kpli ham.elektronik

37
UNIT 3 TEKNOLOGI MAKLUMAT Sinopsis Pemprosesan perkataan, hamparan ,sistem pengurusan pangkalan data dan persembahan grafik ialah aplikasi tujuan am, iaitu ia direka bentuk untuk orang ramai supaya dapat melakukan pelbagai tugas lazim. Oleh kerana ini ia juga dikenali sebagai aplikasi asas. Aplikasi ini juga banyak jenis aplikasi yang lain serta sistem pengendalian mempunyai ciri-ciri sepunya. Hamparan elektronik ialah helaian kerja elektronik yang digunakan untuk menyusun, manipulasi dan menggraf data. Sementara persembahan grafik elektronik PowerPoint aplikasi yang dapat membantu anda membina persembahan yang profesional dan menarik. Hasil Pembelajaran Di akhir bab ini anda seharusnya dapat 1. memerihalkan hamparan elektronik; 2. membina lembaran kerja dan menggunakan fungsi asas dan formula ; 3. menghasilkan pelbagai bentuk carta; 4. memerihalkan persembahan elektronik; 5. menghasilkan persembahan elektronik yang menarik dan 6. mengaplikasikan hamparan elektronik dan persembahan elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran. 1 3-

Upload: shmy-munn

Post on 27-Sep-2015

53 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

UNIT 1

UNIT 3TEKNOLOGI MAKLUMAT

Sinopsis

Pemprosesan perkataan, hamparan ,sistem pengurusan pangkalan data dan persembahan grafik ialah aplikasi tujuan am, iaitu ia direka bentuk untuk orang ramai supaya dapat melakukan pelbagai tugas lazim. Oleh kerana ini ia juga dikenali sebagai aplikasi asas. Aplikasi ini juga banyak jenis aplikasi yang lain serta sistem pengendalian mempunyai ciri-ciri sepunya. Hamparan elektronik ialah helaian kerja elektronik yang digunakan untuk menyusun, manipulasi dan menggraf data. Sementara persembahan grafik elektronik PowerPoint aplikasi yang dapat membantu anda membina persembahan yang profesional dan menarik.Hasil Pembelajaran

Di akhir bab ini anda seharusnya dapat

1. memerihalkan hamparan elektronik;

2. membina lembaran kerja dan menggunakan fungsi asas dan formula ;

3. menghasilkan pelbagai bentuk carta;

4. memerihalkan persembahan elektronik;

5. menghasilkan persembahan elektronik yang menarik dan

6. mengaplikasikan hamparan elektronik dan persembahan elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran. TAJUK 1HAMPARAN ELETRONIK

1.1PENGERTIAN HAMPARAN ELEKTRONIKAturcara hamparan elektronik menyusun, manipulasi dan menggraf maklumat numerik. Suatu ketika dahulu, hamparan digunakan secara eksklusif oleh akauntan, tetapi sekarang digunakan secara meluas oleh orang ramai dalam setiap bidang. Guru merekodkan gred pelajar. Pelajar merekodkan gred mereka dan mengira purata gred. Juruanalisis kewangan menilai trend pasaran saham. Pelatih peribadi merekodkan kemajuan pelanggan mereka. Profesional pemasaran menilai trend jualan.

Tiga aturcara hamparan yang meluas digunakan ialah Microsoft Excel, Corel Quattro dan Lotus 1-2-3.

Modul ini akan memberi tumpuan kepada penggunaan hamparan elektronik Microsoft Excel

EXCEL ialah program hamparan yang membolehkan anda menguruskan data, menyelesaikan pengiraan, membuat keputusan, menyediakan graf dan menyediakan laporan profesional. Program EXCEL terdapat TIGA bahagian utama.

Lembaran kerja - Lambaran kerja membolehkan anda memasukkan, mengira, manipulasi dan analisis data seperti nombor dan teks. Graf Grafik carta yang mempersembahkan data. Excel boleh menghasilkan carta 2D dan 3D seperti graf kolum, carta pie dan lain-lain format graf.

