pbs bahasa melayu 1 new (1)

21
TAJUK KAJIAN: PENGGUNAAN BAHASA SLANGA DALAM NOVEL REMAJA CINTA TIGA SUKU 1

Upload: dharshini-gangatharan

Post on 15-Nov-2015

59 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

NEW DOCUMENT

TRANSCRIPT

TAJUK KAJIAN:PENGGUNAAN BAHASA SLANGA DALAM NOVEL REMAJA CINTA TIGA SUKU

1.0PENGENALANBahagian ini menjelaskan latar belakag kajian, iaitu keterangan tentang penggunaan bahasa slanga dalam novel Cinta Tiga Suku serta definisi konsep-konsep penting yang digunakan dalam kajian ini.1.1 Latar BelakangPenerbitan novel pada masa kini semakin banyak di pasaran seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Kebiasaannya, golongan remaja yang membeli bahan-bahan bacaan seperti novel hanyalah bertujuan untuk mengisi masa lapang mereka. Bagi penulis pula, mereka menghasilkan novel adalah untuk tujuan pengkomersialan dan keuntungan semata-mata. Kebanyakan novel baru yang diterbitkan tidak menerapkan nilai-nilai murni. Hal ini akan mempengaruhi sikap atau tingkah laku pembaca. Namun begitu, yang menjadi pertikaian dan persoalannya sekarang ialah mesej yang didedahkan kepada remaja melalui novel-novel tersebut serta gaya bahasa yang cukup mengelirukan. Berdasarkan novel yang dikaji iaitu Novel Cinta Tiga Suku Karya Herna Diana, variasi bahasa yang digunakan dalam novel tersebut adalah pelbagai tetapi bahasa slanga merupakan bahasa yang paling ketara penggunaanya.

Pada asasnya, bahasa ini sering digunakan oleh golongan remaja. Bahasa ini seakan-akan menjadi kebiasaan dan tanpa segan silu dipertuturkan oleh mereka di mana-mana sahaja. Golongan remaja yang mempopularkan bahasa slanga selalunya memanipulasikan ungkapan atau perkataan dengan memberi makna baharu kepada perkataan tersebut. Pada hakikatnya, penggunaan bahasa slanga atau bahasa tidak formal tidak sepatutnya digunakan oleh penulis novel tersebut.

1.2Definisi KonsepMenurut Fischer (1996), slanga muncul pada abad ke-18 yang bermaksud origin uncertain iaitu ketidaktentuan sebenarnya. Secara etimologi, kata slanga berasal daripada perkataan sling yang dihubungkaitkan dengan beggar language dan rogues language iaitu bahasa kelompok pengemis dan anak jalanan.Brooke (1973), telah mengungkapkan bahawa variasi bahasa yang terdapat dalam bahasa diberi beberapa nama oleh ahli bahasa berdasarkan faktor-faktor yang tertentu. Umpamanya, variasi atau ragam bahasa mengikut penggunaan sebagai register atau laras dalam ilmu sosiolinguistik. Antara variasi bahasa yang lain termasuklah variasi seperti dialek, diglosia, slanga dan idiolek.Nik Safiah Karim (1996), menjelaskan bahawa slanga memiliki kecenderungan yang diguna pakai secara paling asas dan umum untuk memenuhi fungsi sosialnya. Perkara seumpama ini terjadi dalam semua bahasa di dunia, tambahan pula kosa kata slanga ditakrif seusia atau lebih awal dengan sesebuah bahasa bagi bangsa itu sendiri.Asmah Haji Omar (1993), menegaskan bahawa bahasa slanga mempunyai ciri-ciri unik dalam bentuk ungkapan dan pengujaran sehingga akhirnya menjadi sangat sinonim, akrab dan berakar umbi untuk membentuk identiti kumpulan.

Ajid Che Kob (1998), berpendapat kata kunci dalam pengajaran bahasa slanga yang merupakan ciri-ciri uniknya yang bertujuan menguat, memberi lebih makna sambil mengetengahkan identiti kelompok sosialnya.Kesimpulannya, jelaslah bahawa bahasa slanga merupakan kata-kata, ungkapan dan seumpamanya yang tidak tergolong dalam bahasa baku atau bahasa tinggi tetapi lazim digunakan dalam percakapan tidak rasmi.

