rumusan latihan utk 2013

55
Baca petikan diberi. Buat satu rumusan tentang cabaran-cabaran ekonomi Malaysia pada abad ke-21 dan langkah untuk menanganinya. Panjang rumusan hendaklah tidak lebih daripada 120 patah perkataan. _________________________________________________ Malaysia merupakan sebuah negara sedang membangun yang sebaris dengan negara-negara lain termasuk Indonesia, India, Maxico dan sebagainya. Dasar utama Malaysia adalah berpaksikan ekonomi pertanian dan disokong pula oleh sektor perindustrian. Dalam kalangan negara dunia ketiga ini, Malaysia kelihatan mendahului rakan-rakan seangkatan dalam bidang ekonomi serantau. Meskipun begitu, terlalu banyak ranjau dan duri yang terpaksa ditempuh oleh negara kerdil ini bagi bersaing dalam dunia globalisasi. Memandangkan sumber ekonomi negara masih bergantung pada sektor pertanian maka turun naik harga barang-barang pertanian kerap kali menjejaskan keutuhan ekonomi negara. Penurunan harga getah dan kelapa sawit baru-baru ini umpamanya, mengakibatkan negara kehilangan hampir 15 peratus daripada sumber pendapatan negara kasar. Hal ini turut menjejaskan perkembangan sektor-sektor yang lain di negara kita. Malaysia juga menghadapi tekanan yang hebat akibat persaingan daripada negara lain dalam pengeluaran hasil pertanian. Keadaan ini menambahsulitkan lagi langkah kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara dalam tempoh kegawatan ini. Selain itu, oleh sebab Malaysia merupakan pengeluar baru dalam industri pembuatan, pasaran bagi hasil keluaran industri Malaysia oleh negara-negara lain di dunia secara umumnya masih terhad dan terlalu kecil. Keadaan ini telah menyebabkan peningkatan dari segi kos pengeluaran yang agak tinggi berbanding dengan negara industri yang telah lama bertapak seperti Jepun dan Amerika Syarikat. Bagi negara maju tersebut, pasaran mereka terbuka luas disebabkan sikap dan nilai masyarakat dunia yang telah sedia mengenali mutu atau kualiti barangan yang dikeluarkan oleh negara-negara ini. Pada sekitar tahun 2006, peningkatan harga minyak turut menjejaskan ekonomi negara apabila harga minyak dunia melambung pada harga melebihi 130 Dolar setong. Akibat kenaikan sumber

Upload: azlindanan72679

Post on 24-Apr-2015

237 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

modul

TRANSCRIPT

Page 1: RUMUSAN LATIHAN UTK 2013

Baca petikan diberi. Buat satu rumusan tentang cabaran-cabaran ekonomi Malaysia pada abad ke-21 dan langkah untuk menanganinya. Panjang rumusan hendaklah tidak lebih daripada 120 patah perkataan. _________________________________________________

Malaysia merupakan sebuah negara sedang membangun yang sebaris dengan negara-negara lain termasuk Indonesia, India, Maxico dan sebagainya. Dasar utama Malaysia adalah berpaksikan ekonomi pertanian dan disokong pula oleh sektor perindustrian. Dalam kalangan negara dunia ketiga ini, Malaysia kelihatan mendahului rakan-rakan seangkatan dalam bidang ekonomi serantau. Meskipun begitu, terlalu banyak ranjau dan duri yang terpaksa ditempuh oleh negara kerdil ini bagi bersaing dalam dunia globalisasi.

Memandangkan sumber ekonomi negara masih bergantung pada sektor pertanian maka turun naik harga barang-barang pertanian kerap kali menjejaskan keutuhan ekonomi negara. Penurunan harga getah dan kelapa sawit baru-baru ini umpamanya, mengakibatkan negara kehilangan hampir 15 peratus daripada sumber pendapatan negara kasar. Hal ini turut menjejaskan perkembangan sektor-sektor yang lain di negara kita. Malaysia juga menghadapi tekanan yang hebat akibat persaingan daripada negara lain dalam pengeluaran hasil pertanian. Keadaan ini menambahsulitkan lagi langkah kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara dalam tempoh kegawatan ini.

Selain itu, oleh sebab Malaysia merupakan pengeluar baru dalam industri pembuatan, pasaran bagi hasil keluaran industri Malaysia oleh negara-negara lain di dunia secara umumnya masih terhad dan terlalu kecil. Keadaan ini telah menyebabkan peningkatan dari segi kos pengeluaran yang agak tinggi berbanding dengan negara industri yang telah lama bertapak seperti Jepun dan Amerika Syarikat. Bagi negara maju tersebut, pasaran mereka terbuka luas disebabkan sikap dan nilai masyarakat dunia yang telah sedia mengenali mutu atau kualiti barangan yang dikeluarkan oleh negara-negara ini.

Pada sekitar tahun 2006, peningkatan harga minyak turut menjejaskan ekonomi negara apabila harga minyak dunia melambung pada harga melebihi 130 Dolar setong. Akibat kenaikan sumber utama pengeluaran ini, banyak kilang dan syarikat besar di Malaysia menghadapi masalah dan kesannya banyak daripada syarikat ini yang terpaksa gulung tikar. Pada masa yang sama, kemelut yang berlaku akibat sekatan pengekspotan barang-barang keluaran Malaysia oleh negara-negara besar terutamanya Amerika Syarikat menyebabkan ekonomin Malaysia bertambah parah. Hal ini berlaku kerana dasar Amerika yang ingin melindungi sektor perindustrian di negara tersebut.

Dalam keadaan kegawatan ekonomi yang masih berterusan dan tidak diketahui penghujungnya ini, ekonomi negara semakin membimbangkan apabila beberapa negara besar menghentikan pembelian barang-barang keluaran Malaysia akibat mengalami masalah kewangan global. Hal ini bukan sahaja merencatkan sumber pendapatan kasar negara malah pada masa yang sama turut mengancam kedudukan pengeluar industri di Malaysia. Jumlah pelabur luar Negara yang semakin berkurangan

Page 2: RUMUSAN LATIHAN UTK 2013

turut mengecilkan aliran modal tunai dalam pasaran ekonomi Malaysia. Hal inilah yang perlu diambil perhatian oleh pentadbiran negara yang baru demi menyelamatkan ekonomi Malaysia agar terus menuju ke arah sebuah negara maju.

Soalan Rumusan 2:

Baca petikan di bawah. Buat satu rumusan tentang keburukan-keburukan merokok dan kekangan mengatasi masalah merokok dalam kalangan pelajar. panjang rumusan hendaklah tidak lebih daripada 120 patah perkataan.

______________________________________________Bagi sesetengah pihak, merokok umpama makanan harian yang tidak dapat dipisahkan. Ada juga dalam kalangan mereka yang mengaitkan perbuatan menghisap rokok sebagai status yang menunjukkan seseorang individu tersebut telah matang atau sebagai melambangkan imej yang bersifat kemegahan. Biar apapun pandangan dan pendapat daripada individu tersebut, seluruh makhluk yang mampu berfikir dengan waras tetap berpandangan bahawa perbuatan menghisap rokok adalah sesuatu yang perlu dielakkan kerana perbuatan ini merupakan satu pembaziran wang secara jelas, apatah lagi dengan kenaikan harga rokok yang melambung tinggi. Rokok yang dibakar adalah umpama membakar wang kertas yang sepatutnya dapat digunakan untuk tujuan lain yang lebih berfaedah.

Ramai sedia maklum bahawa menghisap rokok menjadi punca pada pelbagai penyakit yang digolongkan dalam kategori penyakit berbahaya. Antaranya, penghisap rokok terdedah pada penyakit kanser paru-paru dan penyakit jantung. Kedua-dua penyakit berbahaya ini telah diisytiharkan sebagai pembunuh nombor satu negara. Perokok bukan sahaja membahayakan diri mereka sendiri malah pada masa yang sama turut membahayakan kesihatan keluarga mereka dan orang lain di sekeliling mereka. Asap rokok yang dikeluarkan setelah dihisap adalah lebih berbahaya kepada orang lain dan kesannya adalah sama dengan siperokok.

Bau busuk yang dikeluarkan oleh penghisap rokok juga boleh mengganggu keselesaan orang lain sehingga dapat menjejaskan pergaulan siperokok dengan orang lain. Hal ini sudah pasti akan menimbulkan suasana yang kurang selesa malah menjejaskan komunikasi seseorang. Bayangkanlah jika anda terpaksa berhadapan dengan siperokok dalam suasana tempat menjamu selera tertutup dan berhawa dingin! Oleh itu, kerajaan telah menguatkuasakan undang-undang bagi melarang orang ramai menghisap rokok ditempat-tempat awam dan di premis-premis kerajaan.

Bagi siperokok, masalah yang timbul ialah mereka akan menghadapi gejala ketagihan yang bukan mudah untuk diatasi. Hanya dengan usaha dan azam yang kuat sahaja perlakuan ini mampu dibanteras tetapi menurut kajian yang dijalankan oleh FOMCA hanya 12 peratus sahaja daripada jumlah yang ingin berhenti merokok mampu berbuat demikian. Sementara itu, pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia menganggarkan jumlah kebakaran yang disebabkan oleh api rokok di negara kita mencecah hampir 23

Page 3: RUMUSAN LATIHAN UTK 2013

peratus daripada punca kebakaran yang berjaya diselesaikan. Hal ini berpunca daripada sikap perokok yang suka membuang puntung rokok di merata-rata tempat.

Natijahnya, merokok bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan. Bukan juga simbol yang menunjukkan kedewasaan tetapi sikap negatif yang menggambarkan ketidakwarasan seseorang individu. Justeru, katakan tak nak untuk sebatang rokok!

Soalan Rumusan 3:

Baca petikan di bawah dan tulis rumusan tentang faedah-faedah membeli barang-barang buatan tempatan dan cabaran yang dihadapi oleh barang-barang tempatan. Panjang rumusan anda hendaklah tidak lebih 120 patah perkataan.

_____________________________________________Pada tahun 1986, Malaysia telah berjaya mengeluarkan kereta nasional sendiri yang dinamakan Proton Saga. Sejak tarikh tersebut, promosi secara besar-besaran dilaksanakan bagi menggalakkan rakyat negara ini membeli dan menggunakan barangan tempatan bukan sahaja terhadap kereta nasional tersebut malah bagi semua hasil keluaran industri tempatan. Promosi pertama mengajak rakyat membeli dan menggunakan barangan tempatan ini telah berjaya meningkatkan pasaran bagi hasil keluaran industri di Malaysia sekali gus menjana ekonomi negara.

Membeli barangan tempatan dan menggunakannya bukanlah sesuatu yang harus dipandang aneh. Hal ini disebabkan mutu atau kualiti barangan tempatan adalah setanding dengan hasil keluaran yang dijual oleh negara-negara lain. Malah keluaran tempatan mampu diakui kualitinya kerana pembikinannya adalah berkonsepkan kemalaysiaan. Pada masa yang sama, pembelian barangan tempatan dapat mengurangkan pembelian barang-barang yang setara dari luar Negara. Sebagai contohnya, dengan membeli kereta nasional, negara kita dapat mengurangkan pembelian kereta import dari Jepun dan Amerika syarikat. Dengan cara itu, negara telah berjaya mengurangkan aliran wang negara kita daripada keluar ke negara lain. Hal ini sudah pasti mampu menambah nilai tambah hasil industri di Malaysia.

Pembelian barangan tempatan oleh rakyat sendiri juga mampu menggalakkan pertumbuhan kilang-kilang dalam sektor perindustrian negara. Hal ini dapat menjamin kemajuan industri secara berterusan. Dalam keadaan seperti ini, kilang-kilang yang dibuka akan dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan sekali gus mampu mengurangkan kadar pengangguran di negara kita. Memandangkan jumlah penduduk Malaysia telah mencecah 27 juta orang pada tahun 2008, perkembangan industri adalah amat penting bagi menyediakan peluang pekerjaan terutamanya kepada golongan lepasan sekolah dan lepasan pusat pengajian tinggi.

Usaha yang dimulakan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir untuk

Page 4: RUMUSAN LATIHAN UTK 2013

mempromosikan barangan buatan tempatan perlu diteruskan bagi memantapkan kepercayaan rakyat agar barangan tempatan terus diguna pakai. Pembelian dan penggunaan barangan tempatan sepatutnya menjadi kebanggaan rakyat. Mereka juga akan lebih beruntung kerana dapat membeli barangan tempatan dengan harga yang lebih rendah berbanding dengan harga barangan import, sedangkan mutu serta kualitinya adalah sama. Justeru, bagi rakyat yang cinta akan negara, saranan kerajaan agar menggunakan barangan tempatan perlulah disambut baik.

____________________________________________________________________________Soalan Rumusan 4:

Baca petikan yang diberi di bawah dan tulis satu rumusan tentang ciri-ciri masyarakat majmuk di Malaysia dan langkah menggalakkan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk tersebut. Panjang rumusan hendaklah tidak lebih 120 patah perkataan.

___________________________________________

Malaysia sebuah negara yang unik berbanding dengan negara-negara lain di seluruh dunia. Bukan sahaja muka buminya dipenuhi dengan keindahan semula jadi yang menggamit kehadiran pelancong, malah masyarakatnya juga dilihat amat menarik. Ramai pengkaji antropologi dan sosiologi berpendapat bahawa kajian masyarakat Malaysia akan menemukan keseronokan jika kajian tersebut dijalankan dengan baik. Masyarakat Malaysia adalah masyarakat majmuk kerana terdiri daripada berbilang-bilang kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Selebihnya ialah masyarakat daripada keturunan campuran akibat asimilasi masyarakat tempatan dengan pendatang awal di Tanah Melayu.

