pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya...
TRANSCRIPT
Model-model pengajaran
Diantara model-model pengajaran yang sering kali diamalkan dalam bilik darjah ialah
Model Ekspositori, Model Pemprosesan Maklumat dan Model Inkuiri. Model – model
pengajaran yang lain seperti Model Resepsi, Model proses, Model komunikasi,
Model Interaksi, Model pembentukan Konsep dan Model Penyelesaian Masalah.
1. Model Ekspositori
Eskposotori bermaksud penerangan yang jelas dan terperinci. Dalam konteks
pengajaran ekspositori merupakan penyampaian maklumat atau isi kandungan
pelajaran secara langsung kepada murid-murid dalam kelas. Kaedah ekspositori
ialah cara penyampaian pelajaran melalui penerangan, bercerita, demonstrasi
dengan tujuan mengajar sesuatu. Dalam model ekspositori ini,guru memberi
penerangan terlebih dahulu dan murid mendengar dengan teliti hingga mereka
memahami dan mengingatinya atau merekodkan isi pentingnya dalam buku rekod
mereka.
Guru boleh menggunakan model ini untuk menerangkan konsep,
fakta,hukum,prinsip atau teorem matematik.Dari segi implikasi sesuai untuk
peringkat perkembangan. Guru juga mendapat manfaat dari segi menjimatkan masa
ketika menyampaikan pelajaran kerana dengan kaedah ini guru dapat terus
menyampaikan semua maklumat tentang konsep dalam masa yang lebih singkat dan
murid-murid hanya duduk diam dan mendengar sahaja.
Contoh :- Model Resepsi Ansubel (David P.Ansubel 1961).
“the presenting of teaching based on the learning material which are logically
and systematically arranged in its final form, would enable students to
intergrate them with their previous knowledge by means of their own initiative,
so as to acquire new knowledge more effectively.
Cara-cara penyampaian dengan menggunakan model ekspositori adalah dihuraikan
seperti berikut:
Menerang menginterprestasi dan menghuraikian idea daripada buku teks
Menerang sambil mendemon cara melukis atau melukis atau membina
bentuk-bentuk goemetri
Menerangkan langkah-langkah penyelesaian masalah berdasarksan
kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari
Menerangkan sesuatu konsep dengan alat bantu mengajar
Pengenalan dan penerangan isi-isi pembelajaran
Murid – murid mengingat dan merekod isi penting
Murid – murid mendengar penerangan
2. Model Resepsi ( Teori Pembelajaran Resepsi : Ausubel)
David P. Ausubel, seorang ahli psikologi dari Amerika Syarikat adalah orang yang
pertama mengemukakan teori pembelajaran yang mengutamakan resepsi yang
bermakna. Beliau menyarankan pembelajaran resepsi adalah lebih baik dan
berkesan daripada pembelajaran inkuri dan penemuan yang dicadangkan oleh
Bruner.
“pembelajaran bermakna ialah satu proses dimana pelajar sendiri mempunyai
kesedaran dan tujuan dalamnya serta bahan-bahan pembelajaran dipelajari adalah
berguna untuknya. Sekiranya pelajar hanya mempunyai tujuan untuk menghafal
sahaja, hasil pembelajaranya akan berupa hafalan dan tidak bermakna.”
Di dalam terbitan Arithmetic Teacher Februari 1968, Ausubel menghuraikan
perbezaan diantara pembelajaran resepsi dengan pembelajaran penemuan.
“dalam pembelajaran resepsi maklumat terancang yang lengkap diberikan kepada
pelajar. Pelajar hanya menyerapkan maklumat itu kedalam struktur kognitifnya
sahaja. Dalam pembekajaran penemuan, maklumat yang hendak dipelajari tidak
diberikan dan pelajar diikehendaki mencari maklumat itu sendiri. Selepas penemuan,
pelajar seperti pmebelaajarn resepsi menyerapkan makluamt yang ditemui kedalam
struktur kognitifnya.
Pembelajaran
(melalui)
Bermakna
Resepsi Penemuan
Bermakna Hafalan Hafalan
Teori pembelajaran Ausubel
2 pra syarat bagi pembelajaran resepsi yang bermakna iaitu:
Pelajar mesti mempunyai sikap dan tujuan yang positif terhadap aktiviti
pembelajaran
Pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif pelajar harus digunakan untuk
mengaitkanya dengan pelajaran baru
Faktor – faktor yang menganggu pembelajaran bermakna.
Peringkat perkembangan pelajar masih rendah untuk memahami konsep yang
lebih tinggi atau kompleks.
Kekurangan motivasi yang dapat mendorong pelajar supaya pelajar konsep
dengan cara yang bermakna.
Stretagi hafalan yang akan memberi kesan pembelajaran yang tidak
bermakna.
Stretagi pembelajaran Resepsi yang bermakna.
Pengelola awal
Bentuk pernyataan hukum, konsep, perbincangan atau aktiviti lain yang diperkenalkan dengan secara keseluruhan kepada pelajar dalam peringkat permulaan.
Tujuannya adalah untuk menggerakkan struktur-struktur kognitif pelajar yang sedia ada supaya bahan baru ini dapat diintegrasikan dengan konsep yang sedia ada.
