membangun web portal berasaskan moodle … filemudah-mudahan allah panjangkan jodoh kita, dunia dan...

24
MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK SOLID GEOMETRY MATEMATIK TINGKATAN 1-3 WARDAH AINA BINTI TUMIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: haphuc

Post on 04-Jul-2019

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … fileMudah-mudahan Allah panjangkan jodoh kita, dunia dan akhirat. iv PENGHARGAAN Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera, Bersyukur ke

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK

SOLID GEOMETRY MATEMATIK TINGKATAN 1-3

WARDAH AINA BINTI TUMIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … fileMudah-mudahan Allah panjangkan jodoh kita, dunia dan akhirat. iv PENGHARGAAN Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera, Bersyukur ke

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE

BERTAJUK SOLID GEOMETRY MATEMATIK TINGKATAN 1-3

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya: WARDAH AINA BINTI TUMIN

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Hakmilik tesis adalah di bawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM.

2. Naskhah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis daripada penulis.

3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian mereka.

4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar yang dipersetujui kelak.

5.*Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi pengajian tinggi.

6. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHADDisahkan oleh

____________________________________ _________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap : 14-1 TMN SRI TEMENGGONG, PM. DR. MOHINI BINTI MOHAMED

JLN TEMENGGONG AHMAD,

84000 MUAR, JOHOR.

Tarikh : Tarikh :

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

(NAMA PENYELIA)

Page 3: MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … fileMudah-mudahan Allah panjangkan jodoh kita, dunia dan akhirat. iv PENGHARGAAN Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera, Bersyukur ke

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik).”

Tandatangan:…………………………………………

Nama Penyelia: PM. DR. MOHINI BINTI MOHAMED

Tarikh:………………………………………………..

Page 4: MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … fileMudah-mudahan Allah panjangkan jodoh kita, dunia dan akhirat. iv PENGHARGAAN Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera, Bersyukur ke

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK

SOLID GEOMETRY MATEMATIK TINGKATAN 1-3

WARDAH AINA BINTI TUMIN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

(Matematik)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2009

Page 5: MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … fileMudah-mudahan Allah panjangkan jodoh kita, dunia dan akhirat. iv PENGHARGAAN Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera, Bersyukur ke

ii

PENGAKUAN PELAJAR

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan:……………………………………..

Nama Pelajar: WARDAH AINA BINTI TUMIN

Tarikh:…………………………………………….

Page 6: MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … fileMudah-mudahan Allah panjangkan jodoh kita, dunia dan akhirat. iv PENGHARGAAN Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera, Bersyukur ke

iii

DEDIKASI

Buat Abah dan Mama,

Hj. Tumin bin Hj. Sabar dan Hjh. Hasnah binti Hj. Mohd Angsor,

juga kepada Kak Long dan Adik yang dikasihi,

Wardah Ajmal dan Mohamad Taqiyuddin,

segala dorongan, sokongan, pengorbanan, dan tunjuk ajar darimu,

tidak ternilai harganya dan tiada tolok bandingnya.

Doa yang tidak pernah putus menjadi bekalan

sepanjang meneruskan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia ini.

Buat Abah dan Mak,

Hj. Omar bin Hj. Basid dan Hjh. Salmah binti Hj. Saadon,

terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada keluarga besar ini.

Teristimewa buat suami tercinta,

Mohd Shaiful bin Omar,

kehadiranmu melengkapkan hidupku.

Mudah-mudahan Allah panjangkan jodoh kita, dunia dan akhirat.

Page 7: MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … fileMudah-mudahan Allah panjangkan jodoh kita, dunia dan akhirat. iv PENGHARGAAN Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera, Bersyukur ke

iv

PENGHARGAAN

Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera,

Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia serta

hidayahNya, saya telah diberi kekuatan untuk menyempurnakan Projek Sarjana

Muda (PSM) ini. Setinggi-tinggi penghargaan buat penyelia, PM. Dr. Mohini binti

Mohamed di atas jasa dan tunjuk ajar beliau. Segala idea yang telah dicurahkan bagi

membangunkan web portal Solid Geometry Tingkatan 1-3 ini didahului dengan

jutaan terima kasih. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik beliau.

Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa, ibu bapa mertua, serta seluruh ahli

keluarga yang tercinta, terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan atas

sokongan, harapan, serta iringan doa yang tidak pernah putus. Buat suami tercinta,

kasih sayang yang dicurahkan amat bererti buat saya. Terima kasih kerana sangat

memahami isterimu ini.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan yang banyak

membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya di sepanjang pembikinan projek ini.

