pembangunan web portal berasaskan moodle bagi tajuk€¦pembangunan web portal berasaskan moodle...

31
PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BAGI TAJUK SEXUAL REPRODUCTIVE SYSTEM OF FLOWERING PLANT SAINS TINGKATAN TIGA SITI SALEHAH BINTI KHAIRUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: ngodiep

Post on 28-Aug-2019

268 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BAGI TAJUK€¦pembangunan web portal berasaskan moodle bagi tajuk sexual reproductive system of flowering plant sains tingkatan tiga siti

PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BAGI TAJUK

SEXUAL REPRODUCTIVE SYSTEM OF FLOWERING PLANT

SAINS TINGKATAN TIGA

SITI SALEHAH BINTI KHAIRUDDIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BAGI TAJUK€¦pembangunan web portal berasaskan moodle bagi tajuk sexual reproductive system of flowering plant sains tingkatan tiga siti

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BAGI TAJUK

SEXUAL REPRODUCTIVE SYSTEM OF FLOWERING PLANTS

SAINS TINGKATAN TIGA.

SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya SITI SALEHAH BINTI KHAIRUDDIN (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

 

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972)  

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

 

TIDAK TERHAD Disahkan oleh, __________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: 5472-Q JALAN DUSUN MUDA PROF. MADYA DR. MOHINI BTE MOHAMED 16010 KOTA BAHARU, KELANTAN Nama Penyelia Tarikh:________________________ Tarikh:_________________________

Page 3: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BAGI TAJUK€¦pembangunan web portal berasaskan moodle bagi tajuk sexual reproductive system of flowering plant sains tingkatan tiga siti

“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini memadai dari segi skop dan tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains).”

Tandatangan : ……………………………………………………….

Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. MOHINI BIN MOHAMED

Tarikh : ………………………………………………………..

Page 4: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BAGI TAJUK€¦pembangunan web portal berasaskan moodle bagi tajuk sexual reproductive system of flowering plant sains tingkatan tiga siti

PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BAGI TAJUK

SEXUAL REPRODUCTIVE SYSTEM OF FLOWERING PLANT

SAINS TINGKATAN TIGA

SITI SALEHAH BINTI KHAIRUDDIN

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April 2009

Page 5: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BAGI TAJUK€¦pembangunan web portal berasaskan moodle bagi tajuk sexual reproductive system of flowering plant sains tingkatan tiga siti

ii  

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : …………………………………................

Nama Penulis : SITI SALEHAH BINTI KHAIRUDDIN

Tarikh : ……………………………………………..

Page 6: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BAGI TAJUK€¦pembangunan web portal berasaskan moodle bagi tajuk sexual reproductive system of flowering plant sains tingkatan tiga siti

iii  

Buat abah dan mama tersayang,

Haji Khairuddin Bin Yusoff dan Hajah Hafinah Binti Dollah.

Buat Along, Kak Nah, Angah, Kak Mila, Kak Mat, Kak Tie, Abg Adi dan Adik.

Buat Tuan Haji Muslim Bin Jonid yang sentiasa melapangkan hati dan jiwa.

Buat kawan-kawan yang tidak jemu meminjamkan telinga,

Fatihah, Nadia, Nadiah, Yasmah, Fadhillah, Liyana dan Anuar.

Buat Encik Nizam atas bantuan yang kecil tapi besar maknanya.

Buat Ramesh yang meminjamkan suara.

Dan buat yang teristimewa,

Mohamad Hafify Bin Mohamad Dzakir.

Atas pengertian, sokongan, dan galakan.

Sentiasa di hati.

Page 7: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BAGI TAJUK€¦pembangunan web portal berasaskan moodle bagi tajuk sexual reproductive system of flowering plant sains tingkatan tiga siti

iv  

PENGHARGAAN

Penulis ingin merakamkan penghargaan buat Prof. Madya Dr. Mohini, penyelia

projek sarjana muda ini atas bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang

tempoh penyeliaan. Jasa dan sumbangan yang diberikan amatlah dihargai.

Sekalung penghargaan buat abah dan mama yang tersayang atas sokongan dan galakan

mereka. Juga buat teman-teman seperjuangan yang telah banyak menghulurkan bantuan

kepada saya.

Terima kasih juga buat Tuan Haji Muslim atas nasihat dan sokongan dalam membantu

menyiapkan web portal ini. Segala nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan akan dikenang

selamanya.

Tidak lupa juga kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak dalam

menjayakan pembangunan web portal ini.

Akhir kata, ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat semua.

