nur syuhada bt hj rosley- edit

Upload: muhd-fahmi

Post on 13-Jan-2016

44 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

hahahhhshsh

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALAN ANATOMI DAN FISIOLOGIAnatomi merupakan satu bidang yang mengkaji dan mengenalpasti tubuh badan seseorang mengenai tulang, otot dan organ individu. Manakala fisiologi merupakan satu bidang yang mengkaji tentang fungsi setiap tulang, otot dan organ dalam tubuh badan. Dalam kajian anatomi dan fisiologi, terdapat pelbagai sistem yang terdapat dalam tubuh badan manusia. Untuk tugasan ini, saya lebih fokus kepada tiga sistem yang penting dalam tubuh badan manusia iaitu sistem rangka, sistem otot dan sistem sendi.

Sistem rangka memberi bentuk kepada tubuh manusia. Sistem ini adalah penting untuk tubuh badan manusia kerana sistem ini memberikan sokongan kepada tubuh badan manusia di mana tulang membentuk rangka tubuh badan bagi menyokong tisu-tisu lembut dan organ-organ tubuh. Selain itu, sistem ini juga memberikan perlindungan kepada manusia. Dengan adanya sistem ini, pergerakan dapat dihasilkan. Apabila otot yang melekat pada tulang berkontraksi, tulang-tulang akan bertindak sebagai tuas bagi menghasilkan pergerakan yang berpaksi pada sendi. Terdapat 206 tulang dalam tubuh orang dewasa. Setiap tulang merupakan organ kepada sistem rangka. Pembentukan tulang adalah dari tisu-tisu yang kuat dan aktif. Jumlah berat sistem rangka seorang dewasa merupakan 14% daripada jumlah tulang badannya. Antara jenis tulang yang terdapat dalam tubuh badan manusia ialah tulang panjang, tulang pendek, tulang leper, tulang tidak tentu bentuk dan tulang bulat. Tulang terdiri daripada sel tulang yang berfiber kolagen dan bahan matriks bermineral padat. Tulang terberntuk daripada sel osteoblas yang merembeskan bahan matriks organic fiber-fiber untuk memerangkap mineral.

Sendi pula merupakan tempat pertemuan antara tulang-tulang atau antara kartilej dengan tulang. Jenis-jenis sendi dibahagikan berdasarkan fungsi dan strukturnya. Dari segi fungsi, sendi terbahagi kepada tiga jenis iaitu sendi yang tidak boleh bergerak (sinatrosis), sendi yang boleh digerakkan sedikit (amfiartrosis) dan sendi yang boleh bergerak bebas (diartrosis). Struktur sendi sangat mempengaruhi fungsinya. Semakin rapat hubungan pada titik pertemuan, semakin kuat sendi itu. Walaupun pergerakan sendi yang semakin longgar hubungan pada titik pertemuan, semakin banyak pergerakan yang boleh dilakukan. Pergerakan tubuh badan berlaku sebagai hasil gabungan sistem rangka dan sistem otot. Kajian menunjukkan bahan reka bentuk struktur sendi dan sokongan yang tegar menyebabkan pergerakan dapat dilakukan. Pergerakan dihasilkan oleh penguncupan dan pemanjangan otot. Otot juga menentukan magnitud pergerakan. Otot berfungsi menghasilkan haba untuk mengekalkan suhu badan normal. Terdapat tiga jenis tisu otot iaitu otot rangka, otot licin, otot kardiak yang mempunyai ciri-ciri kebolehlajuan, kebolehkuncupan, kebolehpanjangan, dan kebolehanjalan. Otot rangka melekat pada tulang atau tisu-tisu penghubung yang lain dengan lekatan proksimal pada bahagian tulang atau struktur yang lebih hampir dengan batang badan dan lekatan distal pada tulang atau struktur yang lebih jauh dari batang badan. Dalam menghasilkan sesuatu pergerakan, otot-otot akan saling bertindak sebagai agonis, antagonis, dan sinergis. Tiga jenis penguncupan otot terlibat dalam pergerakan iaitu isometrik, isotonik dan isokinetik. Halaju penguncupan otot berbeza kerana dipengaruhi oleh dua jenis fiber otot rangka iaitu fiber serentak cepat dan fiber serentak lambat.

Untuk tugasan ini, saya telah memilih pergerakan servis rendah dalam permainan badminton. Saya akan menerangan dengan lebih lanjut mengenai sistem rangka, sistem sendi dan sistem otot yang terlibat dalam pergerakan ini.

