pelbagai kecerdasan dan kemahiran berfikir.doc

7
Pelbagai Kecerdasan dan Kemahiran Berfikir Dalam kes ini, para pelajar perlu memahami tujuh kecerdasan (seven multiple intelligences) dan kemahiran berfikir yang perlu dikembangkan di kalangan pelajar dalam apa juga bentuk pengajaran, sama ada secara kontekstual atau masteri. Mengapa Tujuh kecerdasan dan kemahiran Berfikir Perlu Dikembangkan? 1. Setiap pelajar mempunyai sekurang-kurangnya tujuh kecerdasan yang perlu dikembangkan. 2. kemahiranberfikir adalah penting kerana ia merupakan kemahiran seumur hidup. 3. Untuk menguasai sesuatu yang diajar, para pelajar anda seharusnya mahir berfikir secara kritis dan kreatif, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Bagaimana Tujuh Kecerdasan Dikembangkan? Menurut Howard Gardner (1983), seseorang mempunyai sekurang-kurangnya tujuh kecerdasan berikut: a. Bahasa b. Logik-Matematik c. Ruang (spatial) d. Muzik e. Kinestatik f. Interpersonal g. Intapersonal. Tujuh kecerdasan tersebut tidak diajar sebagai satu topik yang berasingan, tetapi dikembangkan secara penyerapan semasa pengajaran dan pembelajaran. Ciri-ciri tujuh kecerdasan boleh digambarkan secara ringkas melalui jadual berikut: Kecerdasan Cerdas dalam Pekerjaan 1. Bahasa Menulis karangan, sajak, puisi, pantun dan memberi ucapan. Penulis, penyajak, penceramah 2. Logik Matematik Menaakul, kiraan, membuat analisis Saintis, jurutera, akauntan 3. Ruang (spatial) Mencorak, melukis, mengukir Pelukis, pengukir 4. Muzik Mencipta lagu, menyanyi, menikmati muzik, memainkan alat muzik Pencipta lagu, penyanyi, pemain alat muzik, peminat muzik.

Upload: abialhadi

Post on 03-Oct-2015

240 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Pelbagai Kecerdasan dan Kemahiran Berfikir

Pelbagai Kecerdasan dan Kemahiran BerfikirDalam kes ini, para pelajar perlu memahami tujuh kecerdasan (seven multiple intelligences) dan kemahiran berfikir yang perlu dikembangkan di kalangan pelajar dalam apa juga bentuk pengajaran, sama ada secara kontekstual atau masteri.Mengapa Tujuh kecerdasan dan kemahiran Berfikir Perlu Dikembangkan?1. Setiap pelajar mempunyai sekurang-kurangnya tujuh kecerdasan yang perlu dikembangkan.2. kemahiranberfikir adalah penting kerana ia merupakan kemahiran seumur hidup.3. Untuk menguasai sesuatu yang diajar, para pelajar anda seharusnya mahir berfikir secara kritis dan kreatif, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.Bagaimana Tujuh Kecerdasan Dikembangkan?Menurut Howard Gardner (1983), seseorang mempunyai sekurang-kurangnya tujuh kecerdasan berikut:a. Bahasab. Logik-Matematikc. Ruang (spatial)d. Muzike. Kinestatikf. Interpersonalg. Intapersonal.Tujuh kecerdasan tersebut tidak diajar sebagai satu topik yang berasingan, tetapi dikembangkan secara penyerapan semasa pengajaran dan pembelajaran.Ciri-ciri tujuh kecerdasan boleh digambarkan secara ringkas melalui jadual berikut:KecerdasanCerdas dalamPekerjaan

1. BahasaMenulis karangan, sajak, puisi, pantun dan memberi ucapan.Penulis, penyajak, penceramah

2. Logik MatematikMenaakul, kiraan, membuat analisisSaintis, jurutera, akauntan

3. Ruang (spatial)Mencorak, melukis, mengukirPelukis, pengukir

4. Muzik Mencipta lagu, menyanyi, menikmati muzik, memainkan alat muzikPencipta lagu, penyanyi, pemain alat muzik, peminat muzik.

