pembangunan web portal berasaskan · pdf filemata pelajaran kimia tingkatan empat ... 4. **...

26
PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MULTIPLY BERTAJUK “ELECTROLYSIS IN INDUSTRIES” UNTUK MATA PELAJARAN KIMIA TINGKATAN EMPAT MOHD AZLIE BIN ABDUL AZIZ UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: doanthu

Post on 30-Jan-2018

231 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN · PDF fileMATA PELAJARAN KIMIA TINGKATAN EMPAT ... 4. ** Sila tandakan ... Sejajar perkembangan sains dan teknologi yang meledak pada masa kini,

PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MULTIPLY

BERTAJUK “ELECTROLYSIS IN INDUSTRIES” UNTUK

MATA PELAJARAN KIMIA TINGKATAN EMPAT

MOHD AZLIE BIN ABDUL AZIZ

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN · PDF fileMATA PELAJARAN KIMIA TINGKATAN EMPAT ... 4. ** Sila tandakan ... Sejajar perkembangan sains dan teknologi yang meledak pada masa kini,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL :

SESI PENGAJIAN : 2009/ 2010 SAYA MOHD AZLIE BIN ABDUL AZIZ

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :

Nama Penyelia

Tarikh: Tarikh:

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan

** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

υ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

PSZ 19:16(Pind. 1/97)

PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MULTIPLY BERTAJUK “ELECTROLYSIS IN INDUSTRIES” UNTUK MATA PELAJARAN KIMIA TINGKATAN EMPAT

(HURUF BESAR)

TN. HAJI MUSLIM BIN JONID

BELAKANG SEK. KEB. BATU KAPOR, 28400 MENTAKAB PAHANG D.M.

Page 3: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN · PDF fileMATA PELAJARAN KIMIA TINGKATAN EMPAT ... 4. ** Sila tandakan ... Sejajar perkembangan sains dan teknologi yang meledak pada masa kini,

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Kimia )”

Tandatangan : ………………………………….....

Nama Penyelia : TN HAJI MUSLIM BIN JONID

Tarikh : …………………………………....

Page 4: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN · PDF fileMATA PELAJARAN KIMIA TINGKATAN EMPAT ... 4. ** Sila tandakan ... Sejajar perkembangan sains dan teknologi yang meledak pada masa kini,

i  

PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MULTIPLY YANG

BERTAJUK “ELECTROLYSIS IN INDUSTRIES” UNTUK

MATA PELAJARAN KIMIA TINGKATAN EMPAT

MOHD AZLIE BIN ABDUL AZIZ

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MAC 2010

Page 5: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN · PDF fileMATA PELAJARAN KIMIA TINGKATAN EMPAT ... 4. ** Sila tandakan ... Sejajar perkembangan sains dan teknologi yang meledak pada masa kini,

ii  

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan   : ……………………………………….

Nama Penulis : MOHD AZLIE BIN ABDUL AZIZ

Tarikh  :

Page 6: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN · PDF fileMATA PELAJARAN KIMIA TINGKATAN EMPAT ... 4. ** Sila tandakan ... Sejajar perkembangan sains dan teknologi yang meledak pada masa kini,

iii  

DEDIKASI

Istimewa buat keluarga yang tersayang terutama buat ayah dan ibu kerana telah banyak

memberi sokongan dan dorongan semasa menjayakan kerja projek ini. Segala jenis

bantuan amatlah dihargai.

Khas buat adik-beradik yang lain kerana sentiasa memberi sokongan moral yang tidak

terhingga. Semoga kejayaan diriku ini adalah kejayaan kita bersama.

Ucapan ribuan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada Penyelia

Projek Sarjana Muda, Tuan haji Muslim Bin Jonid. Sesungguhnya nasihat dan panduan

daripada Tuan Haji Muslim amat bernilai sekali.

Tidak dilupakan buat rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa memberi pendapat dan

kerjasama dalam menjayakan kerja projek ini. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga

buat rakan-rakan sekalian.

Page 7: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN · PDF fileMATA PELAJARAN KIMIA TINGKATAN EMPAT ... 4. ** Sila tandakan ... Sejajar perkembangan sains dan teknologi yang meledak pada masa kini,

iv  

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga

kepada Penyelia Projek Sarjana muda ini, Tuan Haji Muslim bin Jonid kerana telah

berusaha bertungkus lumus dalam memberi didikan srta tunjuk ajar dalam menghasilkan

kerja projek ini.

