judul: pembangunan web portal berasaskan moodle … filepembangunan web portal berasaskan moodle...

34
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK UNDERSTANDING THE HUMAN NERVOUS SYSTEM SAINS TINGKATAN EMPAT SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya SOH PEA LING (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan Oleh ____________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 43, KANGKAR SENANGAR, 83500 PARIT SULONG, ENCIK MUSLIM BIN JONID BATU PAHAT Nama Penyelia JOHOR . Tarikh: 26 April 2009 Tarikh: 26 April 2009

Upload: trinhquynh

Post on 14-Jun-2019

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: JUDUL: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … filePEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK UNDERSTANDING THE HUMAN NERVOUS SYSTEM SAINS TINGKATAN EMPAT SOH PEA LING

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan

tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan

Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja

kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE

BERTAJUK UNDERSTANDING THE HUMAN NERVOUS SYSTEM

SAINS TINGKATAN EMPAT

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya SOH PEA LING

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan Oleh

____________________________ ____________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

43, KANGKAR SENANGAR,

83500 PARIT SULONG, ENCIK MUSLIM BIN JONID

BATU PAHAT Nama Penyelia

JOHOR.

Tarikh: 26 April 2009 Tarikh: 26 April 2009

Page 2: JUDUL: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … filePEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK UNDERSTANDING THE HUMAN NERVOUS SYSTEM SAINS TINGKATAN EMPAT SOH PEA LING

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains).”

Tandatangan :

Nama Penyelia: Encik Muslim Bin Jonid

Tarikh : 26 April 2009

Page 3: JUDUL: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … filePEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK UNDERSTANDING THE HUMAN NERVOUS SYSTEM SAINS TINGKATAN EMPAT SOH PEA LING

PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE

BERTAJUK UNDERSTANDING THE HUMAN NERVOUS SYSTEM

SAINS TINGKATAN EMPAT

SOH PEA LING

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian

daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Sains)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2009

Page 4: JUDUL: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … filePEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK UNDERSTANDING THE HUMAN NERVOUS SYSTEM SAINS TINGKATAN EMPAT SOH PEA LING

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :

Nama Penulis : SOH PEA LING

Tarikh : 26 April 2009

Page 5: JUDUL: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … filePEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK UNDERSTANDING THE HUMAN NERVOUS SYSTEM SAINS TINGKATAN EMPAT SOH PEA LING

iii

DEDIKASI

Kepada Tuhan yang Maha Esa dan Maha Kuasa,

Buat ibu, abang dan adik yang tersayang,

Terima kasih atas sokongan, kasih sayang

dan pengorbanan yang diberi

sepanjang masa akan dihargai dan disanjungi

Buat kawan-kawan seperjuangan,

Sokongan dan doa yang diberikan,

sepanjang masa akan diingati di hati

Page 6: JUDUL: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … filePEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK UNDERSTANDING THE HUMAN NERVOUS SYSTEM SAINS TINGKATAN EMPAT SOH PEA LING

iv

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, saya ingin berterima kasih dan bersyukur kepada tuhan

kerana dengan limpah dan kurnianya projek ini dapat dihasilkan dengan begitu

lancar. Seterusnya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada penyelia saya

Tuan Haji Muslim Bin Jonid atas tunjuk ajar yang diberikan di samping tidak jemu

memberikan bantuan sepanjang melaksanakan projek ini.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-

rakan seperjuangan saya yang banyak menbantu dan memberi nasihat serta tunjuk

ajar kepada saya bagi menyelesaikan segala masalah dalam projek ini.

Penghargaan juga tidak lupa dirakamkan kepada ibu dan adik-beradik yang

sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada saya. Akhirnya, saya juga ingin

mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara lansung atau

tidak dalam memberikan sokongan, cadangan dan sebagainya.

Sekian, terima kasih.

Page 7: JUDUL: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … filePEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK UNDERSTANDING THE HUMAN NERVOUS SYSTEM SAINS TINGKATAN EMPAT SOH PEA LING

v

ABSTRAK

E-pembelajaran atau dikenali sebagai elearning telah berkembang pesat di

dunia pendidikan. Pembelajaran melalui web portal merupakan satu pembelajaran

yang berkesan kerana ia adalah berpusatkan pelajar dan pelajar akses kendiri dalam

memilih bahan e-pembelajaran. Untuk menggalakkan budaya e-pembelajaran

berlaku di kalangan pelajar, satu projek pembinaan web portal bagi tajuk

Understanding the Human Nervous System Sains Tingkatan Empat telah

dilaksanakan. Projek ini memilih satu sistem pengurusan kursus yang dinamakan

MOODLE. Web portal yang berasaskan MOODLE telah diisikan dengan banyak

jenis sumber dan bahan e-pembelajaran yang mengikut sukatan pelajaran KBSM.

Microsoft Office Powerpoint 2007 telah dijadikan platform utama dalam membina

bahan e-pembelajaran. Sistem dalam web portal MOODLE ini dianggap menyokong

prinsip konstruktivisme sosial dimana pelajar boleh berinteraksi dengan sistem

melalui aktiviti-aktiviti yang telah disediakan seperti Quiz, Lesson, Chat, Forum,

Assignment, Journal, Choices dan Survey. Selain itu, penggunaan web portal ini

tidak terhad kepada pelajar sahaja malah para guru juga boleh mendapat bahan e-

pembelajaran untuk digunakan sebagai bahan bantu mengajar dalam kelas. Satu

penilaian formatif yang berbentuk Penilaian Secara Individu telah dijalankan di

kalangan dua orang guru di sekolah-sekolah terpilih di daerah Johor Bahru.

Instrumen yang digunakan ialah borang senarai semak. Hasil daripada temuduga

yang dilakukan menunjukkan bahawa web portal dan bahan e-pembelajaran ini

adalah sesuai untuk digunakan oleh pelajar.

