artikel 1 new

12
P a g e 1 HBHE3103 Artikel 1 © Utusan Melayu (M) Bhd Sumber bahan :http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_eger!/"0130#"3/$n_3%/&erebu' Semua'se(olah'$!')*'Selangor'$!arah'tutup'eso( +, -,), , B +, S* 210"213 033

Upload: katherine-hardy

Post on 02-Nov-2015

232 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

hihihi

TRANSCRIPT

Page11HBHE3103Artikel 1

Utusan Melayu (M) BhdSumber bahan :http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130623/dn_34/Jerebu-Semua-sekolah-di-KL-Selangor-diarah-tutup-esok

Refleksi Artikel 1:Masalah jerebu yang melanda rakyat Malaysia selama lebih kurang sebulan akhirnya dijangka beransur pulih.Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatakan penurunan di kebanyakan kawasan. Keadaan jerebu berada dalam tahap terkawal dan kualiti udara dilaporkan dalam keadaan sederhana dan baik berbanding dengan keadaan sebelumnya. Menurut juruckap Jabatan Alam Sekitar (JAS),ramalan hujan akan memulihkan keadaan jerebu yang diakibatkan oleh partikel halus terampai di udara selain pengawalan pembakaran terbuka. Pada keadaan kritikal apabila terjadi pembakaran hutan yang tidak terkawal di Indonesia lalu mencetus bencana jerebu yang teruk di Malaysia dan Singapura, pembakaran terbuka merupakan satu isu yang menjadi salah satu faktor punca masalah jerebu bertambah buruk di negara kita.Terdapat segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab yang suka melakukan pembakaran terbuka.Tindakan masyarakat yang melakukan pembakaran secara terbuka tanpa kawalan sehingga menyebabkan keadaan jerebu menjadi-jadi. Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh pihak yang ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap atau bahan buangan sama ada individu ataupun pemilik kilang. Contohnya, sesetengah anggota masyarakat melakukan pembakaran terbuka di belakang kawasan rumah mereka sendiri. Mereka telalu malas untuk membawa sampah sarap mereka ke tempat pembuangan sampah atau pusat pengitaran sampah semula. Begitu juga pemilik kilang kain, papan dan sebagainya bertindak membakar sendiri bahan buangan kilang mereka. Mereka juga tidak sedar bahawa asap dari pembakaran ini tidak akan berada di suatu tempat sahaja tetapi akan ditiup angin dan meliputi kawasan yang amat luas. Natijahnya, pembakaran terbuka ini mengakibatkan asap dilepaskan ke udara dan mengakibatkan jerebu.Hal ini nampaknya remeh, kerana yang kelihatan hanyalah asap, namun asap inilah yang menyebabkan kejadian jerebu yang menyulitkan kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.Diharap walaupun selepas masalah jerebu pulih , rakyat Malaysia perlu peka dan elak dari melakukan tabiat yang buruk tersebut. Pemberian lesen, permit serta cukai pencemaran boleh dilaksanakan sebagai langkah kawalan. Semua ketidakpatuhan kepada undang-undang wajar dikenakan tindakan keras agar masalah tidak berulang. Artikel 2mStarOnline>BERITASaturdayJune16,2012

JerebuDiLembahKlangDijangkaLebihBuruk

OlehTEHENGHOCK,REGINALEE

PETALINGJAYA:JerebukembalimelandaSemenanjungMalaysiadenganempatkawasanmencatatkanIndeksPencemaranUdara(IPU)tidaksihatdiLembahKlangdanbakalmenjadilebihburuk.Sepertitahuntahunsebelumnya,jerebudisebabkanbeberapa'kawasanpanas'yangterletakditengahpulauSumatra,Indonesia.

JabatanAlamSekitar(JAS)danpihakberkuasaIndonesia,kedua-duanyamenjangkakankeadaanbertambahburukdenganmusimpanasdankeringdidaerahRiauSumatrayangmanakeadaaniniakansampaikekemuncaknyadalamtempohduamingguakandatang.

