kementerian pendidikan malaysia kurikulum · pdf filepembelajaran di program pendidikan khas...

33
DRAF KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI TAHUN EMPAT

Upload: votu

Post on 02-Feb-2018

264 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filepembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah ... RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU . Definisi Rancangan Pendidikan

DRAF KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

TAHUN EMPAT

Page 2: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filepembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah ... RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU . Definisi Rancangan Pendidikan
Page 3: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filepembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah ... RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU . Definisi Rancangan Pendidikan

DRAF

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS

(MASALAH PEMBELAJARAN)

TEKNOLOGI MAKLUMAT

DAN KOMUNIKASI

TAHUN EMPAT

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Page 4: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filepembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah ... RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU . Definisi Rancangan Pendidikan

Cetakan Pertama 2013 © Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

Page 5: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filepembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah ... RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU . Definisi Rancangan Pendidikan

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan

seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi

kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal

terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif

yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita

tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Page 6: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filepembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah ... RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU . Definisi Rancangan Pendidikan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha

berterusan ke arah lebih memperkembangkan

potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk melahirkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,

emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

bertujuan untuk melahirkan warganegara

Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran

keluarga, masyarakat dan negara.

Page 7: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filepembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah ... RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU . Definisi Rancangan Pendidikan

SENARAI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

PENDAHULUAN 1

MATLAMAT 1

OBJEKTIF 1

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG 2

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD 3

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) 3

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 4

FOKUS MATA PELAJARAN 6

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 7

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU 7

PENTAKSIRAN 8

PELAKSANAAN PdP DAN PENTAKSIRAN SEKOLAH 10

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN 12

Page 8: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filepembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah ... RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU . Definisi Rancangan Pendidikan
Page 9: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filepembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah ... RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU . Definisi Rancangan Pendidikan

DRAF

1

PENDAHULUAN

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas

(Masalah Pembelajaran) dibina selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan

bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang

pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid

dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas (Masalah

Pembelajaran) lebih berfokus kepada penguasaan kemahiran bagi

memenuhi keperluan individu, tidak terlalu menekankan akademik

dan tidak membebankan murid. Ini selaras dengan teras kedua

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

Bagi memenuhi keperluan individu, proses pengajaran dan

pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah

Pembelajaran dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan

Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang

menyatakan “ guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik

pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan

aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai

tujuan dan matlamat Pendidikan Khas”.

KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina dengan

hasrat pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat

diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga

menyediakan pendidikan berkualiti untuk murid bermasalah

pembelajaran supaya mereka menjadi insan yang seimbang,

berdikari dan berjaya dalam kehidupan.

MATLAMAT

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas

(Masalah Pembelajaran) digubal dengan matlamat untuk

mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan

bersepadu serta bersesuaian dengan tahap kefungsian murid.

Perkembangan ini juga meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan

intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan

berakhlak mulia.

OBJEKTIF

KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) bertujuan

membimbing murid agar berupaya;

i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam

menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna

serta menjadi warganegara yang berguna

ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat

berdikari dalam kehidupan seharian

Page 10: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filepembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah ... RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU . Definisi Rancangan Pendidikan

DRAF

2

iii. memperoleh kemahiran dan keterampilan ke arah

kehidupan berkerjaya

iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri

dengan sempurna

v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi,

berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila

masyarakat majmuk

vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian

bagi yang beragama Islam

vii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian

viii. melibatkan diri dalam aktiviti riadah

ix. menghargai keindahan alam dan warisan budaya

x. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan

komunikasi seiring dengan perkembangan semasa

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG

Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dibina bagi

membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan

berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain utama

yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk

insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Domain bagi setiap tunjang adalah:

i. Komunikasi

ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai

iii. Kemanusiaan

iv. Sains dan Teknologi

v. Perkembangan Fizikal dan Estetika

vi. Keterampilan Diri

Rajah 1: Bentuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Page 11: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filepembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah ... RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU . Definisi Rancangan Pendidikan

DRAF

3

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas

(Masalah Pembelajaran) digubal dalam bentuk pernyataan

Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu

dikuasai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard

Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang

mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Kandungan

Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan

boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi

aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Pembelajaran

Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan

pencapaian yang boleh diukur bagi setiap Standard Kandungan.

