asg m3 mei 11

20
1.0 Pengenalan Sukatan Pelajaran KBSR Matematik menekankan pelajar perlu menguasai kemahiran yang melibatkan operasi-operasi +, -, x, ÷. Operasi-operasi itu merupakan asas kepada menguasai kemahiran-kemahiran lain dalam matematik. Namun, masalah  pencapaian yang kurang memberasangkan oleh pelajar dalam sesuatu topik matematik sering kali dihadapi oleh guru. Hal ini berlaku kerana dari kecil lagi pelajar sering didedahkan bahawa Matematik adalah subjek yang sukar. Masyarakat telah menanamkan dalam pemikiran pelajar "matematik adalah susah". Mengikut  pandangan ahli psikologi, apabila kita menganggap sesuatu perkara itu adalah susah, maka susah la ia, walaupun pada hakikatnya ia adalah mudah. Matematik merupakan suatu subjek yang mudah sebenarnya. Ini adalah kerana apa jua soalan Matematik, jawapannya adalah tetap. Sebagai contoh, apabila 2 ditambahkan dengan 3, jawapannya adalah 5, tiada jawapan yang lain. Seseorang  pelajar yang cemerlang Matematik sebenarnya menggunakan strategi atau kaedah yang lebih baik berbanding dengan orang lain. Mereka bukanlah mempunyai otak yang lebih pintar, tetapi mempunyai cara dan kaedah yang mudah, menggunakan sebaik mungkin ciptaan ilahi ini. Untuk menguasai matematik, pemahaman konsep dan penguasaan sifir adalah dua perkara yang penting. Tetapi perlukah sifir itu dihafal? Sifir sebenarnya perlu difahami dahulu. Apabila murid telah faham dan mengaplikasikannya, maka sifir itu akan dapat dikuasai tanpa disedari. Kesilapan konsep matematik adalah jawapan yang diperoleh guru dalam mengenalpasti punca-  punca kelemahan murid dalam suatu topik matematik. Disini penekanan diberi pada topik penyelesaian masalah melibatkan pembahagian nombor perpuluhan. Penyelesaian masalah ialah satu bidang Matematik yang tersendiri dan istimewa kerana perkara ini lebih berkait rapat dengan situasi dan pengalaman harian. Penyelesaian masalah merupakan kemuncak dalam pengajian Matematik kerana ianya menguji kemahiran berfikir dan kemahiran lain seperti kemahiran dalam fakta asas, menaakul masalah, operasi, menyusun data, menggunakan pelbagai konsep Matematik dan menyemak secara logik. Namun murid sering menghadapi kesukaran dalam topik penyelesaian masalah terutamanya yang melibatkan pembahagian nombor perpuluhan. Pembelajaran pembahagian nombor perpuluhan sering kali sukar difahami oleh murid. Ini disebabkan murid keliru dengan kedudukan titik perpuluhan. 1

Upload: sobri4587

Post on 09-Jul-2015

1.113 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: asg m3 mei 11

5/10/2018 asg m3 mei 11 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/asg-m3-mei-11 1/20

 

1.0 Pengenalan

Sukatan Pelajaran KBSR Matematik menekankan pelajar perlu menguasai

kemahiran yang melibatkan operasi-operasi +, -, x, ÷. Operasi-operasi itu merupakan

asas kepada menguasai kemahiran-kemahiran lain dalam matematik. Namun, masalah

 pencapaian yang kurang memberasangkan oleh pelajar dalam sesuatu topik matematik 

sering kali dihadapi oleh guru. Hal ini berlaku kerana dari kecil lagi pelajar sering

didedahkan bahawa Matematik adalah subjek yang sukar. Masyarakat telah

menanamkan dalam pemikiran pelajar "matematik adalah susah". Mengikut

 pandangan ahli psikologi, apabila kita menganggap sesuatu perkara itu adalah susah,

maka susah la ia, walaupun pada hakikatnya ia adalah mudah.

