pbs pengajian am 2013 new!!

64
TAJUK PBS PENGAJIAN AM : KELEBIHAN DAN PERMASALAHAN YANG TERDAPAT DI PASAR RAYA BESAR GIANT KEPADA PENGGUNA. 1

Upload: nur-syahirah

Post on 09-Dec-2014

159 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pbs Pengajian Am 2013 New!!

TAJUK PBS PENGAJIAN AM :

KELEBIHAN DAN PERMASALAHAN YANG TERDAPAT DI

PASAR RAYA BESAR GIANT KEPADA PENGGUNA.

1

Page 2: Pbs Pengajian Am 2013 New!!

2.0 KANDUNGAN

BIL. PERKARA HALAMAN

1.0 Sinopsis 1

3.0 Penghargaan 2

4.0 Pengenalan 3-4

5.0 Objektif Kajian 5

6.0 Lokasi Kajian 6

7.0 Kaedah Kajian 7-10

8.0 Dapatan Kajian dan Perbincangan 11-35

9.0 Kesimpulan 36

10.0 Rujukan 37

11.0 Lampiran 38-44

2

Page 3: Pbs Pengajian Am 2013 New!!

3

Page 4: Pbs Pengajian Am 2013 New!!

1.0 SINOPSIS

Kajian yang bertajuk- Kepentingan dan Permasalahan Pasar Raya Besar Giant kepada

pengunjung/pelanggan, ini bertujuan untuk mengenalpasti kepentingan serta permasalahan yang

terdapat di Pasar Raya Besar Giant terhadap pengguna. Pasar Raya Giant ini terletak ditengah-

tengah pusat bandar yang menjadi tumpuan orang ramai iaitu di Lot 273 & Lot 3569 Jalan

Langgar, Mukim Alor Malai, 05350 Alor Setar, Kedah.

Kajian ini menggunakan satu set soal selidik sebagai instrumen kajian yang mengandungi

dua bahagian iaitu Bahagian A mengenai demografi responden dan Bahagian B mengenai

respon responden terhadap aspek persoalan kajian. Terdapat dua persoalan kajian yang

diutarakan dalam kajian ini iaitu faktor kepentingan dan permasalahan yang berlaku ketika

pengguna berkunjung ke Pasar Raya Besar Giant. Selain itu, saya juga menggunakan kaedah

temubual untuk mendapat jawapan yang spontan. Seramai 30 orang pengguna dipilih sebagai

sampel kajian.

Dapatan kajian menunjukkan kepentingan paling mempengaruhi pengguna berbanding

permasalahan dalam kajian ini. Walaubagaimanapun, analisis mendapati kepentingan dan

permasalahan berada dalam kedudukan yang seimbang dalam kajian yang saya lakukan ini.

Akhir sekali, beberapa implikasi kajian terhadap kepentingan dan permasalahan dicadangkan

serta beberapa cadangan untuk kajian lanjutan juga turut dikemukakan.

4

Page 5: Pbs Pengajian Am 2013 New!!

3.0 PENGHARGAAN

Assalammualaikum, syukur Alhamdulillah dan saya mengucapkan ribuan terima kasih

kepada semua pihak yang  telah membantu saya dalam pengumpulan maklumat hingga

terhasilnya kerja kursus saya mengenai permasalah dan kelebihan yang terdapat Pasar Raya

Besar Giant kepada pengguna.

Ucapan terima kasih ditujukan khususnya kepada pihak sekolah yang memberi pelbagai

bantuan dan kebenaran menjalankan kajian.Setinggi-tinggi penghargaan kepada Razuwan Bin

Ramli dan Mohd Zaini Bin Ismail, guru Pengajian Am saya yang telah memberi panduan,

nasihat serta bimbingan dan tunjuk ajar  sepanjang masa kajian ini dijalankan. Dan yang paling

utama ucapan ribuan terima kasihi juga ditujukan kepada ibu bapa tersayang kerana telah

memberi banyak perhatian dan semangat kepada saya bagi menyempurnakan kajian ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang  telah memberi

kerjasama serta sumbangan yang ikhlas yang dihulurkan  semasa kajian ini dijalankan. Ucapan

terima kasih juga kepada semua pengunjung Pasar Raya Besar Giant yang telah memberikan

kerjasama  yang baik semasa temubual dan soal selidik dijalankan. Wassalam…

5

Page 6: Pbs Pengajian Am 2013 New!!

4.0 PENGENALAN

Pasar raya ialah sejenis kedai layan diri serbaneka yang menawarkan beraneka

produkmakanan dan keperluan rumah. Pasar raya lazimnya lebih besar dan banyak pilihannya

berbanding kedai runcit dan lebih kecil berbanding pasar raya besar , Richard T. De George

(1995) berpendapat bahawa pasar raya besar merupakan satu bentuk peruncitan besar yang

menyediakan pelbagai pilihan barangan plastik, pakaian, peralatan, perkakasan automobil dan

peralatan pertanian. Hill, Charles W.L (1994) mengatakan pasar raya besar juga boleh

didefinisikan sebagai sebuah pasar raya yang mempunyai keluasan sangat besar daripada biasa,

gudang pelbagai jenis perkhidmatan dan bangunan yang menempatkan pasar raya dan pasar

borong di bawah satu bumbung. Biasanya ia menjual item-item yang terdiri daripada makanan

dan bukan makanan pada harga sepuluh peratus hingga lima belas peratus lebih rendah daripada

harga biasa. Ia juga menyediakan barang-barang jualan dalam kuantiti yang banyak dalam satu-

satu ruang niaga. Pasar Raya Besar Giant ialah sebuah rangkaian pasar raya dan peruncit yang

utama di Malaysia, Singapura,  Brunei Darussalam, Indonesia, dan UAE. Ia adalah anak syarikat

Dairy Farm International Holdings (DFI).

Pasar Raya Besar Giant telah ditubuhkan oleh keluarga Teng sebagai sebuah kedai

runcit kecil dalam salah satu kawasan pinggir bandar di Kuala Lumpur pada tahun 1944. Misinya

ialah untuk menawarkan pelbagai produk pada harga yang serendah mampu. Selepas berpuluh-

puluh tahun berniaga, terdapat sebuah syarikat bertaraf antarabangsa berniat untuk membeli

Giant kerana kebolehan Giant ialah menawarkan produk yang nilainya setimpal dengan harga

yang dikenakan. Dairy Farm International Holding yang telah membeli Giant terus mengekalkan

prinsip itu sehingga dapat mengubah wajah Giant menjadi jenama terkenal .

Setelah enam tahun berusaha , akhirnya telah berjaya mereka bentuk gedungnya

pengenalan produk bukan makanan dalam Pasar Raya Besar Giant , pelaksanaan piawaian runcit

antarabangsa yang merangkumi keselamatan, kebersihan, latihan berstruktur, dan persekitaran

beli-belah yang bertenaga serta juga fungsi pembelian berpusat dan peningkatan mutu operasi,

Dairy Farm telah menjadikan Giant sebagai peneraju yang tidak tercabar dalam sektor peruncitan

Malaysia.

Pasar raya besar Giant menawarkan selingkungan luas barangan tempatan, seperti buah-

buahan, sayur-sayuran dan hasil laut yang segar dalam persekitaran pasar basah. Namun begitu

masih terdapat pelbagai masalah yang terdapat di pasar raya ini.

