asg full 1

Upload: thivya-kalaichelvan

Post on 08-Jan-2016

36 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

guru dan cabaran semasa

TRANSCRIPT

1.0 PENDAHULUANDalam sebuah masyarakat majmuk maka tunjang perpaduan terletak kepada hubungan baik antara kaum. Bagi merealisasikan perpaduan dalam sesebuah masyarakat, kerjasama dan tolak ansur antara mereka amat penting demi untuk memastikan kesejahteraan hidup dapat dikecapi bersama. Malaysia merupakan sebuah negara yang paling istimewa sekiranya dibandingkan dengan negara-negara yang lain di dunia ini. Keistimewaan Malaysia adalah merupakan sebuah negara kecil dalamnya terdapat kombinasi komuniti yang kepelbagaian. Malah terdapat pula latarbelakang yang berbza-beza termasuklah adat, budaya, keturunan, bahasa dan agama. Kepelbagaian inilah yang membuatkan Malaysia dipandang oleh masyarakat antarabangsa yang lain khususnya sebagai model atau destinasi pelancongan luar negara.Kemakmuran di Malaysia hari ini merupakan hasil daripada satu proses sejarah yang panjang. Perpaduan yang wujud di Malaysia hari sesungguhnya merupakan sebuah kebahagiaan yang telah melalui beberapa proses interaksi, integrasi dan asimilasi antara masyarakat peribumi tempatan dengan masyarakat bukan peribumi tempatan. Perpaduan merupakan satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka. Perpaduan merupakan satu komponen yang penting dalam membangunkan negara.Justeru itu, aspek pendidikan telah dijadikan salah satu wadah utama kerajaan untuk mencapai perpaduan dan integrasi kaum di Malaysia. Pendidikan di Malaysia menjadi salah satu sistem sosial yang paling penting bagi perkembangan dan kemajuan negara. Oleh yang demikian, perancangan yang rapi dan terperinci telah dilaksanakn untuk mencapai hasrat dan matlamat tersebut. Selaras dengan itu, Malaysia telah menghasilkan satu pelan pembangunan pendidikan yang menekankan perpaduan dalam aspirasi pendidikan, iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM). Objektif PPPM adalah untuk mengukuhkan visi dan aspirasi sistem pendidikan sehingga tahun 2025. Ia menyediakan arahan dan terperinci inisiatif pelaksanaan asas supaya objektif dinamik sistem pendidikan barat dapat dicapai.

2.0 DEFINISI KONSEPPada Oktober 2011, Kementerian Pendidikan telah melancarkan kajian semula sistem pendidikan negara secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang baharu. Keputusan melaksanakan kajian semula sistem pendidikan dibuat dalam konteks standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkat, peningkatan aspirasi negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21, dan peningkatan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025 dibangunkan dengan mengambil kira analisis, temu bual, tinjauan, dan kajian yang melibatkan panel pakar pendidikan negara dan antarabangsa, selain turut melibatkan pegawai di Kementerian, guru, pemimpin sekolah, dan ibu bapa. Selain itu, pelaksanaan beberapa siri Dialog Nasional Pendidikan Negara yang dijalankan sejak awal tahun 2012 telah berjaya mengumpul input berupa pandangan, idea, dan maklum balas daripada hampir 12 ribu orang yang mewakili kumpulan orang awam dan pelbagai pihak berkepentingan.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025 bakal mengupayakan pelaksanaan berkesan inisiatif yang mendokong usaha transformasi sistem pendidikan kebangsaan secara menyeluruh. Perancangan dan inisiatif strategik disusun ke arah mewujudkan satu sistem pendidikan yang menekankan kekuatan, kecekapan, kualiti, kelestarian, serta kejayaan yang dapat dilihat dalam tempoh terdekat. Sistem pendidikan di Malaysia menjelang tahun 2025 seharusnya berupayamencapai penyertaan menyeluruh pendidikan peringkat menengah, menempatkan diri pada kedudukan kelompok sepertiga terbaik dalam pentaksiran peringkat antarabangsa, memastikan semua murid menikmati peluang yang sama kepada pendidikan berkualiti, dan seterusnya menyemai identiti nasional dalam kalangan murid.

Strategi pelaksanaan dan sistem sokongan yang mantap, merangkum sistem penyampaian yang berkualiti dan kepimpinan yang cekap dan berkesan adalah kritikal bagi merealisasikan usaha peningkatan kemenjadian murid. Pelan ini melakarkan visi sistem pendidikan dan aspirasi murid yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa depan. Pelan ini juga mencadangkan 11 anjakan strategik dan operasi yang perlu dilaksanakan oleh Kementerian bagi mencapai visi yang dihasratkan. Terdapat lima aspirasi yang disenaraikan dalam PPPM iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pendidikan, kementerian berhasrat memastikan kadar akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat menengah atas (Tingkatan 5) menjelang tahun 2020. Dari segi kualiti, kementerian berharap kedudukan sistem pendidikan negara diletakkan dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa mengikut pengukuran Kajian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) dan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) yang menguji bacaan, Matematik dan Sains dalam tempoh 15 tahun.

Selain itu, jurang pencapaian antara murid bandar dengan luar bandar, tahap sosioekonomi dan pencapaian antara gender sehingga 50 peratus menjelang 2020 juga diharap dapat dirapatkan serta menjana suatu sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid berkongsi pengalaman berinteraksi dengan pelbagai etnik bagi memperkukuh asas perpaduan rakyat. Dari segi kecekapan, walaupun kerajaan terus mengekalkan tahap pelaburan semasa, kementerian berhasrat untuk memaksimum keberhasilan murid mengikut tahap peruntukan semasa.

Selain keberhasilan sistem, tahap kualiti yang perlu ada pada setiap individu murid juga diberi keutamanaan. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia akan terus mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk pendidikan seimbang sebagai asas aspirasi setiap murid. Pelan ini juga merujuk sistem pendidikan berprestasi tinggi lain untuk membina perincian bagi kemahiran khusus dan atribut yang boleh diterapkan kepada murid bagi membolehkan mereka menerajui pembangunan ekonomi dan dunia global masa hadapan.

Selain itu, kementerian telah mengenal pasti 11 anjakan yang perlu dilakukan bagi menghasilkan perubahan yang dihasratkan oleh semua rakyat Malysia. Setiap anjakan perlu memberi impak kepada sekurang-kurangnya satu daripada lima keberhasilan sistem iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Sebahagian daripada anjakan yang terdapat dalam PPPM merupakan perubahan strategi dan hala tuju pendidikan. Berikut merupakan 11 anjakan yang terdapat dalam PPPM.