Matematik merupakan suatu subjek yang mudah sebenarnya. Ini adalah kerana

apa jua soalan Matematik, jawapannya adalah tetap. Sebagai contoh, apabila 2

ditambahkan dengan 3, jawapannya adalah 5, tiada jawapan yang lain. Seseorang

  pelajar yang cemerlang Matematik sebenarnya menggunakan strategi atau kaedah

yang lebih baik berbanding dengan orang lain. Mereka bukanlah mempunyai otak 

yang lebih pintar, tetapi mempunyai cara dan kaedah yang mudah, menggunakan

sebaik mungkin ciptaan ilahi ini. Untuk menguasai matematik, pemahaman konsepdan penguasaan sifir adalah dua perkara yang penting. Tetapi perlukah sifir itu

dihafal? Sifir sebenarnya perlu difahami dahulu. Apabila murid telah faham dan

mengaplikasikannya, maka sifir itu akan dapat dikuasai tanpa disedari. Kesilapan

konsep matematik adalah jawapan yang diperoleh guru dalam mengenalpasti punca-

 punca kelemahan murid dalam suatu topik matematik. Disini penekanan diberi pada

topik penyelesaian masalah melibatkan pembahagian nombor perpuluhan.

Penyelesaian masalah ialah satu bidang Matematik yang tersendiri dan

istimewa kerana perkara ini lebih berkait rapat dengan situasi dan pengalaman harian.

Penyelesaian masalah merupakan kemuncak dalam pengajian Matematik kerana ianya

menguji kemahiran berfikir dan kemahiran lain seperti kemahiran dalam fakta asas,

menaakul masalah, operasi, menyusun data, menggunakan pelbagai konsep

Matematik dan menyemak secara logik. Namun murid sering menghadapi kesukaran

dalam topik penyelesaian masalah terutamanya yang melibatkan pembahagian

nombor perpuluhan. Pembelajaran pembahagian nombor perpuluhan sering kali sukar 

difahami oleh murid. Ini disebabkan murid keliru dengan kedudukan titik perpuluhan.

1

Page 2: asg m3 mei 11

5/10/2018 asg m3 mei 11 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/asg-m3-mei-11 2/20

 

Justeru, pemahaman konsep nombor perpuluhan perlu diberi perhatian oleh guru

ketika penyelesaian masalah pembahagian dilakukan. Kegagalan memahami konsep

  pembahagian nombor perpuluhan menjadi faktor penghalang pemahaman murid

dalam topik-topik berikutnya seperti wang, ukuran panjang, jisim, dan isipadu cecair 

kerana topik-topik ini juga melibatkan nombor perpuluhan. Ini seterusnya

membuatkan murid menganggap bahawa matapelajaran Matematik adalah sukar dan

akan mengakibatkan mereka tidak berminat untuk mempelajarinya.

Oleh yang demikian, pengajaran dan pembelajaran Matematik perlu dirancang

dan dikendalikan dengan berkesan bagi mewujudkan suatu pengalaman yang

menyeronokkan dan mencabar bagi pelajar. Pengalaman, kebolehan, minat, daya dan

gaya murid yang berbeza-beza perlu diambil kira dan diberi perhatian oleh guru.

1.1 Objektif Kajian 

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis kesilapan dalam penyelesaian

masalah melibatkan nombor perpuluhan bagi murid tahun 4 diikuti faktor-faktor yang

menyebabkan murid menghadapi kesukaran dalam soalan penyelesaian masalah.

Kajian ini juga menganalisis punca kesilapan yang dilakukan oleh murid ketika

menyelesaikan soalan penyelesaian masalah serta mengenal pasti sama ada terdapat

 pola persamaan antara jenis kesalahan yang dilakukan murid. Tumpuan kajian ini

adalah ke atas operasi bahagi.

