peers pj final

13
QGU3013 - Kurikulum Kontemporari Dalam Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL NAMA Nurhafizah Binti Ajlan D20102040807 801204145448 KUMPULAN UPSI 01 PENSYARAH Puan Nur Haziyanti Binti Mohamad Khalid 1

Upload: nurhafizah-ajlan

Post on 28-Oct-2014

22 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Peers pj final

QGU3013 - Kurikulum Kontemporari Dalam Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL

NAMA

Nurhafizah Binti Ajlan

D20102040807

801204145448

KUMPULAN

UPSI 01

PENSYARAH

Puan Nur Haziyanti Binti Mohamad Khalid

1

Page 2: Peers pj final

ISI KANDUNGAN

Bil Topik Halaman

1.0 Pengenalan 2-3

2.0 Rasional 4

3.0 Kepentingan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS)

dalam Kurikulum Pendidikan Kesihatan.

• Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran dalam jalinan

perhubungan

• Peranan guru dalam mengaplikasi model PEER yang berkesan

• Membentuk Kesejahteraan keluarga

4-6

4.0 Implikasinya ke atas perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif

murid

4.1 Kognitif

4.2 Psikomotor

4.3 Afektif

7-8

Rujukan 9

2

Page 3: Peers pj final

Bincangkan tentang kepentingan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS)

dalam Kurikulum Pendidikan Kesihatan, serta implikasinya ke atas perkembangan

kognitif, psikomotor dan afektif murid.

1.0 Pengenalan

Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan

Sosial (dikenali sebagai Pendidikan Seksualiti sebelum ini) sejak tahun 1989 bagi sekolah

menengah dan pada 1994 di sekolah rendah.   Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial

diajar khususnya melalui kurikulum Pendidikan Kesihatan dan amnya melalui kurikulum

pelbagai mata pelajaran iaitu bahasa, Biologi, Sains, Sains Tambahan, Pendidikan Moral dan

Pendidikan Islam.  Semua murid mengikuti Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial dari

Tahun 1 hingga Tingkatan 5.  Kurikulum Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial diajar

dalam pelbagai aspek melalui mata pelajaran Pendidikan Kesihatan dan tidak hanya tertumpu

kepada isu seksual semata-mata. Kurikulum pendidikan ini disemak dan ditambah baik dari

semasa ke semasa untuk merealisasikan hasrat melahirkan murid yang bertanggungjawab,

membuat keputusan yang bijak dan berakhlak ke arah amalan gaya hidup sihat serta

menghindari tingkah laku berisiko.

Ironinya, bukanlah tugas mudah untuk memperbetulkan persepsi umum mengenai istilah

seks dalam institusi pendidikan Malaysia, apatah lagi untuk diajar kepada si cilik berusia tujuh

tahun yang baru menjengah alam persekolahan. Ia menuntut corak pemikiran yang lebih

terbuka dalam usaha menyampaikan maklumat yang tepat dan bersesuaian dengan jiwa kanak-

kanak. Untuk itu, kurikulum baru telah dibentuk. Dalam konteks ini, Kurikulum Standard Sekolah

Rendah (KSSR) yang diperkenalkan Kementerian Pelajaran Malaysia akan mula beroperasi

secara berperingkat awal tahun ini tatkala sekolah mula membuka pintunya untuk murid-murid

darjah satu.Pengenalan KSSR menambah baik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

yang dimulakan pada tahun 1993 dengan membawa gelombang perubahan yang menyasarkan

pengisian pendidikan yang bersifat holistik. Ternyata, KSSR telah memfokuskan 4M iaitu

membaca, menulis, mengira dan menaakul, reka bentuk kurikulum juga diubah dengan

menerapkan pendidikan berorientasikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial atau diringkaskan

sebagai PEERS.

3

Page 4: Peers pj final

Elemen itu bakal diajar berasingan bersama penekanan dalam aspek penjagaan

pemakanan dan keselamatan menerusi mata pelajaran Pendidikan Kesihatan serta diasingkan

daripada Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) menurut kurikulum lama, mata

pelajaran Pendidikan Kesihatan ini akan diajar dalam ruang masa 30 minit sebanyak sekali

seminggu untuk pelajar sekolah rendah. Pendidikan Jasmani pula akan diteruskan dengan

memperuntukkan tempoh masa selama satu jam setiap minggu. Menurut Ketua Pengarah

Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM, Datuk Dr. Julaihi Bujang, pembahagian kandungan

dalam Pendidikan Kesihatan dibahagikan sebanyak 75 peratus untuk PEERS, 15 peratus

berkenaan pemakanan kanak-kanak dan 10 peratus akan diajarkan teknik pertolongan cemas

dan keselamatan. Antara objektif-objektif PEERS ialah:

• RASIONAL

• Pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial ialah satu proses pembelajaran

sepanjang hayat untuk memperoleh pengetahuan yang menyeluruh dalam aspek

biologikal, sosiobudaya, psikologikal dan kerohanian ke arah amalan tingkah laku

yang sihat dalam kehidupan.

