nilai melangkaui isu kebenaran atau kepalsuan dan meneroka idea,

orang atau objek. Pernyataan nilai seperti kempen belilah barangan buatan

Malaysia, menggalakkan penggunaan produk industri kecil dan sederhana dan

kempen membeli di kedai Satu Malaysia atau mendapat rawatan di Klinik Satu

Malaysia merupakan contoh-contoh ucapan yang menyatakan nilai.

Pernyataan polisi pula ialah satu langkah ke hadapan persoalan fakta atau nilai.

Misalnya ucapan tentang polisi kerajaan Malaysia “Rakyat didahulukan, Pencapaian

diutamakan”. Informasi tentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, Dasar

Satu Malaysia dan sebagainya. Oleh itu, khalayak menjangkakan akan lebih

memahami polisi berkenaan selepas mengikuti ucapan atau syarahan tentang polisi

tersebut.

2.6.1 Taklimat

a. Definisi Taklimat

Taklimat ditakrifkan sebagai penerangan ringkas tentang sesuatu perkara. Taklimat

juga merupakan ucapan memaklumkan dan disampaikan secara hubungan dua

hala dan dalam situasi formal. Oleh itu, taklimat boleh didefinisikan sebagai satu sesi

memberikan penerangan tentang sesuatu yang berlaku atau dihasilkan dan

disampaikan secara komunikasi dua hala , iaitu penyampai taklimat dan pendengar.

b. Ciri-ciri Penyampaian Taklimat yang baik

Menurut Siti Hajar (1997), taklimat yang berkesan mestilah mengambil kira aspek

pemilihan tajuk taklimat dan persediaan untuk menyampaikan taklimat berkenaan.

16

Page 17: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

Pemilihan Tajuk Taklimat

Tajuk dan isi taklimat hendaklah menarik dan menepati tujuan taklimat diberikan.

Maklumat yang hendak disampaikan mestilah secara terperinci. Penggunaan ayat

dan kosa kata yang dapat difahami oleh khalayak yang mendengar. Bahasa yang

digunakan adalah bahasa yang jelas mengandungi maklumat yang hendak

disampaikan.

Persediaan untuk menyampaikan taklimat

Semasa memberi taklimat, sebutan, nada suara dan intonasi seharusnya berjaya

menarik perhatian khalayak pendengar. Selain itu , mimik muka dan gerak laku yang

sesuai akan menyokong kepada penghayatan taklimat yang disampaikan dan

membantu kepada pemahaman khalayak mengenai taklimat yang berkenaan.

Taklimat dapat disampaikan secara berkesan sekiranya penyampai menggunakan

alat bantu yang sesuai seperti maklumat edaran bertulis, menggunakan Projektor

Overhead (OHP), carta, gambar rajah, filem, slaid atau pita video. Penggunaan

media maklumat seperti ini akan dapat menarik perhatian khalayak untuk mengikuti

informasi yang diberikan sambil merujuk maklumat yang diberi. Oleh itu, khalayak

akan dapat mengikuti taklimat yang diberikan secara berfokus.

Pertimbangan khalayak / hadirin

Terdapat tiga elemen penentu yang tergolong dalam pertimbangan khalayak atau

hadirin ini, iaitu:

1. Penentuan siapakah golongan khalayak yang akan mendengar taklimat

kerana perkara ini boleh membantu untuk menentukan jenis taklimat yang mereka

perlukan. Contohnya kanak-kanak kaum wanita, golongan belia dan remaja atau

para pegawai kerajaan.

17

Page 18: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

2. Penentuan taraf khalayak dapat menjelaskan bahasa, suasana dan

kandungan taklimat. Contohnya dari aspek status akademik, sosiobudaya , status

ekonomi, penduduk bandar dan luar bandar.

3. Menentukan bilangan khalayak yang hadir untuk membantu proses

penyediaan nota, tempat, jamuan dan lain-lain.

4. Pertimbangan Suasana

Suasana formal berlaku sekiranya khalayak pendengar taklimat itu terdiri daripada

orang kenamaan, pegawai kerajaan/ swasta dan pelawat luar negara. Suasana

dianggap kombinasi formal dan tidak formal jika khalayaknya terdiri daripada ibu

bapa, murid, belia, penduduk kampung, buruh, petani dan sebagainya. Suasana

formal memerlukan teks taklimat yang kompleks menakala teks taklimat bagi

suasana kombinasi formal dan tidak formal adalah ringkas dan mudah.

5. Imej Penyampai Taklimat

Penyampai taklimat perlu memiliki keyakinan diri untuk mempengaruhi khalayak

yang mendengar taklimat yang disampaikan. Antara ciri-ciri yang dapat memberi

imej yang baik terhadap penyampai taklimat ialah berasa yakin untuk menyampaikan

maklumat, lancar menyusun atur ayat dan penerangan supaya maklumat itu dapat

diikuti oleh khalayak pendengar. Selain itu penyampai taklumat haruslah

menunjukkan dia bersemangat untuk menyampaikan taklimat supaya kesediaan

mengikuti maklumat ini berterusan dalam diri pendengar. Lebih baik lagi sekiranya

sewaktu penyampaian maklumat ini berlaku, pendengar sentiasa berasa ingin tahu

sepanjang mengikuti taklimat itu.

C. Kesimpulan

Taklimat merupakan keterangan ringkas mengenai sesuatu yang berlaku atau

sesuatu yang dihasilkan. Taklimat bertujuan untuk memaklumkan dan disampaikan

secara formal. Memandangkan taklimat merupakan komunikasi dua hala, ini

bermakna sesi bersoal jawab antara pemberi taklimat dan khalayak perlu berlaku

18

Page 19: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

supaya maklumat yang disampaikan itu lebih jelas dan difahami oleh kedua-dua

pihak. Taklimat yang baik akan disusuli dengan tindakan oleh khalayak pendengar.

2.6.2. Pengumuman

a. Definisi Pengumuman

Pengumuman ialah salah satu daripada cara memindahkan maklumat daripada

penyampai kepada penerima. Pengumuman bertujuan memberitahukan sesuatu hal

yang dianggap dapat membantu pelaksanaan sesuatu aktiviti. pemberitahuan

tentang bencana alam seperti banjir kilat, tanah runtuh, atau pengumuman tentang

berita kematian, perkahwinan dan sebagainya. Dengan membuat pengumuman

kepada orang ramai, maklumat dapat disampaikan terus kepada kumpulan sasaran.

Pengumuman lazimnya dibuat di tempat awam seperti di lapangan terbang, stesen

kereta api. terminal bas, teksi, padang dan sebagainya. Pengumuman penting di

tempat kerja pejabat, sekolah, perpustakaan, pusat membeli belah lazimnya

menggunakan siar raya. Oleh itu, penyampai pengumuman mestilah dapat

menyampaikan mesej secara berkesan menggunakan bahasa yang ringkas, tepat

dan padat dengan maklumat supaya memudahkan kumpulan sasaran memahami

mesej tersebut.

b. Ciri-ciri Pengumuman Lisan yang Baik

Pengumuman lisan ialah pengumuman secara langsung daripada penyampai sama

ada menggunakan alat pembesar suara atau tidak. Pengumuman lisan ini juga

boleh dirakam terlebih dahulu. Dalam pengumuman lisan, ayat yang digunakan

hendaklah ayat yang jelas, ringkas dan padat dengan maklumat. Penyampai

pengumuman pula mestilah tahu pada bahagian ayat yang mana, mereka perlu

berhenti (jeda) sebentar untuk memastikan khalayak dapat mengikuti butiran

maklumat secara berkesan.

19

Page 20: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

i. Isi yang disampaikan perlu tegas dan tepat maksudnya

Isi pengumuman perlu sejajar dengan tujuan pengumuman itu dibuat. Antara tujuan

pengumuman untuk memberitahu maklumat, ada yang bertujuan untuk kumpulan

sasaran bertindak. Oleh itu, pengumuman hendaklah disampaikan secara tegas dan

menepati maksudnya.

ii. Memasukkan perkara penting sahaja

Oleh sebab pengumuman ini dilaksanakan terus kepada kumpulan sasaran, adalah

penting untuk memasukkan perkara penting dalam pengumuman itu. Pengumuman

akan diulang sebanyak dua kali pada satu-satu masa. Pengumuman pertama

adalah untuk menarik perhatian manakala pengumuman kedua lazimnya diberi

perhatian oleh pendengar untuk memahami dan mengesan maklumat penting yang

disampaikan. Oleh itu biasanya dalam sesuatu pengumuman hanya terdapat satu

atau dua perkara sahaja yang disampaikan.

iii. Maklumat perlu ringkas dan padat

Pengumuman hendaklah diberikan secara ringkas dan padat. Ini kerana biasanya

pengumuman diberikan di tempat awam seperti di stesen bas, lapangan terbang

ataupun di pusat membeli belah.Suasana yang sibuk boleh menjejaskan perhatian

pendengar. Oleh itu, maklumat perlu ringkas dan padat supaya kumpulan sasaran

boleh mendapatkan maklumat penting yang disampaikan.

iv. Menggunakan ayat pasif untuk memelihara sifat keobjektifan pengumuman

Gunakanlah ayat pasif untuk menulis pengumuman. Penggunaan ayat pasif

bertujuan memelihara sifat keobjektifan maklumat dalam pengumuman tersebut.

Ayat-ayat pasif dapat dikenali melalui penggunaan imbuhan pasif “di-“. Contohnya:

“Semua pelajar tahun enam, dikehendaki...” atau “ Penumpang pesawat AK 515 ke Kota Kinabalu diminta beratur di pintu A5”

c. Kesimpulan

Kemahiran menyampaikan pengumuman amat perlu dikuasai dengan baik demi

menjamin pengumuman yang disampaikan dapat menarik perhatian audiens.

20

Page 21: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

Akhirnya, akan membolehkan khalayak yang mendengar pengumuman berpuas hati

dengan maklumat yang disampaikan lalu mereka boleh membuat tindakan susulan.

2.6.3. Pidato

a. Definisi Pidato

Pidato ialah suatu ucapan dengan susunan kata yang baik untuk disampaikan

kepada khalayak. Pidato yang baik dapat memberikan suatu kesan positif bagi orang

yang mendengar pidato itu. Pidato disampaikan secara individu kepada khalayak

bagi meyakinkan khalayak berkenaan sesuatu tajuk. Pidato merupakan satu bentuk

komunikasi sehala kerana khalayak tidak perlu bersoal jawab atau memberi

pandangan mereka sekadar mengikuti buah fikiran yang disampaikan oleh pemidato.

Tujuan pidato adalah untuk menyampaikan idea berkenaan sesuatu isu kepada

audiens dalam dalam masa yang sama meyakinkan audiens agar bersetuju dengan

hujah-hujah pemidato.

b. Ciri-ciri Teks Pidato yang baik

i. Pidato yang baik ialah pemidato tidak membaca teks sebaliknya

menyampaikan hujah menggunakan kepetahan berucap dan kemahiran menghafal

hujah-hujah serta tertumpu kepada satu topik sahaja.

ii. Cara memulakan pidato, lazimnya dengan memetik kata-kata hikmat,

pernyataan atau bahasa perumpamaan. Tujuannya adalah supaya pendengar

tertarik dan mendapat gambaran sedikit sebanyak tentang apa yang bakal

disampaikan dalam pidato itu. Isi yang baik haruslah mengandungi huraian dan

contoh, statistik, kata-kata bidalan dan kata-kata orang ternama untuk mengukuhkan

hujah. Penutup pula eloklah diulang semula isi yang telah disampaikan. Kemudian,

nasihat dan ajakan amat sesuai mengakhiri pidato.

iii. Salutasi

Bahagian paling awal dalam pidato ialah salutasi, iaitu dimulakan dengan salam dan

seterusnya menyampaikan kata alu-aluan kepada pengerusi majlis, jemputan

21

Page 22: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

kehormat, para hakim, penganjur majlis dan para hadirin mengikut kesesuaian majlis

dan juga mengikut susunan protokol.

Iv . Pembuka kata

Pemidato lazimnya memilih pembuka kata yang menarik seperti dimulakan dengan

serangkap pantun, seloka, kata-kata hikmat atau mutiara kata untuk menarik

perhatian para hadirin dan juga para hakim. Kebolehan pemidato memetik kata-kata

seperti itu menunjukkan pemidato seorang yang bijak menghubungkait pembuka

kata dengan topik yang akan disampaikan.

v. Permulaan isi, takrif dan penjelasan isi pidato

Pada bahagian ini, pemidato perlu memberi takrif dan huraian tajuk yang akan

disampaikan. Penjelasan takrifan ini merupakan asas dan juga batasan topik yang

akan disampaikan dalam pidato. Hujah-hujah seterusnya akan diberikan selaras

dengan tajuk dan takrif yang diberikan.

vi Isi utama, Huraian dan ContohPemilihan isi utama dalam pidato hendaklah selaras dengan takrif yang diberikan

dan disusuli dengan hujah yang bernas. Setiap hujah yang dikemukakan perlu

bersandarkan kepada bukti dan disokong oleh penulisan atau pendapat pihak yang

berautoriti. Sekiranya setiap isi disusuli dengan huraian dan contoh yang sahih

seperti statistik, kes-kes mahkamah, laporan ekonomi atau laporan tahunan sudah

pasti audiens yakin dan akan bersetuju dengan hujah isi pemidato itu.

vii Kesimpulan

Pada akhir pidato, seorang pemidato perlu membuat rumusan dan sekali lagi

menyatakan pendiriannya tentang topik yang telah dihujahkan. Penegasan pendirian

pemidato dan kemahirannya menyampaikan pidato akan mempengaruhi pendirian

audiens sama ada untuk bersetuju atau tidak bersetuju dengan dia.

22

Page 23: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

c. Ciri-ciri Penyampaian Pidato yang baik

Gaya pemidato merangkumi kemahiran pemidato menggunakan bahasa badan

untuk berkomunikasi dengan audiens. Anggota badan yang terlibat ialah bahagian

mata, kepala, tangan dan mulut. Pemidato yang berkesan akan menggunakan

gayanya yang tersendiri dan tidak meniru gaya orang lain.

i. Anggota badan yang dianggap penting semasa pidato ialah mata dan kepala.

Mata yang memandang muka hadirin, ke arah kiri atau kanan akan menarik

audiens untuk mengikuti hujah pemidato. Memandang tepat ke arah audiens secara

menyeluruh akan menyebabkan audiens berasa dekat dengan pemidato dan

tindakan memandang ke arah mata audiens dapat menarik perhatian mereka untuk

memberi tumpuan kepada mesej yang hendak disampaikan oleh pemidato.

ii. Aksi tangan yang pelbagai gaya semasa berpidato bermaksud pemidato

mempunyai keyakinan yang tinggi sewaktu berhujah. Tindakan pemidato

menggenggam tangan, menunjukkan ekspresi yakin dan pendirian yang teguh

manakala bibir yang sentiasa mengukir senyuman akan memberi keselesaan kepada

audiens untuk terus mengikuti hujah pemidato berbanding dengan pemidato yang

serius raut wajah.

iii. Intonasi suara turut menyumbang kepada gaya pemidato yang berkesan

penekanan tinggi naik suara akan membuatkan audiens peka terhadap isu-isu

penting yang dikemukakan. Bersuara lantang ketika pemidato menyatakan pendirian.

Kemahiran memasukkan unsur humor dalam pidato akan dapat menjadikan

pemidato lebih bergaya malah sekiranya pemidato berjaya mencuit hati audiens atau

menyentuh emosi audiens dengan perasaan sedih, gembira atau membakar

semangat patriotik mereka, seorang pemidato itu dianggap berjaya menyampaikan

pidatonya.

iv. Pakaian

Pakaian merupakan salah satu daripada gaya penampilan yang amat penting

semasa menyampaikan pidato. Khalayak akan membuat pemerhatian sama ada

23

Page 24: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

pemidato seorang yang boleh dipercayai atau sebaliknya. Untuk pemidato lelaki,

digalakkan memakai suit kemas, bertali leher dan berkasut kulit, berstokin manakala

bagi pemidato wanita, pakaian yang sopan dan tidak mencolok mata. Sekiranya

pemidato memilih untuk memakai pakaian kebangsaan, mereka bolehlah memakai

baju Melayu, lengkap dengan sampin dan bersongkok. Pakaian merupakan salah

satu daripada aspek utama yang akan menentukan tanggapan pertama audiens

terhadap pemidato.

c. Kesimpulan

Pidato ialah ucapan yang disampaikan dengan susunan idea yang baik dengan gaya

yang meyakinkan. Kebolehan menyampaikan pidato merupakan kemahiran

komunikasi yang memerlukan keberanian, yakin, tetap pendirian

2.6.4. Ucapan/ Syarahan

a. Definisi

Syarahan disampaikan secara individu kepada khalayak untuk menghuraikan atau

menjelaskan sesuatu tajuk. Syarahan merupakan aktiviti sehala, iaitu penyampai

akan menjelaskan perkara-perkara tentang sesuatu tajuk dalam masa yang

ditentukan untuk mempengaruhi serta meyakinkan para pendengar.Kebolehan

menyampaikan syarahan bertujuan menguji kebolehan penyampai memberikan idea

atau membuat kupasan tentang sesuatu tajuk. Selain daripada itu, syarahan yang

disampaikan akan mempengaruhi khalayak untuk memberikan perhatian serius

terhadap sesuatu isu dan akhirnya khalayak akan bertindak untuk melaksanakan

seperti yang telah disarankan dalam syarahan itu.

b. Ciri-ciri syarahan yang baik

i. Memastikan Topik dan Tujuan Menyampaikan Syarahan

Menurut Ainon Mohad dan Abdullah Hassan (2006) , terdapat dua tujuan utama

penyampaian syarahan, iaitu untuk memberikan maklumat kepada khalayak dan

24

Page 25: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

juga untuk mempengaruhi mereka. Oleh itu, penyampai haruslah bersedia

memberikan penjelasan yang jelas, penerangan lanjut, membetulkan salah faham

dan boleh menerangkan bagaimana sesuatu itu dilakukan. Untuk menjadikan

syarahan lebih berkesan gunakan banyak ilustrasi, definisi, bukti dan hujah-hujah

daripada pelbagai sumber. Oleh itu seorang penyampai perlu melakukan

pembacaan yang sangat mendalam tentang perkara yang akan disampaikan

sebelum memberi syarahannya.

ii. Sasaran Khalayak

Syarahan yang akan disampaikan pula perlu sesuai dengan khalayak yang akan

menjadi sasarannya. Latar belakang pendidikan, umur, agama, jantina, bangsa dan

pekerjaan perlu dijadikan pertimbangan sebelum syarahan disampaikan. Maklumat

ini perlu agar penyampai dapat memberikan syarahan yang sesuai dengan tahap

dan kebolehan khalayak bagi menjamin maklumat yang disampaikan itu amat

bersesuaian dan bertepatan dengan kemampuan mereka memahami maklumat itu.

iii. Menyusun Bahan-Bahan

Bahan yang akan menjadi fokus utama seorang penyampai dalam syarahannya

hendaklah disusun dalam kerangka yang sistematik. Maklumat yang diberikan

perlulah dimulakan dengan memberikan takrif atau pengertian topik utama syarahan

kemudian diikuti dengan isi utama, isi sampingan dan dikemukakan hujah dan bukti

yang kukuh daripada pelbagai sumber bacaan. Bahan-bahan hendaklah disusun

mengikut keutamaan.

iv. Kelancaran

Kelancaran menyampaikan syarahan lebih tertumpu kepada pembahagian masa

menyampaikan maklumat dalam masa yang ditetapkan. Kebolehan penyampai

menepati masa merupakan salah satu daripada kelancaran yang dimaksudkan.

Selain daripada itu, kejelasan idea, bahasa serta pemilihan perkataan atau istilah

turut membantu kelancaran penyampaian maklumat kepada khalayak. Latihan

menyampaikan syarahan dapat membantu kelancaran penyampai.

25

Page 26: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

v. Intonasi Suara

Intonasi dan nada suara memberi kesan terhadap penyampaian syarahan. Nada

tinggi atau nada rendah akan memberi kesan audio kepada khalayak. Ini akan

membuatkan khalayak memberi perhatian terhadap isu yang diperkatakan sekiranya

disampaikan dalam nada tinggi. Sebaliknya penggunaan nada rendah lebih sesuai

sewaktu menyampaikan harapan atau berita sedih. Penggunaan nada yang saling

bertukar ganti akan memberi kesan yang menyegarkan terhadap khalayak

berbanding dengan penyampaian yang menggunakan hanya senada dan mendatar.

vi. Kecekapan Berbahasa

Syarahan yang baik dan berkesan disampaikan dengan menggunakan bahasa yang

tepat dan indah.Penggunaan ayat yang ringkas, padat dan bernas memudahkan

khalayak mengikuti syarahan yang disampaikan. Sekiranya syarahan itu

diselangselikan dengan bahasa perbandingan, peribahasa, bahasa kiasan ataupun

bahasa yang perumpamaan sudah pasti khalayak akan memberi fokus kerana

penggunaan bahasa seperti itu akan mendorang khalayak memikirkan maksudnya.

Keadaan ini secara tidak langsung akan menyebabkan khalayak menjadi pendengar

aktif.

c. Kesimpulan

Syarahan merupakan bidang yang mencungkil bakat dan daya kreativiti seseorang

untuk menyampaikan pendapat atau pendiriannya dengan harapan khalayak turut

menyokong atau bersetuju dengan topik yang disampaikan oleh penyampai. Oleh itu,

syarahan memerlukan kemahiran komunikasi yang berkesan kerana kematangan

dan kebijaksanaan menyampaikan buah fikiran dengan yakin di khalayak ramai

merupakan satu bentuk komunikasi lisan yang perlu dipelajari.

26

Page 27: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

2.6.5. Pengacaraan Majlis

a. Definisi

Menurut Noresah Baharum et. al. (2010), mentakrifkan pengacara majlis sebagai

seorang yang mengendalikan persembahan, atau acara dalam sesuatu majlis

manakala Siti Hajar Abd. Aziz (2008) mentakrifkan pengacara sebagai individu yang

mengendalikan perjalanan sesuatu majlis, persembahan atau pertunjukan.

Mengacarakan majlis merupakan satu daripada komunikasi khalayak yang perlu

diselenggarakan dengan cekap dan berkesan. Oleh sebab itu seorang pengacara

majlis merupakan orang yang berkomunikasi secara dua hala dengan khalayak.

Kejayaan menganjurkan majlis secara teratur menjadi tanggungjawab pengacara

majlis.

b. Ciri-ciri Pengacaraan Majlis yang Baik

Beberapa kriteria atau ciri yang patut dipertimbangkan sebelum memilih seseorang

individu untuk menjadi pengacara majlis. Antaranya adalah pengacara majlis

hendaklah :

i. Terdiri daripada mereka yang berkebolehan, iaitu tidak kekok tampil ke hadapan dan mampu berkomunikasi dengan yakin.

ii. Peka dengan situasi majlis termasuk sebarang perubahan yang bakal berlaku pada saat-saat akhir.

iii. Sentiasa bersedia mengumumkan dan memaklumkan apa-apa perubahan mengikut urutan majlis.

iv. Mempunyai suara yang jelas, cerita dan dapat menghidupkan suasana.

v. Seorang yang kreatif dan mampu melahirkan ujaran yang spontan sekiranya terdesak.

vi. Berketerampilan dan boleh membezakan antara majlis rasmi, separauh rasmi dan tidak rasmi.

vii. Tahu menyusun pengucapan yang bertatasusila mengikut prosedur dan etika sosial.

27

Bidang pengacaraan juga boleh menjadi satu kerjaya

Page 28: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

viii. Pengacara majlis harus tahu dan faham menggunakan panggilan hormat dan protokol dalam majlis, penggunaan salutasi yang betul kepada tetamu kehormat yang akan menghadiri majlis itu. Oleh itu pengacara perlu sentiasa mendapat maklumat terkini tentang status kehadiran tetamu kehormat. Sekiranya tetamu itu tidak dapat menghadiri majlis dan diganti pula oleh orang lain, maklumat seperti ini perlu dimaklumkan kepada pengacara majlis.

c. Pantang Larang Pengacara Majlis

Sebagai seorang pengacara anda perlu mengelak daripada melakukan

perkara-perkara berikut:

Memberi ulasan yang panjang lebar tentang isu yang diutarakan oleh

pengucap

Terlalu memuji atau mengagung-agungkan pengucap sehingga menimbulkan

keresahan kepada perucap sendiri.

