perisian multimedia berasaskan cd-rom bertajuk · teori kecerdasan pelbagai telah diterapkan ke...

25

Upload: trananh

Post on 02-Jul-2019

279 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN CD-ROM BERTAJUK · Teori kecerdasan pelbagai telah diterapkan ke dalam ... satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara pemikiran dan ... kementerian
Page 2: PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN CD-ROM BERTAJUK · Teori kecerdasan pelbagai telah diterapkan ke dalam ... satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara pemikiran dan ... kementerian
Page 3: PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN CD-ROM BERTAJUK · Teori kecerdasan pelbagai telah diterapkan ke dalam ... satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara pemikiran dan ... kementerian

PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN CD-ROM BERTAJUK

ANGLES OF ELEVATION AND DEPRESSION MATEMATIK TINGKATAN 4

BERDASARKAN TEORI KECERDASAN PELBAGAI

HASNIDA BT MUSTAPA

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains & Komputer Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2009

Page 4: PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN CD-ROM BERTAJUK · Teori kecerdasan pelbagai telah diterapkan ke dalam ... satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara pemikiran dan ... kementerian
Page 5: PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN CD-ROM BERTAJUK · Teori kecerdasan pelbagai telah diterapkan ke dalam ... satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara pemikiran dan ... kementerian

DEDIKASI

Kepada mak abah yang jauh di utara,

keluarga

rakan-rakan

dan

insan teristimewa

yang banyak membantu dalam proses menyiapkan PSM ini

… Sayang selalu ...

Page 6: PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN CD-ROM BERTAJUK · Teori kecerdasan pelbagai telah diterapkan ke dalam ... satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara pemikiran dan ... kementerian

PENGHARGAAN

Syukur kehadrat Ilahi, dengan limpah kurniaNya saya dapat menyiapkan projek

yang telah diamanahkan ini dengan jayanya. Melalui kesempatan ini, saya ingin

merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing Prof

Madya Mohamad Bilal Ali atas bimbingan dan tunjuk ajar yang telah beliau berikan

sepanjang proses pembangunan projek ini. Jasa baik dan sumbangan beliau amatlah

dihargai.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa

yang sentiasa mendoakan kejayaan saya sepanjang berada di UTM ini. Sokongan, nasihat

dan semangat yang diberikan memberi kekuatan kepada saya untuk menghasilkan

perisian multimedia ini. Ribuan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang

banyak membantu dan berkongsi idea dalam sama-sama menyiapkan projek ini. Akhir

sekali, sekalung penghargaan kepada sesiapa sahaja yang telah melibatkan diri dalam

pembangunan projek ini samada secara langsung atau pun tidak.

Diharapkan perisian yang dibangunkan ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Sekian, terima kasih

Sekian, Terima Kasih.

Page 7: PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN CD-ROM BERTAJUK · Teori kecerdasan pelbagai telah diterapkan ke dalam ... satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara pemikiran dan ... kementerian

ABSTRAK

Projek ini adalah bertujuan untuk membangunkan sebuah perisian aplikasi

multimedia bagi subtopik Angles of Elevation and Depression matapelajaran Matematik

Tingkatan 4 berdasarkan teori kecerdasan pelbagai. Tujuan perisian ini dibangunkan

adalah untuk menyediakan satu alternatif pembelajaran kepada guru dan pelajar selain

masyarakat luar yang ingin mempelajari topik ini. Rekabentuk perisian ini adalah

berdasarkan kepada model Hannafin & Peck (1988) yang melibatkan tiga fasa utama.

Teori kecerdasan pelbagai telah diterapkan ke dalam perisian ini. Pembangunan perisian

ini adalah menggunakan perisian Macromedia Authorware 7.0 yang menggabungkan

elemen multimedia seperti teks, animasi, grafik, audio dan video ke dalam perisian untuk

menjadikan proses pembelajaran lebih menarik. Perisian sokongan yang turut digunakan

adalah Adobe Photoshop CS, Macromedia Flash MX 2004 dan Swishmax beserta Sound

Forge. Satu sesi penilaian perisian terhadap reka bentuk skrin dijalankan yang melibatkan

tiga rakan sebaya dan mereka bersetuju dengan reka bentuk yang digunakan di dalam

perisian ini. Diharapkan perisian ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