Selain itu, keunikan masyarakat majmuk di negara ini dapat dilihat melalui penggunaan satu bahasa iaitu bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi. Bahasa inilah yang berfungsi sebagai bahasa komunikasi di antara masyarakat tersebut. Penggunaan bahasa ini membolehkan masyarakat majmuk di Malaysia hidup dalam suasana harmoni dan aman damai. Sikap mementingkan diri seolah-olah tidak wujud dengan amalan semangat dan sikap toleransi serta saling hormat-menghormati di antara pelbagai kaum. Keadaan seperti ini hampir tidak wujud di negara lain termasuk di negara maju seperti Amerika Syarikat mahupun di negara-negara Eropah serta Afrika Selatan.

Masyarakat majmuk di Malaysia juga bercirikan semangat perpaduan yang jitu sehingga wujud kerjasama yang erat sesama mereka. Kerjasama ini dapat dilihat baik dalam apa-apa juga bidang termasuk dalam bidang ekonomi dan sosial. Masyarakat yang berbilang kaum itu juga mengamalkan budaya ibunda yang berbeza seperti perayaan, makanan dan pakaian. Namun begitu setiap kaum menghormati budaya kaum lain tanpa rasa janggal mahupun berasa kelainannya. Kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia secara umumnya dipandu oleh kebebasan untuk mengamalkan

Page 5: RUMUSAN LATIHAN UTK 2013

budaya asal kaum tertentu tanpa sebarang halangan. Namun begitu, agama Islam diterima sebagai agama rasmi negara dengan agama yang lain bebas untuk diamalkan oleh setiap penganut.

Dari sudut kepercayaan, setiap masyarakat dibenarkan hidup dalam budaya asal mereka mengikut kaum masing-masing. Namun pada waktu yang sama, setiap kaum turut menghormati kepercayaan dan agama yang dianuti oleh kaum lain. Keunikan inilah yang menjadikan daya tarikan masyarakan dari negara lain untuk belajar sesuatu yang menarik tentang Malaysia.

__________________________Click jawapan pada gambar di bawah:

___________________________________________

RUMUSAN 5:

Baca petikan di bawah kemudian buat satu rumusan tentang gejala-gejala sosial dalam kalangan remaja dan langkah untuk mengatasinya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak lebih daripada 120 patah perkataan.

________________________________________________

Pada abad ke-21, masalah yang kian meruncing dan sukar dibendung kewujudannya ialah masalah sosial dalam kalangan remaja. Hal ini kerap disuarakan oleh orang ramai malah turut disiarkan berulang kali di media-media masa tempatan. keadaan ini amat membimbangkan kita kerana golongan remaja merupakan pemimpin pelapis yang bakal mentadbir dan memimpin negara pada masa depan. Dalam laporan terbaru yang disiarkan di televisyen, gejala sosial paling membimbangkan dalam kalangan mereka ialah pertambahan jumlah remaja yang terjebak dalam najis dadah. Hal ini perlu ditekankan kerana Malaysia memandang bahawa dadah adalah musuh nombor satu negara pada masa ini.

Penglibatan remaja dalam kancah penyalahgunaan dadah ini kerap kali menimbulkan masalah berterusan. Kini, timbul pula golongan Mat Rempit dalam kalangan remaja yang tidak segan silu menunjukkan kehebatan bermotosikal tanpa mengikut undang-undang yang ditetapkan. persoalannya ialah mereka bukan sahaja membahayakan nyawa mereka sendiri tetapi turut membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Semasa isu mat Rempit ini sedang heboh diperkatakan, lahir pula gejala yang tidak sehat dalam kalangan remaja apabila sebahagian besar daripada mereka terlibat dengan jenayah ragut sehingga menyebabkan kematian. Hal ini bukan sahaja memeranjatkan kita tetapi kita dapat merasakan bahawa keruntuhan nilai moral serta nilai-nilai kemanusiaan yang dianggap murni semakin menipis dalam jiwa remaja kita.

Page 6: RUMUSAN LATIHAN UTK 2013

Selain itu, mengikut laporan yang diberi oleh pihak polis, pada masa ini semakin ramai remaja khususnya remaja perempuan yang terlibat dengan masalah lari dari rumah ekoran berlaku masalah dalaman di antara keluarga mereka. Golongan ini mudah terdedah dengan gejala yang tidak sihat termasuklah melibatkan diri dalam sek bebas ataupun melacurkan diri demi mendapatkan kepuasan diri mahupun untuk mendapatkan wang bagi menyara kehidupan mereka setelah terpisah daripada keluarga. Kesannya bukan sahaja dirasai dalam jangka masa pendek tetapi lebih parah dalam jangka masa panjang.

Sementara itu, beberapa buah akhbar tempatan turut melaporkan bahawa ramai remaja terutamanya remaja di bawah umur gemar menghabiskan masa melepak di pusat-pusat membeli belah mahupun di kafe siber. Golongan remaja seperti ini akan lebih mudah melakukan kesalahan disiplin sekolah kerana terlibat dengan gejala ponteng sekolah dan ada pula yang terjebak dalam kegiatan gangsterisme. Justeru, tindakan seperti ini akan lebih menyukarkan hasrat kerajaan dalam usaha untuk melahirkan rakyat minda kelas pertama pada masa depan. Apatah lagi dengan sikap golongan remaja yang terlalu terikut-ikut dengan budaya barat yang dianggap tidak sopan dari pandangan masyarakat timur. Natijahnya, kita sedang berhadapan dengan satu masalah yang bukan sahaja perlu diatasi tetapi memerlukan kerjasama semua pihak bagi membawa remaja kita kembali semula ke pangkal jalan.

___________________________________________________

RUMUSAN 6:

Baca petikan di bawah dan buat rumusan tentang kesan-kesan kenaikan harga petrol di Malaysia dan inisiatif yang diambil untuk mengatasinya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak lebih daripada 120 patah perkataan sahaja

___________________________________________________

Pada tahun 2007, berlaku krisis harga pertoleum pada peringkat dunia sehingga menyebabkan kebanyakan negara menghadapi kesukaran dan krisis ekonomi. Di Malaysia, kerajaan terpaksa menaikkan harga petrol sebanyak 3 kali dengan kenaikan terbesar sebanyak RM1 pada akhir tahun 2007. Kenaikan harga petrol secara mendadak ini amat memeranjatkan orang ramai kerana petrol menjadi bahan terpenting dalam semua bidang kehidupan. Kesan mendadak yang dapat dilihat secara langsung melalui dasar kerajaan ini ialah berlakunya kenaikan harga barang-barang meliputi semua jenis barang makanan mahupun barang kegunaan harian yang lain. Kenaikan harga barang-barang ini tidak dapat dielakkan kerana kenaikan harga petrol telah mengakibatkan kenaikan kos pengeluaran kepada pekilang-pekilang mahupun kepada syarikat pengangkutan.

Selain itu, perkara yang amat membimbangkan kerajaan ialah banyak kilang mahupun syarikat-syarikat besar yang sebelum ini menyumbang pendapatan kepada negara

Page 7: RUMUSAN LATIHAN UTK 2013

melalui cukai, telah mengalami kerugian besar kerana kenaikan kos tersebut. Pada masa yang sama kilang-kilang terpaksa mengecilkan pengeluaran kerana permintaan yang semakin berkurangan dari seluruh dunia. Ada di antara syarikat dan kilang-kilang ini yang terpaksa gulung tikar atau menghentikan operasi pengeluarannya untuk seketika sehingga keadaan pulih seperti sedia kala. Dasar yang diamalkan oleh pekilang di samping ketidakmampuan pekilang untuk terus beroperasi ini telah menyebabkan pendapatan negara terjejas dengan begitu serius.

Pada masa yang sama, kenaikan harga petrol ini telah menyebabkan banyak kilang memberhentikan pekerja mereka bagi mengurangkan kos pengeluaran yang semakin meningkat. Ada juga pekerja yang diberhentikan untuk sementara sehingga keadaan pulih semula. Akibatnya, kesan jelas yang berlaku akibat fenomena harga minyak ini ialah kadar pengangguran di Malaysia meningkat dari 3.5 peratus kepada 5.4 peratus setahun dan kenaikan ini merupakan kenaikan tertinggi dalam sejarah Malaysia moden. Sebagai contohnya, sepanjang 3 bulan pertama kenaikan harga petrol, seramai lebih 400 ribu pekerja swasta atau pekerja kilang telah kehilangan pekerjaan. Bagi pekerja awam, mereka lebih bernasib baik kerana secara umumnya kurang merasai kesan kenaikan harga petrol ini.

Pada suku kedua fasa kenaikan harga petrol ini, kajian menunjukkan bahawa kadar kemiskinan dalam kalangan rakyat semakin meningkat dengan mendadak. Daripada jumlah 5.3 peratus, kadar kemiskinan telah meningkat kepada 7.6 peratus daripada jumlah keseluruhan jumlah penduduk. Menurut pengkaji, kenaikan angka ini adalah disebabkan indeks harga barang yang telah meningkat dari 2.3 kepada 5.7 mata. Pendapatan penduduk miskin tegar yang sebelumnya ialah RM500 sebulan telah meningkat kepada RM800 sebulan. Mereka dalam kumpulan berpendapatan tersebut kini termasuk dalam kumpulan miskin tegar kerana kenaikan harga barang-barang keperluan. Krisis ini tidak terhenti di situ sahaja tetapi menyumbang kepada pertambahan bilangan jenayah yang melibatkan kecurian, rompakan, peras ugut dan ragut. Persoalannya, mampukah kita menghadapi krisis kenaikan harga petrol ini yang dijangka akan mencecah harga RM4.50 seliter pada tahun 2020 nanti?

____________________________________________________

RUMUSAN 7:

Baca rencana di bawah. Tulis rumusan tentang peranan-peranan guru dalam mendidik pelajar dan halangan-halangan yang dihadapi. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

___________________________________________________

Guru merupakan insan yang dianggap terlalu mulia bukan sahaja dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia tetapi dari sudut pandangan agama. Semua agama di dunia termasuk agama Islam, Buddha, Hindu mahupun agama yang lain mengiktiraf tugas seorang guru. Perlu diingat bahawa, tugas seorang guru bukan sahaja mendidik

Page 8: RUMUSAN LATIHAN UTK 2013

dan mengajar pelajarnya dari segi akademik untuk menjadi seorang yang pintar, tetapi tugas seorang guru adalah lebih daripada itu. Jika di rumah, seorang pelajar berdamping dengan ibu dan bapa, di sekolah pula tugas ini dipikul oleh seorang guru. Merekalah yang bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan para pelajar agar terhindar daripada sebarang mara bahaya ketika tiada ibu dan bapa di samping mereka. Namun begitu, tidak ramai yang menyedari termasuk pelajar itu sendiri bahawa tugas seorang guru adalah terlalu berat sehingga ada yang mengatakan "guru itu umpama lilin, membakar diri untuk menerangi orang lain".

Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia, guru juga berfungsi untuk menyemai nilai-nilai murni dan akhlak yang sempurna dalam diri pelajar. Biarpun tugas ini dilakukan tanpa disedari oleh pelajar itu sendiri, namun hakikatnya peranan ini perlu dilaksanakan bagi membentuk diri individu yang sempurna demi kebaikan agama, bangsa dan negara. Ramai pelajar tidak menyedari bahawa guru memarahi pelajar atau menghukum pelajar adalah bagi membentuk disiplin pelajar tersebut agar menjadi masyarakat yang berguna dan tidak melanggar undang-undang negara pada masa depan. Tugas ini biarpun sukar dilaksanakan namun digalas dengan hati yang tabah dan penuh ikhlas. Guru tidak pernah membeza-bezakan perhatian dan kasih sayang kepada setiap pelajar mereka hatta kepada pelajar yang dianggap kurang berdisiplin. Namun sebagai manusia biasa, kadang-kala sikap keterlanjuran guru menjalankan hukuman boleh sahaja terjadi.

Pada masa yang sama, guru juga bertanggungjawab kepada masyarakat di sekeliling tempat mereka bertugas. Mereka perlu sentiasa memberi kerjasama dalam bentuk cadangan, saranan atau apa jua aktiviti masyarakat yang dilaksanakan dan dianggap sesuai dalam profession yang dipegang. Seorang guru tidak boleh bersikap sombong atau memencilkan diri dalam masyarakatnya kerana hal ini bertentangan dengan semangat keguruan. Mereka juga menjadi wadah kepada pihak kerajaan untuk menanamkan semangat cinta akan negara kepada generasi muda itu serta menyampaikan hasrat kerajaan untuk membentuk masyarakat yang harmoni serta bersatu-padu. Dasar-dasar kerajaan yang diterapkan kepada pelajar ini dapat melahirkan rakyat yang teguh dan berani demi memimpin negara pada masa yang akan datang. Justeru ingatlah falasafah orang Yunani, "jika seorang doktor melakukan kesilapan, hanya seorang pesakit yang akan ditimpa kesusahan tetapi jika seorang guru melakukan kesilapan, kesannya akan berpanjangan hingga beberapa keturunan".

Guru bagi masyarakat tradisional di negara kita dianggap terlalu ideal sehingga sebelum menyerahkan anak-anak mereka untuk belajar, mereka membekalkan guru tersebut sebatang rotan. Kegunaannya adalah untuk menghukum anak mereka atau mendidik anak-anak mereka supaya menjadi orang yang berguna. Di sini kita dapat melihat betapa peranan seorang guru terlalu besar untuk menggalas tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka untuk menjadi manusia yang berguna. Namun senario terkini kelihatan sudah semakin berubah. Ada golongan ibu bapa yang bertindak seolah-olah lebih bijak menegur dan menyalahkan guru itu dan ini. Golongan ibu bapa seperti itu perlu lebih sedar dan insaf

Page 9: RUMUSAN LATIHAN UTK 2013

bahawa mereka menghantar anak-anak ke sekolah kerana mereka tidak mampu untuk mendidik anak mereka sendirian tanpa bantuan seorang guru. Selamat hari Guru.

