tugasan kursus pbs - new

21
1. Si Tanggang 2. Perawan Tujuh Beradik Ahli Kumpulan 4 : 1. Mohd Hakimy Ramly (Ketua) 2. Norulhadi Jusoh 3. Mohamad Faizal Mustafa 4. Ahmadi Azwar Ab. Rahman 5. Sasitharan Sankaran 6. Mohd Salleh Wasik 7. Borhan Hashim

Upload: vira-hashim

Post on 06-Nov-2015

282 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

psk

TRANSCRIPT

1. Si Tanggang2. Perawan Tujuh BeradikAhli Kumpulan 4 :1. Mohd Hakimy Ramly (Ketua)2. Norulhadi Jusoh3. Mohamad Faizal Mustafa4. Ahmadi Azwar Ab. Rahman

5. Sasitharan Sankaran

6. Mohd Salleh Wasik

7. Borhan Hashim

8. Adi Saszrin SallehPENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan buat tenaga cikgu yang sangat berdedikasi yang telah membimbing saya dalam usaha menyedia dan menyiapkan sebuah buku skrap yang mempunyai tema menarik tentang cerita-cerita rakyat Malaysia. Diharapkan agar cerita-cerita kompilasi yang diutara dan dimuatkan ke dalam buku ini akan dapat memberi pengajaran dan teladan yang sangat berguna kepada rakan pelajar sekalian, InsyaAllah.PENGENALAN

Isi Kandungan

1. Penghargaan

2. Objektif

3. Pendahuluan

3.1 Definisi

3.2 Jenis cerita rakyat

3.3 Tujuan cerita rakyat disampaikan

4. Kandungan cerita rakyat

4.1 Nakhoda Tanggang

4.2 Perawan 7 Beradik5. Penutup

5.1 Refleksi5.2 Lampiran

5.3 Rumusan

5.4 RujukanObjektif

Tujuan buku skarap ini ialah untuk :

I. Menerapkan nilai murni di dalam kehidupan seharian berdasarkan cerita teladan.

II. Mewujudkan rasa kekitaan di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

III. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi di kalangan pelajar pelbagai bangsa.

IV. Memberi kesedaran sivik berdasarkan cerita rakyat tersebut.PENDAHULUAN

Definisi

Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai warisan budaya mereka sendiri. Antaranya ialah cerita rakyat yang berdasarkan masyarakat setempat.

Jenis cerita rakyat Cerita Hikayat

Cerita Asal Usul

Cerita Jenaka

Cerita Binatang

Cerita Kepahlawanan

Cerita Penglipur LaraTujuan Cerita Rakyat

Tujuan Cerita Rakyat ini dihasilkan adalah untuk mengetahui lebih mendalam berkenaan cerita rakyat yang terdapat di Malaysia serta asal usul cerita ini .

Selain daripada itu, kita juga dapat mengetahui pengajaran yang terselit di dalam cerita rakyat tersebut.

Dengan itu, cerita rakyat ini dapat dikekalkan dan juga dikongsi bersama dengan orang lain.Ringkasnya, melalui cerita rakyat ini, kita akan dapat ;

Mengetahui cerita rakyat pelbagai kaum.

Memahami budaya masyarakat zaman dahulu.

Memberikan hiburan kepada semua.

Dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada cerita tersebut.

Mengekalkan warisan budaya.

KANDUNGAN CERITA RAKYAT

Bahagian A

Cerita 1 Si Tanggang

Lagak Si Tanggang yang angkuh dah

bongkakSi Talang dan Si Deruma mempunyai seorang anak lelaki bernama Si Tanggang. Kehidupan mereka sekeluarga amatlah miskin. Si Tanggang selalu berkhayal untuk menjadikaya dan terkenal.

Pada suatu hari, Si Tanggang terlihat sebuah kapal besar berlabuh di muara sungai yang berhampiran dengan rumahnya. Si Tanggang pergi berjumpa dengan Nakhoda kapal itu dan meminta untuk dijadikan anak kapalnya. Nakhoda kapal itu terus bersetuju kerana telah melihat kecekapan Si Tanggang bersampan dan bekerja.

