panduan dasar j-qaf

Upload: iefathy

Post on 07-Jul-2015

414 views

Category:

Documents


27 download

TRANSCRIPT

Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

1

PANDUAN DASAR DAN PELAKSANAAN J-QAF

1.

PENDAHULUAN Program j-QAF berasaskan idea YAB Perdana Menteri Malaysia yang telah dinyatakan secara khusus semasa lawatannya ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 30 Disember 2003. Cetusan idea ini telah diperhalusi di peringkat Kementerian Pelajaran melalui satu seminar j-QAF pada 3 hingga 5 Mac 2004. Program j-QAF telah dilaksanakan secara uji kaji dalam projek rintis selama 3 bulan dan berakhir pada Julai 2004. YAB Perdana Menteri telah bersetuju program ini dilaksanakan mulai tahun 2005.

2.

KONSEP PROGRAM j-QAF Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam (PI) melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan fardu ain yang dilaksanakan di peringkat persekolah rendah. Pelaksanaan program ini menggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada.

3.

OBJEKTIF PROGRAM j-QAF Setelah program ini dilaksanakan dengan baik dan berkesan semua murid Islam sekolah rendah akan dapat: a. b. c. d. menguasai bacaan dan tulisan Jawi; khatam al-Quran; menguasai asas Bahasa Arab Komunikasi; dan memantapkan dan menghayati amalan fardu ain.

4.

KEPENTINGAN PROGRAM j-QAF Program j-QAF menjadi lebih penting sebagai suatu usaha ke arah memperkasakan PI yang sedia ada supaya semua bidang dalam PI iaitu bidang Tilawah al-Quran, Akidah, Ibadah, Sirah Nabawi, Akhlak dan Jawi lebih berkesan dan dapat dihayati dan diamalkan dalam kehidupan.

2 4.1 Kepentingan Pemulihan Jawi

Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

Jawi adalah sebahagian daripada komponen pendidikan Islam dan mula dilaksanakan pada tahun 2003 dengan pendekatan pengajaran 2 waktu seminggu pada 6 bulan pertama di tahun Satu. Laporan pemantauan mengenainya mendapati penguasaan bacaan dan tulisan jawi perlu dibaiki lagi. Ini bermakna jawi dalam pendidikan Islam semata-mata masih belum mencukupi dan berkesan. Oleh itu pemulihan Jawi dalam j-QAF menjadi keutamaan khasnya kepada murid tercicir supaya semua murid boleh menguasai Jawi setelah diberi bimbingan secara berterusan. 4.2 Kepentingan Khatam al-Quran Al-Quran pula telah diajar sebagai sebahagian Pendidikan Islam dalam bidang Asuhan Tilawah al-Quran pada masa ini. Namun ia tidak menekankan pembelajaran sehingga khatam al-Quran kerana ia memerlukan bimbingan berterusan daripada bilangan guru yang sesuai dengan nisbah murid yang menepati pendekatan talaqi dan musyafahah (iaitu satu kaedah pembelajaran secara bersemuka dengan guru bagi mendengar, membetul kesalahan dan menyebut semula dengan baik dan lancar). Oleh itu Pendidikan Islam pada masa ini hanya menjurus kepada kebolehan membaca sahaja manakala aspek khatam tidak ditekankan di sekolah tetapi menyerahkannya kepada masyarakat. 4.3 Kepentingan Bahasa Arab Status Bahasa Arab Sekolah Rendah pada masa ini sebagai mata pelajaran bahasa tambahan. Ia diajar di sekolah-sekolah rendah secara berpilih dan terhad. Tidak semua murid berpeluang mempelajarinya. 4.4 Kepentingan Fardhu Ain Ramai ibu bapa masih belum berpuas hati dengan tahap pencapaian dan penguasaan anak-anak mereka terhadap amalan fardu ain terutama dalam hal ibadah mendirikan solat.

5.

MODEL-MODEL PROGRAM j-QAF Untuk pelaksanaan 2005 lima model telah dikenalpasti iaitu 4 model pengajaran dan 1 model kokurikulum. Model-model berkenaan adalah seperti berikut: a. b. model Kelas Pemulihan Jawi; model Tasmik;

Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

3

c. d. e.

model 6 bulan Khatam al-Quran; model Pelaksanaan Perluasan Bahasa Arab Komunikasi; model Bestari Solat (kokurikulum).

Pengukuhan program j-QAF hendaklah dilaksanakan melalui kelab, persatuan dan aktiviti seperti berikut; a. b. c. d. e. Kelab Seni Tulisan Jawi; Kem Bina Juara; Ihtifal Khatam al-Quran; Kem Literasi al-Quran; dan Persatuan Bahasa Arab.

6.

MODEL-MODEL j-QAF 6.1 Model Kelas Pemulihan Jawi Model Kelas Pemulihan Jawi diperjelaskan dalam Buku Panduan Pelaksanaan Model Kelas Pemulihan Jawi. Ia akan diajar oleh guru khas pemulihan jawi dalam waktu yang sama dengan kelas jawi biasa di semua sekolah dengan menggunakan modul pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Semua sekolah hendaklah menubuhkan Kelab Seni Tulisan Jawi dan menjalankan aktiviti pengukuhan di peringkat sekolah dengan menyediakan bahan-bahan bacaan tambahan yang bersesuaian serta mempertingkatkan penggunaan kemudahan ICT sedia ada. 6.2 Model Khatam Al-Quran Model-model khatam al-Quran diperjelaskan dalam buku Panduan Pelaksanaan Program Khatam al-Quran Model 6 Bulan dan buku Panduan Pelaksanaan Program Khatam al-Quran Model Tasmik. 6.2.1 Model 6 Bulan dilaksanakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dengan menggunakan peruntukan waktu PI sedia ada. Model ini akan menggunakan pendekatan talaqi dan musyafahah (iaitu satu kaedah pembelajaran secara bersemuka dengan guru bagi mendengar, membetul kesalahan dan menyebut semula dengan baik dan lancar). Murid yang belum menguasai bacaan al-Quran dibimbing dengan kaedah IQRA , sementara yang telah menguasainya diteruskan menggunakan model khatam al-Quran modul 6 bulan.

