new new pbs pengajian am

Upload: khoo02264

Post on 16-Oct-2015

78 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

950226-08-6097ABSTRAK

Tujuan kajian dijalankan untuk mengenal pasti persepsi penduduk Kampung Gunung Rapat terhadap pembuangan sampah sarap di Pasar Gunung Rapat. Kajian ini mengemukakan dua objektif kajian. Objektif pertama untuk mengenal pasti punca-punca berlakunya pembuangan sampah sarap di Pasar Gunung Rapat. Objektif kedua untuk mengenal pasti kesan-kesan pembuangan sampah sarap terhadap penduduk Kampung Gunung Rapat. Kajian ini diadakan di Pasar Gunung Rapat di Ipoh. Kajian yang digunakan ialah kajian tinjauan. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik dan temu bual. Sampel kajian ialah 30 orang penduduk yang tinggal di Kampung Gunung Rapat di Ipoh. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan penduduk yang tinggal di Kampung Gunung Rapat bersetuju dengan faktor sikap, pendidikan, dan pengurusan pihak berkuasa yang tidak baik punca berlakunya pembuangan sampah di Pasar Gunung Rapat. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa penduduk Kampung Gunung Rapat menghadapi pelbagai masalah dari segi kesihatan, persekitaran dan hubungan. Kajian ini merumuskan bahawa faktor yang menyebabkan penduduk Kampung Gunung Rapat terjejas dari segi kesihatan, persekitaran dan hubungan adalah disebabkan oleh pembuangan sampah sarap di Pasar Gunung Rapat.

i

ISI KANDUNGANBilButiranMuka Surat

Abstraki

Isi kandunganii

Perhargaaniii

1.0Pengenalan

2.0Objektif Kajian

3.0Lokasi Kajian

3.1 Peta

4.0Kaedah Kajian

4.1 Persampelan

4.2 Pengumpulan Data

4.3 Teknik Penganalisisan Data

5.0Dapatan dan Perbincangan

5.1 Demografi Responden

5.2 Punca berlakunya pembuangan sampah di Pasar Gunung Rapat

5.3 Kesan pembuangan sampah terhadap penduduk Kampung Gunung Rapat

6.0Rumsan dan Kesimpulan

Rujukan

Lampiran

ii

PERHARGAAN

Semasa menjalankan projek penyelidikan, saya telah mendapat pelbagai bantuan dan sokongan ibu bapa, guru dan rakan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Pengetua SMK St Michael Ipoh, Puan Loh Wei Sheng kerana memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini. Di samping itu, ibu bapa turut memberi banyak sokongan kepada saya dari segi kewangan dan galakan untuk menjayakan projek ini.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran Pengajian Am saya, Puan Rosenah binti Mat Johor kerana telah banyak membantu dalam menjayakan projek ini.

Semasa menjalankan projek penyelidikan ini, saya telah mengalami pelbagai masalah, namun dengan dorongan ibu bapa, rakan dan guru, saya dapat menyempurnakan kajian ini dengan baik.

Dengan kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya, Khoo Chee Keong dan Lee Foong Yee serta keluarga yang tidak jemu memberi sokongan moral kepada saya untuk menjayakan projek ini dengan sempurna.

Dengan kerjasama semua pihak, saya dapat menyempurnakan projek ini dengan baik. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada rakan dan guru yang lain telah memberi sepenuh kerjasama dalam mengumpul maklumat untuk menjayakan kajian ini.

iii

1.0 PENGENALAN

Pada zaman yang moden ini, alam sekitar menjadi semakin tercemar akibat daripada sebab-sebab tertentu seperti pencemaran air, udara, bunyi, tanah, sampah dan sebagainya. Pencemaran ini telah membawa banyak kesan negatif kepada kita dan ketidakseimbangan bumi pada masa depan. Pencemaran yang semakin teruk telah menyebabkan penyakit merebak dan menjejaskan kesihatan kita. Hal ini telah memberi kesan yang tidak baik kepada masyarakat dan negara.

Sepanjang kajian ini, beberapa perkataan kerap digunakan. Antaranya ialah pencemaran. Menurut Kamus Dewan Edisi, pencemaran merupakan perbuatan mencemarkan atau mengotorkan.

Selain daripada Kamus Dewan Edisi, Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 telah mendefinisikan pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi, atau aras sinaran mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfeadah, yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan.

Di samping itu, sampah sarap juga adalah perkataan yang kerap digunakan dalan kajian ini. Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi keempat, sampah sarap bermaksud benda-benda yang dibuang, kotoran seperti daun-daun kering, kertas-kertas kotor dan lain-lain.

Sampah sarap ialah semua bahan yang terutama dihasilkan oleh aktiviti manusia seperti industri, pertanian dan pertambangan dan lainnya yang dianggap tidak berguna (Tchobanoglous 1993). Selain itu, Barret (1998) mengatakan sampah adalah buangan berasal dari suatu proses produksi, yang memerlukan suatu pengurusan kerana pengurusan adalah alat penting untuk memastikan sistim dapat bekerja dengan baik.