3.0 KEBERKESANAN STRATEGI-STRATEGI PPPM DI SEKOLAHASPIRASI YANG PERTAMA : MENAMBAH AKSES KEPADA PENDIDIKANSetiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing. Kementerian berhasrat memastikan kadar akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat menengah atas (Tingkatan 5) menjelang 2020.Di sini saya ingin menekankan berkaitan dengan Pendidikan prasekolah yang bermatlamat memastikan kanak-kanak mempunyai asas yang kukuh dalam literasi dan numerasi. Pendidikan awal ini juga dapat menggalakkan interaksi sosial sejak awal usia bagi membolehkan mereka mencapai kejayaan di sekolah dan kehidupan mereka pada masa hadapan. Pendidikan prasekolah di Malaysia ditawarkan oleh sektor awam dan swasta. Prasekolah awam disediakan secara percuma atau dikenakan yuran minimum, namun tempat yang disediakan adalah terhad. Prasekolah swasta memainkan peranan penting dalam menyediakan lebih banyak tempat untuk memperluas akses kepada lebih banyak murid di seluruh negara. Menurut Frederich Froebel, Kinder bermaksud kanak-kanak dan garten bermaksud taman. Kanak-kanak merupakan biji benih dan ibu bapa dan guru sebagai tukang kebun. Pendidikan awal asas penting untuk pendidikan seterusnya kerana ia melibatkan aktiviti ke arah memperkembangkan mental, fizikaldan sosial kanak-kanak.Bagi meningkatkan enrolmen dan kualiti pendidikan prasekolah, kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah. Yang pertamanya adalah meningkatkan bilangan kelas prasekolah. Sejak tahun 2010, bilangan kelas prasekolah di negara ini semakin bertambah. Pada tahun 2014, sebanyak 1,273 kelas prasekolah baharu telah dibuka, menjadikan bilangan keseluruhan kepada 42,866 kelas. Yang keduanya adalah menyediakan geran Permulaan Prasekolah Swasta. Kerajaan juga telah menyediakan geran Permulaan Prasekolah Swasta bagi menggalakkan lebih banyak prasekolah dibuka, termasuk prasekolah bagi murid berkeperluan khas. Inisiatif ini telah berjaya meningkatkan bilangan prasekolah baharu sebanyak 36%, iaitu sebanyak 735 buah pada tahun 2014.Yang seterusnya adalah untuk memastikan prasekolah boleh diakses oleh semua, keluarga berpendapatan rendah dan kanak-kanak berkeperluan khas layak menerima bantuan yuran bagi memasuki prasekolah swasta. Kelayakan bagi menerima bantuan yuran ialah keluarga yang berpendapatan isi rumah kurang daripada RM500 per kapita. Pada tahun 2014, sejumlah RM36.8 juta bantuan yuran telah diberikan kepada 41,109 penerima. Biasanya kita boleh melihat terdapat beberapa prasekolah ini terdiri daripada kanak-kanak yang berbilang kaum. Rajah 1 menunjukkan enrolmen pada peringkat prasekolah:Sumber: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan; Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.Pendidikan awal adalah bertujuan untuk membentuk potensi kanak-kanak dalam semua aspek pertumbuhan diri yang seimbang, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif dengan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-prinsip Rukunegara. Berdasarkan objektif seperti ini, program ini menggalas tanggungjawab yang penting bukan sahaja untuk memberi pendidikan awal di kalangan kanak-kanak, tetapi juga menyelitkan elemen perpaduan dan keharmonian antara kaum.

Perpaduan merujuk kepada proses menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga terhadap negara (Ahmad Ali Seman & Warti Kimi, 2014:48; Syamsul Amri Baharuddin, 2007). Perpaduan (unity) lawannya perpecahan (disunity), malah menurut Syamsul Amri Baharuddin (2008:3) perpaduan yang diidam-idamkan di Malaysia akan tercapai melalui pengembelengan ciri-ciri kepelbagai (diversity) yang wujud dalam masyarakat.Pada prinsipnya, memupuk konsep perpaduan pada peringkat kanak-kanak pada umur sebegini sepatutnya lebih berkesan kerana mereka merupakan golongan yang tidak mempunyai rasa prejudis yang tinggi. Sehubungan itu, program ini juga menarik kerana menyediakan kemudahan pendidikan awal yang amat rendah dari segi kos dan dipimpin oleh guru-guru yang terlatih. Walau bagaimanapun, objektif memberi pendidikan awal serta menanamkan semangat perpaduan yang jitu merupakan objektif yang agak berat. Dalam erti kata lain, kedua-dua objektif ini mesti dicapai dengan cara yang sebaik mungkin kerana pencapaiannya begitu bermakna untuk kemakmuran negara.Secara tidak langsung kita boleh katakan, pendidikan prasekolah ini dapat wujudkan perpaduan di antara kanak-kanak yang berlatarbelakangkan keluarga berpendapatan rendah dengan kanak-kanak berkeperluan khas dan juga yang terdiri daripada pelbagai kaum. Hal ini akan mendorong mereka masing-masing menerima pendidikan yang sama pada tahap umur yang sama di tempat yang sama. Maka mereka akan melayan semua kawan-kawannya dengan sama rata. Kita juga boleh lihat bahawa kurikulum bagi semua prasekolah juga akan menjadi sama dan ini akan mengurangkan jurang pendidikan.

ASPIRASI YANG KEDUA : KUALITI DALAM PENDIDIKANSemua kanak-kanak akan berpeluang mendapat pendidikan cemerlang berdasarkan keunikan sistem pendidikan di Malaysia, dan standing dengan sistem pendidikan antarabangsa. Tumpuan utama di dalam melaksanakan transformasi ini adalah meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Kualiti merupakan elemen terpenting yang diberi penekanan serius dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) 2013-2025. Matlamat PPPM adalah untuk membangunkan siste pendidikan yang berkualiti dan berupaya menyediakan generasi muda dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan, standing dengan sistem pendidikan terbaik di dunia bagi menghadapi cabaran abad ke- 21.Menurut Thomas Friedman dalam bukunyaThe World Is Flat : A Brief History of the Twenty-First Century, menyatakan pendidikan turut memainkan peranan penting dan menjadi kunci utama kepada kejayaan ekonomi dan kelestarian dunia dalam abad ke-21 ini.Alvin Toffler pula dalam bukunyaPower Shift : Knowledge, Wealth and Power at the Edge of The 21stCenturymenyatakan bahawa'the illiterate of the 21st century are not those that cannot read or write, but those that cannot learn, unlearn and relearn.'

Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengimplementasikan program Pembelajaran Abad ke-21 bagi melahirkan murid yang mampu bersaing dan dapat menangani cabaran di peringkat global. Kurikulum yang direncanakan dalam program Pembelajaran Abad Ke-21 ini bukan sahaja mefokuskan penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas tetapi kepada penguasaan berbagai-bagai kemahiran seperti kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif, kemahiran berkomunikasi secara berkesan, kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni, kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan, kemahiran mencari, menginterprestasi dan mengaplikasi maklumat, kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang lain serta kemahiran kepimpinan dan pengurusan. Rajah 2 menunjukkan standard kemahiran yang ditetapkan dalam program Pembelajaran Abad ke-21:

Rajah 2: Standard Kemahiran Yang Ditetapkan Dalam Program Pembelajaran Abad ke-21:

Program Pembelajaran Abad ke-21 telah membawa kepada beberapa perubahan di sekolah. Salah satunya adalah persekitaran fizikal bilik darjah abad ke-21. Persekitaran fizikal bilik darjah penting kerana persekitaran kondusif boleh menggalakkan atau menghalang pembelajaran. Menurut Marland (1975) suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan kawan atau musuh dalam pembelajaran. Konsep bilik darjah abad ke-21 yang dibangunkan adalah mentransformasikan bilik darjah dengan ruang pembelajaran kreatif hasil usaha murid supaya menarik dan bermakna serta suasana atau iklim bilik darjah yang dapat merangsang murid untuk bersaing, beajar secara koperatif dan memperoleh kemahiran kolaboratif. Dari segi perubahan yang dilaksanakan dari segi fizikal bilik darjah abad ke-21 adalah bilik darjah sebagai sumber, kedudukan murid di dalam kelas iaitu dalam kumpulan, dilengkapi dengan kemudahan teknologi seperti LCD, papan putih, soft board dan komputer. Rajah 3 menunjukkan contoh susun atur di bilik darjah abad ke-21.