Page 8: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BAGI TAJUK€¦pembangunan web portal berasaskan moodle bagi tajuk sexual reproductive system of flowering plant sains tingkatan tiga siti

v  

ABSTRAK

Pembelajaran sains seharusnya menyeronokkan dan menggalakkan pelajar

supaya menjadi lebih kreatif dan berimaginasi. Namun, buku teks hanya mempunyai

gambar yang statik dan teks semata-mata. Oleh itu, pembangunan web portal berasaskan

MOODLE bertajuk Sexual Reproductive System of Flowering Plants telah dibina. Web

portal ini dibina berdasarkan model rekabentuk ASSURE dan berdasarkan Teori

Konstruktivisme. Teori Konstruktivisme menekankan bahawa pengetahuan dibina oleh

pelajar dan guru adalah sebagai fasilitator. Selain itu, pelajar perlu aktif dalam proses

pembelajaran. Bahan pembelajaran yang dibina adalah sesuai kepada guru sebagai bahan

pengajaran dan pelajar sebagai bahan pembelajaran. Topik Sexual Reproductive System

of Flowering Plants ini adalah satu konsep yang abstrak. Dengan adanya web portal ini,

konsep yang abstrak telah dijelaskan dengan bantuan animasi dan grafik untuk

memudahkan pengguna iaitu guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Bahan pengajaran dan pembelajaran ini dibina dengan menggunakan

Microsoft PowerPoint sebagai perisian utama dan disokong oleh Adobe Photoshop CS2,

Ulead Gif Animator 5.0, Sound Forge 7.0, Sony Vegas 8.0 dan Macromedia Flash

Professional 8. Tujuan utama penggunaan Microsoft PowerPoint ini adalah untuk

menunjukkan satu tahap penggunaan Microsoft PowerPoint yang lebih tinggi kepada

guru khususnya. Selain itu, terdapat pelbagai ciri di dalam web portal ini. Antaranya

adalah forum, chat, jurnal, kuiz, tugasan dan lain-lain lagi menjadikan web portal ini

sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran. Web portal ini bukan sahaja terhad kepada

guru dan pelajar tetapi boleh digunakan oleh semua. Diharapkan agar web portal ini

mampu memberikan manfaat untuk pengguna.

Page 9: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BAGI TAJUK€¦pembangunan web portal berasaskan moodle bagi tajuk sexual reproductive system of flowering plant sains tingkatan tiga siti

vi  

ABSTRACT

Learning science should be fun and encourage students to be imaginative and

creative. However, textbooks have limitation as it only provide texts and static graphics.

Regarding to this situation, web portal based on MOODLE entitled Sexual Reproductive

System of Flowering Plants has been developed. This web portal has been designed by

using Constructivism learning theory and ASSURE model. Constructivism learning

theory emphasize that students should construct their own knowledge while teacher is

only as facilitator. Apart from that, according to this theory, students are active learners.

The teaching and learning material is build to meet the teacher and student needs. The

topic of Sexual Reproductive System of Flowering Plants is an abstract concept. With

this web portal, the abstract concept can be explained easily with the help of animation

and graphic to help students and teachers. The teaching and learning materials have been

developed with Microsoft Office PowerPoint as the main software and are supported by

other software’s such as Adobe Photoshop CS2, Ulead Gif Animator 5.0, Sound Forge

7.0, Sony Vegas 8.0 and Macromedia Flash Professional 8. The purpose is to expose the

user that especially teachers with the new level of PowerPoint’s usage. The Moodle is

equipped with forum, chat, journal, enrichment exercises and others in order to make

this web portal suitable for teaching and learning. The web portal has a lot of activities

that encourage students and teachers to use it fully. This web portal is not only

accessible to teachers and students, but it also provides an equal chance to everyone to

use it. Hopefully this web portal can give benefits to its user.

Page 10: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BAGI TAJUK€¦pembangunan web portal berasaskan moodle bagi tajuk sexual reproductive system of flowering plant sains tingkatan tiga siti

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

HALAMAN JUDUL

PENGAKUAN

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

SENARAI LAMPIRAN

i

ii

iii

iv

v

vi

vii

xii

xiii

xv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Objektif Projek

1.5 Rasional Projek

1.6 Skop dan Batasan Projek

1

3

4

6

6

8

Page 11: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BAGI TAJUK€¦pembangunan web portal berasaskan moodle bagi tajuk sexual reproductive system of flowering plant sains tingkatan tiga siti

