pembangunan web portal pendidikan berasaskan … fileii “saya akui bahawa tesis yang bertajuk...

23

Upload: ngonga

Post on 16-Jun-2019

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PEMBANGUNAN WEB PORTAL PENDIDIKAN BERASASKAN MULTIPLY

BERTAJUK HEAT FIZIK TINGKATAN 4

SALASIAH BINTI PANOT

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2010

ii

“Saya akui bahawa tesis yang bertajuk Pembangunan Web Portal Pendidikan Berasaskan

Multiply Bertajuk Heat Fizik Tingkatan Empat ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali

nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : …………………………………..

Nama : SALASIAH BINTI PANOT

Tarikh : 15 APRIL 2010

iii

Khas buat penyokong tetapku..

Hj. Panot bin Ali dan Hjh. Ngaesah bt. Sudar

Penyokong kuatku

Along, Hisam, Din, Ude, Apit, Man, abang-abang ipar dan kakak-kakak ipar, serta anak-

anak sedara yang selalu dirindui.

Teman seperjuangan

Mal, Fad, Ain, Cda, Cik Mad, Wildan, Sha, Ica, Shikin, Lily, Mimi, Wani, Nad, Pem,

Maha, Neen, Pokdin, Timah, Intan, dan Lemi

Teman Istimewa

Pemain-pemain simpanan.

Dan kepada semua yang pernah hadir dalam hidupku..

Terima Kasih Semua

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Syukur ke hadrat Illahi yang dikurniakan, maka Projek Sarjana Muda ini dapat

disempurnakan mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

Setulus penghargaan kepada PM Aziz bin Nordin selaku pensyarah pembimbing

atas segala bimbingan dan nasihat semasa menghasilkan projek ini. Ribuan ucapan

terima kasih diucapkan.

Kepada kedua ibu bapa dan adik beradik yang tidak pernah hilang dari

memberikan sokongan yang padu.

Tidak lupa kepada rakan-rakan seperjuangan dan teman-teman rapat. Sokongan

kalian tidak akan dilupakan.

Semoga projek ini diberkati Allah.

v

ABSTRAK

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, interaksi yang

berkesan amat penting agar maklumat dapat disampaikan dengan sepenuhnya. Dalam

menyampaikan isi pengajaran atau menjalankan pengajaran, sering kali timbul beberapa

masalah seperti masalah kekangan masa, jumlah pelajar yang ramai dalam sesuatu bilik

darjah, serta masalah daripada guru yang mengalami kesukaran untuk menerangkan idea

secara lisan kerana tajuk Heat adalah salah satu tajuk yang abstrak. Justeru itu,

pembangunan web portal pendidikan ini dapat memberi satu alternatif baru terhadap cara

pengajaran yang lebih efektif. Web portal pendidikan berasaskan Multiply ini

dibangunkan dalam tajuk Heat Fizik Tingkatan Empat yang menggunakan teori

Konstruktivisme. Model reka bentuk ADDIE dijadikan sebagai asas pembangunan web

ini. Dengan menggunakan capaian internet, web yang berasaskan blog ini akan dapat

diakses pada bila-bila masa dan di mana saja tanpa ada lagi sebarang kekangan. Bahan-

bahan yang dimuat naik di dalam web portal ini dibina mengunakan perisian Microsoft

Office Power Point 2007 dengan gabungan variasi elemen seperti Ulead 3D Cool, Ulead

Gif Animator 5 dan Adobe Photshop CS2. Penilaian sumatif dan formatif di lakukan

dengan menggunakan perisian WonderShare Quiz Creator yang mudah dari segi

pengendaliannya. Selain itu, terdapat selingan Games, forum dan glossary dibangunkan

bersama web portal pendidikan ini. Pada masa kini, teknologi maklumat tidak lagi dapat

dipisahkan dengan dunia pendidikan kerana ia memainkan peranan yang penting dalam

memajukan sistem pendidikan Malaysia sekali gus menuju kepada impian negara maju

bersama-sama Wawasan 2020.

vi

ABSTRACT

In the process of classroom teaching and learning in the classroom, effective

interaction is very important so that information could be fully presented. Some problem

in delivering content in teaching and learning process are time constraints, number of

students in a public classroom, and teachers who have difficulties to explain ideas orally

because Heat is an abstract topic. Hence, the development of educational web portal can

provide a alternative for effective teaching. This web education portal is developed using

Multiply. The title of the module is Heat from the Form Four Physics syllabus and

Constructivism theory is applied. ADDIE designs model is the basis for the development

of this website. By using internet, web-based blog can be browsed at any time and

anywhere. Materials uploaded in the web portal were built using Microsoft Office Power

Point 2007 and the combination of variety of elements such as Ulead Cool 3D, Ulead Gif

Animator 5 and Adobe Photoshop CS2. Summative and formative assessments were

carried out using Wondershare Quiz Creator. In addition, there are Games, forum and

glossary in this educational web portal. Nowadays, information technology can no longer

be separated from the world of education because it plays an important role in developing

the Malaysian education system toward the dream along with Vision 2020.