Page 8: PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN CD-ROM BERTAJUK · Teori kecerdasan pelbagai telah diterapkan ke dalam ... satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara pemikiran dan ... kementerian

ABSTRACT

The purpose of this project is to develop a form four mathematics multimedia

courseware for a subtopic Angles of Elevation and Depression according to multiple

intelligences. The main reason to develop this courseware is to provide an alternative

learning approach to teachers, students and the society. The development of this

courseware was based on the Hannafin & Peck (1988) development model. The

courseware was incorporated with multiple intelligent theory and developed using

Macromedia Authorware. To support the development of this courseware, software such

as Adobe Photoshop CS, Macromedia Flash MX 2004 and Swishmax together with

Sound Forge were used. One peer evaluation session were help to evaluate the screen

design courseware. It is hoped that this courseware can be used effectively in teaching

and learning Angles of Elevation and Depression.

Page 9: PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN CD-ROM BERTAJUK · Teori kecerdasan pelbagai telah diterapkan ke dalam ... satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara pemikiran dan ... kementerian

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA i

TAJUK TESIS ii

PENGAKUAN PELAJAR iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiv

1 PENGENALAN

1.1. Pendahuluan 1

1.2. Latar Belakang Masalah 3

1.3. Penyataan Masalah 7

1.4. Objektif Projek 8

1.5. Skop Projek 8

1.6. Rasional Projek 8

1.7. Kepentingan Projek 9

Page 10: PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN CD-ROM BERTAJUK · Teori kecerdasan pelbagai telah diterapkan ke dalam ... satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara pemikiran dan ... kementerian

1.8. Definisi Istilah 10

1.9. Penutup 14

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pembelajaran Berbantukan Komputer dalam Matematik 15

2.2 Teori Kecerdasan Pelbagai 17

2.3 Kecerdasan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai 17

2.4 Prinsip dan Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai

dalam Merekabentuk Persian Multimedia 20

2.5 Kepentingan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam

Sistem Pendidikan di Malaysia 22

2.6 Penerapan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam

Pembelajaran Berbantukan Komputer Matematik 24

2.7 Penutup 26

3 REKA BENTUK PERISIAN

3.1 Pengenalan 28

3.2 Model Reka Bentuk Perisian yang Digunakan 29

3.2.1 Fasa Analisa Keperluan 30

3.2.2 Fasa Reka Bentuk 33

3.2.3 Fasa Pembangunan dan Perlaksanaan 42

3.2.4 Fasa Penilaian dan Pengulangan 45

3.3 Penutup 46

4 HASIL REKA BENTUK PERISIAN

4.1 Pengenalan 47

4.2 Bahagian-bahagian utama perisian

4.2.1 Skrin Menu Utama Perisian 48

Page 11: PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN CD-ROM BERTAJUK · Teori kecerdasan pelbagai telah diterapkan ke dalam ... satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara pemikiran dan ... kementerian

4.2.2 Skrin Take a Test 49

4.2.3 Skrin Learn Through Picture 50

4.2.3.1 Skrin Note 51

4.2.4 Skrin Utama Learn Through Music 53

4.2.4.1 Skrin Note 53

4.2.5 Skrin Utama Learn Through Logic 55

4.2.5.1 Skrin Note 56

4.2.6 Skrin Credit 59

4.2.7 Skrin Exit 60

4.2.8 Skrin Dictionary 61

4.2.9 Skrin Trigonometrical Ratio 62

4.2.10 Skrin Exercise 63

4.3 Pempakejan, Pengurusan Fail dan Penyebaran Perisian 65

4.4 Analisis Reka Bentuk Perisian 65

5 PERBINCANGAN

5.1 Pengenalan 68

5.2 Perbincangan

5.2.1 Teori Pembelajaran 68

5.2.2 Model Pembangunan Perisian 69

5.2.3 Strategi Pengajaran 70

5.2.4 Unsur Multimedia 70

5.3 Masalah-masalah yang dihadapi 71

5.4 Rumusan 72

5.5 Cadangan 72

5.6 Penutup 73

BIBLIOGRAFI 74

LAMPIRAN 79

Page 12: PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN CD-ROM BERTAJUK · Teori kecerdasan pelbagai telah diterapkan ke dalam ... satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara pemikiran dan ... kementerian