Mengikut model Polya iaitu model yang dicadangkan oleh George Polya, bagi

menyelesaikan sesuatu penyelesaian masalah pelajar perlu melalui 4 peringkat seperti

 berikut:

1. Memahami masalah

2. Merancang strategi

3. Melaksanakan strategi

4. Menyemak semula

 

Apa yang ditekankan mengikut model Polya adalah setiap masalah dilihat

dalam bentuk hieraki. Ini adalah kerana kegagalan pada mana-mana tahap akan

membantutkan usaha pelajar untuk menyelesaikan masalah dengan baik.

2

Page 3: asg m3 mei 11

5/10/2018 asg m3 mei 11 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/asg-m3-mei-11 3/20

 

2.0 Tinjauan Kajian

Beberapa kajian yang telah dijalankan oleh ahli psikologi, pakar matematik 

dan guru matematik menunjukkan ada pelbagai sebab murid melakukan kesilapan

dalam pengiraan bahagi. Kesediaan murid mempelajari cara-cara menyelesaikan

masalah yang melibatkan operasi bahagi tertakluk kepada tahap pencapaian atau

 penguasaan mereka mempelajari tentang operasi tambah, tolak dan darab. Swenson

(1973) berpendapat kemahiran membahagi tidak digunakan sekerap kemahiran

tambah, tolak dan darab serta diperkenalkan lewat maka kurang peluang untuk 

kemahiran membahagi diamalkan. Inilah menyebabkan murid menghadapi kesulitan

menyelesaikan masalah bahagi.

Menguasai fakta asas congak darab dan bahagi merupakan aspek penting

dalam menguasai kemahiran menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi bahagi.

Menurut Ruslia (1990) dalam kajiannya di Sekolah Kebangsaan Tasik, Ipoh, Perak;

antara punca masalah dalam kelambatan dan kelemahan mencongak pengiraan

melibatkan operasi bahagi adalah sikap murid itu sendiri.

Manakala Ramly (1992) berpendapat murid tidak ada inisiatif untuk 

menghafal sifir atau fakta asas bahagi. Antara kelemahan murid menyelesaikan

masalah bahagi adalah murid tidak tahu cara membina ayat matematik bagi operasi

 bahagi, tidak ada asas membaca dan kurang yakin terhadap kebolehan diri serta sikap

malu untuk bertanya.

Kesimpulan yang agak sama telah dikesan dalam kajian Mazniah (1994)

tentang kelemahan murid dalam penyelesaian masalah bahagi. Masalah-masalah yang

dihadapi murid adalah menulis ayat matematik yang terbalik pembahagi dan yang

dibahagi, tidak dapat membaca dan memahami maksud atau kehendak soalan serta

ragu-ragu tentang maksud yang dikemukakan secara lisan dan tidak dapat menulisnya

kepada bentuk ayat matematik.

 

3

Page 4: asg m3 mei 11

5/10/2018 asg m3 mei 11 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/asg-m3-mei-11 4/20

 

3.0 Instrumen Kajian

Dalam kajian yang dijalankan, instrumen yang digunakan adalah :

i. Pemerhatian

Pemerhatian bagi mengenalpasti kumpulan sasaran ini dilaksanakan melalui

kaedah berikut:

a) Pemerhatian latihan dalam buku kerja dan buku latihan

 b) Analisis jawapan peperiksaan pertengahan tahun.

ii. Ujian Diagnostik  

Ujian diagnostik ini terdiri daripada 4 soalan berbentuk penyelesaian masalah. Soalan

ini telah diubahsuai mengikut aras pengetahuan murid. Soalan-soalan dalam ujian

diagnostik ini terdiri daripada kemahiran operasi bahagi melibatkan perpuluhan bagi

murid tahun 4. Semua soalan yang disediakan adalah pernyataan langsung, ia tidak 

mempunyai maklumat pengganggu dan memerlukan satu langkah penyelesaian

sahaja. Masa yang diperuntukkan dalam ujian ini ialah 20 minit dan ia ditadbirkan

 pada murid kelas 4 Amanah yang terdiri daripada 32 orang murid. Daripada jumlah

32 orang murid itu, 13 orang murid adalah lelaki dan 19 orang lagi murid perempuan.

