pembelajaran berasaskan projek

91
MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN PROJEK Kemahiran Membaca dan Menulis Disunting oleh: Dr Fadzilah Abd Rahman Dihasilkan oleh: Siti Nazurana Bt Konaen GS32349 Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia Cetakan Jun 2012 1

Upload: ientan-nazurana

Post on 17-Nov-2014

9.266 views

Category:

Education


37 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Pembelajaran berasaskan projek

MODULPENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN

PROJEKKemahiran Membaca dan Menulis

Disunting oleh:Dr Fadzilah Abd Rahman

Dihasilkan oleh: Siti Nazurana Bt Konaen

GS32349Fakulti Pengajian Pendidikan

Universiti Putra Malaysia

Cetakan Jun 2012

1

Page 2: Pembelajaran berasaskan projek

Penghargaan 1

Pengenalan Modul 2

Objektif 3

Manual Penggunaan Modul 3

Latar Belakang Pendidikan 4-7

Latar Belakang Kajian Pembelajaran 8

Berasaskan Projek

Konsep Pembelajaran Berasaskan Projek 9-14

Ciri-Ciri Pembelajaran Berasaskan Projek 14-15

Kelebihan Dan Kekurangan Pembelajaran 15-19

Berasaskan Projek Dalam P&P

Strategi Perlaksanaan 19-40

Rancangan Pengajaran (RPH)

Pemarkahan Projek Pelajar 41

Contoh Borang Penilaian 42-44

Soalan berasaskan Projek 45-46

Hasil Projek Pelajar 47- 58

Kesimpulan 59-61

Bibliografi 62

Lampiran

2

Page 3: Pembelajaran berasaskan projek

‘Selawat serta salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w serta

kepada para sahabat’

Sekalung ucapan tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada

pensyarah kursus Perkaedahan Lanjutan dalam Pengajaran Bahasa

Melayu (EDU5234), Dr Fadzilah Bt Abd Rahman, yang banyak memberi

dorongan dan bimbingan dalam menyiapkan kertas kerja bertajuk

‘Strategi Pengajaran Berasaskan Projek dalam Pengajaran dan

Pembelajaran Bahasa Melayu’ ini.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut membantu

dan sedia berkongsi pendapat semasa menyiapkan kertas kerja ini. Budi

dan jasa kalian amat disanjung tinggi.

Terima Kasih

SITI NAZURANA BT KONAEN

3

PENGHARGAAN

Page 4: Pembelajaran berasaskan projek

Modul merupakan satu set pembelajaran yang disediakan untuk membantu mencapai

objektif pembelajaran dan direkabentuk untuk pelajar belajar sendiri. Menurut Muhammad

Rosyid (2010), modul merupakan bahan ajar cetak yang dirancang untuk dapat dipelajari

secara mandiri oleh peserta pembelajaran. Modul disebut juga media untuk belajar mandiri

kerana di dalamnya telah dilengkapi petunjuk untuk belajar sendiri. Ertinya, pembaca dapat

melakukan kegiatan belajar tanpa kehadiran pengajar secara langsung.

Modul Pengajaran Berasaskan Projek ini ditulis sebagai salah satu tugasan yang perlu

dilaksanakan oleh semua pelajar yang mengambil kursus Perkaedahan Lanjutan dalam

Pengajaran Bahasa Melayu (EDU5234), Sesi 2 2011/2012. Modul ini disediakan untuk

membantu guru dalam mengajarkan pengajaran Bahasa Melayu menggunakan strategi

Pengajaran Berasaskan Projek.

Penggunaan modul pada masa kini menjadi semakin terkenal dalam kalangan guru-

guru kerana ia memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran dan dapat memberikan

penekanan yang lebih mendalam kepada pelajar tentang isi-isi pelajaran. Dalam pendidikan

di sekolah, strategi, pendekatan dan teknik pengajaran memainkan peranan yang penting

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kejayaan dan kecemerlangan dalam sesuatu mata

pelajaran banyak dikaitkan dengan kepelbagaian dan strategi pengajaran dan pembelajaran

yang digunakan. Segala strategi yang digunakan akan mencerminkan pengajaran seorang

guru itu. Justeru itu, guru perlu kreatif merancang strategi pengajaran agar memperoleh

pengajaran yang berkesan. Salah satu strategi yang disarankan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran ialah strategi berasaskan pelajaran berasaskan projek.

Isi kandungan modul ini merangkumi penjelasan tentang Pembelajaran Berasaskan

Projek yang meliputi objektif pembelajaran berasaskan projek, latar belakang kajian, konsep

dan ciri-ciri pembelajaran berasaskan projek, kelebihan dan kekurangan pengajaran

berasaskan projek, strategi pembelajaran berasaskan projek dalam pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Melayu, Rancangan Pengajaran Harian yang digunakan, pemarkahan

terhadap projek yang dilakukan oleh pelajar serta, projek yang berjaya dihasilkan oleh

pelajar. Modul ini memfokuskan kemahiran menulis dan membaca yang dapat diaplikasikan

selepas pelajar menyempurnakan projek yang telah diberikan oleh guru.

Objektif Pembinaan Modul

4

Page 5: Pembelajaran berasaskan projek

Terdapat banyak objektif pembinaan sesebuah modul dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Antaranya ialah:

1. Mengenal pasti kesesuaian pembinaan modul pengajaran dan pembelajaran bahasa

Melayu berasaskan projek.

2. Mengenal pasti keberkesanan modul pengajaran dan pembelajaran berasaskan projek

terhadap para pelajar.

3. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penggunaan modul pembelajaran dan

pengajaran bahasa Melayu berasaskan projek.

Manual penggunaan Modul

Modul ini menekankan tentang strategi pengajaran berasaskan Projek dalam Pengajaran

Peribahasa Melayu Tingkatan Satu KBSM. Penulis menyediakan satu modul pengajaran

lengkap berkaitan pembelajaran berasaskan projek yang menjurus kepada strategi pengajaran

berasaskan projek Buku Skrap dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu Tingkatan

Satu. Terlebih dahulu akan dinyatakan objektif pengajaran ini.

Pada akhir pengajaran pelajar-pelajar akan dapat:

1. Mengenal pasti jenis-jenis peribahasa Melayu

2. Mengetahui maksud peribahasa yang dipelajari.

3. Mengaplikasikan peribahasa dalam kehidupan seharian.

4. Mencari 50 jenis peribahasa Melayu beserta maksud dan membina contoh ayat yang

sesuai bagi setiap peribahasa yang dinyatakan.

5. Mengamalkan sikap bekerjasama dalam kumpulan untuk menghasilkan projek yang

diberikan

6. Menjadikan pelajar lebih bersikap kreatif dan inovatif dalam melaksanakan sesuatu

tugasan.

PENGENALAN

5

Page 6: Pembelajaran berasaskan projek

Latar Belakang Pendidikan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa, pendidikan dan kehidupan

berkait rapat kerana pendidikan menentukan corak serta mutu kehidupan manusia. Peranan

pendidikan sangat penting dalam pembentukan generasi muda untuk menjadi rakyat Malaysia

yang dapat menyumbangkan bakti kepada perkembangan ekonomi, sosial, kebudayaan dan

politik negara ini.

Berteraskan Falsafah Pendidikan Negara, generasi yang mahu dihasilkan daripada

sistem pendidikan negara adalah generasi bersatu-padu yang seimbang dan harmonis

daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Nilai-nilai murni dan integriti cuba

disemai, kemahiran cuba dicanai agar mendatangkan keupayaan dalam diri para pelajar untuk

mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan ke arah kemakmuran dan

keharmonian masyarakat dan negara. Beberapa strategi pelaksanaan telah dikenal pasti dan

dijalankan bagi mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ini diwujudkan. Pada

awalnya, Dasar Pendidikan Kebangsaan lebih menumpukan kepada pemupukan perpaduan

inter-kaum di Malaysia. Kekal dengan tumpuan ini, Dasar Pendidikan Kebangsaan

kemudiannya meluaskan skop efektifnya secara lebih terperinci.

Di Malaysia, dasar pendidikan mempunyai peranan yang amat penting dalam

menentukan hala tuju sistem pendidikan negara yang mana dasar ini dikenali sebagai ‘dasar

pendidikan kebangsaan’. Dasar Pendidikan Kebangsaan mula dilaksanakan di negara ini

dalam tahun 1957. Objektif utama Dasar Pendidikan Negara telah dinyatakan dalam

pendahuluan akta pelajaran 1961: “BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang

diistiharkan dalam Ordinan Pelajaran 1957, ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan

yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan,

sosial, ekonomi dan politiknya...”

Umumnya terdapat 3 tujuan utama yang terkandung dalam dasar pendidikan

kebangsaan ini. Pertama, tujuan Dasar Pendidikan diadakan adalah untuk mewujudkan satu

sistem pelajaran yang dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan

kebudayaan sosial, ekonomi dan politik. Kedua, untuk menghasilka pelajar yang berdisplin

serta mematuhi dan menghormati kedua ibu bapa mereka di mana prinsip ini sejajar dengan

dasar dan polisi pendidikan untuk mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran yang

cekap dan efisien dengan keperluan untuk mengelakkan perbelanjaan awam yang tidak

tersusun. Ketiga pula ialah memastikan agar dasar dilaksanakan dengan berkesan khususnya

6

Page 7: Pembelajaran berasaskan projek

dalam menentukan perkembangan sistem pendidikan yang progresif dan bahasa kebangsaan

dijadikan sebagai bahasa pengantar yang utama.

Dalam arus pendidikan di Malaysia pada masa kini, pendidikan memainkan peranan

yang sangat penting sebagai agen perubah bagi masyarakat dalam sesebuah negara.

Pendidikan merupakan kayu pengukur kedudukan seseorang dalam masyarakat, menentukan

tahap keilmuan yang dimiliki, serta berperanan dalam banyak perkara, khususnya sebagai

garis panduan dan juru pandu masyarakat ke arah kehidupan yang lebih bertamadun. Justeru,

pihak Kementerian Pelajaran telah mewujudkan pelbagai inisiatif dalam meningkat dan

memartabatkan profesion keguruan supaya para guru mampu melahirkan rakyat Malaysia

yang berilmu, berketerampilan, berakhlak mulia dan berkeupayaan memberikan sumbangan

kepada kemakmuran negara. 

Tugas utama guru adalah untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar.

Untuk mencapai maksud tersebut, guru perlu menggunakan cara yang paling sesuai dan

berkesan. Cara penyampaian maklumat ini dikatakan kaedah dan teknik pengajaran. Kaedah

dan teknik pengajaran adalah dua istilah yang kerap digunakan bersama atau silih berganti.

Terdapat berpuluh-puluh kaeadah dan teknik pengajaran. Guru perlu biijak memilih kaedah

atau teknik pengajaran yang paling sesuai. Pemilihan yang betul akan menjadikan proses

penyampaian maklumat lebih menarik dan berkesan. Setiap kaedah dan teknik ppengajaran

ini ada kelebihan dan kekurangan. Menurut Pierce dan Lorber (1977) , tidak ada satu kaedah

yang boleh dikatakan sebagai kaedah yang terbaik. Namun Pierce dan Lorber (1977)

memberikan beberapa faktor yang boleh digunakan untuk memilih kaedah pengajaran yang

boleh digunakan oleh guru. Faktor tersebut ialah:

1. Objektif pengajaran.

Sebelum memulakan pengajaran, guru perlu memikirkan apakah objektif-objektif

pengajaran-pembelajaran yang ingin dicapai. Setelah menyenaraikan objektif-objektif

pengajaran ini, guru perlu perlu menentukan apakah kaedah yang paling sesuai untuk

mencapai objektif-objektif tersebut. Ada kaedah yang dapat mencapai objektiif dengan cepat,

tetapi kaedah tersebut mungkin tidak menarik. Begitu juga sebaliknya, terdapat kaedah yang

menarik tetapi objektif-objektif pengajaran dicapai agak lambat.

2. Bahan pengajaran dan pembelajaran

7

Page 8: Pembelajaran berasaskan projek

Bahan pengajaran dan pembelajaran ialah isi pelajaran dan alat serta bahan bantu mengajar

yang digunakan semasa mengajar. Guru perlu menentukan isi pelajaran yang hendak

disampaikan. Sekiranya isi pengajaran itu berbentuk kemahiran, seperti kemahiran

mendengar dan bertutur dalam pelajaran bahasa, guru perlu memilih kaedah dan teknik yang

sesuai supaya pelajar dapat mempraktikkan kemahiran-kemahiran tersebut. Sekiranya guru

perlu menggunakan alat bantu mengajar, alat tersebut hendaklah sesuai digunakan dengan

teknik yang dipilih. Alat bantu mengajar boleh diubahsuai mengikut kaedah yang dipilih.

Misalnya, penggunaan papan tulis atau carta boleh digunakan dalam pelbagai kaedah. Cuma

masa menggunakan alat tersebut perlu diubahsuai, sama ada pada peringkat awal, pertengaha,

atau akhir pengajaran.

