pembangunan web portal berasaskan · pdf filepembangunan web portal berasaskan moodle bertajuk...

16
PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK ‘SIMPLE MACHINES: LEVERS’ TINGKATAN DUA NOR FADHILLAH BINTI MD NOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vomien

Post on 06-Feb-2018

235 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN · PDF filepembangunan web portal berasaskan moodle bertajuk ‘simple machines: levers’ tingkatan dua nor fadhillah binti md nor universiti teknologi

PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK ‘SIMPLE MACHINES: LEVERS’ TINGKATAN DUA

NOR FADHILLAH BINTI MD NOR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN · PDF filepembangunan web portal berasaskan moodle bertajuk ‘simple machines: levers’ tingkatan dua nor fadhillah binti md nor universiti teknologi
Page 3: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN · PDF filepembangunan web portal berasaskan moodle bertajuk ‘simple machines: levers’ tingkatan dua nor fadhillah binti md nor universiti teknologi

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains).”

Tandatangan :……………………………

Nama Penyelia : TN HJ MUSLIM B. JONID

Tarikh : ………27/4/09……………

Page 4: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN · PDF filepembangunan web portal berasaskan moodle bertajuk ‘simple machines: levers’ tingkatan dua nor fadhillah binti md nor universiti teknologi

i

PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK

‘SIMPLE MACHINES: LEVERS’ TINGKATAN DUA

NOR FADHILLAH BINTI MD NOR

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Sains)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL,2009

Page 5: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN · PDF filepembangunan web portal berasaskan moodle bertajuk ‘simple machines: levers’ tingkatan dua nor fadhillah binti md nor universiti teknologi

ii

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Page 6: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN · PDF filepembangunan web portal berasaskan moodle bertajuk ‘simple machines: levers’ tingkatan dua nor fadhillah binti md nor universiti teknologi

iii

DEDIKASI

Khas buat keluarga tersayang,

Mak, Along, Kak Pah, Kak Oya, Kak Ati, Kak Ida, Kak Jah, Kak Dayah dan Akir.

Segala pengorbananmu tetap dikenang selamanya...

Penyelia Projek Sarjana Muda

(Tn. Hj Muslim b Jonid)

Terima kasih atas bimbingan yang telah diberikan.

Rakan-rakan seperjuangan,

Siti Nadiah, Nur Yasmah, Nur Nadia, Siti Fatihah, Siti Salehah

dan rakan-rakan 4SPN (2005-2009).

Segala bantuan kalian akan tetap jadi ingatan...

Page 7: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN · PDF filepembangunan web portal berasaskan moodle bertajuk ‘simple machines: levers’ tingkatan dua nor fadhillah binti md nor universiti teknologi

iv

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberikan saya ilham dan kesabaran

sepanjang tempoh penyediaan Projek Sarjana ini.

Terlebih dahulu ucapan terima kasih dan seribu penghargaan saya ucapkan

kepada penyelia projek saya iaitu Tn Hj. Muslim b. Jonid di atas segala bimbingan,

dorongan dan tunjuk ajar beliau terhadap saya sepanjang menjalankan projek ini.

Tanpa dedikasi dan ketabahan beliau dalam membimbing saya, projek ini mungkin

sekadar impian sahaja.

Setinggi penghargaan juga ditujukan kepada rakan-rakan yang banyak

berkongsi idea dan semangat dalam meneruskan perjuangan dan menjayakan projek

saya.

Tidak ketinggalan juga penghargaan kepada ibu tersayang Che Hawa bt Abd

Rahman, serta ahli keluarga yang sentiasa memberi sokongan sepanjang

menjalankan pembangunan web portal ini.

Page 8: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN · PDF filepembangunan web portal berasaskan moodle bertajuk ‘simple machines: levers’ tingkatan dua nor fadhillah binti md nor universiti teknologi

v

ABSTRAK

Penggunaan komputer yang meluas telah mencetuskan satu fenomena baru

kepada dunia pendidikan di Malaysia. Penggunaan komputer yang maksimum telah

digunakan sebagai satu bahan yang mampu meningkatkan proses pengajaran dan

pembelajaran. Oleh itu satu web portal telah dibangunkan sebagai memenuhi objektif

tersebut. Web portal ini menggunakan MOODLE sebagai medium penyampaian

untuk dijadikan sebagai e-Pembelajaran secara maya oleh pengguna. Dengan

terbangunnya web portal ini pengguna mudah untuk mencapai bahan serta

mempelajarinya mengikut keperluan dan masalah kekangan masa tidak timbul sama

sekali. Web portal ini juga diterbitkan dalam versi bahasa Inggeris yang bertajuk