Guru akan memeriksa ujian bertulis yang diberikan untuk menentukan sama ada

 jawapan yang diberikan itu betul atau salah.

Contoh soalan:

1. Madam Lee bought 28.24 metres of cloth to make 8 pieces of curtains. What is

the length of each piece of curtain?

2. Abu packed 21.5 kg of rice in 5 packets. What is the mass of each packet of 

rice?

3. 0.75 metres of material is cut into 3 pieces of equal length. What is the length

of each piece?

4. 72.6 kg of milk powder is distributed among 6 families. How much milk  powder will each family receive?

4

Page 5: asg m3 mei 11

5/10/2018 asg m3 mei 11 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/asg-m3-mei-11 5/20

 

4.0 Analisis Kesalahan Murid

Berikut disenaraikan antara kesalahan yang dilakukan murid setelah diberi latihan

 penyelesaian masalah pembahagian melibatkan nombor perpuluhan.

Soalan 1:

Madam Lee bought 28.24 metres of cloth to make 8 pieces of curtains. What is the

length of each piece of curtain?

Murid 1: Murid 2:

Murid 3: Murid 4:

5

Page 6: asg m3 mei 11

5/10/2018 asg m3 mei 11 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/asg-m3-mei-11 6/20

 

Soalan 2:

Abu packed 21.5 kg of rice in 5 packets. What is the mass of each packet of rice?

Murid 1: Murid 2:

Murid 3: Murid 4:

Soalan 3:

0.75 metres of material is cut into 3 pieces of equal length. What is the length of each

 piece?

Murid 1: Murid 2:

6

Page 7: asg m3 mei 11

5/10/2018 asg m3 mei 11 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/asg-m3-mei-11 7/20

 

Murid 3: Murid 4:

Soalan 4:

72.6 kg of milk powder is distributed among 6 families. How much milk powder will

each family receive?

Murid 1: Murid 2:

Murid 3: Murid 4:

7

Page 8: asg m3 mei 11

5/10/2018 asg m3 mei 11 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/asg-m3-mei-11 8/20

 

4.1 Punca-punca Kesilapan 

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan berlakunya kesilapan di kalangan

murid. Antara punca kesilapan tersebut adalah seperti berikut :

1. Tidak berhati-hati atau cuai. Murid cuba untuk menyelesaikan soalan dengan

cepat tanpa menyemak semula.

2. Tidak menguasai sifir dengan baik.

3. Tidak menulis sifar pada kedudukan yang betul atau tertinggal menulis sifar.

4. Tidak menguasai nilai tempat sa, puluh, persepuluh, dan perseratus dalam

 perpuluhan.

5. Tidak melakukan operasi tolak dengan betul ketika menyelesaikan

 pembahagian.

6. Tidak menulis titik perpuluhan / menulisnya pada kedudukan yang salah.

7. Tidak menguasai operasi bahagi dan menyalin semula soalan sebagai jawapan.

i. Tidak berhati-hati atau cuai 

Faktor melakukan kesalahan disebabkan kecuaian berlaku dikalangan semua murid

tanpa mengira tahap kecerdasan iaitu baik bagi murid yang cerdik mahupun yang

lemah. Ini kerana murid terlalu gopoh untuk menghabiskan soalan sehingga

melakukan kecuaian ketika memberi jawapan. Ada juga yang terlalu yakin dengan

 jawapan yang diberi sehingga tidak menyemak semula jawapan sebelum menghantar 

kertas soalan. Apabila murid ini ditanya mengapa berlaku kesilapan,

mereka menyatakan bahawa mereka bersaing untuk menghabiskan soalan secepat

mungkin sehingga tidak peduli untuk menyemak jawapan.

