nota utk asg. bm

Upload: muhamad-haikal-pro-hackers

Post on 07-Apr-2018

302 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 NOTA UTK ASG. BM

    1/35

    Isnin, 4 Ogos 2008

    Kewajaran Pengajaran Komsas Dalam Bahasa Melayu oleh Nik Hassan Nik Ab.

    Kadir

    Jurnal Peradaban Melayu, Jilid 5, Tahun 2007

    Kewajaran Pengajaran Komsas Dalam Bahasa Melayu

    Nik Hassan Basri Nik Ab.KadirFakulti Bahasa

    Universiti Pendidikan Sultan Idris

    PengenalanKomsas ialah akronim bagi perkataan-perkataan komponen dan kesusasteraanMelayu. Komsas ialah komponen penting dalam subjek Bahasa Melayu. Bagipengajaran dan pembelajaran komsas dalam subjek Bahasa Melayu, Sukatan

    Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)Tingkatan I hingga V pascatahun 2003 telah memperuntukkan dua waktu dalamseminggu.

    Berdasarkan kepada beberapa penyelidikan yang dijalankan mendapati bahawaumumnya guru Bahasa Melayu kurang memahami falsafah pengajaran danpembelajaran komsas dalam subjek Bahasa Melayu. Sememangnya, komsas yangjuga lebih dikenali sebagai s kecil adalah amat berbeza dengan S besar yangmewakili konsep kesusasteraan sebagai mata pelajaran atau yang mewakil i konseppendidikan Kesusasteraan Melayu sebenar, khususnya daripada segi matlamat,objektif pengajaran dan pembelajaran serta penilaian atau peperiksaan yangmenggunakan kaedah dan metodologi yang tersendiri. Ada beberapa perkara yangmengelirukan mereka sehingga kajian yang dijalankan mendapati bahawa adaantara guru yang mengajar komsas dalam subjek Bahasa Melayu mengajarnyasama seperti mereka mengajar mata pelajaran Kesusasteraan Melayu tulen. Malah,penyelidikan yang dijalankan mendapati mereka juga k urang yakin dan cekap dalamusaha mereka menjalankan tanggungjawab pengajaran komsas di sekolah.

    Pertimbangan GuruGuru Bahasa Melayu mestilah mempunyai pengetahuan tentang komsas, di sampingbersedia dengan segala perancangan, mental dan fizikal untuk me laksanakantanggungjawab pengajaran di kelas. Tanpa persediaan yang betul oleh guru,kemungkinan objektif pengajarannya tidak tercapai sepenuhnya, lebih -lebih lagi

    untuk diaplikasikan dalam konteks yang sebenar dan pelbagai. Oleh itu, perananguru adalah sangat besar. Malah, guru Bahasa Melayu bukan sahaja perlumenguasai ilmu yang berkaitan dengan bidang s kecil dan S besar, persejarahan,variasi bahasa dan gaya, strategi guru dalam pengajaran bahasa, di samping aspekbahasa yang lain tetapi mesti senantiasa peka dan berusaha ke arah merancangpengajaran dan pembelajaran yang baik sebelum tampil ke dalam bilik darjah danmemastikan bahawa teks-teks komsas yang ditetapkan bagi setiap tingkatan itudapat dikuasai oleh setiap orang murid.. Hal ini bermakna guru bahasa yang dedikasidan prihatin tahu bahawa tiada sesiapapun yang dikecualikan daripada menguasai

  • 8/6/2019 NOTA UTK ASG. BM

    2/35

    komsas, dan menjadi tanggungjawabnya untuk memainkan peranannya agar dirinyabukan sahaja dapat memahami, mengenal pasti dan mampu untuk menyerapkankomsas dalam pengajaran Bahasa Melayu tetapi juga mampu dan memilikiketerampilan untuk mengajar komsas dengan yakin dalam pelbagai keadaan, masadan konteks.Menurut Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2005: 104) antara faktor yang menjadi

    sebab mengapa perlunya untuk mencapai fungsi penggunaan kesusasteraan Melayudalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di bilik -bilik darjah harus diberipertimbangan adalah kerana adanya teks kesusasteraan Melayu yang memiliki sifat -sifat yang negatif. Antaranya ialah:

    i. Wujudnya karya kesusasteraan Melayu yang diklasifikasikan seperti yang berikut:a). Sebagai karya pop, iaitu karya yang mengejar sensasi mahajana semata -mata;b). Sebagai karya eotis, iaitu yang apabila dibaca boleh menghairah pembaca danmengkhayalkan darah muda); danc). Sebagai karya picisan, iaitu rendah mutu seninya. Karya yang sedemikian tidaksesuai untuk bacaan pelajar sekolah.ii. Teks deviasi, iaitu ada teks yang digelar sebagai teks kesusasteraan kerana

    keseluruhan atau sebahagiannya terkandung unsur keindahan, iaitu estetik danartistik. Hal ini kerana ada antara pengarang yang berusaha dan terdorong untukmendapatkan unsur-unsur estetik dan artistik itu, lalu diusahakan apa sahaja sepertimengeksploitasikan dan memanipulasikan bahasa. Pengarang sebegitu sanggupuntuk melanggari hukum bahasa atau menjadikan ayat -ayat yang dibinanya itubersifat tidak gramatis serta menyimpang tatabahasa dan rumus -rumus bahasa. Sifatyang sedemikian dalam bidang stilistik dikenali sebagai deviasi.iii. Ada teks yang digolongkan sebagai karya kreatif memiliki sifat antimoral,antisosial, antiagama, anticerita dan perbagai anti. Karya -karya yang dihasil itubersifat avant-garde dan sukar difahami oleh pembaca. Malahan, ada pembaca akanmendapati karya yang sedemikian sukar untuk dihayati isinya.iv. Ada teks yang bentuk dan gaya bahasanya tidak sesuai untuk teks kesusasteraanMelayu. Hal ini kerana dalam penelitian stilistik yang telah dilakukan untuk melihatgaya individualisme, dan indiosinkrasi pengarang, ada bahasa pengarang yang tidaksesuai untuk pengajaran kerana adanya pengarang yang ingin mencapaiindividualisme itu sanggup melakukan deviasi sama ada penyimpangan bahasa ataupenyimpangan terhadap norma bahasa. Lantaran itu timbullah polemik bahawa ti daksemua bahasa pengarang itu sesuai untuk menghasilkan karya atau tekskesusasteraan (Abd. Rahman Hanafiah, 1990).

    Di samping itu, kesedaran akan pentingnya penggunaan bahan kesusasteraanMelayu dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu kepada mur id-muridsekolah dan pelajar IPT memang sudah dirasakan sejak dari zaman sebelum perang

    lagi. Bahan-bahan kesusasteraan Melayu dalam pengajaran dan pembelajaranBahasa Melayu sama ada sebelum atau selepas semakan kurikulum Bahasa Melayuyang mula dilaksanakan pada tahun 2003 itu, digunakan untuk:

    i. Membangkitkan minat dan kesedaran murid tentang bentuk bahasa yangkomunikatif dengan kepelbagaian kosa kata, frasa, ungkapan dan struktur ayat,ii. Membentuk kepekaan murid tentang kelainan, keindahan, kekreat ifan,kerasionalan, keintelektualan, kesaintifikan, keunikan atau kebitaraan mutu dan gayabahasa kesusasteraan Melayu yang memiliki ciri menghibur atau sebagainya,

  • 8/6/2019 NOTA UTK ASG. BM

    3/35

  • 8/6/2019 NOTA UTK ASG. BM

    4/35

    Kelebihan Komsas

    Kesusasteraan Melayu, khususnya komsas boleh memainkan peranan pentingdalam pembentukan emosi kerana kesusasteraan Melayu yang merupakan wadahfikiran, dan perasaan yang dijalin oleh bahasa yang indah membenarkan murid -murid atau kanak-kanak sedar akan perasaan sendiri semasa mereka memikirkanperasaan orang lain.

    Kesusasteraan Melayu, seperti karya-karya seni yang lain bukan sahaja memukauderia rasa dan intelek peminatnya, bahkan memaparkan kehidupan, menenangkankeadaan huru-hara, menerangkan yang gelap dan mencadangkan alternatif untukmengatasi masalah. Secara singkat hal ini bermakna bahawa unsur -unsurkesusasteraan Melayu yang dibaca oleh murid-murid dalam mata pelajaran BahasaMelayu berupaya untuk membentuk dirinya agar menghormati orang lain, membinasahsiah yang elok, dan bersikap toleransi. Selain itu, nilai -nilai estetik yang diajardalam pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu dapatmendidik murid mengamalkan keperibadian yang seimbang. Proses pengajaran danpembelajaran komponen kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran BahasaMelayu akan mewujudkan jati diri murid serta berilmu pengetahuan. Sebagai contohcerpen Diari Seorang Pengawas memaparkan secara langsung dunia murid.

    Pengarang mengemukakan watak murid yang bertanggungjawab terhadap tugasnya,dan ia merupakan satu role model yang wajar bagi seorang murid yang menjadipengawas di sekolah (Sehijau Warna Daun, 2002: 50).Di samping itu, proses pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraanMelayu dalam subjek Bahasa Melayu akan dapat memotivasikan murid untuk belajarmelalui bahan-bahan yang dibaca. Dengan ini, bahan yang dibaca atau yangdidengar akan menyalurkan pemikiran positif, kreatif, dan kritis dalam prosespendidikan seumur hidup. Bahan-bahan komponen kesusasteraan Melayu akandapat menarik perhatian murid terhadap topik yang akan disampaikan. Keadaan iniakan memupuk perkembangan daya cipta atau imaginasi murid dalam prosespembelajaran secara berterusan.

    Malahan, semangat cinta akan tanah air akan tersemat dalam dada setiap muridsekiranya mereka didedahkan dengan penga jaran komponen kesusasteraan Melayudalam proses pembelajaran mereka. Melalui pengajaran komponen kesusasteraanMelayu, murid akan diperkenal dengan unsur-unsur patriotik, perpaduan negara, dankebudayaan kebangsaan. Sebagai contoh sajak Di Ruang Gemanya yangdinyatakan oleh penyair akan kesetiaannya yang tidak berbelah bagi pada Malaysiadan cintanya tak perlu disangsikan pada negara (Kerusi, 2002: 13). Di bawah inidipetik rangkap-rangkap sajak tersebut.

    Telah kurangkumkan rebah setiakupada setiap pilu dan rindu

    melayang dan mengembangke hayat gemilang. Sejak itutidak kukesal lagigoda dan dugadi gerimis senja.

    Telah kupahatkan lelah umurkupada setiap kerikil dan debudatang dan menghilang

  • 8/6/2019 NOTA UTK ASG. BM

    5/35

    ke hujung kenang. Sesudah itutidak kukenal lagihampa dan deritadi guruh pagi.

    Gerimis senja guru pagi

    adalah titipan mayabakal kukongsikan hatimengukir tadbir di ruang gemanya.(Kerusi, 2002: 22)

    Sebagai contoh, yang kedua ini ialah sajak Negeri Cinta yang mengemukakantema patriotik yang berjaya mengungkapkan aspirasi dan cita-cita murni penyairuntuk mewujudkan perpaduan negara. Dengan nada yang puitis, penyairmenyatakan:

    Malaysia negeri alam dunia sebelah sininegeri impian, negeri gemerlapan

    lindungilah dari keganasan-keganasan modenisasinegeri cinta, negeri budaya, negeri perpaduan.

    (Sehijau Warna Daun, 2002: 11)

    Oleh itu, semangat cinta akan tanah air akan tersemat dalam dada setiap murid,sekiranya murid dengan bantuan guru dapat menilai dan mengaplikasikanpengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Malah, dengan demikian akan meningkatlah rasa cintamereka kepada tanah air.Satu perkara lagi yang penting dan menariknya tentang kesusasteraan Melayudalam pendidikan Bahasa Melayu yang dikenali sebagai s kecil yang ada dalamsistem pendidikan di Malaysia adalah kerana kesusasteraan Melayu dapatmembantu melahirkan manusia yang mempunyai sifat-sifat yang mulia.

    Melalui pembacaan teks-teks atau bahan kesusasteraan Melayu dalam matapelajaran Bahasa Melayu, murid dapat meneladani dan menambahkan ilmupengetahuan, menyuburkan emosi, membina moral dan pengajaran, unsurkemasyarakatan dan nilai kemanusiaan, dan estetik. Hal ini kerana dalam prosespengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu dalam subjekBahasa Melayu terdapat pelbagai gubahan yang menyingkapkan nilai budaya.Bahan-bahan kesusasteraan Melayu yang bertemakan moral dapat membantu muridmenghayati nilai-nilai murni. Perkara ini disebabkan murid dapat belajar melalui

    peniruan watak-watak baik yang ditonjolkan dalam sesebuah karya kesusasteraanMelayu. Keadaan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah disiplinpada kalangan murid kerana murid tertarik dengan cerita tersebut, mereka akanmendengarnya atau membacanya dengan teliti dan tidak mungkin akanmenimbulkan masalah disiplin.