Page 8: JUDUL: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … filePEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK UNDERSTANDING THE HUMAN NERVOUS SYSTEM SAINS TINGKATAN EMPAT SOH PEA LING

vi

ABSTRACT

Nowadays, web based learning develop rapidly especially in education field.

It is view as effective means of delivering courses in the process of learning as this

medium can support student-centered learning and students can choose elearning

materials freely. Regarding to this situation, web portal based on MOODLE entitled

Understanding the Human Nervous System Science Form Four has been developed.

In this project, web portal utilizing a course management system called MOODLE.

The web portal filled with various type of learning sources and elearning materials

which based on KBSM learning outcomes. Besides that, Microsoft Office

PowerPoint was used as a main platform to develop the elearning materials in web

portal. The principle of this project is based on social constructivism where the user

are able to interact with various activities provided in web portal such as Quiz,

Lesson, Chat, Forum, Assignment, journal, Choices and Survey. This web portal is

not only accessible by students, but it also provides an equal chance to teacher to

choose the elearning materials to be used as teaching aids in class. One formative

evaluation has been carried out from two teachers selected in Johor Bahru School.

The instrument that used for evaluation is a checklist form.The result of interview

shows that the web portal and the elearning materials are suitable for students.

Page 9: JUDUL: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … filePEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK UNDERSTANDING THE HUMAN NERVOUS SYSTEM SAINS TINGKATAN EMPAT SOH PEA LING

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xvi

I PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Projek 6

1.5 Rasional Pemilihan Tajuk 7

1.6 Kepentingan Projek 9

1.6.1 Guru 9

1.6.2 Pelajar 9

1.6.3 Sekolah 10

Page 10: JUDUL: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … filePEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK UNDERSTANDING THE HUMAN NERVOUS SYSTEM SAINS TINGKATAN EMPAT SOH PEA LING

viii

1.6.4 Kementerian Pelajaran Malaysia 10

1.7 Skop dan Batasan Projek 11

1.8 Definisi Istilah 11

1.8.1 Koridor Raya Multimedia (MSC) 12

1.8.2 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) 12

1.8.3 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 12

1.8.4 Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 12

1.8.5 Sains KBSM 13

1.8.6 Buku Elektronik (E-Book) 12

1.8.7 E-Pembelajaran (e-learning) 13

1.8.8 MOODLE 14

1.8.9 Portal Pendidikan 14

1.10 Penutup 15

II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pendahuluan 16

2.2 Sistem Saraf Manusia 16

2.3 Miskonsepsi Di Kalangan Pelajar 18

2.4 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 18

2.4.1 Kelebihan PBK 19

2.4.2 Kelemahan PBK 21

2.5 Definasi Bahan Bantu Mengajar (BBM) 21

2.6 Buku Elektronik (e-book) 23

2.6 Portal Pendidikan 25

2.8 E-Pembelajaran (e-learning) 25

2.8.1 Kebaikan E-Pembelajaran 27

2.8.2 Kelemahan E-Pembelajaran 28

2.9 Sistem Pengurusan Kursus - MOODLE 29

2.9.1 Rangka Keseluruhan MOODLE 30

Page 11: JUDUL: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … filePEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK UNDERSTANDING THE HUMAN NERVOUS SYSTEM SAINS TINGKATAN EMPAT SOH PEA LING

ix

2.9.2 Pengurusan MOODLE (Site Management) 30

2.9.3 Pengurusan Pengguna (User Management) 30

2.9.4 Pengurusan Kursus (Course Management) 31

2.9.5 Modul Tugasan (Assignment Module) 31

2.9.6 Modul Forum (Forum Module) 32

2.9.7 Modul Glosari (Glossary Module) 32

2.9.8 Modul Kuiz (Quiz Module) 33

2.9.9 Modul Sumber (Resource Module) 33

2.9.10 Modul Kajian (Survey Module) 34

2.9.11 Modul Perbualan (Chatting Module) 34

2.9.12 Modul Jurnal (Journal Module) 34

2.10 Aspek Pedagogi Dalam Bahan E-Pembelajaran 35

2.10.1 Pendekatan Konstruktif 35

2.10.2 Pendekatan Kontekstual 35

2.10.3 Tutorial 36

2.10.4 Latih Tubi 36

2.11 Teori Pembelajaran 37

2.11.1 Teori Pembelajaran Behaviorisme 37

2.11.2 Teori Pembelajaran Konstruktivisme 40

2.12 Konstruktivisme Sosial 42

2.13 Penilaian 43

2.13.1 Reka Bentuk Dan Pengenalian Penilaian Formatif 44

2.14 Penutup 45

III REKA BENTUK PEMBANGUNAN

3.1 Pendahuluan 46

3.2 Model Reka bentuk Bahan E-Pembelajaran: 46

Model Hannafin and Peck

Page 12: JUDUL: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … filePEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK UNDERSTANDING THE HUMAN NERVOUS SYSTEM SAINS TINGKATAN EMPAT SOH PEA LING

x

3.2.1 Fasa Analisis Keperluan 48

3.2.2 Fasa Reka Bentuk 50

3.2.3 Fasa Pembangunan dan Perlaksanaan 53

3.2.4 Penilaian dan Pengulangan 55

3.3 Pemilihan Perisian Pembangunan Bahan E-Pembelajaran 58

3.3.1 Microsoft Office Powerpoint 2007 58

3.3.2 Perisian Multimedia 59

3.4 Pemilihan Perisian Sokongan Web Portal MOODLE 62

3.4.1 Open Office. Org 1.1(presentation) 62

3.4.2 Hot Potatoes Version 6 63

3.5 Penentuan Perkakasan Untuk Pembangunan Projek 63

3.6 Penentuan Spesifikasi Perkakasan Minimum

Untuk Pengguna 64

3.7 Penutup 65

IV HASIL PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN

MOODLE DAN BAHAN E-PEMBELAJARAN

4.1 Pendahuluan 66

4.2 Komponen Dalam Projek 66

4.3 Penghasilan Web Portal Berasaskan MOODLE 67

4.3.1 Skrin Daftar Masuk (Login) 67

4.3.1 Skrin Menu Utama (Main Menu) 68

4.3.3 Bahagian Pengenalan (Introduction) 69

4.3.4 Bahagian Pembelajaran (Lesson) 70

4.3.5 Bahagian Kuiz (Quiz) 71

4.3.6 Bahagian E-Link 72

4.3.7 Bahagian Media Gallery 73

4.3.8 Bahagian Fun With Me 74

Page 13: JUDUL: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … filePEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK UNDERSTANDING THE HUMAN NERVOUS SYSTEM SAINS TINGKATAN EMPAT SOH PEA LING

