persepsi guru pelatih j-qaf terhadap kaedah …€¦ · pelatih j-qaf terhadap kaedah pengajaran...

25
PERSEPSI GURU PELATIH J-QAF TERHADAP KAEDAH PENGAJARAN BAHASA ARAB: KAJIAN DI INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR BAHRU SITI NURCHASANAH BINTI MASTOR MUSTAFA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 16-Oct-2019

83 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PERSEPSI GURU PELATIH J-QAF TERHADAP KAEDAH PENGAJARAN

BAHASA ARAB: KAJIAN DI INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG

IBRAHIM JOHOR BAHRU

SITI NURCHASANAH BINTI MASTOR MUSTAFA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI GURU PELATIH J-QAF TERHADAP KAEDAH PENGAJARAN

BAHASA ARAB: KAJIAN DI INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG

IBRAHIM JOHOR BAHRU

SITI NURCHASANAH BINTI MASTOR MUSTAFA

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL, 2010

iii

DEDIKASI

Maha Suci Allah dan segala pujian hanya untukNya, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih, Selawat dan Salam Buat Junjungan Mulia,

Nabi Muhammad s.a.w.

Ayahanda dan bonda yang tercinta Mastor Mustafa bin Husseai dan Khalijah binti Sarwan

Kaulah segalanya buat diri anakanda Kasihmu, segala doronganmu, sokonganmu dan pengorbananmu dari kecil hingga

kini Tidak mungkin anakanda terbalas

Terima kasih tidak terhingga kerana mendidik anakanda tentang kehidupan

Kekanda, Kakanda dan Adinda yang tersayang Mohd Aminuddin, Lukmanul Hakim, Bakhtiyar Rifa'i, Mohd Nurfauzi,

Siti Mahmudah, Masrifah, Siti Nurjannah, Ummi Salamah dan Solihati

Kasihmu dan gelak tawamu penawar duka Pemberi semangat menuju citaku

Dapatku tempuh onak liku Terima kasih adindaku

Guru-guru, Pensyarah dan Pendidik yang dihormati Ilmu yang dicurah tidak terhingga

Umpama air di lautan Hanya sekalung budi tersemat di jiwa

Sahabat-sahabat yang dikasihi Kehadiran kalian menemani daku

Mengenal erti persahabatan, erti kehidupan Sentiasa disisi suka dan duka

Semoga ukhuwah terbina kekal selamanya

Terima Kasih atas Segalanya...

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ucapan

selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w dan bagi keluarga dan

sahabat Baginda. Alhamdulillah, berkat inayahNya dapatlah saya menyiapkan dengan

jayanya penulisan Projek Sarjana Muda (PSM) ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Penyelia Utama

saya, Ustaz Abdul Basit bin Abd Samat @ Darawi yang tidak jemu-jemu dan banyak

memberikan tunjuk ajar serta dorongan dari awal hinggalah tesis ini selesai. Saya juga

berterima kasih kepada barisan pensyarah di Fakulti Tamadun Islam (FTI) kerana

sokongan dan dorongan yang diberi kepada saya secara langsung mahupun tidak

langsung ketika dalam proses penyiapan tesis ini. Keprihatinan yang ditunjukkan telah

menguatkan semangat saya untuk berusaha hingga tesis ini berjaya disiapkan.

Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan

Malaysia, khususnya Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,

Jabatan Pelajaran Johor, Institut Perguruan Tun Hussein Onn Batu Pahat dan Institut

Perguruan Temenggong Ibrahim Johor Bahru. Saya merakamkan ucapan terima kasih

kerana memberi kebenaran, kerjasama dan sokongan untuk menjalankan kajian terhadap

responden. Saya juga amat menghargai sokongan dan bantuan daripada guru-guru

pelatih j-QAF di Institut Perguruan Temenggong Ibrahim Johor Bahru di atas

kesungguhan memberikan kerjasama dalam menyempurnakan kajian yang dijalankan.

Untuk keluarga tercinta, khususnya emak Khalijah binti Sarwan, ayah Mastor

Mustafa bin Husseai, abang-abang, kakak-kakak dan adik-adik yang disayangi, saya

menyanjung tinggi segala inspirasi, sokongan, pengorbanan dan doa yang dipohonkan.