3. Jangka masa pengajaran

Kebanyakan sekolah menetapkan jangka masa pengajaran di antara 30 hingga 40 minit, atau

60 hingga 80 minit sekiranya pelajar tersebut diberikan dua masa yang berturutan. Dengan

jangka masa yang ditetapkan itu, guru perlu memilih kaedah yang sesuai digunakan dalam

jangka masa tersebut. Ada kalanya kaedah yang dipilih itu perlu diubahsuai agar tidak

melebihi masa yang diperuntukkan. Misalnya, sekiranya guru memilih kaedah perbincangan

dalam bentuk perbahasan, sebaik-baiknya gunakan dua masa pelajaran. Jumlah pelajar yang

terlibat dan masa menyampaikan hujah diambil kira agar perbahasan dapat dijalankan dalam

jangka masa yang sepatutnya.

4. Latar belakang dan jumlah pelajar

Kaeadah dan teknik yang dipilih hendaklah sesuai dengan latar belakang pelajar. Antara

perkara yang perlu diberi perhatian ialah umur, jantina, dan peringkat pencapaian atau

keupayaan pelajar. Kaedah yang rumit seperti kaedah menyelesaikan masalah yang

memerlukan pelajar mencari penyelesaian bagi sesuatu masalah, tidak sesuai bagi pelajar di

peringkat rendah. Jumlah pelajar dan susunan tempat duduk pelajar juga boleh

mempengaruhi kaedah yang hendak digunakan. Kelas yang agak ramai jumlah pelajar,

biasanya menimbulkan masalah dari segi kawalan kelas dan keberkesanan pengajaran. Walau

bagaimanapun, guru boleh mengubahsuai kaedah agar jumlah pelajar tidak menjadi halangan

bagi memilih kaedah. Misalnya sekiranya guru memilih teknik permainan, pelajar boleh

dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. Setiap kumpulan menjalankan aktiviti masing-

masing. Kumpulan-kumpulan kecil ini akan lebih mudah dikawal.

8

Page 9: Pembelajaran berasaskan projek

Menurut Rashid Azizan & Abdul Razak Habib (1995), Tugas utama seorang pengajar

atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini,

pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang

menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini

bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat merangsangkan minat

pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar. Dalam sesi

pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan

mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan

pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan

menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar.

Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi merangsang pelajar belajar secara aktif, ia juga

harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar

serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.

Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti

yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk

membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti

harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan. Dalam

merancang persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang

baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti

yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepenuh pengaruh terhadap

perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan

kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya.

Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar,

guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan.

Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan

penyampaian sesuatu subjek atau modul.

Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu

menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat

sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan

pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh

guru. Oleh yang demikian, pemilihan terhadap kaedah dan teknik perlulah dilakukan secara

berhati-hati supaya cara-cara ini tidak menghalang guru melaksanakan proses pembentukan

konsep-konsep secara mudah dan berkesan.

9

Page 10: Pembelajaran berasaskan projek

Latar Belakang Kajian Pembelajaran Berasaskan Projek

Project Based Learning (PBL) merupakan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran

yang pesat berkembang dalam zaman moden ini. Kaedah ini menekankan kolaborasi antara

guru dan pelajar dalam mempelopori sesuatu perkara atau topik secara penyempurnaan

projek. Kementerian Pelajaran Malaysia (2006) mentafsirkan Pembelajaran Berasaskan

Projek sebagai model aktiviti yang keluar daripada amalan bilik darjah yang biasa dan

banyak melibatkan gabungan antara disiplin ilmu.

Kaedah projek yang diasaskan oleh John Deney (1997), menggalakkan pelajar

mempelajari sesuatu melalui pengalaman, pemerhatian dan percubaan. Pelajar merasa

seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna.

Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria

mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan.

Proses pembelajaran yang berjaya memberi impak yang lebih positif kepada pelajar

bergantung kepada pelbagai faktor termasuklah teknik pengajaran yang dijalankan oleh

seseorang guru. Salah satu pendekatan P&P yang boleh digunakan bagi meningkatkan mutu

dan pengetahuan pelajar ialah melalui teknik Pembelajaran Berasaskan Projek. Pembelajaran

sebegini bukan sahaja member ruang kepada pelajar menunjukkkan kemampuan dan

kreativiti, malah memberi peluang untuk pelajar mengembangkan lagi pengetahuan yang

sedia ada.

Melalui pendekatan menbelajaran berasaskan projek, pelajar mampu menimba ilmu

dengan lebih praktikal dan tidak bergantung kepada pemusatan terhadap guru semata-mata.

Pembelajaran ini menekankan konsep pembelajaran kendiri dan amalan penerokaan yang

lebih luas oleh seseorang pelajar.

Secara tidak langsung, konsep pembelajaran ini memberi peluang kepada para pelajar

untuk menunjukkkan keupayaan diri kerana setiap pelajar mempunyai tahap kecemerlangan

akademik yang berbeza dan tidak sama di antara satu sama lain. Pembelajaran ini juga

dikenal pasti mampu mewujudkan kemahiran sosial yang lebih baik kerana pembelajaran ini

membuka peluang untuk pelajar bergaul lebih rapat dan mampu mengeratkan hubungan

sesama ahli kumpulan. Salah satu konsep pembelajaran berasaskan projek ialah, pelajar harus

membuat tugasan secara berkumpulan, maka disinilah wujudnya peluang untuk pelajar

berkomunikasi di antara satu sama lain dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.

10

Page 11: Pembelajaran berasaskan projek

Konsep Strategi Pembelajaran Berasaskan Projek

Strategi Berasaskan Projek dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu mempunyai definisi yang tersendiri. Shmeck (1998) menyatakan strategi ialah prosedur-prosedur untuk melaksanakan rancangan dalam sesuatu operasi atau dalam usaha mencapai sesuatu tujuan.

Zarina (2002) pula berpendapat bahawa strategi pembelajaran ialah langkah-langkah yang diambil oleh pelajar untuk mempercepatkan proses pemerolehan, penyimpanan, mengingat kembali dan penggunaan maklumat.

Menurut Poh (2003), projek ditakrifkan sebagai tugas, pembinaan atau siasatan yang teratur yang akan menjurus kepada matlamat yang spesifik. Ianya boleh dilaksanakn untuk menggalakkan murid menggunakan kemahiran proses sains. Selain itu, projek juga boleh dibuat berdasarkan keperluan topik dan mengikut minat murid. Pengajaran dan pembelajaran berasaskan projek boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan di bawah bimbingan guru. Kementerian pelajaran Malaysia melalui “Handbook, project Based Learning” menekankan kaedah ini sebagai strategi pembelajaran yang membawa pelajar mempelopori ilmu keluar daripada tradisi bilik darjah lama yang memfokuskan guru sebagai pemberi ilmu. Kaedah melibatkan penerokaan ilmu melalui pemerhatian serta kajian lapangan atau dunia sebenar.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), strategi bermakna kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara. Secara umum, strategi ialah prosedur memilih pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai berdasarkan hasil pembelajaran yang hendak dicapai dalam jangka panjang. Strategi yang dipilih hendaklah mengambil kira segala aspek pembelajaran termasuk pemilihan bahan, masa dan sebagainya.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), projek bermaksud rancangan kerja atau aktiviti pembangunan yang hendak dijalankan atau sedang dijalankan dan kajian terperinci tentang sesuatu bidang atau subjek.

Secara umumnya, projek merujuk kepada kajian dan aktiviti yang disepadukan bagi

menghasilkan satu susunan bahan yang berkaitan satu tema mengikut minat dan

kecenderungan orang yang menjalankan projek itu. Sesuatu projek mungkin berjalan selama

tempoh masa yang lama seperti beberapa bulan atau beberapa minggu atau beberapa hari

sahaja, bergantung kepada minat, kecenderungan, kemampuan dan kematangan peserta

projek itu. Projek akhirnya akan dipamerkan atau digunakan untuk menggalakkan

perbincangan dalam bilik kuliah atau diterbitkan dalam bentuk tesis, buku, makalah atau

jurnal. Suatu hasil yang praktik juga digalakkan daripada projek yang dijalankan. Strategi

berasaskan projek membolehkan pelajar menjalankan aktiviti mengikut minat dan

kecenderungannya sendiri.

11

Page 12: Pembelajaran berasaskan projek

Menurut Abd Ghafar Md Din (2009) di dalam bukunya yang bertajuk ‘Prinsip dan Amalan Pengajaran’, beliau mendefinisikan pengajaran adalah satu proses penyampaian iaitu untuk menyampaikan maklumat. Cara penyampaian maklumat ini dikatakan sebagai kaedah dan teknik pengajaran. Sistem aktiviti ini sebenarnya dirancang dan diolah oleh guru untuk menyampaikan pemahaman tentang maklumat atau pengetahuan tertentu kepada murid-murid dalam suasana yang dinamakan bilik darjah. Sebagai satu proses, pengajaran melibatkan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang membolehkan pelajar mempelajari dan menguasainya secara berkesan.

Menurut Abd Ghafar Md Din (2009), mengajar bermaksud menukar tingkah laku dan kelakuan murid-murid melalui ilmu pengetahuan atau kepercayaan baharu. Untuk mencapai hasrat ini, proses pengajaran harus dapat dilaksanakan secara berkesan, iaitu melalui prosedur yang sistematik yang telah terlebih dahulu dirancangkan. Perhatian harus diberi kepada aspek perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Setiap murid yang terlibat dalam proses pembelajaran mempunyai potensi intelek, emosi, rohani dan jasmani yang tersendiri. Kepakaran guru mengeksploit pengetahuan dan pengalaman mereka dengan cara mempelbagaikan teknik dan cara pengajaran, disesuaikan pula dengaaan keperluan murid, merupakan satu seni yang paling berharga kepada murid-murid tersebut. Melalui bakat dan seni mengajar yang tersendiri, guru-guru mampu mengetengahkan satu bentuk pengajaran yang sempurna. Kebolehan menggunakan kreativiti sendiri seperti ini perlu dilatih dan seterusnya dikuasai untuk membolehkan terciptanya satu bentuk pengajaran yang lebih berkesan.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), Pengajaran merupakan satu sistem aktiviti yang secara khusus ditujukan kepada murid-murid dengan tujuan membawa perubahan dalam kalangan mereka. Secara umumnya, pengajaran adalah perihal mengajar, segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar (seperti cara atau sistem mengajar, aspek yang dipentingkan dan lain-lain yang berkenaan dengannya).

Kimble (1961) menyatakan bahawa, pembelajaran ialah perubahan potensi tingkah

laku yang lebih kurang tetap dan yang berlaku akibat latihan yang diteguhkan. Kenyataan ini

menggambarkan kepada kita bahawa pembelajaran menghasilkan perubahan tingkah laku dan

pada setiap kali hasil pembelajaran itu diperlihatkan, ia haruslah merupakan tingkah laku

yang dapat diperhatikan. Selain itu, perubahan tingkah laku itu bukan sementara sifatnya. Ia

harus dikekalkan melalui latihan-latihan yang diteguhkan. Pembelajaran juga merupakan

semua perubahan atau penyesuaian semula tingkah laku manusia akibat latihan dan

pemerolehan pengalaman. Pembelajaran adalah proses yang boleh menghasilkan perubahan

pada tingkah laku akibat berlakunya tindak balas terhadap keadaan atau persekitaran.

Biasanya pembelajaran menggalakkan pemerolehan pengetahuan dan kemahiran dan

ini dilakukan melalui satu perlakuan dan teknik tertentu yang bersifat saintifik dan sistematik.

12

Page 13: Pembelajaran berasaskan projek

Dalam proses pembelajaran formal, ia melibatkan pelbagai kegiatan, umpamanya memerhati,

meninjau, membaca, menyoal, memahami, mengingati, menyemak, merujuk, merumus,

membuat keputusan dan sebagainya. Secara umumnya, belajar membawa maksud

penyiasatan untuk kenyataan. Ia melibatkan idea atau aturcara yang belum lagi diketahui oleh

individu. Sebarang penggunaan tenaga untuk pembelajaran bahan baharu, penyelesaian

kepada sesuatu masalah, dapatan terhadap perhubungan-perhubungan baharu atau gerakerja

yang berfaedah boleh dianggap sebagai belajar. Biasanya, dalam sesuatu proses

pembelajaran, seseorang itu mungkin mendapat nilai-nilai lain selain yang utama yang

dikehendakinya pada masa itu.

Secara umumnya, pembelajaran bermaksud satu proses mengakumulasi maklumat

dan pengalaman secara berterusan, yang berlaku dalam diri seorang sejak dilahirkan. Proses

ini berlaku dalam dua bentuk, iaitu sama ada disedari ataupun tidak disedari. Biasanya,

pembelajaran melibatkan organ deria untuk mengesan semua bentuk pengalaman dan ilmu

pengetahuan yang berselerak di persekitaran. Sewaktu organ-organ ini digunakan, seseorang

akan memilih rangsanga-rangsangan yang sesuai dan diperlukan daripada persekitaran itu,

kemudian diproses dalam otak untuk dijadikan pengalaman yang bermakna. Tindakan

mempraktikkan pengalaman yang baru diperoleh itu dianggap sebagai perubahan tingkah

laku, dan ini menggambarkan satu pembelajaran yang sebenar.