xi

4.3.9 Bahagian Glosari (Glossary) 75

4.3.10 Bahagian Tugasan (Assignment) 76

4.3.11 Bahagian Forum dan Perbincangan 77

(Forum and Chatting)

4.3.12 Bahagian Jurnal (Journal) 78

4.3.13 Bahagian Pilihan Dan Kajian 79

(Choices And Survey)

4.3.14 Bahagian Manual Pengguna (user manual) 80

4.4 Penghasilan dan Sumber bahan E-Pembelajaran 81

4.5 Struktur Asas Bahan E-pembelajaran 82

4.5.1 Paparan Montaj (Montage) dan 82

Paparan Persembahan Tajuk

4.5.2 Paparan Menu Objektif Pembelajaran 83

(Learning Outcomes)

4.5.3 Paparan Pengenalan (Introduction) 84

4.5.4 Paparan Isi Pembelajaran (Content) 85

4.5.5 Paparan Pemikiran Kritikal (Critikal Thinking) 86

4.5.6 Paparan Glosari (Glossary) 87

4.5.7 Paparan Kuiz (Pop-Quiz) 88

4.5.8 Paparan Permainan (Fun Time) 89

4.6 Cara Menggunakan Bahan E-Pembelajaran 90

4.7 Penilaian oleh Pakar Isi kandungan 91

4.8 Penutup 92

III PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pendahuluan 93

5.2 Ringkasan Projek 93

5.3 Kelebihan Projek 95

5.4 Kelemahan Projek 97

Page 14: JUDUL: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … filePEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK UNDERSTANDING THE HUMAN NERVOUS SYSTEM SAINS TINGKATAN EMPAT SOH PEA LING

xii

5.5 Masalah-Masalah Yang Dihadapi Semasa 98

MembangunkanProjek

5.5.1 Masalah Teknikal 99

5.5.2 Masalah Masa 99

5.5.3 Masalah Rangkaian Internet 100

5.5.4 Masalah Kepakaran 100

5.6 Cadangan 101

5.7 Refleksi 102

5.8 Kesimpulan 103

5.9 Penutup 104

Rujukan 105

Lampiran A 109

Lampiran B 113

Lampiran C 122

Lampiran D 123

Lampiran E 135

Page 15: JUDUL: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … filePEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK UNDERSTANDING THE HUMAN NERVOUS SYSTEM SAINS TINGKATAN EMPAT SOH PEA LING

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Pembahagian topik pengajaran 51

4.1 Data Analisis 91

Page 16: JUDUL: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … filePEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK UNDERSTANDING THE HUMAN NERVOUS SYSTEM SAINS TINGKATAN EMPAT SOH PEA LING

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Konsep Pengajaran Terancang oleh Skinner 38

3.1 Model Reka Bentuk Instruksi 47

Bersistem Hannafin and Peck

3.2 Metodologi Pembangunan 48

Bahan E-Pembelajaran

4.1 Skrin Upload 67

4.2 Skrin Log in 68

4.3 Skrin Main Menu 69

4.4 Skrin Bahagian Introduction 69

4.5 Paparan isi pembelajaran dalam 70

Introduction

4.6 Skrin Bahagian Lesson 71

4.7 Skrin Bahagian Quiz 71

4.8 Paparan Quiz 1 72

4.9 Skrin Bahagian E-Link 73

4.10 Skrin Bahagian Media Gallery 73

4.11 Skrin Bahagian Fun With Me 74

4.12 Paparan Hot Potatoes 75

4.13 Skrin Bahagian Glosari 75

4.14 Paparan senarai Glosari 76

4.15 Skrin Bahagian Assignment 76

4.16 Paparan Assignment 77

Page 17: JUDUL: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … filePEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK UNDERSTANDING THE HUMAN NERVOUS SYSTEM SAINS TINGKATAN EMPAT SOH PEA LING

xv

4.17 Skrin Bahagian Forum and Chatting 77

4.18 Paparan ruangan forum 78

4.19 Paparan ruangan chat 78

4.20 Skrin Bahagian Jurnal 79

4.21 Paparan dalam Jurnal 79

4.22 Skrin Bahagian Choices dan Survey 80

4.23 Paparan Choice 80

4.24 Paparan Manual Pengguna dan 81

tertingkap download

4.25 Paparan Montaj (Montage) 83

4.26 Paparan Persembahan Tajuk 83

4.27 Paparan Objektif Pembelajaran 84

(Learning Outcomes)

4.28 Paparan Pengenalan (Introduction) 85

4.29 Paparan Isi pembelajaran (content) 86

4.30 Paparan Pop-up Glossary 86

4.31 Paparan Pemikiran Kritikal 87

4.32 Paparan Jawapan bagi Pemikiran 87

Kritikal

4.33 Paparan Glosari (Glossary) 87

4.34 Pop-Quiz berbentuk struktur 88

4.35 Pop-Quiz berbentuk Betul salah 88

4.36 Pop-Quiz berbentuk aneka pilihan 89

4.37 Paparan Crossword 89

4.38 Paparan WordSearch 89

4.39 Paparan Fortune Wheel Game 90

Page 18: JUDUL: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … filePEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK UNDERSTANDING THE HUMAN NERVOUS SYSTEM SAINS TINGKATAN EMPAT SOH PEA LING

xvi

SENARAI SINGKATAN

AVI - Audio Video Interleave

ACM - Audio Compression Manager

BBM - Bahan Bantu Mengajar

CNS - Central Nervous System

CAI - Computer Assisted Instruction

CD - Compact Disk

CD-ROM - Compact Disk-Read Only Memory

DVD - Digital Versatile Disc

GIF - Graphic Interchange Format

GNU - Genenral Public License

HTML - Hyper Text Markup Language

ICT - Teknologi Maklumat dan Komunikasi

IT - Information Technology (Teknologi Maklumat)