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Projek 6

1.5 Rasional Projek 7

viii

1.6 Rasional Pemilihan Tajuk 7

1.7 Kepentingan Projek 8

1.7.1 Guru 8

1.7.2 Pelajar 8

1.7.3 Ibu bapa dan Masyarakat 9

1.7.4 Kementerian Pelajaran Malaysia 9

1.8 Skop Kajian 9

1.9 Definisi Istilah 10

1.9.1 Multiply 10

1.9.3 Web Portal 10

1.9.4 Multimedia 11

1.10 Penutup 11

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Sejarah Penggunaan Komputer Dalam

Pendidikan 13

2.3 Pendidikan Secara Biasa 14

2.4 Pembelajaran Berbantukan Komputer 14

2.5 Web Portal Berasaskan Multiply 16

2.5.1 Ciri-ciri Multiply 16

2.5.1.1 Blog 17

2.5.1.2 Perkongsian Gambar Tanpa Had 17

2.5.1.3 Video 18

2.5.1.4 Chat 18

2.5.1.5 Kalender 18

2.5.1.6 Links 19

ix

2.5.1.7 Cacatan 19

2.5.2 Kelebihan Multiply 19

2.5.3 Perbandingan Blog Multiply, E-Learning

Dan Blogspot 20

2.7 Aplikasi Teori Konstruktivism 23

2.7.1 Hubungan Pembelajaran Fizik dan

Pendekatan Konstruktivisme 23

2.8 Konsep Fizik 24

2.9 Tahap Kefahaman dan Miskonsepsi Pelajar

Terhadap Konsep Haba 25

2.10 Penutup 27

3 PROSEDUR PEMBANGUNAN HALAMAN

3.1 Pengenalan 28

3.2 Reka Bentuk Pengajaran 28

3.2.1 Definisi Reka Bentuk Pengajaran 29

3.2.2 Model Pembangunan Perisian 29

3.2.2.1 Analisis 31

3.2.2.2 Reka Bentuk 31

3.2.2.2.1 Objektif Pembelajaran 32

3.2.2.2.2 Teori Pembelajaran yang

Diaplikasikan 32

3.2.2.2.3 Keperluan Perkakasan 32

3.2.2.2.4 Pemilihan Perisian

Pembangunan 34

3.2.2.3 Fasa Pembangunan 35

3.2.2.3.1 Prosedur Pembangunan

Nota Guru 35

x

3.2.2.3.2 Prosedur Pembangunan

Kuiz 35

3.2.2.3.4 Prosedur Pembangunan

Forum 36

3.2.2.4 Fasa Pelaksanaan 36

3.2.2.5 Fasa Penilaian 36

3.3 Penutup 37

4 PEMBANGUNAN BAHAN WEB PORTAL HALAMAN

4.1 Pengenalan 38

4.2 Objektif Pembelajaran 38

4.3 Penghasilan Bahan Web Portal 39

4.3.1 Log in 39

4.3.2 Main menu 41

4.3.3 Objektif 42

4.3.4 Entries @ Blog 44

4.3.5 Penilaian 45

4.3.6 Video 46

4.3.7 Gambar 47

4.3.8 Pautan Tambahan (Links) 48

4.3.9 Chat 48

4.3.9.1 Forum 49

4.3.9.2 Chat dalam talian 49

4.3.10 Guestbook 50

4.4 Penutup 51

xi

5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN

KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 52

5.2 Perbincangan 52

5.3 Masalah-masalah dalam Proses Pembangunan 53

5.4 Kelemahan Web Portal Heat 53

5.5 Kesimpulan 54

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 55

RUJUKAN 56

LAMPIRAN 59

xii

SENARAI JADUAL

NO.