5. KinestatikGerakan, tarian, lakonan, sukan, permainanAtlet, pemain bola sepak, peninju, penari,, pelakon.

6. InterpersonalPerhubungan manusiaDiplomat, ahli politik, peniaga

7. IntrapersonalNilai murni, pendirian, falsafahPengarang, penyajak, ahli falsafah

Guru boleh mengembangkan kecerdasan-kecerdasan berkenaan dengan aktiviti-aktiviti berkaitan bahasa berkenaan:i. Pembelajaran koperatif: Mengembangkan kecerdasan interpersonal.ii. Lakonan, permainan simulasi, dan main peranan: mengembangkan kecerdasan kinestatik, interpersonal, intrapersonal dan mungkin ruang.iii. Melukis, melakar, membuat gambar rajah atau peta konsep; mengembangkan kecerdasan ruang.iv. menyanyi lagu, menulis lirik atau seni kata lagu; mengembangkan kecerdasan muzik.Guru juga boleh memberi tumpuan kepada perkembangan kecerdasan logik matematik seperti kemahiran-kemahiran berikut:i. Menaakul secara logik.ii. Membuat kiraan.iii. Membuat analisis seperti membanding, membeza, mengkelas, menilai, menyusun atur, atau mentafsir.iv. Membuat sintesis seperti membuat inferens, kesimpulan, hipotesis, rumusan.v. Membuat keputusanvi. Menyelesaikan masalah.Apakah kemahiran Berfikir?Kemahiran berfikir adalah kemahiran intelek.Terdapat beberapa perkara yang boleh difikirkan oleh guru-guru untuk mengaitkan pelancongan dan berfikir. Berikut diperturunkan beberapa istilah yang boleh difikirkan bersama:i. Kemahiran berfikir aras rendah dan aras tinggi.- kemahiran berfikir aras rendah tidak memerlukan pemikiran yang luas dan mendalam.Contoh: kemahiran menghafal dan mengingat kembali fakta dan maklumat.-kemahiran berfikir aras tinggi memerlukan pemikiran yang luas dan mendalam.Contoh: Kemahiran menjelaskan, membuat analisis, menilai, menjana idea, membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan merancang.Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.i. Kemahiran secara kritis adalah kemahiran membuat penilaian tentang sesuatu data atau maklumat dan kemahiran ini memerlukan kemahiran membuat analisis data atau maklumat itu seperti membanding, membeza, menyusun atur, mengkelas, dan mengenal pasti sebab dan akibat.ii. Kemahiran berfikir secara kreatif adalah kemahiran menjanakan idea yang banyak, pelbagai dan baru.iii. Kemahiran mereka cipta dan membuat inovasi boleh dikelaskan di bawah kemahiran secara kreatif.Kemahiran vertical dan lateral.i. Pemikiran vertical bermakna pemikiran secara logik dan kritis.Contoh Ali cedera di lututnya. Basikalnya kemek. Bagaimanakah kecederaan itu boleh berlaku?ii. Pemikiran lateral bermakna mengeluarkan idea yang baru tanpa berfikir secara logik. Pemikiran ini merupakan pemikiran secara kreatif.Contoh: Bagaimana kita boleh ukur ketinggian pokok.Pemikiran bertumpu dan bercapah.i. Dalam pemikiran bertumpu, tumpuan pemikiran diberi dalam menanalisis sesuatu data atau maklumat.Contoh: Ali, demam.Dia tidur di bilikd arjah. mengapa Ali tidak faham apa yang cikgu ajar?ii. Dalam pemikiran bercapah, kita hendak mengeluarkan idea-idea yang banyak, pelbagai dan baru. Contoh: Apakah kegunaan kotak buangan?Kemahiran berfikir berikut yang tidak dikelaskan mengikutmana-mana istilah tersebut di atas haruslah dikuasai oleh pelajar anda:a. membuat kaitanb. membanding dan membeza.c. mengkelaskand. menilaie. menyusun aturf. mengenal pasti pernyataan `benar' dan `palsu'g. mengenal pasti pernyataan berasaskan fakta dan pendapath. mengenal pasti pernyataan berat sebelahi. mengenal pasti sebab menyatakan pelbagai sebabj. mengenal pasti akibat dan meramal pelbagai akibatk. membuat inferens atau kesimplan awall. membuat generalisasim. mentafsirn. mengenal pasti idea utama, idea sokongan dan butir terperinci.o. merumus dan meringkasp. membuat keputusanq. menyelesaikan masalah

