tahap kesedaran metakognitif pelajar kpli dalam sistem bahasa melayu

27
TAHAP KESEDARAN METAKOGNITIF PELAJAR KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH MAJOR BAHASA MELAYU DALAM PENGUASAAN SISTEM BAHASA MELAYU Munsyi Norliza binti Abu Bakar Munsyi Mohamad bin Musip Jabatan Pengajian Melayu IPGM Kampus Perempuan Melayu, Melaka Abstrak Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kesedaran metakognitif dalam tiga dimensi regulasi kognisi iaitu dalam aspek-aspek perancangan, pemantauan, dan penilaian pelajar dalam menguasai sistem bahasa Bahasa Melayu (BM). Responden kajian ini terdiri daripada 61 orang pelajar KPLI Major BM Ambilan Januari 2008. Alat kajian yang digunakan ialah ujian sistem bahasa dan soal selidik tentang kesedaran metakognitif dalam penguasaan sistem bahasa BM. Responden diminta memberikan respons kepada soalan-soalan tentang sistem bahasa yang meliputi aspek-aspek morfologi, sintaksis, sistem ejaan, dan kosa kata. Temu bual separa berstruktur turut ditadbirkan kepada dua orang pelajar untuk maksud kesahan silang (cross validate). Data kajian dikumpulkan melalui soal selidik skala likert lima mata yang diubahsuai daripada kerangka konseptual kesedaran metakognitif (Metacognitive Awareness Inventory) mengikut model Shraw dan Dennison (1994). Hasil kajian menunjukkan bahawa kesedaran metakognitif responden dari segi perancangan sistem bahasa berada pada tahap tinggi (min 3.8). Dari aspek pemantauan dalam penguasaan sistem bahasa, dapatannya ialah sangat tinggi (min 4.5). Dari aspek penilaian dalam penguasaan sistem bahasa, tahap yang dicapai juga tinggi (min 3.85). Kesimpulannya, kesedaran metakognitif responden dalam penguasaan sistem bahasa BM adalah tinggi bagi ketiga-tiga aspek: perancangan, pemantauan, dan penilaian. BAB 1: PENGENALAN Latar Belakang Kajian Pendidikan di Malaysia kini sedang menuju ke arah pendidikan bertaraf dunia selaras dengan hasrat negara untuk mencapai Wawasan 2020. Pada abad ke-21 sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami beberapa perubahan bagi melahirkan pelajar yang bijaksana, kreatif, inovatif dan mampu bersaing di pasaran global. Persaingan di pasaran global memerlukan modal insan bertaraf dunia

Upload: norliza-abu-bakar

Post on 19-Jun-2015

738 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kajian tentang tahap kesedaran metakognitif pelajar KPLI dalam penguasaan sistem bahasa Melayu

TRANSCRIPT

Page 1: Tahap Kesedaran Metakognitif Pelajar Kpli Dalam Sistem Bahasa Melayu

TAHAP KESEDARAN METAKOGNITIF

PELAJAR KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH MAJOR BAHASA MELAYU

DALAM PENGUASAAN SISTEM BAHASA MELAYU

Munsyi Norliza binti Abu BakarMunsyi Mohamad bin MusipJabatan Pengajian Melayu

IPGM Kampus Perempuan Melayu, Melaka

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kesedaran metakognitif dalam tiga dimensi regulasi kognisi iaitu dalam aspek-aspek perancangan, pemantauan, dan penilaian pelajar dalam menguasai sistem bahasa Bahasa Melayu (BM). Responden kajian ini terdiri daripada 61 orang pelajar KPLI Major BM Ambilan Januari 2008. Alat kajian yang digunakan ialah ujian sistem bahasa dan soal selidik tentang kesedaran metakognitif dalam penguasaan sistem bahasa BM. Responden diminta memberikan respons kepada soalan-soalan tentang sistem bahasa yang meliputi aspek-aspek morfologi, sintaksis, sistem ejaan, dan kosa kata. Temu bual separa berstruktur turut ditadbirkan kepada dua orang pelajar untuk maksud kesahan silang (cross validate). Data kajian dikumpulkan melalui soal selidik skala likert lima mata yang diubahsuai daripada kerangka konseptual kesedaran metakognitif (Metacognitive Awareness Inventory) mengikut model Shraw dan Dennison (1994). Hasil kajian menunjukkan bahawa kesedaran metakognitif responden dari segi perancangan sistem bahasa berada pada tahap tinggi (min 3.8). Dari aspek pemantauan dalam penguasaan sistem bahasa, dapatannya ialah sangat tinggi (min 4.5). Dari aspek penilaian dalam penguasaan sistem bahasa, tahap yang dicapai juga tinggi (min 3.85). Kesimpulannya, kesedaran metakognitif responden dalam penguasaan sistem bahasa BM adalah tinggi bagi ketiga-tiga aspek: perancangan, pemantauan, dan penilaian.

BAB 1: PENGENALAN

Latar Belakang Kajian

Pendidikan di Malaysia kini sedang menuju ke arah pendidikan bertaraf dunia selaras

dengan hasrat negara untuk mencapai Wawasan 2020. Pada abad ke-21 sistem

pendidikan di Malaysia telah mengalami beberapa perubahan bagi melahirkan pelajar

yang bijaksana, kreatif, inovatif dan mampu bersaing di pasaran global. Persaingan di

pasaran global memerlukan modal insan bertaraf dunia yang berpengetahuan tinggi,

berkemahiran, serba boleh, kreatif, serta memiliki etika kerja positif dan nilai kerohanian.

Justeru, pelajar-pelajar yang dilahirkan bagi menghadapi persaingan di peringkat global ini

perlulah mampu berfikir, berilmu pengetahuan luas, beretika tinggi, bijaksana, serta dapat

menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) secara berkesan (Kementerian

Pendidikan Malaysia, 2001, 2003).

Page 2: Tahap Kesedaran Metakognitif Pelajar Kpli Dalam Sistem Bahasa Melayu

Untuk mencapai matlamat Pembangunan Pendidikan Menengah 2001-2010,

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah yang berlandaskan Falsafah Pendidikan

Negara akan terus diberi penekanan. Kesepaduan unsur jasmani, emosi, rohani dan

intelek serta kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif adalah antara prinsip yang akan

dilaksanakan di samping memperkasakan penggunaan Bahasa Melayu (BM)

(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Bagi merealisasikan matlamat tersebut, maka

penekanan kepada penyebatian kemahiran berfikir yang berlandaskan prinsip-prinsip

operasi minda dan psikologi kognitif tahap tinggi perlu diamalkan oleh guru dalam proses

pengajaran dan pembelajaran (P-P) agar dapat melahirkan pelajar yang mampu bersaing

di peringkat antarabangsa (Zahara et. al. 2003; Juriah et. al. 2003).