• Pendidikan dan pengetahuan ini membantu pembentukan individu yang

bertanggungjawab dan seterusnya mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas

daripada gejala sosial yang semakin meningkat.

• Kepentingan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) dalam Kurikulum

Pendidikan Kesihatan.

• Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran dalam jalinan perhubungan

PEERS adalah satu proses sepanjang hayat untuk memperoleh pengetahuan dan

membentuk sikap, nilai dan kepercayaan terhadap identiti, perhubungan serta keintiman

4

Page 5: Peers pj final

sesama individu. Justeru, pengetahuan yang dibekalkan itu akan mencakupi pengetahuan dari

segi biologi, sosiobudaya, psikologi dan kerohanian serta tidak hanya berfokus isu seksual

semata-mata. Pembahagian dan pengisian dari sudut kepentingan pengisian dalam PEERS

pula, pengetahuan yang diberi akan dipecahkan kepada dua tahap berdasarkan peringkat umur

murid-murid sekolah rendah. Tahap satu melibatkan pelajar darjah satu hingga tiga dan skop

utama dalam PEERS akan mengajarkan perbezaan fizikal lelaki dan perempuan,

tanggungjawab menjaga kebersihan diri, kepentingan memelihara kehormatan diri, pengurusan

perasaan dan kemahiran mengatakan ‘tidak’ kepada sentuhan yang tidak selamat. Manakalan,

pelajar darjah empat hingga enam yang dikategorikan dalam tahap dua akan diajar mengenai

perubahan fizikal, pengurusan konflik, sistem reproduktif, kemahiran memelihara kehormatan

diri, risiko perhubungan seks sebelum perkahwinan, jangkitan penyakit seksual dan kemahiran

mengatakan ‘tidak’ kepada rokok, dadah dan alkohol. Terdapat enam perkara akan ditekankan

dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan yang bakal dilaksanakan di semua jenis sekolah

rendah seluruh negara nanti.

Perkara-perkara tersebut adalah kesihatan diri dan reproduktif, penyalahgunaan bahan,

kemahiran pengurusan mental dan emosi, kekeluargaan, perhubungan serta pencegahan

penyakit. Ironinya, tidak ada kekeliruan berhubung istilah mata pelajaran seks yang bakal diajar

kerana pendekatan yang digunakan bukan tertumpu pada elemen seksual semata-mata

sebaliknya berkonsepkan kehidupan kanak-kanak itu sendiri. PEERS memberi kesedaran dan

membantu murid membentuk pandangan yang positif tentang kesihatan reproduktif dan sosial,

menyediakan maklumat yang perlu diketahui supaya mereka mengambil berat tentang

kesihatan seksual, dan membantu mereka memperoleh kemahiran membuat keputusan yang

bertanggungjawab pada masa kini serta masa depan.

PEERS turut memberi pendedahan kepada kemahiran pengurusan mental dan emosi

seperti konflik, tekanan diri, keluarga dan masyarakat serta kepentingan institusi perkahwinan,

kekeluargaan, peranan dan tanggungjawab ahli keluarga. Turut diajar langkah keselamatan diri

di rumah, sekolah, taman permainan, tempat awam serta akta perlindungan bagi kanak-kanak,

gadis, wanita, termasuk kemahiran mengelak daripada ancaman orang tidak dikenali dan orang

perlu dihubungi jika berlaku gangguan, ancaman serta kecemasan. Ini penting kepada kanak-

kanak di peringkat sekolah rendah dalam menjaga hal ehwal keselamatan diri.

• Peranan guru dalam mengaplikasi model PEERS yang berkesan

5

Page 6: Peers pj final

Modul pengajaran guru ini akan membantu guru-guru berkomunikasi dengan lebih

efektif dan interaktif bersama pelajar serta membimbing pendidik menyediakan alat bantu

mengajar secara kreatif sama ada secara digital mahupun bercetak. Dalam pada itu, guru-guru

juga akan menjalani sesi orientasi bersama jurulatih yang dikhaskan oleh kementerian bagi

menyalurkan pengetahuan yang tepat kepada pelajar kelak. PEERS mungkin boleh diajar oleh

guru-guru pendidikan moral, namun isi kandungan yang berkaitan sains seperti sistem

reproduktif, maklumat kehamilan dan kelahiran dan penyakit-penyakit kelamin perlu dihuraikan

oleh individu yang benar-benar arif. Cara pelajar menjaga maruah diri dan perkara berkaitan

bidang sains boleh diajar oleh mana-mana guru namun sekiranya ada sesi soal jawab antara

pelajar dan guru, perkara yang janggal akan timbul jika seseorang pendidik itu tidak mahir

sepenuhnya. Pelajar juga kemungkinan akan bertanyakan soalan yang tidak bersangkutan

tentang seks seperti orientasi seksual dan ketika inilah kredibiliti pendidik bakal teruji.

