asg 1 ( internship)

38
Tugasan 1 : Internship MGM3180 ISI KANDUNGAN Muka Surat ISI KANDUNGAN ... ... ... 1 PENGHARGAAN ... ... ... 2 Surat Kebenaran UPM ... ... ... 3 Surat Permohonan ... ... ... 4 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Definisi Internship ... ... ... 5 1.2 Definisi Usahawan dan Keusahawanan ... ... ... 5 1.3 Definisi Usahawan Tani ... ... ... 6 2.0 PENGENALAN ... ... ... 7 2.1 Maklumat Perniagaan ... ... ... 8 2.2 Biodata Pemilik ... ... ... 9 2.3 Lokasi Perniagaan ... ... ... 12 2.4 Susun Atur Premis Perniagaan ... ... ... 13 3.0 BAHAGIAN PENGELUARAN / OPERASI 3.1 Carta Aliran Proses ... ... ... 15 3.2 Rancangan Pengeluaran ... ... ... 16 3.3 Produk yang ditawarkan ... ... ... 17 4.0 BAHAGIAN ORGANISASI / SUMBER MANUSIA 4.1 Carta Organisasi ... ... ... 23 4.2 Jawatan dan Bil Pekerja ... ... ... 24 4.3 Jadual Tugasan Harian ... ... ... 24 5.0 TIMELINE SEMASA DI SARJANI (M) SDN BHD ... ... ... 25 6.0 SWOT ANALISIS SARJANI (M) SDN BHD ... ... ... 26 7.0 KESIMPULAN ... ... ... 27 8.0 LAMPIRAN Munawarah binti Sapuan 1

Upload: munna

Post on 10-Jul-2016

82 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

internship

TRANSCRIPT

Page 1: Asg 1 ( Internship)

Tugasan 1 : Internship MGM3180

ISI KANDUNGANMuka Surat

ISI KANDUNGAN ... ... ... 1

PENGHARGAAN ... ... ... 2

Surat Kebenaran UPM ... ... ... 3

Surat Permohonan ... ... ... 4

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Definisi Internship ... ... ... 5

1.2 Definisi Usahawan dan Keusahawanan ... ... ... 5

1.3 Definisi Usahawan Tani ... ... ... 6

2.0 PENGENALAN ... ... ... 7

2.1 Maklumat Perniagaan ... ... ... 8

2.2 Biodata Pemilik ... ... ... 9

2.3 Lokasi Perniagaan ... ... ... 12

2.4 Susun Atur Premis Perniagaan ... ... ... 13

3.0 BAHAGIAN PENGELUARAN / OPERASI

3.1 Carta Aliran Proses ... ... ... 15

3.2 Rancangan Pengeluaran ... ... ... 16

3.3 Produk yang ditawarkan ... ... ... 17

4.0 BAHAGIAN ORGANISASI / SUMBER MANUSIA

4.1 Carta Organisasi ... ... ... 23

4.2 Jawatan dan Bil Pekerja ... ... ... 24

4.3 Jadual Tugasan Harian ... ... ... 24

5.0 TIMELINE SEMASA DI SARJANI (M) SDN BHD ... ... ... 25

6.0 SWOT ANALISIS SARJANI (M) SDN BHD ... ... ... 26

7.0 KESIMPULAN ... ... ... 27

8.0 LAMPIRAN

Munawarah binti Sapuan 1

Page 2: Asg 1 ( Internship)

Tugasan 1 : Internship MGM3180

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahiim...

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Terlebih dahulu,saya

bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurniaNya, saya berjaya menyiapkan

tugasan MGM3180 ( Asas Keusahawanan ) berdasarkan tempoh yang telah diberi.

Pada kesempatan ini,saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua

pihak yang telah banyak membantu saya dalam pengumpulan maklumat hingga

terhasilnya laporan kajian ini.Ucapan terima kasih ditujukan khas buat keluarga

tercinta terutamanya suami saya dan ibu saya yang telah banyak memberi dorongan

serta sokongan sepanjang kajian ini dijalankan.

Sekalung budi juga buat Warga Pengurusan dan warga kerja Syarikat Sarjani (M)

Sdn Bhd terutamanya En Mohd Alif b Sarjani dan Cik Nurhidayah bt Sarjani yang

sudi meluangkan masa bersama saya sewaktu proses temubual eklusif dijalankan

yang telah banyak memberi kerjasama di dalam pencarian maklumat ini. Akhir kata,

saya ingin mengucapkan sekali lagi jutaan terima kasih kepada semua pihak yang

telah banyak membantu saya sehingga terhasilnya kerja kursus ini.Hanya Allah yang

mampu membalas jasa baik semua.

Sekian.