Berjenaka secara keterlaluan

Lupa nama perucap atau tetamu kehormat/jemputan

Pengacara majlis merupakan ‘nadi’ sesebuah majlis.

Seorang pengacara majlis harus melengkapkan diri dengan

pelbagai kemahiran agar majlis yang dikendalikan berjalan

dengan lancar dan meninggalkan kesan yang baik di hati

para tamu dan penonton.

28

Bukan senang nak jadi pengacara, macam-macam pantang larang yang nak kena jaga…..jangan sampai keluar suara ‘itik’!

Page 29: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

c. Kesimpulan

Komunikasi lisan bagi seorang pengacara majlis merupakan

kemahiran komunikasi yang perlu dikuasai sebaik-baiknya

kerana kejayaan sesuatu majlis amat bergantung kepada

kewibawaan pengacara majlis mengawal suasana. Kemahiran

komunikasi secara spontan juga diperlukan ketika

mengendalikan majlis kerana kadang kala berlaku insiden yang

di luar jangkaan seperti persembahan tergendala kerana masalah teknikal.

Dalam situasi seperti ini, kemahiran berkomunikasi secara spontan perlu untuk

mengawal keadaan. Sekiranya pengacara majlis mengendalikan majlis rasmi seperti

Hari Konvokesyen, pengacara majlis tidak perlu memasukkan unsur humor atau

bahasa berbunga-bunga sebaliknya bahasa yang digunakan perlulah bahasa yang

ringkas, mengikut susun atur pergerakan majlis. Oleh yang demikian, dapat

disimpulkan bahawa pengacaraan majlis merupakan kemahiran yang perlu dilatih

dan memerlukan bakat semulajadi sesuai dengan jenis majlis yang dikendalikan.

2.6.6. Forum

Menurut Khairuddin Mohamad, Maridah Alias, Faiziah Hj. Shamsudin (2012),

menjelaskan komunikasi lisan jenis forum juga dikenali sebagai diskusi. Forum

dijayakan oleh kumpulan kecil yang terdiri daripada sekurang-kurangnya seorang

pengerusi dan seorang ahli panel. Walau bagaimanapun, sebagai aktiviti lisan di

sekolah, forum dikendalikan dengan seorang pengerusi dan tiga orang ahli panel.

Forum boleh berbentuk interaksi antara pengerusi dan ahli panel sahaja kemudian

diikuti dengan sesi soal jawab dengan khalayak.

Forum terbahagi kepada dua bentuk, iaitu forum bebas dan forum gabungan.Forum

bebas terdiri daripada forum panel dan forum perbahasan.Dalam forum panel, ahli

29

Pengacara perlu bijak bertindak sebagai penyelamat bagi sesuatu program/majlis

Page 30: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

panel diberikan tajuk yang sesuai dengan kepakaran masing-masing tetap berkait

dengan tema forum. Pengerusi akan mengemukakan soalan-soalan mengikut

giliran.Setelah semua ahli panel memberikan pendapat, pendengar pula diberi

peluang mengemukakan soalan. Pengerusi akan membuat kesimpulan forum

keseluruhannya.

Forum gabungan pula merujuk kepada forum yang dijalankan sesudah komunikasi

khalayak dijalankan. Sebagai contoh, forum wawancara dijalankan selepas

wawancara, forum kuliah diadakan selepas kuliah dan forum seminar diadakan

selepas seminar atau forum persidangan dijalankan selepas ahli panel

membentangkan kertas kerja. Khalayak dibenarkan mengemukakan soalan ataupun

pandangan berdasarkan apa yang dikatakan oleh ahli panel dan pengerusi. Seluruh

sesi dikendalikan oleh pengerusi.

Ciri-ciri Forum yang Baik

Pengerusi akan memperkenalkan tajuk, ahli panel dan bidang kepakaran

masing-masing, isu tentang tajuk yang diforumkan, meminta setiap ahli panel

menyatakan pendirian atau menjelaskan peranan mereka berkaitan dengan

isu yang dibincangkan. Pengerusi juga akan mengemukakan status atau

harapan masyarakat tentang isu yang dikemukan dan ahli panel memberi

respon bagaimana mereka menangani isu tersebut. Akhir sekali pengerusi

akan memberi peluang kepada khalayak untuk sesi soal jawab.

Soalan yang pengerusi kemukakan boleh berasaskan maklum balas atau

tinjauan pendapat orang ramai tentang isu yang dibincangkan. Ahli panel

diminta mengemukan pendirian mereka terhadap isu, masalah yang dihadapi

dan tindakan yang akan dilakukan.

Diskusi diakhiri dengan rumusan yang dapat dibuat hasil daripada

perbincangan dan tindakan susulan yang akan diambil untuk mengatasi isu

berkenaan.

30

Page 31: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

Sesi soalan jawab diadakan untuk khalayak bertanyakan ahli panel.

Persetujuan bersama dikemukakan dan pengerusi merumuskan hasil forum

pada bahagian penutup diskusi.

Kesimpulan

Forum merupakan satu bentuk komunikasi dua hala yang melibatkan pengerusi

dengan ahli panel dan juga khalayak yang mendengar forum itu. Tajuk yang

dibincangkan dalam forum biasanya sarat dengan maklumat dan menyentuh

kepakaran dalam bidang tertentu. Forum diadakan untuk mendapatkan persetujuan

bersama bagi mengatasi isu atau masalah yang dihadapi. Lazimnya forum berakhir

dengan saranan agar pendekatan bersepadu dilaksanakan untuk mengatasi

masalah atau isu yang dibincangkan.

2.6.7. Wawancara dan Temu bual

a. Definisi

Menurut Ab. Rahman Ab. Rashid dan Yap Kim Fatt (1998), menjelaskan wawancara

merupakan satu proses komunikasi dua hala yang formal. Aktiviti ini dilakukan

secara terancang yang melibatkan proses menyoal dan menjawab antara orang

yang mewawancara dengan orang yang diwawancara. Biasanya wawancara

dilakukan dengan berasaskan sesuatu tajuk atau isu yang ditetapkan dengan tujuan

untuk mendapatkan maklumat daripada orang yang diwawancara. Aktiviti ini

lazimnya dijalankan dalam keadaan yang mesra dan tidak terlalu rasmi.

Terdapat dua bentuk wawancara, iaitu wawancara berita dan wawancara rencana.

Wawancara berita bertujuan untuk mendapatkan maklumat khusus tentang sesuatu

peristiwa atau perkara yang berlaku. Wawancara bentuk ini dilakukan dengan cara

bersemuka atau melalui telefon dan yang diutamakan adalah maklumat atau fakta.

Wawancara rencana pula dilakukan dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat

31

Page 32: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

tentang personaliti dan pendapat seseorang.Wawancara ini bersifat bebas dan

biasanya dilakukan dalam suasana yang mesra dan kerap dijalankan di rumah atau

pejabat. Kebiasaannya orang kenamaan seperti tokoh-tokoh korporat, akademik,

politik sering menjadi sasaran untuk diwawancara. Selain itu,maklumat tentang tajuk

atau isu yang ditetapkan, sifat-sifat peribadi, latar belakang, kekuatan, kegemaran

dan sebagainya dijadikan bahan penulisan wawancara.

b. Ciri-ciri Wawancara

Wawancara yang berjaya adalah wawancara yang mencapai objektifnya, iaitu

dapat mengumpul maklumat pengetahuan dan pendapat yang dikehendaki

daripada orang yang diwawancara. Kedua-dua pihak hendaklah

berpengetahuan luas, bijak, berfikiran kritis dan analitis. Selain itu, mereka

perlu saling hormat menghormati, berperwatakan peramah, lemah lembut,

sopan santun serta tertib.

Soalan yang dikemukakan hendaklah berkaitan secara langsung terhadap

tajuk yang dibincangkan, isu atau pengalaman peribadi orang yang

diwawancara. Oleh sebab itu, wawancara itu hendaklah dibuat secara

terancang. Orang yang diwawancara perlu mengetahui soalan yang akan

ditanya supaya dia menyediakan jawapan terhadap soalan yang

dikemukakan itu.

Wawancara ini berbentuk dialog atau perbualan yang mengandungi tiga

bahagian utama, iaitu pendahuluan, perkara yang berkaitan dengan tajuk

dan penutup. Pada bahagian pendahuluan biasanya tajuk yang akan

dibincangkan diberikan penerangan terlebih dahulu, kemudian disusuli

dengan bahagian isi atau fokus wawancara dan diakhiri dengan penutup.

Bahasa yang digunakan hendaklah mudah dan tidak berbunga-bunga.

Soalan yang dikemukakan hendaklah ringkas dan jelas. Biasanya soalan

terbuka lebih banyak ditanya daripada soalan-soalan peribadi. Audiens yang

hadir pula bergantung kepada jenis wawancara yang dikendalikan sama ada

32

Page 33: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

wawancara berita atau wawancara rencana. Wawancara berita terdiri

daripada khalayak yang bebas meliputi pelbagai latar belakang pendidikan

manakala wawancara rencana lazimnya terdiri daripada khalayak yang

khusus daripada bidang yang sama atau yang ada kena mengena dengan

tajuk yang dibincangkan.

Kemahiran menyoal merupakan aspek penting dalam sesi wawancara.

Soalan-soalan yang dibina mestilah menepati maklumat yang ingin diketahui.

Kemahiran menyoal perlulah merangkumi aspek tajuk, tujuan, maklumat

yang ingin diperoleh, pemilihan kata tanya yang sesuai dan soalan jenis

terbuka menggunakan kata kunci “sejauhmanakah, apakah rasional, apakah

implikasi, apakah harapan”

c. Kesimpulan

Wawancara merupakan kemahiran komunikasi formal berbentuk dua hala. Oleh itu,

sebelum sesi wawancara dimulakan orang yang akan mengemukakan wawancara

perlulah membuat persediaan rapi dan mengetahui langkah-langkah mengendalikan

wawancara kerana lazimnya wawancara diadakan secara langsung berhadapan

dengan khalayak. Sesi soal jawab juga diberikan dan khalayak bebas

mengemukakan soalan. Oleh itu, pewawancara perlu bijak berkomunikasi dengan

individu yang diwawancara dan juga dengan khalayak.

2.6.8. Mesyuarat

a. Definisi

Bermesyuarat merupakan satu bentuk komunikasi lisan. Menurut Ab. Rahman Ab.

Rashid, Yap Kim Fatt (1998), menjelaskan mesyuarat diadakan dengan tujuan untuk

bertukar-tukar fikiran dan pendapat menyelesaikan masalah-masalah yang

berbangkit, membuat sesuatu keputusan dan memberi atau mendapatkan maklumat

daripada pelbagai pihak. Mesyuarat yang baik dikendalikan dalam suasana baik,

bersopan dan beradab. Semua butiran percakapan akan direkodkan (untuk

33

Page 34: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

semakan, rujukan dan tindakan selanjutnya) dan catatan ini dikatakan minit

mesyuarat.

Semasa bermesyuarat, ahli-ahli mesyuarat diberi peluang untuk meningkatkan

kemahiran mendengar, kemahiran memahami dan kemahiran menuturkan idea atau

buah fikiran secara jelas dan teratur. Pengerusi mesyuarat dikehendaki

mengendalikan mesyuarat dan mengawal perbincangan agar sentiasa menepati

agenda mesyuarat yang telah ditetapkan. Setiausaha mencatat segala pandangan

dan pendapat serta idea-idea yang dipersetujui. Tugas ahli-ahli lain adalah memberi

pendapat, bantahaan, cadangan dan sebagainya. Dalam hal ini, ahli-ahli boleh

bersetuju dengan apa yang ditimbulkan dalam mesyuarat atau membantah ataupun

berkecuali, Mereka boleh memberikan alasan-alasan mereka secara logik dan

berkesan.

Tujuan bermesyuarat adalah memberi peluang untuk mendengar percakapan atau

pandangan orang lain , membuat cadangan atau bantahan menggunakan alasan-

alasan yang munasabah. Membiasakan ahli-ahli mesyuarat bersuara dalam suasana

yang formal dengan pertuturan yang sopan dan jelas. Pada akhir mesyuarat selalu

satu keputusan yang dibuat secara kolektif akan dikemukakan sebagai jalan

menyelesaikan masalah yang dihadapi. Keputusan sebulat suara adalah sebaik-baik

keputusan yang diharapkan daripada mesyuarat.

b. Ciri-ciri Mesyuarat yang Baik

Mesyuarat yang baik adalah mesyuarat yang dikendalikan mengikut agenda

yang dikemukakan. Pengerusi mesyuarat mempunyai kuasa untuk memula

dan mengakhiri mesyuarat. Pengerusi akan mengikuti agenda mesyuarat satu

persatu dimulakan dengan pengesahan minit mesyuarat yang lalu,

membincangkan perkara-perkara berbangkit, membuat pindaan atau

pembetulan dan mendapatkan maklum balas terhadap perkara yang telah

diputuskan dalam mesyuarat yang lalu.

34

Page 35: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

Segala keputusan yang diputuskan dalam mesyuarat bukanlah keputusan

individu sebaliknya keputusan yang dibuat oleh ahli-ahli mesyuarat. Oleh itu,

penulisan minit mestilah seperti yang berikut “ Mesyuarat telah bersetuju

menerima” atau Mesyuarat telah dimaklumkan bahawa..” Keputusan akhir

tentang sesuatu perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat perlu dicatatkan

dalam minit mesyuarat.

Mesyuarat yang baik akan dikendalikan dalam masa yang tidak terlalu

panjang.Keberkesanan mesyuarat perlulah dikawal selia oleh pengerusi.

Sekiranya perbincangan telah tersasar daripada agenda, pengerusi berhak

memberhentikan perbincangan itu dan mengingatkan ahli-ahli mesyuarat

supaya kembali kepada agenda yang disediakan.

Setiausaha mencatat kehadiran ahli-ahli mesyuarat dalam minit mesyuarat

dan memastikan semua butiran tidak hadir bersebab dicatatkan dalam minit

mesyuarat. Setiausaha akan memastikan semua keputusan mesyuarat,

pembetulan atau pindaan butiran mesyuarat direkodkan. Sebarang

pembetulan dalam minit perlu dibuat sebelum minit mesyuarat itu disahkan

dalam mesyuarat.

Dalam hal yang memerlukan tindakan, nama atau jawatan orang yang

dipertanggungjawabkan perlu dicatat dalam minit mesyuarat supaya perkara

itu dapat dibincangkan dalam mesyuarat akan datang.

Perbincangan dalam mesyuarat meskipun tegang perlulah menggunakan

bahasa yang sopan tanpa menyinggung perasaan orang lain. Setelah

kesemua agenda mesyuarat diikuti, pengerusi hendaklah memberi ruang

kepada setiap ahli-ahli mesyuarat untuk mengemukakan pandangan mereka

untuk mengisi agenda hal-hal lain. Perkara yang disentuh dalam hal-hal lain

merupakan perkara yang tidak tersenarai dalam agenda mesyuarat.

35

Page 36: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

Waktu ditanggungkan mesyuarat perlu dicatat dalam minit mesyuarat dan

perlulah digunakan ungkapan ditangguhkan kerana mesyuarat akan

disambung pada masa akan datang.

Pada bahagian akhir/ penutup mesyuarat hendaklah dicatat nama dan

jawatan orang yang akan mengesahkan minit itu, iaitu pengerusi dengan

persetujuan semua ahli-ahli mesyuarat.

c. Kesimpulan

Mesyuarat merupakan satu aktiviti lisan yang berbentuk dua hala antara ahli-ahli

mesyuarat untuk mencapai keputusan yang sepakat tentang sesuatu program. Oleh

itu, kemahiran komunikasi yang terlibat adalah kemahiran menyoal, menyatakan

pandangan, memberikan cadangan atau menyatakan bantahan perlulah disuarakan

dengan cara yang sopan dan teratur mengikut prosedur mesyuarat. Komunikasi

secara lisan dalam mesyuarat perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa untuk

menjamin mesyuarat yang diadakan tidak memakan masa yang terlalu

lama ,sehingga ahli-ahli mesyuarat hilang tumpuan dan minat. Oleh yang demikian

peranan pengerusi dan setiausaha mesyuarat amat penting dalam pengendalian

mesyuarat.

Kumpul maklumat dan buat catatan berkaitan perkara-perkara berikut:

i. Debat

ii. Perbincangan

iii. Temu duga

iv. Dialog

36

Mengumpul Maklumat

Page 37: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

SOALAN TUTORIAL

1. Huraikan tujuan penyampai taklimat menganalisis khalayak.

2. Banding bezakan contoh teks pengacaraan majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik dan teks pengacaraan Majlis Persaraan. Bincangkan perbezaan yang terdapat dalam kedua-dua teks tersebut.

3. Nyatakan persamaan dan perbezaan antara debat dan pidato.

4. Buat kajian dan penyelidikan tentang teks ucapan dan teks syarahan. Analisis keberkesan wacana dalam kedua-dua teks.

5. Sediakan atur cara bagi Majlis Perasmian Hari Guru tahun ini.

6. Jelaskan kepentingan penampilan diri untuk seorang pemidato.

7. Huraikan peranan pengerusi mesyuarat yang berkesan dalam pengendalian mesyuarat.

8. Jelaskan kepentingan gerak geri, mimik muka dan gaya bahasa badan dalam pidato.

9. Tonton rakaman video Pidato Antarabangsa. Buat ulasan tentang kemahiran berkomunikasi pemidato yang terdapat dalam tayangan video itu.

10. Jelaskan ciri-ciri penulisan minit mesyuarat yang baik.

37

Page 38: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

BIBLIOGRAFI

Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt, Ab. (1998). Bahasa Melayu Komunikasi 3. Petaling Jaya : Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt, Ab. Rahim Selamat. (1997). Bahasa Melayu Komunikasi 2. Petaling Jaya : Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Abdull Sukor Shaari, Nuraini Yusoff, Mohd. Isha Awang. (2003). Bahasa Melayu Komunikasi. Bentong : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan, Ainon Mohd. (1999). Komunikasi untuk Guru. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan, Ainon Mohd. (2000).Kemahiran Interpersonal untuk Guru Bestari. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Khairuddin Mohamad (Editor) .(2012). Bahasa Melayu Kontekstual. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Khairuddin Mohamad, Maridah Alias, Faiziah Hj. Shamsudin. (2012). Bahasa Melayu Komunikatif. Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Syahrul Nizam Junaini. (2011). Seni Bahasa Badan. Batu Caves : PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Zawiyah Mohammad Yusof . (2009). Kemahiran Komunikasi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

38

Page 39: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

3.1 SINOPSIS

Tajuk 3 menjelaskan perihal aktiviti penulisan berformat serta contoh-contoh aktiviti komunikasi bertulis dalam bahasa Melayu kepada pelajar.

3.2 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:

1. menyatakan jenis-jenis aktiviti penulisan berformat;2. menyampaikan maklumat melalui komunikasi tulisan3. mengaplikasikan komunikasi tulisan dalam pelbagai situasi

3.3 KERANGKA TAJUK

3.4 Ciri-ciri komunikasi tulisan

Bahasa memainkan peranan penting dalam komunikasi bertulis dan

komunikasi khalayak.

39

TAJUK 3 KOMUNIKASI TULISAN

Komunikasi Tulisan

Ciri-ciri Komunikasi

Tulisan

Jenis-jenis Komunikasi Tulisan

Page 40: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

Manusia sudah mula menggunakan komunikasi lisan lebih kurang 1,000,000

tahun dahulu (Speek,1990, The New Encyclopaedia Britannica),

Sistem tulisan yang paling awal hanya wujud lebih kurang 5,000 tahun dahulu.

Di dunia, terdapat lebih kurang 4,000 bahasa (Comrie,1987), tetapi hanya 5%

sahaja yang mempunyai sistem tulisan yang asli.

3.5 Definisi

ISHAK HARUN (1979)

Penulisan - satu kemahiran menyampaikan idea, fakta dan sebagainya yang terdapat dalam fikiran manusia melalui alat komunikasi, iaitu bahasa.

NIK SAFIAH KARIM (1987)

Kemahiran menulis - keupayaan menurunkan perasaan dalam bentuk penulisan seperti pengumuman, berita, penerangan, laporan, ucapan, minit mesyuarat dan penghujahan sesuatu persoalan.

Menulis merupakan satu perbuatan yang melibatkan manipulasi perkataan-perkataan dalam ayat secara gramatis - dibentuk menjadi sebuah karangan yang dapat menyampaikan idea atau pendapat seseorang.

Bagi mereka yang berbakat, penulisan boleh menjangkau bidang penulisan kreatif sama ada bentuk prosa/puisi.

Penulis perlu melalui pelbagai tahap penulisan dan perlu berfikir secara kreatif untuk mendapatkan isi, idea, atau fakta serta menilai semula idea atau fakta yang disampaikan itu secara berkesan.

Penulisan karangan - proses mencipta dan mengubah idea dalam bentuk lengkap dan sempurna.

Hasil penulisan perlu haruslah mempunyai ciri-ciri berikut:

Isi yang tepat

Tujuan dan idea tersusun

Bersifat gramatis

40

Page 41: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

Penghasilan sesebuah teks atau karangan, penulis perlu

menggunakan bahasa dengan baik supaya maklumat yang hendak

disampaikan dapat diterima dan difahami oleh pembaca.

Ciri-ciri penulisan yang baik

Pemilihan kata

Variasi struktur ayat

Pemerengganan

Gaya

Unsur kesatuan

Pertautan serta format

Ciri-ciri penulisan teks

Fakta

Bentuk pemerengganan

1 isi dalam 1 perenggan

Isi berkaitan tajuk - kesatuan

Gaya Dan Laras

Gaya bahasa sesuai

Pelbagai :

retorik

simile

metafora

Personifikasi

Pengolahan

Pertautan antara perenggan

Bahasa

Pemilihan perkataan tepat dan jelas

41

Page 42: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

3.6 Jenis-Jenis Komunikasi Tulisan

3.6.1 Surat Rasmi

Surat rasmi ialah teks yang berformat kerana surat rasmi mempunyai

peraturan dan gaya persembahan yang perlu dipatuhi. Surat rasmi

menyatakan atau menggambarkan sesuatu perkara untuk diketahui oleh

orang yang menerima atau membaca surat itu. Kandungan surat rasmi

berupa aduan, pemberitahuan, isu-isu tertentu, pemakluman, permohonan

dan sebagainya. Surat rasmi ditulis oleh satu pihak kepada penerima agar

pihak penerima mendapat maklumat dan pengetahuan tentang perkara

tersebut. Surat rasmi merupakan dokumen yang bercetak yang boleh

dibaca berulang kali dan dirujuk kembali pada masa akan datang.

Surat kiriman merupakan sesuatu proses atau aktiviti menyalurkan

maklumat, pengetahuan dan kemahiran dalam pengajaran karangan

berbentuk format yang menggambarkan suasana, khabar, berita dan

sebagainya yang akan dikirimkan atau diutuskan kepada orang yang

ditujukan. Dengan maksud pemberitahuan sesuatu hal atau perkara yang

dialami, dinikmati dan sebagainya oleh si pengutus surat berkenaan

supaya si penerima surat tersebut juga turut merasa dan berkongsi

suasana sama ada suka mahupun duka. Apakah yang membezakan satu

surat dengan surat yang lain?

Menurut Burton (1983), perbezaan ini wujud disebabkan oleh tiga perkara

iaitu:

I. Orang yang akan menerima surat anda – penerima

II. Apa yang anda tulis – subjek

III. Mengapa anda menulis – tujuan

• Dengan mengambil kira tiga perkara di atas, surat-surat boleh

dikategorikan sebagai rasmi dan tidak rasmi.

• Surat rasmi pula boleh dikategorikan kepada rasmi peribadian

42

Page 43: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

(formal-personal) dan rasmi tidak peribadian (formal-impersonal).