Rajah 3: Susun Atur Di Bilik Darjah Abad Ke-21.Selain daripada perubahan persekitaran fizikal, kementerian pendidikan juga telah memilih komuniti pembelajaran profesional sebagai asas pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21. Ini adalah untuk memantapkan penyampaian pendidikan bagi meningkatkan pencapaian murid. Komuniti pembelajaran profesional merangkumi aktiviti-aktiviti kolaboratif peringkat sekolah dan juga pihak sekolah dengan komuniti luar. Disamping itu komuniti pembelajaran profesional juga menyediakan peluang berlakunya aktiviti perkongsian ilmu, kepakaran dan partnership. Secara amnya. komuniti pembelajaran profesional merujuk kepada usaha para pendidik yang komited bekerja secara kolaboratif serta berterusan untuk membuat inkuiri atau kajian tindakan bagi mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka ( Dufour, Eaker & Mary, 2006). Beberapa strategi pembangunan komuniti pembelajaran profesional telah dilaksanakan di sekolah seperti Jejak Pembelajaran(Learning Walks), Bimbingan Rakan Sebaya atau Pembimbing Instruksi, Belajar menggunakan Rancangan Pengajaran Harian, Sesi Perkongsian Guru, Pengajaran secara Kolobratif dan Cross Visits.

Program Pembelajaran Abad ke-21 ini bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti pendidikan Malaysia malah ia juga memberi laluan ke arah perpaduan. Contohnya, dalam bilik darjah abad ke-21, penyusunan meja kerusi adalah dalam bentuk kumpulan yang terdiri daripada empat hingga 6 murid. Ia memudahkan murid berbincang dan menjalankan aktiviti kumpulan serta memberikan peluang kepada murid untuk mengutarkan ideanya tanpa sempadan perbezaan kaum atau bangsa. Penyusunan meja kerusi yang berasingan seolah-olah mengasingkan dan mengelakkan setiap individu berinteraksi antara satu sama lain. Suasana bilik darjah yang ceria mencerminkan sikap tanggungjawab dan kerjasam antara murid yang berbagai kaum yang menuju ke arah perpaduan.Selain itu, strategi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru di bilik darjah abad ke-21 juga dapat mengeratkan perpaduan antara murid. Dalam tugas melaksankan isi kandungan yang telah dirancang, selain daripada memberi ilmu pengetahuan, objektif pengajaran juga perlu sejajar dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bermatlamat mewujudkan sebuah negara yang maju dengan cara yang tersendiri. Maka, sebagai seorang pendidik yang profesional, guru di dalam bilik darjah abad ke-21 akan memberi segala bimbingan dan bantuan yang menunjukkan keadilan dan kesaksamaan. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, guru akan menanamkan sifat rasional dalam usaha memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid. Sesi ini membolehkan murid bertukar-tukar pendapat dan memberi pandangan yang membina. Murid juga mempelajari menerima pendapat dan kritikan dari bangsa yang berlainan.Disamping itu, pembelajaran koperatif yang diutamankan dalah Program Pembelajaran Abad ke-21 juga mengeratkan perpaduan dalam kalangan murid. Pembelajaran koperatif adalah satu kaedah pembelajaran yang digunakan oleh guru bagi membantu meningkatkan hubungan dan kemahiran sosial murid di samping mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan. Murid akan bekerjasama dalam satu kumpulan kecil, membantu satu sama lain untuk memenuhi kehendak tugasan individu atau kumpulan sebagai yang diminta oleh guru melalui perhubungan yang saling bergantung secara positif, bertanggungjawab, interaksi bersemuka yang sihat dan penglibatan yanga saksama.

Kaedah pembelajaran secara koperatif ini penting dalam pembentukan perpaduan kaum dan ini dapat dibuktikan melalui pendapat yang dikemukakan oleh William Ragan and C. B. Stendler dalam penulisan mereka yang bertajuk The Social Dimension yang telah mengatakan strategi pengajaran melalui koperatif dapat mengalakkan pelajar menetapkan perancangan bersama, menetukan matlamat, membahagikan tanggungjawab dalam melaksanakan segala aktiviti seni yang diminta. Secara tidak langsung, ia dapat mengeratkan lagi persahabatan antara pelajar yang berbilang kaum.