8

Page 9: asg m3 mei 11

5/10/2018 asg m3 mei 11 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/asg-m3-mei-11 9/20

 

Contoh:

ii. Tidak menguasai sifir dengan baik.

Apabila murid tidak menguasai sifir, maka mereka sudah pasti tidak akan dapat

membahagi dengan betul. Hal ini menyebabkan, murid hanya akan meletakkan

sebarang nombor sebagai jawapan. Kesalahan ini seringkali dilakukan murid.

Contoh:

iii. Tidak menulis sifar di tempat yang betul / menambah sifar pada jawapan. 

Kesilapan yang biasa dilakukan murid ialah apabila menganggap sifar itu tiada nilai

atau tidak diperlukan dalam jawapan. Disamping itu, terdapat juga murid yang akan

menambah sifar kerana keliru atau cuai dalam pembahagian yang dilakukan.

Contoh:

9

Page 10: asg m3 mei 11

5/10/2018 asg m3 mei 11 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/asg-m3-mei-11 10/20

 

 

iv. Tidak menguasai nilai tempat sa, puluh, persepuluh, dan perseratus.

  Nilai tempat merupakan perkara penting yang perlu difahami murid dalam

Matematik. Ini kerana kesilapan menulis nilai tempat akan menyebabkan jawapan

menjadi salah. Terdapat segelintir murid yang mengganggap bahawa mereka boleh

menulis jawapan di sebarang nilai tempat asalkan jalan kira bagi menyelesaikan

soalan itu betul.

Contoh:

v. Tidak melakukan operasi tolak dengan betul ketika menyelesaikanpembahagian.

Didapati juga, jawapan bagi pembahagian akan menjadi salah sekiranya murid tidak 

melakukan operasi tolak dengan berhati-hati dan cermat.

Contoh:

vi. Tidak menulis titik perpuluhan / menulisnya pada kedudukan yang salah.

10

Page 11: asg m3 mei 11

5/10/2018 asg m3 mei 11 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/asg-m3-mei-11 11/20

 

Antara kesalahan yang pada biasanya dilakukan oleh murid ialah tidak menulis titik 

 perpuluhan pada jawapan dan terdapat juga murid yang meletakkan titik perpuluhan

 pada kedudukan yang salah disebabkan keliru dengan kedudukan nilai tempat.

Contoh:

vii. Tidak menguasai operasi bahagi dan menyalin semula soalan sebagai

 jawapan.

Apabila murid tidak memahami bagaimana untuk melakukan operasi bahagi maka hal

ini akan menyebabkan mereka menyalin semula soalan sebagai jawapan. Disamping

itu, turut terdapat murid yang menambah pembahagi (3) untuk mendapat jawapan

(0.42) dengan nombor yang dibahagi (0.75) iaitu (3 + 0 = 0, 3 + 4 = 7, 3 + 2 = 5)

Contoh:

11

Page 12: asg m3 mei 11

5/10/2018 asg m3 mei 11 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/asg-m3-mei-11 12/20

 

5.0 Rancangan Pengajaran Matematik 

Masa : 8.45-9.45 (60 minit)

Kelas : 4 Amanah

Bilangan murid : 32 orang

Tajuk : Pembahagian Perpuluhan

Kemahiran : Menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi bahagi

dalam situasi harian.

Pengetahuan sedia ada:

i. Murid mengetahui bahawa pembahagian merupakan operasi

melibatkan perkongsian sama rata / sama banyak.

ii. Murid mengetahui bahawa operasi bahagi adalah

songsangan dari operasi darab.

Hasil pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat

i. Menyelesaikan masalah bahagi dalam situasi harian yang

melibatkan nombor perpuluhan dengan betul dan tepat.

ii. Meletakkan titik perpuluhan pada kedudukan yang betul.

iii. Mengetahui pembahagian adalah perkongsian sama banyak.