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang

seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip,

bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir,

berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad

ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid

untuk berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskan

dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid

akan mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa,

etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran

berfikir.

Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum sejak tahun

1994 dengan memperkenalkan Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif

(KBKK). Kemahiran berfikir ini menekan kepada pemikiran dari aras

rendah sehingga aras tinggi. Bermula pada tahun 2011, Kurikulum

Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan

kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk

mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam

membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah,

membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

Page 12: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filepembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah ... RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU . Definisi Rancangan Pendidikan

DRAF

4

KBAT adalah merujuk kepada kemahiran mengaplikasi,

menganalisis, menilai dan mencipta seperti Jadual 1.

KBAT Penerangan

Mengaplikasi Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan

nilai dalam situasi berlainan untuk

melaksanakan sesuatu perkara

Menganalisis Mencerakinkan maklumat kepada bahagian

kecil untuk memahami dengan lebih

mendalam serta hubung kait antara

bahagian berkenaan

Menilai Membuat pertimbangan dan keputusan

menggunakan pengetahuan, pengalaman,

kemahiran, dan nilai serta memberi

justifikasi

Mencipta menghasilkan idea atau produk atau

kaedah yang kreatif dan inovatif

Jadual 1: Penerangan KBAT

Kemahiran ini ditulis secara eksplisit di dalam setiap kurikulum

mata pelajaran.

KBAT boleh diaplikasikan di dalam bililik darjah melalui aktiviti

berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah

dan projek. Guru dan murid perlu menggunakan alat berfikir seperti

peta pemikiran, peta minda, dan Thinking Hats serta penyoalan

aras tinggi di dalam dan di luar bilik darjah untuk menggalakkan

murid berfikir. Murid diberi tanggungjawab di atas pembelajaran

mereka.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

Dalam KBSR terdapat beberapa elemen merentas kurikulum telah

diperkenalkan seperti Bahasa, Pendidikan Alam Sekitar,

Patriotisme, Kemahiran Berfikir, Pendidikan Kesihatan Reproduktif

dan Sosial, Pencegahan Rasuah, Pendidikan Pengguna dan

Keselamatan Jalanraya. Elemen Merentas Kurikulum dalam KBSR

dikekalkan dan ditambah dengan memperkenalkan elemen

Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, dan Teknologi Maklumat dan

Komunikasi.

Kreativiti dan Inovasi

Kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang berkaitan. Secara

umum, kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan idea,

pendekatan atau tindakan baru. Inovasi pula ialah proses menjana

idea dan mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu.

Page 13: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filepembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah ... RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU . Definisi Rancangan Pendidikan

DRAF

5

Elemen kreativiti dan inovasi merupakan salah satu elemen yang

diberi penekanan dalam KSSR untuk menyediakan murid dalam

menangani cabaran abad ke-21. Kreativiti dan inovasi murid perlu

dipupuk dan dibangunkan ke tahap optimum supaya mereka

berkeupayaan menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti, dan

seterusnya menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan

warganegara Malaysia pada masa hadapan. Bagi mencapai

matlamat ini penulisan standard pembelajaran bagi mata pelajaran

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Suaian) yang berkaitan

dengan pemupukan kreativiti dan inovasi dinyatakan secara

tersurat. Walau bagaimanapun guru juga digalakkan menerapkan

elemen kreativiti dan inovasi di mana-mana topik yang difikirkan

sesuai jika elemen ini tidak dinyatakan secara tersurat. Guru

haruslah menyediakan aktiviti yang meningkatkan minat dan

kreativiti. Murid pula perlu dibekalkan dengan pengetahuan,

kemahiran dan alat yang membolehkan mereka membangunkan

kreativiti dan memupuk sikap dan personaliti individu kreatif.