4 6.2.2

Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

Model Tasmik pula dilaksanakan di luar waktu persekolahan normal mengikut kesesuaian, keupayaan murid dan waktu guru tasmik yang terdiri daripada guru j-QAF, GPI, guru-guru mata pelajaran lain yang berkemampuan. Guru tasmik tersebut hendaklah dilantik secara rasmi oleh pihak sekolah.

6.3

Model Perluasan Pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi Bahasa Arab Komunikasi (BAK) yang sedang dilaksanakan secara terhad pada masa ini di sekolah-sekolah kebangsaan akan diperluaskan pelaksanaannya di semua sekolah. Status mata pelajaran ini adalah sebagai mata pelajaran pilihan dan murid bukan Islam dibolehkan mengambil BAK sekiranya tidak mengambil mata pelajaran bahasa Cina Komunikasi dan bahasa Tamil Komunikasi. Peruntukan waktu adalah 60 minit seminggu dan diajar oleh guru Bahasa Arab yang dilantik khusus. Model ini diperjelaskan dalam Buku Panduan Peluasan Pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi.

6.4

Model Bestari Solat Model Bestasi Solat diperjelaskan dalam Buku Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat. Pelaksanaannya selama dua hari tanpa bermalam dengan kekerapan 4 kali setahun. Ia dikategorikan sebagai aktiviti kokurikulum PI dan dimasukkan dalam takwim sekolah. Pelaksanaannya juga memerlukan kerjasama semua pihak terutama penglibatan PIBG, guru-guru sedia ada di sekolah dan tidak semata-mata diserahkan kepada guru pendidikan Islam.

7.

PELAKSANAAN PROGRAM j-QAF Program j-QAF akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai 2005 sehingga 2010 dengan unjuran pelaksanaannya seperti dinyatakan dalam jadual 1. Bagi maksud ini sebanyak 1221 buah sekolah akan terlibat pada tahun 2005. Adalah dijangka pada tahun 2010 bilangan sekolah akan menjadi sebanyak 7835 buah.

Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

5

7.1

UNJURAN PELAKSANAAN PROGRAM j-QAF DI SEKOLAH RENDAH Jadual 1Tahun Peringkat penyertaan Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 Bilangan penyertaan 1221 2456 3703 4530 5296 1221 1235 1221 1247 1235 1221 827 1247 1235 1221 766 827 1247 1235 1221 762 766 827 1247 1235 1221 6058 2005 2006 2007 2008* 2009* 2010*

* Unjuran baru oleh Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia.

7.2

GURU j-QAF Jawatan guru j-QAF diwujudkan bagi pelaksanaan program j-QAF. Unjuran bilangannya seperti dalam jadual berikut: UNJURAN BILANGAN GURU j-QAF DI SEKOLAH RENDAHTahun Bilangan guru Tahun 1 Tahun 3 (Tambahan guru) Tahun 3 (Tambah 1 guru bahasa Arab) 3663 3705 3741 1221 3780 1235 3819 1247 4797 1260 2005 2006 2007 2008 2009 2010

1221

1235

1247

Jumlah Kumulatif Guru j-QAF

3663

7368

12330

18566

24867

32171

6 7.3 SASARAN

Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

Sasaran program ini ialah murid-murid di Sekolah Rendah. Mulai tahun 2005 semua murid Tahun 1 di sekolah-sekolah yang terpilih akan melaksanakannya terlebih dahulu. Murid-murid yang lain akan meneruskan pembelajaran sedia ada dan dilibatkan dalam Ihtifal Khatam al-Quran bersama-sama murid Tahun 1. Sebanyak 1221 buah sekolah dengan 4,861 buah kelas dan seramai 141,725 orang murid akan terlibat pada tahun 2005. Pada tahun 2006 jumlah sekolah yang melaksanakan program j-QAF ialah 1,235 buah sekolah yang melibatkan seramai kira-kira 93,783 murid.

7.4

PENJADUALAN 7.4.1 Kelas Pemulihan Jawi dijalankan serentak dengan waktu pengajaran jawi murid-murid biasa. Dalam tempoh 6 bulan pertama Tahun Satu jawi diajar selama 2 waktu seminggu. Selepas itu ia diajar selama 1 waktu seminggu pada 6 bulan kedua Tahun Satu dan keseluruhan Tahun Dua hingga Tahun Enam dan dirumuskan seperti jadual berikut: AGIHAN WAKTU PEMULIHAN JAWI Tahun Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 6 bulan pertama 2 waktu seminggu 6 bulan kedua 1 waktu seminggu

1 waktu seminggu 1 waktu seminggu 1 waktu seminggu 1 waktu seminggu 1 waktu seminggu

7.4.2

Bagi Peluasan Pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi ia akan dilaksanakan sepertimana pelaksanaan BAK sebagai bahasa tambahan di SK pada masa ini, iaitu selama dua waktu seminggu. Ia diajar bersama-sama dengan mata pelajaran Bahasa Cina Komunikasi dan Bahasa Tamil Komunikasi. Model 6 Bulan Khatam al-Quran akan menggunakan waktu PI sebanyak 4 masa dalam tempoh 6 bulan pertama Tahun Satu hingga Tahun Enam. Pada masa yang sama bagi murid yang belum menguasai bacaan al-Quran akan meneruskan kaedah IQRA. Pada

7.4.3

Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

7

6 bulan kedua Asuhan Tilawah al-Quran menggunakan 3 waktu untuk Tahun Satu dan 2 waktu pada Tahun Dua hingga Tahun Enam dan dirumuskan seperti jadual berikut: AGIHAN WAKTU KHATAM AL-QURAN DAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN Tahun 6 bulan pertama (Khatam al-Quran) 6 bulan kedua (Asuhan Tilawah al-Quran) 3 waktu seminggu 2 waktu seminggu 2 waktu seminggu 2 waktu seminggu 2 waktu seminggu 2 waktu seminggu

Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6

4 waktu seminggu 4 waktu seminggu 4 waktu seminggu 4 waktu seminggu 4 waktu seminggu 4 waktu seminggu

7.4.4 7.4.5

Bagi Model Tasmik pelaksanaannya adalah di luar jadual waktu persekolahan. Model Bestari Solat akan dilaksanakan di luar jadual waktu persekolahan. Ia dilaksanakan 4 kali setahun.