Bagaimanakah Kemahiran Berfikir boleh Dikembangkan?Aktiviti yang boleh digunakan untuk mengembangkan kemahjiran berfikir termasuk:a. soal jawabb. sumbang saranc. permainand. pertandingane. kuizf. teka tekig. perbahasanh. projek:- mereka bentuk- mereka cipta- mengkaji- menyelidik- membuat eksperimen- menghasilkan sesuatu projek- menyelesaikan sesuatu masalahTeori Kecerdasan Pelbagai diperkenalkan oleh Dr. Howard Gardner pada tahun 1983. Beliau merupakan profesor dalam bidang pendidikan di Harvard Universiti. Menurut Gardner, kaedah lama untuk mengukur tahap kecerdasan manusia, iaitu berdasarkan ujian IQ adalah terlalu terhad. Justeru, Dr. Gardner telah mengemukakan 8 jenis kecerdasan yang berbeza sebagai satu cara untuk mengukur potensi kecerdasan manusia, kanak-kanak dan dewasa. Kecerdasan-kecerdasan yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut:

1. Linguistic intelligence ("word smart"):

2. Logical-mathematical intelligence ("number/reasoning smart")

3. Spatial intelligence ("picture smart")

4. Bodily-Kinesthetic intelligence ("body smart")

5. Musical intelligence ("music smart")

6. Interpersonal intelligence ("people smart")

7. Intrapersonal intelligence ("self smart")

8. Naturalist intelligence ("nature smart")

Berikut adalah bagaimana teori kecerdasan pelbagai boleh diaplikasikan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran secara hubungan berikut:

1. PERKATAAN (linguistic intelligence)

2. NOMBOR ATAU LOGIK (logical-mathematical intelligence)

3. GAMBAR (spatial intelligence)

4. MUZIK (musical intelligence)

5. REFLEKSI KENDIRI (intrapersonal intelligence)

6. PENGALAMAN FIZIKAL (bodily-kinesthetic intelligence)

7. PENGALAMAN SOSIAL (interpersonal intelligence), and/or

8. PENGALAMAN DENGAN ALAM SEMULAJADI (naturalist intelligence)

1. Kecerdasan Verbal - Linguistik [authors]

Kemampuan menggunakan perkataan secara berkesan sama ada secara lisan atau tulisan, termasuk - keboleban memanipulasikan ayat, gaya bahasa dan pengucapan dengan baik dan sempurna. Contoh aktiviti: Perbahasan, perbendaharaan kata, ucapan formal, penulisan kreatif, bacaan, jurnal, diari, puisi, jenaka dan bercerita.

KERJAYA: Sasterawan: Penulis, Penyajak, Penceramah, Pensyarah dalam bidang sastera.CONTOH: Faisal Tehrani, A. Samad Said, William Shakespeare, Rene Blanco, Sir Arthur Conan Doyle

2. Kecerdasan Logik - Matematik [scientists]

Kebolehan menggunakan nombor, menaakul, mengenal pasti pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat (logik). Melibatkan pemikiran saintifik, termasuk pemikiran secara heuristik, induktif dan deduktif, membuat inferens, mengkategori, generalisasi, perhitungan dan pengujian hipotesis. Contoh aktiviti: Penggunaan simbol, rumus, urutan nombor, pola abstrak, perkaitan sebab dan akibat (logik), penyelesaian masalah, pengurusan grafik dan pengiraan.