ASPIRASI YANG KETIGA : KESAKSAMAAN DALAM PENDIDIKANMatlamat Kementerian Pelajaran Malaysia juga adalah untuk memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang termasuklah daripada Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. Untuk mencapai matlamat tersebut, jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti, dan kualiti dapat ditingkatkan adalah jurang bandar dan luar bandar, jurang digital, jurang antara tahap pencapaian pelajar, jurang antara pelajar normal dan pelajar berkeperluan khas dan jurang sosioekonomi.Merujuk kepada dasar dan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia yang mementingkan kesaksamaan peluang pendidikan, namun kadar keciciran pendidikan dikalangan masyarakat orang asli masih lagi tinggi. Sehubungan itu, Kementerian berusaha gigih untuk memastikan murid Orang Asli berdaftar di sekolah, menghadiri sekolah dan menamatkan pendidikan rendah dan menengah. Maka, Pelan Transformasi Pendidikan Orang Asli 2013-2017 yang telah dilancarkan pada tahun 2013 mensasarkan secara khusus kepada meningkatkan keberhasilan pendidikan untuk kanak-kanak orang asli. Pada tahun 2014, fokus Kementerian adalah untuk memastikan kanak-kanak Orang Asli mengikuti persekolahan melalui penambahan bilangan sekolah K9 dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat Orang Asli tentang kepentingan pendidikan. Di samping itu, Kementerian juga memberi tumpuan kepada akses untuk mengikuti latihan keguruan melalui peningkatan pengambilan guru pelatih Orang Asli dalam Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru. Kementerian mengenal pasti bahawa terdapat beberapa faktor yang menghalang penyertaan dan kemajuan murid Orang Asli dalam pendidikan seperti faktor geografi, ekonomi dan budaya. Mengikut perangkaan UNICEF (2007), terdapat lebih kurang 80 peratus kanak-kanak Orang Asli yang tidak pernah menamatkan persekolahan di peringkat sekolah menengah.Di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, kementerian telah menubuhkan Sekolah Model Khas Komprehensif (k9) untuk menyediakan pendidikan bagi murid pribumi daripada peringkat rendah hingga menengah. Model Khas ini bertujuan untuk mengurangkan kadar keciciran murid daripada Tahun 6 ke Tingkatan 1 dengan memastikan murid pribumi menerima pendidikan formal sekurang- kurangnya sembilan tahun. Pada tahun 2014, dua buah lagi sekolah K9 telah dibuka menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 7 buah sekolah. SK Pekan Pensiangan, Sabah telah dibuka dengan 22 orang guru dan enrolmen sebanyak 165 orang murid pribumi. Sekolah ini turut dilengkapi dengan kemudahan asrama untuk murid. SK (Asli) Bukit Kemandol dibuka di Kuala Langat, Selangor dengan 23 orang guru serta enrolmen sebanyak 203 orang murid. Seramai 3,102 orang murid Orang Asli berdaftar di sekolah K9 pada masa kini.Melalui Sekolah Model Khas Komprehensif (k9), kementerian telah memberikan peluang kepada Orang Asli dan Pribumu untuk mendapatkan pendidikan berkualiti seperti murid aliran perdana. Sering kali perpaduan hanya dikaitkan dengan kaum terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Melalui pelaksanaan strategi baru ini, perpaduan antara murid bukan sahaja antara kaum Melayu, Cina ataupun India namun dengan Orang Asli dan Pribumi juga dapat diperkukuhkan.Sekolah Model Khas Komprehensif (k9) juga menggunakan kurikulum seragam seperti sekolah-sekolah kerajaan yang lain. Kurikulum seragam yang dibina bukan sahaja bertujuan untuk memberikan ilmu pengetahuan dan maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan memupuk semangat perpaduan. Kurikulum ini berorientasiakan suasana Malaysia. Misalnya, mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah serta Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam sifat-sifat mulia seperti tolong-menolong, bekerjasama dan berfikiran optimis serta membentuk tingkah laku yang bersopan santun dan saling menghormati sesama manusia.Selain itu, sebelum wujudnya Sekolah Model Khas Komprehensif (k9) faktor bahasa juga menjadi salah satu halangan untuk masyarakat orang asli terdedah kepada perkembangan semasa terutama yang berkaitan dengan isu pendidikan. Komunikasi juga menjadi lebih terhad kerana hanya sedikit daripada mereka yang mampu berbahasa Malaysia. Jadi, maklumat-maklumat semasa atau perkembangan pendidikan yang terkini tidak dapat diikuti dan difahami dengan jelas. Namun dengan adalahnya strategi baru, semua murid pribumi dan orang asli dapat berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia.Menurut Venderber dan Verdeber (1977), komunikasi adalah satu proses berkongsi makna melalui pengiriman dan penerimaan mesej secara sengaja dan tidak sengaja. Komunikasi merupakan satu proses penyampaian maklumat dari satu pihak (penyampai) kepada satu pihak yang lain (penerima). Komunikasi juga dilihat sebagai ejen yang menyebabkan terpupuknya persefahaman dan menjadikan sesebuah bangsa itu harmoni jika kita mengelakkan berlakunya pertikaman lidah dan sentiasa menggunakan bahasa yang elok ketika berkomunikasi.Dengan mempelajari bahasa komuniksi iaitu Bahasa Malaysia ia memberi peluang kepada murid pribumi dan orang asli untuk berkomunikasi dengan rakan yang berbangsa lain. Ini adalah kerana, menurut kajian Hon (2007), 45 % murid orang asli mendapati sukar untuk komunikasi dengan orang lain yang berlainan etnik. Maka dengan mempelajari Bahasa Malaysia, murid orang asli dapat berkomunikasi dengan bebas dan tanpa sifat rendah diri dan ini dapat mengeratkan perpaduan kerana bahasa merupakan salah satu alat perpaduan. Fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan merupakan senjata paling ampuh dalam merealisaikan konsep 1 Malaysia. Perpaduan dapat ditafsirkan sebagai satu proses yang menyatupadukan rakyat dan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air. Kamus Dewan (2005) mendefinisikan perpaduan sebagai penggabungan, pelaburan penyesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya. Oleh itu, dapatlah diertikan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan ialah bahasa yang menjadi lambang penyatuan suara yang digunakan sebagai alat perhubungan di dalam lingkungan satu kelompok manusia yang berfungsi sebagai alat menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum dalam sesebuah negara.Hal ini kerana cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa hormoni antara kaum di negara ini. Oleh itu, Penyata Razak telah diperakui dan diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran pada tahun 1957. Ordinan ini mewajibkan semua jenis sekolah menggunakan sukatan pelajaran yang sama manakala Bahasa Melayu pula digunakan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah, khusus untuk membantu perpaduan kebangsaan dan menjadi wahana berkesan untuk komunikasi pelbagai kumpulan etnik dan masyarakat pelbagai dialek atau bahasa.

ASPIRASI YANG KEEMPAT : MENGGALAKKAN PERPADUAN MELALUI PENDIDIKANIdentiti nasional yang kukuh melalui penghayatan prinsip Rukun Negara, diperlukan untuk kejayaan dan masa depan Malaysia. Setiap murid akan berbangga dikenali sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira etnik, agama atau status sosioekonomi. Bagi mencapai strategi ini, kementerian telah memperkukuhkan perpaduan melalui kokurikulum. Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) bagi menggalakkan integrasi dalam kalangan murid daripada pelbagai jenis sekolah melalui aktiviti yang dijalankan secara bersama-sama.Sekolah dibahagikan mengikut kluster dengan kombinasi dua hingga tiga jenis sekolah (sebagai contoh: SK, SJKC dan SJKT; SMK, SMKA dan SMJK) bagi mengukuhkan lagi kerjasama dalam kalangan murid, guru dan sekolah dalam aktiviti terpilih. Dalam tahun 2014 program ini telah dilaksanakan di 3,011 buah sekolah. Bagi memastikan RIMUP dilaksanakan seperti yang dihasratkan di sekolah, beberapa siri jerayawara telah dijalankan di 16 buah negeri melibatkan penyertaan daripada 20,916 orang pengetua, guru besar dan penolong kanan kokurikulum. Aktiviti yang dijalankan dikelompokkan di bawah lima kategori iaitu akademik, patriotisme, kebudayaan dan kesenian, khidmat masyarakat, serta sukan dan permainan. Sebahagian daripada aktiviti yang dijayakan termasuk tarian, permainan, dan sukan tradisional, karnival bahasa dan debat perpaduan. Dasar 1 Murid 1 Sukan merupakan salah satu dasar yang diselitkan dibawah RIMUP. Dasar ini mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan untuk Semua dan Sukan untuk Kecemerlangan. Aktiviti sukan di bawah Sukan untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh halyang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia. Terdapat pelbagai kebaikan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Perkara ini akan dibincangkan demi kepentingan bersama.Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya untuk memupuk perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Perpaduan merupakan kunci kejayaan Malaysia hingga dikenali di peringkat antarabangsa. Malaysia sentiasa dijadikan contoh kepada negara-negara lain di dunia ini kerana kejayaannya membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk selama 57 tahun ini. Kerajaan sedar bahawa rakyat tidak harus alpa akan kepentingan perpaduan untuk membina sebuah negara Malaysia yang berjaya dan harmoni. Indikator terbaik ke arah itu adalah melalui sukan. Dasar ini dapat memupuk perpaduan antara kaum. Penglibatan dalam satu-satu jenis sukan akan melibatkan ramai murid lain yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur, bangsa dan agama seperti. Keadaan ini akan memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan sensitiviti mereka dan juga menambah pengetahuan masing-masing akan budaya pelbagai kaum. Pendek kata,tak kenal, maka tak cinta. Malahan, pemahaman mereka terhadap sesuatu bangsa atau agama akan lebih meningkat.Selain itu, melalui dasar ini semangat kerjasama dapat diwujudkan. Semua murid akan bersatu padu untuk menjadi juara tanpa mengira warna kulit, bangsa, dan agama. Dengan ini mereka akan bertolak ansur antara satu sama lain dan akan bermain secara satu pasukan untuk mendapat kemenangan. Sifat bertolak ansur merupakan salah satu nilai yang perlu untuk mewujudkan perpaduan. Maka sudah terang lagi bersuluh, Dasar 1 Murid 1 Sukan amatlah penting untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.Sukan merupakan jambatan perpaduan kaum di Malaysia kerana sukan mempunyai nilai murni yang boleh melahirkan generasi cergas, sihat bukan sahaja dari segi fizikal dan rohani tetapi keupayaan mengukuhkan kesejahteraan pelbagai masyarakat dalam memastikan perpaduan terus utuh juga mampu menjadi sebahagian dari proses meraikan kepelbagaian kelompok etnik yang ada di negara ini. Di samping itu, sukan juga merupakan antara mekanisme penting dalam melentur semangat 'kekitaan di kalangan masyarakat Malaysia serta 'penjana' dalam mempertahankan keharmonian, kemuafakatan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat negara ini di bawah prinsip 1 Malaysia.