Rajah 1.1 : Contoh graf Pangkalan Data Excel dapat menguruskan data contoh jika anda memasukkan data baru dalam lembaran kerja, excel akan sisih, mencari data dengan tepat dan memilih data mengikut kriteria.1.2Kemahiran AsasDi antara contoh-contoh hamparan elektronik seperti; Microsoft Excel Corel Quattro dan

Lotus 1-2-3Dengan menggunakan satu set komputer yang mempunyai perisian Microsoft Office 2000, anda diminta membuka aplikasi Excel. Sila ikuti langkah seperti di bawah :

1. Klik Start pada Taskbar

2. Klik program

3. Klik Microsoft Excel

Microsoft Excel memaparkan workbook yang kosong seperti rajah di bawah:

Gambar 1.2 : WorkbookTetingkap Excel mengandungi pelbagai fitur yang dapat membantu anda melakukan kerja dengan lebih cekap. Ia mengandungi Bar Tajuk(title bar), bar menu, toolbar, bar formula, tetingkap lembaran kerja, tab lembaran dan status bar.Apabila Excel dimulakan ia akan membina buku kerja baru yang kosong dipanggil Book 1. Di dalam buku kerja mengandungi helaian dipanggil worksheet . Dalam setiap helai kerja, anda boleh memasukkan sebarang nombor dan carta sebagai data. Setiap helaian kerja wujud di atas tab helaian (sheet tab) di bawah buku kerja. Menu Bar dan Penggunanya

Gambar 1.3 : Menu Bar1.Dengan menggunakan tetikus klik File pada bar menu, menu tarik bawah File akan dipaparkan. Anda diminta membuat rujukan atau melayari internet untuk mengkaji fungsi setiap item dalam menu tersebut.2.Anda juga diminta mengaktifkan menu yang lain dan lakukan seperti aktiviti 1 di atas.3.Anda juga boleh mengaktifkan menu-menu pada bar menu dengan menggunakan kekunci papan kekunci

Contoh :ALT + F-File

ALT + E-Edit

ALT +V-View

ALT +I-Insert

ALT + O-Format

ALT +T- Tools

ALT + D-Data

ALT + W- Window

ALT + H- Help

4.Jika anda telah mengaktifkan salah satu menu anda boleh bergerak antara menu-menu dengan menekan kekunci anak panah sama ada ke kiri atau ke kanan dan atas atau ke bawah pada menu tarik bawah.5.Anda juga boleh menggunakan menu ikon bagi melaksanakan operasi. Menu ikon seperti di bawah:

Gambar 1.4 : Menu ikonBagi mengenal pasti fungsi ikon menu anda diminta membawa petunjuk tetikus kepada ikon berkenaan. 1.3MEMBINA LEMBARAN KERJA

Langkah 1

Memasukkan tajuk helaian kerja

Pilih sel A1. Sel A1 akan menjadi sel yang aktif dan dikelilingi bingkai hitam tebal.

Rajah 1.5 : SelLangkah 2Taipkan Tajuk berikut [ Sun-N-Surt 1st Qtr Transmittal Costs.]

Apabila anda menaip karekter yang pertama mod indikator excel memaparkan dua kotak iaitu cancel box ( )dan Enter box ( )dalam bar formula

Lengkapkan kemasukkan data dengan klik

Rajah 1.6 : Sun-N-Surt 1st Qtr Transmittal Costs.Langkah 3Memasukkan Tajuk kolum

Pilih sel B2 dengan klik tetikusSel B2 diaktifkan dan kotak nama berubah dari A1 kepada B2.

Taipkan tajuk kolum Bayview

Rajah 1.7 : BayviewLangkah 4Menekan kekunci Arah kanan

Apabila kekunci arah kanan ditekan sel B2 dipindahkan ke sel C2. Kotak nama dilabelkan dengan C2.

Rajah 1.8 : Kekunci Arah KananLangkah 5

Ulang langkah 3 dan langkah 4 dan masuk tajuk kolum seperti berikut:

Eureka dalam sel C2, Malibu Dalam sel D2, Miami dalam sel E2 dan Total dalam sel F2. Selesaikan tugas anda dengan menekan kekunci Enter.