Simple Machines:Levers telah dibangunkan untuk meningkatkan keberkesanan

proses pengajaran dan pembelajaran. Perisian yang digunakan ialah Microsoft Office

PowerPoint 2003. Perisian sokongan yang digunakan termasuk Adobe Photoshop

CS, Sony Vegas 5.0, Sonic Foundry Sound Forge 7.0, Ulead Cool 3D 3.5, Ulead

Cool 3D Production Studio, dan Macromedia Flash MX bagi mengintegrasikan

elemen multimedia seperti audio, grafik, video, animasi dan teks.

Page 9: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN · PDF filepembangunan web portal berasaskan moodle bertajuk ‘simple machines: levers’ tingkatan dua nor fadhillah binti md nor universiti teknologi

vi

ABSTRACT

The widely use of computer gives a new phenomena to the world of

education in Malaysia. Maximum usage of computer is use as a tool to enhance the

effectiveness of teaching and learning. For that reason, a web portal was developed

to support that objective. This web portal use MOODLE as a platform to deliver all

the materials that needs by the users and also can be used as a virtual learning.

Furthermore by the developing of web portal all user can be easily downloaded all

the materials that included in this web portal without wasting precious time.

Therefore, a web portal entitled Simple Machines: Levers was developed to amplify

the effectiveness of learning and teaching process. Microsoft Office PowerPoint

2003 is the platform for software development with supporting software including

Adobe Photoshop CS, Sony Vegas 5.0, Sonic Foundry Sound Forge 7.0, Ulead Cool

3D 3.5, Ulead Cool 3D Production Studio, and Macromedia Flash MX in with

integration multimedia element such as audio, graphic, video, animation and text.

Page 10: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN · PDF filepembangunan web portal berasaskan moodle bertajuk ‘simple machines: levers’ tingkatan dua nor fadhillah binti md nor universiti teknologi

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA

MUKA

SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

DAFTAR SINGKATAN/SIMBOL/ISTILAH xvi

SENARAI LAMPIRAN 1xxix

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Objektif Pembangunan e-Pembelajaran

(Web Portal)

1

4

5

6

Page 11: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN · PDF filepembangunan web portal berasaskan moodle bertajuk ‘simple machines: levers’ tingkatan dua nor fadhillah binti md nor universiti teknologi

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Wawasan 2020 menjadi aspirasi negara dan merupakan penanda aras dalam

membawa Malaysia mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Bagi

merealisasikan impian yang murni ini, peningkatan dalam pengetahuan dan

kemahiran setiap warganegara Malaysia menjadi sumber utama kepada kejayaan

aspirasi ini. Dalam mewujudkan satu masyarakat yang mempunyai pengetahuan dan

kemahiran yang tinggi dalam sesuatu bidang, sains dan teknologi merupakan tulang

belakangnya dan langkah permulaan adalah melalui dunia pendidikan. Penyediaan

pendidikan sains kepada rakyat Malaysia di peringkat awal mampu membentuk

masyarakat yang berpengetahuan dan mempunyai daya saing yang tinggi di arena

global (Mahzan B. Bakar Pengarah Pusat Pembangunan Kurikulum Kementerian

Pelajaran Malaysia, 2005). Justeru itu, sistem pendidikan Malaysia memberi

penekanan yang besar dalam pendidikan sains dan matematik. Kurikulum sains

direka bukan sahaja untuk menyediakan peluang kepada pelajar-pelajar untuk

memperoleh pengetahuan dan kemahiran dalam bidang sains malah membentuk

kemahiran berfikir dan strategi berfikir, serta dapat diaplikasi dalam kehidupan

harian mereka.

Page 12: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN · PDF filepembangunan web portal berasaskan moodle bertajuk ‘simple machines: levers’ tingkatan dua nor fadhillah binti md nor universiti teknologi

2

Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pada hari ini telah

meningkatkan penggunaan internet, laman web dan jaringan networking dalam

pendidikan menjadikan ilmu lebih mudah diperoleh, disebar dan direkod.