ASPIRASI YANG KELIMA : MEMPERTINGKATKAN KECEKAPANSeiring dengan transformasi sistem pendidikan negara, Kementerian perlu melakukan transformasi dalaman bagi membolehkannya menyediakan bimbingan, sokongan dan hala tuju kepada pemimpin sekolah, guru dan murid secara berterusan. Usaha ini akan menjadikan Kementerian lebih cekap dan berkesan dalam penyampaian pembelajaran dan keberhasilan murid. Pada tahun 2014, Kementerian terus memberikan tumpuan kepada peningkatan akses kepada internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui 1 Bestari Net.Penembusan internet di Malaysia berada pada kadar 67% dan telah meningkat pada kadar 19% daripada tahun 2010 hingga 2014. Namun begitu, Malaysia masih lagi ketinggalan berbanding dengan negara-negara maju seperti Korea Selatan, Australia dan Singapura yang mempunyai penembusan internet yang tinggi. Kadar pertumbuhan penembusan internet Malaysia juga lebih rendah berbanding dengan negara sedang membangun seperti Vietnam. Walau bagaimanapun, Malaysia masih mempunyai ruang untuk meningkatkan akses internet berkualiti kepada rakyatnya. Kerajaan sedang mempertingkat usaha untuk memperluas jaringan dan capaian serta mempertingkat kelajuan internet ke seluruh negara sedang dijalankan.Sejajar dengan trend ini, Kementerian akan meneruskan usaha memanfaatkan infrastruktur platform dan TMK untuk sekolah. Kementerian akan meneruskan usaha untuk menggalakkan guru dan murid menggunakan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran serta menggalakkan penguasaan kemahiran abad ke-21. Kementerian telah melancarkan 1BestariNet untuk menyediakan akses internet berkelajuan tinggi ke setiap sekolah di seluruh negara. Rangkaian 1BestariNet memerlukan pembinaan menara komunikasi bagi menampung sambungan 4G berkelajuan tinggi. Kementerian sedang berusaha untuk mendapatkan kerjasama dan sokongan daripada pihak berkuasa tempatan bagi membina menara tersebut. Sebagai langkah awal, sekolah yang masih belum disambung dengan talian 1BestariNet telah diberikan pilihan untuk disambungkan kepada talian Internet Service Provider (ISP) lain. Talian internet sekolah tersebut akan melalui proses migrasi kepada 1BestariNet dalam Fasa 2 projek ini pada tahun 2015.Melalui 1BestariNet, persekitaran pembelajaran maya (Virtual Learning Environment, VLE) telah diwujudkan untuk membolehkan guru berkongsi bahan pendidikan dengan murid dan memberikan tugasan kepada mereka secara dalam talian. Antara manfaat yang diperoleh murid termasuk kemudahan mengakses laman pembelajaran, buku teks digital dan menyiapkan kerja rumah melalui VLE. Ibu bapa juga boleh melihat tugasan dan mengikuti perkembangan prestasi akademik anak-anak mereka serta mendapat maklumat mengenai aktiviti sekolah.Sebagai bukti, persekitaran pembelajaran maya menggalakkan pengunaan ICT dalam pengajaran. Oleh hal demikian pelajar dapat meneroka lebih banyak maklumat menggunakan internet dan bahan- bahan bercetak yang lain. Dalam menjelaskan perkara ini, Kementerian Pelajaran telah menyediakan prasarana dan kemudahan yang lengkap bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Kemajuan internet dihujung jari ini menjadikan murid pelbagai kaum senang memperolehi pelbagai maklumat terutamanya yang melibatkan kaum di Malaysia seperti latar belakang, kebudayaan, adat resam dan keagamaan dengan hanya melayari internet dan suasana pembelajaran yang sama di Malaysia.Sebagai contoh sekolah Seri Bintang Utara di Cheras telah dilengkapkan dengan 470 buah komputer yang boleh digunakan oleh warga sekolah bagi sesuatu masa. Hal ini memudahkan urusan pelajar untuk mencari maklumat tanpa perlu beratur panjang atau menunggu giliran untuk mencari maklumat terutama pada mereka yang sering menggunakan waktu rehat persekolahan untuk pergi ke pusat sumber atau meluaskan masa untuk berehat sambil mencari maklumat. Semua pelajar tanpa mengira kaum dapat berkongsi maklumat dan kemahiran menerusi ICT dalam sisitem pendidikan sekolah yang sama. Keadaan ini dapat memupuk semangat perpaduan antara kaum sejak awal kanak-kanak lagi.

Proses pembelajaran dan pengajaran akan menjadi lebih menarik kerana pelajar hari ini sudah bersiap sedia dan mempunyai pengetahuan sedia ada yang baik. Hal ini memudahkan tugas guru dalam menyampaikan maklumat kepada proses pembelajaran dan pengajaran disekolah. Pembelajaran akan lebih berpusatkan kepada pelajar dan guru berfungsi sebagai fasilitator semata-mata. Sistem pembelajaran yang berorientasikan teknologi maklumat menarik minat pelajar untuk meneroka pelbagai maklumat baru. Kesan kebaikan lain dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas ialah had tugasan yang terusun dan sistematik kepada tenaga pengajar dalam mencari pelbagai bahan dan untuk memulakan pengajaran dan pembelajaran. Semua maklumat tentang kaum, etnik dan akademik senang diperolehi pada bila-bila masa sahaja. Dengan ini masyarakat berbilang kaum akan lebih memahami budaya kaum lain untuk saling menghormati.