    Pertimbangan utama dalam kehidupan bermasyarakat ialah soal sejauh manakahseseorang itu dapat mengutamakan nilai-nilai murni dalam tindak-tanduk,perancangan, dan keputusan-keputusannya dalam kehidupan. Sebagai contoh

  • 8/6/2019 NOTA UTK ASG. BM

    6/35

    seorang individu Muslim sentiasa dipandu oleh nilai -nilai yang sesuai dengankepercayaan akidah dan akhlak Islam. Demikianlah halnya dengan yang lain yangsebahagian besar daripada mereka, terutama yang berpegang kepada agama akanmelihat nilai-nilai yang positif, seperti menghormati hak-hak manusia lain danmenghargai sebarang hal yang secara universalnya diterima sebagai baik danmemberi kesejahteraan kepada masyarakat. Malahan, Islam memaparkan nilai -nilai

    murni yang diterima sebagai bersesuaian dengan semua agama di dunia.

    Oleh itu, wajarlah karya-karya kesusasteraan Melayu yang terpilih perlumemancarkan nilai-nilai murni yang dapat membentuk konsep-konsep kebaikan,keikhlasan dan kebenaran dalam pemikiran dan perasaan murid -murid yangmempelajari kesusasteraan Melayu. Hal sedemikian bersesuaianlah dengan dasarpendidikan kebangsaan, yang antara tujuan pentingnya adalah untukmenyatupadukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Kadang -kadang,proses pengajaran dan pembelajaran unsur kesusasteraan Melayu dalam subjekBahasa Melayu sebelum pelaksanaan pada tahun 2000 tidak mencapai objektifnyakepada murid. Hasil atau bahan kesusasteraan Melayu yang dibaca oleh murid adakalanya bukannya hasil kesusasteraan Melayu yang sesuai dengan kebolehan,

    tahap atau keupayaan murid, tetapi lebih berupa cerita semata -mata. Malah kajianyang dijalankan sebelum ini juga mendapati bahawa buku -buku bacaankesusasteraan Melayu yang disenaraikan oleh KPM itu sesetengah daripadanyakurang sesuai untuk bacaan murid kerana berunsur negatif (Nik Hassan Basri NikAb.Kadir, 1997: 189). Oleh yang demikian, kurikulum baru yang berorientasikankomponen kesusasteraan Melayu lebih berupaya untuk mewujudkan individu yangberminat dengan karya-karya yang bermutu.Selain itu, penggunaan kesusasteraan Melayu melalui pengajaran dan pembelajaranBahasa Melayu yang berkesan dapat membantu dan mempercepat proses itu, selaridengan dasarnya, iaitu untuk membina dan mengukuhkan lagi pengetahuan asaskepada cita rasa warisan bangsa Melayu supaya lahir kesedaran; rasa hormatkepada nilai-nilai Melayu, di samping menanamkan bibit -bibit penghayatan yangdapat melahirkan rasa keinginan untuk menyumbang kepada khazanahkesusasteraan kebangsaan yang dimiliki bersama itu.

    Seterusnya, penggunaan kesusasteraan Melayu dalam pengajaran danpembelajaran Bahasa Melayu yang berkesan juga berupaya untuk melahirkansebilangan besar anggota masyarakat yang dapat menghargai kesusasteraanbangsa. Sekali gus menambahluaskan bilangan pembaca buku kesusasteraanMelayu. Dalam masa yang sama akan lahir penilai-penilai, pengkritik -pengkritik,penghasil-penghasil, dan penerbit-penerbit karya kreatif dan kritis yang lebihbertanggungjawab kerana fenomena yang seumpama itu dapat mengangkatkan tarafkesusasteraan Melayu kita kepada tahap profesional yang tinggi. Di samping itu,

    pengetahuan tentang konsep dan teori -teori kesusasteraan yang berhubungandengan beberapa pendekatan seperti pendekatan sosiologi sastera yang digunakanoleh pengarang dalam menganalisis karya-karya kesusasteraan Melayu yang estetikdapat meluaskan pengetahuan guru. Malah pengetahuan itu akan dapat menjadidaya penarik kepada murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran BahasaMelayu. Guru Bahasa Melayu yang terlatih harus sedar akan adanya perbezaanperkembangan antara sains sosial dan sains kemanusiaan. Bahkan, guru BahasaMelayu perlu sentiasa peka bahawa terdapatnya perubahan yang radikal dan bersifatrevolusioner dalam dunia sains kemanusiaan atau dalam dunia era globalisa si atau

  • 8/6/2019 NOTA UTK ASG. BM

    7/35

    dunia tanpa sempadan berbanding dengan yang lainnya. Apabila seseorang guru itudapat mengikuti atau menangani perkembangan dalam ilmu sains kemanusiaanyang cepat berubah itu, maka, tidaklah pula guru Bahasa Melayu itu akanketinggalan zaman. Pandangan tentang fenomena itu sering dikaitkan oleh cerdikpandai dengan perkembangan kesusasteraan Melayu yang sentiasa menerimaperubahan. Dengan memahami situasi ini, teks atau sumber kesusasteraan Melayu

    tidak hanya sebuah cerita tetapi mampu membawa perubahan terhadap alampendidikan atau dunia kehidupan itu sendiri. Tanpa memahami segala hal,komponen kesusasteraan Melayu tidak akan hidup seperti sepatutnya. Oleh itu, guruBahasa Melayu wajar bijak menangani bahawa penggunaan komponenkesusasteraan Melayu dalam subjek Bahasa Melayu itu bukan sekadar mengajarbahasa, seni, falsafah, sejarah, peradaban, atau agama, bahkan mengajar erti ataunilai kehidupan itu sendiri.

    Hubungan VertikalKita mesti jelas bahawa Allah s.w.t. ialah empunya, pemilik, pencita d an penguasaalam dengan segala isinya. Demikianlah juga dengan hasil kesusasteraan keranasetiap hasil kesusasteraan ada empunya, pemilik dan penciptanya. Allah s.w.t. ialah

    empunya, penguasa, pemilik dan pencipta kesusasteraan yang paling utama. Kitabsuci al-Quran ialah hasil kesusasteraan yang terlalu tinggi tarafnya kerana tidak adasatu pun karya kesusasteraan yang ada di dunia ini yang dapat menyaingi kitab sucial-Quran. Ayat-ayat atau kalimat-kalimat dalam kitab suci al-Quran cantik sekali.Cantiknya kerana bentuk, isi dan mesej yang melibatkan susunan bunyi, kata,ungkapan, ayat, wacana, makna dan gaya bahasa. Tidak ada hidupan, makhluk danseorang pun manusia atau pengarang kesusasteraan waima yang dahulu, yangsekarang ini atau yang pada bila-bila masa pun yang dapat menghasilkan kalimatatau menandingi keelokan bunyi, kata, ungkapan, ayat, isi, makna, gaya bahasa,bentuk, mesej dan keindahan wacana al-Quran.Al-Quran memaparkan ilmu, hikmat dan petunjuk berkenaan dengan kepercayaan,keibadatan, kemasyarakatan, kepimpinan, hukum, cerita dan berita untukpengajaran, pedoman dan bimbingan serta kebenaran. Pendeknya, isi kitab suci al -Quran itu menyangkut seluruh aspek kehidupan. Begitulah dari dahulu sampai kini,al-Quran dapat memberikan bimbingan kepada insan ke arah kemajuan, peradabandan budaya yang tinggi yang kini disebut -sebut semula sebagai Islam Hadarah.Malah, kitab al-Quran berisi nilai pengajaran, petunjuk dan panduan yang amatberguna untuk umat manusia sepanjang masa dalam menempuh kehid upan di mukabumi. Sebarang perlakuan atau aktiviti manusia di atas dunia harus berpandukepada al-Quran.Pengarang atau pencipta sebuah karya kesusasteraan lain juga perlu berlandaskanal-Quran kerana al-Quran ialah suatu petunjuk, bimbingan, pedoman dala m segalasegi dan merupakan panduan utama agar kegiatan manusia tidak terbabas,

    tergelincir, terpesong dan tersesat. Begitu juga dengan kehidupan manusia, dan jikasemua perlakuan, kerja dan kegiatan harian kita berpandukan al -Quran sudah pastitiada kepincangan dalam segala segi kehidupan.Sehubungan dengan itu, selain al -Quran, hasil atau karya kesusasteraan yang adasekarang yang dicipta oleh manusia di atas dunia ini adalah kerana mendapatkeizinan, keredaan, kehendak dan kerestuan daripada Allah s.w.t. Melalui kehendak-Nya, maka karya-karya kesusasteraan lain dapat kita hasilkan atau yang dapatdihasilkan oleh pencipta-pencipta karya kesusasteraan yang dikenali sebagaipengarang karya. Seseorang pengarang karya menghasilkan sesebuah karya bukan

  • 8/6/2019 NOTA UTK ASG. BM

    8/35

    sahaja dipengaruhi oleh masyarakat tetapi juga sebaliknya. Pengaruh -mempengaruhi mungkin berlaku secara sedar atau secara tidak sedar.

    Berdasarkan pengalaman, pemikiran, daya cipta, imaginasi, dan realitinya yangkesemua dipengaruhi oleh alam, persekitaran dan masyarakat sekeliling, seseorangpengarang akan menggunakan teknik yang melambangkan keperibadian, dan

    menghasilkan kembali aspek alam, persekitaran dan kehidupan masyarakatnya.Malah ada pengarang yang mempersembahkan segala aspek kehidupan itu kepadamasyarakatnya bukan untuk mencipta nama, bermegah-megah, atau bukan untukmelalaikan dan mengkhayalkan masyarakat, tetapi semata-mata untuk mencapaiempat tujuan yang murni, iaitu: (1) Keimanan dan kesyukurannya terhadap Allah, (2)Kesaintifikan dan kebenaran, (3) Kekreatifan dan keindahan, (4) Kemanfaatan dankepuasan diri. Selain itu, konsep pencipta juga dapat dikaitkan dengan pengarangkarya teragung. Kesusasteraan amat rapat dengan masyarakat. Malah,kesusasteraan perlu untuk melengkapkan sesebuah masyaraka t keranakesusasteraan ialah salah satu unit kebudayaan dalam masyarakat, terutamanyamasyarakat Melayu. Dengan demikian, sewajarnya pengarang kesusasteraanMelayu sedar bahawa dirinya memiliki dua wahana hubungan, iaitu hubungan dirinya

    dengan Allah yang selalu disebut sebagai hubungan vertikal, dan hubungan dirinyadengan manusia dan alam yang sering dinamai sebagai hubungan horizontal.

    Hubungan HorizontalMenyedari adanya hubungan yang sedemikian, maka pengarang kesusasteraanMelayu apabila berkarya, maka karyanya seharusnya berseni, atau yangbertunggakkan Islam, sama sahaja seperti beribadah atau berbakti kepada Allah.Dengan demikian, wajarlah setiap pengarang itu apabila berkarya atau bersasterameletakkan dirinya mengikut pendekatan Islam, iaitu segala yang dibuatnya itu wajibdilakukan kerana Allah. Secara singkatnya, tidak ada yang lain melainkan Allah,tetapi sama seperti beribadah yang bermacam-macam corak, hikmahnya adalahuntuk mahajana. Kesusasteraan dicipta kerana Allah untuk manusia. Dua ung kapankerana Allah dan untuk manusia amat rapat kerana apabila bersastera keranaAllah, dengan sendirinya kita yakin tanpa berbelah bagi bahawa setiap yangdiperintahkan oleh Allah melalui al -Quran dan al-sunnah adalah untuk kesejahteraandan kebahagiaan hidup manusia.Jika ditelusuri bukti-bukti lama bahawa lebih kurang 400 tahun sebelum masihi,sudah bermula pemikiran tentang kesusasteraan apabila seorang ahli falsafahYunani, membicarakannya. Tokoh yang dimaksudkan itu tidak lain ialah sarjanaagung yang dikenali sebagai Plato. Beliau yang merupakan ahli falsafah Yunanimembicarakan kesusasteraan sebagai hasil peniruan seniman terhadap alamsemesta. Pendapat Plato itu ada kebenarannya juga, lebih -lebih lagi jika dikaitkandengan hasil-hasil kesusasteraan Melayu, baik yang ada sekarang atau yang

    sebelumnya sama ada yang berupa lisan mahupun yang bertulis kerana terdapatbanyak hasil kesusasteraan Melayu yang berkisar tentang alam semesta. Antaranyayang menggunakan unsur-unsur alam semesta atau yang mengaitkan hal ehwalalam semesta secara langsung ataupun yang mengisahkan alam semesta itu sendiriialah hasil atau karya puisi seperti yang terdapat dalam pantun, syair dan sajak.Yang berikut ialah contoh-contoh puisi lama dan baru menggunakan unsur -unsuralam semesta atau yang mengaitkan dan mengisahkan alam semesta itu sendiri,iaitu:

  • 8/6/2019 NOTA UTK ASG. BM

    9/35

    Pantun Dua Kerat:

    Banyak udang banyak garam,Banyak orang banyak ragam.