6

Page 7: Pbs Pengajian Am 2013 New!!

Kadar keburukan yang terdapat di pasar raya telah di hadapi oleh pengguna dapat di lihat

melalui borang soal selidik yang telah di tandakan oleh pengguna telah saya gunakan sebagai

responden bagi mengkaji masalah atau keburukan yang terdapat di Pasar Raya Besar Giant.

Kajian mendapati terdapat banyak masalah yang ada di pasar raya ini. Oleh itu, saya akan

mengkaji dan mengenal pasti kadar peratusan pengguna yang tidak berpuas hati dengan

perkhidmatan yang di sediakan.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa sebanyak 86.7% bersamaan 26 orang pelanggan

yang datang ke Pasar Raya Besar Giant bersetuju menyatakan bahawa pekerja di sini tidak

begitu mesra dengan pelanggan yang datang, selain itu, seramai 80% atau 24 orang pelanggan

bersetuju bahawa terlalu banyak kaunter pembayaran di tutup, seterusnya pekerja-pekerja di sini

terlalu mengambil mudah tentang kehabisan bekalan barangan di rak pula sebanyak 93.4% atau

28 orang pelanggan dan 93.3% atau 28 orang pelanggan juga terpaksa beratur panjang ketika

ingin membayar barangan yang telah di beli. Daripada butiran yang yang terdapat pada borang

soal selidik, jelas menunjukkan bahawa masalah yang terdapat di Pasar Raya Besar Giant

bukanlah hal yang boleh dipandang remeh.

Oleh itu, semua pihak Pasar Raya Besar Giant harus memainkan peranan dan

bekerjasama membuang sikap kurang mesra dan membuat pembaharuan bagi memperbaiki

permasalahan yang di hadapi oleh pelanggan.

7

Page 8: Pbs Pengajian Am 2013 New!!

5.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian yang telah dilakukan oleh institut teknologi mara pada

november, 1990 membuktikan bahawa "Pasar raya sebagai tempat yang

popular dikalangan masyarakat masa kini". Terdapat dua objektif utama

kajian ini dijalankan. Pertama adalah untuk mengenalpasti permasalahan

dari semua golongan dari segi umur , bangsa dan jantina ketika berkunjung

ke Pasar Raya. Seterusnya kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti

kepentingan pengguna-pengguna ketika berada di Pasaraya tersebut.

Kaedah methodologi yang digunakan dalam kajiselidik ini ialah dengan

menggunakan borang soal kajiselidik melalui kaedah temuduga secara

bersemuka, seterusnya pengamatan dan ulasan dari kajian-kajian yang

lepas. Didalam kajian ini pensampelan yang digunakan ialah pensampelan

tidak berkemungkinan iaitu pensampelan kuota yang mengandungi 30

responden yang mengikut bangsa Melayu, Cina dan India.

Objektif kajian ini ialah:

1. Mengenalpasti permasalahan yang berlaku ketika pengguna

berkunjung ke Pasar Raya Besar Giant.

2. Mengenalpasti kelebihan Pasar Raya Besar Giant kepada pengguna.

8

Page 9: Pbs Pengajian Am 2013 New!!

6.0 LOKASI KAJIAN

Kajian ini telah dijalankan di Pasar Raya Besar Giant yang terletak di berhampiran

dengan pusat bandar. Lokasi tempat kajian ini terletak bersebelahan dengan Masjid Al-Bukhary

dan pasar.(sila rujuk gambar dan peta yang dilampirkan)

Alamat :

Lot 273 & Lot 3569 Jalan Langgar,

Mukim Alor Malai,

05350 Alor Setar, Kedah.

Tel:04-7335909

Fax: 04-7336125

9

Page 10: Pbs Pengajian Am 2013 New!!

7.0 KAEDAH KAJIAN (METOD)

Kajian ini ialah berbentuk destriptif iaitu meggunakan kaedah soal selidik untuk

mendapatkan kajian. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui permasalahan dan kepentingan Pasar

Raya Besar Giant kepada pengguna/pelanggan. Terbahagi kepada dua aspek iaitu mengenalpasti

berlaku ketika pengguna berkunjung ke Pasar Raya Besar Giant dan mengenalpasti kepentingan

Pasar Raya Besar Giant kepada pengguna. Dapatan kajian ini perolehi melalui borang soal

selidik yang diedarkan kepada responden iaitu pengunjung di pasar raya tersebut. Manakala

maklumat yang diterima akan dianalisis secara kuantitatif. Data jenis kuantitatif ialah

berdasarkan kategori kuantiti yang menggunakan kekerapan, angka dan peratusan. Ini ialah

kerana data jenis kuantitatif sesuai bagi penyelidikan yang menggunakan instrument soal

selidik , temubual, serta kaedah perpustakaan untuk mendapatkan maklumat kajian.

7.1 Skop Kajian

Skop kajian ini hanya memberi fokus kepada kelebihan dan permasalahan yang terdapat

di Pasar Raya Besar Giant dengan mengikut sebab kajian di lakukan iaitu kelebihan dan

permasalahan yang terdapat di tempat kajian saya.

7.2 Populasi dan Sampel Kajian

Populasi dalam kajian ini merupakan jumlah pelanggan/pengunjung yang datang ke Pasar

Raya Besar Giant. Manakala jumlah sampel kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah

seramai 30 orang responden.

7.3 Instrumen Kajian

Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan soal selidik dan temubual sebagai instrumen

kajian yang merangkumi item berdasarkan objektif kajian. Soal selidik dan temubual yang

disediakan oleh saya terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Pada

bahagian A, responden dikehendaki menjawab beberapa soalan mengenai demografi responden.

Skala empat mata telah digunakan dalam bahagian B di mana responden di kehendaki

10

Page 11: Pbs Pengajian Am 2013 New!!

menandakan jawapan mereka tentang sesuatu kenyataan. Manakala temubual pula mengenai

jawapan spontan yang di berikan oleh responden.

7.3.1 Kaedah Soal Selidik

Dengan kaedah soal selidik yang dijalankan ialah untuk mendapatkan maklumat dengan

lebih tepat dan betul. Selain itu, melalui kaedah ini juga dapat memudahkan lagi kajian yang

hendak dijalankan. Saya telah menyediakan soal selidik yang sesuai untuk memenuhi objektif

kajian. Borang itu saya edarkan secara rawak kepada pengunjung Pasar Raya Besar Giant untuk

dijadikan responden dalam kajian ini.

7.3.2 Kaedah Temubual

Kaedah temubual saya ialah menggunakan kaedah tidak formal, berdasarkan temubual

dengan pengunjung secara persendirian. Sebagai contoh , saya telah melakukan temubual ini

dengan beberapa orang pengguna yang kerap berkunjung ke Pasar Raya Besar Giant serta tujuan

kunjungan ke pasar raya tersebut. Temubual yang dilakukan ini sedikit sebanyak membantu

dalam memberi matlumat terhadap kajian yang dibuat. Saya telah menggunakan alat perakam

suara untuk merakan perbualan dan kemudiannya digunakan untuk menganalisis temubual

tersebut.