Surat Rasmi Tidak Peribadi

Memohon maklumat daripada firma, institusi organisasi

Meminta bantuan atau kerjasama daripada firma-firma

Menjawab panggilan temuduga

Memesan barang

Membuat aduan

Membuat tempahan

Surat Rasmi Peribadi

Mengucap tahniah atau takziah

Jemputan (sosial)

Jawapan kepada jemputan

Ucapan terima kasih

Surat rasmi ditulis untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut antaranya :

• memohon pekerjaan

• membuat aduan / bantahan / cadangan

• membuat rayuan

• membuat jemputan rasmi

• menempah barangan

• meminta kebenaran

• atau apa-apa yang melibatkan urusan rasmi

Ciri-ciri Umum Format Surat Rasmi

bersifat formal dan tidak menyentuh perkara-perkara peribadi.

Bahasa yang digunakan mestilah mudah, tepat, padat, baku dan

betul dari segi ejaan dan tanda baca.

Elakkan penggunaan unsur-unsur kiasan dan ungkapan peribahasa

Lembaga Peperiksaan Malaysia pula menyenaraikan ciri-ciri berikut :

Alamat pengirim

Garisan panjang melintang

43

Page 44: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

Nama dan alamat penerima

Nombor telefon

Nombor rujukan

Tarikh

Perkataan menghadapkan surat

Kepala surat/perkara

Pemerengganan

Pecahan bagi perenggan

Tandatangan

Nama pengirim

Format Surat Kiriman rasmi

Alamat pengirim.

- ditulis d isebelah kiri pada bahagian atas surat.

Garis panjang melintang.

Alamat penerima.

- baris akhir alamat digarisi

Tarikh .

- ditulis di sebelah kanan surat, sebaris dengan baris akhir alamat

penerima.

Panggilan hormat.

- dibubuh koma di hujungnya.

Perkara.

- huruf besar digunakan pada setiap awal kata, bergaris dan tiada

noktah

di hujungnya.

Isi-isi.

- perenggan pertama dan akhir tidak diberikan nombor dan ditulis

dari tepi

surat. Hanya perenggan kedua dan seterusnya diberikan nombor

dan ditulis

44

Page 45: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

jarak sedikit dari nombor.

Pengakuan dan tanda tangan pengirim.

-ditulis di bahagian kiri bawah surat.

Nama dan jawatan pengirim.

- nama ditulis selepas tanda tangan dengan huruf besar sepenuhnya

dan

diletakkan dalam kurungan.

Format Surat Rasmi (Lembaga Peperiksaan Malaysia)

________________ Alamat Penulis

________________

________________

____________________________( garisan panjang)__________________________

Jawatan / penerima

Alamat (pejabat, sekolah, dsb) Tarikh : (selari dengan

nama negeri)

Tuan / Puan,

Tajuk /Perkara / Hal (Permulaan Perkataan Huruf Besar dan

Gariskan)

Menyatakan tujuan ( perenggan tiada nombor dan rapat di sebelah kiri)

2. ( Menyatakan isi -isi atau hal-hal lain yang berkaitan dengan tajuk. Cuba sampaikan sekurang-kurangnya tiga isi penting yang berkaitan antara satu sama lain)

3. ( Menyatakan hal-hal lain yang ada hubungannya dengan hal yang kita kemukakan, misalnya alasan yang boleh memungkinkan permohonan kita dipertimbangkan.)

(Penutup)

Yang benar, ( perhatikan penggunaan huruf yang digunakan)

_________________

Nama Penuh ( HURUF BESAR)

45

Page 46: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

Jawatan ( Huruf Kecil )

3.6.2 Surat Tidak Rasmi

Surat tidak rasmi biasanya ditulis oleh seseorang kepada seseorang yang

lain secara peribadi seperti surat kepada ahli keluarga dan sahabat

handai. Biasanaya surat ini ditulis dengan tujuan untuk memberitahu

sesuatu perkara seperti surat ucap tahniah, surat ucap takziah, bertanya

khabar, meceritakan pengalaman dan sebagainya. Cara menulis surat ini

tidak terikat dengan format penulisan surat rasmi tetapi sebaliknya

menggunakan format surat tidak rasmi seperti berikut:

Alamat Pengirim (ditulis pada sudut sebelah kanan atas surat)

Tarikh (Ditulis di bawah alamat pengirim

Pembuka Surat/Kata penghadap surat

Contoh: Kehadapan sahabatku Aina semoga berada dalam

keadaan sihat sejahtera.

Kata Ganti Diri (Kata ganti nama diri penerima ditulis di sebelah kiri

surat). Antara yang biasa digunakan ialah saudara, saudari, ayah

bonda, kakanda dan nenda.

Pemerengganan

Semua perenggan ditulis ke dalam sedikit dari garis tepi surat.

Pengakuan Tanggung jawab

Ditulis di sebelah kanan bahagaian bawah surat tetapi melangkau

dua baris kosong. Huruf awal ditulis dengan huruf besar. Tanda

koma hendaklah diletakkan selepas kata pengakuan tanggung

jawab. Contoh: Yang jauh, “Yang ikhlas”.

Tandatangan

Diturunkan di bawah pengakuan tanggung jawab.

46

Page 47: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

Latihan 1

1. Sejak sebulan yang lalu, sebuah tempat yang berdekatan dengan tempat

tinggal penduduk Kampung Sungai Kertas telah dijadikan penempatan pendatang

tanpa izin secara haram. Seluruh penduduk kampung telah membantah penempatan

haram tersebut. Sebagai wakil penduduk kampung, anda telah dilantik untuk menulis

sepucuk surat untuk menyatakan bantahan penduduk kampung terhadap

penempatan tersebut. Tulis surat itu selengkapnya.

2. Seorang sahabat pena anda telah mengutus surat dan meminta pandangan

anda tentang cara-cara mengawal tekanan (stress) secara berkesan. Balas surat

sahabat anda dengan memberikan pandangan yang dimintanya.

47

Page 48: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

3.6.3 Karangan

ekspositori

Karangan

ekspositori berupa

huraian atau

penjelasan tentang

sesuatu topik untuk

memberi maklumat

atau pengetahuan

tambahan bagi

pembaca. Berikut ini

contoh-contoh tajuk

karangan

ekspositori.

Cara-cara merapatkan hubungan dengan jiran.

Cara-cara merapatkan hubungan dengan keluarga.

Kewajipan-kewajipan seorang pelajar terhadap keluarga.

Langkah-langkah untuk mengelakkan kejadian jenayah.

Ciri-ciri pelajar cemerlang.

48

KARANGAN EKSPOSITORI

Cara menulis perenggan isi

Perenggan dibahagikan kepada beberapa ayat

yang disusun seperti berikut:

Ayat 1 (A1) – isi utama

Page 49: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

3.6.4 Laporan

Laporan ialah kertas kerja yang mengandungi

maklumat atau khabar. Laporan ditulis bagi

melaporkan sesuatu hal atau perkara yang telah

berlaku. Laporan merupakan maklumat tentang

sesuatu perkara yang hendak dilaporkan. Laporan

ialah dokuman untuk menyampaikan maklumat yang

khusus kepada pembaca yang tertentu. Maklumat

tersebut disampaikan secara sistematik dan objektif dengan menitikberatkan

kejelasan dan ketepatan kandungannya.

Tujuan

Melaporkan atau merekodkan sesuatu peristiwa yang dilihat atau didengar.

49

Apa itu laporan?

Boleh kamu

Ayat 2 (A2) –mengapa

Ayat 3 (A3) - bagaimana

Ayat 4 (A4) – contoh/bukti

Ayat 5 (A5) – rumusan

Page 50: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

Jenis-jenis Laporan

Laporan Umum

Laporan untuk bacaan atau pengetahuan umum sahaja

Tentang sesuatu kejadian, perkara, isu

Laporan Kajian

Juga disebut laporan ilmiah/penyelidikan

Untuk memerihalkan sesuatu keadaan.

Tidak dipengaruhi sebarang unsur emosi penulis.

Memerlukan fakta yang tepat dan penyusunan rapi dan tersusun.

Laporan Syarikat

Laporan tahunan untuk melaporkan aktiviti syarikat dalam tempoh satu tahun. Kandungan – aspek kewangan, pemegang syer, senarai harta syarikat, tanggungan dan lain-lain. Gaya bahasa – berbentuk huraian dan penjelasan, disusun secara kronologi.

Format Laporan Umum

Halaman judul muka surat – mengandungi nama penulis, organisasi, tajuk

laporan, tahun.

Abstrak – sinopsis keseluruhan kandungan.

Kandungan – tajuk, subtajuk dan lampiran.

Pengenalan – latar belakang, kaedah penyelidikan dan penghargaan.

Huraian data – disusun mengikut topik dan subtajuk khusus.

Kesimpulan – rumusan dan cadangan

Rujukan dan bibliografi

Lampiran

Format Laporan Kajian

Halaman kulit

Halaman tajuk (sebelah dalam)

Abstrak

Penghargaan

50

Page 51: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

Daftar kandungan

Pengenalan, iaitu penyataan masalah

Tinjauan kajian berkaitan

Kaedah penyelidikan

Dapatan kajian

Rumusan dan cadangan

Format laporan Syarikat

Halaman Kulit

Misi Syarikat

Notis Mesyuarat Agung Tahunan

Jawatankuasa Audit

Struktur Korporat

Maklumat Korporat

Lembaga Pengarah

Ucapan Pengerusi

Laporan Kewangan

Analisis Pemegang Syer

Senarai Harta

Borang Proksi

Latihan 2

Andaikan anda Setiausaha Pengakap sekolah anda. Anda telah diminta

menulis satu laporan perkhemahan pengakap yang telah dianjurkan oleh

PPD pada minggu lepas.

Tulis laporan itu selengkapnya.

51

Page 52: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

3.6.5 Minit Mesyuarat

Minit mesyuarat merupakan satu rekod bertulis tentang perkara perkara

yang dibincangkan di dalam sesuatu mesyuarat. Minit mesyuarat penting

kerana akan dijadikan sumber rujukan pada masa hadapan. Semasa

mesyuarat diadakan, segala keputusan yang diambil akan dicatatkan oleh

setiausaha, manakala perbincangan yang meleret-leret tidak akan dicatat

dalam minit. Tegasnya, menulis minit mesyuarat menjadi tugas setiausaha

yang dilantik dan beliau juga bertanggungjawab untuk mengedarkan minit

mesyuarat kepada ahli-ahli. Draf minit mesyuarat yang telah ditulis oleh

setiausaha hendaklah diserahkan untuk semakan Pengerusi dalam masa

tiga hari. Minit mesyuarat sebenar pula biasanya diedarkan kepada ahli

yang terlibat selewat-lewatnya tujuh hari selepas mesyuarat. Mesyuarat

dihadiri oleh individu yang mendapat jemputan sahaja. Jemputan dbuat

secara rasmi melalui surat panggilan mesyuarat. Mesyuarat yang

diadakan oleh sesuatu jabatan mempunyai tujuan tertentu, antaranya:

Bertukar-tukar fikiran antara ahli

Mendapatkan idea-idea baharu

Memberikan dan mendapatkan maklumat daripada pelbagai pihak

Mencari penyelesaian kepada masalah bersama dan mendapatkan

persetujuan untuk bertindak atau melaksanakan sesuatu perkara. Dalam

hal ini minit mesyuarat merupakan dokumen yang melaporkan perkara

yang berlaku dalam mesyuarat itu, iaitu agenda mesyuarat, catatan

keputusan perbincangan, dan tindakan susulan yang perlu diambil oleh

pihak tertentu berdasarkan persetujuan ahli-ahli yang menghadiri

mesyuarat.

a. Jenis Minit Mesyuarat

Berdasarkan kepada keperluan minit mesyuarat dapat dibahagikan

kepada kepada beberapa jenis:

52

Page 53: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

Mesyuarat Jawatankuasa

Pada kebiasaannya diadakan secara dalaman untuk memberikan maklumat, idea

dan membuat keputusan tentang sesuatau perkara. Mesyuarat ini dihadiri oleh

individu yang menjadi ahli kepada jawatankuasa tersebut.

Mesyuarat Agong

Biasanya diadakan setahun sekali. Dalam mesyuarat ini akan berlaku perlantikan

ahli jawatankuasa yang baharu bagi menggantikan jawatankuasa yang lama. Segala

aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun dan kewangan yang telah dibelanjakan

sepanjang tahun tersebut akan dibentangkan untuk makluman ahli. Mesyuarat ini

dihadiri oleh semua ahli yang berdaftar. Sesuatu mesyuarat agung dikira sah jika

kehadiran ahli dua pertiga daripada keseluruhan ahli yang berdaftar. Dalam

mesyuarat agung, setiap ahli yang berdaftar mempunyai hak untuk

bersuara,membuat pengundian atau tidak menyatakan sokongan terhadap sesuatu

isu. Melalui mesyuarat agung, perlembagaan atau peraturan yang telah ditetapkan

dalam organisasi boleh dipinda dengan syarat mendapat persetujuan majoriti ahli.

Mesyuarat Khas

Diadakan khas untuk sesuatu isu, bertujuan untuk mendapatkan kata putus daripada

ahli-ahli dalam satu-satu perkara tertentu sahaja.

Mesyuarat Tergempar

Diadakan untuk membuat keputusan segera tentang sesuatu perjara atau isu yang

meruncing. Mesyuarat ini memerlukan keputusan diperoleh dalam masa yang terhad

supaya masalah yang meruncing itu tidak merebak atau tersebar menjadi lebih teruk.

Mesyuarat Agung Luar Biasa

Diadakan untuk satu-satu tujuan yang khusus sahaja. Mesyuarat ini biasanya

diadakan atas desakan ahli-ahli yang tidak berpuas hati tentang sesuatu perkara.

Mesyuarat ini dikira sah sekiranya kehadiran ahli ialah dua pertiga dan keputusan

yang dibuat mendapat sokongan majoriti ahli. Mesyuarat ini dinamakan mesyuarat

agung luar biasa kerana diadakan di luar tempoh yang sepatutnya bagi sesuatu

53

Page 54: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

mesyuarat agung, dan hanya bertujuan untuk mendapatkan keputusan majority bagi

satu isu sahaja.

b. Ciri Minit Mesyuarat

Tulen:

Ringkas dan padat.

Tidak direka-reka.

Bukan bentuk laporan.

Kandungannya benar-benar rekod hasil perbincangan dan keputusan bersama ahli

mesyuarat

Lengkap:

Semua maklumat yang penting dan berkaitan disertakan. Boleh memahamkan

seseorang yang tidak hadir dalam mesyuarat tersebut.

Tepat

Butir-butir yang dicatatkan adalah tepat dan sama seperti perkara yang di

bincangkan dalam mesyuarat. Fakta yang dicatat juga perlu menepati hal-hal yang

diperkatakan dan bukanlah pandangan pencatat.

Sahih

Bebas daripada keraguan dari segi isi kandungan dan maklumat-maklumat yang

berkaitan. Boleh dirujuk semula kerana mempunyai catatan tarikh, bilangan, nama

dan fakta-fakta lain.

Berstruktur

Penulisan minit mesyuarat disusun mengikut agenda mesyuarat dan perlu kelihatan

kemas dan teratur. Setiap perenggan mempunyai tajuk atau subtajuk yang

bernombor dan mengikut urutan.

Latihan 3

Anda telah dilantik sebagai setiausaha Panitia Bahasa Melayu di sekolah anda. Selaku setiausaha Panitia, anda telah diminta menyediakan minit

54

Page 55: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

mesyuarat bil 1/2013 kepada pihak pengurusan sekolah. Sediakan minit mesyuarat itu selengkapnya.

3.6.6 Kertas Kerja

Kertas kerja ialah hasil tulisan untuk dibentangkan kepada khalayak. Khalayak

terdiri daripada;

Kumpulan kecil (jawatankuasa projek)

Kumpulan besar (peserta seminar / persidangan)

Disediakan dengan terperinci untuk memberi maklumat dan penerangan @ atau

mendapatkan kelulusan menjalankan sesebuah projek.

Dua jenis kertas kerja;

i. Kertas kerja bagi pembentangan di seminar

ii. ii. Kertas kerja bagi projek / kajian

Ciri-ciri Umum Kertas Kerja

a. Kertas Kerja Seminar Tajuk Nama Pembentang Nama Institusi Abstrak Pengenalan Sorotan Kajian Metodologi Analisis Data/Dapatan Kajian Perbincangan Bibliografi Lampiran

b. Kertas Kerja Projek

Tajuk Kertas KerjaTajuk hendaklah jelas dan menggambarkan matlamat / objektif program.TujuanNyatakan dengan jelas tujuan kertas kerja disediakan sama ada;- Kelulusan / Makluman / Perbincangan / Lain-lain.- Untuk siapa dikemukakan.Objektif

55

Page 56: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

Nyatakan objektif / matlamat yang ingin dicapai.- Dinyatakan mengikut keutamaan [maksimum 5].

Maklumat Projek- Tarikh / Hari- Masa- Tempat- Kerjasama / Bantuan mnna-mana pihak- Tema

PenyertaanNyatakan kumpulan sasar yang akan menyertai program ini sama ada pelajar pengajian tinggi, kakitangan, pelajar sekolah, masyarakat umum atau lain-lain.

Jawatan Kuasa Pelaksana / Penganjur- Carta Organisasi- Struktur Organisasi [lengkap dengan nama penuh, No. Pelajar dan Jawatan]- Peranan dan Tugas Ahli Jawatan Kuasa

Atur cara ProgramNyatakan tentatif program yang terperinci dari awal hingga akhir program termasuk acara perasmian dan penutup dengan memasukkan maklumat terperinci, butiran perasmi dan jawatan, penceramah, tajuk syarahan dan lain-lain.

PenceramahSenaraikan cadangan nama penceramah / pembentang / pengerusi beserta maklumat terperinci seperti alamat, pekerjaan, alamat majikan dan lain-lain.

SokonganPerlu dikemukakan terlebih dahulu kepada Dekan / Pengetua / Penasihat / YDP MPP - mana yang berkenaan bagi tujuan komen / pandangan dan sokongan.

Belanjawan/Implikasi Kewangan- Anggaran Pendapatan- Anggaran Perbelanjaan [Nyatakan dengan terperinci]

PenutupNyatakan harapan dan terima kasih atas pertimbangan untuk diluluskan / seumpamanya. Tulis nama, jawatan dan tandatangan Pengerusi / Pengarah Program.

Latihan 4

Komunikasi bertulis merakamkan pengetahuan dan aplikasi penggunaan bahasa yang berkesan melalui aktiviti Penulisan. Kriteria penulisan yang baik seperti pemilihan kata, laras bahasa, gaya persembahan , bentuk penyampaian dan format penulisan perlu diolah sebaik mungkin supaya teks tulisan kohesi dan koheren. Berdasarkan pernyataan di atas, hasilkan sebuah penulisan Kertas Kerja Projek untuk membina sebuah pondok bacaan di kawasan lapang di kampus anda. Penulisan Kertas Kerja anda mestilah mengambil kira perkara-perkara berikut:

56

Page 57: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

a. Tajukb. Rasionalc. Objektif/matlamatd. Jangka masa diperlukane. Andaian-andaian halangan yang mungkin semasa membuat kajian/projekf. Sumber kewangan-perbelanjaan yang diperlukang. Penubuhan jawatankuasah. Pelaksanaannya

3.6.7 Teks Ucapan

Ucapan ialah salah satu bentuk komunikasi sehala, iaitu hadirin hanya mendengar

perkara yang disampaikan oleh orang yang berucap. Ucapan biasanya terdapat

dalam majlis-majlis perasmian, perhimpunan, perpisahan, keraian, ulang tahun dan

sebagainya. Oleh itu kandungan ucapan adalah berbeza-beza bergantung pada jenis

majlis itu. Ucapan menggambarkan seseorang yang bercakap tentang sesuatu

perkara di hadapan khalayak. Ucapan merupakan pelahiran idea secara lisan di

hadapan hadirin. Ucapan disampaikan dalam upacara tertentu seperti majlis rasmi

atau peristiwa tertentu. Ucapan disampaikan berdasarkan tema dan agenda sesuatu

majlis. Ucapan memerlukan kemahiran dalam aspek-aspek pertuturan dan ekspresi

yang berkesan.

a. Definisi Ucapan

Ucapan ialah kata-kata yang mengandungi isi bagi melahirkan berbagai-bagai

harapan dan perasaan kepada khalayak tertentu. Ucapan juga merupakan kegiatan

melafazkan kata-kata kesejahteraan, rasa terima kasih, tahniah, takziah, dan

sebagainya. Ucapan juga dapat diertikan sebagai kata-kata yang dilafazkan, sama

ada berbentuk nasihat, pernyataan atau pemberitahuan secara terbuka kepada

khalayak.

b. Jenis Ucapan

Ucapan Rasmi

Ucapan dalam majlis formal

57

Page 58: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

Dihadiri oleh tetamu khas atau orang-orang kenamaan

Berbentuk komunikasi sehala

Isi kandungan ucapan mestilah sesuai dengan konteks dan situasi majlis

tersebut.

Teks ucapan yang dirancang akan digunakan sepenuhnya tanpa mengubah

isi yang ditetapkan

Ucapan Tidak Rasmi

Ucapan yang disampaikan secara bebas tanpa terikat kepada sebarang

prosedur

Ucapan jenis ini menggunakan bahasa yang lebih mudah, ringkas dan terus

kepada maksud.

Ucapan jenis ini kadang kala merupakan komunikasi dua hala, iaitu

pendengar boleh menyampuk, bertanya atau membalas apa-apa yang

diujarkan oleh pengucap.

Contoh :

Ucapan tahniah

Ucapan takziah

Ucapan alu-aluan

Ucapan perpisahan

Ucapan perasmian

c. Format Ucapan Umum

Pendahuluan

Dimulakan dengan kata-kata sambutan iaitu tidak banyak berbeza daripada

karangan jenis syarahan dan ceramah.

Kata-kata sambutan hendaklah mengikut protokol atau tingkat kedudukan

masing-masing.

Dimulakan dengan taraf kedudukan hadirin yang paling tinggi.

58

Page 59: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

Isi Kandungan

Isi ucapan biasanya memberi penerangan, penjelasan, pengetahuan, nasihat,

peringatan dan perangsang kepada hadirin.

Isi dimulakan dengan ucapan terima kasih, menyatakan tujuan ucapan dan

disusuli dengan isi-isi ucapan.

Kata-kata penghadapan diberikan untuk menarik perhatian seperti hadirin

yang dihormati sekalian, saudara saudari yang dikasihi sekalian dan

sebagainya.

Ucapan hendaklah juga diselitkan dengan kiasan, pantun, atau peribahasa

supaya ucapan itu menjadi lebih menarik.

Penutup/ Kesimpulan

Penutup bertujuan menyatakan tanda penghargaan dan hasrat .

Penutup mengandungi kata-kata pujian dan penghargaan,kesimpulan dan

disudahi dengan ucapan terima kasih dan salam kepada hadirin khususnya

tokoh yang diraikan.

Penutup juga boleh diakhiri dengan pantun,puisi dan kata-kata indah.

Latihan 5

Andaikan anda sebagai guru besar sekolah dan dkehendaki untuk menyampaikan ucapan sempena majlis persaraan salah seorang guru di sekolah anda. Sediakan sebuah teks ucapan yang lengkap yang akan disampaikan dalam majlis tersebut.

3.6.8 Teks Pengacaraan Majlis

Setiap agensi sama ada kerajaan mahupun swasta sering terlibat dalam pelbagai

bentuk penganjuran majlis lebih-lebih lagi institusi-institusi pendidikan termasuk

sekolah tidak dapat lari daripada penganjuran pelbagai majlis sama ada bersifat

rasmi atau sebaliknya. Antaranya majlis rasmi yang sering diadakan ialah Hari

Kecemerlangan Akademik, Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Sambutan

Hari Guru, Hari Kokurikulum, Temasya Sukan Tahunan dan juga Majlis

59

Page 60: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

Konvokesyen. Sementara itu terdapat juga penganjuran majlis-majlis tidak rasmi

seperti Majlis Makan Malam, Malam Kebudayaan, Pementasan Teater dan juga Hari

Keluarga.