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK HALAMAN

Jadual 3.1 Senarai Bahagian bagi Topik Angles of Elevation

and Depression 36

Page 13: PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN CD-ROM BERTAJUK · Teori kecerdasan pelbagai telah diterapkan ke dalam ... satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara pemikiran dan ... kementerian

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK HALAMAN

Rajah 3.1 Model Rekabentuk Hannafin dan Peck (1988) 30

Rajah 3.2 Carta Alir Perisian 35

Rajah 3.3 Carta Alir Kecerdasan Visual ke Menu Utama 46

Rajah 3.4 Carta Alir Kecerdasan Muzik ke Menu Utama 37

Rajah 3.5 Carta Alir Kecerdasan Logik ke Menu Utama 38

Rajah 3.6 Carta Alir Kecerdasan Visual ke Latihan 39

Rajah 3.7 Carta Alir Kecerdasan Muzik ke Latihan 39

Rajah 3.8 Carta Alir Kecerdasan Logik ke Latihan 40

Rajah 4.1 Paparan Menu Utama Perisian 48

Rajah 4.2 Paparan Ujian Teori Kecerdasan Pelbagai 49

Rajah 4.3 Paparan Keputusan Ujian Kecerdasan Pelbagai 49

Rajah 4.4 Paparan Skrin Menu Utama Learn Through Picture 50

Rajah 4.5 Contoh Paparan Nota Learn Through Picture 51

Rajah 4.6 Contoh Paparan Nota Learn Through Picture 52

Rajah 4.7 Paparan Skrin Utama Learn Through Music 53

Rajah 4.8 Paparan Nota Learn Through Music 53

Rajah 4.9 Contoh Paparan Nota Learn Through Music 54

Rajah 4.10 Klip Video Kumpulan Blue 55

Rajah 4.11 Paparan Skrin Menu Utama Learn Through Logic 55

Rajah 4.12 Contoh Paparan Nota Learn Through Logic 56

Rajah 4.13 Contoh Paparan Nota Learn Through Logic 57

Rajah 4.14 Contoh Paparan Nota Learn Through Logic 58

Rajah 4.15 Contoh Paparan Nota Learn Through Logic 58

Page 14: PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN CD-ROM BERTAJUK · Teori kecerdasan pelbagai telah diterapkan ke dalam ... satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara pemikiran dan ... kementerian

Rajah 4.16 Paparan Credit 59

Rajah 4.17 Paparan Exit 60

Rajah 4.18 Paparan Dictionary 61

Rajah 4.19 Contoh Rumus Trigonometry 62

Rajah 4.20 Paparan Trigonometry 62

Rajah 4.21 Contoh Paparan Skrin Latihan 63

Rajah 4.22 Contoh Paparan Hint 64

Rajah 4.23 Paparan Ganjaran 64

Page 15: PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN CD-ROM BERTAJUK · Teori kecerdasan pelbagai telah diterapkan ke dalam ... satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara pemikiran dan ... kementerian

SENARAI SINGKATAN

ICT – Information and Communication Technology

PBK – Pembelajaran Berbantukan Komputer

PPSMI – Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

CD – ROM – Compact Disk – Read Only Memory

Page 16: PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN CD-ROM BERTAJUK · Teori kecerdasan pelbagai telah diterapkan ke dalam ... satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara pemikiran dan ... kementerian

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Penggunaan komputer dalam pendidikan adalah merupakan langkah awal ke arah

mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat Wawasan 2020. Institusi

pendidikan sebagai wadah terpenting perlu mengalami perubahan terlebih awal

berbanding dengan institusi-institusi lain ke arah mencapai matlamat tersebut. Untuk

mancapai matlamat pendidikan di Malaysia, satu anjakan paradigma diperlukan dalam

cara pemikiran dan penggunaan teknologi (Wan Zahid, 1997). Usaha perlu dibuat dan

penglibatan secara menyeluruh perlu dilakukan sehingga kita mampu mereka dan

menghasilkan sesuatu mengikut acuan pemikiran kita sendiri, tanpa bersandar dan

berharap kepada orang lain. Potensi dan kecanggihan teknologi perlu dimanfaatkan

sepenuhnya.