7.5

LATIHAN GURU Urusan latihan perguruan dan pengambilan guru-guru pelatih j-QAF dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi meningkatkan tahap profesionalisme guru-guru j-QAF, Kementerian Pelajaran akan mengadakan latihan kepada mereka dari semasa ke semasa di dalam dan luar negara.

7.6

PENGIKTIRAFAN Pihak KPM akan mengadakan satu program pengukuhan kepada program jQAF sebagai satu cara memberi galakan dan pengiktirafan kepada guru, murid dan masyarakat. Program tersebut dinamakan dengan Ihtifal Khatam al-Quran Sekolah-Sekolah. Program ini akan diadakan di semua peringkat; sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.

8 7.7 BAHAN DAN KEMUDAHAN

Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

Bahan-bahan asas yang disediakan dalam program ini adalah Buku Panduan Dasar, Pelaksanaan dan Pengurusan Kurikulum dan Ko-Kurikulum program j-QAF, buku panduan pelaksanaan model-model pengajaran j-QAF, dan bahan-bahan contoh untuk pengajaran dan pembelajaran Kelas Pemulihan Jawi. Selain itu mushaf al-Quran, buku dan CD Iqra, Buku Rekod Bacaan, buku aktiviti jawi, buku teks Bahasa Arab Komunikasi, buku aktiviti Bahasa Arab, bahan bantu belajar pemulihan jawi, perisian komputer bagi keempatempat komponen j-QAF, bahan-bahan bacaan tambahan, tafsir al-Quran, kamus bahasa Arab, buku latihan khat Jawi, makmal j-QAF bilik khas j-QAF dan peralatan ICT amat diperlukan bagi pengukuhan dan pengayaan program j-QAF supaya keberkesanannya berterusan. 7.8 PENTAKSIRAN Pentaksiran berasaskan sekolah wajar dilaksanakan kepada program j-QAF. Pihak sekolah hendaklah menyediakan sijil khas yang akan diselaraskan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. 7.9 PEMANTAUAN DAN BIMBINGAN Pegawai-pegawai j-QAF peringkat pusat dan negeri akan menjalankan pemantauan secara berterusan untuk memberi bimbingan bagi menjamin keberkesanan pelaksanaan program ini. Laporan pemantauan akan dibuat dari semasa ke semasa mengikut keperluan bagi mengenal pasti kelemahan dan kekuatan program tersebut untuk diambil tindakan sewajarnya. 7.10 PELAKSANAAN DI SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS Murid-murid istimewa dalam sistem pendidikan khas akan dilibatkan dalam program j-QAF. Kertas perancangan secara khusus telah disediakan oleh Jabatan Pendidikan Khas. Pelaksanaan ini memerlukan tenaga guru yang khas, bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran, bahan-bahan sokongan dan serta kemudahan-kemudahan lain.

8.

PENUTUP Adalah menjadi harapan KPM agar para pendukung j-QAF memahami hasrat program ini dan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. j-QAF boleh berfungsi sebagai tonggak baru dalam memperkasakan Pendidikan Islam untuk membina jati diri insan mukmin di samping merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Islam dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

9

PENGURUSAN KURIKULUM j-QAF DI SEKOLAH

1.

PENDAHULUAN Program j-QAF merupakan satu usaha bagi memperkasakan pendidikan Islam sesuai dengan kehendak perubahan masa, era teknologi tinggi yang menjadi teras kepada kurikulum pembelajaran di Malaysia kini. Pengurusan program ini perlu dirancang dan dilaksanakan dengan baik sesuai dengan peraturan yang ada dan keperluan semasa. Panduan ini merangkumi pengurusan j-QAF di sekolah, organisasi dan fungsi, dokumen pentadbiran dan pengurusan, serta penjadualan dan pekeliling-pekeliling yang berkaitan.

2.

TUJUAN Kertas ini bertujuan: 2.1 2.2 Mempertingkatkan pemahaman mengenai struktur organisasi, fungsi dan tugas panitia j-QAF di sekolah. Mempertingkatkan kerjasama dan muafakat guru-guru j-QAF untuk merancang, melaksanakan, menyelia dan memantau keberkesanan semua program dan aktiviti yang berkaitan. Menggembleng tenaga guru j-QAF dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti panitia. Menggalakkan usaha secara muafakat untuk mencari penyelesaian masalah, kekangan dan hambatan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar. Mempertingkatkan pendokumentasian data/maklumat berkaitan dengan j-QAF. Membolehkan pencapaian objektif program j-QAF.

2.3 2.4

2.5 2.6 3.

PENGURUSAN j-QAF DI SEKOLAH Sesuatu organisasi akan menjadi kemas dan teratur apabila pengurusannya tersusun, teratur, mempunyai bidang tugas yang diselaraskan. Panduan pengurusan memberi tumpuan kepada aspek organisasi kurikulum sekolah, fungsi panitia mata pelajaran, organisasi kokurikulum dan fungsinya serta penjadualan mata pelajaran j-QAF. Amat mustahak pihak pengurusan sekolah menjadikan program j-QAF sebagai satu program sekolah yang perlu diberi perhatian secara menyeluruh. j-QAF sebagai satu usaha yang memperkasa Pendidikan Islam dalam konteks sekolah sukar memberi impak yang wajar jika tidak mendapat penglibatan pihak pengurusan sekolah dan semua warga sekolah. Di bawah ini dijelaskan kedudukan guru j-QAF dalam konteks organisasi pengurusan sekolah dalam hal kurikulum dan kokurikulum.