Ahli Psikologi Perkembangan Manusia Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr.

Khaizil Ismail memberitahu, pendidikan seks perlu diajar secara menyeluruh serta dipandang

dari sudut positif berikutan usaha untuk memberi pengetahuan dalam bidang ini adalah langkah

yang murni. Oleh itu, Khaizil menyarankan agar penyampaian yang betul oleh warga pendidik

amat penting berikutan risiko penyalahgunaan pengetahuan yang diterima pelajar adalah tinggi.

Para guru perlu dilatih semula kerana mereka seolah-olah tidak yakin dan kurang pengetahuan

tentang kaedah yang sesuai dengan peringkat umur pelajar Ibu bapa perlu memainkan peranan

utama dalam memantau perkembangan sikap dan perilaku anak-anak. Guru-guru pula harus

menyalurkan pengetahuan tentang dunia seksualiti ini menerusi pendekatan berarah

kekeluargaan. Justifikasinya, wujud hubungan yang erat antara guru, ibu bapa dan kementerian

pendidikan dalam melaksanakan PEER dengan berkesan selaras dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, intelektual

dan rohani.

• Membentuk Kesejahteraan keluarga

Keluarga merupakan unit asas produktif dan reproduktif dalam masyarakat. Ironinya dalam

membentuk kesejahteraankeluarga, sesebuah keluarga seharusnya mengamalkan cara hidup

sihat sudah pastinya akan menghasilkan anak-anak yang mempunyai status kesihatan

reproduktif yang lebih baik. Sementelahan pula, Setiap ahli keluarga mempunyai keperluan

reproduktif yang khusus dan sekiranya difahami ia akan mengukuhkan kesejahteraan keluarga.

Keluarga yang mengamalkan cara hidup sihat akan menyalurkan nilai-nilai positif kepada

6

Page 7: Peers pj final

generasi muda. Malah, setiap keluarga perlu mempertingkatkan pengetahuan mengenai hal-hal

kesihatan reproduktif bagi membolehkan setiap anggota keluarga dapat membuat keputusan

dan tindakan yang bijak. Hal ini penting kerana setiap anggota keluarga mempunyai peranan

dalam mempertahankan dan menggalakkan amalan tingkah laku seksual yang sihat. Keluarga

yang mengamalkan cara hidup sihat adalah keluarga yang sejahtera.

• Implikasinya ke atas perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif murid

PEERS mencakupi pengetahuan dari aspek biologikal, sosiobudaya, psikologikal dan

kerohanian ke arah amalan tingkah laku yang sihat dalam kehidupan dan tidak hanya berfokus

kepada isu seksual. Contohnya, skop PEERS dalam kurikulum Pendidikan Kesihatan pada

Tahap Satu sekolah rendah merangkumi topik perbezaan aspek fizikal lelaki dan perempuan,

tanggungjawab menjaga kebersihan diri, kemahiran berkata TIDAK kepada sentuhan tidak

selamat, kepentingan memelihara kehormatan diri serta pengurusan perasaan. Adalah menjadi

hasrat KPM untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat dan seterusnya

merealisasikan kejayaan PEERS. Kejayaan ini memerlukan penggemblengan usaha dan

kerjasama berterusan daripada semua pihak terutamanya ibu bapa dalam mendidik anak

dengan maklumat dan pengetahuan PEERS yang sempurna.

4.1 Kognitif

Lawrence Kohlberg (1984) membina satu model perkembangan moral berasaskan Teori

Piaget (1932) yang menghuraikan bahawa perkembagan moral adalah ditentukan oleh

perkembangan kognitif. Piaget mengandaikan bahawa cara seseorang individu

mempertimbangkan isu moral adalah kepada peringkat kognitifnya. Dalam konteks ini,

kandungan PEERS dalam Pendidikan Kesihatan digubal berdasarkan kepada tahap

perkembangan kognitif dan kesesuaian peringkat umur kumpulan sasaran. Setiap individu perlu

dilengkapi dengan kemahiran membuat keputusan konstruktif, bijak dan bertanggungjawab

dalam menangani situasi berisiko. Murid-murid seawal usia 7 tahun dilatih untuk meningkatkan

kemahiran daya berfikir agar mereka dapat mengenal pasti sesuatu yang betul atau salah. Hal

ini demikian kerana, kanak-kanak seusia 7 tahun merupakan ancaman terhadap ancaman

keselamatan. Apa yang lebih penting murid dapat bertindak pantas dalam menjaga

keselamatan diri di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam. Ini juga akan

meningkat pengetahuan mereka dari segi pelaksanaan akta perlindungan bagi kanak-kanak,

7

Page 8: Peers pj final

gadis dan wanita, termasuk kemahiran keselamatan diri iaitu mengelak diri daripada ancaman

orang yang tidak dikenali dan orang yang perlu dihubungi jika berlaku gangguan, ancaman

serta kecemasan.