Sekalung penghargaan juga turut diberikan kepada keluarga yan tersayang

terutama buat ayah dan ibu kerana telah memberi sokongan yang terhingga yang

berbentuk kewangan. Buat adik-beradik yang lain yang sentiasa memberi sokongan

moral sehingga kerja-kerja pembangunan ini selesai terlaksana.

Tidak dilupakan juga penghargaan buat Pn Salimah Bt. Jaafar dan Pn Zalina

Yusop dari SMK Seri Semantan serta Pn Suzilawati Bt. Adzme dari SMK Bukit Cermin

iaitu selaku guru matapelajaran Kimia kerana telah memberi kerjasama kepada saya

dalam menyiapkan modul perisian BBM ini.

Akhir sekali, ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan yang tidak

terhingga kepada rakan-rakan seperjuangan dan semua pihak yang terlibat sama ada

secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan laman web portal

pendidikan Electrochem dan modul perisian BBM Electrolysis in Industries ini.

Page 8: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN · PDF fileMATA PELAJARAN KIMIA TINGKATAN EMPAT ... 4. ** Sila tandakan ... Sejajar perkembangan sains dan teknologi yang meledak pada masa kini,

v  

ABSTRAK

Sejajar perkembangan sains dan teknologi yang meledak pada masa kini, maka

tercipta peralatan canggih untuk memudahkan kehidupan manusia. Justeru itu

terciptalah komputer dan rangkaian jalur lebar yang mana kedua-duannya tersebut

penggunaannya sangat meluas dalam kehidupan seharian dan kini telah diaplikasikan

dalam arena pendidikan. Tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan sebuah laman

web portal menggunakan Multiply dan modul BBM yang berbentuk Microsoft

PowerPoint 2007 bagi mata pelajaran Kimia Tingkatan 4 yang bertajuk Electrolysis in

Industries. Semasa proses pembangunan, teori pembelajaran yang asas telah digunakan

dalam modul perisian ini seperti teori pembelajaran behaviorisme, kongnitivisme.dan

konstruktivisme. Model ADDIE telah digunakan sebagai panduan sepanjang proses

pembangunan modul perisian BBM ini. Seterusnya, laman web portal dan modul

perisian ini telah dibangunkan dengan bantuan perisian sokongan seperti Adobe

Photoshop CS3. QuizCreator, Sony Vegas, Gif Animator, Ulead Cool 3D, Macromedia

Flash dan Sound Forge. Isi kandungan utama perisian ini dapat dibahagi kepada 3

modul iaitu Extracion, Purification, dan Elecroplating. Selain itu, modul perisian ini

juga dilengkapi dengan penilaian dalam bentuk exercise dan penilaian akhir, glosari

serta permainan yang berkaitan dengan tajuk mata pelajaran yang dibangunkan. Sasaran

utama pembinaan modul ini adalah untuk guru-guru mata pelajaran Kimia dan

seterusnya untuk pelajar. Akhir sekali beberapa pandangan telah dilontarkan dengan

bertujuan untuk meningkatkan hasil pembangunan perisian yang akan datang.

Page 9: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN · PDF fileMATA PELAJARAN KIMIA TINGKATAN EMPAT ... 4. ** Sila tandakan ... Sejajar perkembangan sains dan teknologi yang meledak pada masa kini,

vi  

ABSTRACT

In line with bursting development of science and technology nowadays,

sophisticated equipment to facilitate human life was created. Hence computer and

broadband network were created which both are used widely in daily life and has now

been applied in educational arena. This project was carried out to develop a web portal

using Multipy and also teaching aids modules in the form of Microsoft Power Point

2007 for Chemistry subject for topic Electrolysis in Industries. During development

process, basic learning theories have been used in this teaching aids software module

such as behaviorism learning theory, cognitivism learning theory .and constructivism

learning theory. Model ADDIE had been used as a guide during teaching aids software

module's development process. Then the website portal and the module software was

developed using several supporting software such as Adobe Photoshop CS3. Quiz

Creator, Sony Vegas, Gif Animator, Ulead Cool 3D, Macromedia Flash and also Sound

Forge. The content of the software can be divided to 3 module that is Extraction,

Purification and Electroplating. Besides, the module software also included some

evaluation such as exercise and also final test, glossary and some games that are related

with the topics. The main user target for this software is chemistry teacher. Besides, it is

also for students’ usage. Lastly some views were suggested by aiming to increase the

results of the next software development.