Kesimpulannya, strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada kemahiran dan

kecekapan merancang serta menguruskan kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai

objektif pelajaran secara optimum. Di dalam bidang pendidikan, konsep strategi merujuk

kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik

dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Dengan

perkataan lain, strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada penentuan dan

perancangan kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai objektif jangka panjang sesuatu

pendekatan. Di dalam bidang pendidikan, terdapat banyak kaedah dan teknik mengajar yang

disarankan oleh pakar-pakar pendidikan. Antara strategi yang kerap digunakan ialah, strategi

berasaskan projek dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

13

Page 14: Pembelajaran berasaskan projek

Definisi Pengajaran Berasaskan Projek

.

Pembelajaran berasaskan projek merupakan proses pembelajaran yang berfokuskan

tugasan amali secara sistematik/terancang dalam jangka masa yang tertentu. Ia biasanya

melibatkan kutipan serta analisis data dan satu laporan yang betul. Pembelajaran berasaskan

projek juga merupakan suatu kaedah pengajaran yang menekankan kajian dalam bentuk

projek sebagai cara murid memperolehi ilmu. Kaedah ini menekankan pembelajaran kendiri

serta amalan penerokaan oleh murid.

Kaedah projek adalah satu strategi mengajar yang disarankan oleh professor William

Kilpatrick (1871-1965), dengan pengubahsuaian daripada kaedah penyelesaian masalah yang

dikemukakan oleh Dewey. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pendekatan berasaskan projek

boleh membantu guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menarik. Dalam

pendekatan berasaskan projek, pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik apabila guru dan murid dapat

mengalami sendiri sesuatu situasi pembelajaran melalui projek yang dilaksanakan.

Perkataan 'projek' yang digunakan dalam kajian ini merupakan kata kunci utama

dalam istilah pembelajaran berasaskan projek. Menurut Moursund (2003), pelajaran

berasaskan projek merupakan strategi pembelajaran berpusatkan pelajar yang melibatkan

pelajar menerbitkan atau membangunkan produk dan mempersembahkannya kepada pelajar

lain, guru dan pihak lain. Di dalam bilik darjah, pengembangan kreativiti memerlukan

persekitaran pembelajaran yang berpusatkan pelajar dengan guru sebagai pemudah cara

(Craft, 2000). Walau bagaimanapun, projek pembangunan produk kreatif melibatkan masa

lama dan jadual waktu anjal (Moursund, 2003).

Menurut Rowe, 2004, guru sepatutnya mengembangkan kreativiti pelajar dengan

membangkitkan perasaan ingin tahu dan memperbanyakkan aktiviti kemahiran praktikal

(hands-on) dan penyelesaian masalah secara berpasukan melalui strategi penerokaan dan

penemuan.

Craft, (2003), pula menyatakan bahawa, Sebenarnya guru-guru menyedari

kepentingan kreativiti dalam pendidikan, tetapi mereka menghadapi dilema, kerana

pemupukan kreativiti memerlukan masa lama dan anjal, sedangkan mereka terikat dengan

kurikulum dan pedagogi yang disarankan.

14

Page 15: Pembelajaran berasaskan projek

Tujuan projek adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam

sesuatu bidang atau domain interdisiplinari. Projek pelajar boleh dilaksanakan secara

berpasukan kerana proses interaksi sosial yang dilalui pelajar memberi kebaikan kepada

diri mereka. Dari segi keberkesanan kerja secara berpasukan, telah banyak kajian

menunjukkan strategi pembelajaran koperatif dan kolaboratif adalah lebih baik daripada

pembelajaran secara individu (Johnson dan Johnson, 1999).

Dalam kaedah ini, pelajar biasanya diberi kebebasan untuk memilih. Tema bagi

projeknya, dipilih dari senarai tema yang disediakan. Dari situ, pelajar mengumpul segala

maklumat dan bahan yang berkaitan projek yang akan dijalankan. Untuk melakukan ini,

pelajar mungkin terpaksa menjangkau dan melangkah bidang yang pelbagai dan luas. Tema

dipilih sedemikian supaya penyatu paduan antara beberapa disiplin boleh berlaku. Dengan

cara ini, projek dapat meluaskan skop pemikiran pelajar.

Kaedah projek adalah berlandaskan teori bahawa pelajar akan lebih mudah

memahami isi pelajaran dengan cara mengalami dan membuat sendiri. Melalui kaedah ini,

pelajar akan dapat menjalankan aktiviti pembelajaran dengan penuh minat dan perhatian

dalam suatu situasi sebenar bagi mendapatkan hasil yang diharapkan. Biasanya pelajar akan

menjalankan projek selepas selesai menguasai sesuatu kemahiran tertentu. Dengan

menjalankan kerja-kerja projek ini, pelajar akan memperoleh pengalaman yang lebih luas di

samping mengembangkan potensi diri mereka secara global dan menyeluruh, selain

mengukuhkan kemahiran-kemahiran yang baru dikuasai.

Kaedah projek ini adalah berlandaskan teori pembelajaran bahawa hasil pembelajaran

murid akan menjadi lebih berkesan jika mereka menaruh minat dan bersedia untuk

melaksanakan aktiviti pembelajaran yang dirancangkan dengan cara yang menarik. Dengan

hal yang demikian, kaedah projek ini menyarankan bahawa murid-murid belajar melalui

aktiviti permainan, kerja praktikal, kajian dan lawatan. Melalui kaedah ini, murid-murid

dapat menjalankan aktiviiti pembelajaran dengan penuh minat dan perhatian dalam satu

situasi yang sebenar untuk mendapatkan sesuatu hasil yang diharapkan.

Di bawah program Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru

Sekolah Menengah (KBSM), kerja projek merupakan suatu rancangan kerja berdasarkan

topik yang digemari oleh murid-murid. Di mana, ia merupakan lanjutan kepada aktiviti

pembelajaran selepas mereka telah mempelajari sesuatu topik atau menguasai kemahiran-

kemahiran tertentu.Secara am, tujuan menentukan strategi ini adalah untuk membolehkan

15

Page 16: Pembelajaran berasaskan projek

murid-murid melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti pembelajaran mereka serta

menguasai kemahiran dengan berkesan.

Menurut Norasmah Othman & Shuki Osman (2009), Kaedah projek merupakan

kaedah yang telah diubahsuai daripada kaedah menyelesaikan masalah. Melalui kaedah ini

pelajar akan berpeluang merasai sendiri pengalaman pembelajaran dengan melakukan sendiri

aktiviti-aktiviti pembelajaran. Kaedah ini berkait rapat dengan kaedah lain seperti kaedah

permainan, kerja praktikal, penyelesaian masalah dan luar kelas. Melalui kaedah ini, guru

berupaya menimbulkan minat di kalangan pelajar bagi melaksanakan sendiri beberapa aktiviti

dalam bentuk dan situasi yang sebenar. Kaedah ini boleh dilakukan, sama ada secara

berseorangan ataupun berkumpulan.

Tujuan kaedah ini adalah untuk meningkatkan penglibatan pelajar dengan idea-idea

konseptual dan mengembangkan kemahiran-kemahiran yang tidak mungkin dicapai melalui

kaedah-kaedah pengajaran yang lain. Dalam kaedah ini, peranan utama guru adalah

menyediakan tajuk-tajuk projek dan memberi peluang kepada para pelajar memilih tajuk-

tajuk yang mereka gemari, menyediakan garis panduan secara bertulis serta menerangkan

cara mematuhi garis panduan berkenaan sepanjang projek dijalankan di samping bertindak

sebagai pembimbing. 

Kaedah pembelajaran berasaskan projek ini menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu

melalui pengalaman, pemerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji

aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya kaedah ini

memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat

pengamatan dan penanggapan secara berkesan.

16

Page 17: Pembelajaran berasaskan projek

Ciri-ciri Pembelajaran Berasaskan Projek

Pembelajaran Berasaskan Projek melibatkan pendekatan berfokuskan murid meneroka

sendiri. Seorang pengkaji, Nancy Kraft menyatakan beberapa ciri Pembelajaran Berasaskan

Projek yang merangkumi:

Membolehkan cara pembelajaran yang pelbagai

Persekitaran yang bebas dalam membuat pilihan berkaitan pembelajaran

Menggalakkan penggunaan kemahiran berfikir peringkat tinggi

Menggunakan kaedah pengalaman ‘hands-on’

Memberi pemahaman yang tinggi

Boleh dirujuk oleh semua pelajar

Melibatkan pelbagai mod komunikasi

Pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri

Pelajar merasa pembelajaran kurikulum sebagai kepunyaan sendiri

Projek menggalakkan pembelajaran yang bermakna dengan menghubungkan

yang baru dengan yang lama

Pembelajaran merentasi kurikulum Guru sebagai fasilitator.

Penilaian kendiri pelajar dalam pembelajaran digalakkan.

Dijalankan secara individu atau secara berkumpulan.

Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil

yang siap.

Mengintegrasikan pengetahuan dengan aktiviti.

Interaksi guru – murid yang berupa bimbingan dan perundingan pada setiap

tahap proses.

Guru perlu menjelaskan prosedur pelaksanaan yang lengkap.

Proses ini melibatkan pengumpulan bahan, maklumat, data, memproses

maklumat dan data, dan pelaporan hasil juga refleksi kendiri.

Sesuai dengan murid dan kurikulum.

Berasaskan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan kebolehan murid.

Kelebihan dan Kekurangan Pembelajaran Berasaskan Projek

17

Page 18: Pembelajaran berasaskan projek

Kaedah pembelajaran berasaskan projek dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Melayu ini mempunyai beberapa kelebihan. Melalui strategi ini, hubungan guru dengan

pelajar akan lebih mesra kerana guru dan pelajar saling berkomunikasi dan bertukar

pendapat. Persepsi negatif pelajar kepada guru juga akan berubah kerana proses interaksi

sentiasa berlaku. Tujuan utama strategi ini ialah untuk menggalakkan pelajar

mengembangkan kemahiran diri dalam mengemukakan hujah, pendapat, menyoal serta

menyelesaikan masalah. Keadaan ini membolehkan pelajar berfikiran dengan lebih luas dan

mendidik pelajar supaya berani dan yakin kepada diri sendiri dalam mengemukan hujah,

pendapat dan seterusnya menyelesaikan masalah. Galakan daripada guru akan menambahkan

lagi keyakinan pelajar. Topik yang dipilih oleh guru mestilah sesuai dengan objektif

pembelajaran dan pengajaran serta dapat menarik minat pelajar. Keadaan ini membolehkan

pelajar belajar dalam keadaan yang gembira tanpa tekanan yang membebankan.

Kelebihan yang seterusnya ialah murid-murid boleh menggunakan pengetahuan dan

kemahiran yang dipelajari semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah untuk

mencubanya dalam situasi yang sebenar dan menghasilkan sesuatu. Ini akan mendorong

mereka belajar dalam situasi yang seronok dan bermakna.

Selain itu, semangat kerjasama dan sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui

kerja projek berdasarkan kumpulan pelbagai kebolehan, pelajar turut melibatkan diri secara

aktif dalam membuat dan menyediakan projek secara berkumpulan dan menanamkan sikap

koperatif dalam kalangan pelajar. Hal ini kerana, kebiasaannya sesuatu projek dilakukan di

dalam kumpulan, dengan ini, semangat bekerjasama antara ahli kumpulan dapat disemai dan

dipupuk.

Antara kelebihan lain yang diperoleh melalui perlaksanaan projek dalam pengajaran

dan pembelajaran bahasa Melayu ialah mewujudkan komunikasi positif dan perhubungan

kolaboratif dalam kalangan pelajar yang pelbagai terutama dalam kumpulan pelajar.

Murid-murid juga, dapat belajar mengumpul maklumat dan menganalisis.

Kebanyakan projek memerlukan sumber yang memberi peluang kepada pelajar untuk

mencari sendiri maklumat yang diperlukan. Pelajar-pelajar boleh menggunakan pelbagai jenis

sumber seperti pusat sumber, media massa, internet, dan Kamus Peribahasa.

Kemahiran membentangkan tugasan juga dapat diperoleh oleh para pelajar.

Kebiasaannya guru akan meminta setiap pelajar membentangkan hasil tugasan yang mereka

18

Page 19: Pembelajaran berasaskan projek

lakukan untuk sesebuah projek. Ini akan dapat meningkatkan lagi kemahiran dan keyakinan

para pelajar ketika berhadapan dengan rakan-rakan lain.

Seterusnya, strategi ini mempunyai beberapa kelebihan lain, antaranya ialah minat

pembelajaran dan daya kreatif murid dapat dipupuk, serta mampu mengembangkan

kemahiran psikomotor dan daya kreatif murid-murid. Tambahan pula, melalui projek ini, ia

dapat memberi peluang kepada murid mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang

berfaedah. Projek ini juga mampu menarik perhatian murid-murid terhadap satu-satu topik

yang khusus, Memberi peluang mereka menjana idea mengenai topik tersebut, mengajar

mereka untuk menerima dan menghormati perbezaaan individu, mengalakan mereka untuk

sedia menanggung risiko dalam berkongsi idea dan pandangan masing-masing serta

menunjukan bahawa sumbangan idea mereka dihargai.