Keusahawanan

Dalam Model Baru Ekonomi, antara ciri Malaysia pada tahun 2020

adalah inovatif dan keusahawanan. Penerapan elemen

keusahawanan dalam KSSR bertujuan membentuk ciri dan amalan

keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan

murid. Ciri dan amalan keusahawanan ini boleh dibentuk dengan:

Mengamalkan sikap keusahawanan;

Mengaplikasikan pemikiran keusahawanan;

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran

pengurusan perniagaan;

Memformulasikan konsep, proses atau produk

keusahawanan; dan

Mengamalkan nilai, moral dan etika baik dalam

keusahawanan.

Semua ciri dan amalan ini dilaksanakan bersesuaian dengan tahap

kebolehan murid sekolah rendah.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Teknologi merupakan satu wadah yang berkesan untuk

memperkukuhkan pembelajaran sesuatu mata pelajaran.

Penggunaan teknologi seperti televisyen, radio, komputer, Internet,

perisian komputer, perisian kursus dan antara muka berkomputer

menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan

berkesan. Animasi dan simulasi berkomputer membantu dalam

mempelajari konsep yang sukar dan abstrak, dan boleh

dipersembahkan dalam bentuk perisian kursus atau laman web.

Elemen TMK merupakan satu elemen yang diberi penekanan

Page 14: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filepembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah ... RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU . Definisi Rancangan Pendidikan

DRAF

6

dalam KSSR. Terdapat tiga pendekatan dalam menggunakan TMK

iaitu:

Belajar mengenai TMK

Belajar melalui TMK

Belajar dengan TMK

FOKUS MATA PELAJARAN

Mata Pelajaran : Teknologi Maklumat and Komunikasi (TMK)

I. Matlamat

TMK adalah satu bidang pembelajaran yang melibatkan pelbagai

bidang khususnya sistem komputer dan komunikasi. TMK juga

teknologi yang digunakan khasnya dalam penggunaan komputer,

perkasasan dan perisian aplikasi untuk memperoleh, memproses,

menyimpan, menghantar, mendapatkan semula, menukar dan

melindungi maklumat di mana sahaja dan bila-bila masa.

II. Objektif

Standard Kurikulum TMK memfokuskan kepada pengetahuan

perkasasan dan aplikasi perisian dalam menghadapi pelbagai

bentuk maklumat pada murid pendidikan khas Tahap II ( Tahun 4,

Tahun 5 dan Tahun 6).

III. Pelaksanaan Mata Pelajaran Teknologi Maklumat dan

Komunikasi (TMK)

Standard Kurikulum TMK terbahagi kepada Standard Kandungan

dan Standard Pembelajaran. Terdapat tujuh topik Standard

Kandungan. Standard Kandungan ini memberikan petunjuk tahap

kebolehan dalam lingkungan Standard Pembelajaran TMK. Guru

boleh menggunakan standard ini dalam perancangan aktiviti

berasaskan TMK.

i. Pengenalan makmal komputer

ii. Pengurusan makmal komputer

iii. Pengenalan kepada perkakasan komputer

iv. Fungsi perkakasan komputer

v. Pengenalan kepada aplikasi sistem komputer

vi. Pengaplikasian sistem komputer

vii. Pengenalan kepada internet

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TMK boleh menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih

seronok serta membentukdan guru dan murid menjadi lebih kreatif

dan inovatif. Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran

TMK, guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai

kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.