Sekolah bestari merupakan salah satu agenda pendidikan dalam Rancangan

Malaysia Kesembilan menjelang tahun 2010. Hal ini memperlihatkan satu anjakan

paradigma dalam sistem pendidikan di Malaysia, yang bukan sahaja melibatkan

pengurusan dan pentadbiran tetapi juga kurikulum, pedagogi, penilaian dan bahan P-P.

Strategi P-P bestari yang berpusatkan pelajar dan guru pula bertindak sebagai fasilitator,

akan membolehkan pelajar berinteraksi dan menguasai pelbagai kemahiran belajar dan

kemahiran berfikir untuk membina keyakinan berbahasa dalam diri pelajar (Kementerian

Pendidikan Malaysia, 2001). Hal ini juga seiring dengan teras pertama dalam Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu membina negara bangsa melalui pendidikan.

Antara hasrat KPM menerusi teras tersebut adalah untuk memperkasakan bahasa

Melayu (bM). Kemahiran belajar cara belajar merupakan antara kemahiran bernilai

tambah yang perlu dikuasai oleh pelajar (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003) supaya

mereka peka dan dapat menguasai teknik pembelajaran yang berkesan dalam

pembelajaran BM. Antara kemahiran belajar yang dapat meningkatkan keupayaan pelajar

ialah kemahiran menggunakan strategi metakognitif dalam pembelajaran. Strategi ini

dapat meningkatkan kesedaran pelajar tentang proses berfikir dan pembelajaran yang

berlaku (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003). Oleh itu, strategi P-P yang diamalkan

oleh para guru perlulah menggalakkan pelibatan aktif pelajar serta menggabungjalinkan

kemahiran bahasa dengan kemahiran berfikir (Juriah et. al. 2003).

Pernyataan Masalah

Pencapaian BM pelajar juga mempunyai kaitan yang signifikan dengan kesedaran

metakognitif membaca (Rajendran 2000; Muhammad Azhar 1999; Muthusamy 1994).

Menurut Abdul Shukor (2000) keutamaan dalam sistem pendidikan negara kini bukan

sahaja untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya dalam pelajaran tetapi juga mampu

untuk berfikir bagi menyaingi perubahan yang kompleks dalam abad ke-21. Pembelajaran

2

Page 3: Tahap Kesedaran Metakognitif Pelajar Kpli Dalam Sistem Bahasa Melayu

yang menggunakan strategi metakognitif ini dapat meningkatkan kesedaran pelajar

tentang proses berfikir dan pembelajaran yang berlaku agar matlamat pendidikan untuk

melahirkan pelajar yang mampu menjana pemikiran berfikir peringkat tinggi, berilmu

pengetahuan luas, beretika tinggi dan bijaksana dapat direalisasikan (Abdul Raof &

Sharifah Nor 2000).

Kajian oleh Rosmahwati (2003) mendapati banyak pelajar mempunyai kesedaran

metakognitif dan kognitif tetapi kadang-kadang sahaja menggunakannya dalam ujian BM.

Oleh itu, guru-guru perlu membimbing pelajar untuk menggunakan aspek kesedaran

metakognitif, penggunaan strategi kognitif, perancangan metakognitif dan semakan

kendiri dalam ujian BM khususnya. Hal ini turut disokong oleh Low Chee Wah (2003) dan

Muhammad Azhar (1999) yang menyarankan guru-guru agar mengambil langkah yang

wajar untuk membimbing pelajar-pelajar dalam menggunakan strategi metakognitif dalam

pembelajaran kerana kajian yang dijalankan mendapati strategi metakognitif mempunyai

kaitan yang kuat dengan pencapaian pelajar. Menurut Rajendran (2000) proses

metakognisi menilai kebolehan seseorang dalam menentukan apa-apa yang diketahuinya

dan tidak diketahuinya. Tambahan pula, metakognisi menjadikan seseorang lebih sedar

tentang strategi yang digunakan dalam proses penyelesaian masalah.

Oleh hal yang demikian, pengkaji mendapati bahawa satu kajian perlu dijalankan

tentang tahap kesedaran metakognitif dalam kalangan pelajar KPLI Major BM dalam

penguasaan sistem bahasa BM, memandangkan pelajar-pelajar ini merupakan bakal

guru yang akan berada di sekolah bagi melaksanakan Kurikulum BM Sekolah Rendah.

Objektif Kajian

1. Meninjau tahap kesedaran metakognitif dimensi regulasi kognisi

perancangan pelajar dalam menguasai sistem bahasa BM;

2. Meninjau tahap kesedaran metakognitif dimensi regulasi kognisi

pemantauan pelajar dalam menguasai sistem bahasa BM;

3. Meninjau tahap kesedaran metakognitif dimensi regulasi kognisi penilaian

pelajar dalam menguasai sistem bahasa BM.

Soalan Kajian

1. Bagaimanakah tahap kesedaran metakognitif dimensi regulasi kognisi

perancangan pelajar dalam menguasai sistem bahasa BM?

2. Bagaimanakah tahap kesedaran metakognitif dimensi regulasi kognisi

pemantauan pelajar dalam menguasai sistem bahasa BM?

3. Bagaimanakah tahap kesedaran metakognitif dimensi regulasi kognisi

3

Page 4: Tahap Kesedaran Metakognitif Pelajar Kpli Dalam Sistem Bahasa Melayu

penilaian pelajar dalam menguasai sistem bahasa BM?

Kepentingan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap kesedaran metakognitif dalam kalangan pelajar

KPLI Major BM dalam menguasai sistem bahasa BM. Dapatan kajian ini dapat memberi

manfaat kepada pelajar KPLI yang merupakan bakal guru BM di sekolah rendah agar

lebih peka terhadap kepentingan untuk meningkatkan tahap kesedaran metakognitif

tentang sistem bahasa BM. Dengan adanya kesedaran metakognitif, pelajar KPLI Major

BM akan lebih berinisiatif untuk menjadikan tahap penguasaan sistem bahasa BM

mereka lebih baik, betul dan berkesan khasnya semasa proses lisan, membaca dan

menulis.

Selain itu, kepentingan kajian ini kepada pihak pensyarah di Jabatan Pengajian

Melayu (JPM) ialah agar mereka lebih sedar tentang keperluan untuk meningkatkan

tahap penggunaan strategi metakognitif pelajar KPLI Major BM dalam penguasaan sistem

bahasa BM. Penggunaan strategi metakognitif dapat meningkatkan pencapaian pelajar

dalam pelbagai mata pelajaran khasnya mata pelajaran BM. Dapatan kajian ini juga dapat

digunakan oleh Jabatan Pelajaran dan Kementerian Pelajaran untuk merangka program

dan kursus metakognitif untuk para guru kelak agar dapat diaplikasikan strategi ini

dalam proses P-P bagi meningkatkan tahap metakognitif dan pencapaian pelajar dalam

pembelajaran bahasa.