JPEG - Joint Photographic Experts Group

KBKK - Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis

KBSM - Kurikulum Baru Sekolah Menengah

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

LAN - Local Area Network

MIMOS - Malaysia Institute of Microelectronic System

MOODLE - Modular Object-Oriented Dynamic Learning Environment

MP3 - MPEG-1 Audio Layer 3

MPEG - Moving Pivture Experts Group

MSC - Multimedia Super Corridor

Page 19: JUDUL: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … filePEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK UNDERSTANDING THE HUMAN NERVOUS SYSTEM SAINS TINGKATAN EMPAT SOH PEA LING

xvii

NITA - Agenda IT Kebangsaan

PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer

PDA - Pembantu Digital Peribadi

PDF - Portable Document Format

PHP - Hyper Prepocessor

PICC - Putrajaya International Convention Centre

PIPP - Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

PNG - Portable Network Graphic

P&P - Pengajaran Dan Pembelajaran

PPS - Powerpoint Show

PSD - Photoshop Document

RAM - Random Access Memory

TIFF - Tagged Image File Format

WAN - Wide Area Network

WMV - Window Media Video

YAB - Yang Amat Berbahagia

YB - Yang Berbahagia

Page 20: JUDUL: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … filePEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK UNDERSTANDING THE HUMAN NERVOUS SYSTEM SAINS TINGKATAN EMPAT SOH PEA LING

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Malaysia kini sedang memasuki fasa 15 tahun yang kedua ke arah mencapai

Wawasan 2020. Hasrat Malaysia ialah menjadi sebuah negara maju yang mengikutkan

acuan sendiri. Sehubungan dengan itu, agenda yang penting bagi kerajaan adalah untuk

membangunkan satu sistem pendidikan yang bertaraf dunia supaya dapat melahirkan

modal insan yang berminda kelas pertama. Ini adalah selaras dengan hasrat Perdana

Menteri negara kita Dato‟ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Beliau telah merasmikan

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 pada 16 Januari 2007

bersamaan 26 Zulhijah 1427 di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Memang tidak dapat dinafikan bahawa negara kita telah mendapat cabaran baru

dalam pendidikan akibat daripada arus globalisasi dan ombak modenisasi yang kian

melanda. Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang

membolehkan multimedia disalurkan ke dalam pendidikan supaya pendidikan yang lebih

cekap, berkesan dan bertaraf dunia dihasilkan. Selaras dengan kepentingan ICT,

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan melaksanakan pendekatan PIPP iaitu

memastikan semua pelajar di semua jenis sekolah dapat akses ICT khususnya capaian

kepada internet.

Page 21: JUDUL: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … filePEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK UNDERSTANDING THE HUMAN NERVOUS SYSTEM SAINS TINGKATAN EMPAT SOH PEA LING

2

Sehubungan dengan itu, aspek teknologi digabungkan dengan kurikulum sekolah

untuk membentuk satu daya usaha ke arah menyemai minat serta sikap yang positif

terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada

sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berfikiran kreatif,dan

penyayang dengan menggunakan teknologi terkini (KPM, 1997). Bidang pendidikan

melangkah ke hadapan dengan menggunakan elemen-elemen ICT di dalam pengajaran

dan pembelajaran. Agenda IT kebangsaan (NITA) yang dilaksanakan oleh YAB Tun

Mahathir Mohamad pada Disember 2006 telah mewujudkan Koridor Raya Multimedia

(MSC) yang mengembangkan bidang sains dan teknologi serta taraf pendidikan rakyat

supaya menjadi lebih bersistematik dan berkesan.

Salah satu flagship yang penting di dalam tujuh projek perdana MSC ialah projek

Smart School. Sekolah Bestari telah menyediakan satu situasi pembelajaran yang

menggunakan teknologi komputer dan multimedia. Manakala, Sekolah Bestari baru

yang bakal diwujudkan menjelang tahun 2005 dijangka akan menampilkan ciri-ciri

pendidikan bestari terbaik, lebih dan terkini. Konsep baru Sekolah Bestari ini tidak

semestinya akan menggunakan konsep Sekolah Bestari yang sama seperti yang

digubahkan sebelum ini (Utusan Pendidikan, 11 November 2003, Chang). Selain

Sekolah Bestari, kerajaan juga melancarkan strategi yang terkandung dalam NITA iaitu

perlaksanaan e-learning atau lebih dikenali sebagai e-pembelajaran.

Kementerian Pendidikan Malaysia dan sektor swasta seperti MIMOS dan

kumpulan Utusan telah dipertanggungjawapkan untuk menjayakan agenda e-learning

kebangsaan (Jaya Kumar, 2001). YB Tan Seri Musa Mohamad dalam perasmian

Seminar Pembangunan Pendidikan 2001-2010 pula menyatakan bahawa kepesatan

perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, pembangunan pendidikan yang

dirancang ini turut mengambil kira pembudayaan dan penguasaan ICT di kalangan

pelajar di negara ini. Usaha ini adalah untuk merapatkan jurang digital terutamanya

dalam menyediakan kemudahan komunikasi melalui internet ke sekolah-sekolah di

kawasan luar bandar.