KualitiudaradiLembahKlangmerosotsecaraprogresifpadaJumaatdenganempatkawasanmencatatkanbacaanIPUyangtidaksihatsehinggapukul5petang.LokasiiniialahPelabuhanKlang(147),KualaSelangor(129),ShahAlam(120)danCheras(105).Kebanyakandaripada51kawasanyangdipantauolehJASjugamenunjukkanpeningkatan,denganbeberapatempatdilembahKlangdanKintamenghampiripinggirbacaanIPUtidaksihat,lebihdari 100.

JASmengklasifikasikanbacaanIPUantara0dan50sebagaiBaik,51-100(sederhana),101-200(tidaksihat),201-300(sangattidaksihat)danlebihdari301sebagaiberbahaya.

"Dengancuacayangagakkeringdibeberapabahagianutaradanpantaitimurnegeri-negeridiSemenanjung,jerebudijangkaakanberterusandalamtempohbeberapahariakandatang,"kataJASdalamsatukenyataan.

AkhbarharianIndonesiaTheJakartaPost,baru-baruinimelaporkankebakaranhutandantanahgambutdidaerahinitelahmenyebabkanjerebudandijangkalebihbanyakkebakaranakanberlaku.

LaporanimejsatelityangdikeluarkanolehPusatMeteorologiKhasAsean(ASMC)menunjukkanpeningkatankawasanpanasdiSumateradaripada67padaSelasakepada122padaRabu.

PusatinijugamelaporkanpenurunandalambilangankawasanpanasdidaerahRiaukeranaawanmelindungisatelittetapimenyatakanbahawaanginbarattelahmeniupjerebukearahsemenanjungMalaysia.Sementaraitu,JAStelahmengaktifkanpelantindakanuntukmengawalpembakaranterbuka serta meningkatkanpenguatkuasaankeataspengeluaranasapkenderaandankilang.SistemPenarafanBahayaKebakaran,JabatanMeteorologijugamelaporkanbahawahampirseluruhnegaraberisikotinggimengalamikebakaranakibatcuacapanasdankering.CartaFFMCdilamanwebjabatanmemberinilaipotensikebakarandikebanyakanbahagian negara inisebagai"melampau". Kod,yangmerupakanpenarafanberangkabagikandunganlembapansampahsarapdanbahanapilain(rumput,semak,daunkering),digunakansebagaipenunjukpotensibermulanyakebakarandantersebardisesuatukawasan.Iadipengaruhiolehsuhu,kelembapanrelatif,hujandankelajuanangin.

DiSelangor,satukeskebakarandicatatkansemalamdiPulauKempas,KualaLangat,dimanabombaberjayameletakkannyadibawahkawalan.KetuaPengarahJabatanKesihatanDatukSeriDrHasanAbdulRahmanberkatarakyatperluminumlebihbanyakairmanakalapesakityangberisikotinggidenganmasalahpernafasanperlu mendapatkanrawatanawaljikagejalasemakinmembimbangkan.BeliaujugamenggesaorangramaiuntukmelawatlamanwebKementerianKesihatandiwww.moh.gov.mybagimendapatkannasihatkesihatanuntukmenghadapijerebu.1995-2012StarPublications(Malaysia)Bhd(CoNo10894-D)

Sumber Rujukan :http://mstar.com.my/services/printerfriendly.asp?file=/2012/6/16/mstar_berita/2012061...