Selain daripada itu juga, pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan

masalah yang mereka alami sepanjang mengendalikan sesuatu projek dan pastinya aktiviti

yang dijalankan bermakna dan berilmiah.

Pembelajaran berasaskan projek juga mampu menarik minat dan memotivasikan

pelajar yang kurang menumpukan perhatian dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran,

menolong pelajar dalam memahami dan mengaplikasikan pengetahuan, menolong pelajar

dalam pembelajaran dan menguasai kemahiran menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan

pengurusan kendiri, mengintegrasikan bidang kurikulum, pengajaran bertema dan isu-isu

komuniti, menggalakkan akauntabiliti dan penentuan matlamat, serta memenuhi keperluan

pelajar yang mempunyai tahap pembelajaran dan gaya pembelajaran yang berbeza.

Kaedah projek ini mempunyai beberapa kelebihan lain, di antaranya adalah minat

pembelajaran dan gaya kreatif murid dapat dipupuk. Di samping itu murid dapat

menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi untuk menghasilkan sesuatu.

Tambahan pula ia memberi peluang kepada murid menggunakan masa lapang yang

berfaedah. Apabila sesuatu objek dihasilkan dengan baik, dan dipamerkan akan

membolehkan murid menikmati rasa kejayaan serta kebanggaan. Perasaan ini akan

mendorong murid supaya berusaha secara berterusan dengan lebih tekun lagi.

Walaupun terdapat banyak kebaikan di dalam aktiviti pembelajaran berasaskan

projek, namun terselit juga beberapa kelemahannya. Misalnya strategi berasaskan projek ini

memerlukan banyak tenaga dan masa untuk dilaksanakan. Murid-murid dan guru terpaksa

19

Page 20: Pembelajaran berasaskan projek

meluangkan lebih banyak masa dan tenaga untuk menyiapkan sesebuah projek. Sebagaimana

maklum, sesebuah projek yang dihasilkan mengambil masa sekitar dua hingga tiga minggu

untuk dilaksanakan. Hal ini menyebabkan banyak masa dan tenaga terpaksa dihabiskan

semata-mata untuk menyiapkan projek ini.

Seterusnya, kelemahan strategi berasaskan projek dalam pengajaran yang lain ialah

mengurangkan fokus pelajar terhadap pengajaran yang dijalankan. Ini kerana aktiviti secara

berkumpulan adalah menekankan kepada pembelajaran berpusatkan pelajar. Dengan ini ia

akan memudahkan sesetengah pelajar untuk tidak melibatkan diri secara aktif dalam

pengajaran yang diberikan. Permasalahan ini juga turut menyumbang kesulitan kepada

pengajaran guru. Ini kerana kaedah perbincangan yang diterapkan menyulitkan para guru

untuk mengenalpasti tahap kefahaman setiap pelajar. Sepertimana yang kita ketahui, daya

intelek dan tahap kefahaman setiap pelajar adalah berbeza. Dengan ini, ia akan menyebabkan

sesetengah pelajar yang tidak menguasai tahap kefahaman terhadap pengajaran yang

diberikan terus hanyut dan lemah untuk menguasainya. Keyakinan dan kesungguhan pelajar

untuk berusaha memahami pengajaran yang diberikan akan terus berkurang sehingga boleh

menyebabkan pelajar tersebut lalai dalam memperoleh ilmu pengetahuan terhadap aspek

yang diajar. Oleh itu, guru harus memastikan setiap pelajar mengambil bahagian dalam

tugasan yang diberikan dan memantau setiap kumpulan sambil bersoal jawab dengan setiap

pelajar dalam kumpulan.

Kelemahan yang seterusnya ialah, perbelanjaan untuk menghasilkan projek pula

melibatkan kos yang tinggi. Untuk menghasilkan sesebuah projek pelajar harus

mengeluarkan perbelanjaan yang banyk untuk membeli bahan dan alatan yang diperlukan

untuk membuat projek. Contohnya dalam projek buku skrap, pelajar perlu membeli alatan

seperti pensil warna, Buku Skrap, kertas mah-jong, Marker, gam, gunting, kertas warna dan

banyak lagi.

Melalui pembelajaran berasaskan projek, ianya memerlukan guru yang serba boleh dan

menambah beban tugas guru kerana peranannya amat penting dalam menjayakan sesuatu

projek. Kelemahan yang terakhir ialah, Murid-murid yang menghasilkan projek yang kurang

menarik tidak mendapat peluang untuk mempamerkan projek yang mereka hasilkan, hal ini

akan menyebabkan mereka berasa kecewa kerana menganggap hasil kerja mereka tidak

diiktiraf. Perasaan negatif ini mungkin mendatangkan kesan yang buruk terhadap

pembelajaran mereka pada masa hadapan.

20

Page 21: Pembelajaran berasaskan projek

Kesimpulannya, pembelajaran berasaskan projek ini mendatangkan lebih banyak

kebaikan kepada pelajar dan guru berbanding keburukan. Strategi ini lebih menekankan

kepada penglibatan guru dan pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya

kedua-dua belah pihak memberi kerjasama yang baik ketika pengajaran berlaku, maka

suasana pengajaran akan menjadi lebih bermakna dan baik mampu diwujudkan berbanding

menggunakan cara pengajaran seperti biasa.

Strategi perlaksanaan Berasaskan Projek dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa

Melayu.

Strategi yang boleh digunakan oleh guru dalam melaksanakan pembelajaran berasaskan

projek adalah seperti gambarajah di bawah.

Rajah 1: strategi perlaksanaan pembelajaran berasaskan projek

Sesebuah projek boleh dilaksanakan secara perseorangan atau secara berkumpulan. Guru

perlu memastikan bahawa langkah-langkah berikut diberi perhatian agar kaedah projek dapat

21

Memberikan Tugasan Mengikut

KurikulumTugasan Perlu Mengambil

Kira Keupayaan Dan Kemampuan Pelajar Yang

Terlibat

Menentukan Jadual Kerja

Memastikan Bilangan Ahli

Kumpulan Kecil

Penilaian Projek Perlu Mencerminkan Daya Usaha Setip Pelajar Dalam Kumpulan

Guru Perlu Memberikan Bimbingan dan Pemantauan

Penilaian Dilaksanakan

Sepanjang Tempoh Projek

Perlaksanaan dan Perancangan Secara

Berperingkat

penyediaan jadual penentu tugasan dan

panduan memberi markah

Pembentangan, Penilaian Dan

Pemurnian Tugas

Penyerahan Projek

Page 22: Pembelajaran berasaskan projek

dijalankan dengan lebih teratur dan berkesan agar mencapai hasil pelajaran yang memuaskan.

Perkara tersebut ialah:

1. Objektif dan aktiviti kerja projek harus ditentukan berdasarkan kecenderungan dan

kemahiran murid-murid. Sesuatu projek perlu mempunyai objektif-objektif tertentu.

Dengan adanya objektif-objektif ini guru dan pelajar mempunyai hala tuju yang betul

dan dapat menilai pencapaian mereka.

2. Adakan rancangan yang baik dan lengkap seperti membahagikan kerja untuk setiap

kumpulan demi menjamin kelicinan perlaksaannya.

3. Menentukan cara mempamerkan hasil-hasil kerja murid, cara menyimpannya dan

penggunaannya sebagai alat bantu mengajar pada masa akan datang.

Strategi Perlaksanaan Berasaskan Projek Buku Skrap dalam Pengajaran Dan

Pembelajaran Bahasa Melayu

Projek buku skrap ini dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Melayu. Projek ini dilaksanakan selepas murid mempelajari peribahasa Melayu. Guru akan

menguji kefahaman mereka terhadap apa yang mereka pelajari di dalam kelas. Projek buku

skrab ini bertajuk, “Menguji Kefahaman Pelajar Terhadap Pembelajaran Peribahasa Melayu”.

Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas,

mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Peribahasa merangkumi

simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan dan perbilangan serta bahasa kiasan yang

perlu di ajarkan dalam pendidikan Bahasa Melayu. Pemilihan peribahasa hendaklah

dilakukan berdasarkan kesesuaian falsafah, keperibadian dan nilai murni masyarakat Melayu

khususnya dan masyarakat Malaysia amnya. Penguasaan bahasa melayu ini merupakan

lanjutan daripada penguasaan peribahasa pada peringkat sekolah rendah. Peribahasa

hendaklah diajar dalam konteks. Buku-buku peribahasa Melayu boleh dijadikan sebagai

sumber rujukan. Pengajaran peribahasa perlu digabungjalinkan dengan pengajaran bahasa.

Contohnya, guru boleh menggunakan peribahasa yang mempunyai nilai yang sesuai dengan

tema atau topik yang dibincangkan. Pelajar juga digalakkan menggunakan peribahasa dalam

penulisan.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

22

Page 23: Pembelajaran berasaskan projek

Tarikh : 9 April 2012 (Isnin)

Masa : 10.30- 11.30 am

Tempoh : 60 Minit

Tingkatan : 1 Cekap

Sekolah : Sek.Men.Keb Seri Medan Batu Pahat Johor

Bil.Murid :20 Orang

Matapelajaran : Bahasa Melayu

Tajuk : Peribahasa Melayu

Tema : Menguji kefahaman pelajar terhadap pembelajaran Peribahasa

Melayu

Objektif: : Pada akhir pelajaran, pelajar akan dapat :

1. Pelajar dapat mengenal pasti jenis-jenis peribahasa Melayu.

2. Pelajar mengetahui maksud peribahasa yang dipelajari.

3. Pelajar mampu mengaplikasikan peribahasa dalam kehidupan seharian.

4. Pelajar mampu mencari 50 peribahasa Melayu beserta maksud dan membina satu

contoh ayat yang sesuai bagi setiap peribahasa yang dinyatakan.

5. Pelajar mengamalkan sikap bekerjasama dalam kumpulan untuk menghasilkan projek

yang diberikan.

6. Projek buku skrap ini, mampu menjadikan pelajar lebih bersifat kreatif dan inovatif

dalam melaksanakan sesuatu tugasan.

Nilai- nilai murni:

1. Bekerjasama dalam kumpulan.

2. Hormat- menghormati

3. Mengikut segala arahan yang diberikan oleh guru dan ketua kumpulan.

Aktiviti/ Isi Pengajaran :

1. Mencari peribahasa Melayu dan maksudnya.

2. Perbincangan maksud beserta contoh ayat.

3. Pembentangan kumpulan.

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) :

23

Page 24: Pembelajaran berasaskan projek

Kemahiran Berfikir

Menghubungkaitkan, mencirikan, mengimbas kembali, menilai, penjanaan idea,

penggabungjalinan dan teknik perbincangan

Kecerdasan Pelbagai

Interpersonal, Intrapersonal, Verbal-linguistik, soft skill.

Pengetahuan Sedia Ada

Murid sudah mengetahui tentang peribahasa yang dipelajari di dalam kelas.

Bahan Bantu Mengajar :

Komputer, sambungan Internet, Kamus Peribahasa Melayu dan buku teks.

Kemahiran Bahasa

1. Membaca dan Menulis

2. Mendengar

Refleksi :

1. Pelajar mencari 50 Peribahasa Melayu.

2. Pelajar dapat mengetahui maksud peribahasa serta mampu membina ayat berdasarkan

peribahasa yang dinyatakan.

3. Diharapkan pelajar dapat memperoleh sesuatu yang baru untuk meningkatkan

pengetahuan mereka.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

24

Page 25: Pembelajaran berasaskan projek

25

LANGKAH ISI PENGAJARAN

KAEDAH PENGAJARAN &

PEMBELAJARANCATATAN

Set induksi(10 minit)

Gambaran mengenai tajuk pengajaran iaitu projek menguji kefahaman pelajar terhadap peribahasa Melayu.

1. Guru menerangkan maksud peribahasa melayu.

2. Guru menyenaraikan jenis-jenis peribahasa melayu.

3. Guru menerangkan tajuk tugasan secara terperinci.

1. Teknik mengimbas kembali .

2. Menghubungkaitkan3. Mendengar aktif

Langkah 1(10 minit)

Membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan

1. Pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan

2. Melantik ketua kumpulan

3. Setiap kumpulan diberikan tajuk yang berbeza. Kumpulan 1

peribahasa tentang Ayam

Kumpulan 2 Peribahasa tentang Hati

Kumpulan 3 Peribahasa tentang Kaki

Kumpulan 4Peribahasa tentang Anak

1. Mendengar aktif

Langkah 2(5 minit)

Latihan pemahaman

1. Guru mengedarkan soalan pemahaman kepada setiap kumpulan.

2. Jawap 20 soalan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

1. Menguji kefahaman pelajar secara berkumpulan.

2. Ujian kefahaman dilakukan sebelum memulakan projek.

Langkah 3(20minit)

Sesi perbincangan

1. Guru meminta pelajar duduk secara berkumpulan.

2. Setiap kumpulan perlu mencari 50 peribahasa Melayu beserta makna dan contoh ayat berdasarkan jenis peribahasa yang mereka pilih.