Dalam sistem 1BestariNet, para pelajar sentiasa terdedah dengan pelbagai tugasan. Tugasan yang tersusun yang diberikan oleh guru akan menjadikan murid mudah memberi fokus dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini akan menjadikan menjadikan pelajar-pelajar lebih berdikari dan menyiapkan pelbagai tugasan secara bersama tanpa mengira kaum. Mereka menguasai kemahiran, memperolehi ilmu dan pengetahuan secara bersama semasa menyiapkan sesuatu tugasan tersebut. Hal ini baik untuk perpaduan kaum diperingkat awak remaja semasa menjalani proses pendidikan di sekolah.

4.0 CADANGAN STRATEGI BARU KE ARAH PEMBINAAN PERPADUAN DALAM KALANGAN PELAJAR MALAYSIA

Perlaksanaan Minggu Kebudayaan boleh dikatakan sebagai satu cadangan strategi ke arah pembinaan perpaduan dalam kalangan pelajar Malaysia. Sepertimana ditekankan ia boleh dikaitkan dengan aspirasi yang keempat iaitu menggalakkan perpaduan . Antara tujuan mengadakan program sebegini adalah untuk memupuk rasa bangga dalam kalangan murid terhadap bahasa dan budaya yang mencerminkan akal budi dan pemikiran murid, memepuk perasaan menghargai persamaan dan perbezaan budaya yang rencam di Malaysia dalam kalangan murid serta menonjolkan ciri-ciri kepelbagaian kaum yang kompleks dengan setiap kaum mempunyai kebudayaannya yang tersendiri. Disamping itu, murid-murid juga dapat meneruskan konsep perpaduan yang memperkasakan hubungan antara kaum. Menurut Che Su Mustaffa (2005), budaya merupakan sebahagian daripada peninggalan yang diperturunkan dan dipelajari daripada nenek moyang, dan diwarisi pula oleh generasi akan datang. Dalam konteks pendidikan di Singapura, aspek kebudayaan dan masyarakat perlu dititikberatkan kerana pelajar secara realitinya hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan budaya. Tanpa pendidikan yang bercorak kepelbagaian budaya, pelajar tidak akan mengenali jati diri masyarakatnya.Prinsip pendidikan pelbagai budaya memperlihatkan perspektif yang positif. Stephen May (1962) menyatakan bahawa prinsip tersebut mampu menggalakkan pemahaman dan interaksi antara silang budaya serta penerimaan perubahan oleh setiap kaum. Ibrahim Saad (1986) pula, menegaskan bahawa kepelbagaian budaya penting untuk didedahkan kepada pelajar kerana mereka bukan sahaja perlu mengetahui tetapi juga menghargai asal-usul kebudayaan tempatan, jati diri dan identiti negara.Hal ini kerana, negara kita ini merupakan antara bumi bertuah yang kaya dengan pelbagai budaya, agama, etnik, adat dan tradisi. Walaupun kaya dengan kepelbagaian sebegini tetapi berapakah peratus murid yang kenal budaya masyarakat yang berlainan agama dan bangsa? Maka kita tidak boleh nafikan bahawa program seperti Minggu Kebudayaan sebegini menjadi haluan bagi mengenal budaya masyarakat Malaysia. Sehubungan dengan itu, dalam minggu Kebudayaan ini pelbagai aktiviti yang akan dijalankan yang menjurus kepada sekurang-kurangnya mengenal identiti masyarakat yang lain. Sebagai contoh, setiap hari dipilih untuk satu kaum dan sepanjang hari tersebut segala aktiviti yang dilaksanakan adalah berkaitan dengannnya. Sebagai contoh, katakan kita memilih hari Isnin sebagai hari bagi kaum orang Melayu. Maka, pada hari itu semua murid digalakkan untuk memakai baju tradisional orang melayu seperti baju kurung, kebaya dan baju melayu. Pelbagai tapak pameran disediakan dan khaskan kepada aspek bagi pertunjukkan. Sebagai contoh, pamerkan pameran berkaitan dengan adat dan tradisi seperti gambar adat merisik dan berkahwin secara berturutan dan mereka juga khas satu masa bagi membuat demonstrasi kepada pengunjung tapak pameran berkaitan dengan adat merisik dan berkahwin. Begitu juga dengan tapak-tapak pameran yang lain bagi mempamerkan pakaian tradisional, permainan tradisional, seni muzik, tarian dan sebagainya. Pada hari tersebut, boleh juga mengadakan pertandingan yang berkaitan seperti pertandingan memperagakan pakaian tradisional yang cantik, permainan seperti congkak, gasing, sepak takraw, batu seremban, tarian dan sebagainya. Maka secara langsung murid-murid yang berlainan bangsa akan celik pemikiran tentang budaya, adat dan tradisi masyarakat Melayu. Tak kenal maka tak cinta, itulah peribahasa yang sesuai untuk dikatakan kerana apabila kita kenal pada sesuatu maka kita akan mula rasa sayang dan hormat padanya. Hal ini akan mendorong kepada masyarakat yang budaya berbudi bahasa. Masyarakat yang berbudi bahasa akan saling menghormati tidak kira apa-apa jua warna kulit ataupun status individu tersebut. Bukan itu sahaja, amalan murni ini akan mendidik masyarakat yang berlainan bangsa dan agama supaya sentiasa menjaga perasaan antara satu sama lain sama ada melalui tutur bicara atau perlakuan. Ringkasnya, amalan ini dapat mewujudkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum di negara kita.