    Secupak padi setahil berangan,

    Tersepak kaki terkehel tangan.(Sehijau Warna Daun, 2000: 3)

    Pantun Empat Kerat:

    Ada kolam ada masjid,Tempat orang sembahyang raya;Tengah malam bulan terbit,Bintang sebiji membawa cahaya.(Sekalung Budi Sekalung Bahasa, 2002: 3)

    Ayam sabung jangan dipaut,

    Jika dipaut kalah laganya;Asam di gunung ikan di laut,Dalam belanga bertemu juga.(Sekalung Budi Sekalung Bahasa, 2002: 38)

    Pantun Enam Kerat:

    Penakik pisau raut,Ambil galah sebatang lintabung,Seludang dijadikan nyiru;Setitik dijadikan laut,Sekepal dijadikan gunung,Alam terbentang dijadikan guru.(Kerusi, 2002 : 3)

    Syair Pembunuhan Angreni:

    Setelah sampai ke tepi pantai,Pasirnya putih sangat permai,Batunya indah bagai dicanai,Ombak memecah di tepi pantai.(Anak Laut, 2002:5)

    Sajak Anak Laut:

    Segar angin lautmengembalikan rindunya pada kolekbagai buih kecil terapung di airmenjaring sedikit rezekidan sisik ikankulit ketamkepala sotong

  • 8/6/2019 NOTA UTK ASG. BM

    10/35

    dankaki udang yang bersimpati.

    Seperti kolek terdampar di pasirmenampak urat jalur-jalur tuaanak laut itu sudah dapat menerka

    langkahnya hampir tibapada muara Pencipta.

    Rahimidin ZahariKulesapkan Resah Sepi, 1988.Dewan Bahasa dan Pustaka.(Anak Laut, 2002: 16)

    Perkataan seperti udang, garam, padi, berangan, kolam, malam, bulan, bintang,cahaya, ayam, asam, gunung, ikan, laut, seludang, pantai, pasir, batu, o mbak, angin,buih, air, sisik ikan, kepala sotong, kaki udang, dan muara dalam puisi tersebut ialahkata-kata yang mengisahkan atau yang berunsurkan alam semesta. Selain yang

    berunsur alam semesta yang terdapat dalam puisi, latar cerita dalam sesebuahhikayat juga ada memaparkan unsur alam yang luas dan tidak terbatas, meliputialam kayangan, di bumi, negeri dasar laut, hutan, desa dan gunung -ganang. Unsur-unsur itu ialah yang meliputi segala macam makhluk alam lain selain manusia yangterdiri daripada kalangan jin, dewa-dewi, raksasa, binatang dan sebagainya.Misalnya latar tempat dalam cerita mitos berlaku di dunia luar, di dunia kayangan,dan di dasar laut. Latar tempat sejarah juga terdapat dalam cerita mitos. Misalnya,mitos asal usul nama negeri Melaka sebagaimana yang digambarkan dalam SejarahMelayu mengambil latar tempat sejarah. Latar tempat di dasar laut pula melalui mitosdinasti seperti yang digambarkan dalam Sejarah Melayu, iaitu seorang daripadaanak cucu Raja Iskandar Zulkarnain memasuki dan melawat negeri bawah lautbernama negeri Dika. Beliau berkahwin dan mendapat tiga orang anak di negeribawah laut itu.

    Unsur alam semesta juga dapat dilihat daripada watak dalam cerita. Contohnya yangjelas ialah watak-watak dalam cerita binatang, seperti watak Sang Kancil danPelanduk Jenaka. Watak-watak itu diberi sifat manusia dan boleh berkata -kata,berfikir, serta bertindak seperti manusia.Watak-watak yang digambarkan dalam karya juga merupakan unsur alam semesta.Umpamanya watak orang biasa, dewa, dan raksasa. Watak-watak itu mempunyaikesaktian tertentu seperti yang digambarkan dalam cerita Ramayana. Raja Rawanamenjelmakan diri menjadi kijang emas dan melarikan Sita ke Langka. Berdasarkansedikit sinopsis atau ikhtisar Ramayana, dapat diketahui terdapat banyak unsur alam

    semesta yang ditonjolkan dalam cerita tersebut. Jelaslah bahawa kesusasteraanMelayu tidak dapat lari daripada unsur-unsur alam semesta kerana penceritaannyamesti berdasarkan ciri-ciri tertentu seperti latar masa, latar tempat, dan watak-watak.Dengan adanya ciri-ciri tersebut barulah karya kesusasteraan Melayu dikatakanlengkap.

    Sudah banyak dikata orang bahawa kesusasteraan dengan masyarakat amat rapatsifatnya. Malah, kesusasteraan ialah sebagai bahan yang perlu untuk melengkapka nsesebuah masyarakat kerana bahan kesusasteraan merupakan salah satu unsur

  • 8/6/2019 NOTA UTK ASG. BM

    11/35

    kebudayaan dalam masyarakat. Jadi, apabila berbicara tentang kesusasteraan danmasyarakat, maka secara langsungnya kita meninjau dua cabang utama, iaitukesusasteraan yang dihasilkan oleh ahli masyarakat untuk masyarakat, dan yangkeduanya ialah kesusasteraan yang menjadikan masyarakat sebagai unsur didalamnya.

    Kesusasteraan yang dihasilkan oleh ahli masyarakat untuk masyarakat bermaksudsesuatu karya atau bahan kesusasteraan yang dihasilkan itu mesti padan denganperingkat, kemampuan dan keupayaan penerimanya serta memiliki nilai yang tinggibagi kegunaan mahajana dalam masyarakat itu sendiri. Umpamanya, kesusasteraanMelayu sebagai salah satu aspek kebudayaan dalam masyarakat Mel ayu wajarlahdijadikan bahan utama dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Olehitu, patutlah apabila kerajaan bersetuju bahawa kesusasteraan Melayu dijadikanbahan pengajaran dan pembelajaran dalam subjek Bahasa Melayu kerana sebelumitu telah ada cadangan dan saranan daripada pelbagai pihak agar pengajaran danpembelajaran bahan kesusasteraan Melayu digunakan dalam pendidikan di semuaperingkat serta hendaklah diwajibkan. Antaranya ialah Dr. Raja. Mukhtaruddin RajaDain, matan atau bekas Pensyarah Ilmu Linguistik di Jabatan Pengajian Melayu

    Universiti Malaya, yang pada tahun 1982 telah menyarankan supaya pengajarankesusasteraan Melayu di semua peringkat diwajibkan (Berita Harian, 11 Disember,1982).Selain itu, bahan-bahan kesusasteraan Melayu yang dipilih untuk pengajaran bagisetiap tingkatan haruslah dapat dihayati dan bersesuaian dengan kebolehan, tahapatau keupayaan murid. Kesesuaian bahan dengan murid telah terbukti apabila bahankesusasteraan Melayu atau komsas yang ditetapkan untuk murid tingkatan 1 adalahlebih mudah dan tidak menuntut murid berfikir panjang berbanding dengan teksuntuk murid tingkatan 4 dan 5. Contohnya, pemilihan puisi tradisional yangmengandungi pantun dua kerat, pantun empat kerat dan syair. Puisi tersebut dapatdihayati dan bersesuaian dengan kebolehan khalayak murid tingkatan 1. Sebagaicontoh di bawah ini diketengahkan pantun dua kerat, pantun budi, dan pantun kanak -kanak yang dipetik daripada antologi Sehijau Warna Daun yang menjadi bahanpengajaran dan pembelajaran murid tingkatan satu.

    Pantun Dua Kerat:

    Siakap senohong gelama ikan duri,Bercakap bohong lama-lama mencuri.

    Mengaku dulang paku serpih,Mengata orang dia yang lebih.

    Banyak udang banyak garam,Banyak orang banyak ragam.

    Mentimum bongkok di balik tiang,Ayam berkokok alamat nak siang.

    Gendang gendut tali kecapi,Kenyang perut suka hati.

  • 8/6/2019 NOTA UTK ASG. BM

    12/35

    Sudah gaharu cendana pula,Sudah tahu bertanya pula.

    Dahulu parang sekarang besi,Dahulu sayang sekarang benci.

    Tokok takal muka pintu,Orang nakal memang begitu.

    Keli masuk ruan keluar,Matahari masuk bulan keluar.

    Duduk inding enggag tap,Senduk di dinding, panggang di atap.

    Secupak padi, setahil berangan,Tersepak kaki, terkehel tangan.

    Kapal belayar dalam semak,Perut lapar semua lemak.(Sehijau Warna Daun, 2002: 3)

    Pantun Budi:

    Tenang-tenang air di laut,Sampan kolek mudik ke tanjung;Hati terkenang mulut menyebut,Budi sedikit rasa nak junjung.

    Pulau pandan jauh ke tengah,Gunung Daik bercabang tiga;Hancur badan dikandung tanah,Budi yang baik dikenang juga.

    Pisang emas dibawa belayar,Masak sebiji di atas peti;Hutang emas boleh dibayar,Hutang budi dibawa mati.

    Tanam serai tanam halia,Tanam juga pokok sengkuang;

    Orang berbudi disanjung mulia,Ke mana pergi tiada terbuang.

    Kalau ada jarum patah,Jangan disimpan di dalam peti;Kalau ada silap dan salah,Jangan disimpan di dalam hati.(Sehijau Warna Daun, 2002: 4)

  • 8/6/2019 NOTA UTK ASG. BM

    13/35

    Pantun Kanak-kanak:

    Jangan gergaji pokok talas,Nanti lesung dimakan pahat;Jangan menjadi orang malas,Perut kosong badan tak sihat.

    Bintang tujuh sinar berseri,Bulan purnama datang menerpa;Ajaran guru hendaklah dicari,Apa yang dapat jangan dilupa.

    Terang bulan di malam sepi,Cahaya memancar ke pokok kelapa;Hidup di dunia buatlah bakti,Kepada saudara ibu dan bapa.(Sehijau Warna Daun, 2002: 5)

    Daripada segi pendidikan, baris-baris yang terdapat dalam pantun dua kerat itudapat menyumbang ke arah pembinaan peribadi yang baik. Demikian juga denganPantun Budi dan Pantun Kanak-anak. Pantun-pantun tersebut ialah pantun empatkerat yang tidak juga menimbulkan masalah pemahaman kepada murid tingkatan 1.Hal ini bermakna bahawa karya kesusasteraan Melayu yang dihasilkan adalah untukmasyarakat kerana sesuai dengan tahap dan keupayaan penggunanya. Selain itu,hasil kesusasteraan Melayu mempunyai nilai estetik yang tinggi. Nilai estetik di sinibermaksud nilai keindahan dalam sesebuah karya kesusasteraan. Nilai estetik inisubjektif sifatnya kerana berkaitan dengan perasaan manusia. Umpamanya, sajak -sajak Jihaty Abadi sering diiktiraf oleh pembicara sastera sebagai mengandungi nilaiestetik yang tinggi. Contoh sajak beliau yang mempunyai nilai estetik yang tinggiialah Merbah.

    Di dingin pagikicauan burung di dahan perkaranganmenghantar pulangusia remaja ke kampung pedalamanberdenak dan bersiulmematikan rimas bahang panas

    Kubawa ke tepian kamarmerbah sepasang di dalam sangkarsewaktu-waktu

    suara membuka merduaku terlena dan hanyut mimpimereguk puas piala madu

    Ketika terjagaterasa semakin manishempedu pun menjadi gulaaku pun diterbangkan ke ruang lupa(Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2005 : 122)

  • 8/6/2019 NOTA UTK ASG. BM

    14/35

    Oleh itu, dalam sesebuah karya, aspek teknik serta gaya itulah yang menentukannilai estetik. Sesebuah karya yang menarik mampu menarik perhatian masyarakatdan setiap karya yang dihasilkan bertujuan untuk dijadikan tatapan masyarakat.Demikianlah dengan kesusasteraan Melayu tradisional yang mempunyai motif yangsama, iaitu untuk menghiburkan masyarakat Melayu. Contohnya, fungsi cerita

    penglipur lara dan cerita binatang ialah sebagai alat hib uran, selain dapat jugamenjadi kias ibarat. Jelaslah bahawa bahan kesusasteraan Melayu yang dihasilkanitu adalah untuk masyarakat dan mempunyai nilai yang tinggi bagi kegunaanmasyarakat itu sendiri.