10 4. CARTA ORGANISASI KURIKULUM SEKOLAH 4.1

Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH RENDAHGURU BESAR (PENGERUSI)

NAIB PENGERUSI (Penolong Kanan)

NAIB PENGERUSI (Penolong Kanan HEM)

NAIB PENGERUSI (Penolong Kanan KOKO)

SETIAUSAHA

AHLI Semua Ketua Panitia Guru Penyelaras Jadual Waktu Guru Penyelaras Pusat Sumber Setiausaha Peperiksaan Kaunselor Guru Data Guru Penyelaras Etems Penyelaras ICT

4.2

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH RENDAH a. b. c. d. e. f. g. Merancang aktiviti kegiatan kurikulum sekolah dalam jangka pendek dan jangka panjang. Menentukan dasar dan peraturan kurikulum sekolah serta melaksanakan arahan kementerian. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa sekurang-kurangnya 4 kali setahun. Menentukan takwim dan jadual aktiviti kurikulum sekolah. Memastikan penghayatan pelajar dalam kurikulum menyeluruh. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kurikulum peringkat zon/daerah dan negeri. Memastikan semua guru mematuhi takwim dan jadual aktiviti yang ditetapkan.

Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

11

h. i. j. k.

Menentukan tarikh-tarikh utama kegiatan kurikulum seperti mesyuarat panitia, penilaian dan lain-lain. Menilai kegiatan dari semasa ke semasa dan menyediakan laporan tahunan. Membuat anggaran belanjawan dan mencari sumber kewangan. Memberi pengiktirafan kepada guru dan murid yang menunjukkan prestasi cemerlang.

4.3 CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA PANITIAGURU BESAR (PENGERUSI)

PENGERUSI (KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM)

NAIB PENGERUSI (GURU j-QAF/GPI)

PENOLONG SETIAUSAHA (GURU j-QAF/GPI)

BENDAHARI (GURU j-QAF/GPI)

AHLI JAWATANKUASA (GURU j-QAF/GPI)

4.4

PERANAN PANITIA MATA PELAJARAN a. Memperoleh sukatan dan huraian sukatan pelajaran yang terkini. b. Menyedia dan menyelaras rancangan pelajaran. c. Memilih dan mencadangkan buku teks dan buku kerja jika perlu kepada pihak jawatankuasa kurikulum.

12

Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

d. Memilih dan mencadangkan buku bacaan tambahan untuk kegunaan panitia mata pelajaran dan pusat sumber sekolah. e. Mengadakan mesyuarat panitia mata pelajaran. f. Merancang dan melaksanakan program peningkatan prestasi akademik.

g. Menyelaras soalan ujian dan peperiksaan, menganalisis keputusan peperiksaan dan menyusun strategi mengatasi kelemahan murid. h. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ahli panitia mata pelajaran yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. i. j. Menyedia dan memperoleh bahan bantu mengajar. Merancang program khas murid bermasalah 3M.

k. Menyedia dan memastikan prosedur keselamatan dipatuhi. l. Memastikan bilik khas berada dalam keadaan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.

m. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk pelaksanaan kurikulum. n. Mengurus perolehan mengikut tatacara kewangan. o. Mengurus dan menyemak buku stok. p. Memastikan fail-fail panitia berada dalam keadaan kemas kini.

4.5

PERANAN JAWATANKUASA PANITIA (j-QAF) Peranan utama berkaitan j-QAF adalah seperti berikut: 4.5.1 Penasihat (Guru Besar) a. Memastikan AJK j-QAF sekolah dibentuk. b. Memastikan agar pengurusan dan pelaksanaan j-QAF sekolah berjalan berdasarkan kurikulum dan kokurikulum j-QAF Kementerian Pelajaran Malaysia. c. Memberi khidmat nasihat terhadap setiap pelaksana program/ aktiviti persatuan. 4.5.2 Pengerusi (Ketua Panitia Pendidikan Islam) a. Merancangkan aktiviti j-QAF sekolah bersama JK Induk. b. Mempengerusikan setiap mesyuarat, perjumpaan dan taklimat. c. Membantu dan bekerjasama dengan semua AJK persatuan agar ia lebih efisyen dan sistematik.

Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

13

d. Melaksanakan aktiviti yang telah dirancang. e. Membuat penilaian aktiviti untuk pelaporan. 4.5.3 Naib Pengerusi (Guru j-QAF/Guru PI) a. Menjalankan tugas-tugas pengerusi semasa ketiadaannya. b. Membantu pengerusi dalam melaksanakan tugas-tugasnya. 4.5.4 Setiausaha (Guru j-QAF/Guru PI) a. Membuat surat panggilan mesyuarat dan lain-lain urusan surat menyurat. b. Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat. c. Menyediakan laporan dan dokumentasi. d. Membantu dan berhubung rapat dengan pengerusi dan AJK. e. Menerima arahan daripada pengerusi dari semasa ke semasa. 4.5.5 Penolong Setiausaha (Guru j-QAF/Guru PI) Membantu tugas-tugas setiausaha dan lain-lain tugas yang disahkan oleh pengerusi dari semasa ke semasa. 4.5.6 Bendahari (Guru j-QAF/Guru PI) a. Mengurus hal ehwal kewangan persatuan dan menyediakan laporan penyata laporan kewangan. b. Memikirkan usaha-usaha untuk mengisi tabung persatuan bersama-sama AJK yang lain. 4.5.7 Ahli Jawatankuasa (Guru j-QAF/Guru PI) a. Melantik pengerusi dalam setiap aktiviti. b. Bekerjasama dengan guru penasihat dan AJK Induk dalam aktiviti yang melibatkan kependidikan seperti Program Kem Literasi Al-Quran, Kem Bina Juara, Kelab Seni Khat dan Kem Bestari Solat. c. Melaksanakan arahan daripada pengerusi dari semasa ke semasa. d. Menyediakan peralatan yang sesuai seperti kerusi meja penceramah dan peserta, persiapan pentas dan lain-lain. e. Mengurus dan membuat tempahan tempat untuk melaksanakan aktiviti sesuai dengan keputusan mesyuarat. f. Mengemas dan membersih semua peralatan yang digunakan.

g. Mengendalikan aktiviti luar.