Walaupun Si Talang dan Si Deruma amat keberatan untuk melepaskan Si Tanggang belayar mengikut kapal Nakhoda itu, mereka terpaksa mengalah. Si Tanggang berjanji akan kembali ke kampung setelah menjadi kaya.Si Tanggang melakukan apa sahaja kerja yang diperintahkan oleh Nakhoda. Nakhoda amat suka dengannya kerana dia rajin bekerja. Lalu, Si Tanggang pun diambil sebagai anak angkat. Apabila Nakhoda menjadi uzur, maka Si Tanggang dilantik menjadi nakhoda baru. Dia dipanggil Nakhoda Tanggang.Si Tanggang cekap dan pandai berniaga. Namanya menjadi terkenal. Oleh itu dia dijemput oleh Sultan ke istana.

Tidak lama kemudian, Si Tanggang pun berkahwin dengan puteri Sultan. Si Tanggang membawa isterinya berlayar ke banyak tempat di merata negeri.Pada suatu hari, kapal Si Tanggang berlabuh di muara sungai kampung asal-usulnya. Orang kampung mengetahui nakhoda kapal itu Si Tanggang. Mereka pun memberitahu kepada orang tuanya.

Si Tanggang berkahwin dengan puteri Sultan

Anak kita sudah pulang. Marilah kita pergi tengok kata Si Talang. Ya, aku rindukan Si Tanggang. Khabarnya dia sudah kaya sekarang, kata Deruma dengan gembira.Si Talang dan Si Deruma pun pergilah berkayuh sampan menuju ke kapal Nakhoda Tanggang. Si Deruma membawa makanan kegemaran Si Tanggang, iaitu pisang salai.Apabila tiba di kapal, seorang anak kapal melarang mereka naik. Seketika kemudian, Si Tanggang muncul dengan isterinya. Siapakah kedua-dua orang tua ini? tanya Si Tanggang kepada anak kapalnya. Mereka mengaku sebagai ibu bapa tuan, jawab anak kapal itu. Betulkah mereka ini ibu bapa kanda ? tanya isteri Si Tanggang.Si Tanggang berasa malu untuk mengaku orang tua itu ibu bapanya. Kesusahan dan kemiskinan membuat Si Talang dan Si Deruma kelihatan begitu uzur dan daif sekali. Ibu bapa kanda? Oh, tidak! Kanda tidak mempunyai ibu bapa lagi. Mereka bukan ibu bapa kanda. Jangan benarkan kedua pengemis ini naik ke kapal ! herdik Si Tanggang. Mukanya merah padam kerana malu dan marah. Oh, anakku, Si Tanggang! Aku ibumu. Ibu ada bawakan pisang salai kegemaranmu, nak kata Si Deruma. Pergi! tengking Si Tanggang. Dia memukul jari ibunya yang bergayut pada bahagian tepi kapal. Pisang salai yang dibawa ibunya, dibuang ke laut.Si Talang dan Si Deruma berasa terlalu sedih dan kecewa. Sungguh tidak disangka anak kesayangan mereka telah berubah. Mereka pun berdayung ke tepi.Apabila tiba di daratan, Si Deruma memandang ke langit. Sambil mengangkat kedua-dua belah tangan dia berseru Oh, Tuhan! Tunjukkanlah kepada Si Tanggang bahawa akulah ibu kandungnya.Tiba-tiba petir berdentum. Angin bertiup kencang. Kapal yang sedang berlabuh itu terumbang-ambing. Ketika itulah, Si Tanggang berasa kesal. Dia sedar Tuhan telah memperkenankan doa ibunya. Dia akan menerima balasannya kerana telah menderhaka. Oh, ibu! Ampunkanlah Tanggang. Tanggang mengaku, Tanggang anak ibu!' teriak Si Tanggang.Akan tetapi, Si Tanggang sudah terlambat. Gelombang yang kuat memecahkan kapalnya. Apabila ribut reda, kapal Si Tanggang menjadi batu. Semua anak kapal juga bertukar menjadi batu. Si Tanggang dan isterinya turut menjadi batu.Pengajaran dan nilai

