slide utk publisher

12
Motif Pembelajaran: Mengenal pasti dokumen perniagaan antarabangsa Menjelaskan penggunaan dokumen import dan eksport

Upload: nas-adillah

Post on 20-Aug-2015

389 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Motif Pembelajaran:Mengenal pasti dokumen perniagaan antarabangsaMenjelaskan penggunaan dokumen import dan eksport

Inden Pesanan bertulis oleh pengimport kepada pengeskport. Terdapat dua jenis inden iaitu inden terbuka dan inden Inden terbuka menyebut jenis dan jumlah barang yang akan diimportInden tertutup memberi nama pengeluar tertentu

Invois EksportDihantar oleh pengeksport kepada pengimport mengandungi maklumat lengkap tentang barang

Tujuan penggunaan invois1. Jenis barang yang dihantar2. Butir tentang barangan iaitu berat, kuantiti, harga.3. Syarat pengangkutan dan pembayaran

Invois Konsular Dikeluarkan oleh negara pengimport sebagai

kebenaran untuk pengeksport membawa masuk barang ke negaranya.

Boleh didapati di pejabat konsul atau di kedutaan negara pengimport

Sijil Asal-usulDikeluarkan oleh dewan perdagangan negara pengeksport. Ia mengandungi maklumat tentang negara asal yang mengeluarkan barangDokumen ini diperlukan oleh pihak kastam di negara pengimportPihak pengeksport akan bertanggungjawab menyediakan sijil ini.

Bil Muatan Dikeluarkan oleh syarikat perkapalan kepada pengeksportMerupakan dokumen hak milikBoleh dicagarkan kepada pihak bank untuk mendapat pinjamanBil Udara Dikeluarkan oleh syarikat penerbangan kepada pengeksportBerfungsi sebagai bukti pengakuan penerimaan barang

Nota PerkapalanDihantar oleh syarikat perkapalan kepada Lembaga Pelabuhan. Bertujuan meminta pihak pelabuhan memunggah barang ke dalam kapalNota ini akan menyatakan jumlah dan kandungan dalam kotak atau peti yang dihantar, label pada kotak, nilai barang dan nama kapal yang mengangkut kargo itu.

Polisi Insurans Dikeluarkan oleh syarikat insurans untuk menjamin barang yang diangkat dilindungi dari risiko kecurian, kebakaran, kerosakan dan lain-lain Bayaran polisi insurans ditanggung oleh pengimport atau pengeksport bergantung pada kontrak jualan.

Borang Perakuan Kastam Memudahkan pihak kastam memeriksa barang apabila sampai ke pelabuhanTerdapat 2 jenis borang pengakuan kastam1.Borang kemasukan barang-barang percuma2.Borang kemasukan barang-barang bercukai

Bil Perintah BayarSalah satu alat pembayaran dalam perniagaan antarabangsaBoleh dijadikan cagaran untuk mendapatkan pinjaman bankIa boleh didiskaunkan di bank untuk mendapatkan bayaran

Kredit Berdokumen Surat kredit yang dikeluarkan oleh pengimport. Bank menjamin akan membayar segala bil yang dituntut oleh pengeksport.Jaminan bersyarat iaitu pengeksport perlu menyediakan dokumen seperti surat cagaran, bil muatan, invois eksport dan polisi insurans kepada pihak bank.

Surat Cagaran Dihantar oleh pengeksport kepada bank pengimport. Bank pengimport diberi kuasa menjual barang sekiranya pengimport gagal menjelaskan bayaran atau enggan menerima barang tersebut yang sudah tiba di pelabuhan.