Kepahitan dan keperitan yang dialami dalam tempoh yang agak panjang meneruja

‘keterbiasaan’ dengan kesusahan dan kesulitan yang akhirnya redha dan syukur atas

segalanya.

v

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan bertujuan mengetahui persepsi guru pelatih j-QAF terhadap

kaedah pengajaran bahasa Arab, kajian di Institut Perguruan Temenggong Ibrahim,

Johor Bahru. Seramai 62 orang responden terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada

guru-guru pelatih j-QAF di Institut Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru.

Borang soal selidik ini mengandungi 50 soalan berdasarkan objektif kajian iaitu dari

aspek persepsi guru pelatih j-QAF terhadap kaedah pengajaran Bahasa Arab di sekolah-

sekolah rendah yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, persepsi guru

pelatih j-QAF terhadap kaedah pengajaran Bahasa Arab yang menjadi kebiasaan

penggunaannya di kalangan guru pelatih j-QAF dan persepsi guru pelatih j-QAF

terhadap faktor utama yang mempengaruhi penggunaan kaedah pengajaran Bahasa Arab

di kalangan guru pelatih j-QAF. Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian ialah α =

0.946. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan Statistical Packages for the

Social Sciences for windows version 14.0 (SPSS) dan dipersembahkan secara deskriptif

menggunakan kaedah kekerapan, peratusan dan min. Secara keseluruhan, hasil kajian

menunjukkan bahawa aspek persepsi guru pelatih j-QAF terhadap faktor utama yang

mempengaruhi penggunaan kaedah pengajaran Bahasa Arab di kalangan guru pelatih j-

QAF berada pada tahap tinggi iaitu pada nilai min 4.38 diikuti dengan aspek persepsi

guru pelatih j-QAF terhadap kaedah pengajaran Bahasa Arab di sekolah-sekolah rendah

yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan persepsi guru pelatih j-QAF

terhadap kaedah pengajaran Bahasa Arab yang menjadi kebiasaan penggunaannya di

kalangan guru pelatih j-QAF yang mempunyai persamaan nilai min iaitu 4.12.

vi

ABSTRACT

The main purpose of this study is to identify the j-QAF training teacher’s

perception towards the teaching method of Arabic language, research at Institute

Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. A total of sixty two respondents from

Institut Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru j-QAF training teacher’s were

involved in this study. The questionnaire contains of 50 items including three objectives

that are the j-QAF training teacher’s perception towards the teaching method of Arabic

language at primary school which suggested of Kementerian Pelajaran Malaysia, the j-

QAF training teacher’s perception towards the teaching method of Arabic language

habituated by the j-QAF training teacher and the j-QAF training teacher’s perception

towards the main factor which influence application of the teaching method of Arabic

language by the j-QAF training teacher. The reliability value of the research instrument

of this study is α = 0.946. The data obtained from the study has been analyzed using

statistical packages for the social sciences (SPSS) 14.0 for windows and presented in a

descriptive manner using frequency, percentage and mean methods. Overall, the results

of this study shows that the j-QAF training teacher’s perception towards the main factor

which influence application of the teaching method of Arabic language by the j-QAF

training teacher’s is on a high level value with the mean of 4.38, followed by the j-QAF

training teacher’s perception towards the teaching method of Arabic language at primary

school provided of Kementerian Pelajaran Malaysia, the j-QAF training teacher’s

perception towards the teaching method of Arabic language commonly used by the j-

QAF training teacher’s aspect which have same mean that are 4.12.