Antaranya adalah:

Page 15: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filepembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah ... RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU . Definisi Rancangan Pendidikan

DRAF

7

Pembelajaran kendiri

Kolaboratif

Pembelajaran berasaskan projek

Inkuiri-penemuan

Penyelesaian masalah

Pembelajaran masteri

Konstruktivisme

Pembelajaran Penerokaan

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

Definisi Rancangan Pendidikan Individu:

Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah satu dokumen

bertulis yang menjelaskan matlamat perancangan pendidikan yang

dirancang untuk setiap murid berkeperluan khas dan dijadikan

panduan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran

dan boleh menyatakan tahap pencapaian murid.

(Buku Panduan Rancangan Pendidikan (RPI) Individu Murid-Murid

Berkeperluan Khas, 2000)

RPI ialah suatu program pengajaran berasaskan penilaian pelbagai

disiplin yang disediakan bagi memenuhi keperluan murid

pendidikan khas. RPI dirancang khusus bagi individu murid, dan

dokumentasi dilakukan tentang segala pengubahsuaian dan

penerapan ke atas program pembelajaran dan perkhidmatan yang

disediakan. Justeru, RPI memaklumkan ibubapa dan pihak sekolah

tentang keperluan individu murid dan bagaimana keperluan

tersebut dirancang untuk dipenuhi. Bagi mencapai tujuan tersebut,

perlu ada kerjasama dan kolaborasi antara pihak sekolah, ibubapa,

dan murid itu sendiri, dengan dibantu oleh pegawai pendidikan

peringkat negeri dan daerah, dan individu dari agensi atau khidmat

sokongan lain.

RPI memperincikan antara lain:

i. Tahap prestasi sedia ada murid

ii. Perancangan akademik dan bukan akademik

iii. Matlamat pendidikan tahunan yang boleh dicapai murid

iv. Objektif pendidikan yang boleh diukur

v. Objektif, prosedur dan urutan pentaksiran bagi

mengenalpasti perkembangan dalam pencapaian

vi. Perkhidmatan yang diperlukan oleh murid

vii. Perancangan, jangkamasa dan tarikh sesuatu

perkhidmatan dapat disediakan untuk murid, dan

viii. Perancangan dan persediaan bagi membantu dan

membimbing murid berinteraksi dengan persekitaran

mereka.

Page 16: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filepembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah ... RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU . Definisi Rancangan Pendidikan

DRAF

8

PENTAKSIRAN SEKOLAH

Pentaksiran Sekolah (PS) adalah salah satu komponen utama

dalam PdP kerana ia berperanan mengukuhkan pembelajaran

murid, meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan mampu

memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan

atau dicapai dalam PdP. PS dilaksanakan oleh guru dan pihak

sekolah sepenuhnya bermula dengan perancangan, pembinaan

item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau

penskoran, perekodan hingga pelaporan. PS penting untuk

menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha

menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. PS merupakan

aktiviti berterusan yang menuntut komitmen yang tinggi, dan hala

tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk

memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum. PS

mempunyai ciri-ciri berikut:

Holistik iaitu mampu memberi maklumat menyeluruh

tentang penguasaan, pengetahuan, kemahiran, dan

pengamalan nilai murni;

Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan

PdP;

Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai

mengikut kesesuaian dan kesediaan murid; dan

Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan

standard kurikulum.

PS boleh dilaksanakan secara:

Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan PdP.

Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit

pembelajaran, semester atau tahun.

Pentaksiran Rujukan Standard

Standard Prestasi diguna untuk melihat kemajuan dan

pertumbuhan (growth) pembelajaran, serta prestasi seseorang

murid. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses

mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham

dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari

berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan.

Pentaksiran sedemikian tidak membandingkan pencapaian

seseorang murid dengan murid lain. Prestasi murid dilaporkan

dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan murid

dalam pembelajaran. Murid dinilai secara adil dan saksama

sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan,

kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan

dengan orang lain. Pihak sekolah berupaya mendapatkan maklum

Page 17: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filepembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah ... RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU . Definisi Rancangan Pendidikan

DRAF

9

balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif.