Seterusnya, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak terhingga

kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam

menyiapkan penulisan tesis serta pembangunan web portal Solid Geometry

Tingkatan 1-3 ini. Terima kasih atas segala tunjuk ajar, dorongan, nasihat, juga

kritikan-kritikan yang membina.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

Page 8: MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … fileMudah-mudahan Allah panjangkan jodoh kita, dunia dan akhirat. iv PENGHARGAAN Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera, Bersyukur ke

v

ABSTRAK

Pembelajaran berasaskan web telah dilihat sebagai satu alternatif dalam

proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Web portal bertajuk Solid

Geometry Tingkatan 1-3 ini telah menggunakan satu sistem pengurusan kursus yang

dinamakan MOODLE (Modular Object-Oriented Dynamic Learning Environment)

kerana rekabentuknya yang menyokong prinsip teori konstruktivisme sosial di mana

guru dan pelajar saling berinteraksi menerusi sumber dan aktiviti yang telah

disediakan. Model ADDIE digunakan dalam merancang dan membangunkan projek

web portal ini. Nota yang disediakan dalam format Microsoft Office PowerPoint 97-

2003 Slide Show dibangunkan berdasarkan objektif pembelajaran dan sukatan

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Pelbagai bahan yang dimuatkan

di dalam web portal ini mempunyai paparan yang menarik, terkini, juga interaktif,

dan disertakan dengan soalan yang menggalakkan pelajar berfikir. Antara aktiviti

yang dibangunkan dalam web portal ini ialah tugasan, kuiz, forum, chat, dan soal

selidik. Soalan kuiz dibina berdasarkan kesalahan dan miskonsepsi yang sering

pelajar lakukan dan setiap jawapan akan diberikan maklum balas. Sistem pangkalan

data membenarkan guru dan pelajar mengikuti prestasi pelajar berdasarkan markah,

tempoh masa penggunaan, dan kekerapan penggunaan aktiviti yang disediakan.

Selain itu, di dalam ruangan forum dan chat, guru dan pelajar dapat saling

berinteraksi antara satu sama lain. Web portal ini boleh dimanfaatkan oleh pelajar

khususnya untuk tujuan pembelajaran kendiri menerusi keupayaannya memberi

maklum balas yang spontan serta memperolehi bimbingan daripada guru mahupun

rakan-rakan di mana gaya pembelajaran ini sukar dicapai dalam sistem pendidikan

tradisional.

Page 9: MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … fileMudah-mudahan Allah panjangkan jodoh kita, dunia dan akhirat. iv PENGHARGAAN Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera, Bersyukur ke

vi

ABSTRACT

Web based learning is viewed as an alternative in the process of effective

teaching and learning. This web portal entitled Solid Geometry Form 1-3 used the

management system of MOODLE (Modular Object-Oriented Dynamic Learning

Environment) because of the appropriate design that supports the social

constructivism theory where teachers and students can interact through the source

and activity that are provided. ADDIE model is used in planning and constructing

the web portal project. The lesson in Microsoft Office PowerPoint 97-2003 Slide

Show format are developed based on learning objective and within the scope of

Integrated Curriculum for Secondary Schools. The varieties of resources provide

interesting, up to date, and also interactive views. Questions are also provided in

order to guide students to think. Activities developed in this web portal are

assignment, quiz, forum, chat, and survey. Quiz questions are developed based on

students’ common mistakes and misconceptions and all answers are given

feedbacks. Besides that, the database system enable teachers and students monitor

their marks, timing, and mode of usage of the activities provided. Meanwhile, forum

and chat help teachers and students to communicate with each other. This web portal

can benefit students in utilizing independent learning through simultaneous feedback

and also guidance from teachers and friends, which is difficult to achieve in the

traditional education system.