• Psikomotor

Psikomotor melibatkan perkembangan diri seseorang individu dari aspek pergerakan

tubuh badan. Ini amat berkaitan dengan perbuatan seseorang individu dalam menjalin

hubungan. Domain psikomotor dalam konsep PEERS adalah berkait rapat dengan kemahiran

seseorang individu. Apa yang lebih penting, PEER dapat memberi implikasi positif terhadap

keupayaan dan kemahiran seseorang individu untuk menangani pengaruh dalaman serta luaran

yang mempengaruhi kesihatan diri dan reproduktif. Dalam konteks perkembangan kanak-

kanak, kanak-kanak akan menunjukkan tingkah laku yang kurang stabil apabila mereka mula

masuk ke peringkat baru kerana menghadapi pengubahsuaian kemahiran koordinasinya.

PEERS sudah pastinya dapat membantu kanak-kanak menghadapi perubahan perkembangan

ke peringkat baharu. Dalam konteks ini, kejayaan dalam melakukan sesuatu perkara

mendorong mereka untuk mengulanginya, manakala kalau mereka gagal dalam melakukan

sesuatu perkara akan mengundang kekecewaan dan seterusnya mereka tidak akan

melakukannya lagi. Ternyata, sekiranya tanpa bimbingan yang berkesan, sudah pastinya

mereka akan melakukan perkara yang bertentangan dengan nilai-nilai dalam kehidupan.

Justeru, bermula dari satu tahun 1, PEERS telah diterapkan dalam KSSR Pendidikan Kesihatan

dengan objektif-objektif yang ditetapkan.

• Afektif

Kesan perkembangan afektif individu melibatkan sikap, emosi, apresiasi, dan nilai dan

pembentukan sahsiah. Kemahiran bersosial atau bergaul pula melibatkan interaksi dan corak

komunikasi dengan orang lain. kanak-kanak amnya perlu didedahkan dengan kemahiran

bersosial serta etiket perhubungan sama ada dengan rakan sejantina ataupun berlainan jantina.

Hal ini demikian penting kerana mereka akan mengetahui tentang batas-batas pergaulan dalam

perhubungan sosial. PEERS dapat membantu mereka untuk mengenali perbezaan antara lelaki

dan perempuan serta fungsi setiap tubuh badan mereka yang berlainan jantina. Ini secara tidak

langsung mendidik mereka untuk menjaga keselamatan diri mereka. Bukan sahaja aspek

perhubungan yang perlu dititikberatkan, malah hubungan mereka dengan keadaan persekitaran

8

Page 9: Peers pj final

mereka. Ironinya, persekitaran yang bersih menjamin kesihatan diri mereka. PEERS turut

menekankan aspek kawalan emosi dan stress, ini dapat membantu kanak-kanak khususnya

golongan remaja daripada gejala yang tidak sihat. Pengurusan tekanan stress dapat

mengurangkan tekanan dan juga dapat mengenalpasti tekanan yang dihadapi serta kaedah

untuk mengurangkan serta mengatasi tekanan. Jika sedikit tekanan yang dihadapi, ia boleh

dianggap sebagai motivasi tetapi jika berat tekanan yang dihadapi, ia boleh menyebabkan

seseorang itu boleh terlibat dengan dadah dan alcohol jika mereka salah dalam memilih kaedah

untuk menangani stress. Justeru, penjagaan kesihatan diri amat penting kerana ia memberi

pengukuhan fizikal, emosi, rohani dan jasmani bagi setiap individu supaya lebih bersedia untuk

mengetahui akan kesihatan, kecantikan, kekemasan dan kebersihan diri yang sempurna

Rujukan

Esah Sulaiman (2003) Modul Pengajaran Asas Pedagogi, Cetak Ratu Sdn. Bhd.

Ismail Daud, Bernama, 05 Jun 2005

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (2012) Tahun 3. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Mok Soon Sang (2003) Potensi Manusia: Teori Pelbagai Kecerdasan dan Kecerdasan

Emosi,Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Subang Jaya .

Rujukan Laman Web

www. bharian.com.my /bharian/articles/ PEERS

9