Skop Kajian

Responden kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar KPLI Major BM Ambilan Januari

2008. Bilangan responden adalah seramai 60 orang pelajar. Responden akan menjawab

soalan tentang sistem bahasa. Kajian ini akan ditadbirkan oleh pengkaji sendiri dengan

kerjasama pensyarah JPM. Kajian ini hanya terbatas kepada pelajar-pelajar KPLI Major

BM Ambilan Januari 2008 di IPPM Melaka sahaja dan tidak boleh digeneralisasikan.

Alat kajian yang digunakan ialah ujian soalan sistem bahasa BM dan soal selidik

tentang kesedaran metakognitif dalam penguasaan sistem bahasa BM. Soalan ujian

tentang sistem bahasa BM terdiri daripada soalan tatabahasa iaitu morfologi dan

sintaksis, sistem ejaan, dan kosa kata BM. Selain itu, temu bual secara separa

berstruktur juga dilaksanakan terhadap dua orang pelajar.

4

Page 5: Tahap Kesedaran Metakognitif Pelajar Kpli Dalam Sistem Bahasa Melayu

Definisi Operasional

Kesedaran Metakognitif

Metakognitif didefinisikan sebagai kesedaran tentang apa-apa yang diketahui dan tidak

diketahui. Strategi ini merujuk kepada cara untuk meningkatkan kesedaran tentang proses

berfikir dan pembelajaran yang berlaku. Apabila kesedaran ini wujud, seseorang dapat

mengawal fikirannya dengan merancang, memantau dan menilai apa-apa yang dipelajari

(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003).

Menurut Beyer (1997) metakognisi ialah thinking about one’s thinking. Proses

metakognisi berlaku sebelum dan semasa seseorang itu berfikir. Metakognisi adalah

tatacara bagaimana seseorang merancang dalam minda untuk melaksanakan sesuatu

tugasan berfikir. Metakognisi melibatkan pemantauan dan penilaian tentang bagaimana

seseorang itu melakukannya sehinggalah merancang semula, mengubah suai tindakan

yang diambil bagi melupuskan kecacatan, membaiki kesilapan atau mengatasi sesuatu

halangan yang tidak dijangka.

Baker & Brown (1984) menyatakan bahawa metakognisi mengandungi dua

elemen penting iaitu (i) pengetahuan atau kesedaran seseorang tentang proses

kognitifnya; dan (ii) keupayaan seseorang untuk mengawal atau memantau aktiviti

kognitifnya. Metakognitif adalah berbentuk konstruktif kerana proses pemikiran tersebut

memandu seseorang semasa berlakunya proses pemikiran.

Campione & Brown (1977) dan Flavell, (1985) mendefinisikan metakognisi

sebagai aktiviti mental untuk memantau, mengawal dan merancang penyelesaian

masalah, pemahaman, ingatan dan proses kognitif yang lain. Metakognisi meliputi dua

dimensi yang berhubungan iaitu pengetahuan kognisi dan regulasi kognisi. Pengetahuan

kognisi ialah apa-apa yang seseorang itu ketahui tentang kognisi manakala regulasi

kognisi ialah bagaimana seseorang itu meregulasikan kognisi tersebut. (Brown

1980,1987) dalam Bruning et..al. (2004).

Sistem Bahasa Melayu

Menurut KPM (2003) sistem bahasa terdiri daripada tatabahasa, kosa kata, sistem ejaan,

sebutan dan intonasi, dan peribahasa. Pelaksanaan sistem bahasa dalam P-P BM adalah

untuk membolehkan murid menggunakan dan mengamalkan bahasa Melayu baku.

5

Page 6: Tahap Kesedaran Metakognitif Pelajar Kpli Dalam Sistem Bahasa Melayu

BAB 2: KAJIAN LITERATUR

Kajian Lepas

Banyak kajian luar negara yang telah dijalankan berkaitan dengan strategi metakognitif

dalam pembelajaran. Kajian oleh Muhamad Maqsud (1998) mendapati pelajar yang

menggunakan strategi metakognitif dalam pembelajaran akan menunjukkan peningkatan

dalam pencapaian prestasi akademik Kajian-kajian oleh Groller et. al. (1991), Sperling et.

al. (2004), Vershaffel (2005) dan Swanson (1990) turut mendapati strategi metakognisi

membantu pelajar dalam aktiviti pembelajaran mereka. Mc Crindle dan Christensen

(1995) dalam kajian eksperimen terhadap pelajar universiti mendapati penggunaan

strategi metakognitif yang banyak seperti merancang dan menyemak serta penggunaan

strategi kognisi yang sesuai iaitu penyusunan dan penghuraian dalam penulisan jurnal

dapat meningkatkan kesedaran, perancangan dan pengawalan metakognitif semasa

pembelajaran.

Kajian Mohammed Darabie (2000) terhadap strategi metakognitif mendapati 62%

pelajar kolej di Jordan dapat membuat penilaian dan pemantauan terhadap topik

semasa membaca dan strategi metakognitif mempunyai hubungan dengan pencapaian

dalam ujian kefahaman Bahasa Inggeris. Ini menunjukkan bahawa strategi kesedaran

metakognitif dapat membantu pelajar membina penilaian kendiri dan membuat refleksi

tentang topik yang dibaca. Phakiti (2003) menjalankan kajian untuk melihat hubungan

penggunaan strategi kognitif dan strategi metakognisi terhadap ujian membaca kepada

seramai 384 orang pelajar yang mendaftar dalam kursus Bahasa Inggeris asas di sebuah

Universiti di Thailand, dan mengambil ujian dalam ujian membaca English as a Foreign

Language (EFL). Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan strategi kognitif dan

metakognitif mempunyai hubungan yang positif dalam ujian membaca. Begitu juga

dengan pelajar yang mempunyai kejayaan sederhana yang menggunakan kedua-dua

strategi tersebut lebih baik berbanding pelajar yang gagal dalam ujian yang diikuti.

Witherspoon (1996) dalam kajiannya mendapati kumpulan yang menerima arahan strategi

metakognitif mempunyai kesedaran metapemahaman yang lebih signifikan daripada

kumpulan kawalan. Pengajaran kemahiran metapemahaman didapati berkesan untuk

meningkatkan kesedaran pemahaman, berfikir secara kritis dan kesedaran membaca.

(Jordon,1990).

Kajian dalam negara oleh Savimuthu (1999) mendapati mahasiswa sesi kuliah

kursus BM mengamalkan strategi metakognitif walaupun tidak banyak, namun subjek

kajian mempunyai kesedaran dan pengawalan terhadap aktiviti kognitifnya semasa

kuliah. Nik Suriana (2003) dalam kajiannya mendapati pembaca mahir lebih banyak

menggunakan strategi metakognitif berbanding pembaca kurang mahir dalam

6

Page 7: Tahap Kesedaran Metakognitif Pelajar Kpli Dalam Sistem Bahasa Melayu

pemahaman bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Pembaca mahir lebih tekal dalam

merancang, memantau dan menilai. Pembaca kurang mahir hanya merancang dan

memantau sahaja. Kajian Saemah (2004) tentang hubungan antara metakognisi, motivasi

dengan pencapaian akademik pelajar universiti mendapati kesedaran metakognitif

mempunyai hubungan langsung yang positif dengan pencapaian akademik, manakala

matlamat prestasi mempunyai hubungan langsung yang negatif dengan pencapaian

akademik. Menurut Saemah, pelajar-pelajar di peringkat universiti masih memerlukan

bimbingan untuk meningkatkan kebolehan metakognisi ke arah peningkatan pencapaian

akademik mereka.