Tajuk kolum memaparkan penjajaran kanan.

Rajah 1.9 Langkah 6Memasukkan tajuk baris

Pilih sel A3 dan klik tetikus di atasnya. Sel A3 akan menjadi aktif dan kotak nama berlabel A3. Dalam sel tersebut taipkan tajuk baris Fax dan tekan kekunci arah ke bawah

Rajah 1.10Langkah 7Ulangi langkah 6 di atas dan masukkan Mail dalam sel A4, Phone dalam sel A5, Total dalam sel A6

Rajah : 1.11Langkah 8

Memasukkan data numerik

Dengan Excel anda boleh memasukkan data nombor yang dapat menyatakan jumlah. Nombor boleh termasuk nombor digit 0 9 dan sebarang simbol seperti di bawah :

+ - ( ) , / $ % E e

Jika sel mengandungi entri sebarang karekter dan mempunyai jarak (space) daripada kemasukan papan kekunci, entri tersebut adalah sebagai teks.Pilih sel B3, Taipkan 1135.23 dan tekan kekunci arah kanan. Nombor tersebut dijajarkan sebelah kanan

Rajah 1.12Langkah 9

Masukan 1001.32 dalam sel C3, 1345.55 dalam sel D3 dan 1284.32 dalam sel E3.

Lengkapkan kemasukan data berdasarkan rajah di sebelah

Rajah 1.131.4 FUNGSI ASAS DAN PENGGUNAAN FORMULALangkah 10a. Penggunaan Formula SUM Menggunakan fungsi sum, pertama anda mesti mengenal pasti sel yang mana sum di simpan selepas pengiraan dilakukan. Anda boleh menggunakan butang AUTOSUM ( ) yang terletak di bar menu ikon.

Klik tetikus di sel B6. Klil butang autosum Excel bertindak balas dengan memaparkan =SUM(B3:B5) di atas formula bar. Klik butang AutoSum sekali lagi, jumlah dipaparkan

Rajah 1.14Langkah 11Menyalin formula dari sel B6Pilih kawasan salin sel B6 dan klik butang kiri tetikus pada fill handle. Penunjuk tetikus akan bertukar kepada simbol + . Seret tetikus sehingga memilih kawasan C6:E6. Lepaskan butang kiri tetikus. Excel akan menyalin Fungsi SUM dalam sel B6 kepada julat (range) C6:E6. Excel akan mengira jumlah bagi sel C6, D6, dan E6

Rajah 1.15Langkah 12Mengira jumlah BarisKlik sel F3 untuk memilihnya. Sel tersebut akan diaktifkan. Dengan penunjuk tetikus bersimbol seperti seret tetikus sehingga sel F6. Julat pemilihan berada antara F3:F6. Klik butang AutoSum. Jumlah akan dihasilkan.

Rajah 1.15b. Penggunaan Formula Average, Max, Min

Rajah 1.16Langkah 13Mengira purata dengan menggunakan arahan =average(_ : _ )

Pilih sel B7 dan taipkan =average( excel akan memaparkan permulaan fungsi average pada formula bar dalam sel B7Pilih sel B3 dan seretkan tetikus sehingga julat B3:B5 dan taipkan simbol ) dan enter.Kirakan nilai purata bagi sel C7, D7 dan E7 dengan mengheretkan fill handle sehingga dalam julat C7:E7 dan lepaskan butang kiri tetikus.

Rajah 1.17Langkah 14Mencari nilai tertinggi dengan arahan =max(

Klik pada sel B9 taipkan arahan =max(Pilih julat) dan tekan kekunci enter.Kirakan nilai tertinggi bagi sel C8, D8 dan E8 dengan mengheretkan fill handle sehingga dalam julat C8:E8 dan lepaskan butang kiri tetikus, Nilai tertinggi dipaparkan.