Perhubungan Konsep
Menjamin pembelajaran bermakna itu wujud dan guru berperanan untuk menolong pelajarnya untuk menghubungkait struktur kognitif yang sedia ada dengan konsep baru yang akan diajarkan. Setiap konsep baru hendaklah dikaitkan dengan konsep atau prinsip yang telah sedia ada dalam struktur kognitif pelajar.
3. Model Proses pengajaran
A. Model Pengajaran Robert Glazer
Robert Glaser mengemukakan model pengajarannya dengan membahagikan
proses pengajaran kepada empat komponen utama iaitu objektif pengajaran,
pengetahuan sedia ada pelajar, kaedah mengajar dan penilaian.
Menurut model ini, proses pengajaran bermula daripada penentuan objektif
pengajaran yang sesuai. Objektif pengajaran ini menerangkan kehendak hasil
pencapaian yang dapat dikuasai oleh pelajar-pelajar selepas proses pengajaran
berlaku. Hasil pencapaian objektif pengajaran ialah merujuk kepada perubahan
tingkah laku, pemerolehan dan penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran.
Pengetahuan sedia ada merujuk kepada kebolehan intelek,aras motivasi,
penentu-penentu sosial serta budaya pelajar. Robert Glaser menghuraikan
pengetahuan sedia ada sebagai tingkah laku kemasukan dalam proses pengajaran.
Guru menggunakan pengetahuan sedia ada pelajar untuk menentukan objektif
pengajaran yang sesuai serta merancang dan melaksanakan rancangan
mengajarnya.
Pembezaan Progresif
Persembahan terancang daripada umum kepada ciri – ciri spesifik dan terperinci. Misalnya untuk mengajar sisi empat, guru harus memperkenalkan konsep sisi empat kemudian memperkenalkan ciri-ciri spesifik sisiempat seperti sudut dan sisi yang terdapat dalam sisi empat tepat, segi empat sama sisi, rombus dan sebagainya.
Penyesuaian Secara Intergarasi.
Implikasi daripada prnisip penyesuaian secara intergrasi ialah bahan baru yang akan dipelajari harus diubahsuai dan diintergrasikan dengan maklumat yang telah dipelajari dahulu atau proses pengajaran dana bahan-bahan baru harus diubahsuai supaya mudah diintergrasikan dengan bahan-bahan sedia ada dalam struktur kognitif pelajar.
Kompenan ketiga dalam Model Pengajaran Glaser ialah kaedah mengajar. Ia
merujuk kepada satu siri pengajaran yang sistematik dan berlandaskan teori
pengajaran-pembelajaran, misalnya kaedah penyelesaian masalah, kaedah
demonstrasi, kaedah projek, kaedah bercerita dan sebagainya. Pemilihan kaedah
pengajaran berdasarkan pengetahuan sedia ada murid agar objektif pengajaran
akan dapat dicapai.
Komponen keempat dalam Model Pengajaran Glaser ialah penilaian.
Penilaian merujuk kepada penaksiran hasil pencapaian terhadap segala proses
pengajaran yang telah dilakukan. Penaksiran ini meliputi penilaian objektif
pengajaran, pengetahuan sedia ada serta kaedah mengajar. Cara menilai biasanya
terdiri daripada aktiviti soal jawab, pemerhatian, ujian formal atau tidak formal. Hasil
penilaian ini akan memberi maklum balas yang membolehkan guru mengesan
kelebihan dan kelemahan aktiviti pengajaran yang dilaksanakan. Seterusnya ia
membolehkan guru mengubahsuai rancangan dan kaedah mengajar demi
meningkatkan proses pengajaran ketahap yang lebih berkesan.
B. Model Proses Pengajaran Le Francois
Le Francois (1992) mentafsirkan pengajaran sebagai proses yang merangkumi tiga
peringkat, iaitu peringkat sebelum pengajaran, semasa pengajaran, dan selepas
pengajaran.
Peringkat satu iaitu sebelum pengajaran. Dalam proses ini penentuan
objektif dan maklumat dilakukan, menentukan kesediaan pelajar,menentukan stretagi
pengajaran dan menilai semula stretagi yang dibuat. Dalam peringkat iaitu semasa
pengajaran, stretagi dan prosedur pengajaran dilaksanakan. Dalam peringkat ketiga
iaitu selepas pengajaran, penilaian semula keberkesanan stretagi pengajar,
menetukan semula kesediaan pelajar dan mengubahsuai proses tersebut jika untuk
penyesuaian dan penambahbaikan.
4. Model Komunikasi ( Model Wilbur Schramm)
A. Model Schramm I
Model komunikasi Schramm pada asasnya dikembangkan daripada Model
Shannon dan Weaver. Schramm dalam bukunya How Communication Works (1954)
mengemukakan 3 model komunikasi. Mengikut Schramm I, proses komunikasi
bermula dengan ransangan dikenali sumber, kemudian dienkod, iaitu mentafsir
sumber yang hendak disampaikan, diikuti dengan menghantar mesej itu dalam
bentuk isyarat, sama ada secara lisan atau bukan lisan. Selepas mesej itu diterima
oleh orang, maksudnya akan ditafsirkan atau didekod dengan serta merta dan
disalurkan kedstinasinya, iaitu orang yang menerima mesej itu.