__________________________________________________

RUMUSAN 8:

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan amalan membaca dan sebab-sebab rakyat kurang membaca. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

__________________________________________________Membaca merupakan aktiviti yang amat berfaedah. Walau bagaimanapun, ramai orang membaca buku hanya untuk mengisi masa lapang. Sebenarnya, amalan membaca amat penting bagi kita semua kerana dengan membaca akan dapat melahirkan generasi yang berfikiran kritis dan matang. Kita mestilah memupuk budaya membaca kepada kanak-kanak dan remaja zaman sekarang. Budaya membaca bukan sahaja dapat membina generasi yang kritis malah pembudayaan amalan itu akan dapat mempercepat usaha untuk membentuk negara kita agar lebih maju dan pesat membangun seperti negara Jepun dan Korea Selatan. Hasil daripada membaca sesuatu makalah mampu memberikan pengalaman yang baru yang dapat diaplikasikan dalam urusan harian yang tertentu.

Untuk memenuhi hasrat mewujudkan masyarakat yang gemar membaca, banyak perpustakaan awam dibina. Selain itu, kerajaan mengisytiharkan bulan Julai sebagai Bulan Membaca peringkat kebangsaan. Tindakan ini selaras dengan saranan Perdana Menteri kita yang mahukan rakyat membaca supaya kita dapat melahirkan masyarakat yang serba tahu. Di samping itu, amalan membaca membolehkan kita membuat refleksi tentang kelemahan diri kita sendiri kerana kita akan dapat memahami perkara-perkara yang tidak diketahui selama ini! Pengetahuan am sama ada isu semasa ataupun sejarah dapat menaikkan motivasi diri sehingga mewujudkan daya saing yang sihat.

Menurut Frank Tibolt, penulis buku Sentuhan Kejayaan, dengan membaca kita dapat berubah menjadi manusia yang lengkap. Kata-kata Mohd. Atiq, pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2003 bahawa membaca itu keperluan hidup jelas membuktikan bahawa budaya membaca mesti diamalkan setiap masa. Dalam hal ini, galakan yang diberikan kepada pihak sekolah untuk menubuhkan kelab bacaan patut dipuji. Usaha mengadakan majlis pelancaran buku baru juga merupakan pendekatan proaktif yang boleh mendorong lebih ramai anggota masyarakat untuk mencintai buku.

Sebenarnya, masyarakat negara ini belum boleh dianggap sebagai masyarakat pembaca. Kita perlu melakukan anjakan paradigma seiring dengan kemajuan dunia pada hari ini. Jika ada usaha bersungguh-sungguh ke arah itu, mungkin pada suatu hari nanti kita pun akan berubah dan menjadi seperti masyarakat Barat dan Asia Timur yang memperoleh keseronokan daripada membaca. Kita harus terus membaca kerana jika

Page 10: RUMUSAN LATIHAN UTK 2013

kita sentiasa menangguhkan tindakan, akhirnya kita tidak akan dapat menghabiskan walau sebuah buku pun dalam setahun. Kita berharap juga agar masyarakat tidak terlalu cenderung untuk membeli majalah hiburan dan cerita fiksyen semata-mata supaya kita dapat membebaskan diri daripada belenggu bahan picisan seumpamanya. Eloklah kita cuba meninjau bahan bacaan lain yang banyak mengandungi maklumat yang dapat dimanfaatkan.

__________________________________________________

RUMUSAN 9:

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat suatu rumusan tentang faktor-faktor rakyat wajib memerangi rasuah dan halangannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah kata.

____________________________________________________Rasuah merupakan salah satu penyakit masyarakat yang wujud sejak dahulu dan berterusan hingga sekarang. Rasuah boleh berlaku dalam pelbagai institusi masyarakat tidak terkecuali dalam pentadbiran awam sesebuah negara. Kini, dapat kita saksikan sikap serius kerajaan Malaysia bertindak membasmi rasuah hingga akar umbi, terutama yang melibatkan sektor awam. Langkah tegas kerajaan ini harus disambut baik oleh semua lapisan masyarakat.

Kerajaan telah mengeluarkan arahan-arahan tentang perkara ini dan merangka serta menentukan suatu penanda aras berhubung dengan rasuah. Ketetapan itu membuktikan sikap serius kerajaan memerangi rasuah. Perkara yang dapat kita jangkakan pada masa depan ialah peningkatan usaha Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk menyelesaikan kes-kes rasuah yang diadukan oleh pihak yang terlibat kepadanya. Kakitangan sektor awam wajar mengambil perhatian terhadap perkara ini dan menanamkan azam untuk mengelakkan diri daripada sebarang perbuatan rasuah. Sesungguhnya, perbuatan rasuah akan merugikan pihak pelaku apabila mereka disiasat, diheret ke mahkamah, dibicarakan, dan dijatuhi hukuman. Sebelum perkara ini berlaku, wajarlah iktibar daripada peribahasa sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna diambil. Bagi anggota masyarakat pula, mereka perlu mengambil kira keseriusan kerajaan dan tidak melibatkan diri menawarkan rasuah sebagai jalan pintas untuk menyelesaikan masalah masing-masing secara haram. Amalan menawarkan rasuah hanya menyelesaikan masalah dalam jangka masa pendek.

Amalan rasuah ini akan mendatangkan mudarat besar kepada masyarakat, rakyat, dan negara. Semua pihak, baik kakitangan kerajaan mahupun anggota masyarakat perlu menahan diri daripada melakukan rasuah dengan memikirkan kepentingan jangka panjang negara. Kita haruslah menyokong usaha kerajaan membasmi rasuah demi kebaikan kita semua. Sokongan itu meliputi amalan mahupun sikap serta mentaliti masing-masing. Kita mengakui bahawa rasuah mempunyai pelbagai tahap. Ada yang bertahap rendah dan melibatkan nilai yang sedikit. Di samping itu, wujud rasuah yang membabitkan jumlah yang besar dan berkaitan pula dengan kedudukan yang lebih

Page 11: RUMUSAN LATIHAN UTK 2013

tinggi. Walau bagaimanapun, kedua-duanya tetap rasuah dan menjadi wabak masyarakat yang sangat bahaya. Sesungguhnya rasuah menjadi penyakit yang memakan diri sesuatu organisasi. Maka usaha memeranginya perlu bermula daripada mentaliti dan sikap antirasuah khususnya di kalangan kakitangan sektor awam. Mereka harus disedarkan bahawa rasuah melemahkan sektor awam dan akhirnya mendatangkan mudarat kepada semua pihak.

Apabila rasuah berleluasa, jentera sektor awam tidak akan berkesan dan segala rancangan kerajaan tidak dapat disempurnakan. Jika rasuah tidak dapat dibanteras, rakyatlah yang akan menanggung kerugian kerana merekalah yang membayar cukai tetapi tidak dapat menikmati keefisienan perkhidmatan kerajaan.

____________________________________________________

RUMUSAN 10:

Baca petikan di bawah dan buat satu rumusan tentang kesan negatif penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar di sekolah dan langkah-langkah pencegahannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak lebih 120 patah perkataan.

_______________________________________________________

Pada masa ini, sebilangan murid sekolah pada hakikatnya telah pun mempunyai telefon bimbit sama ada dibeli oleh ibu bapa masing-masing atau dibeli dengan duit simpanan sendiri. Cuma penggunaannya terbatas di luar sekolah kerana mereka dilarang menggunakannya di kawasan sekolah. Memang tidak dinafikan telefon bimbit menjadi alat hubungan imbit yang penting namun kita perlu melihat kesan negatif kepada murid sekolah.

Kita semua sudah biasa melihat kesan buruk penggunaan telefon ini di kalangan orang dewasa. Misalnya, telefon bimbit digunakan untuk merakam gambar yang tidak senonoh. Mereka juga menggunakannya untuk menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) berantai. Di samping itu, pengguna juga melanggan pelbagai perkhidmatan yang tidak penting seperti yang diiklankan di media massa. Siapakah yang boleh memberi jaminan bahawa mereka tidak akan terlibat dalam perkara-perkara sedemikian?

Murid-murid juga dikhuatiri menyalahgunakan telefon bimbit semasa proses pengajaran dan pembelajaran diadakan. Antara lain, murid dikhuatiri menggunakan telefon bimbit untuk menipu dalam peperiksaan. Mereka juga mungkin leka menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan tidak dapat menumpukan perhatian kepada pengajaran. Selain itu, tidak mustahil jika terdapat murid yang memuat turun perkara-perkara yang tidak diingini semasa di dalam kelas.

Tidak keterlaluan jika kita mengandaikan bahawa akan timbul kesan psikologi terhadap murid sekolah yang kurang mampu. Maka akan wujudlah suatu trend dalam kalangan

Page 12: RUMUSAN LATIHAN UTK 2013

murid sekolah bahawa telefon bimbit ialah perkara penting pada zaman persekolahan. Oleh itu, mereka akan memaksa ibu bapa membelikan telefon itu untuk mereka.

Selain itu, pemilikan telefon bimbit dalam kalangan murid dikhuatiri menimbulkan suasana hubungan sosial yang tidak baik di dalam kawasan sekolah. Hal ini demikian kerana ada murid yang mula menjadikan telefon sebagai salah satu simbol status sosial. Jika satu ketika dahulu jenama kasut, beg atau kotak pensel pun boleh digunakan sebagai simbol status sosial di kalangan murid, maka telefon bimbit juga diramal akan turut menjadi alat untuk murid menunjuk-nunjuk.

Masalah penggunaan telefon bimbit di sekolah perlu diberikan perhatian. Dengan itu, langkah melarang penggunaan telefon bimbit di sekolah dianggap wajar. Larangan ini wajar diteruskan memandangkan penggunaan telefon bimbit lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan.

_____________________________________________________

RUMUSAN 11:

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang peranan generasi muda dalam mengisi kemerdekaan dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh mereka. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 perkataan.

____________________________________________________Banyak kemajuan yang telah dicapai oleh generasi muda melalui usaha kuat mereka dan dasar-dasar kerajaan. Bagaimanapun, generasi muda juga menghadapi pelbagai permasalahan yang jika tidak diatasi akan memberi kesan kepada usaha membangunkan negara setelah 50 tahun mencapai kemerdekaan. Pelbagai permasalahan sosial dalam kalangan generasi muda terutama remaja kerap diperkatakan. Perangkaan statistik kes jenayah dan salah laku membabitkan remaja di Malaysia kian serius dan bertambah kronik. Statistik penyalahgunaan dadah pula masih lagi memberi petunjuk mengenai kedudukan masalah ini pada peringkat yang membimbangkan. Kesan penyalahgunaan dadah kepada negara boleh membantut usaha menjayakan dasar-dasar yang diwujudkan. Oleh itu, generasi muda perlu menjauhi diri daripada dadah kerana mereka merupakan aset yang bernilai bagi negara.

Mereka juga kurang mempunyai semangat patriotisme kerana dikatakan tidak dapat merasakan detik-detik perjuangan kepayahan menuntut kemerdekaan di samping hidup dalam zaman yang selesa. Mereka sepatutnya bertanggungjawab membina kejayaan negara dan sanggup bekerja keras untuk negara. Generasi muda juga perlu mementingkan kecemerlangan dalam pendidikan. Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2020.

Page 13: RUMUSAN LATIHAN UTK 2013

Generasi muda mestilah berusaha untuk memajukan diri mereka. Melalui Kementerian Belia dan Sukan, kerajaan telah melaksanakan aktiviti-aktiviti untuk membantu remaja dan belia memajukan diri mereka. Majlis Penggalakan Ekonomi Belia (MPEB) telah diwujudkan bagi membantu golongan muda yang ingin berniaga mendapatkan maklumat dan bantuan. Konvensyen Pembangunan Belia Meneroka Generasi 2007 contohnya bertujuan menentukan hala tuju, falsafah dan strategi pembangunan belia yang progresif, menggariskan mekanisme pengurusan pembangunan belia, menyediakan kod etika pertubuhan belia dan membina teras pembangunan belia yang terbilang.

Generasi muda melalui kesedaran mereka dan bantuan pihak lain diharapkan akan terus memastikan bahawa Malaysia menjadi negara yang aman dan stabil, mengamalkan kesederhanaan serta saling menghormati dalam adunan warga pelbagai budaya. Adalah tugas generasi muda untuk memastikan Malaysia akan terus berpegang kepada konsep keadilan dan kesaksamaan, mengusahakan kemiskinan dihapuskan dan memastikan kemakmuran dapat dinikmati bersama. Selain itu, adalah juga menjadi harapan agar generasi muda akan mengisi perjuangan kemerdekaan dalam fasa 50 tahun kedua dengan memastikan prinsip demokrasi akan terus diamalkan dan mengurus negara dengan bijak. Kejayaan negara dalam fasa kedua 50 tahun kemerdekaan negara memerlukan komitmen semua warganegara terutama sekali generasi muda.

__________________________________________________

Page 14: RUMUSAN LATIHAN UTK 2013

Jawapan Latihan Rumusan 1 Rencana tersebut membincangkan masalah-masalah ekonomi yang dihadapi oleh negara Malaysia pada abad ke-21.Di antara cabaran ekonomi yang dihadapi oleh Malaysia ialah harga hasil pertanian yang tidak stabil menjejaskan keutuhan ekonomi negara. Persaingan dengan negara pengeluar hasil pertanian lain juga turut menjadi cabaran negara. Pada masa yang sama, pasaran hasil industri negara adalah kecil dan terhad. Selain itu, kenaikan harga petroleum turut menjejaskan syarikat tempatan di Malaysia. Hal ini ditambah pula oleh sekatan pengekspotan barangan Malaysia oleh negara besar. Malaysia juga menghadapi cabaran kerana jumlah pelabur asing yang semakin berkurangan.Justeru, bagi menangani masalah ini, kerajaan telah mencari pasaran baru di negara-negara timur yang lain. Kualiti hasil keluaran industri negara turut ditingkatkan. kerajaan juga mengadakan promosi hasil keluaran industri tempatan secara besar-besaran.Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama bagi mengatasi cabaran-cabaran ekonomi negara agar dapat bersaing pada peringkat global.