Teknologi komputer telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu

daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap

perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang

berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran kreatif dan penyayang

dengan menggunakan teknologi terkini (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1997). Atas

alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran berhasrat untuk mewujudkan

sekolah bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan dan perlaksanaan

Page 17: PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN CD-ROM BERTAJUK · Teori kecerdasan pelbagai telah diterapkan ke dalam ... satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara pemikiran dan ... kementerian

Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor atau MSC). Perlaksanaan sekolah

bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer yang akan

membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan dan terbaru

kementerian sedang dalam usaha untuk membestarikan sekolah-sekolah di Malaysia. Ini

dibuktikan dengan langkah kementerian untuk memasukkan elemen ICT dalam

pelaksanaan kurikulum sebagai langkah untuk membestarikan sekolah sekolah di seluruh

negara. Dalam usaha itu, pihak kementerian telah menyediakan infrastruktur dan

membekalkan peralatan ICT pada peringkat permulaan.

Penggunaan komputer dalam pendidikan juga menjadi semakin dominan dan kita

kini dikatakan berada dalam satu masa perubahan iaitu dari zaman industri ke zaman

informasi. Menurut Zoraini (1994) penggunaan komputer akan menjadikan pelajar-

pelajar lebih kemahiran daya berfikir dan dapat meningkatkan pengetahuan mereka

dalam menyediakan diri dalam corak kehidupan di abad dua puluh satu. Justeru itu,

penggunaan komputer seharusnya bukanlah lagi menjadi sesuatu yang asing dalam

pendidikan. Tambahan pula kini terdapat program-program komputer yang menyediakan

pelbagai kaedah dan pendekatan pembelajaran.

Menurut Jamaludin (1989) perubahan yang sedang melanda dalam dunia

pendidikan kini tentunya akan merubah kandungan dan reka bentuk kurikulum setiap

mata pelajaran. Kurikulum matematik juga tidak dapat lari daripada arus teknologi ini

(Nik Azis, 1989). Menurut beliau lagi pendidikan komputer dalam kurikulum melibatkan

tiga peranan penting iaitu:

i. Pembelajaran tentang komputer perisian, perkakasan dan pengaturcaraan

komputer.

ii. Penggunaan komputer untuk menyelenggara, memproses data, memproses data

penyelidikan dan memproses perkataan.

iii. Penggunaan komputer untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran,

pengaturan murid dan pengajaran berbantukan komputer (PBK).

Page 18: PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN CD-ROM BERTAJUK · Teori kecerdasan pelbagai telah diterapkan ke dalam ... satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara pemikiran dan ... kementerian

Cockcroft (1982) juga menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam

pengajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran matematik

malah penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus

matematik. Keadaan yang sama juga mungkin wujud dalam pengajaran dan pembelajaran

matapelajaran lain di sekolah. Disini guru memainkan peranan yang penting dimana

dalam melaksanakan tugas pengajaran, guru harus berusaha untuk meningkatkan

keberkesanannya. Pengajaran yang berkesan menghasilkan pembelajaran yang

diharapkan.

Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian terpenting dalam pendidikan

matematik. Pencapaian yang tinggi dalam matematik tidak bermakna jika seseorang

pelajar tidak mampu melakukan proses penyelesaian masalah. Laporan Cockcroft (1982)

menegaskan bahawa masalah matematik harus diterjemahkan kepada sebutan dan bahasa

matematik sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan seperti ini memerlukan

fahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam masalah

tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan setengah-

setengah pelajar. Masalah dan kesukaran ini boleh diatasi melalui penggunaan komputer

(Al Ghamdi, 1987).

1.2 Latar Belakang Masalah

Langkah kerajaan dalam membestarikan sekolah–sekolah di Malaysia telah

menyebabkan berlakunya perubahan dalam pendekatan guru dan pelajar dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Guru dan pelajar mula dilatih untuk menguasai kemahiran

menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan

pembelajaran berbantukan komputer (PBK) dan multimedia dalam proses pengajaran dan

pembelajaran di sekolah dan institusi pendidikan yang lain menjadi semakin giat

(Baharuddin, Rio Sumarni dan Manimegalai, 2002).

Page 19: PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN CD-ROM BERTAJUK · Teori kecerdasan pelbagai telah diterapkan ke dalam ... satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara pemikiran dan ... kementerian

Pada tahun 2002 Kerajaan Malaysia telah memutuskan supaya mata pelajaran

sains dan matematik di sekolah diajar dalam Bahasa Inggeris. Menteri Pendidikan pada

masa itu, Tan Sri Dato’ Seri Musa Mohamad menjelaskan kepada rakyat berkenaan

rasional tindakan ini melalui satu kenyataan akhbar:

“Sains dan matematik adalah suatu bidang ilmu yang sangat dinamik dengan

pelbagai inovasi dan penemuan baru berlaku hampir setiap hari melalui penyelidikan dan

pembangunan. Bidang ini merupakan asas penting kepada kemajuan dan pembangunan

negara. Sebahagian besar maklumat terkini mengenai sains dan teknologi ditulis atau

disampaikan dalam Bahasa Inggeris” (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002).