7.3.4 Kaedah perpustakaan

Kaedah perpustakaan saya ialah menggunakan internet untuk membuat carian tentang

pasar raya yang saya telah membuat kajian. Selain itu, saya menggunakan internet juga untuk

membuat carian tentang kajian saya melalui Wikipedia dan google.

11

Page 12: Pbs Pengajian Am 2013 New!!

Bahagian A:

Mengenai demografi responden seperti jantina, umur dan bangsa.

Seramai 30 orang responden dijadikan bahan kajian kami.

Bahagian B:

Bahagian ini mempunyai 27 soalan bagi mendapatkan dan mengenal

pasti objektif kajian. Pecahan item terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

1. Kepentingan di Pasar Raya Besar Giant.

2. Permasalahan yang berlaku di Pasar Raya Besar Giant

Penyelidik menyediakan item-item soalan dengan menggunakan skala

empat mata untuk memperoleh jawapan daripada responden. Skala empat

mata ini terdiri daripada pemberat yang berlainan iaitu sangat setuju, setuju,

tidak setuju dan sangat tidak setuju. Ianya seperti mana yang ditunjukkan

pada Jadual 1.

Jadual 1: Skala Tahap Persetujuan

Skor Tahap Persetujuan

1

2

3

4

Sangat tidak setuju (STS)

Tidak setuju (TS)

Setuju (S)

Sangat setuju (SS)

12

Page 13: Pbs Pengajian Am 2013 New!!

Rajah 1: Carta Alir Proses Penyelidikan

Berdasarkan Rajah 1, kajian yang dilaksanakan adalah berlandaskan prosedur kajian yang

telah ditetapkan supaya objektif kajian dapat dicapai. Prosedur kajian dimulakan dengan

perbincangan bersama penyelia mengenai masalah yang ingin dikaji. Perbincangan melibatkan

perkara-perkara seperti mengenal pasti masalah, tajuk dan objektif kajian. Selain itu,

perbincangan juga mengumpul maklumat berkaitan masalah yang telah dibincangkan, mengenal

pasti responden dan kaedah yang digunakan untuk menganalisis data.

Penyelidikan menyerahkan borang soal selidik kepada responden dan menerangkan cara-

cara untuk menjawab. Setelah borang selesai dijawab, penyelidik membuat penganalisisan data

bagi mendapatkan dapatan kajian tentang borang soal selidik yang telah diedarkan kepada

responden yang terlibat dan kesimpulan untuk mengenalpasti dan menyelidik tentang maklumat

yang di peroleh melalui dapatan kajian yang diperoleh.

13

Membina item soalan kajian

mendapatkan kebenaran daripada pihak Pasar Raya

Besar Giant

mengedar soal selidik kepada responden

menganalisis data

mentafsir data

membuat rumusan kajian

Page 14: Pbs Pengajian Am 2013 New!!

8.0 Dapatan Kajian dan Perbincangan

8.1 Dapatan Kajian

8.1.1 Analisis Bahagian A

i. Taburan Responden Berdasarkan Jantina

Jadual 2: Taburan Responden Berdasarkan Jantina

Jantina Frenkuensi Peratusan

Lelaki

Perempuan

6

24

20%

80%

Jumlah 30 100%

20%

80%

lelakiperempuan

Carta Pai 1 Menunjukkan Taburan Responden Mengikut

Jantina

Jadual 2 menunjukkan taburan responden berdasarkan jantina. Analisis

menunjukkan responden yang berjantina perempuan seramai 24 orang

14

Page 15: Pbs Pengajian Am 2013 New!!

(80%) dan diikuti dengan responden berjantina lelaki seramai enam orang

(20%).

ii. Taburan Responden Berdasarkan Umur

Jadual 3: Taburan Responden Berdasarkan Umur

Umur Frenkuensi Peratusan %

20-25

26-30

31-35

36-40

41-45

46-50

2

3

4

9

6

6

7

10

13

30

20

20

Jumlah 30 100

7%

10%

13%

30%

20%

20%

20-2526-3031-3536-4041-4546-50

Carta Pai 2 Taburan Responden Berdasarkan Umur

15

Page 16: Pbs Pengajian Am 2013 New!!

Jadual 3 menunjukkan taburan responden berdasarkan umur. Didapati

responden yang berumur 36 hingga 40 tahun merupakan majoriti dalam

kajian ini dengan bilangan seramai sembilan orang (30%) diikuti dengan

responden yang berumur 41 hingga 45 tahun dan 46 hingga 50 tahun

seramai enam orang (20%) , responden yang berumur 31 hingga 35 tahun

seramai empat orang (13%) manakala responden yang berumur 25 hingga

30 tahun seramai tiga orang (10%) dan 20 hingga 25 tahun hanya seramai

dua orang (7%).

16

Page 17: Pbs Pengajian Am 2013 New!!

iii. Taburan Responden Berdasarkan Bangsa/Kaum

Jadual 4: Taburan Responden Berdasarkan Bangsa/Kaum

Bangsa/Kaum Frenkuensi Peratusan%

Melayu

Cina

India

17

7

6

57

23

20

Jumlah 30 100

57%

23%

20%

MelayuCinaIndia

Carta Pai 3 Menunjukkan Taburan Responden Berdasarkan Bangsa/Kaum

Jadual 4 menerangkan tentang taburan responden berdasarkan bangsa.

Hasil kajian menunjukkan bilangan pelanggan yang berbangsa Melayu

seramai 17 orang dengan peratus sebanyak 57% dan diikuti oleh responden

yang berbangsa Cina seramai 7 orang dengan peratus sebanyak 23%.

Manakala responden yang berbangsa India seramai 6 orang dengan

peratusan sebanyak 20%.

17

Page 18: Pbs Pengajian Am 2013 New!!

8.1.2 Analisis Bahagian B

Untuk mengetahui maklumat mengenai kepentingan dan permasalahan yang terdapat di

Pasar Raya Besar Giant kepada pelanggan, penyelidik telah membahagikan empat tahap

persetujuan bagi setiap item kepada dua bahagian iaitu setuju dan tidak setuju. Bahagian setuju

merangkumi mereka yang setuju (S) dan sangat setuju (SS) dengan kenyataan yang saya berikan.

Manakala bahagian tidak setuju pula merangkumi mereka yang tidak setuju (TS) dan sangat

tidak setuju (STS) dengan kenyataan yang di kemukakan.

i. Kelebihan Pasar Raya Besar Giant terhadap pengguna.

Jadual 5: menunjukkan Taburan Frekuensi dan Peratusan Bagi Kelebihan yang Terdapat di Pasar

Raya Besar Giant.

Bil Item-item soal selidik Jawapan

TIDAK SETUJU (TS) SETUJU (S)

1 (STS) 2 (TS) 3 (S) 4 (SS)

f % f % f % F %

1. Pasar raya ini menyediakan khidmat ‘fast food’.

5 16.7 1 3.3 9 30 15 50

20% 80%

2. Mudah untuk pelanggan mencari barang kerana terdapat papan tanda jenis barangan yang disediakan.

2 6.7 4 13.3 6 20 18 60

20% 80%

3. Penduduk sekitar dapat menambah pendapatan dengan bekerja di Pasar Raya Besar Giant.

9 30 12 40 5 16.7 4 13.3

70% 30%

4. Pasar raya ini dapat menjimatkan masa pelanggan yang tinggal berdekatan kerana tidak perlu ke tempat yang

1 3.3 1 3.3 8 26.7 20 66.7

6.6% 93.4%

18

Page 19: Pbs Pengajian Am 2013 New!!

berlainan kerana terdapat banyak barangan di sana.