Dodds (1997) mengatakan sampah berasal dari aktiviti manusia. Pertumbuhan ekonomi memberikan kesan lebih banyaknya penggunaan sumber asli. Terdapat hubungan antara pertumbuhan ekonomi dan pencemaran alam sekitar. Kesan terhadap alam sekitar akibat aktiviti manusia bergantung pada kuantiti dan kualiti dari bahan-bahan yang diambil dari alam sekitar dan dikembalikan sebagai sampah.

Menurut kajian Suguna (1986), sampah sarap merupakan bahan pepejal yang terhasil dari aktiviti manusia dan ianya dianggap tidak berguna dan boleh dibuang. Sampah sarap juga ditakrifkan sebagai bahan yang dilupuskan kerana ia tidak dapat digunakan ataupun yang tidak diperlukan lagi oleh manusia ataupun tidak mempunyai nilai dari segi ekonomi, yang terhasil dari aktiviti-aktiviti harian manusia (Chamhuri 2000). Malahan, menurut kajian Plintoff (1976), sampah sarap merupakan bahan-bahan pepejal yang dihasilkan oleh industri, pertanian, perlombongan, perniagaan dan dari domestik.

Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 pula, sampah ditakrifkan sebagai suatu bahan buangan, termasuk semua bahan yang telah ditetapkan sebagai bahan buangan terjadual, atau semua bahan samaada dalam bentuk pepejal, cecair atau dalam bentuk gas atau wap yang dilepaskan, dikeluarkan atau diletakkan dalam alam sekeliling yang akan menyebabkan pencemaran (Laws of Malaysia 1998). Selain itu, pengurusan sampah sarap boleh didefinisikan sebagai suatu disiplin ilmu yang berkaitan dengan kawalan penjanaan, penyimpanan, pengumpulan, pemindahan, pengangkutan, pemprosesan dan pelupusan sampah di tapak pelupusan sampah dengan suatu kaedah yang sesuai dengan asas kesihatan orang ramai, ekonomi, kejuruteraan, pemuliharaan, astetik dan pertimbangan kepada alam sekitar.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Cooper (1981), pengurusan sampah sarap merupakan suatu istilah yang mesti diterapkan kepada sistem yang dirancang dan ditadbir berhubungan dengan tempat penyimpanan sementara, pemungutan, pengangkutan, pemulihan dan pelupusan akhir terhadap dasar yang diuruskan bagi semua bahan pepejal yang tidak dikehendaki muncul daripada sumber-sumber domestik, komersil, industri dan klinikal.

Sampah sarap boleh dikategorikan kepada 2 jenis iaitu sampah domestik dan sampah bukan domestik. Sampah domestik merupakan bahan-bahan buangan yang dibuangkan dari rumah atau dapur. Antara bahan buangan yang dibuang ialah pakaian lama, botol, kaca, kertas, beg plastik, tin aluminium dan juga sisa makanan. Manakala, sampah bukan domestik merupakan bahan buangan yang dibuang biasanya daripada kilang-kilang, tapak pembinaan dan sebagainya. Contoh bahan buangan yang didapati ialah sisa penjualan, sisa pembungkusan, sisa buangan toksik dari kilang dan lain-lain. Dalam kajian ini, kebanyakan bahan buangan yang dibuang ialah sampah domestik kerana Pasar tersebut adalah dekat dengan kawasan perumahan. Dalam kajian ini , saya telah menggunakan pelbagai kaedah untuk menyempurnakan kajian ini. Antaranya ialah temu bual, soal selidik dan pemerhatian. Melalui temu bual dan soal selidik, saya telah dapati bahawa penduduk berasa tidak puas hati dan selasa dengan pengurusan sampah di Pasar Gunung Rapat dan sikap segelintir penduduk yang tidak berprihatin dengan membuang sampah sesuka hati.

Berdasarkan statistik yang disediakan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara mengikut negeri untuk tahun 2013. Negeri yang mempunyai purata unjuran kutipan sisa pepejal yang paling tinggi ialah Selangor (4,594.53 tan) dan diikuti dengan Wilayah Persekutuan (4,110.61 tan ), Johor (3,112.83), Perak (2,482.33 tan), Sabah (2,213.12 tan), Kedah (2,152.81 tan), Sarawak (2,100.12 tan), Pulau Pinang (1,767.85 tan), Kelantan (1,691.21 tan ), Pahang (1,555.80 tan), Terengganu (1,434.81 tan), Negeri Sembilan (1,230.54 tan), Melaka (836.45 tan) dan akhir sekali Perlis (317.81 tan). Jumlah untuk purata unjuran ialah 29,590.82 tan.

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesan pembuangan sampah sarap terhadap penduduk Kampung Gunung Rapat di Pasar Gunung Rapat. Melalui kajian ini, telah didapati bahawa pembuangan sampah telah menyebabkan pembiakan nyamuk aedes dan pengeluaran bau yang busuk dari longkang di sekitar kawasan tersebut. Hal ini telah menyebabkan penduduk di Kampung Gunung Rapat sering jatuh sakit.