Page 10: MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … fileMudah-mudahan Allah panjangkan jodoh kita, dunia dan akhirat. iv PENGHARGAAN Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera, Bersyukur ke

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL

PENGAKUAN PELAJAR ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xii

SENARAI LAMPIRAN xiv

1 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 3

1.2 Pernyataan Masalah 6

1.3 Rasional Pemilihan Tajuk 6

1.4 Objektif Projek 7

1.5 Kepentingan Projek 7

1.5.1 Pelajar 7

1.5.2 Guru 8

1.5.3 Sekolah 9

1.5.4 Ibu Bapa dan Masyarakat 10

1.6 Skop dan Batasan Projek 10

1.6.1 Skop Projek 10

1.6.1.1 Skop Modul Projek 10

Page 11: MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … fileMudah-mudahan Allah panjangkan jodoh kita, dunia dan akhirat. iv PENGHARGAAN Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera, Bersyukur ke

viii

1.6.1.2 Skop Subtopik Projek 11

1.6.2 Batasan Projek 12

1.7 Kerangka Teori Projek 13

1.8 Definisi Istilah 15

1.8.1 Web Portal 15

1.8.2 MOODLE 15

1.8.3 Pelajar 15

1.8.4 Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi 15

1.9 Penutup 16

2 SOROTAN PENULISAN

2.0 Pengenalan 17

2.1 E-pembelajaran 18

2.1.1 Definisi E-pembelajaran 18

2.1.1.1 Sorotan Tempatan 18

2.1.1.2 Sorotan Luar Negara 18

2.1.2 Kelebihan E-Pembelajaran 19

2.2 Perisian Sumber Terbuka 22

2.2.1 Sejarah dan Definisi Perisian Sumber

Terbuka

23

2.2.2 Kelebihan Perisian Sumber Terbuka 26

2.2.3 Perisian Sumber Terbuka di Malaysia 27

2.3 MOODLE 28

2.3.1 Definisi MOODLE 28

2.3.2 Elemen Pembelajaran MOODLE 29

2.3.2.1 Rangka Keseluruhan MOODLE 29

2.3.2.2 Pengurusan Laman Web 29

2.3.2.3 Pengurusan Pengguna 30

2.3.2.4 Pengurusan Kursus 30

2.3.2.5 Modul Sumber (Resource) 31

2.3.2.6 Modul Tugasan (Assignment) 31

2.3.2.7 Modul Kuiz (Quiz) 31

2.3.2.8 Modul Forum (Forum) 32

Page 12: MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … fileMudah-mudahan Allah panjangkan jodoh kita, dunia dan akhirat. iv PENGHARGAAN Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera, Bersyukur ke

ix

2.3.2.9 Modul Chat 32

2.3.2.10 Modul Soal Selidik (Survey) 32

2.3.3 MOODLE Dari Pelbagai Perspektif 33

2.3.3.1 MOODLE dari Perspektif Pelajar 33

2.3.3.2 MOODLE dari Perspektif Guru 33

2.4 Teori Pembelajaran: Konstruktivisme 33

2.4.1 Definisi Konstruktivisme 34

2.4.2 Sejarah Perkembangan Pendekatan

Pembelajaran Konstruktivisme

35

2.4.3 Kelebihan Mempraktikkan Pembelajaran

Secara Konstruktivisme

36

2.4.4 Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

Secara Konstruktivisme

37

2.5 Kesalahan dan Miskonsepsi Lazim dalam

Matematik

38

2.5.1 Kesalahan dan Miskonsepsi Lazim dalam

Tajuk Solid Geometri Tingkatan 1-3

40

2.6 Penutup 41

3 METODOLOGI: PROSEDUR

PEMBANGUNAN

3.0 Pengenalan 42

3.1 Model Rekabentuk: Model ADDIE 42

3.1.1 Analisis (Analysis) 43

3.1.1.1 Kumpulan Sasaran 43

3.1.1.2 Topik 45

3.1.1.3 Strategi 45

3.1.2 Rekabentuk (Design) 46

3.1.2.1 Rupa Bentuk dan Struktur 46

3.1.2.2 Pendekatan Pengajaran dan Teori

Pembelajaran

46

3.1.2.3 Media dan Teknologi yang

Digunakan

47

Page 13: MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … fileMudah-mudahan Allah panjangkan jodoh kita, dunia dan akhirat. iv PENGHARGAAN Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera, Bersyukur ke