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Batasan Kajian 9

1.8 Definisi Istilah/ 9

1.8.1 Persepsi 10

1.8.2 Guru pelatih j-QAF 10

1.8.3 Kaedah 11

1.8.4 Pengajaran 11

viii

1.8.5 j-QAF (jawi, al-Quran, Bahasa

Arab, Fardhu Ain) 12

1.8.6 Jawi 12

1.8.7 al-Quran 12

1.8.8 Bahasa Arab 13

1.8.9 Fardhu Ain 14

1.9 Penutup 14

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Kajian Lepas 15

2.3 Konsep Pengajaran 18

2.4 Latar Belakang j-QAF 19

2.5 Konsep Program j-QAF 20

2.6 Objektif Program j-QAF 20

2.7 Model-model Program j-QAF 21

2.8 Panduan Perlaksanaan Bahasa

Arab Komunikasi 22

2.8.1 Takrif 22

2.8.2 Matlamat 22

2.8.3 Objektif 22

2.8.4 Kumpulan Sasar 23

2.8.5 Strategi Perlaksanaan 23

2.8.6 Kaedah Pengajaran Pembelajaran 24

2.8.7 Penilaian 24

2.9 Latar Belakang Bahasa Arab 25

2.10 Sejarah Perkembangan Pengajaran

Bahasa Arab di Malaysia 27

2.11 Faktor-faktor yang Mempengaruhi

Penerapan Kaedah Pengajaran Bahasa Arab 30

2.12 Penutup 35

ix

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 36

3.2 Reka Bentuk Kajian 36

3.3 Tempat Kajian 37

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 38

3.5 Instrumen Kajian 38

3.5.1 Pengumpulan Data 39

3.5.1.1 Soal Selidik 39

3.5.2 Pengumpulan Data

Sekunder 41

3.6 Prosedur kajian 42

3.6.1 Kajian Rintis 42

3.7 Analisis Data 43

3.8 Penutup 43

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 44

4.2 Analisis Bahagian A : Demografi 45

4.3 Analisis Bahagian B 47

4.3.1 Mengenalpasti persepsi guru pelatih

j-QAF terhadap kaedah pengajaran

Bahasa Arab di Institut Perguruan

Temenggong Ibrahim yang disarankan

oleh Kementerian Pelajaran Malaysia 48

4.3.2 Mengenalpasti kaedah pengajaran

Bahasa Arab yang biasa digunakan

oleh guru pelatih j-QAF. 54

4.3.3 Mengenalpasti faktor utama yang

mempegaruhi penggunaan kaedah

pengajaran Bahasa Arab di kalangan

guru pelatih j-QAF. 72

4.4 Purata Min Keseluruhan Persepsi Guru Pelatih

J-Qaf Terhadap Kaedah Pengajaran Bahasa Arab. 78

x

4.5 Penutup 79

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 80

5.2 Perbincangan 80

5.2.1 Analisis Bahagian A : Demografi 81

5.2.2 Bahagian B: Mengenalpasti persepsi

guru pelatih j-QAF terhadap kaedah

pengajaran Bahasa Arab di sekolah-

sekolah rendah yang digariskan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia. 82

5.2.3 Bahagian C: Mengenalpasti kaedah

pengajaran Bahasa Arab yang menjadi

kebiasaan penggunaannya di kalangan

guru pelatih j-QAF. 84

5.2.4 Bahagian D: Mengenalpasti faktor

utama yang mempengaruhi penggunaan

kaedah pengajaran Bahasa Arab di

kalangan guru pelatih j-QAF. 86

5.3 Rumusan 87

5.4 Cadangan 88

5.4.1 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) 89

5.4.2 Guru 89

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 90

5.6 Penutup 90

BIBLIOGRAFI 92

LAMPIRAN

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Skala Likert jawapan bahagian B 40 3.2 Pengkelasan instrumen kajian 40 3.3 Nilai Skor Min 41 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 45 4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 45 4.3 Taburan Responden Mengikut Kelulusan Akademik 46 4.4 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar 47 4.5 Taburan Skor Item 1 48 4.6 Taburan Skor Item 2 49 4.7 Taburan Skor Item 3 49 4.8 Taburan Skor Item 4 50 4.9 Taburan Skor Item 5 50 4.10 Taburan Skor Item 6 51 4.11 Taburan Skor Item 7 52 4.12 Taburan Skor Item 8 52 4.13 Taburan Skor Item 9 53 4.14 Taburan Skor Item 10 53 4.15 Taburan Skor Item 11 54 4.16 Taburan Skor Item 12 55 4.17 Taburan Skor Item 13 55 4.18 Taburan Skor Item 14 56 4.19 Taburan Skor Item 15 56 4.20 Taburan Skor Item 16 57 4.21 Taburan Skor Item 17 58 4.22 Taburan Skor Item 18 58 4.23 Taburan Skor Item 19 59 4.24 Taburan Skor Item 20 59 4.25 Taburan Skor Item 21 60 4.26 Taburan Skor Item 22 61 4.27 Taburan Skor Item 23 61 4.28 Taburan Skor Item 24 62 4.29 Taburan Skor Item 25 62 4.30 Taburan Skor Item 26 63 4.31 Taburan Skor Item 27 64 4.32 Taburan Skor Item 28 64 4.33 Taburan Skor Item 29 65 4.34 Taburan Skor Item 30 65