viii

1.6.1 Skop Projek

1.6.2 Batasan Projek

1.7 Kepentingan Projek

1.7.1 Pelajar

1.7.2 Pendidik

1.7.3 Ibu bapa

1.8 Kerangka Projek

1.9 Definisi Istilah

1.9.1 Bahan pembelajaran Sains

1.9.2 E-pembelajaran

1.9.3 MOODLE

1.9.4 Pengguna

1.10 Penutup

8

9

10

10

10

10

11

12

12

12

12

13

13

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan

2.2 E-pembelajaran

2.3 MOODLE

2.3.1 Ciri-ciri MOODLE

2.3.1.1 Modul Tugasan

2.3.1.2 Modul Forum

2.3.1.3 Modul Pembelajaran

2.3.1.4 Modul Kuiz

2.3.1.5 Modul Sumber

2.3.2 Keberkesanan MOODLE

2.3.2.1 Keberkesanan MOODLE Berbanding

Sistem Blackboard

2.4 Pendekatan Konstruktivisme Dalam MOODLE

2.4.1 Teori Konstruktivisme

14

15

16

17

17

17

18

18

18

19

19

20

20

Page 12: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BAGI TAJUK€¦pembangunan web portal berasaskan moodle bagi tajuk sexual reproductive system of flowering plant sains tingkatan tiga siti

ix

2.4.2 Prinsip-prinsip Asas Teori Konstruktivisme

2.4.3 Konstruktivisme Dalam teknologi

2.5 Salah Konsep

2.5.1 Salah Konsep Dalam Tajuk Sexual

Reproductive System of Flowering Plant

2.6 Penutup

21

23

25

26

27

3 PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN

3.1 Pengenalan

3.2 Model Rekabentuk

3.2.1 Menganalisis Pelajar

3.2.2 Menyatakan Objektif

3.2.3 Memilih Kaedah, Media dan Bahan

3.2.4 Menggunakan Media dan Bahan

3.2.5 Memerlukan Penglibatan Pelajar

3.2.6 Melakukan Penilaian dan Pengubahsuaian

3.3 Pemilihan Perisian dan Media bagi Menjalankan

Projek

3.3.1 Microsoft Power Point

3.3.2 Mozila Firefox

3.3.3 Teks

3.3.4 Grafik

3.3.5 Audio

3.3.6 Animasi

3.3.7 Course Management System (CMS)

3.4 Penyebaran MOODLE yang Telah Dihasilkan

3.6 Penutup

28

28

29

29

31

31

31

32

32

33

33

33

34

34

35

35

36

36

Page 13: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BAGI TAJUK€¦pembangunan web portal berasaskan moodle bagi tajuk sexual reproductive system of flowering plant sains tingkatan tiga siti

x

4 PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN

4.1 Pengenalan

4.2 Struktur Web Portal

4.2.1 Paparan Login

4.2.2 Paparan Utama Web Portal

4.3 Rekabentuk Topik Sexual Reproductive System of

Flowering Plants

4.3.1 Bahan Pengajaran dan Pembelajaran

4.3.1.1 Paparan Loading

4.3.1.2 Paparan Pengenalan

4.3.1.3 Paparan Nota

4.3.1.4 Paparan Hot Word dan Info

4.3.1.5 Paparan Keluar (Exit)

4.3.2 Penilaian Formatif dan Sumatif

4.4 Glossary

4.5 Forum dan Chat

4.6 Jurnal

4.7 Tugasan

4.8 Markah Pengguna

4.9 Fun

4.10 Penilaian

4.11 Penutup

37

38

38

39

40

41

42

43

44

45

46

48

54

54

56

57

58

59

60

61

5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan

5.2 Rumusan

5.3 Kebaikan web portal yang dibina

62

62

64

Page 14: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BAGI TAJUK€¦pembangunan web portal berasaskan moodle bagi tajuk sexual reproductive system of flowering plant sains tingkatan tiga siti

xi

5.3.1 Penggunaan Microsof PowerPoint Sebagai

Medium Pembinaan

5.3.2 Capaian Yang Tidak Terhad

5.3.3 Penggunaan Yang Mudah

5.3.4 Penilaian Kendiri

5.3.5 Penyimpanan Data dan Rekod

5.3.6 Perhubungan Sosial Antara Pengguna

5.4 Kelemahan Web Portal Yang Dibina

5.4.1 Penggunaan PowerPoint

5.4.2 Penggunaan Animasi Flash dan Video

5.5 Masalah yang dihadapi

5.5.1 Capaian Internet Yang Lemah

5.5.2 Kekurangan Kepakaran

5.6 Cadangan

5.6.1 Capaian Internet

5.6.2 Kemahiran Yang Perlu

5.6.3 Pengujian Keberkesanan

5.7 Penutup

RUJUKAN

LAMPIRAN

64

65

65

65

66

66

66

67

67

67

68

68

69

69

69

69

70

71

73

Page 15: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BAGI TAJUK€¦pembangunan web portal berasaskan moodle bagi tajuk sexual reproductive system of flowering plant sains tingkatan tiga siti