Dalam hal ini setiap acara atau majlis memerlukan pengacara dan setiap pengacara

perlu menyiapkan teks pengacaraan. Teks pengacara yang lengkap perlu ada untuk

semua majlis terutama yang penuh istiadat rasmi. Teks pengacaraan penting bagi

memastikan atur cara majlis berjalan dengan licin dan lancar.

*Aspek pengacara dan pengendalian majlis juga dibincangkan dalam Tajuk 2 dan

Tajuk 10.

Format Teks Pengacaraan Majlis

• Ditulis diatas separuh kertas atau kad A4.

• Setiap helaian hanya mengandungi satu pengumuman (ANN) dan satu

isyarat (CUE).

• Perlu merujuk kepada buku atur cara atau atur cara majlis

• Pastikan kata sapaan dan teks pengacaraan perlu ditulis mengikut protokol.

• Pastikan tetamu khas yang hadir sebelum majlis bermula

60

pengacara tanpa teks umpama si buta berjalan tanpa tongkat

Page 61: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

Latihan 6

• Memasukkan unsur kecindan : pantun, gurindam dan bahasa berima

melambangkan budaya melayu.

Contoh Format Teks Pengacaraan Majlis

Aktiviti 1

Layari internet dan cari pantun untuk

pengacaraan majlis

Anda telah dilantik sebagai pengacara majlis Anugerah Cemerlang di

sekolah anda. Selaku pengacara majlis, anda dikehendaki menyediakan

teks pengacaraan majlis itu dengan selengkapnya.

61

CONTOH FORMAT TEKS PENGACARAAN MAJLISMajlis :Tarikh :Tempat :

CUE : Perarakan Masuk VIP

ANN : Diumumkan ketibaan Yang Amat BerhormatTan Sri Dato’ Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia,

Yang Berbahagia Dato Sri Abd Ghafar Bin MahmudKetua Pengarah Pelajaran Malaysia

Yang Berbahagia Datuk Dr. Haili Bin DolhanRektor Institut Pendidikan Guru Malaysia

Yang Berbahagia Dr Muhamad Bin Abdul RahmanPengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik

Page 62: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

BIBLIOGRAFI

Abdull Sukor Shaari, Nuraini Yusoff, Mohd Isha Awang. (2003). Bahasa Melayu Komunikasi. Kuala Lumpur: PTS Publications & DistributorsSdn. Bhd.

Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt. (1997). Bahasa Melayu Komunikasi 1. Kuala Lumpur: Longman.

Asmah Hj Omar (1997), Penggunaan Bahasa dalam Surat Rasmi Bahasa dalam Komunikasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

4.1 SINOPSIS

Tajuk 4 menjelaskan perihal kesantunan berbahasa dalam Bahasa Melayu kepada

pelajar, iaitu konsep dan kategori kesantunan berbahasa. Selain itu, aplikasi

kesantunan berbahasa dalam lisan dan penulisan.

62

TAJUK 4 KESANTUNAN BERBAHASA

Page 63: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

4.2 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat :

1. menjelaskan konsep dan kategori kesantunan berbahasa;

2. mengaitkan kesantunan berbahasa dalam lisan dan penulisan

4.3 KERANGKA TAJUK

KONSEP

4.4 Definisi dan Konsep

63

KESANTUNAN BERBAHASA

BAHASA SAPAAN BAHASA TUBUH

KESANTUNAN BERBAHASA DALAMLISAN

KESANTUNAN BERBAHASA DALAM PENULISAN

Page 64: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

a) Amat Juhari Moin (1972) : Kesantunan berbahasa bererti kesopanan dan

kehalusan dalam penggunaan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan

atau tulisan kepada orang yang dihormati, orang yang setaraf atau orang yang lebih

rendah kedudukannya daripada kita.

(b) Asmah Hj. Omar (1988) : Penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak

menimbulkan kegusaran,kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak

pendengar.

c) Kesantunan juga bermakna timbang rasa yang diberikan kepada pihak yang

mendengar apa-apa yang diperkatakan atau terhadap apa-apa yang ditulis.

Kesimpulan:

64

Kesantunan terbahagikepada bahasa sapaan dan bahasa tubuh

Penggunaan kata-kata yang sesuai, tidak menimbulkan konflik dan sentiasa

menjaga air muka pendengar . Ini bererti bahawa pentakrifan makna

kesantunan hanya berfokus kepada penjagaan muka peserta sewaktu

berlangsungnya perbualan dengan menggunakan strategi berbahasa yang

mampu mengekalkan keharmonian suasana perbualan.

Page 65: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

4.5 BAHASA SAPAAN

Dalam komunikasi seharian, seseorang itu akan menggunakan

perbendaharaan kata tertentu dan berbeza-beza semasa berkomunikasi

dengan orang lain. Penggunaan perbendaharaan kata yang salah, samaada

disengajakan,ataupun tidak boleh mengakibatkan terjadinya salah faham,

pertengkaran ataupun menjatuhkan air muka kawan yang dilawan bercakap.

Kata ganti diri dan sapaan dalam keluarga

Secara umum kata ganti diri terbahagi kepada tiga, iaitu kata ganti diri

pertama (tunggal dan jamak), kata ganti diri kedua (tunggal dan jamak) dan

kata ganti diri ketiga (tunggal dan jamak). Manakala sapaan dalam keluarga

biasanya berbeza mengikut daerah.

Kata ganti diri dan sapaan dalam masyarakat

Penggunaan kata ganti diri dan sapaan dalam masyarakat adalah

berdasarkan pangkat atau status seseorang.

Protokol dan panggilan hormat

Penggunaan bahasa sapaan ini merupakan tatasusila dan panggilan hormat

yang melibatkan seseorang individu.

Kata sapaan juga berfungsi untuk memperlihatkan kesopanan seseorang dalam menggunakan bahasa tersebut.

Situasi formal dan tidak formal mempunyai sistem sapaannya tersendiri dan setiap penutur tidak sewajarnya mencampuradukkan penggunaan kata tersebut sesuka hati.

Hal ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat Melayu bersopan santun atau berbudi bahasa.

65

Page 66: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

4.6 BENTUK SAPAAN-PANGKAT/STATUS

Gelaran atau pergaulan tak sengaja (formal) Gelaran Warisan Gelaran Kurniaan Kerajaan Gelaran Kurnian Ikhtisas Gelaran Keagamaan

Gelaran atau pergaulan tak sengaja (formal)

Kata Ganti Diri/Sapaan

Orang yang ditujukan

Tuan

Orang yang mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada penutur (dari segi status pekerjaan)

Dirujuk kepada orang yang menjadi Pengerusi Majlis Digunakan bersama-sama nama/jenis jawatan. Misalnya :

Pengetua Orang menjawat jawatan kadi, imam, doktor. Misalnya :

Tuan Hakim Digunakan sebagai rujukan hormat kepada hadirin lelaki

dalam sesuatu upacara rasmi. Misalnya : Tuan-tuan sekalian

Pemilik harta. MIsalnya : tuan rumah, tuan tanah, tuan kedai

Orang yang bergelar seperti Haji, Profesor. Misalnya : Tuan Haji Abdul Karim

Encik

Orang lelaki yang mempunyai status yang lebih tinggi daripada penutur

Orang lelaki yang baru dikenali dan difikirkan mempunyai kedudukan yang lebih mempunyai penutur

Puan Orang perempuan yang sudah berkahwin Orang perempuan yang memegang jawatan. Misalnya :

Puan Pengetua Rujukan kepada hadirin wanita dalam sesuatu upacara

rasmi. Misalnya : Puan-puan sekalian.

Cik Orang perempuan yang belum berkahwin Orang perempuan yang berjawatan lebih tinggi daripada

66

Page 67: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

penutur

Saudara

(lelaki)

Saudari

(perempuan)

Orang yang baru dikenali Kakitangan bawahan atau yang setaraf dengan penutur Sebagai rujukan kepada hadirin dalam sesuatu majlis Digunakan dalam mesyuarat/perdebatan

Gelaran Warisan

Gelaran Bahasa Sapaan

Tengku, Raja Engku Megat Syed Wan Nik Abang (Sarawak) Aabang (Brunei) Dayangku (Brunei)

Tengku/Engkau Engkau Megat Syed Wan Nik Abang Awang Dayangku

Gelaran Kurniaan Kerajaan

Gelaran Bahasa Sapaan

Tun Toh Puan Tan Sri Puan Sri Datin Paduka

Gelaran ini tidak perlu diberikan rujukan Tuan, Puan, Encik atau Cik kecuali

mereka yang mempunyai gelaran lain seperti Doktor, Tengku atau Haji. Misalnya, Tun Dr. Ismail, Tan Sri Tengku Ahmad

Gelaran Kurniaan Ikhtisas

67

Page 68: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

Gelaran Bahasa Sapaan

Profesor Doktor Cikgu Ustaz

Bentuk anggilan serupa dengan gelaran ikhtisas yang ada pada mereka. Misalnya seorang guru agama dipanggil ustaz

Kata sapaan tuan/puan boleh diletakkan sebelum gelaran profesor dan doktor. Misalnya Tuan Doktor atau Puan Profesor

Gelaran Keagamaan

Gelaran Bahasa Sapaan

Haji Hajah Imam Lebai

Tuan Haji/Pak Haji Osman Puan Hajah/Mak Hajah Aishah Tuan Imam Pak Lebai

Penggunaan Kata Ganti Diri dalam Bahasa Diraja

Diri Kata Ganti Diri Pengguna Orang yang dilawan bercakap

Orang yang diperkatakan

Diri 1 Beta

Patik

Raja

Rakyat dan keluarga diraja

Rakyat

Raja

Diri 2 Tuanku Raja dan keluarga diraja

Raja

Diri 3 Patik

Tuanku

Baginda

Raja dan keluarga diraja

Rakyat dan keluarga diraja

Rakyat dan

Raja

Sesiapa sahaja

Sesiapa sahaja

Raja dan keluarga diraja

Raja

Raja

68

Page 69: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

Duli Tuanku

keluarga diraja

Rakyat dan keluarga diraja

Sesiapa sahaja Raja

4.7 BAHASA TUBUH

Bahasa tubuh ialah bahasa komunikasi bukan lisan yang melibatkan isyarat tangan, air muka, dan gerakan badan. Bahasa ini sangat penting kerana dapat menyampaikan mesej yang sukar dilahirkan melalui pertuturan atau tulisan. Komunikasi melalui bahasa tubuh ini mampu menggambarkan emosi, personaliti, tujuan, dan status sosial seseorang individu. Selain itu, komunikasi lisan yang disepadukan dengan bahasa tubuh akan lebih berkesan kerana dapat menterjemahkan maksud yang hendak disampaikan dengan jelas.

Dengan membaca bahasa tubuhnya, kita dapat mengetahui sama apa-apa yang diperkatakan diterima dengan positif atau negatif.

(a) Gerakan Anggota Badan

Gerakan anggota badan yang berlaku dalam komunikasi tanpa lisan mempunyai

makna tertentu. Oleh itu, penggerak anggota dapat menyampaikan mesej dalam

komunikasi yang dihasilkan. Biasanya, pergerakan anggota badan membawa makna

sejagat yang difahami oleh semua orang.

(b) Gerakan Mata

Gerakan mata mempunyai makna tertentu dalam komunikasi tanpa lisan. Misalnya :

Mata yang bergerak ke sana ke mari menunjukkan tidak berminat Mata dan dahi berkerut menunjukkan minat tetapi tidak percaya Mata berkelip lebih laju daripada biasa menunjukkan dia berdusta Tidak memandang mata menunjukkan berminat tetapi malu atau ridak

tenteram perasaannya

(c) Gerakan Tangan

Gerakan tangan mempunyai maksud sejagat yang difahami oleh kebanyakan orang

tanpa mengira latar belakang kebudayaan. Gerakan tangan yang digunakan

69

Page 70: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

bersama-sama bahasa lisan dapat mengukuhkan keberkesanan komunikasi yang

berlaku. Misalnya :

Isyarat gerakan tangan yang digunakan secara tersendiri untuk menyampaikan maksud

Maksud yang disampaikan boleh berbeza kerana dipengaruhi oleh budaya Terdapat juga maksud sejagat seperti meletakkan jari telunjuk di depan mulut

yang bermakna diam atau tolong senyap Isyarat gerakan tangan digunakan bersama-sama ucapan lisan dan tujuannya

adalah untuk membantu atau mengukuhkan ucapan lisan seseorang Secara sedar atau tidak, setiap kali seseorang itu bercakap, ia akan

menggunakan tangan untuk menggambarkan sesuatu yang ingin disampaikannya itu.

(d) Mimik Muka

Riak muka mempunyai pelbagai maksud tersirat yang dapat diterjemahkan

maknanya dalam komunikasi tanpa lisan. Air muka dapat menyatakan emosi,

kehendak dan harapan seseorang. Riak air muka juga dapat menambat hati

seseorang untuk bertindak balas terhadap seseorang. Misalnya :

Melalui pengamatan air muka orang yang berinteraksi dengan kita akan memudahkan kita mengetahui banyak maksud yang tersurat dan tersirat

Mengetahui keperibadian seseorang Mengesan perasaan sebenar seseorang dengan mengamati air mukanya Menentukan jalinan komunikasi yang dilalui. Untuk membentuk jalinan

komunikasi yang mesra, tunjukkanlah air muka yang jernih.

BIBLIOGRAFI

A. Aziz Deraman 1974. Masyarakat dan kebudayaan Malaysia, Kuala Lumpur : Cahaya Pantai (M) Sdn. Bhd.

Ab. Rahman Ab. Rashid & Yap Kim Fatt (1995). Bahasa Melayu komunikasi berkesan dan pengucapan umum, Petaling Jaya : Longman Sdn. Bhd.

Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt & Ab. Rahim Selamat (1997). Bahasa Melayu komunikasi 2 : Komunikasi retorika. Petaling Jaya : Longman Sdn. Bhd.

Ab. Rahman Ab. Rashid & Yap Kim Fatt (1998). Bahasa Melayu komunikasi, Petaling Jaya : Longman Sdn. Bhd.

70

Page 71: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

Ab. Rahman Ab. Rashid & Yap Kim Fatt (2005). Siri Pendidikan Tinggi : Bahasa Kebangsaan, Tanjong Malim : Penerbitan UPSI

Amat Juhari Moain (1989). Sistem panggilan dalam bahasa Melayu : Suatu analisis sosiolinguistik, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Abdullah Hassan, Aripin Said dan Ainon Mohd. (2007). Pantun dan gurindam untuk majlis rasmi dan perkahwinan, Batu Caves : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Asmah Haji Omar (2007). Kesantunan bahasa dalam pengurusan pentadbiran dan media, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Kamaruddin Haji Husin. (1996). Laras bahasa. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Ruminah Hj. Sabran (1993). Kecekapan Berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia untuk Pelatih Maktab Perguruan, Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

5.1 Sinopsis

Tajuk 5 menjelaskan aspek konsep dan definisi gaya bahasa dalam komunikasi. Di

samping itu, tajuk ini turut mengupas kepentingan gaya bahasa dalam komunikasi

serta jenis-jenis gaya bahasa.

71

GAYA BAHASA DALAM KOMUNIKASI

T A J U K 5

Page 72: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

5.2 Hasil Pembelajaran

Setelah mengikuti topik ini para pelajar seharusnya dapat menjelaskan definisi dan

konsep gaya bahasa dalam komunikasi. Menghuraiakan kepentingan gaya bahasa

dalam komunikasi serta mengenal pasti jenis-jenis gaya bahasa dalam komunkasi.

5.3 Kerangka Tajuk

5.4 Pendahuluan

Setiap pengkarya akan cuba sedaya upaya mencari satu gaya bahasa yang terbaik

sebagai kaedah untuk menarik minat khalayak di samping menghasilkan karya yang

benar-benar bermutu. Oleh itu, apabila kita membaca sesuatu karya, akan

ditemukan gaya bahasa tertentu dan kadang-kala mampu menjadi identiti bagi

sesetengah pengkarya. Kemahiran menggunakan gaya bahasa ini merupakan

kekuatan bagi setiap karya yang dihasilkan. Sekiranya pengkarya tidak bijak

menggunakan gaya bahasa tertentu dalam karyanya, karya yang terhasil akan

menjadi “tawar dan hambar” bagaikan gulai tanpa garam. Gaya bahasa boleh

dianalogikan sebagai perencah, bahan perasa atau ramuan untuk menambahkan

72

Gaya Bahasa dalam Komunikasi

Definisi dan Konsep Kepentingan Gaya Bahasa

Jenis-jenis Gaya Bahasa

Page 73: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

keenakan sesuatu masakan. Gaya bahasa merangkumi perkataan, ikatan ayat,

jalan bahasa iaitu corak susunan ataupun bentuk bahasanya.

5.5 Definisi dan Konsep Gaya Bahasa

Gaya bahasa ialah cara penulis menggunakan bahasa sebagai alat untuk

menyampaikan pemikiran dan pandangan terhadap sesuatu tema atau persoalan

melalui karya mereka. Beberapa definisi telah dikemukakan oleh ahli bahasa.

Gaya bahasa ialah cara pengarang menuliskan dan mempersembahkan ceritanya.

Gaya bahasa juga melibatkan tanda baca, rima, tona, pengulangan, tekanan dan

sebagainya.

Gaya bahasa yang digunakan oleh penutur atau pengkarya akan memperlihatkan

peribadi atau identiti pengkarya. Menurut Othman Puteh (1993), menjelaskan

bahawa setiap pengarang mempunyai cara yang tersendiri untuk mengekspresikan

atau menyatakan sesuatu cerita.

73

Nik Safiah Karim (1988)

Za’ba (1965)

Cara seseorang itu mengungkapkan bahasa sama ada semasa bertutur atau menulis.

Rupa susuk ayat yang digunakan apabila bercakap atau mengarang iaitu perkataan, ikatan ayat, jalan bahasa, cara susunan atau bentuk perbahasannya

Leech dan Short (1981)

gaya bahasa ialah cara menggunakan bahasa dalam konteks tertentu, oleh orang tertentu, untuk tujuan tertentu

Kris Mas (1988)

Cara atau ragam bahasa yang digunakan khususnya dalam tulisan dan karangan.

Siti Hajar Abdul Aziz

(2009)

Pemilihan kata, frasa dan ayat yang digunakan oleh pengarang bagi menyampaikan ceritanya.

Page 74: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

Kesimpulannya, gaya bahasa boleh didefiniskan sebagai cara bahasa diungkapkan

oleh seseorang untuk menyampaikan sesuatu dalam komunikasi sama ada secara

lisan atau secara tulisan.

5.6 Kepentingan Gaya Bahasa dalam Komunikasi

Gaya bahasa yang digunakan oleh pengkarya atau penutur memainkan peranan

penting dalam membentuk kepribadian masyarakat Malaysia khususnya golongan

remaja menerusi gaya bahasa yang menerapkan nilai-nilai murni dalam karya

mereka. Penggunaan gaya bahasa yang sesuai berupaya mendidik golongan

khalayak atau pembaca menghayati mesej yang hendak disampaikan menerusi

medium atau saluran komunikasi yang dipilih oleh pengkarya. Misalnya,

penggunaan simile dalam karya mampu menerapkan unsur-unsur kebaikan

misalnya rajin seperti semut, seperti aur dengan tebing.

Penggunaan gaya bahasa yang sesuai akan memudahkan khalayak atau penerima

memahami mesej atau makna yang hendak disampaikan oleh penyampai atau

pengkarya. Selain itu, penggunaan bahasa yang baik, tepat dan menarik akan

berupaya mencuri perhatian khalayak.

5.7 Jenis-jenis dan Bentuk Gaya Bahasa

Gaya bahasa dapat dilihat dari segi bentuk penyampainya sama ada lisan atau

tulisan. Setiap jenis tersebut bergantung pula bergantung kepada situasi komunikasi

sama ada dalam bentuk gaya bahasa formal atau gaya bahasa tidak formal. Bentuk

gaya bahasa sama ada rasmi atau tidak rasmi boleh disampaikan melalui tulisan dan

lisan bagi menyampaikan mesej kepada penerima. Namun demikian, gaya bahasa

rasmi lebih lazim wujud dalam bentuk tulisan sedangkan bentuk tidak rasmi lebih

lazim dalam bentuk lisan.

74

Page 75: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

Dalam bahasa Melayu, gaya bahasa dibahagikan kepada dua jenis iaitu gaya

bahasa lisan dan gaya bahasa tulisan. Setiap jenis tersebut terbahagi pula kepada

dua bentuk iaitu bentuk bahasa formal dan bentuk bahasa tidak formal.

5.8 Gaya Bahasa Lisan

Jenis gaya bahasa lisan digunakan untuk bercakap.  Za’ ba (1965) membahagikan

gaya lisan itu kepada gaya mulut, gaya yang digunakan oleh orang Melayu apabila

bercakap dengan orang melayu dan bahasa pasar, apabila orang Melayu bercakap

dengan orang yang bukan Melayu seperti India, dan Cina.

Ciri-ciri utama cakap mulut ialah susunan ayatnya mudah, ayat-ayat ringkas,

perkataan terpotong-potong dan kadang-kadang perkataan yang digunakan tidak

terdapat dalam gaya bahasa tulisan.

Gaya bahasa lisan sering menggunakan perkataan yang pendek seperti ‘tak’ (tidak),

‘dah’ (sudah) ‘tu’ (itu), ‘pak’ (bapak) ‘mak’ (emak), ‘dik’ (adik) dan sebagainya. Dalam

gaya bahasa lisan lahirnya bahasa pasar atau dikatakan sebagai gaya bahasa

kacukan. Gaya bahasa ini kebiasaannya digunakan oleh orang bukan Melayu

(kadang-kadang orang Melayu apabila berkomunikasi dengan bukan penutur asli

bahasa Melayu). Maka lahirlah bahasa kacukan Melayu-Cina, Melayu-Baba, Melayu-

75

Jenis Gaya Bahasa

Gaya Bahasa Lisan/Gaya Cakap Mulut

Bahasa Tulisan

Gaya Bahasa Formal

Gaya Bahasa Tidak Formal

Gaya Bahasa Formal

Gaya Bahasa Tidak Formal

Page 76: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

Jawa dan banyak lagi. Antara perkataan yang digunakan adalah seperti boleh bikin,

kasi tahu, banyak mahal, saya punya adik dan bermacam-macam lagi.

Contoh : 

Gaya cakap mulut

“ Adik! Mama tak suka macam tu....... tak baik lokek

“Ma, kata cikgu Angah kan, orang lokek Tuhan tak suka.”

Contoh:

Bahasa pasar

“Dulu bulan encik belum kasi,ini bulan juga

belum.Sekarang bulan madu habis, apa

macam?”

5.9 Gaya Bahasa Tulisan

Cara bahasa yang digunakan dalam karangan dan penulisan. Nik Safiah Karim

(1988), gaya tulisan memperlihatkan ciri-ciri kesempurnaan yang mementingkan

unsur-unsur morfologi dan sintaksis. Contoh gaya tulisan digunakan dalam rencana,

kajian ilmiah, berita dan sebagainya.

5.10 Gaya Bahasa Formal

Gaya bahasa formal digunakan dalam majlis rasmi, surat kiriman dan ucapan.

Sebagai contoh, gaya bahasa formal digunakan dalam teks-teks ucapan majlis

rasmi. Contoh:

Hadirin sekalian,

Seminar dan Pameran Literasi yang berlangsung pada hari ini memerlukan komitmen dan kesugguhan guru-guru pelatih untuk merealisaskannya. Program ini bukan sekadar memenuhi keperluan kursus tetapi lebih daripada itu turut memberi pengalaman yang amat

76

Page 77: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

Membuat catatan

berguna kepada anda semua menerusi penglibatan secara langsung dan tidak langsung dalam mengendalikan sesuatu program. Perkongsian ilmu menerusi seminar dan ceramah sejak pagi tadi mampu memberi input yang berguna dalam mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran pemulihan, prasekolah dan LINUS.

(Petikan Ucapan Ketua Jabatan Pengajian Melayu, IPGK Pendidikan Teknik, Sempena Perhimpunan Bulanan Feb, 2013)

5.11 Gaya Bahasa Tidak Formal

Gaya bahasa tidak formal digunakan dalam situasi tidak formal. Dalam konteks tidak

rasmi, proses pengguguran berlaku dalam ayat-ayat yang diucapkan, sama ada

pengguguran subjek, predikat, atau objek. Bahasa yang digunakan adalah bahasa

basahan.

