pembangunan web portal berasaskan …€¦ · bersyukur ke hadrat ilahi kerana saya telah di...

29
PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE YANG BERTAJUK ‘ELECTRICITY’ BAGI SAINS TINGKATAN TIGA HARYATI BINTI ZABIDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: lyminh

Post on 18-May-2018

228 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE YANG

BERTAJUK ‘ELECTRICITY’ BAGI SAINS TINGKATAN TIGA

HARYATI BINTI ZABIDIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGESAHAN PENYELIA

" Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)”

Tandatangan :

Nama penyelia : PM. AZIZ BIN NORDIN

Tarikh : 26 MAC 2009

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil karya saya sendiri kecuali nukilan

dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya

jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :_ _

Nama Pelajar : HARYATI BINTI ZABIDIN

Tarikh : 26 MAC 2009

DEDIKASI

Khas buat,

Bonda dan ayahanda yang dikasihi,

Faridah binti Bodin dan Zabidin bin Alang Mohamad,

budi dan jasa kalian tidak akan

ku lupakan,

berkat doa dan dorongan kalian,

menjadi penawar dan semangat

untukku,

Teristimewa untuk,

Abang-abang dan kakak yang tersayang,

kalian menjadi sumber inspirasiku,

dalam menempuhi liku dan ranjau,

Dan tidak dilupakan, Cinta Hati (Amad Al-Ibrahim),

kata perangsang mu ubat paling mujarab

buatku,

akanku semat ianya dalam kalbuku,

akanku ingati sepanjang hayatku.

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana saya telah di berikan kekuatan untuk menyiapkan

Projek Sarjana Muda (PSM) ini. Setinggi-tinggi perhargaan ingin saya hulurkan buat

Prof Madya Aziz bin Nordin selaku penyelia projek ini kerana telah memberi

kepercayaan kepada saya untuk melakukan projek ini

di bawah bimbingan dan tunjuk ajar Prof.

Terima kasih juga saya rakamkan buat rakan-rakan dan terutamanya buat ibu bapa

tersayang dan mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam

penghasilan projek ini. Jasa anda semua tidak saya lupakan.

ABSTRAK

E-pembelajaran bukanlah sesuatu yang baru malah telah mengalami

perkembangan yang pesat dalam dunia pendidikan. Pembelajaran yang berasaskan web

telah dilihat sebagai satu alternatif yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran

kerana kaedah ini mampu mewujudkan pembelajaran kendiri. Maka untuk mendapatkan

pendekatan efektif dalam melaksanakan e-pembelajaran. Projek ini telah memilih satu

pengurusan kursus yang dinamakan Moodle kerana ia dianggap sesuai memandangkan

rekabentuknya menyokong prinsip konstruktivisme sosial. Bahan e-pembelajaran yang

bertajuk „Electricity‟ memuatkan pelbagai jenis sumber dan aktiviti pembelajaran

berdasarkan KBSM. Sumber bahan pembelajaran disediakan mengikut hasil

pembelajaran dengan menggunakan format powerpoint sementara bentuk aktiviti yang

dimaksudkan dalam istilah Moodle ialah Quiz, Forum, Chat, Journal dan Assignment.

Aktiviti-aktiviti ini membenarkan pelajar berinteraksi dengan guru serta mendapat

maklum balas secara spontan. Persekitaran pembelajaran turut dimantapkan lagi dengan

grafik dan animasi. Pembangunan ini diharapkan agar mendapat perhatian para

pendidik lain untuk meneruskan projek ini agar Moodle dapat di manfaatkan oleh guru

dan pelajar khususnya.

ABSTRACT

E-learning is now no longer being considered as new things since it has been

widely use in education field. Web based learning is now viewed as an effective means

of delivering courses in the process of teaching and learning as this medium can support

individualized learning which is self-access. In the search for effective approaches to

implement e-learning. This project has employed a course management system by the

name of Moodle. This system is favourable as it design support the principles of social

constructivisme. The web portal entitled „Electricity‟ provides wide range of resources

and activities based on KBSM. The resources are prepared based on learning objectives

in powerpoint format. While various activities under Moodle‟s are Quiz, Forum, Chat,

Journal and Assignment. From these activities, students have the opportunity to interact

with the course instructor as well as getting the immediate feedback. The learning

environment are enhance with graphic and animation. The researcher hopes that this

development of web portal would give attention to educators, to continue this project in

order to be used by teachers and students as well.