Rajah 1.18Langkah 15.Mengira nilai terendah dengan Fungsi min dengan menggunakan Butang WizardKlik pada sel B9 diikuti klik butang fungsi wizard . Pilih MIN dalam senarai nama fungsi dan klik butang ok terpapar dialog Function Argument. Klik ok untuk menamatkan operasi. Untuk mengira nilai terendah bagi sel C9, D9 dan E9 anda diminta menyalin formula dari sel B9 dengan mengheret fill handle ( + ) dalam julat C9:E9.

Rajah 1.191.5 CARTALangkah 16

Melukis carta seperti rajahKlik tetikus pada sel A2 dan seretkan tetikus tersebut sehingga E5 untuk memilih kawasan.Klik ikon menu chart wizard .

Rajah 1.20Langkah 17Pilih carta column dari kotak dialog Chart Wizard. Klik butang next chart wizard step 2 of 4 dipaparkan. Klik next chart wizard step 3 of 4 . Anda diminta mengisikan semua option yang disediakan. Setelah selesai klik next dan Finish.

Rajah 1.21Langkah 18Menyimpan Buku kerja

Sementara anda membangunkan helaian kerja, komputer stor data anda di dalam memori utama. Apabila komputer di tutup kuasanya atau elektrik terputus, buku kerja anda akan hilang. Anda digalakkan menyimpan hasil kerja anda di dalam disket atau dalam cakera keras supaya anda dapat menggunakanya pada masa akan datang. Langkah-langkah di bawah dapat membantu anda menyimpan data tersebut;

Langkah 18

Klik butang SAVE () yang kelihatan di atas menu bar. Kotak dialog save dipaparkan seperti di sebelah.

Klik kotak save in dan pilih di pemacu mana anda ingin simpan. Umpamanya pemacu A. Masukkan disket dalam pemacu A.Taipkan nama fail dalam kotak File name

Klik butang SAVE.

Rajah 1.221.7 Latihan /refleksi

RefleksiLatihan 1.1

1. Arahan : Jawab semua soalan selepas menyemak semua entri di dalam helaian kerja dalam rajah 4.5

Rajah 1.231.Senaraikan langkah-langkah menggunakan butang Autosum bagi menjumlahkan entri dari julat B3:B5 dan letakkan ia pada sel B6. Kemudian salin fungsi SUM ke sel C6 dan D62.Senaraikan langkah-langkah menggunakan butang AutoSum di atas standard Toolbar bagi menjumlahkan entri julat B3:D5 dan hasil dari kedua jumlah baris dan jumlah kolum (E6 ).

3.Huraikan langkah demi langkah menyediakan graf kolum.2. Arahan: Dengan menggunakan nilai dalam helaian kerja rajah 2 . Tuliskan formula bagi menyelesiakan masalah di bawah:

Rajah 1.241.Nilai sel A7 hasil dari sel A2 dan D2

Formula :__________________________ Keputusan:________________ _2.Nilai sel A4 hasil dari B1, C1 dan D5

Formula: _________________________ Keputusan: _________________

4. Nilai sel A6 dari penyataan (X^2-4*Y*Z)/(2*Y) di mana nilai X ialah dalam sel C2, nilai Y ialah sel D2 dan nilai Z ialah sel D4

Formula : ________________________ Keputusan :__________________

5. Arahan: Bulatkan B jika kenyataan benar dan bulatkan S bagi kenyataan salah.BS1.Helaian kerja Excel boleh mengandungi lebih 256 kolum dan 16, 384 baris.

BS2.Satu atau lebih huruf dikenali oleh kolum helaian kerja

BS3.Apabila Excel dimulakan,ia memaparkan buku kerja kosong dengan tajuk Sheet 1

BS4.Menghilangkan entri dalam aktif sel tekan kekunci DELETE

BS5.Jika anda melakukan kesilapan ketika menaip nombor di dalam bar formula, anda boleh menggunakan kekunci Backspace untuk memadam karekter yang tidak dikehendaki

BS6Klik butang kanan tetikus memaparkan shortcut menu

BS7Butang Function Wizard atas standard Toolbar digunakan untuk memasukkan Fungsi

BS8Minimum kolum saiz ialah 0

BS9Bila anda menyimpan fail kali kedua butang save digunakan, Excel akan menyimpan dengan nama fail yang sama.