xii

SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Objektif Bagi Topik Sexual Reproductive System

of Flowering Plant

30

Page 16: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BAGI TAJUK€¦pembangunan web portal berasaskan moodle bagi tajuk sexual reproductive system of flowering plant sains tingkatan tiga siti

xiii

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK HALAMAN

1.1

Kerangka Projek

11

4.1 Paparan Pilihan Mata pelajaran 38

4.2 Paparan Login 38

4.3 Paparan Pilihan Topik 39

4.4 Skrin Kepastian (conformation) 39

4.5 Paparan Utama Web Portal 40

4.6 Paparan Muatnaik (upload) 41

4.7 Paparan Loading 42

4.8 Paparan Selamat Datang 42

4.9 Paparan Pengenalan 43

4.10 Paparan Nota 44

4.11 Paparan Hot word 45

4.12 Paparan Info 46

4.13 Paparan keluar (exit) 47

4.14 Penilaian Formatif 52

4.15 Penilaian Sumatif 52

4.16 Maklum Balas bagi Penilaian Sumatif (betul) 53

4.17 Maklum Balas bagi Penilaian Sumatif (salah) 53

4.18 Paparan Glossary 54

4.19 Ruangan Forum 55

Page 17: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BAGI TAJUK€¦pembangunan web portal berasaskan moodle bagi tajuk sexual reproductive system of flowering plant sains tingkatan tiga siti

xiv

4.20 Ruangan Chat 56

4.21 Ruangan Jurnal 57

4.22 Ruangan Tugasan 58

4.23 Paparan Markah 58

4.24 Paparan Teka Silang Kata 59

4.25

4.26

Paparan Aktiviti

Komen Pengguna

60

61

Page 18: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BAGI TAJUK€¦pembangunan web portal berasaskan moodle bagi tajuk sexual reproductive system of flowering plant sains tingkatan tiga siti

xv

SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Quiz -Parts of Flower- 74

B Quiz -Pollination- 81

C Quiz -Development of Fruit and Seed- 88

D Quiz -Seed Germination- 95

E Quiz -Vegetative Reproduction- 101

Page 19: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BAGI TAJUK€¦pembangunan web portal berasaskan moodle bagi tajuk sexual reproductive system of flowering plant sains tingkatan tiga siti

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pada tahun 1989, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan

Kurikulum Bersepadu Menengah Kebangsaan (KBSM) yang mana tumpuan yang lebih

diberikan kepada pembentukan nilai-nilai sains dan amalan dalam mata pelajaran sains.

Penggunaan pengetahuan sains dan aplikasi teknologi dalam membuat keputusan bagi

kesejahteraan manusia dan keseimbangan alam dikaitkan dengan nilai dan amalan sains.

Objektif ini adalah selari dengan nilai-nilai murni yang bermula daripada hakikat

bahawa manusia seharusnya memainkan peranan dalam menguruskan alam, sebagai

insan yang bertanggungjawab dan bijaksana. Antara aspek yang ditekankan adalah

berkomunikasi dengan jelas.

Proses pembelajaran dan pengajaran subjek sains boleh dimantapkan lagi dengan

penggunaan teknologi yang terkini. Dengan kemudahan komputer dan internet, guru dan

pelajar boleh mendapatkan lebih banyak maklumat berbanding pada masa dahulu.

Dengan kemudahan yang ada, pelajar seharusnya menggunakan peluang ini untuk

mendapatkan sebanyak maklumat yang mungkin. Antara platform yang boleh digunakan

Page 20: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BAGI TAJUK€¦pembangunan web portal berasaskan moodle bagi tajuk sexual reproductive system of flowering plant sains tingkatan tiga siti

2

oleh pelajar untuk mencari maklumat adalah web portal yang berasaskan MOODLE.

MOODLE adalah sistem pengurusan kursus yang mana sistem ini adalah percuma dan

terbuka. MOODLE direka dengan menggunakan prinsip pedagogi untuk membantu

pendidik mereka sistem e-pembelajaran yang efektif. Dougiamas (1999) pereka kepada

sistem MOODLE menyatakan bahawa ramai orang dalam institusi sama ada sekolah dan

lain-lain yang ingin menggunakan internet tetapi tidak mengetahui cara-cara untuk

menggunakan internet. Ini adalah kerana internet adalah satu sistem jaringan maklumat

yang sangat luas. Oleh itu, beliau telah membina sistem MOODLE iaitu satu sistem

yang mudah dan senang untuk digunakan.