Refleksi Artikel 2:Isu jerebu melanda Semenanjung Malaysia telah berlanjutan hampir lima belas tahun. Sejak kebelakangan ini apabila menjelang bulan Jun dan Julai rakyat Malaysia terpaksa menghadapi masalah jerebu akibat dari punca utama iaitu pembakaran hutan di Indonesia. Malahan keadaan jerebu menjadi semakin teruk setiap tahun kesan dari musim cuaca yang panas dan kering .Pihak berkuasa seperti Jabatan Alam Sekitar perlu bertindak tegas untuk mengawal pembakaran terbuka serta penguatkuasa ke atas pengeluaran asap kenderaan dan kilang.Orang ramai juga pula prihatin tentang isu jerebu dan jangan ambil mudah menganggap masalah jerebu merupakan perkara yang biasa dan remeh sahaja kerana setiap tahun akan berulang dengan masalah yang sama dan akan menjadi reda atau kian dilupai selepas beberapa bulan kemudian. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan maka kita perlu ambil tindakan yang proaktif dalam mengatasi masalah jerebu.Menjalankan programm mendidikan rakyat jelata supaya menghargai dan memelihara alam sekitar merupakan tindakan yang paling berkesan dalam menghentikan perbuatan yang tidak bertanggungjawab seperti mengambil jalan mudah dalam pembakaran hutan dan pembakaran terbuka. .Artikel 3

Refleksi Artikel 3Masalah jerebu yang memberi impak yang negatif terhadap alam sekitar juga menjejaskan aktiviti harian manusia. Apabila Indeks Pencemaran Udara mencapai tahap berbahaya iaitu melebihi 300, Kementerian Kesihatan akan menasihatkan Kementerian Pendidikan Malaysia supaya tutup sekolah demi kesihatan dan keselamatan murid-murid dan warga sekolah.Pada 24 Jun 2013 dilaporkan banyak 1817 buah sekolah ditutup ekoran krisis jerebu yang semakin kritikal dan telah mencapai tahap amat berbahaya.Kawasan yang terlibat ialah Muar,Johor, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka dan Port Dickson, Negeri Sembilan. Pada kawasan yang pada tahap kritikal pula seperti di BatuBahat, Johor ,jabatan pendidikan telah mengarahkan supaya tutup sekolah selama dua hari dan perlu ada kelas gantian. Timbalan Perdana Menteri ,Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pendidikan Malaysia juga memaklumkan bahawa ibu bapa dibenarkan tidak menghantar anak-anak ke sekolah jika bimbang kesihatan anak mereka berikutan jerebu yang melanda sekarang. Beliau juga meminta pihak sekolah mematuhi dan selalu merujuk pada arahan Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah mengenai status terkini jerebu mengenai keperluan penutupan sekolah serta pelaksanaan sebarang aktiviti melibatkan murid.Sebagai seorang guru disekolah ,kami telah menghentikan semua aktiviti di luar bilik darjah dan aktiviti kokurikulum bagi menjamin kesihatan murid. Pihak sekolah juga memaklumkan kepada murid tentang bahaya jerebu dan memberitahu cara menjaga kesihatan diri semasa jerebu.Guru besar juga meminta semua guru supaya lebih prihatin terhadap keadaan kesihatan murid terutamanya murid yang mempunyai masalah asma dan sistem pernafasan

Artikel 4Jerebu jejas mata pencarian nelayan tradisional di SelangorSHAH ALAM: Bencana jerebu yang melanda beberapa negeri sekarang bukan saja mengancam kesihatan rakyat tetapi juga menjejaskan pendapatan sesetengah golongan, khususnya nelayan tradisional.

Persatuan Nelayan Kuala Selangor memberitahu BERNAMA kira-kira 1,000 anggotanya terjejas pendapatan berikutan bencana itu.Pengerusinya, Omar Abdul Rahman, berkata pihaknya meminta bantuan daripada kerajaan negeri namun masih belum menerima maklum balas.

Persatuan juga meminta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menimbang cadangan menaikkan elaun sara hidup nelayan dari RM200 sekarang ke RM400 sebulan bagi mengurangkan beban mereka, katanya.

Sementara itu, Pegawai Perikanan Selangor, Saufi Affandi Talib berkata, jarak penglihatan yang terhad menyukarkan dan membahayakan kebanyakan nelayan tradisional yang menggunakan sampan dan bot kecil untuk keluar dan masuk ke kuala ataupun pangkalan.