Lebih-lebih lagi, kajian ini adalah untuk mengenal pasti punca berlakunya pembuangan sampah di Pasar Gunung Rapat. Melalui kajian ini, didapati bahawa pembuangan sampah adalah berpunca daripada sikap tidak berprihatin segelintir penduduk Kampung Gunung Rapat yang hanya mementingkan diri sendiri. Akhir sekali, kajian ini dibuat supaya objektif-objektif kajian ini dapat dilaksanakan.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian adalah untuk :1. Mengenal pasti punca berlakunya pembuangan sampah sarap di Pasar Gunung Rapat.2. Mengenal pasti kesan pembuangan sampah sarap terhadap penduduk Kampung Gunung Rapat.

3.0 LOKASI KAJIAN3.1 Peta

Peta 1 : Pasar Gunung Rapat

Peta di atas menunjukkan lokasi kajian saya iaitu Pasar Gunung Rapat yang terletak di antara jalan raya utama Kampung Gunung Rapat, Jalan Gunung Rapat dan jalan raya kawasan perumahan, Lorong Gunung Rapat 5. Kampung Gunung Rapat terletak berdekatan dengan Kampung Sungai Rokam dan Gua Sam Poh Tong. Kedudukan Pasar Gunung Rapat adalah pada latitud 4.57515 dan longitud 101.11435 meter dari aras laut.

4.0 KAEDAH KAJIAN Antara tujuan menyediakan reka bentuk kajian adalah untuk menghubungkaitkan objektif kajian dengan hasil kajian. Reka bentuk kajian dalam penyelidikan ini adalah menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Kaedah persampelan digunakan kerana proses untuk mendapat maklumat adalah tepat dan mudah serta relevan dengan objektif yang telah ditetapkan. Kaedah ini menggunakan instrumen borang soal selidik yang mana ianya mudah untuk mendapatkan kerjasama daripada responden (Marson et.al 1998).

4.1 Persampelan Persampelan ini menggunakan persampelan bukan probaliti iaitu teknik persampelan bertujuan iaitu untuk menjawab objektif yang diutarakan oleh pengkaji. Seramai 30 orang responden telah dipilih untuk menjawab borang soal selidik ini, iaitu terdiri daripada penduduk tempatan. Saiz sampel ini dikatakan relevan menurut Bailey (1984), dimana lebih kurang 30 kes merupakan minimum bagi kajian yang memerlukan analisis daripada data perangkaan. Pemilihan responden adalah berdasarkan kesudian dan kelapangan mereka untuk menjawab borang soal selidik.

4.2 Pengumpulan Data Pengumpulan data digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan kaji selidik dan temu bual. Soalan kaji selidik dan temu bual telah dibentuk untuk mendapatkan persepsi penduduk terhadap punca dan kesan pembuangan sampah sarap yang berlaku di Pasar Gunung Rapat.

a) Borang soal selidik Soal selidik adalah kaedah utama dalam pengumpulan data kerana ianya berhubungan terus dengan kumpulan sasaran. Penggunaan borang soal selidik perlu melalui strategi mereka bentuk soalan soal selidik yang bersesuaian supaya tidak berlaku pilih kasih (Abd Rahim et al 1999). Borang soal selidik ini berbentuk soalan tertutup dan terbuka. Rasional menggunakan soal selidik tertutup adalah untuk mendapat jawapan yang berbeza-beza dan mudah dibanding untuk memudahkan diproses menerusi sistem mengkodan yang bersifat piawai dan mudah dianalisis.

b) Temu Bual Temu bual adalah kaedah kedua dalam pengumpulan data untuk mendapatkan pendapat penduduk tempatan yang merupakan kumpulan sasaran dengan cepat dan tepat. Soalan yang dikemukakan adalah berkaitan dengan objektif-objektif utama kajian ini.

4.3 Teknik Penganalisaan Data Dalam borang soal selidik ini, skala likert 5 peringkat digunakan dalam menilai persepsi penduduk terhadap pembuangan sampah sarap di Pasar Gunung Rapat Ipoh, Perak.

SkalaPoin

Sangat setuju1

Setuju2

Tidak pasti3

Tidak setuju4

Sangat tidak setuju5

5.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN Bahagian ini akan membincangkan keputusan analisis data berdasarkan tindak balas responden terhadap soal selidik yang telah dijalankan berkaitan tentang punca-punca berlakunya pembuangan sampah sarap di Pasar Gunung Rapat dan temu bual mengenai masalah pembuangan sampah sarap dan kesannya terhadap penduduk Kampung Gunung Rapat.

5.1 Demografi Responden Jadual 1 akan menunjukkan pecahan responden daripada kalangan penduduk di Kampung Gunung Rapat berdasarkan jantina,bangsa dan umur.