Munawarah binti Sapuan 2

Page 3: Asg 1 ( Internship)

Tugasan 1 : Internship MGM3180

PUSAT PENDIDIKAN LUARBLOK D, UPM-MTDC TECHNOLOGY CENTRE,UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,43400 SERDANG,SELANGOR DARUL EHSAN.

Rujukan Kami : UPM/PJJ/J41463 Tarikh : 01.03.2014

KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN

Tuan,

MUNAWARAH BT SAPUAN ( NO MATRIK : J41463 )

Dengan ini adalah disahkan bahawa penama di atas adalah seorang pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) di dalam Program Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu (BABM) Semester 8.

2. Kajian yang akan dilakukan bertujuan untuk memperlengkapkan pelajar-pelajar dengan pengetahuan keusahawanan. Pihak Jabatan Ekonomi dan Pengurusan mewajibkan pelajar-pelajar menyiapkan satu tugasan Subjek Asas Keusahawanan (MGM3180) sebagai salah satu kerja kursus.

3. Untuk pengetahuan tuan, tugasan ini adalah berkaitan dengan semua aspek keusahawanan seperti pengurusan kewangan, kewangan, pemasaran, nilai modal, pengurusan sumber, pengiklanan, strategi perniagaan dan lain-lain yang berkaitannya. Tugasan ini akan diberi pemarkahan.

4. Dengan itu, besarlah harapan Jabatan Ekonomi dan Pengurusan ini sekiranya pihak tuan dapat memberi kerjasama terhadap pelajar-pelajar kami untuk memperolehi data dan maklumat dari tuan untuk memperlengkapkan tugasan mereka.

Kerjasama tuan dalam hal ini sangat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

......................................................................DR. MASS HAREEZA BINTI ALI @ HAMIDJabatan Ekonomi dan PengurusanPusat Pendidikan Luar,

Munawarah binti Sapuan 3

Page 4: Asg 1 ( Internship)

Tugasan 1 : Internship MGM3180

Universiti Putra Malaysia

MUNAWARAH BINTI SAPUAN ( J41463)Kg Parit Basri, Sri Medan 83400,Batu Pahat, Johor. 10 Mac 2013

Kepada,

SYARIKAT SARJANI (M) SDN BHD(PENGELUAR BAJA ORGANIK BERBAKTERIA (E.M) MAS HITAM) PW 28 : NO 20, Parit Warijo,83400 Sri Medan, Batu Pahat, Johor.

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MENJALANKAN KAJIAN MENGENAI AGRO PERTANIAN DI SYARIKAT SARJANI (M) SDN BHD

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman tuan, saya sebagaimana nama diatas adalah merupakan pelajar semester 8 Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu (BABM), Universiti Putra Malaysia telah diarahkan menjalankan kajian mengenai produk yang berasaskan kepada penglibatan usahawan bagi memenuhi syarat pemarkahan yang ditetapkan sebagaimana surat kebenaran yang dilampirkan.

3. Oleh yang demikian,saya memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk memberi keizinan kepada saya untuk menjalankan kajian mengenai perniagaan, keusahawanan dan produk.

Saya mengharapkan jasa baik dan pertimbangan pihak tuan diucapkan terima kasih.

Sekian, terima kasih

Yang benar,

...................................................( MUNAWARAH BINTI SAPUAN )

Munawarah binti Sapuan 4

Page 5: Asg 1 ( Internship)

Tugasan 1 : Internship MGM3180

1.0 PENDAHULUAN

Selaras dengan pertambahan penduduk Malaysia daripada 14.65 juta orang pada tahun

1982 kepada 27.73 juta pada tahun 2008, bilangan penduduk bekerja turut meningkat

daripada 5.25 juta kepada 10.66 juta pada tempoh tersebut.

Majoriti penduduk bekerja di Malaysia terdiri daripada pekerja kerajaan dan swasta.

Namun demikian, pelbagai langkah dan skim telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk

meningkatkan bilangan penduduk yang bekerja sebagai majikan dan bekerja sendiri iaitu

usahawan. Contohnya, matlamat penubuhan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga

(TEKUN) Nasional adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan

cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan.

Penglibatan penduduk bekerja dalam bidang keusahawanan dapat menjana

pertumbuhan ekonomi negara serta mewujudkan peluang pekerjaan yang seterusnya akan

mengurangkan kadar pengangguran.

1.1 DEFINISI INTERNSHIP

Internship adalah bermaksud proses, kaedah atau aktiviti sesuatu perniagaan bagi

mencapai visi, misi dan objektif bagi sesebuah syarikat atau perniagaan. Tanpa

perancangan perniagaan itu kemungkinan tidak akan berjaya. Disebabkan itu dengan

adanya visi, misi dan objektif maka seseorang usahawan itu akan berusaha bersungguh

dengan adanya matlamat dalam diri usahawan tersebut dan berusaha untuk memenuhi

kehendak pelanggan.