B. Model Schramm II
Model Schramm II adalah lanjutan daripada Model Schramm I. Didalam model
kedua, Schramm mengaikant proses komunikasi dengan bidang pengalaman orang
yang menyampai mesej dan orang yang menerimanya.
Mengikut Schramm, proses komunikasi yang berkesan hanya boleh berlaku
apabila bahagian bidang pengalaman bertindih antara 2 pihak, iaitu diantara sumber
dengan destinasi. Ini adalah kerana ransangan dienkod dan mesej dienkod adalah
berdasarkan bidang pengalaman masing-masing.
Komunokasi berkesan hanya boleh berlaku apabila sumber dienkod adalah
sama bidang pengalaman dengan mesej didekod oleh si penerima.keberkesanan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran amat begantung kepada pelajaran yang
disampaikan oleh guru. Samada ditafsir dengan tepat oleh murid-
muridnya.komunikasi yang berkesan ini hanya boleh berlaku didalam pengalaman
yang berttindih diantara guru dan murid.
C. Model Schramm III
Model ini dikembangkan daripada model pertama dan kedua. Di dalam model ini
scramm menghuraikankomunikasi sebagai interaksi antara 2 pihak iaitu kedua-dua
pihak memainkan peranan penting sebagai penyampai mesej dan penerimany
Model pengajaran pemprosesan maklumat.
1. Teori Pemprosesan Maklumat R.M. Gagne
Robert M.Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for instruction (1975)
mengemukakan teori mengenai bagaimana manusia menempuhi. Mengikut teorinya,
rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar akan diterima dalam saraf melalui
deria- deria manusia. Maklumat in akan ditafsirkan dalam stor ingatan, kemudian
dihantar kepada stor ingatan jangka ingatan jangka panjang, dan akhirnya kepada
penggerak tindak balas melalui sistem saraf. Pengalaman yang disimpan di dalam
stor ingatan panjang adalah penting untuk dikaitkan dengan pengalaman baru bagi
memudahkan pembelajaran baru berlaku. Teori ini menjelaskan bagaimana
maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran diperolehi.
Persekitaran
Penggerak tindak balas
Ransangan –ransangan Pelaksanaan
Rakaman deria
Stor ingatan jangka panjang
Stor ingatan jangka pendek.
Fasa-fasa proses pembelajaran menurut teori Gagne.
Fasa motivasi – Jangkaan
Fasa pertamayang berlaku dalam sesuatu proses pembelajaran.
Lazimnya manusia belajar didorong oleh motivasi tertentu. Tanpa motivasi
motivasi tidaa akan bermakna dan berkesan. Manusia belajar kerana motif
tertentu dan motivasi berindak sebagai tindakan yang menimbulkan motifnya
bagi menggalakkan pelajar berusaha untuk belajar.
Fasa kefahaman – Pemerhatian –Simpanan Persepsi
Fasa ini melibatkan aktiviti pemerhatian dan pemilihan ransangan dan
tepat dan relevan. Seseorang akan menumpukan pemerhatian terhadap
sesuatu ransangan yang dimotivasikan dan memilih serta membezakan
ransangan –ransangan melalui deria.
Pemilihan dan membezakan ransangan-ransangan merujuk kepada
tindakan seseorang memilih persepsi yang sesuai dan menolak persepsi
tidak relevan. Misalnya semasa belajar dibilik darjah, seseorang murid
menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru dan menolak
gangguan yang lain seperti bunyi perbualan daripada rakan-rakan sedarjah.
Fasa Perolehan – Pengekodan – Simpanan Awal
Apabila seseorang itu berjaya memilih ransangan yang relevan dan
mempersepsikannya dengan tepat, maka ransangan itu akan dibawa oleh
sistem saraf kedalam stor ingatan jangka pendek, kemudian ransangan
tersebut didekod dengan sesuatu cara yang ringkas dan tersendiri, seperti
merekodkan isi – isi penting dalam bentuk yang mudah disimpan.
Fasa Penahanan – Penyimpanan – Stor Ingatan
Selepas rangsangan yang dipilih dan dikodkan dalam stor ingatan
jangka pendek, sebahagian atau keseluruhannya akan disalurkan dan
disimpan dalam stpr ingatan jangka panjang. Kod-kod yang di simpan
dalam stor ingatan jangka panjang akan ditransformasikan dan disusun
semula dengan satu sistem yang lebih kekal dalam ingatan dan lebih
mudah dikeluarkan. Fasa ini dinamakan fasa penahanan, iaitu
menyimpan maklumat, peristiwa atau pengalaman yang diperolehi
dengan cara yang sistematik.
Fasa Ingatan Kembali – Mengingat Kembali – Mencari
Fasa ingatan kembali merupakan tindakan mencari maklumat atau
pengalaman yang telah disimpan dalam stor ingatan jangka panjang.
Tindakan ini biasanya digerakkan oleh rangsangan luaran ataupun
melalui motif dalaman. Isyarat-isyarat dari rangsangan luaran atau motif
dalaman akan menggerakkan seseorang individu berusaha mengingat
kembali maklumat atau pengalaman yang diperolehi untuk
menghasilkan tindak balas yang sepadan dengan isyarat rangsangan
yang dihadapinya. Misalnya, seorang murid berusaha mengingat
kembali apa yang telah dipelajarinya untuk menjawap soalan guru.