x

3.1.3 Pembangunan (Development) 48

3.1.4 Pelaksanaan (Implementation) 48

3.1.5 Penilaian (Evaluation) 49

3.2 Penutup 50

4 HASIL PEMBANGUNAN WEB PORTAL

4.0 Pengenalan 51

4.1 Hasil Pembangunan Web Portal Solid Geometry

Tingkatan 1-3

52

4.1.1 Bahagian Log Masuk (Login) 54

4.1.2 Bahagian Halaman Utama (Home) 55

4.1.3 Bahagian Teachers’ and Students’ Notes 56

4.1.4 Bahagian Test Yourself! (Quizzes) 59

4.1.5 Bahagian Try This! (PMR Clone Questions) 63

4.1.6 Bahagian Extras 66

4.1.7 Bahagian Happy Hours 70

4.1.8 Bahagian Activities by Hot Potatoes 71

4.1.9 Bahagian Feedback 72

4.1.10 Bahagian Data Pelajar 74

4.2 Penilaian 75

4.3 Penutup 77

5 RUMUSAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 78

5.1 Kelebihan Web Portal Solid Geometry Tingkatan

1-3

78

5.1.1 Halaman Utama yang Menarik dan

Berwarna-Warni

78

5.1.2 Mewujudkan Komuniti 79

5.1.3 Mesra Pengguna 79

5.1.4 Berpusatkan Pengguna 79

5.1.5 Fleksibel 79

5.1.6 Boleh Diperluaskan 80

Page 14: MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … fileMudah-mudahan Allah panjangkan jodoh kita, dunia dan akhirat. iv PENGHARGAAN Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera, Bersyukur ke

xi

5.1.7 Menjimatkan Masa 80

5.2 Masalah yang Dihadapi 80

5.2.1 Kekurangan Kepakaran dan Pengalaman 80

5.2.2 Kekangan Masa 81

5.2.3 Skop Subtopik yang Terhad 81

5.2.4 Capaian Internet 81

5.2.5 Ketidakupayaan Komputer Pembangun 82

5.3 Cadangan Penyelesaian 82

5.3.1 Mempelajari Perisian Penting 82

5.3.2 Perancangan 82

5.3.3 Kerja Berkumpulan 83

5.3.4 CD-ROM 83

5.3.5 Pengetahuan tentang Komputer 83

5.5 Kesimpulan 83

RUJUKAN 85

LAMPIRAN A-H 89

Page 15: MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … fileMudah-mudahan Allah panjangkan jodoh kita, dunia dan akhirat. iv PENGHARGAAN Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera, Bersyukur ke

xii

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK HALAMAN

1.1 Kerangka Teori Projek 13

2.1 Rangka Keseluruhan MOODLE 29

3.1 Aliran Fasa Berdasarkan Model ADDIE 43

4.1 Carta Alir Web Portal Solid Geometry Tingkatan 1-3 53

4.2 Bahagian Log Masuk (Login) dan Bahagian Akaun

Baru (New Account)

54

4.3 Bahagian Bahagian Borang Akaun Baru (New

Account)

55

4.4 Bahagian Halaman Utama (Home) 56

4.5 Bahagian Teachers’ and Students’ Notes 57

4.6 Contoh Arahan untuk Memuat Turun Fail Nota 57

4.7 Paparan Nota dalam Format Microsoft Office

PowerPoint 97-2003 Slide Show

58

4.8 Paparan Nota dalam Format Microsoft Office

PowerPoint 97-2003 Slide Show

58

4.9 Paparan Nota dalam Format Microsoft Office

PowerPoint 97-2003 Slide Show

59

4.10 Bahagian Test Yourself! (Quizzes) 60

4.11 Bahagian Test Yourself! (Quizzes) 60

4.12 Bahagian Test Yourself! (Quizzes) 61

4.13 Maklum Balas bagi Jawapan yang Betul 61

4.14 Maklum Balas bagi Jawapan yang Salah 62

4.15 Bahagian Tugasan (Assignment) 62

4.16 Contoh Arahan untuk Memuat Turun Fail Tugasan 63

4.17 Paparan Tugasan dalam Format Microsoft Office

Word 97-2003 Document

63

Page 16: MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … fileMudah-mudahan Allah panjangkan jodoh kita, dunia dan akhirat. iv PENGHARGAAN Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera, Bersyukur ke