Cadangan strategi kedua yang ingin dicadangkan adalah program anak angkat antara guru dan murid yang berlainan bangsa. Cadangan ini boleh dikaitkan dengan kualiti dalam pendidikan dalam PPPM. Di mana guru-guru cemerlang yang berlainan bangsa akan diberi beberapa orang kumpulan murid Elit. Contohnya, seorang guru yang berbangsa Cina akan diamanahkan untuk mengajar beberapa orang murid yang berbangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain lagi.Sepertimana kita ketahui, kebiasaannya masyarakat Cina mahir ataupun pakar dalam subjek matematik, maksud apabila guru tersebut mengajar kita berkemungkinan besar kita senang dalam memahami pengiraan disebabkan oleh teknik yang digunakannya. Seterusnya, guru tersebut akan membimbing mentee membuat latihan tambahan dan satu jam lagi dikhaskan supaya murid-murid diajar komunikasi asas bahasa ibunda guru tersebut. Setiap hujung minggu kesemua guru dan murid akan berkumpul di sebuah sekolah bagi perlaksanaan program anak angkat. Tujuan utama perlaksanaan program anak angkat adalah bagi menjalinkan hubungan yang lebih rapat dengan komuniti setempat, membantu menjana pembangunan sosio-ekonomi komuniti setempat dan mewujudkan perkongsian ilmu dengan komuniti. Hal ini kerana, kebiasaannya, murid-murid tinggal dalam kawasan pedalaman atau kampung mereka jarang berkomunikasi dengan masyarakat yang berlainan bangsa. Dalam kajian perpaduan etnik di Semenanjung Malaysia, Yew, Mohammad, Mansor, dan Samsudin (1990) mendapati perpaduan antara etnik adalah rendah dan kajian mereka juga mendapati bahawa komunikaso antara etnik dan pendedahan media massa tidak memberi sumbangan terhadap perpaduan. Maka, dengan adanya program anak angkat mereka berpeluang untuk berkongsi idea dengan murid dan yang berlainan bangsa di samping dapat meningkatkan keyakinan diri untuk berkomunikasi dengan orang lain. Ia juga dapat menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan pelajar-pelajar yang berlainan kaum dan bukannya sesama kaum sahaja. Persis kata mutiara, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Apabila murid-murid digalakkan berkomunikasi dengan orang yang berlainan bangsa ia menjadi suri teladan dan membolehkan mereka menghayati keistimewaan masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis kaum dan etnik sekali meningkatkan kebolehan seseorang bergaul dalam pelbagai bahasa, misalnya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan bahasa-bahasa ibunda seperti bahasa Tamil, Cina. Apabila golongan muda menguasai pelbagai bahasa, mereka dapat berkomunikasi dengan rakan yang berlainan bangsa dengan mudah. Selain daripada itu, menguasai pelbagai bahasa membantu seseorang lebih mudah untuk berhubung atau berkomunikasi dengan orang lain. Hal ini demikian kerana seseorang akan lebih berkeyakinan untuk bersemuka dengan sesiapa sahaja. Pokoknya, nilai-nilai perpaduan dan permuafakatan hendaklah didedahkan kepada generasi muda sejak awal lagi agar jiwa perpaduan dalam diri mereka dapat berkembang dengan sempurna. Cadangan strategi yang ketiga adalah pembinaan Perpustakaan Pelbagai Kaum. Konsep pembinaan adalah menyediakan sebuah perpustakaan dimana penuh dengan pelbagai jenis buku mahupun fiksyen ataupun bukan fiksyen dalam pelbagai bahasa. Pelaksanaan adalah pihak sekolah perlu sediakan satu masa yang khas dalam jadual waktu. Guru-guru pula perlu membawa mereka ke sana dan memberikan tugasan ataupun mengadakan aktiviti seperti membuat buku skrap, perbincangan, simulasi dan sebagainya dimana setiap kumpulan terdiri daripada murid yang berlainan bangsa. Kaedah pengajaran adalah lebih berpusatkan kepada murid manakala guru hanya bertindak sebagai fasilitatir sahaja. Pembelajaran berpusatkan murid ialah tumpuan kepada perkembangan pembelajaran murid sebagai individu, memberi pilihan kepada murid jenis pengetahuan dan apa yang ingin dipelajari, serta mewujudkan kolaborasi iaitu membina pengetahuan dan persekitaran positif yang melibatkan penilaian berterusan dengan sikap guru yang mendengar pandangan murid dan melibatkan murid untuk merancang sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Secara tidak langsung, aktiviti ini meningkatkan kolaborasi dan koperatif dalam kumpulan yang terdiri daripada pelbagai kaum. Johnson & Johnson (2003), menyatakan pembelajaran koperatif berfokus kepada perkembangan sosioemosi dan interaksi kumpulan dengan aktiviti ditumpukan pada perbincangan dan membina pasukan. Pendekatan pembelajaran ini dikenal pasti dan dikembangkan seperti suasana di dalam bilik darjah yang memberikan peluang kepada murid untuk belajar bersama-sama dan membuat kajian dalam kumpulan secara koperatif seperti yang dinyatakan oleh Santrock (2004). Dari erti kata yang lain, pembelajaran koperatif ini adalah satu pendekatan mengajar dan belajar di mana murid bekerjasama dalam kumpulan yang kecil dan saling membantu antara satu sama lain bagi menyelesaikan tugasan individu atau kumpulan.Menurut Jonassen (1996), pembelajaran kolaboratif dapat membantu pelajar membina pengetahuan yang lebih bermakna jika dibandingkan dengan pembelajaran secara individu. Di samping itu juga dapat membentuk kemahiran berkomunikasi yang positif dalam kalangan murid. Maka, tidak boleh nafikan bahawa kita dapat meningkatkan perpaduan murid kerana mereka saling hormat-menghormati pendapat orang lain serta akan bersikap rasa berbesar hati bagi menerima pendapat orang lain terutamanya individu yang berlainan bangsa. Selain itu, pada masa yang sama guru boleh mengadakan pengajaran dan pembelajaran silang budaya semasa waktu kurikulum. Guru boleh meminta setiap wakil daripada murid berlainan bangsa untuk memperkenalkan ciri-ciri tertentu budaya masing-masing dalam kelas secara formal dengan menyelitkan aktiviti rangsangan yang sesuai. Guru juga boleh menyuruh murid mencari data dan informasi melalui rangkaian sosial di Internet seraya mengumpul soalan sebelum melakukan perbincangan dalam kumpulan. Murid-murid mengumpul soalan seperti Mengapakah perlu menggunakan tangan semasa makan?, apakah ciri-ciri khas dan makna semasa acara meminum the? dan Apakah konsep berpuasa bagi masyarakat Melayu?Sebagai seorang guru, saya berharap kita akan dapat melahirkan pemuda-pemuda yang tidak mempunyai masalah perhubungan dan pergaulan antara kaum yang berlainan sekiranya kita dapat mengaplikasikan cadangan strategi sepertimana dinyatakan tadi. Pergaulan mesra dan semangat bersatu padu yang dijalin ini sudah mampu menjadi tiang kukuh untuk membuktikan bahawa rakyat Malaysia patuh pada Rukun Negara. Hal ini sangat penting untuk memupuk perpaduan kaum di Malaysia dalam sanubari anak-anak sejak bangku sekolah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Semua kekangan untuk mempererat perpaduan kaum akan dapat diselesaikan jika anak-anak telah mempelajari cara-cara untuk berinteraksi dengan orang yang berlainan kaum sejak kecil.

5.0 RUMUSAN Sistem pendidikan kita merupakan tunjang pembangunan negara. Dalam tempoh lebih 58 tahun negara mencapai kemerdekaan misalnya, kita menyaksikan peningkatan yang ketara dalam pelbagai peringkat pendidikan. Negara boleh berbangga dengan kejayaan kita menyediakan pendidikan rendah dan menengah rendah yang telah mencapai tahap hampir sejagat. Dalam usaha mencapai aspirasi yang tinggi dalam persekitaran persaingan global yang semakin sengit, kita tidak boleh lalai. Oleh itu, Malaysia telah melaksanakan perubahan besar terhadap keseluruhan sistem pendidikan semasa untuk melonjakkan pencapaian semua murid. Tidak dinafikan bahawa proses pelaksanaan transformasi pendidikan memerlukan pendekatan dan strategi baharu agar setiap murid mampu memiliki dan menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21. Oleh yang demikian, transformasi pendidikan bukan sekadar menambah bilangan kakitangan dan kemudahan, malah perlu menjurus kepada usaha untuk memahami dan menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran.Hanya menerusi pendidikan saja, rakyat Malaysia yang berbilang etnik dapat disemai rasa semangat kekitaan dari sejak kecil hinggalah dewasa. Generasi awal terutamanya para pelajar sekolah rendah perlu didedahkan betapa pentingnya perpaduan dalam arus masyarakat Malaysia yang besifat majmuk ini. Mahu tidak mahu, perkara ini turut melibatkan sistem pendidikan negara kerana melalui pendidikanlah, generasi pelajar dapat membentuk dan mencorakkan masyarakat Malaysia pada masa hadapan. Ianya selaras dengan pepatah Melayu iaitu melentur buluh biarlah dari rebungnya. Mereka ini perlu dan semestinya didedahkan bahawa perpaduan kaum begitu bermakna dan akibat buruk yang akan timbul daripada sikap curiga mencurigai di antara mereka.