Page 22: JUDUL: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … filePEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK UNDERSTANDING THE HUMAN NERVOUS SYSTEM SAINS TINGKATAN EMPAT SOH PEA LING

3

Perkembangan penggunaan internet dalam pendidikan menyediakan peluang ke

arah pembelajaran secara elektronik. E-pembelajaran atau ditaksirkan sebagai sebarang

pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN

atau Internet) untuk menyampaikan isi kandungan, interaksi ataupun pemudahcaraan

(Agatha Patris, 2005). Bahan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui

media ini mempunyai teks, animasi, simulasi, audio dan video.

E-pembelajaran ini dapat digunakan secara luas iaitu pelajar dapat mengakses

bahan serta mempelajarinya mengikut keperluan sendiri dari segi masa teknik juga

dalam keadaan tidak formal. Dengan menyedari hakikat ini, guru-guru harus mengorak

langkah seiring dengan ledakan teknologi maklumat. Guru-guru boleh memanfaatkan e-

pembelajaran melalui talian internet untuk mempelbagaikan kaedah penyampaian dan

mengubah corak pengajaran dan pembelajaran ke arah pembelajaran berasaskan

teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

1.2 Latar Belakang Masalah

Pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dari tahun 2006-2010

telah dilaksanakan dan salah satu matlamat adalah untuk memastikan semua pelajar

dapat akses ICT khususnya capaian kepada internet. Perkembangan teknologi maklumat

dan komunikasi (ICT) telah menyebabkan pembelajaran elektronik (e-learning) wujud

untuk memudahkan proses pembelajaran. Dengan adanya internet dan sistem komputer

dengan jaringan elektronik, sistem pembelajaran tradisional telah berubah kepada

pembelajaran elektronik (e-learning) melalui teknologi web dan elektronik ke dalam

model pembelajaran dinamik yang baru (Colette, 2001).

Memang tidak dapat dinafikan bahawa masih terdapat guru yang mengamalkan

pendidikan tradisional yang berpusatkan guru dan menggunakan bahan bantu mengajar

yang statik. Kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam pendidikan tradisional telah

Page 23: JUDUL: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … filePEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK UNDERSTANDING THE HUMAN NERVOUS SYSTEM SAINS TINGKATAN EMPAT SOH PEA LING

4

menyebabkan kebanyakan pelajar berasa bosan dan hilang minat dalam mata pelajaran

Sains (Challahan, et.al 1998:282). Masalah-masalah yang biasanya dihadapi dalam

pembelajaran Sains ialah pelajar tidak dapat mengembangkan idea, membuat

penerokaan, membina pengetahuan sendiri dan justeru menghalang pencapaian yang

baik dalam pembelajaran Sains (Baharuddin, et.al 2002).

Projek MySchoolNet dilaksanakan bagi membudayakan penggunaan internet

dalam pengajaran dan pembelajaran melalui pembangunan laman web yang

menyediakan bahan sumber pendidikan untuk pelajar, guru, pentadbir sekolah seperti

modul pengajaran, perisian, sukatan pelajaran, berita, forum dan sebagainya. Menurut

Yahya 2005, beliau menyatakan pencarian maklumat melalui internet merupakan aset

yang akan dapat menjayakan pendidikan negara kita. E-pembelajaran berpotensi

menambah baik pengajaran dan pembelajaran dan ia boleh dimanfaatkan oleh pelajar

dan guru dengan menggunakan web portal pendidikan yang dibangunkan.

Menurut Tan dalam Alam Pendidikan Buletin Board (2001) bahawa segelintir

pelajar-pelajar sekolah di Malaysia sudah mula menggunakan internet sebagai maklumat

yang penting. Mereka juga sudah didedahkan kepada bahan e-learning yang ada di

pasaran tempatan. Ada juga pelajar sudah mula mencari penyelesaian kepada masalah

yang dihadapi oleh mereka melalui rekan sebaya di dalam chat groups atau buletin

boards.

Menurut Pat Jefferies dan Fiaz Hussain (1998), e-pembelajaran mempelbagaikan

persekitaran pembelajaran koperatif yang akan mempertingkatkan strategi penyelesaian

masalah. E-pembelajaran menggalakkan revolusi dalam pendidikan di mana satu

persekitaran pembelajaran yang baru berdasarkan revolusi dalam pendidikan iaitu

perubahan dari pemusatan guru ke pemusatan pelajar diwujudkan.

Dalam dekad ini, E-pembelajaran telah menjadi suatu medium yang popular

dalam bidang pendidikan khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains.

Page 24: JUDUL: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … filePEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK UNDERSTANDING THE HUMAN NERVOUS SYSTEM SAINS TINGKATAN EMPAT SOH PEA LING

5

Ini adalah disebabkan E-pembelajaran membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan

dengan lebih berkesan. Bahan pengajaran dan pembelajaran e-learning yang dirancang,

disediakan secara profesional dan baik. Mengunakan ciri-ciri multimedia untuk

menyampaikan isi pelajaran dengan berkesan dan menarik. Pelajar boleh memilih masa,

kandungan serta mengikut kesesuaian mereka. Pelajar tidak perlu rasa malu untuk

bertanya dan berpeluang belajar tajuk yang susah berulang kali sehingga pemahaman

mereka tercapai.

MOODLE ialah sejenis sistem pengurusan kursus yang mempunyai bahan

sumber terbuka. MOODLE merupakan satu web portal yang menyokong e-pembelajaran

dan direka khas untuk rangka kerja pendidikan berlandaskan teori konstruktivisme sosial

yang dapat memberi persekitaran pembelajaran yang bermakna kepada pelajar

(Dougiamas Martin, 2001). MOODLE boleh mempersembahkan bahan e-pembelajaran,

menggalakkan interaksi antara pelajar dan guru, memberi penilaian kepada pelajar dan

maklum balas mengenai mata pelajaran tertentu.