5. Tahap keselamatan yang terjamin disediakan.

3 10 3 10 8 26.7 16 53.3

20% 80%

6. Pelanggan yang pulang bekerja dan tidak sempat memasak dan sebagainya boleh membeli makanan di ‘food court’ yang disediakan.

1 3.3 3 10 9 30 17 56.7

13.3% 86.7%

7. Terdapat pelbagai makanan tradisional yang dipasarkan di Pasar Raya Besar Giant.

4 13.3 5 16.7 9 30 12 40

30% 70%

8. Terdapat pelbagai

pilihan barangan

keperluan seperti

barang basah, barang

kering dan keperluan

harian.

9 30 1 3.3 15 50 5 16.7

33.3% 66.7%

9. Pasar raya ini sering mengadakan hari tanpa beg plastik iaitu “green day”.

3 10 0 0 25 83.3 2 6.7

10% 90%

10. Pasar raya ini sering mengadakan promosi yang menarik dan harga yang menjimatkan.

0 0 2 6.7 3 10 25 83.3

6.7% 93.3%

11. Pasar raya ini mudah dan terletak di tengah-tengah bandar.

0 0 3 10 8 26.7 19 63.3

10% 90%

12. Pelanggan boleh mencuba

makanan luar seperti sushi,

4 13.3 4 13.3 10 33.4 12 40

26.6% 73.4%

19

Page 20: Pbs Pengajian Am 2013 New!!

takoyaki dan sebagainya.

20

Page 21: Pbs Pengajian Am 2013 New!!

S1 S2 S3 S4 S5 S60

10

20

30

40

50

60

70

80

Sangat Tidak se-tuju

Tidak Setuju

Setuju

Sangat Setuju

S7 S8 S9 S10 S11 S120

10

20

30

40

50

60

70

80

90

Sangat Tidak Setuju

Tidak Setuju

Setuju

Sangat Setuju

21

Page 22: Pbs Pengajian Am 2013 New!!

Analisis kajian mendapati bahawa pelanggan yang berpuas hati dengan kelebihan yang

terdapat di Pasar Raya Besar Giant. ,Seramai 80% iaitu 24 orang pelanggan bersetuju bahawa

Pasar Raya Besar Giant ini menyediakan khidmat ‘fast food’. Hal ini mungkin kerana pelanggan

lebih suka makan makanan diluar. Oleh itu, mereka bersetuju dengan khidmat yang disediakan

ini. Walau bagaimanapun, 20% iaitu enam orang pelanggan lagi tidak bersetuju dengan

penyataan ini.

Kajian mendapati seramai 24 orang pelanggan bersamaan 80% pelanggan bersetuju

bahawa mereka mudah mencari barang kerana terdapat papan tanda jenis barangan yang

disediakan di setiap rak. Hanya segelintir yang tidak bersetuju dengan penyataan ini iaitu seramai

20% atau enam orang pelanggan.

Seramai 70% atau 21 orang pelanggan tidak bersetuju bahawa penduduk sekitar dapat

menambah pendapatan dengan pekerja di Pasar Raya Besar Giant. Walau bagaimanapun,

seramai 30% iaitu sembilan orang pelanggan bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Selain itu, seramai 93.4% bersamaan 28 orang pelanggan bersetuju bahawa Pasar Raya

Besar Giant ini dapat menjimatkan masa pelanggan yang tinggal berdekatan kerana tidak perlu

ke tempat yang berlainan kerana terdapat pelbagai pilihan barangan terdapat disitu. Walau

bagaimanapun, hanya dua orang pelanggan iaitu 6.6% tidak bersetuju dengan penyataan ini.

Aspek keselamatan juga merupakan kelebihan yang terdapat di Pasar Raya Giant ini. Ini

dibuktikan apabila seramai 80% atau 24 orang pelanggan bersetuju dengan tahap keselamatan di

Pasar Raya Besar Giant ini. Namun begitu, masih ada yang tidak bersetuju dengan perkara ini

iaitu seramai 20% atau enam orang pelanggan.

Pelanggan yang pulang bekerja dan tidak sempat untuk memasak dan sebagainya boleh

membeli makanan di ‘food court’ yang disediakan tidak mendapat persetujuan sepenuhnya

apabila hanya seramai 86.7% iaitu 26 orang pelanggan bersetuju dengan penyataan ini. Hanya

13.3% atau empat orang pelanggan sahaja yang dikaji tidak bersetuju dengan kenyataan ini.

Pelanggan-pelanggan dalam kajian ini juga bersetuju bahawa terdapat pelbagai makanan

tradisional dipasarkan oleh Pasar Raya Besar Giant ini. Hal ini dibuktikan apabila seramai 70%

atau 21 orang pelanggan bersetuju dengan pendapat ini. Walaupun peratusan aspek ini berada

22

Page 23: Pbs Pengajian Am 2013 New!!

pada tahap yang tinggi, namun terdapat juga pelanggan yang tidak bersetuju. Dapatan kajian ini

dibuktikan hanya sembilan orang atau 30% pelanggan tidak bersetuju dengan penyataan ini.

Berdasarkan peninjauan, didapati terdapat pelbagai pilihan barang yang terdapat di Pasar

Raya Besar Giant seperti barang basah, barang kering dan keperluan lain lagi. Ini dapat

dibuktikan apabila seramai 66,7% atau 20 orang pelanggan bersetuju dengan pendapat ini. Walau

bagaimanapun, terdapat juga sebilangan pelanggan iaitu 33.3% bersamaan 10 orang pelanggan

yang tidak bersetuju dengan penyataan yang dibuat.

Kajian mendapati bahawa Pasar Raya Besar Giant ini menyediakan khidmat ‘green day’

iaitu hari sedunia tanpa plastik. Seramai 27 orang pelanggan bersamaan 90% menyatakan setuju

dengan aspek ini. Terdapat juga sebilangan kecil pelanggan yang tidak bersetuju dengan aspek

ini iaitu seramai tiga orang pelanggan iaitu10% sahaja.

Sementara itu, seramai 28 orang pengunjung atau 93.3% dalam kajian ini pula bersetuju

dengan pihak Pasar Raya Besar Giant kerana sering mengadakan promosi yang menarik dan

yang menjimatkan. Aspek ini adalah antara sebab mereka sering berkunjung ke Pasar Raya Besar

Giant. Walaupun begitu, hanya sebilangan pelanggan iaitu dua orang sahaja atau 6.7% pula

dilihat tidak bersetuju dengan penyataan ini.

Pelanggan-pelanggan dalam kajian ini juga amat gemar mengunjungi Pasar Raya Besar

Giant ini mudah dan kedudukannya amat strategik kerana terletak di tengah-tengah bandar. Ini

dibuktikan dengan seramai 90% iaitu 27 orang pelanggan mengatakan setuju terhadap aspek ini.

Walaupun peratusan aspek ini berada pada tahap yang tinggi, namun begitu terdapat juga

pelanggan yang tidak bersetuju. Dapatan kajian ini dibuktikan hanya 10% iaitu 3 orang

pelanggan tidak bersetuju bahawa lokasi Pasar Raya Besar Giant berada pada kedudukan yang

strategik.