xiii

4.35 Taburan Skor Item 31 66 4.36 Taburan Skor Item 32 67 4.37 Taburan Skor Item 33 67 4.38 Taburan Skor Item 34 68 4.39 Taburan Skor Item 35 68 4.40 Taburan Skor Item 36 69 4.41 Taburan Skor Item 37 70 4.42 Taburan Skor Item 38 70 4.43 Taburan Skor Item 39 71 4.44 Taburan Skor Item 40 71 4.45 Taburan Skor Item 41 72 4.46 Taburan Skor Item 42 73 4.47 Taburan Skor Item 43 73 4.48 Taburan Skor Item 44 74 4.49 Taburan Skor Item 45 74 4.50 Taburan Skor Item 46 75 4.51 Taburan Skor Item 47 76 4.52 Taburan Skor Item 48 76 4.53 Taburan Skor Item 49 77 4.54 Taburan Skor Item 50 77 4.55 Min Keseluruhan Persepsi Guru Pelatih J-Qaf Terhadap Kaedah Pengajaran Bahasa Arab 78

xiv

SENARAI SINGKATAN

ABM Alat Bantu Mengajar

j-QAF Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain

KPLI Kursus Perguruan Lepasan Ijazah

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

KS Kurang Setuju

KUIN Kolej Universiti Islam Negeri

LPBS Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah

PBK Pengajaran Berbantukan Komputer

PI Pendidikan Islam

PKS Penilaian Kendalian Sekolah

PSZ Perpustakaan Sultanah Zanariah

S Setuju

s.a.w Sallallahu Alaihi Wasallam

SMKA Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

SPSS Statistical Packages for Social Science

SS Sangat Setuju

STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

STS Sangat Tidak Setuju

s.w.t Subhanahu Wa Ta’ala

TS Tidak Setuju

UIA Universiti Islam Antarabangsa

UKM Universiti Kebangsaan Malaysia

UM Universiti Malaya

UMS Universiti Malaysia Sabah

UPM Universiti Putra Malaysia

USIM Universiti Sains Islam Malaysia

UTM Universiti Teknologi Malaysia

YAB Yang Amat Berhormat

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Instrumen kajian soal selidik

B Nilai Alpha kajian rintis

C Surat Kebenaran Kementerian Pelajaran Malaysia

D Surat Kebenaran Jabatan Pelajaran Negeri

E Surat Kebenaran Perpustakaan Sultanah Zanariah

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Bahasa Arab adalah bahasa al-Quran. Justeru itu, ia adalah bahasa agama

bagi seluruh umat Islam, tidak kira sama ada mereka itu dari keturunan bangsa Arab

atau bukan dari keturunan bangsa Arab. Kedudukan ini dinikmati oleh bahasa Arab

sejak ia dipilih oleh Allah s.w.t untuk menjadi perantaraan bagi wahyu-Nya dan ia

akan berkekalan sehingga ke hari kiamat kerana terdapat jaminan yang tegas dari

Allah s.w.t bahawa Dia akan memelihara al-Quran, ini dengan sendirinya membawa

erti bahawa bahasa Arab akan kekal menjadi bahasa tunggal al-Quran sehingga ke

akhir sejarah dunia ini.

Bahasa Arab adalah merupakan bahasa ilmu, peradaban dan pengajian Islam

sejak dari dahulu sehingga sekarang. Sesungguhnya kepentingan dan keperluannya

kepada umat Islam tidak dapat dinafikan lagi, oleh itu usaha-usaha ke arah

memperkembangkan bahasa Arab ini perlu dilakukan. Kaedah dan bentuk

pengajaran yang sedia ada hendaklah dilihat kembali untuk melihat sejauh mana

tercapainya cita-cita yang diharapkan.