Sejauh mana kecepatan dan ketepatan maklumat yang disimpan dalam
stor ingatan panjang supaya dapat diingat kembali bergantung kepada
sistem penyimpanannya. Biasanya, maklumat yang disusun secara
sistematik dan tepat boleh diingati kembali dengan lebih cepat dan
mudah.
Fasa Generalisasi – Pindahan
Fasa generalisasi ini merujuk kepada fasa pemindahan pembelajaran
atau fasa aplikasi, di mana seseorang individu boleh mengingat kembali
maklumat dalam stor ingatan panjang dan menggunakannya untuk situasi
yang serupa atau sama. Misalnya, seorang murid telah mengatahui bentuk
segiempat tepat, segiempat sama sisi, rombus, segiempat selari, trapezium
yang masing-masing mempunyai empat sisi, maka murid itu akan membuat
generalisasi bahawa bentuk-bentuk tersebut boleh diklasifikasikan dalam
kategori sisiempat.
Fasa Prestasi – Gerak balas
Fasa prestasi juga dikenali sebagai fasa perlakuan. Mengikut Gagne,
fasa ini boleh diperlihatkan dan diukur daripada perubahan tingkah laku
seseorang dalam proses pembelajaran. Fasa prestasi berlaku apabila
seseorang bertindak balas dengan perubahan tingkah lakunya sebaik
sahaja isyarat rangsangan diberikan. Misalnya, murid bertindak balas
dengan menjawap soalan guru secara lisan.
Fasa Maklum balas – Peneguhan
Fasa ini merupakan fasa terakhir dalam sesuatu proses pembelajaran.
Fasa maklum balas ini berlaku selepas seseorang individu telah
bertindak balas dengan prestasi atau perubahan tingkah laku yang
tepat.
Tindakan maklum balas mempunyai fungsi peneguhan seperti
memberi galakan kepada orang yang telah menunjukkan prestasi yang
tepat. Misalnya, seorang murid yang dapat memberi jawapan dengan
tepat diberikan pulian oleh guru. Dengan adanya fasa maklum balas ini,
murid yang mendapat pujian atau peneguhan bukan sahaja memahami
sejauh mana tahap prestasi yang ditunjukkannya tetapi juga akan
berusaha terus untuk meningkatkan prestasinya pada masa hadapan.
Mengikut Model Proses Pembelajaran Gagne (1974), setiap fasa
dalam proses pembelajaran mempunyai tindakan dalaman ataupun
luaran yang terdiri dan mempengaruhi fasa yang berikutnya. Rajah 7.9
di halaman berikut mengilustrasikan secara ringkas fasa-fasa proses
pembelajaran dengan tindakan-tindakan yang berkenaan
Lapan jenis Pembelajaran Untuk Memperolehi Maklumat
Pada tahun 1977,Gagne cuba menghuraikan lapan jenis pembelajaran daripada
peringkat yang mudah kepada peringkat yang kompleks:
i. Pembelajaran Melalui isyarat pembelajaran yang berbentuk primitif.
Contohnya: Manusia melalui pengalaman,mempelajari isyarat asap seperti
kebakaran.
ii. Pembelajaran stimuli-tindak balas Menghubungkaitkan stimuli yang
dirancang dan dirangsangkan dengan tindak balas individu.
Contoh:Guru menunjukkan sesuatu benda konkrit,murid menyebut namanya.
iii. Pembelajaran Melalui Rantaian Merujuk kepada pelbagai hubungkait
daripada pembelajaran stimuli-tindak balas selepasnya.
Contohnya:Membuat ayat dengan menghubungkaitkan perkataan-perkataan .
iv. Pembelajaran Melalui Asosiasi Verbal Merupakan bentuk asas
pembelajaran bahasa.
Contohnya:Mengaitkan nama orang dengan alamatnya.
v. Pembelajaran Melalui Pelbagai Pembezaan.
Merujuk kepada pembelajaran untuk memilih satu sahaja tindak balas
terhadap pelbagai rangsangan.
Contohnya:Sebutan e dan e,murid akan menggunakan satu sahaja sebutan
seperti semak,bela.
vi. Pembelajaran konsep Merujuk kepada pembelajaran membentuk konsep
dengan perwakilan simbol berdasarkan cirri-ciri yang sama.
Contohnya:Beg,buah-buahan,buku.
vii. Pembelajaran prinsip. Merujuk kepada pembelajaran perkaitan dua atau
lebih konsep yang telah dipelajari.
Contohnya:Air mengalir ke tempat yang lebih rendah.
viii. Pembelajaran penyelesaian masalah Merupakan pembelajaran melalui
proses berfikir,iaitu memikir cara penyelesaian masalah dengan
menggunakan konsep dan prinsip yang telah dipelajari.
Contohnya:Menyelesaikan masalah matematik.
Teori Pengajaran-Pembelajaran Pembentukan Konsep : Bruner
Bruner (1973 menggunakan perkataan pengkategorisasi sebagai pembentukan
konsep, iaitu membuat kategori dengan membezakan pekara-pekara atau benda-
benda yang beraneka jenis mengikut ciri-ciri yang sama masing-masing. Maka
konsep ialah pengertian atau pendapat yang terbentuk dalam fikiran mengenai
sesuatu tanggapan, gagasan atau idea. Pengertian atau pendapat ini merujuk
kepada idea spesifik tentang sesuatu perkara, peristiwa, fenomena benda atau
gambar yang mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.