2.0OBJEKTIF KAJIANObjektif kajian ini adalah untuk:-a) Menyenaraikan perkataan slanga yang digunakan dalam Novel Cinta Tiga Suku.b) Mengenal pasti makna perkataan slanga dalam Novel Cinta Tiga Suku.c) Mengenal pasti kesan-kesan penggunaan bahasa slanga dalam Novel Cinta Tiga Suku.3.0KEPENTINGAN KAJIANKepentingan kajian ini adalah seperti berikut:-a) Dapat mencuba perkataan-perkataan baru sebagai tanda pengenalan kumpulan komunikasi yang tersendiri.b) Dapat menyatakan makna-makna baru terhadap sesuatu perkataan slanga yang dicipta.c) Penggunaan bahasa slanga juga dapat memudahkan kumpulan individu yang menuturkannya untuk menyebut perkataan-perkataan baru yang dicipta sekaligus membolehkan mereka mengingati setiap perkataan yang diujarkan.4.0SKOP KAJIANKajian ini berfokus kepada penggunaan bahasa slanga dalam Novel Remaja Cinta Tiga Suku dari muka surat 5 hingga muka surat 66. Hasil karya oleh Herna Diana ini diterbitkan pada tahun 2010 oleh Karang Kraf Sdn. Bhd.

5.0BATASAN KAJIANKajian ini dilaksanakan terhadap bahasa slanga dalam Novel Cinta Tiga Suku. Oleh itu, bahasa tersebut hanya dipertuturkan oleh sekumpulan penutur tertentu seperti golongan remaja. Penulis juga terdiri daripada golongan yang kurang berpendidikan. Bahasa slanga jelas menunjukkan bahawa bahasa yang digunakan adalah tidak formal, tidak baku, dan bersifat tidak kekal. Istilah-istilah yang digunakan mungkin akan pupus setelah beberapa masa. Oleh itu, kosa kata dalam bahasa slanga yang digunakan hanya mempunyai makna tersendiri yang difahami oleh kumpulan tersebut. Tinjauan untuk memperoleh maklumat berkaitan dengan penggunaan bahasa slanga hanya dilakukan terhadap sumber bertulis. Pengkaji mendapati bahawa Novel Cinta Tiga Suku mempunyai banyak penggunaan bahasa slanga.

6.0KAEDAH KAJIANTerdapat beberapa teknik pengumpulan data yang digunakan untuk memperoleh data bagi menyiapkan kajian ini. Di antara teknik pengumpulan data yang telah diguna pakai adalah seperti berikut.6.1Kajian KepustakaanPengkaji telah membaca bahan bacaan yang berkaitan dengan bahasa slanga, termasuklah buku rujukan Bahasa Melayu STPM, tesis tentang bahasa slanga yang diterbitkan dalam beberapa buku hasil kajian sarjana luar negara.6.2Maklumat Daripada InternetPengkaji juga telah melayari laman web untuk mendapatkan maklumat berkaitan bahasa slanga, khususnya penulisan dan kajian ilmiah yang berfokuskan bahasa slanga di Malaysia.6.3Kajian TeksNovel Cinta Tiga Suku (Herna Diana 2010) digunakan dalam kajian ini untuk mengkaji bahasa slanga bagi melengkapkan kajian ini.

7.0DAPATAN KAJIAN7.1Senarai perkataan slanga dalam novel Cinta Tiga SukuBerdasarkan pembacaan novel Cinta Tiga Suku, terdapat beberapa perkataan slanga yang sering digunakan penulis dalam novel ini. Berikut merupakan perkataan slanga yang telah dikenal pasti :Bil.Perkataan Slanga Dalam Novel Cinta Tiga SukuAyat-ayat slanga dalam Novel Cinta Tiga SukuMuka surat (m/s)

1Wassup broWASSUP bro, tegur Iman sambil menepuk bahu teman sekerjanya, Amir.m/s 5

2Mamatkurang asam betul mamat ni, aku pulak digelakkan, hamun Iman didalam hati.m/s 6