Jadual 1 : Latar belakang respondenBilFaktorKategoriBilangan ()Peratusan(%)

1.JantinaLelaki 1447.00

Perempuan1653.00

2.BangsaMelayu27.00

Cina1860.00

India930.00

Lain-lain13.00

3.Umur11-201033.00

21-30620.00

31-40310.00

41-50827.00

51-60310.00

5.1.1 Rajah 1 menunjukkan demografi responden berdasarkan jantina.

Rajah 1 : Demografi Responden Berdasarkan Jantina.

Rajah 1 atas menunjukkan demografi responden berdasarkan jantina responden di Kampung Gunung Rapat, Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Daripada 30 orang responden yang telah disoal selidik, didapati 14 orang responden adalah jantina lelaki, bersamaan dengan 47% sementara bagi jantina perempuan adalah seramai 16 orang responden, bersamaan dengan 53%.

5.1.2 Rajah 2 menunjukkan demografi responden berdasarkan bangsa.

Rajah 2 menunjukkan demografi responden berdasarkan bangsa. Rajah 2 di atas menunjukkan demografi responden berdasarkan bangsa responden di kalangan penduduk Kampung Gunung Rapat di Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Daripada 30 orang responden yang telah disoal selidik, seramai 18 orang responden adalah orang Cina, bersamaan dengan 60%. Di samping itu, bagi yang berbangsa Melayu adalah seramai 2 orang responden, bersamaaan dengan 7%.Seterusnya, bagi orang responden yang berbangsa India adalah seramai 9 orang responden,bersamaan dengan 30%. Akhir sekali, bagi yang berbangsa lain-lain adalah seramai 1 orang, bersamaan dengan 3%.

5.1.3 Rajah 3 menunjukkan demografi responden berdasarkan umur.

Rajah 3 menunjukkan demografi responden berdasarkan umur.

Rajah 3 di atas menunjukkan demografi responden berdasarkan umur di kalangan penduduk Kampung Gunung Rapat, Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Daripada 30 orang responden yang telah disoal selidik , seramai 10 orang responden adalah berumur 11 hingga 20, bersamaan dengan 33%. Di samping itu, bagi yang berumur 21 hingga 30 pula adalah seramai 6 orang responden, bersamaan dengan 20%. Seterusnya, bagi pula yang berumur 41 hingga 50 adalah seramai 8 orang responden, bersamaan dengan 27%. Akhir sekali, bagi kategori yang berumur 31 hingga 40 dan 51 hingga 60 adalah seramai 3 orang responden masing-masing, bersamaan dengan 10%.

5.2 Punca berlakunya pembuangan sampah di Pasar Gunung Rapat.5.2.1 Pembuangan sampah berlaku kerana sikap tidak bertanggungjawab segelintir penduduk.

Rajah 4 : Pembuangan sampah berlaku kerana sikap tidak bertanggungjawab segelintir penduduk.

Sebanyak 27.0% (8 responden) sangat setuju, 50.0% (15 responden) setuju, 17.0% (5 responden) tidak pasti dan 3.0% (1 responden) tidak setuju dan sangat tidak setuju.

Melalui Rajah 4 di atas, 23 daripada 30 responden telah menyetujui bahawa pembuangan sampah berlaku kerana sikap tidak bertanggungjawab segelintir penduduk. Kebanyakan pembuangan sampah berlaku kerana penduduk tidak menjalankan tanggungjawab merek sebagai penduduk tempatan menjaga kebersihan kampung mereka. Mereka hanya memikirkan diri sendiri dan membuang sampah sesuka hati demi kesenangan mereka sendiri.

Menurut Menteri Perhubungan Datuk Lee Kim Shin, sikap segelintir penduduk yang suka membuang sampah di luar tong sampah, beliau berkata jika penduduk sendiri tidak mengamalkan sikap bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan,maka masalah itu tidak akan selesai walaupun kontraktor mengutip sampah setiap hari.5.2.2 Pembuangan sampah berlaku kerana kurang didikan terhadap alam sekitar.

Rajah 5 : Pembuangan sampah berlaku kerana kurang didikan terhadap alam sekitar.

Berdasarkan Rajah 5, bilangan untuk sangat setuju sebanyak 30.0% (9 responden), setuju sebanyak 37.0% (11 responden), tidak pasti sebanyak 23.0% (7 responden), tidak setuju sebanyak 7.0% (2 responden) dan sangat tidak setuju sebanyak 3.0% (1 responden).

Berdasarkan rajah di atas menunjukkan majoriti responden menyetujui dengan pernyataan ini. Dengan kekurangan didikan terhadap alam sekitar, ia akan menyebabkan penduduk tidak mementingkan penjagaan terhadap alam sekitar kepada kita. Oleh itu pembuangan sampah berlaku kerana kurang didikan terhadap alam sekitar.

Menurut Utusan online, ia mengatakan bahawa kebanyakan pembuangan sampah berlaku seperti di pasar malam ataupun kawasan perumahan. Hal ini disebabkan penduduk atau penjaja tidak mempunyai kesedaran sivik yang tinggi tentang alam sekitar dan ini menjadi salah satu punca utama berlakunya masalah ini.