1.2 DEFINISI USAHAWAN DAN KEUSAHAWANAN

Dalam bahasa Inggeris, usahawan diterjemahkan sebagai "Entrepreneur". Perkataan ini

diterjemahkan dari perkataan Perancis "entrepremdre" yang membawa maksud memikul

Munawarah binti Sapuan 5

Page 6: Asg 1 ( Internship)

Tugasan 1 : Internship MGM3180

tugas atau mencuba. Dalam bahasa malaysia, Usahawan membawa maksud orang yang

mengusahakan sesuatu perniagaan.

Usahawan ditakrifkan sebagai orang yang mengendalikan sesebuah perniagaan dan

mengambil risiko perniagaan yang diceburinya.

McClelland (1961) menyatakan usahawan sebagai berdaya inovatif dan kehendak

pencapaian tinggi (high need for achievement). Usahawan berjaya cenderung ke

arah mengambil risiko yang telah direncanakan dan mempunyai kawalan

dalaman yang tinggi.

Manakala, Schumpeter (1934) pula mentakrifkan usahawan sebagai individu yang

melakukan pembaharuan atau inovasi untuk kesejahteraan organisasinya sendiri.

Beliau menyatakan terdapat beberapa pembaharuan yang dilakukan oleh individu

usahawan tersebut.

Pembaharuan Oleh Individu Usahawan ialah memperkenalkan Perkhidmatan atau

barang keluaran baru, Memperkenalkan kaedah pengeluaran baru, Meneroka pasaran baru,

Mencari dan meneroka sumber bahan mentah baru, Menyusun semula industri yang

diceburinya, Dapat dirumuskan di sini usaha perlulah bersikap proaktif, inovatif, cenderung

untuk mengambil risiko dalam peluang perniagaan dan Usahawan juga perlu bersedia

menghadapi risiko, berkeyakinan pada diri sendiri dan mampu mencari dan merebut

peluang-peluang.

Keusahawanan pula ditakrifkan sebagai perilaku atau gaya usahawan bertindak

terhadap peluang, memulakan perniagaan, mengembang dan mempertahankan daya maju

perniagaan yang telah diterokainya.

1.3 DEFINISI USAHAWAN TANI

Usahawan ditakrifkan sebagai orang yang mengendalikan sesebuah perniagaan dan

mengambil risiko perniagaan yang diceburinya. Pada masa kini di Malaysia, kerjaya sebagai

usahawan tani dianggap tidak glamor oleh kebanyakan orang terutama golongan muda.

Walau bagaimanapun, krisis makanan yang dihadapi dunia kini menuntut lebih banyak

penglibatan golongan belia dalam sektor pertanian, penternakan dan perikanan untuk

meningkatkan hasil pertanian.

Bidang pertanian bukan lagi sektor yang diwarisi golongan miskin sahaja, sebaliknya

dengan penggunaan teknologi moden dan usaha gigih mampu memberi pendapatan

lumayan. Buktinya, kini lebih ramai golongan muda yang terdiri daripada siswazah

Munawarah binti Sapuan 6

Page 7: Asg 1 ( Internship)

Tugasan 1 : Internship MGM3180

menjadikan petani sebagai kerjaya kerana yakin bidang pertanian mempunyai potensi besar

untuk berjaya.

2.0 PENGENALAN

Prospek industri agro tani di Malaysia adalah amat cerah memandangkan permintaan

bekalan makanan daripada tumbuhan pada hari ini telah melebihi daripada bekalan sedia

ada. Harga baja kimia (Chemical Fertilizer) telah meningkat secara mendadak menyebabkan

pengusaha tanaman cuba mencari pelbagai alteratif baja seperti baja organik atau kompos.

Keadaan ini berlaku kerana polisi perdagangan yang liberal, peningkatan kepada kos

pengeluaran serta permintaan yang tinggi. Hari ini pengeluaran baja organik menjadi satu

industri yang boleh mendatangkan keuntungan dan telah menjadi hasil komersial kerana

pelaburan yang tinggi dan penggunaan teknologi moden.

Kesan daripada saranan bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah

Ahmad Badawi, pelbagai agensi telah diwujudkan bagi merealisasikan matlamat projek

pertanian secara komersial. Namun, setelah projek asas tani dijalankan seperti projek agro

penternakan, pertanian dan perladangan. Pelbagai masalah timbul antaranya masalah

lambakan sisa tinja ternakan dan harga baja kimia yang semakin meningkat saban hari. Oleh

itu, Syarikat Sarjani (M) Sdn Bhd telah menghasilkan alternatif baja yang lebih mesra alam,

baja organik “Mas Hitam” yang menggunakan teknologi “Effektif Mikroorganisma”.