Dapatan kajian juga mendapati bahawa pelanggan boleh mencuba makanan luar sepeti

sushi, takoyaki dan pelbagai lagi. Seramai 23 orang iaitu 73.4% pelanggan bersetuju dengan

pendapat ini. Namun begitu, seramai tujuh orang sahaja atau 26.6% pelanggan tidak bersetuju

kerana berkemungkinan kerana mereka tidak gemar dengan makanan luar yang disediakan.

23

Page 24: Pbs Pengajian Am 2013 New!!

Sebagai rumusan, antara ciri-ciri yang menunjukkan pengaruh yang tinggi terhadap

kelebihan Pasar Raya Besar Giant terhadap pengguna adalah pelanggan mudah mencari barang

kerana terdapat papan tanda jenis barangan yang disediakan, perkhidmatan ‘green day’ dan

pelbagai makanan tradisional dipasarkan. Pelanggan-pelanggan ini juga gemar berkunjung ke

sini kerana penduduk sekitar dapat menambah pendapatan dengan bekerja di pasar raya ini.

24

Page 25: Pbs Pengajian Am 2013 New!!

ii. Permasalahan yang terdapat di Pasar Raya Giant terhadap pengguna.

Jadual 6: Taburan Frekuensi dan Peratusan Bagi Permasalahan yang Terdapat di Pasar Raya

Giant.

Bil. Item-item soal selidik Jawapan

TIDAK SETUJU (TS) SETUJU (S)

1 (STS) 2 (TS) 3 (S) 4 (SS)

f % f % f % f %

1. Layanan yang diberikan oleh pekerja di pasar raya ini tidak memuaskan.

2 6.7 4 13.3 6 20 18 60

20% 80%

2. Kaunter pembayaran yang disediakan banyak namun hanya beberapa sahaja yang dibuka.

0 0 2 6.7 3 10 25 83.3

6.7% 93.3%

3. Banyak troli di sini rosak. 5 16.7 1 3.3 9 30 15 50

20% 80%

4. Pekerja tidak menjalankan kerja apabila barangan di rak kehabisan.

2 6.7 4 13.3 6 20 18 60

20% 80%

5. Susunan barangan yang tidak teratur.

9 30 12 40 5 16.7 4 13.3

70% 30%

6. Tandas yang terdapat disini tidak bersih.

1 3.3 1 3.3 8 26.7 20 66.7

6.6% 93.3%

7. Kekurangan tempat simpanan barang bagi barangan yang dibeli.

9 30 1 3.3 15 50 5 16.7

33.3% 66.7%

25

Page 26: Pbs Pengajian Am 2013 New!!

8. Pelanggan terpaksa beratur panjang untuk membuat pembayaran kerana kaunter yang dibuka terhad.

3 10 0 0 25 83.3 2 6.7

10% 90%

9. Pasar raya ini menjejaskan peruncit-peruncit yang berdekatan.

3 10 3 10 8 26.7 16 53.3

20% 80%

10. Pembeli terpaksa membeli barang-barang yang banyak untuk mendapat lebih banyak potongan harga.

1 3.3 3 10 9 30 17 56.7

13.3% 86.7%

11. Berlaku kekurangan tempat letak kereta.

4 13.3 5 16.7 9 30 12 40

20% 80%

12. Berlaku kesesakan ketika tibanya hujung minggu.

9 30 1 3.3 15 50 5 16.7

33.3% 66.7%

13. Barang jenama sendiri kurang berkualiti dan cepat rosak.

3 10 0 0 25 83.3 2 6.7

10% 90%

14. Kekurangan pekerja di pasar raya.

1 3.3 1 3.3 8 26.7 20 66.7

6.6% 93.4%

15. Terlalu banyak pekerja asing di pasar raya ini.

9 30 12 40 5 16.7 4 13.3

6.6% 93.4%

26

Page 27: Pbs Pengajian Am 2013 New!!

S1 S2 S3 S4 S50

10

20

30

40

50

60

70

80

90

Sangat Tidak SetujuTidak SetujuSetujuSangat Setuju

S6 S7 S8 S9 S100

10

20

30

40

50

60

70

80

90

Sangat Tidak Setuju

Tidak Setuju

Setuju

Sangat Setuju

27

Page 28: Pbs Pengajian Am 2013 New!!

S11 S12 S13 S14 S150

10

20

30

40

50

60

70

80

90

Sangat Tidak Setuju

Tidak Setuju

Setuju

Sangat Setuju

28

Page 29: Pbs Pengajian Am 2013 New!!

Analisis kajian mendapati bahawa layanan pekerja di Pasar Raya Besar Giant tidak

memuaskan. Ada pihak yang bersetuju dan tidak bersetuju atas soalan yang kami sediakan. Oleh

itu, sebanyak 24 orang pelanggan iaitu 80% pelanggan yang datang bersetuju bahawa pekerja di

sini tidak mesra dan 20% atau enam orang lagi tidak bersetuju dengan soalan yang saya

kemukakan.

Kajian mendapati bahawa` terlalu banyak kaunter sering di tutup di Pasar Raya Besar

Giant. Seramai 28 orang atau 93.3% pelanggan bersetuju dengan soalan yang dinyatakan.

Terdapat sebilangan sahaja iaitu hanya dua orang sahaja atau 6.7% pelanggan tidak bersetuju

dengan soalan ini.

Pihak-pihak Pasar Raya Besar Giant seperti tidak ambil peduli dengan masalah troli

rosak. Terdapat sebilangan besar pelanggan bersetuju dengan masalah yang perlu mereka hadapi

iaitu sebanyak 80% atau 24 orang pelanggan dan hanya sebahagian kecil sahaja tidak bersetuju

dengan soalan yang disediakan iaitu hanya enam orang atau 20% sahaja.

Selain itu, pekerja-pekerja di pasar raya ini terlalu mengambil remeh tentang kehabisan

bekalan barangan di rak. Seramai 80% atau 24 orang pelanggan bersetuju dengan soalan ini dan

terdapat 20% iaitu enam orang pelanggan tidak bersetuju dengan kenyataan ini.

Walaupun ramai pelanggan yang datang ke pasar raya ini, terdapat 70% atau 21 orang

pelanggan tidak bersetuju bahawa susunan barangan di pasar raya ini tidak teratur. Sebilangan

sahaja bersetuju iaitu sebanyak 30% iaitu sembilan orang pelanggan sahaja.

Keadaan Pasar Raya Besar Giant ini yang besar pasti terdapat juga kekurangan, walaupun

hanya masalah kecil. Hampir 93.3% iaitu 28 orang pelanggan tidak berpuas hati dengan

kebersihan tandas di pasar raya ini. Hanya 6.7% iaitu dua orang pelanggan tidak bersetuju

dengan kenyataan ini.

Sementara itu, kekurangan tempat simpan barang juga menyusahkan para pelanggan

yang berkunjung ke sini. Terdapat 66.7% iaitu 20 orang pelanggan bersetuju dengan kenyataan

ini dan sebanyak 33.3% atau 10 orang lagi pelanggan tidak bersetuju.