    Manakala kesusasteraan Melayu yang menjadikan masyarakat sebagai unsur didalamnya adalah kerana hubungannya dengan masyarakat. Hakikatnya disebabkankesusasteraan Melayu merupakan institusi masyarakat yang menggunakan bahanyang dipunyai oleh masyarakat berkenaan, bukan perkaitannya dengan bahasasemata-mata yang menjadikan dekatnya kesusasteraan dengan masyarakat.Pengkarya, penggubahan, dan bahan ialah sumber daripada masyarakat manusia.Pengkarya memperoleh bahan yang sebahagian besarnya ialah unsur kehidupan,

    hal-hal yang berlaku dalam masyarakat, dan persejarahan. Malah segala hal yangberlaku dalam masyarakat seharian menjadi unsur kepada penciptaankesusasteraan sebenarnya. Hal ini jelas terbukti kerana pada zaman dahulu,pembelajaran yang berlaku pada kalangan masyarakat berlangsung secara tidakrasmi, iaitu dikelolakan oleh masyarakat sendiri. Kanak -kanak pula menerimapelajaran di rumah, surau atau sekolah pondok di kampung. Kurikulum yang diajarmerangkumi perihal adat resam, perubatan tradisional, ekonomi, khususnyakemahiran mencari nafkah, bercucuk tanam, menangkap ikan, dan sebagainya sertahal-hal yang berkaitan dengan kepahlawanan. Oleh itu, unsur -unsur kesusasteraanMelayu mempunyai hubungan dengan kehidupan masyarakat.

    Apabila dikaitkan dengan masyarakat, karya -karya kesusasteraan Melayu sepertinovel, cerpen, dan sajak seolah-olah mencatat perihal manusia atau perihalmasyarakat. Karya kesusasteraan Melayu juga cuba menggambar, meniru, dan yangpaling utama ialah menganalisis masyarakat itu sendiri. Karya kesusasteraanmenganalisis segala pergerakan kehidupan masyarakat, segala rintangan danhalangan, pendidikan, kemajuan, kemiskinan, kegigihan, dan kejayaan dalamkehidupan. Contohnya dalam sajak Seorang Guru Tua, penyajak mencatat perihalseorang guru, mengangkat keperibadian dan kegigihan nya yang banyak berjasamendidik murid-muridnya sehingga berjaya dalam hidupnya sebagai menteri danorang kenamaan, sedangkan guru itu terus berbakti tanpa jemu:

    Guruku yang baik

    masih di situmasih memandu kereta lamamasih menuju sekolah yang samatiada kelihatan jemudari air mukanyatiada kedengaran bosandari suara bibirnyadia gigih menggenggamtanggungjawab yang diamanahkan.

  • 8/6/2019 NOTA UTK ASG. BM

    15/35

    (Sehijau Warna Daun, 2002: 12)

    Demikian juga apabila kesusasteraan Melayu cuba menggambarkan realitikehidupan masyarakat waima kejayaan atau kemiskinan. Contohnya dalam cerpenHadiah Hari Guru yang mengisahkan perihal kemiskinan seorang murid bernama

    Ramli yang hanya mampu menghadiahi gurunya pucuk gajus di majlis hari gurukerana tidak mampu memberi hadiah yang lebih istimewa daripada itu. Perkaitanantara masyarakat dengan kesusasteraan Melayu dapat diperkuatkan lagi denganadanya cerita legenda yang mengisahkan kehidupan dalam masyarakat tidak kirawaima secara fantasi atau kejadian sebenar. Contohnya ialah cerita tentang Ma hsuri,iaitu kisah hidup masyarakatnya yang menyebarkan fitnah sehingga Mahsuridijatuhkan hukuman mati. Hal ini bermakna adanya unsur kemasyarakatan dalamkesusasteraan Melayu. Walau bagaimanapun, cerita -cerita tentang masyarakatdiceritakan dengan memasukkan unsur-unsur mitos dengan tujuan untuk membesar-besarkan keistimewaannya sehingga mereka menjadi kebanggaan masyarakat.Cerita-cerita yang berkaitan dengan masyarakat tersebut mempunyai tujuantersendiri. Antaranya adalah untuk menguatkan kepercayaan anggota masyarakat

    terhadap sesuatu peristiwa yang bercorak sejarah atau untuk berbangga, atau untukdijadikan teladan dan panduan kepada masyarakat tentang kepahlawanan dankegagahan tokoh. Misalnya tokoh Hang Tuah menjadi kebanggaan bangsa Melayu.Kata-kata Hang Tuah, Tak Melayu hilang di dunia menjadi sebutan masyarakatMelayu hingga sekarang.

    Jika disimpulkan kembali, kesusasteraan Melayu amat rapat dengan masyarakat.Kesusasteraan Melayu adalah perlu untuk melengkapkan sesebuah masyarakatkerana kesusasteraan Melayu ialah salah satu unsur daripada kebudayaan,manakala kebudayaan ialah kebulatan daripada pelbagai unsur. Jadi kebudayaan ituialah keseluruhan perbuatan dan hasil usaha manusia yang terbit daripada budibicara serta fikiran seseorang untuk memenuhi keperluan hidup. Oleh itu, unsurdaripada kebudayaan masyarakat dalam penghasilan sesebuah karyakesusasteraan Melayu amat penting. Hal ini kerana berasaskan tujuan sebenarsesebuah karya kesusasteraan Melayu itu dicipta dan pengkaryanya. Malah,kesusasteraan Melayu secara keseluruhannya ialah perbuatan dan hasil usahamanusia yang terbit daripada akal budi bicara serta fikiran individu untuk memenuhikeperluan hidup. Motif atau fungsi penting penghasilan karya kesusasteraan Melayudalam masyarakat adalah untuk keseronokan, kebajikan, dan sumber pekerjaan.Dengan demikian, masyarakat akan tetap menjadi pengguna hasil kesusasteraanMelayu buat selama-lamanya dan kesusasteraan Melayu juga diterajui olehmasyarakat.

    Sejarah kesusasteraan melihat karya kesusasteraan daripada sudut diakronikkronologi atau perkembangan dari semasa ke semasa. Kemunculan sesebuah karyamerupakan satu peristiwa kesusasteraan. Karya kesusasteraan yang halus sifatnyadilihat sebagai memiliki permulaan, dan kehidupan yang kua t dan bertenaga. Bagikarya yang sedemikian mungkin berlaku proses transformasi, adaptasi, rombakansemula, ataupun kontroversi terhadap nilainya. Karya klasik biasanya melalui prosesini. Oleh itu, amat bermaknalah apabila meletakkan karya sedemikian atas sudutdiakronik kronologi. Sudut diakronik kronologi digunakan bagi menghubungkanperistiwa kesusasteraan dan perspektif kemajuan pada satu zaman yang panjang,

  • 8/6/2019 NOTA UTK ASG. BM

    16/35

    waima bagi sesebuah genre kesusasteraan, khususnya atau pada penciptaankesusasteraan itu sendiri amnya. Di samping itu, ada dua bidang khusus yangmempunyai panduan pengkajian yang tersendiri. Kajian kesusasteraan rakyat(folklore) melihat fenomena kesusasteraan lisan yang terhasil dalam masyarakatbiasa yang memiliki kebudayaan kecil (little cultu re), serta mengkajinya berdasarkanteori yang diterima. Manakala kajian kesusasteraan bandingan pula melihat karya

    kesusasteraan daripada dua masyarakat yang berlainan, baik dalam aspek -aspekpersamaannya atau perbezaannya.

    Walaupun seseorang pengarang it u tidak memerlukan bidang ilmu kajiankesusasteraan untuk melahirkan karya yang baik, namun pengkaji memerlukancabang-cabang ilmu untuk berbicara tentang kesusasteraan secara ilmiah.Seseorang pengarang kesusasteraan boleh menentukan dirinya untuk memilih danmengkhusus satu-satu bidang waima yang berkaitan tentang teori, sejarah, ataukritikan. Namun, bidang-bidang itu ada pertaliannya dengan yang lain. Walaubagaimanapun, bidang-bidang itu kini menjadi bahan pengajaran dan pembelajarandi sekolah dan IPT. Dengan itu, semua pihak dapat menghayati kesusasteraandengan lebih mendalam lagi.

    Selain itu, kesusasteraan sebagai satu fenomena telah menampakkan dua kegiatanyang selari. Pertama, kegiatan penghasilan, iaitu proses menghasilkan karya olehpenulis. Kedua, kegiatan penghayatan, iaitu proses mendengar, atau membacakarya oleh anggota masyarakat. Dalam konteks masyarakat lama, kedua -dua aktivitiini berkaitan, dan tidak melibatkan banyak masalah. Tetapi, setelah masyarakatberkembang timbul pula fikiran tentang fenomena ini. Persoalan yang timbul adalahtentang sejarah penghasilan karya dan tujuan penghasilannya. Semuanya timbulkerana pemikiran masyarakat.

    Dalam usaha mentakrifkan kesusasteraan, kita juga mungkin menemui unsur -unsurdasar sekiranya kita melihat tujuan sebenar karya -karya itu dikarang. MukadimahHikayat Isma Yatim menjelaskan tujuan penghasilan karya itu. Setelah membacahikayat itu pembaca akan memperoleh manfaat. Karya ini memaparkan contoh dantradisi kesusasteraan Islam, misalnya tentang nilai-nilai kerukunan hidup. Akan tetapikarya-karya yang lebih awal juga tidak kurang mementingkan unsur manfaat. HikayatRaja-raja Pasai, Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, dan berbagai -bagai kisah lainjuga mementingkan sumbangan yang mungkin diberikan oleh pujangga. Hanya carapenyampaiannya mungkin berlainan dan juga penekanannya berbeza -beza antarasatu sama lain. Di samping itu, kesusasteraan juga boleh dianggap sebagai gedungilmu sesuatu bangsa. Karya-karya lama Melayu mengumpul ilmu pengetahuanterbaik untuk pembaca. Ilmu ini dikutip daripada berbagai -bagai pujangga, pemikirdan seniman lalu dibawa ke dalam karya dengan tujuan supaya ilmu ini dapatmembantu pembaca. Dengan itu, masyarakat hari ini boleh membuat rujukan

    daripada karya-karya yang dihasilkan. Karya-karya yang telah dihasilkan banyakmemberi pengajaran kepada pembaca. Mesej yang ingin disampaikan adalahberbeza-beza antara satu karya dengan karya yang lain. Oleh itu, masyarakat haruspandai memilih karya sastera yang sesuai sebagai panduan dan penggunaanmereka.

    Dari zaman awal sehinggalah sekarang, kita melihat banyak bukti yang menunjukkanbahawa masyarakat Melayu menuntut pelajaran dan pengajaran daripada karya -karya kesusasteraan Melayu. Dalam karya prosa misalnya, waima drama, novel

  • 8/6/2019 NOTA UTK ASG. BM

    17/35

    mahupun cerpen terdapat nilai -nilai murni yang ditonjolkan. Nilai -nilai tersebut dapatdijadikan panduan kepada pembaca novel atau cerpen tersebut. Namun begitu,terdapat juga watak-watak yang menunjukkan perwatakan yang tidak baik pada akhirpenceritaan. Biasanya, watak-watak yang tidak baik ini akan mengalami penyesalan.Oleh itu, masyarakat yang membacanya dapat menilai sesebuah watak danperwatakan waima baik atau sebaliknya. Melalui perwatakan tersebut, masyarakat

    boleh menjadikannya sebagai satu pengajaran dan tidak akan mencontohinya dalamsituasi kehidupan mereka. Misalnya dalam novel Konserto Terakhir, watak Hilmi tidakdisenangi oleh Datin Salmah tetapi dia tabah menjalani kehidupan seharianwalaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai hinaan da ripada Datin Salmah. Padaakhir penceritaan, watak Datin Salmah mengalami penyesalan kerana mengetahuikeadaan Hilmi yang jatuh sakit yang juga anak tirinya. Implikasi cerita itu sudah pastipembaca akan mendapat pengajaran daripada sikap yang tidak baik y angditonjolkan dalam novel berkenaan. Pembaca mungkin akan menilai watak DatinSalmah yang seharusnya tidak patut berkelakuan sedemikian kerana Hilmi ialahmanusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan. Penilaian terhadap diriseseorang juga tidak harus dibuat berasaskan rupa paras, darjat, kepercayaan,keturunan, pangkat, kedudukan, dan harta benda. Sebagai manusia yang hidup

    bermasyarakat sikap bantu-membantu mesti ada tidak kira waima kepada orangmiskin mahupun orang kaya.

    Selain itu, sesebuah karya kesusasteraan waima novel, cerpen, atau sajak ialahlukisan kehidupan masyarakat. Hal ini kerana karya kesusasteraan memaparkanpenganalisisan aspek-aspek kehidupan masyarakat dan kehidupan kita sendiri.Pengarang-pengarang karya yang mempunyai pemikiran yang tajam dapatmenganalisisnya sebelum menjadikannya sebagai sebuah karya. Daripada ragam -ragam hidup masyarakat yang mengalami pelbagai rintangan dan dugaan hidupinilah, maka pengarang karya dapat menjadikannya sebagai sebuah karya. Karya -karya yang telah dihasilkan itu pula akan dibaca juga oleh masyarakat berkenaan.Maka, di sini dapat dikatakan bahawa masyarakat membaca cerita mereka sendiri.Sebagai contoh ialah paparan cerita dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan yangmencatat kisah kehidupan kaum tani yang serba miskin. Oleh itu, sedikit sebanyaknovel ini dapat memberi pengajaran dan keinsafan kepada masyarakat. Seperkaralagi ialah sesebuah karya kesusasteraan mempunyai unsur pengajaran yang dikenalisebagai dedaktisme yang menekankan aspek nasihat atau tunjuk ajar serta dapatmembentuk sahsiah murid di samping memantapkan penggunaan bahasa agarmereka berupaya meningkatkan pemikiran kritis. Selain itu, karya kesusasteraanjuga dapat dikaitkan dengan sifat kreatif. Kekreatifannya dapat dilihat melaluipenggunaan kepelbagaian teknik penceritaan, dan penggunaan plot yang menarik.Contohnya, drama-drama karya Nordin Hassan seperti drama Anak Tanjung dandrama Sirih Bertepuk Pinang Menari, plotnya amat menarik dan terdapat unsur

    kreatif.