2

Di Malaysia, pengajian bahasa Arab telah lama lahir, iaitu bersamaan dengan

kedatangan agama Islam di rantau ini. Hal ini telah pun bermula sejak lebih 60 tahun

yang lalu, semenjak tertubuhnya pondok dan sekolah agama rakyat. Sejak dari itu

sehingga sekarang ini, pengajian bahasa Arab telah menghadapi berbagai peringkat

perkembangan dan di pihak yang lain pula, mutu pencapaian serta penguasaan

bahasa Arab di kalangan para pelajar sama ada di sekolah-sekolah atau pusat-pusat

pengajian tinggi.

Langkah kerajaan melaksanakan program j-QAF di sekolah-sekolah rendah

mulai tahun 2005 adalah antara pendekatan terbaik bagi memperkasakan Pendidikan

Islam (PI) dalam sistem pendidikan negara. Ianya adalah hasil ilham bekas YAB

Perdana Menteri iaitu Abdullah Ahmad Badawi. Program j-QAF ini berfokus kepada

Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain yang bertujuan murid sekolah rendah

dapat mengkhatam al-Quran. Di samping itu ianya dapat meningkatkan penguasaan

dalam tulisan jawi, menghayati fardu ain dan boleh berkomunikasi dengan perkataan

mudah dalam bahasa Arab (Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral

Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005:8). Program j-QAF dilaksanakan bertujuan

untuk mencapai matlamat pendidikan Islam iaitu untuk menghasilkan muslim yang

berilmu, beriman, beramal soleh, beradab dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran

dan al-Sunnah.

Seiringan dengan kemajuan oleh masyarakat dunia, maka pengetahuan

menguasai bahasa semakin diperlukan bagi mengisi pelbagai bidang. Sehubungan

dengan itu, peranan bahasa Arab dalam mencorak dan membangunkan masyarakat

dunia tidak boleh dipandang sepi malah bahasa Arab telah menjadi di antara bahasa

yang terpenting di dunia hari ini. Tambahan pula bahasa Arab sebagai kunci umat

memahami segala isi kandungan al-Quran dan al-Hadis. Maka sudah semestinya

bahasa Arab kini adalah antara bahasa dunia yang perlu dikuasai khususnya di

kalangan umat Islam (Muhammad Fahmi Ahmad, 2003:i).

3

Seperti yang kita semua sedia maklum, salah satu bahasa yang termasyhur di

dunia adalah bahasa Arab. Bahasa Arab adalah bahasa yang unik. Dikatakan unik

kerana dalam susun kata, bentuk kata bahkan bentuk tulisan pun sangat berbeza

dengan bahasa lain pada umumnya. Di samping itu bahasa Arab adalah bahasa al-

Quran yang telah dimuliakan oleh Allah dengan penurunan kitabnya melalui bahasa

tersebut. Sebagaimana dalam al-Quran sendiri telah dinyatakan pada beberapa

tempat al-Quran diturunkan dan diwahyukan oleh Allah SWT ke atas Nabi

Muhammad SAW dengan bahasa Arab sebagaimana firman Allah SWT dalam surah

Yusof ayat 2 :

!$ ¯ΡÎ) çµ≈oΨø9t“Ρ r& $ ºΡ≡ u™öè% $wŠÎ/ ttã öΝä3̄=yè ©9 šχθè=É) ÷è s? ∩⊄∪

Maksudnya : Sesungguhnya kami menurunkannya berupa Quran

berbahasa Arab, agar kamu mengerti.

(Surah Yusof, 12: 2).

Bahasa Arab juga merupakan bahasa ahli syurga. Menurut Mohd.

Rumaizuddin Ghazali (1999:61), Imam syafi'i menyatakan bahawa mempelajari

bahasa Arab merupakan suatu kewajipan bagi setiap individu muslim sehingga ia

dapat menunaikan kewajipan fardu-fardu khususnya sembahyang seharian. Bahasa

Arab adalah bahasa wahyu dan ia merupakan bahasa rasmi Islam dan ditugaskan ke

atas bangsa Arab untuk menyebarkannya.