Kerangka Teoritikal Kajian

Model Metakognitif Brown

Brown (1980) mendefinisikan operasi metakognitif sebagai pengetahuan tentang

kognisi seseorang iaitu pengetahuan dan kawalan secara sedar seseorang terhadap

proses kognitif mereka sendiri. Brown (1987) menjelaskan bahawa operasi metakognitif

adalah kawalan eksekutif terhadap tahap berfikir seseorang. Pemikir yang mahir

melibatkan diri dalam proses metakognitif secara berterusan dalam melaksanakan

tugasan yang melibatkan proses meramal, merancang, menyemak dan memantau

pemikiran. Menurut Brown (1980, 1987) operasi metakognitif mengandungi dua dimensi

yang berkaitan iaitu pengetahuan kognisi dan regulasi kognisi. Pengetahuan kognisi ialah

apa-apa yang kita ketahui tentang kognisi dan regulasi kognisi ialah bagaimana kita

meregulasikan kognisi.

Regulasi Kognisi mengandungi tiga komponen iaitu:

1. merancang, iaitu menetapkan matlamat, mengaktifkan latar belakang pengetahuan

yang berkaitan dan merancang masa;

2. pemantauan dan kemahiran penilaian kendiri perlu untuk mengawal pembelajaran,

antaranya akitiviti membuat jangkaan atau berhenti seketika semasa membaca,

strategi urutan, dan memilih strategi pemulihan yang bersesuaian;

3. penilaian, iaitu menghargai produk dan mengawal matlamat seseorang, mengkaji

semula andaian dan menggabungkan pencapaian intelektual.

Brown (1980, 1987) menyatakan bahawa regulasi kognisi tidak seperti

pengetahuan kognisi kerana sering tidak disedari dalam situasi pembelajaran. Proses

regulasi kognisi berlaku secara automatik pada diri pelajar dewasa. Sebahagian daripada

proses ini berkembang tanpa disedari, yang sukar untuk dijelaskan kepada orang lain.

7

Page 8: Tahap Kesedaran Metakognitif Pelajar Kpli Dalam Sistem Bahasa Melayu

TAHAP KESEDARAN METAKOGNITIF

PELAJAR

Pengetahuan ini dikuasai secara beransur-ansur selaras dengan usia dan pengalaman

individu. Kanak-kanak yang lebih dewasa menjadi pelajar yang lebih berjaya kerana

mereka secara dalaman dari masa ke masa mempunyai lebih maklumat metakogitif. Hal

ini disebabkan kanak-kanak muda kurang mampu untuk mengorganisasikan bahan dan

kurang kesedaran tentang kepentingan berbuat demikian. Kemahiran metakognitif atau

metamemori masih belum berkembang dalam diri mereka. Semakin banyak

pengetahuan dan pengalaman yang bermakna semakin baik pula kemahiran kawalan diri

dalam masa menjalankan aktiviti kognitif. Gambaran tentang model Brown (1984) dapat

diringkaskan seperti Rajah 2.1:

Proses Kognisi Sumber Kognisi menyemak merancang memantau menilai

Manusia sebagai Penyesuaian manusia sebagai makhluk berakalpemikir dengan kehendak situasi pembelajaran

Rajah 2.1 Model Metakognisi Brown (Sumber: Baker & Brown 1984)

Kerangka Konseptual Kajian

Kajian ini menggunakan kerangka konseptual kesedaran metakognitif yang diubah suai

daripada model yang dibina oleh Shraw dan Dennison (1994). Dalam kajian ini

metakognitif merujuk kepada kesedaran pelajar tentang proses metakognitif mereka dari

dimensi kognisi regulasi yang melibatkan aktiviti perancangan, pemantauan dan penilaian

dalam kalangan pelajar KPLI Major BM. Kajian ini juga bertujuan untuk meninjau sejauh

mana kesedaran metakognitif pelajar KPLI Major BM dalam penguasaan sistem bahasa

BM. Kerangka konsep kajian ini ditunjukkan pada Rajah 2.1

Rajah 2.1 Kesedaran Metakognitif Pelajar KPLI Major BM dalam Sistem Bahasa BM

8

REGULASI KOGNISI Merancang Memantau Menilai

PelajarKPLI

Major BM

Pengetahuan tentang Metakognisi

Mekanisme Pengawalan kendiri

Kemahiran/Strategi Metakognitif

Ujian Tatabahasa,

SistemEjaan,

danKosa Kata

Page 9: Tahap Kesedaran Metakognitif Pelajar Kpli Dalam Sistem Bahasa Melayu

BAB 3: METODOLOGI KAJIAN

Kaedah Kajian

Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah tinjauan dengan menggunakan alat

ujian tatabahasa dan soal selidik tentang kesedaran metakognitif pelajar dalam

penguasaan sistem bahasa BM.

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini berbentuk deskriptif dan kuantitatif yang dijalankan terhadap 60 orang pelajar

KPLI Major BM Ambilan Januari 2008 di IPPM, Melaka. Kajian ini bertujuan untuk melihat

kesedaran metakognitif pelajar KPLI dalam penguasaan sistem bahasa BM. Data kajian

dikumpulkan melalui soal selidik yang diubah suai daripada Metacognitive Awareness

Inventory yang dibina oleh Shraw dan Dennison (1994).

Instrumen Kajian

Alat kajian yang digunakan ialah ujian sistem bahasa, soal selidik dan temu bual separa

berstruktur. Ujian tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksis, ejaan dan kosa kata

yang mengandungi 30 soalan yang perlu dijawab dalam masa 30 minit. Soal selidik pula

terdiri daripada soalan untuk mengenal pasti kesedaran metakognitif pelajaran dalam

penguasaan sistem bahasa BM. Skedul temu bual pula bertujuan untuk mengutip data

secara deskriptif dan mendapatkan maklumat yang lebih tepat, mendalam serta huraian

yang lebih jelas.

Kesahan

Alat kajian iaitu soal selidik diubah suai daripada Metacognitive Awareness Inventory

yang dibina oleh Shraw & Dennison. Pengkaji telah mendapatkan pandangan pakar

dalam bidang metakognitif di Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia dan

pakar bahasa iaitu Munsyi Dewan untuk menentukan kesesuaian dan ketepatan

penterjemahan bahasa yang telah dilakukan.