1.) Inilah akibatnya.Bahagian B

Cerita 2 Perawan Tujuh Beradik

Pada zaman dahulu , kononnya ada sebiji buah yang sangat luar biasa .Pokoknya tumbuh di tengah-tengah lautan yang sangat luas . Sesiapa sahaja yangmemperolehi buah itu dipercayai akan menjadi amat bertuah . Maka tersebutlahkisah seorang pemuda bernama Lenggai. Dia berasal dari Kalimantan Barat .Walaupun Lenggai seorang pengembara yang gagah berani , namun dia selaluditimpa malang . Pada suatu hari Lenggai membuat keputusan hendak mencaribuah ajaib itu . Dia kemudiannya membina sebuah kapal layar dan belayarmenyeberangi lautan . Pelayaran itu sangat sukar tetapi Lengai tetap tidak berputusasa .Walaupun telah beberapa lama belayar , namun pokok yang berbuah ajaib itubelum juga kelihatan . Akhirnya , pada suatu hari , setelah hampir tiga bulan belayar, tiba-tiba kapal Lenggai termasuk ke dalam pusaran air yang sangat kuat . Kapalnyaberpusing-pusing dengan ligat sekali . Lenggai sedaya upaya cuba hendakmenyelamatkan kapalnya daripada bencanaitu . Lenggaihampir-hampir lemas .Tiba-tiba dari percikan yang disebabkan oleh pusara air itu dia ternampak sebatangpokok yang sangat tinggi . Matanya terpaku ke arah pokokitu . Pokok itu seolah-olah muncul daripusat pusaran air itu. Dia pasti itulahpokok ajaib yangdicari-carinya selama ini . Kapal Lenggai hampir ditelanpusaran air itu .Pada detik yang mencemaskan itu Lenggai melompat ke dalam air danberenang sekuat-kuatnya ke arah pokok itu . Setelah selamat sampai , dia pun memanjat ke sebatang dahan yang selamat daripada pusaran air itu dan dia berehatdi situ seketika . Setelah bertenaga semula , Lenggai memandang sekelilingnya dandia ternampak seekor burung yang sangat besar di salah sebatang dahan yangtertinggi di pokok itu . Cengkaman kuku burung itu sama besarnya dengangenggaman seorang manusia . " Jika aku dapat memegang kaki burung itu , tentuaku dapat kembali semula ke daratan , " bisik hati Lenggai . Dia pun mula memanjatpokok itu dari satudahan ke satudahan sehingga diaberada kira-kira sehasta daritempat burung itu hinggap . Dengan secepat kilatdia menyambar pergelangan kakiburung itu dan bergayut disitu sekuat-kuatnya . Burung besar itu sama sekali tidakmenyedari akan apa yang berlaku kepada dirinya . Setelah beberapa lamakemudian burung itu pun terbang membawa Lenggai yang bergayut pada kakinya .Burung itu terbang dan terus terbang menyeberangi lautan dan merentasi daratan ,sehingga Lenggai menjadi sangat letih dan tidak berdaya lagi . Akhirnya burung ituternampak beberapa ekor lembu . Burung itu melayang turun dan secepat kilatmenyambar seekor lembu .Pada ketika itulah Lenggai melepaskan pegangannya dan jatuh ke tanahdengan selamatnya . Lenggai memerhatikan kawasan di sekelilingnya . Dia sangathairan melihat kawasan di situ . Lenggai belum pernah melihat tempat yang sebegitu cantik , pokok-pokok menghijau dan berbuah lebat dengan bunga-bunga kembang berseri . Lenggai terus berjalan dan akhirnya dia tiba di suatu lorong yang ditumbuhi bermacam jenis bunga yang berwarna-warni . Dia mengikuti lorong itu lalu terjumpa sebuah rumah yang indah . Lenggai terus masuk ke dalam rumah itu dan dilihatnyaseorang perawan sedang menyediakan makanan ."Oh!"Gadis itu sangat terperanjat meliha t Lenggai berada di dalam rumahnya ."Jangan takut , saya tidak akan mengapa-apakan kamu . Saya tidak tahu di manasaya sekarang . Saya memerlukan makanan dan tempat tidur untuk malam ini , "terang Lenggai .Perawan itu mempersilakan Lenggai duduk dan dia memberikan Lenggai sedikitmakanan . Ketika Lenggai sedang makan , perawan itu menceritakan bahawa diaadik bongsu kepada tujuh orang adik-beradik yang tinggal dalam rumah itu . Enam orang kakaknya telah keluar bekerja di sawah . Lenggai pula kemudiannya menceritakan apa yang telah dialaminya . Lewat petang itu keenam orang kakakperawan itu pun pulang. Merekasemuanya sangat senang hati menerima kedatangan Lenggai dan melayaninya dengan baik .Semenjak hari itu Lenggai puntinggal bersama-sama perawan tujuh beradik itu.Setiap hari apabila keenam-enam perawan itu pergi ke sawah, Lenggai tinggal dirumah menjaga adik mereka yang bongsu itu. Setelah beberapa lama perawanbongsu jatuh cinta kepada Lenggai.Pada suatu hari dia memberitahu akanperasaannya itu kepada kakak-kakaknya. Mereka semuanya bersetuju perawanbongsu berkahwin dengan Lenggai. Lenggai juga bersetuju