2.0 PENGENALAN KEPADA FASA PERGERAKAN BADMINTON YANG DIKAJI

( SERVIS RENDAH )

Pukulan servis merupakan pukulan yang sangat penting dan para pemain badminton mestilah menguasai kemahiran ini supaya konsisten dan tepat. Servis merupakan kemahiran asas yang terpenting kerana setiap mata yang dipungut oleh pemain bermula dari servisnya. Secara amnya, di dalam permainan badminton terdapat empat jenis servis, iaitu servis tinggi, servis rendah, servis flik dan servis kilas.

Namun, saya hanya memilih pergerakan servis rendah sebagai pergerakan yang akan dikaji mengenai penggunaan rangka, sendi dan otot dalam pergerakan ini.

Servis rendah biasanya digunakan oleh pemain dalam permainan regu. Bulu tangkis dipukul supaya iainya melepasi aras ketinggian jarring dan jatuh di garisan hadapan gelanggang pihak lawan.

Pemain memegang raket secara pepat atau forehand semasa melakukan servis rendah. Untuk kawalan yang baik dalam kemahiran servis rendah. Untuk kawalan yang baik dalam kemahiran servis rendah, pemain boleh memendekkan sebanyak enam inci bahagian pemegang atau handle raket untuk kawalan yang baik.

Gambarajah 1

Sumber : Michael J. Alter. (1998). Sport Stretch. United States of America. Human Kinetics

2.1 CARA MELAKUKAN SERVIS RENDAH

2.1.1 Dalam kedudukan bersedia, dan raket dihayun ke belakang badan sedikit dan berat badan dipindahkan ke kaki belakang. Pergelangan tangan dikuncikan.

2.1.2 Semasa bulu tangkis dilepaskan, berat badan dipindahkan ke hadapan dan seluruh lengan menghayun bersama-sama ke hadapan.2.1.3 Bulu tangkis disentuh di hadapan sedikit pada ibu jari kaki hadapan.

2.1.4 Pastikan bulu tangkis disentuh di bawah aras pinggang.

2.1.5 Ikut lajak adalah singkat dan tidak seperti dalam servis tinggi.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mengenalpasti otot-otot yang terlibat

3.2 Mengenalpasti tulang-tulang yang terlibat

3.3 Mengenalpasti sendi-sendi yang terlibat

3.4 Melabel otot, sendi dan tulang yang terlibat

3.5 Mengenalpasti mekanisme pergerakan

3.6 Menerangkan fungsi tulang-tulang yang terlibat

3.7 Membezakan sendi-sendi berdasarkan fungsi dan struktur

3.8 Menerangkan fungsi otot-otot yang terlibat

3.9 Menerangkan lekatan proksimal dan distal

3.10 Menerangkan peranan otot dalam pergerakan4.0 GAMBARAJAH BAHAGIAN TULANG, SENDI DAN OTOT YANG TERLIBAT

DALAM PERGERAKAN SERVIS RENDAH BADMINTON

4.1 Bahagian Tulang Yang Terlibat Dalam Pergerakan Servis Rendah Badminton Gambarajah 2

Sumber : Gerard J. Tortora. (2006) . A Brief Atlas of the Skeleton, Surface Anatomy andSelected Medical Images. United States of America. John Wiley & Sons Inc

OTOT YANG TERLIBAT :1. Klavikel

4. Ulna2. Skapula

5. Radius3. Humerus

6. Carpals4.1.1 Fungsi Spesifik TulangTulangFungsi

1. Klavikel

i. Membekalkan titik perlekatan untuk otot-otot toraks dan bahu

ii. Memegang scapula dan lengan tangan (upper limb) daripada bahagian superior toraks yang sempit.

iii. Menyalurkan daya tekanan dari lengan tangan (upper limb) ke rangka aksial

2. Skapula

i. Berartikulasi dengan humerus untuk membentuk sendi bahu yang kurang stabil

ii. Bergerak secara memanjang apabila lengan ditarik dan diturunkan

3. Humerusi. Berartikulasi dengan scapula pada bahu dan dengan radius dan ulna pada siku

4. Ulna

i. Bertanggungjawab untuk membentuk sendi siku dengan humerus

ii. Membentuk sendi engsel yang stabil dengan humerus untuk membolehkan lengan tangan membengkok apabila menguncup atau meluruskan apabila memanjang.