Kebolehpercayaan

Angkali kebolehpercayaan diukur dengan menggunakan indeks kebolehpercayaan Alpha

Cronbach. Daripada hasil kajian rintis yang dijalankan oleh pengkaji, indeks

kebolehpercayaan Alpha Cronbach yang didapati ialah 0.9174.

9

Page 10: Tahap Kesedaran Metakognitif Pelajar Kpli Dalam Sistem Bahasa Melayu

Kajian Rintis

Kajian rintis ini telah ditadbirkan kepada 25 pelajar KPLI Minor BM Ambilan Januari

2008 pada bulan Mac 2008.

Subjek Kajian

Populasi kajian terdiri daripada 60 orang pelajar KPLI Major BM Ambilan Januari 2008 di

IPPM Melaka. Sampel ialah kesemua 60 orang pelajar KPLI Major BM Ambilan Januari

2008 di IPPM Melaka. Dua orang responden dipilih untuk menjalani sesi temu bual. Ciri-

ciri demografi sampel ialah pelajar KPLI Major BM yang telah memperoleh ijazah pertama

dalam bidang BM seperti linguistik dan pengajian BM di universiti awam dari seluruh

negara dan sesetengahnya berpengalaman mengajarkan BM di sekolah-sekolah.

Prosedur

Merekod Maklumat: Data kajian didapati melalui penggunaan set borang soal selidik yang

dijalankan sendiri oleh pengkaji dan pensyarah yang mengajarkan bidang major BM.

Pengkaji sendiri telah menjalankan temu bual terhadap pelajar yang dipilih secara rawak

sebagai responden sejurus selepas ujian penguasaaan tatabahasa secara bertulis

dijalankan.

Menganalisis data kajian: Kajian dijalankan dengan menggunakan soal selidik

skala likert lima mata seperti di Jadual 3.1:

Jadual 3.1 Skala likert

Skala Aras Persetujuan

1 Langsung Tidak Sedar

2 Tidak Sedar

3 Sederhana Sedar

4 Sedar

5 Sangat Sedar

Data kajian yang telah dikutip menerusi soal selidik dianalisis menggunakan

Program SPSS Versi 12.0.(Statistical Package for Social Science version 12.0). Data

kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif seperti kekerapan, peratus dan min bagi

mendapat taburan profil responden dan kesedaran metakognitif regulasi kognisi dimensi

perancangan, pemantauan, dan penilaian. Nilai skor min yang lebih tinggi antara kelima-

lima dimensi akan menunjukkan dimensi yang lebih dominan. Jadual interpretasi skor min

ditunjukkan pada Jadual 3.2.

10

Page 11: Tahap Kesedaran Metakognitif Pelajar Kpli Dalam Sistem Bahasa Melayu

Jadual 3.2 Jadual interpretasi skor min

Skor Min Aras Persetujuan Interpretasi

Aras Persetujuan

1.00 – 1.80 Langsung Tidak Sedar Sangat Rendah

1.81 – 2.60 Tidak Sedar Rendah

2.61 – 3.40 Sederhana Sedar Sederhana Tinggi

3.41 – 4.20 Sedar Tinggi

4.20 – 5.00 Sangat Sedar Sangat Tinggi

BAB 4: HASIL KAJIAN

Kajian ini melibatkan 60 orang pelajar KPLI Major BM Ambilan Januari 2008 di IPPM

Melaka. Kesedaran metakognitif pelajar dilihat dari aspek perancangan, pemantauan dan

penilaian dalam penguasaan sistem bahasa BM iaitu morfologi, sintaksis, sistem ejaan

dan kosa kata.

4.1 Kesedaran Metakognitif Dimensi Regulasi Kognisi Perancangan

Kajian menunjukkan kesedaran metakognitif pelajar KPLI Major BM Ambilan Januari

2008 di IPPM Melaka dilihat dari aspek perancangan dalam penguasaan sistem bahasa

BM iaitu morfologi, sintaksis, sistem ejaan dan kosa kata berada pada tahap tinggi (min

3.8). Dapatan juga menunjukkan min kesedaran pelajar dari aspek pemantauan dalam

keenam-enam item adalah tinggi. Hasil kajian menunjukkan tahap kesedaran yang paling

tinggi ialah berfikir apa-apa yang perlu difahami sebelum memulakan tugas menjawab

soalan sistem bahasa (min 4.25) dan membaca arahan dengan teliti sebelum memulakan

tugas menjawab soalan sistem bahasa (min 4.40). Sementara itu, pelajar juga

mempunyai kesedaran yang tinggi dalam menetapkan matlamat khusus sebelum

memulakan sesuatu tugasan (min 3.78), bertanya diri sendiri tentang aspek tatabahasa

(min 3.91) dan memikirkan beberapa cara untuk menyelesaikan masalah (min 3.9074).

Namun pelajar mempunyai kesedaran yang sederhana tinggi dalam mempercepat kadar

kelajuan supaya mempunyai masa yang mencukupi semasa menjawab soalan sistem

bahasa (min 3.44).

Data temu bual menunjukkan P1 dan P2 mempunyai kesedaran yang tinggi dari

aspek perancangan dalam penguasaan sistem bahasa BM dalam lima item kecuali

pelajar kurang merancang dalam mempercepat kadar kelajuan supaya masa mencukupi.

11

Page 12: Tahap Kesedaran Metakognitif Pelajar Kpli Dalam Sistem Bahasa Melayu

Contoh:

P1: Saya cuba berfikir apa yang perlu saya fahami apabila menjawab soalan sistem bahasa. Oleh itu saya akan membaca arahan dengan teliti .P1: Saya akan memikirkan..... strategi dalam menyelesaikan tugasan.Tapi.... saya kurang menitikberatkan masa yang saya ambil dalam menjawab soalan.P2: Ye... ada rancang strategi sendiri apabila menjawab .

4.2 Kesedaran Metakognitif Dimensi Regulasi Kognisi Pemantauan

Kajian menunjukkan kesedaran metakognitif pelajar KPLI Major BM Ambilan Januari

2008 di IPPM Melaka dilihat dari aspek pemantauan dalam penguasaan sistem bahasa

BM iaitu morfologi, sintaksis, sistem ejaan dan kosa kata berada pada tahap sangat tinggi

(min 4.5). Hasil kajian menunjukkan tahap kesedaran pelajar dalam aspek pemantauan

adalah tinggi dalam kelapan-lapan item iaitu item merancang masa sebaik-baiknya untuk

mencapai matlamat (min 4.01), bertanya diri sendiri secara berkala (min 3.78),

mempertimbangkan beberapa pilihan sebelum membuat beberapa penyelesaian (min

4.0), bertanya diri sendiri dalam mempertimbangkan pilihan (min 3.83), mengkaji soalan

secara berkala untuk membantu memahami hubungan yang penting dalam sistem bahasa

(min 3.61), menganalisis kepentingan strategi semasa menjawab soalan (min 3.54), dan

berhenti untuk menyemak pemahaman tentang sistem bahasa (min 3.72).