dengan cadangan itu."Kamu nanti akan menjadi sebahagian daripada keluarga ini," jelas kakak yangsulung. "Sekarang masanya telah tiba untuk kamu mengetahui bahawa sebenarnyakami tujuh beradik daripada Bintang Tujuh.Adik bongsu kamiini dinamakan BintangBanyak. Saya tidak boleh memberitahu kamu lebih daripada ini. Sayangilah adikbongsu kami ini kerana dia sangat kami sayangi. " Maka seminggu kemudiannya,majlis perkahwinan Lenggai dengan Bungsu Bintang Banyak pun diadakan. Ramai orang kampung di rumah-rumah panjang yang berdekatan dijemput untuk meraikanmajlis itu.Beberapa tahun berlalu. Lenggai dan Bungsu Bintang Banyak mendapatseorang anak laki-laki yang diberi nama Selamuda. Lenggai menjaga anaknya itudengan penuhkasih sayang sementara isterinya dan kakak-kakaknya bekerja disawah.Sememangnya sejak awal lagi, Lenggai telah diberi amaran supaya tidakmembuka penutup tajau yang terletak di sudut rumah itu."Wahai suamiku, berjanjilah bahawa abang sama sekali tidak akan membukapenutup tajau ini," pesan Bungsu Bintang Banyak."Jika abang membukanya juga, akibatnya amatlah buruk sekali."Lenggai mematuhi kata-kata isterinya. Walau bagaimanapun, oleh kerana selaludiingatkan berulang kali, Lenggai berasa ada sesuatu yang ganjil dalam tajau itu.Perasaan ingin tahunya datang dengan mendadak.Pada suatu hari hanya Lenggai dan anaknya sahaja yang tinggal di rumah.Lenggai merenung tajau itu beberapa kali. Perasaan ingin tahunya memuncak danLenggai tidak boleh bersabar lagi. Dengan cermat dia membukapenutup tajau itu.Alangkah dahsyatnya! Melalui mulut tajauitu dia dapatmelihat beribu-ribu orangmanusia sedang sibuk menanam padi. Apa yang anehnya mereka kelihatan jauhsekali di bawah. Lenggai menyedari kini dia berada di suatu tempat yang tinggi,seolah-olah di sebuah negeri di awang-awangan.Lenggai runsing sekali dengan apa yang dilihatnya. Dia tahu siapa mereka itu. Merekalah manusia di bumi dansemuanya sedang bekerja dengan tekun.Pada petangnya, apabila isteri dankeenam orang kakaknya pulangdarisawah, Lenggai tidak memberitahu mereka apa yang telah dilakukannya. Semasawaktu makan, Lenggai kelihatan sedih dan bimbang. Dia makan sedikit sahaja.Bungsu Bintang Banyak mengesyaki sesuatu yang tidak diingini telah berlaku. Diasegera bertanya kepada Lenggai:"Suamiku, adakah abang membuka tajau itu?"Lenggai hanya mendiamkan diri. Setelah disoal beberapa kali akhirnya Lenggaimengaku membuka tajau itu dan menceritakan apa yang telah dilihatnya."Isteriku, kejadian itulah yang mengganggufikiranku," Lenggai menjelaskan."Oh suamiku, bukankah telah kuberitahu supaya jangan membuka penutup tajauitu? Abang telah melakukan sesuatu yang tidak dapat dimaafkan," Bungsu BintangBanyak berkata dalam tangisan. "Sekarang abang tidak dapat lagi tinggal bersamakami. " Bongsu Bintang Banyak menangis teresak-esak sambil menimang anaknya."Anakku, oh anakku, tidak pernah ibu terfikir kita akan berpisah. Sekarang sudahtibalah masanya. Oh! Betapa beratnya penderitaanku," tangis Bungsu BintangBanyak.Maka pada keesokan harinya isteri Lenggai dan keenam orang kakaknyamenyediakan persiapan untuk menurunkan Lenggai dan anaknya ke bumi melaluimulut tajau itu. Mereka semuabertangis-tangisan. Sebelum berpisah, kakak BungsuBintang Banyak yangtertua menjelaskan selanjutnya:"Lenggai, tahulah kamu bahawa kami berasal dari Bintang Tujuh. Kami memberipetunjuk kepada peladang di bumi. Carilah kami dalam kegelapan sebelum terbitfajar. Apabila kamu ternampak kami di langit, mulalah segera menanam padi."Jika kami telah tidak lagi kelihatan di langit apabila kamu mula menanam, makahasilnya tidak akan banyak, malahan apa jua yang kamu tanam tidak akan memberihasil. Semasa berada di sini, kami telah melihat kami tidak pernah tinggal di rumahhanya Bungsu Bintang Banyak sahaja yang berada di rumah.Bungsu BintangBanyak juga mengingatkan suaminya supaya menurut nasihat kakaknya itu danmenceritakan pula kepada anaknya supaya kedudukan Bintang Tujuh akan sentiasamenjadi petunjuk kepadapetani di bumi. Setibanya di bumi, Lenggai menceritakan semua pengalaman yangdialaminya kepada orang-orang kampung.Diamenceritakannya dari masa dia meninggalkan kampung untuk mencari buah ajaib sehinggalah masa dia berkahwin dengan adik bungsu Bintang Tujuh.Semenjak hariitu, kononnya, padi akan mula ditanam apabila kelihatan Bintang Tujuh mengerdip dilangitPengajaran dan nilai