Oleh itu, pendedahan awal kepada sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris

akan memberi peluang kepada pelajar untuk menguatkan asas bagi memperolehi

maklumat dan ilmu terutama dalam bidang sains dan matematik, selain menambah ilmu

terhadap Bahasa Inggeris. Dalam kenyataan akhbar yang sama, diumumkan bahawa

kabinet telah memutuskan pada 19 Julai 2002 penggunaan ICT untuk mengajar sains dan

matematik dalam Bahasa Inggeris akan dilaksanakan sepenuhnya bagi pelajar Tahun 1,

Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah mulai 2003. Walaupun pelaksanaan perubahan ini

adalah berperingkat-peringkat, namun kerajaan menyedari bahawa guru di sekolah akan

menghadapi masalah dan kesulitan maka menurut Perdana Menteri pada ketika itu iaitu

Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamed, diharapkan dengan penyediaan isi kandungan dalam

bentuk bantuan komputer, guru hanya sebagai fasilitator pengajaran dan tidak

memerlukan guru pakar dalam Bahasa Inggeris (Utusan Malaysia, 2002).

Apabila pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris

dilaksana pada tahun 2003, ia turut memberi kesan kepada semua pihak terutamanya

kepada guru dan pelajar. Oleh itu, kementerian telah menerbitkan CD-ROM buku teks

selaras dengan keperluan Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik

dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Penghasilan CD-ROM buku teks ini adalah selari

dengan arahan kabinet bahawa proses pengajaran dan pembelajaran perlu

mengaplikasikan ICT termasuk penggunaan CD-ROM dan komputer di sekolah. Ini juga

Page 20: PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN CD-ROM BERTAJUK · Teori kecerdasan pelbagai telah diterapkan ke dalam ... satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara pemikiran dan ... kementerian

selaras dengan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dalam membestarikan semua

sekolah secara berperingkat-peringkat. Namun terdapat faktor-faktor yang menyumbang

kepada ketidak-berkesanan suatu pengajaran pembelajaran seperti yang dinyatakan oleh

Okey (1985) iaitu bahan pembelajaran tidak menepati objektif pengajaran, isi kandungan

pelajaran yang tidak sistematik, persekitaran pembelajaran yang kurang merangsangkan

dan pendekatan pengajaran yang statik. Tambahan pula kekurangan perisian multimedia

berdasarkan kurikulum tempatan dan penekanan kepada pendekatan pengajaran yang

tertentu amat kurang di negara ini. Kesemua kekangan ini akan dapat diatasi hanya

apabila perisian–perisian ini direkabentuk mengikut perancangan yang teliti dan

bersistematik serta menepati kurikulum tempatan.

Junaidah dan Rasyidah (2006) dalam kajiannya menyatakan kini terdapat banyak

CD-ROM atau tapak web di internet yang menyediakan kemudahan pembelajaran secara

siber. Namun begitu, masih terdapat pelbagai kelemahan yang timbul. Antaranya ialah:

i. Tidak berstruktur - Kebanyakan kandungan perisian atau laman web pada masa

kini adalah tidak berstruktur. Pembangun perisian dan laman web lebih suka

memfokuskan pengajaran mereka kepada topik-topik yang sukar sehingga

mengabaikan topik yang asas.

ii. Kekangan bahasa - Kebanyakan perisian kursus pembelajaran animasi dalam

talian yang terdapat pada masa kini menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa

pengantar. Malangnya, tahap penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan penduduk

Malaysia adalah masih rendah (Utusan Malaysia, 2004). Penyampaian sesuatu

maklumat dalam bahasa yang kurang difahami boleh menyebabkan berlakunya

salah faham sekaligus menyebabkan maklumat yang dicari gagal diperolehi.

iii. Antara muka tidak menarik - Kebanyakan laman web yang ada pada masa kini

mempunyai antara muka yang tidak mesra pengguna, bercelaru dan tiada butang

navigasi yang sesuai.

iv. Kecelaruan isi kandungan - Kebanyakan pembangun perisian kursus

pembelajaran multimedia yang ada pada masa kini tidak menyusun atur maklumat

dengan teliti sehingga maklumat yang ingin disampaikan kelihatan bercelaru.