Page 10: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN · PDF fileMATA PELAJARAN KIMIA TINGKATAN EMPAT ... 4. ** Sila tandakan ... Sejajar perkembangan sains dan teknologi yang meledak pada masa kini,

vii  

ISI KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA

SURAT

PENGAKUAN

DEDIKASI

ii

iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI GAMBAR RAJAH

SENARAI LAMPIRAN

xv

xvii

Page 11: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN · PDF fileMATA PELAJARAN KIMIA TINGKATAN EMPAT ... 4. ** Sila tandakan ... Sejajar perkembangan sains dan teknologi yang meledak pada masa kini,

viii  

Bab 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1-2

1.2 Latar Belakang Masalah 3-5

1.3 Penyataan Masalah 5-6

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Skop Kajian 6-7

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Definasi Operasi 8

1.7.1 Multimedia 8

1.7.2 Interaktif 8

1.7.3 Modul 8

1.7.4 Audio 8

1.7.5 Video

1.7.6 Animasi

9

9

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 10-11

Page 12: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN · PDF fileMATA PELAJARAN KIMIA TINGKATAN EMPAT ... 4. ** Sila tandakan ... Sejajar perkembangan sains dan teknologi yang meledak pada masa kini,

ix  

2.2 Definasi Bahan Bantu Mengajar(BBM) 11-12

2.3 Objektif Pengunaan BBM 12-15

2.4 Ciri-Ciri BBM yang Baik 15

2.5 Prinsip Penggunaan BBM 15-16

2.6 Kelebihan Pengunaan BBM Multimedia 16-18

2.7 Kekurangan BBM Berasaskan Komputer 18-19

2.8 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 20-21

2.9 Perbandingan Antara BBM dengan PBK 21-22

2.10 Strategi Pengajaran Dalam BBM Berasaskan

Komputer

22-23

2.11 Definisi Multimedia 23-24

2.12 Sistem Multimedia 25

2.12.1 Teks 25

2.12.2 Grafik

2.12.3 Video

2.12.4 Animasi

2.12.5 Audio

25

26

26

27

Page 13: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN · PDF fileMATA PELAJARAN KIMIA TINGKATAN EMPAT ... 4. ** Sila tandakan ... Sejajar perkembangan sains dan teknologi yang meledak pada masa kini,

x  

2.12.6 Hyperteks 27

2.13 Teori Pembelajaran 28

2.13.1 Teori Konstruktivisme 29-30

2.13.2 Teori Kognitivisme 30

2.13.3 Teori Behaviorisme

31

BAB 3 METODOLOGI PEMBANGUNAN PERISIAN

3.1 Pengenalan 32

3.2 Model ADDIE 32-33

3.2.1 Analisis 34

3.2.2 Reka Bentuk 34

3.2.3 Pembangunan 34

3.2.4 Perlaksanaan 35

3.2.5 Penilaian 35-36

3.3 Pengumpulan Bahan dan Penjanaan Idea 36

3.4 Laman Multiply 36-38

3.5 Pemilihan Perisian Pembangunan 38

Page 14: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN · PDF fileMATA PELAJARAN KIMIA TINGKATAN EMPAT ... 4. ** Sila tandakan ... Sejajar perkembangan sains dan teknologi yang meledak pada masa kini,

xi  

3.5.1 Adobe Photoshop CS3 38

3.5.2 Sony Foundry Sound Forge 7.0

3.5.3 Sony Vegas 5.0

3.5.4 Ulead 3D 3.5

3.5.5 Micromedia Flash MX

3.5.6 Ulead Gif Animator 5.0

3.5.7 PowerPoint 2007

3.5.7.1 Kelebihan PowerPoint 2007

3.5.7.2 Kelemahan PowerPoint 2007

3.5.8 Wondershare Quiz Creator

39

39

39

40

40

40

40-41

41

42

3.6 Kumpulan Sasaran 42

3.7 Pesekitaran Penggunaan 42-43

3.8 Penilaian Akhir Modul Perisian BBM

3.9 Carta Alir Perisian

43

44-48

BAB 4 PEMBANGUNAN PERISIAN

4.1 Pengenalan 49

Page 15: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN · PDF fileMATA PELAJARAN KIMIA TINGKATAN EMPAT ... 4. ** Sila tandakan ... Sejajar perkembangan sains dan teknologi yang meledak pada masa kini,