"Sesetengah nelayan hanya beroperasi menangkap ikan di pesisir pantai sekitar satu hingga dua batu nautika dari pantai ketika ini," katanya kepada BERNAMA, hari ini.

Sauffi Affandi berkata, nelayan juga boleh terlanggar pukat hanyut kerana keadaan berjerebu menyebabkan mereka tidak dapat melihat pelampung penanda.Sehubungan itu beliau menasihatkan nelayan yang ingin ke laut ketika jerebu ini supaya mengambil langkah keselamatan dengan membawa bersama jaket keselamatan, lampu suluh dan keperluan lain.

Kualiti udara di kebanyakan tempat di Selangor sehingga jam 7 pagi hari ini adalah pada tahap tidak sihat.

Pelabuhan Klang setakat ini mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi pada 140 berbanding kawasan lain di Selangor.

Kawasan lain yang turut mencatatkan IPU tidak sihat ialah Kuala Selangor (134), Petaling Jaya (111), Banting (114) dan Shah Alam (118).

Jerebu asap daripada kebakaran di Sumatera dibawa angin kencang yang bertiup dari arah barat daya atau barat, menjejaskan kualiti udara sebahagian kawasan di Selangor, Johor dan Melaka. - BERNAMAhttp://www.bharian.com.my/articles/JerebujejasmatapencariannelayantradisionaldiSelangor/Article/

Refleksi Artikel 4

Kesan jerebu kepada subsektor perikanan boleh dibahagikan kepada 2 kesan utama:Kesan Jangka PendekKerugian kepada nelayan berdasarkan bilangan haritidak dapat keluar menangkap ikan kerana faktor penglihatan yang terhad. Contohnya, nelayan di daerah Muar mengalami kerugian dianggar sebanyak RM100 sehari apabila tidak dapat keluar menangkap ikan. Jumlah kerugian yg dianggarkan untuk subsektor perikanan adalah sebanyak RM1,285,200 untuk tempoh 3 hingga 5 hari. Nilai ini adalah berdasarkan kerugian yang dijangka dihadapi oleh kira-kira 3,285 orang nelayan di negeri-negeri yang terjejas teruk akibat jerebu.Kesan Jangka PanjangKesan ke atas ekosistem perairan laut akibat kurang cahaya matahari yang akan menjejaskan pertumbuhan plankton yang seterusnya akan menjejaskan rantaian makanan dalam ekosistem tersebut. Bagaimanapun jerebu biasanya belaku dalam tempoh yang singkat dan sementara. Oleh itu kesan secara keseluruhannya kepada eksosistem primer di laut adalah kecil.Selain itu ,antara industri lain yang akan terjejas teruk oleh jerebu adalah sektor pelancongan. Hotel, restoran dan taman-taman tema di kawasan berjerebu akan menerima tempias negatif jerebu berikutan kurangnya aktiviti luaran oleh orang ramai. Pelancong asing tidak lagi mahu datang ke sini dan pelancong tempatan memilih destinasi luar negara sebagai pilihan.Malahan keadaan jerebu yang serius juga boleh membawa kesan negatif kepada sektor perindustrian. Dengan keadaan berjerebu, pihak berkuasa akan memerintahkan kilang-kilang, kuari dan semua aktiviti yang melibatkan pelepasan pencemaran ke udara dikurangkan atau terus diberhentikan.Di kawasan darurat jerebu misalnya, semua aktiviti ini mesti diberhentikan. Semua ini merenjatkan aktiviti ekonomi di mana banyak kilang dan syarikat akan terpaksa menanggung kos tinggi tanpa pulangan yang diharapkan.Jerebu juga membawa kepada masalah kesihatan yang serius dan kosnya sukar dikira. Bil-bil untuk mendapatkan rawatan dek masalah jerebu pastinya meningkat pada masa ini.Sekurang-kurangnya pun kita terpaksa membeli topeng muka. Semua ini merupakan kos dek jerebu. Meskipun industri kesihatan akan menyaksikan lonjakan hasil, pulangan ini kecil dan hanya untuk firma atau individu minoriti berbanding kesan dan kos negatif besar yang terpaksa ditanggung masyarakat.Para pekerja pasti ramai yang terpaksa mengambil cuti sakit atau pihak majikan sendiri mengambil langkah menutup syarikat dalam keadaan jerebu pada paras bahaya.Di sini, kos lepas atau kos akibat dari kegiatan ekonomi yang tidak dijalankan akan menambahkan lagi kesan negatif jerebu kepada ekonomi. Jerebu merupakan masalah oleh tangan-tangan manusia. Semua pihak perlu memandang serious kesan jerebu keatas ekonomi Negara dan perlu bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam menangani masalah ini ke akar umbi.