Falsafah MOODLE mengandungi pendekatan konstruktivisme yang mana berpusatkan

kepada pelajar supaya mereka boleh mendapatkan kebaikan. Teori pembelajaran

kontruktivisme memberi tumpuan kepada pembinaan pengetahuan oleh individu.

Pembelajaran berlaku apabila seseorang itu dapat membina atau menginterpretasi ilmu

serta mengaplikasikan ilmu tersebut dalam situasi yang baru (Piaget, 1981; Brunner,

1990). Ciri-ciri MOODLE yang pelbagai, membolehkan pelajar untuk memberikan

komen mengenai bahan-bahan yang sedia ada atau memberikan bahan-bahan baru.

Selain itu, pelajar juga boleh berinteraksi bekerjasama di dalam MOODLE.

Kelebihan MOODLE adalah senang digunakan dan mampu digunakan di mana-mana

sahaja dengan pengguna hanya mempunyai internet dan komputer. MOODLE juga

mempunyai banyak ciri-ciri yang mampu disesuaikan dengan kehendak guru dan pelajar

itu sendiri. Ini menjadikan MOODLE senang untuk diakses. Kelebihan ini menjadikan

MOODLE sebagai medium pembelajaran dan pengajaran yang berkesan.

Subjek sains memerlukan penglibatan aktif daripada pelajar. Guru seharusnya bertindak

sebagai fasilitator yang membantu pelajar dalam membina kerangka mengenai isi

pelajaran. Pendekatan tradisional adalah tidak sesuai digunakan dalam proses

pembelajaran dan pengajaran. Ini kerana pendekatan tradisional lebih berpusatkan kpada

guru. Selain itu, pendekatan tradisional hanya melibatkan pelajar apabila guru

Page 21: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BAGI TAJUK€¦pembangunan web portal berasaskan moodle bagi tajuk sexual reproductive system of flowering plant sains tingkatan tiga siti

3

bertanyakan soalan sahaja sedangkan pada masa kini, pelajar dan guru seharusnya saling

berinteraksi dan pelajar seharusnya dilibatkan dalam proses pembelajaran dan

pengajaran secara menyeluruh. Maka, guru seharusnya mencari alternatif baru kepada

pengajaran tradisional dan salah satu daripada alternatif yang berkesan untuk digunakan

adalah MOODLE.

1.2 Latar Belakang Masalah

Subjek sains merupakan subjek teras di sekolah pada masa kini. Oleh itu, subjek

ini seharusnya dapat dikuasai oleh pelajar. Guru merupakan pelaksana yang akan

memastikan pelajar cemerlang dalam subjek ini. Guru seharusnya menggunakan

pelbagai kaedah dalam pengajaran mereka. Antara kaedah yang boleh digunakan adalah

dengan mengadakan perbincangan, pengajaran secara terus, penggunaan alat bantu

mengajar dan lain-lain lagi. Kaedah-kaedah pengajaran ini digunakan untuk memastikan

pelajar memahami isi pelajaran.

Penggunaan komputer dan internet dapat menarik minat pelajar. Kaedah pengajaran ini

mampu untuk menghilangkan rasa bosan pelajar semasa proses pembelajaran. Dengan

keadaan dunia yang semakin maju, penggunaan komputer dan internet adalah antara

kemahiran yang harus diketahui oleh pelajar. Zoraini Wati (1995) berpendapat bahawa

dalam abad ke 21, penggunaan komputer dalam pembelajaran akan menghasilkan

pelajar-pelajar yang mempunyai kemahiran daya berfikir yang tinggi.

Dalam tajuk Sexual Reproductive System of Flowering Plants, terdapat banyak salah

konsep oleh pelajar yang telah didapati oleh pengkaji-pengkaji terdahulu. Salah konsep

ini terjadi berpunca dari guru ataupun daripada pelajar sendiri dan juga daripada banyak

Page 22: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BAGI TAJUK€¦pembangunan web portal berasaskan moodle bagi tajuk sexual reproductive system of flowering plant sains tingkatan tiga siti

4

sumber-sumber lain. Berikut dinyatakan punca terjadinya salah konsep daripada

beberapa kajian:

• Daripada pengalaman harian dan pemerhatian(Strauss, 1981; Viennot, 1979).

• Daripada pengetahuan lalu dan pemikiran pelajar. Ini boleh dikenalpasti

berdasarkan kepada jawapan pelajar dalam peperiksaan (Driver, 1985;

BouJaoude, 1991).

• Daripada gambar rajah atau kenyataan dalam buku teks (Blosser, 1987; Cho,

Kahle & Nordland, 1985).

• Daripada guru (Osborne & Cosgrove, 1983; Bar & Travis, 1991).