6.0 REFLEKSI Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana dengan nikmat dan kurnianya, tugasan kerja kursus berasaskan ilmu Guru dan Cabaran Semasa (EDU 3093) ini dapat disiapkan dengan jayanya pada masa yang telah ditetapkan. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Saedah Binti Sukiran kerana telah memberi penerangan yang cukup jelas dan terperinci berkaitan dengan tugasan ini. Tanpa kerjasama dan maklum balas dari semua pihak, sudah tentu saya tidak dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.Sewaktu pertama kali saya mendapat tugasan ini, terdetik dalam hati saya bagaimana aku boleh siapkan tugasan ini dengan sempurna kerana tidak tahu untuk membuatnya. Setelah menghadiri beberapa kelas Puan Saedah dan dengan penerangan yang jelas tentang tugasan ini segala masalah telah dileraikan. Tugasan yang difokuskan adalah tentang menganalisis isu dan cabaran semasa yang membolehkan guru dapat mengenal pasti, mereflek keberkesanan serta mencadangkan strategi-strategi baru yang mampu membawa perubahan positif pada masa hadapan.Sebagai langkah awal saya telah mencari maklumat tentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dan juga tentang isu perpaduan. Ini adalah kerana saya ingin menerokai beberapa maklumat dan pengetahuan supaya saya mempunyai pengetahuan semasa melaksanakan kerja kursus ini. Selain itu, saya telah menganalisis maklumat-maklumat yang diperolehi dari pelbagai sumber dan telah menyusun maklumat-maklumat tersebut secara teratur. Saya telah mengumpul maklumat berkaitan PPPM, strategi dan program serta isu perpaduan dengan menggunakan pelbagai sumber. Iaitu, dari sumber buku, internet, surat khabar, jurnal dan sebagainya. Saya juga telah membincang dengan rakan sekelas mengenai kerja kursus ini untuk mendapat idea-idea yang baru. Selepas mengumpul maklumat saya telah mula membuat tugasan ini.Sebenarnya saya telah menghadapi kesukaran untuk membuat tugasan ini kerana tajuk tugasan yang diberi memang mencabar. Dasar baru yang diimplementasikan dalam sistem pendidikan Malaysia iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia merupakan satu dasar yang sangat baru dan maklumat yang berkaitan PPPM adalah sangat terhad. Ini telah menyukarkan saya untuk melaksanakan tugasan ini. Namun begitu, saya tidak berputus asa. Saya telah menerokai program-program dan strategi yang dilaksanakan dibawah PPPM melalui pembacaan modul Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Walaupun saya telah mengambil masa yang agak lama untuk mendalami strategi-strategi di bawah PPPM ini namun usaha keras saya telah memberikan faedah.Melalui tugasan ini, saya dapat memahami tentang Pelan Pembanguan Pendidikan Malaysia ini dan juga berkaitan dengan perpaduan. Saya juga telah mengetahui tentang apakah perbezaan antara PIPP dengan PPPM, fokus PPPM, antara usaha yang telah dan akan dijalankan oleh kerajaan terutamanya Kementerian Pendidikan supaya dapat menghasilkan satu sistem pendidikan yang lebih berkesan dan efisien dari segi kualitinya. Selain itu saya juga dapat mengetahui tentang perpaduan, kelebihannya, kesan negatif sekiranya tidak dicapai. Tambahan pula, melalui tugasan ini, secara tidak langsung saya dapat memahami lebih lanjut tentang cabaran-cabaran yang dihadapi oleh seorang guru dan antara isu-isu yang berkaitan dengan bidang pendidikan ini. Melalui tugasan ini saya memahami bahawa pendidikan di Malaysia telah mengalami banyak transformasi untuk melalui era globalisasi dan dengan adanya sistem pendidikan dan persekolahan yang berkonsepkan ICT, akan merancakkan lagi dunia pembelajaran dan perpaduan kaum di Malaysia kerana semua maklumat senang dan cepat diperolehi. Saya juga telah memahami bahawa tugas seorang guru bukan hanya terbatas sebagai agen pendidik sahaja di dalam kelas tetapi juga sebagai agen perpaduan dan integrasi kaum. Dengan pengetahuan yang saya perolehi ini, saya yakin bahawa saya boleh menghadapi segala cabaran yang akan saya menempuh sewaktu menjadi seorang guru sebenar pada kelak nanti. Sebenarnya, saya berasa gembira dan berpuas hati kerana melalui melaksanakan tugasan ini kerana melalui tugasan ini, saya telah mendapat banyak ilmu pengetahuan yang dapat boleh saya aplikasikan semasa saya bertugas sebagai seorang pendidik. Saya juga mendapati bukan mudah untuk menggalas tugas sebagai seorang guru yang baik kerana seorang guru perlu sentiasa peka terhadap keadaan semasa dan perlu menambah ilmu dan pengetahuan untuk dikongsikan kepada murid-murid. Sekian, Terima Kasih.7.0 RUJUKAN1) Ahmad Marzuki Ismail (2008). Komunikasi Asas Untuk Pelajar. Kuala Lumpur: Karisma Publication Sdn Bhd.

2) Awang Had Salleh (1980). Pendidikan Kearah Perpaduan : Sebuah Perspektif Sejarah. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.

3) Haris Md. Jadi. 1990. Etnik, Politik dan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

4) Johnson, D. W. & Johnson, R. T. (1987). Circle Of Learning. Cooperation In The Classroom (3rd Ed.). Edina, Minnesota: Interaction Book.

5) Mansor Mohd. Noor,Abdul Rahman Abdul Aziz danMohamad Ainuddin Iskandar Lee (2006).Hubungan etnik di Malaysia.

6) Ruslan Zainuddin. 2005. Sejarah Malaysia. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd.

7) Che Su Mustaffa dan Rasilah Mohd Rosdi (2005). Budaya Masyarakat Malaysia. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.

8) Ibrahim Saad ( 2001). Isu Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

9) May,S. (1962). Making Multicultural Education Work. Toronto: Ontario Institute for Studies In Education.

10) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia http://skptmabb6066.blogspot.com/p/pppm.html

11) http://www.astroawani.com/topic/Pelan-Pembangunan-Pendidikan-Malaysia/news

31