PENUTUP

RefleksiBORANG REFLEKSIProjek Buku Skrap

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Nama

: _________________________________________Tingkatan: _________________________________________Tajuk

: Kompilasi Cerita Rakyat Pelbagai Kaum di Malaysia

1. Apakah faedah dan kesannya yang diperolehi daripada cerita rakyat?

Cerita rakyat dapat menerapkan nilai-nilai murni di kalangan pelajar. Seterusnya dapat melahirkan pelajar yang bermoral dan membentuk sahsiah insan yang harmonis.

2. Apakah cadangan untuk mengekalkan warisan cerita rakyat?

Menerbitkan lebih banyak bahan-bahan yang berkaitan dengan cerita rakyat. Pihak penerbit perlu memainkan peranan melalui tanggungjawab sosial. Pihak media massa pelu menerbitkan lebih banyak program yang berkisarkan mengenai cerita rakyat pelbagai kaum.

3. Bagaimanakah anda menunjukkan apresiasi terhadap cerita rakyat pelbagai kaum?

Saya akan berusaha mempraktikkan nilai-nilai murni yang terkandung dalam cerita rakyat. Saya juga akan berkongsi nilai-nilai tersebut bersama rakan-rakan yang lain. Dengan ini diharapkan agar dapat mewujudkan perpaduan yang harmoni.

LampiranRumusan

Dapat dirumuskan bahawa hasil dapatan daripada kompilasi cerita rakyat ini dapat membina minda yang positif dan dan menarik perhatian pembaca remaja di mana dapat memberi pengajaran dan teladan yang sempurna untuk menjadi pedoman hidup yang sangat berguna hendaknya. Selain daripada itu, cerita-cerita ini juga dapat menjadi pengalaman diri melalui pembacaan yang luas.Rujukan

1. http://ceritarakyatmalaysia.blogspot.com/2007/09/si-tanggang.html2. http://ceritarakyatmalaysia.blogspot.com/2009/08/perawan-tujuh-beradik.html