xii  

4.2 Penyediaan Bahan 50

4.3 Struktur Asas Laman Web Portal 50

4.3.1 Pengenalan (Home) 51-52

4.3.2 Blog / Modul 53

4.3.2.1 Paparan Persembahan tajuk dan Menu

Utama

54-55

4.3.2.2 Paparan Set Induksi 55-56

4.3.2.3 Paparan Isi Pengajaran 56-57

4.3.2.4 Paparan Glosari 57-58

4.3.2.5 Paparan Penilaian (Exercise/Quiz)

4.3.2.6 Paparan Permainan

58-60

60-62

4.3.3 Galeri Gambar 62-63

4.3.4 Koleksi Video 63-64

4.3.5 Pautan (Link) 65

4.3.6 Kalender

4.3.7 Kenalan (Contact)

4.3.8 Ruangan Sembang

65-66

66

67

Page 16: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN · PDF fileMATA PELAJARAN KIMIA TINGKATAN EMPAT ... 4. ** Sila tandakan ... Sejajar perkembangan sains dan teknologi yang meledak pada masa kini,

xiii  

4.4 Pempekejan Perisian

4.5 Panduan Penggunaan Perisian BBM

68

68-69

BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan

5.2 Perbincangan

70

70-71

5.3 Kekuatan dan Kelemahan Modul Perisian BBM 72

5.3.1 Kekuatan 72

5.3.2 Kelemahan 72-73

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan

5.5 Kesimpulan

73

74

RUJUKAN

LAMPIRAN

75

78-85

Page 17: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN · PDF fileMATA PELAJARAN KIMIA TINGKATAN EMPAT ... 4. ** Sila tandakan ... Sejajar perkembangan sains dan teknologi yang meledak pada masa kini,

xiv  

SENARAI JADUAL

NO. Jadual Tajuk Muka Surat

2.1 Perbezaan antara bahan bantu mengajar (BBM) dengan 21

pembelajaran berasaskan komputer (PBK)

Page 18: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN · PDF fileMATA PELAJARAN KIMIA TINGKATAN EMPAT ... 4. ** Sila tandakan ... Sejajar perkembangan sains dan teknologi yang meledak pada masa kini,

xv  

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Lima Peringkat Pembangunan dalam Model

ADDIE

33

3.2 Carta Alir Menu Utama 45

3.3 Carta Alir Menu Pembelajaran 46

3.4 Carta Alir Menu Pengajaran 47

3.5 Carta Alir Latihan Formatif 48

4.1 Ruangan Perumah (Home) 52

4.2 Paparan My Blog 53

4.3 Paparan Persembahan Tajuk Dan Menu Utama 55

4.4 Paparan Set Induksi (Introduction) 56

4.5 Paparan Isi Pengajaran 57

4.6 Paparan Glosari 58

Page 19: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN · PDF fileMATA PELAJARAN KIMIA TINGKATAN EMPAT ... 4. ** Sila tandakan ... Sejajar perkembangan sains dan teknologi yang meledak pada masa kini,

xvi  

4.7 Paparan Penilaian Exercise 59

4.8 Paparan Penilaian Quiz 60

4.9

4.10

4.11

Paparan Permainan Teka Silang Kata

Paparan Permainan Electrochem Square

Ruangan Galeri Gambar

61

62

63

4.12 Ruangan Koleksi Video 64

4.13 Ruangan Pautan(link) 65

4.14: Ruangan Kalender 66

4.15 Ruangan Kenalan 66

4.16 Ruangan Sembang 67

Page 20: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN · PDF fileMATA PELAJARAN KIMIA TINGKATAN EMPAT ... 4. ** Sila tandakan ... Sejajar perkembangan sains dan teknologi yang meledak pada masa kini,

xvii  

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik Tentang Tajuk Kimia

KBSM Tingkatan 4

78

B Borang Soal Selidik Tentang Tajuk Kimia

KBSM Tingkatan 4

80

C

D

Borang Soal Selidik Tentang Tajuk Kimia

KBSM Tingkatan 4

Borang Senarai Semak

82

84

Page 21: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN · PDF fileMATA PELAJARAN KIMIA TINGKATAN EMPAT ... 4. ** Sila tandakan ... Sejajar perkembangan sains dan teknologi yang meledak pada masa kini,

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Seiring dengan perkembangan sains dan teknologi yang meredak ke seluruh

pelosok negara maju dan negara yang pesat membangun, teknologi sudah menjadi

sebahagian daripada kehidupan manusia seharian. Semua bidang yang sedia ada telah

terjerumus kekancah perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ini.