5. Radius

i. Tulang lengan utama yang menyumbang kepada sendi pergelangan tangan

ii. Apabila radius bergerak, tangan akan turut bergerak dengannya

6. Carpalsi. Berartikulasi dengan radius untuk membentuk sendi pergelangan tangan

4.2 Bahagian Sendi Yang Terlibat Dalam Servis Rendah Badminton

4.2.1 SENDI LESUNG

Gambarajah 4

Sumber : Gerard J. Tortora. (2006) . A Brief Atlas of the Skeleton, Surface Anatomy and

Selected Medical Images. United States of America. John Wiley & Sons Inc

Fungsi Sendi Lesung :

Membenarkan pergerakan tulang ke semua arah.4.2.2 SENDI ENGSEL

Gambarajah 5

Sumber : Gerard J. Tortora. (2006) . A Brief Atlas of the Skeleton, Surface Anatomy and

Selected Medical Images. United States of America. John Wiley & Sons Inc

Fungsi Sendi Engsel :

Membenarkan gerakan tulang dalam satu satah sahaja.

4.2.3 SENDI PAKSI

Gambarajah 6

Sumber : Gerard J. Tortora. (2006) . A Brief Atlas of the Skeleton, Surface Anatomy and

Selected Medical Images. United States of America. John Wiley & Sons IncFungsi Sendi Paksi :

Membolehkan tulang berputar di atas tulang yang satu lagi4.3.4 SENDI GELUNGSUR

Gambarajah 7Sumber : Gerard J. Tortora. (2006) . A Brief Atlas of the Skeleton, Surface Anatomy and

Selected Medical Images. United States of America. John Wiley & Sons IncFungsi Sendi Gelungsur :Membenarkan gerakan yang sangat terhad, menggelungsur di atas antara satu sama lain.4.3 Bahagian Otot Yang Terlibat Dalam Pergerakan Servis Rendah Badminton

4.3.1 Fungsi Spesifik OtotOtotFungsi

1. Deltoidi. Otot pergerakan utama bagi abduksi lengan tangan di mana fiber ototnya berkontraksi secara serentak

ii. Antagonis bagi pektoalis major dan latisimus dorsi dengan menganduksi lengan tangan

iii. Bertanggungjawab dalam fleksi dan rotasi medial humerus sekiranya fiber posteriornya diaktifkan

iv. Mempengaruhi ekstensi dan rotasi lateral lengan tangan sekiranya fiber posteriornya diaktifkan

2. Bisepsi. Bertanggungjawab dalam fleksi sendi engsel dan supinasi lengan di mana pergerakan lazimnya berlaku dalam masa yang sama

ii. Fleksor lengan tangan yang lemah pada bahu

3. Trisepsi. Ekstensor lengan yang kuat

ii. Antagonis bagi fleksor lengan

iii. Kepala tendon yang panjang boleh membantu menstabilkan sendi bahu dan membantu dalam adduksi lengan tangan

4. Pronator teresi. Mempronasikan lengan

ii. Fleksor siku yang lemah

5.0 CARA PERGERAKAN SERVIS RENDAH BADMINTON DIHASILKANLekatan

Proksimal

(Origin)Lekatan

Distal

(Insertion)OtotPergerakan

Klavikel dan skapulaHumerusDeltoidi. Terlibat dalam abduksi lengan tangan

ii. Tangan dapat bergerak dengan sudut yang lebih besar dan seterusnya menghasilkan daya yang besar untuk memulakan servis

SkapulaRadiusBisepsi. Biseps mengecut dan membengkokkan siku

ii. Pada masa yang sama, triseps mengendur.

iii. Tangan diundur ke belakang dan pemain bersedia untuk melakukan servis rendah

Humerus dan scapulaUlnaTrisepsi. Triseps mengecut untuk , meluruskan lengan.

ii. Pada masa yang sama, biseps mengendur.

iii. Tangan yang memegang raket dihayun ke depan dan memukul bulu tangkis

Humerus dan ulnaRadiusPronator teresi. Terlibat dalam pronasi lengan dan fleksor lemah untuk siku ii. Tangan dapat dibengkokkan pasa siku di mana sendi siku berfungsi untuk membenarkan pergerakkan dalam satu satah saja

iii. Servis rendah memerlukan kekuatan pada pergelangan tangan untuk memukul bulu tangkis melepasi jaring

6.0 Analisis Mekanisme Pergerakan

6.1 Jenis Satah

Gambarajah 9 : Satah Sagital Dalam Servis Rendah BadmintonSumber : Michael J. Alter. (1998). Sport Stretch. United States of America. Human Kinetics

Jenis satah utama yang terlibat dalam servis rendah badminton ialah sagital. Satah sagital membenarkan pergerakan dalam satu arah saja iaitu bergerak merentasi median.