5.2.3 Pembuangan sampah berlaku kerana pihak berkuasa tidak menjalankan tindakan yang tegas terhadap pesalah.

Rajah 6 : Pembuangan sampah berlaku kerana pihak berkuasa tidak menjalankan tindakan yang tegas terhadap pesalah.

Sebanyak 37.0% (11 responden) sangat setuju, 43.0% (13 responden) setuju, 20.0% (6 responden) tidak pasti dan 0.0% ( 0 responden) tidak setuju dan sangat tidak setuju.

Kebanyakan responden bersetuju bahawa pembuangan sampah berlaku kerana pihak berkuasa tidak menjalankan tindakan tegas terhadap pesalah. Perkara ini juga dijelaskan dalam televisyen dan surat khabar yang mengatakan pihak berkuasa tidak menjalankan tugas mereka dengan tegas. Hal ini menyebabkan masalah ini terus berlaku.

Menurut Encik Lee Ming Long responden yang telah ditemu bual, Encik Lee berkata pembuangan sampah berlaku kerana pihak berkuasa tidak menjalankan tindakan yang tegas terhadap pesalah. Encik Lee mengatakan perkara ini telah dipandang remeh dan tidak diambil perhatian oleh kebanyakan pihak berkuasa dan amalan ini juga mempengaruhi segelintir penduduk. Tidak mengambil tahu dan membuang sampah sesuka hati menyebabkan masalah ini akan berleluasa.5.2.4 Pembuangan sampah berlaku kerana denda yang dikenakan kurang.

Rajah 7 : Pembuangan sampah berlaku kerana denda yang dikenakan kurang.

Rajah 7 menunjukkan bilangan yang sangat setuju adalah sebanyak 57.0% (17 responden), setuju adalah sebanyak 23.0% (7 responden), tidak pasti adalah sebanyak 13.0% (4 responden), tidak setuju adalah sebanyak 7.0% (2 responden) dan sangat tidak setuju adalah sebanyak 0.0% (0 responden).

Kebanyakan responden adalah memilih setuju untuk pernyatan ini. Punca ini memang terbukti bahawa denda berbentuk wang yang dikenakan oleh pihak berkuasa kepada pesalah adalah amat kurang dan ini menyebabkan pesalah tidak mengambil berat tentang hukuman yang mereka bakal terima dengan membuang sampah sesuka hati.

Menurut Puan Selvi, beliau amat bersetuju bahawa pembuangan sampah berlaku kerana denda yang dikenakan kurang. Puan Selvi berkata kebanyakan penduduk tidak menghiraukan hukuman yang dikenakan terhadap pesalah dan tetap membuang sampah sesuk hati. Puan Selvi mengatakan denda yang biasa dikenakan adalah sebanyak 300-400 ringgit dan jumlah yang kecil begini tidak diambil perhatian oleh kebanyakan penduduk kerana jumlah ini tidak tinggi dan menyusahkan.

5.2.5 Pembuangan sampah berlaku kerana hari pemungutan sampah tidak tetap.

Rajah 8 : Pembuangan sampah berlaku kerana hari pemungutan sampah tidak tetap.

Berdasarkan Rajah 8, bilangan sangat setuju adalah sebanyak 37.0% (11 responden), setuju adalah sebanyak 40.0% (12 responden), tidak pasti adalah sebanyak 20.0% (6 responden), tidak setuju adalah sebanyak 0.0% (0 responden) dan sangat tidak setuju adalah sebanyak 3.0% (1 responden).

Kebanyakan responden adalah berpendapat bahawa berlakunya pembuangan sampah adalah disebabkan hari untuk pemungutan sampah tidak tetap. Ini menyukarkan kebanyakan penduduk di kawasan perumahan kerana mereka tidak pasti bahawa bilakah lori pemungut sampah akan tiba dan ini menyebabkan mereka membuang sampah dengan sesuka hati. Ini secara tidak langsung menjadi salah punca pembuangan sampah.

Berdasarkan pendapat yang diberi oleh Puan Chong, Puan berkata bahawa punca berlakunya pembuangan sampah adalah disebabkan pihak yang bertanggungjawab mengutip sampah tidak datang pada masa dan hari yang tetap. Puan Chong mengatakan lori yang datang untuk mengutip sampah kadang kala akan datang pada awal pukup 5 pagi di mana sekeluarganya belum lagi bangun dan kadang kala lori tersebut tidak akan datang hari ini itu. Ini telah membawa masalah kepada mereka dan terpaksa melupuskan semua sampah sarap di Pasar Gunung Rapat ataupun rumah terbiar.5.3 Kesan pembuangan sampah terhadap penduduk Kampung Gunung Rapat5.3.1 Pembuangan sampah menyebabkan longkang tersumbat.

Rajah 9 : Pembuangan sampah menyebabkan longkang tersumbat.