14 5. PROGRAM KOKURIKULUM j-QAF

Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

Program Kokurikulum dilaksanakan melalui persatuan/kelab. 5.1 OBJEKTIF PENUBUHAN PERSATUAN/KELAB j-QAF DI SEKOLAH RENDAH a. Murid dapat memantapkan penguasaan kurikulum j-QAF iaitu merangkumi Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan fardu ain Bestari Solat. b. Murid dapat pengalaman menguruskan organisasi secara lebih berkesan. c. Murid dapat mengukuh dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam j-QAF di kalangan mereka. d. Murid dapat meningkatkan dan memantapkan ilmu, amal dan akhlak.

5.2 CARTA ORGANISASI KOKURIKULUM SEKOLAH RENDAH

GURU BESAR (PENASIHAT

GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM (PENGERUSI)

PENYELARAS KELAB DAN PERSATUAN (SETIAUSAHA)

PENYELARAS BADAN BERUNIFORM

PENYELARAS KELAB DAN PERSATUAN

PENYELARAS SUKAN & PERMAINAN

AJK (MURID)

AJK (MURID)

AJK (MURID)

AJK (MURID)

Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

15

5.3

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA KOKURIKULUM SEKOLAH RENDAH a. Merancang aktiviti kegiatan ko-kurikulum sekolah dalam jangka pendek dan jangka panjang. b. Menentukan dasar dan peraturan ko-kurikulum sekolah serta melaksanakan arahan kementerian. c. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa sekurang-kurangnya 4 kali setahun. d. Menentukan takwim dan jadual aktiviti ko-kurikulum sekolah. e. Memastikan penghayatan pelajar dan ko-kurikulum menyeluruh. f. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat zon/daerah dan negeri.

g. Memastikan semua guru mematuhi takwim dan jadual aktiviti yang ditepati. h. Menentukan tarikh-tarikh utama kegiatan ko-kurikulum seperti sukan tahunan, merentas desa, perkhemahan dan lain-lain. i. j. Menilai kegiatan dari semasa ke semasa dan laporan tahunan. Membuat anggaran belanjawan mencari sumber kewangan.

k. Memberi pengiktirafan kepada guru dan murid yang menunjukkan prestasi cemerlang.

16 5.4

Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

JAWATANKUASA KELAB DAN PERSATUAN (PERSATUAN j-QAF)PENAUNG (GURU BESAR)

PENYELARAS (GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM)

(GURU j-QAF JAWI) PENASIHAT

(GURU j-QAF AL-QURAN) PENASIHAT

(GURU j-QAF B.ARAB) PENASIHAT

(PENGERUSI) (MURID)

(PENGERUSI) (MURID)

(PENGERUSI) (MURID)

(NAIB PENGERUSI) (MURID)

(NAIB PENGERUSI) (MURID)

(NAIB PENGERUSI) (MURID)

(SETIAUSAHA) (MURID)

(SETIAUSAHA) (MURID)

(SETIAUSAHA) (MURID)

(PEN. SETIAUSAHA) (MURID)

(PEN. SETIAUSAHA) (MURID)

(PEN. SETIAUSAHA) (MURID)

(BENDAHARI) (MURID)

(BENDAHARI) (MURID)

(BENDAHARI) (MURID)

(AJK) (MURID)

(AJK) (MURID)

(AJK) (MURID)

Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

17

5.5

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA KELAB DAN PERSATUAN (j-QAF) a. Memastikan AJK j-QAF sekolah dibentuk. b. Memastikan agar pengurusan dan pelaksanaan Persatuan j-QAF Sekolah berjalankan berdasarkan kurikulum dan kokurikulum program j-QAF Kementerian Pelajaran Malaysia. c. Memberi khidmat nasihat terhadap setiap pelaksanaan program/aktiviti persatuan.

6.

TUGAS-TUGAS LAIN GURU j-QAF Semua guru yang bertugas di sekolah tertakluk kepada tanggungjawab sampingan yang sememangnya wujud di sekolah. Tugas sampingan adalah untuk memantapkan pelaksanaan pengurusan sekolah oleh pihak pentadbir. Tugas-tugas ini adalah tugas yang selain daripada tugas kurikulum dan kokurikulum seperti terlibat dengan jawatankuasa PIBG, jawatankuasa komuniti, jawatankuasa surau atau masjid, Jawatankuasa Keselamatan Kampung dan sebagainya. Oleh itu guru-guru j-QAF juga tidak terkecuali daripada tanggungjawab ini sepertimana guru-guru lain khususnya Guru Pendidikan Islam.

7.

KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR Pelaksanaan program ini akan memerlukan beberapa kemudahan infrastruktur yang sesuai. Secara jangka panjang perkara ini akan dipertingkatkan. Pada masa ini pihak sekolah melalui jawatankuasa kurikulum dan panitia Pendidikan Islam perlu menyesuaikan kemudahan yang ada bagi membolehkan program j-QAF berjalan lancar dan mencapai objektif.

8.

PENUTUP Buku Panduan Pengurusan kurikulum dan kokurikulum program j-QAF ini diharap dapat menjadi panduan asas untuk rujukan para guru j-QAF dalam melibatkan diri dalam alam persekolahan secara realiti. Meskipun begitu masih banyak lagi perkara yang perlu dilalui dan dipelajari oleh para guru di sekolah untuk menjadikan mereka lebih matang dan berpengalaman. Pengurusan j-QAF yang lebih licin dan lancar secara profesional adalah amat diperlukan agar matlamat dan cita-cita penubuhan j-QAF ini dapat dicapai dengan jayanya.