1. “Dekat kampong kamu ada pantai tak?”

2. “Cikgu, kitaorang tak berapa faham la”.

Latihan 1

Bincangkan kepentingan gaya bahasa dalam komunikasi lisan dengan merujuk

penggunaannya di dalam kelas,

77

Page 78: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

Buat nota definisi dan konsep gaya bahasa mengikut pandangan tokoh-tokoh bahasa.

Bibliografi

Harimurti Kridalaksana. 1984. Kamus linguistik. 2nd ed. Jakarta: Gramedia.

Khairuddin Mohamad, Maridah Aliad dan Faiziah Hj Shamsudin. 2012. Bahasa Melayu Komunikatif. Selangor: Penerbitan Multimedia

Khairuddin Mohamad (Editor). 2012. Bahasa Melayu Kontekstual. 2012: Oxford Fajar Sdn. Bhd

Leech danShort 1981. Style in Fiction: A Linguistic Introduction to EnglishFictional Prose. London: Longmans.

Nik Safiah Karim. (1988). Sosiolinguistik bahasa Melayu dan pengajaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Siti Hajar Abdul Aziz. Bahasa Melayu II. Shah Alam, Selangor : Oxford Fajar, 2009.

Za’ba (1965). Pelita bahasa Melayu Penggal 1 Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

6.1 SINOPSIS

Tajuk 6 membincangkan definisi, konsep dan ciri-ciri laras bahasa. Selain itu, topic

ini turut mengenal pasti jenis-jenis laras bahasa yang digunakan dalam komunikasi.

78

LARAS BAHASA

T A J U K 6

Page 79: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

6.2 HASIL PEMBELAJARAN

Menggunakan laras bahasa yang betul mengikut bidang semasa

berkomunikasi.

6.3 KERANGKA TAJUK

6.4 Konsep dan Ciri Laras Bahasa

Laras bahasa menurut Kamus Dewan ialah variasi bahasa mengikut

penggunaannya; ragam bahasa yang digunakan dalam satu-satu masa. Laras

bahasa ialah satu variasi bahasa berdasarkan penggunaannya mengikut situasi,

konteks, menentukan makna dan pengertian yang mengkhusus kepada bidang

tertentu. Laras bahasa dapat menggambarkan ragam penggunaan bahasa yang

pelbagai dan mempunyai ketentuan bidang yang mengkhusus merujuk kepada

pemilihan diksi, istilah, frasa dan ayat yang digunakan. Jenis-jenis laras bahasa

ialah laras bahasa agama, sains, matematik, seni, pendidikan jasmani, kemahiran

hidup dan sastera. Laras bahasa mempunyai retorik yang tersendiri, sama ada

pujukan, penyataan, perintah dan sebagainya.

79

Laras Bahasa

Definisi dan Konsep

Ciri-ciri Laras Bahasa

Jenis-jenis Laras Bahasa

Page 80: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

6.5 Laras Bahasa dan Ciri-ciri

Menurut Asmah Hj.Omar (1984), berpendapat bahawa laras bahasa ialah khusus

dalam penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya. Ure dan Ellis (1977)

menganggap laras sebagai jenis-jenis bahasa yang digunakan mengikut situasi-

situasi yang berlainan. Halliday (1978) pula mendefinisikan laras bahasa sebagai

variasi bahasa yang berbeza berdasarkan fungsi. Menurut beliau, laras bahasa

berubah-ubah mengikut situasi. Laras bahasa dikaitkan dengan kesesuaian bidang

dan situasi bahasa atau konteks pengucapan. Laras bahasa boleh ditakrifkan

sebagai ciri-ciri penggunaan bahasa mengikut bidang sesuatu wacana yang

digunakan oleh sama ada lisan atau tulisan. Jenis-jenis laras yang wajib dikuasai

oleh pelajar dalam tajuk ini ialah:

Laras Bahasa Biasa

Laras bahasa biasa adalah laras yang tidak melibatkan bidang tertentu. Antara

cirinya termasuklah penggunaan kosa kata dan tatabahasa yang mudah difahami

iaitu tiada istilah teknikal dan kurang kata pinjaman. Struktur ayatnya mudah,

ringkas dan padat. Laras bahasa biasa terbahagi kepada dua iaitu:

Laras bahasa biasa formal

Laras bahasa biasa tidak formal

Laras Bahasa Perniagaan

Bahasa perniagaan digunakan untuk menyampaikan maklumat dengan berkesan.

Laras bahasa ini berbentuk pemberitahuan dan mementingkan ketepatan fakta

dengan menyampaikan maklumat yang ringkas tetapi terperinci. Ayat-ayat yang

digunakan ringkas dan pendek serta menggunakan banyak kata adjektif. Bahasa

yang kreatif dan imaginatif yang disampaikan menerusi penggunaan retorik pujukan

bertujuan untuk memujuk atau mempengaruhi pengguna agar menggunakan

barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan. Laras ini mempunyai kaitan dengan

laras bahasa iklan yang bersifat memujuk dan mempengaruhi pengguna. Laras jenis

ini digunakan untuk mengiklan jenama barangan yang ingin dijual. Gaya bahasa

yang digunakan biasanya memujuk pendengar supaya membeli barangan menerusi

80

Page 81: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

cara penyampaian yang menarik. Ayat yang digunakan pendek dan sering kali

kurang kegramatisannya.

Laras bahasa ini digunakan dalam iklan, tender, laporan dan sebagainya , disokong

pula oleh gambar, lukisan, grafik, ilustrasi dansebagainya.

Berikut beberapa contoh laras bahasa perniagaan:

(a) slogan: Kami Ada Cara

(b) Beli 2 percuma satu

(b) Kaedah Pernyataan: Rumah Untuk Dijual/Disewa

(c) Perkaitan Konsep: Artis X dengan Tilam Jenama Y

(D) Perisytihran: Waja dengan Aksesori Lengkap

(e) Kaedah Umpan: Beli Satu, Percuma Satu

(f) Mesra: Keutamaan Kami Adalah Pelanggan.

(g) Bandingan: Bateri X Lebih Berkuasa dan Tahan Lama

(h) Gesaan: Cepat! Cepat! Datanglah Beramai-ramai

(i) Pertanyaan: Sakit Pinggang? Sapulah Dengan Minyak Angin Z.

Laras Bahasa Akademik

Meliputi pelbagai bidang seperti sains, teknologi, komunikasi, matematik dan

sebagainya yang terletak dalam ruang lingkup pendidikan. Laras bahasa ilmiah dan

bersifat formal dan tidak menggunakan bahasa basahan. Bersifat intelektual,

saintifik, formal, dan objektif. Maklumat yang diberi berdasarkan kajian dan fakta.

Banyak menggunakan istilah sains dan teknikal. Penggunaan istilah-istilah pinjaman

daripada bahasa Inggeris. Lebih banyak penggunaan kata nama dan ragam ayat

pasif.

Bahasa yang digunakan bersifat teknikal. Dalam penulisan ilmiah (misalnya

penulisan tesis) penulis perlu mengikut format tertentu seperti perlu ada catatan

bibiliografi (rujukan), nota kaki di bawah muka surat atau nota hujungan di

penghujung setiap bab.

81

Page 82: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

Laras Bahasa Undang-Undang

Teks berkaitan dengan perundangan yang mengandungi prinsip undang-undang

tertentu dan berbentuk akta (bahagian dan seksyen). Antara ciri-ciri laras bahasa

undang-undang ialah:

Penggunaann istilah khusus yang kebanyakannya dipinjam daripada bahasa

Inggeris

Makna kosa kata berdasarkan interpretasi

Struktur ayat tidak diutamakan, tetapi mampu memberi gambaran sebenar

dan kejelasan ditekankan

Bersifat objektif, terperinci, tepat dan padat

Tiada graf atau gambar

Binaan ayat yang panjang

Mempunyai istilah khusus seperti plaintif, defendan, argumantum ad baculum,

habeas corpus dan sebagainya.

Laras bahasa media

Berita sebagai satu wacana mempunyai struktur teks yang tersendiri, lain daripada

struktur teks cereka, dan lain pula daripada struktur teks esei dan karya ilmiah.

Wartawan atau pengarang akhbar menggunakan bahasa untuk menjelaskan sesuatu

menurut cara yang paling mudah diterima sesuai dengan selera sebilangan besar

pembaca akhbar.

Tiga ciri penting yang harus ada dalam berita akhbar yang baik ialah:

bahasa yang digunakan mudah.

gaya tulisan yang jelas dan

isi tulisan mestilah tepat.

Oleh sebab akhbar diterbitkan untuk orang ramai, maka bahasa akhbar haruslah

sesuai dengan bahasa kegunaan orang ramai. Ayat yang panjang, mengandungi

beberapa klaausa, menggunakan petikan, metafora, kiasan, istilah teknik, dan

sebagainya haruslah dielakkan.

82

Page 83: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

Laras Bahasa Sastera

Laras bahasa sastera terhasil daripada cetusan imaginasi dan pengalaman

penulisan. Laras ini bersifat imaginatif dan figuratif (kiasan). Mementingkan

pemilihan diksi yang berkesan, istilah-istilah yang khusus yang berkaitan dengan

sastera. Laras ini memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif.

Bahasanya boleh dalam bentuk naratif, deskriptif, preskriptif, dramatik dan puitis.

Beberapa ciri bahasa sastera:

kreatif dan imaginatif: kabur mesej

mementingkan penyusunan, pengulangan, pemilihan kata

puitis dan hidup,: monolog, dialog, bunga-bunga bahasadan sebagainya.

menggunakan bahasa tersirat: perlambangan, kiasan, perbandingan,

peribahasa, metafora, simile, personifikasi, ilusi, ambiguiti dan sebagainya.

terdapat penyimpangan tatabahasa atau manipulasi bahasa.

Laras Agama

Laras agama mempunyai unsur bahasa klasik terutama pada kosa katanya.

Terdapat istilah agama yang khusus bagi sesuatu agama. Laras ini juga

mengandungi bentuk cerita, kias, dan ibarat.

Latihan 1

1. Huraikan ciri-ciri penulisan laras bahasa perniagaan. Sertakan beberapa

contoh iklan perniagaan yang menggunakan laras bahasa perniagaan yang

menarik.

Perbincangan

83

Page 84: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

Perbincangan kumpulan. Bincangkan jenis-jenis laras bahasa dan senaraikan 10

contoh istilah yang digunakan dalam laras yang berikut:

a) laras bahasa akademik

b) laras bahasa perniagaan

c) laras bahasa media massa

d) laras bahasa sastera

e) laras bahasa undang-undang

Bibliografi

Asmah Haji Omar. 1984. Bahasa iklan perniagaan : satu kajian bahasa retorik ;Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

______________. (1987). Bahasa Malaysia Saintifik. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur

Haliiday, M.A.K. 1978. Language as a Social Semiotic: The Sosial Interpretation of Language and Meaning. University Park Press: Baltimore

Halliday, M. A.K. & Hasan, R. (1989). Language, Context and Text: Aspects of Language In A Social-Semiotic Perspective. Oxford University Press: Oxford

Kamaruddin Haji Husin. (1995). Laras Bahasa. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.Khairuddin Mohamad, Maridah Aliad dan Faiziah Hj Shamsudin. 2012. Bahasa Melayu Komunikatif. Selangor: Penerbitan Multimedia

Khairuddin Mohamad (Editor). 2012. Bahasa Melayu Kontekstual. Oxford Fajar Sdn. Bhd Ure, J. dan Ellis, J. 1977. “Register in Descriptive and Linguistics Socioiogy,” dim. 0. Uribe — Villages (ed.) Issues in Sociolinguistics. Mouton

84

RAGAM BAHASA

T A JU K 7

Page 85: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

7.1 SINOPSIS

Tajuk 7 dalam modul ini membincangkan 15 jenis ragam bahasa dan contoh-contoh

dalam bentuk ayat dan dialog.

7.2 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pembelajaran tajuk ragam bahasa pelajar seharusnya dapat

menghuraikan dan memberi contoh-contoh ayat ataupun dalam bentuk dialog.

7.3 KERANGKA TAJUK

7.4 Pengenalan

Bahasa merupakan lambang-lambang bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat sebutan

manusia, bersistem atau mempunyai susunan tertentu. Turut mempunyai bentuk-

bentuk tertentu, bertugas untuk menyampaikan dan menyatakan sesuatu yang

mengandungi makna untuk difahami oleh orang lain bagi mewujudkan interaksi

sesama manusia. Dengan perkataan lain, bahasa ialah peristiwa komunikasi yang

menjadi medium penting dalam sesuatu komuniti. Peristiwa komunikasi ini tidaklah

tetap malah memperlihatkan keragaman bahasa. Oleh itu, penggunaan bahasa juga

dikaitkan dengan ragam bahasa.

85

Ragam Bahasa

Definisi dan Konsep

Jenis-jenis Ragam bahasa

Kepentingan Ragam Bahasa

Page 86: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

7.5 Definisi Konsep Ragam Bahasa

Konsep ragam ialah jenis, aneka atau macam. Oleh itu ‘ragam bahasa’ menurut

Za‘ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu (2002:211), mendefinisikan jenis

bahasa yang khas yang merupakan bahasa dalam karangan atau percakapan

kerana menguatkan tujuan kata dan mempertajamkan hasilnya kepada faham

pendengar dan pembaca. Dengan kata lain, ragam bahasa ini dapat dikatakan

sebagai bahasa tertentu yang digunakan untuk menyatakan sesuatu maksud tertentu

dan lain daripada peribahasa dan bahasa kiasan.

7.6 Klasifikasi Ragam Bahasa

Tidak ada bahasa manusia yang tetap, seragam mahupun tidak berubah-ubah.

Semua bahasa manusia menunjukkan kelainan dalaman dan dinamik. Penggunaan

sebenar berbeza antara satu kelompok dengan kelompok yang lain dan antara satu

penutur dengan penutur yang lain dari segi sebutan sesuatu bahasa, pilihan kata,

dan makna kata-kata tersebut, malah dari segi pemilihan penggunaan ayat

khususnya dalam menyampaikan sesuatu hasrat atau mesej atau untuk menyatakan

tujuan-tujuan tertentu. Pendek kata, wujud pelbagai keragaman dalam berbahasa.

Buku ‘Ilmu Mengarang Melayu’ karya Pendita Za‘ba yang diterbitkan pada tahun

(1965) dan dalam edisi ejaan rumi baharu (2002) menitipkan bahawa terdapat

sejumlah lima belas ragam bahasa, iaitu Bahasa Sindiran, Bahasa Menggiat, Bahasa

Mengejek, Bahasa Terbalik, Bahasa Merajuk, Bahasa Tempelak, Bahasa Herdik,

Bahasa Melampau, Bahasa Merendah, Bahasa Naik, Bahasa Seruan atau

Mengeluh, Bahasa Berulang, Bahasa Bertimbal, Bahasa Bukan, dan Bahasa Jenaka

Berikut dihuraikan tentang klasifikasi ragam bahasa yang dinyatakan seperti mana

dikemukakan oleh Za’ba secara terperinci. Perincian juga diberikan bersama-sama

contoh-contoh yang berkaitan.

86

Page 87: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

7.6.1 Ragam Bahasa Sindiran

Bahasa sindiran ditujukan untuk menyatakan sesuatu maksud kepada seseorang,

tidak disebutkan atau dinyatakan secara tepat. Hanya disampaikan secara sinis

dengan dikias-kiaskan atau dilambangkan kepada perkara lain. Penggunaannya

tidak dinyatakan atau disebutkan secara terus-terang atau ditujukan tepat terhadap

seseorang. Misalnya:

Buah langsat kuning mencelah,

Keduduk tidak berbunga pagi;

Sudah dapat gading bertuah,

Tanduk tidak berguna lagi.

Penggunaan bahasa dalam pantun di atas bertujuan menyindir seorang yang tiada

endah lagi akan sahabatnya kerana sudah ada teman baharu.

Berdasarkan contoh di atas orang yang menyindir kadang-kadang tidak dinyatakan

bahasanya secara terus kepada orang tersebut secara langsung tetapi mengarah

sindirannya kepada orang yang lain.

7.5.2 Ragam Bahasa Menggiat

Ragam bahasa jenis ini biasanya ditujukan tidak tepat kepada seseorang. Nadanya

seakan-akan juga sindiran. Namun begitu, tujuannya agak berbeza, iaitu untuk

mengusik, bergurau-senda atau kadang-kala bersungguh-sungguh betul, jika

benarnya orang yang terkena atau dimaksudkan menjadi malu. Sebagai contoh “Eh!

Baik sungguh kau hari ini” Rozi membuat penilaian. “Hm! Aku taulah. Kau seronok

sebab Fatimah tu terpikat pada kaukan?” Seperti kata-kata Rozi ini kepada Syah,

nadanya adalah menggiat kawannya itu bertujuan bergurau-senda. Namun begitu,

seolah-olah juga menyindir kawannya yang cuba berbuat baik dengan majikannya itu

untuk kepentingan diri sendiri.

87

Page 88: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

Jika diteliti sehalus-halusnya, memang benar ragam jenis ini, iaitu ragam bahasa

menggiat, ada kalanya berupa sindiran secara sinis. Walaupun maksud sebenarnya

mengusik atau bersenda-senda tetapi kemungkinan orang yang dimaksudkan itu

mungkin terasa hati seperti kata pepatah ‘siapa makan cili, dia yang terasa

pedasnya’.

7.6.3 Ragam Bahasa Mengejek

Ragam bahasa jenis ini pula bahasa yang mengata atau ditujukan tepat kepada

seseorang atau kumpulan. Perkataan yang tepat dengan gaya yang mengajukkan

keburukan mereka itu. Raga mini juga menggunakan perkataan-perkataan yang

mempermain-mainkan seseorang itu dengan hasrat menjelaskan kebodohan atau

jika ada orang lain yang mendengarnya akan mentertawakan seseorang yang

dimaksudkan itu.

Contohnya:

“Hm! Kau ni takut yang bukan-bukan, Razali. Kalau macam tu tak merasalah kau bercinta di sini. Kau nak tunggu biar keluar U nanti? Kau nak tunggu rambut kau dah beruban?”

Itulah contoh ragam bahasa mengejek yang dinyatakan oleh Shamsul. Beliau

mengujarkannya kepada kawan sebiliknya Razali yang masih bujang dan tiada

berteman itu. Sedangkan dia seorang yang telah berkahwin dan punya anak tetapi

diminati oleh Fatin.

Ragam bahasa ini juga jelas dilihat dengan kata-kata Encik Faizal terhadap isterinya

Puan Fauziana. Beliau seolah-olah memulangkan paku buah keras kepada isterinya

yang menjadi penyebab anaknya putus tunang dan hinggakan anaknya kembali

semula kepada kekasih lamanya serta terlanjur akhirnya. Maksud sedemikian

tersirat dalam dialog

“Itulah kau! Dulu budak ni bertunang elok-elok dengan Cikgu Hamdan tu, minta diputuskan. Menuduh cikgu tu bukan-bukan pula. Sekarang ni ha, apa yang dah jadi?”

88

Page 89: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

Dalam ayat tersebut ternyata Encik Jalal mengejek isterinya yang disebabkan

kebodohan sendiri, berlaku perkara yang memalukan mereka sekeluarga.

7.6.4 Bahasa Terbalik

Ragam bahasa jenis ini menggunakan bahasa berlawanan daripada yang hendak

dimaksudkan. Namun demikian, orang yang mendengar atau yang diajak bertutur

akan faham maksud yang sebenar. Contohnya kata-kata Basir,

“Dia tu dah tua, kau tahu? Anak dara terlajak. Sebab itu dia nak cari orang berumur macam aku ni. Betul tak?”

Namun kenyataan Basir ini difahami Mohd akan maksud sebenarnya.

7.6.5 Bahasa Merajuk

Bagi ragam jenis ini memperlihatkan tentang kekecewaan yang dialami seseorang.

Biasanya ragam ini adalah bahasa yang digunakan oleh orang yang sedang kecewa

atau berkecil hati kerana sebab-sebab tertentu. “Macam muka aku ni siapa yang

hendak, Din …,” selar Khairul sambil bangun manghadap cermin yang tergantung di

dinding kamar mereka, “muka macam buah kelapa tua,” sambungnya sambil ketawa,

merendah diri.

7.6.6 Bahasa Tempelak

Sebagai contoh “kau sengaja ambil kesempatan berhubungan dengan saya. Tak

begitu?” soal Jaliza. Inilah salah satu contoh ragam bahasa tempelak. Kata

tempelak yang ditujukan tepat oleh Jaliza kepada Edyanto. Ayat yang diujarkan

memperlihatkan perasaan marah Jaliza terhadap Edyanto yang mengambil

kesempatan atas perhubungan mereka berdua dengan memburuk-burukkan

kesetiaan dan pengorbanan isterinya.

89

Page 90: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

7.6.7 Bahasa Herdik

Bahasa ini bunyinya seakan-akan bahasa tempelak tetapi nadanya agak keras.

Contohnya kemarahan Encik Zaki terhadap perbuatan anaknya yang telah memberi

malu mereka sekeluarga. Kata-kata Encik Zaki, “Habis! Muka kita ni nak sorok di

mana ha?! Sergah Encik Zaki pula sambil menudingkan jari telunjuknya ke arah

isterinya.

7.6.8 Bahasa Naik

Bagi menyatakan sesuatu maksud, digunakan bahasa yang menyebutkan sesuatu

daripada perkara yang paling rendah, kemudian beransur-ansur selangkah demi

selangkah naik ke atas hingga ke puncaknya. Sebagai contoh diceritakan bagi

menggambarkan persediaan dan suasana perkahwinan Nora dengan Cikgu Halil.

‘Tanpa persoalan panjang, tanpa persediaan hebat dan tanpa kenduri yang meriah,

tiga bulan kemudian perkahwinan mereka dilangsungkan’.

Mengumpul Maklumat

Kumpul maklumat berkaitan ragam bahasa turun dan ragam bahasa nafi.

Senaraikan contoh-contoh yang sesuai.

7.7 Kepentingan Ragam Bahasa

Bahasa adalah milik manusia yang paling penting. Dengan bahasalah manusia

dapat berhubung antara satu sama lain bagi menyampaikan sesuatu maksud,

perasaan, pandangan, dan lain-lain lagi. Ternyata bahasa yang beragam-ragam ini

pula mempunyai kepentingan yang sangat tinggi dalam kehidupan manusia

seharian. Apalagi hidup dalam masyarakat yang bersifat homogeni dengan sikap dan

perangai yang berbeza-beza. Oleh itu, menjadi kewajipan serta tanggungjawab

individu dalam masyarakat menangani segala permasalahan bagi mewujudkan

masyarakat yang harmoni. Antara kepentingan ragam bahasa ialah :

90

Page 91: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

Latihan 1

i. Menyedarkan individu atau seseorang daripada bersikap negatif seperti

ragam bahasa herdik atau menggiat ditujukan untuk yang pemalas,

ii. Mengeratkan kemesraan seperti ragam bahasa jenaka akan menimbulkan

kemesraan di samping sesuatu tujuan sebenar dinyatakan secara bersahaja

tanpa menimbulkan kemarahan atau kecil hati di pihak yang terkena.

iii. Menjaga air muka atau maruah orang lain walaupun berbahasa dalam

keadaan yang marah. Namun begitu, maksud sebenar akan difahami,

contohnya ragam bahasa menyindir.

iv. Mewujudkan masyarakat yang bekerjasama, prihatin, bantu-membantu, tolong

-menolong, ibarat pepatah ‘yang ringan sama dijinjing, yang berat sama

dipikul.

Demikian antara kepentingan ragam bahasa yang memainkan peranan penting

dalam kehidupan manusia.

7.8 Kesimpulan

Ragam bahasa digunakan oleh masyarakat dalam kehidupan seharian. Sebagai

manusia yang hidup dalam satu komuniti, saling berinteraksi, berhubungan, dan

berkomunikasi, memang akan timbullah bahasa yang beragam-ragam. Walau

bagaimanapun, telah jelas keragaman ini mewujudkan kelompok masyarakat yang

saling mengambil berat antara satu lain, terutamanya dari aspek kesantunan

berbahasa.