Maklumat yang diperolehi membolehkan pihak yang

bertanggungjawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf

dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting

dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan

negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-

masing.

Tahap Penguasaan (TP) merujuk kepada aras penguasaan

tertentu yang disusun secara hierarki, dan diguna bagi

tujuan pelaporan.

Jadual 1 menyenaraikan maksud dan tafsiran umum

tentang setiap TP. Jadual 2 pula menyediakan tafsiran

tentang TP yang diguna pakai dalam mentafsir prestasi

murid bagi mata pelajaran TMK (Suaian)

Tafsiran Umum

TAHAP

PENGUASAAN MAKSUD TAFSIRAN UMUM

1 Tahu

Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.

2 Tahu dan Faham

Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

3 Tahu, Faham

dan Boleh Buat

Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.

4

Tahu, Faham dan Boleh

Buat dengan Beradab

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.

5

Tahu, Faham dan Boleh

Buat dengan Beradab Terpuji

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal, dan bersikap positif.

6

Tahu, Faham dan Boleh

Buat dengan Beradab Mithali

Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif, serta boleh dicontohi.

Jadual 1: Maksud dan tafsiran umum tentang Tahap Penguasaan

Page 18: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filepembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah ... RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU . Definisi Rancangan Pendidikan

DRAF

10

Jadual 2: Tafsiran Tahap Penguasaan bagi mata pelajaran TMK

PELAKSANAAN PdP DAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

Setiap guru perlu melaksanakan proses PdP dalam bilik darjah

dengan merujuk kepada Standard Kandungan dan Standard

Pembelajaran. Kebijaksanaan guru adalah perlu dalam merancang

dan melaksanakan PdP secara berkesan dan bersesuaian. Pada

waktu yang sama, guru perlu mentaksir dan menentukan tahap

keupayaan murid berdasarkan Standard Prestasi yang telah

disusun mengikut kelompok standard kandungan dan standard

pembelajaran. Guru seharusnya memberi peluang kepada setiap

muridnya untuk mencapai tahap keupayaan yang lebih baik

dengan melaksanakan proses bimbingan dan pengukuhan.

Standard Pembelajaran merangkumi perkara yang perlu dipelajari

dan disampaikan dalam PdP. Standard Prestasi pula mengandungi

panduan untuk mentaksir murid mengikut tahap penguasaan

seperti yang dihasratkan. Dokumen Standard Kurikulum dan

Pentaksiran mengintegrasikan standard kurikulum dan

pentaksiran sekolah dalam satu dokumen.

Beberapa kaedah pentaksiran dalam bilik darjah yang boleh

dijalankan adalah:

Pemerhatian: Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari aspek

kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni. Kaedah

pemerhatian adalah untuk menilai proses yang dilakukan murid,

bukan hasil akhir yang diperoleh.

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

1 Mengetahui tentang asas TMK

2 Mengetahui dan memahami tentang asas TMK

3 Mengetahui, memahami dan mengaplikasi asasTMK

4 Mengetahui, memahami dan mengaplikasi asasTMK mengikut prosedur yang betul

5

Mengetahui, memahami,mengaplikasi dan mempraktikkan asas TMK dengan lebih sistematik

6

Mengetahui, memahami,mengaplikasi,mempraktik serta boleh menyampaikan maklumat asas TMK dengan lebih kreatif dan kritis

Page 19: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filepembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah ... RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU . Definisi Rancangan Pendidikan

DRAF

11

Ujian: Ujian boleh dijalankan dalam bentuk kertas pensel atau

lisan. Ujian kertas pensel boleh disediakan dalam bentuk soalan

objektif atau subjektif. Contoh ujian lisan adalah kuiz.

Persembahan secara lisan: Persembahan secara lisan adalah

penting untuk menilai kemahiran bertutur, keyakinan diri dan

pengetahuan murid tentang kemahiran yang dipelajari.