3CoolTahu takut.Nasib baik aku ni cool.Kalau takmalam ni orang makan nasi kau makan gigi paprik.m/s 8

4MoodTak guna punya minah sewel.Aku bukak mata aje, dia dah spoil mood aku, marah Arie sambil melemparkan telefonnya ke katil.

m/s 11 dan m/s 41

Bil.Perkataan Slanga Dalam Novel Cinta Tiga SukuAyat-ayat slanga dalam Novel Cinta Tiga SukuMuka surat (m/s)

5YuppYupp, aku akan terus macam ni sehingga aku berjumpa dengan insan yang ditakdirkan Allah untuk menjadi pelindung aku.m/s 10

6BebNi yang aku malas.Tak sukalah jiwang-jiwang ni, beb! ujar Iman memecah suasana.m/s 12, m/s 16 dan m/s 57

7Poyo Dah kau tu asyik termenung aje dari tadi aku tengok.Macam poyo ajeaku semburlah air sikit untuk mengembalikan kau ke alam realiti, dalih Iman.m/s 14 dan m/s 15

8ChowSampai sana nanti, aku call kau.Okey, aku chow dulu, balas Amir.m/s 17

9LuDah la langgar orang, siap nak jerkah-jerkah pulak.Lu apehal nak carik pasal ke?balas Iman menyinga.m/s 19

10SisHelo bro, siskalau nak manja-manja ke, nak bercanda ke sekejap lagi eak? Sekarang ni kasi settle dulu bab motor aku tu, ujar Iman.

m/s 21

Bil.Perkataan Slanga Dalam Novel Cinta Tiga SukuAyat-ayat slanga dalam Novel Cinta Tiga SukuMuka surat (m/s)

11GengOkey juga doktor ni.Sporting gila.Boleh buat geng ni! rumus Iman didalam hati.m/s 29

12KotAlah, takkan kau tak boleh tolong aku kot? rayu Iman.m/s 38

13BikinDont worry.Ditanggung beres.Aku bikin tip top punya, sambungnya lagi terus ketawa.m/s 39

14BlahAku blah dululah.Esok pagi aku datang ambil motor.m/s 40

15MakweCantik makwe kau, pujinya pada Dr. Razif.m/s 66

16SengalHah! Ni dari planet mana pula muncul minah sengal ni? tukas hati Iman.m/s 21

17broWoi, bro! sedapnya mulut kau bercakap erk.Dah lah langgar orang, siap jerkah-jerkah pulak.m/s 20

18lepakJadual 1 : Senarai perkataan slanga

Man, malam ni tak jadi lepaklah.Aku kena balik kampung.Ayah aku tak berapa sihatlah, ujar Amir.m/s 16

Berdasarkan jadual 1, penggunaan bahasa slanga semakin popular terutama pada era teknologi maklumat dan juga melalui penulisan karya karya seperti novel. Penggunaan bahasa slanga bukanlah fenomena baru yang melanda bahasa Melayu kerana lebih 20 tahun yang lalu, penggunaan bahasa slanga telahpun digunakan. Kesimpulannya, penulis Novel Cinta Tiga Suku banyak menerapkan unsur-unsur slanga dalam novel ini untuk menarik mibat pembaca. Bahasa slanga yang lebih santai ini memudahkan pembaca terutamanya golongan remaja untuk memahami setiap makna perkataan yang terdapat dalam novel tersebut.

7.2Makna-makna perkataan slanga dalam novel Cinta Tiga SukuBerikut merupakan makna perkataan-perkataan slanga yang terdapat dalam novel Cinta Tiga Suku.Bil.Muka surat (m/s)Perkataan slangaMaksud

1m/s 5Wassup broWassup bermaksud akhbar, bro bermaksud brother iaitu sapaan untuk kawan-kawan lelaki

2m/s 6MamatMamat merupakan satu perkataan yang merujuk kepada seorang lelaki

3m/s 8CoolTenang

4m/s 11, m/s 41MoodPerasaan yang sedang digambarkan seseorang

5m/s 10YuppMempersetujui sesuatu perkara

6m/s 12, m/s 16, m/s 57BebSayang

7m/s 14, m/s 15PoyoMembangga diri

8m/s 16lepakMerujuk kepada individu atau kumpulan yang melakukan sesuatu perbuatan yang tidak berfaedah