1. Apakah jenis ragam bahasa di bawah?.

1.1 Rendah gunung tinggi harapan saya.

1.2 cantik moleh carilah jodoh; saya yang buruk biar

terbuang.

1.3 Biar habis, asal bergaya; bukan harta kita, harta pusaka.

91

Page 92: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

Latihan 2

Apakah maksud bahasa sindiran, bahasa naik, bahasa terbalik dan bahasa

mengejek?. Berikan contoh dalam bentuk ayat atau dialog.

Bibliografi

Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt & Ab. Rahim Selamat (1997). Bahasa Melayu komunikasi 2 : Komunikasi Retorika. Petaling Jaya : Longman Sdn. Bhd.

Ab. Rahman Ab. Rashid & Yap Kim Fatt (1998). Bahasa Melayu komunikasi, Petaling Jaya : Longman Sdn. Bhd.

Khairuddin Mohamad, Maridah Aliad dan Faiziah Hj Shamsudin. 2012. Bahasa Melayu Komunikatif. Selangor: Penerbitan Multimedia

Khairuddin Mohamad (Editor). 2012. Bahasa Melayu Kontekstual. Oxford Fajar Sdn. Bhd

Za`ba. 2002. Ilmu Mengarang Melayu Edisis Ejaan Rumi Baharu. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

92

Page 93: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

8.1 SINOPSIS

Tajuk 8 menjelaskan analisis kesalahan umum tatabahasa yang merangkumi

aspek morfologi, frasa, klausa dan ayat. Turut dijelaskan aktiviti perbincangan

dan latihan tatabahasa.

8.2 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pemelajaran pelajar dapat mengenal pasti kesalahan kata, frasa,

klausa dan ayat dalam komunikasi lisan atau bertulis.

8.3 KERANGKA TAJUK

8.4 Definisi /Konsep

Coder (1981) mendefinisikan kesalahan bahasa sebagai bentuk-bentuk peraturan

yang menyimpang atau menyalahi bentuk-bentuk pertuturan penutur jati. Hal ini

merangkumi semua aspek bahasa seperti tatabahasa, ejaan, sebutan, penggunaan

istilah atau perkataan yang kurang tepat.

93

KESALAHAN UMUM TATABAHASA

T A J U K 8

Kesalahan Umum

Tatabahasa

Kesalahan Kata Kesalahan Frasa

Kesalahan Klausa Kesalahan Ayat

Page 94: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

8.5 Kesalahan Kata

Kesalahan ini merujuk kepada kesilapan memahami konsep yang didukung oleh

sesuatu perkataan. Situasi ini berlaku kerana, terdapat banyak perkataan yang

membawa maksud yang hampir sama serta gagal memilih perkataan yang sesuai

mengikut konteks.

Kesalahan kata melibatkan penggunaan kata yang tidak tepat untuk menyatakan

sesuatu perkara. Contoh perbuatan memotong boleh diistilahkan dengan perkataan

lain seperti membelah, menghiris, mengupas, mencantas dan mencencang mengikut

kesesuaian konteks ayat. Sesuaikah emak membelah kain dan memotong

bawang sedangkan istilah yang tepat dalam konteks ayat ialah emak mengunting

kain dan menghiris bawang.

Yang berikut ialah beberapa ayat contoh yang mengandungi kesalahan kata dan

kesalahan bahasa.

• Jika selalu melancung ke luar negara, kita hanya menggalakkan ke luar negara pengaliran wang kita.

Kesalahan kata Kesalahan bahasa

Salah betul salah betul

Melancung melancong Ke luar negara

pengaliran wang

kita

pengaliran

wang kita ke

luar negara

• Pemaju perumahan itu masih tidak mengindahkan teguran yang dibuat oleh pembeli, sedangkan mereka telah berjanji untuk mengatasi masalah itu sejak dari tahun lepas lagi.

Kesalahan kata Kesalahan bahasa

Salah betul salah betul

mengindahkan mengendahkan sejak dari sejak

• Adik suka menculik makanan yang telah ibu hidangkan dengan menggunakan tangan, lalu menjilatnya.

94

Page 95: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

Kesalahan kata Kesalahan bahasa

Salah betul salah betul

Menculik mencolek Ibu hidangkan dihidangkan oleh ibu

• Mana-mana individu atau syarikat yang tidak mengembalikan borang tafsiran pendapatan cukai dalam masa yang ditetapkan akan dikenakan denda berganda

Kesalahan kata Kesalahan bahasa

Salah betul salah betul

Tafsiran taksiran pendapatan cukai cukai pendapatan

• Orang awam tidak dibenarkan masuk ke pusat membeli belah itu di atas sebab keselamatan.

Kesalahan kata Kesalahan bahasa

Salah betul salah betul

di atas atas pusat membeli

belah

pusat beli

belah

8.6 Kesalahan frasa

Kesalahan bahasa melibatkan penggunaan frasa yang tidak tepat, seperti frasa

yang tidak mematuhi hukum D-M.

Salah betul

lain-lain faktor

Aminah Kedai Jahit

plastik beg

polis inspektor

mini maraton

contoh jawapan

faktor-faktor lain

Kedai Jahit Aminah

beg plastik

inspektor polis

maraton mini

jawapan contoh

95

Page 96: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

Kesalahan frasa berlaku kerana terdapat unsur lewah dalam ayat. Kamus Dewan

mendefinisikan lewah sebagai “berlebih-lebih sehingga tertambah perkara, hal, dan

sebagainya serta tidak perlu”. Kelewahan dalam bahasa dianggap sebagai suatu

yang biasa dalam penggunaan bahasa kerana pengguna bahasa suka berlebih-

lebih dalam penggunaan bahasa. Antara contoh kelewahan bahasa adalah seperti

yang berikut:

Salah betul

kos perbelanjaan

saling bantu membantu

semua pegawai-pegawai

paling penting sekali

khalayak ramai

ramai murid-murid

barisan para petugas

destinasi yang dituju

kos/Perbelanjaan

saling membantu/bantu membantu

semua pegawai/pegawai-pegawai

paling penting/penting sekali

khalayak/ramai

ramai murid/murid-murid

barisan petugas/para petugas

destinasi

Yang berikut ialah beberapa ayat contoh yang mengandungi kesalahan frasa nama,

frasa kerja dan frasa adjektif.

• Petunjuk-petunjuk perasaan yang menentang campur tangan Amerika di Iraq sedang berarak di jalan raya-jalan raya.

Kesalahan frasa nama

Salah betul salah betul

Petunjuk-

petunjuk

Penunjuk-

penunjuk

jalan raya-jalan

raya

jalan-jalan raya

• Sebagai permulaan, kerajaan perlu menfokuskan kepada pembangunan pesawat penumpang murah yang dapat mempercepatkan kemajuan industri pelancongan di dalam negara.

Kesalahan frasa kerja

96

Page 97: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

Salah betul salah betul

Menfokuskan

kepada

Memfokuskan

pembangunan

mempercepatkan mempercepat

• Rumah yang besar itu paling cantik sekali.

Kesalahan frasa adjektif

Salah betul

paling cantik sekali paling cantik/cantik sekali

• Kelawar-kelawar yang bergayutan di dinding Gua Niah menarik perhatian pelancong.

Kesalahan frasa nama Kesalahan frasa sendi

salah betul salah betul

Kelawar-

kelawar

kelawar di pada

8.7 Kesalahan klausa

KLAUSA: Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan

predikat yang menjadi konstituen kepada ayat. Klausa terbahagi kepada dua jenis,

iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas. Klausa bebas ialah klausa yang berdiri

sendiri dan bersifat sebagai ayat lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang

sempurna. Klausa yang tidak dapat berdiri sendiri disebut sebagai klausa tak bebas.

i. Awak pandai kerana awak rajin belajar.

ii. Kami akan hadir sekirannya hari tidak hujan.

iii. Mereka akan datang walaupun tanpa diundang.

klausa bebas/klausa utama klausa tak bebas

iv. Beritahu cikgu bahawa kami akan menghantar tugasan esok

klausa tak bebas klausa bebas/klausa utama

97

Page 98: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

Aspek kesalahan bahasa dalam klausa ialah aspek kelewahan bahasa yang terdapat

dalam binaan frasa, klausa tak bebas dan klausa bebas. Antara ayat contoh adalah

seperti yang berikut:

Salah Betul

Salah satu daripada punca murid ponteng sekolah

ialah mereka malas belajar atau bosan berada di

sekolah.

Satu daripada punca murid ponteng sekolah ialah

mereka malas belajar atau bosan berada di

sekolah.

Salah seorang daripada murid sekolah ini telah

berjaya melangkah ke peringkat akhir pertandingan

itu.

Seorang daripada murid sekolah ini telah berjaya

melangkah ke peringkat akhir pertandingan itu.

Salah sebuah daripada kereta yang terbabit dalam

kemalangan itu telah terbakar.

Sebuah daripada kereta yang terbabit dalam

kemalangan itu telah terbakar.

Dalam klausa setara, pemindahan kausa tidak dapat dilakukan kerana pemindahan

tempat klausa akan menyebabkan ayat yang terhasil tidak gramatis. Contohnya:

Salah betul

Manakala abang membuat latihan, kakak

membaca buku.

Kakak membaca buku manakala abang membuat

latihan.

Dan tidak sombong, kita harus menjadi orang baik Kita harus menjadi orang baik dan tidak sombong.

Tetapi abang berbuat bising, adik sedang membaca

buku,

Adik sedang membaca buku, tetapi abang berbuat

bising.

8.8 Kesalahan Ayat.

Kesilapan dalam penggunaan bahasa Melayu juga dapat dilihat dari sudut sintaksis.

Kesilapan ayat berlaku apabila pengguna tidak mematuhi peraturan-peraturan yang

tersedia ada dalam bahasa itu. Kesalahan ayat dalam bahasa Melayu kerap berlaku

pada ayat inti, ayat tanya, ayat pasif dan kesalahan semantik.

8.8.1 Subjek dan Predikat

Setiap pengguna mestilah menguasai bahagian subjek dan predikat sesuatu ayat.

Apabila mereka menguasai bahagian tersebut, mereka akan dapat mengenali

kedudukan subjek dan predikat sesuatu ayat, sama ada ayat itu dalam susunan

98

Page 99: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

biasa atau susunan songsang. Jika mereka tidak menguasai binaan, ayat yang

dibina kemungkinan akan menjadi ayat yang tergantung. Ayat yang tergantung ialah

ayat yang tidak mempunyai binaan subjek atau binaan predikat.

1. *Untuk menyiapkan kerja itu memerlukan perbelanjaan yang besar.

Ayat ini tidak mempunyai subjek. Klausa untuk menyiapkan kerja itu merupakan

keterangan predikat, manakala frasa memerlukan perbelanjaan yang besar ialah

frasa kerja yang menjadi binaan predikat. Ayat tersebut menjadi gramatis sekiranya

subjek yang terdiri daripada frasa nama dimasukkan, seperti ayat 1a.

1a. Untuk menyiapkan kerja itu, kita memerlukan perbelanjaan yang

besar.

Dalam ayat 1a, kita ialah subjek yang terdiri daripada frasa nama.

8.8.2 Ragam Ayat

Apakah yang dimaksudkan ragam ayat? Ragam ayat sebenarnya dapat dilihat dan

dikenal pasti dari segi aktif dan pasif. Dalam bahasa Melayu, terdapat dua ragam

ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif.

Menurut Nik Safiah Karim et al. (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga : 2011),

mentakrifkan ayat aktif sebagai ayat yang mengandungi kata kerja yang

mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.

Ada dua jenis ayat aktif berdasarkan kehadiran kata kerja dalam predikat ayat, iaitu:

• Ayat aktif transitif

• Ayat aktif tak transitif

Menurut Arbak Othman dalam bukunya, Tatabahasa Bahasa Malaysia (1981), ayat

aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu kata kerja yang

memerlukan objek selepasnya. Ayat aktif tak transitif pula mengandungi kata kerja

tak transitif. Nik Safiah et al. (2011) menyatakan bahawa ayat aktif tak transitif

mempunyai kata kerja tak transitif yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambut.

Ayat yang berikut mengandungi kesalahan bahasa dari segi frasa kerja transitif dan

frasa kerja tak transitif yang lazimnya dilakukan oleh pengguna bahasa dan juga

pelajar.

99

Page 100: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

• Abu belum pernah menghadiahkan emak saudaranya jam tangan.

Salah betul

Menghadiahkan menghadaihi

• Penceramah sedang memperkatakan tentang masalah inflasi.

Salah betul

Memperkatakan tentang Memperkatakan masalah

• Kuang Shie amat suka dengan Fei Wei yang tampan itu.

Salah betul

suka dengan suka akan/menyukai

• Mereka berdua bersepakat ingin mempermain-mainkan Raja Gopal yang dikatakan dungu itu.

Salah betul

bersepakat ingin bersepakat untuk

Ayat pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja dalam ragam pasif, iaitu objek

mendahului kata kerja dan subjek. Ayat pasif meliputi pasif jati, pasif semu,

imbuhan pasif dan kata kena.

Pasif jati ialah pasif yang melibatkan kata ganti diri orang ketiga atau pihak yang

diperkatakan oleh seseorang. Antara kesalahan yang sering ditemukan dalam ragam

pasif ini adalah seperti yang berikut:

• Tindakan yang mereka ambil akan merugikan bangsa dan negara.

Salah betul

mereka ambil diambil oleh mereka

• Penerapan nilai murni yang telah kerajaan uar-uarkan sewajarnya disokong.

100

Page 101: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

Salah betul

kerajaan uar-uarkan diuar-uarkan kerajaan

Pasif semu, ialah ayat pasif yang melibatkan kata ganti diri orang pertama dan

orang kedua. Bagi ayat pasif ini, hukum aneksi persona hendaklah dikenakan, iaitu

subjek atau pesona harus dirapatkan dengan kata kerja pasif. Sebagai contohnya,

buku itu saya baca. Kata ganti diri orang pertama saya dirapatkan dengan kata

kerja pasif baca. Jika terdapat sebarang kata yang memisahkan kedua-dua unsur

tersebut, kesempurnaan binaan ayat terjejas. Sila lihat kesalahan ayat contoh yang

berikut:

• Pokok itu ditebang oleh awak.

Salah Betul

ditebang oleh awak awak tebang

• Kemudahan tersebut kami telah gunakan sejak beberapa tahun yang dahulu.

Salah Betul

kami telah gunakan telah kami gunakan

• Perkara yang diperkatakan oleh saya ini seharusnya diberikan perhatian.

Salah Betul

diperkatakan oleh saya saya perkatakan

Ayat pasif yang berimbuhan mencakupi imbuhan teR, ke-...-an, dan beR-. Bagi kata

kerja pasif dengan imbuhan teR-, kehadiran sendi nama oleh diwajibkan. Sila lihat

ayat contoh yang berikut:

1. Batu itu terangkat oleh Ali.2. Batu itu terangkat Ali.

Ayat 2 tidak logik kerana seolah-olah membawa maksud batu itu berupaya

mengangkat Ali. Maka, kehadiran oleh dapat membezakan ayat aktif daripada ayat

pasif. Sila lihat contoh ayat yang berikut:

101

Page 102: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

3. Ahmad terlanggar Abu.4. Ahmad terlanggar oleh Abu.

Ayat 3 merupakan ayat aktif yang bermaksud “Ahmad melanggar Abu dengan tidak

sengaja”. Sebaliknya, ayat 4 ialah ayat pasif yang membawa makna “Ahmad

dilanggar oleh Abu secara tidak sengaja”.

8.9 Kesalahan Umum dalam Struktur Ayat

Kata-kata sahaja belum bererti bahasa jika kata-kata itu tidak tersusun dalam bentuk

ayat. Apabila kata-kata tidak betul susunannya, maka bentuk bahasa menjadi

salah atau tidak baku, seperti:

Ini hari Azizah tidak datang.

Yang melukis gambar ini Zainallah.

Itu pen dakwat sudah habis.

Majalah itu saya tidak menyimpannya.

Buku ini saya tidak mahu membaca.

Yang memukul awak siapakah?

Nora dan Nani baik berkawan.

8.9.1 Ayat Gabungan

Kesalahan dalam pembentukan ayat gabungan berlaku apabila ayat-ayat tunggal

yang membentuk ayat gabungan tidak digabungkan dengan betul. Sebagai contoh:

Salah Betul Mereka akan melancong ke Pulau

Tioman atau Pulau Langkawi? Saya tidak pasti sama ada Nani

tinggal di Relang atau Jelai. Baik yang kaya atau miskin datang

ke rumahnya. Hadiah ini untuk Izzat bukan Hazwan.

Mereka akan melancong ke Pulau Tioman atau ke Pulau Langkawi?

Saya tidak pasti sama ada Nani tinggal di Relang atau di Jelai.

Baik yang kaya atau yang miskin datang ke rumahnya.

Hadiah ini untuk Izzat bukan untuk Hazwan.

Jangankan membeli kereta, membeli

102

Page 103: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

Jangankan membeli kereta, motosikal pun saya tak mampu.

motosikal pun saya tak mampu.

8.9.2 Ayat Pancangan

Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga apabila unsur

penerang dalam ayat tersebut salah strukturnya. Sebagai Contohnya:

Salah Betul1. Rumah itu di atas bukit tidak ada penghuninya.2. Bangunan itu yang tinggi Menara Kembar Petronas.

1a) Rumah di atas bukit itu tidak ada penghuninya.2a) Bangunan yang tinggi itu Menara Kembar Petronas.

Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga kerana tidak ada kata

hubung pancangan yang menghubungkan klausa bawahan dengan klausa utama.

Sebagai contoh:

Salah Betul

1. Kami berdoa kamu berjaya.

2. Semua orang tahu dia anak Pak

Hamid.

1a) Kami berdoa agar kamu berjaya.

2a) Semua orang tahu bahawa dia anak Pak

Hamid.

8.9.3 Ayat Tergantung

Ayat mesti terdiri daripada subjek dan predikat. Dalam susunan ayat biasa,

kedudukan subjek di hadapan dan kedudukan predikat di belakang.

Contoh: Budak itu / menangis.

Dalam susunan ayat songsang, kedudukan subjek di belakang dan kedudukan

predikat di hadapan.

Contoh: Siapakah / gadis itu.

Itulah / teman saya.

103

Page 104: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

Bentuk ujaran yang tidak mempunyai subjek atau predikat disebut sebagai “ayat

tergantung”.   Ayat tergantung terjadi apabila ujaran itu bermula dengan kata sendi,

kata hubung, kata kerja dan kerana penggunaan kata yang salah, dan

sebagainya. Teliti contoh-contoh ayat di bawah.

1. Di seluruh negara mengalami banjir. (S)

1a. Seluruh negara mengalami banjir. (B)

2. Kerana hal itu akan dibincangkan. (S)

2a. Hal itu akan dibincangkan. (B)

3. Dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini. (S)

3a. Kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini. (B)

4. Banyak pelajar lulus dengan baik. (S)

4a. Banyak pelajar yang lulus dengan baik. (B)

5. Ada pihak membangkang cadangan itu. (S)

5a. Ada pihak yang membangkang cadangan itu. (B)

6. Dia yang datang kelmarin. (S)

6a. Dia datang kelmarin. (B)

7. Mengetahui hal itu saya membatalkan rancangan. (S)

7a. Setelah mengetahui hal itu saya membatalkan rancangan. (B)

8. Kesan kemelesetan ekonomi, pengangguran meningkat. (S)

8a. Sebagai kesan kemelesetan ekonomi, pengangguran meningkat. (B)

9. Turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Besar. (S)

9a. Yang turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Besar. (B)

10. Apakah perlu kita lakukan sekarang? (S)

10a. Apakah yang perlu kita lakukan sekarang? (B)

11. Siapa kata saya berbohong? (S)

11a. Siapakah yang mengatakan bahawa saya berbohong? (B)

12. Peserta-peserta yang lulus saja akan dipilih. (S)

12a. Peserta-peserta yang lulus saja yang akan dipilih. (B)

13. Bukti-bukti ini jelas menunjukkan dia bersalah. (S)

13a. Daripada bukti-bukti ini jelas menunjukkan bahawa dia bersalah. (B)

14. Mengikut beliau menyatakan bahawa perompak senjata api sudah itu 

104

Page 105: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

tumpas. (S)

14a. Beliau mengatakan bahawa perompak senjata api itu sudah tumpas. (B)

15. Yang manakah betul? (S)

15a. Yang manakah yang betul? (B)

Oleh hal yang demikian, penguasaan ayat dalam bahasa Melayu amat penting jika

seseorang ingin menguasai bahasa itu dengan baiknya, terutamanya aspek

penulisan. Sebagai pengguna bahasa Melayu, seseorang itu perlu menguasai aspek

bahasa Melayu yang berkaitan dengan ayat sekurang-kurangnya empat perkara,

iaitu bahagian subjek dan predikat, jenis ayat, ragam ayat, dan susunan ayat. Namun

demikian sebelum empat perkara itu dikuasai, mereka mestilah menguasai kata,

frasa, dan klausa. Apabila semua perkara tersebut dikuasai, pengguna bahasa

Melayu akan dapat menghasilkan penulisan yang baik dan menggunakan bahasa

Melayu secara persis.

TUTORIAL

Tutorial (Perbincangan)

Kesan kesilapan yang berlaku dalam situasi yang berikut:

Situasi 1

Dalam suatu majlis rasmi di sekolah, Cikgu Y telah diberi tanggungjawab sebagai pengacara majlis. Sewaktu mengacarakan majlis bekenaan, seorang guru lain, Cikgu Z telah dapat mengesan sesuatu pengucapan yang menurut fikirannya, tidak betul.

“Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Pengetua di atas ucapan beliau tadi…”

Situasi 2

Cikgu M ialah Setiausaha PIBG sekolahnya. Dalam minit mesyuarat PIBG yang baru diadakan pada minggu lepas, dia mencatatkan ayat berikut:

105

Page 106: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

“Mesyuarat bersetuju sebulat suara supaya ibubapa menyumbangkan derma ikhlas masing-masing sebagai tanda sokongan serta galakkan kepada anak-anak mereka.”

Situasi 3

Jalil ialah seorang penuntut baru di sebuah kolej swasta. Pada suatu hari, sewaktu menyertai suatu seminar anjuran universitinya, dia terdengar seorang pembentang kertas kerja melafazkan ayat berikut:

“Kita sekarang berada dalam era IT di mana kita tidak dapat mengelak daripada dilanda arus globalisasi yang mana kanak-kanak pun turut mengalami keadaan ini.”

Latihan 1

1. Tulis bentuk apitan yang betul pada lajur yang ketiga.

kecantikkan kecantikan

pembiakan pembiakkan

kebanyakkan kebanyakan

pertunjukan pertunjukkan

mencantikan mencantikkan

membiakkan membiakan

membanyakan membanyakkan

menunjukan menunjukkan

2. Garisi perkataan yang betul dari segi penggunaan imbuhan diper-, di-...-

kan atau diper-...-kan.

a) Bangunan diperbesarkan/dibesarkan/diperbesar…

b) Usaha dipertingkatkan/dipertingkat/ditingkatkan…

c) Ilmu dipergunakan/digunakan/diperguna…

106

Page 107: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

d) Bahasa diperkasa/diperkasakan/dikasakan...

e) Isteri diperolehi/diperoleh/dioleh...

3. Cuba kenal pasti dan betulkan kesalahan ejaan yang terdapat dalam ayat yang

berikut. Setiap ayat mengandungi dua kesalahan ejaan.

a. Kebanyakkan masyarakat pada era ke21 ini sudah pandai menggunakan komputer sebagai medium komunikasi dan perhubungan.

b. Pada pendapat anda, sejauhmanakah lirik lagu yang berunsurkan moral mampu memberi kesan kepada perobahan diri sesorang remaja?

c. Basikal Pak Andeh yang telah mengalami kerosakkan itu telah di jual oleh Mak Andeh semasa ketiadaannya di rumah.

d. Usaha mengintergrasikan masyarakat berbilang kaum di Malaysia bukan satu tugas yang mudah memandangkan setiap kaum mempunyai agama, budaya dan bahasa yang berbeza.

e. Kerajaan telah memperuntukan kos sebanyak RM 17 juta bagi menyediakan perkhidmatan yang komprehensip untuk golongan orang kurang upaya.