Data temu bual menunjukkan P1 lebih kerap memantau dalam menguasai

pembelajaran sistem bahasa berbanding P2. P2 tidak memantau dari aspek pemilihan

maklumat sepanjang pembelajaran sistem bahasa tersebut. Kedua-dua responden

mengimbas maklumat yang dipilih dan memantau strategi yang digunakan. Selain itu

kedua-dua responden juga sering memantau keberkesanan apa-apa yang telah dipelajari

dalam aktiviti sistem bahasa.

Contoh:P2: Saya tidak memantau apa yang pilih

Saya imbas maklumat yang dipilih dan strategi yang digunakan supaya pemahaman betul dan dapat baiki pada masa akan datang kalau salah.

P1: Saya sentiasa pantau maklumat betul ke tidak, saring maklumat , mana tak betul saya gugurkanlah.

4.3 Kesedaran Metakognitif Dimensi Regulasi Kognisi Penilaian

Kajian menunjukkan kesedaran metakognitif pelajar KPLI Major BM Ambilan Januari

2008 di IPPM Melaka dilihat dari aspek penilaian dalam penguasaan sistem bahasa BM

iaitu morfologi, sintaksis, sistem ejaan dan kosa kata berada pada tahap tinggi( min 3.85).

Hasil kajian menunjukkan tahap kesedaran pelajar dalam aspek penilaian adalah tinggi

dalam ketujuh-tujuh item iaitu bertanya diri sendiri sebaik mana pencapaian semasa

memulakan tugas menjawab soalan sistem bahasa (min 3.91), mengetahui tahap

12

Page 13: Tahap Kesedaran Metakognitif Pelajar Kpli Dalam Sistem Bahasa Melayu

pencapaian setelah selesai menjawab soalan (min 4.07), bertanya diri sendiri jika ada

cara yang lebih mudah untuk menyelesaikan soalan (min 4.04), merumuskan apa-apa

yang telah dipelajari selepas selesai menjawab soalan (min 3.62), bertanya diri sendiri

sebaik mana pencapaian matlamat (min 3.83), bertanya sendiri jika telah

mempertimbangkan semua pilihan selepas selesai menjawab soalan (min 3.93), dan

bertanya diri sendiri jika telah belajar secukupnya selepas selesai menjawab soalan

sistem bahasa (min 3.94).

Data temu bual menunjukkan tahap kesedaran kedua-dua responden adalah

tinggi dalam aspek penilaian dalam penguasaan sistem bahasa BM. Responden bertanya

pada diri sendiri sejauh mana pencapaian mereka menepati tugasan dan juga bertanya

diri sendiri untuk memastikan kepuasan dalam penguasaan sistem bahasa. Responden

juga ada kalanya berfikir tentang cara yang mudah untuk menyelesaikan soalan dan

merumuskan jawapan.

Contoh:

P1: Saya sering bertanya pada diri sendiri apa yang saya buat menepati atau tidak. Saya pastikan kepuasan hasil tugasan. Kadang-kadang adalah saya buat fikirkan cara yang lebih mudah dan buat rumusan....nanti .....saya tahulah cara yang lebih baik.

P2: Saya menilai hasilan kerja adakah ia menepati tajuk dan dapat diterima atau tidak. Penting untuk kepuasan diri. Saya kadang-kadang fikir cara yang lebih mudah dan kadang-kadang merumuskan apa yang telah saya lakukan. Yalah.... supaya kita tahu jawapan yang baik kan.

Dapatan kajian daripada data soal selidik dan temu bual menunjukkan pelajar

KPLI Major BM Ambilan Januari 2008 di IPPM Melaka mempunyai tahap kesedaran

metakognitif yang sangat tinggi dari aspek pemantauan, dan tinggi dari aspek

perancangan, dan penilaian dalam penguasaan sistem bahasa BM iaitu morfologi,

sintaksis, sistem ejaan dan kosa kata. Namun terdapat perbezaan min antara item dalam

setiap konstruk .

BAB 5: RUMUSAN

Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap kesedaran metakognitif pelajar KPLI Major BM

Ambilan Januari 2008 di IPPM dalam sistem bahasa BM. Objektif kajian ini adalah untuk:

1. Meninjau tahap kesedaran metakognitif dimensi regulasi kognisi

perancangan pelajar dalam menguasai sistem bahasa BM;

13

Page 14: Tahap Kesedaran Metakognitif Pelajar Kpli Dalam Sistem Bahasa Melayu

2. Meninjau tahap kesedaran metakognitif dimensi regulasi kognisi

pemantauan pelajar dalam menguasai sistem bahasa BM;

3. Meninjau tahap kesedaran metakognitif dimensi regulasi kognisi penilaian

pelajar dalam menguasai sistem bahasa BM.

Dapatan Kajian

Dapatan kajian menunjukkan kesedaran metakognitif pelajar KPLI Major BM Ambilan

Januari 2008 di IPPM Melaka dilihat dalam penguasaan sistem bahasa BM iaitu

morfologi, sintaksis, sistem ejaan dan kosa kata berada pada tahap tinggi dalam ketiga-

tiga aspek iaitu perancangan, pemantauan, dan penilaian. Namun demikian tahap

kesedaran pelajar-pelajar KPLI Major BM Ambilan Januari 2008 di IPPM Melaka ini

adalah sederhana tinggi dalam beberapa item tertentu dalam aspek perancangan,

pemantauan dan penilaian.

Dalam aspek perancangan, keseluruhan dapatan soal selidik dan temu bual

menunjukkan pelajar mempunyai kesedaran metakognitif yang tinggi dalam menguasai

sistem bahasa. Namun, pelajar masih kurang mempunyai kesedaran metakognitif untuk

merancang masa dalam menjawab soalan sistem bahasa. Manakala dalam aspek

pemantauan pula, pelajar mempunyai kesedaran metakognitif yang tinggi untuk

memantau penguasaan sistem bahasa mereka. Namun, data temu bual mendapati

responden masih tidak memantau dalam beberapa item yang tertentu seperti pemilihan

maklumat sepanjang pembelajaran sistem bahasa tersebut. Dalam aspek penilaian,

dapatan menunjukkan pelajar mempunyai tahap kesedaran metakognitif yang tinggi.

Namun, data temu bual mendapati pelajar masih mempunyai tahap kesedaran yang

kurang tinggi dalam aspek penilaian untuk berfikir cara yang mudah untuk

menyelesaikan soalan dan merumuskan jawapan tugasan.