Berdasarkan Rajah 9, bilangan sangat setuju adalah sebanyak 40.0% (12 responden), setuju adalah sebanyak 50.0% (15 responden), tidak pasti adalah sebanyak 7.0% (2 responden), tidak setuju adalah sebanyak 3.0% (1 responden) dan sangat tidak setuju adalah sebanyak 0.0% (0 responden).

Lebih separuh daripada responden amat menyokong bahawa pembuangan sampah akan menyebabkan longkang di kawasan perumahan atau sekitar pasar tersumbat. Longkang tersumbat akan membawa satu masalah yang serius kepada pihak berkuasa ataupun penduduk tempatan kerana longkang yang telah tersumbat adalah tempat yang sangat sesuai untuk pembiakan nyamuk aedes kerana aliran airnya telah diperlahankan atau disumbat oleh sampah sarap tersebut. Lebih serius, masalah ini akan menyebabkan banjir berlaku.

Menurut Datuk Omar Awangberkata, beliau begitu kecewa dengan sikap pihak yang tidak bertanggungjawab membuangkan sampah sarap dengan sesuka hati kerana hal ini akan mengakibatkan longkang tersumbat dan sangat kotor. Beliau juga berkata masalah ini berlaku kerana pihak yang berwajib menjalankan tugas pemungutan sampah tidak menjalankan tugas mereka dengan bertanggungjawab dan menyebabkan masalah pembuangan sampah sarap berlaku.5.3.2 Pembuangan sampah menyebabkan pembiakan nyamuk aedes.

Rajah 10 : Pembuangan sampah menyebabkan pembiakan nyamuk aedes.

Sebanyak 57.0% (17 responden) memilih sangat setuju, sebanyak 40.0% (12 responden) memilih setuju, sebanyak 3.0% (3 responden) memilih tidak pasti dan sebanyak 0.0% (0 responden) memilih tidak setuju dengan sangat tidak setuju.

Majoritinya responden menyokong bahawa pembuangan merupakan punca-punca utama pembiakan nyamuk aedes. Nyamuk aedes adalah amat merbahaya kepada kesihatan kita kerana penyakit demam denggi mampu meragut nyawa kita jika tidak mendapat rawatan yang betul. Pembuangan sampah seperti bekas makanan bertakung air, tayar terbiar yang menakungkan air dan sebagainya merupakan tempat pembiakan nyamuk aedes.

Menurut berita Sinar Harian online, masalah pembuangan sampah yang berterusan dibimbangi menjadi lokasi pembiakan nyamuk aedes. Mohammed Ramli Hamid, seorang penduduk di Kampung Gunung Rapat mengatakan bahawa kes deman denggi akan meningkat jika masalah pembuangan sampah sarap tidak diatasi dengan segera kerana sampah yang tidak diuruskan dengan baik, air sisa berkenaan dikhuatiri akan menjadi sarang pembiakan jentik-jentik.

5.3.3 Pembuangan sampah menjejaskan perniagaan penjaja. Rajah 11: Pembuangan sampah menjejaskan perniagaan penjaja.

Sebanyak 57.0% (17 responden) memilih sangat setuju, sebanyak 30.0% (9 responden) memilih setuju, sebanyak 13.0% (4 responden) memilih tidak pasti dan sebanyak 0.0% (0 responden) memilih tidak setuju dengan sangat tidak setuju.

Sebanyak 97.0% responden memilih amat setuju dengan pernyataan ini. Pembuangan sampah menjejaskan perniagaan penjaja. Oleh sebab lokasi pembuangan sampah berhampiran di Pasar Gunung Rapat, ramai penjaja ataupun penduduk telah terjejas dari pelbagai segi. Antaranya ialah penduduk setempat kerap jatuh sakit atau keracunan makanan disebabkan persekitaran pasar yang tidak bersih dan masalah yang dihadapi oleh penjaja ialah makanan atau bahan yang dijual tidak segar atau bersih disebabkan pembuangan sampah.

Menurut Puan Yau Chui Kean, seorang peniaga di Pasar Gunung Rapat. Beliau berkata bahawa perniagaan semakin teruk berbanding dengan dulu di mana emaknya pernah menjalankan perniagaan sebagai penjual kuih di Pasar. Pembuangan sampah telah menyebabkan pasar semakin banyak dengan tikus dan anjing liar, keadaan ini menyebabkan kebanyakan pelanggannya tidak berani membeli kuih di gerainya kerana takut keracunan makanan disebabkan persekitaran yang tidak bersih dan berbau busuk.

5.3.4 Pembuangan sampah menjejaskan nama baik Kampung Gunung Rapat.

Rajah 12 : Pembuangan sampah menjejaskan nama baik Kampung Gunung Rapat.

Berdasarkan 12 menunjukkan responden memilih sangat setuju adalah sebanyak 33.0% (10 responden), setuju adalah sebanyak 30.0% (9 responden), tidak pasti adalah sebanyak 27.0% (8 responden), tidak setuju adalah sebanyak 7.0% (2 responden) dan sangat tidak setuju adalah sebanyak 3.0% (1 responden).