xiii

4.18 Bahagian Try This! (PMR Clone Questions) 64

4.19 Bahagian Try This! (PMR Clone Questions) 64

4.20 Bahagian Try This! (PMR Clone Questions) 65

4.21 Maklum Balas bagi Jawapan yang Betul 65

4.22 Maklum Balas bagi Jawapan yang Salah 66

4.23 Bahagian Extras 66

4.24 Conversion of Metric Unit 67

4.25 Contoh Arahan untuk Memuat Turun Fail

Conversion of Metric Unit

67

4.26 Word Doctor 68

4.27 Forum: Tell Me Your Problems! 69

4.28 Let’s Chat! 69

4.29 Bahagian Happy Hours 70

4.30 Contoh Permainan yang Diambil dari Novel Games 71

4.31 Bahagian Activities by Hot Potatoes 71

4.32 Crossword 72

4.33 Matching Exercise 72

4.34 Bahagian Feedback 73

4.35 Checklist 73

4.36 Leave Your Comments Here! 74

4.37 Paparan Butang Participants 74

4.38 Paparan Butang Grades 75

4.39 Sebahagian daripada 27 Mahasiswa 3SPT yang Telah

Mendaftar

76

4.40 Contoh Maklum Balas bagi Ruangan Checklist 76

4.41 Contoh Maklum Balas bagi Ruangan Comment 77

Page 17: MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … fileMudah-mudahan Allah panjangkan jodoh kita, dunia dan akhirat. iv PENGHARGAAN Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera, Bersyukur ke

xiv

SENARAI LAMPIRAN

NO LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Quiz 1 and Quiz 2: Cube and Cuboid 89

B Quiz 3 and Quiz 4: Triangular Prism,

Equilateral Triangular Prism, and Square

Pyramid

99

C Quiz 5 and Quiz 6: Cylinder, Cone, and Sphere 110

D Assignment 121

E PMR 2004 Clone Questions 123

F PMR 2005 Clone Questions 125

G PMR 2006 Clone Questions 128

H PMR 2007 Clone Questions 132

Page 18: MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … fileMudah-mudahan Allah panjangkan jodoh kita, dunia dan akhirat. iv PENGHARGAAN Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera, Bersyukur ke

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Matlamat pendidikan matematik adalah untuk memperkembangkan

pemikiran mantik, analitis, bersistem dan kritis, kemahiran penyelesaian masalah,

serta kebolehan menggunakan ilmu pengetahuan matematik supaya individu dapat

berfungsi dalam kehidupan seharian dengan berkesan (Kementerian Pendidikan

Malaysia, 1988). Untuk mencapai matlamat pendidikan ini, proses pengajaran dan

pembelajaran dalam bilik darjah harus berubah kepada berpusatkan pelajar di mana

pelajar belajar secara bersendirian atau bekerjasama dalam perbincangan atau

membuat refleksi dan guru bertindak sebagai fasilitator yang hanya berperanan

mempermudah proses tersebut.

Menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan di Malaysia adalah

satu usaha yang berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu

secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan

harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

kepatuhan kepada Tuhan. Usaha murni ini bertujuan supaya individu terbabit dapat

menjalani kehidupan seharian mereka dengan berkesan dan penuh tanggungjawab.

Bagi memastikan penerapan unsur-unsur seperti di atas terlaksana, pemilihan kaedah

pengajaran dan pembelajaran yang sesuai sama ada di dalam ataupun di luar bilik

darjah adalah sangat penting.

Matematik ialah satu bidang pengetahuan yang sentiasa berubah dari segi

kandungan, kegunaan, dan cara mempelajarinya. Kecenderungan pelajar untuk

Page 19: MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … fileMudah-mudahan Allah panjangkan jodoh kita, dunia dan akhirat. iv PENGHARGAAN Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera, Bersyukur ke

2

beranggapan bahawa matematik adalah satu matapelajaran yang sukar menyebabkan

mereka mengambil jalan mudah untuk mengabaikannya sejak awal lagi. Menurut

Mohamad Khatim Hasan (2001), terdapat pelbagai masalah yang dikenalpasti dalam

pendidikan matematik di Malaysia. Antaranya ialah, pendekatan latih tubi tanpa

pendedahan konsep yang mencukupi, kaedah pembelajaran yang membosankan, dan

kekurangan kemudahan pembelajaran yang terkini.

Mempelajari konsep dan kemahiran dalam bidang matematik merupakan

satu proses yang aktif. Pembelajaran matematik bukan semata-mata pengiraan,

penghafalan formula atau teori, bahkan ia melibatkan penyelidikan, pengujian, dan

penyelesaian masalah. Pelajar membina konsep dan kemahiran matematik melalui

pengetahuan dan pengalaman semasa pembelajaran matematik. Aktiviti

berkumpulan, komunikasi dalam matematik, permainan matematik, dan sebagainya

kurang diberi perhatian kerana ramai guru menyatakan yang mereka kekurangan

masa untuk menghabiskan sukatan kurikulum matematik. Justeru itu, kebanyakan

pelajar mendapati matematik merupakan matapelajaran yang mekanikal,

membosankan, tidak mencabar, dan tiada kaitan dalam penggunaan harian.