BS10Guna fungsi Average untuk mencari nilai purata bagi entri yang dipilih

5..Berikut yang manakah nombor yang boleh dimasukkan atas helaian kerja

(a) 3.25

(b) 3.25 %

(c) $3.25

(d) Semua di atas

6. Apabila anda memasukkan teks ke dalam aktif sel, teks tersebut ________ dalam sel.

(a) dijajarkan ke kanan

(b) dijajarkan ke kiri

(c) tengah(d) penjajaran perpuluhan

7. Indikator papan kekunci dipaparkan dalam _________ bar

(a) status

(b) menu

(c) title

(d) butang

8. Excel menggunakan ________ antara rujukan sel untuk menunjukkan julat

(a) (.)

(b) ( ((c) ( ; )

(d) ( ~)

9. Untuk memaparkan menu pantas

(a) klik butang kanan tetikus

(b) Klik butang kiri tetikus

(c) Pilih arahan shortcut daripada menu File

(d) Klik semua butang pilihan

1.8 Rumusan Modul disampaikan pada tahap pengenalan. Isi kandungan hanya menyentuh bagaimana menyediakan satu jadual ringkas dan menggunakan beberapa fungsi seperti SUM, Average, Max dan MIN. Rehat

Syabas! Anda telah menjawab soalan yang telah diberi. Bincang jawapan anda dalam sesi tutorial dengan pensyarah anda.TAJUK 2PERSEMBAHAN ELEKTRONIK

Cuba anda fikirkan

Sejauh manakah persembahan elektronik membantu anda dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

10. Pengertian Persembahan Elektronik

PowerPoint ialah program Persembahan grafik yang lengkap yang dapat membantu anda menghasilkan persembahan yang kelihatan profesional. PowerPoint memberi kebebasan kepada anda menyediakan informal persembahan dalam bilik konferan. Pemprosesan perkataan membolehkan anda menyediakan bullet list, Check speling, find dan replace dan menggunakan multi-teks.

Outlining-Membolehkan anda membina persembahan dengan cepat dengan menggunakan format outline. Anda boleh impot outline daripada Word atau mana-mana pemprosesan perkataan.

Grafik Membolehkan anda mencipta dan menyisip grafik. Format grafik terdapat dalam bentuk 2D dan 3D,

Drawing/Melukis Membolehkan anda melukis rajah seperti bulatan, segiempat dan lain-lain.

Clip-Art membolehkan anda menyisip artwork atau bahan grafik

Pengurusan persembahan Dapat mengawal persembahan

Wizard Wizard ialah ttutorial yang membantu anda mereka bentuk persembahan.

2.2Ciri-ciri Persembahan Yang baikPersembahan yang baik dapat dihasilkan apabila kita menimbangkan TIGA perkara berikut:1.Pengetahuan grafik

2.Penyediaan papan cerita3.PembentangSusunan dan jarak antara Font

Sesuaikan dengan jarak bacaan dan penglihatan

Susunan dan jarak antara grafik - Sesuaikan dengan teks dan dalam satu paparan hadkan bilangan grafik yang dipaparkan. Saiz grafik sesuai dengan jarak penglihatan

Jarak antara baris perkataan -Sesuaikan dengan jarak bacaan dan penglihatan.

Fokus

Fokus pada isi persembahan . Dalam contoh emphasis tertumpu kepada CASPER

Font

Mukataip pilih mukataip font yang mudah dibaca contoh ARIAL

Size -

Saiz yang sesuai

berdasarkan kepada

jarak penglihatan. Tinggi

huruf 1in untuk jarak 50m

Bilangan - Bilangan teks bagi satu

slaid antara 15-24 patah

perkataan

Jarak huruf - Jangan sehingga nampak

bercamtum antara 2 huruf

Latarbelakang

Warna -Pilih satu warna sahaja

Penggunaan-Gunakan latar yang sama

bagi satu sesi

persembahan

Warna

WarnaObjek/teks-Contra dengan

latar belakang.