Perbincangan

Dapatan kajian ini menyokong dapatan kajian yang dilakukan oleh Suhaida (2003) yang

mendapati tahap kesedaran metakognitif pelajar matrikulasi adalah tinggi. Abu Bakar

(2003) turut mendapati guru pelatih institut perguruan kerap menggunakan strategi

metakognitif dalam pembelajaran Bahasa Inggeris. Savimuthu (1999) pula menjalankan

kajiannya terhadap mahasiswa sesi kuliah kursus BM dari perspektif metakognitif dan

mendapati subjek kajian mengamalkan strategi tersebut walaupun tidak banyak. Namun

subjek mempunyai kesedaran dan pengawalan terhadap aktiviti kognitifnya semasa

kuliah. Ini menunjukkan pelajar-pelajar dewasa mempunyai kesedaran menggunakan

strategi metakognitif dalam pembelajaran.

14

Page 15: Tahap Kesedaran Metakognitif Pelajar Kpli Dalam Sistem Bahasa Melayu

Justeru untuk meningkatkan kesedaran metakognitif dalam kalangan pelajar,

Saemah (2004) mencadangkan agar pelajar universiti diberi bimbingan tentang keperluan

meningkatkan kesedaran metakognitif. Saranan ini turut disokong oleh Rosmahwati

(2003) yang mencadangkan guru-guru mengambil langkah sewajarnya untuk

membimbing pelajar menggunakan aspek kesedaran metakognitif, penggunaan strategi

kognitif, perancangan metakognitif dan semakan kendiri dalam ujian BM khasnya untuk

meningkatkan pencapaian pelajar. Sementara itu, Low (2003); Norhayati (2003); Agnes

(2003) dan Rosmahwati (2003) menyarankan guru-guru membimbing pelajar

menggunakan strategi metakognisi dalam P-P untuk meningkatkan pemahaman dalam

bacaan. Ini selari dengan pandangan Brown (1984) yang menyatakan walaupun

kemahiran metakognitif sukar untuk diajar kepada pembaca namun strategi ini penting

untuk bacaan yang berkesan. Melalui pengajaran metakognitif pelajar dapat dibantu

menjadi pemikir yang berkesan dan berkemahiran, memperbaiki pencapaian akademik,

membantu pelajar membina konsep kendiri yang lebih positif dan membina tabiat dan

kebolehan yang diperlukan oleh masyarakat dalam dunia yang kompleks ini (Beyer 1988).

Semakin banyak pelajar tahu tentang strategi belajar yang berkesan, semakin tinggi

kesedaran metakognitif dan semakin tinggi pencapaian mereka di dalam bilik darjah

(Baker & Brown 1984).

Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar KPLI Major

BM Ambilan Januari IPPM 2008 mempunyai kesedaran metakognitif yang tinggi dalam

ketiga-tiga aspek iaitu perancangan, pemantauan, dan penilaian. Namun kesedaran

metakognitif tersebut masih perlu ditingkatkan khasnya dalam beberapa aspek kerana

strategi metakognitif dapat meningkatkan kesedaran pelajar tentang proses berfikir dan

pembelajaran yang berlaku. Kesedaran metakognitif mempunyai hubungan dengan

pencapaian pelajar-pelajar. Dapatan kajian ini mempunyai implikasi kepada beberapa

pihak yang terlibat dalam merangka dan melaksanakan proses berfikir dalam P-P agar

pelajar dapat merealisasikan pembelajaran kendiri menggunakan strategi metakognitif

secara sedar serta berupaya menilai dan menganalisis proses P-P yang dilalui.

Oleh itu, pelajar-pelajar perlu mengaplikasikan kaedah metakognisi secara sedar

dalam strategi pembelajaran BM. Dengan adanya pengetahuan metakognisi dan

kesedaran metakognisi, pelajar berupaya merancang, memantau, dan menilai

pembelajaran secara kendiri dengan berkesan. Justeru, dalam P-P guru-guru berperanan

untuk meningkatkan kesedaran metakognitif dalam kalangan pelajar. Guru berperanan

untuk memastikan strategi P-P yang diamalkan menggalakkan pelibatan aktif pelajar

serta menggabungjalinkan kemahiran bahasa dengan kemahiran berfikir (Juriah et. al.

2003). Pelajar-pelajar juga perlu dibimbing menggunakan strategi metakognisi oleh guru-

15

Page 16: Tahap Kesedaran Metakognitif Pelajar Kpli Dalam Sistem Bahasa Melayu

guru semasa proses P-P kerana ia dapat menjadikan pelajar pemikir yang lebih berkesan

dan berkemahiran, membina konsep kendiri yang lebih positif, membantu pencapaian

yang lebih tinggi di dalam dan di luar sekolah serta dapat membina kemahiran berfikir

dengan baik untuk bersaing dan menyesuaikan diri di dunia yang kompleks ini untuk

kelangsungan hidup dan kejayaan (Beyer 1988; Brown 1980). Pihak institut perlu

merangka program-program tentang strategi belajar menggunakan proses berfikir yang

dapat membantu pelajar dalam pembelajaran. Semakin banyak pelajar tahu tentang

strategi belajar yang berkesan, semakin tinggi kesedaran metakognitif dan semakin tinggi

pencapaian di dalam bilik darjah (Baker & Brown 1984).

Kesimpulan

Berdasarkan dapatan kajian ini, bakal guru BM perlu didedahkan dengan kursus

peningkatan profesionalisme strategi metakognitif dalam P-P supaya dapat merangka

proses pengajaran yang menjurus ke arah pembelajaran terarah kendiri menggunakan

strategi metakognitif. Justeru, pelajar-pelajar akan dapat dibimbing secara sedar dan

terancang untuk menggunakan strategi metakognitif dalam pembelajaran BM. Pihak

panitia sekolah dan daerah, pengurusan sekolah, guru-guru cemerlang dan Jabatan

Pelajaran Negeri, Institut Pendidikan Guru serta Pusat Perkembangan Kurikulum

berperanan untuk membimbing guru-guru melalui kursus yang berkaitan dengan kaedah

metakognitif dalam proses P-P secara berterusan.

Menurut Wan Zahid (2003) tumpuan utama bagi proses P-P bukanlah untuk

menyekolahkan ingatan tetapi menyekolahkan minda. Guru yang profesional akan

mewujudkan pembelajaran berpusatkan pemikiran dalam proses P-P. Pelajar perlu

berkebolehan mengenal pasti masalah sendiri, belajar sendiri, berfikir sendiri serta

membuat keputusan dan tindakan sendiri serta boleh menyelesaikan masalah secara

berkesan (Abdul Raof & Sharifah Nor, 2000). Justeru, warga pendidik berperanan untuk

membantu dan membentuk pelajar supaya mempunyai kesedaran untuk menggunakan

proses berfikir secara kendiri agar dapat melahirkan insan pelajar yang mampu bersaing

di peringkat global.

RUJUKAN

Abdul Raof Husin & Sharifah Nor Puteh. 2000. Penyemakan semula kurikulum untuk pendidikan alaf baru. Strategising Teaching and Learning In The 21st

Century. Vol 1, hlm. 330 -342.Abdul Shukor Abdullah. 2000. Development of a learning and thinking society.