Abad ke-21 menyaksikan kepesatan perkembangan teknologi maklumat dan

telekomunikasi (ICT) dalam semua bidang, tidak ketinggalan bidang pendidikan.

Maka, wujudlah pelbagai istilah seperti Computer Assisted Instruction (CAI) untuk

menggambarkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kemudiannya istilah Intelligent Computer Assisted Instruction atau Intelligent

Tutoring System pula diperkenalkan. Semua istilah tersebut tidak lain tidak bukan

untuk menegaskan tentang keperluan pengajaran dan pembelajaran berasaskan

komputer dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Maka, tidak hairanlah konsep e-pembelajaran semakin mendapat tempat

dalam bidang pendidikan. Berkonsepkan teknologi elektronik digital dan rangkaian

komputer, e-pembelajaran merupakan satu strategi pembelajaran yang inovatif yang

melibatkan pendekatan pembelajaran seperti pembelajaran kolaboratif, pembelajaran

berasaskan masalah, pembelajaran berasaskan sumber, dan pembelajaran tindakan

(Faisal Mohammad et. al., 2002).

Page 20: MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … fileMudah-mudahan Allah panjangkan jodoh kita, dunia dan akhirat. iv PENGHARGAAN Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera, Bersyukur ke

3

Hari ini, kita dapat lihat bahawa pengajaran dan pembelajaran di sekolah

mula berganjak daripada menggunakan kaedah tradisional kepada kaedah yang lebih

moden. Pembelajaran lebih berbentuk terbuka dan pelajar boleh memperoleh

maklumat dan pengalaman dari pelbagai sumber. Selain guru, buku teks, dan surat

khabar, pada hari ini, internet menjadi salah satu sumber maklumat yang tidak

kurang pentingnya. Penggunaan internet di sekolah oleh guru dan pelajar bukan lagi

perkara baru untuk diperkatakan.

Internet merupakan salah satu aplikasi komputer yang mampu meningkatkan

mutu pembelajaran matematik pada masa kini. Internet atau International Network

of Networks ialah sebuah rangkaian komputer di peringkat antarabangsa. Ia

mengandungi lebih daripada 50 ribu rangkaian komputer di seluruh dunia, lebih

daripada 6.6 juta komputer hos dan lebih daripada 50 juta pengguna dari lebih 160

buah negara (Zoraini Wati Abas, 1995). Laman web merupakan satu medium yang

penting dalam memperoleh pelbagai variasi idea dan maklumat. Melalui laman web,

pengguna boleh mengakses pelbagai jenis sumber yang berjuta-juta bilangannya.

Sumber ini termasuklah kertas persidangan, artikel majalah, perisian komputer,

gambar, video, dan sebagainya. Internet telah menjadikan seluruh dunia ini sebagai

satu perkampungan maya yang menjimatkan masa, tenaga, dan kos dalam proses

pencarian maklumat (Mohamad Khatim Hassan, 2001).

1.1 Latar Belakang Masalah

Matematik sering didefinisikan sebagai satu matapelajaran yang sukar untuk

dikuasai oleh kebanyakan pelajar sekolah. Lebih memburukkan lagi keadaan, pelajar

semakin tidak tertarik kepada matematik apabila mereka sering mendapat keputusan

yang tidak memuaskan dalam peperiksaan. Pembelajaran yang hanya

berorientasikan peperiksaan semata-mata mengakibatkan pelajar kurang berminat

dan seterusnya membantutkan perkembangan kognitif pelajar dalam matematik.