18 PEKELILING-PEKELILING

Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

Lampiran 1 Pekeliling Pengurusan Panitia Mata Pelajaran Bahagian Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, Tingkat 1214, Bangunan Bank Pertanian, Leboh Pasar Besar, 50604 Kuala Lumpur Telefon: Kawat: Ruj. Kami: Tarikh: Semua Pengarah Pelajaran Negeri Malaysia. YB Datuk/Tuan, Per: Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 41986 Panitia Mata Pelajaran Dalam menjalankan kerja-kerja penyeliaan sekolah-sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah, jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Daerah, salah satu perkara yang hendak diselia adalah tentang kewujudan dan keberkesanan panitia mata pelajaran di sekolah-sekolah. Adalah didapati bahawa ada sekolah-sekolah yang telah menubuhkan panitia mata pelajaran dan dapat berfungsi dengan baik dan ada pula di sebaliknya. Walau bagaimanapun, sama ada panitia mata itu berfungsi atau tidak, Kementerian Pelajaran difahamkan bahawa pihak-pihak yang telah membuat penyeliaan ini telah ditanya oleh pihak sekolah, atas dasar atau arahan manakah, panitia mata pelajaran ini perlu ditubuhkan. 2. Oleh yang demikian, surat pekeliling ini dikeluarkan dengan tujuan untuk 03-2922066 Pelajaran KB (BS) 8591/Jld.II(44) 13 Mac 1986

memberitahu pihak sekolah tentang perluanya penubuhan panitia mata pelajaran, supaya dengan ini, penubuhan dua hala di antara pihak sekolah dengan pihak-pihak yang membuat penyeliaan dapat diadakan dengan lebih berkesan lagi.

Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

19

3.

Berikut adalah panduan mengenai panitia mata pelajaran dan pihak sekolah adalah

dikehendaki menubuhkan atau memperkemaskan lagi panitia mata pelajaran supaya keberkesanan pengajaran-pengajaran di sekolah dapat ditingkatkan. 3.1 Latar Belakang Kebanyakan para pelajar dalam pembelajaran dan motivasi serta minat mereka terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajari mempunyai hubungan rapat dengan kebolehan dan kekesanan guru yang mengajar. Guru tidak ragu-ragu lagi mempunyai peranan yang penting dalam menentukan sama ada matlamat pencapaian akademik para pelajar di sekolah tercapai atau tidak. Menyedari hakikat ini, maka ada wajar bagi guru yang terlibat atau mengajar sesuatu mata pelajaran yang sama, menggembleng tenaga mereka dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan/atau tugas-tugas mengajar sebagai pendidik. Mereka juga harus mempunyai semangat bekerjasama, saling membantu dan berkongsi fikiran, pengalaman serta kepakaran untuk memperbaiki lagi kecekapan dan kekesanan mereka. Dengan demikian, guru yang mengajar sesuatu mata pelajaran berpeluang untuk bekerjasama dan menyelaraskan usaha mereka dengan lebih terkelola dan bersepadu. Dengan wujudnya badan ikhtisas seumpama ini, guru yang menganggotainya juga berpeluang untuk mencari penyelesaian kepada masalah-masalah, bukan sahaja dalam bidang pengajaran, bahkan juga masalah yang berhubung dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar. 3.2 Struktur dan Organisasi 3.2.1 Panitia mata pelajaran adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran yang sama di sesebuah sekolah. (Sekolah-sekolah kecil yang bilangan gurunya sedikit adalah difikirkan tidak perlu menubuhkan pelbagai panitia mata pelajaran); 3.2.2 Badan ini hendaklah dipimpin dan dikendalikan oleh Guru Besar atau Pengetua Sekolah; 3.2.3 Semua Ketua Panitia mata pelajaran adalah secara automatik menjadi ahli-ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Pelajaran masing-masing di dalam Jawatankuasa tersebut dan menjadi sebagai penghubung di antara ahli panitia dengan Guru Besar atau Pengetua Sekolah;

20 3.2.4

Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

Keputusan-keputusan yang diambil oleh tiap-tiap panitia di dalam perjumpaan-perjumpaan berhubung dengan isu-isu masalah-masalah kurikulum dan pengajaran perlu dibawa oleh ketua panitia kepada Guru Besar atau Pengetua atau Penolong Kanannya, sama ada untuk mendapat penyelesaian atau makluman;

3.2.5

Di sekolah-sekolah di mana Jawatankuasa Kurikulum Sekolah belum ditubuhkan, Ketua panitia masih memainkan peranan penting untuk berhubung dengan Guru Besar atau Pengetua bagi membentangkan masalah-masalah atau isu-isu yang sedang dihadapi dan mensyorkan segala cadangan atau permintaan ahli-ahli panitia berhubung dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran.

3.3 Tujuan Panitia Mata Pelajaran Berikut adalah di antara beberapa tujuan yang dikenal pasti untuk panitia mata pelajaran: 3.3.1 Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan kekesanan pengajaranpembelajaran; 3.3.2 Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif dan boleh mendorong sera menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap pembelajaran; 3.3.3 Memperbaiki prestasi pelajar di dalam peperiksaan (berasaskan sekolah dan awam) dalam mata pelajaran berkenaan berpandukan atau berasaskan kepada prestasi/target yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah; 3.3.4 Mewujudkan semangat kerjasama di antara panitia mata pelajaran dengan persatuan kelab akademik.

3.4 Peranan Panitia Berikut adalah di antara perkara yang dianggap perlu dilaksanakan oleh panitia, sejajar dengan peranannya sebagai sebuah badan ikhtisas. 3.4.1 Memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru atau kemas kini untuk kegunaan ahli-ahli panitia; 3.4.2 Menyediakan rancangan mengajar untuk ketiga-tiga penggal dalam tahun persekolahan. Rancangan mengajar ini diselaraskan di antara

Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

21

guru dalam sesuatu tingkatan/darjah dan juga di antara tingkatan/darjah di mana ada kaitan; 3.4.3 Memilih dan mencadangkan kepada pentadbiran sekolah buku teks untuk digunakan oleh pelajar berdasarkan kepada kesesuaian buku itu dari segi kehendak sukatan pelajaran dan tahap kebolehan mereka; 3.4.4 Memilih dan mencadangkan buku rujukan atau bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran para pelajar dan kegunaan guru untuk dibekalkan di pusat sumber sekolah; 3.4.5 Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan (berasaskan sekolah) yang disediakan bagi tiap-tiap tingkatan atau darjah dan jika perlu, menubuhkan bank soalan; 3.4.6 Mengkaji dan menganalisa keputusan peperiksaan pelajar dalam tiaptiap peperiksaan berasaskan (khususnya peperiksaan pertengahan dan akhir tahun) dan mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan-kelemahan pelajaran dan pembelajaran; 3.4.7 Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala sekurang-kurangnya sekali sepenggal dan mengadakan perjumpaan secara ad-hoc jika perlu; 3.4.8 Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara formal atau tidak formal) untuk memikirkan dan membincangkan masalah-masalah atau isu-isu yang berkaitan seperti maslaah-masalah yang berhubung dengan kaedah mengajar serta mencari penyelesaian kepada masalah atau isu tersebut; 3.4.9 Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi setelah mengikuti kursus atau seminar dengan ahli-ahli lain; 3.4.10 Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di sekolah dan menjalani hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran; 3.4.11 Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan panitia-panitia di sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan; 3.4.12 Bekerjasama dengan lain-lain panitia dan membantunya dalam usaha