Tambahan lagi, “Effektif Mikroorganisma” atau E.M telah diperakui oleh kebanyakan

negara maju seperti Jepun, Korea, Taiwan dan German secara mikrob yang sangat baik

untuk pertanian. Baja MAS Hitam juga pernha disiarkan di Rancangan Agro Jurnal TV1 dan

TV3 pada tahun 2008. Terkini, Anugerah Usahawan Siswazah Pertanian dan Asas Tani

Jaya Peringkat Kebangsaan 2011 oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohammad Najib

Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Munawarah binti Sapuan 7

Page 8: Asg 1 ( Internship)

Tugasan 1 : Internship MGM3180

2.1 MAKLUMAT PERNIAGAAN

NAMA PERNIAGAAN : SARJANI (M) SDN BHD

ALAMAT PERNIAGAAN : PW 29 : NO 20, Parit Warijo, Sri Medan, 83400

Batu Pahat, Johor Darul Takzim.

NO TELEFON : 07-4850 094 ( Pejabat ), 07-4850 095 ( No Fax )

WEBSITE : http://www.sarjani-malaysia.com.my

BENTUK PERNIAGAAN : Kilang Baja Organik Komersial, Projek Ternakan

Bebiri, Arnab dan Ikan Air Tawar serta Penganjuran Kursus

Pertanian.

KEGIATAN UTAMA : Memproses tinja ternakan menjadi baja organik,

mengilang produk-produk Industri Asas Tani berasaskan

teknologi mikrob berfaedah, menternak bebiri ( 300 ekor ),

menternak arnab ( 500 ekor ), ternakan ikan air tawar dan

menjalankan aktiviti kursus yang berkaitan pertanian dan

penternakan.

TARIKH PENUBUHAN : 01 JANUARI 2007

NO PENDAFTARAN : Sarjani (M) Sdn Bhd ( 898130A)

Sarjani Enterprise ( JM0390036-H ) - Anak Syarikat

Sarjani Agro Shop ( JM0527619-M ) – Anak Syarikat

NO AKAUN : 20135200025233 Sarjani (M) Sdn Bhd ( 898130A)

25109400010572 Sarjani Enterprise (JM0390036-H )

20135200023800 Sarjani Agro Shop (JM0527619-M)

Munawarah binti Sapuan 8

Page 9: Asg 1 ( Internship)

Tugasan 1 : Internship MGM3180

2.2 BIODATA PEMILIK

NAMA : Mohd Aliff bin Sarjani

NO KAD PENGENALAN : 830524 – 01 – 5063

TARIKH LAHIR : 25 Mei 1983

JANTINA : Lelaki

WARGANEGARA : Malaysia

TARAF PENDIDIKAN : Ijazah Sarjana Muda Perniagaan

ALAMAT KEDIAMAN : PW 29 : NO 20, Parit Warijo, Sri Medan, 83400

Batu Pahat, Johor Darul Takzim.

NO TELEFON : 07 – 4850094 / 016 – 7116837

KURSUS KEUSAHAWANAN YANG PERNAH DIHADIRI :i. Prosper Siswazah: Bengkel: Rancangan Perniagaan anjuran Perbadanan

Usahawan Nasional Berhad.

ii. Kursus Asas Ternakan Kambing/Bebiri anjuran Jabatan Perkhidmatan

Veterinar Johor.

iii. Kursus Penyembelihan dan Pengendalian Ibadah Qurban anjuran Jabatan

Agama Johor.

iv. Kursus Bio-Organic Fertilizer Preparation Using Effectively Microorganism

Technology anjuran Chemical Engineering Pilot Plant, Universiti Teknologi

Malaysia.

v. Bicara Tani anjuran Kementerian Pertanian dan Asas Tani Malaysia.

vi. Program Latihan Teknologi Rekabentuk Pembungkusan Pembangunan

Jenama dan Undang-Undang serta Peraturan perlabelan anjuran Perbadanan

vii. Usahawan Johor Sdn Bhd.

viii. Kursus Penyediaan Baja Bio-Organik E.M anjuran Kementerian Luar Bandar

dan Wilayah dengan kerjasama Chemical Engineering Pilot Plant, Universiti

Teknologi Malaysia.

ix. Seminar Penternakan Cacing Kompos anjuran Balqis Agrotech & Kitab

Waima Sdn Bhd.

