pendidikan

4
Di antara aktiviti-aktiviti yang dirancang dibawah Dasar Kebudayaan Nasional untuk menggalakkan perpaduan di Malaysia ialah melalui aktiviti dalam bidang pendidikan dan kesenian. Untuk mencapai hasrat murni tersebut dalam bidang pendidikan maka kerajaan telah mewujudkan sekolah-sekolah berikut. a) Sekolah Wawasan b) Sekolah Kluster c) Sekolah Sukan a) Sekolah Wawasan Selaras dengan pelaksanaan Dasar Kebudayan Nasional yang menekankan kepentingan perpaduan diantara kaum di Malaysia maka kerajaan telah melaksanakan penubuhan Sekolah Wawasan. Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung.

Upload: amir-fitri-udin

Post on 11-Dec-2015

224 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

pendidikan

TRANSCRIPT

Page 1: pendidikan

Di antara aktiviti-aktiviti yang dirancang dibawah Dasar Kebudayaan Nasional

untuk menggalakkan perpaduan di Malaysia ialah melalui aktiviti dalam bidang

pendidikan dan kesenian.

Untuk mencapai hasrat murni tersebut dalam bidang pendidikan maka kerajaan

telah mewujudkan sekolah-sekolah berikut.

a) Sekolah Wawasan

b) Sekolah Kluster

c) Sekolah Sukan

a) Sekolah Wawasan

Selaras dengan pelaksanaan Dasar Kebudayan Nasional yang menekankan

kepentingan perpaduan diantara kaum di Malaysia maka kerajaan telah

melaksanakan penubuhan Sekolah Wawasan. Sekolah Wawasan adalah

sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan

yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga

buah sekolah rendah berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang

sama. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung

antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung.

Aktiviti pendidikan dalam sekolah wawasan juga dapat mewujudkan satu identiti

bangsa Malaysia melalui proses pendidikan.

Page 2: pendidikan

Tujuan dan matlamat Sekolah Wawasan

1. Untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-

bagai bangsa dan latar belakang

2. Untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran

3. Untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan

persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu

padu

b) Sekolah Kluster

Penubuhan Sekolah Kluster terkandung dalam Bab 9 Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan (PIPP) yang telah dilancarkan pada 16 Januari  2006. Pewujudan

Sekolah Kluster adalah berdasarkan pendekatan kedua PIPP iaitu untuk

mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan

yang mekanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6, Melonjakkan

Kecemerlangan Institusi Pendidikan. Tinjauan literatur menunjukkan bahawa

amalan mengelompokkan sekolah dilaksanakan di luar Negara untuk

peningkatan kualiti pendidikan. Pengelompokan yang dilaksanakan di luar

Negara adalah berasaskan lokaliti ataupun kecemerlangan.

Page 3: pendidikan

c) Sekolah Sukan

Sekolah Sukan Malaysia (SSM) adalah sekolah elit khas untuk atlit-atlit di

kalangan pelajar sekolah yang berpotensi untuk dikembangkan bakatnya ke

tahap lebih cemerlang. Di samping pembelajaran berasaskan akademik, pelajar-

pelajar dilatih mengikut bidang kemahiran sukannya. SSM ini di bawah kawalan

Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Setakat ini terdapat dua buah Sekolah Sukan Malaysia (SSM) iaitu:

1. Sekolah Sukan Bukit Jalil Kuala Lumpur

2. Sekolah Sukan Bandar Penawar Kota Tinggi Johor

Pelajar-pelajar yang ditawarkan ke SSM ini diwajibkan tinggal di asrama. Sistem

persekolahannya berbeza sedikit kerana untuk meningkat ketahanan mental dan

disiplin pelajar.