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN ii

PENGAKUAN vi

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI RAJAH xv

SENARAI LAMPIRAN xvii

SINGKATAN xviii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Pembangunan E-Pembelajaran 5

1.5 Kepentingan Pembangunan E-Pembelajaran 6

1.6 Skop Pembangunan E-Pembelajaran 6

1.7 Pengguna Sasaran 7

1.8 Kerangka Teori Projek 7

1.9 Daftar Istilah 9

1.9.1 Bahan Bantu Mengajar 9

1.9.2 E-Pembelajaran 10

1.9.3 Portal 10

1.9.4 Moodle 10

1.10 Penutup 11

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Teori Pengajaran dan Pembelajaran 13

2.2.1 Teori Konstruktivisme 13

2.3 Masalah Pembentukan Konsep 14

2.4 Kajian Dalam Negeri Tentang Salah Konsep

Dalam Pembelajaran Topik Electricity 15

2.5 Kajian Dalam Negeri Tentang Salah Konsep

Dalam Pembelajaran Topik Electricity 17

2.6 Multimedia dalam Pendidikan 19

2.7 Penggunaan E-Pembelajaran Dalam Pendidikan 21

2.8 Kebaikan E-Pembelajaran 21

2.8.1 Pembelajaran Secara Individu 21

2.8.2 Penginteraksian 22

2.8.3 Pembelajaran Yang Cepat 23

2.9 Penutup 23

BAB 3 REKABENTUK PEMBANGUNAN

3.1 Pengenalan 24

3.2 Model Rekabentuk ADDIE 25

3.3 Fasa Analisis Keperluan 26

3.3.1 Pemilihan Topik Pengajaran 26

3.3.2 Kumpulan Sasaran 27

3.3.3 Pembahagian Isi Pengajaran 27

3.3.4 Pemilihan Perisian Pembangunan 28

3.3.4.1 Aspek Pembangunan 29

3.3.4.2 Aspek Main Semula 30

3.3.5 Pemilihan Perisian Sokongan 31

3.3.5.1 Microsoft PowerPoint 07 32

3.3.5.2 Hot Potatoes versi 6 32

3.3.5.3 Adobe Photoshop CS3 33

3.3.5.4 Macromedia Flash 8 Pro 34

3.4 Fasa Rekabentuk 34

3.5 Fasa Pembangunan dan Perlaksanaan 35

3.5.1 Pembangunan Bahan Sumber (Resources) 35

3.5.2 Pembangunan Bahan Aktiviti 36

3.5.3 Elemen Multimedia 37

3.6 Fasa Pengujian dan Penilaian 37

3.6.1 Penilaian Formatif 38

3.6.2 Penilaian Sumatif 38

3.7 Penutup 39

BAB 4 BAHAN E-PEMBELAJARAN BERTAJUK ELECTRICITY

4.1 Pengenalan 40

4.2 Bahan Pembelajaran 41

4.2.1 Bahan Pembelajaran 41

4.2.2 Latihan Pengukuhan 42

4.3 Penghasilan Bahan E-Pembelajaran 43

4.3.1 Skrin Log in 43

4.3.2 Skrin Main Menu 44

4.3.3 Skrin Introduction 44

4.3.4 Skrin Resources 45

4.3.5 Skrin Aktiviti 47

4.3.5.1 Skrin Quiz 47

4.3.5.2 Skrin Assignment 48

4.3.5.3 Skrin Forum 48

4.3.5.4 Skrin Chat 49

4.3.5.5 Skrin Journal 50

4.3.5.6 Skrin Glossary 51

4.3.5.7 Skrin Fun Zone 51

4.4 Penutup 52

BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN

KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 53

5.2 Perbincangan 53

5.2.1 Kekangan Pengetahuan dan Pengalaman 54

5.2.2 Kesuntukan Masa 55

5.2.3 Perisian Baru 55

5.3.4 Pengendalian Moodle 56

5.3 Kesimpulan 56

5.4 Kebaikan E-Pembelajaran 57

5.5 Kelemahan E-Pembelajaran 58

5.6 Cadangan Mengatasi Masalah 58

5.7 Penutup 60

RUJUKAN 61

LAMPIRAN A 64

LAMPIRAN B 70

LAMPIRAN C 74

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Pembahagian Modul Bagi Topik Electricity. 27