1. Menghubungkaitkan2. Menjana idea3. Berbincang, inkueri

penemuan4. Penggunaan internet,

notebook, Kamus peribahasa.

5. Interpersonal6. Keberanian

berhadapan dengan

Page 26: Pembelajaran berasaskan projek

SET INDUKSI

Guru memberikan tugasa mengikut kurikulum iaitu menggunakan kurikulum Bahasa Melayu.

Seterusnya, guru memberi gambaran mengenai tajuk pengajaran iaitu menguji kefahaman

pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran Peribahasa Melayu. Tugasan yang diberikan

oleh guru ini mengambil kira keupayaan dan kemampuan pelajar yang terlibat, dimana

objektif dan aktiviti kerja projek harus ditentukan berdasarkan kecenderungan dan kemahiran

murid-murid di dalam kelas. Guru haruslah melaksanakan projek ini, setelah mereka selesai

mengajar dan yakin pelajar faham apa yang mereka pelajari. Ketika ini, guru akan

mengimbas kembali sesi pengajaran peribahasa Melayu yang pernah dibuat di dalam kelas.

Guru menerangkan apakah maksud peribahasa Melayu, menyenaraikan jenis-jenis peribahasa

Melayu, serta menerangkan tajuk tugasan secara terperinci. Guru turut menetapkan tarikh

serahan projek iaitu 3 minggu setelah projek bermula.

LANGKAH 1 (Membahagikan Pelajar Kepada Beberapa Kumpulan)

Guru membahagikan para pelajar kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan ini terdiri

daripada lima orang ahli. Guru mengarahkan setiap kumpulan melantik ketua kumpulan

masing-masing. Ketua kumpulan ini akan bertanggungjawab membahagikan tugasan kepada

ahli kumpulan yang lain agar semua ahli kumpulan terlibat dalam projek yang dilaksanakan.

Setelah selesai, setiap kumpulan akan diberikan tugasan yang sama iaitu mencari 50 jenis

peribahasa melayu beserta maksud dan bina satu contoh ayat yang sesuai bagi setiap

peribahasa untuk menunjukkan bahawa pelajar faham akan maksud dan penggunaannya.

Tema projek untuk setiap kumpulan adalah sama iaitu peribahasa Melayu, namun tajuk

projek setiap kumpulan adalah berbeza. Kumpulan 1 perlu mencari 50 peribahasa tentang

Ayam beserta maksud dan contoh ayat. Kumpulan 2 perlu mencari 50 peribahasa tentang

Hati beserta maksud dan contoh ayat. Kumpulan 3 perlu mencari 50 peribahasa tentang kaki

beserta maksud dan contoh ayat. Kumpulan 4 perlu mencari 50 peribahasa tentang anak

beserta maksud dan contoh ayat. Setiap ahli kumpulan perlu bekerjasama dalam menyiapkan

projek ini.

26

Page 27: Pembelajaran berasaskan projek

Rajah 2: Contoh pelajar menjalankan projek mengikut kumpulan

LANGKAH 2 ( Latihan Pemahaman)

Sebelum menjalankan projek ini, guru perlu menguji kefahaman para pelajar terhadap

pengajaran peribahasa melayu. Ujian kefahaman dilakukan berdasarkan latihan pemahaman

yang diberikan. Hal ini bertujuan untuk memastikan para pelajar mahir dan mampu

menguasai ilmu peribahasa Melayu agar mereka berjaya melaksanakan projek yang

diberikan. Contoh latihan pemahaman adalah seperti di bawah.

LATIHAN PEMAHAMAN

Bulatkan jawapan yang betul berdasarkan soalan yang diberi. Para pelajar dikehendaki

memilih peribahasa yang sesuai berdasarkan konteks dan situasi yang terdapat di dalam ayat.

1. Budak yang ....................... itu tidak mengambil masa yang lama untuk memahami pelajaranyang sedang diajar.

A. terang hatiB. sampai hatiC. cekal hatiD. ada hati

2. Norshahrul merupakan ............... pasukan Kelantan. Tidak hairanlah segala kemahuannya dituruti.

A. Ayam tambatanB. Buah hatiC. ringan tulangD. tulang empat kerat

3. Mat Deris begitu ................ menanam pokok buah-buahan di sawah yang telah lama terbiar.

A. ada hati

27

Page 28: Pembelajaran berasaskan projek

B. cekal hatiC. kecil hatiD. rendah hati

4. Sejak peristiwa itu Puan Salwa .............. untuk membenarkan anaknya menyertai perlawananbola sepak.

A.  jauh hatiB. kecil hatiC. berat hatiD. patah hati

5. Kawan-kawan sekelian, kita mestilah .............. dengan kejayaan mereka kalau mereka bolehmengapa kita tak boleh.

A. ambil hatiB. iri hatiC. cekal hatiD. besar hati

6. Puan Eda baharu pulang dari Jepun. Mari kita pergi jumpa dia. Kalau nasib kita baik kita akan dapat ..............

 A. bekas tanganB. tanda mata C. buah hatiD. mengadu nasib

7. Sahabat yang baik tidak patut ................ kawan di hadapan rakan-rakan yang lain. 

A. membuka tembelangB. membuka langkahC. membuka mulutD. membuka kaki

8. Kakinya luka terpijak paku kerana tabiatnya yang gemar .................. apabila rayau di belakang rumah.

A. berkaki ayamB. berkaki bangkuC. berkaki botolD. berkaki bola

9. Walaupun Puan Rogayah .................... , namun dia sangat disayangi oleh anak-anak Encik Zalikerana tingkahlakunya yang baik.

A. ibu angkat

28

Page 29: Pembelajaran berasaskan projek

B. anak emasC. buah hatiD. ibu tiri

10. Sejak tamat sekolah, kerjanya cuma ................... di rumah. Dia sedikitpun tidak mahu berusahamencari kerja.

 A. makan anginB. memilih buluC. makan tidurD.  bermain mata

11. Walaupun badannya kecil tetapi dia berlari laju macam ................. . 

A. rusa masuk kampungB. beruang dalam belukar C. kuda belangD. lipas kudung

12. Jika kita pertama kali ke Kuala Lumpur kita akan tercengang-cengang seperti .............

A. rusa masuk kampungB. burung dalam sangkar C. ayam kehilangan anakD. anjing menyalak bukit

13. Pasukan Bolasepak Kedah tidak puas hati dengan keputusan pengadil itu. Mereka mendakwa pengadil itu ............... .

 A. berat perutB. berat badanC. berat mataD. berat sebelah

14. Kawasan sekolah itu semak-samun kerana pekerjanya suka ................  

A. curi hatiB. curi tulangC. curi ayamD. curi kerja

15. " .................... apabila saya mengajar !" kata Cikgu Amid dengan keras. 

A. Dengar telingaB. Dengan lihatC. Pasang telingaD. Pasang mata

29

Page 30: Pembelajaran berasaskan projek

16. Walaupun badannya kecil tetapi dia berlari laju macam ................. . 

A. rusa masuk kampungB. beruang dalam belukar C. kuda belangD. lipas kudung

17. Jika kita pertama kali ke Kuala Lumpur kita akan tercengang-cengang seperti ............ 

A. rusa masuk kampungB. burung dalam sangkar C. ayam kehilangan anakD. anjing menyalak bukit

18. Kawasan sekolah itu semak-samun kerana pekerjanya suka ........ . 

A. curi hatiB. curi tulangC. curi ayamD. curi kerja

19. Kakak jiran di sebelah rumah saya pemurah orangnya tetapi dia suka menceritakan hal oranglain.

 A. buah mulutB. murah mulutC. mulut besarD.  bawa mulut

20. Fatimah bergaduh dengan Chua adalah disebabkan Tijah menjadi ................... nya.

A. hati batuB. kepala batuC. batu kerasD. batu api

LANGKAH 3 ( Sesi perbincangan)

30

Page 31: Pembelajaran berasaskan projek

Guru mengarahkan pelajar untuk untuk duduk secara berkumpulan, berdasarkan

kumpulan yang telah ditetapkan. Hal ini bertujuan untuk membincangkan tajuk tugasan yang

diperolehi oleh mereka secara berkumpulan. Di dalam sesi perbincangan setiap kumpulan

perlu mencari 50 peribahasa Melayu beserta makna dan contoh ayat berdasarkan jenis

peribahasa yang mereka pilih. Setiap kumpulan ini diberi kebebasan untuk memilih alat bantu

mengajar. Antara alat bantu mengajar yang digunakan oleh para pelajar ialah penggunaan

internet, notebook, dan kamus peribahasa. Setiap ketua kumpulan akan mengagihkan tugasan

kepada ahli-ahli kumpulan, dimana setiap ahli perlu mencari 10 peribahasa yang berlainan.

Melalui aktiviti perbincangan ia akan mampu menjana idea yang bernas daripada ahli-ahli

kumpulan selain mampu melaksanakan tugasan dengan lebih cepat dan menjimatkan masa.

Guru perlu memberi bimbingan dan pemantauan sepanjang tempoh projek iaitu ketika setiap

kumpulan melakukan perbincangan mereka di dalam kelas. Guru memantau peranan setiap

ahli kumpulan yang terlibat agar semua ahli kumpulan dapat melibatkan diri dalam

perbincangan ini. Setelah selesai sesi perbincangan, setiap ahli kumpulan akan

menggabungkan hasil dapatan yang mereka peroleh. Selepas itu pelajar diarahkan untuk

menyenaraikan contoh peribahasa beserta maksud dan contoh ayat yang sesuai di atas kertas

mahjong.

Sesi perbincangan adalah satu aktiviti yang memberi peluang kepada pelajar untuk

mengambil bahagian secara langsung dalam aktiviti pembelajaran. Sesi perbincangan yang

dirancang dengan rapi akan mengembangkan pemikiran yang kreatif dan kritis di kalangan

pelajar. Aktiviti seperti ini akan menghasilkan pelajar yang mahir berkomunikasi dan yakin

dalam menyampaikan buah fikirannya kepada orang lain. Perbincangan juga menolong

pelajar memahami sesuatu perkara dengan lebih jelas dan membantu guru mengesan sejauh

mana kefahaman mereka. Untuk mengambil bahagian mereka terpaksa membaca dan berfikir

tentang topik yang akan dibincangkan dan menyampaikan apa yang difahaminya. Contoh

hasil perbincangan setiap kumpulan adalah seperti berikut.

PERIBAHASA MELAYU.

31

Page 32: Pembelajaran berasaskan projek

Cari Maksud Peribahasa dan Bina Ayat Menggunakan Peribahasa Tersebut.

ARAHAN:

1. Bahagikan pelajar kepada 4 kumpulan dengan cara membilang nombor 1- 4 berturutan.

2. Setiap kumpulan melantik seorang ketua.

3. Ketua kumpulan mencabut undi bagi mendapatkan tugasan kumpulan.

4. Setiap kumpulan menyiapkan tugasan selama 20 minit.

5. Ketua kumpulan membentangkan hasil dapatan

6. Setiap kumpulan menghasilkan buku skrap pada minggu yang seterusnya.

TUGASAN KUMPULAN:

Kumpulan 1

Kumpulan anda dikehendaki mencari 50 peribahasa berkenaan ayam beserta makna dan contoh ayat

berdasarkan bahan yang disediakan iaitu kertas mahjong, marker pen, buku skrap, kertas warna, pensel, gam,

gunting, kertas A4 dan Pensel warna.

Peribahasa Tentang Ayam

1. Buta Ayam = Rabun Ayam Maksud: Mata yang rabun menjelang senja. Contoh Ayat: Dia tidak boleh memandu kereta pada waktu senja kerana dia buta ayam. 

2. Hangat-Hangat Tahi AyamMaksud: Minat atau usaha yang tidak berpanjangan.Contoh Ayat: Kalau berniaga atau mengusahakan apa jua biarlah bersungguh-sungguh jangan hangat-hangat tahi ayam.

3. Ibu AyamMaksud: Perempuan yang memperdagangkan pelacur.Contoh Ayat: Menjadi ibu ayam adalah pekerjaan yang dikutuk oleh Allah.

4. Kaki Ayam = Berkaki AyamMaksud: Tidak memakai kasut.Contoh Ayat: Hafeezat terpaksa berkaki ayam ketika pulang dari masjid kerana kasutnya telah hilang

32

Page 33: Pembelajaran berasaskan projek

5. Ajak-Ajak ayamMaksud: Mempelawa secara tidak bersungguh-sungguh.Contoh Ayat: Mujur dia tidak mahu mengikut saya kerana saya hanya ajak-ajak ayam.

6. Ayam Tambatan:Maksud: Orang yang banyak pengalaman dan menjadi harapan (biasanya dalam pasukan permainan).Contoh Ayat: Abdullah menjadi ayam tambatan pasukan bola sepak negeri Johor kerana kehandalannya menjaringkan gol.