Senarai semak: Senarai semak merupakan laporan individu

tentang penguasaan elemen-elemen yang diuji dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Elemen yang diuji dalam sains

adalah pengetahuan, kemahiran serta sikap saintifik dan nilai

murni.

Portfolio: Portfolio adalah kompilasi hasil kerja murid secara

individu atau kumpulan. Contoh portfolio adalah buku skrap dan

folio.

Esei: Esei mempamerkan tentang kemahiran murid untuk

menyampaikan maklumat secara saintifik dan sistematik.

Page 20: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filepembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah ... RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU . Definisi Rancangan Pendidikan

DRAF

12

PENGENALAN MAKMAL KOMPUTER

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

1.1 Mengenal pasti dan

menyatakan lokasi

makmal komputer

1.1.1 Mengecam pelan lokasi

makmal komputer

1.1.2 Mengenal pasti lokasi

laluan pergi dan balik ke

makmal komputer

1

Menunjuk makmal komputer dalam pelan sekolah

2

Mengenal pasti kedudukan makmal komputer dalam

pelan sekolah

3

Melabelkan lokasi makmal komputer dari pelan sekolah

4

Memerihalkan kedudukan makmal computer

5

Melakarkan laluan pergi dan balik ke makmal komputer

dengan betul

6

Mempraktikkan laluan pergi dan balik ke makmal

komputer dengan betul

Page 21: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filepembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah ... RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU . Definisi Rancangan Pendidikan

DRAF

13

PENGENALAN MAKMAL KOMPUTER

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN

TAFSIRAN

1.2 Mengenal pasti makmal

komputer

1.2.1 Menyatakan

i) peralatan dalam

makmal komputer

ii) ruang kerja (work

station)

iii) susun atur peralatan

dalam makmal

komputer

1

Menunjukkan peralatan di dalam makmal komputer

2

Menamakan peralatan makmal komputer

3

Mengenal pasti peralatan mengikut ruang kerja guru dan

murid

4

Membezakan ruang kerja murid dan ruang kerja guru

5

Mengelas peralatan mengikut susun atur ruang kerja

guru dan murid

6

Menyusun atur peralatan mengikut ruang kerja guru dan

murid dengan betul

Page 22: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filepembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah ... RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU . Definisi Rancangan Pendidikan

DRAF

14

PENGURUSANAN MAKMAL KOMPUTER

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

2.1 Mengenal pasti

organisasi makmal

komputer

2.1.1 Mengenal pasti carta

organisasi makmal

komputer

2.1.2 Mengenal pasti dan

menyatakan kepentingan

carta organisasi

1

Menunjuk carta organisasi makmal komputer

2

Mengenal pasti jawatan dalam carta organisasi makmal

komputer

3

Menyusun carta organisasi mengikut jawatan

4

Menamakan tugasan mengikut jawatan dalam carta

organisasi

5

Melakar carta organisasi mengikut hierarki makmal

komputer

6

Membina carta organisasi makmal komputer

Page 23: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filepembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah ... RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU . Definisi Rancangan Pendidikan

DRAF

15

PENGURUSANAN MAKMAL KOMPUTER

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

2.2 Mengenal pasti peraturan

di dalam makmal

komputer

2.2.1 Mengenal pasti dan

menyatakan peraturan di

makmal komputer

2.2.2 Mengenal pasti dan

menyatakan keselamatan

di dalam makmal komputer

1

Menunjuk carta peraturan dan keselamatan di dalam

makmal komputer

2

Menyebut 3 peraturan makmal komputer dan 3

peraturan keselamatan di dalam makmal komputer

3

3 peraturan makmal komputer dan 3 peraturan

keselamatan di dalam makmal komputer

4

Memerihalkan 3 peraturan makmal komputer dan 3

peraturan keselamatan di dalam makmal komputer.