Sistem pendidikan negara jua tidak terlepas peluang dalam penggunaan teknologi ini

bagi tujuan memantapkan kualiti pendidikan seiring dengan pendidikan negara maju

yang lain. Sejajar penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran,

ianya mampu merealisasikan harapan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk

menjadikan sistem pendidikan di negara ini bertaraf dunia di mana mampu berdiri sama

tinggi dan duduk sama rendah dengan negara maju yang lain.

Dalam era globalisasi atau dunia tanpa sempadan, masyarakat di seluruh pelosok

dunia kini dihubungi dengan menggunakan jaringan jalur lebar atau dengan lebih mudah

dikenali sebagai internet. Justeru itu, penggunaan internet pada masa kini sangat meluas

di kalangan masyarakat terutama dalam proses pencarian maklumat. Sehubungan itu,

sebarang maklumat sangat mudah untuk diperolehi dan kini ke semua maklumat tersebut

berada di hujung jari setiap individu. Dengan hanya menekan sesuatu butang yang

Page 22: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN · PDF fileMATA PELAJARAN KIMIA TINGKATAN EMPAT ... 4. ** Sila tandakan ... Sejajar perkembangan sains dan teknologi yang meledak pada masa kini,

terdapat pada sesebuah komputer, seseorang individu mampu memperolehi sebarang

maklumat dengan tuntas dan pantas.

Menurut Kirschner dan Paas (2001) melalui Wim Jochems elearning adalah

pembelajaran, penciptaan dan pengaturan pembelajaran di mana internet memainkan

peranan penting dalam penyampaian, sokongan, pengurusan dan penilaian pembelajaran.

Dalam arena pendidikan masa kini, sistem pengajaran dan pembelajaran melalui internet

telah mendapat sambutan oleh para pendidik. Namun begitu, sistem pembelajaran

melalui internet atau lebih dikenali sebagai elearning hanya meluas di sistem pendidikan

peringkat tinggi sahaja iaitu di pusat pengajian tinggi awam mahupun swasta.

Penggunaan pembelajaran yang berkonsepkan elearning ini masih kurang mendapat

sambutan di peringkat sekolah.

Justeru itu Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggalakkan para pendidik

untuk memantapkan kemahiran dan ilmu pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat

dan komunikasi (ICT). Sehubungan dengan ini, para pendidik perlulah menggunakan

peralatan yang berteknologi ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang

berlangsung bagi mempelbagaikan corak pengajaran supaya sesuatu pembelajaran itu

menjadi lebih menarik dan yang penting sekali adalah untuk memantapkan pemahaman

seseorang pelajar.

Rao. G.S et.al (1993) merungkaikan bahawa satu strategi pengajaran dan

pembelajaran dengan menggunakan bahan bantu mengajar bagi menyampaikan seluruh

atau sebahagian isi kandungan sesuatu mata pelajaran. Penggunaan perisian BBM itu

sendiri bertujuan menyampaikan maklumat atau isi kandungan. Ini jelas bahawa, pada

masa kini pembelajaran kendiri mampu dilakukan oleh semua pelajar bagi mendapatkan

sebarang maklumat dan bukanlah hanya bergantung pada seorang guru semata-mata di

dalam bilik darjah. Malahan kini, seseorang pelajar itu boleh mewujudkan pembelajaran

kendiri berdasarkan alat bantuan seperti perisian BBM. Berpandukan perisian BBM ini,

Page 23: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN · PDF fileMATA PELAJARAN KIMIA TINGKATAN EMPAT ... 4. ** Sila tandakan ... Sejajar perkembangan sains dan teknologi yang meledak pada masa kini,

seseorang pelajar itu boleh mengukuh dan memantapkan konsep yang sedia ada dan

mampu meningkatkan pemahaman dalam sesuatu subjek itu.