6.2 Otot- otot Yang Terlibat

1. Deltoid

2. Biseps

3. Triseps

4. Pronator teres

6.3 Tulang- tulang Yang Terlibat

1. Klavikel

2. Skapula

3. Humerus

4. Radius

5. Ulna

6. Carpals7.0 RUMUSAN

Otot akan menguncup atau memendek apabila menerima rangsangan iaitu ditarik. Oleh kerana otot tidak boleh ditolak tetapi hanya boleh ditarik selepas penguncupan, otot mesti ditarik semula ke panjang asal melalui pengecutan otot lain. Oleh itu, otot mesti bertindak dalam pasangan antagonis. Ini bermaksud apabila satu otot mengecut, otot yang satu lagi akan mengendur. Apabila salah satu otot menarik tulang dalam arah tertentu, otot yang satu lagi akan menarik balik dalam arah yang bertentangannya. Manusia dapat bergerak kerana mempunyai otot yang boleh mengecut dan mengendur melalui kawalan sistem saraf. Untuk membolehkan gerakan berlaku, otot- otot mestilah wujud dalam pasangan antagonis.

Semasa otot biseps mengecut, tulang radius ditarik ke atas dan menyebabkan sendi siku membengkok untuk menaikkan lengan tangan. Pada masa yang sama, otot triseps mengendur. Pemendekan fiber otot menyebabkan tangan diundur ke belakang. Pada keadaan ini, pemain badminton bersedia untuk melakukan servis rendah. Semasa lengan tangan diluruskan, otot triseps mengecut manakala otot biseps mengendur. Ini menyebabkan pemanjangan otot dan tangan dihadap ke hadapan. Penguncupan otot ini dapat menghasilkan suatu daya yang tetap di sepanjang julat pergerakan. Pemain sekarang sedang menghayunkan raket ke depan dan memukul bulu tangkis melepasi jaring hingga ke gelanggang lawan. Satu servis berjaya dilakukan. Otot- otot dalam pasangan ini yang meluruskan lengan tangan dipanggil ekstensor dan yang membengkokkan tangan dipanggil fleksor. Dalam pergerakan lengan tangan, biseps bertindak sebagai fleksor manakala triseps pula bertindak sebagai ekstensor.

Kewujudan tulang semata- mata tidak dapat menghasilkan pergerakan. Otot berperanan melakukan pergerakan yang membolehkan manusia berjalan, berlari dan mendaki bukit dan sebagainya. Dalam kata lain, otot- otot dan tulang- tulang dalam tubuh saling bertindak atau bekerjasama dalam melakukan sesuatu pergerakan. Bagi otot biseps, originnya ialah skapula dan insertionnya ialah radius. Otot biseps ini befungsi untuk pergerakan fleksi lengan bawah. Lekatan proksimal otot triseps terletak di skapula dan lekatan distalnya terletak di ulna. Otot triseps memainkan peranan untuk pergerakan ekstensi lengan bawah. Untuk pronator teres, otot masuk ke tulang humerus dan keluar dari tulang pemulas. Otot pronator teres bertanggungjawab untuk pergerakan pronasi dan fleksi lengan bawah. Otot pada bahu juga terlibat dalam pergerakan membuat servis rendah badminton. Otot utama bahu dikenali sebagai deltoid. Originnya ialah klavikle dan skapula manakala insertionnya ialah humerus. Klavikel dan skapula dihubungkan ke tulang humerus melalui sendi lesung yang membenarkan pergerakan dalam semua satah. Untuk membuat servis yang kuat dan menepati sasaran, tangan mesti diundur ke belakang dengan sudut yang lebih besar supaya dapat menghasilkan daya yang besar. Deltoid dalam konteks ini berperanan untuk pergerakan abduksi lengan tangan.