Page 21: PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN CD-ROM BERTAJUK · Teori kecerdasan pelbagai telah diterapkan ke dalam ... satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara pemikiran dan ... kementerian

Penggunaan elemen-elemen multimedia tanpa batasan dalam satu masa juga

boleh menyebabkan kecelaruan sekaligus menjejaskan tumpuan pengguna

terhadap sesuatu topik.

v. Dibangunkan untuk tujuan komersil - Kebanyakan perisian kursus pembelajaran

animasi secara dalam talian yang terdapat pada masa kini dibangunkan untuk

tujuan mengaut keuntungan semata-mata. Ada diantara pembangun perisian yang

meminta bayaran daripada pengguna sebagai yuran keahlian.

Selain itu, cara pengajaran dan pembelajaran matematik yang lebih banyak

menekankan mengingat semula dan kurang penekanan terhadap refleksi dan pemikiran

logik menyebabkan pelajar yang memasuki kolej atau institusi tinggi merasa bosan, pasif,

tidak berminat, dan penuh dengan rugutan terhadap mata pelajaran ini apabila

mempelajarinya lagi di peringkat yang lebih tinggi (Wagener, 2000). Corak pengajaran

tradisional juga antara masalah yang menyebabkan pelajar kini kurang berkemahiran

dalam matematik. Sementara itu guru masih memegang peranan lapuk sebagai

penyampai ilmu, manakala pelajar masih menjalankan peranan pasif sebagai penerima

ilmu (Niz Azis, 1992). Brownell (1973) berpendapat bahawa kelemahan pengajaran dan

pembelajaran secara tradisional adalah berpunca daripada kaedah pengajaran yang lebih

tertumpu kepada hasil pembelajaran sehingga mengabaikan proses pembelajarannya.

Cara pengajaran sesetengah guru yang terlalu statik juga kadangkala membuatkan pelajar

cepat merasa bosan. Ini sebenarnya adalah satu fenomena yang kini cuba ditangani oleh

ahli-ahli akedamik matematik di seluruh dunia.

Oleh itu, untuk memudahkan pemahaman pelajar di dalam Matematik, kaedah

penyampaian ini harus diubahsuai daripada pendekatan tradisi kepada pendekatan

menerusi perisian multimedia yang melibatkan pelajar secara aktif dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Awang Had Salleh (dalam Ng Kien Kang, 1998) menyeru

agar perisian-perisian untuk kegunaan bidang pendidikan yang bercirikan budaya

tempatan dapat dihasilkan dengan kadar yang segera. Gan (1996) juga menyatakan

bahawa penghasilan perisian yang berdasarkan kepada kurikulum kebangsaan dan

bermutu adalah sangat diperlukan dan merupakan antara faktor utama yang akan

Page 22: PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN CD-ROM BERTAJUK · Teori kecerdasan pelbagai telah diterapkan ke dalam ... satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara pemikiran dan ... kementerian

menentukan kejayaan pendekatan baru pendidikan masa akan datang. Langkah dengan

memperkenalkan perisian multimedia untuk matapelajaran matematik diharapkan dapat

menyelesaikan atau pun mengurangkan masalah–masalah ini.

1.3 Penyataan Masalah

Pihak kerajaan telah membekalkan perisian pembelajaran (MyCD) kepada pihak

sekolah namun perisian–perisian ini masih tidak dapat memenuhi keperluan guru dan

pelajar ekoran MyCD bagi matapelajaran matematik yang dibekalkan kepada pihak

sekolah adalah terhad. Walaupun MyCD ini mempunyai elemen-elemen multimedia,

aktiviti interaktif dan ujian interaktif untuk menyokong dan menambah nilai kandungan

buku teks namun perisian ini kurang menekankan kepada aplikasi teori terutamanya yang

melibatkan penekanan terhadap teori- teori pembelajaran. Perisian – perisian yang berada

dipasaran juga kurang menekankan kepada aspek pedagogi dan dibangunkan hanya untuk

tujuan komersil semata-mata. Kebanyakan pengguna hanya menggunakan perisian PBK

tanpa mengetahui teknik yang bersesuaian dengan mereka untuk mengulangkaji pelajaran

manakala guru biasanya menyampaikan pengetahuan berasaskan isi kandungan,

berpusatkan pengajaran itu sendiri dan pembelajaran hanya untuk menyediakan murid

untuk menduduki peperiksaan pada setiap hujung tahun. Apa yang terjadi adalah proses

pembelajaran hanya berlaku secara dasar sahaja dan tidak mementingkan pemahaman

pelajar samada benar-benar menguasai kemahiran itu pun tidak. Telah terbukti bahawa