Munawarah binti Sapuan 9

Page 10: Asg 1 ( Internship)

Tugasan 1 : Internship MGM3180

x. Latihan Asas Keusahawanan, Skim Usahawan Sizwazah Siri 5/2011 anjuran

Kementerian Perdagangan Antrabangsa dan Industri (MITI)

xi. Kursusu Pemahaman & Implementasi Amalan Kebersihan Veterinar Yang

Baik (GVHP) 2009 anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia &

Quantum Food Academy.

xii. Kursus PKS Pembangunan Keusahawanan Industri Asas Tani anjuran

Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia

PENGALAMAN BEKERJA :

TAHUN ORGANISASI JAWATAN

2001 - 2004 Sri Putri Komputer Juruteknik Komputer

Mei 2004 – Julai 2005 Sekolah Rendah Sri Johor Guru Sambilan

Mei 2005 – Julai 2006Syarikat Nakhoda Jaya

Shell Pasir Gudang, Johor

Pegawai Pengurusan

Kewangan

Mei 2006 – Ogos 2006 Syarikat Baitul Mukhtar Pengurus Projek IT

Nov 2006 - SekarangSarjani (M) Sdn BhdSarjani EnterpriseSarjani Agro Shop

Pengarah Urusan &

Pengurus

ANUGERAH DAN PENGIKTIRAFAN YANG DITERIMA :

TAHUN 2007

Diterbitkan dalam satu rencana khas bertajuk “Modern Farmer in the

Making”, suratkhabar New Staits Times bertarikh 14 Febuari 2007.

Diterbitkan dalam satu rencana khas bertajuk “Pertanian adalah

Perniagaan”, suratkhabar Sinar Harian.

TAHUN 2008

Duta Usahawan Siswazah Desa semasa anjuran Kementerian Tenaga, Air

dan Komunikasi (KTAK) 2008.

Tempat ke-3 Usahawan Veterinar Peringkat Kebangsaan tahun 2008.

TAHUN 2009

Muncul didalam Buletin 1.30 pada 22 Januari 2009 di TV3 secara eklusif

selama 2.14 minit berkenaan dengan projek baja organik MAS Hitam.

Munawarah binti Sapuan 10

Page 11: Asg 1 ( Internship)

Tugasan 1 : Internship MGM3180

Finalis Anugerah Usahawan Siswazah Pertanian dan Asas Tani Jaya

Kebangsaan 2009.

Anugerah Usahawan Siswazah Pertanian dan Asas Tani Jaya Negeri

Johor 2009.

TAHUN 2010

Anugerah Belia Negara 2010 : Wira Tani – Finalis.

TAHUN 2011

Anugerah Belia Negara 2011 : Usahawan Agro – Finalis.

Anugerah Usahawan Siswazah Tani Jaya kategori Ternakan Peringkat

Kebangsaan 2011.

Filem dokumentari pertanian Agro Jurnal bertajuk “Emas Hitam” selama

30 minit yang diterbitkan oleh RTM1 pada 20.11.2011

TAHUN 2012

Anugerah Ilham Desa Zon Tengah Peringkat Kebangsaan 2012 - Johan

Zon Tengah.

Finalis Anugerah Inovasi Negara (Kategori Produk) 2012 - Emas Hitam

(Bahan Buangan Menjana Pendapatan Lumayan)

Anugerah Pertandingan “Kebun Integrasi Terbaik Tempat Pertama” Negeri

Johor 2012.

Anugerah Usahawan Terbaik Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Medan

2012.

TAHUN 2013

Anugerah Usahawan Tekun Jaya Peringkat Negeri Johor 2013 -

Usahawan Zon Parit Sulong.

Anugerah Ilham Desa Peringkat Kebangsaan 2013

Anugerah Usahawan Tekun Cemerlang Negeri Johor 2013

Munawarah binti Sapuan 11

Page 12: Asg 1 ( Internship)

Tugasan 1 : Internship MGM3180

2.3 LOKASI PERNIAGAAN / PETA KEDUDUKAN

Peta Kedudukan Kilang Baja Sarjani (M) Sdn Bhd & Sarjani Agro Shop

Munawarah binti Sapuan 12

Page 13: Asg 1 ( Internship)

Tugasan 1 : Internship MGM3180

2.4 SUSUN ATUR PERNIAGAAN

SUSUN ATUR SARJANI AGRO SHOP

Munawarah binti Sapuan 13

PEJABAT

Bilik Pengurus Bilik Pengarah Urusan

Kaunter

Jualan

Rak Jualan

Rak Jualan

Rak Jualan

Arnab Pedaging Untuk dijual

Page 14: Asg 1 ( Internship)

KILANG PEMPROSESAN TEMPAT PENYIMPANAN SEKAM PADITEMPAT PENGUMPULAN TINJA AYAM

TEMPAT PENGUMPULAN TINJA ARNAB

TEMPAT PENGUMPULAN TINJA KAMBING

TEMPAT PEMERAMAN SELEPAS DIPROSES1

TEMPAT PEMERAMAN SELEPAS DIPROSES2TEMPAT PENGERINGAN SELEPAS PEMERAMAN

BAHAGIAN PEMBUNGKUSANPEJABAT

Tugasan 1 : Internship MGM3180

Munawarah binti Sapuan 14

Page 15: Asg 1 ( Internship)