Kesemua otot ini mesti bekerjasama antara satu sama lain untuk menghasilkan suatu mekanisme yang membolehkan seorang pemain melakukan servis rendah dalam permainan badminton. Tindakan antagonis otot biseps dan triseps membolehkan lengan dibengkok untuk mengundur ke belakang. Seterusnya, tindakan antagonis otot biseps dan otot triseps menyebabkan lengan diluruskan dan dihala ke hadapan. Perubahan panjang otot ini akan menghasilkan daya yang kuat untuk membolehkan pemain badminton tersebut menghayunkan raket dan memukul bulu tangkis. Halaju yang besar pada bulu tangkis menyebabkan bulu tangkis tersebut melepasi jaring dan menyilang ke gelanggang lawan.

8.0 REFLEKSI Tugasan ini telah diberikan oleh Encik Alyes bin Ariff, pensyarah mata pelajaran Anatomi dan Fisiologi pada 1 Ogos 2008. Kerja Kursus Berasaskan Ilmu bagi subjek Anatomi dan Fisiologi ini memerlukan saya memilih sejenis permainan atau satu fasa acara olahraga sama ada acara padang atau balapan serta mengenalpasti bahagian- bahagian tulang, sendi dan otot utama yang terlibat dalam pergerakan kemahiran yang tertentu. Tugasan ini merupakan satu tugasan individu. Banyak masalah yang saya hadapi sepanjang menyiapkan tugasan ini. Antaranya termasuklah kesukaran untuk mentafsir maklumat yang dipaparkan. Walaupun banyak sumber boleh diperoleh di pusat sumber, namun kebanyakannya dalam versi Bahasa Inggeris dan istilah sains yang agak sukar difahami. Penerangan dalam sesetengah buku juga terlalu mendalam dan terperinci. Selain mendapat sumber rujukan di perpustakaan, saya juga mendapat sumber rujukan daripada internet. Setelah selesai mengumpul maklumat yang diperlukan, saya telah membaca dan menggarisi isi- isi penting untuk dijadikan rujukan semasa membuat tugasan. Selain itu, saya juga cuba mendapatkan bantuan daripada rakan- rakan seperti berkongsi maklumat dengan mereka serta bersama- sama berbincang tentang tajuk yang kurang difahami. Saya juga merujuk kepada kamus untuk mencari maksud untuk menterjemahkan istilah sains dalam Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu.

Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa semua guru mestilah memahami struktur dan fungsi tubuh badan supaya dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai Pendidikan Jasmani dan dapat mengaplikasikannya di sekolah kelak. Tugasan seperti ini sangat menarik dan agak mencabar pengetahuan tentang sains dan manusia. Saya ingin mencadangkan supaya tugasan seperti ini diteruskan pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.9.0 RUJUKANAnita Ganeri. (1996) . Sains Tubuh. Shah Alam. Penerbit Fajar Sdn. BhdEvelyn C. Paerce. (2007). Anatomi dan Fisiologi untuk Jururawat. Kuala Lumpur. Golden Books Centre Sdn. Bhd

Gerard J. Tortora. (2006) . A Brief Atlas of the Skeleton, Surface Anatomy andSelected Medical Images. United States of America. John Wiley & Sons IncMichael J. Alter. (1998). Sport Stretch. United States of America. Human KineticsNg, S. I. & Tan, B. H. (1992) . Impresif SPM Biologi. Kuala Lumpur. Pustaka DeltaSdn. BhdWee Eng Hoe. (1998) . Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan(Pengkhususan). Shah Alam. Penerbit Fajar Bakti Sdn. BhdSumber Internet :Anatomy and physiology. (2008). [Online]. Dirujuk pada 12 Februari 2014

http://training.seer.cancer.gov/module_anatomy/anatomy_physiology_home.htmlWikimedia project. (2008). [Online]. Dirujuk pada 26 Februari 2014

http://en.wikipedia.org/wiki/Badminton10.0 LAMPIRANLAMPIRAN 1

LAMPIRAN 2

LAMPIRAN 3LAMPIRAN 4

Sendi Lesung

Sendi Engsel

Sendi Paksi

Sendi Gelungsur

Biseps

Deltoid

Gambarajah 8

Pronator Teres

Triseps

Median

Sumber : Gerard J. Tortora. (2006) . A Brief Atlas of the Skeleton, Surface Anatomy andSelected Medical Images. United States of America. John Wiley & Sons Inc

Gambarajah 3

Sumber : Gerard J. Tortora. (2006) . A Brief Atlas of the Skeleton, Surface Anatomy and Selected Medical Images. United States of America. John Wiley & Sons Inc

19