Sifat warna-

Menjiwai warna:

Panas, sejuk,

normal dan

sebagainya

Rajah 2.1

Penyediaan Papan Cerita (StoryBoard)

Papan cerita adalah lakaran awal reka letak grafik satu penerbitan persembahan. Ia dapat membantu anda menentukan elemen-elemen yang diperlukan dalam persembahan yang akan dihasilkan. Anda diminta melakarkan satu persembahan pilihan sendiri dan lakaran ini digunakan pada masa kelas tutorial nanti.

Slaid 1Slaid 2Slaid 3

Slaid 4Slaid 5Slaid 6

Slaid 7Slaid 8Slaid 9

Slaid 10Slaid 11Slaid 12

Rajah 2.23.1....... Memula dan mencipta persembahan yang baru berpandukan kepada papan ceritaLangkah 1Memulakan PowerPoint

1.PowerPoint boleh dimulakan dengan dua cara iaitu klik ikon shortcut di pepenjuru atas kanan

2.Atau PowerPoint boleh dimulakan dengan klik Start atas taskbar. Klik Program dan klik PowerPoint.

3.Dalam Kotak dialog New Presentation klik Blank Presentation dan pilih layout dari kotak dialog slide layout

Rajah 2.3Langkah 2Memilih Layout/rekaletak

Pilih layout dari slide layout list. Anda boleh memilih pelbagai layout mengikut kesesuaian persembahan anda

Rajah 2.4Langkah 3Tetingkap PowerPoint

Tetingkat PowerPoint memaparkan beberapa item membantu anda melakukan tugas dengan mudah dan baik. Antaranya seperti huraian di bawah . (Sila rujuk rajah di atas)Bar Tajuk/Title BarMemaparkan nama persembahan yang sedang anda bangunkan. Nama asalnya Presentation bertukar setelah anda menyimpan projek tersebut.

Alatan Biasa/Standard Toolbar

Mengandungi butang-butang yang boleh anda gunakan arahan-arahan/perintah umpamanya Save atau open.

Alatan Manipulasi /Formatting Tools

Mengandungi butang-butang arahan/perintah yang anda boleh gunakan seperti Bold, Underline dan lain-lain.

Outline dan Slide Tabs

Menyediakan anda DUA cara menayangkan slaid .

Tetingkap Slaid/ Slide PaneMemaparkan slaid semasa

Tetingkap Tugas/Task Pane

Mengandungi pautan yang membolehkan anda memilih tugas biasa seperti membuka fail persembahan atau membina persembahan baru. Tetingkap ini anda boleh memilih rekaletak slaid

Tetingkat Nota/Notes Pane

Memaparkan nota untuk slaid semasa

View Button

Membolehkan anda menayangkan persembahan di atas layar.

Alatan Melukis/ Drawing Tools

Mengandungi butang-butang membantu anda menyediakan objek untuk persembahan anda

Rajah 2.5Langkah 4

Membina Persembahan Menggunakan Auto Wizard

1.Klik File

2.Klik New

3.Klik From AutoContent Wizard

4.AutoContent Wizard di paparkan.

5.Klik Next memulakan pembangunan persembahan baru

6.Klik kategori anda diberi huraian tentang jenis persembahan yang ingin di bangunkan. Jika anda tidak pasti akan rekabentuk slaid yang ingin disediakan dinasihatkan anda memilih butang All7.Klik Next

7.Klik butang radio untuk memilih jenis output yang anda kehendaki bagi persembahan. (On-Screen Presentation)8.Klik Next

9.Klik kotak presentation title dan taipkan tajuk yang anda ingin wujud di atas slaid pertama persembahan anda.

10.Menambahkan teks footer dalam setiap slaid klik kotak Footer dan taipkan teks.

11. Untuk tidak menambahkan tarikh dan nombor slaid klik Date last updated dan Slide Number untuk nyahaktif butang tersebut.15. Klik Next

13.Wizard menunjukkan anda telah menerima semua jawapan yang anda perlukan untuk membangunkan persembahan.

14.Klik Finish untuk memulakan pembangunan persembahan anda.