Penanggapan adalah berkaitan rapat dengan pengamatan. Proses
pengamatan bermula daripada rangsangan luar yang ditanggap oleh mana-mana
organ deria manusia, kemudian dihantar ke otak yang akan berusaha mentafsir
maklumat yang diterima dengan cara mengkategori maklumat berdasarkan ciri-ciri
khususnya. Konsep yang dibentuk adalah hasil daripada proses pengkategorisasi
tersebut. Rajah 7.10 berikut mengilustrasikan secara ringkas proses pembentukan
konsep melalui proses pengamatan.
Rangsangan Luar Organ Deria Otak Konsep
pekara,
peristiwa,
finomena,
benda,
ataupun gambar
pengertian,
pendapat,
tanggapan,
gagasan,
ataupun idea
melihat,
mendengar,
menyentuh,
menghidu,
ataupun merasa
menganalisi,
mentafsir,
menginterpretasi
ataupun merumus
Mengikut Bruner, fungsi konsep utama ialah menyusun maklumat kepada ciri-ciri
umum bagi sesuatu kumpulan objek atau idea, dengan tujuan memudahkan
pengurusan keadaan yang beraneka ragam dengan lebih mudah ringkas, di samping
lebih mudah memahami, mempelajari serta mengingatinya. Sebagai contoh, haiwan-
haiwan adalah diklasifikasikan berdasarkan sifat-sifat khususnya seperti haiwan
bertulang belakang ( iaitu ikan, mamalia, feptila, amfibia, dan burung), dan haiean
yang tidak bertulang belakang (iaitu siput, sotong, serangga, labah-labah dan
halipan). Cara pengkategorisasi ini akan membolehkan kita mengenal pasti,
memahami, mempelajari ataupun mengingati mereka dengan lebih mudah lagi.
Model Taba
Model pengajaran Taba pula menekankan penyusunan bahan-bahan
pengajaran dalam suatu sistem yang sesuai yang dapat meningkatkan kemahiran
berfikir pelajar. Penyusunan maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran
adalah diutamakan dalam model ini. Model ini menerangkan bahawa seseorang
pelajar melakukan operasi kognitif ke atas bahan pengajaran atau pemilihan sesuatu
konsep haruslah dilakukan melalui empat peringkat seperti berikut; menyusun data
atau fakta dengan memerhati ciri-ciri persamaan dan perbezaan, menggolong dan
mengelas fakta-fakta menjadi kategori dan memberi label kepadanya, membuat
generalisasi atau kesimpulan atas hubungan-hubungan antara kategori-kategori itu,
dan mengaplikasi generalisasi yang diperolehi. Rumusannya, dengan merujuk
kepada model ini, guru dapat merancang pengajaran dengan membahagikan topik
kepada generalisasi, konsep dan fakta-fakta yang berguna untuk menentukan
kaedah pengajaran yang sesuai.
Sesuatu konsep haruslah dilakukan melalui 4 peringkat utama,iaitu:
1) Peringkat penyusunan data
Menyusun fakta-fakta dengan memerhatikan cirri-ciri persamaan dan
perbezaannya.
2) Peringkat membentuk konsep
Menggolongkan dan mengelaskan fakta-fakta berdasarkan cirri-ciri
persamaan supaya menjadi kategori tertentu.
3) Peringkat membentuk hokum
Membuat kesimpulan atau generalisasi ke atas hubungan-hubungan di antara
kategori-kategori yang dibentuk dalam peringkat 2.
4) Peringkat aplikasi
Penggunaan generalisasi atau kesimpulan dalam situasi baru.
Model Inkuiri
Model Inkuiri pula merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan
jawapan atau kesimpulan daripada soalan, atau daripada masalah yang
dikemukakan. Aktiviti soal selidik ini memerlukan pelajar mengenal pasti soalan
bermasalah, membentuk hipotesis, merancang aktiviti kajian, manjalankan kajian
atau siasatan dan seterusnya mendapatkan jawapan dan membuat rumusan.
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terdapat dua jenis teknik inkuiri
iaitu ‘inkuiri terbimbing’ dan ‘inkuiri terbuka’. Inkuiri terbimbing memerlukan guru
membimbing pelajar menjalankan segala proses kajian. Inkuiri jenis ini sesuai
dilaksanakan pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Dalam inkuiri terbuka,
pelajar tidak diberi sebarang bimbingan. Segala proses kajian dijalankan oleh pelajar
sendiri.
Oleh itu, ianya sesuai dilaksanakan pada peringkat pengajian yang lebih tinggi
seperti di universiti. Kesimpulannya, model inkuiri ini amat berguna bagi
mendapatkan maklumat dan pengetahuan baru dalam pelbagai bidang khususnya
bidang pendidikan.
i. Model Inkuiri Sains (Model Dewey)
digunakan untuk mengkaji prinsip,fenomena dan cirri-ciri unsur sains.