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Bahasa Arab ialah satu bahasa yang sangat istimewa kerana merupakan

bahasa al-Quran dan hadis Rasulullah SAW. Bahasa ini mendapat jaminan daripada

Allah SWT bahawa ia akan terus kekal selari dengan kelangsungan al-Quran

sehingga ke akhir zaman. Firman Allah SWT dalam surah al-Hijr ayat 9 :

$ ¯ΡÎ) ß⎯øtwΥ $ uΖø9̈“ tΡ tø. Ïe%! $# $ ¯ΡÎ) uρ … çµs9 tβθ Ýà Ï≈ptm: ∩®∪

Maksudnya : Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al Quran,

dan pasti Kami (pula) yang memeliharanya.

(Surah al-Hijr, 15: 9).

Bahasa Arab adalah bahasa al-Quran yang mana ia sinonim dengan

masyarakat Islam. Pada sekitar abad ke 17 Masihi, pengajaran pendidikan Islam dan

bahasa Arab diajar di pondok-pondok, sebagai contoh pengajian pondok di al

Muhammadi pada tahun 1915. Perubahan ini ekoran polisi kerajaan yang amat peka

dan mementingkan pendidikan agama Islam dan bahasa Arab (Rafidah Jusoh,

2007:5).

Kurikulum Bahasa Arab sebenarnya diperkenalkan secara rasmi oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada 1 Januari 1977 seiring dengan

penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di Malaysia. Dalam

tempoh empat tahun pertama penubuhan SMKA, kurikulum Bahasa Arab didasarkan

kepada prosedur peperiksaan mata pelajaran ini yang sedia ada pada waktu itu di

Lembaga Peperiksaan Malaysia.

5

Sememangnya bahasa Arab ini pada umumnya dianggap sebagai bahasa yang

amat sukar untuk mempelajarinya, kerana terdapat banyak liku-liku kaedah yang

susah difahami. Pendedahan atau atta'dib dalam istilah Islam merupakan suatu

sistem penyaluran ilmu yang berkesan untuk pembangunan ummah dan negara

keseluruhannya. Dalam konteks pendidikan Islam dan bahasa Arab di Tanah Melayu

ini bermula sejak terdirinya Kerajaan Melayu Melaka pada awal abad ke 15 Masihi.

Pada masa itu, tenaga pengajar terdiri daripada golongan pedagang, pengembara,

pendakwah, utusan raja dan tentera berketurunan sayid dan syeikh (Ghazali

Darussalam, 2001:100).

Pengajaran guru bersifat sehala menjadikan pelajar pasif di dalam kelas.

Pendekatan yang aktif perlu di ambil kira oleh guru terutamanya guru bahasa Arab.

Seiring dengan kecanggihan dan kemajuan teknologi maka guru bahasa Arab perlu

mengubah pendekatan di dalam pengajaran. Pengajaran bercorak tradisi yang

diwarisi seperti hafalan perlu dielakkan. Pengajaran berpandukan buku teks semata-

mata juga tidak relevan pada masa kini. Oleh itu, guru bahasa Arab perlu berani

menerima cabaran teknologi dan mengubah method pengajaran mereka supaya lebih

interaktif dan menarik minat pelajar untuk mempelajari mata pelajaran bahasa Arab

(Rafidah Jusoh, 2007:6).

Daripada keterangan dan penjelasan di atas, dapat difahami bahawa bahasa

Arab telah muncul di Tanah Melayu sekitar abad 15 Masihi dan mula diajarkan di

pondok-pondok pada sekitar abad ke 17 Masihi. Seterusnya ia diperkenalkan oleh

Kementarian Pelajaran Malaysia pada tahun 1977 dan diserapkan di Sekolah

Menengah Kebangsaan Agama. Dengan perkembangan ini, sudah tentu pengajaran

bahasa Arab mempunyai pelbagai kaedah atau pendekatan cara penyampaiannya.

Selain itu juga, corak pengajaran dan pendekatan atau kaedah yang digunakan oleh

guru dalam kelas memainkan peranan yang penting bagi memastikan pengajaran

yang berkesan.