...............

Jawapan Latihan Rumusan 2 Masalah Rokok:

Petikan membincangkan kesan negatif akibat merokok.

Merokok mendatangkan keburukan kerana perbuatan ini merupakan satu bentuk pembaziran. Selain itu, merokok juga boleh menyebabkan pelbagai penyakit berbahaya. Perbuatan ini turut membahayakan kesihatan orang lain di sekeliling mereka. Pada masa yang sama, merokok menyebabkan orang lain berasa tidak selesa serta mengganggu komunikasi. Perbuatan ini juga boleh menyebabkan ketagihan yang amat sukar untuk dihentikan. Malah, puntung rokok yang dibuang merata-rata boleh mengakibatkan kebakaran.

Walau bagaimanapun terdapat kekangan untuk menghindarkan tabiat merokok dalam kalangan pelajar iaitu sikap pekedai yang masih menjual rokok kepada remaja bawah 18 tahun. Tindakan penguatkuasaan yang tidak tegas turut menghalang usaha membanteras tabiat ini.

Kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu agar masalah merokok dalam kalangan pelajar dapat diatasi bagi melahirkan generasi yang sihat.

Jawapan Latihan Rumusan 3 Kebaikan Membeli Barangan Tempatan.Petikan membincangkan kebaikan-kebaikan membeli barangan tempatan.

Membeli barangan tempatan dapat meningkatkan pasaran hasil keluaran industri di Malaysia sekali gus menjana ekonomi negara. Kualiti barangan tempatan juga adalah setanding dengan hasil keluaran yang diimport. Apabila kita membeli barangan tempatan kita dapat mengurangkan pembelian barangan import. Pada masa yang sama, tindakan itu dapat

Page 15: RUMUSAN LATIHAN UTK 2013

mengurangkan aliran wang keluar negara. Selain itu, membeli barangan tempatan dapat menggalakkan perkembangan industri tempatan. Pembeli juga beruntung kerana harga barangan tempatan lebih murah.

Sementara itu, cabaran bagi barangan tempatan termasuklah sikap rakyat yang gemar mengagung-agungkan barangan import. Barangan tempatan juga sukar menembusi pasaran antarabangsa.

Kesimpulannya, rakyat Malaysia perlu mengutamakan barangan tempatan agar pasaran barangan tersebut mampu menempuhi pasaran antarabangsa.

Jawapan Latihan Rumusan 3 Kebaikan Membeli Barangan Tempatan.

Petikan membincangkan kebaikan-kebaikan membeli barangan tempatan.

Membeli barangan tempatan dapat meningkatkan pasaran hasil keluaran industri di Malaysia sekali gus menjana ekonomi negara. Kualiti barangan tempatan juga adalah setanding dengan hasil keluaran yang diimport. Apabila kita membeli barangan tempatan kita dapat mengurangkan pembelian barangan import. Pada masa yang sama, tindakan itu dapat mengurangkan aliran wang keluar negara. Selain itu, membeli barangan tempatan dapat menggalakkan perkembangan industri tempatan. Pembeli juga beruntung kerana harga barangan tempatan lebih murah.

Sementara itu, cabaran bagi barangan tempatan termasuklah sikap rakyat yang gemar mengagung-agungkan barangan import. Barangan tempatan juga sukar menembusi pasaran antarabangsa.

Kesimpulannya, rakyat Malaysia perlu mengutamakan barangan tempatan agar pasaran barangan tersebut mampu menempuhi pasaran antarabangsa.

Jawapan Latihan Rumusan 4 Masyarakat Majmuk di Malaysia.Petikan membincangkan sifat-sifat masyarakat majmuk di Malaysia.

Antara ciri masyarakat majmuk di Malaysia adalah terdiri daripada berbilang-bilang kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Selain itu, mereka menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan. Setiap kaum juga mengamalkan sikap toleransi serta saling menghormati. Masyarakat majmuk di Malaysia juga bercirikan semangat perpaduan yang jitu. Di samping itu, setiap kaum bebas mengamalkan budaya dan kepercayaan masing-masing. Pada masa yang sama, setiap kaum menghormati kebudayaan kaum lain tanpa berasa janggal.

Perpaduan kaum dapat dibentuk melalui sistem pendidikan bersepadu sejak di sekolah rendah. Perpaduan juga dapat dibentuk melalui semangat kerjasama antara kaum.

Page 16: RUMUSAN LATIHAN UTK 2013

Kesimpulannya, setiap kaum di Malaysia perlu bersatu padu agar masyarakat majmuk di negara kita dapat hidup dengan harmoni.

Posted by mohd nazri at 6:12 AM

A. MENULIS PENGENALAN:

1. Tulis dan ubah perkataan daripada kunci kata soalan pertama sahaja.

(tidak boleh ada perkataan ‘dan’ dalam pengenalan.

2. Mengubah maksud perkataan kunci kata pertama soalan:* faktor = punca = sebab = penyebab = perkara yang mempengaruhi* langkah = inisiatif = cara = kaedah = tindakan* kesan = implikasi = kebaikan = keburukan = kesan positif = kesan negatif* ciri = sifat = bentuk* masalah = halangan = cabaran = kekangan

3. Contoh:1. Rumuskan langkah-langkah mengatasi hakisan tanah dan faedahnya kepada masyarakat.

Pengenalan rumusan :Rencana membincangkan cara-cara mengatasi hakisan tanah.

2. Buat satu rumusan tentang faktor yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di kawasan Bandar dan implikasinya kepada pembangunan di kawasan Bandar tersebut.

Pengenalan rumusan :Petikan membincangkan punca-punca yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di kawasan Bandar.

3. Rumuskan ciri-ciri yang terdapat di dalam diri seorang pelajar cemerlang dan langkah melahirkan pelajar cemerlang. Panjang rumusan hendaklah tidak lebih 120 patah perkataan.

Pengenalan rumusan : Rencana membincangkan sifat-sifat yang terdapat di dalam diri seorang pelajar cemerlang.

4. Baca petikan di bawah dan buat satu rumusan tentang kepentingan sektor pertanian kepada Negara kita dan langkah untuk memajukan sektor pertanian negara. Panjang karangan mestilah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Page 17: RUMUSAN LATIHAN UTK 2013

Pengenalan rumusan : Rencana tersebut membincangkan faedah sektor pertanian kepada Negara.

5. Buat satu rumusan tentang keburukan makanan ringan kepada kanak-kanak dan cara-cara untuk mencegahnya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pengenalan rumusan : Rencana tersebut membincangkan kesan negatif makanan ringan kepada kanak-kanak.

B. MENULIS ISI TERSURAT:

1. Isi jawapan berdasarkan kunci kata soalan yang pertama. (gunakan kunci kata dalam soalan. Jangan ubah)2. Isi hanya yang terdapat dalam petikan sahaja.3. Beri maksimum 6 isi. (Jumlah isi tersurat dan tersirat ialah 8 isi)4. Jika kurang isi tersurat, jangan panik. Tambah isi tersirat anda.5. Jika jumlah perkataan masih kurang 120 perkataan, anda digalakkan tambah isi tersurat.6. Pastikan maksimum 2 isi dalam satu ayat. SEBAIK-BAIKNYA 1 isi dalam I ayat.7. Gunakan penanda wacana untuk menggabungkan setiap ayat.

8. Contoh penggunaan ayat:

Contoh 1: Rumusan yang baik.(Katakanlah faktor banjir kilat)

-Faktor utama yang menyebabkan banjir kilat ialah keadaan longkang yang tersumbat.-Selain itu, faktor yang lain termasuklah kurangnya kadar serapan air di kawasan bandar.-Sementara itu, hujan lebat yang berterusan juga turut menjadi faktor fenomena tersebut.-Terdapat juga faktor kurangnya sistem perangkap sampah di kawasan sungai berhampiran.-Di samping itu, kekurangan tumbuhan di bandar menyebabkan banjir kilat terjadi.-Faktor penyebab yang terakhir ialah hakisan tanah yang dihasilkan oleh pembinaan di Bandar.

Contoh 2 : Rumusan kurang baik. (akan ditolak 1 markah bahasa)

-Faktor pertama yang menyebabkan banjir kilat ialah keadaan longkang

Page 18: RUMUSAN LATIHAN UTK 2013

yang sempit.-Faktor kedua ialah kurangnya kadar serapan di kawasan bandar.-Faktor ketiga ialah hujan lebat yang berterusan di bandar.-Faktor keempat ialah kekurangan tumbuhan di bandar.-Faktor terakhir ialah hakisan tanah dari kawasan pembinaan.

9. JANGAN gunakan perkataan ‘harus/ patut/ mesti/ wajib/ hendaklah/ wajarlah’ dan lain-lain yang berbentuk cadangan. (Tiada markah diberi jika perkataan ini digunakan)Salah : Langkah mengatasinya ialah kerajaan harus menguatkuasakankan undang-undang.Sepatutnya : Langkah mengatasinya ialah kerajaan menguatkuasakan undang-undang.

Salah : Selain itu, kerajaan harus mengenakan denda yang tinggi kepada pesalah trafik.Sepatutnya : Selain itu kerajaan mengenakan denda yang tinggi kepada pesalah trafik.

10. Contoh : Contoh 1 :Rumuskan faktor kemalangan jalan raya dan langkah mengatasinya.

"Kemalangan jalan raya kerap berlaku di lebuh raya. Hal ini telah banyak menyebabkan kehilangan nyawa dan kerugian harta benda. Kejadian seperti ini perlu dibendung dan sikap orang ramai menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba-lumba harus disekat. "

Isi tersurat :-Faktor yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya ialah sikap orang ramai menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba-lumba.

Contoh 2 : Rumuskan kesan-kesan kemajuan teknologi kepada negara dan masalah yang dihadapi.

"Banyak kemajuan tercapai apabila manusia memperkenalkan sains dan teknologi. Pelbagai jenis ciptaan turut dihasilkan sehingga menyebabkan tugas yang dilaksanakan oleh orang ramai menjadi lebih mudah."

Isi tersurat :- Selain itu, kesan kemajuan teknologi kepada negara ialah tugas yang dijalankan oleh orang ramai menjadi lebih mudah.

Contoh 3 : Rumuskan ciri-ciri tanaman kontan di negara kita dan kepentingannya.

Page 19: RUMUSAN LATIHAN UTK 2013

"Antara tanaman kontan tersebut termasuklah getah dan kelapa sawit. Tanaman ini banyak ditanam di sini kerana tanah lateritnya yang subur. Hasil tanaman ini adalah digunakan untuk jualan yang memberi keuntungan kepada negara."

Isi tersurat :- Ciri-ciri pertanian kontan yang lain termasuklah digunakan sebagai jualan bagi memberi keuntungan kepada negara.

Contoh 4 : Rumuskan kesan negatif kafe siber dalam kalangan remaja dan langkah mengatasinya.

"Umum mengetahui perkembangan kafe siber begitu pesat sehingga seperti cendawan tumbuh. Banyak pihak berpendapat bahawa perkembangan ini amat wajar bagi meningkatkan kemajuan IT dalam kalangan penduduk. Namun segelintir kecil menentangnya dengan alasan bahawa tempat ini akan menjadi tempat berkembangnya gejala sosial dalam kalangan remaja. "

Isi tersurat :- Kesan negatif yang terakhir ialah kafe siber akan menjadi tempat berkembangnya masalah sosial dalam kalangan masyarakat.

C. MENULIS ISI TERSIRAT:

1. Berdasarkan kunci kata soalan yang kedua.2. Isi bahagian ini perlu anda fikir sendiri dan bukan diambil dari petikan juga.3. Jika isi tersirat yang anda fikirkan sudah ada dalam petikan juga, jangan ambil sebagai isi anda.4. Penggunaan ayat dan penanda wacana adalah sama dengan isi tersurat.5. Jumlah minimum ialah 2 isi tetapi jika isi tersurat kurang, bahagian isi ini perlu ditambah.6. JANGAN gunakan perkataan ‘harus/ patut/ mesti/ wajib/ hendaklah/ wajarlah’ dan lain-lain yang berbentuk cadangan. (Tiada markah diberi jika perkataan ini digunakan)

7. Contoh :Contoh 1 : Rumuskan kesan-kesan kemajuan teknologi kepada negara dan masalah yang dihadapi.

"Banyak kemajuan tercapai apabila manusia memperkenalkan sains dan teknologi. Pelbagai jenis ciptaan turut dihasilkan sehingga menyebabkan tugas yang dilaksanakan oleh orang ramai menjadi lebih mudah."

Isi tersirat :

Page 20: RUMUSAN LATIHAN UTK 2013

- Masalah yang dihadapi dalam menyebarkan kemajuan teknologi ialah kekurangan pakar yang mampu memberi perkhidmatan dalam bidang ini kerana masih baru di negara kita.

Contoh 2 : Rumusan tentang kepentingan sektor pertanian kepada negara kita dan langkah untuk memajukannya.

Isi tersirat :-Langkah untuk memajukan sektor pertanian yang seterusnya ialah kerajaan memberi kemudahan subsidi baja kepada para petani.

Contoh 3 : Rumuskan faktor kemalangan jalan raya dan langkah mengatasinya.