    Apabila diteliti daripada sudut bahasa karya-karya kesusasteraanlah sumber yangpaling ideal kerana keluasan dan kepelbagaian gaya yang sering dilenturkan untukmenyatakan emosi yang bermacam-macam. Pengarang yang kreatif akan cubamenggunakan bahasa seluas mungkin meliputi pemilihan ayat, gaya bahasa,ungkapan-ungkapan khusus, dan meluaskan penggunaan bahasa -bahasa kiasanuntuk mencapai kesan yang mendalam. Oleh itu, pemilihan karya -karyakesusasteraan yang baik adalah perlu. Karya yang baik untuk murid ialah karya yang

  • 8/6/2019 NOTA UTK ASG. BM

    18/35

    mempunyai unsur pengajaran dan panduan yang boleh dicontohi. Melalui karyakesusasteraan, masyarakat dapat menjadikannya sebagai panduan dan pengajaranhidup dalam menghadapi kehidupan yang serba mencabar.

    Unsur-unsur dalam Komsas

    Dasar Pendidikan di Malaysia ialah dasar pendidikan yang berpaksikan Falsafah

    Pendidikan Kebangsaan (FPK), iaitu yang merupakan satu usaha yang berterusandari peringkat awal pendidikan hingga ke peringkat seterusnya, yang semata -matake arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu agarkemudiannya akan tercapai matlamat untuk melahirkan insan yang seimbang danharmonis daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaandan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha itu mempunyai tujuan yang murni, ia itu untukmelahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diriserta memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran keluarga,masyarakat dan negara. Jika dihalusi secara umumnya, pernyataan yang terkandungdalam FPK itu menggambarkan bahawa hasrat pendidikan negara adalah untukmendidik setiap individu dalam negara ke arah satu hala tuju, iaitu pembinaan

    individu yang mulia yang kemudiannya menjadi rakyat Malaysia yang berkualiti.Malah dalam FPK juga menjelaskan bahawa pendidikan di negara ini ialahpendidikan yang bersifat berterusan kerana adanya unsur -unsur kesinambunganantara pengajaran dan pembelajaran daripada satu peringkat kepada peringkat yangseterusnya. Selanjutnya, FPK itu juga bermakna bahawa pendidikan di Malaysiamemiliki fungsi untuk memperkembang bakat dan kemampuan murid waimadaripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani secara menyeluruh dan bersepadu.Selain itu, FPK itu menegaskan bahawa kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhanhendaklah dijadikan teras dalam pengembangan bakat dan kemampuan murid, agartercapai matlamat yang ditetapkan, iaitu membina murid yang bersahsiah, yangseimbang, dan harmonis daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani sertamenjadi warganegara yang bersatu padu, berdisiplin, berilmu pengetahuan,berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkebolehan, berwawasan, dan terlatihuntuk memberi sumbangan terhadap kesejahteraan diri, masyarakat dan negara.Asas kepada penggubalan Kurikulum Baru Sekolah Rendah dan KurikulumBersepadu Sekolah Menengah ialah FPK. Falsafah Pendidikan Kebangsaanmenekankan perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu ke arahmelahirkan insan yang baik berdasarkan kepercayaan, keyakinan serta kepatuhankepada Tuhan.

    Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji pelaksanaan dasar pengajaran telahditerbitkan pada tahun 1979. Laporan itu telah menyentuh hal -hal yang berkaitandengan prinsip, nilai dan hala tuju pendidikan. Ekoran d aripadanya, maka KPM

    mewujudkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, matlamat KurikulumBersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah untuk memperkembang potensiindividu secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu meliputi aspek -aspek intelek,rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis danberakhlak mulia. Hal ini bermakna matlamat KBSM itu bertepatan dan selarasdengan kehendak FPK.

    Kesusasteraan Melayu yang diajar dalam subjek Bahasa Melayu yang dikenalisebagai komsas atau s kecil dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah itu

  • 8/6/2019 NOTA UTK ASG. BM

    19/35

    memenuhi cita-cita FPK kerana matlamatnya juga mewujudkan insan yang seimbangdan harmonis daripada segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Hal ini sesuai keranakesusasteraan mencerminkan masyarakat dan budaya serta merupakan manifestasikesenian melalui media bahasa yang kreatif lagi indah. Justeru, cara mengenal danmemahami karya kesusasteraan Melayu melalui pendidikan Bahasa Melayu itumembolehkan murid dapat memahami manusia di sekitarnya dan mem bolehkan

    penyerapan nilai-nilai murni serta seterusnya membantu matlamat ke arah usahamelahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Di samping mendidik muridmenikmati kehalusan dan keindahan gaya bahasa dalam karya, komsas jugamemberi peluang kepada mereka untuk menguasai sistem dan tatabahasa BahasaMelayu dengan baik. Unsur intelek dalam FPK mengandungi hikmah atau ilmu yangbermatlamatkan kebenaran, iaitu yang menggambarkan pemikiran logik, analitik,kreatif, kritis, imaginatif dan naratif untuk diri, keluarga, masyarakat dan negara.Jika diteliti bahan-bahan kesusasteraan Melayu dalam pengajaran Bahasa Melayu,semua bidang tentang psikologi, moral, falsafah, agama, sosiologi dan sejarah adadiketengahkan oleh para pengarang kesusasteraan Melayu. Bahan -bahankesusasteraan Melayu menggarap hal-hal tersebut dan banyak lagi. Malah, bahantersebut sering diperlakukan sebagai maklumat budaya atau bagi bahan -bahan

    tradisional khususnya, teks kesusasteraan Melayu dianggap sebagai maklumattuntas atau ensiklopedia bangsa kerana banyaknya ilmu pengetahuan yangterkandung di dalamnya. Jikalau kita mengharapkan pengalaman semata -matamemanglah tidak cukup kerana pengalaman yang dilalui oleh insan hanya mengajarkita tentang kehidupan yang agak terbatas. Namun, kom sas telah membuka danmenambah skop pengalaman kita kerana komsas menyediakan pengalaman-pengalaman manusia daripada pelbagai budaya dan dari pelbagai zaman. Lebih -lebih lagi kerana setiap bahan kesusasteraan Melayu dalam pengajaran BahasaMelayu, khususnya akan menambah pengetahuan dan pengalaman individu, seolah -olah kita yang membaca bahan itu akan mengalami segala yang dialami oleh watak -watak dalam dunia cereka, di samping mengalami pengalaman daripadapengarangnya. Sebagai contoh, alam yang segar dan indah di Tasik Biru, Sarawak,telah mempengaruhi jiwa Kemala untuk menulis sajak Tasik Biru, Bau, Sarawak.Keindahan tasik itu bukan hanya pada lahiriah sahaja tetapi keindahan itu dapatmenusuk mimpi-mimpi abstraksi dalam dirinya:

    apakah warnanya di sebalik lahiriah ini?biru? hijau atau sesuatu yangbarubukan di depan kenyataan sajatapi jua mimpi-mimpi abstraksijawapannya terendapdi kamar sutera rohani

    wujud rohmenggamit makna.(Sehijau Warna Daun, 2002: 13)

    Sebagai ilmu pengetahuan, komsas mengandungi kebenaran. Kebenaran tersebutdicapai melalui daya khayal dan gerak hati, atau lebih tepat disebut sebagaiimaginasi dan intuisi. Bahan kesusasteraan Melayu yang dibaca dalam subjekBahasa Melayu mungkin tidak mengetengahkan pernyataannya melalui hujah yanganalitis, tetapi penghayatannya memang boleh membentuk insan itu berfikir secara

  • 8/6/2019 NOTA UTK ASG. BM

    20/35

  • 8/6/2019 NOTA UTK ASG. BM

    21/35

    mencipta rumah tempat berlindungmembina bilik tempat berteduhdari hujan dan ributsering merempuh.(Sehijau Warna Daun, 2002: 13)

    Selain itu, kesusasteraan Melayu dalam pengajaran Bahasa Melayu menekankanpembentukan citra atau imej yang baik untuk khalayaknya. Imej dalam konteks inimenjurus pembinaan insan. Hal sedemikian terpapar melalui pelbagai genrekesusasteraan Melayu. Malah, hal itu sesuai pula dengan disiplin kesusasteraanMelayu itu sendiri, iaitu untuk mendidik dan membina nilai -nilai akhlak murid.Sebagai contoh, antara karya kesusasteraan Melayu yang memaparkan unsur rohaniialah novel Salina kerana dipusatkan nilai -nilai murni melalui watak utamanya yangmemiliki jiwa yang penuh kasih sayang dan bertanggungjawab, sekalipun watakutamanya ialah seorang pelacur. Unsur emosi dalam FPK mengandungi hikmahyang mempunyai matlamat, iaitu keyakinan kepada Tuhan, kepercayaan beragama,kemantapan jiwa, menghubungkan nilai murni dengan norma masyarakat danmempunyai sahsiah yang mulia.

    Unsur emosi dan kesusasteraan pernah dihubungkaitkan oleh Aristo tle denganfungsi catharsis, iaitu untuk mendidik dan memandu emosi manusia bagimenjadikannya lebih stabil apabila berdepan dengan sesuatu tragedi, tekananemosi, dan kemelut hidup. Sesungguhnya, masyarakat silam telah banyakmemanfaatkan kesusasteraan untuk tujuan tersebut .Dalam sistem pendidikan di Malaysia, pengajaran kesusasteraan Melayu dalamBahasa Melayu ialah unsur yang paling sesuai bagi menerapkan kecerdasan emosi.Pengurusan emosi yang betul membolehkan manusia mangawal sikap danperasaannya, memahami orang lain, dan seterusnya berjaya pula menjalinkanhubungan positif sesama insan. Sebagai contoh, dalam Puisi Buat Mama penyajakmelukiskan bagaimana perpisahan yang terjadi menyebabkan pengorbanan dan nilaikasih sayang seorang ibu kepada anak tiada dapat diukur dengan kata-kata.

    Kali inikita biarkanlah perpisahan inisatu pengorbanan yang perlukerana hidup ini hanya akan berertibila kita tiba-tiba merasa kehilangandan diperlukan.(Sehijau Warna Daun, 2002: 12)

    Jika diteliti, kesusasteraan Melayu mempunyai sumber yang kaya dengan nilai danemosi. Malahan, kesusasteraan Melayu patut dimanfaatkan untuk membentuk

    keperibadian generasi muda. Karya-karya kesusasteraan Melayu yang bermututinggi waima yang berupa novel, cerpen, drama, sajak, sya ir dan prosa tradisionalbukan sahaja berperanan sebagai wahana tetapi mampu menggilap potensi dirimurid. Seseorang murid yang menghayati watak dan perwatakan dalam sesebuahkarya yang dibacanya dapat memperkembang emosinya sendiri. Contohnya watakdalam novel Seteguh Karang ada memperlihatkan emosi seperti simpati, sedih,kecewa, pasrah dan sebagainya. Dengan itu, pembaca yang menjiwainya akan turutberemosi dan bersimpati terhadap watak -watak yang terdapat dalam novel tersebut.Dalam sistem pendidikan di Malaysia, pengajaran kesusasteraan Melayu dalam

  • 8/6/2019 NOTA UTK ASG. BM

    22/35

    Bahasa Melayu ialah unsur yang paling sesuai bagi menerapkan kecerdasanjasmani. Perkembangan daripada segi jasmani boleh diterapkan melalui teknik -teknikyang biasa digunakan oleh guru yang terlatih seperti teknik penggunaan deria, mainperanan, simulasi, bercerita, lakonan waima secara spontan atau berskrip, pentomin,boneka, perbincangan, permainan bahasa kesusasteraan, dan kuiz. Murid -muridyang didedahkan dengan pelbagai teknik dalam pengajaran kesusaste raan Melayu

    secara tidak langsung berupaya dalam pergerakan. Malah mereka akan lebih aktif.Selain itu, perkembangan daripada segi jasmani ini bukan sahaja melibatkan aktivitidi dalam bilik darjah, malahan melalui pelbagai aktiviti di luar kelas. Contohny aapabila pihak sekolah mengadakan aktiviti seperti pertandingan pementasan drama,teater atau sebagainya yang melibatkan murid untuk bergiat secara aktif dalamsesuatu aktiviti yang telah dijalankan.