Pembelajaran secara menghafal dan latih tubi perlu diubah kepada bentuk

pembelajaran yang merangsang pemikiran, berunsur kreatif, memenuhi keperluan

Page 21: MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … fileMudah-mudahan Allah panjangkan jodoh kita, dunia dan akhirat. iv PENGHARGAAN Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera, Bersyukur ke

4

pelajar, serta mengambil perbezaan kebolehan dan gaya pembelajaran setiap

individu pelajar berdasarkan kesamarataan pembelajaran (Mohamad Khatim Hasan,

2001). Pengajaran dan pembelajaran secara tradisional yang banyak diamalkan oleh

kebanyakan guru matematik di Malaysia tidak mampu melahirkan pelajar yang

berkemahiran serta bijak berfikir secara kreatif dan kritis. Razali Ismail (2002)

berpendapat bahawa pengajaran secara tradisional memberi penekanan kepada

mengingati konsep-konsep dan istilah-istilah saintifik atau matematik secara terasing

yang mana akhirnya akan dilupai. Oleh itu pelajar perlu didedahkan dengan teknik

yang lebih menarik dan lebih efektif bagi menghadapi dunia teknologi yang kian

pesat membangun.

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dunia sedikit

sebanyak mempengaruhi perkembangan pendidikan di Malaysia. Pengintegrasian

penggunaan internet dalam pendidikan merupakan satu cetusan idea yang mampu

meningkatkan elemen e-pembelajaran sejajar dengan perkembangan teknologi ini.

Persediaan yang rapi oleh guru-guru perlu dirancang bagi menghadapi cabaran dunia

teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pada hari ini. Bidang pendidikan perlu

mengambil peluang atas perkembangan teknologi maklumat bagi menampung

keperluan pendidikan negara pada masa kini. Pelbagai kepentingan boleh diperolehi

dengan aplikasi internet serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam

pendidikan.

Penerapan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pendidikan

bukan hanya bertujuan untuk melahirkan lapisan masyarakat yang mahir dalam

bidang teknologi, malah ia juga sesuai dengan pandangan konstruktivisme yang

disusun dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Menurut

Rozinah Jamaludin (2007), teori pengajaran dan pembelajaran konstruktivisme amat

sesuai dipraktikkan dengan bantuan penggunaan internet dan pelbagai variasi

perisian multimedia. Selain itu, ia juga dapat menyelesaikan pelbagai masalah

dalam pendidikan tradisional yang sering membelenggu para guru hari ini.

Sebenarnya, ramai guru menyokong penggunaan teknologi dalam kelas demi

mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran secara kaedah tradisional. Namun

Page 22: MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … fileMudah-mudahan Allah panjangkan jodoh kita, dunia dan akhirat. iv PENGHARGAAN Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera, Bersyukur ke

5

begitu, terdapat beberapa kekangan terhadap pelaksanaannya. Menurut Robiah

Sidin (2003), guru-guru berpendapat, bahan-bahan bacaan serta bahan yang

diterbitkan seperti video, filem, dan perisian komputer adalah kurang dan tidak

banyak diperolehi. Walaupun makmal dan peralatan sains disediakan, namun

peralatan untuk mengajar dan belajar masih belum mencukupi untuk menampung

keperluan guru dan pelajar. Selain itu, guru juga tidak mempunyai masa untuk

membangunkan bahan-bahan berkualiti, termasuk bahan penilaian yang menarik dan

mencabar minda pelajar. Ini adalah kerana, tugas guru kini adalah luas dan

pelbagai. Maka, guru tidak mempunyai banyak peluang untuk menganalisis serta

merangka langkah-langkah secara lebih terancang untuk menterjemah kehendak

kurikulum.

Menyedari hakikat ini, web portal berasaskan MOODLE yang bakal

dibangunkan berusaha merapatkan jurang antara kehendak kurikulum dan

pelaksanaan kurikulum di sekolah. Web portal ini menjadi salah satu alternatif

untuk guru mendapatkan bahan-bahan tambahan dan sokongan yang menarik dan

berkualiti untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ia melibatkan

penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) selaras dengan kehendak

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan terbaru.

Web portal berasaskan MOODLE yang dibangunkan memfokuskan kepada

aktiviti berpusatkan pelajar. Ini bertujuan untuk menggalakkan pelajar untuk aktif

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan yang bakal dipaparkan juga

dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, dan animasi. Selain itu, ia menekankan

penguasaan sesuatu konsep matematik bagi tajuk yang dipilih berbanding dengan

menyediakan nota semata-semata untuk pelajar. Web portal ini juga menerapkan

pembelajaran secara konstruktivisme sosial dan pengalaman hands-on sesuai dengan

matlamat Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Bercirikan interaktif

dan kendiri, pelajar turut berpeluang melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai

aktiviti sampingan melalui kewujudan pelbagai modul lain seperti modul sumber

(resource), modul tugasan (assignment), modul kuiz (quiz), modul forum (forum),

modul chat, dan modul soal selidik (survey).