15.Anda boleh memulakan pembangunan berdasarkan rekabentuk yang disediakan. Anda masih boleh mengubah rekabentuk yang tersedia.

Rajah 2.6Langkah 5Membina Persembahan Kosong/ Blank Presentation

1.Klik File

2.Klik New

3.Anda dipaparkan tetingkap New Presentation

4.Klik Blank Presentattion

5.Bagaimana anda dapat memulakan blank presentation dengan cepat

6. Anda dipaparkan dengan tetingkap tugas. Pilih layout yang sesuai dari kotak slide layout. Gunakan skrol untuk melihat pelbagai layout.

6.Anda dipaparkan dengan 1 slaid sahaja. Anda boleh tambah bilangan slaid. Klik butang New Slide atau Klik Insert pada Menu Bar, klik New Slide atau tekan kekunci CTRL+M

Rajah 2.7MEMILIH REKABENTUK SLAID7.Dari slide layout anda pilih Blank

MEMILIH LATAR BELAKANG8.Latar belakang asal putih anda boleh menukarkan latar belakang

7. Klik Format Slide Design kotak slide design dipaparkan

8. Dari Slide Design menu anda boleh memilih latar belakang dari TIGA kategori iaitu:

Design Template

Color schemes

Animation schemes

Klik Design Templates dan anda pilih mana-mana latar yang sesuai dengan persembahan anda

MEMASUKKAN TEKSTeks boleh dimasukkan dengan menggunakan Text Box () 1.Klik

2.Heretkan di atas tetingkap slaid ikut pilihan anda.9. Taipkan Teks anda

MEMBESARKAN TEKS

4.Letakkan di hadapan huruf M dan klik butang kiri dan heret memenuhi perkataan MAMALIA

5.Klik ikon Increase Font Size ()anda akan dapati perkataan MAMALIA di besarkan.

6.Anda juga boleh mengecilkan saiz teks dengan klik ikon Decrease Font Size ()

10. Klik ikon Font Color () bagi mengubah warna font

Klik simbol

Rajah 2.82.4 RumusanModul ini dapat membantu anda dalam menyediakan proses persembahan dalam pengajaran dan pembelajaran dan juga memberi dorongan kepada anda untuk menyediakan diri dalam menyampaikan maklumat dengan teratur dan kemas. Dengan latihan yang diberikan, diharapkan anda dapat memperolehi ilmu yang sangat berguna demi kecemerlangan pendidikan.2.5 UNIT 3 : Soalan Tutorial1. Menggunakan menu bar dan ikon-ikon dalam hamparan elektronik untuk membuka dan menyimpan fail dalam direktori yang betul.2. Menggunakan fitur-fitur tertentu yang dapat menyokong pengubahsuaian hamparan (potongan, salin, tampal dan selitan baris dan lajur.

3. Menggunakan menu function dan formula dalam melaksanakan pengiraan.

4. Menghasilkan laporan dalam pelbagai bentuk carta dan graf.5. Menyenaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi satu persembahan yang baik dan berkesan.

6. Menggunakan pelbagai cara untuk menghasilkan persembahan elektronik seperti menggunakan Auto Content Wizard dan mereka cipta template.

7. Menggunakan ciri-ciri persembahan yang baik untuk meningkatkan kualiti persembahan seperti mengintegrasikan grafik ke dalam rekabentuk halaman.

Rehat

Syabas! Anda telah melaksanakan aktiviti yang diberi. Bincanglah dengan rakan anda dan pensyarah anda dalam sesi tutorial untuk mendapat penjelasan yang lebih mendalam.Nombor Baris

Bar Menu

Ikon Menu

Huruf Kolum

Tab Helaian

Microsoft Office shortcut Toolbar

Pelbagai layout yang sesuai dan menarik

Bar Tajuk

Bar Menu

Standard Toolbar

Outline and slide tab

Tetingkap Slaid

Tetingkap Nota

Tetingkap Tugas/ Task Pane

View Button

Alatan Melukis

EMBED PBrush

EMBED Unknown

PAGE 313-