9m/s 17chowPergi/menghalau seseorang

10m/s 19luPanggilan dalam bahasa cina yang bermaksud kau

11m/s 20BroBrother iaitu sapaan untuk kawan-kawan lelaki

Bil.Muka surat (m/s)Perkataan slangaMaksud

12m/s 21SisSister iaitu sapaan bagi kawan-kawan perempuan

13m/s 21SengalBermaksud lenguh-lenguh tetapi disalahgunakan yang membawa maksud

14m/s 29GengKumpulan yang dianggotai lebih daripada seseorang

15m/s 38KotKot beerti barangkali, agaknya dan kalau-kalau

16m/s 39BikinMelaksanakan sesuatu perkara

17m/s 40BlahPergi atau menghalau seseorang

18m/s 66MakweKawan perempuan

Jadual 2 : Makna perkataan slangaBerdasarkan jadual 2, perkataan beb berada pada kedudukan tertinggi penggunaanya dalam novel ini. Hal ini jelas menunjukkan bahawa penulis kerap menggunakan perkataan slanga dalam penulisan novelnya. Seperti mamat, kot dan sengal. Bahasa slanga bertujuan untuk menonjolkan identiti sesuatu kumpulan atau kelompok tertentu agar diketahui umum. Slanga juga dituturkan oleh sekumpulan remaja atau masyarakat dan hanya dapat difahami oleh kumpulan tertentu sahaja. Kesimpulannya, cara, gaya dan emosi yang dibawa oleh bahasa slanga itu sendiri sudah mempamerkan kefahaman yang meluas tentang kaedah pengaplikasian peranan bahasa dalam kehidupan seharian. 7.3Kesan-kesan penggunaan bahasa slanga dalam novel Cinta Tiga SukuBahasa slanga kerap digunakan dalam kalangan remaja. Bahasa ini merupakan bahasa yang tidak formal. Oleh itu, terdapat beberapa kesan yang dikenal pasti. Antaranya ialah:7.3.1Menjejaskan Kedaulatan BahasaPenggunaan bahasa slanga yang meluas dalam kalangan remaja menyebabkan bahasa slanga kerap digunakan dalam percakapan seharian tetapi juga dalam penulisan. Hasil penulisan yang diterbitkan dalam sebuah buku terutamanya dalam bacaan ringkas seperti novel telah terpengaruh dengan bahasa slanga. Oleh itu, penggunaan bahasa slanga dalam sebuah buku atau karya akan menjejaskan kedaulatan bahasa.7.3.2 Lenyap Bahasa Melayu yang GramatisJika kita menerima kebiasaan daripada penggunaan bahasa slanga bagi penggunaan di alam realiti maka bahasa melayu yang gramatis dan murni akan lenyap. Kini, penggunaan bahasa slanga yang yang berleluasa akan menyebabkan bahasa Melayu yang gramatis semakin terhakis sedikit demi sedikit.

7.3.3 Kedudukan Bahasa Melayu akan TerjejasTidak dinafikan bahawa prestasi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan amat baik. Namun begitu, sejak kebelakangan ini bahasa yang kita agungkan ini mula dicemari oleh anasir-anasir dari luar. Jika ditinjau penggunaan bahasa slanga amat jelas kepada kita bahawa kedudukan bahasa Melayu kini nampak seolah-olah semakin dianaktirikan oleh pengguna bahasa kita sendiri.7.3.4Implikasi kepada Generasi Pelapis NegaraPencemaran bahasa merupakan penyakit yang mula tersebar kepada masyarakat dan negara. Bagaimana kita ingin meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi atau bahasa berbudaya tinggi sedangkan mutu bahasa yang kita perjuangkan mula terabai. Apabila keadaan ini berlaku maka kita sebenarnya telah gagal melahirkan individu yang memahami bahasa. Akibat dari kegagalan itu, ia akan melahirkan cerdik pandai yang tidak mampu menggunakan bahasa yang betul dengan baik dan berkesan, sama ada secara lisan ataupun bahasa tulisan.