Berlandaskan kepada 5 langkah:
MENGENAL PASTI MASALAH
MENGENAL PASTI MASALAH
MENGENAL PASTI MASALAH
MENGENAL PASTI MASALAH
MENGENAL PASTI MASALAH
Proses mengenal pasti masalah melibatkan aktiviti memahami dan mengenal pasti
aspek-aspek penting yang terkandung dalam masalah. Peringkat mencari maklumat
melibatkan aktiviti mengumpul bahan-bahan atau fakta-fakta yang berkaitan dengan
penyelesaian masalah. Peringkat membuat hipotesis merujuk kepada cadangan
strategi dan cara menyelesaikan masalah. Peringkat menguji hipotesis merupakan
proses pelaksanaan strategi dan aktiviti penyelesaian, manakala peringkat menilai
dan membuat rumusan merujuk kepada aktiviti penilaian dan membuat rumusan
terhadap teknik penyelesaian yang telah digunakan dalam proses penyelesaian
masalah.
ii. Model Inkuiri Sosial
Model inkuiri sosial yang digunakan untuk mengkaji topik-topik yang berkaitan
dengan bidang kemasyarakatan dan kemanusiaan. Proses kajian adalah
berlandaskan kepada aktiviti pemerhatian, temubual atau soal selidik. Model
inkuiri sosial menegaskan proses interaksi sosial. Model ini merangkumi enam
langkah seperti berikut :
Proses kajian berlandaskan kepada aktiviti pemerhatian,temubual atau soal selidik.
Merangkumi 6 langkah:
PEMBENTUKAN MASALAH OLEH GURU > PEMBENTUKAN HIPOTESIS OLEH
MURID > MEMBERI DEFINISI KEPADA HIPOTESIS > PERBINCANGAN KESAHAN
HIPOTESIS > MENCARI SOKONGAN UNTUK HIPOTESIS > MEMBUAT
KESIMPULAN ATAU RUMUSAN
iii. Inkuiri Suchman
Berlandaskan andaian bahawa strategi –strategi yang digunakan oleh ahli sains
boleh juga digunakan sebagai model pengajaran dalam mata pelajaran
sekolah,khasnya mata pelajaran sains.
Langkah-langkah model inkuiri suchman
Guru menentukan dan mengemukakan masalah untuk diselesaikan.
Guru menerangkan proses inkuiri untuk menyelesaikan masalah yang
dikemukakan.
Pelajar-pelajar dibimbing membuat hipotesis dengan mengumpul data yang
berkaitan.
Pelajar-pelajar menggunakan data untuk menguji hipotesis dengan tujuan
membuat teori yang berkaitan.
Pelajar-pelajar berbincang dan membuat rumusan tentang peraturan atau
syarat yang berkaitan dengan teori yang telah dibentuk.
Guru dan pelajar bersama berbincang menilai proses inkuiri yang dijalankan
dengan tujuan membaiki kelemahan penyelesaian yang telah didapati dahulu.
IV - Model inkuiri juris prudential
Model ini digunakan untuk mencari kebenaran dan ketepatan isu-isu seperti Belajar
Sains adalah lebih berguna daripada belajar Satera. Proses inkuiri ini adalah
berdasarkan kepada aktiviti perdebatan.
Di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran,terdapat dua jenis teknik inkuiri,
iaitu inkuiri terbimbing dan inkuiri terbuka. Inkuiri terbimbing memerlukan guru
membimbing murid-murid menjalankan segala proses kajian. Inkuiri jenis ini sesuai
digunakan pada peringat sekolah rendah dan sekolah menegah rendah. Dlam inkuiri
terbuka, murid-murid tidak diberi sebarang bimbingan. Segala proses kajian
dijalankan oleh murid sediri. Inkuiri jenis ini sesuai digunakan pada peringkat sekolah
menegah atas dan peringkat lebih tinggi.
Model Latihan Terus
Model Arahan Terus pula merupakan satu model pengajaran yang bertujuan
untuk membantu pelajar mempelajari ilmu pengetahuan atau kemahiran asas yang
boleh diajar dengan cara langkah demi langkah. Model ini juga dikenali sebagai
‘Model Latihan’ dan ‘Model Pengajaran Aktif’.
Model ini dibentuk khas untuk merangsang pembelajaran pelajar berkaitan
pengetahuan berprosedur ( procedural knowledge ) yang memerlukan sama ada
kemahiran asas atau komprensif dan juga berkaitan ilmu pengetahuan yang
memerlukan pengajaran langkah demi langkah. Model ini menekankan aspek
pemerhatian pelajar terhadap apa yang ditunjukkan oleh guru sebelum pelajar
melakukannya semula
Model interaksi (Model pengajaran Sim)
Sim mengemukakan model pengajarannya denagn melibatkan interaksi di antara
lima komponen seperti Rajah 7.7 berikut :
Rajah 7.7 : Model Pengajaran Sim
Mengikut Sim, proses pengajaran yang berlaku adalah melalui interaksi di antara
guru dan murid, dengan objektif dan isi pelajaran dalam sesuatu persekitaran
(alam belajar) tertentu.
Dalam model pengajarannya, Sim menghuraikan persekitaran sebagai alam
belajar, iaitu keadaan dan organisasi tempat murid, termasuk aspek kedudukan
sosioemosi dan budaya murud-murid yang diajar. Beliau berpendapat keberkesanan
sesuatu proses pengajaran bergantung kepada kebijaksanaan seseorang guru
menentukan objektif dan isi pelajaran yang berkaitan dengan komponen
persekitarannya, serta kecekapan menggunakan teknik mengajar yang sesuai
untuk melaksanakan proses pengajaran melalui interaksi di antara guru dan murid
dengan objektif dan isi pelajaran dalam persekitarannya.