6

Oleh itu, penyelidik ingin menyelidik berkaitan kaedah pengajaran dalam

program j-QAF khususnya bahasa Arab yang dilaksanakan oleh kerajaan di sekolah-

sekolah rendah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Penyelidikan ini

bertujuan untuk melihat adakah kaedah yang disarankan oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM) dapat membantu guru dalam proses pengajaran.

1.3 Pernyataan Masalah

Seperti yang kita ketahui, sebelum diwujudkan j-QAF pengajaran bahasa

Arab diajarkan kepada pelajar yang bersekolah di Sekolah Menengah Agama Rakyat.

Para pelajar didedahkan dengan bahasa Arab ketika menuntut di alam persekolahan

peringkat menengah. Ketika mereka menuntut di sekolah rendah, tidak diajarkan

bahasa Arab. Akan tetapi mereka diajarkan tulisan jawi yang agak mudah dari segi

bahasa. Walaupun tulisan jawi dan bahasa Arab menggunakan tulisan huruf yang

lebih kurang sama, bahasa Arab memerlukan pemahaman dari segi bahasa dan

struktur.

Menurut Muhammad Ali Abu Al Abbas dalam Ahmad Kilani Mohamed

(2001:49), pendekatan yang terdapat dalam pengajaran bahasa Arab ialah mengajar

bahasa tersebut dengan fungsinya yang menyeluruh sebagai bahasa ilmu yang

sentiasa hidup dan berkembang dalam kehidupan masyarakat. Penguasaan bahasa

Arab secara bersepadu akan dapat dicapai melalui pembelajaran bahasa Arab secara

menyeluruh.

KPM (2004) mencadangkan pengajaran bahasa Arab j-QAF menggunakan

kaedah Tematik, Kaedah Ajuk-Hafaz, Kaedah Semulajadi atau Kaedah Terus,

Kaedah Latih Tubi dan Kaedah Eklektik (Amri Daud, 2005:22). Jawi, al-Quran,

bahasa Arab dan Fardhu Ain merupakan ilmu yang tidak boleh di pisahkan dari umat

7

Islam kerana ia saling berkaitan antara satu sama lain. Untuk melaksanakan Fardhu

Ain, ia memerlukan pengetahuan tentang al-Quran, untuk memahami al-Quran ia

perlu memahami bahasa Arab dan untuk mahir dalam bahasa Arab, penguasaan Jawi

sangat diperlukan.

Berdasarkan kepada situasi dan senario yang dijelaskan, penyelidik terdorong

untuk mengkaji pengajaran bahasa Arab dikalangan guru pelatih j-QAF. Kajian ini

adalah bertujuan untuk mengetahui persepsi guru pelatih j-QAF terhadap kaedah

pengajaran Bahasa Arab.

1.4 Objektif kajian

Kajian terhadap kaedah pengajaran Bahasa Arab ini dijalankan adalah untuk

mengetahui persepsi guru pelatih j-QAF terhadap kaedah pengajaran Bahasa Arab.

Objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk :

1. Mengenalpasti persepsi guru pelatih j-QAF terhadap kaedah pengajaran

Bahasa Arab di sekolah-sekolah rendah yang digariskan oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM).

2. Mengenalpasti kaedah pengajaran Bahasa Arab yang menjadi kebiasaan

penggunaannya di kalangan guru pelatih j-QAF.

3. Mengenalpasti faktor utama yang mempengaruhi penggunaan kaedah

pengajaran Bahasa Arab di kalangan guru pelatih j-QAF.

8

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan yang diutarakan dalam menjalankan kajian ini adalah seperti

berikut :

1. Apakah persepsi guru pelatih j-QAF terhadap kaedah pengajaran Bahasa

Arab di sekolah-sekolah rendah yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia?

2. Apakah kaedah pengajaran Bahasa Arab yang menjadi kebiasaan

penggunaannya di kalangan guru pelatih j-QAF?

3. Apakah faktor utama yang mempengaruhi penggunaan kaedah pengajaran

Bahasa Arab di kalangan guru pelatih j-QAF?