Latihan 2

Tandakan (√) pada ayat yang betul.

1. Sepak takraw adalah sukan yang akan dipertandingkan dalam Sukma yang akan datang.

2. Beliau ialah orang yang pertama membiakkan ikan baka baharu.3. Kaum wanita adalah elemen terpenting dalam pembangunan

negara.4. Negara kita kini memiliki warga yang sejumlah besarnya adalah

berpendidikan sekurang-kurangnya pada peringkat menengah.5. Institut itu adalah merupakan sebuah institut penyelidikan.6. Kursus ini adalah untuk menerangkan konsep tatabahasa.7. Pilihan raya ialah detik bersejarah yang dinanti-nantikan oleh

seluruh rakyat.8. Kenyataan itu ialah benar.9. Dunia ini ialah fana.10. Keputusan panel hakim adalah muktamad.11. Adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti selama

seminggu.12. Adalah diumumkan bahawa peperiksaan ulangan akan diadakan

pada minggu hadapan.13. Adalah diharapkan bahawa masalah perparitan dapat diatasi

107

Page 108: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

dengan kadar yang segera.14. Adalah dengan ini diberitahu bahawa pihak institut akan menjalani

proses pengauditan selama seminggu.15. Hal inilah di antara hal yang mesti difahami oleh semua pelajar.16. Kita melihat pertentangan di antara pihak di seberang dengan pihak

kita berhubung dengan isu kemasukan pekerja asing.17. Kini banyak di antara mereka telah mempelajari ilmu bantu.18. Perkara ini di antara persoalan penting yang harus diketahui umum.19. Di antara penerbitan yang berkualiti dengan penerbitan yang

sebaliknya perlu kita bezakan.20. Tambak Johor terletak antara Johor Bahru dengan Singapura.21. Di antara Johor Bahru dengan Singapura, banyak perbezaannya.22. Lif itu terhenti antara tingkat dua dengan tingkat tiga.23. Di antara tingkat dua dengan tingkat tiga, tingkat tiga lebih teratur

pejabatnya.24. Amelia duduk antara Halijah dengan Hasnah.25. Banyak persamaan di antara Ab. Rahim dengan Mohamad.26. Kedai baharu itu terletak antara pasar raya A dengan pasar raya B.27. Yang manakah lebih awal dibina di antara pangsapuri A dengan

pangsapuri B.28. Perdebatan itu berlangsung di antara pihak kerajaan dengan pihak

pembangkang.29. Di antara pihak penyokong kerajaan dengan pihak penyokong

pembangkang, banyak perbezaannya.30. Hubungan politik, ekonomi, dan kebudayaan wujud di antara

wilayah-wilayah ini.31. Di antara lagu persembahan artis baharu itu ialah lagu Separuh

Jiwaku Pergi.32. Di antara jurnal yang diterbitkan oleh universiti itu ialah Jurnal

Psikologi dan Jurnal Kemanusiaan.33. Antara nama yang disebut dalam pertuduhan itu ialah nama

seorang tokoh korporat.34. Blog adalah di antara sumber tidak rasmi yang perlu diteliti

kebenarannya.

G. LATIHAN LANJUTAN

Betulkan unsur bahasa yang salah dalam ayat yang berikut.

1. Pengarah menghadiahkan staf sokongan sijil kepujian.1a.

2. Bangunan yang tersergam itu terbina pekerja yang mahir.2a.

3. Seluruh peserta kem motivasi berkehujanan sepanjang malam.

108

Page 109: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

3a.

4. Tugasan itu saya telah sempurnakan sejak seminggu yang lalu.4a.

5. Tindakannya menolong kami amat kami menyanjung tinggi.5a.

6. Pegawai itu pecat majikannya kerana salah laku yang serius.6a.

7. Bila berkursus di sini, kita mestilah bersungguh-sungguh.7a.

8. Calon itu menang dengan cemerlang dia begitu berpuas hati.8a.

9. Pemerhati asing itu merumuskan perjalanan pilihan raya telus.9a.

10. Krisis menjadi bertambah rumit kerana kedegilan kedua pihak.10a.

11. Jejaka itu kecewa kerana disebabkan lamarannya ditolak.11a.

12. Keterangan saksi itu berbelit-belit hingga mengelirukan hadirin. 12a.

13. Hasrat anak-anak kita pasti tercapai bila mereka disokong.13a.

14. Bidang industri ditumpukan, dan pertanian terus mendapat perhatian pemerintah.

14a.

15. Kita kena ubah agar hasilnya kelak untungkan generasi kita. 15a.

16. Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak berkuasa demi untuk kesejahteraan

rakyat.16a.

17. Sungguh lama dia meninggal kampung, alih-alih dia muncul sebagai

jutawan.17a.

109

Page 110: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

18. Kata orang, bagaimanakah acuan begitulah kuih yang akan terhasil. 18a.

19. Sedang bah kapal tak hanyut, inikan pula kemarau panjang!19a. 20. Meskipun persembahan orkestra itu dikatakan hebat, saya merasakan

demikian.20a.

BIBLIOGRAFI

Abdullah Hassan. (2004). Sintaksis: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS.

Abdullah Hassan. (2006). Morfologi: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS.

Abdullah Hassan .(2007). Linguistik Am: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Publishing Sdn. Bhd.

Awang Sariyan (2002). Tuntunan Bahasa. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Awang Sariyan (2003). Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana.

Dewan Bahasa dan Pustaka (2001). Citra Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Dahaman (1997). Bahasa Kita. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan dan Pustaka.

Lee Lai Foon dan Raja Masittah Raja Ariffin (2005). Petunjuk Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim (2007). Liku-liku Bahasa: Ke Arah Penggunaan Bahasa yang Baik, Betul, dan Indah. Shah Alam: K Publications Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim et. al. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Raminah Sabran dan Rahim Syam (1985). Kajian Bahasa. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

110

Page 111: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu Kementerian Pelajaran Malaysia (1992). Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu: Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

9.1 SINOPSIS

Tajuk wacana dalam modul ini merangkumi konsep wacana, takrif wacana,contoh

analisis dan kepentingan wacana dalam pengajaran dan pembelajaran.

9.2 HASIL PEMBELAJARAN

Setelah mengikuti topik ini, anda seharusnya dapat:

Menghuraikan konsep dan definisi wacana.

Menganalisis wacana berdasarkan ciri –cirinya.

Mengaplikasikan kepentingan wacana dalam pengajaran dan pembelajaran di

sekolah.

9.3 KERANGKA TAJUK

111

WACANA

T A J U K 9

Page 112: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

9.4 Konsep Wacana

Wacana ialah satuan bahasa yang tertinggi selepas ayat atau klausa yang

bersinambungan pada peringkat awal hingga akhir sama ada berbentuk lisan atau

teks dan mempunyai satu kesatuan gagasan fikiran yang relatif dan sangat

kompleks. Dalam konteks linguistik, konsep gagasan fikiran atau idea yang utuh dan

bersinambungan antara satu sama lain lazimnya merangkumi aspek komunikasi

linguistik kerana wacana adalah peristiwa komunikasi. Hal ini kerana setiap peristiwa

komunikasi yang berlaku, bahasa digunakan sebagai wahana perantaraan yang

paling berkesan dan ideal. Pada dasarnya, peristiwa komunikasi ini merangkumi

ekspresi diri sendiri, eksposisi, sastera dan pemujukan yang dapat difahami oleh

pendengar dan pembaca (Tarigan, 1995:32).

Kini, konsep wacana sebagai satuan bahasa yang terlengkap dan kompleks telah

diaplikasikan secara meluas dalam pelbagai disiplin ilmu selain linguistik seperti

antropologi, sosiologi, falsafah, semiotik dan stilistik (Van Dijk, 1985:2). Penerapan

konsep ini dalam pelbagai disiplin ilmu dikaitkan dengan kesempurnaan hierarki

gramatikal dalam sesuatu bahasa dan sebenarnya berhubung kait dengan takrif

wacana.

112

Wacana

Definisi dan KonsepPerbincangan dalam

subtopik ini membicarakan konsep wacana dari pelbagai

perspektif linguistiK)

Ciri-ciri Wacana

Kepentingan Wacana Kepentingan wacana dalam

konteks pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Analisis WacanaPenganalisisan wacana

dengan beberapa contoh.

Page 113: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

9.5 Takrif Wacana

Menurut Harimurti Kridalaksana (1997:223), wacana didefinisikan sebagai unit

bahasa yang lengkap dan tertinggi terdiri daripada deretan kata, ayat atau paragraf

sama ada dalam bentuk lisan atau teks yang dijadikan bahan analisis linguistik.

Manakala Stubbs (1983:1) mendefinisikan wacana sebagai bahasa yang berada

pada tatatingkat atas klausa dan pengkhususan pengkajian terarah kepada analisis

perbualan atau hasil penulisan dalam bentuk teks. Kenyataan Stubs ini

diperkukuhkan lagi oleh Teubert (2007:73) yang melihat konsep wacana adalah

keseluruhan dari semua ujaran dan penulisan teks berdasarkan komuniti wacana

sama ada berbentuk formal atau tidak formal.

Padangan yang lain, wacana dikaitkan dengan konsep hubungan. Menurut Fatimah

(1994:1) wacana adalah rentetan ayat yang berhubungan, iaitu menghubungkan

proposisi yang satu dengan yang lain dan membentuk satu kesatuan informasi yang

akan menzahirkan pemahaman. Manakala pengertian wacana dari perspektif

Schiffrin (1994:20) adalah seperti yang berikut:

“A definition derived from the formalist paradigm views discourse as “sentence”, a definition derived from the functionalist paradigm views discourse as “language use”. A third definition of discourse attempts to bridge the formalist-functionalist dichotomy”

Skop definisi wacana yang dilihat oleh Schiffrin dalam konteks yang lebih luas dan

pengertian yang dikemukakan berdasarkan pandangan paradigma aliran linguistik.

Berdasarkan pandangan formalis (struktural), wacana ialah bahasa yang melebihi

batas ayat (language above the sentence) manakala aliran fungsional melihat

wacana sebagai penggunaan bahasa (language use). Menurut Schiffrin lagi

pandangan yang ketiga (struktural fungsional) ialah yang berusaha untuk

menghubungkan dikotomi antara formalis dan fungsional, iaitu melihat wacana

sebagai ujaran (pertuturan ataupun tulisan).

Berdasarkan pandangan beberapa orang tokoh dalam bidang wacana pendefinisian

wacana dilakukan berdasarkan bentuk dan fungsi wacana mengikut paradigma aliran

linguistik. Walau bagaimanapun, mereka tetap mempunyai keperihatinan yang sama

113

Page 114: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

terhadap bahasa di luar batas-batas ayat yang terpisah-pisah (language beyond the

boundaries of isolated sentence). Berdasarkan kefahaman itulah telah berkembang

penganalisisan bahasa dalam konteks analisis wacana.

9.6 Analisis Wacana

Istilah analisis wacana (discourse analysis) mula digunakan oleh Harris seorang

linguis Amerika dalam Journal Language yang bertajuk Discourse Analysis pada

tahun 1952 (Wong Khek Seng,1995:6). Sebelum itu, para linguis ulung yang

berpengaruh besar menyusun dan menganalisis bahasa menggunakan contoh-

contoh ayat yang direka-reka untuk menguji keberkesanan teori mereka pada masa

itu. Dengan kata lain, mereka menelaah bahasa berdasarkan struktur bahasa

semata-mata tanpa melihat konteks penggunaan bahasa yang sebenar seperti

hubungan bahasa dengan masyarakat dan budaya. Pendekatan ini telah

menyebabkan ketidakpuasan hati Harris terhadap perkembangan tersebut.

Penulisan beliau telah memberi impak perubahan yang besar dalam penganalisisan

bahasa, khususnya analisis wacana.

Akhirnya, bahasa mula dilihat secara keseluruhan, iaitu dalam konteks yang lebih

besar dari batas klausa atau ayat. Pengkajian bahasa berdasarkan kerangka analisis

wacana, khususnya kajian teks mula berkembang, dipelopori dan ditambah baik oleh

para linguis seperti Halliday dan Hassan (1976), Gutwinski (1976), Van Dijk (1977),

Coulthard (1977), Beaugrande dan Dressler (1981), Hoey (1983), Schiffrin (1987),

Mann dan Thompson (1988), Sanders dan rakan-rakan (1992), Taboada ( 2009 )

berdasarkan pendekatan atau model pegangan masing-masing.

Kajian tentang wacana sebenarnya dipelopori oleh Malinowski dan Firth dengan

menggunakan kaedah situasi dan teori keperihalan keadaan (Ahmad

Mahmood,1999:19). Aspek paralinguistik seperti pergerakan muka, gerak isyarat,

gerak tubuh, keadaan peserta atau individu yang hadir dan suasana persekitaran

mula dititikberatkan oleh Malinowski. Bahasa dalam konteks pragmatik mula dikaji

kerana interaktif dan konteks sangat berperanan dalam membantu pemahaman

114

Page 115: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

terhadap analisis wacana. Konteks ini, akhirnya menyebabkan hubungan saling

memahami antara pewacana, pendengar dan pembaca dalam peristiwa komunikasi

linguistik. Kenyataan ini diakui oleh Brown dan Yule (1983:1).

"The analysis of discourse, is necessarily, the analysis of language use. As such, it cannot be restricted to the description of linguistic forms independent of the purposes or functions which these forms are designed to serve in human affairs”.

Mereka mengatakan analisis wacana ialah analisis bahasa yang tidak dapat dibatasi

pada deskripsi bentuk bahasa yang tidak terikat pada tujuan atau fungsi dalam

urusan manusia semata-mata. Pandangan ini diperkukuhkan lagi oleh Schiffrin yang

mengatakan analisis wacana ialah pengkajian tentang fenomena penggunaan

bahasa yang sebenar dalam komunikasi (1994:391).

9.7 Ciri-ciri Wacana

Sebagai satuan bahasa yang tertinggi, lengkap dan kompleks, wacana harus ada

ciri-ciri tertentu yang memperlihatkan satu kesatuan yang utuh. Ciri yang perlu ada

dalam sesuatu wacana adalah unsur tekstur teks, iaitu tetenunan (tautan) dan

keteraturan9 fikiran (Beaugrande dan DressIer,1981: 3). Ini kerana proses

penghasilan teks adalah rakaman mental yang tersirat dalam pemikiran dijelmakan

dalam bentuk teks yang tersurat. Teks yang dihasilkan merangkumi idea-idea utama

dan disokong dengan hujah atau huraian secara terperinci. Kesinambungan idea

terdahulu, idea utama dan idea sampingan perlu digarap dengan teliti oleh pewacana

supaya dapat disampaikan dengan laras bahasa, gaya dan wacana yang teliti

(Canale,1982 dalam Khatijah,1996:870). Dengan kata lain, kesinambungan idea

yang logik itu merujuk kepada keteraturan fikiran (coherence) dan matlamatnya

berkaitan dengan proses pemahaman pendengar atau pembaca tentang teks.

Kedua-dua standard ketekstualan teks ini penting kerana teks sebahagian daripada

peristiwa komunikasi yang wujud secara timbal balik atau secara sehala antara

pewacana, pendengar dan pembaca. Oleh sebab itu, aspek komunikasi amat

115

Page 116: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

relevan dalam penelitian wacana dan salah satu teori wacana yang relevan dengan

teori komunikasi ialah yang dikemukakan oleh Gee. Menurut Gee (2005:26), wacana

dapat dibezakan kepada dua jenis. Yang pertama, penggunaan bahasa yang

digunakan pada tempatnya untuk menerangkan kegiatan dan pandangan atas dasar-

dasar linguistik. Kedua, wacana ialah rangkaian unsur linguistik dan bukan linguistik

untuk menerangkan tentang kegiatan dan pandangan (proses sosial). Unsur bukan

linguistik merangkumi kepentingan ideologi, politik, ekonomi, kekuasaan dan

sebagainya. Komponen inilah yang membezakan cara berinteraksi, berperasaan,

kepercayaan selain dapat dilakukan penilaian terhadap seorang pewacana dengan

pewacana yang lain. Setiap peristiwa komunikasi mempunyai matlamat dan

kepentingan. Faktor inilah yang mempengaruhi pewacana dalam penghasilan

pelbagai jenis wacana berdasarkan fungsi bahasa.

Fungsi bahasa sebagai wahana komunikasi yang berkesan dalam konteks wacana

teks adalah berkaitan dengan kewujudan keteraturan fikiran . Seperti penjelasan

Beaugrande dan Dressler (1981:84), keteraturan fikiran merujuk kepada pertalian

semantik yang dikaitkan dengan konteks untuk mendapatkan makna sebenar atau

secara ringkasnya ”continuity of sense”. Walaupun begitu, keteraturan fikiran

(koheren) masih lagi dikaitkan dengan struktur nahu dan hubungannya dengan

makna. Struktur nahu dalam konteks ini merujuk kepada klausa yang berhubungan

antara satu sama lain, struktur ayat, pemilihan kata, penanda wacana, konjungsi dan

intonasi. Manakala hubungan makna merujuk kepada kesatuan teks yang utuh

dalam peristiwa bahasa Tarigan (1987:27).

Menurut Wong (1993:307), keteraturan fikiran memperlihatkan fikiran logikal dalam

wacana. Oleh itu, keteraturan fikiran merujuk kepada hubungan logikal antara ayat

sehingga melahirkan susunan fikiran yang logik dan bermakna. Dengan perkataan

lain, sesuatu wacana itu boleh disusun menurut waktu, tempat, keutamaan , sebab

dan akibat. Ini bererti, bahawa ayat-ayat yang terlibat dalam wacana mesti

memperlihatkan kesatuan dalam hubungan waktu, tempat dan sebagainya. Ayat-

ayat dalam contoh berikut memperlihatkan kesatuan hubungan sebab-akibat:

116

Page 117: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

(1) Pagi itu sejuk benar. Semalam-malaman hujan lebat,....

(Salina,1987:25)

Perkataan sejuk dalam ayat [pagi itu sejuk benar] merupakan akibat yang

disebabkan oleh hujan lebat dalam ayat semalam-malaman hujan,.... Oleh itu, ayat-

ayat di atas memasuki satu wacana.

(2) i. Pagi itu sejuk benar.ii. Kebakaran berlaku malam tadi

iii. Petani menanam padi di sawah

Ayat (2) (i),(ii),(iii) tidak berhubungan antara satu sama lain dari sudut waktu, sebab-

akibat dan sebagainya jika dideretkan begitu sahaja tanpa maksud. Berdasarkan

contoh-contoh ayat di atas ditunjukkan bahawa wacana memerlukan pengelolaan

jalan fikiran yang betul dan ciri ini sangat penting untuk menentukan makna ayat-ayat

tersebut.

Ada pelbagai cara untuk mewujudkan tetenunan dalam sesuatu wacana. Yang paling

jelas ialah penggantian, pengulangan, parafrasa dan perspektif tugas ayat.

9.7.1 Penggantian

Penggantian adalah secara yang digunakan supaya sesuatu perkataan atau rangkai

kata itu, tidak diulang-ulang untuk menghindari kebosanan. Penggantian ini dikenali

sebagai endofora dan katafora. Perhatikan contoh penggantian katafora di bawah.

(3) Sistem Dokuchair ini seterusnya diubah dan diperbaiki lagi oleh penutut-penuntutnya, iaitu Sibertzev dan Glinka.

Dalam contoh di atas kata penuntut-penuntutnya mengantikan Sibertzev dan

Glinka secara ke hadapan. Dengan itu, penuntut-penuntutnya adalah penggantian

katafora. Manakala penggantian endofora boleh dalam bentuk ganti. Bentuk ganti

tersebut boleh terdiri daripada:

(i) ganti nama diri: ia, ianya, nya, mereka

117

Page 118: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

(ii) ganti nama penunjuk: ini, itu

(iii) pengganti am: tersebut.

(iv) ganti adverba (adverba anafora cara, adverba anafora sebab.(Lihat Nahu

Melayu Mutakhir, 2009:358).

9.7.2 Parafrasa

Parafrasa mempunyai identiti seperti yang berikut; maksudnya, jelasnya, yakni,

dalam perkataan lain, dengan perkataan lain, dalam lain perkataan, misalnya:

(4) Kelas merupakan kelompok sosial yang paling aktif dalam masyarakat. Dalam lain perkataan, kelas adalah penggerak sejarah.

9.7.3 Pengulangan

Pengulangan terdiri daripada dua jenis, iaitu pengulangan seluruh dan pengulangan

sebahagian.

Pengulangan seluruh

(5) Edaran hidup ini mungkin melibatkan metamorfosis lengkap ataupun tidak. Serangga yang mengalami metamorfosis lengkap contohnya kupu-kupu, rama-rama, lalat, nyamuk dan lebah.

Pengulangan sebahagian

(6).... di dalam tubuh dan lama-kelamaan orang itu akan menjadi gemuk. Kegemukan yang berlebihan akan menyebabkan seseorang itu diserang sakit jantung.

Berdasarkan petikan di atas, pengulangan adalah sebahagian sahaja dan yang

diulang itu adalah idea yang tersirat yang secara lahir boleh dilihat dalam perkatan

gemuk menjadi perkataan kegemukan.

Ciri yang berikutnya menurut Asmah (1980a:11), wacana mestilah mempunyai

tujuan, dan tujuan itulah yang menentukan penggunaan bahasa. Penggunaan ini

dinamakan selenggaraan (perfomatives), seperti pertanyaan atau suruhan, masing-

masing terdiri daripada pelbagai jenis. Jika tujuan wacana ialah untuk memperoleh

keterangan maka pengwujudan selenggarannya boleh terdiri daripada ayat tanya.

Jika tujuannya untuk memberikan keterangan, maka ayat penyata akan digunakan.

118

Page 119: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

Demikian juga, jika tujuannya untuk menyempurnakan sesuatu perbuatan, maka

ayatnya barangkali ayat suruhan.

9.7.4 Memperoleh keterangan

Sekiranya pewacana ingin memperoleh keterangan ataupun maklumat perfomatives,

ayat berikut sesuai digunakan.

(6) Siapakah Pengarah IPGK Pendidikan Teknik Bandar Enstek?

9.7.5 Memberi Keterangan

Ayat yang sesuai sekiranya pewacana ingin memberi keterangan kepada pendengar

ataupun pembaca adalah seperti yang berikut:

(7) Profesor Dato’ Dr. Hajah Asmah Haji Omar adalah seorang pakar nahu bahasa Melayu dan tokoh perancangan bahasa. Beliau adalah bekas profesor di Universiti Malaya.

Ciri lain yang harus ada dalam sesuatu wacana adalah susunan maklumat. Susunan

maklumat ini merujuk kepada susunan maklumat lama dan baharu. Perhatikan

contoh ayat di bawah.

(8) Rumah itu rumah batu. Rumah itu dibuat daripada batu merah.

Selain itu, sesuatu wacana tidak boleh memperlihatkan pertentangan maklumat yang

bertentangan dengan jalan akaliah atau kepalsuan akaliah, misalnya maklumat yang

terdapat dalam ayat (9).

(9) Rumah batu itu dibuat daripada kayu dan tanah liat.

Berdasarkan huraian ini jelas bahawa yang berkesan dalam sesuatu wacana adalah

penambahan maklumat baharu kepada pendengar atau pembaca. Dengan kata lain,

setiap maklumat yang dinyatakan dalam sesuatu wacana perlu ditokok dengan

maklumat baharu. Istilah yang digunakan Asmah (1980a:13) adalah tema dan rima

(theme and rhyme). Menurut Sanat (1995:485), Jika tema dalam struktur tema

119

Page 120: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

menunjukkan penegasan. Jika tema dalam struktur tema menunjukkan penegasan

pengguna, maklumat baharu dalam struktur maklumat menggambarkan penegasan

oleh penutur kepada pendengar. Dalam pengertian ini juga dilihat bahawa susunan

maklumat antara ayat-ayat dapat menunjukkan isi penting dalam wacana.