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kerangka Teori Projek 8

3.1 Aliran Kerja Berdasarkan Model ADDIE 25

4.1 Skrin Up Load 41

4.2 Skrin Log In 43

4.3 Skrin Main Menu (bahagian atas) 44

4.4 Skrin Main Menu (bahagian bawah) 44

4.5 Skrin Introduction 45

4.6 Skrin Introduction (format flash) 45

4.7 Skrin Resources 46

4.8 Skrin Quiz 47

4.9 Skrin Soalan Quiz 47

4.10 Skrin Assignment 48

4.11 Skrin Assignment 48

4.12 Skrin Forum 49

4.13 Skrin Chat 50

4.14 Skrin Journal 50

4.15 Skrin Glossary 51

4.16 Skrin Fun Zone 52

4.17 Skrin Fun Zone 52

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A QUIZ 1 64

B QUIZ 2 70

C ASSIGNMENT 74

SENARAI SINGKATAN

P & P - Pengajaran dan Pembelajaran

KBSM - Kurikulum Bersepadu Malaysia

MOODLE - Modular Object Oriented Dynamic Learning

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Matlamat Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) ialah untuk memastikan

pelajar dapat menguasai konsep dan kemahiran tentang sains seterusnya melahirkan

generasi yang tahu menghargai kepentingan dan kemahiran alam ciptaan tuhan yang

Maha Esa ini. Kurikulum baru juga mempunyai matlamat memperkembangkan fungsi

pelajar secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan

harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmani (JERI) supaya pelajar-pelajar dapat

menjalani kehidupan seharian mereka dengan berkesan dan penuh tanggungjawab.

Untuk mencapai matlamat ini di antara lain, guru perlu mempunyai kemahiran

memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan bijaksana supaya kaedah yang

dipilih itu sesuai dengan pelajar-pelajar yang pelbagai kebolehan dan minat, manakala

sebagai seorang pelajar mereka perlulah pandai memilih cara pembelajaran yang

sesuai dan berkesan.

Seiring dengan itu, pengunaan komputer yang pesat pada masa kini banyak

membantu dalam kaedah pengajaran yang bijaksana yang membolehkan pelajar

belajar secara aktif, berdikari dan bersikap tanggungjawab dengan apa yang pelajar itu

pelajari. Menyedari tentang kepentingan komputer dalam pelbagai bidang,

Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggerakkan institusi dibawahnya bersedia

melahirkan generasi celik teknologi maklumat (IT) melalui proses pendidikan di

sekolah. Terdapat beberapa program komputer seperti Projek Pengenalan Kepada

Komputer pada tahun 1986, Projek Literasi Komputer pada tahun 1992, Projek

Pengajaran Berbantukan Komputer pada tahun 1994, dan Projek Jaringan Pendidikan

pada tahun 1995, dan pada tahun 1999 pengunaan komputer dalam proses pengajaran

dan pembelajaran sekolah bestari telah di perkenalkan. Ini menunjukkan penggunaan

komputer penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah pada hari ini.

Tambahan lagi, ahli teknologi dalam bidang pendidikan menyatakan bahawa

komputer adalah sesuai digunakan sebagai alat bantu dalam proses pembelajaran. Ini

kerana komputer dapat mempersembahkan maklumat yang akan disampaikan kepada

pelajar dalam bentuk grafik yang berwarna-warni yang dapat menarik minat pelajar

untuk memberikan lebih tumpuan semasa pengajaran mahupun di luar pengajaran.