Perkembangan baru ini telah mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih

fleksibel dari segi masa, tempat, kaedah dan bahan pengajaran.

Internet adalah hasil gabungan kecanggihan komputer dan teknologi

komunikasi yang digabungkan dalam satu jaringan yang meliputi seluruh dunia.

Tujuan utama rangkaian kerja (network) global ini ialah memudahkan pertukaran

dan perkongsian maklumat serta perhubungan dalam pelbagai bidang. Capaian

internet dimanfaatkan oleh seluruh masyarakat tanpa mengira batasan geografi dan

budaya. Oleh itu, pengalaman dalam penggunaan IT dan internet dalam kehidupan

harian seharusnya diintegrasikan kepada dunia pendidikan bagi menyediakan

pengalaman pembelajaran sebenar kepada pengguna. Medium pengajaran berasaskan

internet semakin mendapat tempat di kalangan pendidik alaf ini. Pengguna boleh

mendapatkan maklumat dengan mudah kerana persekitaran pembelajaran berasaskan

web ini kaya dengan pelbagai maklumat dan sesuai dengan semua tahap pengetahuan

pengguna dan mengandungi pelbagai aktiviti pembelajaran.

Hassan (1998) telah menyuarakan bahawa penggunaan teknologi mampu

mendorong kepada memudahkan pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana

penggunaan media seperti grafik, animasi, teks, audio dan video telah diintegrasikan

bersama dalam laman web mampu menarik minat pengguna untuk memberi lebih

tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Perlaksanaan e-Pembelajaran atau lebih dikenali sebagai pengajaran

berasaskan web (Web Based Instruction) adalah satu contoh cara pembelajaran yang

memudahkan pengguna untuk mencapai bahan serta mempelajarinya mengikut

keperluan dari segi teknik juga dalam keadaan tidak formal. e-Pembelajaran

merupakan hasil daripada kesan globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat

Page 13: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN · PDF filepembangunan web portal berasaskan moodle bertajuk ‘simple machines: levers’ tingkatan dua nor fadhillah binti md nor universiti teknologi

3

dan komunikasi pada masa kini yang merupakan satu perkembangan dalam dunia

pendidikan (Ismail Zain,2002).

e-Pembelajaran telah diperkenalkan sebagai satu strategi baru dalam kaedah

pembelajaran dan menggantikan sistem pendidikan yang lama. Contohnya PORTAL

pendidikan utusan telah pun dilancarkan sejak Julai 2001. Mengikut sumber berita

Utusan Melayu (16 September 2002), Portal Pendidikan Utusan Melayu telah

menyediakan bahan-bahan subjek Sains dan Matematik Tahun Satu dalam versi

bahasa inggeris mulai tahun 2003.

Mengikut Baharuddin Aris et al (2003), melalui kaedah pembelajaran web,

suatu aspek yang penting adalah penglibatan pengguna dalam proses pembelajaran.

Pengguna yang terlibat akan berinteraksi secara aktif untuk mendapatkan maklumat

dan pengetahuan samada sesama pengguna sendiri mahupun interaksi bersama

pentadbir mereka. Maka dengan itu, web portal digunakan untuk memandu para

pengguna dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan lebih berkesan dan

berkualiti secara dalam talian.

e-Pembelajaran juga membantu dalam perkongsian maklumat dengan lebih

berkesan dengan penggunaan kaedah yang meluas di internet seperti forum, email,

dan chatting. Pengetahuan dalam e-Pembelajaran juga dapat disebarkan secara

serentak di mana pelajar dapat mencapai maklumat dari laman web yang berkaitan

dengan cepat dan mudah.

Page 14: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN · PDF filepembangunan web portal berasaskan moodle bertajuk ‘simple machines: levers’ tingkatan dua nor fadhillah binti md nor universiti teknologi

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Teknologi maklumat telah mengubah cara manusia bekerja. Hjetland (1995)

menyatakan bahawa "Technology can make our lives easier. Everyday tasks are

simplified". Beliau juga menyatakan bagaimana teknologi dapat memudahkan tugas

serta meningkatkan prestasi pengguna seperti penggunaan teknologi untuk kerja-

kerja pengurusan dan kerja-kerja pengajaran pembelajaran. Ibrahim (1990)

menyatakan " empayar di masa depan ialah empayar pemikiran dan minda". Untuk

mengembangkan pemikiran dan minda pelajar khususnya, pendekatan pengajaran

dan pembelajaran teknologi maklumat di sekolah perlu digubah kepada pemikiran

penyelidikan, mengumpul maklumat, menganalisis data ke arah menggalakkan

kreativiti dan motivasi pelajar. Pendekatan pengajaran secara tradisional seharusnya

diubah dan digantikan dengan pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan

maklumat.