Artikel 5ARKIB : 01/07/2013Tiga negara bincang isu jerebuKUALA LUMPUR30 Jun - Malaysia, Indonesia dan Singapura telah membincangkan cara yang lebih ke hadapan secara praktikal bagi mengurangkan risiko jerebu yang telah menjejaskan ketiga-tiga buah negara sejak beberapa minggu lalu.Perbincangan itu dijalankan dalam mesyuarat tiga hala secara tidak rasmi yang diusahakanMalaysiadi luar Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN (AMM) Ke-46 diBandar Seri Begawandi Brunei semalam.Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menghadiri mesyuarat itu dengan rakan sejawatannya dari Indonesia danSingapuraDr. RM Marty M.Natalegawa dan K.Shanmugam.Menurut satu kenyataan Sekretariat Kebangsaan Malaysia-ASEAN, Kementerian Luar di sini hari ini, antaracarayang praktikal bagi mengurangkanrisikojerebu itu yang dibincangkan dalam mesyuarat itu termasuk pengesahan dan pengoperasian segera Perjanjian Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan."Ketiga-tiga menteri mengadakan perbincangan yang konstruktif, berterus terang tanpa berselindung mengenai masalah yang disebabkan jerebu baru-baru ini yang menjejaskan sebahagian besar semenanjung Malaysia, Indonesia dan Singapura," kata kenyataan itu. - BERNAMA

Sumber Bahan :Artikel Penuh:http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130701/dn_06/Tiga-negara-bincang-isu-jerebu Utusan Melayu (M) Bhd

Refleksi Artikel 5 Kita perlu menerima hakikat bahawa bencana jerebu yang melanda Malaysia , Indonesia dan Singpura hanya dapat diatasi dengan berkesan melalui semangat kerjasama serantau dengan ikhlas.Tiada guna untuk menuding jari dan menuduh antara satu sama lain dalam isu jerebu yang melibatkan tiga negara tersebut.

Melalui mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN merupakan salah satu saluran yang proaktif dan pratikal dalam mengatasi masalah jerebu yang telah melanda negara-negara ASEAN sekian lamanya.Harapan semua pihak mencapai kata sepakat dalam mengoperasikan Perjanjian Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan. Masalah jerebu juga boleh diselesaikan melalui persepakatan bersama antara negara jiran dan pada peringkat global untuk menangani masalah alam sekitar . Kerjasama boleh dilakukan dari segi perlindungan alam sekitar secara kolektif dan kajian-kajian saintifik digiatkan untuk menangani masalah ini.Syarikat-syarikat Malaysia dan Singapura yang beroperasi di Indonesia pula perlu mematuhi undang-undang Indonesia dalam isu pembakaran hutan secara terbuka .Pihak Indonesia dan Malaysia boleh mengambl tindakan tegas seperti menamatkan permit syarikat tersebut jika dapati mereka melanggar undang-undang pencemaran alam sekitar.

WAN ZAKARIA BIN WAN ROSLI781028135033