"Kemalangan jalan raya kerap berlaku di lebuh raya. Hal ini telah banyak menyebabkan kehilangan nyawa dan kerugian harta benda. Kejadian seperti ini perlu dibendung dan sikap orang ramai menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba-lumba harus disekat."

Isi tersirat :- Langkah mengatasi kemalangan jalan raya yang terakhir adalah dengan menguatkuasakan undang-undang jalan raya kepada pemandu yang menyalahi peraturan di jalan raya.

Contoh 4 : Rumusan tentang keburukan makanan ringan kepada kanak-kanak dan cara-cara untuk mencegahnya.

Isi tersirat :- Untuk mengatasi masalah ini, langkah lain ialah ibu bapa memberi didikan agar anak-anak memilih makanan yang seimbang.

D. MENULIS PENUTUP / ULASAN:

1. 3 aspek perlu ditulis iaitu:i. siapa bertindak ii. apa tindakan iii. tujuan tindakan2. Ayat mesti mengandungi perkataan berikut:i. Kesimpulannya / Oleh itu / Justeru / Maka / Jadiii. harus / patutlah / mestilah / wajarlah / harus / patutiii. supaya / agar3. Ayat seharusnya berbunyi begini :

Contoh 1 :Kesimpulannya, (siapa bertindak) harus (apa tindakan) agar (tujuan tindakan).

Page 21: RUMUSAN LATIHAN UTK 2013

Contoh 2 :Oleh itu, (siapa bertindak) harus (apa tindakan) agar (tujuan tindakan).

4. Contoh jawapan ulasan rumusan anda:Contoh 1 : Rumuskan faktor penyalahgunaan dadah dan langkah membanterasnya.

Ulasan rumusan:Kesimpulannya, kerajaan dan masyarakat harus berganding bahu agar masalah penyalahgunaan dadah dapat diatasi.

Contoh 2 : Buat rumusan tentang ciri makanan seimbang dan kebaikan makanan tersebut.

Ulasan rumusan:Oleh itu, ibu bapa harus mendidik anak-anak mereka agar bijak memilih makanan yang seimbang.

Contoh 3 : Rumuskan inisiatif untuk menggalakkan pelajar membaca dan masalah yang dihadapi.

Ulasan rumusan:Oleh hal yang demikian, para pelajar patut bijak memilih buku yang dibaca agar mendapat pengetahuan yang berfaedah.

Contoh 4 : Rumuskan faedah penggunaan Bahasa Inggeris dalam sains dan matematik serta permasalahannya.

Ulasan rumusan:Kesimpulannya, para pelajar haruslah menggunakan bahasa Inggeris dalam pembelajaran mata pelajaran tersebut agar mutu bahasa Inggeris mereka dapat dipertingkatkan.

Page 22: RUMUSAN LATIHAN UTK 2013

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah meningkatkan kemajuan sektor pelancongan kesihatan di Malaysia dan kesan-kesannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pelancongan kesihatan merupakan satu lagi cabang ekonomi baru yang wajar diusahakan oleh kerajaan. Dengan kewujudan banyak hospital dan pusat kesihatan swasta, Malaysia sebenarnya mampu bersaing dengan negeri-negeri lain yang telah mempunyai prasarana kukuh dalam industri baru ini seperti Thailand, Jordan dan India. Kelebihan Malaysia ialah memiliki kepakaran yang tinggi untuk ditawarkan, selain kos perubatan yang rendah mengikut tukaran mata wang asing. Keindahan alam semula jadi yang dimiliki oleh negara ini juga penyumbang utama terhadap sektor pelancongan kesihatan. Dalam hal ini, beberapa buah syarikat swasta di negara ini telah bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk menarik kedatangan pelancong luar.

Pelancongan kesihatan mempunyai potensi besar berdasarkan kepada kejayaan negara menarik sebanyak 174,200 warga asing dan menjana pendapatan sebanyak RM105 juta pada tahun 2004 berbanding sebanyak 103,000 pelancong dengan jumlah pendapatan hanya RM59 juta pada tahun 2003. Dalam usaha mendorong pembangunan sektor pelancongan kesihatan tersebut pelbagai langkah telah diketengahkan oleh pihak kerajaan. Perkara utama yang diberikan perhatian ialah menyusun pakej pelancongan kesihatan dengan menyelaraskan tawaran hospital dan hotel di samping membentuk rujukan rangkaian antarabangsa.

Malah dalam hal ini, pihak kerajaan menggalakkan hospital mendapat

Page 23: RUMUSAN LATIHAN UTK 2013

akreditasi dengan pusat perubatan terkemuka di dunia. Pendekatan yang lain ialah menggalakkan pembentukan syarikat multinasional Malaysia oleh pihak swasta. Apabila usaha sedemikian dilaksanakan perkembangan pelancongan kesihatan amat memberangsangkan terutamanya daripada pasaran Asia Barat dengan peningkatan mendadak jumlah pelancong dari Kuwait, Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu. Usaha seterusnya yang dilakukan oleh pihak berkenaan ialah melonggarkan syarat imigresen bagi pakar perubatan dan terapi asing serta pesakit.

Kerajaan juga turut memberikan sokongan penyelidikan klinikal di institusi Kesihatan untuk membina pusat kecemerlangan klinikal. Kerajaan juga sentiasa mengalu-alukan usaha pihak swasta mengendalikan promosi perkhidmatan rawatan dan kesihatan di hospital-hospital swasta tempatan. Misalnya pada tahun 2004, Kementerian Kebudayaan, kesenian dan Pelancongan telah memberi kerjasama ekoran penubuhan Medical Services Coordination Sdn. Bhd(MSC) yang menyumbang kepada perkembangan industri pelancongan kesihatan di negeri ini. Hal ini selari dengan dasar Persyarikatan Malaysia yang diamalkan oleh kerajaan.

Secara tuntas, pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan bagi menawarkan kualiti perkhidmatan kesihatan bagi menarik lebih banyak warga asing melalui produk pilihan khidmat kesihatan swasta di Malaysia. Pemantauan yang berterusan turut dilakukan termasuk menubuhkan Unit Pelancongan Kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan. Walau bagaimanapun mereka yang terlibat dalam industri ini haruslah mempunyai tanggungjawab sosial dan mengutamakan perkhidmatan yang berkualiti, di samping mengambil kira keuntungan yang diperoleh.

Soalan 2(a) – Petikan Umum

(i) Berikan maksud rangkai kata tanggungjawab sosial. [2 markah]

(ii) Nyatakan faktor-faktor yang mendorong perkembangan pelancongan kesihatan di Malaysia. [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah kekangan-kekangan yang terdapat dalam proses pelaksanaan pelancongan kesihatan ? [4 markah]

Soalan 1 : Rumusan

Pendahuluan [2 markah] Petikan membincangkan usaha-usaha/ cara-cara meningkatkan kemajuan sektor pelancongan kesihatan yang berpotensi untuk berkembang di Malaysia.

Page 24: RUMUSAN LATIHAN UTK 2013

Isi tersurat (langkah-langkah/usaha-usaha/cara-cara/tindakan-tindakan) [12 markah] 1. Menyusun pakej pelancongan kesihatan dengan menyelaraskan tawaran hospital dan hotel.2. Membentuk rujukan rangkaian antarabangsa. 3. Menggalakkan hospital mendapat akreditasi dengan pusat perubatan terkemuka di dunia.4. Menggalakkan pembentukan syarikat multinasional Malaysia oleh pihak swasta. 5. Melonggarkan syarat imigresen bagi pakar perubatan dan terapi asing serta pesakit. 6. Menyokong penyelidikan klinikal di institusi kesihatan. 7. Mengalu-alukan usaha pihak swasta mengendalikan promosi perkhidmatan rawatan dan kesihatan di hospital-hospital swasta tempatan. 8. Mengadakan pemantauan secara berterusan. 9. Menubuhkan Unit Pelancongan Kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan. 10. Mengutamakan tanggungjawab sosial dan perkhidmatan yang berkualiti.

Isi tersirat (kesan-kesan) -pendapat [4 markah] 1. Meningkatkan kemajuan ekonomi negara. 2. Imej negara akan terkenal di seluruh dunia. 3. Kadar pengangguran dapat dikurangkan. 4. Peluang perniagaan yang baru terbuka kepada masyarakat. 5. Pakar perubatan asing berminat bekerja di Malaysia.

Kesimpulan [2 markah] Kesimpulannya, bidang pelancongan kesihatan mestilah dimajukan supaya Malaysia dapat menjadi destinasi pilihan utama sektor tersebut.

Soalan 2(a) (i) -peranan untuk memajukan masyarakat

(ii) -kewujudan banyak hospital dan pusat kesihatan swasta-negara kita memiliki kepakaran yang tinggi-kos perubatan rendah mengikut tukaran mata wang asing-negara kita memiliki keindahan alam semula jadi

(iii) -pihak swasta kurang bekerjasama-saingan daripada negara-negara yang sudah berpengalaman dalam industri-sambutan masyarakat masih dingin kerana promosi yang tidak menyeluruh-kos untuk memajukan bidang ini sangat tinggi

Page 25: RUMUSAN LATIHAN UTK 2013

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan negatif penggunaan internet dan langkah-langkah untuk membendung penyalahgunaannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kelebihan utama internet berbanding dengan media lain ialah keupayaannya memberikan maklumat tanpa sekatan. Internet membolehkan masyarakat memperoleh dan menyebarkan maklumat dengan bebas. Internet bukan sahaja menjelaskan konsep demokrasi maklumat, malah dapat mengubah cara manusia berkomunikasi. Perubahan cara komunikasi inilah yang menerbitkan krisis dalam aspek keselamatan maklumat dan aspek tanggungjawab.

Sesungguhnya, pengenalan internet menimbulkan perdebatan dalam pelbagai isu. Penyebaran bahan imperialisme yang dapat meruntuhkan nilai-nilai budaya dan moral sesuatu bangsa jelas menunjukkan bahawa internet mudah dikaitkan dengan perkara-perkara yang kurang menyenangkan. Internet merupakan media yang membolehkan sesiapa sahaja menerbitkan bahan kepada masyarakat dunia dengan kos yang sangat murah. Hakikat ini telah menyebabkan kerajaan-kerajaan di seIuruh dunia cuba mengawal media baru ini. Keupayaan rangkaian canggih ini menyebarkan imej digital menyebabkan internet sering dijadikan wahana untuk menyebarkan bahan tidak bermoral secara talian terus.

Di samping itu, internet digunakan juga untuk menyebarkan pelbagai judul buku yang diharamkan di sesetengah negara. Malah, penerbit buku di seluruh dunia mempersoalkan pelanggaran hak cipta yang banyak dilakukan dalam internet. SeIain itu, rangkaian ini juga digunakan untuk menyebarkan iklan yang mungkin tidak diterima oleh media lain, kerana iklan itu melanggar kod etika pengiklanan seperti mengeksploitasikan wanita dan cita rasa kanak-kanak. Kebebasan penyebaran maklumat menyebabkan internet digunakan untuk menyebarkan fitnah dan khabar angin terhadap kerajaan atau organisasi tertentu. Internet turut menimbulkan masalah perundangan terbesar dalam undang-undang harta intelek dan kebebasan hak asasi.

Beberapa terbitan Ensiclopedia World Wide telah disebarkan melalui internet tanpa izin pemegang hak ciptanya. Perbuatan tersebut memang menyalahi undang-undang, tetapi perkara ini telah berlaku dalam ruang siber dewasa ini. Kebimbangan terhadap internet turut tertumpu terhadap kegiatan jenayah ekonomi dan penipuan dalam transaksi talian terus. Internet menjadikan sempadan geografi semakin tidak jelas. Internet sering mencabar amalan budaya dan moral. Menyedari hakikat ini, banyak negara berusaha mengambil Iangkah-Iangkah yang sewajarnya bagi memerangi penyalahgunaan internet.

Soalan 2 : Pemahaman [10 markah]

Page 26: RUMUSAN LATIHAN UTK 2013

Soalan 2(a) — Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Apakah maksud rangkai kata sering dijadikan wahana? [3 markah]

(ii) Internet mempunyai beberapa kebaikan. Nyatakan kebaikan tersebut. [3 markah]

(iii) Berikan pendapat anda tentang ciri-ciri laman web mata pelajaran yang menarik. [4 markah]

PendahuluanPetikan membincangkan masalah penyalahgunaan internet yang semakin serius pada masa kini (di Malaysia / di seluruh dunia).Petikan membincangkan keburukan / akibat penggunaan internet yang berleluasa / yang sukar dikawal / yang semakin membimbangkan (pada masa sekarang).

Jika...Petikan membincangkan implikasi negatif penggunaan internet.......... 1mPetikan membincangkan kesan buruk penggunaan internet................ 1m

Isi Tersurat (kesan negatif internet)1. Internet menyebarkan imperialisme yang meruntuhkan nilai budaya / moral.2. Internet dijadikan wahana menyebarkan bahan tidak bermoral (1m) secara talian terus (1m).3. Internet menyebarkan (pelbagai judul) buku yang diharamkan (di sesetengah negara).4. Internet menyebabkan berlakunya pelanggaran hak cipta penerbitan (tanpa izin pemegang hakciptanya).Jika .... Terbitan Ensiclopedia World Wide disebarkan (melalui internet) tanpa izin pemegang hak ciptanya -1m 5. Internet menyebarkan iklan yang (mungkin) tidak diterima oleh media lain / yang melanggar kodetika pengiklanan/ yang mengeksploitasikan wanita dan cita rasa kanak-kanak.6. (Pelbagai) fitnah / khabar angin dapat disebarkan (terhadap kerajaan / organisasi / pihaktertentu).7. Masalah dalam undang-undang harta intelek dan kebebasan hak asasi berlaku.8. Jenayah ekonomi dan penipuan dalam transaksi talian terus turut berlaku.