JADUAL

TAJUK HALAMAN

2.1 Sejarah Penggunaan Komputer Dalam Pendidikan 13

2.2 Perbezaan antara Multiply, MOODLE dan Blogspot 20

3.2 Perkakasan atau Alatan yang digunakan oleh

Pembangun 33

3.3 Perisian yang digunakan dalam penyediaan nota 34

xiii

SENARAI RAJAH

NO.

RAJAH

TAJUK HALAMAN

3.1 Langkah-langkah dalam proses pembangunan

animasi berkomputer berasaskan web 30

4.1 Muka Utama Multiply 40

4.2 Paparan muka Invite a friend 40

4.3 Paparan Inbox 41

4.4 Menu Utama 42

4.5 Paparan Welcome page 43

4.6 Paparan My Entries @ Blog 44

4.7 Contoh Quiz 45

4.8 Contoh Peneguhan Positif dan Negatif 46

4.9 Paparan video 47

4.10 Contoh Koleksi Gambar 48

4.11 Ruangan Forum 49

4.12 Ruangan Chat 50

4.13 Guestbook 51

xiv

SENARAI LAMPIRAN

NO.

LAMPIRAN

TAJUK HALAMAN

A Borang senarai semak 59

56

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dari kemerdekaan Malaysia dicapai hingga kini, kerajaan sentiasa bersedia

dalam menyediakan peluang pendidikan dan menjadikan pendidikan sebagai satu aset

yang paling berharga. Hanya daripada pendidikan yang baik, Malaysia akan melahirkan

generasi yang akan menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara. Jika kita

menilai kata seorang ahli falsafah Barat Francis Bacon (1561-1626), bahawa Knowledge

is Power iaitu bermaksud ilmu pengetahuan adalah kuasa. Ini kerana hanya dengan ilmu

pengetahuan yang dimiliki oleh rakyat sahaja dapat menguasai dunia dan dengan adanya

kuasa tersebut, kurangnya penindasan terhadap negara kita. Oleh kerana itu, kerajaan

Malaysia tidak henti-henti melakukan pelbagai pelaburan dalam bidang pendidikan agar

bidang ini sealir dan seutuh dunia luar. Seperti di dalam Rancangan Malaysia Ke-

Sembilan di mana kerajaan memperuntukkan RM40,365.5 juta untuk sektor pendidikan

dan latihan demi meningkatkan kualiti pendidikan negara (Utusan, 2006)

Pertama kali cuba kita lihat ideologi kebangsaan Malaysia iaitu Rukun Negara

yang digubal selepas tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan rakyat

Malaysia. Rukun Negara dibentuk dengan pelbagai matlamat, antaranya ialah untuk

membina masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi. Kerajaan

sentiasa akan memastikan semua rakyat mendapat peluang pendidikan yang sama.

57

Sekarang kita telah berada pada abad ke-21, kemajuan teknologi maklumat kini

pantas berlaku dan tidak lagi menjadi kehairanan oleh sebahagian masyarakat kita.

Sebahagian daripada rakyat Malaysia juga sudah boleh memiliki komputer peribadi

yang telah menjadi alat keperluan yang penting dalam sesebuah isi rumah. Daripada

penyelidikan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia pada tahun

2005, didapati peratus tertinggi bagi umur pengguna internet ialah di antara umur 15

hingga 19 tahun dengan 18.6 peratus dan jumlah peratusan bagi pengguna internet pada

umur 24 tahun dan ke bawah adalah 42.3 peratus. Daripada statistik ini dapat di lihat

remaja merupakan pengguna internet tertinggi. Hasil kajian ini, didapati bahawa

masyarakat Malaysia telah menggunakan aplikasi internet (jarak) komunikasi,

pendidikan dan juga ekonomi (Musa, 2007).

Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah memasang

matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju dengan meletakkan Wawasan

2020 sebagai landasan yang terbaik. Melalui Wawasan 2020, Malaysia telah melakukan

banyak pelaburan demi menghadapi saingan dan cabaran. Di dalam Cabaran keenam

Wawasan 2000, beliau mahu mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, yang

mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke hadapan yang bukan sahaja

menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan

teknologi masa hadapan.