Kajian mendapati bahawa sebanyak 90% iaitu 27 orang pelanggan bersetuju dengan

kenyataan ini yang menunjukkan bahawa pelanggan terpaksa beratur panjang ketika ingin

29

Page 30: Pbs Pengajian Am 2013 New!!

membayar barang yang hendak dibeli. Masalah ini sering dihadapi ketika tiba hari minggu.

Hanya 10% iaitu tiga orang sahaja jumlah pelanggan tidak bersetuju dengan kenyataan ini.

Kebanyakan masyarakat menganggap bahawa pembukaan pasar raya besar ini

menjejaskan peruncit-peruncit kecil. Apabila soalan ini diberikan kepada pelanggan seramai 24

orang iaitu 80 % pelanggan bersetuju dengan kenyataan ini dan hanya 20% atau enam orang

pelanggan sahaja tidak bersetuju.

Ramai pembeli bersetuju sebanyak 86.7% iaitu 26 orang pelanggan bahawa mereka

terpaksa membeli barangan yang banyak untuk mendapat potongan harga yang mereka inginkan.

Terdapat 13.3% atau empat orang pelanggan sahaja yang tidak bersetuju.

Kajian ini mendapati bahawa tempat letak kereta di sini kurang dan akan menjadi

masalah ketika tiba musim perayaan dan hari cuti. Seramai 21 orang atau 80% pelanggan

bersetuju dengan masalah yang diutarakan ini dan terdapat sembilan orang atau 20% lagi tidak

bersetuju dengan kenyataan ini.

Dengan keadaan pasar raya terletak di kawasan pusat bandar, para pengguna terpaksa

menghadapi masalah kesesakan lalu lintas apabila tiba waktu puncak. Hampir 66.7% bersamaan

20 orang pelanggan pasar raya ini tidak bersetuju dengan masalah ini, hanya 33.3% atau 10

orang sahaja bersetuju dengan kenyataan ini.

Seperti mana yang diketahui, setiap pasar raya besar mengeluarkan barang jenama

sendiri. Sebilangan besar pelanggan beranggapan bahawa barangan jenama sendiri cepat rosak.

Oleh itu, sebanyak 90% atau 27 orang pelanggan bersetuju dengan kenyataan ini dan 10% tiga

orang pelanggan lagi tidak bersetuju.

Masalah kekurangan bilangan pekerja juga dihadapi oleh pihak pelanggan yang datang.

Sebanyak 93.4% atau 28 orang pelanggan bersetuju dan 6.6% atau dua orang lagi pelanggan

tidak bersetuju dengan kenyataan ini.

Kajian mendapati bahawa terlalu ramai pekerja asing yang bekerja di pasar raya ini. Hal

ini telah memberi masalah kepada rakyat di negara ini untuk bekerja di sini. Seramai 28 orang

pelanggan atau 93.4% bersetuju dengan kenyataan ini dan 6.6% atau dua orang pelangganlagi

tidak bersetuju.

30

Page 31: Pbs Pengajian Am 2013 New!!

Sebagai rumusan, penyelia di pasar raya ini haruslah mengatasi masalah yang telah

berlaku di Pasar Raya Besar Giant ini seperti kerosakkan troli, sering berlaku kesesakan lalu

lintas apabila tiba waktu puncak dan pelbagai lagi. Jika masalah ini cepat diatasi, mungkin

jumlah pelanggan yang datang ke Pasar Raya Besar Giant akan bertambah.

31

Page 32: Pbs Pengajian Am 2013 New!!

8.1.3 Temubual

Kepentingan/kebaikkan pengguna terhadap Pasar Raya Besar

Giant.

No Soalan Jawapan pengguna/pelanggan

1 Adakah lokasi Pasar Raya Giant

strategik dengan tempat tinggal

anda ?

Sangat

strategik

Boleh

tahan

jauhnya

Tidak

strategik

5 3 2

50% 30% 20%

2 Adakah Pasar Raya Giant ini sering

mengadakan promosi?

Selalu

mengada

kan

promosi

Kurang

mengadak

an promosi

Tidak

mengada

kan

promosi

6 4 0

60% 40% 0%

3 Bagaimanakah layanan pekerja

kepada anda?

Amat

mesra

Kurang

mesra

Tidak

mesra

1 5 4

10% 50% 40%

4. Adakah tempat letak kereta disini

banyak?

Mudah

untuk cari

tempat

letak

kereta

Kurang

tempat

letak

kereta

Susah

untuk

mencari

tempat

letak

kereta

8 1 1

32

Page 33: Pbs Pengajian Am 2013 New!!

80% 10% 10%

Temubual telah dibuat berdasarkan persoalan kelebihan yang

disediakan kepada pengguna. Seramai 10 orang pengunjung telah

ditemubual dalam kajian ini. Respon yang diberikan oleh responden amat

memuaskan, ringkas dan mudah untuk difahami.

Graf Temubual

Kelebihan Pasar Raya Besar Giant kepada pengguna

50%

30%

20%

1. Adakah lokasi Pasar Raya Besar Giant strategik dengan tempat tinggal anda?

sangat strategikboleh tahan jauhnyatidak strategik

33

Page 34: Pbs Pengajian Am 2013 New!!

Carta pai 1 menunjukkan temubual lokasi Pasar Raya Besar Giant

strategik dengan tempat tinggal pengguna. Terdapat skala tiga mata yang

diberikan oleh saya kepada pelanggan pasar raya tersebut iaitu sangat

strategik, boleh tahan jauhnya serta tidak strategik. Majoriti graf ini

menunjukkan bahawa sebanyak 5 orang (50%) menyatakan kedudukkan

Pasar Raya Besar Giant ini berada di kawasan yang strategik. Hanya tiga

orang (30%) menyatakan boleh tahan jauhnya. Manakala tidak strategik

hanya dua orang (20%) sahaja.

60%

40%

2.Adakah Pasar Raya Besar Giant ini sering mengadakan promosi?

Selalu mengadakan promosiKurang mengadakan promosiTidak mengadakan promosi

Carta pai 2 menganalisiskan tentang promosi yang diadakan

oleh Pasar Raya BesarGiant. 6 orang pengguna iaitu 60% mengatakan

bahawa Pasar Raya Besar Giant ini sering mengadakan promosi ,

manakala sebanyak 4 orang (40%) setuju bahawa Pasar Raya Besar

Giant kurang mengadakan promosi. Tiada responden menyatakan

bahawa pasar raya ini tidak mengadakan promosi.

34

Page 35: Pbs Pengajian Am 2013 New!!

35

Page 36: Pbs Pengajian Am 2013 New!!

10%

50%

40%

3.Bagaimanakah layanan pekerja di sini kepada pelanggan yang datang?

Amat mesraKurang mesraTidak mesra

Carta pai 3 menyatakan tentang layanan pekerja kepada

pelanggan ketika berkunjung ke Pasar Raya Besar Giant. Sebanyak 4

orang (40%) menyatakan bahawa sikap pekerja kepada pelanggan

tidak mesra, manakala sebanyak seorang (10%) mengatakan bahawa

amat mesra layanan pekerja Pasar Raya Besar Giant ini terhadap

pelanggan. Namun ada menyetujui sebanyak 5 orang (50%) bahawa

pekerja disitu kurang mesra apabila melayan karenah pelanggan.

36

Page 37: Pbs Pengajian Am 2013 New!!