5

Menjelaskan dengan contoh 3 peraturan makmal

komputer dan 3 peraturan keselamatan di dalam makmal

komputer

6

Mengamalkan 3 peraturan makmal komputer dan 3

peraturan keselamatan di dalam makmal komputer

dengan selamat.

Page 24: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filepembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah ... RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU . Definisi Rancangan Pendidikan

DRAF

16

PENGENALAN KOMPUTER

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

3.1 Mengenal asas komputer

3.1.1 Mengenal pasti:

i. Komputer meja

ii. Komputer riba

3.1.2 Meneroka komputer

dengan menyentuh

monitor, papan kekunci,

tetikus dan unit sistem

3.1.3 Mengenal pasti dan

menyatakan kegunaan

komputer

1

Menunjukkan:-

i. Komputer meja

ii. Komputer riba

2

Menamakan:-

i. Komputer meja

ii. Komputer riba

3

Menyentuh dan menunjukkan monitor, papan kekunci,

tetikus dan unit sistem

4

Melabelkan monitor, papan kekunci, tetikus dan unit

sistem

5

Menyenaraikan 5 kegunaan komputer

6

Menjelaskan dengan contoh 5 kegunaan komputer

Page 25: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filepembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah ... RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU . Definisi Rancangan Pendidikan

DRAF

17

PENGENALAN KEPADA PERKAKASAN KOMPUTER

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

4.1 Mengenal perkakasan

komputer

4.1.1 Mengenal pasti dan

menyatakan:

i. Monitor (monitor)

ii. Papan kekunci (keyboard)

iii. Tetikus (mouse)

iv. Unit Sistem

i.i.

1

Menunjukkan perkakasan komputer

I. Monitor (monitor)

ii. Papan Kekunci (keyboard)

iii. Tetikus (mouse)

iv. Unit Sistem

2

Menamakan perkakasan komputer

I. Monitor (monitor)

ii. Papan Kekunci (keyboard)

iii. Tetikus (mouse)

iv. Unit Sistem

3

Mengenal pasti perkakasan komputer

I. Monitor (monitor)

ii. Papan Kekunci (keyboard)

iii. Tetikus (mouse)

iv. Unit Sistem

Page 26: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filepembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah ... RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU . Definisi Rancangan Pendidikan

DRAF

18

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

4

Melabelkan setiap perkakasan komputer

I. Monitor (monitor)

ii. Papan Kekunci (keyboard)

iii. Tetikus (mouse)

iv. Unit Sistem

5

Membezakan setiap perkakasan komputer

I. Monitor (monitor)

ii. Papan Kekunci (keyboard)

iii. Tetikus (mouse)

iv. Unit Sistem

6

Menyenaraikan 4 perkakasan komputer dengan betul

Page 27: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filepembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah ... RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU . Definisi Rancangan Pendidikan

DRAF

19

PENGENALAN KEPADA PERKAKASAN KOMPUTER

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

4.2 Mengenal perkakasan

tambahan komputer

4.2.1 Mengenal pasti dan

menyatakan:

i. Pembesar suara

(speaker)

ii. Mikrofon (microphone)

iii. Pencetak (printer)

iv. Auto Voltage Regulator

(AVR)

i.ii.

1

Menunjukkan perkakasan tambahan komputer

i. Pembesar suara (speaker)

ii. Mikrofon (microphone)

iii. Pencetak (printer)

iv. Auto Voltage Regulator (AVR)

2

Menamakan perkakasan tambahan komputer:-

i. Pembesar suara (speaker)

ii. Mikrofon (microphone)

iii. Pencetak (printer)

iv. Auto Voltage Regulator (AVR)

3

Mengenal pasti perkakasan tambahan komputer

i. Pembesar suara (speaker)

ii. Mikrofon (microphone)

iii. Pencetak (printer)

iv. Auto Voltage Regulator (AVR)

Page 28: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filepembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah ... RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU . Definisi Rancangan Pendidikan