(Sumber diperolehi daripada

http://departments.weber.edu/sciencecenter/7th%20misconceptions.htm)

Salah konsep akan membuatkan pelajar melakukan lebih banyak kesilapan mengenai

konsep sesuatu hubungan (Strike, 1983). Ini bermakna, konsep yang difahami pelajar

akan melambatkan konsep pembelajaran yang efektif pada masa hadapan. Ini telah

dibuktikan dengan pelbagai kajian yang telah dilaksanakan (contoh, Cachapuz dan

Martins, 1987; Schultz et al. 1987). Satu kajian yang telah dijalankan di Singapura

mendapati bahawa pelajar dan guru tidak imun terhadap salah konsep mengenai

fenemona sains (Toh, Boo dan Woon,1999).

1.3 Pernyataan Masalah

Dalam arus kemajuan negara, dunia pendidikan juga tidak ketinggalan dalam

meningkatkan mutu proses pengajaran dan pembelajaran bagi menarik perhatian pelajar

untuk belajar dan seterusnya memberi sepenuh tumpuan dalam proses pengajaran dan

Page 23: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BAGI TAJUK€¦pembangunan web portal berasaskan moodle bagi tajuk sexual reproductive system of flowering plant sains tingkatan tiga siti

5

pembelajaran dalam kelas. Pendekatan yang menarik semasa pengajaran dan

pembelajaran akan menarik minat pelajar. Keadaan sebaliknya akan berlaku apabila

sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu dilaksanakan dengan tidak menarik. Pelajar

akan hilang fokus dalam sesi pembelajaran. Ini akan menyebabkan pelajar tidak dapat

memahami isi pelajaran tersebut.

Sexual Reproductive System of Flowering Plants adalah merupakan salah satu topik

daripada sukatan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah bagi tingkatan tiga. Topik

ini mengandungi lima topik kecil iaitu parts of flower, pollination, development of seed

and fruit, seed germination dan vegetative reproduction. Topik Sexual Reproductive

System of Flowering Plants mengandungi banyak gambar rajah yang perlu dilukis oleh

guru. Ini pasti akan mengambil masa yang lama dan menyebabkan pelajar hilang fokus.

Boo Hong Kwen daripada National Institute of Education, Nanyang Technological

University Singapore telah menjalankan satu kajian mengenai salah konsep dalam

matapelajaran sains. Antara salah konsep yang dinyatakan oleh beliau adalah

berdasarkan kepada topik Sexual Reproductive System of Flowering Plants. Satu contoh

mengenai salah konsep yang biasa dilakukan adalah bunga mengeluarkan buah dan biji

dihasilkan selepas buah dikeluarkan. Fakta yang sebenar adalah biji dan buah dihasilkan

serentak selepas proses pensenyawaan berlaku.

Oleh itu, pembangunan web portal berasaskan MOODLE bagi tajuk Sexual

Reproductive System of Flowering Plants diharapkan dapat mengatasi masalah yang

dinyatakan di atas. Web portal berasaskan MOODLE ini menggunakan pendekatan

konstruktivisme dalam pembinaannya. Jadi ini akan memastikan penglibatan aktif

daripada pelajar. Selain itu, bahan pengajaran dan pembelajaran mempunyai grafik yang

berwarna dan animasi. Ini akan dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan

menarik minat pelajar. Diharapkan agar web portal ini mampu mengatasi masalah sedia

ada dan membantu guru serta pelajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

Page 24: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BAGI TAJUK€¦pembangunan web portal berasaskan moodle bagi tajuk sexual reproductive system of flowering plant sains tingkatan tiga siti

6

1.4 Objektif Projek

Projek ini membangunkan bahan-bahan e-pembelajaran bagi tajuk Sexual

Reproductive System of Flowering Plant dengan menggunakan MOODLE berdasarkan

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah bagi subjek sains untuk pelajar tingkatan tiga.

Selain itu, objektif projek adalah:

i. Mengisi web portal yang disediakan dengan bahan bantu pengajaran untuk guru

dan bahan sokongan pembelajaran untuk pelajar.

1.5 Rasional Projek

Pada zaman kini, penggunaan web dalam proses pencarian maklumat adalah

menjadi satu kemestian. Kemahiran dalam pencarian maklumat dalam web adalah satu

kemahiran yang harus dimilki oleh pelajar dan guru. Pendidikan berasaskan web

semakin berkembang dan mendapat perhatian disebabkan keupayaan interaktifnya yang

membolehkan penyimpanan dan perkongsian maklumat dilaksanakan dengan cepat,

mesra pengguna dan boleh diakses dari mana jua.