    Teknik sosiodrama, misalnya yang dilaksanakan oleh guru adalah untuk mewujudkanperhubungan antara insan dan masyarakat. Antara langkah yang boleh dijalankanadalah dengan meminta murid mengemukakan sesuatu masalah. Selepas itu, guruakan meminta murid agar melakonkan permasalahan seperti yang difikirkan olehmereka. Kemudiannya, mereka akan berbincang tentang hasil perlakuan tersebut.

    Melalui aktiviti ini, murid akan belajar untuk bergerak secara berkumpulan, tidak kirakumpulan itu besar ataupun kecil, semata-mata untuk meningkat persefahamanpada kalangan mereka yang terlibat. Dengan demikian, bakat dan kebolehan muriddapat dicungkil.

    Daripada apa yang telah dibincangan sebelum ini, pendeknya, pendidikan BahasaMelayu sekolah menengah bukan sahaja mampu untuk melahirkan insan yangseimbang dan harmonis daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani sepertiyang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tetapi juga bertujuan untukmelahirkan murid yang memiliki keterampilan dalam bahasa, dan menghargai sertamenghayati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Di samping itu,pendidikan bahasa dipercayai dapat juga dijadikan sebagai wahana ilmu, fikiran danperasaan bagi pelbagai bangsa di Malaysia. Hal ini juga bermakna bahawa BahasaMelayu yang merupakan mata pelajaran teras di semua sekolah rendah danmenengah tidak bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktubdalam Akta Pendidikan 1996. Malah, bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasakebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat di Malaysia serta sebagai pemangkinkepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyatdalam satu wawasan. Selain itu, bahasa Melayu yang mempunyai potensi untukdimartabatkan dan diperluas ke peringkat antarabangsa menerusi teknologimaklumat dan komunikasi itu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasayang mencerminkan kebitaraan, kerasionalan, keintelektualan, kekreatifan,kesaintifikan, dan kerohanian rakyat.

    Sejajar dengan itu, sesuailah fokus utama pendidikan Bahasa Melayu sekolahmenengah adalah untuk memenuhi hasrat Kurikulum Ber sepadu Sekolah Menengah(KBSM). Hasrat ini telah digubal berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaituuntuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis daripada segi intelek, rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan . Lebih-lebih lagi hakikatnya, pendidikan Bahasa Melayu KBSM yang meliputi tingkatan satuhingga lima menjanjikan hasrat untuk terus meningkatkan penguasaan kemahiranberbahasa, iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, dan

  • 8/6/2019 NOTA UTK ASG. BM

    23/35

    kemahiran menulis pada kalangan remaja serta memupuk kepekaan terhadap variasibahasa dalam pelbagai keadaan, sistem bahasa dan gaya bahasa yang indah.Malahan, pendidikan Bahasa Melayu KBSM juga menanam kesedaran terhadapunsur dan nilai kemanusiaan secara menyeluruh melalui pembacaan bahan ilmu danhasil kesusasteraan Melayu (Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia TingkatanV, 1992: vii). Bahkan, pendidikan Bahasa Melayu KBSM sememangnya sudah lama

    menjadikan kesusasteraan Melayu sebagai unsur atau komponen penting d alamprogramnya. Selain itu, kesusasteraan disifatkan berupaya untuk menjadikanseseorang itu lebih peka, lebih prihatin terhadap pengolahan bahasa, di sampingmembantunya untuk menghayati pengalaman, pengamatan, sensitiviti, tafsiran,aliran perasaan dan daya intelek, dan pemikiran pengarang terhadap berbagai -bagaifenomena kehidupan di sebalik struktur kata -kata yang indah itu.

    Dalam perpektif tersebut jugalah ternyata bahawa fungsi bahasa Melayu yangsemakin meluas, sesuai dengan tarafnya sebagai bahasa rasmi negara dan sepertiyang terkandung dalam pendidikan Bahasa Melayu KBSM menekankan penguasaandan penggunaan bahasa Melayu yang lebih bermutu. Murid -murid bukan sahajaperlu menguasai kecekapan berbahasa dan ketepatan berkomunikasi, tetapi juga

    perlu memahami sistem bahasa Melayu yang mampu mengungkapkan segalabidang ilmu dan kegiatan harian selaras dengan peranannya sebagai bahasaperpaduan rakyat, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu pengetahuan yangmencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat. Sehubungan dengan itu,kesusasteraan Melayu disediakan bagi memenuhi keperluan murid dalampengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Rentetan itu, kesusasteraan Melayutelah dijadikan sebagai komponen wajib dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagimenambahkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.Pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu dalam subjekBahasa Melayu mencakupi pendedahan apresiasi karya -karya kesusasteraanMelayu daripada pelbagai genre seperti puisi tradisio nal, puisi moden, prosa klasik,drama, cerpen dan novel. Melalui pendedahan dan penelitian karya -karya seperti itu,murid diharapkan dapat mengenal dan menikmati karya -karya kesusasteraan Melayunegara. Selain menggalakkan lagi minat membaca murid, karya t ersebut dapat jugamenjadi wahana bagi murid memahami budaya dan cita rasa masyarakat negara ini.Murid diharapkan juga akan berminat untuk berkarya bagi melahirkan idea dan citarasa mereka sendiri. Justeru, dengan usaha yang demikian akan mempertingkatka nkemahiran berbahasa murid.

    Dengan yang demikian dan seperti yang telah dijelaskan, hasrat pendidikan yangingin dicapai melalui FPK ialah pembentukan individu yang seimbang sertaberkembang secara menyeluruh dan bersepadu daripada segi intelek, rohani, emosidan jasmani. Pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu dalam

    mata pelajaran Bahasa Melayu diharapkan dapat menyokong teras pembentukanindividu ini, terutamanya daripada segi pemupukan ilmu, kemahiran dan nilai yangberkaitan dengan aspek intelek dan emosi. Penerapan elemen-elemen ini dalamkarya kesusasteraan Melayu yang terpilih mampu menjadikan murid insan yangberfikir tentang kebaikan, kehalusan budi pekerti, kesantunan berbahasa, kecekalanhati, keindahan seni dan kebenaran, dan seterusnya menghargai kehidupan dan nilaikemanusiaan. Oleh itu, keistimewaan unsur atau komponen kesusasteraan Melayudan manfaat daripada penggunaannya dalam pendidikan Bahasa Melayu KBSMtidak dapat diragukan lagi.

  • 8/6/2019 NOTA UTK ASG. BM

    24/35

    PenutupSebagai kesimpulannya, pengajaran kesusasteraan Melayu dalam subjek BahasaMelayu penting dalam pembinaan manusia yang seimbang, matang, prihatin, danberetika tinggi. Pelajaran kesusasteraan Melayu atau komsas ini penting kepadapelajar, bukan setakat menghafal cerita, malah karya ko msas yang disenaraikan

    dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kaya dengan khazanah ilmu, nilai, budaya,pengalaman, etik dan pelbagai lagi. Bahkan, didapati di dalamnya terangkum duniakeilmuan kesusasteraan yang tidak ada akhirnya yang sekali gus memancarkanperkembangan tamadun sesuatu bangsa, termasuk budaya dan evolusimasyarakatnya. Dengan demikian tidaklah lagi timbul masalah atau perkara yangmengelirukan guru dan pelajar kerana hakikatnya, pengajaran dan pembelajarankomsas dapat memperlengkap pengetahuan dan persediaan untuk mengajar danbelajar subjek Bahasa Melayu dengan yakin.

    Bibliografi

    Abd. Rahman Hanafiah, 1990. Kesusasteraan dalam Pembelajaran Bahasa dan

    Kesusasteraan Sebagai Mata Pelajaran: satu Perbandingan. Kertas Kerja yangdibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Kesusasteraan dalam Pendidikan BahasaMalaysia pada 6 dan 7 Oktober, anjuran Peserta Kursus 14 Minggu, IBKL.

    Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 1997. Penggunaan Bahan Sastera dalamPengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Disertasi untuk ijazah SarjanaPengajian Bahasa Moden, Universiti Malaya.

    Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2003. Teori Bahasa: Implikasinya TerhadapPengajaran Tatabahasa. Tg.Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

    Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2005a. Citra Komsas. Tg.Malim: Penerbit UniversitiPendidikan Sultan Idris.

    Jurnal Peradaban Melayu, Jilid 5, Tahun 2007

    Peranan Bahasa dan Sastera: Umpama Irama dan Lagu

    Siti Khariah Mohd Zubir

    Fakulti BahasaUniversiti Pendidikan Sultan Idris

  • 8/6/2019 NOTA UTK ASG. BM

    25/35

    Peranan Sastera

    Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu telah diperkenalkan sejak tahun 1957.Matlamatnya untuk membolehkan pelajar atau rakyat Malaysia khususnya menjiwaiunsur dan nilai murni dari segi kerohanian, kemanusiaan, kemasyarakatan,kebudayaan, kewarganegaraan, menanam perasaan bangga dan cinta akan tanahair dalam satu wawasan budaya kebangsaan yang dihasratkan tercapai. Dengan

    adanya pendidikan Kesusasteraan Melayu dapat mencerminkan masyarakatkesenian yang kreatif, mampu mengkaji keindahan karya sastera dan menguasaikemahiran berbahasa bahasa Melayu.

    Peranan sastera terutamanya sastera Melayu dapat membina insaniah dalamkehidupan manusia. Hal ini amat bertepatan dengan konsep membina modal insanyang diharap-harapkan oleh pemimpin negara. Ki ta tidak mahu melahirkan satubangsa seperti robot yang tidak mempunyai nilai -nilai kemanusiaan ketika bertindakatau mengambil keputusan. Apa yang kita boleh lihat sekarang, ramai bijak pandaidalam bidang sains dan teknologi tetapi sayang mereka gagal da lam usahamelahirkan pemimpin yang bermoral, berjati diri dan mempunyai nilai -nilaikemanusiaan. Pemimpin yang tidak berjiwa seperti di atas, merupakan manusia yang

    hilang pertimbangan ketika bertindak. Akibat daripada itu, masalah rasuah,keruntuhan moral sehingga membawa kepada kemusnahan alam dan manyusahkanmasyarakat. Justeru mengembalikan nilai sejagat yang bersifat kemanusiaansebenarnya terkandung dalam sastera.Di peringkat sekolah Kesusasteran Melayu memainkan peranan sebagi satu cabangilmu dan senjata yang dapat meresapi dan berkembang dalam pelbagai disiplin ilmusejajar dengan konsep bahasa merentas kurikulum. Sementara itu di peringkatpengajian tinggi pelajar didedahkan dengan teknik penulisan ilmiah, rencana danpenulisan kreatif dan pelajar juga diberikan pengetahuan tentang dunia penerbitandan penyiaran selaras dengan matlamat pembudayaan bahasa Melayu melaluisistem pendidikan.

    Selain itu, sastera juga berperanan dalam usaha pengayaan khazanh ilmu danpersuratan bahasa Melayu wajar dipertingkatkan kepada semua peringkat usiapembelajaran dan pengajarn. Dengan cara ini, proses pembentukan jati diri dan cintaakan khazanah negara dapat diatur, dilentur, dibentuk dengan sebaik -baik mungkin.Proses pengayaan ini merupakan proses yang berterusan dan menjadi agendautama dasar pentadbiran negara.

    Shahnon Ahmad (1997: 25) menyatakan bahawa kesusasteraan berperanan sebagaisatu cabang kesenian yang berteraskan cinta. Cinta di sini maksudnya cinta kepadakeindahan dan cinta kepada kebenaran. Karya kesusasteraan dicipta oleh parasasterawan untuk membangunkan peribadi manusia supaya cinta akan keindahan

    dan cinta akan kebenaran. A. Samad Said (1997: 35) pula menyatakan bahawaperanan sastera sebagai rakman dan renungan interaksi insan seni denganmasyarakat dan masalah mereka. Setiap karya yang tercipta, sedikit sebanyakmendekatkan insan seni itu kepada sebahagian kecil cakerawala Tuhan yang luas, disamping menggarapkannya dengan sesam makhluk yang sama-sama mencari dansama-sama menikmati dan sama-sama terhukum oleh getir-getar kehidupan. Olehlatar dan pengaruh itu, sastera mestilah berkhasiat untuk batiniah dan mindamanusia. Manakala Usman Awang (1997: 41) menjelaskan bahawa peranan sasterameliputi semua aspek kehidupan manusia secara luas. Tiada sesiapapun yang boleh

  • 8/6/2019 NOTA UTK ASG. BM

    26/35

    mendakwa bahawa dia mempunyai monopoli terhadap budaya Malaysia. Budayabersama kita hanya akan lahir daripada penghidupan bersama semua rakyat bukancontoh angkuh daripada sebilangan kecil golongan kaya dan istimewa.