Bahan bantu mengajar: Riben, kertas grid, kad soalan, kad gambar, silinder penyukat,

lembaran kerja.

Penerapan nilai murni : Menilai, mengkategori, membahagi, bijak, teliti dan yakin.

Kemahiran berfikir : Menjana idea, mengkategori, mengumpul dan mengelas.

Set induksi (5 minit)

12

Page 13: asg m3 mei 11

5/10/2018 asg m3 mei 11 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/asg-m3-mei-11 13/20

 

i. Guru menyediakan potongan riben berwarna sepanjang 0.8 meter dan

mengedarkannya kepada setiap murid.

ii. Murid diminta untuk melipat riben tersebut kepada 4 bahagian yang sama

 panjang. Kemudian murid diarahkan untuk mengukur panjang 1 bahagian

dari riben tersebut.

iii. Guru mengemukakan soalan untuk menguji kefahaman murid.

Soalan:

- Berapakah panjang 1 bahagian tersebut?

- Adakah terdapat kaedah yang lebih mudah tanpa melibatkan teknik melipat

dan mengukur?

Langkah 1 (10 minit)

i. Lanjutan dari set induksi guru mengaitkan dengan tajuk yang akan diajar 

 pada hari ini.

ii. Sebelum mula menyelesaikan soalan penyelesaian masalah bahagi, murid

dibimbing untuk membina petak sifir (9 x 9).

iii. Petak sifir ini akan memudahkan murid untuk menyelesaikan operasi

 bahagi dan seterusnya membolehkan murid menghafal sifir.

Rajah 1

1 2 3 4 5 6 7 8 9

2 8

3 7

4 6

5 5

6 4

7 3

8 2

9 8 7 6 5 4 3 2 1

13

Page 14: asg m3 mei 11

5/10/2018 asg m3 mei 11 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/asg-m3-mei-11 14/20

 

iv. Guru membimbing murid mengisi untuk mengisi pepenjuru segiempat

dengan angka 1 hingga 9. (Rajah 1)

v. Pada petak ke 9, murid diminta untuk menulis nombor 1 -8 secara

menegak dan melintang selepas angka 9. Kemudian guru mengarahkan

murid untuk melengkapkan petak ke 5 secara menegak melalui

 penambahan berulang dan menulisnya kembali secara melintang.

(Rajah 2)

(Rajah 2)

vi. Setelah itu, murid mengisi petak ke 2, 3, 4 dan seterusnya sehingga

lengkap secara penambahan berulang (menegak dan diikuti melintang).

(Rajah 3)

1 2 3 4 5 6 7 8 9

2 10 18

3 15 274 20 36

5 10 15 20 25 30 35 40 45

6 30 54

7 35 63

8 40 72

9 18 27 36 45 54 63 72 81

1 2 3 4 5 6 7 8 9

2 4 6 8 10 12 14 16 18

3 6 9 12 15 18 21 24 27

4 8 12 16 20 24 28 32 36

5 10 15 20 25 30 35 40 45

6 12 18 24 30 36 42 48 54

7 14 21 28 35 42 49 56 63

8 16 24 32 40 48 56 64 72

9 18 27 36 45 54 63 72 81

14

Page 15: asg m3 mei 11

5/10/2018 asg m3 mei 11 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/asg-m3-mei-11 15/20

 

(Rajah 3)

Langkah 2 (15 minit)

i. Murid dibahagikan kepada kumpulan berempat.

ii. Setiap kumpulan beberapa keping kertas grid petak 100.

iii. Murid diberikan soalan bahagi tanpa melibatkan soalan penyelesaian

masalah. ( 2.5 ÷ 10 )

iv. Secara berkumpulan, murid mewarnakan 3 keping petak bagi

menunjukkan nilai 2.5 dengan bimbingan guru.

v. Kemudian, murid (dalam kumpulan) diminta untuk membahagikan petak-

 petak tersebut kepada 10 kertas petak grid 100 dengan mewarnakannya

secara sama banyak mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

vi. Guru berbincang dengan murid mengenai contoh penyelesaian yang betul.

vii. Guru membimbing murid menyelesaikan soalan tersebut menggunakanoperasi bahagi dalam bentuk lazim.

viii. Murid diminta untuk menyemak semula jawapan yang telah diperolehi.