Mengikut Sim, interaksi dalam proses pengajaran boleh berlaku di antara guru
dan murid dengan satu, atau dua,atau tiga komponen yang lain. Semasa interaksi
berlaku, salah satu komponen akan menjadi fokus, iaitu komponen utama yang
dititikberatkan dalam proses pengajaran. Misalnya :
a) Interaksi di antara guru, murid dan objektif, apabila objektif menjadi fokus.
Guru
Objektif
Isi
Murid
Di antara yang perlu dipertimbangkan dan interaksi ini ialah :
Objektif pelajaran yang ditentukan oleh guru harus berdasarkan kebolehan
mental dan fizikal murid-murid.
Objektif pelajaran yang ditentukan oleh guru boleh dicapai oleh murid dalam
masa pembelajaran yang diperuntukan.
Objektif pelajaran yang ditentukan oleh guru adalah eksplisit, iaitu perubahan
tingkah laku murid dapat dilihat dengan jelas selepas aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
b) Interaksi di antara guru, murid, dan isi pelajaran, apabila isi pelajaran menjadi
fokusnya.
Pekara-pekara yang perlu dipertimbangkan dalam interaksi ini ialah :
Isi pelajaran yang ditentukan oleh guru hendaklah sesuai dengan kebolehan
dan minat murid-murid.
Isi pelajaran yang dirancangkan oleh guru hendaklah sistematik supaya
murid-murid mmudah mengikutinya.
Isi pelajaran yang disampaikan oleh guru hendaklah mengikut kaedah
mengajar dan strategi pengajaran yang sesuai supaya murid dapat
memperolehinya dengan berkesan seta bermakna.
Objektif
Guru Murid
Isi Pelajaran
Guru Murid
c) Interaksi di antara guru,murid dan persekitaran apabila persekitaran menjadi
fokusnya.
Dalam interaksi ini, perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan ialah :
Keadaan tempat belajar yang dikelolakan oleh guru harus sesuai dengan
perkembangan intelek, emosi, rohani dan sosial murid-murid.
Alat bantu mengajar yang digunakan oleh guru haruslah dapt dilihat dengan
jelas, mudah difahami dan boleh digunakan oleh murid dalam pelajaran.
Kemudahan-kemudahan di tempat belajar haruslah dapat memperkaya
proses pengajaran.
Model Behavioral
Pembelajaran Penguasaan (Mastery Learning)
Pembelajaran Penguasaan adalah juga dikenali sebagaia Pembelajaran Masteri.
Perkataan masteri berasal daripada Bahasa Inggeris yang mempunyai erti seperti
kehandalan, kepandaian ataupun menguasai sesuatu kemahiran dengan cekap dan
lengkap, Berdasarkan huraian ini, pembelajaran masteri boleh diertikan sebagai
kehandalan penguasaan pembelajaran seperti menguasai ilmu pengetahuan dan
kemahiran dengan cekap dan lengkap. Oleh itu, pembelajaran masteri merupakan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang penting untuk memastikan pelajar
dapat menguasai apa yang diajar adalah berkesan dan mencapai objektif pelajaran
yang ditentukan dengan memuaskan.
Tujuan pembelajaran masteri ialah mendapat maklum balas terhadap
pembelajaran dan membuat pengubahsuaian untuk meningkatkan
keberkesanannya, serta memberi bantuan dan masa yang diperlukan kepada pelajar
Persekitaran
Guru Murid
yang berkenaan, demi membolehkan kebanyakan mereka dapat mencapai objektif
pelajaran yang ditentukan.
Idea pembelajaran masteri ini adalah dicadangkan oleh B.S. Bloom, seorang
pakar pendidikan di Amerika Syarikat pada hujung 1960`an. Idea ini adalah berasal
daripada John Bisell Carooll yang telah menjalankan kajian tentang model
pembelajaran di peringkat sekolah.
Mengikut kajian B. S. Bloom, perbezaan pencapaian pelajar adalah dipengaruhi
oleh faktor-faktor berikut :
Kemahiran asas yang diperlukan untuk mempelajari sesuatu topik pelajaran.
Kuantiti dan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
Kebolehan memahami pengajaran guru.
Daya usaha pembelajaran yang berterusan.
Masa pembelajaran yang diperuntukan.
C. S. Bloom berpendapat, sekiranya pelajar dapat memahami objektif pelajaran
dengan tepat dan jelas, memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
diperlukan untuk mengusai pembelajaran yang berkenaan, sedia
menggunakan masa dan mempunyai hasrat untuk mencapai kemajuan, serta
pengajar yang dapat memberi bantuan dan masa pembelajaran yang
mencukupi, di samping diberikan aktiviti pemulihan berdasarkan penggunaan
maklum balas dengan berkesan, kebanyakan mereka pasti akan dapat
menyempurnakan tugas pembelajaran dengan memperolehi pencapaian yang
memuaskan.
Ringkas kata, penggunaan pendekatan pembelajaran masteri ialah
berlandaskan kepercayaan bahawa semua pelajar boleh menguasai sesuatu
kemahiran atau pekara yang diajar dengan cekap dan lengkap, sekiranya ada
pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti serta masa yang mencukupi.