Tugasan 1 : Internship MGM3180

SUSUN ATUR KILANG BAJA SARJANI (M) SDN BHD

3.0 BAHAGIAN PENGELUARAN / OPERASI

3.1 Carta Aliran Proses

Munawarah binti Sapuan 15

Page 16: Asg 1 ( Internship)

Tugasan 1 : Internship MGM3180

3.2 Rancangan Pengeluaran

Munawarah binti Sapuan 16

Bahan mentah dikumpulkan( Tinja Ayam, Kambing dan sebagainya )

Bahan mentah diproses & diperam selama 7 hari

Setelah siap pemeraman,bahan (baja) tersebut dibawa ke bahagian

pemprosesan

Setelah siap di proses,Dijemur selama 1 hari

Setelah diproses, baja tersebut akan terus dimasukkan ke dalam guni dan sedia untuk dijual

Page 17: Asg 1 ( Internship)

Tugasan 1 : Internship MGM3180

3.3 Produk yang ditawarkan

Baja Organik Mas Hitam

Keistimewaan : Berkesan terhadap semua jenis tanaman yang terdiri dari tanaman jangka

pendek, tanaman sayuran, buahan, bunga - bungaan, landskap, tanaman jangka panjang

seperti kelapa sawit, getah, dan lain - lain.

Munawarah binti Sapuan 17

Page 18: Asg 1 ( Internship)

Tugasan 1 : Internship MGM3180

E-Mas 5 - Racun Organik Serangga

Keistimewaan: Bertindak mengawal tanaman daripada terkena serangan penyakit seperti kulat, serangan kutu, beenah putih, kurap pokok dan serangan serangga perosak. Diperbuat daripada ektrak cili, bawang putih dan lain-lain mampu untuk menangkis semua serangan tersebut.

Baja E-Mas Cecair - Semburan Terus ke Pokok dan akar

Keistimewaan: Tanaman jenis cerewet yang memerlukan penjagaan rapi dan memerlukan

NPK yang tinggi. Contoh tanaman seperti sayuran, ros, jenis pokok herba, pokok hutan dan

perhiasan jenis bonzai.

Munawarah binti Sapuan 18

Page 19: Asg 1 ( Internship)

Tugasan 1 : Internship MGM3180

Semburan E-Mas Environment Clean - Bau Ros/Vanilla

Keistimewaan: Semburan seperti

Febreze untuk menghilangkan bau busuk,

tengik dan sebagainya. Namun bezanya

ialah semburan ini organik 100%

menggunakan teknologi E.M. Tidak

mendatangkan kesan sampingan terhadap

manusia khususnya kanak-kanak.

Baja Organik Mas Hitam

( Jenis Palet / Butir)

Keistimewaan: Khusus terhadap tanaman jenis landskap yang memerlukan teknik pembajaan "Slow Release". Jenis tanaman yang sesuai ialah jenis dedaun, orkid, buahan jangka panjang dan rumput golf.

Munawarah binti Sapuan 19

Page 20: Asg 1 ( Internship)

Tugasan 1 : Internship MGM3180

Baja Organik Mas Hitam ( Jenis Serbuk )

Keistimewaan : Sesuai untuk semua

jenis tanaman yang perlu cepat

bertindak balas. Jenis tanaman seperti

cili, sayuran, bunga-bunga dan

buahan. Tidak melekit dan berbau,

sesuai digunakan didalam dan diliuar

rumah atau pejabat.

Bokashi

Keistimewaan :Agen untuk menukar

sampah dapur atau tinja haiwan

peliharaan menjadi baja organik.

Sekiranya amda seorang pengguna

yang ingin membuat baja organik

sendiri daripada sisa dapur atau sisa

tinja/najis haiwan peliharaan seperti

arnab, ayam, burung atau hamster

kepada baja organik yang tidak

berbau busuk dan selamat

digunakan. Mengandungi mikrob

baik yang bertindak menukar mikrob

Munawarah binti Sapuan 20

Page 21: Asg 1 ( Internship)

Tugasan 1 : Internship MGM3180

yang jahat menjadi mikrib baik dan boleh digunakan untuk baja di pokok hiasan atau

sayuran.

BOKASHI IKAN E.M

Keistimewaan : Bokashi Ikan adalah

merupakan agen yang membantu

menghasilkan pertumbuhan plankton

didalam kolam buatan manusia seperti

kolam kanvas, simen, tanah dan fiber.

Sabut Kelapa ( Jenis Halus/Tepung)

Munawarah binti Sapuan 21

Page 22: Asg 1 ( Internship)

Tugasan 1 : Internship MGM3180

Serkam Bakar ( Jenis Halus / Tepung )

MUDBALL

Munawarah binti Sapuan 22

Page 23: Asg 1 ( Internship)

PENAUNG

PENGARAH URUSAN

PENGURUS

Tugasan 1 : Internship MGM3180

Keistimewaan : Mudball bertindak sebagai agen meneutralkan air

Menjernihkan air yang keruh (keladak akan ditarik kedasar dan akan hilang sedikit

demi sedikit akibat peranan bakteria)

Menghilangkan bau busuk air parit, kolam, kolam ikan kanvas, dan simen serta kolam

kumbahan najis di rumah (subtank).

bakteria baik yang terdapat didalam mudball akan berada lebih lama dan lebih aktif

berbanding penggunaan e.m jenis cecair.