Selain itu, pendekatan yang menarik dalam pengajaran dan pembelajaran harus

berpusatkan kepada pelajar dan bukannya guru. Pendekatan yang sesuai dengan situasi

ini adalah pengajaran dan pembelajaran berasaskan teori konstruktivisme. Teori ini

menekankan kepada penglibatan aktif daripada pelajar. Asas bagi teori konstruktivisme

Page 25: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BAGI TAJUK€¦pembangunan web portal berasaskan moodle bagi tajuk sexual reproductive system of flowering plant sains tingkatan tiga siti

7

menerangkan bahawa pelajar aktif dalam membina pengetahuan yang sedia ada dengan

pengetahuan yang baru (Strommen & Lincoln 1992). Pembelajaran juga tidak berlaku

dalam keadaan yang mana pelajar berada dalam keadaan isolasi. Pelajar berinteraksi

dengan pengetahuan, persekitaran pembelajaran dan dengan pelajar yang lain (Dershem,

1996). Perhubungan ini mengubah pengetahuan dan persepsi pelajar terhadap

pengetahuan; supaya apa yang dipelajari adalah bukan bergantung kepada pengetahuan

masa silam pelajar semata-mata tetapi dengan pengetahuan seluruh komuniti

pembelajaran.

Pembangunan teknologi yang pesat akan menghasilkan individu yang produktif, kreatif

dan inovatif. Teknologi yang pesat juga telah memungkinkan laman web dapat diakses

pada bila-bila masa dan ketika. Dengan adanya teknologi tanpa wayar, maklumat

bagaikan berada di hujung jari. Sistem pengurusan pengajaran dan pembelajaran

berasaskan web merupakan satu program aplikasi internet yang pesat digunakan oleh

institusi pengajian tinggi sebagai infrastruktur kepada pelaksanan program e-

pembelajaran (Hashim Asman, 2002).

Dengan adanya web portal berasaskan MOODLE ini, diharapkan agar masalah

pengajaran dan pembelajaran dapat diatasi. Ciri-ciri yang terdapat dalam web portal ini

membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan menarik. Selain

itu, web portal ini juga menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang

membolehkan guru untuk menvisualisasikan konsep yang abstrak dalam topik Sexual

Reproductive System of Flowering Plant. Guru tidak perlu untuk melukis gambar rajah

dan boleh memberikan perhatian sepenuhnya kepada pelajar. Pelajar pula boleh

menggunakan web portal ini untuk pembelajaran kendiri. Terdapat penilaian secara

online yang memberikan pelajar maklum balas secara terus. Jadi pelajar boleh menilai

sendiri tahap kefahaman dan pengetahuan mereka. Web portal ini juga membolehkan

pengguna berinteraksi antara mereka dengan kemudahan seperti forum.

Page 26: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BAGI TAJUK€¦pembangunan web portal berasaskan moodle bagi tajuk sexual reproductive system of flowering plant sains tingkatan tiga siti

8

Secara ringkasnya, web portal ini diharapkan agar dapat membantu guru dan pelajar

dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

1.6 Skop dan Batasan Projek

1.6.1 Skop Projek

Skop projek ini terbahagi kepada dua iaitu skop modul projek serta skop

subtopik tajuk yang dipilih (Sexual Reproductive System of Flowering Plant).

Skop modul projek yang disediakan adalah:

i. Resource (sumber bahan pembelajaran)

ii. Lesson note (nota pembelajaran)

iii. Forum (forum)

iv. Chatting (diskusi)

v. Assignment (tugasan)

vi. Grade (markah)

vii. Journal (jurnal)

viii. Quiz (kuiz)

ix. Glossary (glosari)

x. Fun (Aktiviti)

Page 27: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BAGI TAJUK€¦pembangunan web portal berasaskan moodle bagi tajuk sexual reproductive system of flowering plant sains tingkatan tiga siti

9

Skop subtopik tajuk adalah:

i. Parts of Flower

ii. Pollination

iii. Development of Seed and Fruit

iv. Seed Germination

v. Vegetative Reproduction

1.6.2 Batasan Projek

Batasan projek pula adalah:

i. Pengguna yang menggunakan MOODLE sebaik-baiknya memiliki asas dalam

penggunaan komputer.

ii. Mempunyai asas pengetahuan yang baik dalam Bahasa Inggeris.

iii. Pelajar adalah sebaik-baiknya pelajar tingkatan tiga.

iv. Bahan yang disediakan adalah daripada tajuk Sexual Reproductive System of

Flowering Plant tingkatan tiga.

v. Penghasilan web portal berasaskan MOODLE hanya melaksanakan pengujian

secara formatif dan tidak formal.