Model Projek
Diperkenalkan oleh Professor William Kilpatrick (1871-1965). Menekan
konsep pembelajaran murid untuk menambah minat ketika melaksanakan aktiviti
pembelajaran yang dirancang. Menyarankan bahawa murid-murid belajar melalui
aktiviti permainan,kerja praktik,kajian luar dan lawatan.
Terdapat banyak model yang telah wujud demi meningkatkan kualiti dan
keberkesanan dan penyampaian di dalam sesi pengaaran dan pembelajaran.
Diantara kepentingan para golongan pendidik menguasai model-model pengajaran
ini ialah murid akan mengambil bahagian yang aktif dalam pembelajaran, makanya
wujudnya pembelajaran yang mampu meransang perkembangan murid-murid dalam
pembelajaran kerana proses seprti menganalisis data, menyemak hipotesis dan
membuat refleksi terhadap pembentukan ilmu yang timbul. Contoh model yang
memerlukam murid melibatkan diri dalam menguji konsep dan hipotesis ialah model
pemprosesan maklumat dan model inkuiri.
Selain itu, ada sesetengah model menjadikan objektif pelajaran sesuatu yang
harus ditentukan secara eksplisit dan mengikut kebolehan murid-murid. Isi pelajaran
juga harus dipilih berdasarkan objektif pelajaran dan dirancang dengan sistematik
dengan kaedah yang sesuai. Disamping itu bahan yang dipilih seharusnya sesuai
dengan kebolehan murid-murid serta sesuai dengan masa yang diperuntukkan
dalam proses pengajaran. Unsur-unsur persekitaran juga sesuai agar keberkesanan
proses pengajaran dapat dicapai secara optimum.
Seperti yang diketahui, pengajaran merupakan satu proses yang merangkumi
aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas. Pada masa
sekarang, beberapa modelpengajaran yang berlandaskan proses pengajaran telah
dikaji dan dibina oleh pakar-pakar pendidik dengan tujuan untuk menghasilkan
proses pengajaran yang berkesan. Dalam soalan satu, sudah diterangkan definisi
model pengajaran dan beberapa contoh model-model pengajaran yang sering kali
diamalkan dalam bilik darjah ialah Model Ekspositori, Model Pemprosesan
Maklumat, Model Inkuiri dan beberapa model pengajaran lain yang berkaitan. Oleh
kerana pengajaran yang berkaitan rapat dengan pembelajaran, banyak teori
pembelajaran telah diubahsuai menjadi model pengajaran masing-masing.
Semasa proses pernacangan pelajaran, perkara-perkara yang hendak
dipertimbangkan seperti penyusunan data, pembentukkan konsep dan membuat
generalisasi atau prinsip dari konkrit kepada abstrak. Di dalam proses pembelajaran,
teknik meningkatkan daya pemikiran pelajaran adalah untuk memperoleh dan
menguasai generalisasi atau prinsip yang abstrak.
Dengan ini pelajar-pelajar akan melibatkan diri secara aktif sekiranya diberi
peluang, guru seharusnya memberikan mereka peluang dalam bercakap dan biarka
mereka sedar tentang konsep yang diajar. Mereka belajar sendiri melalui
pengalaman mereka di dalam kelas. Sesungguhnya, guru yang baik adalah guru
yang membuat refleksi atau kesimpulan di akhir pengajaranya dan sentiasa
membuat ulangan tentang tajuk di daam sesuatu subjek sehinggalah pelajar menjadi
mahir dalam menerima ilmu pengetahuan walau di manapun dia berada.
Terdapat juga model yang digunakan untuk mengajar konsep dan kemahiran
sesuatu pelajaran dalam peringkat perkembangan. Guru boleh menghuraikan
konsep secara lisan agar guru dapat menjimatkan masa ketika menyampaikan
pelajaran kerana sesi pengaajran dan pembelajaran tidak diganggu dengan aktiviti
soal menyoal.
Penguasaan model pengajaran ini juga dapat mewujudkan kesediaan belajar
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kelas yakni suasana pembelajaran
yang kondusif untuk menaraik minat pelajar. Malahan penguasaan ini juga
menyebatikan kemahiran berfikir dengan mengadakan aktiviti perbincangan dan
sumbangsaran.
Keberkesanan aktiviti pengajaran hanya akan berlaku dan amat bergatung
kepada kebolehan murid mentafsir mesej guru yang disampaikan. Ini bermakna
komunikasi yang berkesan hanya akan berlaku apabila guru menyampaikam
pelajaran dengan cara yang mudah difahami oleh murid atau berdasarkan
kebolehan murid yang berkenaan. Sehubungan itu, komunikasi berkesan akan wujud
apabila guru menggunakan suara yang lantang dan perkataan-perkataan yang boleh
difahami oleh murid serta tahap isi pelajaran yang sepadan.
Guru-guru juga membentuk sesuatu konsep, prinsip atau teori dengan jelas
dan terperinci. Guru seharusnya membimbing dan membetulkan aktiviti-aktiviti
pelajar yang terpesong daripada objektif pengajaran dengan menggalakan pelajar
melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dengan guru memainkan
peranan sebagai pemudah cara yang berkesan serta memberikan ulasan dan
penilaian terhadap hasil inkuiri pelajar.