7. Ayam JalakMaksud: Orang yang berani.Contoh Ayat: Sudin digelar ayam jalak Kampung Pegaga kerana telah berjaya menangkap buaya yang telah membaham dua orang penduduk kampung tersebut.

8. Musang berbulu ayamMaksud: Orang jahat menyamar sebagai orang baik-baikContoh: Ali umpama musang berbulu ayam, siang dia membantu ibunya di kedai, waktu malam pula dia mencuri.

9. Ayam tidur senang di dalam reban, musang yang susah beredar sekelilingMaksud: tidak senang melihat kebahagiaan orang lainContoh ayat: oleh kerana hajatnya untuk mengahwini gadia idamannya itu tidak tercapai, maka pemuda itu telah beriktiar sedaya upayanya untuk merosakkan pasangan suami isteri itu dengan menggunakan bomoh-bomoh. Tindakannya ini sama seperti ayat ‘ayam tidur senang di dalam reban musang yang susah beredar sekeliling.

10. Ayam beroga itu jika di pinggan emas sekalipun diberi makan, ke hutan juga perginya.Maksud: orang dagang itu, bagaimana senang di negeri orang, ingat juga akan negerinya sendiriContoh ayat: abu bakar seorang ahli perniagaan yang Berjaya di brunei, tetapi dia umpama Ayam beroga itu jika di pinggan emas sekalipun diberi makan, ke hutan juga perginya..

Kumpulan 2

33

Page 34: Pembelajaran berasaskan projek

Kumpulan anda dikehendaki mencari 50 peribahasa berkenaan kaki beserta makna dan contoh ayat

berdasarkan bahan yang disediakan iaitu kertas mahjong, marker pen, buku skrap, kertas warna, pensel, gam,

gunting, kertas A4 dan Pensel warna.

Peribahasa Tentang Kaki

1. Kaki ArakMaksud: Orang yang suka minum arak.Contoh Ayat: Sejak Ah Cheong menjadi kaki arak, semua wangnya digunakan untuk membeli arak.

2.  Jalan KakiMaksud: Berjalan tanpa kenderaan. Contoh Ayat: Latif berjalan kaki ke sekolah setiap pagi kerana jarak sekolah dari rumahnya tidak jauh.

3. Kaki BangkuMaksud: Tidak pandai bermain bola.Contoh Ayat: Ilham kaki bangku kerana dia tidak pernah bermain bola sepak.

4. Kaki BuliMaksud: Orang yang suka menyakiti dan menganiaya orang yang lemah.Contoh Ayat: Zainal sering diganggu oleh kumpulan kaki buli di sekolahnya yang diketuai oleh Hamzah.

5. Kaki GaduhMaksud: Orang yang suka bergaduh.Contoh Ayat: Ikram seorang kaki gaduh dan sering menimbulkan masalah di kampungnya.

6. Kaki GunungMaksud: Di bahagian permulaan gunung.Contoh Ayat: Saya dan rakan-rakan berkhemah di kaki gunung sebelum memulakan pendakian ke puncak.

7.  Kaki JudiMaksud: Orang yang suka bermain judi.Contoh Ayat: Arman seorang kaki judi dan telah banyak menghabiskan harta ayahnya di meja judi.

34

Page 35: Pembelajaran berasaskan projek

8.  Kaki LangitMaksud: Langit di bahagian bawah.Contoh Ayat: Pemandangan yang indah di kaki langit dapat dilihat pada waktu senja.

9.  Kaki RambuMaksud: Orang yang suka merayau.Contoh Ayat: Sejak dipukul orang kampung kerana disangkakan pencuri ketika sedang merayau, Faisal tidak lagi menjadi kaki rambu.

10.  Kaki UmpatMaksud: Orang yang suka mengumpat orang.Contoh Ayat: Jauhi tabiat menjadi kaki umpat yang hanya menceritakan keburukan orang sahaja.

Kumpulan 3

Kumpulan anda dikehendaki mencari 50 peribahasa berkenaan anak beserta makna dan contoh ayat

berdasarkan bahan yang disediakan iaitu kertas mah-jong, marker pen, buku skrap, kertas warna, pensel, gam,

gunting, kertas A4 dan Pensel warna.

Peribahasa Tentang Anak

1. Anak AirMaksud: Sungai kecil.Contoh Ayat: Di dalam kebun ayah saya ada sebatang anak air yang digunakan untuk mengairi tanaman.

2. Anak BajuMaksud: Baju dalam.Contoh Ayat: Ibu sering menasihati saya supaya sentiasa memakai anak baju.

3. Anak BuahMaksud: a)Anak saudara. b) Pekerja di bawah jagaan kita.Contoh Ayat: a) Halim memikul tanggungjawab menjaga anak buahnya semasa kakaknya pergi menunaikan haji ke Makkah.Contoh Ayat: b) Kerja-kerja itu telah disiapkan oleh anak buah saya siang tadi.

4. Anak EmasMaksud: Orang yang sangat disayangi.

35

Page 36: Pembelajaran berasaskan projek

Contoh Ayat: Encik Karupan menjadi anak emas syarikat itu kerana kejujuran dan kesetiaannya

5. Anak GaharaMaksud: Anak raja yang berbondakan keturunan bangsawan.Contoh Ayat: Tengku Ahmad ialah anak gahara Sultan Sulaiman dengan Tengku Puteri Halijah.

6. Anak HaramMaksud: Anak yang lahir di luar perkahwinan yang sah dari segi hukum agama.Contoh Ayat: Nadia melahirkan anak haram hasil hubungan sulitnya dengan Karim.

7. Anak JantanMaksud: Lelaki yang berani.Contoh Ayat: Anwar memang anak jantan kerana sanggup berjuang menegakkan kebenaran demi maruah keluarganya.

8. Anak KandungMaksud: Anak sendiri.Contoh Ayat: Zainab merupakan anak kandung Pak Ali dengan isteri pertamanya.

9. Anak TunggalMaksud: Anak yang tidak mempunyai adik beradik lain.Contoh Ayat: Esah merupakan anak tunggal dan menjadi kesayangan ibu bapanya.

10.  Anak PiatuMaksud: Anak yang telah kematian ayah dan ibu.Contoh Ayat: Setelah menjadi anak piatu Husin terpaksa tinggal di Asrama Bakti.

LANGKAH 4 (Pembentangan, penyelarasan dan pemurnian projek)

Setelah semua kumpulan selesai membincangkan tugasan mereka, wakil setiap

kumpulan akan membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas. Guru akan menyemak

jawapan setiap kumpulan, jika terdapat kesalah maksud atau ayat, guru akan membetulkan

kesalahan tersebut. Guru akan menegur kesilapan yang dilakukan agar pelajar dapat membuat

penambahbaikan terhadap projek yang mereka lakukan.Setelah selesai pembentangan, guru

akan mengadakan sesi soal jawap dan guru menyoal pelajar tentang perkara yang dipelajari.

36

Page 37: Pembelajaran berasaskan projek

Melalui Aktiviti pembentangan, guru boleh memupuk semangat keberanian dan

menyemai semangat kepimpinan dalam kalangan pelajar. Berdasarkan langkah 3 dan 4,

secara tidak langsung, guru telah berjaya menggabungjalinkan tiga kemahiran, iaitu

kemahiran lisan (berbincang sesama pelajar, bersoal jawab dengan guru, pembentangan),

kemahiran membaca (membaca dan menganalisis peribahasa dan pembentangan), kemahiran

menulis (menyenaraikan contoh peribahasa beserta makna dan contoh ayat), menerapkan

nilai-nilai murni seperti bekerjasama, bertanggungjawab dalam tugas masing-masing,

keberanian, mampu menerima pendapat orang lain dan sebagainya.

PENUTUP

Guru megarahkan para pelajar menangguhkan pelaksanaan projek kerana masa kelas

telah tamat. Projek akan bersambung pada minggu hadapan. Guru meminta setiap ahli

kumpulan membawa bahan dan alatan yang diperlukan untuk membuat buku skrap.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh : 16 April 2012 (Isnin)

Masa : 10.30- 11.30 am

Tempoh : 60 Minit

Tingkatan : 1 Cekap

Sekolah : Sek.Men.Keb Seri Medan Batu Pahat Johor

Bil.Murid :20 Orang

Matapelajaran : Bahasa Melayu

Tajuk : Projek Buku Skrap

Tema : Peribahasa Melayu

Objektif: : Pada akhir pelajaran, pelajar akan dapat :

1. Pelajar dapat mengenal pasti jenis-jenis peribahasa Melayu.

2. Pelajar mengetahui maksud peribahasa yang dipelajari.

3. Pelajar mampu mengaplikasikan peribahasa dalam kehidupan seharian.

4. Pelajar mampu mencari 50 peribahasa Melayu beserta maksud dan membina satu

contoh ayat yang sesuai bagi setiap peribahasa yang dinyatakan.

37

Page 38: Pembelajaran berasaskan projek

5. Pelajar mengamalkan sikap bekerjasama dalam kumpulan untuk menghasilkan projek

yang diberikan.

6. Projek buku skrap ini, mampu menjadikan pelajar lebih bersifat kreatif dan inovatif

dalam melaksanakan sesuatu tugasan.

Nilai- nilai murni:

1. Bekerjasama dalam kumpulan.

2. Hormat- menghormati

3. Mengikut segala arahan yang diberikan oleh guru dan ketua kumpulan.

Aktiviti/ Isi Pengajaran :

1. Mengumpulkan data atau maklumat yang diperoleh

2. Perlaksanaan buku skrap

3. Penilaian oleh guru

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)

Kemahiran Berfikir

Menghubungkaitkan, mencirikan, mengimbas kembali menilai,

penjanaan idea, penggabungjalinan dan teknik perbincangan

Kecerdasan Pelbagai

Interpersonal, Intrapersonal, verbal-linguistik, soft skill.

Pengetahuan Sedia Ada

Murid sudah mengetahui tentang peribahasa yang dipelajari di dalam kelas.

Bahan Bantu Mengajar :

Komputer, sambungan Internet, Kamus Peribahasa Melayu dan buku teks.

38

Page 39: Pembelajaran berasaskan projek

Refleksi :

1. Pelajar menulis 50 Peribahasa Melayu beserta maksud dan contoh ayat di dalam buku

skrap.

2. Memperlihatkan semangat bekerjasama diantara ahli kumpulan dalam menyiapkan

buku skrap.

3. Dapat memupuk kreativiti dan inovatif para pelajar.

4. Menghasilkan buku skrap mengikut terma-terma yang telah ditetapkan.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

LANGKAH ISI PENGAJARAN

KAEDAH PENGAJARAN &

PEMBELAJARANCATATAN

Set induksi(10 minit)

Gambaran mengenai projek yang akan dilakukan

1. Guru menerangkan cara pelaksanaan projek

2. guru menyediakan (atau menyuruh murid-murid menyediakan) bahan-bahan dan alat-alat yang diperlukan

3. Guru meminta para pelajar mengeluarkan semua bahan-bahan yang akan digunakan.

1. Teknik mengimbas kembali .

2. Menghubungkaitkan3. Mendengar aktif

39

Page 40: Pembelajaran berasaskan projek

Langkah 1(5 minit)

Membahagikan pelajar mengikut kumpulan masing-masing

1. Pelajar duduk secara berkumpulan.

Kumpulan 1 peribahasa tentang Ayam

Kumpulan 2 Peribahasa tentang Hati

Kumpulan 3 Peribahasa tentang Kaki

Kumpulan 4 Peribahasa tentang Anak

1. Mendengar aktif

Langkah 2(40minit)

Menghasilkan buku skrap

1. Dapatan kajian yang diperoleh berdasarkan pembentangan pada minggu lepas dikumpulkan.

2. buku skraf dihasilkan mengikut kreativiti setiap ahli kumpulan.

3. Setiap ahli kumpulan perlu bekerjasama dalam menyiapkan projek ini.

4. Buku skrap yang telah siap akan diserahkan kepada guru.

1. Pelajar

mengumpulkan dapatan

maklumat

2. Pelajar

menyediakan

Buku skrap yang lengkap

berasaskan topik

40

Page 41: Pembelajaran berasaskan projek

Penutup(5 minit)

Guru membuat penilaian terhadap projek yang dihasilkan

1.Guru akan memberikan markah berdasarkan ketepatan maksud peribahasa dan contoh ayat, kekemasan, dan daya kreativiti pelajar dalam menghasilkan buku skrap2. Guru menyimpulkan Pelajaran.3.Guru memberi pujian dan dorongan kepada murid supaya berusaha membaiki kelemahan diri.4.Buku skrap yang cantik dan kreatif akan di pamerkan di dalam kelas.

1. Guru akan membuat

penilai terhadap hasil

pembentangan pelajar dan

hasil projek buku skrap

yang dihasilkan oleh setiap

kumpulan

SET INDUKSI

Gambaran mengenai projek yang akan dilakukan. Guru menerangkan cara pelaksanaan projek, iaitu projek buku skrap. guru menyediakan (atau menyuruh murid-murid menyediakan) bahan-bahan dan alat-alat yang diperlukan dan meminta para pelajar mengeluarkan semua bahan-bahan yang akan digunakan.