Page 28: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BAGI TAJUK€¦pembangunan web portal berasaskan moodle bagi tajuk sexual reproductive system of flowering plant sains tingkatan tiga siti

10

1.7 Kepentingan Projek

1.7.1 Pelajar

Pelajar dapat belajar pada bila-bila masa dan di mana jua. Selain itu, pelajar juga

boleh menganalisis tahap kemajuan mereka dengan menjawab soalan yang disediakan.

Pelajar dapat belajar mengikut cara pembelajaran mereka sendiri. Selain itu pelajar dapat

mengutarakan pandangan mereka dan menerima maklum balas.

1.7.2 Pendidik

Guru dapat mengawasi kemajuan pelajar sama ada pelajar telah menggunakan

sistem ini ataupun tidak. Selain itu, guru boleh memberikan maklum balas mengenai

pertanyaan atau pendapat dari pelajar. Guru juga boleh mengawasi pelajar tertentu yang

tidak menunjukkan kemajuan yang sepatutnya.

1.7.3 Ibu bapa

Ibu bapa dapat mengawasi kemajuan anak mereka. Dengan adanya sistem ini,

ibu bapa dapat membantu anak mereka dalam pelajaran dan berbincang dengan guru

mengenai kemajuan anak mereka.

Page 29: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BAGI TAJUK€¦pembangunan web portal berasaskan moodle bagi tajuk sexual reproductive system of flowering plant sains tingkatan tiga siti

11

Pembinaan projek dijalankan.

1.8 Kerangka Projek

Projek ini dimulakan dengan mengumpulkan bahan-bahan yang sedia ada.

Seterusnya, bahan-bahan tambahan dikumpulkan. Bahan-bahan yang dikumpulkan

adalah berdasarkan kepada tajuk iaitu Sexual Reproductive System of Flowering Plant.

Setelah itu, analisis kesilapan pelajar dibuat. Penghasilan bahan-bahan e-pembelajaran

adalah berdasarkan kepada MOODLE.

Rajah 1.1 Kerangka Projek

Pembinaan Projek

• Bahan-bahan berkaitan dengan tajuk Sexual Reproduction System of Flowering

Plants dikumpulkan.

• Masalah salah konsep terhadap tajuk juga dikumpulkan dan dianalisis.

Teori konstruktivisme diaplikasi sebagai teori pembelajaran.

1. Individu akan dapat membina pengetahuan baru daripada pengalaman mereka.

2. Pelajar aktif dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

3. Pembelajaran adalah berpusatkan kepada pelajar

4. Pelajar untuk membina dan menganalisa pemahaman mereka dalam pengetahuan

Pembinaan projek adalah berdasarkan model ASSURE

Page 30: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BAGI TAJUK€¦pembangunan web portal berasaskan moodle bagi tajuk sexual reproductive system of flowering plant sains tingkatan tiga siti

12

1.9 Definisi Istilah

1.9.1 Bahan Pembelajaran Sains

Bahan pembelajaran sains merujuk kepada bahan-bahan yang diperolehi bagi

tajuk Sexual Reproductive System of Flowering Plant. Bahan-bahan ini diperoleh

daripada sumber rujukan utama iaitu buku teks dan sumber-sumber lain termasuk

internet.

1.9.2 E-pembelajaran

E-pembelajaran adalah pembelajaran, latihan atau pendidikan yang

menggunakan penggunaan internet dan komputer atau alatan elektronik dalam

menyediakan latihan, pendidikan atau bahan-bahan pembelajaran (Derek Stockley,

2003).

1.9.3 MOODLE

MOODLE adalah perisian e-pembelajaran percuma. MOODLE direka untuk

menolong pendidik mereka kursus secara dalam talian dengan peluang untuk

berinteraksi. MOODLE merupakan sumber terbuka dan direka supaya pendidik boleh

menambahbaik kepenggunaannya.

Page 31: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BAGI TAJUK€¦pembangunan web portal berasaskan moodle bagi tajuk sexual reproductive system of flowering plant sains tingkatan tiga siti

13

1.9.4 Pengguna

Pengguna merujuk kepada pelajar dan guru yang menggunakan web portal ini.

1.10 Penutup

Dalam bab ini, perbincangan mengenai pengenalan, latar belakang masalah,

pernyataan masalah, kerangka projek, rasional projek, skop dan batasan projek,

kepentingan projek dan definisi istilah telah dinyatakan. Antara kepentingan MOODLE

adalah MOODLE bersifat dinamik dan efektif untuk digunakan pada masa kini. Dengan

penggunaan MOODLE, banyak pihak yang akan mendapat manfaat dan bukan hanya

sekadar tertumpu kepada institusi sekolah sahaja.