1.3 Penyataan Masalah

Dalam mata pelajaran Sains, proses P&P yang dijalankan di dalam kelas masih

berbentuk tradisional. Suasana pembelajaran adalah berpusatkan guru dan tidak

merangsang proses pembelajaran kerana tidak melibatkan panca indera pelajar. Guru

kekurangan bahan bantu mengajar yang berinteraktif menyebabkan proses P&P dalam

kelas menjadi bosan

Laman web sekolah yang dibina jarang digunakan untuk dijadikan salah satu

salur pembelajaran pelajar. MOODLE telah hangat digunakan di pengajian tinggi di

negara kita, malah di sekolah-sekolah penggunaannya masih belum hangat lagi.

MOODLE boleh membekalkan satu persekitaran pembelajaran yang bermakna di

Page 25: JUDUL: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … filePEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK UNDERSTANDING THE HUMAN NERVOUS SYSTEM SAINS TINGKATAN EMPAT SOH PEA LING

6

sekolah, malah bahan e-pembelajaran tidak banyak disediakan kerana penggunaan web

portal berasaskan MOODLE adalah masih terhad.

MOODLE dapat membekalkan suasana pembelajaran yang bermakna tetapi

bahan pembelajaran tidak disediakan dengan banyak. Dengan itu, projek ini

membekalkan satu alternatif baru dalam pembelajaran Sains dengan menggunakan web

portal MOODLE untuk pelajar tingkatan empat dan para guru di sekolah supaya proses

P&P akan menjadi lebih seronok dan bermakna.

1.4 Objektif Projek

Objektif utama projek pembangunan web portal berasaskan MOODLE ini ialah:

i Membangunkan bahan e-pembelajaran bertajuk Understanding the

Human Nervous System Sains Tingkatan Empat dengan bercirikan

Menggunakan platform Microsoft Office Powerpoint 2007

berserta perisian lain dalam proses pembinaan

Mempunyai elemen multimedia

ii Menguji keberkesanan penggunaan web portal yang berasaskan

MOODLE dan bahan-bahan e-pembelajaran di kalangan guru-guru

sekolah menengah daerah Johor Bahru.

Page 26: JUDUL: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … filePEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK UNDERSTANDING THE HUMAN NERVOUS SYSTEM SAINS TINGKATAN EMPAT SOH PEA LING

7

1.5 Rasional Pemilihan Tajuk

Pembangunan bahan e-pembelajaran berasaskan MOODLE bagi tajuk

Understanding the Human Nervous System dipilihkan kerana tajuk ini memerlukan

banyak penerangan berserta dengan gambar rajah dan animasi semasa disampaikan oleh

para guru. Ini adalah disebabkan oleh sel saraf merupakan sel-sel badan yang kecil dan

biasanya tidak dapat dilihat melalui mata kasar. Jenis-jenis sel saraf pula akan

mengelirukan pelajar sekiranya tiada gambar rajah yang membezakannya. Proses

pemindahan impuls tidak dapat dilihat dengan mata kasar kerana ia melibatkan proses

yang abstrak. Oleh itu, guru haruslah mempunyai bahan bantu mengajar (BBM) yang

sesuai untuk menyampaikan kesemua ilmu itu dengan efektif.

Web portal berasaskan MOODLE membekalkan suasana e-pembelajaran kepada

pelajar. Bahan e-pembelajaran yang terkandung dalam web portal ini mengandungi

elemen-elemen seperti audio, video, grafik, animasi dan teks. Kaedah ini adalah lebih

sesuai digunakan berbandingkan dengan BBM tradisional yang berpusatkan guru. Salah

konsepsi di kalangan pelajar yang kurang daya berimaginasi dapat dikurangkan.

Tajuk yang dipilih ini disokong oleh puan Siti Hawa Binti Md.Jamil yang

berkhidmat selama 5 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Temenggung Ibrahim,

Batu Pahat, Johor. Satu tinjauan telah dilakukan di sekolah itu (rujuk lampiran A).

Beliau menyatakan tajuk-tajuk yang abstrak ini adalah lebih sesuai diajar dengan adanya

bahan pembelajaran yang berbentuk elektronik. Pelajar dapat membina konsepsi yang

betul mengenai topik ini. Beliau menerangkan bahawa pelajar kurang berimaginasi atau

tidak dapat membuat gambaran yang tepat tentang tajuk yang dipelajari dan masalah ini

menyukarkan mereka dalam memahami serta mengingatkan isi pelajaran dalam topik-

topik tertentu. Elemen animasi dalam menerangkan penghantaran impuls antara neuron

dapat memberikan kesan positif berbandingkan dengan penyampaian isi pelajaran

tersebut tanpa menggunakan bahan multimedia atau dengan kaedah tradisional. Bahan

Page 27: JUDUL: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … filePEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK UNDERSTANDING THE HUMAN NERVOUS SYSTEM SAINS TINGKATAN EMPAT SOH PEA LING

8

yang dibekalkan di web portal MOODLE dapat dimuat turun oleh pelajar sendiri dan

pelajar boleh mempelajari topik-topik secara kendiri.

Fatimah Hamzah merupakan seorang guru Sains yang mengajar Sains selama 1

tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Johor Bahru. Satu tinjauan telah

dilakukan di sekolah itu (rujuk lampiran A). Beliau bersetujui bahawa bahan bantu

mengajar yang berbentuk elektronik seperti powerpoint, flash, video dapat membantu

pelajar dalam proses pembelajaran. Beliau juga menyatakan kebanyakan pelajar tidak

mempunyai konsep asas yang kukuh jika tidak didedahkan dengan gambar-gambar atau

animasi melalui perisian berbantukan komputer. Oleh itu, tajuk-tajuk dalam mata

pelajaran Sains adalah sesuai diberikan kefahaman yang lebih melalui bahan-bahan

sokongan dari web portal.

Dengan adanya web portal berasaskan MOODLE yang menyediakan

perkhidmatan e-learning dalam talian internet bagi tajuk yang dipilih iaitu

Understanding the Human Nervous System, bahan pengajaran untuk guru dan bahan

sokongan pembelajaran untuk pelajar boleh disampaikan melalui medium ini.