Perhatikan contoh lain tema dan rima dalam ayat.

(10)Raja Abdullah dari Arab Saudi melawat Malaysia selama dua

hari

Raja Abdullah dari Arab Saudi adalah maklumat lama yang sedia diketahui

pembaca dan pendengar manakala melawat Malaysia selama dua hari adalah

maklumat baharu yang ingin disampaikan kepada pendengar atau pembaca.

Selain ciri-ciri di atas, unsur konteks situasi pertuturan juga sangat penting dalam

sesuatu wacana kerana keberkesanan maklumat yang ingin disampaikan oleh

penutur atau penulis. Semasa proses menyampaikan maklumat atau sesuatu fikiran,

pihak penyampai maklumat perlu menyampaikannya dengan cara yang paling

berkesan supaya penerima maklumat mengetahui dan berupaya mentafsir maksud

sebenar penutur.

Menurut Sato (1991:28) maksud penutur itu bukan sahaja dari aspek struktur ayat

tetapi juga dari aspek konteks situasi pertuturan. Oleh itu, Konteks situasi pertuturan

ini sebenarnya bergantung kepada maklumat yang dimiliki bersama. Menurut Asmah

(1980a:12), jika besar maklumat yang dimiliki bersama, maka wacana yang berlaku

antara kedua-duanya lebih pendek berbanding dengan maklumat yang tidak besar.

9.8 Kepentingan Wacana

Penanda wacana ialah perkataan atau rangkaian perkataan yang berfungsi untuk

menghubungkan sesuatu idea, hujah dan pandangan seseorang semasa menulis

atau berucap dan sangat penting dalam sesuatu teks kerana penanda wacana

dapat mewujudkan pertautan serta kesinambungan antara sebahagian teks dengan

yang lain sehingga terbentuk satu kesatuan.

Dalam lain perkataan, penanda wacana ini digunakan untuk:

120

Page 121: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

i) menyambung ayat dengan ayat;

ii) menghubungkan perenggan dengan perenggan yang lain; dan

iii) melahirkan ayat-ayat dan perenggan yang berkesinambungan,

gramatis dan bermakna.

Raminah Sabran (1985:221) telah membincangkan tentang fungsi penanda wacana

dengan terperinci manakala Nik Safiah Karim (2009) ada menyebut tentang fungsi

penanda wacana. Menurut mereka ini, dalam bahasa Melayu, terdapat lima jenis

utama penanda wacana seperti yang berikut:

i) Penanda Penghubung;

ii) Penanda rujukan;

iii) Penanda penggantian;

iv) Penanda leksikal; dan

v) Penanda elipsis atau pengguguran.

Bagi meningkatkan mutu penulisan, penulis seharusnya tahu menggunakan wacana

yang sesuai dan juga perlu tahu akan fungsi wacana yang digunakan. Terdapat

empat fungsi utama penanda wacana, iaitu:

a) Penghubung tambahan;

b) Penghubung tentangan atau sebaliknya;

c) Penghubung musabab atau sebab; dan

d) Penghubung tempoh masa atau ketika.

Menunjukkan maksud penghubung tambahan

Menurut Kamus Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, penghubung tambahan merupakan

penghubung yang memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang

telah diperkatakan sebelumnya. Antara penanda wacana yang terdapat di dalam

jenis ini ialah seperti dan, lalu, malahan, tambahan pula, lebih-lebih lagi, di samping

itu dan lain-lain lagi. Contoh ayat yang boleh dibina adalah seperti yang berikut:

121

Page 122: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

(12)Tugas sebagai seorang guru di kawasan pedalaman benar-benar mencabar dan memberi pengalaman baru kepadanya kerana sebelum ini dia merupakan seorang anak orang berada yang tinggal di bandar besar. Malahan dia juga berpeluang beramah-mesra dengan penduduk-penduduk termasuklah petani dan penternak dalam mengenali mereka dengan lebih rapat lagi.

(13)Pendidik haruslah berusaha membimbing pelajarnya melakukan pelbagai aktiviti kokurikulum secara teori mahupun praktikal. Di samping itu, isi pelajaran yang hendak disampaikan mestilah menarik minat pelajar.

Menunjukkan maksud sebaliknya atau penghubung tentangan.

Menurut Nik Safiah Karim (2009), penghubung tentangan ialah penghubung yang

menunjukkan pertentangan maklumat antara suatu yang baru diperkatakan dengan

yang sebelumnya dalam wacana yang sama. Antara penanda wacana yang sering

dan boleh digunakan oleh pelajar dalam menulis karangan ialah seperti tetapi,

sebaliknya, namun, namun begitu, walau bagaimanapun dan lain-lain lagi. Contoh

ayat yang menggunakan wacana ini adalah seperti yang berikut:

(14)Kassim telah lama berpindah ke Semenanjung. Namun hati kecilnya masih teringat akan negeri di bawah bayu itu.

(15)Ani dan Razak adalah anak angkat Pak Hamid yang dipelihara sejak kecil lagi. Walau bagaimanapun, mereka berdua menganggap Pak Hamid seperti bapa kandung mereka sendiri.

Menunjukkan maksud sebab atau penghubung musabab.

Pelajar juga boleh menggunakan wacana yang sesuai bagi menunjukkan sebab

berlakunya sesuatu perkara atau peristiwa. Apabila penanda wacana ini digunakan,

jalan cerita akan menjadi lebih gramatis dan menarik dan menunjukkan kematangan

pelajar dalam memilih kata-kata yang sesuai di dalam penulisan. Antara penanda

wacana menunjukkan sebab ini ialah seperti kerana, oleh sebab itu, oleh itu, oleh

hal demikian, dengan itu, maka itu dan lain-lain lagi. Pendapat di atas telah disokong

oleh Siti Hajar binti Abd Aziz dalam bukunya Bahasa Melayu II terbitan Oxford Fajar

(2009). Contoh ayat yang dapat ditunjukkan dalam bahagian ini adalah seperti di

bawah:

(16) Kejadian pecah rumah sering berlaku di kawasan taman perumahan di pinggir bandar. Sikap penduduk yang tidak memberikan kerjasama dan tidak mempunyai semangat kejiranan

122

Page 123: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

menjadikan masalah ini sukar dibendung. Oleh hal demikian, pihak berkuasa telah mengarahkan ahli Rukun Tetangga menjalankan kerja-kerja rondaan dengan lebih kerap.

(17)Keadaan hidup keluarganya amat daif. Maka itu dia terpaksa bekerja lebih keras untuk membawa keluarganya keluar daripada kepompong kemiskinan.

Menunjukkan Maksud Ketika atau Penghubung Tempoh

Mengikut Raihana Hamdan, Aina Rosli, Amin Nur Aiman dan Salina Hussin (2007),

dalam buku Bahasa Melayu UPSR Teks dan Rujukan Lengkap turut mengatakan

bahawa fungsi wacana adalah merujuk kepada maksud ketika atau penghubung

tempoh, iaitu penghubung yang menunjukkan urutan masa atau siri berlakunya

sesuatu peristiwa atau kejadian. Antara penanda wacana yang terdapat di dalam

jenis ini ialah seperti pertama, seterusnya, kemudian, selanjutnya, selepas itu, maka

dan akhirnya. Antara contoh ayat yang dapat dibina dalam wacana jenis ini ialah

seperti:

(18) Pertama, ibu saya sakit. Kedua, kereta saya rosak dan ketiga,hujan lebat ketika itu. Itulah antara sebab-sebab saya tidak dapat hadir mesyuarat petang semalam.

(19) Sebaik sahaja rombongan kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang, kami dibawa ke balai menunggu. Sejurus selepas itu, kami diberi taklimat ringkas oleh ketua rombongan. Semua ahli rombongan mendengar penerangan yang disampaikan dengan penuh minat. Selepas itu, kami diarahkan membawa bagasi ke tempat pemeriksaan.

Setelah diteliti kepentingan wacana yang telah dinyatakan di atas, jelaslah kepada

kita bahawa fungsi-fungsi wacana ini sebenarnya mempunyai makna yang berbeza

antara satu wacana dengan wacana yang lain mengikut kategori yang telah

ditetapkan.

Latihan 1

123

Page 124: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

Latihan 2

Huraikan perbezaan secara terperinci wacana lisan dan wacana tulisan.

Berikan pandangan anda tentang kepentingan wacana dalam konteks

bahasa sebagai peristiwa komunikasi

BIBLIOGRAFI

Ahmad Mahmood Musanif.1999. Analisis Wacana: Pendekatan dan Aplikasi.dalam Monograf Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu, Bilangan 2,11-18.Universiti Putra Malaysia.

Ahmad Mahmood. (2001). Teori Linguistik: Serdang: Penerbitan Sarjana.

Asmah Haji Omar .(2006).Panduan Wacana Akademik Teori dan Penerapan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar.(1980a). Analis Wacana. Dewan Bahasa Mac 24(3).11- 25. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar.(2005). Bahasa Malaysia Saintifik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar.(2009). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Beaugrande dan Dressler.(1981).Introduction to Text Linguistic. London: Longman.

Brown dan Yule. (1983). Analisis Wacana. (terjemahan) Soetikno).Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama.

Brown dan Yule.(1983). Discourse Analysis. Cambridge: Cambridge University Press.

Fatimah Dj Idat.(1994). Wacana Pemahaman dan Hubungan Antarunsur. Bandung : Penerbit PT Eresco.

Halliday dan Hassan. (1976).Cohesion In English. London: Longman.

Halliday dan Hassan. (1992). Bahasa, Konteks dan Teks: Aspek-aspek Bahasa dalam Pandangan Semiotik Sosial. Terjemahan. Asruddin Barori Tou. Gadjah Mada Universiti Press: Yogyakarta.

124

Page 125: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

Hasuria Omar. (1998). Wacana dan Maknanya dalam Terjemahan. Jurnal Dewan Bahasa 42(3):204-222.

Idris Aman. (2006). Bahasa dan Kepimpinan Analisis Wacana Mahathir Mohamad. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Idris Aman. (2009). Analisis Wacana. Bangi:Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kahtijah Abd Hamid. (1997). Analisis Kohesi dan Koheren dalam Karangan Bahasa Melayu Pelajar Tingkatan Empat di Sebuah Sekolah Menengah. Tesis Phd. Universiti Malaya.

Khatijah Abd. Hamid. (1996). Wacana dalam Teks Penulisan: Satu Tinjauan tentang Pertautan Berdasarkan Analisis Kohesi dan Koheren. Jurnal Dewan Bahasa 40(10):868-880.

Raminah Sabran.(1987). Kajian Bahasa. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Sato Hirobumi @ Rahmat Abdullah. (2002).Analis Wacana Bahasa Melayu Klasik Berdasarkan Teks Hikayat Tuah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sato Hirobumi.(1991). Analis Wacana Bahasa Melayu Klasik Berdasarkan Teks Hikayat Tuah Tesis Ph.d. Universiti Malaya.

Schiffrin Deborah.(1994). Approaches to Discourse. USA: Blackwell Publisher.

Stubbs Michael. (1983). Discourse Analysis The Sociolinguistic Analysis of Natural Language.Oxford: Basil Blackwell.

Sutrisno Hadi.(1968). Metodology Research. Jilid 1. Yogyakarta: Gadjah Mada.

Van Dijk.(1985b(2). Dimensions of Discourse dalam Handbook of Discourse Analysis. London:Academic Press. 103-133.

Wong Khek Seng.(1993). Pautan dan Pembinaan Teks dalam Bahasa Melayu: Satu Tinjauan Awal. Jurnal Dewan Bahasa 37(4):306-314. Pustaka.

Wong Khek Seng.(1995). Kesinambungan Topik dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

125

Page 126: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

10.1 SINOPSIS

Tajuk 10 menjelaskan tentang prosedur pengurusan majlis dalam sesebuah

organisasi sama ada kerajaan atau swasta. Pengurusan dan pelaksanaan majlis

dengan sempurna bukan sahaja dapat mencapai matlamat dan

objektifnya,mengelakkan pembaziran masa, kos, dan tenaga. Hal ini turut memberi

gambaran positif terhadap organisasi, penganjur, dan individu yang terlibat.

10.2 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya memperoleh pengetahuan dan kemahiran

asas dalam pengurusan majlis dan asas protokol majlis, mempelajari teori dan amali

mengurus majlis serta kemahiran protokol, dan dapat mengendalikan majlis rasmi di

sekolah.

10.3 KERANGKA TAJUK

126

TAJUK 10 PENGURUSAN MAJLIS RASMI DAN PROTOKOL

Page 127: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

10.4 Definisi dan Konsep

Apakah definisi pengurusan majlis?

Sesuatu majlis, upacara, keramaian, perjumpaan yang diadakan di sekolah atau

pejabat dengan diperakukan oleh kerajaan, jabatan atau organisasi. Majlis ini

dijalankan dengan lancer, elok, bersih dan tersusun dari segi tugas, susun atur,

program, pertuturan dan sebagainya.

10.5 Mengapakah Kemahiran Pengurusan Majlis penting?

Kegagalan mengendalikan majlis menggambarkan ketidaktelitian pihak penganjur menyelaras dan mengurus majlis.

Kesannya akan menjatuhkan imej pihak penganjur dan menggambarkan seolah-olah pengajur tidak mementingkan aspek kualiti dalam pengurusan.

Bergantung kepada corak dan jenis majlis.

127

Pengurusan Majlis dan Protokol

Definisi dan konsep

Pentadbiran atur cara, protokol

dan pengacaraan

Pentadbiran Atur Cara Protokol Pengacaraan

Page 128: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

10.6 Jenis Majlis Rasmi

Majlis Penuh IstiadatIstiadat pertabalan, penganugerahan darjah kebesaran, menyampaikan surat tauliah, dan mengangkat sumpah oleh menteri

Majlis Rasmi dan FormalMajlis jamuan makan malam yang diberi oleh Perdana Menteri untuk seseorang ketua negara asing.

Majlis Rasmi tetapi Tidak FormalMajlis yang tidak banyak mematuhi protokol seperti jamuan the sempena hari kebangsaan

Majlis Tidak Rasmi tetapi FormalDianjurkan oleh pihak swasta yang memerlukan protocol seperti perasmian sesebuah bangunan oleh Perdana Menteri atau Menteri

Majlis Tidak Rasmi dan Tidak FormalSeperti hari keluarga sesebuah agensi kerajaan atau swasta

Langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengendalikan majlis rasmi

Menubuhkan jawatankuasa Mengendalikan mesyuarat Menentukan tetamu khas Menyediakan teks ucapan dan kata alu-aluan Menyediakan buku cenderamata Menentukan atur cara Menentukan pakaian Menentukan persiapan dewan Menentukan atur cara pentadbiran Menentukakan format jemputan Menentukan menu jamuan Menentukan susunan tempat duduk Menentukan juruacara Menentukan penyambut tetamu Menentukan raptai Menentukan perancangan alternatif Menentukan disiplin Menentukan seranta Menentukan kewangan Mengendalikan mesyuarat “post mortem” Menyediakan laporan

128

Page 129: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

Apakah definisi protokol?

10.7 Protokol

Berasal daripada perkataan Yunani Cantuman dua kata dasar : Protos-Yang Pertama, Kolla-Pelekat Protokol –Pelekat yang pertama, iaitu satu tanda taraf atau status

10.7.1 Takrif Protokol

Tatacara atau tatatertib dalam istiadat rasmi (pegawai kerajaan) Peraturan-peraturan dan istiadat rasmi seperti penyambutan tetamu dan lain-

lain. Peraturan upacara di istana ketua negara atau berkenaan dengan

penyambutan tetamu negara dan sebagainya. Sistem upacara tentang peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan

tingkah laku oleh wakil-wakil

Protokol masa ini membawa erti peraturan-peraturan yang telah diterima oleh semua pihak sama ada dalam amalan

hubungan antarabangsa, hubungan harian dalam masyarakatatau dalam pelbagai istiadat atau majlis rasmi dan bukan rasmi.

129

Page 130: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

Protokol sebagai Imej

Imej seseorang Pegawai Perkhidmatan Awam dibentuk dari cara pegawai itu mengurus dirinya dari segi pakaian, cara menyimpan rambut dan misai. Bagi sesetengah pegawai cara bertutur, gerak geri, sopan santun dan budi bahasa serta kesihatan diri.

Kepatuhan terhadap peraturan dan etika rasmi.

Kepentingan Pengetahuan tentang Protokol

Pengetahuan tentang protokol boleh membawa kepada suatu tahap hidup yang sempurna dalam sesuatu kelompok keluarga.

Seseorang itu tidak boleh hidup bersendiri. Dia perlu hidup dalam masyarakat dan perlu mengikut amalan masyarakat itu supaya tidak dipencilkan.

Dalam masyarakat ketertiban dan kesopanan amatlah penting kerana itulah cermin keperibadian seseorang yang menjadi pengukur sama ada dia diterima dalam masyarakat berkenaan.

Dalam majlis, dia dapat menyesuaikan diri jika dia tahu protocol sama ada dari segi pergaulan, perbualan, tingkah laku, pakaian, dan sebagainya.

Protokol penting bagi pengendalian sesuatu majlis untuk menjamin kelicinan perjalanannya.

Amalan protokol dalam sesuatu majlis bertujuan menetapkan penghormatan yang diberikan kepada seseorang tetamu kehormat dan para jemputan, di samping menetapkan peraturan yang perlu diikuti dan dipatuhi oleh penganjur sesuatu majlis. Kesempurnaan majlis yang dianjurkan akan mencerminkan atau melambangkan kreativiti, kredibiliti, dan keupayaan sesebuah agensi tersebut menganjurkan sesuatu majlis.

130

Page 131: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

10.8 Atur Cara Pentadbiran

Dalam melaksanakan sesuatu majlis, jawatankuasa adalah penting. Jawatankuasa

yang ditubuhkan bertanggung jawab dalam pengendalian dan perjalanan sesuatu

majlis. Jawatankuasa majlis serta urusetianya perlu menjamin kelicinan pentadbiran

majlis. Oleh yang demikian jawatankuasa penganjuran majlis perlu menyediakan atur

cara pentadbiran majlis.

Atur cara pentadbiran ialah atur cara majlis yang ditulis secara terperinci untuk

sesuatu majlis rasmi. Antara matlamat atur cara pentadbiran ialah untuk dijadikan

panduan oleh pegawai yang mengendalikan program; untuk panduan semua

pegawai yang terlibat; untuk menjamin majlis yang bakal dijalankan itu kelak akan

berjalan mengikut peraturan dan protokol yang sepatutnya; untuk mengawal masa;

untuk menjadi panduan pada masa akan datang; dan dijadikan sebagai bahan

rekod.

Dalam sesuatu atur cara pentadbiran terdapat tiga bahagian utama iaitu bahagian

masa atau tarikh; bahagian keterangan tentang urutan atur cara; dan bahagian

tindakan pihak-pihak yang berkaitan.

Contoh Atur Cara Pentadbiran:

PERTANDINGAN PANCARAGAM SEKOLAH

PERINGKAT KEBANGSAAN

131

Page 132: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

Susunan Atur Cara dan Tugasan

Tarikh dan Waktu

Perkara Tindakan

26 Ogos 2012

5.00 ptg

6.00 ptg

Tindakan sebelum untuk menetapkan tempat letak kenderaan dan bas.

Pelekat untuk bas / kenderaanPasukan / peserta / petugas bertolak dari sekolah masing-masingMemaklumkan tempat bersembahyang kepada peserta

Urus Setia / Sekolah berkenaan

5.30 ptg Pendaftaran semua pasukan untuk Letihan Penyesuaian Gelanggang

Jawatankuasa Teknik Pendaftaran

6.00 ptg a) Menandakan kawasan pertandinganb) Menandakan pentas / tempat duduk tetamuc) Menandakan khemah hakimd) Menandakan tempat penyampaian hadiahe) Tempat khemah pasukan-pasukanf) Khemah uruseria

Jawatankuasa Teknik Pendaftaran

Contoh 2

Masa Tempat Program Aktiviti Tindakan

7.45 pagi Bilik

Senat &

Bilik VIP

Persediaan ruang untuk tetamu jemputan dan VIP

Pastikan bilik VIP dan Bilik Senat dan keadan teknikal dalam keadaan baik

Pastikan ‘tagging’ telah lengkap

Pastikan tandas dalam keadaan bersih

Pastikan air mineral telah disediakan di

Cik Zie Fazleen Pn Liza & Pn. Ima En. Azhar

Cik Zie Fazleen & En. Basir

Pn. Marina & Pn. Liza

132

Page 133: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

dewan

Pastikan air mineral, teh dan kopi telah disediakan bilik VIP

8.30 pagi Bilik Senat Ketibaan

Jemputan:

- Pelajar- Jemputan

Luar- Ahli

Akademik- Ahli MKB- Ahli MPU

Penyambut tetamu menyambut dan menempatkan tetamu ditempat yang disediakan

Buku program diagihkan kepada tetamu

Wartawan

Liputan gambar

Pn. Liza & Pn. Ima

Pn. Salmah, Cik Atie & Cik Faidzah

En. Radzuan

En. Saliman

10.9 Pengacaraan Majlis

Pengacara majlis mempunyai peranan yang berbeza mengikut majlis. Orang yang memimpin sesuatu acara

formal atau tidak formal sebagai panduan kepadaaudiens apa yang berlaku dan bertindak seterusnya.

133

Page 134: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

Pengacaraan majlis merupakan satu kaedah pengendalian majlis mengikut tatacara

yang telah ditetapkan. Semasa menjalankan tugasnya, juruacara dibekalkan dengan

teks atur cara. Teks ini bukan disediakan oleh juruacara, sebaliknya disediakan oleh

satu jawatankuasa khas yang lain. Tugas pengacara sepatutnya mengacarakan

majlis berpandukan teks atur cara yang diberikan kepadanya.

Prinsip Asas Pengacara Majlis

Mengenali tetamu Berpengetahuan protokol Peramah Berani ke depan Sentiasa dalam keadaan tenang Cekap Pantas bergerak Bertanggungjawab

Panduan Asas Mengetahui jenis keraian Atur cara keraian Susunan tempat duduk Senarai dif-dif yang hadir Senarai orang kenamaan

Analisis Majlis Jangka masa majlis Saiz dewan

- Kemudahan yang sedia ada- Tujuan majlis- Tempat

Persediaan Awal Menerima tanggung jawab Tentukan jenis majlis Pastikan tempat majlis Tentukan jenis pakaian Menyediakan atau mempunyai teks Membuat latihan

Persediaan Semasa Majlis Buat semakan terakhir

134

Page 135: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

Pastikan tempat mengacara Pastikan mikrofon berfungsi Kawalan suara Tenangkan fikiran Kawalan emosi Mengenal tetamu dan perucap

Tatacara Mengacara Majlis Formal Membuka majlis Memperkenalkan perucap Mengulas atau merumus ucapan Menjaga protocol Mengawal suara Mengawal gemuruh Bertindak mengikut situasi

Aktiviti Kumpulan

Sekolah anda akan mengadakan Sambutan Hari Guru. Tubuhkan jawatankuasa dan sediakan acara pentadbiran untuk melancarkan perjalanan majlis tersebut.

BIBLIOGRAFI

Ab. Rahman Ab. Rashid & Yap Kim Fatt (1998). Bahasa Melayu Komunikasi, Petaling Jaya : Longman Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan (1997). Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu dan Esei-esei lain. Shah Alam : Fajar Bakti Sdn Bhd.

Abdullah Hassaan, Arifin Said, dan Ainon Mohd. (2007). Pantun dan Gurindam untuk Majlis Rasmi dan Perkahwinan. Batu Caves : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Md. Izuddin li, Zetty Zahureen Mohd Yusoff. (2005). Berucap dengan Yakin. Batu Caves : PTS Millennia Sdn. Bhd.

Mokhtar Mohd. Tohat. (2006). Protokol dan Etiket dalam Pengacaraan Majlis. Kuala Lumpur : INTAN.

135

Page 136: Modul Bmk2103m Kpli Kdc Interim Ipg Kampus Pendidikan Teknik

Mokhtar Haji Mohd. Tohar, Ahmad Fawzi M. Basri. (2003). Protokol di Malaysia : Tradisi dan Amalan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

136