KERJAYA: Ahli matematik, Saintis, Jurutera, AkauntanCONTOH: Carl Friedrich Gauss, Al-Khawarizmi, Isaac Newton

3. Kecerdasan Fizikal - Kinestatik [dancers]

Berkaitan dengan pergerakan dan kemahiran fizikal seperti koordinasi, keseimbangan dan kelenturan badan. Menggunakan anggota badan untuk meluahkan idea dan perasaan. Contoh aktiviti: Tarian kreatif, drama, main peranan, aktiviti jasmani, latihan fizikal, pemain sukan dan seni pertahanan diri.

KERJAYA: Atlit sukan, pemain bola sepak, peninju, penari, pelakon, tentera, polis.CONTOH: Nicole David, Michael Jordan, David Beckham, Shazlin Zulkifli, Muhammad Ali, Shah Rukh Khan, Rosyam Noor, Jackie Chan

4. Kecerdasan Visual - Spatial [architects]

Kebolehan mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual. Berkepekaan terhadap warna, garis, rentuk dan ruang. Berkebolehan menvisual secara spatial dan mengorientasi diri dalam matriks ruang. Contoh aktiviti: melukis, mengecat, skema warna, garis rentuk dan ruang, mencipta gambaran mental, imaginasi aktif, peta minda, menvisual secara spatial dan mengorientasi diri dalam matriks ruang.

KERJAYA: Pelukis, pengukir, arkitek.CONTOH: Hijjaz Kasturi. Minoru Yamasaki, Alexander Thomson Alexander, Pablo Picasso, Leonardo Da Vinci

5. Kecerdasan Muzikal-Ritma [musicians]

Kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. Kecendenmgan ini termasuk kepekaan terhadap ritma, melodi atau kelangsingan suatu hasil muzik. Contoh aktiviti: Persembahan muzik, bunyi vokal, bunyi instrumental, nyanyian dan drama lagu.

KERJAYA: Komposer, penyanyi, penggubah lagu, pemain muzik.CONTOH: Adnan Abu Hassan, Ajai, M. Nasir, Yasin, Kitaro, Beethoven, Mozart, P. Ramlee, Siti Nurhaliza, Misha Omar

6. Kecerdasan Intrapersonal [therapists]

Berpengetahuan kendiri dan berkebolehan untuk menilai diri sendiri. Mempunyai gambarann yang tepat tentang diri sendiri, kesedaran terhadap mood dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan dan kemampuan untuk mendisipIinkan diri dan jati diri. Contoh aktiviti: Teknik metakognisi, strategi pemikinm, proses emosi, prnktis mind fullness, taakulan tahap tinggi, disiplin diri dan amalan pemusatan.

KERJAYA: Pengarang, Penyajak, Ahli falsafah, Ahli Motivasi, Pakar Kaunseling, Ahli PsikologiCONTOH: H.M Tuah Iskandar, Dr. Fadzilah Kamsah, Albert Ellis, Willaim Glasser, Howard Gardner, Jean Piaget

7. Kecerdasan Interpersonal [entrepreneurs]

Kemampuan untuk rnendiskriminasi antara pelbagai petanda interpersonal dan kebolehan untuk berkornunikasi dengan berkesan secara pragmatik terhadap petanda tersebut. Contoh aktiviti: kornunikasi antara individu, latilhan ernpati, latihan kolaboratif, rnernberi maklurn balas, strategi pernbelajaran kooperatif dan sedia bekerja sama

KERJAYA: Ahli politik, Peniaga, Pengacara, UsahawanCONTOH: Donald Trump, David Letterman, Aznil Hj. Nawawi

8. Kecerdasan Naturalis [naturalists]

Mengenali, menyusun dan mengkategorikan pelbagai jenis flora dan fauna

KERJAYA: Petani, Ahli botani, Ahli biologi, Perancang Bandar, GeologistCONTOH: Louis Agassiz, David Starr Jordan, Edward D. Cope, Charles Darwin

Dengan memanfaatkan kecerdasan masing-masing. Semua tokoh di atas menempa nama dalam bidang masing-masing. Masa depan yang cerah, menjadi penyumbang utama dalam sejarah manusia, dihormati sepanjang zaman.