Sehubungan dengan itu, medium ini mempunyai ciri-ciri multimedia seperti nota

ringkas, video, grafik-grafik, video, simulasi, audio dan animasi untuk membantu proses

pengajaran dan seterusnya membantu pelajar memahami dengan lebih mendalam topik

berkenaan.

Page 28: JUDUL: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … filePEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK UNDERSTANDING THE HUMAN NERVOUS SYSTEM SAINS TINGKATAN EMPAT SOH PEA LING

9

1.6 Kepentingan Projek

Hasil projek ini diharapkan dapat memberikan kepentingan kepada:-

1.6.1 Guru

Proses pembelajaran masa kini telah mengalami perubahan yang pesat. Proses

pengajaran tidak lagi berlaku secara fizikal sahaja (dalam bilik darjah), malah telah

bertukar kepada pengajaran secara dalam talian (on-line) atau secara virture. Segala

sumber pengajaran dan pembelajaran akan mulai disalurkan menerusi talian berasaskan

Web portal dan internet. Para guru boleh download bahan-bahan e-pembelajaran untuk

digunakan dalam pengajarannya. Guru-guru boleh meningkatkan corak penyampaian

mereka dari segi visualisasi dengan menggunakan bahan-bahan tersebut. Tambahan

pula, dengan adanya e-pembelajaran para guru tidak akan berasa tertekan apabila

diminta menghasilkan bahan bantu mengajar yang mempunyai elemen fakta, gambar,

animasi, video serta soalan-soalan yang berbentuk formatif dan sumatif.

1.6.2 Pelajar

Pelajar yang tidak faham di dalam kelas dan malu bertanya akan menyebabkan

mereka kekal tidak memahami isi pelajaran yang diajar. Di dalam e-pembelajaran fokus

utamanya adalah pelajar. Suasana e-pembelajaran akan memaksa pelajar menjadi

berdikari dan lebih aktif dalam pembelajarannya kerana perancangan pelajaran

dilakukan oleh pelajar itu sendiri. Pelajar boleh membuat perancangan dan mencari

maklumat dengan daya usaha dan inisiatif sendiri. Pelajar tidak perlu rasa malu untuk

mengulangi tajuk pembelajaran yang sama untuk mencapai tahap kepuasan pemahaman

mereka sebelum beralih ke tajuk pelajaran yang lain. Pelajar juga boleh menjalankan

Page 29: JUDUL: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … filePEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK UNDERSTANDING THE HUMAN NERVOUS SYSTEM SAINS TINGKATAN EMPAT SOH PEA LING

10

kuiz atau ujian formatif untuk menguji kefahaman sendiri terhadap tajuk pelajaran

tertentu. Interaksi antara guru dengan pelajar juga dibina apabila pelajar membincangkan

isu, topik yang berkaitan dengan P&P melalui forum dalam aplikasi sistem MOODLE.

1.6.3 Sekolah

Pihak sekolah akan menggalakkan para guru dan pelajar menggunakan bahan

pengajaran dan pembelajaran yang dibekalkan dalam web portal ini dalam proses (P&P)

di dalam kelas dengan sepenuhnya. Dengan adanya web portal yang menyediakan

bahan-bahan e-pembelajaran, pelajar-pelajar dapat mempelajari sesuatu tajuk pada bila-

bila masa sahaja. Oleh yang demikian, dengan adanya bantuan web portal, pelajar lebih

berminat belajar kerana pendekatan pembelajaran berasaskan multimedia mampu

memindahkan sesuatu maklumat daripada buku teks yang statik kepada suatu corak

pembelajaran baru yang lebih menarik,dinamik dan interaktif dengan bantuan media-

media tambahan seperti animasi, video, audio, dan grafik yang selain daripada teks

(Jamalludin Harun, 2000).

1.6.4 Kementerian Pelajaran Malaysia

Web portal ini menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang

berteraskan Buku Teks Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Sains

Tingkatan Empat. Bahan-bantu mengajar (BBM) dapat membantu guru dalam

pengajarannya dan secara tidak langsung ia telah memperkayakan corak pengajaran guru

dalam kelas. Begitu juga dapat mengatasi masalah kekurangan perisian yang

berinteraktif dan berbahasa Inggeris yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan

Malaysia dan di pasaran sekarang. Kebanyakan sekolah tidak menggunakan bahan bantu

Page 30: JUDUL: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … filePEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK UNDERSTANDING THE HUMAN NERVOUS SYSTEM SAINS TINGKATAN EMPAT SOH PEA LING

11

mengajar berbentuk elektronik atas sebab kekurangan perisian pendidikan yang bercorak

tempatan yang selari dengan sukatan mata pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia.

1.7 Skop Dan Batasan Projek

Web portal yang berasaskan MOODLE bagi tajuk Understanding the Human

Nervous System tingkatan empat Sains mengandungi bahan bantu mengajar (BBM)

untuk para guru dan bahan sokongan pembelajaran untuk pelajar yang semuanya

berteraskan Buku Teks Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Projek ini

meliputi isi kandungan seperti Sistem Saraf Manusia yang terdiri daripada Sistem Saraf

Pusat dan Sistem Saraf Perifera, struktur neuron, jenis neuron dan fungsi-fungsi neuron.

Antara batasan projek ialah bahan sokongan e-pembelajaran yang disediakan

hanya merupakan salah satu subtopik di bab Body Coordination Sains tingkatan empat.

Selain itu, pembangunan web portal dan bahan bantu mengajar akan dinilai

keberkesanannya di daerah Johor Bahru. Bilangan guru yang dipilih dalam menguji

keberkesanan web portal dan bahan pembelajaran adalah hanya 2 orang guru dari

sekolah menengah daerah Johor Bahru.