Isi Tersirat (langkah membendung penyalahgunaan internet - KBKK)1. Kerajaan menggubal akta / undang-undang mengharamkan penyebaran karya cetak rompakdalam internet / memperketat undang-undang jenayah siber.2. Kerajaan menyekat akses ke laman web yang negatif.3. Ibu bapa memantau laman yang dilayari oleh anak-anak / menapis laman yang dilayari olehanak-anak.

(Isi lain yang sesuai diterima)Jika tidak dinyatakan pihak yang melaksanakan langkah, 1m sahaja.

Page 27: RUMUSAN LATIHAN UTK 2013

Contoh : Undang-undang jenayah siber diperketat. 1m

KesimpulanKesimpulannya, kebebasan penggunaan internet mesti dikawal supaya penyebaran bahan yang menyalahi norma masyarakat dapat dielakkan.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang peranan media massa dan langkah menyekat penerbitan bahan yang negatif. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pada waktu yang Iampau, perhubungan antara orang perseorangan ataupun antara suatu pihak dengan orang ramai hanya diikat melalui percakapan. Kini, kaedah tersebut sudah tidak memadai. Peranan media massa menjadi sangat luas. Kemajuan teknologi dunia hari ini membolehkan sesiapa saja berada di rumah tanpa rasa bosan. Media massa merupakan alat pengumpul dan penyebar mesej semasa tentang masyarakat. Isu-isu terkini tentang kemalangan, rusuhan, pertelingkahan politik dan sebagainya dapat disebarkan dengan cepat. Rakyat pelbagai negara dapat berkongsi kesedihan dan kegembiraan menerusi siaran media massa itu. Selain itu, sebagai bahan hiburan yang murah, media massa membolehkan orang ramai mengisi masa lapang. Dalam konteks perpaduan, media massa menjadi agen penggerak pembangunan dan pembaharuan sesebuah negara. Hal ini kerana menerusi media massa, pengetahuan asas budaya, bahasa dan adat resam golongan etnik yang berlainan dapat disebarkan. Secara tidak Iangsung, semangat perpaduan dapat disemai dalam masyarakat.

Maklumat tentang virus HIV, teknologi DNA atau punca penipisan lapisan ozon dapat difahami melalui laporan yang dibaca, didengar ataupun ditonton. Dalam hal ini, bagi orang ramai, media massa merupakan saluran atau sumber penting untuk mengetahui hal ehwal sains dan teknologi. Rakyat Jepun tidak ketinggalan zaman kerana sering rnemanfaatkan laporan sains yang disiarkan menerusi televisyen, akhbar dan majalah.

Berita-berita yang sengaja direka, secara tidak langsung berbahaya kerana berkemungkinan melaga-lagakan masyarakat. Sentimen yang bersifat spekulatif dan provokatif yang mungkin memburukkan imej negara dapat disekat dengan adanya media yang bertanggungjawab. Media massa menjadi jambatan untuk merapatkan jurang perbezaan pandangan dan perselisihan pendapat ini sebelum rusuhan dan pergolakan politik menjadi kenyataan.

Perang Amerika-Vietnam adalah yang mula-mula disiarkan secara Iangsung oleh televisyen Amerika dan hasilnya perang ini mendapat tentangan hebat daripada rakyat Amerika terhadap campur tangan di Vietnam. Ternyata, media massa telah membangkitkan sikap antipeperangan dalam kalangan manusia. Mesej bahawa peperangan perlu dihentikan sukar untuk sampai kepada khalayak ramai tanpa bantuan media massa.

Kini, media massa, khasnya akhbar turut menjadi saluran bagi orang ramai untuk mengemukakan idea dan kritikan mereka tentang sebarang perkara. Malangnya, sesetengah orang telah menyalahgunakan hak itu. Mereka mengecam sesuatu dasar

Page 28: RUMUSAN LATIHAN UTK 2013

atau sistem secara membuta tuli. Sikap antiperubahan dalam kalangan sebilangan ahli masyarakat ini akan menghakis kepercayaan rakyat terhadap pemerintah secara beransur-ansur. Apabila keadaan ini berlaku, sebarang dasar yang dikemukakan sukar untuk dijayakan. Kekukuhan ekonomi dan kestabilan politik akan terjejas akhirnya.

Peranan pihak media massa perlu dikaji dari semasa ke semasa. Pengamal media perlu terus menegakkan kebenaran tanpa syarat melalui kandungan editorial berita, ulasan serta analisis gambar yang tulen. Selagi media massa menjalankan peranannya dengan betul, institusi itu dan kerajaan pasti dapat berganding bahu dengan baik ke arah kecemerlangan. Soalan 2(a) : Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i. Berikan maksud rangkai kata membolehkan orang ramai mengisi masa lapang dalam petikan di atas.[2 markah]

ii. Apakah akibat yang akan berlaku jika media massa dijadikan saluran untuk mengecam dasarpemerintah hati? [3 markah]

iii. Pada pendapat anda, mengapakah pengamal media kian cenderung menyiarkan bahan yangbersifat negatif? [4 markah]

Rumusan peranan media massa

Soalan 1 : Rumusan [30 markah]PengenalanPetikan membincangkan pengaruh media massa terhadap masyarakat.

Isi tersurat (peranan media massa)1. Media massa berperanan sebagai alat pengumpul dan penyebar mesej semasa tentang masyarakat.2. Media massa ialah bahan hiburan murah yang membolehkan orang ramai mengisi masa lapang.3. Media massa merupakan agen penggerak pembangunan dan pembaharuan sesebuah negara.4. Media massa merupakan saluran atau sumber penting untuk orang ramai mengetahui hal ehwal sainsdan teknologi.5. Media massa mampu menyekat sentimen yang bersifat spekulatif dan provokatif (yang mungkinmemburukkan imej negara).6. Media massa membangkitkan sikap antipeperangan dalami kalangan

Page 29: RUMUSAN LATIHAN UTK 2013

manusia.7. Media massa menjadi saluran bagi orang ramai untuk mengemukakan idea dan kritikan mereka tentang sebarang perkara.8. Media massa menegakkan kebenaran tanpa syarat.

Isi Tersirat (Langkah menyekat penyebaran bahan yang negatif)1. Kerajaan perlu menyediakan garis panduan penerbitan siaran kepada pengamal media.2. Penerbit bahan tidak bermoral/ lucah/ negatif mesti dikenakan hukuman berat.3. Semua penyiaran bahan bercetak/ elektronik perlu ditapis oleh pihak kerajaan/ berwajib/ diluluskan penyiarannya oleh pihak berwajib.

KesimpulanKesimpulannya, peranan media massa perlu dipertingkatkan supaya kewibawaannya sebagai pembekal maklumat yang benar tidak terjejas.

Soalan 2 (a) : Petikan Umum [9 markah]i. -memberi peluang kepada masyarakat untuk memanfaatkan waktu senggang/ terluang/ rehat

ii. -kepercayaan rakyat terhadap pemerintah terhakis secara beransur-ansur-sebarang dasar yang dikemukakan sukar untuk dijayakan-kekukuhan ekonomi dan kestabilan politik akan terjejas

iii.-disukai khalayak pembaca/ penonton-mendatangkan keuntungan material-tidak mempedulikan tanggungjawab sosial-persaingan hebat dalam dalam bidang tersebut

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan proses kitar semula dan masalah-masalah pelaksanaannya di Malaysia. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Proses kitar semula melibatkan usaha mengumpul, memproses dan menggunakan semula bahan-bahan yang pernah dianggap sebagai sampah. Kitar semula memungkinkan bahan-bahan yang terbuang dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Tahukah anda bahawa rakyat Malaysia membuang sampah-sarap dalam pelbagai bentuk pada kadar 15000 tan sehari? Apakah yang akan berlaku dalam tempoh sepuluh tahun jika keadaan ini berterusan?

Page 30: RUMUSAN LATIHAN UTK 2013

Sisa bahan buangan yang terdiri daripada 27% kertas, 36.5% sisa buangan dari rumah, 3.9% besi, 3.7% kaca, 16.4% plastik dan 12.5% lain-lain. Hal ini akan menyebabkan pencemaran alam sekitar. Pembuangan sampah dan sisa buangan rumah dilonggokkan di tepi-tepi jalan bukan sahaja menyakitkan mata memandangnya, malah bau yang busuk tentu sahaja mengganggu keselesaan kita. Lebih teruk lagi kesannya akan mengancam sistem air bawah tanah yang menjadi salah satu punca sumber air dalam kehidupan kita. Kita sering kali merungut apabila sampah melewati kawasan rumah kita kerana baunya yang busuk. Hal ini seharusnya kita ambil sebagai iktibar kerana jika kitar semula tidak diamalkan dan kita sendiri mengambil sikap endah tak endah, kita akan dibelenggu oleh bau yang busuk sepanjang masa. Melalui amalan kitar semula, kita dapat membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar demi kesejahteraan hidup.

Kerajaan amat bersungguh-sungguh dalam melaksanakan kempen kitar semula untuk memastikan ruang hidup manusia akan terus terpelihara. Pada masa ini terdapat kira-kira 230 buah tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap satunya dianggarkan berkeluasan 20 hingga 150 ekar bergantung kepada lokasi dan jumlah sampah yang dibuang. Andainya keadaan ini berterusan tentulah kawasan kediaman akan terjejas. Lantaran itu, usaha ini juga dapat menjamin persekitaran yang lebih sihat dan bersih. Keadaan di kawasan pembuangan sampah yang kotor dan menjijikkan tentu sahaja menjadi tempat pembiakan serangga perosak. Oleh itu, proses kitar semula ini bukan sahaja dapat mengatasi masalah pembuangan sampah, malah dapat mengawal penyakit daripada merebak.

Walaupun aktiviti pengutipan sampah sekarang memberi peluang pekerjaan kepada sesetengah orang, namun jika program kitar semula dilaksanakan, lima kali lebih banyak peluang pekerjaan akan tersedia untuk warga Malaysia. Keperluan terhadap jurutera, pakar mesin, pakar alam sekitar, pekerja am dan sebagainya amat dikehendaki oleh kilang-kilang terbabit. Dari segi jangka panjang, kos untuk melaksanakan kitar semula jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan biaya pemuliharaan alam sekitar yang telah musnah. Oleh itu, masyarakat mestilah dididik supaya peka akan masalah yang kita cipta ini. Pelaksanaan kaedah ini tidak sukar untuk dijayakan. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan semakin giat menggalakkan pengitaran semula bahan-bahan buangan menerusi majlis perbandaran di setiap daerah dan kawasan. Malah, kita memuji langkah Jabatan Alam Sekitar yang mengadakan pelbagai aktiviti menerusi media massa dan mengadakan penerangan hingga ke sekolah dalam usaha melahirkan rakyat yang mencintai alam sekitar. Oleh itu, kerjasama yang berterusan oleh semua pihak iaitu individu, masyarakat, pihak berkuasa, media massa, kerajaan dan pihak swasta amat dituntut untuk menjamin pengekalan kebersihan dalam kehidupan.

Soalan 2(a) : Petikan Umum

Page 31: RUMUSAN LATIHAN UTK 2013

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata menyakitkan mata memandangnya. [2 markah]

(ii) Apakah kesan daripada pembuangan sampah yang tidak terurus? [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan alam sekitar dihargai? [4 markah]

Soalan 1 : Rumusan

PengenalanPetikan membincangkan keutamaan/ manfaat/ faedah/ kebaikan proses kitar semula yang perlu diberikan perhatian oleh masyarakat.

Isi Tersurat (manfaat proses kitar semula)1. Bahan-bahan yang terbuang dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin/ Masalah pembuangan sampah dapat diatasi. 2. Pencemaran alam sekitar dapat dikurangkan.3. Ruang hidup manusia dapat dipelihara/ dijaga. 4. Kitar semula menjamin persekitaran yang lebih sihat dan bersih / Pengekalan kebersihan dalam kehidupan dapat dijamin.5. Penyakit dapat dikawal daripada merebak.6. (Lima kali) lebih banyak peluang pekerjaan akan tersedia.7. Kos untuk melaksanakan kitar semula jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan biaya pemuliharaan alam sekitar yang telah musnah.

Isi Tersirat (masalah pelaksanaan proses kitar semula)1. Masyarakat tidak memberi komitmen menyeluruh untuk menjayakan usaha ini/ masyarakat menganggap usaha ini tanggungjawab kerajaan sahaja.2. Pihak berkuasa tempatan tidak bersungguh-sungguh merealisasikan proses kitar semula.3. Kemudahan yang berkaitan masih tidak banyak/ berada di lokasi tertentu sahaja/ tidak mencukupi untuk menampung keperluan.

KesimpulanKesimpulannya, proses kitar semula mesti dilaksanakan secara bersepadu supaya keselesaan dan kesihatan masyarakat terjamin.

Soalan 2(a) : Petikan Umum(i) -menimbulkan/ menyebabkan ketidakselesaan melihat timbunan sampah

Page 32: RUMUSAN LATIHAN UTK 2013

(ii) -menyakitkan mata memandang -bau yang busuk akan mengganggu keselesaan penduduk -mengancam sistem air bawah tanah -menjadi tempat pembiakan serangga perosak -merebakkan penyakit berjangkit

(iii) -ibu bapa mendidik anak-anak sejak kecil tentang kepentingan proses kitar semula -pihak sekolah terlibat secara serius dalam usaha kitar semula menerusi penerangan dalam pengajaran di kelas atau gerak kerja kokurikulum-media massa menyedarkan masyarakat secara berterusan tentang kepentingan menjaga alam sekitar-pertubuhan bukan kerajaan membiayai kos menganjurkan kempen kebersihan di seluruh negara

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang faktor pengangkutan awam semakin tidak popular dan kewajaran masyarakat mengutamakan perkhidmatannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pengangkutan awam merupakan satu alternatif untuk sampai ke destinasi yang biasa dilihat terutamanya di kota-kota besar. Walau bagaimanapun, sering juga terdengar rungutan tentang masalah masa perjalanan pengangkutan awam di negara kita yang tidak tetap. Perkara inilah yang mendorong sebilangan pekerja menggunakan kenderaan sendiri ke tempat kerja daripada menaiki pengangkutan awam. Selain itu, ada yang beranggapan bahawa pengangkutan awam disediakan hanya untuk golongan yang kurang mampu. Oleh hal yang demikian, mereka tidak mahu untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.

