5. pendidikan islam pendidikan rendah

Click here to load reader

Post on 01-Jan-2016

413 views

Category:

Documents

2 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PAI

TRANSCRIPT

  • Muk

    a Su

    rat 4

    05

    MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA JAWI MENGGUNAKAN KAEDAH KAD BACAANKU

    Oleh:

    Ahmad Naim bin Jamaludin1 & Mohammad Naim bin Mat Salleh2 Institut Pendidikan Guru

    Kampus Dato Razali Ismail

    ABSTRAK

    Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan di antara Kad Perkataan dengan Kad Bacaanku dalam meningkatkan kemahiran Membaca Jawi. Reka bentuk kajian ini berbentuk kajian tindakan dengan menggunakan ujian pra dan ujian pos terhadap responden yang terdiri daripada 5 orang murid tahun 3 Mawar di Sekolah Kebangsaan LKTP Belara. Responden terdiri daripada tiga orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan nilai min skor ujian dari 27.4 kepada 36.4 selepas rawatan diberi menggunakan Kad Perkataan. Walaubagaimanapun peningkatan ini meningkat kepada 76.2 selepas rawatan diberi menggunakan Kad Bacaanku. Kedua-dua kaedah ini digunakan sebagai alat kawalan terhadap responden. Instrumen yang digunakan ialah ujian pra, ujian pos, pemerhatian, soal selidik dan temu bual. Diantara dua kaedah ini, kaedah Kad Bacaanku dilihat lebih berkesan kerana dapat meningkatkan min skor markah responden dengan lebih tinggi. (Kata kunci: Membaca Jawi, Kad Perkataan, Kad Bacaanku) Pengenalan Ketika menjalani sesi praktikum, pengkaji dapati terdapat murid yang lemah dalam pembacaan jawi. Sudahlah peruntukan masa untuk bidang ini cuma setengah jam sahaja. Ianya tidak cukup kepada guru bagi memastikan murid-murid dapat menguasai bacaan jawi. Jadi bagi merialisasikan impian ini, peruntukan waktu selama setengah jam sememangnya tidak mencukupi. Ketidakmampuan murid menguasai Jawi memberi implikasi negatif kepada mereka, iaitu tidak minat dengan mata pelajaran jawi. Pengkaji merasakan bahawa mengajar Jawi sama seperti mengajar Mata Pelajaran Bahasa Melayu, cuma hurufnya sahaja yang berbeza. Ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, pengkaji dapati situasi yang sama berlaku terhadap murid-murid di dalam kelas 3 Mawar ini. Perkara ini amat membimbangkan pengkaji. Pengkaji perlu mendekati murid untuk mendalami permasalahan yang mereka hadapi dan mencari penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah tersebut. Pengkaji cuba untuk mengenalpasti murid tahun tiga yang menghadapi masalah kritikal dalam menguasai bacaan jawi. Walaupun kadangkala mereka kelihatan berminat, tetapi mereka sebenarnya menghadapi masalah yang sama setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Apabila pengkaji meminta murid membaca teks jawi yang diberikan oleh guru, mereka menjawab tidak tahu. Selain itu, ketika murid tersebut diminta membaca teks jawi, terdapat murid yang mengemukakan soalan seperti Ustaz, macam mana nak membaca teks jawi ini?. Selepas soalan yang sama ditanya oleh murid yang lain pula, pengkaji berpendapat bahawa sebahagian murid tahun tiga tidak dapat menguasai bacaan jawi dengan baik. Tujuan Kajian Kepentingan kajian ini dijalankan adalah kerana responden di dalam kelas 3 Mawar yang masih berada pada tahap satu sekolah rendah perlu dibimbing dan dipastikan dapat menguasai kemahiran membaca jawi dengan baik sebelum mereka melangkah ke tahap yang seterusnya. Terdapat diantara murid ini yang terlalu lemah dalam pembacaan jawi kerana tidak diberi penekanan ketika berada di rumah oleh ibu-bapa mereka. Bagi kanak-kanak yang bersekolah di tadika, mereka mungkin dapat menguasai bacaan jawi kerana didedahkan dengan kaedah membaca jawi. Selain itu, kajian ini juga adalah selaras dengan sukatan pelajaran tahun tiga dimana mereka perlu menguasai bacaan ayat-ayat jawi pendek. Disamping itu, ianya adalah untuk menarik minat murid-murid dalam membaca jawi kerana kanak-kanak sememangnya suka membaca jika diberi bimbingan dan tunjuk ajar yang betul kepada mereka. Oleh sebab itu, kajian ini dirancang bagi membantu responden supaya dapat menguasai kemahiran membaca jawi dengan betul dan cepat.