1.2 Latar Belakang Masalah

Setiap pelajar perlu bekerja keras dan memerah keringat untuk menguasai

perkara yang baru diajar oleh guru mereka di dalam bilik darjah. Setiap hari maka ada

sahaja perkara baru yang abstrak harus dipelajari oleh pelajar. Justeru itu, bukan mudah

untuk seseorang pelajar bagi menguasai sesuatu tajuk yang baru dalam masa yang

singkat. Para pendidik juga mengalami kesukaran kerana bukan senang untuk

menyampaikan sesuatu yang baru kepada para pelajar mereka. Didapati di kebanyakan

bilik darjah para guru terlalu bergantung kepada buku teks dan tidak banyak aktiviti

dijalankan selain daripada membuat latihan dari buku teks tersebut (Suydam, 1985). Ini

adalah kerana para pendidik sukar untuk menyediakan objek yang konkrit yang

bersesuaian dengan tajuk yang diajar. Maka sebelum menyampaikan isi pengajaran,

seseorang pendidik terpaksa memerah otak dan perlu berhempas pulas untuk mencari

teknik pengajaran yang berkesan supaya pelajar-pelajar mereka dapat memahami

objektif pengajaran dengan cepat dan tepat.

Bagi mengatasi masalah ini, penggunaan perisian yang terdapat di pasaran adalah

merupakan satu alternatif dan jalan penyelesaian yang terbaik kepada para guru.

Melalui perisian komputer sebegini, para guru tidak lagi memerlukan objek-objek yang

konkrit yang hanya menyusahkan diri sahaja dan tidak tahu sejauh mana

keberkesanannya objek-objek konkrit tersebut kepada para pelajar. Kini dengan perisian

yang sedia ada, para pelajar cuma hanya perlu memanipulasikan objek-objek yang

terdapat pada skrin komputer sahaja dengan bantuan dan arahan daripada seseorang

guru.

Page 24: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN · PDF fileMATA PELAJARAN KIMIA TINGKATAN EMPAT ... 4. ** Sila tandakan ... Sejajar perkembangan sains dan teknologi yang meledak pada masa kini,

Hasil tinjauan daripada beberapa kajian didapati bahawa kebanyakan perisian

komersil yang terdapat dipasaran kini kurang bermutu. Menurut Whiting (1985)

perisian yang dihasilkan oleh para pereka profesional adalah bermutu dari segi kelajuan

atau pemprosesan sahaja tetapi dari segi keperluan pelajar amatlah kurang sekali dititik

beratkan. Sebaliknya perisian yang dihasilkan oleh seseorang guru pula dapat

memenuhi keperluan pelajar namun perisian tersebut kurang berkualiti dari segi aspek

pengkomputeran. Tambahan pula kebanyakan perisian yang direka adalah untuk tujuan

latih tubi yang hanya berlandaskan pemahaman behaviorisme. Pada situasi sebegini,

pelajar hanya bertindak sebagai penerima yang pasif dan ini bermakna aspek penting

dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu aspek motivasi telah ditinggalkan.

Chamber (1985) yang mengakui bahawa komponen motivasi adalah salah satu

komponen yang sering ditinggalkan dalam perisian BBM.

Dalam dunia sains dan teknologi ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah

merancang proses pengajaran dan pembelajaran berteraskan teknologi maklumat.

Kempen Penghayatan Pendidikan Multimedia telah dilaksanakan bagi menyedarkan

para pendidik tentang manfaat komputer sebagai alat untuk mempertingkatkan prestasi

pengajaran dan pembelajaran. Teknik pengajaran dan pembelajaran yang berpandukan

aplikasi komputer dijadikan asas kepada reka bentuk perisian-perisian bagi

memperkenalkan konsep baru di samping mengekalkan hubung kait antara pengalaman

pelajar yang sedia ada. Pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer ini telah

dikemukakan sebagai alat alternatif dengan harapan agar guru dapat mengubah dan

mempelbagaikan pendekatan pedagogi untuk menimbulkan rasa minat dan motivasi

pelajar terhadap pembelajaran. Selain itu, pengajaran dan pembelajaran berasaskan

komputer ini dapat meningkatkan pendekatan dan kaedah serta strategi yang sedia ada

agar membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan lebih berkesan.