Berdasarkan Rajah 12, kebanyakan responden bersetuju bahawa pembuangan sampah boleh menjejaskan nama baik kampung. Nama yang baik bukan sahaja amat penting untuk negara tetapi sebuah kampung atau sebuah keluarga adalah amat penting. Kampung Gunung Rapat terletak di bersebelahan dengan lokasi pelancongan yang terkenal di Ipoh iaitu Gua Sam Poh Tong. Oleh itu nama yang baik adalah amat penting untuk Kampung Gunung Rapat.

Menurut Encik Patrick Chong, seorang pelancong yang berasal dari Kuala Lumpur. Beliau berkata bahawa sebaik sahaja dia sampai di Pasar Gunung Rapat, dia berasa sangat kecewa kerana persekitaran yang berbau busuk dan banyak anjing liar yang berkeliaran sedang mencari makanan di tempat pembuangan sampah. Persekitaran ini adalah tidak bersih dan akan memudaratkan kesihatan orang ramai jika dibiarkan dalam jangka masa yang panjang. Beliau juga menyoal tentang bagaimana keluarga yang tinggal berdekatan dengan pasar kerana kawasan di sana adalah kotor dan berbau yang busuk.5.3.5 Pembuangan sampah menyebabkan keceriaan dan keharmonian penduduk terganggu.

Rajah 13 : Pembuangan sampah menyebabkan keceriaan dan keharmonian penduduk terganggu

Sebanyak 33.0% (10 responden) memilih sangat setuju, sebanyak 50.0% (15 responden) memilih setuju, sebanyak 17.0% (5 responden) memilih tidak pasti dan sebanyak 0.0% (0 responden) memilih tidak setuju dengan sangat tidak setuju.

25 daripada 30 responden bersetuju bahawa pembuangan sampah telah menyebabkan keceriaan dan keharmonian mereka telah terganggu. Selain daripada nama yang baik bagi kampong, keceriaan dan keharmonian penduduk adalah amat penting. Hal ini kerana tanpa kedua-dua nilai ini, kampong tersebut akan tidak bersatu padu atau selalu bergaduh sesama sendiri. Pembuangan sampah telah membawa kesan yang serius ini kepada penduduk Kampung Gunung Rapat.

Menurut pandangan Encik Khoo Chee Guan, seorang penduduk Kampung Gunung Rapat mengatakan bahawa keceriaan di kampong ini semakin buruk. Keadaan kampung ini tidak seperti dulu kerana semua penduduk adalah seakan sebuah keluarga yang besar dan erat hubungannya. Encik Khoo berkata masalah pembuangan sampah ini telah menjejaskan keceriaan dan keharmonian kebanyakan penduduk dengan persekitaran yang berbau busuk, banyak tikus, nyamuk aedes dan sebagainya.6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Kajian ini mengenalpasti persepsi penduduk terhadap pembuangan sampah sarap yang berlaku di Pasar Gunung Rapat. Masalah pembuangan sampah yang berlaku di kawasan Pasar semakin serius dan membimbangkan akibat daripada penduduk tempatan. Justeru itu, pihak yang bertanggungjawab harus memainkan peranan yang penting dalam memulihkan kecerian dan kebersihan kawasan pasar dan perumahan. Pihak bertanggungjawab perlu berganding bahu bersama pihak swasta dan masayarakat untuk menyelasaikan masalah yang semakin berleluasa dengan cepat dan berkesan.

Dapatan hasilan kajian mendapati bahawa persepsi penduduk terhadap pembuangan sampah sarap di Pasar Gunung Rapat adalah agak buruk, tetapi masih belum mencapai tahap yang kritikal dan membahayakan kesihatan mereka. Ada juga di antara responden tidak pasti sama ada pembuangan sampah ini benar-benar membawa masalah kepada kecerian, keharmonian dan kesihatan mereka. Hal ini kerana kawasan pembuangan sampah adalah berada di Pasar Gunung Rapat, bagi yang tinggal berdekatan dengan pasar, mereka berasa masalah ini membawa kesan yang tidak baik kepada mereka dan yang tinggal jauh sedikit, mereka tidak pula begitu terasa dengan kesan pembuangan sampah tersebut. Pasar Gunung Rapat ini terletak di antara kawasan perumahan dengan jalan utama di Kampung Gunung Rapat. Disebabkan pasar ini terletak berdekatan dengan jalan utama maka lokasi ini menjadi tempat pemungutan sampah oleh Dewan Bandaraya Ipoh dan lokasi kegemaran untuk penduduk membuang sampah di sana.

Kebanyakan penduduk berpendapat masalah pembuangan sampah sarap berlaku adalah disebabkan sikap mereka. Hasil analisis menunjukkan secara purata responden yang telah menjawab borang soal selidik dan di temu bual menyetujui bahawa masalah ini berlaku adalah kerana sikap penduduk yang tidak bertanggungjawab, mementingkan diri sendiri, demi kesenangan mereka kerana silap malas dan sebagainya. Di samping itu, masalah ini menjadi semakin serius juga disebabkan penduduk tidak mendapat didikan moral yang mencukupi. Mereka tidak tahu mengetahui kesan yang bakal dialami jika masalah ini menjadi semakin serius di kawasan perumahan mereka. Pihak berkuasa wajib telah pun menyediakan kempen ataupun ceramah di kawasan tersebut untuk memberikan kesedaran kepada mereka betapa pentingnya alam sekitar kepada kita.