80%

10% 10%

4.Adakah tempat meletakkan kereta di sini mencukupi?

Mudah untuk mencari tempat meletak keretaKurang tempat meletak keretaSusah untuk mencari tempat letak kereta

Carta pai 4 menunjukkan analisis adakah tempat letak kereta

disini banyak. Seramai 8 orang (80%) menyatakan mudah untuk cari

tempat letak kereta ketika berkunjung ke Pasar Raya Besar Giant.

Manakala seorang (10%) menyetujui bahawa kurang tempat letak

kereta dan susah untuk mencari tempat letak kereta iaitu hanya

seorang sahaja(10%).

37

Page 38: Pbs Pengajian Am 2013 New!!

Permasalahan yang ada di Pasar Raya Besar Giant

Temubual telah dibuat berdasarkan soalan permasalahan terhadap

pengguna yang disediakan. Seramai 10 orang pengunjung telah ditemubual

dalam kajian ini. Respon yang diberikan oleh responden amat memuaskan,

ringkas dan mudah difahami.

No Soalan Jawapan

pengguna/pelanggan

1. Ketika tuan/puan mengunjungi

Pasar Raya Besar Giant, adakah

mudah untuk mencari barangan

keperluan ?

Tiada /

kurang

papan

tanda

Tulisan

papan

tanda

terlalu kecil

Baranga

n tidak

teratur

serta

susah

hendak

cari

2 6 2

30% 50% 20%

2. Pada pendapat tuan/puan ,

adakah patut pekerja asing

bekerja di Pasar Raya Besar Giant

ini ?

Amat

tidak

setuju

Kurang

setuju

Tidak

patut

3 2 5

30% 20% 50%

38

Page 39: Pbs Pengajian Am 2013 New!!

GRAF TEMUBUAL

Permasalahan yang berlaku di Pasar Raya Besar Giant terhadap

pengguna

20%

50%

30%

1.Ketika tuan/puan mengunjungi Pasar Raya Besar Giant, adakah mudah untuk mencari

barangan keperluan?

Tiada papan tanda

Tulisan dipapan tanda terlalu kecil

Barangan tidak teratur dan susah untuk mencari barang

Terdapat juga beberapa masalah yang berlaku kepada pelanggan

ketika berkunjung ke Pasar Raya Besar Giant. Carta pai ini menunjukkan

39

Page 40: Pbs Pengajian Am 2013 New!!

adakah mudah untuk mencari barangan keperluan di pasar raya tersebut.

Sebanyak 3 orang (30%) menyatakan bahawa barangan tidak teratur serta

susah hendak cari manakala seramai 2 orang (20%) menyatakan bahawa

kurang papan tanda di pasar raya ini. 5 orang (50%) pula menyatakan

tulisan di papan tanda terlalu kecil dan sukar untuk pelanggan membaca.

20%

30%

50%

2. Pada pendapat tuan / puan adakah patut pekerja asing bekerja di Pasar Raya Besar

Giant ini?

Amat tidak setujuKurang setujuTidak patut

Carta pai ini menunjukkan pendapat pelanggan Pasar Raya Besar Giant

tentang jumlah pekerja asing yang bekerja di pasar raya ini. Majoriti iaitu

seramai 5 orang (50%) menyatakan tidak patut dengan soalan yang di

kemukakan. Manakala 3 orang (30%) tidak bersetuju dan dua orang (20%)

menyatakan amat tidak setuju.

40

Page 41: Pbs Pengajian Am 2013 New!!

41

Page 42: Pbs Pengajian Am 2013 New!!

8.2 PERBINCANGAN

Adakah dengan adanya pasar raya besar, ia menjejaskan peruncit-peruncit kecil

yang berdekatan?

Berdasarkan pada analisis yang saya lakukan melalui borang soal selidik yang di berikan

kepada pengunjung mencatatkan peratusan sebanyak 80% bersamaan dengan 24 orang

responden menyatakan setuju dengan soalan ini. Menurut Encik Muhammad Bin Yusuf, seorang

peniaga ayam di pasar yang berhampiran dengan Pasar Raya Giant ini menyatakan bahawa

pelanggan beliau semakin berkurangan kerana pihak pasar raya mungkin mengadakan pelbagai

promosi berbanding dengan tempat perniagaannya.

Di samping itu, bagi peratus yang tidak bersetuju mempunyai pendapat lain berbanding

peniaga tadi. Kebanyakkan peniaga-peniaga untuk pasar sehari menyatakan bahawa mereka

boleh menambahkan pendapatan melalui perniagaan di dalam kawasan pasar raya ini kerana

pasar raya ini merupakan tempat yang sering dikunjungi.

Melalui kertas kerja yang di sediakan oleh Haidi bin Mohd Ali (1990) menyatakan

bahawa pasar raya adalah tempat untuk penduduk setempat bersiar-siar bukannya tempat untuk

membeli barangan seperti yang semua ketahui. Manakala kertas kerja yang di sediakan oleh

Mohd Rizki bin Razali (2002) menyatakan bahawa pasar raya ini menjatuhkan peruncit-peruncit

kecil yang berdekatan. Selain itu, menurut kajian yang sama menyatakan bahawa pasar raya

memerlukan pengguna membeli barangan secara pukal untuk mendapatkan potongan harga

seperti yang di janjikan.

Oleh itu, peruncit-peruncit tetap menjadi pilihan pengguna, kerana harga barangan yang

di jual lebih murah dari pasar raya, pelanggan terpaksa membeli barangan yang banyak untuk

mendapat potongan harga yang disediakan.

Akhir sekali, dapatan kajian mendapati, walaupun pasar raya tumbuh bak cendawan,

peruncit-peruncit kecil tetap menjadi pilihan penduduk di sekitar sini. Tetapi,industri peruncitan

merupakan sumber terpenting dalam ekonomi negara, tanpa industri peruncitan tidak majulah

pengeluar-pengeluar produk yang hanya bergantung kepada pasar raya untuk menarik para

pelanggan membeli.

42

Page 43: Pbs Pengajian Am 2013 New!!

Adakah dengan adanya pekerja warga asing yang bekerja dalam industri

peruncitan memudaratkan warga tempatan,?

Berdasarkan analisa temubual yang telah saya lakukan kepada pengunjung Pasar Raya

Besar Giant sebanyak 100% bersamaan dengan 10 orang responden bersetuju dengan soalan

yang telah saya kemukakan. Seperti yang diketahui, pekerja warga asing hanya di tempatkan

bekerja dalam sektor perindustrian sahaja, berlakunya perkara seperti ini menyebabkan pemuda

dan remaja tidak mendapat pekerjaan sementara menunggu keputusan peperiksaan serta musim

cuti.

Melalui kajian luar Mustaffa bin Abdul Majid (1990) mendapati bahawa jumlah

penganggur dalam negara ini semakin meningkat kerana jumlah kemasukkan warga asing

semakin meningkat sehingga menjejaskan penduduk negara. Menurut kajian Mohd Zulfee bin

Zakaria (1995) menyatakan bahawa jumlah warga asing dalam keadaan yang membimbangkan

sehingga menimbul rasa kebimbangan para penduduk sekitar. Selain itu ia turut menyatakan

bahawa kebanyakkan penduduk di Malaysia bergantung kepada pekerjaan seperti di pasar raya,

dengan kebanjiran warga asing telah menutup pintu rezeki kebanyakkan penduduk di sini.