22

Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

ke arah memajukan pelajar yang lemah dalam mata-mata pelajaran tertentu; 3.4.13 Melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli untuk menyediakan minit mesyuarat dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia; 3.4.14 Menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkenaan. 4. Harap Y.B. Datuk/Tuan memaklumkan kandungan Surat Pekeliling ini kepada semua

sekolah.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

t.t. (HAJI JUMAAT BIN DATO HAJI MOHD. NOOR) Bahagian Sekolah Ketua Pengarah Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

23 Lampiran 2

Struktur Organisasi, Fungsi dan Tugas Panitia j-QAF Lampiran 2.1: Sampel Organisasi Panitia j-QAF

2.1.1 2.1.2 2.1.3 2.1.4 2.1.5 2.1.6 2.1.7 2.1.8 2.1.9 2.1.10 2.1.11 2.1.12 2.1.13 2.1.14

Penaung Penasihat Ketua Panitia

Guru Besar Penolong Kanan Kurikulum

Penolong Ketua Panitia Setiausaha Bendahari Penyelaras Makmal Bahasa Penyelaras Buku Analisis Peperiksaan Penyelaras Bank Soalan Penyelaras Papan Kenyataan Penyelaras Pameran dan Pertandingan Penyelaras Kalimatus Sobah Penyelaras Hubungan Luar Penyelaras Mini Perpustakaan

24

Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

PEJABAT KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 8, BLOK ES KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62604 PUTRAJAYA Tel: 03-8884 6077 Faks: 03-8889 4548 Web: http://www.moe.gov.my Rujukan kami: KP(85) 8591/Jld. XVII(13) Tarikh: 30 Disember 2004 Semua Pengarah Pelajaran Negeri Y.Bhd. Datuk/Dato/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 13/2004 PELAKSANAAN PROGRAM j-QAF DI SEKOLAH RENDAH Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memaklumkan bahawa Program j-QAF akan dilaksanakan mulai 2005 yang akan melibatkan semua murid Tahun 1 di sekolah-sekolah rendah terpilih. Pelaksanaan program ini akan diikuti oleh sekolahsekolah lain pada tahun-tahun berikutnya secara berperingkat-peringkat. 2. Program j-QAF adalah suatu usaha untuk memperkasakan Pendidikan Islam melalui

penekanan khusus kepada pengajaran Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain. Peruntukan jadual waktu Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Komunikasi sedia ada akan digunakan untuk menjayakan program ini. 3. Pelaksanaan Program j-QAF menggunakan kurikulum dan model tersendiri yang

merangkumi: 3.1 Model Kelas Pemulihan Jawi Model Kelas Pemulihan Jawi dijalankan oleh guru j-QAF untuk memulihkan murid yang keciciran dalam Jawi. Ia dilaksanakan serentak dengan waktu pengajaran Jawi murid-murid biasa. Murid yang keciciran dalam jawi ini hendaklah diasingkan dan dididik di tempat yang bersesuaian. Dalam tempoh

Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

25

6 bulan pertama tahun 1, Jawi diajar selama 2 waktu seminggu. Manakala 6 bulan berikutnya diajar selama 1 waktu seminggu. Jumlah bilangan murid bagi Model Kelas Pemulihan Jawi hendaklah di antara 6 hingga 10 orang. 3.2 Model 6 bulan Khatam al-Quran Model 6 Bulan Khatam al-Quran akan menggunakan 4 waktu Pendidikan Islam dalam tempoh 6 bulan pertama di Tahun 1. Manakala pada 6 bulan kedua, pengajaran al-Quran menggunakan 3 waktu untuk Tahun Satu dan 2 waktu untuk Tahun 2 hingga Tahun 6. Proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah menggunakan pendekatan talaqi dan musyafahah (iaitu satu kaedah pembelajaran secara bersemuka dengan guru bagi mendengar, membetul kesalahan dan menyebut semula dengan fasih dan lancar). 3.3 Model Tasmik Khatam al-Quran Model Tasmil Khatam al-Quran dilaksanakan di luar jadual waktu persekolahan dan hendaklah dijalankan sepanjang tahun persekolahan. Guru j-QAF bertanggungjawab melaksanakan model ini. Pihak sekolah boleh melantik guru Pendidikan Islam dan guru mata pelajaran lain yang berkebolehan dan sesuai untuk menjadi pembimbing dalam melaksanakan model ini apabila diperlukan. 3.4 Model Peluasan Pelaksanakan Bahasa Arab Komunikasi Model Peluasan Pelaksanakan Bahasa Arab Komunikasi (BAK) akan dilaksanakan seperti mana pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi sebagai bahasa tambahan di sekolah kebangsaan pada masa ini, iaitu 2 waktu seminggu. Pengajaran dan Pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi hendaklah dimasukkan dalam jadual waktu rasmi persekolahan seperti mana yang dijelaskan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas: Bil. 8 Tahun 2002 KP (BS) 8591 jilid XVII (8) bertarikh 1 Oktober 2002: Penawaran Mata Pelajaran Bahasa Tambahan di Sekolah Kebangsaan (SK). Status mata pelajaran ini adalah sebagai mata pelajaran pilihan. Walau bagaimanapun murid hendaklah memilih BAK sekiranya tidak mengambil mata pelajaran Bahasa Cina Komunikasi atau Bahasa Tamil Komunikasi. 3.5 Model Bestari Solat (Kokurikulum) Model Bestari Solat adalah model kokurikulum yang dilaksanakan di luar jadual waktu persekolahan. Program ini hendaklah dilaksanakan 4 kali dalam tempoh