Akibat kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi guru terpaksa menghadapi

pelbagai cabaran ledakan ilmu, persaingan sengit, era globalisasi, perbezaan jurang

digital, dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) yang menjadi

satu budaya baharu dalam persekitaran pembelajaran masa kini bagi mencapai kehendak

matlamat Wawasan 2020. Hanya guru yang komited mampu merealisasikan segala

inspirasi sebelum melangkah ke tahun 2020. Dalam penggunaan TMK, guru harus

mengikuti perkembangan semasa yang sejajar dalam menyediakan input bahan

pengajaran daripada pelbagai sumber, sama ada bahan seperti video dan animasi, grafik,

atau bahan cetak diimbas, dan lembaran kerja. Penggunaan TMK juga boleh di lihat

daripada beberapa sudut penting dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran (P

58

& P), penggunaan perisian khusus P & P atau Teaching and Learning Software dalam

pencarian ilmu pengetahuan (Samat Buang, 2007).

Daripada kajian yang dilakukan daripada oleh Jackson dan Songer (2000)

tentang hubungan antara motivasi pelajar dengan penggunaan teknologi internet dalam

pelajaran mempunyai hubungan positif antara keduanya. Penggunaan program

telekomunikasi yang dikenali Kids as Global Scientists telah meningkatkan kecekapan

diri (self-efficacy). Kecekapan diri merupakan kepercayaan diri mengenai kebolehan

seseorang melakukan tugasan dengan penuh berkeyakinan.

Melalui TMK terdapat pelbagai laman atau portal pendidikan yang boleh diakses

oleh pelajar untuk menambah maklumat sedia ada. Contohnya seperti Portal Pendidikan

MySchoolnet atau Malaysia School Network yang dibangunkan oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia (KPM) berkonsepkan „Pendidikan Melalui Internet‟.

Di dalam web portal boleh ini pelbagai bahan boleh dimasukkan menjadikan

medium ini sebagai kaedah pengajaran yang fleksibel. Web portal menyediakan

pelbagai kandungan seperti bahan pengajaran, latihan, forum, e-mel dan mesej yang

dapat membantu guru dalam proses pengajaran. Kebanyakan pelajar sukar memahami

konsep Latent Heat of Fusion, muka melalui web portal ini, guru boleh memasukkan

pelbagai multimedia yang berkaitan. Dengan sokongan multimedia dan latihan

pengukuhan di dalam web portal akan membantu pemahaman pelajar terhadap topik

mereka dan sekalipun akan menarik minat pelajar untuk mempelajari Fizik.

1.2 Latar Belakang Masalah

Dalam menelusur alaf baru ini, para pendidik harus berusaha memantapkan gaya

pengajaran supaya tidak wujud penghalang yang boleh melemahkan proses pengajaran

59

dan pembelajaran. Pada ketika ini, ya atau tidak, sememangnya para pendidik telah

menguasai ilmu teknologi maklumat ini supaya para pendidik dipandang sebagai

seorang yang versatil dalam pengajaran yang dilakukan. Para pelajar kita juga mudah

terdedah kepada dunia teknologi ini dengan cepat dan terbuka kepada mereka.

Walaupun banyak maklumat dapat diperolehi dengan melayari internet, sebagai guru

juga perlulah memberi panduan kepada pelajar tentang kesahihan sumber yang

diperolehi.

Jika diperhatikan, pada masa kini kebanyakan ibu bapa menghantar anak-anak

ke pusat tuisyen swasta. Hal ini dilakukan bagi memastikan anak-anak mereka

memperolehi skor A yang maksimum dalam peperiksaan. Persoalaan nya, mengapa ini

berlaku? Adakah ibu bapa tiada lagi keyakinan kepada proses pengajaran dan

pembelajaran yang dilakukan oleh guru di sekolah? Apakah faktor yang boleh

menghalang keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di bilik

darjah itu sendiri?

Menurut Mahzan Arshad (2004), faktor pertama yang sering disebut sebagai

penghalang proses P&P ialah faktor jumlah pelajar dalam bilik darjah di sekolah-sekolah

negara ini. Rata-rata sekolah di negara ini, terutamanya sekolah di bandar mempunyai

jumlah pelajar yang ramai bagi sesuatu bilik darjah. Jumlah pelajar yang ramai ini akan

menjadikan guru tidak dapat memberikan tumpuan yang sepenuhnya kepada setiap

pelajar, terutamanya pelajar yang perlu kepada tumpuan yang khusus. Jumlah pelajar

yang ramai ini juga menjadikan suasana pembelajaran di bilik darjah kurang selesa.

Interaksi antara guru-pelajar dan pelajar-pelajar yang amat perlu bagi suasana

pembelajaran yang berkesan tidak dapat dilaksanakan oleh guru dengan mudah.