Di samping itu, Muaz bin Ramli antara pengunjung pasar raya ini menyatakan bahawa

kebanyakkan pasar raya dalam negara seperti berada di negara luar kerana jumlah warga asing

semakin hari semakin bertambah. Kadangkala masalah ini boleh mengurangkan jumlah

pengunjung untuk datang membeli belah.

Akhir sekali, langkah awal perlu diambil oleh pengurus di pasar raya ini dengan hanya

mengambil warga kerja tempatan, kerana dapat mengurangkan jumlah penganggur dalam negara.

43

Page 44: Pbs Pengajian Am 2013 New!!

9.0 KESIMPULAN

Membangunnya sesebuah pasar raya dalam negara mestilah mempunyai permasalahan

serta kepentingan yang terdapat dalam pasar raya tersebut. Segala masalah serta kepentingan ini

telah melibatkan pengunjung atau pelanggan yang datang ke pasar raya ini. Dapatan kajian

mendapati bahawa permasalahan yang berlaku di Pasar Raya Besar Giant merupakan faktor yang

pihak pasar raya perlu membaiki untuk menambahkan lagi jumlah pelanggan untuk datang.

Justeru itu, pihak pengurusan pasar raya sendiri harus mencari jalan untuk mengatasi

segala masalah yang ada di Pasar Raya Besar Giant ini. Sesungguhnya dengan semua masalah

ini dapat di atasi, mungkin dapat meningkatkan jumlah pendapatan pihak pasar raya ini sendiri.

44

Page 45: Pbs Pengajian Am 2013 New!!

10.0 RUJUKAN

Giant Hypermarket-Alor Setar,Kedah, diakses pada Februari 23, 2013, sumber dari:

https://foursquare.com/v/giant-hypermarket/4d58de9d23e0a093ab6a3e49/photos

Hill, Charles W.L, 1994. International Business: Competing in the Global Marketplace, Irwin, Boston, USA.

Haidi bin Mohd Ali dan Mustaffa bin Abdul Majid (1990) Pasar Raya Merupakan Tempat Yang Popular Untuk Masyarakat Masa Kini: Universiti Teknologi Mara.

Mohd Rizki bin Razali (2002) Kertas Kerja Tesco dan Carrefour : Universiti Malaya.

Mohd Zulfee bin Zakaria (1995) Pertambahahan Jumlah Pendatang Asing : Universiti Teknologi Mara.

Pasar Raya- Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas, diakses pada Februari 26, 2013, sumber dari: http://ms.wikipedia.org/wiki/Pasar_raya

Pusat Rujukan Persuratan Melayu@DBP, diakses pada Februari 26, 2013,sumber dari: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pasar+raya

` Richard T. De George (1995), Business Ethics : New Jersey, Parential Hall.

Store Location Giant, diakses pada Februari 23, 2013, sumber dari:

http://www.giant.com.my/stores?q=Alor%20Setar

45

Page 46: Pbs Pengajian Am 2013 New!!

11.0 LAMPIRAN

PETA :

Peta 1: Peta Pasar Raya Besar Giant, Alor Setar.

46

Page 47: Pbs Pengajian Am 2013 New!!

GAMBAR:

Gambar 1: Pasar Raya Besar Giant, Alor Setar, Kedah.

Gambar 2 : Kawasan tempat letak kereta di Pasar Raya Besar Giant

47

Page 48: Pbs Pengajian Am 2013 New!!

Gambar 3 dan 4: Menunjukkan keadaan di dalam Pasar Raya Besar Giant.

48

Page 49: Pbs Pengajian Am 2013 New!!

Gambar 5 dan 6 : barangan makanan yang ada di Pasar Raya Besar Giant.

49

Page 50: Pbs Pengajian Am 2013 New!!

Gambar 7 dan 8: barangan keperluan harian yang terdapat di Pasar Raya Besar Giant.

50

Page 51: Pbs Pengajian Am 2013 New!!

BORANG SOAL SELIDIK

Umur: 20-25( ) 26-30( ) 31-35( ) 36-40( ) 41-45( ) 45-50( )

Bangsa: Melayu( ) Cina( ) India( )

Jantina: Lelaki( ) Perempuan( )

Tandakan ( / ) pada ruang yang disediakan.

Bil Soalan STS TS S SS

1. Pasar raya ini menyediakan khidmat ‘fast food’.

2. Mudah untuk pelanggan mencari barang kerana terdapat papan tanda jenis barangan yang disediakan.

3. Penduduk sekitar dapat menambah pendapatan dengan bekerja di pasaraya.

4. Pasar raya ini dapat menjimatkan masa pelanggan yang tinggal berdekatan kerana tidak perlu ke tempat yang berlainan kerana terdapat banyak barangan disitu.

5. Tahap keselamatan yang terjamin disediakan.

6. Pelanggan yang pulang bekerja dan tidak sempat memasak dan sebagainya boleh membeli makanan di ‘food court’ yang disediakan.

7. Terdapat pelbagai makanan tradisional yang dipasarkan di pasar raya ini.

8. Terdapat pelbagai pilihan barangan keperluan

seperti barang basah, barang kering dan

keperluan harian.

9. Pasar raya ini sering mengadakan hari tanpa beg plastik iaitu “green day”.

10. Pasar raya ini sering mengadakan promosi yang menarik dan harga yang menjimatkan.

11. Pasar raya ini mudah dan terletak di tengah-tengah bandar.

12. Pasar raya ini dapat menjimatkan masa

pelanggan yang tinggal berdekatan kerana tidak

51

Page 52: Pbs Pengajian Am 2013 New!!

perlu ke tempat yang berlainan kerana terdapat

pelbagai barangan di sini.

BORANG SOAL SELIDIK

Umur: 20-25( ) 26-30( ) 31-35( ) 36-40( ) 41-45( ) 45-50( )

Bangsa: Melayu( ) Cina( ) India( )

Jantina: Lelaki( ) Perempuan( )

Tandakan ( / ) pada ruang yang disediakan.

Bil Soalan STS TS S SS

1. Layanan yang diberikan oleh pekerja di pasar raya ini tidak

memuaskan.

2. Kaunter pembayaran yang disediakan banyak namun hanya

beberapa sahaja yang dibuka.

3. Banyak troli di sini rosak.

4. Pekerja tidak menjalankan kerja apabila barangan di rak

kehabisan.

5. Susunan barangan yang tidak teratur.

6. Tandas yang terdapat disini tidak bersih.

7. Kekurangan tempat simpanan barang bagi barangan yang

dibeli.

8. Pelanggan terpaksa beratur panjang untuk membuat

pembayaran kerana kaunter yang dibuka terhad.

9. Pasar raya ini menjejaskan peruncit-peruncit yang berdekatan.

10. Pembeli terpaksa membeli barang-barang yang banyak untuk

mendapat lebih banyak potongan harga.

11. Berlaku kekurangan tempat letak kereta.

12. Berlaku kesesakan ketika tibanya hujung minggu.

13. Barang jenama sendiri kurang berkualiti dan cepat rosak.

52

Page 53: Pbs Pengajian Am 2013 New!!

14. Kekurangan pekerja di pasar raya.

15. Terlalu banyak pekerja asing di pasar raya ini.

53