Para pendidik hendaklah pandai memilih bahan dari pelbagai sumber dan tidak

hanya bergantung kepada buku teks semata-mata supaya dapat mewujudkan sebuah

pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan. Penggunaan buku teks sahaja

adalah tidak berapa efektif dari segi perubahan konsep malahan ia akan menambahkan

Page 25: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN · PDF fileMATA PELAJARAN KIMIA TINGKATAN EMPAT ... 4. ** Sila tandakan ... Sejajar perkembangan sains dan teknologi yang meledak pada masa kini,

kekeliruan kepada pelajar (Baker, 1991). Justeru itu, pengajaran berpandukan alat

media lain amat diperlukan kerana didapati dalam penghasilan modul perisian BBM ini

telah menggabungkan pelbagai elemen serta unsur seperti animasi, grafik dan audio

yang dapat meningkatkan keberkesanan proses penghayatan pelajar dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

Sistem pendidikan kini telah banyak tertumpu kepada pembelajaran interaktiviti

iaitu pembelajaran dua hala yang menglibatkan interaksi pelajar dengan guru. Melalui

konsep pembelajaran interaktif ini, maka mendorong ke arah penggunaan perisian

multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

1.3 Pernyataan Masalah

Sejurus perkembangan teknologi maklumat yang pesat pada masa kini maka ia

selari juga dengan perkembangan konsep pencarian ilmu dalam sistem pendidikan

negara. Sehubungan dengan itu, corak sistem pengajaran dan pembelajaran di dalam

kelas perlulah diubah iaitu dari sistem pengajaran secara tradisional kepada sistem

pengajaran berasaskan bahan bantu mengajar. Dalam merealisasikan harapan ini, satu

kekangan telah dihadapi oleh para guru iaitu dengan kekurangan bahan bantu mengajar

yang terdapat dipasaran. Jika ada bahan bantu mengajar di pasaran, agak sukar bagi

seseorang guru untuk memilikinya secara percuma. Namun kebanyakkannya bahan

bantu mengajar tersebut memerlukan kos yang tinggi untuk memilikinya.

Masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakkan pelajar dalam subjek Kimia

adalah sukar untuk memahami konsep asas dengan jelas. Dalam menguasai Electrolysis

in Industries para pelajar memerlukan daya imaginasi yang tinggi untuk menguasai isi

pembelajaran berbentuk abstrak yang disampaikan oleh guru. Malahan, kerumitan juga

sering berlaku kepada guru-guru yang dimana guru selalu mengalami kesukaran dalam

Page 26: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN · PDF fileMATA PELAJARAN KIMIA TINGKATAN EMPAT ... 4. ** Sila tandakan ... Sejajar perkembangan sains dan teknologi yang meledak pada masa kini,

menyampaikan isi pengajaran terutama yang menglibatkan maklumat-maklumat yang

berbentuk abtrak.

1.4 Objektif projek.

Bagi menghasilkan web portal pembelajaran dengan menggunakan Multiply bagi

mata pelajaran Kimia yang bertajuk Electrolysis in Industries tingkatan empat.

i. Menggunakan Microsoft Office PowerPoint 2007 sebagai pelantar untuk

menghasilkan modul perisian BBM dan bersama perisian sokongan lain seperti

Adobe Photoshop, Sony Foundry Sound Forge 7.0, Sony Vegas 5.0, Ulead 3D

3.5, Micromedia Flash, MXUlead Gif Animator 5.0,dan Wondershare Quiz

Creator.

ii. Untuk menggabungjalinkan elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik,

animasi, video dan audio ke dalam persembahan isi kandungan.

1.5 Skop Projek

Perisian ini merangkumi tentang tajuk Elektrolisis dalam Industri (Electrolysis in

Industries). Ianya adalah sebahagian kecil daripada tajuk Elektrokimia yang merupakan

tajuk ke-enam dalam huraian sukatan pelajaran Kimia KBSM tingkatan 4. Jikalau kita

meninjau lebih mendalam lagi tajuk Elektrolisis dalam Industri ini, didapati terdapat tiga

perkara penting yang perlu para pelajar kuasai. Antaranya adalah:

i. Pengekstrakpan terhadap logam (extraction of metal)

ii. Penulenan terhadap logam (purification of metal)