Langkah 3 (15 minit)

i. Guru mengemukakan soalan penyelesaian masalah kepada murid.

15

Page 16: asg m3 mei 11

5/10/2018 asg m3 mei 11 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/asg-m3-mei-11 16/20

 

0.40.82

0

8

ii. Beberapa orang murid dipilih secara rawak untuk membaca soalan

tersebut.

Contoh soalan:

The distance from house to the school is 0.8 km. The mosque is halfway in between

the house and the school. What is the distance from the mosque to the school?

iii. Guru membimbing murid untuk memahami soalan penyelesaian masalah

dengan bertanyakan soalan berikut:

-What is given? (Apa yang diberi) = 0.8 km , halfway-What is asked for? (Apa yang dikehendaki) = distance from the

mosque to the school

-What operation is needed? (Operasi yang terlibat) = ÷

iv. Murid dibimbing untuk menyelesaikan masalah dengan menggunakan

kaedah Polya berpandukan gambarajah.

-Memahami masalah:

Distance from house to the school is 0.8 km, the mosque is half way.

Find the distance from the mosque to the school.

-Merancang strategi:

Distance from the mosque to the school = 0.8 km ÷ 2

- Melaksanakan strategi:

 

16

Page 17: asg m3 mei 11

5/10/2018 asg m3 mei 11 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/asg-m3-mei-11 17/20

 

8

0 . 4

0 . 820

8

8

= 0.4 km

-Menyemak semula

0.4 km x 2 = 0.8 km

v. Murid ditekankan supaya tidak tertinggal untuk menulis titik perpuluhan

dan bagaimana untuk menulisnya dengan betul. Iaitu titik perpuluhan bagi

 jawapan perlu ditulis sebaris dengan titik perpuluhan bagi nombor yang

dibahagi.

Langkah 4 (10 minit)

i. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

ii. Guru mengedarkan kad soalan penyelesaian masalah kepada kumpulan

murid.

Kad soalan:

Mona pours 3.6 litres of orange juice into 8 glasses. How much orange juice is in

each glass?

iii. Murid berbincang dalam kumpulan untuk menyelesaikan masalah

mengikut langkah yang telah diterangkan oleh guru.

iv. Kumpulan yang berjaya menyelesaikan soalan dengan pantas diminta

untuk menuang 3.6 liter air dalam 8 silinder penyukat yang diletakkan

dihadapan kelas mengikut jawapan yang diperolehi.

v. Guru berbincang dengan murid mengenai jawapan yang betul.

17

Page 18: asg m3 mei 11

5/10/2018 asg m3 mei 11 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/asg-m3-mei-11 18/20

 

0.4

0.82

0

8

Penutup (5 minit)

i. Beberapa orang murid disoal secara rawak mengenai apa yang telah

mereka pelajari pada hari ini.

ii. Guru merumuskan pengajaran serta mengedarkan lembaran kerja sebagai

latihan pengukuhan kepada murid.

Refleksi:

Pelajar dijangka akan dapat menguasai penyelesaian masalah bahagi melibatkan

nombor perpuluhan setelah melalui 5 kali sesi pembelajaran.

 

6.0 Penutup

Pengajaran dan pembelajaran Matematik bukan hanya sekadar mengajar murid-

murid ’bagaimana’ menjawab soalan Matematik tetapi juga harus membimbing

mereka sehingga mereka memahami ’mengapa’ mendapat jawapan yang sedemikian.