    Peranan Bahasa dan Sastera: Umpama Irama dan Lagu

    Dari segi sejarah sumbangan Kerajaan Inggeris dalam bidang bahasa dan sastera

    dapat dikesan melalui kegiatan Pejabat Karang Mengarang yang diasaskan olehO.T. Dussek dan Zaaba di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), T anjong Malimpada tahun 1924. Pejabat ini telah dibiayai oleh kerajaan Negeri -Negeri Selat danNegeri-Negeri Bersekutu melalui peruntukan MPSI. Tujuan utama pejabat ini untukmengeluarkan sebanyak mungkin buku-buku sekolah dan mengeluarkan bahan-bahan bacaan yang berunsur sastera untuk masyarakat Melayu amnya. Karya-karyadari Barat diterjemah di samping menerbitkan karya asli hasil daripada PeraduanKarang Mengarang anjuran Pejabat Pelajaran, umpamanya Cincin Rahsia,Pahlawan Berkaki Kayu, Hidup Bujang dan Cerita Rekaan.

    Sumbangan Pejabat Karang Mengarang dalam bidang bahasa dan sastera terbataskepada anak-anak sekolah dan guru-guru sekolah Melayu. Buku-buku untuk bacaan

    umum, seperti cerita mata-mata gelap dan pengembaraan, sedikit sebanyak berjayamemperkenalkan karya popular dari Barat kepada masyarakat Melayu dan membukamata mereka kepada hasil kesusasteraan dunia yang berbeza daripada hikayat -hikayat lama yang diwarisi daripada datuk nenek mereka. Kesedaran terhadap hal inipenting dalam proses meningkatkan pengetahuan orang Melayu untuk mengekalkankesinambungan tradisi bangsanya.

    Bahasa dan sastera umpama irama dan lagu, kedua-duanya saling perlumemerlukan di antara satu sama lain. Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayumula bergerak seiring jalan apabila Jepun mengambil alih tampuk pemerintahansama ada di Tanah Melayu ataupun di Singapura. Kekalahan Kerajaan Inggeris dankekejaman pemerintahan Jepun telah menyalakan semangat kebangsaan. Mestipuntempuhnya amat singkat, namun zaman itu telah berhasil mendorong dan mendesakorang Melayu melancarkan perjuangan politik ke arah kemerdekaan sama adamelalui parti politik ataupun pertubuhan -pertubuhan yang bersifat bahasa,kesusasteraan dan kebudayaan.

    Pusat Penerbitan Akhbar dan majalah yang penting pada waktu itu ialah diSingapura. Di sini berkumpulnya tenaga-tenaga penulis muda yang bercita -citatinggal untuk memajukan dan memodenkan bahasa dan sastera Melayu agar sesuaidengan keperluan perkembangan fikiran, ilmu pengetahuan, pergolakan politik s osialdan ekonomi. Shamsudin Othman (2006: 301) dalam Kertas Kerjanya yang bertajukHala Tuju Bahasa dan Kesusasteraan Melayu Dalam Wahana Pendidikan

    Nasional, menyatakan bahawa hubungan bahasa Melayu dengan KesusasteraanMelayu wujud sejak ratusan tahun dahulu. Hubungan ini dibentuk melalui mediatulisan seperti yang terakam dalam ribuan nafkah karya kesusasteraan tradisionalMelayu khususnya yang dipelajari oleh Munsyi Abdullah Bin Abdul Kadir melaluiKisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan dan Hikayat Abd ullah pada pertengahankurun ke-19. Warisan bahasa Melayu ialah yang dimantapkan dan diperkayakanmelalui proses yang disebut pensetaraan perkembangan ilmu dan kemajuan fikiranmanusia yang menuntut supaya bahasa Melayu memiliki kuasa mutlak linguistik dankorpus sastera tinggi untuk dijadikan wahana kemajuan bangsa.

  • 8/6/2019 NOTA UTK ASG. BM

    27/35

    Ilmu sastera tidak boleh disampaikan melalui ragam bahasa rendah (bertaraf dialekatau kedaerahan). Oleh itu, secara memahami, mempelajari dan mentelaah karyasastera memerlukan ilmu bantu, iaitu bahasa yang merangkumi semantik, mantik,psikologi, linguistik dan sebagainya. Peranan bahasa dan sastera tidak bolehdipisahkan umpama irama dan lagu. Literasi dalam sesuatu bahasa tulisan

    mempersiapkan atau menyediakan seseorang itu untuk hidup dalam kebudayaansetempat, bukan sahaja untuk pandai membaca, menulis dan mengira, tetapi jugauntuk mengetahui sejarah masa silam yang tidak dialaminya, mengetahui cerita -cerita rakyat yang turun temurun, memahami dan menghayati nilai dan norma. Selainitu, memahami perasaan orang dan mencanai cara berbudi bahasa dan bertegursapa. Seseorang yang tidak pernah membesar dalam keluarga berbahasa Melayudan dalam dunia kebudayaannya sejak kecil tentunya sukar untuk memahamisebenarnya perasaan yang disebut sebagai besar hati, hati batu dan air tanganmisalnya. Demikianlah pentingnya bahasa yang merujuk kepada makna yang tersiratuntuk memperkatakan sesuatu secara tidak langsung. Begitu juga dengan sastera,perkembangannya di tangan bahasa.

    Awang Sariyan (2006: 184) dalam kertas kerjanya bertajuk Penerapan TatabahasaDalam Karya Kreatif menerangkan bahawa adanya hubungan antara ilmu bahasadengan penghasilan karya kreatif. Sebagaimana kita maklum bahasa ialah alatpengucapan atau sebagai alat penyampaian karya sastera. Biar dengan gayabahasa yang indah atau kaku, bahasa tetap dipergunakan sebagai alat untukberkarya. Ilmu bahasa sebenarnya mempunyai pertalian yang amat erat denganpenghasilan karya kreatif dan oleh sebab itu tidak harus dia nggap sebagai batupenghalang dalam usaha menonjolkan gaya bahasa yang indah. Penulis atausasterawan amat beruntung jika memiliki ilmu tersebut sebagai asas berkarya.Sebagai seorang penulis perlu menguasai beberapa aspek bahasa seperti morfologi,sintaksis, fonologi dan semantik. Keempat-empat aspek tersebut sebenarnyadigunakan oleh para penulis setiap kali mereka berkarya. Secara ringkas, morfologiialah bidang yang berhubung dengan pembentukan kata, sintaksis ialah bidang yangberhubung dengan pembentukan ayat. Manakala fonologi pula ialah bidang yangberhubung dengan sistem bunyi sesuatu bahasa dan yang akhir ialah semantikbidang yang berhubung dengan makna.

    Dalam ilmu bahasa, morfologi ialah ilmu tentang pembentukan kata. Dalam setiapbahasa, ada dua unit morfologi, iaiatu morfen dan kata. Morfen pula terbahagi dua,iaitu morfen bebas dan morfen terikat. Morfen bebas ialah morfen yang dapat berdirisendiri. Morfen terikat pula ialah morfen yang tidak dapat wujud sendiri dan hanyadapat berfungsi jika digabungkan dengan morfen bebas. Kata pula terbentukdaripada satu morfen atau lebih. Kata yang terdiri darpada satu morfen sahaja

    dapatlah dianggap morfen bebas, contohnya: pandang, besar, lari dan sebagainya.Contoh kata yang terdiri daripada lebih sat u morfen ialah memandang, berlari danmembesar dan sebagainya. Tiga proses bahasa yang berlaku dalam morfologi ialahpengimbuhan, penggandaan dan penggabungan. Proses pengimbuhanmenghasilkan kata terbitan. Perhatikanlah bagaimana proses tersebut diterapka ndalam penulisan dengan meneliti contoh yang berikut:

    Dia tersentak cemas apabila mendengar ratapan dan raungan yang melengkingngeri tiba-tiba. Serta merta, matanya meliar mencari suara pengait yang sombong

  • 8/6/2019 NOTA UTK ASG. BM

    28/35

    dan bongkak. Dipelupuh isterinya hingga bergul ingan dan akhirnya terhenti dilopakberhampiran kebun asparagus.(Azmah Nordin, Syumul: 2004-2005)

    Awalan meN digunakan oleh Azmah Nordin sebagai penanda kata kerja aktifmendengar. Tanpa awalan tersebut, kata dengar menjadi kata kerja pasif untuk

    pelaku pertama dan kedua yang ternyata tidak boleh digunakan untuk pelaku ketigadia seperti dalam ayat di atas. Dengan menggunakan awalan meN pula, kata kerjakait dapat dibentuk menjadi nama (pelaku), iaitu pengait. Akhirnya awalan di padakata kerja dipelupuh ialah bentuk kerja fasih yang terbit daripada kata pelupuh(mempelupuh).

    Contoh penggandaan dan penggabungan dapat diperhatikan pada petikan di bawahini:

    Tiga orang kanak-kanak lagi dicampakkan oleh sebuah kenderaan yang entahdatang dari mana. Tiba-tiba saja pada suatu pagi mereka melihat ada sebuah vanberwarna putih berhenti di luar pintu pagar. Sekejap sahaja van itu terus berlalu

    menuju ke Lebuh Raya Timur Barat, cuba memecut dan terhinggut -hinggut di atasjalan lori balak yang berlekuk-lekak. Di luar pintu pagar, tiga orang kanak-kanak yangcomot terintai-rintai hendak masuk. Pintu pagar pun dibuka. Semuanya tidakmenangis. Bagaikan mereka sudah biasa dengan keadaan begitu. (Fatimah Busu,Salam Maria: 388)

    Dengan menerapkan kata ganda kanak-kanak, terhinggut-hinggut, berlekak-lekukdan terintai-rintai, terhasil satu kesinambungan antara frasa -frasa yang menjadipredikat, iaitu

    memecut dan terhinggut-hinggut: jalan lori balak dan berlekak -lekuk, comot danterintai-intai.

    Sintaksis merupakan satu lagi aspek bahasa. Sintaksis digunakan dalampenghasilan karya. Sintaksis berhubung dengan pembentukan ayat. Dalam hierarkitatabahasa, sintaksis menduduki tempat tertinggi. Ayat mengandungi fikiran yanglengkap. Perkara yang paling penting dalam sintak sis yang dapat membantu penulismenggunakan bahasa yang baik, lancar dan berkesan ialah pola -pola ayat. Polabererti acuan. Pola atau acuan ayat terbentuk daripada dua unsur utama, iaitu subjekdan predikat. Dengan berpegang kepada dasar ini, penulis tidak akan menghasilkanayat-ayat yang tergantung. Pola ayat boleh dibahagikan kepada ayat selapis, ayatberlapis, ayat berkait dan ayat bercampur. Ayat inti ialah ayat yang paling ringkassubjek dan predikatnya. Maksud subjek ayat itu tidak mempunyai peneranga n atau

    tidak bergabung dengan subjek lain dan predikatnya pun tidak berpenerangan,berpelengkap atau berklausa. Perhatikan beberapa contoh di bawah ini:i. Maria Zaitun/kelam kabut(Fatimah Busu, Salam maria: 104)

    ii. (tiba-tiba) Erika Bacia/tersentak(Azmah Nordin, Syumul: 10)

    iii. Siti Salina tersenyum

  • 8/6/2019 NOTA UTK ASG. BM

    29/35

    (A. Samad Said, Salina: 147)

    Ayat-ayat di atas tergolong ke dalam ayat inti. Ayat -ayat inti ini dapat pula digunakanuntuk mengelakkan kebosanan orang membaca ayat yang panjang -panjang dankompleks. Malahan ayat-ayat inti dapat juga digunakan untuk maksud penekanan

    atau untuk mempercepatkan jalan cerita. Ayat transformasi pula terbahagi kepadaayat transformasi satu dasar, ayat transformasi dua dasar dan ayat trasformasiberdasarkan banyak. Dalam ayat transformasi satu dasar, para penulis dapatmemanfaatkan ayat negatif, ayat berita songsang, ayat tanya biasa, ayat tanyasongsang, ayat berita pasif biasa, ayat berita pasif songsang, ayat tanya pasif biasa,ayat tanya pasif songsang, ayat perintah aktif, a yat perintah pasif, ayat penggalan,ayat penegas dan lain-lain lagi. Manakala ayat trasformasi dua dasar ada pula yangdisebut ayat gabungan dan ayat pancangan.

    Awang Sariyan (2006: 184) dalam Kertas Kerjanya yang bertajuk PenerapanTatabahasa Dalam Karya Kreatif menyatakan penulis yang dapat menguasaipelbagai pola ayat amat beruntung. Kepelbagaian struktur ayat merupakan satu cara

    yang paling penting untuk menimbulkan kesan kepada pembaca. Sesungguhnya haltersebut adalah suatu ujian kejayaan terhadap penulis dalam hal penggunaanbahasa.