Web portal merupakan satu kaedah pembelajaran yang dinamik berbanding

pengajaran secara tradisional seperti chalk and talk, nota guru dan sebagainya. Razali

Ismail (2002): ICT dalam Pendidikan: Trend dan Isu dalam Pengajaran dan

Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Jurnal Pendidikan Guru, Bahagian

Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia berpendapat bahawa pengajaran

secara tradisional memberi penekanan kepada mengingati konsep-konsep dan istilah-

istilah saintifik secara terasing yang mana akhirnya akan dilupai.

Fokus utama penggunaan web portal bertajuk Simple Machines: Levers ini

adalah berpusatkan pengguna dan pembelajaran adalah lebih kepada pendekatan

konstruktivisme. Dengan menggunakan web portal sebagai bahan pendidikan akan

melatih para pengguna untuk lebih aktif dalam pembelajarannya. Melalui web portal

juga, pembelajaran kendiri boleh dilaksanakan dengan lebih efektif di mana

pengguna boleh memilih masa, kandungan serta hala tuju pembelajaran. Selain itu

pengguna juga berpeluang mempelajari tajuk yang sukar difahami secara

Page 15: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN · PDF filepembangunan web portal berasaskan moodle bertajuk ‘simple machines: levers’ tingkatan dua nor fadhillah binti md nor universiti teknologi

5

berulangkali sehinggalah mereka dapat memahami dengan baik. Pengguna juga akan

melalui suasana yang harmoni dan tidak malu untuk bertanya kerana di dalam e-

Pembelajaran ada disediakan ruangan forum bagi menyatakan sebarang kemusykilan

tentang masalah pembelajaran yang dihadapi. Perbincangan berkumpulan juga dapat

dilaksanakan dengan lebih baik, teratur dan terancang melalui penggunaan teknologi

yang sedia ada.

Ciri-ciri yang menarik inilah menyebabkan e-Pembelajaran akan menjadi

satu cara alternatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu beberapa

pendekatan perlu digunakan untuk menyampaikan konsep Simple Machines: Levers

kerana ia merupakan satu topik yang mempunyai masalah hingga kini.

Oleh itu, e-Pembelajaran digunakan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Pengguna tidak akan mengalami masalah batasan waktu untuk mengulangkaji

pelajaran mereka. Seterusnya dapat mengukuhkan kefahaman tentang tajuk Simple

Machines: Levers dengan lebih mendalam. Ini kerana pengguna itu sendiri yang

menentukan pembelajaran mereka.

1.3 Pernyataan Masalah (projek)

Adakah e-Pembelajaran yang wujud kini sudah memadai bagi pengguna

untuk menguasai sepenuhnya? Adakah e-Pembelajaran yang disediakan mampu

menarik pengguna untuk menggunakannya dan sejauh manakah ia memberi kesan

kepada peningkatan pembelajaran. Oleh itu, projek e-Pembelajaran (Web Portal) ini

adalah salah satu usaha untuk memastikan subjek sains bertajuk Simple Machines:

Levers mempunyai satu kaedah pembelajaran yang lebih berkesan dan dinamik.

Page 16: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN · PDF filepembangunan web portal berasaskan moodle bertajuk ‘simple machines: levers’ tingkatan dua nor fadhillah binti md nor universiti teknologi

6

Selain itu, ia juga menarik minat pengguna menggunakan komputer sebagai sumber

mendapatkan pelbagai rujukan.

1.4 Objektif Pembangunan e-Pembelajaran (Web Portal)

Objektif kajian ini antaranya ialah :-

I. Membangunkan bahan e-Pembelajaran (Web Portal) bagi topik sains secara

interaktif berasaskan sistem pengurusan kursus MOODLE dalam tajuk Simple

Machines: Levers .

II. Mengisi web portal yang disediakan dengan bahan bantu pengajaran dan bahan

sokongan pembelajaran untuk pengguna.