Dewasa ini, Pendidikan Sains lebih tertumpu kepada penggunaan komputer

sebagai salah satu kaedah peenyampaian dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh

yang demikian, komputer merupakan alat yang berpotensi dalam penyediaan

rancangan pengajaran dan pembelajaran yang menjalinkan pengetahuan, kemahiran

dan nilai dengan teknik-teknik penyampaian tertentu. Salah satu teknologi yang

mendapat tempat pada hari ini ialah internet. Internet merupakan rangkaian komputer

antarabangsa yang menhubungkan berjuta komputer secara talian terus. Internet juga

mengandungi pelbagai maklumat yang berguna dan disediakan dalam laman web

yang menarik dengan dihiasi animasi, grafik dan kadang-kadang disertai dengan

audio. Contoh penggunaan laman web adalah web portal iaitu web yang dibangunkan

untuk membantu pelajar dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka

di dalam mata pelajaran Sains.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di Malaysia pada hari ini adalah

berorientasikan peperiksaan dan penguasaan pelajar terhadap isi kandungan pelajaran

tidak kepada penggunaan pengetahuan yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah

sebenar. Menurut Ismail Zain(2002), sikap negatif sesetengah guru yang mengajar

hanya melatih dan menyediakan pelajar menjawab soalan peperiksaan, bukan untuk

pemahaman sebenar dan sikap ini perlu dikikis. Pemahaman konsep secara

konseptual, sebagaimana yang difahami oleh ahli sains atau pakar adalah kayu

pengukur penting bagi kejayaan seseorang pelajar dalam pelajaran.

Dalam pendidikan Sains khasnya, pelajar-pelajar menghadapi berbagai

halangan seperti konsep yang terlalu abstrak, fenomena yang kurang berkaitan dengan

kehidupan seharian, fenomena mikroskopik dan skop pelajaran yang terlalu umum.

Keadaan ini semakin menyulitkan kerana tahap pemahaman pelajar serta kerangka

alternatif yang berbeza-beza. Maka inisiatif guru ialah membawa perubahan terhadap

situasi begini dengan menyediakan bahan pengajaran yang boleh menarik minat

pelajar.

Kemajuan teknologi maklumat sedikit sebanyak dapat membantu guru dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Kewujudan laman web memberikan satu jalan

lain bagi guru dan pelajar untuk mendapatkan bahan pengajaran dan pembelajaran,

latih tubi, dan penilaian. Salah satu aplikasi laman web yang disediakan ialah web

portal. Di samping memberikan maklum balas yang cepat dan tepat apabila pelajar

melakukan latih tubi dan penilaian, web portal juga dapat menarik minat pelajar

dengan grafik dan animasi yang disediakan. Guru juga dapat memantau perjalanan

pembelajaran yang dilakukan oleh pelajar-pelajarnya serta dapat mengenalpasti

kelemahan pelajar dari rekod mereka.

Melalui web portal e-pembelajaran, pembelajaran kendiri boleh dilaksanakan

dengan lebih efektif dimana pelajar boleh memilih masa, kandungan serta hala tuju

pembelajaran. Selain itu, pelajar juga berpeluang mempelajari tajuk yang sukar yang

sukar difahami secara berulangkali sehinggalah mereka dapat memahami dengan

baik. Pelajar juga akan melalui suasana yang harmoni dan tidak malu untuk bertanya

kerana di dalam e-pembelajaran ada di sediakan forum bagi menyatakan sebarang

kemusykilan tentang masalah pembelajaran yang dihadapi. Perbincangan kumpulan

juga dapat dilaksanakan dengan lebih baik, teratur dan terancang melalui penggunaan

teknologi yang sedia ada. Apa yang pasti, pengurusan e-pembelajaran yang baik dapat

menyimpan rekod pembelajaran secara lebih berkesan dan bersistematik yang mana ia

bertujuan sebagai rujukan pelajar, fasilitator, mentor ataupun guru.

Kesimpulannya, web portal e-pembelajaran merupakan satu kaedah

pembelajaran yang dinamik dan sesuai dijalankan oleh pelajar didalam dan diluar

waktu sekolah. Ciri-ciri yang menarik inilah menyebabkan e-pembelajaran akan

menjadi satu cara proses pengajaran dan pembelajaran. Malah sekiranya pelajar

dibantu menggunakan e-pembelajaran dengan cara yang berkesan dan berfaedah ia

dapat membantu mengurangkan penggunaan internet secara negatif.