Penguraian sisa kumuhan ikan dan sisa makanan ikan.

Menggunakan cara semulajadi dalam proses rawatan air.

Digunakan secara meluas dikawasan sebelah selatan (johor, melaka, n.sembilang,

seremban) untuk tujuan pertanian dan perikanan.

Digunakan oleh ladang orkid komersial bagi menggantikan penggunaan racun kulat.

4.0 BAHAGIAN ORGANISASI / SUMBER MANUSIA

Syarikat Sarjani (M) Sdn Bhd mempunyai pekerja seramai 15 orang, 9 orang pekerja

tetap manakala 6 orang adalah pekerja sambilan yang kebiasaanya ditugaskan untuk

kerja-kerja pertanianseperti membaja, meracun dan lain-lain. Penaung, Pengarah

Urusan dan Pengurus merupakan pekerja yang mempunyai diploma dan ijazah.

Manakala pekerja mahir terdiri daripada masyarakat tempatan yang telah

berpengalaman dalam bidang perkilangan melebihi 5 tahun. Terdapat pelajar latihan

industri dari pelbagai institusi pengajian tinggi turut menjalani latihan di kilang baja E-

Mas Hitam.

4.1 Carta Organisasi

Munawarah binti Sapuan 23

Page 24: Asg 1 ( Internship)

Tugasan 1 : Internship MGM3180

4.2 Jawatan dan Bilangan Pekerja

Munawarah binti Sapuan 24

Page 25: Asg 1 ( Internship)

Tugasan 1 : Internship MGM3180

4.3 Senarai Tugas

BIL JAWATAN TUGAS / KERJA

1 Pengurus Mengurus dan mentadbir syarikat serta mengawasi dan menyelia pekerja.

2 Penyelia Mengurus dan menyelia pekerja dengan mengikut piawaian yang ditetapkan.

3 Unit Pembuatan Memastikan bahan mentah sentiasa ada dan membuat baja mengikut piawaian yang ditetapkan.

4 Unit Pemprosesan Memproses bahan dan sentiasa menghasilkan produk mengikut piawaian yang ditetapkan.

5 Unit VeterinarMemastikan makanan, kesihatan dan kawasan perladangan dan penternakan sentiasa selamat dan sihat.

6 Unit Pengangkutan Memastikan bahan mentah sentiasa mencukupi dan menghantar produk kepada pengguna.

Munawarah binti Sapuan 25

Page 26: Asg 1 ( Internship)

Tugasan 1 : Internship MGM3180

5.0 TIMELINE PROGRAM INTERNSHIP BERSAMA SARJANI (M) SDN BHD

MINGGU KE-1 MINGGU KE-2 MINGGU KE-3 MINGGU KE-4

22.2.2014 – 28.2.2014

01.03.2014 – 07.03.2014

08.03.2014 – 14.03.2014

15.03.2014 – 21.03.2014

Mempelajari tentang keadaan Agro Shop dan

membantu kakitangan

Melihat tentang pentadbiran dalam

Sarjani (M) Sdn Bhd dan

berinteraksi dengan En Mohd

Alif b Sarjani.

Melihat penyediaan dokumen gaji,

pembelian barang-barang dan simpanan

dokumen sebelum diserahkan kepada Zad Association.

Menulis laporan dan berinteraksi dengan

En Mohd Alif b Sarjani dan Cik

Nurhidayah bt Sarjani untuk memahami

lebih lanjut tentang Sarjani (M) Sdn Bhd

Munawarah binti Sapuan 26

Page 27: Asg 1 ( Internship)

Tugasan 1 : Internship MGM3180

6.0 SWOT ANALISIS

KEKUATAN Harga berpatutan dan sesuai

untuk semua tanaman.

Pasaran luas untuk pokok ladang, sayuran, buahan, landskap dan bunga.

KELEMAHAN Kesan baja agak lambat

sedikit namun mampu memulihkan masalah tanah masam.

Memerlukan kempen secara berterusan untuk memberi kesedaran kepada petani tentang kebaikan baja organik

PELUANG

Kempen Teknologi Hijau memberi kesedaran terhadap penggunaan baja organik.

Dasar kerajaan Negeri Johor ke arah teknologi Hijau.

Mula mendapat permintaan dari Kementerian Pertanian untuk projek tanaman padi di Malaysia.