Para pelajar masa kini telah mencapai banyak kemajuan serta memperolehi pelbagai

 peluang dan didedahkan dengan berbagai-bagai pengetahuan dalam situasi kehidupan

seharian mereka. Mereka tentu berasa kurang puas hati dengan hanya mengira atau

menjawab soalan Matematik secara menghafaz tanpa pengertian atau kefahaman.

18

Page 19: asg m3 mei 11

5/10/2018 asg m3 mei 11 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/asg-m3-mei-11 19/20

 

Oleh yang demikian, pengajaran dan pembelajaran Matematik seharusnya melibatkan

kosep kefahaman, analisis dan pemikiran secara rasional. Kejayaan pengajaran guru

dan pencapaian matlamat pengajaran dan pembelajaran Matematik sememangnya

 bergantung kepada pemilihan strategi pengajaran yang sesuai, penyusunan langkah-

langkah mengajar secara sistematik, kecekapan guru menguruskan aktiviti kumpulan

serta perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut kebolehan murid

masing-masing. Disamping itu juga, guru Matematik perlu memaparkan sifat-sifat

yang matang, berfikiran terbuka, kreatif, inovatif, konstruktif, rasional dan bijaksana

(Nik Azis, 1996). Pengajaran Matematik yang berkesan akan menghasilkan

  pembelajaran Matematik yang mudah dan menyeronokan. Justeru, pengetahuan

tentang isi kandungan, kaedah mengajar (pedagogi), dan gaya pembelajaran murid

(psikologi) perlulah dikuasai sepenuhnya oleh para pendidik Matematik supaya

objektif yang dirancang dapat dicapai secara menyeluruh dan berkesan.

RUJUKAN

Atan Long (1991)  Pelbagai Kaedah Mengajar. Fajar Bakti Sdn. Bhd, Kuala

Lumpur.

Dr Mahmood Othman (March 2011) Teaching Mathematics in Year Four (Open University Malaysia). Meteor Doc. Sdn. Bhd, Seri Kembangan.

Frank J. Swetz , Liew Su Tim (1998), Pengajaran Matematik KBSR, Fajar 

Bakti Sdn. Bhd..Kuala Lumpur.

Liou Hou Sin, Teori dan Strategi Pengajaran Matematik Rendah, Jurnal:

Kementerian Pendidikan Malaysia, Keluaran 69, Disember 1986.

Mazniah bt. Abu Bakar, Kelemahan Murid-murid dalam PenyelesaianMasalah Operasi Bahagi, Sekolah Kebangsaan Batang Kali,Hulu Selangor, Guru

Pakar Matematik, 1994.

Mook Soon Sang, Siew Fook Cheong (1996) Pengajaran & pembelajaran

Matematik untuk Pengajaran Sekolah Rendah Heinemann (Malaysia) Sdn. Bhd.

 Noor Shah Saad(2001). Teori Perkaedahan Pendidikan Matematik .Prentice

Hall, Petaling Jaya Selangor.

Ramly b Hanif, Kelemahan Murid dalam Menyelesaikan Masalah Operasi

 Bahagi Tahun 4, Sekolah Perak Kebangsaan Tuallang Sekah, Gopeng, Kursus SijilPerguruan Khas, 1992.

19

Page 20: asg m3 mei 11

5/10/2018 asg m3 mei 11 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/asg-m3-mei-11 20/20

 

Ruslia bt Nordin, Kelemahan Murid Tahap II Menguasai Fakta Asas Congak Operasi Darab dan Bahagi, Sekolah Kebangsaan Tasek Ipoh, Perak, 1990

Wan Yusof, Lee Gik Lean, Rabiyah Fakir Mohd (2005) MathematicsTextbook Year 4. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

http://atikan-jurnal.com/2011/05/nik-azis-nik-pa-faridah-mohamed-ibrahim/

http://ezinearticles.com/?Theres-More-Than-One-Way-to-Solve-Division-

Problems

20