PBK berupaya menghasilkan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan

efektif. Akibat kekurangan perisian PBK ini maka ia menjadi cabaran kepada setiap

peringkat warga pendidik di Malaysia untuk membangunkannya. Oleh itu, pengkaji telah

memilih untuk membangunkan satu perisian multimedia berasaskan CD-ROM untuk

matapelajaran Matematik Tingkatan 4 bagi topik Angles of Elevation and Depression

yang menekankan kepada teori kecerdasan pelbagai.

Page 23: PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN CD-ROM BERTAJUK · Teori kecerdasan pelbagai telah diterapkan ke dalam ... satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara pemikiran dan ... kementerian

1.4 Objektif Projek

Objektif utama pembangunan projek ini adalah untuk:

i. Membangunkan sebuah perisian multimedia berasaskan CD-ROM dengan

mengaplikasikan teori kecerdasan pelbagai bagi matapelajaran Matematik

Tingkatan 4 bertajuk Angles of Elevation and Depression” .

1.5 Skop Projek

Projek ini hanya terbatas kepada matapelajaran Matematik Tingkatan 4 bagi topik

Angles of Elevation and Depression sahaja. Pendekatan yang digunakan adalah teori

kecerdasan pelbagai dimana hanya melibatkan tiga daripada lapan kecerdasan individu

yang dinyatakan oleh Gardner (1983).

1.6 Rasional Projek

Rasional pembangunan projek ini adalah untuk mempelbagaikan lagi kaedah

pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan digunakan sebagai alat bantu mengajar oleh

guru. Projek ini juga dibangunkan untuk memfokuskan kepada topik Angles of Elevation

and Depression sahaja. Selain itu, projek ini juga mengaplikasikan teori kecerdasan

pelbagai yang membolehkan pelajar mengetahui tahap dan kecenderungan kecerdasan

mereka dalam mempelajari topik Angles of Elevation and Depression dengan lebih

mudah dan berkesan.

Page 24: PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN CD-ROM BERTAJUK · Teori kecerdasan pelbagai telah diterapkan ke dalam ... satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara pemikiran dan ... kementerian

1.7 Kepentingan Projek

Pembangunan perisian multimedia ini meliputi isi pelajaran bagi matapelajaran

Matematik Tingkatan 4 yang bertajuk Angles of Elevation and Depression. Perisian ini

direkabentuk berdasarkan beberapa kepentingannya kepada:

1.7.1 Guru

i. Sebagai salah satu alat bantu mengajar di dalam kelas.

ii. Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dalam usaha

untuk menarik pelajar didalam mempelajari topik ini berdasarkan teori kecerdasan

pelbagai.

iii. Dapat mengetahui kecenderungan pelajar melalui teori kecerdasan pelbagai dalam

proses pembelajaran.

iv. Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dalam bentuk multimedia sejajar

dengan pembangunan teknologi pendidikan masa kini.

v. Memahami kepentingan teori kecerdasan pelbagai dalam meningkatkan potensi

pelajar dalam matapelajaran matematik

1.7.2 Pelajar

i. Dapat merangsang pemikiran pelajar serta menimbulkan minat terhadap

matapelajaran matematik.

ii. Memberi kuasa kepada pelajar dalam mempelajari topik ini dengan meneroka

perisian ini secara kendiri.

Page 25: PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN CD-ROM BERTAJUK · Teori kecerdasan pelbagai telah diterapkan ke dalam ... satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara pemikiran dan ... kementerian

1.7.3 Masyarakat

i. Sebagai bahan rujukan kepada masyarakat luar yang berminat untuk mempelajari

topik Angles of Elevation and Depression.

ii. Boleh dijadikan sebagai alat untuk mengukur kecenderungan individu

berdasarkan teori kecerdasan pelbagai dalam mempelajari matematik.