1.3 Pernyataan Masalah

Sejak dari dulu lagi pelajar menghadapi masalah apabila mereka menyelesaikan

permasalahan dalam matapelajaran Sains. Sejajar dengan perubahan teknologi yang

semakin berkembang dengan pantas, maka pembelajaran menggunakan teknologi

maklumat dan komunikasi merupakan satu alternatif bagi menangani masalah

tersebut. Oleh itu, projek e-Pembelajaran (Web Portal) ini adalah salah satu usaha

untuk memastikan subjek sains tingkatan tiga yang bertajuk (Electricity) mempunyai

satu kaedah pembelajaran yang lebih berkesan dan dinamik. Selain itu, ia juga

menarik minat pelajar menggunakan komputer sebagai sumber mendapatkan pelbagai

rujukan.

1.4 Objektif Pembangunan e-Pembelajaran (Web Portal)

Objektif kajian ini antaranya ialah :

1. Membangunkan Web Portal berasaskan Moodle yang bertajuk Electricity bagi

Sains Tingkatan Tiga.

2. Mengisi web portal Moodle dengan bahan-bahan e-pembelajaran untuk para

guru dan pelajar.

1.5 Kepentingan Pembangunan e-Pembelajaran (Web Portal)

E-Pembelajaran dibangunkan adalah salah satu usaha untuk mengatasi masalah

pembelajaran iaitu ia mempunyai ciri-ciri interaksi yang tinggi. Di samping itu, ia dapat

membantu guru dan murid meningkatkan pengajaran dan pembelajaran dan

mengelakkan pembelajaran yang dijalankan secara tradisional. E-Pembelajaran juga

dapat memberi maklumat idea dan pengetahuan tambahan kepada guru dan pelajar

untuk tajuk Sains tingkatan tiga. Dengan adanya e-pembelajaran, guru dan murid dapat

menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran tanpa batasan waktu dan tidak kira

walau di manapun kerana penggunaan internet yang meluas.

1.6 Skop pembangunan e-Pembelajaran (Web Portal)

E-Pembelajaran (Web Portal) dibangunkan berdasarkan matapelajaran Sains

tingkatan 3. Antara skop projek yang akan disediakan adalah berdasarkan 5 subtopik

dalam tajuk Electricity:

1. Sources of Electrical Energy

• Sources of Electrical Energy

• Van de Graaff

• Current

• Voltage

• Resistance

2. Ohm’s Law

3. Measuring Electricity

4. Symbol of Electrical Component

5. Series and Parallel Circuit

1.7 Pengguna sasaran

Pengguna sasaran umum adalah pelajar-pelajar sekolah menengah manakala

secara khusus adalah pelajar-pelajar tingkatan tiga di sekolah menengah di Malaysia.

1.8 Kerangka Teori Projek

Konstruktivisme

Pelajar membina sendiri makna kefahaman mereka dengan mengaitkan

pembelajaran mereka dengan kehidupan. Pembelajaran berlaku dalam konteks sosial,

interaksi antara rakan adalah bahagian penting pembelajaran. Pembelajaran berlaku

apabila terjadi kesinambungan antara pengetahuan sedia ada dengan aspek yang baru

dipelajari.

Konstruktivisme Sosial

Pembelajaran yang bersifat sosial secara semulajadi, menekankan

pembelajaran aktif (kolaboratif) dan menekankan pemikiran persekitaran penemuan.

Model ADDIE

Rajah 1.1 : Kerangka teori projek

Teori Konstruktivisme telah digunakan sebagai teori pembelajaran yang asas

dalam membangunkan bahan e-pembelajaran (web portal) sebagai mana yang

ditunjukkan dalam rajah 1.1.