Selain itu, pengurusan pihak berkuasa juga merupakan punca berlakunya pembuangan sampah. Berdasarkan analisis kajian, penduduk mengatakan bahawa pembuangan sampah berlaku adalah disebabkan pengurusan pihak yang tidak berkesan. Contohnya, tidak mengambil tindakan yang tegas terhadap pesalah, denda yang dikenakan adalah kurang, hari pemungutan sampah tidak tetap dan lain-lain. Pihak pengurusan perlu lebih peka terhadap masalah ini dan perlu menyelsesaikannya segera.

Berdasarkan hasil kajian, penduduk berpendapat bahawa punca-punca pembuangan sampah sarap ini membawa kesan-kesan kepada alam sekeliling dan masyarakat. Hal ini disebabkan mereka telah mendapati bahawa pencemaran akan berlaku dalam masa beberapa bulan akan datang. Mereka juga berpendapat kawasan perumahan di sekitar Pasar Gunung Rapat semakin banyak pembiakan nyamuk, tikus dan anjing liar. Perniagan penjaja di Pasar atau berada di sekitar sana turut terjejas oleh pembuangan sampah.

Selain itu, masalah ini turut menjejaskan nama baik Kampung Gunung Rapat disebabkan kawasan persekitaran yang berbau busuk dan tidak bersih. Pernyataan ini disetujui oleh kebanyakan responden yang telah di temu bual. Mereka mengatakan bahawa masalah ini telah memudaratkan kesihatan mereka serta membawa imej yang buruk kepada pelancong yang datang ke kampung mereka. Kampung Gunung Rapat menjadi tempat lawatan kebanyakan pelancong disebabkan Kampung ini adalah terletak disebelahan dengan Gua Sam Poh Tong yang terkenal dengan keindahannya dan merupakan lokasi pelancongan untuk pelancong yang datang ke ipoh untuk bercuti. Dengan ini, masalah pembuangan sampah akan menjejaskan nama baik Kampung Gunung Rapat.

Malahan, perkara ini turut membawa kesan kepada hubungan antara masyarakat. Terdapat beberapa responden yang telah di temu bual mengatakan bahawa mereka telah beberapa kali bergaduh dengan jiran mereka akibat masalah pembuangan sampah ini. Dengan ini kecerian dan keharmonian penduduk akan terjejas.

Antara langkah yang dapat dilakukan oleh pihak berkuasa ialah mengadakan lebih banyak kempen dan ceramah kesedaran kepada penduduk tempatan. Dengan mempunyai kesedaran terhadap alam sekitar adalah amat penting kepada kita maka penduduk tidak akan membuang sampah dengan sesuka hati.

Di samping itu, pihak berkuasa juga perlu meningkatkan denda yang dikenakan terhadap pesalah ataupun mendenda mereka dengan cara lain seperti menangkap mereka. Pihak berkuasa juga boleh membina lebih banyak kawasan khas tempat pembuangan sampah supaya masalah ini dapat dikurang. Dengan kadar peratusan pembuangan sampah dapat dikurangkan maka kecerian, keharmonian dan kesihatan persekitaran dan masyarakat dapat dijaminkan.

Kesimpulannya, kerjasama antara pihak berkuasa dengan masyarakat harus ada jika mahu masalah pembuangan sampah tersebut dikurangkan dan tidak menjejaskan alam sekitar dan masyarakat. Masalah ini haruslah diatasi dengan segera supaya dapat melahirkan generasi mudah yang lebih sihat dan negera yang lebih ceria dan harmoni.

RUJUKAN

Abd Rahim Md Noor, Azlan Abdullah, Mastura Mahmud, Ekhwan Toriman, Mohd Fuad Md Jali, Moktar Jaafar, Nor Azian Ali Shahruddin Ahmad & Sharifah Mastura Syed Abdullah. 1999. Teknik-Teknik Dalam Geografi. Bangi : Pusat Pengajian Jarak Jauh.

Bailey, K. D. 1984, Methods of Social Research, New York: The Free Press

Marson, J. 1998. Quantitative Method In: Taylor, J.Steven and Bogdan, R ed. Quantitative Method In: A Guide Book And Resources. London: John Wiley & Sons, inc.85-88.

Kamus Dewan Edisi Keempat, Definisi pencemaran, Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan Edisi Keempat, Definisi sampah-sarap, Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://www.kpkt.gov.my/jpspn_2013/fileupload/sumberrujukan/JABATANPENGURUSANSISAPEPEJALNEGARA_JUN2013.pdf

http://www.utusan.com.my

http://www.sinarharian.com.my