Pergerakan pelajar bagi bilik darjah yang terlalu ramai akan mengganggu persekitaran

pembelajaran yang sepatutnya kondusif dan tenang. Masalah ini menjadikan sesetengah

pelajar yang lemah dan kurang berkeupayaan mengawal daya pembelajaran mereka

terus tercicir berbanding rakan mereka yang lain.

60

Faktor yang kedua ialah masa yang diperuntukkan bagi sesuatu mata pelajaran di

sekolah. Masa pembelajaran yang pendek dan terhad juga merupakan satu faktor yang

boleh mengakibatkan ada pelajar yang lemah terus tercicir dalam proses pembelajaran di

bilik darjah. Lazimnya sesuatu mata pelajaran akan diperuntukkan lebih kurang 30

hingga 40 minit setiap kali dan beberapa kali seminggu bergantung pada keperluan

kurikulum. Masa bagi guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam

tempoh 30 atau 40 minit ini sebenarnya amat terhad. Masa yang sebenar bagi

pelaksanaan pengajaran hanya tidak lebih dua puluh atau dua puluh lima minit sahaja.

Guru pula terpaksa mengejar masa yang sedikit ini bagi menamatkan sukatan yang telah

dirancang untuk masa tersebut. Dalam hal yang demikian ini, maka tidak semua aktiviti

yang dirancang dapat dilaksanakan. Kesannya ialah tidak semua objektif pengajaran

pada hari tersebut akan tercapai.

Faktor seterusnya ialah faktor guru itu sendiri. Sememangnya guru kadang-kala

dipersalahkan sekiranya pelajar tidak berkeupayaan dalam mencapai sesuatu kemahiran

atau mencapai matlamat pengajaran. Antara banyak kajian yang dilakukan mendapati

bahawa kelemahan pelajar mencapai matlamat pengajaran ialah akibat kelemahan guru

dalam menyampaikan pengajaran tersebut dan menyebabkan pelajar cepat bosan dan

tidak berminat.

Daripada pengalaman yang diperolehi semasa melalui latihan mengajar, dapat

diperhatikan bahawa murid amat berminat untuk belajar dan lebih cepat faham apabila

terdapat animasi atau simulasi yang disertakan di dalam paparan power point. Simulasi

ini memberikan satu suntikan kepada pelajar kita tentang apa sebenarnya yang berlaku

dan mereka akan mula berfikir. Ini menyebabkan pelajar akan sedar keseronokan dalam

pembelajarannya dan akan memberikan tumpuan yang baik.

61

Dalam usaha kerajaan meningkatkan kualiti pendidikan negara melalui TMK,

maka satu inisiatif membangunkan web portal bertajuk Heat berasaskan Multiply secara

tidak langsung mampu mengatasi faktor-faktor penghalang kepada proses pengajaran

dan pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah.

1.3 Pernyataan Masalah

Melihat kepada latar belakang masalah yang telah dinyatakan, dapat dilihat

bahawa projek pembangunan web portal berasaskan Multiply bagi subjek Fizik

Tingkatan 4 yang bertajuk Heat mampu diaplikasikan oleh guru dan pelajar dalam

mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas yang kurang berkesan

atas faktor-faktor tertentu. Apabila pembangunan web portal ini dapat digunakan, para

pelajar tidak menghadapi masalah dalam sesi pembelajaran kerana pelajar bebas untuk

memilih masa belajar mereka sendiri atau boleh menjadikan web portal ini sebagai salah

satu bahan rujukan mereka. Sekiranya terdapat kemusykilan pelajar juga tidak akan

berasa malu untuk bertanya kerana mereka boleh menyuarakan masalah mereka melalui

forum. Pelajar juga boleh bertukar-tukar pendapat dan membincangkan masalah-

masalah yang dihadapi dalam topik tersebut. Dari situ, mudah bagi guru untuk

mengenal pasti punca permasalahan yang dihadapi oleh pelajar. Semua ini akan

membantu ke arah proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

1.4 Objektif Projek

Objektif projek ini bertujuan

i. Untuk membangun web portal pendidikan berasaskan Multiply untuk

topik Fizik Heat Tingkatan 4.

62

ii. Dengan menggunakan Microsoft Office Power Point 2007 sebagai

platform utama dengan bantuan perisian lain seperti Adobe PhotoShop

C3, Ulead Cool 3D, Ulead Gif Animator 5 dan lain-lain.

iii. Menghasilkan satu bahan pembelajaran alternatif yang menggabungkan

unsur-unsur multimedia seperti teks, grafik, animasi, audio dan video.