7.3.5Mempengaruhi kosa kata dalam penulisan formal dan komunikasi formalBahasa slanga yang melanda para remaja kita seharusnya dibendung untuk mengelakkan mereka melakukan kesalahan bahasa tidak kira dalam penulisan ataupun dalam komunikasi formal. Sebagai contoh, penggunaan bahasa slanga dalam novel-novel remaja yang digunakan oleh penulis kadang kala membuatkan kita tidak memahami dan mengerti maksud sebenar yang ingin disampaikan.7.3.6Matlamat untuk Mengembangkan Bahasa Melayu akan terhalangMatlamat untuk mengembangkan bahasa Melayu akan terhalang kerana penggunaan bahasa slanga telah memperkenalkan banyak elemen yang mencemarkan bahasa. Seperti kata pepatah, bahasa menunjukkan bangsa, sesuatu bahasa itu melambangkan sesuatu bangsa mereka sendiri. Jika bahasa slanga terus merebak dan berleluasa, maka generasi akan datang telah lupa bahasa mereka sendiri. Usaha-usaha yang dilaksanakan untuk mengembangkan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa tidak akan dicapai sekiranya pengguna bahasa Melayu itu sendiri tidak menggunakan bahasa mereka dengan betul.

8.0RUMUSAN KAJIANHasil kajian ini mendapati bahawa penggunaan bahasa slanga kerap digunakan dalam Novel Cinta Tiga Suku. Kajian ini disandarkan kepada tiga objektif iaitu menyenaraikan perkataan-perkataan slanga, mengenal pasti makna perkataan slanga dan mengenal pasti kesan-kesan penggunaan bahasa slanga dalam novel ini.Daripada hasil kajian yang diperoleh, penngkaji mendapati bahawa penulis Novel Cinta Tiga Suku menggunakan dialog yang berbaur slanga rock. Hal ini kerana penulisnya cuba untuk mencungkil realiti masyarakat remaja kini yang gemar menggunakan bahasa slanga. Disamping itu perkataan-perkataan slanga yang digunakan turut memperlihatkan kreativiti dalam bahasa slanga itu sendiri menyebabkan pembaca tertarik dengan novel tersebut. Namun begitu, terdapat juga beberapa kesan yang dikenal pasti daripada penggunaan bahasa slanga ini iaitu akan munculnya istilah-istilah baru, menjatuhkan kedaulatan bahasa dan lenyaplah bahasa Melayu yang gramatis.

9.0PENUTUPKajian ini telah memaparkan salah satu variasi bahasa iaitu penggunaan bahasa slanga. Jelaslah bahawa terdapat beberapa aspek bahasa slanga yang dapat dilihat dalam novel Cinta Suku dan dapat dipelajari oleh setiap individu. Seterusnya, memudahkan pemahaman terhadap aspek bahasa slanga ini dalam kehidupan seharian. Ternyata bahasa slanga juga berupaya memberi impak, aura dan pengenalan diri kepada individu serta kumpulan menerusi pelbagai media dan latar sosial kelompok mereka.Akhir sekali, semoga kajian ini dijadikan titik tolak kepada pengkaji lain untuk melaksanakan kajian terhadap aspek lain berkaitan dengan bahasa slanga seperti jenis-jenis bahasa ini secara lebih terperinci dan khusus. Kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada pengkaji-pengkaji lain pada masa akan datang untuk mendalami tentang penggunaan bahasa slanga.

BIBLIOGRAFIHerna Diana. 2010. Novel Cinta Tiga Suku. Karangkraf Sdn Bhd.Nor Asyikin. 2012. Slanga Dalam Bab 5 Novel Rooftop Rant Aplikasi Komputer Dalam Kajian http://asyikinrazak.wordpress.com/category/projek-1/Ashrol Rahimy Bin Pg Damit. 2012. Bahasa Slanga Dalam Facebook. http://kpbteamwork.blogspot.com/2012/04/bahasa-slanga-dalam-facebook.html

LAMPIRAN1