Sikap suka meremehkan perkhidmatan pengangkutan awam harus dikikis daripada pemikiran kita semua. Hal ini demikian kerana pengangkutan awam mempunyai kepentingan dan peranannya yang tersendiri dalam membantu orang ramai sampai ke destinasi. Di negara-negara maju pengangkutan awam telah menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyatnya. Senario seumpama ini belum wujud sepenuhnya di negara kita kerana pengangkutan awam bukan saja dianggap tidak cekap, malah sering disalahkan kerana tidak menyediakan perkhidmatan yang mampu memenuhi keperluan para pengguna. Selain itu, mutu pengangkutan awam di Malaysia dikatakan ketinggalan jika dibandingkan dengan mutu pengangkutan awam di negara-negara lain. Sebagai akibatnya, pengangkutan awam menjadi semakin tidak popular di kalangan masyarakat kita dan kepentingannya hilang di tengah-tengah arus pembangunan negara. Selain itu, ada dakwaan lain yang menyebut bahawa banyak terdapat perkhidmatan teksi dan bas yang dijadikan pengangkutan awam sudah uzur dan tidak layak bergerak di atas jalan raya. Di samping itu, terdapat juga kereta sewa yang beroperasi sebagai pengangkutan awam tetapi

Page 33: RUMUSAN LATIHAN UTK 2013

kebanyakannya dalam keadaan yang cukup uzur dan usianya melebihi sepuluh tahun.

Kesulitan orang ramai untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan awam pada waktu puncak sudah berlarutan beberapa Iama dan perkara ini melemahkan semangat mereka untuk menggunakannya. Oleh sebab itu, langkah segera perlu diambil bagi mengatasi masalah ini jika kerajaan mahu menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam. Perkhidmatan bas misalnya, perlu ditambah dan diperkemas jadual perjalanannya supaya tidak terus menimbulkan kesulitan kepada orang ramai yang terpaksa menunggu ketibaan bas secara tidak menentu sebelum mereka sampai ke tempat yang dituju. Dalam tempoh terdekat ini suatu kempen besar-besaran perlu dilakukan untuk menarik minat orang ramai menggunakan pengangkutan awam. Syarikat pengangkutan awam pula wajar menyediakan insentif kepada orang ramai yang menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh mereka, misalnya dengan memberikan potongan harga bagi perjalanan jangka masa panjang.

Soalan 2(a)Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i. Apakah maksud alternatif untuk sampai ke destinasi dalam petikan di atas? [2 markah]

ii. Bagaimanakah perkhidmatan pengangkutan awam dapat dibaiki? [3 markah]

iii. Pada pendapat anda, bagaimanakah masalah penumpang yang dikenakan bayaran yang mahal oleh pemandu teksi dapat ditangani? [4 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang faktor pengangkutan awam semakin tidak popular dan kewajaran masyarakat mengutamakan perkhidmatannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pengangkutan awam merupakan satu alternatif untuk sampai ke destinasi yang biasa dilihat terutamanya di kota-kota besar. Walau bagaimanapun, sering juga terdengar rungutan tentang masalah masa perjalanan pengangkutan awam di negara kita yang tidak tetap. Perkara inilah yang mendorong sebilangan pekerja menggunakan kenderaan sendiri ke tempat kerja daripada menaiki pengangkutan awam. Selain itu, ada yang beranggapan bahawa pengangkutan awam disediakan hanya untuk golongan yang kurang mampu. Oleh hal yang demikian, mereka tidak mahu untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.

Page 34: RUMUSAN LATIHAN UTK 2013

Sikap suka meremehkan perkhidmatan pengangkutan awam harus dikikis daripada pemikiran kita semua. Hal ini demikian kerana pengangkutan awam mempunyai kepentingan dan peranannya yang tersendiri dalam membantu orang ramai sampai ke destinasi. Di negara-negara maju pengangkutan awam telah menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyatnya. Senario seumpama ini belum wujud sepenuhnya di negara kita kerana pengangkutan awam bukan saja dianggap tidak cekap, malah sering disalahkan kerana tidak menyediakan perkhidmatan yang mampu memenuhi keperluan para pengguna. Selain itu, mutu pengangkutan awam di Malaysia dikatakan ketinggalan jika dibandingkan dengan mutu pengangkutan awam di negara-negara lain. Sebagai akibatnya, pengangkutan awam menjadi semakin tidak popular di kalangan masyarakat kita dan kepentingannya hilang di tengah-tengah arus pembangunan negara. Selain itu, ada dakwaan lain yang menyebut bahawa banyak terdapat perkhidmatan teksi dan bas yang dijadikan pengangkutan awam sudah uzur dan tidak layak bergerak di atas jalan raya. Di samping itu, terdapat juga kereta sewa yang beroperasi sebagai pengangkutan awam tetapi kebanyakannya dalam keadaan yang cukup uzur dan usianya melebihi sepuluh tahun.

Kesulitan orang ramai untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan awam pada waktu puncak sudah berlarutan beberapa Iama dan perkara ini melemahkan semangat mereka untuk menggunakannya. Oleh sebab itu, langkah segera perlu diambil bagi mengatasi masalah ini jika kerajaan mahu menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam. Perkhidmatan bas misalnya, perlu ditambah dan diperkemas jadual perjalanannya supaya tidak terus menimbulkan kesulitan kepada orang ramai yang terpaksa menunggu ketibaan bas secara tidak menentu sebelum mereka sampai ke tempat yang dituju. Dalam tempoh terdekat ini suatu kempen besar-besaran perlu dilakukan untuk menarik minat orang ramai menggunakan pengangkutan awam. Syarikat pengangkutan awam pula wajar menyediakan insentif kepada orang ramai yang menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh mereka, misalnya dengan memberikan potongan harga bagi perjalanan jangka masa panjang.

Soalan 2(a)Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i. Apakah maksud alternatif untuk sampai ke destinasi dalam petikan di atas? [2 markah]

ii. Bagaimanakah perkhidmatan pengangkutan awam dapat dibaiki? [3 markah]

iii. Pada pendapat anda, bagaimanakah masalah penumpang yang dikenakan bayaran yang mahal oleh pemandu teksi dapat ditangani? [4 markah]

Page 35: RUMUSAN LATIHAN UTK 2013

PengenalanPetikan membincangkan masalah kekurangan penumpang yang dihadapi oleh sektor pengangkutan awam.Petikan membincangkan pelbagai alasan yang diberi oleh orang ramai yang enggan menggunakan pengangkutan awam.Petikan membincangkan kesulitan yang dihadapi oleh pengguna pengangkutan awam di Malaysia.Petikan membincangkan pandangan negatif orang ramai terhadap kualiti perkhidmatan pengangkutan awam.

Isi tersurat (punca pengangkutan awam semakin tidak popular)1. Masa perjalanan pengangkutan awam tidak tetap/ menentu.2. Pengangkutan awam dianggap sesuai untuk golongan kurang mampu sahaja/ orang ramai memandang remeh perkhidmatannya.3. Pengangkutan awam dikatakan tidak cekap.4. Perkhidmatannya tidak mampu memenuhi keperluan pengguna.5. Mutu pengangkutan awam di Malaysia ketinggalan (berbanding dengan di negara lain).6. Teksi dan pelbagai jenis bas awam sudah uzur / tidak layak digunakan lagi/ berusia lebih daripada 10 tahun.7. Orang ramai sukar mendapatkan perkhidmatannya pada waktu puncak.

Isi tersirat (kewajaran orang ramai mengutamakan perkhidmatannya)Kesesakan lalu lintas dapat dikurangkan/ masalah tempat kereta yang terhad dapat diatasi. Perbelanjaan untuk tujuan pengangkutan dapat dijimatkan/ Kos pengangkutan pengguna dapat dijimatkan.Pencemaran udara/ bunyi dapat dikurangkan.Kemalangan di jalan raya dapat dikurangkan.

KesimpulanKesimpulannya, masalah perkhidmatan pengangkutan awam mesti diatasi supaya dapat memberikan keselesaan/ kepuasan kepada para pengguna.

Soalan 2(a)i. -(satu daripada cara) pilihan untuk tiba ke tempat yang dituju

ii. -perkhidmatan bas perlu ditambah -jadual perjalanan bas perlu diperkemas -kempen besar-besaran perlu dilakukan untuk menarik minat orang ramai menggunakan pengangkutan awam -syarikat pengangkutan awam wajar menyediakan insentif kepada orang ramai yang menggunakan perkhidmatan yang disediakan

iii. -Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan mengambil tindakan tegas terhadap pemandu teksi -penumpang mesti melaporkan kegiatan itu dengan segera kepada pihak berkuasa -Kementerian Pengangkutan mesti mewajibkan penggunaan meter bayaran di dalam teksi -Persatuan Pemandu Teksi mesti mendidik ahli supaya lebih berdisiplin dan bertimbang rasa -pengguna menggunakan kenderaan awam yang lain seperti bas

Page 36: RUMUSAN LATIHAN UTK 2013

-pengguna memastikan pemandu teksi menggunakan meter -kerajaan mengadakan kempen kesedaran sivik kepada pemandu teksi supaya sentiasa jujur dan amanah

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat rumusan tentang faktor-faktor dadah mesti diperangi dan rintangannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Bahaya yang berpunca daripada ancaman dadah diakui oleh beberapa pihak tetapi langkah pencegahannya agak kurang berjaya. Oleh sebab itu, baru-baru ini kerajaan dan agensinya iaitu Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah melancarkan perang besar-besaran menentang penyalahgunaan dadah di Malaysia. Kempen yang dikenal sebagai “Enam Jahanam” itu ditujukan kepada penghapusan heroin, morfin, syabu, pil ecstasy, ganja, dan candu kerana keenam-enam jenis dadah itulah yang paling banyak disalahgunakan oleh penagih di negara ini. Perang besar menentang dadah ini akan berterusan sehingga penyalahgunaan semua jenis dadah itu dapat dihapuskan.

Kita telah memerangi dadah lebih daripada 20 tahun menerusi pelbagai kempen dan seminar tetapi kejayaannya belum ketara. Menurut laporan pihak berkuasa, sejumlah 274 923 penagih dadah dapat dikesan sejak tahun 1998 sehingga Januari lalu di negara ini. Hal yang menyedihkan daripada angkara dadah ialah penagihnya banyak membabitkan golongan muda dalam lingkungan usia 19 hingga 39 tahun. Lebih malang lagi, pembabitan dalam kes penagihan dadah ini turut membuatkan keluarga mereka menderita dan hidup tak keruan. Tenaga muda ini kalau dimanfaatkan akan menjadi aset negara yang sangat berharga. Namun demikian, dadah telah melalaikan mereka daripada menyertai pertubuhan belia dan sukan yang membolehkan mereka menggunakan masa lapang sebaik-baiknya melalui kegiatan yang sihat dan bermakna ini. Kita pasti gembira kalau golongan muda ini dapat hidup dengan sihat dan selamat serta disayangi oleh semua orang.

Penagih dadah hidup bagaikan bangkai bernyawa dan tidak dapat menyumbang tenaga untuk pembangunan negara. Sehubungan dengan itu, sewajarnya kita mengelakkan diri daripada terjebak dalam musibah yang sangat berbahaya ini. Tambahan pula, kepuasan yang dirasai daripada perbuatan menagih dadah itu sekejap saja, sedangkan penderitaannya berpanjangan. Sesiapa yang sudah terjebak dalam kancah penagihan dadah mestilah berazam untuk meninggalkannya dengan berusaha mengubati ketagihannya.

Perkara yang tidak dapat diabaikan ialah penagihan dadah akan membawa masalah lain termasuk jangkitan HIV dan AIDS serta penagih mudah terlibat dalam perlakuan jenayah. Dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah, kerajaan telah berikrar akan bekerja kuat untuk memeranginya. Rakyat haruslah memberi sokongan padu terhadap usaha serius kerajaan menjadikan Malaysia negara yang bebas daripada dadah menjelang tahun 2015.

Page 37: RUMUSAN LATIHAN UTK 2013

Kita tetap menerima hakikat bahawa bukanlah suatu tugas mudah untuk memulihkan penagih dadah. Apabila sudah ketagih, mangsanya akan terus menagih dadah dan menderita sepanjang masa melainkan ada semangat yang kental dalam jiwa orang itu untuk memeranginya. Melalui kerja keras pelbagai pihak yang disertai izin daripada Allah, kita berharap agar negara kita dapat merungkaikan diri daripada terus menjadi mangsa dadah. Kita berdoa mudah-mudahan masalah ini tidak akan menghantui kita lagi.

Soalan 2(a) : Petikan Umum (9 markah)Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Jelaskan maksud langkah pencegahannya agak kurang berjaya. [2 markah]

(ii) Apakah harapan yng diletakkan terhadap golongan muda di negara ini? [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang memungkinkan golongan muda terjebak dalam kancah penyalahgunaan dadah? [4 markah]

PengenalanPetikan membincangkan punca-punca gejala penagihan dadah mesti dihapuskan dalam kalangan masyarakat.