    Penerapan semantik dalam penghasilan karya juga tidak kurang pentingnya. Gayabahasa semantik, dapat membantu penulis dalam hal diksi, metafora, simili,hiperbola dan personifikasi. Diksi ialah pemilihan kata yang bet ul atau tepat danberkesan. Kesukaran untuk membuat pemilihan kata yang tepat timbul keranabanyak sekali kata yang menunjukkan hal atau keadaan yang hampir sama tetapikonotasinya yang berlainan. Misalnya, kata kacak, tampan, macho dan sebagainyamasing-masing menunjukkan erti yang hampir-hampir sama tetapi secara konotatif,masing-masing kata itu mempunyai erti yang lebih khusus. Contoh lain, kata rumah,istana, mahligai, pondok dan teratak memanglah mempunyai erti yang sama, iaitutempat kediaman, maka itu ia dikatakan bersinonim. Tetapi masing -masing kata itusebenarnya mempunyai erti khusus yang tidak menunjukkan kata reference yangsama. Maka dalam hal seperti ini bersinonim tidak semestinya mempunyai erti yangbenar-benar sama.Penggunaan metafora juga amat penting dalam penulisan kreatif. Metafora bolehlahditakrifkan sebagai ungkapan atau simpulan bahasa bermakna bandingan atauanalogi. Metafora dapat berdiri sendiri sebagai unit sendiri mengambil tempat danfungsi sendiri dalam struktur sintaksis. Contoh:i. berkepak putih di sayap zaman(Ahmad Sarju, Sajak Burung-Burung Di Puncak Gunung)

    ii. sambil membina jambatan kasih (Zaitun Ajmain, Sajak Erti Persahabatan)

    iii. Ada lagi yang lebih pahit daripada itu, Kataku, cuba menyingkap tiraisejarah yang tersembunyi 1001 rahsia. (Hasidah Bisan, Cerpen Pesona: 58)

    iv. Di sinilah desa kelahiran, padang perjuangan yang mengajarnya erti kehidupansejak dibesarkan hingga ditinggalkan ibu bapanya.(Osman Ayob, Cerpen Detik Yang Tergugat: 77)

  • 8/6/2019 NOTA UTK ASG. BM

    30/35

    Selain itu, gaya bahasa yang digunakan oleh pengkarya ialah simili. Similididefinisikan sebagai perbandingan sesuatu objek dengan sesuatu objek denganmenggunkan kata sebagai, umpama, seperti, laksana dan sebagainya. Contoh:

    i. Merompak kemanusiaan seperti dihalalkan

    (Borhan Md Zain, Sajak Bila Matahari Berlabuh)

    ii. Bagai kilat senja memecah sinar(Ahmad Sarju, Sajak Burung-Burung Di Puncak Gunung)

    iii. Bunyi injin menderu-deru bagai angin kencang yang boleh mengoncangkantangkai- tangkai padi(Osman Ayob, Cerpen Detik Yang Tergugat: 73)

    Personifikasi juga merupakan salah satu gaya bahasa yang banyak digunakandalam penulisan kreatif. Personifikasi ialah gaya bahasa yang memberikan sifatkemanusiaan kepada objek-objek bukan manusia. Contoh:

    i. Jan berasa sangat bosan pada pagi itu, udara di luar cukup sejuk. Tambahan pulaWind Child menggigit kulit. Rakan -rakan lain, penghuni rumah orang tua yangkebanyakkannya perempuan telah keluar menyertai acara Walden Walkers di sidewalk sekitar kawasan Walden Place. (Abdullah Tahir, Cerpen penantian di WaldenPlace:40)

    ii. Lalu dengan cepat ia merayu (Jasni Mat Lani, Sajak Sebatang Pohon.)

    PenutupApabila berbicara tentang bahasa dan Kesusasteran Melayu akan mengajak kitabersedia berpadu tenaga membina, memupuk dan menge mbangkannya. Oleh itu,peranan bahasa dan sastera, umpama irama dan lagu. Kata sepakat antara bahasadan sastera akan mampu menunjukkan fikiran, kreativiti dan aktiviti. Bahasa ialahalat komunikasi utama dan asas pembinaan sesebuah tamadun. Tamadun menjad ikekal dan bertahn melalui tradisi ilmu. Jadi bahasa Melayu dan Kesusasteran Melayuberperanan membawa dan menggerakkan kehidupan kebudayan bangsanyameliputi akal fikiran dan daya ciptaan dalam segala tuntutan dan keperluan. BahasaMelayu sudah sedia mampu dan oleh sebab itu mesti digerakkan untuk mengisifikiran dan pemikiran dalam bidang pencapaian ilmu pengetahuan tinggi,kesusasteraan, falsafah dan imej warisan tamadun.

    Bibliografi

    Abdullah Yusof Ali, 1983. The Holy Quran, Text Translation and Commen taries.Lahore: Sy. Muhammad Ashraf.

    A. Aziz Deraman, 2006. Bahasa dan Kesusasteraan Melayu Dalam MenghadapiWawasan 2020 dlm. Sastera Kebangsan Isu dan Cabaran. Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka.

    Awang Sariyan, 2006. Persuratan dan Peradaban Nasional Abad Ke-21: Gagasandan Krangka Strategi Untuk Peradaban Melayudlm.Persuratan dan Peradaban

  • 8/6/2019 NOTA UTK ASG. BM

    31/35

    Nasional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Awang Sariyan, 2006. Penerapan Tata Bahasa Dalam Karya Kreatif dlm. SasteraKebangsaan Isu dan Cabaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Hamzah Hamdani, 2006. Sastera Kebangsaan Isu dan Cabaran. Kuala Lumpur:

    Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Mohd Yusof Haji Othman, 2006. Persuratan dan Peradaban Nasional Penjana Sainsdan Teknologi dlm.Persuratan dan Peradaban Nasional. Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka.

    Shamsudin Othman, 2006. Hala Tuju Bahasa dan Kesusasteraan Melayu dlm.Persuratan dan Peradaban Nasional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

    ARKIB : 15/05/2011

    Subjek sastera membina insan

    Oleh DR AMINUDIN MANSOR([email protected].)

    Kesusasteraan Melayu telah menjadikomponen wajib dalam pengajaran dan

    pembelajaran (P&P) Bahasa Melayu disemua sekolah menengah (aliransastera, sains, teknik, agama danvokasional) di negara ini. Para pelajardiwajibkan membaca dan mendalamibuku- buku sastera Melayu tersebut.Sehubungan itu, penggunaan bahansastera dalam mata pelajaran BahasaMelayu kini dilaksanakan melaluiKOMSAS. Teks Komponen Sastera(KOMSAS) dalam Bahasa Melayu terdiri daripada puisi, cerpen, drama dan novel.

    Pembelajaran Kesusasteraan Melayu sebagai komponen wajib dalam BahasaMelayu dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai Mac 2000 (Tingkatan Satudan Tingkatan Empat) dan telah dinilai mulai tahun 2001, peringkat SPM dan tahun2002, peringkat PMR. Pendekatan pengajaran- pembelajaran subjek ini lebih bersifatmenyeluruh iaitu ke arah pembinaan pemikiran akal budi, yang banyak terpancarmenerusi genre-genre tersebut.

    KOMSAS menyumbang pembinaanpenghayatan yang tinggi terhadap Islam.

  • 8/6/2019 NOTA UTK ASG. BM

    32/35

    Dalam hal ini, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) hasil saranan GabunganPersatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), melalui panel pemilihnya, telahmenetapkan dua teks untuk digunakan di setiap tingkatan. Teks -teks tersebut ialahsebuah novel (daripada pilihan empat judul) dan sebuah teks antologi yang bermuatenam puisi tradisional, enam sajak, empat prosa tradisional, enam cerpen, dan tigabuah drama. Kesemua genre tersebut akan diajarkan dalam 56 waktu setahun.

    Genre puisi (sajak dan puisi tradisional) akan diajarkan sebanyak 12 waktu setahunmanakala genre yang lain hanya 11 waktu setahun. Kini teks KOMSAS telahmemasuki pusingan kedua dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Semuapelajar diwajibkan mempelajari teks baharu mulai 2010 bagi Tingkatan satu, dua danempat bagi Tingkatan lima pada 2011, Tingkatan tiga 2012.

    Sehubungan itu, diharapkan KOMSAS yang dalamnya mengandungi genre novel,cerpen, puisi lama (pantun) dan baru (sajak) yang diajarkan di sekolah me lalui tekspilihan KOMSAS berupaya memberikan pendedahan tentang falsafah akal budi yangluhur, nilai estetik dan keindahan, pengalaman baru, falsafah dan pemikiran yangterpancar dalam makna tersurat dan tersirat dalam puisi -puisi pilihan tersebut. Hal in idemikian kerana, akan membentuk jiwa dan mendidik rasa kecintaan kepada

    beberapa genre.

    Terdapat beberapa pendapat yang mengatakan mengapa pelajaran kesusasteraandianggap kurang penting. Ada pendapat mengatakan, mata pelajaran kesusasteraanhanya diambil oleh pelajar lemah. Di samping itu, pelajaran kesusasteraan tidak adanilai ekonomi sehingga menyebabkan pelajar kurang meminatinya, dan jugamasyarakat menganggap pelajaran kesusasteraan tidak penting dalam kehidupanmasa depan. Pendapat dan pandangan ini seharusnya dibuang jauh-jauh dari lubukhati, jika kita mencintai hasil seni sastera bangsa.

    Kementerian Pelajaran melalui Kajian Pembangunan Pendidikan 2001 -2010 iaituPerancangan Bersepadu Penjana Kecemerlangan Pendidikan menegaskan negaramemerlukan ramai tenaga manusia yang mempunyai kepakaran dalam bidang sainsdan teknologi. Untuk memenuhi keperluan tersebut, sistem pendidikan telahmenetapkan dasar 60 : 40 (Sains/Teknikal : Sastera).

    Berpengetahuan

    Hala tuju dunia pendidikan tanah air bagi mengha silkan individu-individu yangberpengetahuan tinggi, berkemahiran dan berkemampuan ke arah berteraskan sainsdan teknologi khususnya dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Disamping itu juga, kita perlu memiliki keteguhan dalam agama dan budaya b angsayang ada dalam bahan kesusasteraan.

    Dalam hal ini, Ali Ahmad (1994) menjelaskan; Kesusasteraan sebagai satu kegiatankesenian mendapat perhatian penting oleh masyarakat. Minat yang sedemikianmendalam, khususnya bagi masyarakat lama, mudah difahami, iaitu atas sebab tidakada batas yang jelas antara kegiatan -kegiatan keagamaan, kesenian, dan ekonomi.Pada zaman lampau, misalnya puisi (seperti pantun) atau perbilangan adat,digunakan ketika melaksanakan kegiatan ekonomi, budaya atau pendidikan moral.Dewasa ini kegiatan sedemikian tidak berlaku lagi.

  • 8/6/2019 NOTA UTK ASG. BM

    33/35

    Pandangan ini sejajar dengan pendapat Roger Webster (2004: 16) yang menyatakanpengajian kesusasteraan dihubungkaitkan secara erat dengan alam pengalaman danistilah-istilah yang berkaitan seperti "perasaan" dan "emosi". Oleh sebab itu, kajiansastera cenderung diletakkan bertentangan dengan sains dan sains sosial olehpersepsi subjek-subjek akademik, terutama sekali di institusi -institusi British.

    Sementara itu, Rahman Halib (2000) menjelaskan masalah pembe lajarankesusasteraan Melayu masa kini adalah disebabkan pelajar kurang berminatmembaca sedangkan kemahiran membaca amat penting dalam menikmati karyasastera. Sikap ini juga menjejaskan apresiasi pelajar terhadap karya sastera.

    Selain itu, pelajar menganggap sastera tidak mendatangkan sebarang faedah keranatidak mempunyai nilai ekonomi. Tanggapan negatif ini menjejaskan minat, apresiasidan penghayatan terhadap sastera. Pelajar juga kurang memahami dan menguasaikonsep-konsep sastera yang tertentu misalnya pelajar tidak dapat memahamikonsep plot, sinopsis, metafora, personifikasi dan lain -lain lagi. Kelemahan pelajarmenguasai konsep menyebabkan pelajar sukar menjawab soalan peperiksaan yangberkaitan dengan konsep sastera. Sikap dan minat terhadap saste ra menimbulkan

    masalah dalam menentukan keberkesanan pengajaran kerana teks membosankan.

    Namun, ramai sarjana berpendapat antaranya Shahnon Ahmad menyatakan,pendidikan kesusasteraan ini penting dalam peranannya membina pemikiran dansahsiah manusia kerana dalam kesusasteraan itu banyak mengandungi unsur -unsurmendidik nilai kemanusiaan yang tinggi.

    Seni sastera menjadi nadi kepada tamadun bangsa mestilah boleh menyumbang kearah pembinaan budaya yang besar. Ciri -ciri kesusasteraan mestilahmemperlihatkan wawasan yang jelas dan benar, mempertahankan kehalusankesenimanan, mengadunkan pandangan alam dan garapan seni yang tinggi, dengananalisis dalam penerokaan setiap aspek keinsanan, boleh menghayati pergolakanjiwa dan emosi watak-watak yang ditonjolkan dan berketerampilan dalampenggunaan gaya bahasa sasteranya.

    Melalui sastera sesiapa juga dapat dididik menjadi pemikir dan pemerhati yang tajamlagi