ANCAMAN

Kemasukan baja organik luar negara terutamanya dari negara China yang tidak mementingkan kualiti dan berharga murah

Munawarah binti Sapuan 27

Page 28: Asg 1 ( Internship)

Tugasan 1 : Internship MGM3180

7.0 KESIMPULAN

Setelah saya melihat akaun untung rugi Sarjani (M) Sdn Bhd dan anak syarikatnya ( Sarjani

Agro Shop dan Sarjani Enterprise ) dapat saya simpulkan bahawa sebenarnya perniagaan pertanian

asas tani ini memberikan keuntungan yang besar kepada pengurus ini adalah kerana setelah ditolak

dengan segala kos ia tetap memberikan keuntungan berganda. Contohnya En. Mohd Alif b Sarjani

sendiri membuat kesimpulan secara rawak bahawa jika modal tahunan adalah RM70k pulangannya

hampir mencecah RM200k.

Di samping itu, kedudukan syarikat yang sangat strategik iaitu di kawasan pertanian dan

perladangan penduduk kampung yang mempunyai ramai pengusaha kebun kelapa sawit dan

penternakan kambing. Jika pengeluaran baja E-Mas Hitam dapat ditingkatkan dari 100 tan sebulan

kepada 500 tan sebulan lebih banyak keuntungan diperolehi kerana dapat memenuhi keperluan

para petani dan pekebun kecil.

Di samping itu juga, penternakan arnab pedaging yang dijalankan pada masa sekarang boleh

dikomersialkan kerana pada masa kini permintaan kepada daging arnab amat tinggi. Jika

penternakan arnab pedaging dapat ditingkatkan dari 500 ekor kepada 5000 ekor setahun sudah

tentu tinja yang dihasilkan juga membantu dalam pengeluaran baja E-Mas Hitam. Bukan hanya

setakat tinja, tetapi daging arnab juga boleh dijual untuk memenuhi permintaan pembeli.

Saya juga amat tertarik dengan perkhidmatan kambing untuk akikah dan ibadah qurban yang

beliau telah mula laksanakan. Permintaan kambing cukup umur 2 tahun amat tinggi pada hari raya

haji dan tidak ramai penternak kambing yang menternak kambing dari kecil sehingga berumur 2

tahun kerana ia memerlukan kesabaran dan ketelitian dalam mengendalikan penternakan ini.

Akhirnya dapat saya simpulkan jika saya mempunyai modal yang banyak kemungkinan saya

juga akan menceburi bidang ini dan cuba memberikan yang terbaik kepada pelanggan dan

memenuhi kehendak pelanggan.

Munawarah binti Sapuan 28

Page 29: Asg 1 ( Internship)

Tugasan 1 : Internship MGM3180

8.0 LAMPIRAN

8.1 SIJIL PENDAFTARAN SYARIKAT

SIJIL PERAKUAN PEMERBADANAN SYARIKAT SENDIRIAN

Munawarah binti Sapuan 29

Page 30: Asg 1 ( Internship)

Tugasan 1 : Internship MGM3180

SIJIL PENDAFTARAN PERNIAGAAN

( SARJANI AGRO SHOP )

Munawarah binti Sapuan 30

Page 31: Asg 1 ( Internship)

Tugasan 1 : Internship MGM3180

SIJIL PENDAFTARAN PERNIAGAAN

( SARJANI ENTERPRISE )

Munawarah binti Sapuan 31

Page 32: Asg 1 ( Internship)

Tugasan 1 : Internship MGM3180

8.2 ANUGERAH DAN SIJIL KEJAYAAN YANG DICAPAI

Munawarah binti Sapuan 32

Page 33: Asg 1 ( Internship)

Tugasan 1 : Internship MGM3180

Munawarah binti Sapuan 33

Page 34: Asg 1 ( Internship)

Tugasan 1 : Internship MGM3180

8.3 KENANGAN BERSAMA SARJANI (M) SDN BHD

Munawarah binti Sapuan 34

Page 35: Asg 1 ( Internship)

Tugasan 1 : Internship MGM3180

EN MOHD ALIF B SARJANI ( PENGARAH URUSAN )

CIK NURHIDAYAH BT SARJANI ( PENGARAH

PEJABAT URUSAN SARJANI (M) SDN BHD

Munawarah binti Sapuan 35

Page 36: Asg 1 ( Internship)

Tugasan 1 : Internship MGM3180

Urusan jual beli baja kompos.

SENARIO DI KILANG BAJA

Munawarah binti Sapuan 36

Page 37: Asg 1 ( Internship)

Tugasan 1 : Internship MGM3180

Munawarah binti Sapuan 37

Page 38: Asg 1 ( Internship)

Tugasan 1 : Internship MGM3180

Munawarah binti Sapuan 38

Page 39: Asg 1 ( Internship)

Tugasan 1 : Internship MGM3180

Munawarah binti Sapuan 39