26

Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

setahun. Satu Jawatankuasa Pelaksana di peringkat sekolah hendaklah dibentuk untuk mengendalikan Kem Bestari Solat tersebut. 4. Guru-guru yang terlibat dalam pelaksanaan Program j-QAF adalah guru j-QAF dan

guru Pendidikan Islam. Guru-guru lain boleh dilibatkan sama berdasarkan keperluan sekolah. 5. Pihak pentadbir sekolah hendaklah menyusun jadual waktu pengajaran dan

pembelajaran dengan terancang supaya program ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur. Empat waktu bagi pengajaran Khatam al-Quran dan 2 waktu bagi Pemulihan Jawi hendaklah dimasukkan ke dalam jadual waktu pada 6 bulan pertama di Tahun 1. Manakala 3 waktu Khatam al-Quran dan 1 waktu Pemulihan Jawi dijalankan pada 6 bulan kedua Tahun 1. Contoh Jadual waktu dan Panduan Penjadualan boleh dirujuk dalam Buku Panduan Dasar dan Pengurusan Kurikulum dan Kokurikulum terbitan JAPIM, dan diberi percuma kepada sekolah-sekolah yang terlibat. 6. Surat Pekeliling Ikhtisas ini hendaklah dibaca bersama dengan Surat Siaran KPM

Bil. (JAPIM) 5206/4/4/1. Jld. 2 (4) bertarikh 03 Januari 2003: Pelaksanaan Jawi dan al-Quran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam KBSR/KBSM Tahun 2003. Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat. Pelajaran Gabungan Daerah, Guru-Guru Besar sekolah-sekolah yang terpilih di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Dato/ Tuan/Puan.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

TAN SRI ABDUL RAFIE BIN MAHAT Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

27

s.k 1. Y.B. Dato Sri Hishammuddin Bin Tun Hussein Menteri Pelajaran Malaysia Y.B. Dato Noh bin Omar Timbalan Menteri Pelajaran Y.B. Dato Hon Choon Kim Timbalan Menteri Pelajaran Y.B. Puan Komala Devi Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pelajaran Ketua Nazir Sekolah

2.

3.

4.

5. 6. 7. 8. 9.

10. Penasihat Undang-Undang 11. Pegawai Perhubungan Awam

28

Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

BAHAGIAN KEWANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 6, 7 & BLOK E12 KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA Telefon: 03-8884 6000 Fax No: 03-88847679 Ruj. Tuan Ruj. Kami Tarikh Pengarah Bahagian Sekolah Pengarah Jabatan Pendidikan Teknikal Pengarah Jabatan Pendidikan Khas Pengarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Pengarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sukan Semua Pengarah Pelajaran Negeri Tuan, TATACARA PERAKAUNAN UNTUK PERUNTUKAN PROGRAM j-QAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Peruntukan j-QAF telah disalurkan oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) untuk diagihkan kepada sekolah-sekolah di bawah kawalan masing-masing. 3. Sehubungan dengan itu, tatacara perakaunan bagi peruntukan j-QAF adalah seperti berikut: Kumpulan Wang Kerajaan Lajur Buku Tunai Pelbagai Akaun Subsidiari j-QAF Sekolah Semua sekolah rendah dan menengah : KP.1602/900/A-1/SJ.6 Jld.1/(79) : : 30 Oktober 2006

Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

29

Pihak sekolah dikehendaki memasukkan peruntukan j-QAF yang diterima di bawah lajur (column) Pelbagai dan menyelenggara akaun subsidiari bagi peruntukan tersebut. Pihak tuan diminta untuk memaklumkan kepada sekolah-sekolah di bawah kawalan tuan mengenai tatacara perakaunan ini. 5. Sekiranya pihak tuan mempunyai sebarang masalah atau kesulitan, pihak tuan boleh menghubungi Unit Akaun Sekolah di talian 038884 7548 / 7508 / 7553.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA TINGKATKAN PRODUKTIVITI KURANGKAN KOS Saya yang menurut perintah,

(KAMARUDIN B HJ ABD GHANI) Bahagian Kewangan b.p Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia No. Tel No. Faks s.k Setiausaha Bahagian Kewangan Setiausaha Bahagian Audit Sekolah Timbalan Setiausaha Cawangan Bajet Timbalan Setiausaha Cawangan Perancangan dan Sistem Timbalan Setiausaha Cawangan Pentadbiran Kewangan Fail Timbul : : 03-88847445 03-88886240

30

Unjuran baru penyertaan sekolah m ulai 20082010 untuk program j-QAF yang dicadangkan oleh BSM pada 3 Oktober 2006 di Hotel de Palma Ampang

Negeri 2006 15 99 52 133 129 44 53 41 144 84 70 90 148 129 4 1235 1247 3 132 63 3 827 151 100 91 64 64 63 63 2 766 71 44 44 84 100 100 155 45 16 62 63 1 762 144 115 115 114 41 23 24 25 54 37 40 49 45 10 10 14 2009 2010 129 97 97 96 2008 133 75 75 75 2007 53 24 24 26 2006 100 60 40 16 2005 16 12 5 5 TAHUN 2007 2008 2009 2010

Unjuran Penyertaan Sekolah 20062010

2005

JUMLAH SEKOLAH MELAKSANA PROGRAM J-QAF HINGGA TAHUN 2010 BIL SEKOLAH 1221 1235 1247 827 766 762 6058

PERLIS

14

KEDAH

98

PULAU PINANG

51

PERAK

132

SELANGOR

128

WP KUALA LUMPUR

43

NEGERI SEMBILAN

52

MELAKA

40

JOHOR

143

PAHANG

83

TERENGGANU

69

KELANTAN

89

SABAH

147

SARAWAK

128

WP LABUAN

4

Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

JUMLAH

1221