Teori konstruktivisme ini melibatkan pelajar mempelajari sesuatu yang praktik

dan bermakna di dalam konteks atau tempat kejadian masalah itu dan perlunya ia

diselesaikan. Pelajar tidak lagi menerima pengetahuan daripada guru tetapi mengatur

dan membina pengetahuan mereka sendiri. Pelajar bekerjasama dalam kumpulan

untuk menyelesaikan masalah. Mereka tidak belajar mengikut matlamat dan

kemahiran yang telah ditetapkan oleh guru. Guru konstruktivisme hanya menyusun

dan mengurus bahan kepada pelajar. Pelajar akan menentukan matlamat pembelajaran

mereka. Dalam pendekatan konstruktivisme, proses pembelajaran bergantung kepada

Analysis ( analisis)

Design (rekabentuk)

Development (pembangunan)

Implementation (perlaksanaan)

Evaluation (penilaian)

kebolehan pelajar menggunakan pengetahuan untuk berfikir dan menyelesaikan

masalah yang sebenarnya. (Yusup Hashim, 2003)

Secara umumnya, kita ketahui bahawa maksud konstruktivisme adalah

bagaimana sesuatu proses pembelajaran itu berlaku dan bagaimana pengetahuan

secara tersusun di dalam minda manusia. Teori ini juga menekankan pemikiran kritis

dalam menyelesaikan masalah.

Pembangunan bahan e-pembelajaran (web portal) ini adalah berasaskan model

ADDIE iaitu ia melibatkan satu model reka bentuk yang sering menjadi asas kepada

model-model reka bentuk yang lain. Model ADDIE melibatkan 5 fasa iaitu fasa

analisis, fasa rekabentuk, fasa pembangunan, fasa perlaksanaan dan fasa penilaian.

1.9 Definisi Istilah

1.9.1 Bahan Bantu Mengajar

BBM adalah bahan bantu mengajar iaitu segala kelengkapan yang digunakan oleh

guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran.

1.9.2 E-Pembelajaran

E-Pembelajaran telah ditakrifkan dengan pelbagai maksud. Mengikut (Ismail

Zain, 2002) e-pembelajaran ialah pengajaran yang disampaikan melalui internet

kepada pelajar yang dilengkapi dengan internet pada bila-bila masa dan di mana-mana

sahaja.

1.9.3 Portal

Portal adalah pusat sehenti (one stop center) di mana seseorang pelayar laman

web boleh mendapatkan maklumat khusus. Contohnya tentang ekonomi, alam sekitar,

pendidikan dan perkhidmatan seperti e-mel, forum, sembang-sembang berita, paper

bulletin dan sebagainya. Contohnya portal pendidikan di Malaysia ialah BESTARInet,

MyschoolNet, Mytutor, GetCyberEd, dan sebagainya. (KPM, Julai 2001).

1.9.4 Moodle

Modular Object Orient Dynamic Learning atau lebih dikenali sebagai

MOODLE. Ianya merupakan perisian e-pembelajaran yang percuma yang dikenali

sebagai Course Management System (CMS), atau Learning Management Systems

(LMS), atau Virtual Learning Environment (VLE). Moodle mempunyai ciri-ciri yang

menjurus kepada platform elearning. Moodle juga menerapkan penggunaan teori

konstruktivisme dan konstruktivisme sosial sebagai pendekatan dalam pendidikan.

Moodle mengandungi slot sumber dan aktiviti-aktiviti pembelajaran aktif seperti

Forum, Quiz, Assignment dan Chat.

1.10 Penutup

Pembelajaran melalui e-pembelajaran merupakan satu proses yang dapat

memanfaatkan pelajar dan juga guru sekiranya ia benar-benar mengikut sfesifikasi

yang di tetapkan. Web Portal adalah satu cara bahan pembelajaran yang dapat

digunakan oleh pelajar secara berkesan dan efisien selaras dengan kemajuan teknologi

dan maklumat masa kini. Adalah diharapkan agar pembangunan web portal ini

menjadi satu kaedah pembelajaran yang memudahkan pengajaran guru di sekolah di

mana hasrat negara kita Malaysia untuk menjadikan dunia teknologi maklumat satu

peluang ke arah menglobalisasikan pendidikan kita. Secara khasnya web portal

menyediakan banyak aktiviti pembelajaran seperti forum, chatting, games, resources,

quiz dan beberapa lagi aktiviti yang tidak wujud dalam pembelajaran kelas.