    1 Pelajar PISMP Pendidikan Islam Pendidikan Rendah 2 Pensyarah Jabatan Pengajian Islam dan Moral (JAPIM)

  • Muk

    a Su

    rat 4

    06

    METODOLOGI

    Prosedur kajian ini menggunakan model kajian tindakan yang dibangunkan oleh Kemmis dan McTaggart (1988). Model ini menyarankan beberapa langkah tindakan berdasarkan kepada gelungan seperti berikut: I) Mereflek Masalah dapat dikenal pasti melalui ujian awal yang dijalankan oleh pengkaji semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas di mana pengkaji telah meminta murid dalam kelas tersebut membaca beberapa suku kata dan ayat pendek secara individu. Melalui kaedah ini, pengkaji dapat mengesan dan mengenal pasti murid yang menguasai dan tidak menguasai bacaan jawi. Seterusnya pengkaji menganalisis data yang telah diperolehi. Berdasarkan analisis tersebut, pengkaji akan merancang kaedah yang bersesuaian untuk membantu responden menguasai kemahiran membaca ayat-ayat jawi pendek. II) Merancang Selepas mengenalpasti masalah berdasarkan refleksi yang telah dibuat, pengkaji telah merancang untuk melakukan rawatan menggunakan kaedah yang telah dikenalpasti III) Bertindak Pengkaji akan melaksanakan beberapa aktiviti dengan menggunakan kaedah yang pertama. Setelah rawatan diberi menggunakan kaedah tersebut, pengkaji akan melakukan ujian pra dan pos. Keputusan yang diperolehi akan dibuat perbandingan dan dibuat analisis. Pengkaji juga akan mengumpul maklumat berdasarkan kepada soal selidik, pemerhatian dan temu bual bagi mendapatkan komen responden terhadap rawatan yang telah diberi menggunakan kaedah tersebut. IV) Memerhati Pada peringkat ini pengkaji akan melaksanakan ujian pos terhadap responden bagi melihat sejauh mana pencapaian mereka dalam bacaan jawi dan menilai keberkesanan kaedah yang digunakan. Item-item yang dibina di dalam ujian pos tersebut juga adalah sama jenis dengan ujian pra tetapi ditukarkan struktur ayat sahaja. Selain itu, bagi mengukuhkan lagi dapatan ujian tersebut, pengkaji akan melakukan soal selidik dan temu bual bagi mendapatkan respon responden terhadap rawatan yang telah dijalankan. Perbandingan akan dibuat untuk melihat sejauh mana keberkesanan intervensi yang dijalankan samada ianya dapat meningkatkan kemahiran membaca responden ataupun tidak. V) Merancang Semula Seterusnya, jika pengkaji mendapati tindakan yang dijalankan kurang berkesan, pengkaji akan merancang semula kajian dengan melakukan pemurnian terhadap kaedah pertama. Responden seterusnya akan diberi rawatan menggunakan kaedah yang telah dimurnikan tadi. Seterusnya, selepas rawatan dijalankan, responden akan diuji kembali untuk melihat sejauh mana keberkesanan aktiviti yang dijalankan tersebut. VI) Bertindak Semula Aktiviti yang sama diulang mengikut peringkat-peringkat pada perlaksanaan tindakan. Tindakan ini juga sama seperti tindakan yang dilakukan pada gelung yang pertama. VII) Memerhati Semula Setelah rawatan diberi menggunakan kaedah yang kedua, pengkaji akan melaksanakan ujian pos yang seterusnya. Kemudian, pengkaji akan membuat perbandingan berdasarkan keputusan ujian pos yang diperolehi dengan ujian pos yang telah dilaksanakan sebelum ini. Setelah analisis keputusan diperolehi, pengkaji akan membuat perbandingan untuk melihat kaedah yang paling berkesan dalam membantu murid meningkatkan kemahiran membaca jawi. Perlaksanaan Tindakan Tindakan yang akan dilaksanakan oleh pengkaji menggunakan beberapa peringkat penyelesaian iaitu: I) Peringkat pertama Pengkaji menunjukkan kad yang mengandungi perkataan dan suku kata kepada 5 orang responden berkenaan. Pengkaji membaca perkataan dan suku kata tersebut dan diikuti

  • Muk

    a Su

    rat 4

    07

    oleh responden. Setelah itu, pengkaji meminta responden membacanya secara individu. Langkah berkenaan diulang sehingga kesemua responden dapat membaca dan mengecam setiap perkataan dan suku kata yang terdapat pada kad. Langkah ini dijalankan selama seminggu. Pengkaji akan mempelbagaikan perkataan dan suku kata bagi mencambahkan lagi pengetahuan responden.

    II) Peringkat kedua Pada peringkat ini, pengkaji memberikan pula kad yang mengandungi ayat-ayat pendek kepada responden. Ayat-ayat tersebut dibina berdasarkan kepada perkataan dan suku kata yang telah dipelajari pada peringkat pertama. Setiap responden diedarkan kad yang mengandungi satu ayat pendek sebagai permulaan. Responden diberi masa untuk mengenali dan membaca ayat berkenaan. Responden kemudiannya diminta membaca kuat ayat tersebut. Pengkaji memperbetulkan bacaan jika terdapat kesalahan pada bacaan responden. Setiap kad yang diberikan kepada responden adalah berbeza antara satu sama lain. Jadi, semua responden akan membaca kad untuk dibetulkan oleh pengkaji.Setelah semua responden selesai membaca, pengkaji akan menggantungkan kad tersebut di belakang bilik darjah supaya responden dapat membacanya setiap hari. Responden diminta membaca secara berulang kali kesemua ayat yang terdapat pada kad. Langkah ini diulang selama seminggu bagi memahirkan bacaan responden.

    III) Peringat ketiga Pada peringkat ini pengkaji akan menggabungkan perkataan, suku kata dan ayat tersebut menjadi cerita pendek. Langkah ini adalah sebagai pengukuhan terhadap bacaan responden.

    Cara Mengumpul Data Pengkaji menggunakan kaedah pengukuran secara kuantitatif dan kualitatif. Laure S. & Joy. F. (1997, seperti yang dinyatakan dalam Ilmu, 2008) menyatakan gabungan dua pendekatan ini mampu meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan data penilaian. Oleh yang demikian, pengkaji menggunakan beberapa jenis instrumen iaitu soalan ujian pra-pos, pemerhatian, borang soal selidik dan temu bual. Melalui instrumen yang pelbagai ini, keputusan kajian dijangka akan menunjukkan keadaan senarionya yang sebenar.

    Instrumen Kajian

    I) Pemerhatian Pengkaji menggunakan kaedah ini untuk melihat pencapaian responden sepanjang proses rawatan dijalankan. P

View more