LANGKAH 1

Membahagikan pelajar mengikut kumpulan masing-masing. Pelajar duduk secara berkumpulan.

- Kumpulan 1 peribahasa tentang Ayam- Kumpulan 2 Peribahasa tentang Hati- Kumpulan 3 Peribahasa tentang Kaki - Kumpulan 4 Peribahasa tentang Anak

LANGKAH 2

Menghasilkan buku skrap. Dapatan kajian yang diperoleh berdasarkan pembentangan

pada minggu lepas dikumpulkan oleh setiap ahli kumpulan. buku skrap akan dihasilkan

mengikut kreativiti setiap kumpulan. buku skrap yang dihasilkan perlulah mengikut terma

dan tajuk yang telah diberikan. Setiap ahli kumpulan wajib melibatkan diri dan bekerjasama

dalam menyiapkan buku skrap ini. Guru berperanan sebagai pemerhati dan member penilaian

41

Page 42: Pembelajaran berasaskan projek

berdasarkan kerja sepasukan setiap kumpulan. buku skrap yang telah siap dihasilkan akan

diserahkan kepada guru mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.

LANGKAH 3 ( penilaian terhadap projek yang dihasilkan)

Guru akan membuat penilaian terhadap buku skrap yang telah dihasilkan oleh setiap

kumpulan. Guru akan memberikan markah berdasarkan ketepatan maksud peribahasa dan

contoh ayat, kekemasan, dan daya kreativiti pelajar dalam menghasilkan buku skrap.

Penilaian projek ini dapat mengukur proses meta-kognitif dan sikap pelajar dan

memperoleh skor yang diberi berdasarkan kriteria spesifik. Selain daripada itu juga dapat

membantu pelajarmengesan bidang-bidang kelebihannya dan menggunakan kelebihan ini

sebaik mungkin. Antara jenis-jenis penilaian projek pula ialah latihan dan soalan ‘open-

ended’ untuk pelajar meneroka secara lisan atau bertulis (main peranan). Selain daripada

itu Extended tasks assignment iaitu menulis puisi, melaksana dan menerangkan keputusan

ujikaji, membina model. Selain daripada apa yang dinyatakan Portfolio juga merupakan salah

satu jenis penilaian yang membawa maksud koleksi tugasan berdasarkan prestasi dan akhir

sekali tugasan prestasi sebagai contoh drama, lakonan, persembahan, poster atau model. Guru

menyimpulkan pelajaran. Diakhir pembelajaran, guru memberi pujian dan dorongan kepada

murid supaya berusaha membaiki kelemahan diri. Buku skrap yang cantik dan kreatif akan di

pamerkan di dalam kelas.

42

Page 43: Pembelajaran berasaskan projek

PEMARKAHAN PROJEK

Pembelajaran berasaskan projek buku Skrap ini menyumbangkan kepada 100% markah.

Pembahagian markah adalah seperti berikut:

(a) BukuSkrap

1. Isi kandungan buku skrap 40%

- Peribahasa yang menepati tajuk setiap kumpulan

- Ketepatan maksud

- Contoh ayat

2. Hiasan dan dekorasi buku skrap 10%

(b) Pembentangan 25%

(c) Latihan pemahaman 10%

(d) Penglibatan Pelajar 15%

- Kerjasama dalam kumpulan

- Keterlibatan dalam perlaksanaan projek

PENILAIAN PROJEK

Menurut Wiggins (1989), Penilaian merupakan aktiviti-aktiviti yang memerlukan

murid mengaplikasi atau membuat tunjuk ajar cara pengetahuan dalam situasi sebenar. Ciri-

ciri penilaian projek ialah:

- Projek/ tugasan mempunyai pelbagai reka bentuk (lisan, visual, kinestetik)

- Berbentuk jangka panjang

- Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar

- Pelajar dibenarkan untuk membina penyelesaian alternatif apabila tidak mendapat

jawapan yang benar.

- Pelajar dikehendaki melibatkan diri secara aktif iaitu membuat projek didalam

kumpulan secara koperatif.

- Pelajar dapat menjalankan tugas secara individu atau berpasukan

- Sintesis pengetahuan yang dikumpul dan menilai pembelajaran.

43

Page 44: Pembelajaran berasaskan projek

Penilaian terhadap pelajar dibuat berdasarkan:

- Kreativiti

- kemahiran merancang

- integrasi pengetahuan

- kebolehan membuat tugasan bersama orang lain

- pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji / membentuk sesuatu

- melaksana dan menghasilkan sesuatu

- pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.

- aktiviti yang bermakna

Dengan itu, penilaian projek ini dapat:

- mengukur proses metakognitif dan sikap pelajar

- memperoleh skor yang diberi berdasarkan kritirea spesifik

- membantu pelajar mengesan bidang kelebihan dan menggunakannya sebaik

mungkin.

Antara jenis penilaian yang boleh digunakan oleh guru di dalam pengajaran berasaskan

projek ialah ialah melalui kaedah pemerhatian, latihan harian, penilaian berasaskan projek,

bersoaljawab secara lisan, dan juga penilaian melalui portfolio.

Penilaian Melalui Portfolio 

Portfolio ialah satu cara mengumpul koleksi pelajar yang menunjukkan usaha pelajar,

kemajuan dan prestasi dalam satu atau beberapa bidang. Portfolio ini terdiri dari bahan-bahan

yang menunjukkan kemajuan pelajar terhadap, pencapaian matlamat pembelajaran untuk satu

jangka masa (Ryan & Kuhs, 1993). Juga, merupakan satu sistem pelbagai dimensi yang

memberi gambaran lengkap tentang kebolehan dan perkembangan pelajar (Harlin, 1992). 

Oleh yang demikian, menerusi tema peribahasa Melayu, projek buku skrab yang

dihsilkan oleh para pelajar inilah yang membantu guru, menilai dan menyemak sejauh mana

pemahaman, penguasaan dan penglibatan mereka dalam melaksanakan aktiviti dan tugasan

yang diberikan. 

44

Page 45: Pembelajaran berasaskan projek

Kaedah Pemerhatian

Menurut Kerlinger (1973), terdapat beberapa kategori pe¬merhatian iaitu kategori

tingkah laku, unit tingkah laku, paras tafsiran pemerhati, generalisasi dan penggunaan serta

pensampelan tingkah laku. Kategori-kategori tersebut memperincikan ciri-ciri tingkah laku

yang perlu diperhati dan direkodkan. Oleh itu, dalam pendidikan kaedah pemerhatian

merupakan salah satu cara untuk menilai murid-murid. Pada kebiasaannya ia dilakukan dalam

bilik darjah ketika murid sedang menjalani aktiviti pembelajaran. Semasa membuat

pemerhatian, para guru harus fokus kepada perubahan tingkah laku yang selaras dengan

objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak dicapai pada hari itu. Pemerhatian guru

harus meluas tanpa dibatasi oleh sosiobudaya, ruang, masa, agama ataupun tempat. Guru juga

perlu mengumpul segala maklumat dan data-data ketika menilai murid-murid. Guru boleh

menggunakan senarai semak atau borang penilaian yang mengandungi ciri-ciri perubahan

tingkah laku ingin dinilai.

Pemerhatian boleh dilakukan melalui cara bersoal jawab secara lisan, penglibatan

murid, menunjuk cara, memerhati perlakuan dan tindakan murid. Contohnya, dalam

pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek buku skrap, guru boleh melakukan pemerhatian

ketika murid-murid sedang menjalankan aktiviti pembentangan, guru dapat melihat sama ada

murid faham atau tidak apa yang mereka bentangkanan. Selain itu, guru boleh bersoaljawab

secara lisan untuk menilai kefahaman mereka terhadap peribahasa-peribahasa yang

dibentangkan oleh kumpulan lain. Contoh borang penilaian adalah seperti dibawah.

Nama kumpulan

Penglibatan pelajar dalam

kelas10%

Latihan pemahaman

10%Pembentangan

20%

Penghasilan buku skrap

50%

Kumpulan 1

Kumpulan 2

Kumpulan 3

Kumpulan 4

Markah : ........................................Nama dan tandatangan guru: Tarikh:.....................................................................................................

45

Page 46: Pembelajaran berasaskan projek

................................................................

Rajah 3: Contoh Borang Penilaian secara kumpulan pembelajaran Berasaskan Projek

CONTOH SOALAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK

Kumpulan 4 Kumpulan anda dikehendaki mencari 50 peribahasa berkenaan hati beserta makna dan contoh ayat berdasarkan bahan yang disediakan iaitu kertas mah-jong, marker pen, buku skrap, kertas warna, pensel, gam, gunting, kertas A4 dan Pensel warna. PERIBAHASA TENTANG HATI

Bina ayat berdasarkan peribahasa tersebut. 1. Peribahasa :__________________________

Maksud : ___________________________________. Contoh Ayat: ____________________________________________________________

___________________________________________________2. Peribahasa :__________________________

Maksud : ___________________________________. Contoh Ayat: ____________________________________________________________

___________________________________________________

3. Peribahasa :__________________________Maksud : ___________________________________. Contoh Ayat: ____________________________________________________________

___________________________________________________

4. Peribahasa :__________________________Maksud : ___________________________________. Contoh Ayat: ____________________________________________________________

___________________________________________________

5. Peribahasa :__________________________Maksud : ___________________________________. Contoh Ayat: ____________________________________________________________

___________________________________________________

6. Peribahasa :__________________________

46

Page 47: Pembelajaran berasaskan projek

Maksud : ___________________________________. Contoh Ayat: ____________________________________________________________

___________________________________________________

7. Peribahasa :__________________________Maksud : ___________________________________. Contoh Ayat: ____________________________________________________________

___________________________________________________

8. Peribahasa :__________________________Maksud : ___________________________________. Contoh Ayat: ____________________________________________________________

___________________________________________________

9. Peribahasa :__________________________Maksud : ___________________________________. Contoh Ayat: ____________________________________________________________

___________________________________________________

10. Peribahasa :__________________________Maksud : ___________________________________. Contoh Ayat: ____________________________________________________________

___________________________________________________

47

Page 48: Pembelajaran berasaskan projek

HASIL PROJEK PELAJAR

48

Page 49: Pembelajaran berasaskan projek

RA

RAJAH:

49

Page 50: Pembelajaran berasaskan projek

50

Page 51: Pembelajaran berasaskan projek

51

Page 52: Pembelajaran berasaskan projek

52

Page 53: Pembelajaran berasaskan projek

53

Page 54: Pembelajaran berasaskan projek

54

Page 55: Pembelajaran berasaskan projek

55

Page 56: Pembelajaran berasaskan projek

56

Page 57: Pembelajaran berasaskan projek

57

Page 58: Pembelajaran berasaskan projek

58

Page 59: Pembelajaran berasaskan projek

59

Page 60: Pembelajaran berasaskan projek

60

Page 61: Pembelajaran berasaskan projek

KESIMPULAN

Kaedah pengajaran berasaskan projek merupakan strategi pembelajaran berpusatkan

pelajar yang melibatkan pelajar menerbitkan atau membangunkan produk dan

mempersembahkannya kepada pelajar lain, guru dan pihak lain. Melalui kaedah ini,

pelajar akan berpeluang merasai sendiri pengalaman pembelajaran dengan melakukan sendiri

aktiviti-aktiviti pembelajaran. Kaedah ini berkait rapat dengan kaedah lain seperti kaedah

permainan, kerja praktikal, penyelesaian masalah dan luar kelas. Melalui kaedah ini, guru

berupaya menimbulkan minat di kalangan pelajar bagi melaksanakan sendiri beberapa aktiviti

dalam bentuk dan situasi yang sebenar. Kaedah ini boleh dilakukan , sama ada secara

berseorangan ataupun berkumpulan.

Tujuan menggunakan kaedah projek dalam pengajaran dan pembelajaran ialah untuk

menarik minat pelajar, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu pelajar

supaya mencapai objektif pengajaran pembelajaran. Pemilihan kaedah mengajar perlulah

berdasarkan kepada umur, kecerdasan, kebolehan dan minat pelajar. Strategi bermakna

kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara. Ianya merujuk kepada kebijaksanaan

guru memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah, teknik dalam satu-satu

pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang ditentukan.

Dalam sesuatu proses pengajaran, beberapa strategi pendekatan perlu di

pertimbangkan. Melalui kajian ini, pengkaji telah menjalankan Projek Buku Skrap, dengan

menggunakan tema Peribahasa Melayu. Antara strategi yang terdapat dalam perlaksanaan

pengajaran berasaskan projek ini ialah:

Memberi tugasan mengikut kurikulum. Guru menggunakan Kurikulum Bahasa

Melayu dengan penekanan terhadap pengajaran dan pembelajaran peribahasa Melayu.

Tugasan perlu mengambil kira keupayaan dan kemampuan pelajar yang terlibat. Guru

haruslah melaksanakan projek ini setelah mereka selesai mengajar dan yakin pelajar

faham apa yang mereka pelajari. Projek hanya akan dijalankan setelah guru benar-

benar yakin para pelajar mampu menguasai bidang peribahasa dengan baik.

Pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Guru haruslah memastikan

bilangan ahli kumpulan kecil iaitu tidak melebihi 5 orang ahli. Setiap kumpulan

diberikan tajuk projek yang sama iaitu, menguji tahap kefahaman pelajar terhadap

61

Page 62: Pembelajaran berasaskan projek

pengajaran peribahasa Melayu. Setiap kumpulan perlu mencari 50 peribahasa Melayu

beserta maksud dan bina satu contoh ayat yang sesuai bagi setiap peribahasa untuk

menunjukkan bahawa pelajar faham akan maksud dan penggunaannya.

Penilaian projek perlu mencerminkan daya usaha setiap pelajar dalam kumpulan. guru

harus memastikan setiap ahli kumpulan perlu bekerjasama dalam menyiapkan projek

ini. Setiap kumpulan perlu melantik seorang ketua kumpulan. Ketua kumpulan ini

akan bertanggungjawab membahagikan tugasan kepada ahli kumpulan yang lain agar

semua ahli kumpulan terlibat dalam projek yang dilaksanakan.

Guru perlu memberi bimbingan dan pemantauan sepanjang tempoh projek. Guru

haruslah memberi bimbingan ketika setiap kumpulan melakukan perbincangan

mereka di dalam kelas. Seterusnya, guru memantau peranan setiap ahli kumpulan

yang terlibat.

Penilaian haruslah dilaksanakan sepanjang tempoh projek. Guru juga berpeluang

menilai pelajar dalam pelbagai aspek seperti kreativiti, kemahiran merancang,

integrasi pengetahuan dan kebolehan membuat tugasan bersama orang lain. Guru

haruslah membuat penilaian kepada setiap kumpulan berdasarkan beberapa aspek,

iaitu semangat berpasukan, hasil dapatan kajian, pembentangan dan kreativiti buku

skrap yang di hasilkan.

Hasil dapatan kajian di kumpulkan. Setiap kumpulan haruslah mengumpulkan hasil

dapatan yang diperoleh oleh setiap ahli dikumpulkan.

Pembentangan, penyelarasan dan pemurnian projek. Pada tarikh yang ditetapkan,

kesemua kumpulan perlu membentangkan hasil dapatan kajian mereka di hadapan

guru dan rakan-rakan. Markah akan diambil oleh guru melalui pembentangan ini.

Markah dinilai berdasarkan kerjasama dalam kumpulan dan hasil dapatan kajian yang

diperoleh. Guru akan menegur kesilapan yang dilakukan agar pelajar dapat membuat

penambahbaikan terhadap projek yang mereka lakukan.

62

Page 63: Pembelajaran berasaskan projek

Guru akan memberikan markah berdasarkan ketepatan maksud peribahasa dan contoh

ayat, kekemasan, dan daya kreativiti pelajar dalam menghasilkan buku skrap.

Penilaian projek ini dapat mengukur proses meta-kognitif dan sikap pelajar dan

memperoleh skor yang diberi berdasarkan kriteria spesifik. Selain daripada itu juga

dapat membantu pelajarmengesan bidang-bidang kelebihannya dan menggunakan

kelebihan ini sebaik mungkin. Antara jenis-jenis penilaian projek pula ialah latihan

dan soalan ‘open-ended’ untuk pelajar meneroka secara lisan atau bertulis (main

peranan). Selain daripada itu Extended tasks assignment iaitu menulis puisi,

melaksana dan menerangkan keputusan ujikaji, membina model. Selain daripada apa

yang dinyatakan Portfolio juga merupakan salah satu jenis penilaian yang membawa

maksud koleksi tugasan berdasarkan prestasi dan akhir sekali tugasan prestasi sebagai

contoh drama, lakonan, persembahan, poster atau model.

Penyerahan projek. Projek yang berjaya dihasilkan oelh setiap kumpulan akan

diserahkan kepada guru dalam bentuk buku skrap mengikut tarikh yang telah

ditetapkan. Buku skrap yang cantik dan kreatif akan di pamerkan di kelas.

Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan

penyampaian sesuatu subjek khususnya dalam pengajaran Bahasa Melayu. Perancangan untuk strategi

berasaskan projek dalam pengajaran haruslah mengambil kira faktor-faktor yang ada supaya aktiviti

pengajaran berjalan dengan lancar dan berkesan. Dalam konteks pengajaran berasaskan projek, ia

lebih menekankan kepada pembelajaran berpusatkan pelajar. Keadaan ini mampu mewujudkan

suasana pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan. Hasilnya, guru dan pelajar dapat mencapai

objektif pengajaran dan pembelajaran seperti yang diperlukan dan dapat melahirkan pelajar yang lebih

bersikap berdikari dalam memperolehi sumber pengetahuan semasa proses pengajaran dijalankan.

Kesimpulannya, modul ini membincangkan tentang objektif pengajaran berasaskan projek,

menghuraikan latar belakang pendidikan di Malaysia serta latar belakang pembelajaran berasaskan

projek. Konsep serta ciri-ciri pembelajaran berasaskan projek turut dijelaskan oleh pengkaji. Selain itu

modul ini juga mengandungi kebaikan dan keburukan pengajaran berasaskan projek.

63

Page 64: Pembelajaran berasaskan projek

Pengkaji turut menerangkan secara terperinci tentang strategi yang digunakan oleh

guru dalam mengaplikasikan pengajaran berasaskan projek ini. Diharapkan modul ini dapat

membantu guru-guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih santai dan

mampu diterima oleh para pelajar. Pembelajaran melalui kaedah ini bukan hanya berfokus

kepada penghasilan produk tugasan, penyelesaian masalah atau laporan berteraskan projek

yang dijalankan tetapi memberi tumpuan kepada pengetahuan dan kemahiran baharu yang

dibina dan digunakan dalam menghasilkan tugasan projek. Hal ini demikian kerana, melalui

pembelajaran berasaskan projek, murid-murid berpeluang merancang, mereka bentuk dan

melaksanakan projek yang diberi serta membuat refleksi berkenaan proses yang dilakukan

dan produk yang terhasil.

64

Page 65: Pembelajaran berasaskan projek

BIBLIOGRAFI

Atan Long Ph.D (1980), Pedagogi Kaedah Am Mengajar, Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Ibrahim Saad (1982), Isu Pendidikan Di Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sharifah Alwiyah Alsagof (1983), Ilmu Pendidikan: Pedagogi.Kuala Lumpur: Helnemann

Asia.

Dr Abu Bakar Nordin, (1986). Asas Penilaian Pendidikan. Henimann (Malaysia) Sdn Bhd

Leonard M.S Yong, Karen L (1996), Guru Yang Kreatif, Isu- Isu Teorikal & Aplikasi

Praktikal,Kuala Lumpur: Arena Buku Sdn Bhd.

Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1995), Pengajaran dalam Bilik Darjah Kaedah Dan

Strategi. Massa Enterprise.

Mok, Soon Sang (1996). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman

Ahmad Mohd Salleh (1997), Pendidikan Islam: Falsafah, Pedagogi dan Metodologi.Shah

Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ahmad Mohd Salleh (1997), Pendidikan Islam: Falsafah, Pedagogi dan Metodologi.Shah

Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hal 269

Ee Ah Meng (2000), Pendidikan diMalaysia, Falsafah Pendidikan, Guru dan Sekolah(edisi

kedua), Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Hal 263.

Sulaiman Ngah Razali (2001). Pedagogi Teori dan Praktikal. Dewan Bahasa dan Pustaka

Abd. Ghafar Md. Din(2003), Prinsip dan Amalan Pengajaran,Selangor, Utusan Publication

& Distrib.

Shahabuddin Hashim, Dr Rohizani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad (2003), Pedagogi Strategi

dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan. PTS Publication.

Mok Soon Sang (2008), Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor : Penerbitan

Multimedia

Noraini Idris & Shuki Osman (2009), Pengajaran dan Pembelajaran,Teori dan Praktis.

Perpustakaan Negara Malaysia

Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), Dewan Bahasa Dan Pustaka

65

Page 66: Pembelajaran berasaskan projek

http://dukeamienerev.blogspot.com

http://whatta.ipgmksm.edu.my/pdf/PROJEK.pdf

http://peribahasamelayu.com/

http://www.ipuisi.com/koleksi-peribahasa-melayu-simpulan-bahasa-dan-maksud

http://saharuddin-abdullah.blogspot.com/2011/07/peribahasa-melayu-simpulan-bahasa-dan.html

http://www.slideshare.net/aflah/pembelajaran-berasaskan-projek-1699550

66

Page 67: Pembelajaran berasaskan projek

CONTOH PENGHASILAN BUKU SKRAP

67

Page 68: Pembelajaran berasaskan projek

68

Page 69: Pembelajaran berasaskan projek

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh : 9 April 2012 (Isnin)

Masa : 10.30- 11.30 am

Tempoh : 60 Minit

Tingkatan : 1 Cekap

Sekolah : Sek.Men.Keb Seri Medan Batu Pahat Johor

Bil.Murid :20 Orang

Matapelajaran : Bahasa Melayu

Tajuk : Peribahasa Melayu

Tema : Menguji kefahaman pelajar terhadap pembelajaran Peribahasa

Melayu

Objektif: : Pada akhir pelajaran, pelajar akan dapat :

7. Pelajar dapat mengenal pasti jenis-jenis peribahasa Melayu.

8. Pelajar mengetahui maksud peribahasa yang dipelajari.

9. Pelajar mampu mengaplikasikan peribahasa dalam kehidupan seharian.

10. Pelajar mampu mencari 50 peribahasa Melayu beserta maksud dan membina satu contoh ayat yang

sesuai bagi setiap peribahasa yang dinyatakan.

11. Pelajar mengamalkan sikap bekerjasama dalam kumpulan untuk menghasilkan projek yang diberikan.

12. Projek buku skrap ini, mampu menjadikan pelajar lebih bersifat kreatif dan inovatif dalam

melaksanakan sesuatu tugasan.

Nilai- nilai murni:

4. Bekerjasama dalam kumpulan.

5. Hormat- menghormati

6. Mengikut segala arahan yang diberikan oleh guru dan ketua kumpulan.

Aktiviti/ Isi Pengajaran :

4. Mencari peribahasa Melayu dan maksudnya.

5. Perbincangan maksud beserta contoh ayat.

6. Pembentangan kumpulan.

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) :

Kemahiran Berfikir

69

Page 70: Pembelajaran berasaskan projek

Menghubungkaitkan, mencirikan, mengimbas kembali, menilai, penjanaan idea,

penggabungjalinan dan teknik perbincangan

Kecerdasan Pelbagai

Interpersonal, Intrapersonal, Verbal-linguistik, soft skill.

Pengetahuan Sedia Ada

Murid sudah mengetahui tentang peribahasa yang dipelajari di dalam kelas.

Bahan Bantu Mengajar :

Komputer, sambungan Internet, Kamus Peribahasa Melayu dan buku teks.

Refleksi :

4. Pelajar mencari 50 Peribahasa Melayu.

5. Pelajar dapat mengetahui maksud peribahasa serta mampu membina ayat berdasarkan peribahasa yang

dinyatakan.

6. Diharapkan pelajar dapat memperoleh sesuatu yang baru untuk meningkatkan pengetahuan mereka.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

70

Page 71: Pembelajaran berasaskan projek

71

LANGKAH ISI PENGAJARANKAEDAH PENGAJARAN

&PEMBELAJARAN

CATATAN

Set induksi(10 minit)

Gambaran mengenai tajuk pengajaran iaitu projek menguji kefahaman pelajar terhadap peribahasa Melayu.

4. Guru menerangkan maksud peribahasa melayu.

5. Guru menyenaraikan jenis-jenis peribahasa melayu.

6. Guru menerangkan tajuk tugasan secara terperinci.

4. Teknik mengimbas kembali .

5. Menghubungkaitkan6. Mendengar aktif

Langkah 1(10 minit)

Membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan

4. Pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan

5. Melantik ketua kumpulan

6. Setiap kumpulan diberikan tajuk yang berbeza. Kumpulan 1

peribahasa tentang Ayam

Kumpulan 2 Peribahasa tentang Hati

Kumpulan 3 Peribahasa tentang Kaki

Kumpulan 4Peribahasa tentang Anak

2. Mendengar aktif

Langkah 2(5 minit)

Latihan pemahaman

3. Guru mengedarkan soalan pemahaman kepada setiap kumpulan.

4. Jawap 20 soalan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

3. Menguji kefahaman pelajar secara berkumpulan.

4. Ujian kefahaman dilakukan sebelum memulakan projek.

Langkah 3(20minit)

Sesi perbincangan

7. Guru meminta pelajar duduk secara berkumpulan.

8. Setiap kumpulan perlu mencari 50 peribahasa Melayu beserta makna dan contoh ayat berdasarkan jenis peribahasa yang mereka pilih.

7. Menghubungkaitkan8. Menjana idea9. Berbincang, inkueri

penemuan10. Penggunaan internet,

notebook, Kamus peribahasa.

11. Interpersonal12. Keberanian

berhadapan dengan