Page 23: MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … fileMudah-mudahan Allah panjangkan jodoh kita, dunia dan akhirat. iv PENGHARGAAN Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera, Bersyukur ke

6

1.2 Pernyataan Masalah

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, matematik telah dikenal pasti

mengandungi kekuatan dan kekurangan serta halangan dalam proses pengajaran

yang dijalankan dalam sesuatu bilik darjah. Begitu juga halnya dengan topik Solid

Geometry. Topik ini memerlukan pelajar untuk menguasai pendekatan visual di

mana kemahiran pelajar dalam menganalisis sesuatu bentuk geometri amat

dititikberatkan. Oleh itu, cara penyampaian tajuk Solid Geometry ini juga

seharusnya berbeza daripada topik-topik yang lain di mana stimulasi dan animasi

menjadi elemen utama dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kadangkala, kaedah pengajaran yang digunakan akan menyebabkan proses

pembelajaran menjadi lembab dan pasif serta bertumpu kepada guru semata-mata.

Tanpa kita sedari, hal ini seterusnya akan menyebabkan pelajar kurang bermotivasi

serta tidak dapat berfikir secara abstrak. Memandangkan sekolah merupakan medan

ilmu untuk pelajar menimba ilmu pengetahuan, maka wajarlah bagi guru

menyediakan satu situasi pengajaran dan pembelajaran yang cukup berkesan. Salah

satu perkara yang perlu ditekankan oleh para guru, terutamanya dalam bidang

matematik ialah apakah cara yang paling sesuai untuk menggalakkan penglibatan

pelajar secara aktif dalam pembelajaran masing-masing. Oleh itu, pembangunan

web portal berasaskan MOODLE ini bakal menjadi salah satu jalan penyelesaian

kepada masalah yang dihadapi oleh guru dan pelajar dalam memastikan pengajaran

dan pembelajaran tradisional dapat digantikan dengan kaedah yang lebih moden dan

secara tidak langsung menyahut seruan kerajaan untuk mengintegrasikan teknologi

maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pendidikan.

1.3 Rasional Pemilihan Tajuk

Topik yang dipilih untuk dibangunkan sebagai bahan pembelajaran dalam

bentuk web portal berasaskan MOODLE ini ialah Solid Geometry. Umum

mengetahui bahawa setiap topik dalam mata pelajaran Matematik mempunyai

Page 24: MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … fileMudah-mudahan Allah panjangkan jodoh kita, dunia dan akhirat. iv PENGHARGAAN Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera, Bersyukur ke

7

masalahnya yang tersendiri, begitu juga dengan topik yang dipilih. Oleh itu, rasional

pemilihan Solid Geometry sebagai tajuk bagi projek pembangunan web portal

berasaskan MOODLE ini adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya

miskonsepsi di kalangan pelajar sekaligus agar pengajaran oleh guru dapat

dijalankan dengan berkesan. Selain itu, dengan pembangunan web portal Solid

Geometry Tingkatan 1-3 ini diharap dapat mengurangkan beban guru dan

menggalakkan penglibatan aktif pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

1.4 Objektif Projek

1.4.1 Membangun web portal berasaskan MOODLE bertajuk Solid Geometry

Matematik Tingkatan 1-3.

1.4.2 Mengisi web portal yang disediakan dengan bahan bantu pengajaran untuk

guru dan bahan sokongan pembelajaran untuk pelajar.

1.5 Kepentingan Projek

1.5.1 Pelajar

Terdapat pelbagai kelebihan yang bakal pelajar perolehi daripada web portal

berasaskan MOODLE ini. Antaranya adalah web portal ini menjadi bahan rujukan

tentang matematik khususnya tajuk yang dipilih dengan lebih meluas dan mendalam

daripada apa yang dipelajari di dalam bilik darjah. Pelajar juga memperoleh

pengalaman hands-on dan pengalaman belajar secara kolaboratif. Web portal ini

juga dapat dicapai pada bila-bila masa sahaja kerana ia berada di atas talian.

Kuiz yang disediakan dalam web portal ini dapat dilakukan berulang kali

sehingga pelajar mahir. Pelajar dapat mengelak daripada perasaan malu kerana

markah yang diperoleh tidak akan diketahui oleh pelajar-pelajar lain. Maklumbalas