Isi tersurat (faktor dadah mesti diperangi)1. Penagihan dadah membuatkan keluarga penagih menderita dan hidup tak keruan. 2. Dadah melalaikan generasi muda daripada menggunakan masa lapang sebaik-baiknya melalui kegiatan yang sihat dan bermakna. 3. Belia tidak dapat menyumbang tenaga untuk pembangunan negara. 4. Gejala ini membawa masalah lain termasuk jangkitan HIV dan AIDS.5. Penagih mudah terlibat dalam perlakuan jenayah. 6. Mangsa akan terus menagih dadah dan menderita sepanjang masa.

Isi tersirat (rintangan)1. Penagih dadah tidak bekerjasama untuk berhenti menagih.2. Pengedar dadah tidak takut akan hukuman.

KesimpulanKesimpulannya, gejala penagihan dadah mesti dihapuskan agar lahirlah masyarakat yang sihat mental dan fizikal.

Soalan 2(a) : Pemahaman Umumi. -usaha membendung penyalahgunaan dadah tidak begitu berkesan

ii. -dapat menggunakan masa dengan baik

Page 38: RUMUSAN LATIHAN UTK 2013

-dapat menyertai kegiatan yang sihat dan bermakna -dapat hidup dengan sihat dan selamat -mereka disayangi oleh semua orang -menjadi aset negara yang berharga

iii. -sikap ingin mencuba-dipengaruhi kawan-kawan-menganggap dadah dapat membantu menyelesaikan masalah/ tekanan-dianiayai oleh pihak tertentu/ berkepentingan

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat suatu rumusan tentang kekangan dalam usaha mewujudkan semangat patriotik dan peranan ibu bapa

untuk merealisasikan usaha tersebut. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Setiap kali Malaysia merayakan sambutan Hari Kebangsaan, semua stesen televisyen dan radio akan menyiarkan acara sambutannya. Pihak akhbar tidak

ketinggalan juga memaparkan pelbagai berita mengenainya. Di samping itu, tema perbincangan pula lazimnya berkisar pada soal perlunya patriotisme ditingkatkan kerana patriotisme melibatkan setiap rakyat dan meliputi kemerdekaan serta ke-daulatan negara. Kehangatan perbincangan isu tersebut berhubung terus dengan hasrat kerajaan mewujudkan semangat patriotik yang kental di kalangan rakyat,

khususnya golongan belia. Hal ini dititikberatkan kerana alaf baru membawa negara berhadapan dengan pelbagai cabaran baru yang berkaitan dengan persoalan

patriotisme.

Banyak pihak yang terpaksa akur bahawa kini semakin berleluasa fahaman individualisme. Pada sudut yang Iain kita berdepan pula dengan asakan globalisasi dan kecanggihan teknologi komunikasi yang mewujudkan pertembungan antara negara maya dengan negara nyata. Negara maya ialah negara tanpa sempadan

seperti dalam konteks internet, komunikasinya dapat dibentuk tanpa memerlukan kerakyatan serta tidak mempunyai ketua yang sah. Dalam era baru ini, kita berdepan juga dengan hakikat bahawa kemerdekaan negara tergugat oleh

penjajahan-penjajahan bentuk baru, umpamanya penjajahan budaya dan ekonomi. Kegawatan ekonomi beberapa tahun lalu merupakan percubaan penjajahan baru

dalam bentuk ekonomi yang digerakkan oleh kuasa ekonomi asing.

Dari segi pendidikan, penyemaian semangat patriotik pernah dilaksanakan di sekolah-sekolah melalui mata pelajaran Sivik tetapi usaha ini menemukan

kegagalan. Kini nilai-nilai patriotisme diterapkan pula melalui mata pelajaran Sejarah, tetapi masalahnya mata pelajaran ini hanya mula diajarkan pada peringkat

sekolah menengah. Persoalannya, mampukah mata pelajaran Sejarah memikul tanggung- jawab itu? Cabaran-cabaran itu menjadi premis supaya diadakan

penyeragaman semula pemupukan semangat patriotik di kalangan belia. Suatu program khusus pendidikan patriotisme mesti dilaksanakan dalam bentuk

Page 39: RUMUSAN LATIHAN UTK 2013

pendidikan kewarganegaraan sebagai sokongan dan susulan kepada mata pelajaran Sejarah. Program ini mesti disegerakan kerana cabaran yang paling besar

dalam hal ini ialah mereka tidak menghargai kemerdekaan negara, sedangkan setiap individu dalam setiap generasi mesti bertanggungjawab mempertahankan

negara dan menegakkan kedaulatannya. Nilai-nilai patriotisme yang melintasi zaman perlu diterapkan dalam kehidupan mereka; antaranya berbangga sebagai

rakyat Malaysia dan bersemangat setia kepada negara. Mereka sewajarnyalah juga menyanjungi semangat kekitaan.

Kita mesti juga berusaha menangani belia yang mengetahui kepentingan ilmu tetapi tidak bersungguh-sungguh mengejar ilmu. Kita tidak harus gagal dalam hal ini. Perkara ini sangat penting untuk meningkatkan patriotisme di kalangan belia.

Persoalan-persoalan yang ditimbulkan ini merupakan sebahagian danpada agenda bagi memperlengkap, memperkukuh dan meneruskan perjuangan mengangkat

martabat bangsa dan negara ke tahap yang lebih cemerlang dan gemilang.

Soalan 2(a) : Petikan Umum [9 markah]

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut menggunakan ayat anda sendiri.

i. Berikan maksud rangkai kata berhubung terus dengan hasrat. [2 markah]

ii. Apakah nilai patriotisme yang perlu dipupuk dalam diri warga Malaysia? [3 markah]

iii. Sebagai seorang pelajar, apakah bukti-bukti yang boleh menunjukkan anda mempunyai semangat patriotisme yang tinggi? [4 markah]

Jawapan rumusan 'kekangan dalam usaha mewujudkan semangat patriotik'

Soalan 1 : Rumusan

PendahuluanPetikan membincangkan halangan dalam usaha mewujudkan semangat cinta akan negara dalam kalangan belia.

Isi Tersurat (kekangan mewujudkan semangat patriotisme)

Page 40: RUMUSAN LATIHAN UTK 2013

1. Fahaman yang mengutamakan kepentingan individu semakin menular.2. Wujudnya pertembungan antara negara maya dengan negara nyata.3. Kemerdekaan negara tergugat oleh penjajahan-penjajahan bentuk baru.4. Mata pelajaran Sejarah hanya mula diajarkan pada peringkat sekolah menengah.5. Belia tidak menghargai kemerdekaan negara.6. Belia tidak bersungguh-sungguh mengejar ilmu.

Isi Tersirat (peranan ibu bapa untuk mewujudkan semangat patriotisme)1. Ibu bapa perlu bersama-sama keluarga meraikan sambutan Bulan Kemerdekaan.2. Ibu bapa perlu menyediakan bahan bacaan yang berunsur patriotik di rumah.3. Ibu bapa sewajarnya membawa anak-anak melawat ke tempat-tempat bersejarah dalam negara.

KesimpulanPemimpin-pemimpin belia patut bekerja keras membawa belia kembali ke pangkal jalan supaya mereka menyedari tanggungjawab mereka kepada negara.Kesimpulannya, semangat patriotisme wajar disegarkan dalam jiwa para belia supaya mereka menyedari tanggungjawab mereka untuk kesejahteraan tanah air.

Soalan 2(a) : Pemahaman Umumi. -berkait secara langsung dengan harapan/ impian pemerintah

ii. -.bangga menjadi rakyat Malaysia-bersemangat setia kepada negara-menyanjungi semangat kekitaan

iii. -menyertai perarakan pada Hari Kebangsaan-menentang usaha pihak luar campur tangan hal ehwal negara kita-menghormati lagu Negaraku-menghulurkan derma untuk Tabung Rayuan Hari Pahlawan-berbangga menjadi anak Malaysia

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tulis satu rumusan tentang langkah-langkah menangani masalah vandalisme dan akibat daripada masalah tersebut. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Perbuatan merosakkan harta benda awam atau vandalisme kian hari kian menular di negara kita. Harta benda awam telah dirosakkan sewenang-wenangnya. Perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini telah mengundang pelbagai komplikasi. Pengerusi Jawatankuasa Antivandalisme Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur, Datuk Lee Lam Thye mengelaskan vandalisme kepada vandalisme perlakuan, iaitu menjual harta benda yang dicuri, vandalisme dendam dan vandalisme conteng. Gejala negatif ini biasanya melibatkan mereka yang berusia antara 15 hingga 21 tahun. Antara kemudahan-kemudahan awam yang sering menjadi mangsa ialah

Page 41: RUMUSAN LATIHAN UTK 2013

telefon awam, papan tanda, lif rumah pangsa dan dinding-dinding bangunan. Saban tahun, kerajaan memperuntukkan wang berjuta-juta ringgit untuk meningkatkan keselesaan rakyat dengan menyediakan kemudahan awam kepada rakyatnya. Malangnya, wujud golongan yang tidak berkesedaran sivik tergamak untuk merosakkan harta benda awam ini. Justeru, kita perlu menghalusi punca-puncanya dan mengorak langkah proaktif demi memeranginya ke akar umbi.

Memandangkan ketenatan masalah vandalisme, suatu penyelesaian segera amat diperlukan untuk menghapuskan masalah ini. “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Ibu bapa berperanan untuk mendidik anak-anak agar menghargai harta benda awam. Pihak sekolah pula harus memberikan bimbingan dan nasihat tentang pentingnya menjaga harta benda awam. Konsep “Masyarakat Penyayang” harus dihidupkan semula supaya para remaja sedar akan peranan mereka selaku pembela bangsa pada hari muka. Masyarakat perlu bersikap proaktif terhadap gejala vandalisme yang dilakukan di kawasan mereka.

Langkah drastik, iaitu mengenakan tindakan undang-undang terhadap sesiapa yang melakukan vandalisme perlu dilaksanakan. Akta Kerajaan Tempatan yang menetapkan sesiapa yang merosakkan harta benda awam boleh didenda RM2000.00 atau penjara tidak lebih setahun jika sabit kesalahan perlu dikuatkuasakan. Pihak berkuasa disarankan agar membuat rondaan di tempat-tempat yang menjadi tumpuan remaja. Pesalah-pesalah vandalisme wajar didenda supaya melakukan kerja-kerja kemasyarakatan. Selain itu, langkah bersama yang boleh diambil ialah mengadakan program tindakan bersama seperti menganjurkan pameran yang melibatkan agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur.

Tindakan setegas-tegasnya amat perlu supaya dapat menimbulkan keinsafan dan memberi pengajaran kepada mereka yang ingin melakukan vandalisme agar berfikir sebelum berbuat demikian. Tindakan ini juga secara tidak langsung dapat menjimatkan kos kerajaan untuk membaiki kerosakan terhadap harta awam. Disebabkan benteng didikan agama yang rapuh, golongan ini akan melakukan kegiatan vandalisme demi mendapatkan perhatian masyarakat.

2(a) Petikan UmumBerdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata mengundang pelbagai komplikasi. [2 markah]

(ii) Mengapakah tindakan tegas perlu dilaksanakan untuk menangani masalah vandalisme?

Page 42: RUMUSAN LATIHAN UTK 2013

[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah langkah yang boleh diambil untuk membentuk masyarakatyang lebih bertanggungjawab? [4 markah]

Jawapan rumusan 'langkah menangani vandalisme'

Soalan 1 : Rumusan (30 markah)

PendahuluanPetikan membincangkan usaha-usaha untuk menangani vandalisme yang semakin berleluasa.

Isi tersurat (usaha-usaha menangani masalah vandalisme)S1 Ibu bapa berperanan untuk mendidik anak-anak agar menghargai harta benda awam.S2 Pihak sekolah harus memberikan bimbingan dan nasihat tentang kepentingan menjaga harta benda awam.S3 Konsep “Masyarakat Penyayang” harus dihidupkan semula (supaya para remaja sedar akan peranan mereka sebagai pembela bangsa pada masa hadapan).S4 Masyarakat perlu bersikap proaktif terhadap gejala vandalisme di kawasan mereka.S5 Tindakan undang-undang perlu dikenakan terhadap mereka yang terlibat.S6 Pihak berkuasa perlu meronda tempat-tempat tumpuan remaja.S7 Pesalah vandalisme wajar didenda melakukan kerja kemasyarakatan.S8 Agensi-agensi kerajaan hendaklah mengadakan program tindakan bersama.

Isi tersirat (keburukan vandalisme)T1 Kerajaan terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk membaiki kerosakan harta awam.T2 Masyarakat akan menghadapi masalah menggunakan kemudahan awam pada masa kecemasan.T3 Imej negara tercemar di kalangan pelancong asing.

KesimpulanKesimpulannya masalah vandalisme wajar dibanteras supaya masyarakat yang bertanggungjawab dan mengutamakan kepentingan umum dapat dilahirkan.

Soalan 2(a) : Petikan Umum (9 markah)i. -menimbulkan/ mewujudkan bermacam-macam kerumitan/ masalah/ kesusahan/ akibat/ kesan negatif

Page 43: RUMUSAN LATIHAN UTK 2013

ii. -menimbulkan keinsafan-memberi pengajaran kepada mereka yang ingin melakukan vandalisme agar berfikir sebelum berbuat demikian-menjimatkan kos kerajaan untuk membaiki kerosakan harta awam

iii. -media massa mengadakan/ memperbanyak kempen yang menjurus kepada pembentukan komuniti yang prihatin-ibu bapa menerapkan nilai-nilai kasih sayang kepada anak-anak sejak kecil-guru-guru perlu menerapkan nilai-nilai murni di dalam kelas melalui pengajaran dan pembelajaran-masyarakat perlu sedar akan keperluan mengambil berat terhadap kebajikan jiran tetangga