Strategising Teaching and Learning In The 21st Century Vol 1, hlm 1-16.Aek Phakiti. 2003. A closerlook at the relationship of cognitive and metacognitive

strategy use to EFL reading achievement test performance. Language Testing. 20: 26 - 31.

16

Page 17: Tahap Kesedaran Metakognitif Pelajar Kpli Dalam Sistem Bahasa Melayu

Baker, L. & Brown, A. 1984. Metacognition skills and reading. Whiteplains N.Y: Longman.

Beyer, B.K. 1997. Improving student thinking: A comprehensive approach. USA: Allyn and Bacon.

rown, A. L. 1980. Metacognitive development and reading. Dlm Spiro, R.J., Bruce, B.C. & Brewer, W.F. (pnyt). Theoritical issues in reading comprehension, hlm. 453-481. Hillsdale, NJ: Erlbaum.

Brown, A.L. 1987. Metacognition, executive control, self-regulation and other more mysterious mechanism. Dlm Weinert, . F.E. & Kluwe, R.H. (pnyt) Metacognition, motivation and understanding. hlm 65-116. Hillsdale, New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates.

Brown, H.D. 2000. Principles of language learning and teaching. San Francisco. Longman

Bruning, R.H., Shraw, G. J., Norby, M.M. & Ronning, R.R. 2004. Cognitive psycology and instruction. New Jersey: Pearson Education Incorporation.

Campione, J.C & Brown, A.L. 1977. Memory and metamemory development in educable retarded children. Dlm. Karl, R.V.Jr. & Hagen, J.W. (pnyt) Perspective on the development of memory and cognition. Hillsdale,NJ:Erlbaum.

Cano-Garca, F. & Hughes, E.H. 2000. Learning and thinking styles: An analysis of their interrelationship and influence on academic achievement. Educational Psycology, 20: 421-427.

Flavell., J.H. 1985. Cognitive development (2nd ed). New Jersey: Prentice Hall.Groller, K.L., Kender, J.P. & Honeyman, D.S. 1991. Does instruction on

metacognitive strategies help high school students use advance organizers. Journal of Reading. 34 (1):470-475

Jordon, C. 1990. The relationship among reading comprehension , critical thinking and metacomprehension and the effects of meracomprehensive strategic training. (atas talian) http://wwwlib.umi.com/dissertation/fullcit. [14 Mei 2006]

Juriah Long et.al. 2003. Hala tuju pendidikan dan latihan guru Bahasa Melayu pada abad ke 21. Jurnal Bahasa.3 (3): 345 – 390.

Kelingger, F.M.T. 1973. Foundation in behaviorial research. Ed. ke-2. New York: Holi Winhart and Winson.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 1997. Smart school flagship application: The Malaysian Smartschool : A conceptual blueprint.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia kBSM

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Pembangunan pendidikan 2001-2010. Low Chee Wah. 2003. Hubungan antara pencapaian pemahaman membaca

dengan strategi metakognisi dalam kalangan pelajar bukan Melayu di SMK Likas Kota Kinabalu. Projek Penyelidikan Master Sains. Universiti Putra Malaysia.

Mc Crindle, A.R. & Christensen, C.A. 1995. The impact of learning journal on metakognitif and cognitive processess and learning performance. Learning And Instruction. 5: 167-185.

Mohammed Darabie. 2000. The relationship between college- level Jordanian students metacognitive awareness strategies and their reading comprehension achievement in English as a foreign language. Dissertation Doctor of Philosophy. Faculty Of The College Of Education. Ohio University.

Muhamad Maqsud. 1998. Effects of metacognive instruction on mathematics achievement and attitude towards mathematics of low achievers. Educational Research. 40(2): 273- 243.

17

Page 18: Tahap Kesedaran Metakognitif Pelajar Kpli Dalam Sistem Bahasa Melayu

Muhammad Azhar Zailani. 1999. Kesedaran metakognitif membaca dan pencapaian dalam mata pelajaran Sains Sosial sekolah menengah. Tesis Sarjana

Pendidikan. Universiti Malaya.Muthusamy, M. 1994. Kesan dua strategi metakognitif terhadap pemahaman

bacaan teks ekspositori. Projek Sarjana Pendidikan. Universiti Malaya Nik Suriana Nik Yusoff. 2003. The use of metacognitive strategies in EAP and ESP

lesson. Thesis Ph.D. University Malaya.Pusat Perkembangan Kurikulum. 2003. Belajar cara belajar.Rajendran, N.S. 2000. Kesusasteraan sebagai wahana mengajar kemahiran

berfikir tinggi. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Penyelidikan dan Pembangunan dalam Pendidikan 2000. Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Robiah Sidin. 1994. Pendidikan di Malaysia: Cabaran untuk masa depan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Rosmahwati Mohamad Jali. 2003. Penggunaan penilaian kendiri metakognitif dalam ujian Bahasa Melayu pelajar-pelajar Tingkatan Lima SMK Kuala Penyu Sabah. Projek Penyelidikan Master Sains. Universiti Putra Malaysia.

Saemah Rahman 2004. Hubungan antara metakognisi, motivasi dan pencapaian akademik pelajar universiti.Tesis Dr.Fal. Universiti Malaya.

Savimuthu, A.1999. Strategi Pembelajaran mahasiswa semasa sesi kuliah kursus BM: Satu kajian dari perspektif metakognitif. Tesis Sarjana. Universiti Malaya.

Shraw, G.J. & Dennison, R.S.1994. Assesssing metacognitive awareness. Contemporary Educational Psychology 19: 460-475.

Shraw, G..J. & Brooks, D.W. 1999. Students helping regulation in maths and science course improving the will and skill. University of Nebraska: Lincoln

Sperling, R.A, Howard,B.C., Staley,R. & Du Bois, N. 2004. Metacognition and self regulated Constructs Educational Research and Evaluation 10 (2): 117-139

Swanson, H.L. 1990. Influence of metacognitive knowledge and aptitudes on problem solving. Journal of Educational Psychology 82:306-314

Verschaffel, L. 1999. Realistic mathematical modelling and problem solving in the Upper elementary schools: analysis and improvement. Dlm. Hamers, J.H.M. ,

Van Luit, J.E.H. and Csapo, B. (pnyt) Teaching and learning thinking skills, hlm. 215 -250 Netherlands: Swets & Zeitlinger.

Witherspoon, F. 1996 The effects of metacomprehension strategy instruction on students reading achievement and metacomprehension strategy awareness. http://wwwlib.umi.com/dissertation/fullcit. [14 Mei 2006]

Zahara Aziz, Khadijah Abdul Razak & Anuar Ahmad. 2003. Beberapa strategi pengajaran berpusatkan pelajar dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di sekolah menengah di Semenanjung Malaysia. Laporan penyelidikan projek UKM G/5/99.

18