1.8 Definasi Istilah

Beberapa istilah yang digunakan dalam penghasilan projek ini membawa makna

seperti berikut:

Page 31: JUDUL: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … filePEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK UNDERSTANDING THE HUMAN NERVOUS SYSTEM SAINS TINGKATAN EMPAT SOH PEA LING

12

1.8.1 Koridor Raya Multimedia (MSC)

Koridor Raya Multimedia ialah sebuah rancangan kerajaan ke arah kecanggihan

teknologi maklumat. Projek ini diumumkan oleh Datuk seri Dr.Mahathir semasa

merasmikan Persidangan Multimedia Asia pada 1 Ogos 1996.

1.8.2 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merujuk kepada pembelajaran

elektronik (e-learning) kerana ia termasuk di dalam elemen ICT yang dapat membantu

di dalam proses pembelajaran. Ia juga merujuk kepada penggunaan komputer dan

perisiannya untuk membolehkan pengguna atau pelajar mendapatkan maklumat melalui

teknologi maklumat dan internet.

1.8.3 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)

Pembelajaran berbantukan Komputer (PBK) ialah satu program terancang yang

menggunakan komputer untuk pengajaran dan pembelajaran secara penemuan yang

memberikan kebebasan kepada pelajar untuk meneroka maklumat melalui komputer

(Baharuddin Aris et.al, 2002).

1.8.4 Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Pengajaran adalah pemilihan kaedah untuk penyusunan maklumat, aktiviti,

pendekatan dan media untuk membantu pelajar mencapai objektif yang telah ditetapkan

Page 32: JUDUL: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … filePEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK UNDERSTANDING THE HUMAN NERVOUS SYSTEM SAINS TINGKATAN EMPAT SOH PEA LING

13

(Baharuddin, 2001). Pembelajaran pula bermaksud perubahan tingkah laku yang berlaku

akibat daripada berinteraksi dengan persekitaran.

1.8.5 Sains KBSM

Sains KBSM mula diajar pada tahun 1994 dan merupakan satu kesinambungan

daripada Sains KBSR. Mengikut Kamus Bahasa Melayu Fajar Bakti, Sains merupakan

salah satu cabang ilmu pengetahuan; ilmu pengetahuan yang teratur serta boleh

dibuktikan kebenarnya. Menurut Abu Hassan (2006), Sains merangkumi bidang

pengetahuan yang berkaitan dengan sebatian, kehidupan dan alam; yang dikaji secara

bersistem, dengan menggunakan kaedah saintifik. Dalam kajian ini, mata pelajaran Sains

adalah merujuk kepada Sains KBSM tingkatan empat yang mengandungi lapan topik.

1.8.6 Buku Elektronik (E-Book)

Buku elektronik ialah satu media digital yang membawa maksud buku dalam

bentuk elektronik. Fungsi buku elektronik adalah sama dengan buku-buku cetakan,

tetapi buku elektronik hanya terdapat di internet dan disebarkan dalam bentuk digital. Ia

hanya boleh dibaca melalui komputer atau peralatan elektronik lain seperti PDA, telefon

bimbit atau ebook reader.

1.8.7 E-Pembelajaran (e-learning)

Learnframe (2001), menyatakan bahawa e-learning adalah sebarang pengajaran

dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau internet)

Page 33: JUDUL: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … filePEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK UNDERSTANDING THE HUMAN NERVOUS SYSTEM SAINS TINGKATAN EMPAT SOH PEA LING

14

untuk penyampaian isi kandungan, interaksi atau pemudahcaraan. Bahan pengajaran dan

pembelajaran yang disampaikan melalui media ini mempunyai teks, grafik, animasi,

simulasi, audio dan video. Beliau juga menyatakan bahawa pengajaran boleh dijalankan

secara synchronously (pada waktu yang sama) atau asynchronously (pada waktu yang

berbeza)

1.8.8 MOODLE

MOODLE (Modular Object-Oriented Dynamic Learning Environment)

merupakan satu sistem pengurusan kursus (Course Management System) yang

menggunakan perisian Open Source Software yang membenarkan pengguna download

bahan-bahan daripada komputer secara online dan disokong oleh perisian PHP (Hyper

Prepocessor). Pada MOODLE terdapat mata pelajaran yang telah disenaraikan dan

boleh dipilih untuk dilayani oleh para pelajar ataupun tetamu.

1.8.9 Portal Pendidikan

Portal pendidikan merupakan salah satu jenis web portal yang merupakan sebuah

laman web di internet yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai tempat untuk

mendapatkan maklumat berita dan bahan pembelajaran untuk pembelajaran kendiri serta

dapat berinteraksi antara pelajar dan guru.

Page 34: JUDUL: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … filePEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK UNDERSTANDING THE HUMAN NERVOUS SYSTEM SAINS TINGKATAN EMPAT SOH PEA LING

15

1.9 Penutup

Demi menyelesaikan masalah pembelajaran pelajar dalam mata-pelajaran Sains

dan kekangan pengajaran tradisional dengan chalk and talk sahaja, web portal

berasaskan MOODLE menjadi satu alternatif kerana ia membekalkan bahan-bahan

bantu mengajar kepada guru bagi mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran

di dalam bilik darjah serta membekalkan bahan sokongan pembelajaran kepada pelajar.

Pelajar boleh mempelajari sesuatu isi pelajaran pada bila-bila sahaja dan bahan

pembelajaran yang disampaikan mempunyai ciri-ciri multimedia seperti grafik, animasi,

teks, audio dan video. Ini akan menarik minat pelajar dalam mempelajari Sains. Bagi

menghasilkan sebuah web portal yang berkesan untuk dimanfaatkan pelajar,

perancangan yang teliti amat diperlukan. Sebelum membangunkan web portal

berasaskan MOODLE, sorotan kajian dibuat ke atas konsep e-learning, teori

pembelajaran, strategi pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer. Sorotan

kajian dibincangkan dalam bab seterusnya.