DRAF

20

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

4

Melabelkan setiap perkakasan tambahan komputer

i. Pembesar suara (speaker)

ii. Mikrofon (microphone)

iii. Pencetak (printer)

iv. Auto Voltage Regulator (AVR)

5

Membezakan setiap perkakasan tambahan komputer

i. Pembesar suara (speaker)

ii. Mikrofon (microphone)

iii. Pencetak (printer)

iv. Auto Voltage Regulator (AVR)

6

Mengasingkan 4 perkakasan tambahan komputer

dengan betul

Page 29: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filepembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah ... RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU . Definisi Rancangan Pendidikan

DRAF

21

PENGENALAN PENGOPERASIAN SISTEM KOMPUTER

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

5.1 Mengenal pengoperasian

asas komputer

5.1.1 Latihan amali prosedur

menghidupkan komputer

dengan betul

5.1.2 Latihan amali prosedur

mematikan komputer

dengan betul

i.iii.

5.1.3 Mengenal pasti dan

menyatakan kesan tidak

mematikan komputer

mengikut prosedur

1

Menyebut prosedur (tatacara )

i. menghidupkan komputer dengan cara yang betul

dan

ii. mematikan komputer dengan cara yang betul

2

Mengenalpasti prosedur (tatacara )

i. menghidupkan komputer dengan cara yang betul

dan

ii. mematikan komputer dengan cara yang betul

3

Menunjuk cara menghidupkan dan mematikan komputer

dengan prosedur (tatacara ) yang betul

4

Menjelas dengan contoh 4 kesan tidak mematikan

komputer mengikut prosedur (tatacara ) yang betul

Page 30: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filepembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah ... RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU . Definisi Rancangan Pendidikan

DRAF

22

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

5

Mempraktikkan prosedur (tatacara )

i. menghidupkan komputer dengan cara yang betul

dan

ii. mematikan komputer dengan cara yang betul

6

Menyusun mengikut keutamaan dan boleh membantu

rakan menghidupkan dan mematikan komputer serta

dapat menyatakan 4 kesan tidak mematikan komputer

mengikut prosedur (tatacara ) yang betul

Page 31: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filepembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah ... RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU . Definisi Rancangan Pendidikan

DRAF

23

PENGENALAN PENGOPERASIAN SISTEM KOMPUTER

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

5.2 Mengenal perisian sistem

pemprosesan perkataan

5.2.1 Latihan amali membuka

program perisian

pemprosesan perkataan

(MS Word) mengikut

prosedur yang betul

5.2.2 Latihan amali menutup

program perisian

pemprosesan perkataan

(MS Word) mengikut

prosedur yang betul

5.2.3 Latihan amali menaip

huruf

dan nombor:

i. Secara bebas

ii. Secara berpandu

1

Memilih ikon program perisian pemprosesan perkataan (MS

Word)

2

Memerihal prosedur (tatacara )membuka dan menutup

program perisian pemprosesan perkataan (MS Word)

3

Mempraktikkan prosedur (tatacara) membuka dan menutup

program perisian pemprosesan perkataan (MS Word) dengan

cara yang betul

4

Menggunakan program perisian pemprosesan perkataan (MS

Word):-

i. menaip huruf dan nombor secara bebas

5

Menggunakan program perisian pemprosesan perkataan (MS

Word):-

i. menaip huruf dan nombor secara berpandu

Page 32: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filepembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah ... RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU . Definisi Rancangan Pendidikan

DRAF

24

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

6

Demonstrasi membuka dan menutup program perisian

pemprosesan perkataan (MS Word) serta dapat menaip huruf

dan nombor:-

i. Secara bebas

ii. Secara berpandu

Page 33: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filepembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah ... RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU . Definisi Rancangan Pendidikan

TERBITAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

ARAS 4-8 BLOK E9

KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604

PUTRAJAYA

Tel: 03-8884 2000 Fax: 03-8888 9917

http//www.moe. gov.my/bpk